Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Najib dan famili bercuti ... Mana salahnya?

Posted: 06 Jul 2015 11:30 PM PDT


Sarawak Report siarkan gambar Dato Najib serta keluarga bercuti di atas kapal belayar.


Apa isunya?

Dr Mahathir pun suka pergi naik yatcht atau holiday cruise ...



Baik Najib mahu pun Mahathir, lantaklah depa nak bersantai atas boat atau kapal layar.

Jika dibaca komen Lim Sian See, jelas Sarawak Report mahu burukkan PM tapi sebalik berlaku.

Baca di SINI

Juga di SINI

Cerita cuti lama ...saja nak show off apa lagi email mereka sudah curi.


Mereka mahu persenda kenyataan Ketua PGI yang akui dan sahkan sebahagian dokumen yg keluar di SR adalah palsu.

Baca Rocky Bru di SINI


Nuor Muso nok lagi HERO ... gi gantung 43 orhe lagi!!!

Posted: 06 Jul 2015 07:30 PM PDT


Menurut penjelasan baik dari CTS di  SINI  , kertas cadangan pembelian sebarang hartanah bukan dilakukan oleh seorang dua tetapi melalui pelbagai jawatankuasa dan lembaga pengarah.

Tidak sepatutnya digantjng hanya CEO dan Chairman saja. Ada 3 orang lagi yang terlibat buat keputusan

Selain itu ada pula 8 orang ahli panel pelaburan. Dah jadi 11.

Majlis MARA ada 10 orang termasuk beberapa ahli politik dan has-been & expired corporate figure yg tak sepatut berada disitu. 10 campur 11 berjumlah 21.

Kertas cadangan ini juga dikaji dan perlu kelulusan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jawatankuasa ada sekurang2 5 orang. Jadi 26.

Akhir kalam perlu kelulusan JK di Menteri Kewangan dan Majlis Ekonomi. 26 campur 10 di MOF dan 10 di Economic Council jadi 46.

Dalam Investment Panel dan Majlis MARA ada Ketua Pengarah MARA. 46 tolak 1 jadi 45.

KSU hadhir dalam mesyuarat BOD, Majlis MaRa dan KKLW. 45 tolak 2 jadi 43.

Maknanya tolah dirinya sendiri, Anuar Musa perlu gantung 42 orang lagi yang terlibat dalam pembelusn hartanah. Bukan setakat dua.

Dalam 42 itu, Najib terlibat sebagai Pengerusi EC. Ketika media pro pembangkang spun kata ini keputusan Najib, Anuar kata tidak. Dengan menggantung 2 orang ini bermakna Anuar mahu 43 yg lain termasuk PM digantung.

Innocent until proven guilty la wahai gedebe politik cari nyawa ke 2!!!!!


707 hari ini realisasi shadow cabinet Dap ATAU onani orang Ku Li?

Posted: 06 Jul 2015 03:17 PM PDT


Gambar di atas adalah gambar nenek kipas dibonekakan suami.

Dengan Anwar berada di dalam penjara, suami serahkan kerja memboneka si nenek bigau ni pada cina Lim.


Kononnya dia sedang usahakan gerakan 916 suaminya dengan nombor kod 707. Kenyataan dah buat tapi dalam gambar ada jari tukang arah.


Tengahhari ini tersebar kata PKR mahu mesyuarat untuk bawa usul tak percaya terhadap Dato Najib di parlimen.

Dilaporkan ia akan kumpulkan 68 ahli parlimen. Selain akan datang dari BN.


Husam pun dah kaki sibuk. Padahal dia hanya nak pecahbelahkan UMNO dan nyusahkan Muhyiddin.

Bila najib diturunkan apa rancangan untuk kerajaan baru?



Adakah berikut ahli kabinetnya?


1 melayu saja macam othman wok. Dan satu lagi cina pura2 ngaku melayu. Pastinya PM permulaan adalah melayu seperti presiden pertama spore.

Rasanya paling sesuai jadi boneka adalah jijah. Bila bercakap suara pun tak kedengaran.

Kikiki ... kukuku ... masaalah dalaman BN baik diselesaikan BN.


Khabar angin pun tak betul.

Game stail orang Ku Li bernama Jadawi Ghazali yang suka reka konspirasi bukan-bukan di kedai mamak...

Nama ni sering disebut RPK dalam Malaysia Today.

Dah puluh tahun tak pernah teori menjadi. Teori dihujah dengan suara kuat yang tak boleh dibangkang sesiapa. Satu pun tak pernah berlaku.

Puak-puak ni tak henti beronani mahu Ku Li jadi PM tapi empunya badan tak mahu tanding jawatan tinggi dalam parti.

Keadaan seolah2 Ku Li naik atas permintaan rakyat. Tak tahu cara mana.

Kalau boleh, surat perlantikan dipersembah kepada Ku Li dalam dulang bertatahkan intan permata sambil dia duduk pakai tanjak atas kerusi besar tersergam indah.

Jika tiada isu penting, Rafizi tak perlu komen lagi hal MARA Inc!!!!

Posted: 06 Jul 2015 07:41 AM PDT


Rafizi dilaporkan MMO di SINI bercakap dengan Dato Ding yg telah menjual dua syarikat singapore yang mempunyai dua hartanah di Melborne.

Dah faham kenapa ada dua offshore co berpengkalan di Singapura? Betul tambahan selapis seperti dijelaskan Unspinners di SINI? Sedar diti tu bodoh tapk pura2 pandai kan????

Konon Rafizi dapat bertemu dengan Dato Ding dan dia telah beritahu dia buat keuntungan RM51 juta bersamaan A$17 juta.

Tambahnya Dato Ding kata pembelian MARA adalah pada nilai yang berpatutan. MARA pun boleh buat keuntungan dari hartanah tersebut.

Dato Shafie Apdal mengesahkan dalam sidang akhbar untuk jelaskan hartanah pelaburan MARA Inc di Australia mendapat keuntungan yang sebanyak RM45 juta.

Katanya pembeluan pada 2012 dan 2013 adalah agak kurang dari nilai pasaran.

Baca MMO di SINI

Dato Ding buat duit. MARA Inc buat duut. Apa isunya Rafizi? Lain kali bila tiada isu jangan memekak nak masuk media.

Tony Pua akan tunjuk bukti RM42 billion lesap di PAC?

Posted: 06 Jul 2015 02:30 AM PDT


Agak-agak dia ada tak bukti????

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ORANG IBAN PAKAIANNYA SEPARUH BOGEL, TAK BOLEH MASUK OPIS, KATA TERESA

Posted: 06 Jul 2015 09:42 PM PDT


PAS AKAN SAMAN KERAJAAN PUALAU PINANG

Posted: 06 Jul 2015 05:00 PM PDT


Memecat aktivis PAS secara tidak beretika, PAS negeri akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata PAS negeri pimpinannya telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang telah dipecat itu
"Reputasi mereka adalah menjadi keutamaan. Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang boleh menyebabkan orang ramai berfikir wakil yang dipecat itu bermasalah. Ia menjejaskan reputasi mereka," katanya kepada The Star Online pada Isnin.
Menurut beliau, pemecatan wakil PAS dari pentadbiran negeri itu menjadi satu masalah dalam hubungan PAS dan DAP.
Pada Muktamar PAS yang awal bulan lalu, Dewan Ulama mencadangkan kepada Majlis Syura agar parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP.
Namun, memandangkan keputusan mengenai perkara itu belum dimuktamadkan, Fauzi berkata tindakan kerajaan Pulau Pinang meneruskan pemecatan itu adalah salah.
"Adakah ini satu kepimpinan bermoral? Jika mereka boleh melakukan perkara ini kepada kami, apa yang rakyat boleh harapkan daripada pemimpin dengan moral seperti itu? Mungkin terdapat beberapa sebab yang tidak diketahui di sebalik semua ini," katanya.
Beliau berkata sebarang tindakan yang diambil mestilan berdasarkan prosedur operasi standard.
"Mereka tidak membuat keputusan berdasarkan keadilan tetapi persepsi. Sebagai kerajaan negeri, mereka harus mengikut prosedur yang betul," katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri jelas bertindak melulu dalam isu pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
"Kami mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat wakil dari parti kita," katanya.
Yaacob adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong, manakala Omar adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh.
Pemecatan kedua aktivis PAS itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow pada 18 Jun lalu.
Kedua-dua aktivis PAS yang dilantik sebagai ahli Majlis pada Januari lepas dipecat serta merta meskipun kontrak mereka masih belum tamat.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hasrat menjadi ‘Ketua Menteri dengan kuasa’ terlaksana?

