Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAT SABU YANG DULU BUKANLAH MAT SABU YANG SEKARANG... DULU TAK BOLEH SEKARANG BOLEH...

Posted: 14 Jul 2015 04:56 PM PDT

Paparan skrin laporan mStar Online pada 16 September 2014 (kiri) dan 13 Julai 2015 (kanan) mengenai pendirian Mat Sabu berhubung kedudukan dan jawatan dalam PAS.
AKHIRNYA segala penafian dan dolak-dalik sebelum ini menjadi kenyataan apabila kumpulan progresif dalam PAS menzahirkan impian untuk bergerak dalam sebuah entiti berasingan.
Dalam suasana penuh ceria dan bersemangat, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu – yang dikatakan sedia untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam pembentukan Pakatan Rakyat 2.0.
Jawatankuasa penaja parti baharu itu dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru).
Harapan Baru dipelopori oleh barisan bekas kepimpinan PAS yang tewas pada pemilihn parti itu pada awal Jun lalu.
Menariknya, penubuhan satu lagi parti politik pembangkang ini dilihat sebagai cerminan kepada PAS apabila menjadikan Islam sebagai teras utama.
Kata Mohamad yang lebih lebih dikenali sebagai Mat Sabu, prinsip Islam yang didokong Harapan Baru tidak didorong oleh emosi, sentimen atau slogan semata-mata.
Sebaliknya jelas beliau, ia adalah satu tawaran untuk memberi 'rahmat dan keadilan' kepada rakyat.
Namun kurang 24 jam selepas Mohamad mengisytiharkan laluan dan hala tuju masa depan politiknya, beliau menerima pandangan yang pelbagai.
Ada yang memuji dan tak kurang yang mengeji.
Paling mencuri tumpulan ialah apabila netizen mula menjadikan amaran keras Mohamad ketika berucap di pentas Muktamar Pemuda PAS Pusat kurang setahun yang lalu sebagai bahan untuk menyerang bekas pemimpin senior PAS itu.
Rata-rata menyifatkan tindakan Mohamad umpama meludah ke langit.
mStar Online sebelum ini juga pernah melaporkan mengenai amaran keras Mohamad kepada ahli PAS supaya tidak menubuhkan parti baharu walaupun tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti.
"Jangan tubuh parti lain atas nama Islam. Beza pandangan macam mana pun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam.
"NGO tak apa…tubuhlah mana-mana NGO untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Pusat ke-55 di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor pada 16 September tahun lalu.
Jelas sekali apa yang berlaku hari ini bertentangan dengan seruan dan amarannya sendiri.
Lebih memalukan apabila tindakan Mohamad itu dilihat didorong oleh kuasa dan pangkat khususnya apabila gagal mempertahankan kedudukannya selepas kalah teruk di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Namun Mohamad yang menyertai PAS sejak 1982 segera menafikan telahan sinis bahawa beliau kecewa kerana hilang jawatan dan pangkat selepas pemilihan yang lalu.
"Kalah bukan perkara baharu, saya pernah kalah beberapa kali sebelum ini. Saya tak kecewa kerana kalah.
"Tapi kami kecewa dan marah kepada Umno dan Barisan Nasional kerana tidak dapat menyelesaikan penyelewengan dan salah urus tadbir di negara ini dengan baik," katanya yang menjadikan parti pemerintah itu sebagai alasan.
Pemeriksaan di beberapa laman blog dan media sosial seperti Facebook mendapati skrip amaran Mohamad supaya tidak menubuhkan parti baharu kembali menjadi siulan.
Walau apa jua kritikan, Mohamad sendiri sebagai orang lama dalam arena politik pembangkang sudah pasti mempunyai percaturannya sendiri.
Hanya menunggu masa, lambat laun Mohamad dan pendokong Harapan Baru akhirnya akan disingkirkan daripada PAS kerana melanggar Perlembagaan parti

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dahulu Mat Sabu gelar Anwar 'Al-Juburi', kini guna slogan Anwar untuk parti baru?

Posted: 14 Jul 2015 06:12 AM PDT




Petikan :

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur

Kehadiran Pakatan Rakyat sejak dua penggal parlimen yang lalu telah merubah suasana politik tanahair. Pakatan Rakyat telah menampilkan suasana perimbangan kuasa dan prinsip semak-imbang yang berkesan dalam tata-order politik negara. Sekaligus saingan Pakatan Rakyat telah menamatkan monopoli kuasa hegemoni Umno-BN serta mengembalikan keadilan dan membela rakyat. Ini menyelamatkan negara dari segala kerosakan, kebobrokan dan penyelewengan amanah penguasa politik Barisan Nasional.

