Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#PERDA-gate: Pemaju beli tanah Perda ikut harga 1993?

Posted: 04 Jul 2015 09:30 PM PDT


Tempoh hari, pihak PERDA dipercayai menentang perpindahan pengkalan udara TUDM atas alasan perumahan untuk rakyat yang dirancang di tanah yang terlibat. Padahal rancangan perpindahan upaya bina lebih 11 ribu tanah mampu milik di tapak yang ada.

Seiring dengan itu, kepimpinan UMNO Penang pun secara tak langsung membuaikan isu yang sama tetapi di arahkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Namun sebuah blog ada dedahkan bahwa penentangan terhadap rancangan ini berkait rapat dengan projek perumahan dekat tapak pengkalan udara baru. Baca SINI.


Kini tersebar pula akan satu skandal jualan tanah melibatkan tanah LOT 4325 hingga LOT 4633, MUKIM 9 Tok Keramat, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan sedang luas diperkatakan orang tempatan.

Tanah yang menjadi buah mulut ini adalah tanah kepunyaan Perda yang berkeluasan 9 ekar dan terletak ditepi jalan. Ia telah dibeli dari tuan tanah pada harga RM 3 sekaki pada tahun 1993. Harga semasa sudah mencapai RM 13 sekaki.

Khabar angin tersebar bahawa Pengerusi Perda menjual tanah tersebut pada harga RM 3 sekaki kepada seorang pemaju dan ambil komisyen 10% dari pemaju.

Turut tersebar adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarah pemaju swasta untuk tanah tersebut mempunyai hubungan keluarga dengan keluarga Pengerusi Perda.

Kini kakitangan Perda banyak komplen tentang Pengerusi Perda yang ada terlalu gelojoh untuk menghabiskan tanah milik Perda segra untuk dimajukan.

Difahamkan dari minit mesyuarat Perda bahawa ADUN kawasan Sg Aceh, YB Dato Hj Mahmud Zakaria telah membantah penjualan tanah tersebut dalam mesyuarat Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumuputera Pulau Pinang pada 16hb Jun 2015.

Hal ini susah nak ditolak kerana imej minit mesyuarat sudah tersebar melalui WA grup sana sini.

Dengan wujud sesuatu dokumen yang boleh menyokong khabar angin yang menuduh ini, keadaan tidak boleh dibiarkan. Reaksi berdiam boleh melantun balik kepada maruah dan imej Perda. Ia harus di jawab dan di jelaskan.

Jangan pula kawasan selamat BN di kawasan Perda boleh jatuh kelak kerana khabar angin.

Belia Melayu mudah ditipu DAP

Posted: 04 Jul 2015 06:30 PM PDT




Semua Melayu kena main DAP



DAP adalah kesinambungan agenda rasis




Dari si babi ke wahabi, semua gugat kesejahteraan Islam

Posted: 04 Jul 2015 03:30 PM PDT





Adakah Najib baik sangat hati?

Posted: 04 Jul 2015 07:30 AM PDT


Kalau Tun M dulu, lokap dah tutup pejabat media. Dahlah tu, Najib masih kata ....



Dengan musuh pun, dia masih ada simpati ...



Padahal siapa tak tahu Anwar auta ...












Jangan termakan tipudaya propaganda

Posted: 04 Jul 2015 04:30 AM PDT



Dari tuduh Jho Loh... sekarang TUKAR CERITA ke Najib

Posted: 04 Jul 2015 12:30 AM PDT


Fengshui USD 700 juta, Dulu Jho Low Sekarang Najib Razak Pula?

Mengapa tiba-tiba angka 7 begitu popular kepada kumpulan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak? Seolah-olah konspirator percaya angka tujuh merupakan "tuah" yang boleh menaikkan seseorang menjadi Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.

Sebelum ini Sarawak Report dan Tun Mahathir mendakwa sebanyak USD 700 Juta telah dilesapkan oleh jutawan Jho Low daripada transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Baca SINI

Namun selepas itu ternyata e-mel yang dipaparkan sebagai bukti komplot merupakan bahan yang telah disunting dan diubah. Malahan syarikat yang didakwa milik Jho Low juga bukan miliknya.


Selepas tamat episod USD 700 juta, Sarawak Report dan Wall Street Journal muncul pula dengan skandal USD 700 juta juga. Kononnya wang tersebut yang berasal dari 1MDB dilalukan di beberapa syarikat berakhir dengan akaun peribadi Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak di Ambank.

Sebenarnya wang USD 700 juta ini masuk ke akaun siapa jika benar pun berlaku penyelewengan? Jho Low atau Najib Razak?

Mengapa mesti 7 atau 700? mengapa bukan 5, 6,8,9. Apakah ia ada kena mengena dengan usaha menaikkan Perdana Menteri Ke-7 Malaysia secepat mungkin?

Mengapa mereka di sebalik cerita-cerita penglipur lara ini begitu taksub dengan nombor tujuh adalah sesuatu yang snagat misteri. Malah tidak mustahil perencana ini merupakan orang yang taksub dengan kepercayaan fengshui.

Rakyat Malaysia Yang Aneh

Sebahagian Rakyat Malaysia sangat aneh. Mereka mempunyai ukuran keadilan yang berbeza kepada pelbagai orang bergantung sama ada mereka suka atau tidak.

Apabila tuduhan dibuat ke atas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin UMNO mereka begitu cepat menerima, percaya dan menganggap ia benar sehingga dibuktikan sebalikny.

Sebaliknya apabila kena kepada pemimpin kesukaan mereka sama ada ia Anwar Ibrahim, Tun Mahathir atau sesiapa sahaja, pelbagai bukti yang diberi ditolak begitu sahaja. Sumpah atas nama Allah juga ditolak mentah-mentah.

Sungguhpun ramai yang tidak bersetuju dengan jawapan Mohd Najib dalam isu ini yang dikatakan lembut, namun Perdana Menteri bertindak bijak.

