Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kos pengeluaran tidak efisien buatkan syarikat JVC berpindah ke Thailand?

Posted: 08 Jul 2015 05:31 AM PDT

Pekerja JVC bertepuk tangan sebagai tanda selamat tinggal dan terima kasih kepada kilang itu.

SHAH ALAM - Baru-baru ini viral di media sosial Facebook menyatakan sebuah kilang elektronik terkenal di Shah Alam ditutup. Tinjauan ke kilang tersebut di Seksyen 22 Shah Alam mendapati premis berkenaan lengang.

Hanya kelihatan beberapa pengawal keselamatan, selain pekerja di bahagian pejabat yang masih bertugas sebelum kilang berkenaan ditutup sepenuhnya September depan.

Usaha wartawan menemui pihak pengurusan di kilang itu kelmarin, tidak berjaya kerana difahamkan mereka sedang bermesyuarat.

Bagaimanapun, hasil perbualan telefon wartawan di pondok pengawal bersama salah seorang pegawai dari Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, kami diminta untuk menulis satu surat rasmi bersama soalan yang akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi sebelum pihak syarikat memberikan sebarang jawapan.

Sementara itu, hasil temu bual bersama beberapa pekerja dan bekas pekerja yang ditamatkan perkhidmatan, rata-rata mereka menjelaskan berpuas hati dengan layanan syarikat serta tidak kecewa dan berputus asa walaupun khidmat mereka selama puluhan tahun di syarikat berkenaan terpaksa dihentikan.

Difahamkan, kira-kira 300 pekerja dari JVC Shah Alam terlibat dengan penamatan tugas diberikan pampasan sewajarnya dan dimaklumkan mengenai penutupan operasi sejak lebih enam bulan lalu.

Menurut sumber, JVC yang bekerjasama dengan Kenwood Malaysia berpindah sepenuhnya ke Thailand atas beberapa faktor, termasuk disebabkan oleh kos pengeluaran yang tinggi.

Sementara itu, bagi Md Halim Ali, 47, yang telah berkhidmat lebih 11 tahun sebagai pengawal keselamatan di kilang berkenaan, meskipun agak sedih perkhidmatannya di kilang berkenaan bakal tamat, namun kesedihan terubat apabila pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya dengan menyerap beliau bertugas di sebuah kilang lain di Shah Alam.

Md Halim berkata, pihak syarikat memberikan memo penutupan operasi kilang sejak lebih enam bulan lalu, dan berjanji bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerjanya.

"Sebelum operasi kilang dihentikan sepenuhnya, beberapa syarikat lain dijemput oleh pihak pengurusan untuk mengadakan sesi temuduga bagi mengambil pekerja dari JVC ke kilang baharu berlokasi di sekitar Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.

"Saya sendiri bakal menyambung tugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di sekitar Shah Alam tidak lama lagi," katanya.

Jelasnya, apa yang dihebahkan di media sosial mengenai penutupan kilang dan nasib pekerja tidak terbela adalah tidak benar sebaliknya mengaggap ia hanya salah faham.

Sentiasa dilayan baik

Sementara itu, bagi Che Atun Abdullah, 44, yang bekerja lebih 24 tahun di kilang berkenaan, beliau menganggap penutupan operasi kilang itu sebagai peluang untuk lebih fokus dalam perniagaan yang sudah diusahakan selama ini.

Menurutnya, sehingga hari ini beliau masih menanti tawaran kerja dari kilang lain, namun jika tiada tawaran, beliau berhasrat meneruskan perniagaan Pisang Goreng Cheese yang telah diusahakan sebelum ini dengan lebih serius.


Menurut Che Atun, suaminya yang juga bekas penyelia di kilang tersebut berhasrat meneruskan perniagaan bagi meneruskan mata pencarian menyara tiga orang anak mereka.

"Apa yang membimbangkan cuma kami masih belum mempunyai tapak perniagaan yang tetap sebaliknya hanya berniaga di gerai tepi jalan. Insya-ALLAH rezeki ada di mana-mana.

"Kami bersyukur kerana syarikat tidak lepas tangan sebaliknya bertanggungjawab sewajarnya kepada para pekerja," katanya.

Bagi Taiban Ahmad Juri, 53, beliau menganggap pengalaman selama 18 tahun berkhidmat sebagai pegawai keselamatan di kilang tersebut sebagai kenangan manis dalam kerjayanya.

Taiban yang sebelum ini pesara tentera berkata, apa yang diviralkan di media sosial mengenai kesedihan pekerja terpaksa ditamatkan perkhidmatan berbeza situasi sebenar.

"Pihak syarikat sentiasa melayan kami dengan baik. Tiada isu penindasan bahkan kebajikan para pekerja sentiasa diutamakan," katanya.

Menurut Taiban, mereka diberikan pampasan sewajar melebihi kadar ditetapkan tenaga buruh, selain diberikan bonus dua bulan gaji serta bayaran gaji bulanan.

"Kesedihan dan air mata yang dilihat di media sosial adalah air mata gembira dan sebak apabila pekerja berpisah dengan rakan-rakan yang sudah lama dikenali sepanjang bekerja di kilang ini," katanya.

Permintaan menurun punca berpindah

Sementara itu, berdasarkan salah satu komen bekas pekerja dari bahagian kejuruteraan kilang berkenaan yang dikenali dengan profil Rohana Ramli, menyatakan kilang tersebut berpindah ke Thailand atas faktor permintaan produk yang agak menurun.

"Saya pekerja JVC. Eng Dept 22 tahun berkhidmat. Baru semalam meninggalkan JVC. JVC Malaysia mengeluarkan produk video cam (kamera video). Disebabkan smartphone (telefon pintar) mendominasi pasaran, jadi produk video cam merundum. Pasaran masih ada cuma produk perlu dikecilkan. Transfer (pindah) ke Thailand terbaik.

"JVC Jepun ada membuat RnD (penyelidikan dan pembangunan) tetapi masih gagal menandingi smartphone. Kos tinggi di sini tetapi kami masih positif. (Kami) mendapat pampasan lebih dari Akta Buruh diwartakan.

"Sampai akhirnya, syarikat cuba mencarikan kami pekerjaan. Betapa bertanggungjawab majikan kami," katanya di Facebook.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


SPECIAL TASK FORCE INVESTIGATION RELATING TO ALLEGATIONS OF FUNDS TRANSMITTED TO THE ACCOUNTS OF THE PRIME MINISTER

Posted: 08 Jul 2015 01:54 AM PDT

Sebelum melihat cermin

Posted: 08 Jul 2015 12:31 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dihina, dicerca ... hanya tuhan tempat mengadu

Posted: 08 Jul 2015 07:30 PM PDT








Kenapa Puad Zarkashi memprejudis siasatan dengan tuduhan melulu?

Posted: 08 Jul 2015 03:20 PM PDT


Kami memetik kenyatan berikut dari JAS SALEH:
BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, "Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib" bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.
Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan "whistle-blowing" kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.
Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015
Sepenuh di SINI.

Puad Zarkashi pula dilaporkan:
PENYEBARAN maklumat kononnya adalah dokumen diperoleh daripada Pasukan Penyiasat Khas bukan sahaja mengejutkan banyak pihak tetapi mendedahkan ada 'orang dalam' sanggup sabotaj kepimpinan negara kita.

Sehubungan itu, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa Peguam Negara mengambil tindakan tegas ke atas anggota pasukan itu yang khianat dalam menjalankan tugas mereka.
Baca di Mynewshub.cc SINI

Adakah Dr Puad Zarkashi percaya laporan WSJ sedangkan JASA sendiri menyebarkan maklumat mengatakan WSJ, SR, The Edge dll media sewaktu dengannya sebagai tidak boleh dipercayai?