Kini Pakatan Rakyat tidak lagi dapat berfungsi seperti dahulu. Sangat malang bahawa dalam susunan kini, hanya kerjasama longgar dalam pentadbiran negeri Selangor dan Pulau Pinang dapat dilakukan. Kedudukan ini telah menjejaskan agenda memimpin gerakan kebangkitan rakyat untuk terus melakarkan perubahan besar dalam negara.

Hari ini, kami ingin mengumumkan penubuhan satu entiti dan wadah yang kami namakan sebagai Gerakan Harapan Baru atau singkatannya HARAPAN BARU yang bertujuan untuk menggerakkan semula kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat. HARAPAN BARU akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baru yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

HARAPAN BARU akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang Inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat. Kami komited untuk membawa tawaran Islam yang sebenar-benarnya "Rahmat untuk Semua" dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mendokong nilai-nilai demokratik (musyawwarah-rundingan) dalam sebuah negara demokrasi yang subur dan berfungsi serta menghormati kedudukan semua kaum, agama dan budaya, dalam sebuah politik yang mengiktiraf kewujudan kemajmukan dan kepelbagaian (Politik Li Ta'arafu) dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Politik Islam yang kami bawa akan memberi penekanan dalam soal akhlak, moraliti dan amanah dalam tadbir-urus pemerintahan serta interaksi dengan semua pihak. Disamping menekankan pegangan akidah yang teguh, kami juga mendukungi keluasan syariat Islam dan Maqasid Syariah(Tujuan-Matlamat Syariat Islam). Islam yang diperjuangkan bukannya di dalam bentuk slogan, emosi dan sentimen tetapi sebagai satu tawaran "Rahmat dan Keadilan" yang memberi kesejahteraan untuk rakyat dan menjamin kemakmuran negara.

HARAPAN BARU akan tampil bertemu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah bermula pada akhir bulan Julai hingga akhir Ogos untuk berinteraksi dengan rakyat dan menjelaskan tawaran yang disediakan. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan gerakan ini bagi pembentukan semula kerjasama dan muafakat politik sebagai penerusan legasi perjuangan pemimpin terdahulu seperti Al-Marhum Tuan Guru Yusof Rawa, Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor dan Al-Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjayakan usaha penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Sekian.

Wassalam.

Mohamad Bin Sabu
Pengerusi
GERAKAN HARAPAN BARU

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


KRISIS TABUNG HAJI & 1MDB - SIAPA BOHONG?

Posted: 14 Jul 2015 02:58 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Dewan Undangan Negeri Selangor Patut Dibubar

Posted: 14 Jul 2015 07:41 PM PDT


Kerajaan negeri Selangor sekarang terbentuk hasil tiga parti yang kononnya berpakat iaitu DAP, PKR dan PAS. Secara rasminya baru baru ini, PAS sudah umumkan bercerai dengan DAP dan PKR. Ini bermakna 15 kerusi PAS yang membentuk pakatan di Selangor sudah terbatal. 

Secara politiknya, DUN Selangor patut dibubar dan diberi laluan untuk mandat baru daripada rakyat. Exco exco PAS yang masih berada dalam kerajaan negeri Selangor juga perlu lah terlucut jawatannya secara automatik bila pakatan itu sudah tiada lagi. 

Jika tidak terbubar, maka banyak persoalan dan permasalahan akan berlaku dalam pentadbiran negeri Selangor. Akibat tiada lagi kesepakatan, rakyat Selangor yang sepatutnya menikmati kemajuan dan servis daripada wakil rakyat tidak mendapat hak mereka. 

DUN Selangor wajar dibubar. Mungkin bila dibubar, adalah peluang parti baru yang ditubuh Gerakan Harapan Baru (GARU) untuk bertanding di Selangor.

MOF Sahkan Kenyataan WSJ & Sarawak Report Palsu

Posted: 14 Jul 2015 12:59 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dedahkan laporan interim 1MDB Ketua Audit Negara kepada umum

Posted: 14 Jul 2015 09:07 PM PDT

Najib-1MDBSHAH ALAM 15 JUL: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu laporan interim Ketua Audit Negara terhadap 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan kepada umum.
Wan Azizah berkata tidak adil dan tidak wajar untuk merujuk isi kandungan dokumen yang kononnya menyatakan, tiada sebarang bukti salahlaku, walhal orang ramai tidak boleh mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut.
Katanya, kenyataan Menteri Kewangan II, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah bukan sahaja tidak memperjelaskan isu sebenar, malah ia menambah kekalutan dan cuba mengelirukan orang ramai hakikat sebenar yang berlaku.
"Ini kerana orang ramai dihalang dari membaca laporan tersebut, bagaimana boleh menyimpulkan sama ada kenyataan Husni itu benar atau palsu," kata Wan Azizah dalam kenyataan media.
Katanya, Ketua Audit Negara diarah Perdana Menteri dan Kabinet untuk menjalankan audit, bagi memastikan sama ada sebarang salahlaku berlaku di dalam operasi dan pengurusan 1MDB.
Jumlah hutang yang mencecah RM42 bilion amat merisaukan orang ramai, terutama pelabur antarabangsa dan tempatan.
"Oleh kerana audit ini dilakukan dengan tujuan untuk memberikan pendedahan sepenuhnya operasi dan pengurusan 1MDB kepada umum, maka saya menggesa agar Laporan Interim Ketua Audit Negara ini didedahkan kepada umum serta-merta," katanya.