Tugas membuktikan tuduhan tersebut ialah tanggungjawab Sarawak Report dan Wall Street Journal bukannya dirinya. Soalnya, apa yang Sarawak Report beri kita sebagai bukti kecuali carta yang dibuat sendiri?

Jika Sarawak Report mendakwa carta tersebut benar dan tepat tentulah mereka boleh mengeluarkan dokumen yang membuktikan carta tersebut. Jika mereka benar-benar ada mengapa tidak dikeluarkan?

Silalah buktikan! Beban pembuktian terletak kepada Sarawak Report bukannya Najib Razak.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMIMPIN DAP NYANYI LAGU KOMUNIS DI KONGRES

Posted: 04 Jul 2015 10:40 PM PDT

Steven Sim Chee Keong (PEMUDA DAP) mengaku menyanyikan lagu komunis dalam kongres Pemuda Sosialis DAP.
Lagu komunis yang dimaksudkan itu berjudul "Internationale"
"Sejarah asal usul lagu Internationale. Pemuda Sosialis DAP menyanyikan lagu ini semasa Kongress sayap pemuda tersebut," kata Steven Sim dalam Facebooknya.


TIDAK MASUK AKAL TUDUHAN KE ATAS NAJIB KATA MURSYIDUL AM PAS

Posted: 04 Jul 2015 02:59 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menggesa semua pihak agar menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan berhubung dana yang kononnya dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau, jika dilihat dari segi logik, seseorang itu tidak akan memindahkan wang awam ke akaun peribadinya.

"Saya rasa kena siasat terlebih dahulu sama ada benar atau tidak (tuduhan). Kerana mengikut logik akal, pada saya jika seseorang itu hendak pindahkan wang awam ke akaun peribadi, biasanya dia tidak akan berbuat demikian.

"Dia akan pindahkannya ke akaun lain ataupun akaun sulit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis iftar amal Darul Fuqaha' di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Ujarnya, sebelum ini telah timbul banyak isu dalam akhbar yang pada mulanya dilihat sebagai serius dan mempunyai bukti, namun setelah dinafi dan disiasat didapati banyak daripada berita tersebut tidak benar.

Bagaimanapun, Dr Haron berharap supaya ada penafian beserta bukti yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana menurutnya, jika ia berlaku, ia tidak boleh dipandang ringan.

"Apa pun jika benar, maka malang bagi masyarakat Malaysia di kala ekonomi Malaysia di ambang keresahan, di waktu ringgit menjunam, di waktu perlu pengukuhan ekonomi negara tiba-tiba keluar cerita seperti ini.

"Ia boleh menyebabkan pelabur rasa tidak senang dan orang ramai mula kurang keyakinan kepada kepimpinan negara.

"Saya harap tidak berlaku, harap ada penafian dengan bukti mengatakan ia tidak berlaku. Kalau berlaku juga, amat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Pada Jumaat, Najib telah menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa dokumen menunjukkan dana tersebut dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula pada Jumaat mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

Kedua-dua WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di akaun Facebook menyelar tindakan beberapa individu yang "menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan nama baik kerajaan dan menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi."

Menurut kenyataan itu, dakwaan terbaharu ini merupakan sabotaj politik berterusan bertujuan memperdaya pihak media dan orang ramai dengan menggunakan dokumen yang telah dipinda.

Sehubungan itu, pihak media digesa memastikan kesahihan dokumen dengan merujuk kepada pihak  bertanggungjawab untuk pengesahan.

AWSJ JANGANLAH MENIPU KAMI RAKYAT MALAYSIA

Posted: 04 Jul 2015 03:12 AM PDT


Perbuatan 'Pengkhinat-Pengkhianat Negara'

Tuduhan terbaharu Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang memetik sumber penyiasat tanpa nama daripada portal Sarawak Report (SR) kononnya PM mengambil wang daripada 1MDB dan meletakkannya di dalam akaun peribadi PM merupakan tuduhan AWSJ dan SR yang sangat tidak masuk akal. Tuduhan terbaharu itu jelas meng'konfirm'kan bahawa semua cerita 1MDB selama ini adalah untuk mengaibkan PM sahaja.  Dan kami dapati tuduhan terbaharu ini jelas merupakan satu lagi titik hitam yang menunjukkan adanya permainan "pengkhianat-pengkhianat Negara"!!!

Ada pihak menuduh penangkapan Justo di Thailand juga satu konspirasi. Namun begitu, pihak Polis Thailand menyatakan Justo telah menipu bekas majikannya Petrosaudi dengan memerasugut Petrosaudi untuk mendapatkan wang sejumlah 2.5 juta Swiss Francs jika tidak mahu maklumat perniagaan Petrosaaudi didedahkan. Itulah hasil siasatan Polis Thailand. Persoalannya kini, terbukti Justo telah menjual maklumat kepada SR sedikit demi sedikit berdasarkan kemampuan SR membayar maklumat itu? Dan SR pula menjualkannya kepada 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Masihkah anda ingat awal-awal dulu SR meng'claim' kononnya mereka mempunyai beribu-ribu emel mengenai 1MDB dengan Petrosaudi, malangnya beribu-ribu emel itu sampai sekarang tidak muncul-muncul! Wah nampaknya Justo memeras wang dari Petrosaudi juga memeras wang dari SR. 

Minggu ini negara kita baharu sahaja menerima kenaikan penarafan ekonomi oleh Fitch, dan ianya seolah-olah mahu ditutup dengan kadar segera oleh 'pengkhianat-pengkhianat negara' dengan berita palsu kononnya sejumlah wang 1MDB yang besar dimasukkan ke dalam akaun PM. Jelas ianya cerita bermotif Politik, sejarah membuktikan laporan AWSJ di negara kita ialah selepas gagal membuktikan satu isu, dicipta lagi isu baharu, apabila gagal lagi dicipta lagi isu terbaharu. Inilah modus operandi AWSJ dengan bantuan 'pengkhianat-pengkhianat negara'. Kepada AWSJ dan para pengkhianat negara, janganlah Menipu kami rakyat Malaysia !!!