Sebagai Ketua Pengarah Agensi Kerajaan, Dr Puad nampaknya menunjukkan contoh tidak baik untuk tidak mematuhi undang2 dan peraturan2 tidak memprejudis siasatan pihak berkuasa?

Mana satu yang dalang WSJ? Mula2 Puad kata- Dr Mahathir tapi kini Pihak Penyiasat ke????

Ginilah PM pun sedia dirinya disiasat oleh pihak berkuasa.

Kenapa pula Puad mahu halang dan buat tuduhan begini? Ada bukti ke? Nanti orang kata Puad guna bukti Xavier Justo pula.

Jika tidak pihak penyiasat, peguam dan penghakiman, siapa pula Puad mahu meletakkan kepercayaan?

Anwar Ibrahim??? Propaganda pun stail ABIM/ MISG.


Ada JILAKE BUGIMA suka BUAT MULUT dan lagakan pemimpin2!!!

Posted: 08 Jul 2015 07:22 AM PDT


Mlm tadi ada buka puasa TPM dengan media di Utusan Malaysia.

Sebelum ini ada majlis dengan PM maka ditukar beberapa gambar PM dengan gambar TPM. Gambar PM masih wujud lagi.

Ada jilake bugima sudah bawa mulut kata Utusan turunkan gambar PM dan ganti dengan gambar TPM.

Jangan suka buat mulut sana sini. Ini bukan kali pertama mamat ni suka buat spin half truth untuk buruk kan orang ini dan orang itu.

Ketika krisis begini, bukanlah masanya untuk pecah belahkan sesama pemimpin. Kita perlu hadapi masaalah ini demi nak jaga parti dan kerajaan.

Baru2 ini tersebar berikut (kami jadikan satu):


Tak tentu pasal Unspimners dan beberapa blog pro kerajaan dikaitkan.


Kita bukan hebat untuk dikaitkan. Dahlah ... sekali pandamg boleh tahu ada niat jahat dari rakan sendiri.

Kami tak rasa puak lain.yg menentang Dato Najib punya kerja. Bukan pertama kali mamat ni butukkan nama blog ini dan kata dari sumber tertentu.

Ni mesti jenis orang pendengki dari belah sini yg suka buat mulut.

Sabo sajalah ... Dunia macam roda. Ada naik dan ada turun. Ketika di atas jangan buat tak betul. Nanti susah masih di bawah.

Hmmm sapa muka yamg tidak ada ni?


Najib mula tindakan undang2; Slip remittance WSJ cacat

Posted: 08 Jul 2015 01:27 AM PDT


Lari satu hari saja!

Ada pihak nafi pendedahan dokumen ada tidak konsistensi dalam huruf tidak membawa makna. Malah ada kata isu mengenai nama Najib jadi Najib Rajak pun bukan isu besar.



Entahlah tapi bank kalau lari koma dan sempang pun boleh tahan release loan atau dokumen. Maka pasti jika duit berbillion, kenalah tepat.

Namun begitu, pihak Dato Najib sudah memulakan langkah pertama.  




Peguam Hafarizam sudah mulakan proses undang-undang untuk menuntut penjelasan. Begitulah cara undang2... step by step.

Bukan main serbu dan saman sekarang! Saman sekarang! Tak kira!!!! 


Menurut analisa seorang berpengetahuan tentang undang-undang di Rockybru SINI, ada asas-asas untuk saman WSJ.

Kod yang ternyata dalam dokumen adalah kod bank moscow.

Ada juga penafian dari salah satu yang terlibat iaitu SRC:


SRC semalam main wayang


Malaysian Insider pula nak buat cerita ...


Padahal bukan boleh mudah mana-mana Bank dan BNM bocorkan maklumat.





Fine 3 juta yob!!!

Tarikh pun lari. Akaun dah tutup tapi macam mana boleh masuk lagi.


Namun TAK PATUT ada pihak nak tuduh pula pihak penyiasat:


Baca di SINI

Akhirnya pihak penyiasat dan kemudiannya mahkamah yang bermaklumat, kredibliti dan upaya jadi penentut. Kita semua tak cukup maklumat dan kurang pemahaman teknikal dan undang-undang untuk jadi penentu.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


SKMM Sudah Mula Bertindak Terhadap Sebaran Maklumat Palsu

Posted: 08 Jul 2015 09:26 PM PDT


Pihak 1MDB juga patut menyaman pihak pihak terbabit agar ianya menjadi pengajaran kepada mereka yang suka sangat menyebar fitnah dan cerita palsu. Orang ramai yang terlihat atau terbaca maklumat yang palsu boleh printscreen dan salurkan pada SKMM untuk tindakan lanjut.

DAP Dengki Kalau Orang Melayu Dilihat Bersatu

Posted: 08 Jul 2015 07:30 PM PDT

PDRM Harus Siasat Dalang Ugut Demo Besar Ini

Posted: 08 Jul 2015 08:02 AM PDT

Ada RM332 Juta Dalam Akaun : Bila Nurul Izzah Hendak Nafikan Cerita Ini?

Posted: 07 Jul 2015 11:31 PM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BBC interview: Tunjuk akaun kamu Najib

Posted: 08 Jul 2015 02:48 AM PDT


Penyertaan empat anak muda beri suntik kepada PKR

Posted: 08 Jul 2015 02:34 AM PDT

 

MSO

ULASAN                                                                                                            

Rafizi mengumumkan kemasukan empat anak muda ke PKR.
Pengumuman secara rasmi penyertaan seorang penceramah bebas dan tiga pimpinan mahasiswa ke dalam PKR hari ini memberi petanda jelas bahawa perkembangan dan pergolakan dalam Pas waktu ini tidak menjadi perhatian golongan muda.

Hari ini Wan Jin Wan Husin penceramah bebas dan bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas Selangor bersama Ahmas Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni diumumkan menyertai PKR.

Kemasukan rasmi mereka itu diumumkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Penyertaan keempat mereka itu terutamanya tindakan Wan Ji meninggalkan Pas memberi kesan kepada Pas secara tidak langsung menggambarkan parti agama itu tidak diminati oleh golongan muda.

Paling merujakan beberapa hari lalu dua aktivis pemuda Pas, telah mengumumkan keluar dari parti itu dan menyertai DAP. Penyertaan Zulhazmi Sharif dan Sheikh Omar Ali ke dalam DAP itu satu pukulan buah Pas. Dipercayai tindakan mereka sebagai protes kepada perubahan kepimpinan dalam Pas yang kini dimonopoli seratus peratus golonagan agama, konsevertif yang dipilih secara "seraga ayam".

Pembawaan kepimpinan baharu Pas yang kuat berpegang kepada "fakeh politik" menjadikan anak-anak muda takut untuk menyertainya kerana berasakan mereka tidak layak untuk berada dalam parti agama kerana berpendidikan bukan Islam pure yakni tradisi dan keluar dari pengajian institusi Islam.

Mungkin mereka terfikir kalau pemimpin hebat seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan lain-lain sanggup diketepikan kerana beranggapan mereka tidak Islamik apa lagi mereka, golongan muda yang mempunyai fikiran terbuka dan kontamporari, makin tidak mendapat tempat.

Paling ironis lagi dengan tindakan mereka itu, tidak ada mana-mana anak muda yang boleh dianggap pimpinan golongan muda menyertai parti agama itu sebagai mengalu-alukan kehadiran kepimpinan baharu Pas dan juga kejayaan Pas mengembalikan Pas kepada tapak asal yang penuh kosevertif dan menjadikan Pas sebagai elit agama.

