Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


KENYATAAN MEDIA - Task Force 1MDB

Posted: 10 Jul 2015 03:29 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh?

Posted: 10 Jul 2015 10:58 AM PDT


Nama Pulau Pisang mungkin tidak sepopular Pulau Batu Puteh yang pernah mendapat tumpuan dunia di mana rebutan ke atas pulau itu dibawa sehingga ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) beberapa tahun lalu.

Namun nasib Pulau Pisang dikhuatiri serupa dengan Pulau Batu Puteh yang akhirnya diputuskan jatuh ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008.

Walaupun Pulau Pisang ini terletak dalam wilayah Malaysia, namun terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter dibina pada tahun 1914 yang dikendalikan oleh Singapura menerusi perjanjian antara Sultan Johor, Almarhum Sultan Ibrahim dengan British pada tahun 1900.

Pulau Pisang yang berkeluasan 178.4 hektar dan terletak lima kilometer dari bandar Benut itu sudah tidak berpenghuni lagi namun terdapat dusun-dusun buah-buahan yang masih dijaga dan dikunjungi sekali-sekala oleh pemiliknya.

Di situ juga terdapat sebuah jeti yang dibina untuk kemudahan Pihak Berkuasa Maritim Singapura menguruskan rumah api tersebut.

Bimbang Pulau Pisang dituntut

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat melahirkan kebimbangannya terhadap nasib pulau itu pada masa akan datang.


Malah beliau tidak menolak kemungkinan Pulau Pisang akan turut dituntut Singapura seperti republik itu menuntut Pulau Batu Puteh.

"Setakat ini pihak di sana bersangka baik, tidak ada apa-apa tuntutan tapi kita tak tahu pada masa akan datang.

"Saya bimbang dengan adanya resit-resit, rekod gaji pekerja, dokumen penyelenggaraan yang semuanya dibayar oleh Singapura, mereka akan jadikan bukti untuk tuntut pulau itu di mahkamah antarabangsa (ICJ) kerana mereka kata mereka yang jaga rumah api itu.

"Sama juga berlaku dengan Pulau Batu Puteh. Perkara itu boleh berulang," katanya kepada pemberita ketika diminta pandangan dari sudut perundangan terhadap segala kemungkinan yang boleh berlaku terhadap Pulau Pisang yang terletak di Pontian itu.

Beliau juga turut memberi senario mudah yang paling hampir dengan masyarakat umum.

"Apabila rumah kita, setiap tahun orang lain bayarkan bil api, bil air, upah orang datang bersihkan, bayar cukai tanah...lama-lama daripada generasi ke generasi, sudah lupa siapa pemilik asal.

"Pihak yang menjaga hanya menunjukkan bukti bahawa selama berpuluh tahun yang menjaga rumah kita itu adalah pekerja yang dibayar oleh dia, jiran tetangga sekeliling pun tengok bukti betul, akhirnya mereka akan tuntut rumah kita itu.

"Jadi, sama juga. Ini yang mungkin akan berlaku kepada pulau itu," katanya.

Malaysia perlu isytihar Pulau Pisang

Tegasnya, pemerintah wajar mengambil langkah perundangan bagi mengisytiharkan siapa pemilik mutlak pulau tersebut.


Beliau juga menyarankan agar pihak berkuasa mengkaji semula sistem kawalan keselamatan di kawasan perairan tersebut.

"Sudah sampai masanya pihak berkuasa kita kaji semula sistem kawalan keselamatan dan jika perlu, ambil alih sepenuhnya.

"Biarlah kita yang mengawal sepenuhnya kerana saya bimbang pulau itu akan dituntut oleh generasi-generasi selepas ini.

"Sekarang mungkin kita ada kesefahaman tapi akan datang kita tak tahu mungkin apa yang berlaku kepada Pulau Batu Puteh akan berulang," katanya.

Buat pembangunan di Pulau Pisang

Sementara itu, Pemuda Umno Pontian menyarankan agar Pulau Pisang yang terletak di luar perairan daerah itu dibangunkan menjadi salah satu tarikan pelancong di negeri Johor.

Ketuanya, Mohd Helmi Buang berkata, pembangunan itu perlu bagi memastikan hak mutlak ke atas pulau itu dilihat jelas oleh republik Singapura.

"Ada isu berbangkit sebelum ini yang mahukan agar Pulau Pisang itu dibangunkan. Tapi sejak tiga tahun lepas, saya dimaklumkan pulau ini telah menjadi milik kesultanan Johor.

"Tapi rumah api dan jeti masih beroperasi. Ia masih milik Singapura. Pulau itu hak Kesultanan Johor, cuma kita harap pulau itu dibangunkan dan tidak ada lagi pertikaian pulau itu milik siapa," katanya.

Menurutnya, pulau yang tidak berpenghuni itu menjadi persinggahan nelayan dan kaki pancing sejak dulu lagi.


Sehubungan itu, pembangunan di pulau tersebut bakal memberi kemudahan kepada mereka.

"Di sana, cuma ada rumah-rumah nelayan singgah dan pemilik-pemilik dusun tapi tiada penghuni. Tapi di situ, masih ada tiga orang askar Singapura yang menjaga rumah api tersebut.

"Contohnya, bangunkan menjadi kawasan peranginan, rumah rehat atau pusat-pusat memancing. Jadi, bila orang datang ke Pontian, ada tempat untuk pelancong melawat dan tinggal beberapa hari. Komersilkan tempat itu," katanya.

