KUALA LUMPUR, 13 Julai:

Tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini menubuhkan parti baru tidak akan menjadi pembangkang semakin kuat, dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan kumpulan itu sama seperti yang dilakukan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menubuhkan Parti Keadilan Rakyat selepas dipecatkan daripada UMNO.
"PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru (GHB) ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.
"Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.
"Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama," katanya dalam satu sidang media sebelum majlis Majlis Iftar Mahabbah bersama rakan media di The Plaza Hotel di sini.