Pilihan Najib: Ambil cuti atau berhadapan undi percaya di Parlimen

Posted: 14 Jul 2015 09:05 PM PDT

oleh Aziz Bari

Sudah ramai pihak yang mencadangkan agar perdana menteri Najib Razak mengambil cuti, bagi membolehkan terhadap 1MDB dijalankan secara besar-besaran dan tanpa halangan.

Antara yang paling awal membuat gesaan itu adalah ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua, dan terbaru adalah bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam. Bekas ketua menteri Melaka Rahim Thamby Chik turut berbuat demikian.

Musa yang kini berusia 81 tahun berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Tunku Abdul Rahman, dan menjadi menteri kabinet di bawah Abdul Razak.

Musa menjadi timbalan kepada Mahathir antara 1981 sehingga 1986. Beliau meletakkan jawatan ekoran perselisihan dengan Mahathir, yang kini mengetuai serangan ke atas Najib dan pentadbirannya.

Wartawan veteran Abdul Kadir Jasin ada menulis bahawa tidak mustahil untuk Najib didakwa di mahkamah, jika peguam negara memutuskan demikian. Secara perundangan, ini adalah pandangan yang baik.

Bukankah perkara ini yang disentuh dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan?

Kadir mengambil contoh Anwar Ibrahim yang dipecat daripada kabinet dan Umno pada 1998.

Akan tetapi, kita perlu pertimbangkan faktor politik; faktor yang amat mustahak jika melibatkan tokoh politik kanan. Mereka yang mengikuti kes Anwar sejak beliau dipecat Dr Mahathir pasti akan bersetuju.

Sama juga dengan kes rasuah melibatkan bekas menteri besar Selangor Harun Idris pada 1975.

Untuk rekod, Harun ketika itu dilihat sebagai cabaran kepada perdana menteri dan presiden Umno Abdul Razak Hussein – bapa kepada Najib. Harun muncul sebagai wira Melayu ketika krisis politik pasca-1969.

Kata pemutusnya adalah: faktor penting yang menentukan sama ada sesebuah kes akan dibawa ke perbicaraan mahkamah adalah bersifat politik; iaitu lampu hijau daripada jabatan perdana menteri. Inilah yang menyebabkan pandangan yang dinyatakan Kadir agak jauh daripada realiti.

Berkenaan cadangan agar Najib mengambil cuti bagi membolehkan siasatan penuh terhadap agensi yang ditubuh daripada ideanya itu, kita perlu ingat bahawa masalah di sini bukan tentang Najib mengambil cuti atau tidak.

Read More / Baca Lagi >>

Low Yat: Peguam tertuduh ada niat tak baik kata Polis

Posted: 14 Jul 2015 08:55 PM PDT

Polis menyifatkan peguam kepada lelaki yang dituduh mencuri di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur mempunyai "niat tidak baik" dengan mendakwa ketua pasukan keselamatan itu berbohong.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak dalam keadaan itu memang akan melakukan apa sahaja untuk memberi gambaran mereka tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa sahaja untuk lepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang  positif dadah dalam air kencing.

"Peguam ada niat lain, niat tak baik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Gombak hari ini, merujuk kepada kenyataan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, peguam kepada Shahrul Anwar Abdul Aziz, yang dituduh mencuri semalam.

Azam semalam mempertikaikan kenyataan Khalid berkaitan anak guamnya yang didakwa prejudis kepada kes itu.

Rundingan progresif PAS dan kumpulan Nazir

Posted: 14 Jul 2015 08:48 PM PDT

Kumpulan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu kini terlibat dalam perbincangan dengan wakil-wakil Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada perdana menteri.

Ia mungkin mewujudkan kerjasama Gerakan Harapan Baru (GBH) dengan NGO baru yang dirancang oleh Nazir susulan kelemahan kepimpinan sedia ada, lapor Singapore Straits Times.

Anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa, antara terlibat dengan GBH, mengesahkan perbincangan dengan bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah bulan lepas, yang dijangka mengetuai sebuah NGO baru.