Posted: 06 Jul 2015 09:55 AM PDT

Kedudukan DAP di Pulau Pinang semakin kukuh selepas menguasai kerajaan negeri itu bagi penggal kedua selepas kerajaan Barisan Nasional yang diterajui Gerakan kecundang dalam Pilihan Raya Umum 2008.

DUA puluh tahun yang lalu, dalam satu kempen Pilihan Raya Umum (PRU) 1995, Parti Tindakan Demokratik (DAP) muncul dengan poster Kit Siang Chief Mi­nister With Power.

Di atas poster itu juga tertera patung watak televisyen popular ketika itu iaitu Robocop. Di dada patung itu tertulis perkataan Tanjong 3, mengambil sempena siri Tanjong dalam kempen DAP untuk menawan Pulau Pinang yang bermula dengan Tanjong 1 (PRU 1986) dan Tanjong II (PRU 1990). DAP gagal dalam cita-cita itu.

Mungkin disebabkan angka empat juga membawa maksud tidak baik, siri Tanjong ditamatkan pada episod ketiga dan tidak ada lagi angka digunakan pada PRU 2004. Cita-cita DAP dan Kit Siang untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang ak­hirnya terlaksana pada tahun 2008 selepas parti itu bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berjaya membentuk kerajaan negeri.

Walaupun bukan Kit Siang sebagai Ketua Menteri, jawatan itu diserahkan kepada anaknya, Lim Guan Eng yang melakukan penghijrahan dari Melaka. Ketika itu, DAP memenangi 19 kerusi, PKR 9, dan Pas 1 sementara Barisan Nasional (BN) memenangi 11 kerusi, yang kesemuanya calon UMNO.


Menyelak kembali slogan DAP pada 1995 itu, ia merujuk kepada Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon yang dikatakan boh kian (tiada kuasa). Slogan itu bagaimanapun 'memakan diri' apabila DAP hanya menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen. Kit Siang juga tewas kepada Tsu Koon di Tanjung Bungah.

Kini selepas memasuki penggal kedua, kedudukan DAP di Pulau Pinang semakin kukuh. Dalam PRU yang lepas (2013), DAP mengekalkan kedudukannya dengan 19 kerusi sementara PKR menambah kepada 10 kerusi, Pas 1 dan BN (UMNO) 10. Itulah kekuatan DAP ketika ini. Maka tidak perlulah sesiapa 'menyalak' dan 'melompat' dengan kenya­taan Guan Eng yang mengumumkan kerajaan negeri kini bukan lagi kerajaan pakatan pembangkang sebaliknya dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang.

Keputusan itu dibuat oleh 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang. Keputusan itu dibuat gara-gara usul Muktamar Pas ke-61 yang memutuskan hubungan dengan DAP. Bagi Guan Eng, pakatan pembangkang sudah tidak wujud. Apa yang wujud ialah kerajaan campuran iaitu 19 (DAP), 10 (PKR) dan 1 (Pas).

Sama ada pakatan atau campuran, sama sahaja. Orang Tanjong kata pi mai pi mai tang tu. Adakah di Selangor juga wujud kerajaan campuran, bukannya pakatan? Apakah yang ingin ditunjukkan oleh Guan Eng kepada rakan-rakannya itu? Adakah kuasa sebagai ketua menteri?

Adakah benar Guan Eng berlagak sombong se­perti dakwaan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd. Yusof baru-baru ini. Kenya­taan Guan Eng jelas menunjukkan parti itu mempunyai kuasa yang besar di negeri itu. DAP nampak yakin dengan keupayaannya. Tidak mustahil DAP mampu memerintah ne­geri itu bersendirian tanpa sokongan rakan-rakan PKR, apatah lagi Pas yang hanya menang satu kerusi.


Dengan 19 kerusi di dalam genggaman, DAP mampu menambah kerusi jika bertanding di kawasan-kawasan yang dikuasai PKR ketika ini. Sekurang-kurang­nya empat hingga lima kerusi yang dimiliki PKR boleh berubah ta­ngan jika DAP mahu bersendirian dalam pe­merintahan negeri itu.

BN melalui UMNO hanya mampu memenangi 10 kerusi pada PRU lalu sedangkan pada tahun 1990, BN menguasai DUN Pulau Pinang dengan 19 kerusi berbanding DAP 14 kerusi. Pada 1990 juga, jumlah kerusi yang dimenangi UMNO lebih besar iaitu 12 kerusi berban­ding rakan komponennya Gerakan sebanyak tujuh kerusi.

Jumlah itu menyebabkan ketika itu timbul ura-ura bahawa UMNO lebih layak me­mimpin negeri itu dengan jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun atas semangat setiakawan BN, jawatan Ketua Menteri tetap menjadi milik Gerakan dan UMNO diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Menyelak kembali sejarah kebangkitan DAP ini, ia dianggap bermula pada tahun 1986 apabila parti itu menang 10 kerusi termasuklah kemenangan Setiausaha Agungnya ketika itu, Kit Siang. Jumlah itu meningkat kepada 14 kerusi pada PRU 1990 melalui projek Tanjong II. Bagaimanapun DAP 'merana' selama dua penggal apabila kalah teruk pada PRU 1995 (Tanjong III) dan PRU 2004. Adakah dua penggal yang sedang dinikmati DAP ketika ini mampu melonjakkan lagi kejayaannya pada PRU akan datang?

DAP sedang 'belajar' untuk bersendirian dalam PRU akan datang dengan mencari rakan lain yang boleh diharap termasuk kemungkinan parti serpihan Pas. Dalam erti kata lain, DAP tidak boleh lagi mengharapkan Pas. Sejauh mana keupayaan parti serpihan Pas tidak dapat dipastikan tetapi tentunya parti baharu itu lebih terbuka berbanding Pas.

Bagaimana pula de­ngan PKR? Jika DAP bersama parti baharu, adakah Pas akan terus kekal dalam pakatan bersama PKR? Di Pulau Pinang, DAP boleh bersendirian membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan PKR dan Pas, asalkan parti itu mengekalkan penguasaan sekarang dan menambah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kerusi lagi untuk mendapat majoriti mudah di DUN.

Dalam tempoh pemerintahannya, DAP sudah tentu menyusun strategi untuk mengekalkan kuasanya yang ada. Sebagai parti yang baharu mendapat kuasa untuk mentadbir negeri, DAP pastinya bekerja keras melakukan percaturan supaya pengundi setianya ada di mana-mana bagi memastikan kemenangan calon yang diturunkan.

