Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAT SABU NO IDEA, DIKATAKAN BELI PARTI 'KITA' DAN TUKAR NAMA

Posted: 07 Jul 2015 05:00 PM PDT


Parti KITA itu telah dibeli dan ditukar nama kepada Democratic Islam Party (DIP), dakwaHazwan Faisal dalam Facebooknya hari ini.
"Pada minggu lepas, Parti KITA Malaysia telah dibeli oleh seorang korporat dengan harga RM140 ribu. Pembelian parti ini diurus oleh Ishak Surin, bekas Yang Dipertua PAS Batu.
"Parti ini kemudiannya akan diubah dengan nama Democratic Islam Party (DIP) dengan Presidennya Dr Sidiq Fadhil dan Timbalannya, Mat Sabu.
"Sebanyak 40 NGO Islam akan menyertai parti ini dan akan diumumkan selepas raya. Geng 18 akan menyusul kemudian.
"Didakwa Dato Mohd Asri @ Dr MAZA , Mufti Perlis, sedang dipancing menyertai parti ini," jelas Hazwan Faisal berkenaan khabar angin yang sedang tersebar itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, justeru itu satu parti baharu perlu ditubuhkan sebagai jalan penyelesaiannya.
"Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.
"Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam semalam, lapor The Malaysian Insider.
embentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.
"Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.
"Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu," katanya.
Khalid berkata, pihaknya memberikan tempoh 100 hari kepada PAS sebelum ini bagi membolehkan parti itu kembali kepada suasana kukuh dan mantap dalam PR seperti sebelumnya.
"Tempoh 100 hari itu akan tamat pada 14 September depan. Jika PAS tidak berubah, kami terpaksa meneruskan agenda itu. Gerakan Harapan Baru. Matlamat kita nak wujudkan gabungan pembangkang yang mantap dan utuh," katanya.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Dana 1MDB - Najib Razak - Ini bukti yang dipinta?

Posted: 07 Jul 2015 03:00 AM PDT

KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANADISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Posted: 06 Jul 2015 11:23 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Di Perak sebelum ini pembangkang bersidang bawah pokok, di Parlimen pula bersidang atas padang kawad?

Posted: 07 Jul 2015 05:33 AM PDT



Jika kita masih ingat sebelum ini semasa pembangkang memerintah negeri Perak, sidang DUN terpaksa diadakan di bawah sepohon pokok, namun lain pula dengan apa yang berlaku di Parlimen!

Mesyuarat tergempar ahli Parlimen pembangkang yang berlangsung hari ini terpaksa diadakan di padang kawad berhampiran menara bangunan Parlimen.

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya dimaklumkan bilik taklimat yang sepatutnya digunakan untuk mesyuarat tersebut telah ditempah untuk kegunaan Kementerian Belia dan Sukan.


Sementara itu, nenek kipas yang juga ketua pembangkang, Wan Azizah berkata, mesyuarat itu bertujuan untuk mendengar pandangan ahli Parlimen berkaitan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).

"Apa yang berlaku kepada Perdana Menteri, peristiwa ini mencurigakan. Jadi ini kali pertama Parlimen dipanggil oleh Ketua Pembangkang untuk bermesyuarat kerana ini tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat.

"Isu 1MDB telah membuatkan kita tertanya-tanya kesahihan kerajaan kita. Jadi pada hari ini kita nak dengar pandangan anda semua," katanya ketika berucap di hadapan ahli Parlimen yang hadir.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa pemimpin NGO.

Bagaimanapun, tiada ahli Parlimen BN yang dilihat hadir dalam mesyuarat tersebut.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah PAS hilang sabar dengan DAP Penang?

Posted: 07 Jul 2015 10:33 PM PDT


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya.

Ini selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada anggota PAS yang dilantik berkhidmat di negeri itu.

Notis pemberhentian ditanda tangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan salinannya telah dihantar kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Salah seorang ahli PAS, Fadzil Kemi yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Gred S41, antara mereka yang telah menerima surat itu.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memutuskan untuk memberi notis pemberhentian perkhidmatan tuan sebagai Pegawai Penerangan Gred S41 dengan serta merta berkuatkuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras dengan fasal 9, perjanjian kontrak yang ditandatangan tuan pada 12 Disember 2014," petik isi kandungan surat berkenaan.

Baca sepenuh SINI

Adakah Melayu Johor sudah hilang sabar terhadap DAP?

Posted: 07 Jul 2015 07:14 PM PDT




Selepas peristiwa Lim Kit Siang dihalau oleh sekumpulan pemuda Melayu di Johor, maka biasalah timbul tuduh menuduh dan pelbagai drama politik. Polis dipanggil masuk.

DAP pun melakunkan watak mangsa padahal mereka yang sering melakukan provokasi.

UMNO akan siasat dan ada tak percaya ianya provokasi. Teetap dipersalahkan adalah UMNO.  Bila pembangkang seperti PAS, PKR dna DAP tunjuk kurang ajar, biadap dan timbulkan provookasi kaum dan ugama, masing-masing pandang kelain.

Ini hanya menimbulkan satu persoalan kepada blogger Whats Brader di SINI. DIa bertanya:

Malang sekali nasib Lim Kit Siang yang dihalau dari Masai Johor... apakah tanda semua ini.. mungkin Melayu dah mula sedar, jelak, muak dengan wayang Cina DAP ... kita tengoklah nanti apa lagi wayang yg Cina DAP nak tontonkan..

Baca hal kejadian dan ulasan di TFK dan MyNewsHub


Melayu bukan hanya tahu marah sebab puak ni berusaha untuk menangi hati rakyat ....




Lain kali, Kit Siang buat ceramah. Kita buat ceramah balik dan hari2 jumpa orang perseorangan.