"Saya perlu bincang cadangan-cadangan itu dengan anggota lain kumpulan sebelum memutuskan," Mujahid dipetik sebagai berkata.

Saifuddin mengesahkan penglibatan mereka bertukar pandangan berhubung rancangan masing-masing kerana sudah terlibat dengan kerjasama dua pihak sebelum ini.

GBH ditubuhkan untuk merintis penubuhan sebuah parti Islam baru yang lebih terbuka kepada semua pihak, seterusnya memperjuangkan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0".

PAS S'gor sediakan pengganti GHB

Posted: 14 Jul 2015 08:46 PM PDT

PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang oleh kumpulan progresif dalam PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Othman berkata, arahan untuk mengisi kekosongan itu telah dikeluarkan dan juga sudah ada pengganti bagi jawatan tersebut.

"Bila seseorang itu ketua cawangan dan dia dah tidak jadi ahli, orang lain kena ambil jawatan itu.

"Di Selangor kita sudah bersedia untuk itu semua, arahan telah kita keluarkan untuk kawasan dan cawangan mengisi kekosongan, kita sudah ada orang untuk isi kekosongan itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

PAS Selangor sebelum ini berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam untuk memperjuang usaha penubuhan gabungan pembangkang "Pakatan Rakyat 2.0".

Selepas tergugurnya keahlian, tegas Mohd Khairuddin, mereka tidak mempunyai jawatan dalam PAS.

"Dia gugur secara automatik dalam perlembagaan. Mana-mana orang dalaman, mana-mana parti politik kalau dia mengisytiharkan tubuh parti baru, keahlian yang ada itu tergugur," katanya yang mengulas penubuhan parti itu semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Pecat Ahli: SUA PAS akan minta penjelasan Selangor

Posted: 14 Jul 2015 08:43 PM PDT

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan dari PAS Selangor berhubung kenyataan yang dilihat bercanggah mengenai status keahlian kumpulan progresif dalam parti itu.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Berikutan itu, PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Berikutan itu, PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang kumpulan GHB.

Manakala Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pula berkata tindakan tidak boleh diambil sehingga parti baru itu didaftarkan secara rasmi bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Saya tak boleh komen lagi, saya nak dapatkan penjelasan dari (setiausaha PAS Selangor Mohd) Khairuddin (Othman), saya tak boleh komen berdasarkan laporan media sahaja.

"Saya akan dapatkan penjelasan dari dia dahulu dan saya akan komen," kata Takiyuddin ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau telah pun membaca kenyataan Mohd Khairuddin di dalam portal media.

Read More / Baca Lagi >>

Papagomo ditahan siar artikel perkauman insiden Low Yat

Posted: 14 Jul 2015 08:38 PM PDT

Blogger pro-Umno dikenali sebagai Papagomo yang dikehendaki polis kerana dikatakan menyiarkan maklumat palsu yang mencetuskan pergaduhan di luar Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Ahad lalu berjaya ditahan, kata polis hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata blogger terbabit, yang nama sebenarnya ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris ditahan di kediamannya malam tadi.

Khalid berkata polis kini mencari seorang lagi suspek, ketua bahagian satu parti politik di Pulau Pinang kerana cubaan menghasut berhubung situasi di Low Yat.

"Kita akan tahan sesiapa yang cuba memulakan kebencian dan menghasut situasi itu tanpa mengira bangsa. Kita buta warna," kata Khalid kepada pemberita hari ini.

Khalid pada Isnin mendesak Wan Azri menyerah diri.

Antara pos yang disiarkan blogger itu yang mendapat perhatian di media sosial ialah gambar mangsa berlumuran darah daripada kes berbeza, kemudiannya dikaitkan dengan insiden di Low Yat.

Kes curi telefon bimbit di pusat beli-belah barangan elektronik itu dijadikan isu perkauman oleh sesetengah orang di media sosial berikutan ia membabitkan peniaga dan pelanggan berbeza bangsa.

Perusuh yang berkumpul di luar plaza itu pada Ahad turut menjerit-jerit kenyataan berbaur perkauman.