Sehubungan dengan penyertaan empat anak muda ke dalam PKR itu ia memberi aset tambahan kepada PKR kerana penyertaan mereka itu akan menjadi ikutan anak-anak muda lain. Penyertaan mereka itu juga menafikan tuduhan bahawa PKR parti yang kian mengecil dan melukut di tepi gantang.

Sebaliknya sekiranya PKR berjaya menguruskan kekuatan parti itu ia boleh muncul sebagai parti pilihan anak-anak muda yang sudah cuak dan cemuh dengan parti penguasa khasnya Umno
. [wm.kl.3:21 pm 

 
Dalam kenyataannya juga, Rafizi turut mengumumkan bahawa Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Sheikh Ismail yang kini dilantik sebagai senator ditugaskan membawa isu wanita muda dan menambahkan penyertaan golongan itu dalam PKR.

Rafizi juga berkata Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Dr Fahmi Ngah (kiri) diberi tanggungjawab untuk menarik lebih ramai penyertaan pimpinan profesional bersama parti itu.

Sebelum ini Fahmi pernah bertugas sebagai saintis kanan Agensi Penyelidikan Pertahanan United Kingdom, sebelum menyertai sektor korporat di negara itu dan di CIMB.

Beliau juga bertanggungjawab khusus kepada program 'Profesional in Politics (PIP) yang bakal dilancarkan PKR.

 





08/07/15]

Siapa untung jika Najib berundur?

Posted: 08 Jul 2015 02:25 AM PDT



Siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada krisis dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang?
Siapakah bakal dilantik perdana menteri sekiranya Najib terpaksa melepaskan jawatan ekoran skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sudah menjadi perhatian antarabangsa.
The Malaysian Insider cuba menyenaraikan tokoh yang mungkin mendapat manfaat sekiranya anak kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein berundur.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad
Sebagai pemain utama, Dr Mahathir sudah tentu mendapat manfaat yang paling banyak kerana menyerang Najib secara konsisten hampir setiap hari.
Namun apakah manfaat yang beliau dapat? Bolehkah beliau dilantik sebagai perdana menteri semula?
Agak sukar kerana beliau bukan ahli parlimen, tiada jawatan dalam Umno, sudah terlalu tua dan zamannya sudah berlalu.
Namun, Dr Mahathir boleh mencaturkan siapa orang yang dikehendaki menggantikan Najib sebagai perdana menteri. Buat masa ini beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir juga boleh memastikan orang yang beliau sayang dan suka mendapat tempat yang sewajarnya selepas kejatuhan Najib.

2. Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, sudah menjadi tradisi Muhyiddin akan menggantikan Najib sekiranya apa-apa berlaku.
Najib juga pada 2009 menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas bekas presiden Umno itu didesak meletakkan jawatan.
Umno sudah pun membuat keputusan menangguhkan pemilihannya selama 18 bulan. Jadi dengan secara automatik, Muhyiddin akan memegang jawatan itu sehinggalah mandat untuk Barisan Nasional (BN) tamat.
Tetapi bagaimana kalau hasil penyiasatan mendapati beliau turut terlibat dengan skandal 1MDB?
Tidak mungkin sebagai seorang timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno, beliau tidak tahu jika duit yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib itu duit parti atau untuk kegunaan parti dalam pilihan raya ke 13.
Beliau berada dalam kabinet Najib dan berada dalam Majlis Tertinggi Umno bersama Najib.

3. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan naib-naib presiden Umno
Orang paling popular dalam Umno sekarang ialah Zahid. Ini kerana beliau mendapat undi tertinggi bagi naib presiden dalam pemilihan lepas.
Perlu diingat, jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno lepas.
Juga berpeluang adalah dua lagi naib presiden Umno kerana tidak semestinya naib presiden paling kanan terpilih sebagaimana berlaku ketika Dr Mahathir terpilih menggantikan Tun Hussein Onn.
Jika pelantikan seorang perdana menteri baharu juga memerlukan sokongan pembangkang, Zahid mungkin boleh menjadi calon kompromi.
Ini kerana hubungan pribadi beliau dengan beberapa tokoh pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Namun kes beliau sama dengan Muhyiddin, mungkin terpalit, kerana beliau berada dalam Kabinet Najib dan Majlis Tertinggi Umno.

4. Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar mungkin mendapat manfaat daripada kejatuhan Najib.
Pembebasan beliau dari penjara mungkin menjadi tawaran timbal balas daripada kemelut politik dalam negara pada hari ini.
Ini kerana, gabungan pembangkang yang dahulunya dikenali sebagai Pakatan Rakyat, walau sedang dalam perpecahan juga, mendapat sokongan 52% rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.

5. Tengku Razaleigh Hamzah
Nama ahli Parlimen Gua Musang ini sentiasa naik apabila berlaku krisis dalam Umno sebagai calon alternatif.
Jika benar wang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu adalah wang Umno untuk kegunaan pilihan raya bagi membantu calon BN dalam pilihan raya umum lalu, Razaleigh adalah calon yang tidak terlibat.
Beliau tiada dalam Kabinet Najib dan Majlis Tertinggi Umno. Jadi beliau calon alternatif untuk dilantik sebagai perdana menteri.
Di samping itu, jika nama Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li dibawa, beliau sudah tentu mendapat sokongan daripada pembangkang dan ahli politik dari Sabah dan Sarawak yang mempunyai saham besar dalam politik Malaysia. – 8 Julai, 2015.

Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Posted: 08 Jul 2015 02:19 AM PDT

Terbaik dan rakyat ternanti nanti wadah perjuangan baru....tinggalkan yang lama kerana ianya tidak menguntungkan perjuangan rakyat.....mereka lebih redho kalah dari memperjuangkan dan harapan melaksanakan hudud melainkan dipermainkan oleh Umno..dan PAS tidak perlu bimbang kewujudan Harapan Baru kerana PAS kuat bersendirian...


 


Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terbukur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.

"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya  ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Menurut Mohamad, mereka akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa gabungan ini penting dan perlu.

"Kita juga akan jelaskan bagaimana bentuk gabungan itu nanti," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:03 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Filem tempatan kritik kerajaan Umno@Bn dilarang siaran di televisyen

Posted: 08 Jul 2015 06:27 PM PDT

Filem Melayu yang disiarkan stesen TV tempatan kini diketatkan lagi kawalannya oleh Putrajaya, termasuk larangan mengkritik kerajaan.

Putrajaya mengetatkan lagi kebebasan bersuara dengan larangan terbaru adegan yang kritikal terhadap kerajaan dalam semua filem tempatan yang disiarkan di televisyen.

 Larangan itu dikeluarkan menerusi pekeliling Lembaga Penapisan Filem (LPF) bertarikh 23 Jun, menyatakan babak dan dialog yang "menyindir, mempersendakan, mengkritik kerajaan dan sensitiviti politik negara" akan dipotong daripada filem tempatan di televisyen, bersama adegan dan dialog yang "mencemar imej kerajaan".

 Contoh adegan itu termasuk kakitangan awam menerima rasuah atau menyalahgunakan kuasa mereka, menurut pekeliling berkenaan.

Mempertahankan langkah itu, Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata tindakan itu perlu untuk melindungi imej Putrajaya.

 "Kita memang tidak boleh membenarkannya kerana ia termasuk dalam imej kita. Ia boleh bawa imej buruk kepada kerajaan, kita elakkan ia," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Adegan seperti itu sudah pasti dipotong, tidak boleh dielakkan. Kerana ada orang kita dalam stesen televisyen yang buat tapisan," katanya.

