Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sebab WSJ dan pembohong WMD, rakyat Iraz sengsara

Posted: 12 Jul 2015 10:00 PM PDT


Siasatan terserah pada penyiasat, Perjumpaan komplot SR di SIngapura

Posted: 12 Jul 2015 06:47 PM PDT


Sisatan oleh Task Force harus terserah pada mereka. Terkini didengar pihak polis tidak akan temubual ketiga-tiga pegawai BNM yang didedah oleh RPK.

Manakala itu, mesej di atas viral sejak pagi semalam. Tak tahu betul atau tidak. Nampaknya, Sarawak Report dah akui dengan posting terbaru.


Kantoi Clara Rewcastle gambar tersiar. SR pun berlagak tunjuk mereka dapat perolehi gambar intel Singapura.

Baca sepenuh di SR SINI

Kalau banyak yang tak betul, SIAPA BOLEH DIPERCAYAI?

Posted: 12 Jul 2015 03:30 AM PDT


Tan Sri Zam hilang percaya dan mula serang Tan Sri Zeti. Dia tuntut Zeti letak jawatan.

Ada yang tak percaya pada IGP dan AG.

Macam DAP dulu pula tak percaya MACC untuk tutup kes Teoh Beng Hock.

Dato Najib pula pihak pro Tun mahu dia letak jawatan. Ada suruh cuti. Pro Najib minta #NajibKekal

Pembangkang pula berniat hanya nak jatuhkan kerajaan hingga ada bekas pembangkang Wong Chen akui bahawa pembangkang sanggup menipu, putarbelit dan guna laporan palsu untuk kekal di parlimen. Baca Bigdog SINI

Akhirnya siapa boleh percaya.



Akibat banyak sangat cerita dan kisah yang viral, banyak maklumat media yang orang tak percaya.

Sarawak report dan The Edge/TMI banyak buat pendedahan dan dengan munculnya penangkapan Xavier Justo, susah nak percaya dokumen yang ada di tangan mereka itu benar atau tidak.

WSJ mula dedahkan dokumen tapi ada tak percaya Dato Najib masukkan wang dalam akaun peribadi begitu besar jumlah. Ia pula ada latarbelakang banyak kena saman dan sebahagian tangan yang campurtangan dalam sebarkan berita bohong.

NST, BH, TV3 dan lain2 berita perdana dilihat pihak pro pembangkang sebagai bodek kerajaan dan pandangan sahih dari pihak rasmi mahu ditolak bontang=-bontang.

Media online seperti Malaysiakini, TMI, MMO, FMT dll banyak sangat spin.

Media parti seperti UMNO Online, Harakah, Rocket Online, dll dilihat terlalu cetek dari perspektif parti.

AKHIRNYA KENA PERCAYA SESUATU INSTITUSI. WALAUPUN ADA CACAT CELA, MASIH SELAMAT MEMPERCAYAI PIHAK BERKUASA. TAMBAH LAGI BILA IA MELIBATKAN 4 AGENSI BERSAMA.

DENGAN PELBAGAI DOKUMEN BOCOR MAKA SUSAH UNTUK MANA-MANA PIHAK TUTUP KEBENARAN.

Oleh itu, hati-hati dengan maklumat yang diterima online tentang 1MDB.








Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUDUHAN SAIFUDIN: HADI MARAH ANWAR ATAU ANWAR MARAH-MARAH HADI

Posted: 12 Jul 2015 10:09 PM PDT

"Ana ingat enta telah serik (insaf) setelah kena penjara"?, itu salah satu kata-kata yang didakwa diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam pertemuan tertutup di Terengganu pada tahun 2014.
Kata-kata di atas didakwa disebar didedahkan Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk menjustifikasikan tindakan beliau mendedahkan isi kandungan pertemuan itu adalah tepat. 
Namun, bagi blog pro PAS, Nordin Ali tindakan Saifuddin itu dianggap sebagai kerja bodoh kerana ia akan mengundang terdedahnya maklumat-maklumat lain yang tidak sepatutnya diketahui umum.
"Ini semua punca enta jadi KHADAM TUN MAHATHIR selama 16 tahun ?", ini merupakan kata-kata kedua yang didakwa dilontarkan Hadi kepada Anwar.
Nordin Ali berkata Saifuddin tidak jujur dalam membuat pendedahan itu yang disifatkannya sebagai pendedahan terpilih.
"Saya ingin bertanya kepada Saifuddin kenapa tak difacebookkan (bahawa) dia dan Anwar Ibrahim datang ke rumah Abdul Hadi "memaksa" Abdul Hadi menandatangani memorandum untuk diberikan kepada Sultan Selangor hanya Datin Seri Wan Azizah sahaja calom Menteri Besar Selangor?
"Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan baik dan Anwar Ibrahim marah-marah dengan suara yang nyaring.
"Wei Saifuddin ada 6 orang saksi semasa pertemuan tersebut.
"Abdul Hadi masih tenang dan memberitahu bahawa PAS akan bincang dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. PAS akan buat keputusan. Abdul Hadi juga menjelaskan dalam pertemuan tersebut bahawa Sultan tidak mahu Datin Seri Wan Azizah. 
"Itu pun tak faham, marah-marah!!,"dedah blog itu.
Menurut Nordin Ali, selepas pertemuan itu, gambar Anwar dengan raut muka yang sedih dan rambut kusut masai telah menjadi viral di media maya.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Statement by Bank Negara Malaysia

Posted: 12 Jul 2015 04:19 AM PDT

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 10:03 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


DEMI MELAYU DAN ISLAM

Posted: 12 Jul 2015 05:00 AM PDT

Dalam bulan pose ni atuk agak kurangkan sedikit membuat posting di blog Pejuang Tok Gajah46 ni. InshaAllah selepas hari raya nanti atuk akan mule kembali membuat posting setiap hari.