Dari 85 MP pembangkang, berapa KIPAS kumpul nak jatuhkan BN?

Posted: 07 Jul 2015 05:25 PM PDT




Gempak punya gempak ....


65 saya yang mai!!! Kah kah kah ...

Dokumen WSJ palsu?

Posted: 07 Jul 2015 07:35 AM PDT



Baca ulasan berikut:

Hasil Siasatan Forensik Dokumen Menunjukkan WSJ di Pihak Benar ... http://bidaman.blogspot.com/2015/07/hasil-siasatan-forensik-dokumen.html?m=1 ibrazak-keluarkan-dokumen-bank.html?m=1

Anti @NajibRazak Keluarkan Dokumen Bank Kononnya Dari WSJ ... Sayangnya Diubahsuai - http://khairulryezal.blogspot.com/2015/07/anti-najibrazak-keluarkan-dokumen-bank.html?m=1

Komen tambahan 1.15 pagi:


WSJ memang terkenal tapi ...


Teresa hina orang Iban!!!

Posted: 07 Jul 2015 05:38 AM PDT


TFK membidas stunt yang cuba dibuat oleh Teresa Cock tapi masih tak kena cara. Baca sedutan berikut:


Dia punya kemaruk nak tunjukkan kezaliman dan kehodohan kepada kod dan tatacara berpakaian di premis-premis awam, membuatkan dia cuba mengambil kesempatan untuk menghina masyarakat Bumiputera dan Pribumi Sarawak.

Teresa Kok barangkali memandang jijik dan menganggap pakaian tradisi masyarakat Pribumi dan Bumiputera yang pelbagai di Sarawak sebagai sesuatu yang bersifat lelucon dan dianggap sebagai SEKSI.

Bangangnya MP yang berlagak dan bercakap besar tentang kesamarataan serta MALAYSIAN, tetapi cukup tebal dengan KECINAANNYA, sengaja buat bodoh atau tidak tahu, TIADA ORANG SARAWAK yang akan ke kaunter-kaunter awam dengan pakaian tradisi.

Pakaian tradisi hanya dikenakan pada majlis-majlis perayaan dan keagamaan.

Orang Sarawak yang dianggap dan cuba dipublisitikan oleh Teresa Kok sebagai 'TIDAK BERTAMADUN' menerusi persepsi yang muncul dari gambar yang disiarkannya, tahu tentang peraturan yang memerlukan mereka patuh kepada tatacara berpakaian sopan.

Ý

Kempen kebebasan berpakaian yang dibuat oleh Teresa Kok sebenarnya mempunyai elemen halus yang menghina dan memperlekehkan kod kesopanan di negara ini.

Kita nak tengok pula sama ada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang membenarkan sesiapa sahaja datang untuk berurusan dengan berselipar, berseluar pendek atau bercoli dan berseluar dalam sahaja. Atau mereka mempunyai alasan demi alasan yang cukup banyak untuk menghalang orang yang tidak mematuhi kod dan etika berpakaian ketika di pejabat atau kaunter awam.

Baca sepenuh SINI

Siasat viral kaitkan kematian pengasas Ambank dan akaun Najib

Posted: 07 Jul 2015 02:35 AM PDT


Maklumat berikut telah disebarkan dalam komentari blog:

AmBank significant events.

March 21st 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD620millions.

March 22nd 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Ma laysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

March 25th 2013. CheatKor AmBank account received a deposit of USD60millions.

March 26th 2013. AmBank founder Hussain Ahmad reported to Bank Negara Malaysia that a significant amount of money was deposited into CheatKor personal account.

May 5th 2013. Malaysia General Election.
Every Month AmBank repoted to BNM that sinificant amount of money was withdrawn from the CheatKor account.

28th July 2013. AmBank founder went to file a police report on the matter above due to BNM non action.

29th July 2013. AmBank founder Hussain Ahmad was shot dead in a car park.

30th Aug 2013. All CheatKor accounts in AmBank was closed and money transfer overseas.

Sept 2013. At AmBank all IT department heads was sack and replace.

Unspinners pun turut terima di beberapa komentari. Nampak jelas ada usaha terancang untuk sebarkan khabar angin.

Masaalahnya niat mereka hanya politik tapi ini hal jenayah. Jika salah tuduh, boleh dikenakan contempt of court atau criminal defamation yang mana ada hukuman penal code.

Harap pihak polis siasat lead ini. Turut penting disiasat polis dan MCMC adalah siasat siapa dalang yang sebar. Tak ada kepakaran, guna mereka macam PGI.

TERKINI ...9 PM




Kenyataan Terbaru Taskforce 1MDB

Posted: 07 Jul 2015 12:26 AM PDT


KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.
Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia

 Yan Sri Zeti Akhtar Aziz
Gabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ketua Polis Negara Malaysia

Tan Sri Abu Kassim Mohamed
Ketua Pesuruhjaya,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

 7 Julai 2015

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Azmin tuduh kerajaan pusat berdolah-dalih, penstrukturan air mungkin ditangguh lagi?

Posted: 07 Jul 2015 05:55 AM PDT


KUALA LUMPUR - Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan dalam masa terdekat mungkin ditangguhkan lagi, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, kesulitan itu disebabkan kerajaan negeri hari ini telah menerima notis daripada Pejabat Peguam Negara menyatakan bahawa kerajaan negeri perlu menyerahkan aset tanahnya kepada Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan itu.

"Bagaimanapun, ia telah dipersetujui sebelum ini bahawa aset-aset syarikat konsesi (CCWA) yang disenaraikan di bawah perjanjian itu tidak termasuk tanah-tanah di negeri ini," dakwa beliau ketika ditemui selepas majlis pertemuan antara anggota Parlimen pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Jelas Mohamed Azmin, beliau juga telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan namun masih gagal menemui penyelesaian.