Strategi yang perlu dilakukan DAP sekarang adalah untuk meyakinkan pengundi-pengundi Melayu menyokong perjuangan parti itu. Jika ini boleh dilakukan, bukanlah mustahil DAP akan terus berkuasa di negeri itu. DAP boleh 'menceraikan' PKR dan Pas. Dalam politik, segalanya boleh berlaku, tidak ada yang mustahil.-UMO

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Putrajaya beli perisian pengintip syarikat penggodam, intip rakyat

Posted: 06 Jul 2015 09:26 PM PDT

Kerajaan Malaysia didedahkan antara negara membeli perkhidmatan dari syarikat penggodam berpangkalan di Milan, Hacking Team. – Gambar Hacking Team, 7 Julai, 2015.Kerajaan Malaysia didedahkan antara negara membeli perkhidmatan dari syarikat penggodam berpangkalan di Milan, Hacking Team. – Gambar Hacking Team, 7 Julai, 2015.
Maklumat bocor atas talian mendedahkan kerajaan Malaysia antara negara membeli perkhidmatan dari syarikat penggodam berpangkalan di Milan, Hacking Team, yang menjual perisian kepada kerajaan penindas untuk mengintip rakyat mereka.  Ini didedahkan selepas Hacking Team sendiri menjadi mangsa godam besar-besaran hujung minggu lepas, di mana maklumat yang dibocorkan termasuk mengenai senarai klien yang dipost ke akaun Twitter syarikat itu sendiri.
Menurut posting Twitter oleh pengguna @obeselowlife di laman blog medium.com, Perisikan Malaysia dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) merupakan klien Hacking Team.

Menurut posting tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menjadi klien namun invois yang dimuat naik ke Twitter oleh pengguna @SynAckPwn menunjukkan kontrak dengan badan anti rasuah tersebut kini tamat.  The Malaysian Insider menunggu jawapan SPRM dan PMO bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Salah satu daripada perisian dibeli Malaysia adalah sistem kawalan jauh Da Vinci, 'trojan horse' yang membuat pengguna membuka sistem, di mana selepas itu perisian tersebut mampu mengesan, mencuri dengar serta memuat turun maklumat dari peranti terjangkit tersebut.
Kebolehan Da Vinci termasuk membuat salinan cakera keras komputer, merekod panggilan Skype, emel, mesej, serta kata laluan yang ditaip ke dalam browser.
Ia juga mampu mengaktifkan webcam peranti serta mikrofonnya untuk mengintip sasaran.
Menurut akhbar Britain, The Guardian, kumpulan privasi mengalu-alukan godaman ke dalam syarikat penggodam itu, termasuklah Privacy International yang mengatakan bahan dibocorkan itu menunjukkan bagaimana Hacking Team membantu kerajaan penindas dunia untuk mengintip rakyat, termasuk di Bahrain, Ethiopia dan Sudan.
Kumpulan tersebut juga dilaporkan berkata, alat pengintipan itu digunakan sebelum ini bagi menyasarkan aktivis hak manusia serta penyokong pro demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Ada pihak kurang senang dengan bangsa Johor, kata TMJ

Posted: 06 Jul 2015 09:25 PM PDT


Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa ada pihak yang kurang senang dengan penyatuan rakyat Johor sebagai satu bangsa, dengan mengambil strategi pecah dan perintah.

Tunku Ismail dalam kenyataan terbarunya di laman Facebook Johor Southern Tigers berkata, ada pihak yang mahu membuat provokasi apabila mempertikaikan Johor kerana tidak menggunakan istilah bangsa Malaysia.

"Ini adalah kerana dari zaman Atok Moyang saya kami Melayu, Cina dan India dikenali sebagai Bangsa Johor semenjak 1885, 72 tahun sebelum adanya negara bernama Malaysia," titahnya.

Baginda bertitah, mana-mana pihak bebas beranggapan dengan konsep bangsa dan Johor berbangga dengan hak milik sejarah mereka sendiri.

"Kami berbangga dengan sejarah kami. Kami tidak kacau mana-mana pihak. Ini adalah asal-usul sejarah Kami. "Jika anda hendak bangga dan panggil diri anda Bangsa Malaysia atau 5 Malaysia teruskan. Ia bukan satu jenayah. "

Read More / Baca Lagi >>

Kerabat diraja lantang – batasan dan kewajaran perlembagaan

Posted: 06 Jul 2015 09:22 PM PDT

oleh Aziz Bari
Sama seperti menteri-menteri kabinet atau ahli exco negeri yang tidak boleh sewenang-wenangnya memetik kebebasan bersuara untuk mengelakkan belenggu tanggungjawab kolektif, begitu juga keadaannya dengan Tengku Mahkota Johor sebagai pewaris takhta Johor. Sebagai seorang kerabat diraja yang berpangkat, beliau perlu mengingati pelbagai batasan dan kewajaran perlembagaan, sebelum beliau mengambil pendirian tertentu.
Beberapa hari lalu beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau bersuara demi rakyat lain. Walaupun ini mungkin baik untuk dikatakan oleh ahli politik biasa, ia mungkin tidak wajar dikatakan kerabat kanan istana.
Begitulah halnya kerana sistem semasa adalah di mana sistem monarki yang berperlembagaan. Kita berbeza daripada Brunei atau Arab Saudi. Walaupun tidak mudah untuk menentukan dengan tepat makna konsep ini, kita boleh menyenaraikan beberapa prinsip asasnya.
Dalam sebuah negara raja berperlembagaan, ketua negara itu hanya memerintah; bukannya mentadbir. Ini bermakna keputusan-keputusan penting dibuat oleh kerajaan semasa yang dipilih oleh pengundi.
Walaupun raja mungkin mempunyai budi bicara tertentu, ia terhad kepada isu-isu tertentu seperti melantik kerajaan atau membubarkan Dewan. Namun begiti, jarang-jarang berlaku di mana seorang raja benar-benar menggunakan budi bicaranya, kerana sebahagian besar fungsinya adalah hanya bersifat simbolik dan istiadat.
Pelbagai alasan boleh dikemukakan untuk menerangkannya, tetapi alasan yang paling penting terletak pada hakikat bahawa dalam pemerintahan demokrasi, hanya seorang pegawai atau institusi yang dilantik yang boleh membuat keputusan-keputusan penting. Ini adalah untuk membolehkan mekanisme akauntabiliti untuk beroperasi.
Dari satu sudut, sistem raja berperlembagaan adalah satu alat bijak untuk membenarkan pemerintahan beraja – yang amat berteraskan prinsip keturunan – untuk wujud bersama dengan sistem demokrasi. Sistem seperti ini membolehkan institusi tradisional ini diteruskan dan memainkan peranan dan fungsi awam, yang kebanyakannya tidak tertakluk kepada prinsip akauntabiliti yang tegas.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno buat hal lagi, tapi seperti biasa tindakan takkan diambil

Posted: 06 Jul 2015 09:20 PM PDT

oleh V Shuman

Tidak perlu ada IQ tahap 130 untuk mengetahui bahawa perbuatan melempar cawan kaca dan penyapu kepada sesiapa pun, apatah lagi ke arah seorang wakil rakyat adalah satu jenayah yang boleh dihukum undang-undang.

Dan juga cubaan mencekik seorang ahli politik lain yang mengiringi ahli parlimen itu dan menterbalikkan meja di kedai kopi – sebuah tempat awam, untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

Dalam dunia sebenar, perbuatan tidak senonoh seperti itu akan dianggap sikap samseng, dan mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap polis dan dihukum dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, ini tidak akan berlaku jika anda adalah ahli Umno.

Ya, samseng-samseng ini datang lagi, dan kali ini mereka membuat kacau pada majlis yang dihadiri oleh ahli veteran DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, di Seri Alam, Johor.

Laporan-laporan menyatakan bahawa samseng-samseng ini membantah kehadiran Lim di sebuah "kopitiam" bagi sesi bertemu rakyat dengan warga Sabah dan Sarawak yang tinggal di negeri ini.

Kumpulan itu juga tidak berpuas hati dengan pengarah DAP Johor, Liew Chin Tong kerana memberi ucapan yang mengkritik Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Jadi kumpulan itu melakukan satu-satunya perkara yang mereka tahu lakukan – salah seorang daripada mereka masuk ke kedai kopi dan memberi amaran kepada semua orang untuk keluar.