Ari ni atuk tak nak cakap banyak, cume buat permulaan nak ulas sedikit tentang 'penceraian' PAS dengan DAP. Perkare ni dah pun berlaku, cume yang atuk harafkan biarlah ianye menjadi satu penceraian yang kekal abadi - bukan nye setakat bercerai talak 3 yang kemudian nye boleh di 'cine butekan'.

Sebenarnye 'penceraian' PAS/DAP ni lebih menguntungkan PAS, Atuk berkate demikian berdasarkan kepada tujuan asal dan asas parti itu ditubuh kan. Perjuangan untuk menegakkan negara Islam serte memertabatkan undang-undang Islam.

PAS telah pun mencube nye dengan bantuan pertolongan dari DAP, malang nya ianye telah gagal dan PAS terpakse mengundurkan diri bersengkokol dengan DAP.

Walaupun disuatu mase dulu PAS juge pernah berkerjasama dengan UMNO dalam memperjuangkan Islam, tetapi telah menemui jalan buntu kerana sesuatu hal yang tidak dapat di elakkan. Bagi pendapat atuk, tidak salah bagi PAS untuk sekali lagi bersama UMNO memperjuangkan agama Islam dan Bangse Melayu.

Mungkin kali ini kite akan berjaya menegak kan sebuah negara Islam yang lebih kuat dan bersatu padu.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ORANG RAMAI DAH MULA MAINKAN MSU...DAN MEMALUKAN PAS????

Posted: 12 Jul 2015 02:02 AM PDT

Waktu dewan ulamak buat usul dlm muktamar utk putuskan hubungan dgn Dap, maka guan eng batuk je sikit, kelamkabut kata kputusan itu belum muktamad sebenarnya. Kena klulusan msjlis syura (MSU) dulu, katanya.
Bila ditanya bila MSU nk buat kputusan? Ohh...tak tahu bila, sbb MSU tak cukup korum, mursyidul am pulak dah ' expired'. Mybe lepas raya. Katanya.
Tiba2 MSU dah cukup korum dan muryidul am pun dah "Re-new" jwtnnya semlm. Maka, MSU buat keputusan usul dewan ulamak diluluskan iaitu tiada lagi tahalluf siyasi dgn Dap, tapi dgn Pkr ok. Dah sah belum cerai?
Belum....mereka kata kena bawa dekat Ajk Pusat pula utk tindakan seterusnya. Siapa dlm dewan ulamak tu? Mereka itu majoriti dlm MSU juga. Siapa pula dlm MSU? Mereka itu ada dlm Ajk pusat juga.
Tok ingatkan antum semua. Jgn terkejut kalau lepas ni kputusan cerai dgn Dap masih belum muktamad. Khabarnya nk di bawa ke pemegang besar mohor majlis raja2 dulu utk diperkenankan...


 KES 2


Rahim Cheng: PAS SELANGOR TUNGGU ARAHAN PUSAT.

PAS Selangor dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) telah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.

Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini telah diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Oleh yang demikian, PAS Selangor akan meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP

Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kg maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13.

YB Dato' Iskandar A. Samad
Pesuruhjaya
PAS Negeri Selangor
11 Julai 2015


[7/12, 9:20 AM] Rahim Cheng: Masa pas brgaduh teruk dgn dap sblm muktamar, dia kata tunggu muktamar putuskan psl hubungan dgn DAP.


Bila muktamar luluskan usul putus dgn DAP, dia kata tnggu dulu apa ketetapan MSU.

Bila MSU kata cnfirm putus dgn DAP, dia plak kata tnggu arahan rasmi JK Pas Pusat.

😝😝😝😝😝😜😜😜

 KES 3


Semua orang tak pernah tahu apa jasa Harun Din, Zuhdi Marzuki, Razman Zakaria, Mokhtar Senik dan Zaharudin Mamat kepada Pakatan Rakyat...... Saya syak mereka ini adalah barua UMNO yang ditugaskan untuk memecah-belahkan PR dari dalam.


KES  4

Mariam ARashid

Anggota DAP pegang bendera Pas...
Tinggal kenangan...

Mariam ARashid's photo.
Like · Comment · 

KES 5




KES 6

Sebagai panduan utk ahli dan pendokong Pas Shah Alam behubung dgn keputusan Mesy MSU

"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik; menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Maka, sehingga ada ketetapan dan kaedah perlaksanaan yang bersesuaian dengan keperluan politik di Negeri Selangor oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, PAS Shah Alam akan terus berkerjasama dan berkawan dengan PKR dan DAP untuk menggalas tanggungjawab membangun negeri dan masyarakat Selangor.

AZLI YUSOF
YDP Pas Shah Alam
11 Julai 2015

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lawak Laki Rosmah meroyan nak sambut raya..

Posted: 12 Jul 2015 05:42 PM PDT


Setiap kali Najib & Rosmah kantoi pada skandal .....

Posted: 12 Jul 2015 05:37 PM PDT




MASIHKAH KAU INGAT

Posted: 12 Jul 2015 05:35 PM PDT


Sebelum PRU13, Najib kata kami sudah insaf, beri BN peluang.

TETAPI.. Hakikatnya slps PRU13 APA YG TELAH NAJIB BERI kpd rakyat..

-Rakyat dikenakan GST
-Minyak naik
-Hapuskan subsidi minyak
-Hapuskan subsidi gula
-Kos sara hidup terus naik
-Kadar tol naik
-Tarif elektrik naik
-Syarikat MAS jatuh bangkrap
-6,000 staff MAS dibuang kerja
-Nilai ringgit terus jatuh paling teruk
-Hutang negara terus meningkat
-Terus membazir beli jet mewah VVIP
-Ketirisan perbelanjaan negara terus berlaku
-LAKI BINI 'Zimbabwe' rembat berbilion ringgit..