Katanya, penangguhan itu juga disebabkan sikap Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang sering berdolak-dalih dan menukar pendirian mereka dalam menyelesaikan perkara itu.

"Saya sendiri mengambil tanggungjawab bukan saja berbincang dengan menteri tetapi bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebagai jawatankuasa kabinet mengenai air. Namun belum ada satu perkembangan positif malahan kementerian masih tetap berdolak-dalih," katanya.

Sebelum ini, Mohamed Azmin mendakwa kerajaan persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah walaupun bercanggah dengan perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, beliau perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut sebelum membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Wasabi Oyabun..

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB: 'Tak hairan jika PM diheret ke mahkamah'

Posted: 07 Jul 2015 09:03 PM PDT

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin berkata tidak menghairankan jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah dengan tuduhan jenayah.

Ini kerana, Najib langsung tidak menafikan mengenai wang berjumlah AS$681 juta (kira-kira RM2.6 bilion) dalam akaun AmBank seperti didedahkan Wall Street Journal, kata Kadir.

"Sama ada akaun berkenaan masih cergas, tidak aktif atau sudah ditutup bukan isunya. Persoalannya ialah Mohd Najib pernah ada RM2.6 bilion dalam akaun itu.

"Kalau akaun itu tidak wujud, apa susahnya beliau sekali gus menafikannya atau AmBank menafikan yang akaun atas nama Mohd Najib itu tidak pernah wujud.

"Tetapi yang lebih utama bukan kewujudan akaun itu tetapi daripada mana datangnya dana AS$681 juta itu dan apa kegunaannya," kata Kadir.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Bukan akaun Najib, kata bos SRC

Posted: 07 Jul 2015 09:02 PM PDT

Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Nik Othman Ariff Kamil dikatakan telah membersihkan nama Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dakwaan dana 1MDB disalurkan ke akaunnya.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan eksklusif laman pro-BN MYKMU hari ini, yang memetik sumber yang bercakap dengan Faisal.

Laporan itu menyebut Faizal menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada AmBank merupakan akaun peribadi Najib, seperti didakwa media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

"MYKMU turut mencabar WSJ menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak.

"Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak," laporan itu dipetik.

SRC International sebelum ini anak syarikat 1MDB. Menurut jawapan parlimen, ia diletakkan langsung bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam "pergaduhan politik" Najib dengan Tun Mahathir Mohamad, lapor MYKMU lagi.

"Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB," beliau dipetik sebagai berkata.

Faisal juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada AmBank dan akaunnya kepada umum.

Faisal juga, kata sumber, berkata perniagaan mereka selepas keluar daripada 1MDB dibuat atas kepentingan perniagaan tersendiri.

IGP: Pembunuhan pengasas Ambank, 1MDB tiada kaitan......benarkah...!!!

Posted: 07 Jul 2015 09:01 PM PDT

Polis meredakan khabar angin bahawa pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi dibunuh kerana beliau mahu mendedahkan mengenai skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan pembunuhan Hussein itu tiada ada kaitan dengan kes 1MDB.

"Saya mengesahkan tidak ada laporan polis kononnya dibuat oleh Hussein Najadi pada hari sebelum dia dibunuh berkenaan kemasukan sejumlah wang.

"Tidak ada kaitan pembunuhan Hussein Najadi ddengan siasatan 1MDB. Tidak ada sama sekali," katanya.

Bercakap kepada pemberita di KL Sentral hari ini, Khalid berkata polis sudah mengetahui motif di sebalik pembunhan tersebut dan pembunuhnya telahpun dijatuhi hukuman tahun lalu.

Beliau berkata dakwaan tersebut berasal daripada sebuah blog dan mendorong anak Hussain, Pascal, untuk membuat dakwaan yang sama.

Menurutnya lagi, polis telah menyiasat sumber khabar angin tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu.

Dokumen tunjuk aliran wang ke akaun Najib amat berat, kata peguam

Posted: 07 Jul 2015 08:53 PM PDT

Pendedahan dokumen yang didakwa menunjukkan sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak sesuatu yang dari segi luarannya nampak "menjahanamkan", walaupun siasatan masih berjalan, kata peguam.

Peguam dan Presiden Bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Lim Chee Wee berkata, pendedahan yang dibuat The Wall Street Journal (WSJ) semalam memperkuatkan lagi kesahihan dakwaan itu. Lim berkata timbalan perdana menteri seharusnya memangku jawatan perdana menteri sehingga siasatan selesai.

"Perdana menteri sekarang kurang kredibiliti dan kuasa moral untuk memimpin negara. Pendek kata, beliau tidak ada legitimasi.

"Walaupun tidak ada keperluan undang-undang, amalan biasa berdasarkan persepsi, dan bagi seorang yang menduduki jawatan tinggi, persepsi sama pentingnya dengan realiti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, jika Najib terbukti tidak memiliki akaun bank tersebut dan tidak menerima duit itu, beliau boleh kembali bertugas. "Dan WSJ perlu berdepan semua bentuk tindakan undang-undang dan pendakwaan.

"Jika dokumen itu benar, perlu ada pendakwaan," kata Lim yang juga bekas presiden Majlis Peguam itu.

WSJ melaporkan minggu lepas, sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib dan semalam, mendedahkan dokumen di Internet menyokong dakwaannya.

Dokumen itu termasuklah paparan grafik perpindahan wang itu. Beberapa nama, angka dan kad pengenalan, bagaimanapun, tidak didedahkan dalam dokumen berkenaan.