Singapura hanya dibenarkan bina rumah api, jeti

Pada tahun 2008, menurut laporan sebuah akhbar tempatan, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor.

Jelas Abdul Ghani, keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan dan syarat itu hendaklah dipatuhi.

"Rumah api berkeluasan 178.4 hektar itu dibina menerusi perjanjian antara (Almarhum) Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dengan kerajaan Inggeris.


"Singapura turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya," katanya.

Abdul Ghani menjelaskan, negara jiran itu hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar.

Berdasarkan perjanjian antara Sultan Johor dan Inggeris, rumah api itu kekal di situ selagi terdapat kapal-kapal menggunakan perairan tersebut.

Difahamkan pulau yang mula diteroka sejak tahun 1806 oleh penduduk sekitar Benut itu pernah didiami kira-kira 500 keluarga Melayu.

Namun, pulau itu sudah lama tidak berpenghuni selepas semuanya berhijrah.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rosmah jawab fitnah atas dirinya

Posted: 10 Jul 2015 09:00 PM PDT


Berikut kenyataan penuh Datin Seri Rosmah yang dipetik dari Badut Rakyat yang menjawab fitnah dan tomahan terhadapnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi :

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.

Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri. Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama : Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu,19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua : Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.

Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co. Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.

Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga : Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.

Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.

Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita. Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan.

Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat : Pembaziran Projek Permata
Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.

Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru,saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima : Bergaya dengan perhiasan mewah
Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut,mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu.

Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas. Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.

Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara). Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh : Isu menjadi Perdana Menteri Keenam Mana mungkin?
Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib,maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri. Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib.

Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang.Itu salah dan tidak ada etika.Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi :

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah.

Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu. Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

Sudahkah anda bayar zakat?

Posted: 10 Jul 2015 06:54 PM PDT





Mahu Mufti Pèrlis jadi PM ... penulis terlebih minum air ketum

Posted: 10 Jul 2015 03:22 PM PDT


Gila le dia mahukan mufti perli. Masa sahur tadi mamat ni terlibat munum air ketum.

PAC panggil MARA Inc, Si penuduh Rafizi Mr Half Truth panggil sekali!!!

Posted: 10 Jul 2015 06:13 AM PDT


KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan memanggil Majis Amanah Rakyat (Mara) untuk menjelaskan mengenai pembelian empat hartanah di Melbourne yang kini sedang disiasat polis Australia.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, agensi itu diminta nemberi penjelasan mengenai pembelian hartanah tersebut pada hujung bulan depan.

Nur Jazlan berkata, surat panggilan akan mula oleh dikeluarkan setiausaha minggu depan.

Minggu lepas Polis Australia menyerbu sebuah rumah di Selatan Vermont sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung pembelian hartanah berkenaan.

Dalam serbuan itu pihak berkuasa merampas komputer dan beberapa fail penting.

Selain itu beberapa hartanah lain sekitar Melbourne juga disasarkan untuk siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pembelian hartanah di sana, membabitkan pegawai kanan MARA.

Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli pada 30 Jun lalu mendedahkan Mara membayar RM375.4 juta untuk membeli empat hartanah berkenaan dengan pulangan pelaburan di bawah harga pasaran.

Rafizi mendakwa, pembelian Swanston Street pada harga RM138.6 juta; 333 Exhibition Street bernilai hampir RM100 juta dan 51 Queens Street (RM70.4 juta); dan The Dudley dengan harga RM67.2 juta.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendakwa, kadar pulangan sewa nilai hartanah itu tidak selari dengan pembelian hartanah yang dibeli Mara sebelum ini.

-Sinar Harian

-----------------------------

Yang dituduh sedia ke PAC.

Yang main tuduh si Rafizi pun patut dibawa ke PAC untuk jelaskan tuduhannya dengan bukti. Dia kaki kelentong!!!!

MASTER OF HALF TRUTH yang kuat fitnah dan mereka cerita. Layak masuk neraka!!!

Anak Hussain Najadi, Kit Siang ... terencat akal tak boleh fikir

Posted: 10 Jul 2015 03:30 AM PDT


Dan


Padahal ...



Lojiklah sikit ...

CERITA SEBENAR HUSSAIN NAJARDI

1) Pengasas Ambank Hussain Najardi, telah menjual semua sahamnya pada tahun 1983-1984 dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak terlibat dalam pengurusan mahupun di pejabat beliau di Ambank dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

2) Tiada laporan polis difailkan oleh Najardi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut. Rekod tersebut didapati tidak wujud.

3) Tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun.

4) Jika Ketua IT tersebut dipaksa untuk meletak jawatan, mereka boleh membocorkannya pada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang, jika mereka sedar tentang sejumlah besar pemindahan tersebut, tetapi sudah lebih 2 tahun tiada sesiapa sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut.

5) Pengasas Ambank dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain.

6) Satu-satunya anak tunggal pengasas Ambank iaitu Pascal Najardi merupakan seorang yang bermasalah.

Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia.

Pascal menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000.

Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah.

KESIMPULANNYA: Cerita berkenaan pembunuhan pengasas Ambank yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar

Nazir Razak mcm DIKTATOR KUKU BESI tahan CEO persoal WSJ

Posted: 09 Jul 2015 11:30 PM PDT


Kenapa pula seorang pegawai tinggi Bank tidak boleh komen "technical matter" mengenai kod SWIFT?