Tetapi sewaktu Lim mahu keluar, para penunjuk perasaan itu menyekat laluan mereka dan mula melemparkan penghinaan, memanggil Lim komunis, babi, dan memberitahu beliau untuk "pergi mati", sambil melemparkan cawan kaca dan penyapu kepadanya.

Salah seorang samseng ini dilaporkan turut cuba mencekik Liew sewaktu dia cuba keluar (gambar perbuatan itu turut tersebar di Internet).
Read More / Baca Lagi >>

Di masa depan, Pakatan 2.0 wajib belajar dari pengalaman

Posted: 06 Jul 2015 09:15 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Seorang kawan ada berkata, andainya DAP, PAS dan PKR memutuskan untuk berdamai dan melupakan perbezaan mereka, serta membatalkan apa-apa peracangan untuk menubuhkan gabungan politik yang baru, beliau akan mengundi Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
Begitulah tahap kekecewannya dengan drama politik berpanjangan antara tiga bekas parti Pakatan Rakyat itu – sentimen yang barangkali turut dikongsi ramai rakyat Malaysia yang suatu ketika dahulu percaya, Pakatan boleh menjadi pembawa perubahan politik di peringkat Persekutuan.
Di saat ini, PAS masih menangguh keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sementara DAP pula sibuk mengisytiharkan 'kematian' Pakatan Rakyat dan kini merancang survivalnya sendiri. Dan PKR pula tersepit di tengah-tengah – seperti selalu.

Peranan pendamai sudah menjadi 'trademark' PKR sejak saat-saat awal Pakatan, dan parti itu memang selalu menjadi jambatan antara DAP dan PAS yang berbeza ideologi, seterusnya membolehkan banyak 'konsensus' tercapai antara ketiga-tiga parti.
Pemerhati menyifatkan cara PKR berhadapan krisis terbaru ini seperti kata pepatah Melayu, "bagai menarik rambut dalam tepung; rambut tak putus, tepung tak berselerak."
Bukankah PKR tidak perlu membahayakan kedudukannya sendiri, tatkala pergaduhan awal hanya antara PAS dan DAP?
PKR tidak mendapat apa-apa jik dilihat tunduk dengan tekanan daripada DAP untuk memutuskan hubungan dengan PAS.
Malah, menurut pemerhati, tindakan demikian hanya mengurangkan sokongan majoriti Melayu-Muslim yang konservatif terhadap parti itu.
PKR masih belum mengumumkan keputusan akhirnya. Laman Malaysiakini dua hari lalu memetik naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin yang berkata, perbahasan sama ada Pakatan masih hidup atau sudah mati hanyalah soal semantik.
"Secara formal atau strukturnya, tiada lagi Pakatan. Tapi kita mengambil kata-kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang berkata, secara semangat, 'substance', Pakatan masih ada," katanya seperti dipetik.
Barangkali sejajar dengan strategi ini, Shamsul juga dilaporkan mengumumkan satu 'roadshow' seluruh negara berhubung pembentukan pakatan pembangkang yang baru – buat sementara ini dikenali sebagai Pakatan 2.0. Ia berikutan arahan Anwar agar dibentuk satu kerjasama politik yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak ada rekonsilisasi lagi dalam PAS, berpatah arang berkerat rotan

Posted: 06 Jul 2015 09:13 PM PDT


Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak progresif dan ulama sudah terpadam, bahkan sudah menjadi perumpamaan 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Bukan sahaja pihak yang kalah, malah pihak yang menang juga, masing-masing kini membawa diri mengikut jalan sendiri. "Dahulu ketika mula-mula perpecahan berlaku, saya menjangkakan rekonsilisasi boleh berlaku antara yang menang dan yang kalah tetapi ia tidak begitu.

 "Masing-masing sudah mengambil jalan masing-masing," kata pengkaji politik dari Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Redzuan Othman.

Menurut bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu, sikap pihak yang menang dalam PAS sudah tidak menampakkan usaha untuk membawa pihak yang tewas pulang semula, kerana mereka dianggap 'sudah mati'.

Ekoran itu, katanya, pihak yang kalah tidak ada jalan lain melainkan menubuhkan parti baru sebagai satu pilihan terbaik berbanding beberapa pilihan lain, termasuk menyertai parti yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP. "Mereka dianggap sudah mati oleh PAS.

Takkan mereka (yang terpinggir) nak jaga cucu sahaja selepas ini," kata beliau merujuk kepada sikap pimpinan baharu PAS terhadap bekas pimpinan yang tewas.

Pada pemilihan parti awal Jun lalu, golongan ulama menyapu bersih semua jawatan dalam jawatankuasa PAS Pusat, menumpaskan semua calon dari puak progresif, dengan memenangi 22 daripada 23 jawatan yang dipertandingkan.

Susulan itu, kumpulan yang tewas bersatu membentuk kumpulan yang kini dikenali sebagai G18 dan pemimpinnya menonjolkan diri sebagai mempunyai hubungan yang baik dengan DAP dan PKR.

Bagaimanapun, mulai semalam, kumpulan itu berkata ia kini mahu dikenali sebagai "Gerakan Harapan Baru".

Sementara itu, salah seorang pelopor gerakan itu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kedua-dua pihak kini sudah pergi terlalu jauh untuk berpatah balik kembali. "Mereka terlalu sombong dan angkuh. Keadaan sekarang umpama berpatah arang berkerat rotan.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada arahan kepada kepimpinan PAS untuk tidak mengkritik Najib - Mohd Amar

Posted: 06 Jul 2015 09:10 PM PDT

Tiada arahan kepada kepimpinan PAS untuk tidak mengkritik Najib - Mohd Amar
KOTA BHARU: PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada barisan kepimpinannya untuk tidak mengkritik pentadbiran serta isu semasa yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang kemelut yang dihadapinya.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tiada arahan khusus untuk pimpinan PAS menutup mulut dari mengkritik kelemahan UMNO termasuk isu yang dihadapinya.

Mohd Amar di minta mengulas mengenai situasi politik kini antara PAS dan UMNO yang mana mutakhir ini PAS di lihat mengambil sikap berdiam diri dan tidak kuat mengkritik UMNO tentang isu semasa  termasuk isu 1MDB dan dakwaan aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun perdana menteri.

Terbaru kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din yang dilihat mempertahankan Najib daripada skandal terkini susulan pendedahan the Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Situasi ini di lihat beberapa pihak yang meramalkan PAS dan UMNO akan dapat duduk semeja dan mewujudkan kerajaan perpaduan.

Sementara itu Mohd Amar menjelaskan PAS belum lagi menerima sebarang jawapan dari tiga calon PAS yang tewas pada pemilihan dalam muktamar yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa kerja (AJK) PAS  pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin

Posted: 06 Jul 2015 09:09 PM PDT


Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).

"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang. "Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

 Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah.

Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu.

Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ.

Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno.

Saham TNB jatuh selepas ambil alih 70% pegangan Jimah East Power 1MDB

Posted: 06 Jul 2015 09:07 PM PDT

Kenanga Research menjangkakan harga saham Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus menerima tekanan selagi jualan baki aset loji tenaga 'brownfield' 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di bawah Edra Global tidak diselesaikan, lapor Sinar Harian hari ini.
Meskipun positif ke atas pengambilalihan itu, namun firma penyelidikan tersebut kekal berpendapat yang TNB akan menerima tekanan mengekalkan sahamnya berikutan wujudnya kebimbangan terlebih bayar dalam mengambil alih aset tersebut.
"Keseluruhannya kami positif ke atas pengambil alihan itu berikutan kos pembelian yang munasabah.