Selain kritikan terhadap kerajaan, pekeliling itu turut melarang adegan "wanita memakai pakaian menampakkan susuk tubuh, bentuk payu dara, kemaluan, paha, punggung dan pakaian dalam (kecuali sari bagi wanita India)" dalam filem buatan tempatan untuk disiarkan di televisyen.

Adegan watak melanggar undang-undang juga akan dipotong "kecuali paparan watak jahat dan ada pembalasan", menurut garis panduan baharu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia

Posted: 08 Jul 2015 06:17 PM PDT

Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia
KUALA LUMPUR: Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi yang dicetuskan oleh The Wall Street Journal (WSJ) yang didedahkan minggu lepas melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan ujian tekanan untuk badan kehakiman negara.

"Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip 'Nobody is above the law' (tiada siapa mengatasi undang-undang) benar-benar berfungsi di negara (kita)," tulis beliau dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin pada Rabu.

Katanya sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah serta salah guna kuasa melibatkan orang kanan politik namun mereka akhirnya meletakkan jawatan.

Menurut Kadir, antara kes tersebut melibatkan bekas menteri kabinet Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan contoh orang-orang yang berkuasa yang telah dibawa ke mahkamah.

Katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tugas yang jelas iaitu menangani dakwaan yang dibuat WSJ itu.

"Soalnya sekarang, adakah Abdul Gani bersungguh mahu menghadapkan pihak-pihak yang terlibat, termasuk Mohd Najib, ke muka pengadilan?" soal bekas ketua pengarang New Straits Times itu.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan interim audit 1MDB diserahkan kepada PAC hari ini

Posted: 08 Jul 2015 06:16 PM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan interim Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diserahkan kepada mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini.

Ahli Jawatankuasa PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta orang ramai tidak terburu-buru mempercayai sumber berita yang tidak sahih yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau yang juga ketua puteri UMNO berkata orang ramai harus bertenang dan tidak terpengaruh dengan spekulasi yang dihadapi negara ketika ini.

Orang ramai perlu memberi peluang kepada pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan dengan penuh integriti tanpa gangguan daripada pihak luar.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan 1MDB: Tun M lebih percaya PAC daripada Jabatan Audit Negara

Posted: 08 Jul 2015 06:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau lebih mempercayai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berbanding Jabatan Audit Negara di dalam siasatan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menurut laporan the Malaysian Insider, Mahathir berkata Jabatan Audit Negara hanya memeriksa akaun tetapi tidak mengambil tahu perkara penting di mana wang berkenaan dibelanjakan dan bagaimana wang itu dibelanjakan.

"Saya lebih percaya kepada PAC berbanding Audit Negara. Audit Negara hanya memeriksa akaun, mereka tidak lakukan audit forensik, mereka tidak cuba selidik dan cari ke mana dan bagaimana wang itu digunakan, juga di mana mereka hilangkan wang itu.

"Mereka hanya memeriksa akaun tetapi mereka tidak akan temui banyak perkara kerana mereka yang menyimpan buku kira-kira ini mungkin orang yang sangat pandai," katanya sambil menambah jika PAC menjalankan kuasa penuh, ia juga boleh memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu itu.

Mahathir turut berkata beliau telah bersabar dengan Najib selama beberapa tahun tetapi dalam isu 1MDB, jawapan Najib tidak memuaskan.

Idris: Jangan 'fitnah' Nik Aziz dan Fadzil Noor

Posted: 08 Jul 2015 06:10 PM PDT

Naib Presiden PAS Idris Ahmad meminta pengkritik tidak "memfitnah" dua bekas pemimpin tertinggi mereka, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mendakwa parti itu menyimpang daripada haluan ditetapkan.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Idris berkata adalah fitnah jika mengatakan Fadzil dan Nik Abdul Aziz tidak memberikan penekanan Islam ke dalam parti itu.

"Itu satu fitnah kepada dua orang tok guru kami yang sudah meninggal. Seolah-olah mereka ini tidak pentingkan soal Islam, tidak pentingkan soal dasar.

"Buku itu (perlembagaan parti) masih pakai, Majlis Syura tetap sama, kitab sama. (Untuk mengatakan bahawa kita sesat), itu fitnah la. Fitnah kepada dua orang tok guru tadi. Kasihan mereka," katanya.

Menurut Idris, pihak yang mengkritik PAS ketika ini mungkin sudah terlupa bagaimana ketegasan Nik Abdul Aziz dan Fadzil ketika mereka masih hidup.

Fadzil adalah Presiden PAS sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menduduki jawatan Mursyidul Am parti berkenaan.

Fadzil meninggal dunia pada 23 Julai 2002, manakala Nik Abdul Aziz menghembus nafas terakhirnya di rumah beliau di Pulau Melaka, Kelantan pada 12 Februari lalu.

Idris berkata, kritikan yang diterima PAS ketika ini adalah kritikan biasa daripada puak progresif yang sedang menimbang untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Mereka turut mendakwa pemikiran PAS tertutup di bawah Abdul Hadi .


Idris berkata, keadaan itu berlaku kerana terdapat persepsi bahawa ulama dalam PAS lebih mengutamakan akhirat daripada menang dalam politik.

"Itulah tuduhan ke atas Tok Guru Nik Aziz dulu ketika jadi menteri besar pada 1990 oleh Umno… Sekarang ini pula diambil alih oleh orang yang kononnya mereka anti-Umno. Rupanya mereka ni ambil hujah-hujah Umno yang dipakai pada 1990 dulu," katanya.

Idris berkata, terdapat banyak persepsi negatif terhadap PAS, namun ia hanyalah "persepsi".

"Itu sebabnya apabila kita telah menutup pintu mesyuarat, kita biarkan mereka memperkatakan apa yang mereka tidak berpuas hati. Kita tidak ada masalah dengan menjawab, dan kadang-kadang apa yang mereka katakan adalah semua persepsi," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kehadiran 'parti baru' akan menimbulkan gelombang "resistance&quo"

Posted: 08 Jul 2015 06:03 PM PDT


Oleh Fathi Aris Omar
Mereka yang membenci PAS, khususnya presiden dan kumpulan ulama, pertimbangkan senario ini:
Dalam kelompok pembangkang, G18 atau parti baru bukan sahaja akan bertembung dengan PAS.Tetapi juga kelahirannya boleh menyebabkan pertembungan PAS-PKR.***

Sebabnya, jika PKR mahu dimasukkan dalam "gabungan baru" DAP-G18, PAS akan rasa PKR turut menentangnya.
Sebagaimana PKR rasa saat ini DAP mengambil kesempatan atas krisis DAP-PAS untuk menekan PKR di Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak.
Hubungan intim G18-DAP bukan sahaja meresahkan PAS, tetapi juga meresahkan PKR.
Malah gelagat-gelagat pemimpin tertentu DAP yang meresahkan pengundi Melayu-Islam, pangkalan pengaruh G18, PAS dan PKR.
Yakni, G18 harus memikir semasak-masaknya kehadiran barunya akan menimbulkan gelombang "resistance" besar, di kalangan sekutu-sekutu sendiri.
*** ERTINYA: Bersedialah menghadapi persaingan tiga penjuru PAS-G18-Umno dan juga tunggulah perebutan tiga penjuru PAS-PKR-Umno.
Lagi banyak persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang, lagi kecillah kemungkinan pembangkang menang.
Dan, lagi kecewalah penyokong-penyokong pembangkang atas 'politiking' berlebihan-lebihan pembangkang.
Hari ini, penyokong boleh salahkan dan kutuk PAS dan Abdul Hadi Awang.
Esok lusa, tiba giliran sumpah seranah itu hinggap di telinga G18, parti baru dan DAP.
Malah, PKR juga akan terkena tempiasnya!
Senario ini akan kita kecapi jika eksperimen parti "harapan baru" G18 ini mengundang kekalahan teruk pembangkang.
Kalah teruk di sini termasuklah BN dapat semula majoriti 2/3 di Parlimen dan Selangor jatuh ke tangan BN.
Namun, saya tidaklah kata PAS boleh menyelamatkan keadaan.
Atau, parti-parti lain boleh kuatkan asakan pembangkang.
Kiri atau kanan, depan atau belakang, pilihan pembangkang makin sempit.
Hukum asasnya tetap sama, yakni berkompromi dan rundingan (kata kunci: kompromi), dan cipta arus "satu lawan satu" walau saya tahu ia kelihatan sangat sukar!