Adakah kamu berfikir semua menteri-menteri buta hati, buta mata dan akan membiarkan sejumlah besar wang negara yang tidak masuk akal itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM? Jika perkara itu benar-benar berlaku, sudah pasti mereka akan meletak jawatan berama-ramai. Namun, mereka tidak melakukannya kerana mereka jua tahu semua tuduhan ke atas PM adalah bermotifkan politik. 

Kita hendaklah sedar, propaganda dan niat jahat 'pengkhianat-pengkhianat negara' ini bukan sahaja hendak menjatuhkan PM dan negara. tetapi mereka mahu merosakkan institusi Islam dan Melayu yang lain. Nik Abduh Nik Aziz semalam mengakui wujudnya Konspirasi dari dalam dan luar negara untuk merosakkan politik orang Islam dengan membuat fitnah, merosakkan dan menjatuhkan kepimpinan politik umat Islam di negara Malaysia. 

Kesimpulannya, pihak 1MDB, PM sendiri dan Ihsan Perdana Sdn. BHd. telah mengeluarkan statement menafikan tuduhan-tuduhan palsu AWSJ tersebut. Terbaharu, langkah PM untuk menyaman AWSJ membuktikan PM serius menolak tuduhan jahat dan fitnah AWSJ. Kepada AWSJ, janganlah Menipu dan Memperbodohkan kami rakyat Malaysia. Kepada para 'pengkhianat-pengkhianat negara' berhentilah bersekongkol dengan AWSJ dan SR kerana ia langsung tidak membawa manafaat kepada negara !

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Kenyataan PEGUAM NEGARA

Posted: 04 Jul 2015 03:14 AM PDT

Kenyataan rasmi Timbalan Perdana Menteri

Posted: 04 Jul 2015 01:42 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Azmin dah 'goyang'...!!! Masih gagal hasilkan keputusan isu PR Selangor?

Posted: 04 Jul 2015 12:05 AM PDT


SHAH ALAM - Perbincangan pemimpin DAP Selangor dengan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali hari ini tentang kemelut hubungan antara parti itu dengan Pas dalam kerajaan negeri tidak mencapai sebarang keputusan.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata berikutan perjumpaan dengan Timbalan Presiden PKR selama hampir setengah jam itu, satu lagi perjumpaan akan diadakan selepas hari raya Aidilfitri.

Namun hasil daripada pertemuan itu, pihaknya kini lebih jelas mengenai kedudukan wakil-wakil daripada DAP, Pas dan PKR dalam pentadbiran kerajaan Selangor, katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Ketika ditanya sama ada pemimpin DAP menyokong pentadbiran Mohamed Azmin, Pua berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.

"Isunya bukan sebab kedudukan Azmin sebagai menteri besar. Kita ada bincang mengenai kedudukan Pas untuk kekalkan Selangor kepada PR namun tiada keputusan dicapai," katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan pentadbiran kerajaan Selangor dilanda kemelut seperti yang diuar-uarkan sebaliknya memberi jaminan akan terus membangunkan negeri ini.

Katanya pertemuan dengan DAP adalah perjumpaan berkala bagi membincangkan beberapa perkara dan menyifatkan ia berjalan dengan harmoni walaupun tidak mencapai sebarang keputusan.

Pada 16 Jun lepas, DAP mengisytiharkan PR yang terdiri daripada parti itu, PKR dan Pas tidak lagi wujud apabila Muktamar Pas baru-baru ini memutuskan hubungan dengan DAP dilihat 'membunuh' pakatan itu.

Namun, pada 21 Jun lepas, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerjasama dan semangat dalam menjalin hubungan kerja antara ketiga-tiga parti itu masih diteruskan.

Pas pula menerusi Majlis Syuranya setakat ini dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Saman WSJ jika dakwaan palsu, Shafie Apdal beritahu Najib

Posted: 04 Jul 2015 09:12 PM PDT

 

 


Haron Din pertahan Najib, tuduhan WSJ tidak logik

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2015. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Julai, 2015.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan mahkamah ke atas The Wall Street Journal (WSJ) sekiranya dakwaan berbilion ringgit mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya adalah tidak benar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Shafie yang juga naib presiden Umno berkata, tindakan undang-undang satu kemestian bagi memastikan imej Malaysia tidak buruk di mata masyarakat antarabangsa.

"Datuk Seri Najib perlu mengambil tindakan undang-undang, sekiranya tuduhan itu tidak benar supaya kerajaan tidak dipandang buruk di mata umur dan masyarakat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau juga menyeru rakyat bertenang sehingga siasatan selesai, dan yakin ia akan membongkar kebenaran.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. 

Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada 2013.

Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ. – 5 Julai, 2015.

Pimpinan PAS & G18 Buat Himpunan Berasingan Tarik Penyokong...PAS jangan terkejut.

Posted: 04 Jul 2015 07:57 PM PDT

 

 

 

Greenboc

Setelah terkejut dengan Majlis "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan profesyenal G-18 di Bakri Muar Johor pada pertengahan bulan lalu untuk persediaan kpeada penubuhan Pakatan 2.0, kumpulan ulama PAS pula cuba membuat perhimpunan "Istiqamah Hingga Kemenangan 2.0" atau ringkasnya PIHAK 2.0.

PIHAK 2.0 dilaporkan akan berlansung pada 11 Julai 2015 di Ayer Hitam.