Masa saya sudah berlalu – Shahrir Samad

Posted: 12 Jul 2015 05:25 PM PDT

 Masa saya sudah berlalu – Shahrir SamadJOHOR BAHRU  – "Saya tidak mahu menganggotai Kabinet, masa saya sudah berlalu, lagipun tanpa jawatan dalam Kabinet, saya boleh mainkan peranan dan menyumbang kepada negara."
Itulah reaksi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika diminta mengulas komentar Awang Selamat yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini kononnya nama beliau antara disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri kanan jika berlakunya rombakan Kabinet selepas Aidilfitri ini.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berpendapat, adalah lebih baik sekiranya peluang yang ada itu diberikan kepada pemimpin muda.
"Saya berpendapat perlu beri peluang kepada orang muda untuk menjadi ahli Kabinet. Kalau saya masuk Kabinet, maknanya usia purata jemaah menteri dan timbalan menteri menjadi meningkat, sekarang sahaja usia saya sudah mencecah 66 tahun.
"Takkan masa akan datang Kabinet Malaysia disertai oleh orang tua-tua. Jadi, ada baik dan moleknya jawatan tersebut dilantik dalam kalangan orang muda yang bertenaga, sarat dengan idea dan pandangan bernas. Pemimpin muda juga memahami cita rasa masyarakat yang sebahagian besar terdiri daripada generasi muda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau sebelum ini pernah menyertai Kabinet dengan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan pada 2008 hingga 2009 dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
"Sebagai orang tua, saya tidak perlukan jawatan, yang penting idea, pandangan dan gerak kerja kita adalah bersama-sama dengan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu 1MDB, Mara diakui jejas sokongan pada Umno, BN

Posted: 12 Jul 2015 05:23 PM PDT


Nur Jazlan Mohamed

JOHOR BAHRU - Sokongan rakyat kepada Umno dan BN buat masa ini sedikit terjejas berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), kata Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata, ini kerana pelbagai tohmahan dan tuduhan belum dijelaskan dan jawapan meyakinkan.
Nur Jazlan berkata, PAC cuba menjalankan siasatan bagi mendapatkan kebenaran.
 
"Saya harap siasatan PAC akan beri gambaran jelas dan telus kepada rakyat.
 
"Ini kerana rakyat keliru dengan keadaan politik negara," katanya pada sidang media Program Kiriman Kad Hari Raya Aidilfitri Kepada Pengundi Muda Dalam Parlimen Pulai, semalam.
 
Nur Jazlan berkata, rakyat kini berdepan masalah untuk membuat keputusan berikutan keadaan semasa politik.
 
"Pembangkang juga menghadapi masalah dalaman parti.
 
"Kalau rakyat hendak buat keputusan meninggalkan BN atau tidak menyokong BN pun, mereka menghadapi masalah membuat keputusan yang mereka (sendiri) boleh yakin bahawa negara ini, akan bertambah baik, positif sekiranya mereka hendak menyokong pembangkang," katanya.
 
Meskipun begitu, Nur Jazlan menegaskan kerajaan perlu menjelaskan isu-isu yang telah timbul supaya tohmahan berkaitan dengan penyelewengan serta salah laku dalam pelbagai isu terbabit akan dapat dijelaskan.
 
Read More / Baca Lagi >>

Sebelum parti baharu, Gerakan Harapan Baru diumum sebagai tapak aktiviti

Posted: 12 Jul 2015 04:32 PM PDT

Kumpulan progresif yang tersingkir dalam PAS akan mengumumkan secara rasmi tapak aktiviti mereka yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB) pada satu sidang media hari ini, sebagai pra kepada penubuhan parti politik baharu di Malaysia.

Ia akan diumumkan pengerusinya Mohamad Sabu, selepas pembentukannya pertama kali diumumkan pada pertemuan di Muar, Johor, 16 Jun lalu, mengambil nama G18 sempena 18 pemimpin yang tersingkir pada pemilihan parti awal Jun lalu.

 "Esok kita akan umumkan struktur asas gerakan ini sebelum membuat jelajah atau 'roadshow' seluruh negara selepas Aidilfitri ini," kata sumber kumpulan itu kepada The Malaysian Insider semalam.

Roadshow pertama akan diadakan di Kota Baru dan Perlis pada Hari Raya ketiga, Ahad 19 Julai, di mana pemimpin mereka akan bertemu dengan orang ramai bagi menguji sambutan ke atas mereka.

Sebelum ini, kumpulan ini mengadakan 2 pertemuan umum iaitu di Bakri dan Tongkang Pechah, kedua-duanya di Johor, yang kini menjadi pusat aktiviti utama kumpulan ini.

"Di kedua-dua majlis di Johor itu, kami mendapat sambutan yang baik. Kami akan nilai sambutan terhadap kami di seluruh negara pula dalam roadshow selepas raya ini," kata sumber itu.

Di Kota Baru, majlis penerangan itu akan diketuai bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dengan disertai Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail. Di Perlis pula, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, akan mengetuai majlis yang turut dijangka disertai wakil PKR dan DAP.

Read More / Baca Lagi >>

Politik negara gelap boleh hancurkan negara

Posted: 12 Jul 2015 04:20 PM PDT

Oleh RAYUSA

KEBURUKAN pentadbiran negara yang dibawa oleh Dato' Seri Najib Razak kini tidak disenangi hampir semua orang, termasuk adiknya sendiri, Dato' Seri Nazir.
Pengerusi CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara kita itu menyifatkan situasi politik Malaysia kini sebagai "masa gelap politik."