 Sementara itu, bekas pengurus kanan Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, dokumen itu hanya menunjukkan wang disalurkan ke akaun Najib. Ini tidak bermakna kesalahan dilakukan kecuali terdapat penjelasan mengenai sumber dana berkenaan. "

Read More / Baca Lagi >>

Polis akan siasat bagaimana WSJ dapat dokumen bank

Posted: 07 Jul 2015 08:48 PM PDT

Polis akan menyiasat akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) bagaimana ia menerima maklumat tentang AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka akan menyiasat bagaimana maklumat perbankan sulit dan dokumen diperolehi akhbar tersebut.

 "Tindakan sebegini boleh mengancam ekonomi negara. Ia sama seperti sabotaj ekonomi," kata Khalid selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya di Kuala Lumpur hari ini.

 "Kami akan siasat kesemuanya. Pegawai bank, bank terlibat dalam siasatan termasuk WSJ. Ini perkara serius."

Pascal bercakap tentang pembunuhan bapanya.....ada cerita besar ni...!!!

Posted: 07 Jul 2015 08:33 PM PDT

Pascal Najadi percaya ada banyak lagi yang berkaitan dengan pembunuhan bapanya yang juga pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi, dan mendakwa dalang di sebalik pembunuhan itu dibiarkan melarikan diri.


Pascal (gambar), dalam satu temu bual dengan Sarawak Report yang disiarkan hari ini, berkata walaupun penembak bapanya ditangkap tetapi mendakwa dalang pembunuhan itu dibiar melarikan diri.

Pascal juga menolak spekulasi bahawa bapanya dibunuh kerana membantu sebuah kuil menghalang tanahnya diambil untuk pembangunan.

"Beliau tiada kaitan dengan kuil itu. Mengapa bunuh seseorang kerana sebab itu?" Pascal dipetik sebagai berkata.

Sebaliknya, Pascal percaya bahawa kematian bapanya ada berkaitan dengan rasuah dan pelakunya yang telah lari meninggal negara ini.

"Saya tidak ada penjelasan atas pembunuhannya kecuali rasuah di bank dan dalang dibiarkan melarikan diri melalui Sydney," Pascal dipetik sebagai berkata.

Pascal mendakwa bahawa pihak Malaysia tidak membuat susulan melalui Interpol.

"Dia rakyat Malaysia, dia menaiki penerbangan ke Sydney walaupun dia menjadi suspeknya," Pascal dipetik sebagai berkata.

Pihak Australia, dakwanya, menyusuli dalang itu ke Shanghai, tetapi mendakwa Malaysia tidak mencarinya.

Hussain ditembak mati pada 29 Julai 2013 pada jarak dekat di tempat letak kereta selepas meninggalkan sebuah kuil Cina di Lorong Ceylon.

Dr M pada Najib: Tunjuk pada kita akaun bank anda.....ada berani "Pahlawan Bugis"..!!

Posted: 07 Jul 2015 08:29 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak boleh menangani segala dakwaan kontroversi bahawa beliau telah mengambil AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana kerajaan, dengan hanya perlu menunjukkan akaun banknya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Apabila orang buat dakwaan terhadapnya tentang sesuatu, beliau berkata ia adalah satu komplot, karut, ia tidak benar.

"Buktikan bahawa ia tidak benar. Sangat mudah untuk beliau membuktikan ia tidak benar.

"Beliau mempunyai akaun-akaun bank, apa yang beliau perlu buat ialah berkata: 'Anda periksa akaun saya, anda lihatlah," kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan BBC UK yang disiarkan hari ini.

Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan dakwaan bahawa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di Ambank.

Najib telah menafikan bahawa beliau telah mengambil dana kerajaan untuk kepentingan peribadi dan menuduh Mahathir "bekerjasama" dengan pihak asing untuk mewujudkan satu krisis politik.

Read More / Baca Lagi >>

IGP: Saranan 'nakal' tahan Dr Mahathir

Posted: 07 Jul 2015 08:28 PM PDT

Polis mengecam desakan supaya menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana penglibatan beliau berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap saranan tersebut sebagai "nakal" dan beliau tidak akan melayaninya.

"Tak ada sebab saya nak tangkap (Tun Dr) Mahathir. Itu saranan yang nakal dan saya tak akan layan," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di KL Sentral hari ini.

Beliau menjawab soalan berhubung desakan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah yang mencabar polis menahan negarawan itu.

Dr Mahathir antara yang lantang mengkritik firma pelaburan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala Najib telah menuduh Mahathir mendalangi dakwaan bahawa beliau telah disalurkan RM2.6 bilion dana 1MDB.

Skandal 1MDB: Penganalisis politik cabar Tun M dedah sumber maklumat

Posted: 07 Jul 2015 08:24 PM PDT

Kenyataan terhadap Najib oleh Tun M hanyalah dakwaan semata-mata yang tidak diketahui sumber maklumatnya.
mahathir
PETALING JAYA : Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain mempertikaikan sumber maklumat yang diperoleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang digunakan untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, segala kenyataan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri itu hanya merupakan dakwaan dan banyak pihak tidak mengetahui dari mana Dr Mahathir memperoleh sumber tersebut.
"Ia hanyalah dakwaan sahaja. Kita pun tak tahu dari mana beliau dapat sumber. Kalau betul kenyataan Dr Mahathir benar, dari mana dia dapat sumber. Kita cabar dia.
"Kalau setakat Wall Street Journal, banyak juga dakwaan-dakwaan. Lee Kuan Yew pernah saman Wall Street Journal empat kali dan kalah semuanya," katanya kepada Free Malaysia Today.
Ahmad Atory turut menyifatkan kenyataan Dr Mahathir terhadap Najib merupakan kenyataan politik yang belum dapat disahkan.
"Kenyataan politik ini berkaitan dengan kuasa dan pengaruh untuk mempengaruhi rakyat untuk mempersetujui sesuatu pandangan. Ia juga bagi mendapatkan kuasa dan pengaruh," ujarnya.
Beliau turut mencadangkan agar bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu sabar menunggu laporan dari semua pihak seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara sebelum melemparkan segala dakwaan terhadap Perdana Menteri.
"Dr Mahathir perlu tunggu laporan dari semua pihak. PAC tak bagi laporan, Auditor General (Ketua Audit Negara) belum bagi. Kita tunggulah..
"Jangan terlampau sangat dengan sentimen. Sabar dahulu lah berkenaan perkara ini. Wait and see (Tunggu dan lihat). Jangan menyemarakkan keadaan," katanya.