Tak disebutkan apa tujuan diadakan PIHAK 2.0, mungkin untuk memperkenalkan barisan pimpinan PAS yang baharu. Yang pasti tiada ada apa-apa tema yang signifikan untuk perhimpunan itu. Mungkin akan keluar surat pekeliling untuk sekalian AJK PAS KAwasan Johor mmewajibkan mereka hadir seperti yang dilakukan di Pulau Pinang minggu lalu.

Beberapa portal sebelum ini melaporkan ahli-ahli PAS di Johor sudah muak dengan grup ulama malah ramai yang sedang menunggu kewujudan parti baharu Syawal ini untuk keluar beramai-ramai dari PAS.

Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor sebekum ini hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 52 AJK yang hadir itu hanya sekitar 20% yang hadir.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli dari 26 kawasan, iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

Jadi ada kemungkinan Pesuruhjaya PAS Johor memohon bantuan AJK PAS Pusat untuk "beri taklimat" dan akan mengeluarkan pekeliling "memaksa" AJK Kawasan dan cawangan untuk hadir supaya Badan perhubungan PAS Negeri Johor dapat berfungsi. Dah cukup tenant PAS Johor sekarang ni.

Yang GB rasa agak sedikit lucu, di poster PIHAK 2.0 itu tertulis perkataan "Mempersembahkan". Ertinya perhimpunan itu hanya satu "persembahan" - mungkin persembahan drama atau persemhahan sandiwara oleh grup ulama. Atau satu perhimpunan yang "mempersembahkan" beberapa "pelakon" seperti selebriti wayang opera (?)



Demikian berjalannya hukum kebenaran dan keadilan.... apabila golongan profesional disingkirkan. Sampaikan buat poster pun sudah tidak profesional dan melakukan kesilapan yang memalukan.

Sekadar makluman, pada 5hb Jul 2015 (malam esok) ada dua program dari kumpulan progresif G-18 diadakan. Satu di selatan tanahair di Tongkang Pecah batu Pahat dinamakan Himpunan Badar Kubro dan satu lagi di utara, iaitu di Tapah Perak, iaitu Himpunan Nuzul Quran.

Sila rujuk iklan di bawah:





Ketumbuhan 4cm di buah pinggang, pindahkan Anwar segera – Peguam

Posted: 04 Jul 2015 07:17 PM PDT

Ketumbuhan 4cm di buah pinggang, pindahkan Anwar segera – Peguam 30 Jun

(Oleh Azuan Ab Rahman)

KUALA LUMPUR 5 JUN: Tahap kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin merosot dan amat membimbangkan.

Pasukan peguam antarabangsa yang mewakili bekas Ketua Pembangkang itu mendakwa akses kepada rawatan yang amat diperlukan anak guamnya itu dinafikan.

Mereka menyarankan Anwar dipindahkan segera ke tahanan kediaman bagi mendapat rawatan perubatan yang seharusnya.
Sivarasa
Sivarasa

"Masyarakat antarabangsa patut risau dengan tahap kesihatan Anwar yang semakin teruk, keadaaan ini diburukkan lagi dengan penafian akses kepada rawatan dan kemudahan ketika beliau ditahan dengan salah.

"Amatlah penting beliau dipindahkan segera ke tahanan kediaman, di mana beliau boleh dibenarkan menemui doktor-doktor beliau sendiri untuk mendapatkan rawatan perubatan," kata peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dalam kenyataan.

Mei lalu, Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul mendedahkan kesihatan Anwar yang dijadikan mangsa tahanan politik sejak 10 Februari lalu didapati makin merosot.

Berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak menentu termasuk terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.

Johari juga berkata, Anwar berulang kali membuat permintaan untuk mendapatkan rawatan perubatan namun kerajaan bertindak sangat lambat.

"Kezaliman yang dikenakan terhadap Anwar berterusan.
"Pada 2 Jun 2015, tahap kesihatan beliau telah dinilai di Hospital Kuala Lumpur, doktor secara lisan melaporkan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut.

"Ia berkaitan beberapa isu kesihatan dialami Anwar melibatkan tekanan darah yang tidak menentu, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten selain merawat ketumbuhan 4cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi secara intensif," jelas Sivarasa lagi.

Amnesty International pada 17 Februari lalu membuat ketetapan bahawa Anwar yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun sejak 10 Febuari lalu merupakan seorang tahanan politik.

Mereka turut menyifatkan keputusan mahkamah tersebut adalah "penghakiman yang amat buruk, dan hanya merupakan satu lembaran terbaru dalam usaha pihak kerajaan Malaysia untuk mendiamkan pengkritik kerajaan.

"Datuk Seri Anwar sebenarnya telah dipenjara kerana beliau merupakan ancaman demokratik dan ancaman tanpa kekerasan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini kali kedua Datuk Seri Anwar dihukum sebegini oleh rejim yang sama, penahanan itu berlaku di dalam konteks tangkapan, pendakwaan, malah penahanan begitu ramai pimpinan Pembangkang, wartawan dan aktivis di bawah Akta Hasutan dan undang-undang kuku besi," tegas Sivarasa dalam kenyataan itu lagi yang turut ditandatangani Jared Genser, peguam dan Pengasas Freedom Now, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan pembebasan tahanan politik seluruh dunia.

PKR jelajah seluruh negara lepas Aidilfitri jelaskan Pakatan baharu

Posted: 04 Jul 2015 04:00 PM PDT

TMI

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015.  

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 Julai, 2015. 
Pakatan Rakyat (PR) baharu hanya akan diputuskan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan PKR akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan mereka, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Naib presiden PKR itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam petang tadi berkata, jelajah berkenaan akan bermula di Sarawak pada 22 Julai dan akan diikuti jelajah ke seluruh negeri-negeri.

"Jelajah ini akan menyediakan parti untuk kemungkinan dan senario baru dan memberikan penjelasan mengenai masa depan parti," kata Shamsul.