Kisah Dua Pemimpin Mahathir Dan Soeharto

Posted: 08 Jul 2015 06:02 PM PDT

Oleh Mohammad Agus Yusoff
Semasa mata krisis kewangan melanda Malaysia dan Indonesia pada tahun 1997, Dr Mahathir mengatasi krisis ini dengan menurunkan kadar faedah pinjaman, menjaga perut rakyat, menolak pakej bantuan IMF dan lainnya. Akibatnya, rakyat yang terkesan dengan krisis ini berasa agak selesa dengan kehidupan.
Di Indonesia, Soeharto mengambil langkah dengan menerima pakej bantuan IMF. Akibatnya, langkah tersebut menyebabkan harga barang melambung tinggi, kadar faedah bank melonjak naik dan kehidupan rakyat menjadi susah.
Krisis kewangan ini menyebabkan rakyat di kedua-dua negara mengadakan demontrasi jalanan kerana membantah amalan rasuah dan nepotisme, serta keborosan dan penyalahgunaan kuasa kerajaaan.
Di Malaysia, Dr Mahathir mengambil tindakan keras kepada mereka yang terlibat. ISA dijadikan senjata utama. Media juga digunakan untuk menyampaikan dakyah kerajaan semahunya.
Di Indonesia juga begitu. Soeharto menggunakan tentera kawalannya untuk meredam kepembangkangan rakyat.
Menariknya, pada 21 Mei 1998 Soeharto jatuh dari kekuasaannya dan Dr Mahathir terus berkuasa sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada 31 Oktober 2003.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan perlu dibawa ke muka pengadilan - MB Kelantan

Posted: 08 Jul 2015 06:01 PM PDT

Tuduhan perlu dibawa ke muka pengadilan - MB Kelantan
KOTA BAHARU: Setiap tuduhan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak perlulah dibawa ke muka pengadilan bagi mengetahui kebenaran dakwaan itu, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata apa-apa perkara yang menimbulkan suasana tanda tanya dalam kalangan rakyat perlu segera dibawa ke pengadilan.

"Apa-apa yang boleh timbulkan suasana rakyat tertanya-tanya, kalau perlu bawa kepada pengadilan ... terus dibawa kepada pengadilan.

"Yang pentingnya hak dan batil, sama ada tuduhan itu betul atau tidak hendaklah dibawa kepada pengadilan. Kita rakyat menunggu satu keputusan yang adil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan di Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) kononnya kira-kira US$700 juta (RM2.6 bilion) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adakah rakyat Malaysia mangsa intipan, atau pengintip tanpa disedari?

Posted: 08 Jul 2015 06:00 PM PDT

oleh V Shuman
Ia bukannya rahsia lagi bahawa kita mempunyai pasukan polis yang sentiasa mengawal media sosial.
Anggota polis kita lebih handal dalam bertindak terhadap coretan-coretan Twitter daripada mengejar penjenayah di jalanan.
Jika anda fikir setakat itu saja, fikir sekali lagi.

Laporan-laporan baru-baru ini telah mendedahkan bahawa pelbagai agensi kerajaan yang lain, seperti Pejabat Perdana Menteri (PPM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), serta Perisikan Malaysia (di Bukit Aman), telah mengintip kita selama ini.
Bukan itu sahaja, tetapi mereka mungkin telah merekodkan setiap huruf yang anda taip, tanpa anda sedari.
Laporan-laporan ini mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia adalah antara beberapa negara yang membeli perkhidmatan daripada penggodam-penggodam yang berpangkalan di Milan, Hacking Team, yang telah menjual perisian-perisian yang digunakan kerajaan untuk mengintip rakyat mereka.
Kita telah dinamakan bersama-sama negara-negara seperti Bahrain, Habsyah dan Sudan.
Berita itu muncul apabila Hacking Team sendiri telah digodam dan senarai pelanggannya dipaparkan di akaun Twitter mereka sendiri.
Lucu bukan?
Ia menunjukkan yang SPRM merupakan bekas pelanggannya (kontraknya telah tamat), dan PPM dan Perisikan Malaysia merupakan pelanggan semasaa.
Satu perisian yang dibeli oleh agensi-agensi Malaysia ini ialah sistem kawalan jauh Da Vinci – yang menanam "kuda trojan" dalam komputer mangsa dan menipu mangsa untuk membukanya. Setelah dibuka, ia membolehkan penggodam untuk mendengar rahsia, mengesan dan memuat turun maklumat dari peranti mangsa yang dijangkiti.
Ia juga mampu menyalin fail dari cakera keras komputer, merekod panggilan Skype, e-mel, mesej segera, dan kata laluan yang ditaip ke dalam pelayar web. Jika ini tidak cukup menakutkan, ia juga boleh menghidupkan kamera web komputer dan mikrofon untuk mengintip sasaran.
Read More / Baca Lagi >>

Negeri seribu bencana

Posted: 08 Jul 2015 05:58 PM PDT


Oleh Faisal Tehrani
Aku digigit gelisah memikirkan bencana dan malapetaka yang menimpa kita akhir-akhir ini. Bisanya berdenyut sehingga aku mengutus pesan kepada beberapa sahabat karib lantas bertanya: "Duhai apakah yang dapat kita lakukan selain berdoa?"

Kita berada dalam hari-hari gelap penuh bencana. Sisi kesenimanan dan kesarjanaanku meronta-ronta untuk aku melakukan sesuatu demi menyelamatkan negeri dari dilanda bencana tetapi aku tidak punya kuasa apa-apa, melainkan fikiran dan tulisan untuk menyeru umat Malaysia agar celik dan berfikir.

Aku ingin supaya bangsa kita Melayu, dan bangsa Malaysia tentunya segera celik dari lena panjang.
Ke hadapan sahabatku yang jauh dan dekat, yang hampir dan rapat. Ke hadapan sekalian teman-teman ilmuan dan sarjana. Ke hadapan kawan-kawan pengarang dan sasterawan.

Aku menulis untuk mengingatkan kalian bahawa dalam tahun 1857 Raja Ali Haji, seorang pendekar, ulama dan ahli falsafah Melayu telah menulis kitab Tsamarat al Muhimmah.

Ulama terkemuka itu mengingatkan kedudukan pemimpin yang bertanggungjawab memelihara agama kerana jika itu tidak dilakukan, maka ia adalah permulaan kepada kerosakan pentadbiran negara, dan kekacauan kestabilan sosial.