Dalam satu posting di Instagramnya, Nazir meletakkan gambar Tugu Negara. Katanya, mereka (merujuk patung anggota tentera pada tugu itu walaupun lebih mirip wajah bukan Malaysia) berkorban supaya kita boleh membina sebuah negara. Dalam masa gelap politik ini, tambah Nazir, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi, malah politik parti.
Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), 4 Julai lalu, sebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan pada Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dengan Mac 2015. Najib didakwa menggunakan wang itu untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Umno-BN.
Walau bagaimanapun, Najib menuduh pengkritik utamanya, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai dalang dakwaan tersebut.
Najib memberitahu pihak media sehari kemudian bahawa perkara itu telah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan sewajarnya yang boleh diambil dari segi perundangan.
Adakah teguran atau kritikan Nazir itu menyindir Najib? Tetapi, jika tidak ditujukan kepada abangnya itu, siapa lagi orang yang mentadbir negara sekarang sejak April 2009? Suka atau tidak, ia tetap tertuju kepada Najib!
Dalam keadaan terpalit dengan dakwaan skandal dana 1MDB itu, Najib menegaskan beliau sesekali tidak akan mengkhianati rakyat dan harta mereka. Katanya, sebagai perdana menteri, beliau tidak akan berbuat begitu.
Bercakap kepada kira-kira 400 hadirin di majlis berbuka puasa bersama penduduk di Semenyih, 5 Julai lalu, Najib menegaskan itu janji beliau.
Pelbagai pihak - sama ada pemimpin pembangkang atau tokoh dalam kerajaan Umno- BN sendiri - menyarankan Najib segera mengambil tindakan perundangan terhadap WSJ kerana ia membabitkan integriti beliau sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Jutaan dari akaun Ambank Najib disalur ke BN pada PRU13, kata CAGM

Posted: 12 Jul 2015 03:32 PM PDT

Jutaan ringgit dalam akaun peribadi Ambank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disalurkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua tahun lalu, dakwa sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) menyalahkan tindakan yang disebut sebagai "sistem melancar" rakan komponen BN dan jentera pilihan raya itu, ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengkritik Najib sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 "CAGM boleh mengesahkan, berdasarkan dokumen mahkamah di tangan kami, berjuta-juta duit dalam akaun Ambank Najib sebenarnya digunakan untuk 'back up' parti komponen BN menjelang PRU13," kata pengerusi CAGM Md Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini.

 Kenyataan beliau itu dibuat hari ini bagi menjelaskan mengapa begitu banyak wang didakwa dipam ke dalam akaun Ambank peribadi Najib.

Selain 13 parti komponen BN yang didakwanya diperuntukkan purata antara RM30 juta dan RM50 juta setiap satu, beliau berkata, dana itu juga disalurkan kepada semua parti mesra BN dan NGO yang menerima antara RM1 juta dan RM8 juta setiap satu

 "Sistem 'melancarkan' parti komponen dan jentera pilihan raya ini (dalam beberapa kes, tentera upahan) sebenarnya dilakukan Dr Mahathir dan itulah yang membolehkan BN kekal berkuasa hingga kini.

"Jadi, pada dasarnya, Najib 'menanggung' sistem yang dimulakan Dr Mahathir bagi memastikan keputusan memihak kepada BN.

"Semakin sukar kemenangan dijangka diperolehi dalam pilihan raya, semakin banyak wang yang diperlukan untuk menjamin kemenangan dan PRU13 adalah pilihan raya yang cukup berisiko tinggi bagi BN," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar: Exco PAS di S'gor dicabar letak jawatan

Posted: 12 Jul 2015 03:28 PM PDT

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS dalam exco kerajaan negeri Selangor dicabar meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata cabaran juga ditujukan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu komited untuk tidak menjalankan sebarang kerjasama dengan PAS.
  
"Kita tidak mahu ini semua hanya sandiwara politik. Jika masih ada exco atau ADUN PAS menyokong mereka (DAP) sedangkan jika (sudah ada) kata putus, ADUN PAS (di Selangor) patut letak jawatan," katanya.
    

Read More / Baca Lagi >>

Low Yat: Situasi terkawal, kata ketua polis negara

Posted: 12 Jul 2015 03:11 PM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan malam ini polis memastikan segalanya dalam kawalan, selepas kira-kira 200 orang berkumpul di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Dalam satu siri tweet berikutan kejadian itu, Khalid menegaskan pergaduhan pada hari Sabtu, yang melibatkan 7 belia mengamuk di salah satu daripada kedai di situ, ia tiada sebarang kaitan dengan isu perkauman.

Beliau juga memberi jaminan tindakan akan diambil terhadap kedua-dua pihak yang terlibat dalam huru-hara itu.


"Low Yat – @PDRM akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!," Khalid menulis tweetnya.

Beliau juga memberi jaminan kepada orang ramai yang tidak ada pergaduhan atau rusuhan kerana pihak polis mampu mengawal keadaan.

"Low Yat – @PDRMsia sahkan keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jgn percaya khabar angin.

Polis berkawal," tulisnya. Beliau juga berkata, polis menahan beberapa suspek bagi membantu penyiasatan.

"Low Yat – @PDRMsia tangkap sebhgian mrk yg terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yg lain. Biar Polis ambil tindakan," tweetnya.

Kemudiannya pada Ahad malam, keganasan tercetus dengan beberapa orang, termasuk kakitangan media, tercedera.

Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera

Posted: 12 Jul 2015 03:06 PM PDT

Ketegangan terjadi semula di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur sejurus selepas tengah malam sebentar tadi apabila pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan yang ramai di luar premis itu bersurai.

Berlaku tumbuk menumbuk di kalangan ahli kedua-dua kumpulan sambil topi keledar dan barang lain dilempar kepada satu sama lain. Beberapa orang, termasuk petugas media, dilaporkan turut cedera dalam insiden itu.

 Wartawan yang berada di tempat kejadian juga melaporkan mendengar bunyi seakan letupan beberapa kali di kawasan itu. Seorang pemberita dari akhbar vernakular yang terperangkap dalam huru-hara itu juga menerima tumbukan di muka.