"Naratifnya adalah menjelaskan kedudukan kami sekarang." Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, jelajah berkenaan akan turut disertai Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain bagi mempersiapkan jentera dan akar umbi parti.

Beliau berkata, antara jadual jelajah yang dirancang adalah di Tanjung Karang, Selangor pada 24 Julai, diikuti Pulau Pinang pada 25 Julai, Kangar (26 Julai), Ketereh, Terengganu (31 Julai).
Manakala jelajah di Kuala Lumpur akan dianjurkan pada 1 Ogos, diikuti Bukit Katil, Melaka (2 Ogos), Batu Pahat, Johor (8 Ogos), Sabah (11 Ogos), Ipoh, Perak (12 Ogos), dan Bentong, Pahang (15 Ogos).

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 sebelum ini dilaporkan berkata, pakatan baharu akan dibentuk selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina PR yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

VIDEO: UNTUK KITA FIKIR DAN RENUNGKAN KRISIS PAS

Posted: 04 Jul 2015 03:54 PM PDT

 oleh: batu bara

 

 

Ulama PAS mula CEMAS RIMAS bro ! [VIDEO]


Bila PAS melalui beberapa taukeh besar mereka mendambakan UMNO sebagai rakan perkongsian baru mereka, walau pun ditentang hebat oleh kumpulan progresif dalam PAS..maka terhasillah seperti yg terjadi dalam Muktamar PAS ke 61 lepas, kumpulan progresif kecundang habis dibersihkan oleh mereka yg menggelarkan diri sebagai pro ulama? 
Akibatnya akhlak dan budi ulama2 ini tidak menunjukan bahawa mereka benar2 cintakan adab Islam dalam 'persaingan' antara dua kumpulan ini..mereka, 'ulama2' ini tidak dapat meraikan perbedaan pendapat dan pandangan dari kumpulan lain dari mereka..akhirnya nilai dan komitmen tinggi yg ditunjukan oleh kumpulan progresif ini, tidak langsung dihargai? malah mereka dilabelkan pula dgn berbagai label dan jenama baru yg mengelirukan, semata2 untuk mereka ulama ini meraihkan cita2 mereka menduduki 'puncak kuasa' dalam parti, bagi mencorakan parti mengikut faham assobiyyah yg jahiliah ! ia ibarat ketinggalan zaman dan terkeluar dari landasan pemikiran Islam yang sehat bro !  

Maka lahirlah gabungan baru, rakan baru PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama..ketika ini, barulah puak2 lobai dalam PAS mula cemas, mula rimas..berpeluh bro ! kah kah kah

So n So..kita lupakan saja PAS dengan mimpinya, dgn igauannya... 
Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lobai-lobai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka bro !..


Sekarang mereka nampak cukup cemas, cukup rimas dengan kesungguhan kumpulan progresif PAS dulunya, yang mula mengorak langkah menubuhkan rakan baru PR 2.0 atau dgn pelancaran G 18 yang membariskan 'think tank' PAS yg telah berjaya meyakinkan rakyat massa dari pelbagai bangsa, melayu, cina dan india ! sehingga sebelum ini PAS dapat diterima oleh mereka bukan melayu dengan begitu menakjubkan sekali..slogan PAS for all telah disambut baik sehingga hampir2 menumbangkan BN pada PRU lepas..

Mat Sabu, Khalid Samad dan lainnya menggempur kubu2 UBN seluruh pelusuk negara..lepas nie kita nak tengok, mampukah lobai2 jadian Muktamar 'CHAI' menggalas peranan yg pernah dilakukan oleh 'komrad' profesional PAS dulunya? Rasanya sukar bro ! Laa nie pun tak dak orang nak dengaq ceramah dan labun depa? Kasiann aku tengok ! Bila sekali orang menyampah ! orang meluat!? nak habaq apa pun orang dah tak ambik pot ! 

Itu pasal laa, kumpulan ini ditawar semula beberapa jawatan penting selepas mereka semua kecundang dulu di muktamar tu..kononnya untuk membantu PAS kembali yg telah dimamah usia tu? Kah Kah Kah

Tapi apakan daya bro ! sorang pun tak kebuloq lagi jawatan tu? setelah mereka dihina, ditohmah dgn begitu dahsyat, dan setengahnya merasakan mereka seolah telah dihalau, diperambat jauh2 supaya jangan lagi mendekati PAS? maka terjawablah segala yg tersirat..sehinggakan Mazlan Aliman pun melepaskan jawatan yg dimenangi satu2nya oleh kumpulan progresif itu..Barulah PAS nampak cemas sungguh..KAH KAH KAH







   Cemas 1   
Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap di mana baru sebahagian ahlinya dilantik







Usul putus dengan DAP, Majlis Syura bermesyuarat selepas Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Usul memutuskan hubungan dengan DAP oleh Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dalam Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Ulama selepas Hari Raya Aidilfitri. Ketua DUPP, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum..BACA ARTIKEL PENUH

Nak bincang apa lagi bro !
orang tak buat keputusan dua tiga kali !
Sat lagu tu, sat lagu nie ? kona banyak sangat !
silap kona? boleh kena bro !
Itulah bahana lidah bro ! sekali terlepas? payah mau
u-turn balik bro ! orang dah hilang keyakinan dan konsentarsi
dgn PAS ini ! patut pun DAP tak percaya lagi dgn taukeh Besaq PAS? kan ke dia sendiri yang bilang keputusan tu 'without Q'? tanpa bahas laa tu..nak kona apa lagi..memang dah mau lagu tu? terjadilah apa yg dah terjadi? susahlah mcm nie? tak faham2 ? Kah Kah Kah kah







   Cemas 2   



Terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata buruk padahnya. Itu pepatah Melayu, terang dan jelas.