Ke hadapan kalian yang aku dambakan kekuatan dan kesepakatan, ketahuilah keadilan sangat ditekankan dalam ajaran agama Islam. Sesungguhnya Islam yang mendarat di alam Melayu bukanlah Islam yang Rasulullah SAW peri tekankan.

Seperti yang telah difirmankan Allah dalam surah al-Nahl ayat 90, terjemahannya: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman".

Kayu ukur peradaban

Wahai mahaguru di universiti, bacalah dan dengarilah akan warkah ini kuutus kerana negeriku dilanda seribu bencana, bahawa keadilan tiada dirasa umat dan pengikut bangsa.

Salah sebuah karya sastera yang kubaca di Arkib Negara cawangan Terengganu jelas menyebut tentang keadilan pemimpin.

Tulis Syeikh Duyung dalam 'Kitab Nasihat Raja-raja': "Raja yang sejahat-jahat raja itu iaitulah raja yang menukarkan agamanya dengan dunia dirinya". Tentu kata 'raja' itu dapat ditukarkan kepada gelar yang lebih moden berdasar politik semasa.

Ingatan keras lain datangnya daripada penulis kitab 'Safinat al Hukkam' yang menyelar pemimpin yang berkuasa dan menurut hawa nafsunya. Yakni jenis pemimpin yang tiada ilmu dan buta arah tuju.

Pemimpin ini akan terlajak laris melakukan korupsi sehingga akal menjadi bantut lagi buntu, tulis beliau: "Kerana jikalau tiada ilmu serta perintah maka binasa yang diperintahkan itu terlebih banyak daripada baiknya. Dari kerana tatkala itu mengaranglah hawa nafsu kepada segala kehendaknya seperti mengarang gajah liar dalam hutan.

"Dan kaedah yang kedua itu mengambil hawa nafsu kerana betul bicara dan tersalahnya daripadanya jua datangnya. Maka apabila kuat cita fikirnya, maka adalah alamat keras sultan bicara dalamnya dan hinalah hawa itu.

"Dan apabila daif cita fikirnya, maka alamatnya mengeras hawa itu atas nafsu, maka tertutuplah akal dalamnya dan tersalahlah bicaranya. Dan tatkala itu tiadalah ia dapat menghukumkan orang yang lainnya."

Cinta sempurna lwn cita bencana

Duhai teman-teman sarjana dan ilmuan, marilah kita merenung apa yang pernah dinukilkan oleh alMarhum Syed Hussein Alatas, ahli falsafah besar bangsa Malaysia. Almarhum pernah menggagaskan kerangka cita bencana iaitu kebalikan kepada cita sempurna.

Ia adalah satu parameter untuk peradaban untuk mengukur apakah negeri kita sejahtera atau memang duduk dalam malapetaka. Syed Hussein Alatas di dalam karyanya 'Cita Sempurna Warisan Sejarah' itu menyatakan cita sempurna adalah "satu pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan untuk mencapai masyarakat sempurna".

Cita sempurna pada asasnya lahir dari rasa percaya beliau bahawa semangat mencapai kejayaan dan kekuasaan merupakan faktor penggerak yang utama dalam sejarah.

Alatas seterusnya menjelaskan, untuk memahami cita sempurna adalah penting terlebih dahulu memahami landasan nilai dan gerakan emosi yang bertindak sebagai elemen dasarnya.

Landasan nilai dan gerakan emosi merupakan elemen yang bersifat universal dan tidak relatif. Dalam hal ini beliau meletakkan contoh sistem perhambaan.

Di dalam sebuah masyarakat di mana sistem perhambaan telah diterima dan mengakar, akan tetap sahaja muncul dari kalangan ahli masyarakat tersebut yang menolak kezaliman dan menentang perbuatan zalim ke atas hamba atas dasar kemanusiaan.

Perbuatan penentangan tersebut ialah contoh landasan nilai dan gerakan emosi yang mendasari cita sempurna. Akan tetapi apakah kita, bangsa kita sudah terlepas dari perhambaan dan benar-benar menghirup udara kemerdekaan?

Duhai ilmuan dan sasterawan bangsa Malaysia, Alatas menghuraikan cita sempurna sebagai sebuah sistem masyarakat yang mana ia mestilah disusun di atas nilai-nilai kemanusiaan.

Ya, manusia pertama. Nilai-nilai kemanusiaan ini telah pun didapati dari hak-hak asasi manusia yang diperjuangkan ketika Revolusi Perancis.

Kebangkitan kesedaran rakyat
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Najib tersilap langkah lagi

Posted: 08 Jul 2015 04:44 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.
"Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut." (Kenyataan PM pada 8 Julai 2015)
Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.
Tindakan ini lebih buruk daripada hakikat bahawa empat individu yang mengetuai pasukan siasatan ini iaitu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekerja di bawah beliau.
Oleh itu, PAS sekali lagi menegaskan Najib perlu bercuti segera agar siasatan dilihat bersih. Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar.
Najib berulang kali menegaskan beliau tidak mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri.
Ada dua isu fokus yang masih belum dijawab dengan kenyataan di atas, apakah ada dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun yang didakwa milik beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Surat penjelasan Najib kepada WSJ helah lengahkan masa, kata peguam

Posted: 08 Jul 2015 04:37 PM PDT

Sesuatu yang tidak masuk akal untuk peguam Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta penjelasan kepada penerbit The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata peguam, sambil mencadangkan ia sekadar satu muslihat untuk melengahkan masa.

 Mereka menegaskan, firma guaman yang bertindak bagi pihak pelanggan yang terkilan biasanya akan mula-mula menghantar surat tuntutan kepada penerbit dan kemudian memfailkan saman fitnah jika tidak dibuat penarikan balik dan permohonan maaf.

Peguam berkata surat itu seolah-olah menunjukkan Najib tidak pasti sama ada hendak membawa WSJ ke mahkamah atau tidak kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu." "Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Peguam itu berkata, artikel yang disiarkan WSJ Jumaat lalu, mengenai sejumlah besar wang yang didepositkan ke dalam akaun bank Najib, berunsur fitnah dan surat tuntutan sepatutnya dihantar kepada penerbit berkenaan.

"Tetapi, akhbar itu menyiarkan keterangan dokumentari semalam untuk menyokong laporannya," katanya. Fahri mengulas surat yang dihantar firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Dow Jones, pemilik WSJ memintanya bertindak balas dalam masa 14 hari menyatakan sama ada Najib menyelewengkan hampir AS$700 juta daripada 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

PPIM : Rakyat nak jimat macam mana lagi?

Posted: 08 Jul 2015 04:20 PM PDT


menabung syiling

SHAH  ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kebanyakan rakyat di negara ini semakin tidak mempunyai peluang lagi untuk berjimat cermat susulan peningkatan kos hidup yang berlaku mutakhir ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan setiap bulan adalah keperluan termasuk membayar balik pinjaman.

"Kebanyakan rakyat hampir-hampir tidak ada pilihan. Jika ada pun pilihan adalah berjimat cermat. Sudah tentu untuk berjimat cermat itu bukan sesuatu yang mudah kerana sekarang ini sebahagian besar perbelanjaan itu sudah menjadi keperluan yang tidak boleh dipotong-potong.

"Pembayaran balik pinjaman perumahan, pendidikan, kereta dan sebagainya. Sudah tidak boleh nak jimat lagi dah. Apa yang boleh kita jimat adalah ikat perut. Tapi berapa banyak yang kita boleh jimat dari situ?," katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, kepakaran rata-rata rakyat Malaysia juga terhad apabila sudah terikat dengan pekerjaan tetap sama ada dari sektor swasta mahupun kerajaan.