Beberapa kereta peronda polis dihantar ke kawasan itu. Semua kedai di kawasan itu, termasuk kedai serbaneka 24 jam, ditutup ketika dua kumpulan itu saling kejar mengejar di Jalan Bukit Bintang. Polis menghantar pasukan bantuan yang menempatkan diri mereka di Jalan Bulan 1 dan Jalan Bukit Bintang.

Banyak anggota polis dari unit bermotosikal juga dilihat tiba di tempat kejadian. Polis mengarahkan semua orang, termasuk kakitangan media, supaya bersurai, jika tidak, mereka diberi amaran akan ditangkap. Salah satu kumpulan kedengaran meminta untuk bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

Polis kemudiannya menghantar empat Unit Simpanan Persekutuan dan satu meriam air di Jalan Bukit Bintang. Unit itu mula menggeledah kawasan itu, mencari mereka yang menimbulkan masalah dan membuat beberapa tangkapan.

Drama di Plaza Low Yat itu bermula pada Sabtu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai di sana untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai RM799. Jurujual yang melayannya memberitahu The Star kemudiannya, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Read More / Baca Lagi >>

Plaza Low Yat tutup awal selepas kumpulan Melayu lancar bantahan

Posted: 12 Jul 2015 03:02 PM PDT

Pihak berkuasa meminta peniaga di Plaza Low Yat menghentikan operasi mereka lebih awal malam ini selepas kira-kira 200 orang, sebahagiannya dikatakan dari kumpulan hak Melayu Pekida, berkumpul di luar bangunan itu menyuarakan "ketidakpuasanhati" mereka berhubung satu pergaduhan yang berlaku semalam.

Premis perniagaan diminta tutup seawal jam 9 malam ini, dengan polis mengepung kawasan itu bagi menghalang kumpulan itu daripada cuba memasuki bangunan.

Difahamkan yang kumpulan itu berkumpul di hadapan bangunan itu kira-kira pukul 6 petang dan bilangannya menjadi semakin ramai pada pukul 8.45 malam, tanpa mempedulikan amaran polis yang melarang mereka membuat spekulasi mengenai kes itu kerana ia masih dalam siasatan.

Mereka didengari melaungkan kenyataan yang menghina dan keji dan kelihatan bersedia menyerbu ke dalam premis itu apabila pihak pengurusan dan pihak berkuasa memutuskan untuk menutupnya lebih awal. Seorang pemerhati mengambil gambar yang menunjukkan orang ramai berkumpul di luar bangunan itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan, pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Salah seorang daripada mereka yang dipercayai wakil kumpulan itu, kedengaran memberitahu orang ramai yang perhimpunan itu ialah mengenai menuntut keadilan.

 "Kami mahu keadilan dan kesaksamaan, kami mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedar apa yang berlaku semalam," katanya. Insiden yang berlaku pada jam 7.50 petang Sabtu menjadi viral di laman rangkaian sosial, dengan ramai yang membuat kesimpulan ia bermotifkan perkauman.

Read More / Baca Lagi >>

Domino Semenanjung

Posted: 12 Jul 2015 07:40 AM PDT

oleh LIEW CHIN TONG
Businessman Touching Domino Pieces Arranged in a Line --- Image by © Royalty-Free/Corbis
Biar jelas, kemenangan atau kekalahan dalam pilihan raya ditentukan kerusi marginal. Untuk gandingan pembangkang baru membentuk sebuah kerajaan yang stabil dengan keabsahan (legitimasi) yang kukuh, menumpaskan UMNO di Semenanjung Malaysia harus menjadi keutamaan.
Namun untuk UMNO tumpas bagai domino, kita tidak seharusnya tumpu di kubu kuat kita, sebaliknya kita perlu mencurahkan usaha di kawasan yang paling lemah, iaitu di kerusi marginal.
UMNO memenangi 88 kerusi di peringkat nasional, termasuk 14 kerusi dari Sabah dan satu dari Labuan. 73 kerusi selebihnya datang dari Semenanjung Malaysia.
Daripada 73 kerusi di Semenanjung, UMNO akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi di kawasan kampung, yang mana direka khas untuk UMNO sebermulanya, dengan campuran undi FELDA, undi pos, dan kerahan jentera kerajaan ketika UMNO berkempen. Pembangkang seharusnya lupakan sahaja 30 kerusi ini.
Untuk kerusi selebihnya, yang mana kebanyakannya terdiri daripada berbilang kaum, berpotensi untuk tumpas lantaran kemarahan terhadap UMNO semenjak tahun 2008 di kalangan bukan-Melayu, dan tsunami Melayu yang bakal mengancam ekoran tekanan dan penderitaan ekonomi yang disebabkan kerajaan UMNO.
Daripada 39 kerusi marginal yang dimenangi Barisan Nasional dengan majoriti kurang daripada 10% dalam PRU yang lalu, 32 kerusi itu dimiliki UMNO. Inilah gelanggang pertaruhan untuk PRU akan datang.
Menumpukan fokus di gelanggang pertengahan, dengan menawarkan pimpinan yang mantap, dasar yang jelas, dan mesej yang meyakinkan untuk menyatupadukan semua golongan etnik – sementara meluncur di gelombang kemarahan Melayu yang sedang bertiup kencang, bakal mengalih sokongan daripada dacing untuk menyebelahi pembangkang.
Garis 6%
Tidak sukar untuk keseimbangan ini dipecahkan seandainya kita meneliti data bahawa 38 kerusi parlimen yang dimenangi Barisan Nasional dalam PRU13, hanya dengan margin kurang daripada 10%. Selain daripada 38 kerusi ini, BN memenangi kerusi Teluk Intan melalui pilihan raya kecil pada tahun 2014 dengan margin 0.6%.
Padahal satu peralihan 6% secara puratanya bakal menghancurkan 27 kerusi marginal dan BN akan mengambil alih tempat pembangkang.
Daripada 39 kerusi marginal, 10 dimenangi dengan margin kurang daripada 2%, iaitu P76 Teluk Intan (0.6%), P89 Bentong (0.7%), P96 Kuala Selangor (0.8%), P159 Pasir Gudang (1.1%), P93 Sungai Besar (1.1%), P142 Labis (1.1%), P29 Machang (1.6%), P26 Ketereh (1.8%), P12 Jerai (1.9%) dan P119 Titiwangsa (1.9%).
Read More / Baca Lagi >>