Nazir pula boleh komen dan kritik PM, pentadbiran abangnya, 1Mdb, tuntyt Lembaga Pengarah resign dan gampang DEB.

Badlisyah menjelaskan bahawa WSJ tersalah tentang SWIFTCODE yang diguna dalam dokumen yg disiarkan. Baca Rockybru di SINI

Media pro-pembangkang terus menggunakan kesilapan pertamanya tapi tidak jelaskan bahawa bila kod salah walaupun sebab salah branch, dokumen WSJ tetap salah!!!!

Persoalannya pula Adakah Nazir saja yang boleh bercakap dan orang lain tidak boleh jelaskan kebenaran???

Nazir yang kini mahu cebur diri dalam hal masyarakat dan politik melalui pandangannya dan dipercayai mahu tubuh parti politik baru tapi BERSIKAP SEPERTI SEORANG DIKTATOR???

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LAYAKKAH MEREKA BERGELAR MAHASISWA?

Posted: 09 Jul 2015 11:57 PM PDT

Katanya sekumpulan mahasiswa nak buat demo di Putrajaya lepas solat Jumaat.

Dengar macam gempak. Rupa-rupanya tak sampai satu saf pun yang turun.

Ada la kawan-kawan yang solat di Masjid Putra hantar gambar melalui Whatsapp.

Penulis nak kongsi gambar ni bersama pembaca, adakah layak mereka bergelar mahasiswa jika mengeja pun masih salah?

Istihar atau isytihar?
Lagi seminggu nak raya pun tak habis-habis nak berdemo bagai. Yang peliknya, kenapa hanya satu kaum sahaja yang berdemo? Mana mahasiswa dari kaum lain?

*Kaum lain bersungguh-sungguh tuntut ilmu, kaum kita bersungguh-sungguh jadi macai. Alahai....


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Imam Mekah Minta Rakyat Malaysia Bersatu Hadapi Fitnah Barat

Posted: 10 Jul 2015 03:21 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk PM viral di laman sosial

Posted: 10 Jul 2015 09:21 PM PDT

Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini.

Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.

Karangan
Foto: Facebook

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan.

Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Aset 1MDB tidak mudah dijual, kata akhbar

Posted: 10 Jul 2015 09:18 PM PDT

Penyiasat yang sedang meneliti akaun syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati, hampir RM13 bilion aset tidak boleh dicairkan dengan mudah, dilaporkan The Star.

Memetik sumber daripada siasatan kerajaan yang sedang berjalan, akhbar harian berbahasa Inggeris itu berkata, dana pelaburan negara tersebut mempunyai jumlah aset sebanyak RM51.4 bilion pada 31 Mac 2014, di mana hampir RM19.5 bilion terdiri daripada aset semasa, termasuk wang tunai dan aset untuk dijual.

Wang tunai itu berjumlah kira-kira RM3.85 bilion, tetapi laporan itu menyatakan, daripada jumlah itu, kira-kira RM1 bilion tidak dapat digunakan kerana wujudnya "sekatan".

 "Malah aset yang ditahan untuk jualan juga tidak boleh dicairkan dengan mudah," lapor The Star memetik sumber penyiasat yang tidak dinamakan. Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan jenis "sekatan" yang dihadapi 1MDB.

 Laporan itu juga memetik penyiasat yang mengatakan, kedudukan kewangan 1MDB "tidak kukuh" dan menghadapi masalah kecairan. 1MDB menanggung RM42 bilion hutang terkumpul dalam masa enam tahun beroperasi dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mengakui, syarikat itu menghadapi masalah aliran wang tunai.

Laporan itu juga berkata, penyiasat mendapati juruaudit luar yang memeriksa akaun 1MDB juga tidak mengesahkan nilai aset yang dipegang 1MDB PetroSaudi Limited sebelum meluluskan penyata kewangan syarikat itu.
Read More / Baca Lagi >>

AS$700 juta dipindahkan tanpa kelulusan lembaga 1MDB, kata akhbar

Posted: 10 Jul 2015 09:14 PM PDT

Sejumlah AS$700 juta yang sepatutnya disalurkan ke syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI), dialihkan tanpa pengetahuan ahli lembaga dana negara itu, lapor The Star hari ini.

Menurut laporan itu, penyiasat mengatakan ahli lembaga pengarah 1MDB merasakan perjanjian menubuhkan syarikat usaha sama itu ditandatangani dengan tergesa-gesa, menyebabkan 2 anggota kanan lembaga itu berhenti.

Memetik penyiasat, akhbar itu berkata isunya bermula pada 28 September 2009, apabila perjanjian ditandatangani dengan segera untuk menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd, yang tidak disenangi ahli lembaga.

Mereka fitnah kerana cemburu pada PM kata pengampu

Posted: 10 Jul 2015 09:03 PM PDT

"Mereka yang berterusan menghentam dan menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya berasa cemburu dengan kejayaan beliau," kata Speaker Sabah, Salleh Said Keruak.