"Bagaimanapun, kami mengekalkan pendapat kami, selagi jualan baki aset loji tenaga 'brownfield' 1MDB di bawah Edra Global tidak diselesaikan, harga saham TNB akan terus menerima tekanan berikutan kebimbangan terlebih bayar dalam mengambil alih aset tersebut," firma itu dilaporkan berkata. Sinar Harian juga melaporkan saham TNB jatuh selepas pembekal tenaga itu mengambil alih 70% pegangan 1MDB dalam Jimah East Power (JEP) daripada Suruhanjaya Tenaga Jumaat lalu.
TNB akan mengambil alih pembangunan dua loji tenaga 1,000MW berasaskan arang batu untuk RM46.98 juta melalui dana dalaman berbanding kos pembangunan sebenar RM83.68 juta ditanggung 1MDB.
Sebuah lagi firma penyelidikan, Hong Leong Investment Bank Research, bersikap posiif mengenai peningkatan 6% hingga 7% dalam anggaran kos projek walaupun penyusutan ringgit 15% berbanding US dolar tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Cemuhan, kecaman warnai dunia media sosial Najib

Posted: 06 Jul 2015 09:04 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak mungkin menerima bilangan "Like" (Suka) dan "Followers" (Pengikut) yang paling tinggi berbanding mana-mana ahli politik di Malaysia, tetapi mutakhir ini, beliau turut menerima paling banyak cemuhan daripada pengguna media sosial.

Walaupun posting beliau masih mendapat banyak "Like" berbanding komen negatif, pemerhati berpendapat jumlah negatif yang besar terhadap Najib mencerminkan "angin" rakyat yang diburukkan dengan ekonomi yang lembap dan berita buruk politik yang tidak berkesudahan daripada Putrajaya.

Jumlah negatif di Facebook itu juga membangkitkan persoalan sama ada media sosial benar-benar meningkatkan imej Najib, yang mengaku beliau merupakan pengguna tegar.

Tanpa mengambil kira posting beliau berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pun, beliau mendapat respons menyakitkan hati bagi semua posting yang dinaikkan.

 Sama ada ia berkenaan topik biasa seperti cuti umum Nuzul Quran atau ucapan berbuka puasa, posting Najib di Facebook mendapat celaan ramai, kadangkala angkanya mencecah ribuan.

Selain memberi beliau berbagai nama gelaran, komen negatif itu kebanyakannya cenderung berpusat kepada isu kos sara hidup yang tinggi kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga petrol.

Sebagai contoh, pada 30 Jun, Najib menyiarkan di Facebook gambar beliau bersama dua kanak-kanak miskin yang menerima pakaian baharu sempena Hari Raya yang ditaja pergerakan belia 1M4U. Posting itu menerima 13,740 "Like" dan 4,789 komen, hampir semuanya memberi komen negatif dan menuduh program itu satu percubaan menyembunyikan keperitan dialami rakyat akibat inflasi.

"Dia je baju baru. Dua orang yang berbaju baru itu boleh melupakan berjuta rakyat yang serba kekurangan. Awesome (Hebat)," tulis pengguna Facebook, Nazrin Sharip. Pengguna lain, Amran Mat menulis: "Berlakon je lebih.. terima kasih sangat-sangat sebab berjaya memperbodohkan rakyat Malaysia.."

Read More / Baca Lagi >>

Laporan WSJ: NGO antirasuah mohon bertemu Bank Negara

Posted: 06 Jul 2015 08:58 PM PDT

NGO Pusat Melawat Rasuah dan Kronisme (C4) menulis kepada Bank Negara bagi meminta sebuah pertemuan diadakan susulan dakwaan pergerakan "meragukan" AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri.

Mereka mengambil tindakan itu selepas Bank Negara memulakan siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara yang terbeban hutang 1MDB pada 3 Jun lalu.

"Pelbagai masalah syarikat mula menggunung menyebabkan kebimbangan besar terhadap dakwaan-dakwaan dan salah laku, yang memerlukan campur tangan segera oleh institusi awam di negara ini," kata NGO itu.

C4 berkata Bank Negara bertanggungjawab mempromosikan kestabilan sektor ekonomi dan bank pusat itu juga dilihat suara bebas yang mampu merungkai masalah sekitar isu 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

5 MINIT: LAPORAN POLIS UGUTAN SAMSENG UMNO JOHOR

Posted: 06 Jul 2015 08:49 PM PDT


Walau ada tuduhan skandal kewangan, sukar Umno singkir Najib, kata akhbar

Posted: 06 Jul 2015 07:40 PM PDT

Umno akan menghadapi kesukaran menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti walaupun wujud dakwaan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang wang daripada sebuah firma pelaburan kerajaan disalurkan ke akaun bank peribadi beliau, kata Singapore Straits Times.

Baik Majlis Tertinggi (MT), mahupun pemimpin bahagian parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu, tidak akan dapat mengumpulkan angka mencukupi untuk memanggil undi tergempar menentang Najib, yang juga perdana menteri Malaysia.

 Ini kerana, Umno akan memerlukan sokongan dua pertiga daripada ahli MT untuk melakukannya secara bertulis, atau lebih separuh daripada 191 bahagian parti untuk meluluskan usul sedemikian di mesyuarat agung luar biasa (EGM).

 "Lebih daripada sekadar mendapatkan angka yang diperlukan, EGM bahagian juga mudah dicabar di mahkamah dan dalam pertelingkahan undang-undang selepas itu, ahli Umno akan mula dipecat dan digantung, antara lainnya," kata Straits Times.

Katanya, malah sebelum WSJ mendedahkan mengenai dana daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Najib, PAS pada April pernah mencadangkan usul undi tidak percaya terhadapnya berhubung syarikat sarat hutang itu serta dakwaan salah laku dalam pengurusan kewangannya.

 Tetapi, undi tidak percaya di Parlimen tidak akan mudah diperoleh memandangkan kerajaan memerintah di bawah BN mempunyai majoriti yang kukuh, kata Straits Times.

BN perlu berpecah dan bekerjasama dengan pembangkang sekiranya ingin undi itu diluluskan, kata laporan itu. Ia juga menyatakan, Malaysia tidak pernah melihat sebarang usul tidak percaya diluluskan terhadap mana-mana perdana menteri.

Satu lagi sebab undi itu tidak mungkin dibentangkan ialah kerana pemimpin BN tidak mahu berdepan risiko kehilangan kuasa, dan "mereka akan terus berdiri teguh di belakang calon PM lain", kata akhbar itu. Harian itu juga berkata, tidak ada pemimpin

Malaysia sebelum ini yang dijatuhkan melalui satu undi formal, walaupun 2 pemimpin parti pernah ditekan untuk "berundur dengan secara terhormat," iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang dipaksa turun akibat tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir , dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan lengkap beserta dokumen tuduhan WSJ terhadap Najib...

Posted: 06 Jul 2015 07:33 PM PDT


SENSATIONAL FINDINGS! - Prime Minister Najib Razak's Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail MALAYSIA EXCLUSIVE!

SENSATIONAL FINDINGS! - Prime Minister Najib Razak's Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail MALAYSIA EXCLUSIVE!