1MDB-WSJ: KPN nafi siasat tiga pegawai BNM

Posted: 12 Jul 2015 07:01 AM PDT

Polis memandang serius dakwaan itu kerana siasatan kes berkenaan sedang berjalan
Khalid_bnm_1mdb_600
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ).
Menurutnya, polis memandang serius dakwaan itu kerana siasatan kes berkenaan sedang berjalan.
"Buat masa ini… (tiga pegawai BNM) tiada kaitan dengan siasatan," katanya yang dipetik daripada Kosmo Online.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan Today, Raja Petra Kamarudin 'The Bank Negara Scandal, Yet Again'
Ia mendakwa, tiga pegawai BNM sedang disiasat selepas disyaki cuba mengkhianat kerajaan dengan membocorkan maklumat sulit kepada WSJ.
Dalam perkembangan yang sama, BNM dalam satu kenyataannya pada Ahad menafikan dakwaan pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media.
"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," petik kenyataan itu.
Susulan dakwaan berkenaan, BNM memaklumkan ia telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Pas Terengganu, W.P sokong bercerai dengan DAP

Posted: 12 Jul 2015 06:58 AM PDT

Penyokong Pas negeri sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil
dap_pas_600
PETALING JAYA: Pas Terengganu dan Wilayah Persekutuan menyokong penuh terhadap keputusan Majlis Syura Ulama yang menamatkan 'tahaluf siasi' dengan DAP.
Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, ahli dan penyokong Pas negeri itu sudah bersedia mendepani sebarang risiko keputusan yang diambil.
"Kita tetap yakin bahawa perjuangn Pas akan tetap memperolehi kemenangan dan yang lebih penting perjuangan ini mendapat keredhaan Allah SWT serta segala rintangan bukanlah halangan, bahkan akan lebih mematangkan PAS serta ahlinya sekalian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Jelasnya lagi Pas sebelum ini menegaskan akan berdiri teguh dengan perkara perkara yang disepakati bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun katanya DAP telah memungkiri persepakatan dengan maasuk campur urusan dalaman Pas selain mengecam serta mencemuh Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sependapat dengannya, Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Nazmi Nik Din.
Katanya, keputusan itu mencerminkan bahawa PAS sama sekali tidak akan bertolak ansur dan menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang telah menjadi teras perjuangan sejak ia ditubuhkan.
"PAS sangat konsisten dengan prinsip perjuangan Islam. Menggadaikan prinsip bermaksud mengkhianati Islam dan secara tidak langsung ianya mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia," katanya yang dipetik daripada Ismaweb.

Jika Najib adalah pemimpin ‘Islam’, beliau seharusnya mengalu-alukan kritikan

Posted: 12 Jul 2015 05:19 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria

Jika Al-Quran dan ajaran serta tradisi Islam adalah panduan kepada dasar-dasar kerajaan, maka Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih terbuka kepada kritikan dan mengambil tindakan serius terhadap penyalahgunaan kuasa.

Lagi pun, ini adalah teras ajaran dan amalan islam seperti yang dicontohi oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad ketika mereka menjadi Kalifah selepas kewafatan baginda. Sebagai contoh, PM haruslah mengambil iktibar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq apabila beliau diangkat menjadi Kalifah pertama umat Islam.

Najib dan orang di sekelilingnya haruslah maklum bahawa tiada bangsa, keturunan atau kepercayaan sebagai seorang Muslim, satu-sastunya pembahagi adalah keimanan, tiada sebarang bangsa istimewa yang dianugerah Tuhan sebagai pembela keimanan. "Patuhi aku selagi aku patuh kepada Allah dan pesuruhnya.

Tetapi jika aku tidak lagi patuh kepada keduanya, maka kalian tidak lagi terikat untuk setia denganku," ahli sejarah Islam telah merekodkan sahabat itu sebagai berkata ketika beliau bercakap dengan rakyat yang beliau akan pimpin.

Pelajarannya di sini adalah buat seorang pemimpin yang mendakwa mengikut ajaran Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran, hadis dan sunnah Nabi, seseorang mestilah sedar bahawa tunjang kepimpinan seseorang adalah karakter dan tingkah lakunya, berbanding kerana satu pejabat atau satu keturunan.

Sekadar melepas batuk di tangga sebagai pembela Islam dan menyorok di belakang lukisan dan bangunan bermotifkan Islam terhadap tindakan seseorang tidak berkesan tanpa sebarang sabitan dan niat sebenar.

Sememangnya, intipati kata-kata Abu Bakar diulangi dengan cara yang berbeza oleh pengganti beliau Umar Al-Khattab, sahabat kedua yang menjadi kalifah Islam. "Maka biarlah ianya takdirku untuk menjaga hal ehwal kamu, tetapi saya bukanlah yang terbaik di kalangan kamu.

Jadi pinjamkanlah bantuanmu kepadaku. Anda aku bertindak dengan kebenaran ikutlah aku, tetapi jika aku menyimpang maka betulkanlah aku," kata Umar. Kata-kata beliau benar-benar merangkumi rasa tanggungjawab yang perlu ditunjuk dan diamalkan oleh para pemimpin Islam. Mereka mestilah sedar beban menguruskan hal ehwal negara dan hak orang yang ditadbir untuk memberi maklum balas terhadap kepimpinannya.