Najib mahu WSJ sahkan dakwaan dalam 14 hari, belum saman lagi..!!

Posted: 07 Jul 2015 08:21 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berkaitan laporannya yang mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaannya, sebaliknya pasukan peguam Najib menghantar emel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.

Perdana Menteri memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya.

"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu.


Surat itu telah disediakan oleh firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mengendalikan beberapa saman fitnah lain bagi pihak Najib.

Surat itu tertumpu kepada dua artikel, bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" yang disiarkan pada 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" yang disiarkan pada 6 Julai, kedua-duanya ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright.

Surat itu mahu akhbar antarabangsa itu menyatakan tanpa ragu-ragu dan dengan jelas sama ada ia adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah menyalahgunakan kira-kira AS$700 juta milik 1MDB.

Berikutan keseriusan tuduhan terhadap pelanggannya dalam laporan tersebut, katanya, pengesahan itu diperlukan bagi membolehkan pihaknya menasihati pelanggannya tentang tindakan undang-undang yang sesuai berhubung dengan penerbitan artikel-artikel itu.

'Akaun beku mungkin bukan milik Najib' - Ampu dan Cover-Line

Posted: 07 Jul 2015 08:18 PM PDT


Dana AS$700j: Muhyiddin memilih tak berucap

Posted: 07 Jul 2015 08:14 PM PDT

Hati Kit Siang tak tertutup rapat buat PAS

Posted: 07 Jul 2015 08:14 PM PDT

Tahniah kepada para penyokong dan macai setia UMNO-BN.

Posted: 07 Jul 2015 03:54 PM PDT


Anwar: Penjara Bukan Pusara

Posted: 07 Jul 2015 03:51 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
SUDAH lebih lebih 100 hari Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara dihimpit keseksaan dan dimamah kehancuran. Beliau menanggung segala keseksaan dan derita bersendirian. Dia mengulik nestapa diri dan membangun kekuatan jiwa kesendirian. Namun, dia tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku. Jauh sekali berputus asa dan kecewa. Suaranya tetap bergema dan memecah tembok batu memesankan salam dan menebarkan seruan jihad setiap masa terluang. Lawan tetap lawan...

Anwar tidak pernah pasrah kepada takdir, beliau tidak mahu sampai ke pita penamat dalam perlarian juangnya yang sudah dilewati ribuan kilometer.Reformasi membela rakyat diteruskan. Api refomasi yang dinyalakan 17 tahun lalu tidak akan mudah padam, selagi ia tidak membakar lumat menjadi debu segala penyelewengan, ketidakadilan, kezaliman pemerintah ke atas rakyat, ia diteruskan.

Ternyata, walaupun ramai kawan-kawan yang menjadi pemegang atau pembakar obor reformasi bersamanya sudah melarikan diri kerana tidak betah menahan panas api, tetapi ia tetap menyala dan hangat. Mereka yang lari itu adalah sang pengecut yang oportunis mencari sebuku dua gula dan setitik madu untuk memaniskan hidup.

Api berunggunkan di jantung hati itu tidak akan dipadam, terus dihembus dan ditup ke segenap jagat nusa bangsa. Tiada kepayahan bagi seorang pejuang baginya untuk menyuntik semangat itu.
Jeriji besi dan tembok batu bukan jadi pelerai jiwanya dengan pejuang dan ia tidak bisa mematikan harapan berkobar rakyat. Semangat juangnya tetap terpanggung atas atmajiwa. Bagi Anwar penjara bukan penamat segalanya.

Dia tidak memperdulikan sakit. Sangsara baginya adalah makanan dan pencaroba bagi seorang pejuang. Dia tidak melayan rindu dendam kepada isteri, anak-anak dan lebih-lebih kepada cucu-cucunya. Usia sepertinya, cucu adalah permainan yang menghiburkan. Cucu adalah bunga-bungaan yang mewangi hidup seorang datuk dan nenak.

Keletah dan gelak tawa cucu-cucu senantiasa menyirai dimata dan menjadi pengubat kelenguhan dan lelah. Namun itu tidak pernah mengheretnya ke pinggir duka dan air matanya tidak tumpah kerana keranuman cinta. Mungkin juga kolam matanya sudah gersang disedup mentari cabaran dan dugaan perjuangan sepanjang zaman yang silih berganti.

Tetapi ada perkara yang tersumbat sendut dihatinya. Jiwanya menjadi lara dan lirih, apabila mengenangkan medan juang yang dianyamnya. Pergolakan di luar menyebabkan dia risau dan resah menyekang mata mencari makna dan ikhtiar penyelesaian. Doanya menjadi panjang bukan untuk kebebasan dirinya, tetapi demi menghentikan gelora yang memanjangkan musim pertapaanya yang membantutkan mengapai kemerdekaan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Berani atas kebenaran demi negara

Posted: 07 Jul 2015 03:50 PM PDT

Oleh Husam Musa
Terpegun dan bangga – itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama daripada 4 agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.
Sudah lama perasaan itu hilang daripada diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari.
Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik. Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia. Hari ini, saya merasa sangat bugar.
Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.
Duduknya 4 peneraju daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia – memberikan sinar baharu. Ia sudah satu keberanian.
Kenyataan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz selaku gabenor Bank Negara amat dinantikan atas isu penyaluran dana dan akaun-akaun yang didakwa – yang menjadi bidang tugasnya.
Diamnya Bank Negara seakan mengizinkan kesalahan dilakukan atau orang tertentu dizalimi dengan tuduhan yang tidak benar.
Ketelusan dan keteguhan menjunjung kepentingan negara dibimbangi dikorbankan kerana pihak yang terlibat adalah ketua eksekutif Malaysia.
Hari ini, kami menyambut kenyataan bersama ini. Ia menunjukkan tindakan-tindakan sudah diambil dalam tempoh sebulan yang lalu.
Bagi mana-mana yang terlibat dengan akaun-akaun yang dibekukan, jika anda merasa ada kesalahan dilakukan, usahlah mengambil masa yang panjang untuk tampil mengakui kesalahan itu dengan apa jua cara untuk mengelakkan negara menanggung krisis yang berpanjangan.