Husni bohong mengenai pindahan AS$700 juta ke akaun Najib, kata DAP

Posted: 14 Jul 2015 06:44 PM PDT

DAP berkata ketua audit negara menimbulkan keraguan mengenai pemindahan sejumlah AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB),  berbeza dengan dakwaan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengatakan tidak wujud bukti salah laku dalam syarikat sarat hutang itu.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Husni berbohong kerana penemuan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud urus niaga mencurigakan melibatkan 1MDB.
"Menteri kewangan II membuta tuli berbohong mengatakan laporan awal ketua audit negara tidak menemui sebarang bukti salah laku terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Pua berkata, Husni berbohong mengenai isu pemindahan AS$700 juta, sebaliknya ketua audit negara sendiri ada menimbulkan banyak keraguan mengenai kontroversi pemindahan wang tersebut. "Menteri kewangan II juga melulu mengatakan isu 'pemindahan AS$700 juta' kepada individu tertentu tidak timbul. Tetapi kita tidak tahu sama ada Husni merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak atau Low Taek Jow kerana tidak mahu menamakannya.
"Tidak kira siapa yang menteri itu rujuk, ketua audit negara tidak pernah membersihkan isu 'AS$700 juta' dalam laporan awal. Sebaliknya pemindahan AS$700 juta menimbulkan banyak persoalan meragukan di mana ketua audit berkata mereka perlu menyiasat lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir," katanya.
Pua merujuk kepada pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa mereka mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri.
Pua, yang juga salah seorang ahli PAC mempertikai tindakan Husni sebagai membelakangi arahan ketua audit supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH

Posted: 14 Jul 2015 06:35 PM PDT

Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...

Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

 Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.

 Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.

 Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. 

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

 Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

 Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.

 Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

 Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.

 Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.
Read More / Baca Lagi >>

GHB: Usah salah guna aset derma ikhlas ahli PAS kata Ketua Ulamak

Posted: 14 Jul 2015 06:31 PM PDT



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berharap rakan-rakan yang berhasrat untuk berhijrah meninggalkan PAS agar bersikap amanah kepada Allah dan berintegriti.
Beliau menegaskan demikian dalam salah satu kenyataan ringkas pada satu majlis awal pagi ini.
"Kepada rakan-rakan yang nak berhijrah ke wadah baru (GHB) ana (saya) ucapkan selamat jalan dan semoga berjaya dalam wadah baru itu," ujar beliau merujuk kepada bekas pemimpin PAS yang dikatakan kecewa dengan keputusan pemilihan muktamar yang lepas.
Beliau juga turut menyeru pemimpin terbabit agar melepaskan jawatan secara terhormat sebagai lambang amanah dan integriti.
"Ana juga berharap sahabat-sahabat dapat tinggalkan PAS dengan cara terhormat iaitu dengan meletakkan semua jawatan dalam PAS kerana tidak ada maknanya sebagai ahli PAS tetapi masih berkempen mengajak ahli-ahli PAS supaya tinggalkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan berpindah ke wadah baru," ujar beliau.
Menurut beliau lagi, sebagai seorang Islam golongan yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan yang lepas hendaklah mengamalkan sifat amanah dan berintegriti sepertimana yang dianjurkan oleh junjungan besar Rasululllah s.a.w terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
"Sahabat-sahabat bebas untuk berpindah ke wadah baru tetapi janganlah gunakan markas-markas dan premis-premis PAS untuk kepentingan wadah baru kerana markas dan premis itu bukan kepunyaan individu walaupun memegang jawatan YDP (Yang Dipertua PAS), TYDP, NYDP dan lain-lain kerana aset-aset itu adalah kepunyaan jemaah PAS. Sebagai muslim dan muslimah mestilah bersifat amanah dan berintegriti," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati

Posted: 14 Jul 2015 06:29 PM PDT

Skandal lagi...

Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing.

Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang diperlukan Jabatan Peguam Negara Komanwel berkaitan orang tengah yang dipercayai terlibat dengan rasuah dalam urusan percetakan wang kertas polimer yang dilakukan di Australia.

Akhbar tersebut mendakwa, Putrajaya enggan memberi kerjasama itu kerana ia dianggap sensitif lantaran orang tengah yang didakwa terlibat dengan rasuah itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak serta Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Badawi.

Siapakah agaknya orang tengah terbabit dan kenapa Putrajaya seolah-olah memilih untuk melindunginya daripada memberi kerjasama untuk sama-sama membanteras antara amalan paling keji dalam dunia itu?

Pendedahan SMH ini tentunya sekali lagi memalukan nama Malaysia di mata dunia kerana pemimpin kita bukan saja dipalitkan dengan skandal yang belum ada penjelasan meyakinkan sehingga kini, tetapi juga cuba menutup skandal yang lain pula.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah satu jenayah minta Najib letak jawatan?