Setelah membawa syair Arab tentang "biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan", kini masih-masing cuba mempertahankan Presiden PAS... See More


Itu komen dari Dr. Asri ZA bro !
kalau ada ulama yang 'menjual' nilai ajaran Islam'?
maka 'de so called ulama' tu cukup hina bro ! HINA !!
macam anjing yg dok jelir lidah bro ! dok minta2' suruh
bagi makan? untuk kepentingan donia laa bro? 
'ulama' macam nie lagi hina dari anjing ! memang perangai?
perangai anjing laa...
Dahsyat 'tasyhbih' atawa perumpamaan itu bro !
sapa yg kena? mohon laa terasa sikit bro ! kalo pun
tak rasa banyak? Kah Kah Kah


Sila baca ini...
seperti yg dilakar oleh alhusseyn

HARAPAN DAN IMPIAN BARU
Tuesday, June 30, 2015
Jawatan Timbalan Ketua Ulama Sedunia : Hj Hadi tidak ada kena mengena dengannya..Continue Reading

Mohd Bob Burhanudin
Biar Gambar Bebicara
Kalau Komen Lebih-Lebih
Nanti Ada Yang.............????


      Cemas 3      
PETALING JAYA: Pas bimbang pengambilan masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh secara berperingkat ada hubung kait dengan persediaan UMNO/Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin At-Takiri berkata, kebimbangan itu ditambah dengan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemilihan UMNO tahun hadapan ditangguhkan 18 bulan.
Selain itu, katanya, pengambilan 1.5 juta pekerja asing itu bukan sahaja meningkatkan lagi masalah jenayah di negara ini malah menimbulkan ketidakstabilan sosial.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, mengikut rekod Kementerian Sumber Manusia, terdapat 6.7 juta orang warga asing dengan hanya 2.1 juta daripadanya memegang Pas Lawatan Kerja Sementara di negara ini..Free Malaysia Today
Buat2 cemas bro ? 
Kan ke taukeh2 besaq PAS suka sangat ngan Umnuu?
apasal cemas? 
Pasai nak berentap ngan PR 2.0, dgn G18 dengan Pasma
sekali? kata dulu..kemenangan tak penting sangat..asalkan?
Biaq mat2 bangla masuk bagi ramai lagi ! tengok depa pak lobai PAS boleh ke tidak sekat 'phantom voters' (kalo sungguh)? macam progresif dok buat dulu2 tu? Kah Kah Kah

    Cemas juga ke Nie?    
Tak dak sapa nak cemburu aihhh !
Lantak pi laa kalo dah hangpa suka sangat?
orang lagi syok ada ler bro ! senang nak buat kerja !
dgn PR bukan main liaq lagi? tapi dgn Umnuu? hangpa seghondoi sungguh !
ejas kalam elok pula tu..'tak seburuk firaun' ler !
tah macam2 lagi, 'berjiwa besaq' ler ! 
baguih ler kalo dok boleh masuk daun lagu tu !
cepat sikit Pas akan melingkup !

Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya. 
Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat. Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji. Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku. Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali. Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya. Kerana itu kita dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat. Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama. 
Hari ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi". Apa yang ulama ini warisi? Sifat sombong? ujub? riak? sumaah? mungkir janji? suka memfitnah?. Tidak. Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris Nabi. Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah. Sekalipun ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi. Kerana mereka semua ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama pewaris nabi. Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hudud pun jadi mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan???...-detikdaily- 


Saari Sungib: kalau Kita Nak Ke Putrajaya, Pakatan Rakyat Mesti Solid, Mesti 1 Hati 1 Jiwa
Published on Jun 27, 2015
Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat


     Saat Paling CEMAS     



PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri
Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional. 
Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam...KELAB GREENBOC
Inilah yg paling ditakuti oleh grombolan UGs yg sudah pun mencapai impian mereka, dgn menduduki kerusi empuk jawatan dalam parti selepas muktamar lepas dgn pupusnya golongan progresif yg sebelum ini banyak sekali menyumbang kpd kebangkitan PAS selepas 2008 -

Kehebatan, dan popularnya kumpulan progresif ini memainkan peranan mereka ketika menduduki hiraki kepimpinan ini? tidak sangat digemari oleh Pro-Ulama bro ! mereka dilihat ketinggalan di belakang tanpa fikrah dan wawasan bernas terutama ketika perbahasan di Parlimen umpamanya, ada kalangan pro ulama yg 'bankrupt' idea untuk membahaskan isu2 tertentu? ruang dan kelompongan ini diambil alih oleh kumpulan progresif yg mempertahankan 'PAS' dari serangan UBN misalnya, jadi bila dah tak ada apa yang nak dibangkitkan? pro ulama tanyalah juga tentang 'mutu pengadilan bola sepak' umpamanya? Kah Kah Kah

Apa nak diheran bro? tiga kerusi utama kepimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen selalunya akan kosong satu bila adanya isu2 besar yang akan dibahaskan? Kah Kah Kah

Jadi selepas aidilfitri ini, politikMalaysia akan jadi lebih meriah bro ! dan tentunya yg selalu dok 'main mata' dgn UBN akan terasa cemas dan rimas..bahangnya sudah dirasakan sekarang..hinggakan keluar kenyataan pelbagai yang entah bukan-bukan dari setiap lapisan kepimpinan mereka? kah kah kah


PAS is past. Sekarang adalah masa untuk PR2.0
Anda Bersedia? 
Kah Kah Kah


Pendedahan AWSJ: Ambank dan Bank Negara boleh sahkan kewujudan akaun Najib

Posted: 04 Jul 2015 05:10 AM PDT

Pendedahan AWSJ: Ambank dan Bank Negara boleh sahkan kewujudan akaun Najib

Ekoran dari pendedahan oleh Asian Wall Street Journal (AWSJ) dan Sarawak Report (SR) bahawa sejumlah RM2.6 bilion (pada kadar tukaran matawang terkini) atau USD692 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan anak syarikat 1MDB ke akaun peribadi milik Dato' Seri Najib Tun Razak, kedua-dua pihak sekarang saling mempertahankan fakta dan pendirian masing-masing.