Tangguh pemilihan Umno untuk sedia ‘tapak kubur’ BN

Posted: 07 Jul 2015 03:40 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya
PRESIDEN Umno Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun 2016, iaitu tahun hadapan. Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan untuk memberi peluang kepada Umno berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.
Maknanya, berdasarkan kenyataan Najib, jika pemilihan Umno diadakan juga maka terganggulah kerja mereka untuk berkhidmat kepada rakyat serta Umno akan jadi tidak kukuh.

Kenyataan itu benar. Kerja untuk memenangkan diri dalam pemilihan Umno sangatlah berat dan serius. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa. Terlalu banyak duit, masa dan tenaga terpaksa digunakan sehinggakan tugas memberi perkhidmatan terhadap rakyat terpaksa dihentikan atau terganggu. Itu alasan yang tersurat, keluar dari mulut Najib. Adapun alasan yang terdapat dalam hati Najib lebih mudah untuk dibaca oleh rakyat jelata berbanding alasan yang terpancar secara zahir itu.
Rakyat tahu, penangguhan tersebut adalah untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik dan kerajaan. Jika pemilihan diadakan dan beliau dicabar, maka harapan rakyat untuk melihat Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa keluar meninggalkan mahligai perdana menteri di Putrajaya sangatlah cerah.
Umno biasa mengadakan persidangan agung pada hujung tahun, bermakna sekurang-kurangnya be liau mampu bertahan sehingga pertengahan 2017. Mandat Parlimen bagi Pilihan Raya Umum ke- 13 akan berakhir pada Mei 2018.
Jadi Najib mempunyai sebab yang kukuh untuk memperbaharui semula strategi "menangguhkan pemilihan Umno" pada pertengahan 2017 kerana tahun berikutnya tempoh Parlimen berakhir.
Penangguhan pemilihan Umno untuk hadapi pilihan raya ini adalah alasan yang pernah digunakan oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun). Alasan itu sangat munasabah kerana perbalahan Umno untuk pemilihan adalah lebih penting dan lebih sengit bagi mereka berbanding nak hadapi pilihan raya umum.
Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu sangat dinantikan

Posted: 07 Jul 2015 03:38 PM PDT

A Shukur Harun

Pelbagai pihak, khususnya generasi muda, sedang menunggu-nunggu akan kelahiran parti baharu – Gerakan Harapan Baharu – yang dirancang diumumkan selepas hari raya ini.

Ini menunjukkan sebuah parti baharu yang mampu memberikan harapan masa depan kepada rakyat Malaysia sangat diharapkan. Iaitu ketika rakyat melihat dengan sangat bimbang pelbagai krisis yang menimpa negara yang tidak dapat diselesaikan oleh parti pemerintah, di tengah-tengah Pakatan Rakyat (PR) sendiri juga tidak habis-habisnya berkrisis.

Parti Gerakan Harapan Baharu ini dirancang penubuhannya oleh golongan progresif dan sederhana yang disingkirkan dengan penuh hina dalam muktamarlongan muda, menyatakan sokongan terhadap parti baru ini yang membayangkan harapan tinggi mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran.  PAS bulan Jun lalu.

Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik serta berpandangan jauh ke depan. Seperti dikatakan, pelbagai NGO, masyarakat sivil dan go.
Perlu diingat, menurut statistik dalam pilihan raya umum yang lalu, jumlah pengundi muda mencapai 4.1 juta orang, suatu jumlah yang sangat signifikan dalam percaturan politik tanah air. Pengundi muda ini sangat mengharapkan kemunculan parti baru ini untuk mendukung aspirasi mereka.

Bagi aktivis pelajar, Fahmi Zainol, gagasan parti baharu yang sedang dirancang itu adalah suatu keperluan, khususnya di kalangan anak muda yang berhaluan Islamik tetapi terbuka dan demokratik.

Bekas presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu berkata, parti yang sedemikian itu seharusnya ditubuhkan 5 hingga 10 tahun dulu lagi.

Namun Setiausaha Bertindak Gerakan Harapan Baharu, Dr. Dzullkifly Ahmad berkata, penyingkiran golongan sederhana dan progresif daripada kepimpinan tertinggi PAS tempoh hari menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

Beliau menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan di muktamar itu sebagai "rahmat yang tersembunyi" apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Dr. Dzullkifly mengakui sejak sekian lama pihaknya bertelingkah dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara.

Dengan takdir Allah, apa yang berlaku di muktamar PAS Jun lalu itu menyebabkan perubahan besar berlaku di mana "sekarang kita bebas untuk membentuk sebuah wadah baru lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini."

Kalaulah tidak berlaku perubahan dalam muktamar PAS tempoh hari itu, tentunya golongan progresif dan sederhana dalam parti itu sangat sukar melaksanakan idea mereka untuk mengekalkan parti itu sebagai parti yang inklusif.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang

Posted: 07 Jul 2015 03:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

"Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara," dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.