Posted: 14 Jul 2015 06:27 PM PDT


anthony


KUALA LUMPUR, 14 JULAI: "Adakah ia menjadi satu kesalahan jenayah untuk mendesak Najib agar meletakkan jawatan kerana kelemahan kepimpinannya?"
Soal Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke apabila ditanya tentang siasatan terhadap beliau berhubung kritikannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menegaskan, jika ia menjadi kesalahan jenayah untuk rakyat bersuara mengkritik ahli politik dan kepimpinan negara, terutamanya apabila Najib sedang bergelut dengan kontroversi dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), maka tidak perlu diwujudkan Parlimen.
Beliau berkata demikian kepada media di luar balai polis Dang Wangi di sini hari ini, sewaktu dipanggil untuk siasatan berkenaan dengan kenyataan beliau ketika sidang tergempar di Parlimen minggu lepas.
Sidang parlimen yang dianjurkan kumpulan Ahli Parlimen progresif itu bertujuan membincangkan masa depan Malaysia pada saat Najib didakwa menerima AS$700 juta dari 1MDB dan syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan 1MDB yang dikatakan masuk ke dalam akaun peribadinya.
Anthony yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban menyatakan bahawa beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai bernama Liu dari Bukit Aman berkenaan laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung satu laporan akhbar Sinar Online. Laporan polis itu memetik beliau sebagai berkata bahawa akan berlaku protes jalanan besar-besaran jika Najib enggan berundur.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Gerakan Harapan Baru guna pendekatan lebih bijak berbanding Pas

Posted: 14 Jul 2015 06:25 PM PDT

Pas dikatakan mengguna pendekatan tidak bijak dan terlalu tergesa-gesa untuk melaksanakan hudud.
SUHAIZAN-KAIAT
 PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggunakan pendekatan berbeza dalam memperjuangkan hukum hudud.
Penolong Setiausaha GHB, Suhaizan Kaiat berkata, berbeza dengan Pas, parti baru itu akan mengunakan pendekatan kebijaksanaan dalam memperjuangkan hudud terutamanya ketika penerangan kepada pihak lain.
"Kebijaksanaan Harapan Baru ini dari segi syariat, kita perlu memahami ruang dan peluang yang ada bukannya kita buat tanpa memikirkan dengan bijaksana.
"Kita juga akan menggunakan kebijaksanaan dari segi perbincangan dengan semua pihak bukan sahaja DAP, sebelum hudud dirancang untuk dilaksanakan," katanya kepada FMT.
Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas berkata, tindakan Pas untuk melaksanakan hudud adalah terlalu tergesa-gesa tanpa memikirnya secara mendalam.
"Apa yang dibuat Pas tidak cukup masak, terlalu cepat buat keputusan untuk laksana hudud," katanya.
Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata, mereka akan terus meletakkan pelaksanaan hukum hudud sebagai satu asas perjuangan.
"Hudud adalah sebahagian dalam syariat Islam. Kita perjuangkan ia dalam Parlimen dan perbincangan . Sebab kami tidak boleh pisahkan ia, itu terkandung dalam ajaran Islam," katanya ketika pelancaran GHB pada Isnin.

Pua: 1MDB’s mismanagement, lies will be proven

Posted: 14 Jul 2015 06:23 PM PDT

Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah blatantly lied on the contents of the Interim Report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
tony,husni,1mdb
KUALA LUMPUR: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua has said that after reading the Interim Report by the Auditor-General (A-G) he's convinced that "all the lies, denials, mismanagement and misappropriations by 1MDB and all who are involved in the decision-making process" will be duly proven and exposed.
"Second Finance Minister Ahmad Husni Hanadzlah blatantly lied that the preliminary report by the Auditor-General 'has found no evidence of wrongdoing' by 1Malaysia Development Bhd (1MDB)."
Hence, added Pua who is also DAP National Publicity Secretary, it boggles the mind as to why Husni saw it fit to make the unilateral announcement that the AG "found no evidence of wrongdoing" to create the false impression that 1MDB has been cleared of all its alleged shenanigans.
The Minister had hoped that "all the baseless allegations will be put to rest ", continued Pua, "but the reverse holds greater truth."
Pua wants to know why the Minister had the special privilege of publicly commenting and concluding on the Interim Report while the Public Accounts Committee (PAC) members were told to keep their mouths shut. "While I will continue to refrain from referring to the specifics of the Interim Report, any normal person reading the report will be stunned by the sheer number and scale of infractions and transgressions committed by 1MDB and its officers cited in the report," he said.
The Second Finance Minister even took the trouble to point out that the "transfer of USD700 million to a certain individual does not arise", noted Pua. "However, we don't know if Husni was referring to Prime Minister Najib Abdul Razak or Low Taek Jow as he-who-must-not-be-named".
Read More / Baca Lagi >>