Tidak cukup dengan hanya cemburu, pihak yang berniat untuk menggulingkan Najib bukan hanya akan menjatuhkan kredibiliti pemimpin negara itu, malah turut mencalar imej negara di mata dunia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan portal antarabangsa yang dikatakan sering menghentam serta menyebarkan laporan berbentuk dakwaan berhubung penyelewengan badan pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Mereka (pihak yang sering menyebarkan laporan berita yang menjatuhkan kredibiliti Najib) ada agenda yang bertujuan untuk merosakkan politik negara dan mereka ini juga pasti bersubahat dengan pihak-pihak tertentu di Malaysia yang bertindak menyalurkan maklumat kepada mereka.

"Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan Malaysia di bawahn kepimpinan Najib. Mereka akan cari jalan untuk jatuhkan perdana menteri secara tidak demokratik," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Katanya lagi, ketidaktentuan politik yang sedang berlaku dalam negara ini akan menjejaskan rentak pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang sedang dijalankan oleh kerajaan.

Read More / Baca Lagi >>

Najib masih belum akui atau nafi RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya

Posted: 10 Jul 2015 08:49 PM PDT


WSJ-NAJIB
KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Rakyat Malaysia perlu adil kepada Datuk Seri Najib Razak atas prinsip "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah", tetapi pada masa yang sama Perdana Menteri juga perlu adil kepada rakyat Malaysia dengan mengakui atau menafikan segera skandal-skandal kewangan yang dikaitkan dengan dirinya.
Demikian kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang apabila mengulas kenyataan Najib semalam yang meminta rakyat supaya tidak mendengar "dakwaan karut" dari media sosial tentang diri beliau dan keluarganya.
Selama ini apabila ditanya sama ada hampir RM2.6 bilion (USD700 juta) wang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, seperti mana yang dilaporkan oleh media antarabangsa Wall Street Journal, Najib tidak pernah mengakui atau menafikannya.
Jawapan beliau yang sentiasa diulang-ulang adalah "saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri", tanpa mengesahkan sama ada wang yang didakwa tersebut dimasukkan ke dalam akaun beliau atau tidak.
Wang tersebut didakwa digunakan untuk kempen Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Pesara bimbang bayaran pencen bulanan selepas skandal 1MDB

Posted: 10 Jul 2015 08:36 PM PDT

Bekas penjawat awam bimbang adakah pencen bulanan mereka akan terjejas susulan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminjam wang daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

KWAP, yang ditubuhkan bagi membantu kerajaan membayar pencen pesara, meminjamkan sejumlah RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd, satu daripada 3 syarikat yang diserbu pada 3 Julai berikutan siasatan pasukan petugas khas ke atas dakwaan ia menyalurkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan itu juga melabur RM1.4 bilion dalam anak syarikat 1MDB lain – Bandar Malaysia Sdn Bhd, 1MDB Energy Limited, 1MDB Global Investment Limited dan Jimah Energy Ventures Bhd.

 Siasatan pasukan khas itu menjurus kepada dakwaan SRC International dan 2 syarikat 1MDB lain memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Najib antara Disember 2014 dan Februari 2015.

 "Ada beberapa ahli datang bertanya sama ada bayaran pencen bulanan mereka akan terjejas (oleh siasatan itu)," kata Datuk Omar Osman, yang mengetuai Kelab Pesara Penjawat Awam 1Malaysia.

"Kami beritahu mereka jangan risau kerana KWAP akan melakukan yang terbaik mendapatkan semula wang dilaburkan. Pesara berharap pencen bulanan mereka tidak akan terjejas dengan apa yang berlaku di dalam SRC.

 "Kami berharap apa sahaja yang dilakukan KWAP dalam membantu kerajaan membayar pencen, ia dilakukan dengan penuh hemah supaya tidak menjejaskan bayaran pencen bulanan," kata Omar, yang juga bekas presiden Cuepacs, kesatuan sekerja utama penjawat awam.

Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia mahu jawapan isu wang dalam akaun PM

Posted: 10 Jul 2015 08:24 PM PDT

 Rakyat Malaysia kini tahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai dua akaun bank di AmIslamic Bank, disahkan oleh pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) yang kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke akaun peribadi beliau itu.

Kita juga tahu akaun itu kini ditutup, seperti yang dinyatakan oleh pasukan petugas itu.

Bagaimanapun, sehingga kini perdana menteri masih belum mengulas secara langsung mengenai pemindahan wang ke akaun beliau, kecuali hanya mengatakan beliau tidak pernah mengambil sebarang dana rakyat untuk kegunaan peribadi. 

Soalan yang belum dijawab dengan pasti ialah sama ada RM2.6 bilion itu benar-benar dipindahkan ke akaun tersebut, dan sekiranya benar, dari mana wang itu datang dan ke mana ia digunakan.

Berikut antara beberapa peristiwa susulan laporan WSJ pada 2 Julai:

* WSJ melaporkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berasal dari Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, didepositkan ke dalam akaun Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

 * Sejumlah AS$11.1 juta lagi dimasukkan melalui pemindahan dalam negara, yang berasal dari SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan dan sebelum ini anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Wang ini dipindahkan dalam tiga tranche antara Disember 2013 dan Februari 2014.

Read More / Baca Lagi >>

Semua ini pernah terjadi, di beberapa negara ....

Posted: 10 Jul 2015 08:18 PM PDT

oleh Tan Jooi Long
Seluruh dunia menggelabah dengan hashtag Twitter #grexit yang mengutara persoalan sama Greece perlu keluar dari Zon Euro.