Dalam pada itu, Lim turut bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh bagi menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dan adalah bagus sekiranya RCI tersebut dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia akan menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan Najib dalam skandal 1MDB ini dan membuktikan beliau tidak bersalah," katanya.

Menurut Lim, RCI tersebut perlu diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan laporan dan dalam tempoh tersebut Najib perlu mengambil cuti.
Read More / Baca Lagi >>

Akaun dibeku pasukan penyiasat berbeza daripada dilaporkan, kata WSJ

Posted: 07 Jul 2015 03:25 PM PDT

Wall Street Journal melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat  'berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas'. – Gambar wsj.com, 7 Julai, 2015. 
Wall Street Journal melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat 'berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas'. 

Akaun-akaun dibekukan pasukan petugas khas menyiasat dakwaan wang sebanyak AS$700 juta daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ke dalam akaun-akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak bukan akaun yang sama dilaporkan eksklusif Wall Street Journal (WSJ). WSJ melaporkan pembekuan 6 akaun hari ini, memetik sumber rapat dengan siasatan yang akaun-akaun terlibat " berbeza daripada dinyatakan di dalam laporan Journal minggu lepas".
Selain 6 akaun dibekukan, dokumen dikaitkan dengan 17 akaun bank di dua bank turut dirampas pasukan petugas yang terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan petugas dalam satu kenyataan hari ini, bagaimanapun tidak menamakan bank di mana akaun dibekukan, juga tidak mengatakan sama ada ia milik Najib. Bagaimanapun, sumber lewat hari ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider  yang 3 daripada akaun dibekukan adalah milik Najib, bersama AmBank dan Affin Bank.
Tindakan pasukan petugas menyiasat berikutan laporan WSJ pada Jumaat lepas yang AS$700 juta (RM 2.6 bilion) berlegar melalui syarikat berbeza dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia didepositkan dalam 2 akaun dimiliki oleh Najib di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur.
Jumlah terbesar AS$681 juta didakwa dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan.
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut IMDB: Apa pilihan politik dan rakyat?

Posted: 07 Jul 2015 03:24 PM PDT

Oleh Prof Dr Awang Azman Awang Pawi
Ketika ini pelbagai media antarabangsa seperti Financial Times, New York Times, Forbes, CNBC, Bloomberg, Chicago Daily Herald dan seumpamanya memperkatakan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditafsirkan sebagai kemuncak kepada isu IMDB.
Lebih-lebih lagi apabila timbulnya dakwaan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report baru-baru ini kononnya sejumlah wang disalurkan kepada ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Isu ini menjadi isu yang menarik perhatian media antarabangsa. Setakat ini, perdana menteri menafikan dengan mengatakan beliau "tidak pernah mengambil dana untuk kegunaan peribadi sepertimana tuduhan parti pembangkang."
Penafian tersebut dapat dilihat dalam kenyataan melalui akaun Facebooknya. Jawapan ini dianggap tidak memuaskan oleh para pengkritik tegarnya seperti Sarawak Report. Mereka mahukan jawapan yang lebih tegas, iaitu menafikan sekeras-kerasnya akan kewujudan akaun peribadi tersebut.
Seterusnya menolak sekeras-kerasnya adanya berlakunya transaksi berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadinya beberapa hari sebelum pilihan raya umum pada 2013.
Dakwaan tersebut sangat serius dan tindakan keras terhadap WSJ dan Sarawak Report perlu diambil sekiranya terbukti tidak benar.
Selagi tidak ada penafian sekeras-kerasnya akan kewujudan akaun peribadi tersebut dan penerimaan itu, selagi itulah pihak pembangkang khususnya akan mengambil kesempatan akan isu ini manakala rakyat pula terkeliru hasil daripada penyebaran berita dari akhbar dan laman web antarabangsa tersebut.
Pihak media antarabangsa perlu bertanggungjawab atas dakwaan yang sangat berat tersebut.
Menurut Ken Brown, iaitu ketua biro WSJ di Hong Kong penyiasatan dilakukan mereka boleh dipercayai dan bukannya siasatan bermotif politik.
Menurut beliau lagi, WSJ sangat berhati-hati lebih-lebih lagi ia melibatkan seorang pemimpin negara. Namun, ini tidak bermakna pula WSJ tidak pernah disaman.
IMDB menafikan tidak ada dana dipindahkan ke akaun peribadi Najib manakala Najib pula mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasamaa dengan pihak asing bagi menjatuhkannya sebagai perdana menteri.
Ada pula menyifatkan ia merupakan konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kepimpinan negara.
Namun, bukankah Najib rapat dengan Obama dan pernah sama-sama bermain golf dalam percutian di Hawaii tidak lama dahulu?
Langkah terbaik ialah saman
Langkah bijaksana bagi menjaga nama dan reputasinya sebagai perdana menteri ialah menfailkan saman terhadap WSJ dan Sarawak Report yang berpangkalan di luar negara.
Perintah injuksi pula perlu dikeluarkan agar penerbit tersebut tidak menerbitkan apa-apa berunsur fitnah terhadap dirinya lagi.
Suharto mantan Presien Indonesia pernah menyaman majalah Time apabila majalah tersebut mendakwa keluarga Suharto mempunyai kekayaan RM51 bilion termasuk kononnya disimpan di bank Austria.
Suharto menang saman tersebut dan berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM374 juta daripada majalah tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mungkin tertekan, tetapi rakyat yang menanggung derita

Posted: 07 Jul 2015 03:22 PM PDT

oleh Lokman Mustafa

Jika laporan tertentu boleh dipercayai, Perdana Menteri Najib Razak yang diserang bertalu-talu kini mungkin akan akan jatuh tersungkur berikutan penyebaran berita tidak tepat yang boleh mempengaruhi sokongan pengundi kepada BN.