GST beri kesan negatif kepada rakyat-Ku Li

Posted: 14 Jul 2015 06:22 PM PDT

Kerajaan disyor laksana cukai lain yang tidak membebankan rakyat
kuli-gst
PETALING JAYA: Kerajaan diminta menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Jualan (GST) kerana ia memberi kesan negatif terhadap rakyat.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata langkah itu amat munasabah berdasarkan situasi semasa kita yang tenat dilanda krisis.
"Paling penting sekali ialah kita semestinya memberi perhatian penuh kepada kegundahan rakyat jelata yang terjebak dengan kegawatan ekonomi dan kewangan akibat kejatuhan nilai Ringgit serta gaji dan upahan bersih yang tidak seberapa.
"Dan kita perlu sedar bahawa keadaan ini diburukkan lagi oleh kenaikan harga barangan keperluan asas seperti minyak petrol dan bebanan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," tulisnya dalam satu kenyataan.
Katanya bagi meringankan kesan kekurangan pendapatan akibat penangguhan itu, kerajaan boleh memperkenalkan percukaian lain yang tidak membebankan rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, peningkatan kos sara hidup yang melambung tinggi akibat pelaksanaannya perlu diatasi.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak bercakap benar bukan satu pilihan, kata Ku Li

Posted: 14 Jul 2015 06:20 PM PDT

Tidak bercakap benar bukan satu pilihan, kata Ku Li

Mengetahui fakta dan masalah tetapi enggan bercakap benar adalah bukan satu pilihan, kata ahli Parlimen paling lama berkhidmat Tengku Razaleigh Hamzah dalam mesej sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, malam ini.
Ahli Parlimen Gua Musang yang juga ahli Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, mereka yang tahu tentang masalah di negara ini perlu berdiri dengan prinsip mereka dan membantu dalam menyelesaikannya.
"Kita menaruh penuh harapan agar masih ada lagi maruah di negara tercinta ini. Juga diharapkan akan tampil budiman bermaruah yang mampu memberi keterangan berasaskan fakta berkaitan yang ada pada mereka demi mententeramkan keadaan," katanya dalam satu kenyataan yang menggesa pihak berkuasa menilai semula pelbagai kontroversi yang melanda negara ini termasuk, isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mereka hendaklah berpegang teguh kepada prinsip, tanpa berganjak daripada pegangan moral dalam usaha membantu mengatasi masalah tersebut.
"Sekiranya inilah keadaannya, sudah tentu kita tidak perlu mengadakan soal siasat dan penyiasatan.
"Jikalau masalah serta fakta berkaitan diketahui, kenapa tidak berterus terang?," soalnya.
Kenyataan bekas naib presiden Umno yang disiarkan itu senada dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang mengatakan melindungi dan menyembunyikan bukti juga dianggap sebagai jenayah.
Ketika Putrajaya kini giat memburu mereka yang membocorkan maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penyaluran dana ke dalam akaun perdana menteri, Dr Mahathir menggesa mereka memiliki maklumat tetapi tidak mahu tampil menyalurkannya seharusnya membuat keputusan tepat.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu: Bimbang jika suara Islam mengecil - Ahmad Yakob

Posted: 14 Jul 2015 06:19 PM PDT


Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, dalam sistem demokrasi terpulang kepada mana-mana pihak termasuk bekas kepimpinan Pas untuk menubuhkan parti baru.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun mengakui bimbang kehadiran banyak parti yang berteraskan Islam akan menyebabkan suara akan menjadi lebih mengecil.

"Nak membentuk sebuah parti yang juga berasaskan kepada Islam itu saya rasa takut akan mengecilkan suara, banyak sangat parti Islam ini, bagaimanapun itu terpulang kepada pihak-pihak berkenan kerana kita mengamalkan demokrasi, nak tubuh parti... tubuhlah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden dan Ketua  Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Kota Darul Naim, hari ini.

Sementara itu dalam majlis berasingan di JKR 10, Pas Kelantan yang diketuai Ahmad mengumpulkan kekuatan dengan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, adun dan sayap parti di peringkat negeri.

Read More / Baca Lagi >>

GST: Adilkah jika tepati masa kutip cukai, tapi tangguh bayaran balik?

Posted: 14 Jul 2015 06:16 PM PDT

oleh Lee Yuk Peng

Komuniti perniagaan menyuarakan rasa tidak puas hati ekoran penangguhan tuntutan bayaran balik cukai input mereka daripada Jabatan Kastam.

Sesetengah peniaga mempunyai kredit cukai input terkumpul mencecah RM3 juta, dan penangguhan bayaran balik itu menyebabkan ramai mengalami masalah kecairan dan aliran tunai.

Bayaran balik sepatutnya dibuat selepas 14 hari selepas syarikat menghantar kenyataan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), tetapi kini nampaknya ia ditangguh ke satu tempoh yang tidak pasti.

Low Setiausaha Agung Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Cina (ACCCIM) Low Kian Chuan berkata, pihak mereka telah menghantar surat kepada perdana menteri Najib Razak pada 1 Julai lalu, meminta beliau menyelesaikan isu ini.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyatakan banyak syarikat yang belum menerima bayaran balik kredit cukai input mereka, dengan sesetengahnya mencecah RM3 juta.