Turut menjadi trending di Twitter ialah sesuatu yang kena-mengena dengan Malaysia. Tak perlu saya ulas dengan lanjut.

Antara kata-kata pembuka yang paling popular di dalam kesusasteraan Inggeris ialah "Ia pernah berlaku, lebih kurang." (All this happened, more or less.)

Ia ditulis penulis Amerika Kurt Vonnegut dalam Slaughterhouse-Five, karya satira tentang pengalaman dalam Perang Dunia II.

Tulisannya memberi inspirasi buat saya menyelidik apa yang pernah terjadi di beberapa negara, ke atas pemimpin-pemimpin mereka.

Paling akhir ialah kejatuhan Mohamad Morsi yang menjadi presiden kelima Mesir selama hanya 368 hari.

Morsi menjadi presiden pertama dilantik melalui amalan demokrasi di dalam sejarah Mesir, dan merupakan calon popular yang didokong Ikhwanul Muslimin.

Kejatuhannya berlaku selepas kemelut politik melanda dengan dicemari protes di mana jutaan rakyat Mesir berkumpul di jalanraya menuntut perletakan jawatan Morsi.

Morsi menjadi pengerusi Parti Kebebasan dan Keadilan apabila ia ditubuhkan Ikhawanul Muslimin selepas revolusi Mesir pada 2011. Ini berlaku selepas kejatuhan Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun.

Morsi menewaskan Ahmed Shafik dalam pilihanraya presiden pada 2012.

Selama 12 bulan memegang kuaa, Morsi dilihat terlalu taksub menguasai kancah politik berbanding menguruskan ekonomi dan masalah sosial. Bunyi seperti biasa didengari?

Beliau mengeluarkan deklarasi perlembagaan sementara yang memberinya kuasa penuh, dengan berkata ia perlu baginya melindungi negara dari struktur politik era Mubarak.

Selepas sambutan ulangtahun pertama perlantikan Morsi, pelbagai kumpulan mengadakan demonstrasi di seluruh egara menuntut pilihanraya presiden dilakukan.

Momentum semakin merebak dan Morsi digesa meletak jawatan.

Tiga hari kemudian, ketua tentera yang kini presiden Abdul Fattah al Sisi menggulingkan Morsi.

Mahkamah Mesir telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Morsi bagi kesalahan yang dilakukannya pada 2011.

Di Eropah Timur 26 tahun lalu pula, pemimpin Komunis gugur bak domino.

Pada Hari Krismas 1989, diktator Romania Nicolae Ceausescu dan isteri Elena berdepan skuad penembak.
 
Read More / Baca Lagi >>

'Pembunuh Hussain Najadi kini di Malaysia' - Pascal Najadi

Posted: 10 Jul 2015 08:09 PM PDT

Pascal Najadi - anak Hussain Najadi - mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran.

Bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype, Pascal berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan.

Pascal juga mendakwa suspek, Lim Yuen Soo mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia.

Menurut Pascal, polis wajar meneliti rekod telefon Lim sejak lima tahun lalu kerana ia mungkin dapat mendedahkan komunikasi antara suspek dengan wanita yang dimaksudkannya itu.

Siasatan Malaysiakini juga mendedahkan Lim bukanlah sekadar ahli perniagaan yang menguruskan "pusat hiburan dan parkir kereta" seperti digambarkan polis.

Lim dipercayai memiliki sebuah firma kawalan keselamatan dikenali sebagai  Active Force Security Services Sdn Bhd.

Majlis Syura Ulama restu PAS, DAP bercerai

Posted: 10 Jul 2015 08:07 PM PDT

PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP - sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.

Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu semalam.

Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kenyataan dikeluarkan melalui Nik Muhammad Zawawi, MSU mendakwa kesal dengan tindakan "provokasi berterusan" yang dibuat DAP sehingga melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Namun yang lebih menarik, MSU mendakwa keputusan memutuskan hubungan dengan DAP itu dibuat kerana parti berkenaan "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS".

"Oleh itu, Majlis Syura Ulama memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR," katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menjelaskan bagaimana DAP campur tangan dalam isu aqidah seperti disebutkan PAS.

Read More / Baca Lagi >>

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN

Posted: 10 Jul 2015 06:25 PM PDT

Sepandai-padai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan tuduh pengkritik mahu gulingkan kamu, pesan Musa Hitam kepada Najib

Posted: 10 Jul 2015 06:23 PM PDT

Tun Musa Hitam meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengendalikan situasi dengan baik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 2015. 
Tun Musa Hitam meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengendalikan situasi dengan baik. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dengan tegas satu persatu tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan bukan sekadar mendakwa ia satu komplot bagi menggulingkannya, kata Tun Musa Hitam. Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, adalah lumrah buat seseorang yang memegang tampuk kuasa jika ada pihak yang ingin melihatnya tumbang dan ia sebahagian daripada resam berpolitik.
"Selain menjawab soalan dan menjelaskan keraguan daripada penyokong dan seterunya, Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan yang ia dibuat bagi menggulingkan pentadbirannya," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif merujuk kepada kenyataan Najib mutakhir ini yang berulang kali memberikan alasan itu bagi menepis kritikan yang terus dilemparkan kepadanya berkaitan pengurusan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib – satu tuduhan yang dinafikannya. Pada masa sama, Najib menuduh pengkritik nombor satunya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahthir Mohamad adalah dalang di sebalik dakwaan itu.
Menurut Musa, kebanyakan bekas perdana menteri sebelum Najib mungkin boleh didakwa dengan tuduhan sama namun mereka bernasib baik kerana pada zaman mereka, ruang "demokrasi digital" belum  wujud.
Beliau merujuk kepada media sosial yang membolehkan sebarang salah laku kerajaan dan ketidakcekapan kerajaan dilondehkan dengan mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Seluruh dunia dapat teka individu yang dimaksudkan Siti Hasmah