Read More / Baca Lagi >>

Gobind: Buka semula kes bunuh bos Ambank

Posted: 12 Jul 2015 05:09 AM PDT

Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

"Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Ahmad Samsuri: Di mana tempat G18 dalam Pakatan Rakyat?

Posted: 12 Jul 2015 05:08 AM PDT

Bekas pimpinan Pas yang menggelarkan diri mereka G18, yang masih memegang jawatan sebagai ahli parlimen parti Islam itu - perlu melepaskan jawatan mereka sebelum menubuhkan parti baharu.
 
Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, ini kerana ia akan menyebabkan kekeliruan terhadap perjuangan sebenar G18.
 
"Segmen pengundi dan kerusi manakah yang ditagih oleh kumpulan ini? Kerusi DAP? Kerusi PKR? Atau mungkin DAP akan bermurah hati memberikan kerusi mereka nanti... di Ipoh Barat kah, atau di Jelutong kah, atau di Kulai ?
 
"Tentunya G18 ini sedang senyum berkira-kira membayangkan menjadi ahli parlimen di kerusi ini! Atau ada yang sudah membayangkan untuk berpindah alamat rumah ke kawasan ini nanti. Selamat berpindah kawan-kawan," katanya menerusi sebuah kenyataan, hari ini.
 
G18, sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pimpinan Pas yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini membayangkan akan menubuhkan parti baharu bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0. 
 
Awal bulan ini, Pasma mengumumkan bakal bergabung dengan kumpulan G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu.
 
"Adakah kumpulan ini ingin mengambil kerusi Pas di Pantai Barat, sebagaimana yg pernah diuar-uarkan? Atau mereka berharap Pas akan menyerahkan kerusinya, untuk parti yang menjadi khadam kepada DAP? Tentunya berparanglah nanti keadaannya!," kata Ahmad Samsuri sinis.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu Daya Waktu Pilihanraya? - Dato Dr MAZA

Posted: 12 Jul 2015 05:01 AM PDT

PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya?

Posted: 12 Jul 2015 04:11 AM PDT

Oleh Fathi Aris Omar
PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya? Kalaulah ada, saya tidak pasti bentuknya.Tetapi saya pasti Umno tidak akan pelawa PAS menyertai BN sebelum atau menjelang pilihan raya umum.
Kerjasama PAS-Umno yang melibatkan pengagihan kerusi hampir-hampir mustahil, setakat ini.

PAS umumnya berlawan dengan Umno. Ada beberapa kali pilihan raya umum, pertandingan satu lawan satu.
Umno tidak bersedia membahagi-bahagikan kerusinya dengan PAS. Umno (dan semua parti) tahu susah hidup bergantung nasib pada rakan kongsi -- kecuali ia dominan dan kuat.
Jadi, dalam perkiraan sekarang, sama ada Umno menang atau PAS menang.
PAS hanya diperlukan apabila Umno hilang banyak kerusi. Di sini PAS boleh menampung jumlah yang hilang (kalaulah hilang banyak!)
Tetapi jika Umno berjaya pulih, termasuk menggantikan Najib Abdul Razak, peluangnya lebih baik daripada saat ini.
Lagi kuat Umno, lagi ia tidak memerlukan PAS.
Tapi mungkin juga Umno perlukan kerjasama (jika ada) dengan PAS untuk tujuan-tujuan lain.
Mereka yang anti-PAS, khususnya bekas penyokongnya, berangan-angan melihat PAS menyertai BN atau menzahirkan sejelas-jelasnya kerjasama PAS-Umno.
Saya fikir, setakat ini, angan-angan itu kekal sebagai angan-angan.
NOTA: Semua parti pembangkang, termasuk DAP, membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan Umno. Untuk bermacam-macam tujuan. Jadi kita kena faham tujuan dan natijah akhir 'kerjasama' ini.

Kadir: Urusan 1MDB - bank S'pura merisaukan

Posted: 12 Jul 2015 04:09 AM PDT

Wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin menyuarakan kebimbangan mengenai firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memberi risiko kepada kedaulatan Malaysia.

Antara perkara lain yang membimbangkan, Kadir berkata urusan 1MDB dengan perbankan Singapura yang mana Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) turut mengetahuinya.

"Kalau penyiasatan MAS tidak menemui apa-apa yang buruk tentulah Bank Negara dan media arus perdana telah mencanangkannya. Sebaliknya apabila MAS menyerahkan laporan siasatannya kepada Bank Negara, Gabenor (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz berkata ia adalah rahsia.

"Kita takut maklumat yang ditemui oleh MAS dan pihak-pihak luar yang lain digunakan sebagai "leverage" untuk memeras ugut pemimpin kita," kata Ketua Pengarang NSTP dalam posting blog semalam.

Abdul Kadir merujuk akaun 1MDB berkaitan di BSI Bank Ltd Singapura, di mana dana AS$ 1.103 bilion (RM3.97 bilion) daripada penebusan aset 1MDB yang disimpan di Pulau Cayman.

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ

Posted: 12 Jul 2015 04:08 AM PDT

Bank Negara nafi pegawai bocor maklumat kepada WSJ
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media sambil menegaskan BNM tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdaya amanah rakyat.

"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," kata BNM dalam satu kenyataan.