AWSJ dilaporkan menyatakan di dalam satu temuramah di Hong Kong bahawa maklumat yang mereka perolehi adalah tepat dari satu siasatan rasmi mengenai 1MDB. Dato' Seri Najib Tun Razak pula dilaporkan menafikan pernah mengambil wang bagi tujuan peribadi.

Rafizi Now 

Perkara ini boleh diputuskan dengan mudah melalui satu kaedah iaitu mengesahkan sama ada akaun di Ambank di bawah nama "Dato' Seri Najib Tun Razak" itu benar-benar wujud atau tidak.

Sebelum ini, saya telah menyebut bagaimana 3 kakitangan pengurusan tertinggi Ambank telah ditukarkan kerana pemegang saham bank itu tidak puas hati dengan keterlibatan Ambank di dalam isu-isu membabitkan 1MDB. Pendedahan AWSJ dan SR bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai satu akaun di bank itu yang menerima pemindahan wang sejumlah RM2.6 bilion menimbulkan kembali persoalan sejauh mana keterlibatan Ambank di dalam urusan berkenaan 1MDB dan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Oleh yang demikian, untuk membersihkan namanya Ambank perlu mengesahkan atau menafikan sama ada akaun bernombor seperti yang didedahkan oleh AWSJ di bawah nama Dato' Seri Najib Tun Razak itu benar-benar wujud. Ini akan memberi gambaran paling baik kepada rakyat sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak benar-benar terlibat dalam mengambil dana milik rakyat seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu.

Saya pasti jika Dato' Seri Najib Tun Razak tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan, cara terbaik untuk mematikan serangan ke atas kredibiliti beliau ini ialah dengan membenarkan Ambank (atau mana-mana bank di negara ini) mendedahkan secara keseluruhan setiap bank akaun yang pernah beliau buka sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009.

Jika terbukti bahawa akaun di Ambank seperti yang didedahkan oleh AWSJ dan SR itu tidak wujud, maka dengan mudah sahaja Dato' Seri Najib Tun Razak boleh menghentikan isu terbaru ini.
Saya juga menyeru supaya Bank Negara Malaysia menggunakan semua kuasanya di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan untuk merungkai kontroversi ini dengan mengesahkan sama ada akaun yang nombor dan namanya didedahkan oleh ASWJ dan SR itu benar-benar wujud.

Jika ia tidak wujud, perkara ini tidak perlu dipanjangkan.
Jika ia wujud, maka satu siasatan segera perlu dibuat dan Dato' Seri Najib Tun Razak perlulah bercuti dan seorang pemangku Perdana Menteri boleh mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara siasatan sepenuhnya diadakan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar

Posted: 04 Jul 2015 02:54 AM PDT

IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar




 Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.

"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar dan turut  menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.

Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai Buloh.

Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.

Malah, IPU juga melahirkan kebimbangan sekiranya  Anwar tidak dibenarkan untuk berhubung dengan banduan lain.

Sehari sebelum IPU melengkapkan misi itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga meminta supaya pihak berkuasa berkaitan memastikan Anwar menerima rawatan perubatan yang sewajarnya

Pakatan baru lebih mantap diisytihar selepas raya – Mat Sabu

Posted: 03 Jul 2015 11:02 PM PDT

Pakatan baru lebih mantap diisytihar selepas raya – Mat Sabu

Pakatan baru lebih mantap diisytihar selepas raya – Mat Sabu

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

Mohamad, juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Islam agama yang menganjurkan keamanan dan Al-Quran juga mengajar umatnya bercakap dengan santun dan menggunakan perkataan yang baik apabila berbicara atau berhujah, baik dengan orang Islam mahupun dengan bukan Islam.

"Ia tidak mengajar kita menggunakan perkataan seperti serigala, anjing atau jebon.

"Tak kena tu," katanya, memperli Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggunakan perkataan seperti itu semasa ceramahnya minggu lepas.

Hadi mengatakan serigala dan anjing boleh terus menyalak, tetapi PAS tidak akan berganjak daripada agenda hududnya.

Selain Mat Sabu, turut hadir ialah presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Datuk Phahrolrazi Zawawi, bekas pemimpin PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, bekas strategis PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Mujahid berkata, tidak perlu sedih dengan terkuburnya PR kerana satu kuasa baharu akan muncul.

Beliau berkata gabungan yang lebih kuat akan terus berusaha untuk rakyat.

"Kita tidak pernah lihat sebelum ini, yang kalah disanjungi. Saya bercakap ini, tentang parti saya (PAS).

"Kita akan lihat satu gelombang baharu. Harap-harap dengan ketibaan Syawal, kita akan lihat munculnya gelombang baharu," katanya di majlis tersebut.

Phahrolrazi bersetuju dengan Mujahid, mengatakan wujud keperluan segera untuk menubuhkan satu gabungan baharu di kalangan parti pembangkang.

Katanya, beliau berkata demikian bukan bagi pihak organisasinya, tetapi mewakili semua kumpulan yang menyokong PR, dan menaruh harapan tinggi pada pakatan tersebut dan kini luluh melihat ia terkubur.

"Kita mesti ada gabungan baru. Saya sudah katakan, kalau G18 tak buat, PasMa akan buat," katanya.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, sasaran dan hala tuju utamanya ialah menumbangkan BN, menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan negara kepada rakyat.

Katanya, mereka tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membina kerajaan perpaduan dengan Umno.
Beliau berkata mahu bekerjasama dengan mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan rakyat.

"Kami akan menunggu berita terkini (tentang parti baharu) dan menunggu untuk menyatukan kekuatan kita melawan BN," katanya.