2 JUL 2015

Mohamed Badawy al-Husseiny CEO of Aabar was also Chair of Falcon Bank at the time of the multi-million dollar transactions into Najib's account and he remains a current Board Member at the Aabar/IPIC owned bank.
Mohamed Badawy al-Husseiny CEO of Aabar was also Chair of Falcon Bank at the time of the multi-million dollar transactions into Najib's account and he remains a current Board Member at the Aabar/IPIC owned bank.
In a shocking development it has been learnt that investigators have traced billions of ringgit linked to the 1MDB money trail into Prime Minister Najib Razak's personal bank accounts.
Amongst a series of key transactions it has been identified that a total of RM42 million recently flowed from a controversial company linked to 1MDB, SRC International Sdn Bhd, into the PM's own private accounts.
These personal accounts were held clearly under the name of "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" at AmPrivate Banking in Kuala Lumpur.
Even more sensationally, a total of US$681,999,976 (RM2.6 billion) was separately wire transferred from the Singapore branch of the Swiss Falcon private bank owned by the Abu Dhabi fund Aabar into the Prime Minister's private AmBank account in Kuala Lumpur, on March 2013, just in advance of the calling of the General Election.
AG Abdul Gani Patail - the information is on his desk
AG Abdul Gani Patail – the information is on his desk
Aabar has been connected to numerous financial transactions involving 1MDB.
The transfers from the fund's wholly owned Falcon Bank into Najib's AmPrivate Banking account took place just days after the signing of a so-called "strategic partnership" between Malaysia and Abu Dhabi on 12th March 2013.
This resulted in the issuing of a US$3 billion bond guaranteed by the the Malaysian Government as part of a "50 50 joint venture between 1MDB and Aabar" to develop the Tun Razak Exchange project.
However, there have been many queries since about what happened to the money; about the failure to develop the Tun Razak Exchange project and about why Aabar itself never contributed, as promised, to the so-called joint venture?
Posing at the photo shoot to promote the "RM18 billion deal" three weeks before parliament was dissolved, were the Malaysian Prime Minister Najib Razak, the CEO of 1MDB (Shahrol Halmi), the Chairman of 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin), the Chairman of Falcon Bank and CEO of Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) as well the Chairman of Aabar (Khaddem Al Qubassi) who has been closely linked to numerous deals with 1MDB and to the controversial business friend of the Prime Minister, Jho Low.
Posing at the photo shoot to promote the "Strategic Partnership"just  days before the cash transfer from Falcon and three weeks before parliament was dissolved, were the Malaysian Prime Minister Najib Razak; the CEO of 1MDB (Shahrol Halmi); the Chairman of 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin); the Chairman of Falcon Bank and CEO of Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) and the Chairman of Aabar (Khaddem Al Qubassi).
This stunning body of banking information has recently been received by a number of Malaysia's top law enforcers, including the Attorney General.
It creates an extraordinary series of connections between 1MDB projects and the Prime Minister's personal finances and it transforms the 1MDB investigation into a political crisis of the gravest magnitude in Malaysia.

SRC paid RM42 million to Najib Razak's private accounts

The money taken from SRC International is a particularly shocking revelation, because this was money lent by the public pension fund KWAP and never accounted for.
SRC International Sdn Bhd was set up under the auspices of 1MDB in July 2011 and it is headed by none other than Nik Faisal Ariff Kamil, a close friend of Jho Low, who was brought over to 1MDB from Sarawak's UBG as the fund's chief investment officer.
Najib's personal accounts move centre stage in the hunt for 1MDB's missing billions
Najib's personal bank accounts move centre stage in the hunt for 1MDB's missing billions
In 2010 Nik Kamil was the 'link man' between UBG, 1MDB and PetroSaudi for channelling US$260 million of 1MDB money into the purchase of UBG from Jho Low and the then Sarawak Chief Minister Taib Mahmud.
He was then transferred to become CEO of 1MDB's new subsidiary SRC International Sdn Bhd.
SRC International courted immediate controversy in 2011 by borrowing RM4 billion from Malaysia's public retirement fund Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Over subsequent years 1MDB's political critics have pressed the government to understand where that money went and have repeatedly complained at the lack of information provided by the company's statements and accounts.
Most recently the Prime Minister, who had eventually taken SRC under the direct control of his own Ministry of Finance, announced in March that much of the money had been invested in a Mongolian company Gobi Coal & Energy.
However, documents now in the hands of Malaysian prosecutors, show that just the previous month (February 10th 2015) SRC International had transferred RM10 million into the account number 2112022011880 of "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" at AmPrivate Bank in Kuala Lumpur.
Transfers this year in February from SRC into Najib's personal account
Likewise, on December 26th 2014, two earlier transactions had seen the transfer of another RM27 million and RM5 million from SRC International Sdn Bhd into AmPrivate Banking account number 2112022011906, which also belongs to "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".
Transfers last December from SRC into Najib's personal accounts
The money trail from SRC International to Najib has been clearly detailed by investigators and is also in the possession of the international financial newspaper The Wall Street Journal.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib bukan malaikat tetapi manusia biasa' - Abdul Hadi

Posted: 06 Jul 2015 05:37 PM PDT

KOTA BHARU: Sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan dakwaan itu.

"Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.

"Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di majlis 'Madinah Ramadhan' di sini malam tadi.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.

Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai "tidak logik" dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ, Najib dan kedaulatan negara

Posted: 06 Jul 2015 05:31 PM PDT

Wall Street Journal
ADALAH sesuatu yang perlu diberikan keutamaan serius di sini apabila sebuah akhbar perniagaan yang berpengaruh di dunia kebelakangan ini memberikan keprihatinannya terhadap seorang perdana menteri di sebuah negara Islam di Asia Tenggara.
Perkara ini pernah berlaku sekitar akhir dekad 90-an apabila Majalah Time dalam berita muka depan pada Mei 1999 edisi Asia melaporkan dengan dakwaan bahawa keluarga diktator mantan Presiden Suharto telah mengumpul berbilion dolar untuk dipindahkan ke dalam akaun dari bank di Switzerland ke bank ke Austria sebelum beliau meletakkan jawatan.
Namun Suharto dan para peguamnya telah bertindak menyaman Majalah Time dan harus membayar US$106 juta kerana menabur fitnah dan Majalah Time Asia dan enam kakitangannya harus memohon maaf dalam majalah dan akhbar terkemuka di Indonesia dan Majalah Time edisi Asia, Eropah dan Amerika.
 Artikel Majalah Time bertajuk The Family Firm mendakwa Suharto dan anak-anaknya telah mengumpulkan sejumlah AS$ 73 bilion, daripada duit minyak dan pembalakan, hartanah, perbankan dan petrokimia walaupun banyak yang mengalami kerugian semasa krisis kewangan Asia pada 1997.
Artikel ini tidak melihat kepada aspek Najib dan 1MDB, juga laporan dari Sarawak Report tetapi ingin menyoroti agenda asing dan kepentingan The Wall Street Journal (WSJ) sebagai sebuah akhbar dalam menyiar dan melaporkannya kerana dilihat sebagai menggugat kedaulatan negara.
Berhubung dengan isu 1MDB yang didakwa WSJ sebagai kononnya kira-kira AS$700 juta masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak rasanya perlu diamati dan diberikan perhatian serius.
Mengapakah WSJ memberikan perhatian kepada isu ini? Apakah agendanya dan kepentingannya kepada WSJ? Adakah ini bermakna Amerika Syarikat sudah campur tangan dalam isu di negara kita?
Sejak kejadian kehilangan MH370 dan penembakan MH17, AS dikatakan sering secara tidak langsung campur tangan dalam isu negara ini. Dari segi geopolitik, dalam usaha menyaingi kuasa China di Laut China Selatan dan Rusia di Ukraine, AS dilihat seolah-olah ingin menguasai kedua-dua insiden yang berlaku dengan menjadi jurucakapnya. Malaysia seolah-olah tampak kecil atau tidak berwibawa dalam mengendalikan isu tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

POPULAR ATAU NOTORIOUS: Najib 'popular' di carta Wall Street Journal

Posted: 06 Jul 2015 05:30 PM PDT

Najib popular di carta Wall Street Journal
Carta paling popular di Wall Street Journal.
SHAH ALAM – Perhatian seluruh dunia nampaknya mula beralih arah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Sinar Online mendapati laporan ke atas isu Najib dengan dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki carta paling popular di Wall Street Journal biarpun hampir seminggu isu tersebut dimainkan.

Tajuk berita Malaysian Leader Faces Political Test (Pemimpin Malaysia Berdepan Ujian Politik) hasil tulisan James Hookway melonjak naik menduduki tangga pertama dalam carta tersebut sejak disiarkan semalam.

Artikel tersebut yang berkisar mengenai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh perdana menteri selepas penyiasatan pertama kali dilakukan ke atas beliau berhubung dakwaan terbabit.