"Kita mungkin boleh mengambil peluang untuk meningkatkan pendapatan yang boleh dilakukan di luar waktu bekerja untuk menambah pendapatan. Misalnya perniagaan online, jual insurans, jualan langsung tapi bagi saya ini mungkin akan mengganggu tugas hakikinya.

"...kerana mereka mempunyai kepakaran yang terhad. Maksudnya, jika kerja swasta atau kerajaan, mereka sudah terikat dan tidak ada kemahiran lain yang membolehkan mereka meningkatkan pendapatan," katanya.

Malah beliau juga menyentuh soal peluang perniagaan yang telah dirampas oleh warga asing yang merugikan negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

Petua Siti Hasmah: Isteri PM jangan bersaing dengan suami

Posted: 08 Jul 2015 04:18 PM PDT

Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja disanjung sebagai negarawan tetapi juga turut mengumpul pelbagai kritikan sepanjang pentadbirannya.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kepada isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang disegani kawan dan lawan kerana sikap lemah lembut dan keibuannya.

Hasmah juga tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi.

Beliau sebaliknya lebih dikenali dengan kerja-kerja kebajikan melalui badan isteri menteri-menteri BAKTI, minat mendalam pada sukan badminton serta menjadi inspirasi sebagai doktor wanita Melayu pertama.

Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini.

Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Hasmah berkongsi 'resipinya' dengan Malaysiakini: Jangan bersaing dengan suami anda.

"Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)... secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat.

"Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.

"Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu," begitu pesan Hasmah.

'Jangan pandai-pandai janji'

Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia yang keempat dan paling lama dalam sejarah Malaysia bermula pada tahun 1981.

Setelah bersara pada 2003, beliau bagaimanapun terus memainkan peranan penting mempengaruhi perjalanan politik negara dan dilihat penyumbang penting terhadap kejatuhan penggantinya sendiri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Malah, Mahathir kini giat mengasak pentadbiran Najib yang terpalit kontroversi sekitar dana pelaburan negara yang terbeban hutang, 1MDB.

Sementara itu, diwawancara Malaysiakini di Putrajaya pada Isnin lepas, Hasmah juga berkata seorang isteri perdana menteri harus menjadi orang tengah antara suami dan rakyat biasa, tetapi jangan mudah membuat janji.

"Mereka (rakyat) tidak dapat jumpa suami, mereka jumpa isterinya. Dan adalah minta apa-apa, jangan janji sesuatu. Cuma cakap kamu akan sampaikan kepada suami kamu untuk pertimbang.

"Bukan kerja kamu beritahu orang ramai, 'ya, saya akan pastikan kamu dapat itu ini, kontrak itu ini'.

Read More / Baca Lagi >>

Memerangi rasuah di Malaysia, apa lagi perlu dilakukan?

Posted: 08 Jul 2015 04:15 PM PDT

 DR ANIS YUSAL
Memerangi rasuah di Malaysia, apa lagi perlu dilakukan?SEORANG sahabat menghubungi penulis baru-baru ini untuk memaklumkan bahawa seorang kenalan rapat kami ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah.

Apa pun tuduhannya dan apa pun sabit kesalahan jika didapati bersalah ataupun sebaliknya, yang pasti nama baik beliau dan keluarganya telah tercemar sebaik sahaja berita penangkapan beliau disebar dan gambar disiarkan di dada-dada akhbar.

Soalnya sejauh mana perasaan malu akibat pendedahan itu akan menimbulkan kesedaran kepada seseorang? Apa pula reaksi masyarakat sekeliling dengan pendedahan sebegini? Bagaimana pula halnya sekiranya beliau didapati tidak bersalah sedangkan nama beliau telah tercemar?

Persoalan-persoalan ini timbul dalam benak fikiran penulis sebagai usaha untuk cuba memahami dengan lebih mendalam tentang apa lagi yang perlu kita lakukan sebagai sebuah negara untuk memerangi rasuah di Malaysia ini.

Setahun yang lalu, penulis menghasilkan sebuah buku bersama beberapa orang teman dengan judul, "Memerangi Rasuah di Malaysia: Cukupkah usaha kita?"

Hari ini persoalan yang timbul adalah tentang apa lagi yang perlu kita lakukan?

Lebih penting pada penulis mungkin perlu untuk kita mendidik anak-anak kita dengan nilai-nilai murni dan memupuk mereka dengan integriti.

Apa makna integriti pada anak muda hari ini kalau dalam usaha memupuk nilai baik ini, kita membiarkan mereka menjadi materialistik.

Lebih buruk lagi kalau kita tidak sekat kerakusan dan sifat tamak haloba sesetengah orang yang melanggar semua etika hidup semata-mata untuk mencapai matlamat akhir mereka dan orang-orang jenis ini pula yang selalunya dijadikan idola anak-anak muda masa kini.

Walaupun pada hari ini, hampir setiap masa kita didedahkan dengan pelbagai kes penyelewengan dan salah guna kuasa, namun kita tidak melihat pendedahan-pendedahan ini dapat menginsafi masyarakat terbanyak.

Sebaliknya laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dapat dijadikan bukti bagaimana perkara-perkara yang sama berulang setiap tahun dan seolah-olah kita tidak pernah belajar daripada laporan yang sudah-sudah.

Akhir-akhir ini pula, kita melihat trend terkini dalam media sosial, yang mana pelbagai pihak saling tuduh menuduh tentang siapa yang lebih hebat dalam menyalahgunakan wang simpanan rakyat tidak kira dalam bentuk apa dan di simpan di mana.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery

Posted: 08 Jul 2015 04:13 PM PDT

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Dr Mahathir gesa Najib kemukakan bukti sah aset

Posted: 08 Jul 2015 04:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengemukakan bukti secara terbuka bahawa semua asetnya adalah sah di sisi undang-undang.

Dalam satu temu bual bersama BBC pada Khamis, Dr Mahathir berkata apa yang dilakukan oleh Najib sebelum ini hanya menafikan tuduhan, namun tiada bukti yang disertakan.

"Mengapa beliau (Najib) tidak menjawab segala tuduhan yang dibuat? Apabila dituduh atas sesuatu perkara, beliau menganggap ia seakan satu rancangan. Itu mengarut.

"Mudah saja untuk beliau buktikan jika tuduhan itu tidak benar. Suruh pihak yang bertanggungjawab memeriksa akaun banknya. Itu sahaja," kata Dr Mahathir.

Dalam temu bual tersebut, Dr Mahathir turut menafikan bahawa beliau mempunyai niat menjatuhkan Najib.