Dalam satu majlis yang diadakan di Shah Alam pada 1 Julai, perdana menteri menyatakan yang organisasi media masa kini menekankan kepantasan berbandingan ketepatan, sehingga cerita yang mereka berikan kepada pembaca telah membentuk pandangan negatif kepada kerajaan.

Dalam satu rencana yang diterbitkan oleh Malaysiakini, Najib mengaku berasa kecewa oleh laporan berita yang mengakibatkan BN berdepan kesukaran dalam pilihanraya kelak.

 "Saya juga berasa tertekan. Politikus tertekan kerana kami menjadi sasaran mudah. Media kehilangan pembaca.

Kami kehilangan undi. Kita sama-sama tertekan," Najib mengeluh.

 Maka kerana itu, dia mengingatkan pengamal media supaya memastikan mereka mengeluarkan berita yang benar dan tepat dan mengelakan mengejar berita hanya kerana mahu menjadi orang pertama menerbitkannya.

 "Ini ialah cabaran dalam persekitaran baru berita, di mana orang mengejar berita untuk diterbitkan secepat mungkin dan menyebarkannya untuk membentuk tanggapan.

Ketepatan berita ialah perkara kedua berbanding menjadi orang pertama menerbitkannya.

 "Kita perlu mencari kebenaran...itu sahaja yang saya mintak. Jadi adil dan cari kebenaran," rayunya.

 Sementara itu, menurut The Star, perdana menteri juga mengulas dakwaan yang lebih kurang 40,000 orang Bangladesh digunakan sebagai pengundi hantu sebagai contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan prestasi tidak memuaskan BN sewaktu PRU 13.

"Bayangkan, satu pesawat jumbo boleh membawa 400 penumpang, jadi anda perlukan 100 pesawat untuk membawa 40,000 Bangladesh ke sini.

 "Bagaimanapun, berita itu tersebar dan kerosakan sudah berlaku," katanya. Saya bersimpati kepada perdana menteri sebaik membaca keluhannya.
Read More / Baca Lagi >>

Lakukan pembaharuan segera atau hilang kredibiliti - GIAT

Posted: 07 Jul 2015 03:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Governance, Integrity, Accountability and Transparency (GIAT) menggesa pembaharuan segera terhadap cara parti politik dan kempen pilihan raya dibiayai.

Dalam satu kenyataan akhbar, gabungan itu juga menggesa ketelusan terhadap akaun peribadi ahli politik.

GIAT juga menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai amat mengejutkan.

"Jika benar, insiden ini adalah tanda-tanda masalah yang lebih besar," kata kenyataan itu.

GIAT mengulangi keperluan mendesak untuk melaksanakan beberapa cadangan yang dibuat dalam satu laporan pada tahun 2005 oleh Transparency International Malaysia dan polisi oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi tentang pengisytiharan aset.

Antara cadangan yang diutarakan ialah mengguna pakai Akta Pembiayaan dan Pengisytiharan Aset Politik dan pengisytiharan aset oleh semua ahli badan eksekutif dan perundangan, termasuk senator dan pegawai-pegawai kanan awam.

Laporan itu juga menggesa pembaharuan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya untuk diberi kuasa autonomi dan bebas mengawal selia semua parti politik selain mendedahkan akaun parti politik yang telah diaudit pihak berkecuali berkaitan pembiayaan parti politik dan calon terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Notis saman keluarga Altantuya didengar 28 Julai

Posted: 07 Jul 2015 03:07 PM PDT


Altantuya Shaariibuu

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 28 Julai ini untuk mengeluarkan perintah berhubung serahan notis permohonan meminda tuntutan saman RM100 juta oleh keluarga bekas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam, Ram Karpal Singh memaklumkan, Hakim, Datuk Soraya Othman di dalam kamarnya berkata, notis tersebut akan diserahkan kepada Konsulat Malaysia di Sydney, Australia, untuk diserahkan kepada defendan, Sirul Azhar Umar.

Pindaan itu melibatkan beberapa penambahan  keterangan berikutan keputusan  Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri.

"Pengurusan kes ini ditetapkan pada 28 Ogos depan," katanya.

Sirul, 43, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia, Januari lalu dipercayai masuk ke itu dengan visa pelancong dan pasport yang sah namun ia telah dibatalkan oleh kerajaan Australia berikutan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya.Read More / Baca Lagi >>

Tiada siapa guna dewan taklimat Parlimen, kerajaan Umno@Bn sabotaj MP Pakatan

Posted: 07 Jul 2015 03:06 PM PDT

johari-abdulKUALA LUMPUR 7 JULAI: Dewan taklimat di bangunan sementara Parlimen yang ditempah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk satu sidang taklimat hari ini disabotaj kerajaan apabila mereka tidak dibenarkan menggunakannya pada saat-saat akhir.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, pihak Parlimen memaklumkan kepada beliau bahawa dewan berkenaan akan digunakan oleh Speaker Dewan Negara atau untuk Kementerian Belia dan Sukan sedangkan tempahan itu sudah dimaklumkan lebih awal.
"Saya telah pun periksa tempat yang kita mahu buat taklimat itu, dan saya boleh sahkan bahawa dewan taklimat yang kononnya digunakan Speaker Dewan Negara atau Kementerian Belia itu tidak pun digunakan kerana ia masih kosong.
"Inilah bukti kerajaan meguasai Parlimen. Parlimen sepatutnya berdikari dan tidak memihak kepada mana-mana pihak, ini tindakan sabotaj yang teruk," kata Johari kepada media di padang kawad Parlimen.
Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen KEADILAN mendesak kerajaan menyemak semula dasar perlembagaan di mana sesiapa sahaja berhak untuk mengadakan taklimat.
Read More / Baca Lagi >>