Artikel tersebut dikongsi oleh 3,081 pelayar Facebook dan turut mendapat kongsian oleh 42 pengguna Twitter.

Dalam pada itu, penulisan artikel pendapat bertajuk Scandal in Malaysia (Skandal dalam Malaysia) mula memanjat carta paling popular portal antarabangsa itu.

Menduduki tangga kelima, artikel yang disiar sejak semalam itu mendapat kongsian ke 420 akaun Facebook and turut dikongsikan oleh 39 pemilik akaun Twitter yang lain.

Read More / Baca Lagi >>

Politik dan aktivisme – pilihan sukar yang perlu dibuat

Posted: 06 Jul 2015 05:26 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Melihat perkembangan semasa negara, tidak mengejutkan apabila ada yang merasakan kenderaan politik adalah cara paling efektif untuk mencapai matlamat mereka, walaupun tetap ada harga yang perlu dibayar.
Melainkan pandangan mereka sama dengan majoriti memerintah, suara masyarakat sivil seringkali dibisukan atau ditenggelam oleh agenda yang diwujudkan khusus untuk mengekalkan mereka yang berkuasa.
Hanya melalui politik atau tindakan masyarakat sivil yang bersepadu, mereka yang memperjuangkan perubahan ini dapat mencetuskan suara yang kuat. Namun begitu, kedua-duanya tetap mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri.
Pilihan antara kedua-duanya menjadi dilema kepada ramai yang ingin membawa perubahan di Malaysia. Barangkali sama seperti apa yang dinyatakan penyair Robert Frost dalam puisinya "the road not taken" – tentang pilihan sukar antara dua jalan, dan hakikat yang anda hanya boleh buat satu pilihan.
Dalam beberapa kes, semakin ramai yang memilih untuk menjadi penumpang dalam 'kenderaan' politik. Mereka menganggap ia pilihan terbaik untuk mereka.
Namun tidak semua yang mempunyai 'tiket' tersebut, mahu pun sanggup menjadi penumpang semata-mata – melambai tangan kepada kereta yang berlalu, atau barangkali mengikut sahaja dari belakang, agar mereka boleh berpatah balik jika perlu.
Tambahan pula tiket tersebut memerlukan seseorang itu memiliki nilai politik, serta perlu mengikut undang-undang dan beban politik 'kenderaan' yang dinaikinya.
Dalam kes ini, kenderaan yang dimaksudkan adalah DAP, dan salah seorang penumpang terbarunya adalah sasterawan negara A Samad Said, atau lebih mesra dipanggil Pak Samad.
Seperti keretapi yang baru dibersihkan, DAP kini merancang untuk menambah gerabaknya. Dan selepas bertahun-tahun terlibat dalam gerakan masyarakat sivil, Pak Samad pada 11 Jun lalu secara rasmi telah menempah tempat duduknya dalam keretapi itu – dengan perhentian pertama di Kelantan bagi pelancaran kutipan dana Impian Kelantan DAP.
Harga 'tiket' tersebut tentulah tarikan Pak Samad kepada golongan muda Melayu liberal yang ingin didekati DAP. Kos yang perlu ditanggungnya pula adalah menjadi sasaran serangan kononnya menyertai 'parti cauvinis Cina' dan seperti menjadi maskot kepada parti sosial demokratik itu.

Namun itu adalah jalan pilihan Pak Samad sendiri untuk menyertai parti politik; sementara ada yang lain memilih gerakan masyarakat sivil dan bukannya politik, untuk membawa perubahan.
Pak Samad dan bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan adalah pengerusi bersama Bersih 2.0. Kedua-duanya telah berundur daripada jawatan itu November tahun lalu.
Walaupun masih aktif menyumbang melalui tulisan, Pak Samad dalam satu wawancara baru-baru ini membayangkan yang beliau masih mahu menyumbang kepada negara, walaupun usianya sudah mencecah 80 tahun.
Tentang peranan barunya, laman Malaysiakini pada 3 Julai lalu memetiknya sebagai berkata: sejujurnya, saya menjadi PRO (pegawai perhubungan awam) untuk membina jambatan antara DAP dengan orang Melayu. Jika mereka (orang Melayu) tidak faham, mereka boleh datang kepada saya, dan saya akan terangkan kepada mereka (tentang DAP)."
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Kritikan pembangkang dianggap fitnah

Posted: 06 Jul 2015 05:25 PM PDT

ISU 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlarutan dan melarat hingga membabitkan perkara lain. Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur pula terpalit dengannya. Masjid lama itu masih dalam proses pengubahsuaian yang menelan belanja RM20 juta.
Jumlah sebanyak itu dikatakan adalah sumbangan daripada 1MDB, lalu ia menjadi kontroversi. Banyak yang mempersoal. Walaupun baik kerana diberikan untuk pembinaan rumah Allah, mengapa diambil daripada 1MDB?
Namun begitu, 1MDB menjelaskan bahawa sumbangan RM20 juta untuk membaik pulih masjid itu telah lama dirancang. Dalam kenyataan akhbar pada 29 Jun lalu, syarikat itu memberitahu dana tersebut dijanjikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd  Najib Abdul Razak dalam satu lawatan pada 5 Februari 2011.
Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2012 dan dijadualkan siap pada hujung Julai 2015. Menurut 1MDB, Masjid Jamek Kampung Bharu bakal menjadi pemangkin utama untuk pembangunan yang dirancang di kampung tersebut.
Tambah 1MDB, pembangunan semula masjid tersebut adalah satu daripada aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang melibatkan rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama.
Syarikat itu turut menyatakan kekesalan kerana pelbagai pihak mengeksploit projek pembangunan semula masjid itu untuk kepentingan agenda mereka sendiri.
Pada 26 Jun lalu, Najib mengeluh kerana pengkritik 1MDB tidak mengambil kira sumbangan syarikat tersebut kepada masyarakat, khususnya umat Islam - memetik sumbangan RM20 juta itu sebagai contoh.
Kenyataan itu bagaimanapun dibidas oleh ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar.
Read More / Baca Lagi >>

Demi Maruah- Ds Najib Harus Mengundur Diri

Posted: 06 Jul 2015 05:09 PM PDT

Oleh Abu Hassan Adam
Demi menjaga maruah keluarga (keluarga Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin) bangsa, negara dan agama, DS Najib harus mengambil tindakan berani dengan mengundur diri ( buat sementara) dari jawatan Perdana Menteri, bersendikan falsafah 'berani kerana benar dan takut kerana salah'. DS Najib tidak perlu ragu-ragu mengambil tindakan sedemikian sekiranya beliau betul-betul tidak melakukan 'malapetaka' sepertimana yang didakwa oleh Wall Street Journal itu. 

Maruah rakyat dan negara harus diutamakan oleh DS Perdana Menteri. Sebagaimana yang dikatakan oleh adiknya sendiri, Dato Nazir Abdul razak di Instagramnya yang meletakkan rakyat negara ini di atas segala-galanya. Selanjutnya beliau menyatakan,"They gave their lives so we could build a nation. In this darkest of political times, we must remember to place the country and the rakyat first.Not personal interests, nor personal loyalties, not even party politics," Rakyat Malaysia amat bersetuju agaknya dengan saranan sedemikian dan sememangnya begitu sifat orang Melayu tulin apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut yang membabitkan diri dan negara yang dipimpinnya. DS Najib harus menonjolkan dirinya sebagai 'anak lelaki tulin' keturunan Tun Abdul Razak Hussin dengan berbuat sesuatu yang boleh memberikan tanggapan bahawa 'darah pahlawan' yang mengalir dalam dirinya itu terus menerus mengalir.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Wall Street Journal terhadap DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia bukan suatu perkara kecil yang boleh dipandang enteng. Jarang sangat akhbar berkenaan membuat tuduhan sedemikian kecualilah apa yang dilaporkan oleh mereka itu betul-betul berlaku. Dan sehingga kini DS Najib belum lagi menyatakan 'sahih-tidak'nya tuduhan oleh WSJ itu menyebabkan rakyat seluruh Malaysia dan dunia masih tertanya-tanya walaupun DS Najib ada membayangkan bahawa apa yang dituduh itu tidak berlaku.
Pengunduran sebagai Perdana Menteri buat sementara adalah amat penting bagi DS Najib 'membersihkan' namanya khususnya dikalangan rakyat Malaysia yang dipimpinnya. Beliau tidak akan mampu mentadbirkan negara ini sekiranya persepsi rakyat terhadapnya diselubungi suasana negatif, walaupun beliau kerapkali mengatakan bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar demokratik melalui pilihan raya. Rakyat akan terus merasa sangsi selagi DS Najib masih berdoalk-dalik dan tidak berani melakukan tindakan yang boleh meyakinkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinannnya.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB-WSJ: Kenapa PM Najib tak buat laporan Polis.