Posted: 10 Jul 2015 06:18 PM PDT

Orang ramai bukan tidak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
zam-hasmah
PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ramai yang dapat meneka individu yang berkenaan selepas membaca temubual Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bersama Malaysiakini.
Katanya, seluruh dunia dapat meneka dengan pantas individu yang dimaksudkan itu walaupun isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menyebutnya.
"Walaupun tidak dimaksudkan kepada sesiapa tetapi apabila Dr Siti Hasmah mendedahkan bahawa 'resipi untuk menjadi isteri pemimpin negara ialah jangan bersaing dengan suami anda' maka seluruh dunia dengan pantas dapat mengenali siapakah yang mempunyai sifat ini, memberikan jawapan yang sama dan menunjukan orang yang sama.
"Bila yang sudah tahu bertanya kepada rakannya, Siapakah dalam pikiran dan perhitungan engkau,jawapannya ialah- " Sudah geharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula," tulisnya diblog zamkata.blogspot.com.
Zainuddin atau Zam berkata, sebenarnya orang ramai bukan tak tahu tetapi takut untuk bertanya siapakah yang dimaksudkan itu.
Katanya, menerusi tembubual itu, beliaupun tahu Dr. Siti Hasmah tidak menujukan kepada sesiapa tetapi oleh kerana banyak cerita-cerita popular mengenai seorang isteri, maka Dr. Siti Hasmah tidak dapat menyekat kebebasan orang untuk membuat tafsiran.
"Pengenalan saya pastinya sama dengan pengenalan orang ramai tetapi saya tetap amanah menyimpannya sebagai rahsia peribadi," katanya.

Marina: Politics? I can't tow the line

Posted: 10 Jul 2015 05:54 PM PDT

'Saya perlu jujur, tolong henti serang Najib' - Ahmad Maslan

Posted: 10 Jul 2015 05:54 PM PDT

DAP serah Rara tugas bantu mangsa seks, banjir

Posted: 10 Jul 2015 05:52 PM PDT

‘Dinasti Lim’ dalam DAP - Siapa mahu anak ke penjara?

Posted: 10 Jul 2015 05:51 PM PDT

Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan" Berbanding Najib

Posted: 10 Jul 2015 04:15 PM PDT

Bukan setakat sebelah tangan, tetapi tabik dua belah tangan kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang dengan berani dan tidak menunggu terlalu lama untuk tampil mengesahkan bahawa pendedahan Sarawak Report mengenai akaun bank miliknya adalah betul dan benar-benar wujud.

Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit lutut, beliau lebih "jantan" berbanding suaminya untuk mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh rakyat dan orangramai.

Kalau boleh, seluruh negara harus memberikan tabik hormat dua belah tangan kepadanya yang baru-baru ini dinobatkan sebagai "First Lady kedua tercantik di Asia" atas keberanian tersebut.

Tidak seperti suaminya, Najib yang sehingga sekarang masih tidak berani mengesahkan sama ada akaun bank yang didedahkan oleh Wall Street Journal adalah miliknya dan kemasukan wang ke dalam akaun tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya, hanya tidak sampai dua hari, Rosmah melalui peguamnya tampil mengesahkan kebenaran dakwaan Sarawak Report itu.

Sambil mempertikaikan dari segi pelanggaran Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan mahu Bank Negara bertindak mengenai kebocoran maklumat itu, peguam itu juga menafikan kemasukan wang yang didakwa Sarawak Report itu ada kaitan dengan 1MDB.

Tetapi, jika dilihat daripada laporan Sarawak Report, mereka juga tidak mengaitkan kemasukan wang RM2 juta itu dengan 1MDB, pemberian sesiapa atau datangnya dari sumber yang tidak sah, sebaliknya hanya mengatakan ada beberapa kali deposit wang yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama "Roslan Sohari"  ke dalam akaun bank peribadinya.

Melalui kenyataan peguam yang dikeluarkan malam tadi juga, bagaimanapun tiada sebarang pengumuman sama ada tindakan saman atau surat meminta penjelasan terhadap Sarawak Report akan diambil atau tidak.