BNM berkata mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sebuah portal, Malaysia Today mendakwa tiga pegawai kanan BNM sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengendali portal itu, Raja Petra Kamaruddin mendakwa kemungkinan besar pegawai terbabit akan menerima nasib seperti bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada 1999.
Read More / Baca Lagi >>

PAS perlu batal tahaluf siyasi secara total, kata penganalisis politik

Posted: 12 Jul 2015 04:06 AM PDT

PAS perlu melaksanakan secara total pembatalan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan DAP, dan memastikan semua anggotanya yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang meletakkan jawatan, kata penganalisis politik.
Pensyarah di Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata jika ini tidak dilaksanakan, ia menggambarkan parti itu seperti tiada ketegasan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan menimbulkan persoalan terhadap keputusan tersebut.
"Saya melihat keputusan itu agak pelik kerana Majlis Syura Ulama PAS memuktamadkan pembatalan hubungan dengan DAP tetapi ahli PAS masih memegang jawatan di Selangor dan Pulau Pinang.

"Jika mereka (PAS) benar-benar mahu memutuskan hubungan dengan DAP, sepatutnya mereka melaksanakannya secara total di mana mereka perlu menarik diri daripada sebarang jawatan kerajaan negeri di kedua-dua negeri itu," katanya hari ini. Semalam, Majlis Syura Ulama parti itu membuat ketetapan memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP ekoran tindakan provokasi berterusan, melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta mencampuri soal akidah, dasar dan matlamat PAS.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan hari ini  dilaporkan berkata, tidak ada sebarang arahan dikeluarkan untuk anggota parti yang sedang berkhidmat dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan itu.
Dr Ahmad Martadha berkata tindakan anggota PAS kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menimbulkan kecelaruan tentang maksud sebenar mengenai tindakan PAS memutuskan hubungan itu.
"Mereka dilihat masih mahukan jawatan itu. Saya rasa tindakan PAS memutus hubungan dengan DAP hanya di atas kertas tetapi tidak secara praktikal dan tidak melambangkan apa sebenarnya yang diungkap mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin

Posted: 12 Jul 2015 04:03 AM PDT

PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - KhairuddinKUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor perlu segera membuat laporan polis seterusnya mengemuka saman malu kepada mana-mana pihak yang menuduh mereka terlibat dalam isu dana yang dimasukkan ke akaun peribadi mereka.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penangguhan laporan polis dan saman malu hanya memburukkan situasi selain menambah pelbagai spekulasi serta tanda tanya masyarakat.

"Saya sarankan kepada Najib dan Rosmah untuk segera buat laporan polis bagi membersihkan nama mereka terhadap tuduhan dana dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi mereka.

"Ia memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka berani kerana benar. Jangan lengahkan lagi kerana pelbagai lapisan rakyat sedang membuat berbagai andaian mengenai kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.

"Setakat menafikan itu tidak benar dan fitnah kurang meyakinkan rakyat. Rakyat tidak boleh menerima sebarang penafian secara umum tanpa bertindak membuat laporan polis bagi mensahihkan penafian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pendapat terbaru Khairuddin itu turut dimuat naik di dalam catatan di laman Facebooknya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Sindrom Mahathir’: Beliau mungkin bukanlah yang terbaik kita pernah ada

Posted: 12 Jul 2015 04:01 AM PDT

oleh Zulhilmi Zainal

Ketika bekas PM Dr Mahathir Mohamad meraikan hari jadinya yang ke-90 di saat kemelut beliau dengan Najib Razak, ianya berbaloi untuk menyatakan kegemaran khusus yang ditunjukkan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat untuk Malaysia itu.

 Tabiat ini melibatkan seorang bekas pemimpin yang, telah meletak jawatan, tidak berupaya untuk berundur dan membiarkan penggantinya berkuasa.

 Bekas pemimpin itu mengambil setiap peluang yang ada untuk mengkritik dan menjejaskan kepimpinan penggantinya, membuatkan tidak selesa yang dilakukan berbeza berbanding sebelumnya.

Ianya tidak semestinya buruk, atau lebih baik, tetapi perbezaan pendapat sahaja sudah cukup membuatkan bekas pemimpin itu berasa tidak senang. Untuk berlaku adil, Mahathir bukanlah satu-satunya pemimpin Malaysia yang mengambil jalan sebegini.

 Beliau juga pernah mengalaminya sendiri ketika kemelut 'Umno Baru', apabila pentadbiran beliau telah dijejaskan oleh perdana menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Keadaan ini haruslah digelar sebagai 'sindrom Mahathir'. Lagi pun, beliau adalah orang yang paling menonjol dalam negara yang menunjukkan simptom ini, menggunakan salah tadbir kewangan Najib untuk meletakkan dirinya di barisan hadapan untuk menggesa peletakkan jawatan Najib.

Sudah tentu, Najib langsung tidak membantu dirinya sendiri, tetapi pertentangan pendapat lantang oleh Tun mestilah tidak disalah erti sebagai seruan keadilan. Ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya.

Selepas Abdullah Ahmad Badawi menggantikan beliau sebagai PM, beliau merencanakan era kepimpinan Abdullah, yang secara relatifnya sederhana dan stabil, hanya kerana BN-Umno semakin hilang kawalan terhadap negara ini. Pada dasarnya, inilah apa yang telah beliau lakukan.

Dalam penghujung tempoh beliau sebagai perdana menteri, lelaki ini telah merendahkan demokrasi, badan kehakiman dan pihak polis, dan menggalakkan korupsi dan dasar-dasar bersifat perkauman, yang kemudiannya menjurus kepada pembangkang yang lebih kuat dan terhakisnya perpaduan nasional, dan kemudian menjatuhkan pengganti beliau, seorang pemimpin yang tidak berbahaya tetapi bukan seorang ahli politik gila kuasa, hanya untuk menaikkan seorang perdana menteri yang pada akhirnya menjadi seorang yang mencurigakan.

Beliau mempunyai kaitan dengan ini, dan beliau bukanlah seperti yang beliau beritahu polis, yang menghalang beliau daripada bercacakap di acara "Nothing to Hide" sebulan lalu, sebagai "seorang rakyat biasa".

Read More / Baca Lagi >>