"Saya tahu mengenai 1MDB daripada akhbar antarabangsa dan saya tanya orang tempatan mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

Memalukan negara

Posted: 08 Jul 2015 04:01 PM PDT

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Saya dicela Anifah Aman, Menteri Luar kerana memalukan negara dengan ditemubual akhbar Amerika "The New York Times".
2. Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Dato Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah "The Wolf of Wall Street".
3. Sebuah kajian pakar Barat mendakwa, Malaysia adalah satu dari sepuluh buah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tertinggi didunia. 4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakannya. 5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Dato Seri Najib.
6. Jika Anifah tahu malu, diwaktu akhbar-akhbar ini buat laporan dia sepatutnya sudah berasa malu. Dia sepatutnya menyoal Dato Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing. Dia sepatutnya menasihat Dato Seri Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya.
7. Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan.
8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Dato Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemoh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

Hentikan drama basi, rakyat dah mual

Posted: 08 Jul 2015 03:59 PM PDT

Untuk apa lagi cuba bertahan menahan serangan yang kononnya boleh merosak perpaduan bila hantu jembalang yang jadi penyebab kepada semua ini berdiri di dalam cermin.
quit
Rakyat sudah penat. Mungkin bukan yang berada jauh di ceruk dan disuap dengan gula-gula, tetapi yang celik dan dahagakan perubahan.
Banyak 'rahsia' sudah didedahkan, pelbagai persoalan sudah ditanyakan, yang belum ada hanya jawapan.
Rakyat bukan minta penjelasan panjang berjela macam cerita dongeng. Apa yang mereka mahukan jawapan disusuli tindakan.
Satu negara sudah bercanang tentang ketirisan yang melampau, satu dunia dah bercakap tentang ketidak cekapan mentadbir harta. Tidakkah yang berkenaan terpanggil untuk menjawab.
Bila buka mulut, yang keluar hanya kenyataan-kenyataan sumbang yang langsung tidak menjanjikan penyelesaian.
Malah tidak langsung menyentuh gajah besar yang berada ditengah-tengah bilik yang semakin sempit dek kerana terlalu banyak alasan dan omong kosong.
Bila hendak turun dari kerusi empuk yang menjadi tempat bersemayam mencipta mimpi untuk susur galur darah Bugis?
Berapa banyak lagi angka sifar yang perlu ditambah dalam gerobok harta karun? Tidak cukup lagikah dengan apa yang ada?
Sedarkah tatkala penjaga kira-kira menambah satu lagi angka sifar dalam senarai harta, rakyat sedang bertarung untuk hidup.
Perjuangan demi rakyat? Jangan berbicara tentang perjuangan untuk rakyat bila yang terpancar dalam mata hanya perjuangan untuk melepas tengkuk sendiri dari terjerut.
Biar beribu pahlawan kiri kanan yang mengusung tandu berteriak dan menyalak. Rakyat sudah penat. Atas alasan apa, keperluan apa mahu rakyat berperang jika yang diatas hanya saling menepuk bahu, berbangga kerana rakyat menurut.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan ke atas Najib sama seperti serang umat Islam ampu MT Umno

Posted: 08 Jul 2015 03:57 PM PDT

Media Barat dikatakan sedang menjatuhkan UMNO untuk melemahkan umat Islam.
shankafr,najib
PETALING JAYA: Serangan dan tuduhan yang dilakukan media Barat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukan setakat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.
Ia ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Katanya, strategi itu digunakan memandangkan UMNO mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas yang hanya 21 kerusi.
"Jadi untuk kucar-kacirkan negara, mereka mesti lumpuhkan UMNO dengan menyerang pemimpin UMNO yang mana sebelum ini mereka membuat serangan di peringkat dalam negara tetapi tidak berjaya," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang berkata, serangan bertubi-tubi terhadap Najib adalah perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.
"Kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil hingga ke hari ini," katanya.

Berhentilah Memberi Jawapan "Saya Tak Pernah Guna Dana 1MDB Untuk Peribadi"

Posted: 08 Jul 2015 03:54 PM PDT

Tulisan kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika berbual dengan kawan-kawan.

Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti.

Sejak The Wall Street Journal  atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Najib Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu sehingga ini?

Jawapan Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala memikat jiwa yang seumpama dengannya.

Semalam, ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil wang 1MDB untuk diri sendiri".

Kenapa  diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?

Pendedahan WSJ sangat mudah iaitu mengenai kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib dan jawapan yang seharusnya diberikan juga menjurus ke arah itu.

Kenapa dijawab "saya tak pernah  guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tak akan khianati amanah rakyat" dan seumpamanya?

Itu bukan jawapan. Kalau dalam peperiksaan, jawapan sebegitu tidak mungkin mendapat apa-apa markah pun.

Jawapan sebenarnya juga sangat mudah, kalau ada wang dimasukkan jawablah "ya" dan kalau tiada pula jawablah "tidak".

Sahabat saya, Mohd Sayuti Omar atau MSO mencadangkan agar Najib bersumpah. Ini pun bagus juga, kalau dalam kes Altantuya Najib boleh bersumpah, tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes wang bilion- bilion ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan WSJ, mana suara agamawan?

Posted: 08 Jul 2015 03:47 PM PDT

Oleh MUHAMMAD WAFIUDDIN ROSLI
PERSATUAN Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) menggesa institusi agama supaya mengeluarkan kenyataan dan pendapat berhubung isu yang hangat diperkatakan terhadap YAB Datuk Seri Najib yang sedang menerajui kepimpinan negara ketika ini.
PMIUM merasakan golongan agamawan perlu menyatakan pendapat yang telah dibahaskan menerusi aspek perbahasan ilmiah yang digariskan oleh Islam.
 Antara dakwaan serius yang telah dipaparkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan juga laporan portal Sarawak Report pada 2 Julai 2015 berkenaan aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Islam sebuah agama yang komprehensif dan memenuhi segala aspek dalam aktiviti kehidupan seharian. Seharusnya golongan agamawan terkehadapan dalam memberikan siri penerangan berhubung isu-isu yang berlaku dalam negara khususnya tidak kira dari segi aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

Agamawan tidak perlu berdiam diri dan seharusnya perlu memainkan peranan menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Siapa bocor maklumat siasatan kepada WSJ?

Posted: 08 Jul 2015 03:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: Persoalan siapa bocor maklumat siasatan kepada Wall Street Journal (WSJ) dilihat akan terjawab selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan supaya siasatan penuh dibuat.

Misteri itu juga akan terjawab apabila gesaan Abdul Gani itu turut disokong Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Siasatan dijalankan selepas laporan yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.

Isunya jika diteliti mungkin remeh selepas awal-awal lagi 1MDB sendiri sudah menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik Najib.

Namun, persoalannya tetap berlegar di fikiran rakyat negara ini apabila Najib seolah-olah tidak dibiarkan tidur 'lena' oleh WSJ dan portal Sarawak Report yang berterusan menyerangnya dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang 'dilihat' sahih.

Bagaimanapun, kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa semua pendedahan WSJ atau Sarawak Report tidak boleh diterima kerana ia tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kukuh, sekali gus kesahihannya boleh dipertikai.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Putrajaya akan ambil tindakan terhadap Sarawak Report, kata menteri umno

Posted: 08 Jul 2015 03:45 PM PDT

.Putrajaya terlalu beri muka kepada blog pendedah maklumat, Sarawak Report atas nama kebebasan media sehingga menjejaskan imej negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Anifah berkata, Sarawak Report sebelum ini beberapa kali membuat laporan memburukkan negara namun Putrajaya tidak mengambil sebarang tindakan kerana percaya pada demokrasi dan kebebasan bersuara.

"Kita mengamalkan demokrasi, ada juga pihak yang dakwa kita tiada kebebasan untuk bersuara.

"Kita lihat mereka (Sarawak Report) sudah banyak beri laporan yang sedemikian, tapi kita masih tidak mengambil tindakan terhadap mereka.

 "Sebab kamu (rakyat) semua mahukan kebebasan bersuara, kebebasan media dan kami cuba untuk memahami itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Putrajaya, hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, Putrajaya pada mulanya enggan mengambil tindakan kerana bimbang mendapat reaksi negatif rakyat. "Namun kini tidak boleh berdiam diri. Kerana ia melibatkan kepentingan negara," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Putrajaya mengambil tindakan saman terhadap laman sesawang yang berpusat di London itu.

Read More / Baca Lagi >>

'Belum ambil tindakan terhadap WSJ sebab amal demokrasi' - Anifah Aman

Posted: 08 Jul 2015 03:22 PM PDT