Berbeza dengan Najib, berdepan serangan berterusan daripada Wall Street Journal dan Sarawak Report serta desakan ramai yang mahukannya menjawab dengan jujur tentang dakwaan pengaliran wang masuk ke dalam akaun peribadinya yang didakwa berjumlah RM2.6 bilion, beliau bukan saja tidak berani memberi jawapan yang meyakinkan, malah melencong kepada kata-kata,  "saya tak ambil wang 1MDB untuk peribadi"  dan "saya tidak pernah khianati amanah rakyat" atau yang membawa maksud seumpama dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

Tanpa SPR yang ‘bersih’, pilihanraya semula tidak bermakna apa-apa

Posted: 10 Jul 2015 04:13 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Dengan meyakini bahawa kebebasan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) masih lagi di tahap meragukan, pilihanraya semula pada masa ini tidak akan menjamin apa-apa perubahan dalam kerajaan, mahu pun memastikan dasar yang lebih telus.
Beberapa tahun yang lalu, gabungan Bersih 2.0 menganjurkan demonstrasi yang disertai 30,000 rakyat Malaysia untuk bangkit melawan dakwaan salah laku oleh SPR, menjelang PRU ke-13.
Himpunan Bersih 3.0 – yang ketika itu diketuai bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan – adalah antara demonstrasi terbesar yang pernah dibuat di Malaysia. Sehingga hari ini, gabungan itu masih mencabar SPR dalam isu kesahan proses persempadanan semula yang dijalankan di Sarawak.
Ambiga mungkin telah melepaskan jawatannya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0, namun beliau masih sedar sepenuhnya bahawa masalah yang berlaku dahulu masih lagi tidak diselesaikan, malah ketika persediaan dibuat bagi PRU ke-14.
Janji reformasi oleh SPR hanyalah dibuat separuh masak, terutama berhubung dakwaan percanggahan dalam daftar pemilih.
Justeru, pasti ada yang tertanya-tanya apakah kebaikan dalam seruan terbaru Ambiga agar SPR mengadakan pilihanraya semula, berikutan dakwaan penglibatan perdana menteri Najib Razak dengan skandal kewangan 1MDB.
Dalam pertemuan khas bersama ahli parlimen, kumpulan bukan kerajaan dan politikus pada 7 Julai lalu, Ambiga menyertai suara-suara yang menggesa Najib mengambil cuti sementara siasatan terhadap dakwaan terhadapnya berjalan.
Laman The Malaysian Insider memetik pengerusi Negara-Ku itu sebagai berakta: "Perdana menteri harus bercuti. Pemimpin pembangkang juga perlu membuat desakan berjumpa dengan beliau dan meminta Najib melakukan perkara demikian."
"Terdapat siasatan yang berjalan sekarang ini dan ianya tidak akan lengkap sekiranya beliau masih lagi menjadi perdana menteri."
"Mesti ada pilihan raya umum yang baru kita menuntut ianya dilakukan dalam tempoh setahun ke setahun ini," katanya dalam satu pertemuan yang dibuat di perkarangan parlimen, selepas ahli parlimen pembangkang dilarang daripada menggunakan bilik mesyuarat.
(Negara-Ku adalah gerakan sivil gabungan pelbagai NGO.)
Read More / Baca Lagi >>

Suka atau tidak, Mahathir adalah tokoh yang hebat

Posted: 10 Jul 2015 03:37 PM PDT

oleh Mike Tan

 TRIBUT HARI LAHIR: Beliau dikenali ramai, dan digelar dengan pelbagai nama.

Dikenali sebagai doktor yang menjadi perdana menteri paling lama Malaysia, beliau juga penulis muda yang sangat mengambil berat kaumnya, sehingga hampir-hampir mengubah arus perjalanan negara demi menjaga masa depan mereka.

Namanya dikenali merentasi generasi. Pemujanya memanggilnya dengan nama 'Tun', darjah kebesaran yang dikurniakan selepas 22 tahun memimpin negara.

Ketika itu, ramai rakyat Malaysia merasakan seperti melihat keajaiban. Dr Mahathir Mohamad, individu yang memegang negara dalam genggamannya sejak sekian lama akhirnya bersara.

Pengaruh dan kuasanya begitu besar, sehingga penentangnya menggelarnya dengan nama 'Maha Firaun', merujuk Firaun yang zalim dalam kisah Nabi Musa a.s dalam Quran.

Malah ada yang skeptikal dengan perletakan jawatan itu, mengatakan Mahathir sudah terlalu biasa mengawal segala untuk berhenti begitu sahaja. Apatah lagi anaknya Mukhriz Mahathir masih dalam Umno.

Dan bapa mana yang tidak akan membuat yang terbaik untuk membantu anaknya berjaya, terutama jika si anak dilihat akan mengikut jejak langkahnya?

Ketika itu, ramai merasakan Mahathir akan berhadapan kesukaran untuk membiasakan hidup tanpa kancah politik.

 Tidak keterlaluan jika mengatakan majoriti rakyat Malaysia menghembus nafas lega melihat beliau akhirnya melepaskan kuasa, sekurang-kurangnya secara rasmi.

Hari ini, ketika Mahathir menginjak usia 90 tahun, ramai yang mendendangkan irama yang berbeza.

Read More / Baca Lagi >>

RM2 juta: Laporan Sarawak Report berupa serangan jahat, kata peguam Rosmah

Posted: 10 Jul 2015 03:32 PM PDT

Laporan Sarawak Report berupa serangan jahat, kata peguam Rosmah
KUALA LUMPUR: Dakwaan Sarawak Report terhadap Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan cubaan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai isteri Perdana Menteri, kata peguam yang mewakili Rosmah.

Kenyataan yang dikeluarkan syarikat guaman Messrs Noorhajran Mohd Noor itu turut menyentuh soal pelanggaran jelas fungsi bank dan pendedahan tanpa izin yang bertujuan menyerang anak guamnya.

"Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut," kata kenyataan itu.