Posted: 06 Jul 2015 05:08 PM PDT


Oleh Dato'Mahfuz Omar

1.PM Najib hanya menyatakan peguam peguamnya akan memberikan nasihat kepadanya tentang apa kah tindakan yang sepatutnya diambil olih beliau.kenapa begitu lambat peguam peguamnya memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan olih beliau.

2.PM Najib perlu melakukan pembelaan dirinya dari semua tuduhan tuduhan yang dilakukan olih wall street journal(WSJ) dan Serawak report(SR).Langkah yang pertama yang sepatutnya dilakukan olih Datuk Seri Najib ialah membuat laporan polis keatas WSJ dan SR.


3.Tak kan nak buat laporan polis pun Nak kena tunggu nasihat peguam.kebodohan apa yang ada pada peguam peguam PM mengambil masa begitu lama nak nasihat PM.Saya nasihat Datuk Seri Najib buat laporan polis dengan segera terhadap WSJ dan SR sebelum disusuli dengan tindakan menyaman kedua dua pihak tersebut atau sememangnya beliau tidak lagi percaya pada Polis Malaysia (PDRM).

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'

Posted: 06 Jul 2015 05:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.

"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.

"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.

"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Teo mengulas status di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.


Status di laman Facebook Saifuddin yang menggesa PDRM untuk segera menangkap Dr Mahathir - Sumber: Facebook Saifuddin

Ia rentetan dakwaan Najib di dalam laman Facebooknya baru-baru ini.Read More / Baca Lagi >>

Lihat kembali perbuatan mengarut ahli politik kita

Posted: 06 Jul 2015 05:05 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

 "Ia adalah rantai kunci hotel...tidak, ia pen drive," kata Hee Yit Foong, wakil rakyat yang baru "bebas" semasa kekecohan di Dewan Undangan Negeri Perak, apabila dia menyembur lada kepada Yew Tian Hoe dari DAP.

Dia tidak meminta maaf dan tidak mengakui kesalahan, sehingga dihadapkan dengan bukti, dan terpaksa membayar kos ganti rugi.

 "Jika anda nampak ular dan orang India, yang mana akan anda bunuh dulu?" ini didakwa dikatakan ADUN Sungei Rapat, Perak, Hamidah Osman. Dia kemudiannya meminta maaf, kepada Dewan Undangan Negeri dan seluruh masyarakat India.

"Jika Datuk kata benar (kami dah berkahwin), maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie Ezette, isteri baru Bung Mokhtar Radin, yang menafikan beliau berkahwin dengan bintang seksi itu.

Ahli parlimen yang lantang dan kontroversi itu, yang kerap menghentam ahli-ahli parlimen wanita secara lisan, menunjukkan sisi lembut beliau apabila dia menangis, selepas terlepas dari hukuman penjara kerana berpoligami tanpa keizinan isteri pertama.

 "Tinggalkan negara ini jika anda tidak suka dengan kerajaan Barisan Nasional," kata Ketua Wanita Umno Baru Kuantan, Zaiton Mat kepada mereka yang berpesta pada Malam Tahun Baru di Kuala Lumpur, yang beliau tuduh mahu menggulingkan kerajaan.

Setahun kemudiannya, bekas PM, Mahathir Mohamad mengkritik Najib Razak dan kerajaannya kerana pelbagai macam skandal, tetapi Zaiton tidak ada memberikan kritikan. "Saya boleh sahkan bahawa kedua-dua suami dan anak-anak saya tidak pernah meminta bantuan saya bagi projek ini. Mereka tahu mereka tidak boleh meminta bantuan saya.

Saya tidak pernah mengambil bahagian dalam apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk membantu mereka dalam mendapatkan projek tersebut...

Mengapakah saya perlu bertanggungjawab?" kata bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil, dalam tuntutan mahkamah yang dilakukannya terhadap pemimpin-pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin.

Mereka menuduh beliau mempengaruhi kabinet untuk memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada suaminya, dalam apa yang dikenali sebagai skandal National Feedlot Corporation.

Yang peliknya, Najib tidak melanjutkan jawatan senator beliau, pada bulan April 2012, dan beliau tidak lagi menjadi menteri. Kita teringat pepatah "tak ada angin, masakan pokok bergoyang."

Kenyataan-kenyataan seksis tidak hanya dikeluarkan oleh pemerintah BN. Pemimpin pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid digelar "nenek bersikap perkauman" oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan dalam sebuah saman fitnah terhadapnya, telah diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak RM500,000. "

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB-WSJ: Husam gesa Muhyiddin ambil tindakan segera

Posted: 06 Jul 2015 05:00 PM PDT

Husam gesa Muhyiddin ambil tindakan segeraKUALA LUMPUR: Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa Perdana Menteri melepaskan tanggungjawab dan kuasanya, setidak-tidaknya untuk sementara waktu, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas dapat diambil.

Husam juga mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Saya bersetuju Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

"Timbalan Perdana Menteri sewajibnya menemui DYMM YDP Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih negara dari Datuk Seri Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan," kata Husam dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin, juga kata Husam, perlu memberi jaminan suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," tambah beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tidak akan khianati rakyat, negara, tegas Najib

Posted: 06 Jul 2015 04:58 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.

Najib berkata beliau berterima kasih terhadap sokongan diberikan oleh pemimpin Umno dan juga oleh pemimpin tertinggi PAS, Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang menjelaskan tuduhan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu sebagai tidak masuk akal.

 "Saya tidak akan khianati rakyat. Saya akan cari (jalan) untuk tegakkan kebenaran, bertenang, kebenaran akan terbukti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan Pelancaran program Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab di Besut, hari ini.

 Beliau menyeru rakyat untuk bertenang serta bersatu dalam menangkis segala tuduhan terhadap kerajaan dan pemimpin negara walaupun mereka berbeza dari segi fahaman politik. Menurutnya untuk membina sebuah tamadun yang maju, rakyat sesebuah negara itu tidak seharusnya berpecah-belah.

Semalam, Najib berkata beliau akan membuat keputusan dalam masa beberapa hari mengenai bentuk tindakan yang akan diambil berhubung tuduhan kononnya kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) daripada dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata negara maju tidak akan memperlekeh negara ini jika rakyat mempunyai kekuatan iman dan takwa yang menjadi asas untuk membangunkan sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya. Beliau berkata untuk melahirkan generasi ulul albab, negara bukan sahaja perlukan generasi yang ada kekuatan fizikal malah juga kemampuan minda.

"Kita bukan sahaja mesti ada kekuatan secara peribadi, kekuatan yang terbit daripada keimanan dan ketakwaan mesti ada untuk melahir dan membangun sebuah tamadun yang hebat lagi berjaya, barulah kita boleh setanding dengan negara yang lebih maju daripada kita hari ini."
Read More / Baca Lagi >>