Syarikat menghantar pulangan GST mereka buat kali pertama kepada Jabatan Kastam pada Mei lalu. Tempoh 14 hari tersebut sudah pun berlalu, dan menurut Low, mereka kini keliru dengan status bayaran balik mereka.

Kerajaan mewajibkan semua perniagaan yang mendaftar menerusi sistem GST dengan hasil jualan RM5 juta ke atas setahun untuk menghantar kenyataan GST mereka setiap bulan. Kerajaan pula akan membayar semula cukai input mereka dalam masa 14 hari.

Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu proksi DAP, tidak akan kekal lama, kata Mustafa Ali

Posted: 14 Jul 2015 06:10 PM PDT


Persepsi umum terhadap Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang diumumkan pembentukan secara rasmi Isnin lepas disifatkan hanya proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama, kata Datuk Mustafa Ali.

Bekas setiausaha agung PAS yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti Islam itu berkata, beliau tidak kisah sangat dengan gerakan kepada pra sebuah parti baharu ini.

 "Apa matlamat Harapan Baru?

Ia hanya kesinambungan daripada PasMa yang diharapkan DAP untuk ganti PAS," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Mustafa berkata demikian beberapa jam selepas Harapan Baru diumumkan secara rasmi pada satu sidang media di Kuala Lumpur Isnin lepas oleh pengerusinya yang juga bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hampir semua pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan muktamar ke-61 Jun lalu menyertai sidang media ini kecuali beberapa orang termasuk bekas naib presiden Datuk Husam Musa yang tidak sihat dan bekas ketua penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Turut menyertainya adalah 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Parti baharu tiada apa-apa kekuatan 

Mustafa berkata, parti baharu yang akan dibentuk ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan pihak lain khasnya DAP.

"Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP saja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. P

arti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP," katanya. Beliau mendakwa, kepimpinan PKR masih belum lagi memberikan sokongan sepenuhnya kerana hanya sebahagian kecil yang menyokongnya.

"Majoriti PKR bersama PAS," kata Mustafa yang tidak dilantik semula sebagai setiausaha agung PAS.

Katanya, parti ini lahir selepas usul muktamar PAS dilaksanakan DAP walaupun ketika itu Majlis Syura masih belum membuat keputusan lagi.

"Dalam PAS, perkara yang melibatkan hukum bukan diputuskan muktamar tetapi Majlis Syura," katanya ketika menjelaskan pihak manakah yang memberikan kata putus dalam PAS.

Read More / Baca Lagi >>

Negara 'Zimbabwe' adalah 'syurga' bagi pelaku2 makan rasuah dan merompak...

Posted: 14 Jul 2015 03:21 PM PDT

Inilah 'keberkatan' sumpah laknat yang jadi amalan hidup pada pemimpin negara yg berpaksikan Islam Wasatiyyah..

Najib bersahur nasi goreng, yg 'di sebelahnya' makan apa ??

Posted: 14 Jul 2015 03:16 PM PDT


Akhirnya Najib dah insaf di bulan Ramadhan..
Slps bulan Ramadhan bagaimana pula...

HAKIKATNYA......Kerajaan Umno@Bn..!!

Posted: 14 Jul 2015 03:14 PM PDT

Dan dari Aghlab bin Tamiim : Telah menceritakan kepada kami Al-Mu'allaa bin Ziyaad, dari Mu'aawiyyah bin Qurrah, dari Ma'qil bin Yasaar, dari Nabi shallallaahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda :

صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِيْ لَا تنَالُهُمَا شَفَاعَتِيْ : سُلْطَانٌ ظَلُوْمٌ غَشَوْمٌ، وَغَالٍ فِي الدِّيْنِ، يَشْهَدُ عَلَيْهِمْ وَيَبْرَأُ مِنْهُمْ

"Ada dua golongan dari umatku yang tidak akan disentuh oleh syafa'atku : (1) seorang pemimpin yang dzalim lagi penipu, dan (2) orang yang berlebih-lebihan dalam agama (ghulluw) yang bersaksi atas (kepemimpinan) mereka namun berlepas diri dari mereka".

PKR: Hubungan antara kaum perlu ditangani dengan tegas dan bijaksana

Posted: 14 Jul 2015 03:13 PM PDT

Pemimpin progresif PAS perlu fahami bai'ah - Tuan Ibrahim

Posted: 14 Jul 2015 03:09 PM PDT

GHB 'tak kemana' kerana 'dibayangi' PAS kata Penganalisis

Posted: 14 Jul 2015 03:08 PM PDT