DAP dan PAS berbalah sejak parti Islam tersebut membentangkan dan meluluskan rang undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac.

Awal bulan lepas di muktamar tahunan PAS, parti itu menerima tanpa bahas usul dari Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Berikutan ini, DAP mengisytiharkan PR kini mati dan pemimpin progresif PAS yang kini dipanggil G18 sedang mempertimbangkan pertubuhan parti Islam baharu untuk mewujudkan gabungan pembangkang yang baharu.

Tak cukup penafian Najib, tubuh badan bebas penyiasat – PKR

Posted: 03 Jul 2015 10:58 PM PDT


Tak cukup penafian Najib, tubuh badan bebas penyiasat – PKR

Tak cukup penafian Najib, tubuh badan bebas penyiasat – PKR

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa satu badan siasatan bebas ditubuhkan secepat mungkin bagi menyiasat dakwaan yang berbilion ringgit disalurkan ke akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PKR itu berkata, jika perlu, partinya akan berusaha untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas itu diwujudkan.

Katanya, perdana menteri kini tiada pilihan selain menjawab tuduhan yang dilemparkan dan mengisytiharkan hartanya selepas rakyat Malaysia digegarkan dengan laporan berita Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report itu.

"Perdana menteri tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

"Perdana menteri juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.

Akhbar perniagaan Wall Street Journal (WSJ) melaporkan terdahulu hari ini, penyiasat kerajaan terhadap firma pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati berbilion ringgit disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Sarawak Report, yang sebelum ini kerap membuat pendedahan mengenai 1MDB juga menerbitkan laporan yang sama berhubung dakwaan itu.

Syarikat pelaburan bermasalah itu dalam satu kenyataan hari ini menafikan pernah memberi dana kepada Najib dan menambah, ia sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab" untuk media menyatakan demikian.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya menyifatkan laporan itu "sabotaj politik", sambil menambah pendedahan WSJ itu adalah kerja "individu tertentu" untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Ia juga mengingatan media tempatan agar tidak menerima apa-apa dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan, selepas portal berita Malaysia memetik pendedahan yang dibuat WSJ dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

AKIBAT PEMIKIRAN PECAH DAN PERINTAH DALAM PAS, TIDAK DAPAT DIELAK LAGI TERTUBUHNYA SATU LAGI PARTI ISLAM - ASPAN ALIAS

Posted: 03 Jul 2015 10:31 PM PDT

Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Selangor sebelum ini merupakan kesinambungan kepada sistem pecah dan perintah peninggalan British. Sistem ini diteruskan Umno dan pentadbiran negara dan dilihat sangat berjaya. Sistem ini mula diaktifkan dalam politik terutamanya PAS melalui pembentukan Majlis Syura. Klimaks kepada pecah dan perintah ini membentuk blok pemikiran ulama dan bukan ulama.

Pelbagai gelaran kepada bukan ulama seperti "anwarinas", "erdogan" dan "jebon" diketengahkan dalam membentuk blok pemikiran sebagai asas kepada pecah dan perintah.
Penganalisis politik banyak mengatakan kumpulan ini diketuai Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu. Sejauh manakah kebenarannya belum dapat dipastikan lagi.
Pecah dan perintah ini menunjukkan kejayaannya secara 100% apabila wujudnya kumpulan G18 daripada mereka yang kalah dalam pemilihan.

Pelbagai serangan dan fitnah yang dihadapi mereka sebelum, semasa dan selepas muktamar menyemaikan benih-benih kebencian terhadap sistem parti yang dikatakan undur ke belakang.

Beberapa persoalan dihasilkan seperti sejauh manakah G18 akan menongkah arus dan melawan daya sedia ada.

Penglibatan NGO pula masih samar-samar walaupun PasMa dan Ikram menyatakan hala tuju masing-masing.

Pandangan lain juga ada menyebut G18 perlu lagi diperluaskan kepada PKR bagi mengelakkan pecah dan perintah menguasai PKR seterusnya memberi imej yang buruk kepada Pakatan Rakyat.
G18 dan pembentukan parti baru sudah sinonim dengan keadaan semasa. Persoalannya adalah siapa yang akan mengetuai parti baru ini.

Nama Husam disebut sebagai ketua akan-rakan dalam G18 walaupun beliau mendiamkan diri dalam dunia politik bermula April sehinggalah sekarang.

Ketidakhadiran beliau semasa muktamar dan sidang DUN menimbulkan pelbagai persoalan terutama mengenai kesihatan beliau.

Sebenarnya, kelayakan Husam memimpin Gerakan Baru dengan nama parti atau sebaliknya memang tidak boleh dipertikaikan lagi sebagaimana pengakuan yang dibuat Tuan Guru Nik Aziz dan disebut kembali Ust. Nik Omar iaitu Husam untuk Malaysia.

Namun begitu, tahap kecintaan Husam terhadap PAS amatlah tinggi. Beliau tidak pernah bekerja dengan mana-mana kerajaan mahupun syarikat perniagaan kecuali dengan PAS sahaja.

Hal ini berbeza dengan ahli G18 yang lain. Marilah kita sama-sama saksikan sejauh manakah pecah dan perintah dapat menguasai PAS seterusnya PR, pendirian Husam yang mendapat ijazah untuk Malaysia TGNA, penubuhan parti baharu melalui G18 dan momentum rakyat dalam melawan Barisan Nasional.

Akhir sekali, generasi politik baru tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang perlu diaktifkan secepat mungkin.
Keterlibatan anak muda yang progresif perlu ditonjolkan sebagai ancaman baharu kepada BN.

Gaya hidup yang mewah dan berada di kayangan perlu dilupakan seketika dan menumpukan kepada momentum rakyat supaya PRU14 memberi kemenangan kepada PKR, DAP, G18 atau PAS. – 30 Jun, 2015.
Dato' Tarmizi Mohd Jam's photo.