KOTA BHARU, 16 Julai:
Setiap kali penghujung Ramadan, suasana di perkarangan Padang Merdeka dan Masjid Muhammadi (Masjid Negeri) pastinya menjadi tumpuan ramai golongan fakir miskin bagi mendapatkan sumbangan zakat daripada orang ramai.
Namun, di tengah kesibukan orang ramai kembali ke rumah masing-masing selepas menunaikan solat sunat Tarawih, tumpuan pastinya tertumpu kepada seorang dermawan Cina yang sejak sembilan tahun lalu menyerahkan 'sedekahnya' kepada golongan fakir miskin.
Insan terbabit, Datuk Seri Sunny Ung atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Sunny menjelaskan sumbangannya kepada golongan terbabit tidak mempunyai sebarang motif, malah cuma berharap golongan berada yang lain turut sama berbuat demikian.
SUNNY UNG 4
Sunny bertanya khabar kepada fakir miskin berdekatan Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum memberikan sedekah. – Foto TRP/Adnan Mohamad
Katanya, walaupun kesemua penerima sumbangannya itu beragama Islam itu bukan persoalannya kerana apa yang penting mereka yang susah perlu dibantu.
"Saya tahu kebanyakan yang berada di kawasan ini adalah majoritinya rakyat negara jiran, Thailand yang datang semata-mata bagi mendapatkan sumbangan zakat.