Laporan Sarawak Report bertarikh 9 Julai 2015 telah mengaitkan Rosmah dengan transaksi berjumlah RM2 juta yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Selain itu, kenyataan syarikat guaman tersebut mendesak pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya mengambil tindakan di bawah Akta SKMM 1998 (Akta 588) jika kandungan pendedahan Sarawak Report itu terbukti berniat jahat dan melanggar undang-undang Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ?

Posted: 10 Jul 2015 03:30 PM PDT

Terbaru adalah pendedahan SR mengenai sebuah akaun Affin Bank yang didakwa milik Rosmah di mana didedahkan kemasukan beberapa deposit berjumlah RM2 juta yang dilakukan oleh seorang bernama Roslan Sohari.

Mamat itu pula mengaku di FB sebagai Resident Manager at the PMO dan Mkini turut menyiarkan gambar2 perjalanan beliau diserata dunia yang secara kebetulan turut sama dikaitkan dengan kehadiran Najib Rosmah.

Link antara Roslan dan Najib Rosmah ADA kalau mengikut apa yang disiarkan.

Ramai yang cuba mempertikaikan kesahihan akaun itu sebagai milik Rosmah ..... konon kerana nombor IC yang tertera di dokumen itu bermula dengan  A, memandangkan hanya mereka yang lahir selepas tahun 1964 saja yang IC mereka bermula huruf A ....




Seperti biasalah ...... lain kali dapatkan KEPASTIAN dari tuan punya badan dulu sebelum cepat menuduh apa2 ..... kerana ternyata dari laporan terbaru Astroawani, peguam Rosmah telah mengesahkan bahawa akaun itu memang milik Rosmah !!

"Akaun bank yang dirujuk dalam laporan berkenaan adalah akaun peribadi anak guam saya. Ia telah dibuka pada tahun 1984 ketika anak guam saya berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),"

Nampaknya pro Rosmah kena lah bertanya juga kenapa Rosmah boleh memiliki IC lama yang bermula dengan huruf A .... kan ?
Read More / Baca Lagi >>

Satu Cerita Daripada Berjuta Derita

Posted: 10 Jul 2015 03:27 PM PDT

A Kadir Jasin

SEORANG ibu tunggal. Miskin. Ada dua orang anak. Yang bongsu sihat. Yang sulung dilahirkan sempurna, tapi jadi cacat akibat demam panas. Makan cecair melalui tiub - intravenous feeding.
Perlukan tiub bersekali butang penutup. Perlu diganti setahun sekali. Dulu kos mesin RM700. Sekarang RM742 kerana GST.
"Orang miskin macam saya pun kena bayar GST," rintih si ibu tunggal itu.
Sebuah cerita derita daripada berjuta. GST cukai terangkum simpul mati. Tiada siapa terkecuali. Siapa berbelanja dia kena. Tak kira si miskin atau si kaya.
GST buat Fitch gembira. Naikkan rating hutang negara. Hasil kerajaan bertambah. Rakyat jelata susah. Perniagaan turut terima padah.
Persatuan Peruncit Malaysia (Malaysia Retailers Association (MRA)) kata, pertumbuhan jualan makin kecut. Pengguna makin takut.
Mereka turunkan unjuran kali ketiga untuk tahun semasa kepada empat peratus saja.
Pengguna enggan berbelanja. Kos sara hidup yang tinggi jadi punca. Kelemahan ringgit bawa bencana. Itu kata mereka.
Ibu tunggal. Anak cacat. Beban GST. Banyak perniagaan terhenti. Itulah antara sejuta cerita derita menjelang hari raya.
Wallahuaklam.

MAJLIS SYURA ULAMA PAS PUTUSKAN HUBUNGAN TAHALUF SIASI DENGAN DAP, TETAPI KEKAL DENGAN PKR

Posted: 10 Jul 2015 03:12 PM PDT

Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP

PAS terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.
Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS.
Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 11 Julai 2015

RM2 juta: Peguam Rosmah nafi wang dideposit dari 1MDB....dari mana sumbernya....????

Posted: 10 Jul 2015 03:08 PM PDT

Sebuah firma guaman yang bertindak bagi pihak isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun bank beliau seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report, adalah dari 1MDB.

Firma guaman Tetuan Noorhajran Mohd Noor berkata pelanggannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau sebarang penyelewengan dana dan menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan wang itu dengan 1MDB.

Ia berhubung dakwaan laman pemberi maklumat Sarawak Report semalam bahawa RM2 juta dalam bentuk wang tunai telah didepositkan ke dalam akaun bank Rosmah antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Dalam satu kenyataan malam ini, firma guaman itu juga mengkritik ketua pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown (gambar) atas laporan tersebut.

Walaupun merujuk kepada laporan itu sebagai "tidak betul" dan "palsu", tetapi firma guaman itu tidak menyebut sebarang tindakan untuk menyaman Sarawak Report atau ketua pengarangnya.

Laman pemberi maklumat itu berkata laporan itu berdasarkan kepada dokumen daripada penyiasat kerajaan.

Berikutan laporan yang disiarkan itu, pasukan petugas khas - yang menyiasat dakwaan RM2.6 bilion dana yang dikaitkan dengan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak -  mengesahkan ia juga menyiasat dakwaan berhubung akaun Rosmah tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan petugas itu berkata ia sudah tahu tentang perkara itu sebelum pihak media membuat pendedahan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.