Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


WALL STREET JOURNAL - 1MDB money in Najib's pocket?

Posted: 02 Jul 2015 04:31 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP DESAK AZMIN ALI CONTOHI LIM GUAN ENG ISYTIHAR KERAJAAN SELANGOR BUKAN LAGI KERAJAAN PR

Posted: 02 Jul 2015 09:37 PM PDT

Perbincangan Tony Pua dengan Azmin Ali pada 30 Jun lalu didedahkan the Malay Mail Online .
Menurut portal itu, Tony meminta Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mengikut jejak DAP mengisytiharkan Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud lagi, namun perkara itu tidak dipersetujui Timbalan Presiden PKR.
Tony juga mencadangkan agar PAS Selangor dikenakan syarat jika mahu terus kekal dalam kerajaan Selangor setelah Pakatan Rakyat diisytiharkan bubar oleh DAP, namun cadangan kedua itu juga tidak dipersetujui Azmin.
Difahamkan DAP Selangor mahu Menteri Besar Selangor bersetuju dengan perisytiharan parti mereka bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur dan memberi tekanan kepada kepimpinan PAS Pusat supaya menandatangani persetujuan rasmi mengarahkan PAS Selangor menyokong kerajaan negeri yang mengiktiraf kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, lapor The Malay Mail Online
Sumber dalaman memberitahu portal itu, Azmin tidak bersetuju dengan (dua) cadangan DAP itu, dan beliau enggan menjejaskan perhubungan kerjanya dengan PAS kerana beliau masih memerlukan sokongan PAS bagi terus mentadbir kerajaan negeri.
"DAP mahu Azmin secara rasmi mengakui bahawa PR sudah mati … dan untuk mengenakan syarat kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada gabungan baharu itu," kata sumber PR kepada the Malay Mail Online.
Seorang pemimpin PKR yang turut hadir pada mesyuarat itu turut mengesahkan perkara ini, berkata bahawa tuntutan DAP telah meletakkan Azmin dan kerajaan Selangor dalam kedudukan yang amat sukar.
Beliau juga mempersoalkan keperluan DAP menuntut PAS supaya menyatakan secara rasmi bahawa parti Islam menyokong kerangka dasar bersama PR yang dikatakan dilanggar oleh PAS apabila memperjuangkan hudud di Kelantan.
"Mengapa mereka (DAP) terlalu mendesak dengan syarat itu. Tidak bolehkah mereka teruskan bekerja dengan PAS Selangor seperti sebelum ini sehingga pilihan raya umum akan datang dan biarkan pengundi menentukan siapa yang layak mentadbir Selangor," kata tokoh PKR yang enggan namanya disiarkan.

GAMBAR-GAMBAR MAZLAN ALIMAN BANGGA BERSAMA DAP DAN PAS PROGRESIF DI RUMAHNYA

Posted: 02 Jul 2015 06:18 AM PDT

Mazlan Aliman berkata majlis berbuka puasa di rumahnya cukup meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR.
"Majlis Berbuka Puasa di rumah saya yang cukup meriah. Kehadiran YB Aminolhuda Hassan, YB Liew Chin Tong, YB Dr Boo Cheng Hau, Tuan Hassan Karim, YB Teo Nie Ching, YB Wong Su Qi, Suhaizan Kaiat, Hj Dzulkifly Ahmad dan ramai rakan rakan PAS, PKR dan DAP yang hadir.
"Keharmonian masyarakat berbagai kaum, saling hormat menghormati dan menjaga sensitiviti antara satu sama lain adalah antara formula yang amat penting bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
"Terimakasih buat rakan rakan yang hadir,"katanya.
Facebooker Ustaz Ahmad Awang Supporters mendakwa daripada 26 kawasan PAS di Johor, 80 peratus Yang DiPertua PAS negeri hadir dalam majlis tersebut.
DAP menganggap majlis berbuka puasa di rumah Mazlan Aliman semalam sebagai malam yang bersejarah dalam politik di Negeri Johor.
Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Johor Jaya, Liow Cai Tung.
"Harapan Baru! Malam yang bersejarah dalam politik Negeri Johor.
"Pemimpin-pemimpin daripada DAP, PKR dan progressive PAS berbuka puasa di rumah Sdr Mazlan Aliman.
"Perjuangan tetap diteruskan,"katanya.
Difahamkan slogan "Harapan Baru! yang digunakan ADUN DAP itu merujuk kepada pakatan pembangkang baharu menggantikan Pakatan Rakyat yang juga dikenali sebagai "Pakatan Harapan Baru 2.0″
Majlis berbuka puasa itu turut dihadiri oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bersama Ahli Jawatankuasa DAP negeri.
"DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin PAS yang progresif pada majlis berbuka puasa di kediaman Mazlan Aliman, bekas ahli jawatankuasa PAS pusat dan pengerusi ANAK, sebuah NGO hak asasi peneroka Felda.
"Kami akan terus berjuang untuk masa depan yang cerah dan lebih baik di Malaysia!,"ulas Facebook DAP Malaysia.
Bekas Pesuruhjaya PAS Johor, Aminulhuda Hassan dan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat juga hadir dalam majlis itu.
Kedua-dua mereka tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini.
Pada 16 Jun lalu, Chin Tong selaku Pengerusi DAP Johor menolak untuk bekerjasama dengan kepimpinan baharu PAS Johor pimpinan Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
Menurutnya, Mahfodz yang juga Ketua Dewan Ulama PAS adalah orang yang bertanggungjawab membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar PAS ke-61.
"Kemenangan puak konservatif dalam pemilihan PAS yang seterusnya menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO, dan keputusan muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP menjadi langkah pertama membunuh Pakatan Rakyat.
"Saya kira kenyataan Mahfodz yang tiba-tiba ingin meneruskan hubungan dengan DAP adalah kenyataan yang kurang integriti,"ujar Chin Tong kepada Roketkini.
Tambah Chin Tong, kerjasama Pakatan Rakyat dibina atas kerangka dasar bersama.
Tanpa dasar bersama, katanya, harapan melawan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang hanya akan dicapai dengan rombakan semula gabungan politik baru yang mempunyai agenda jelas.
"DAP Johor hanya akan bekerjasama dengan mereka yang ingin jatuhkan UMNO, termasuk golongan progresif PAS.
"Disebabkan Mahfodz merupakan pencadang usul putus hubungan dengan DAP, saya tak nampak ruang kerjasama antara DAP dan PAS Johor," tegas Chin Tong lagi.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tindakan Annuar Musa berbaur politik?

Posted: 02 Jul 2015 07:30 PM PDT


Seorang double agent memuji tindakan Tan Sri Annuar Musa untuk menggantung Pengerusi dan CEO Mara Inc sementara pihak berkuasa melakukan siasatan.

Ia bukan sesuatu yang tidak baik, malah baik. TSAM pun dengan segera menunjukkan komitmen untuk sendiri pergi ke pejabat SPRM membawa dokumen untuk diserahkan sendiri. Mungkin ada lagi dokumen yang berada di pejabat dan tidak boleh dibawa keluar. Penting sekali adalah MARA menunjukkan kesungguhan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Masaalahnya bila yang puji adalah double agent, mesti ada udang sebalik batu dan taik kucing bawah pasir. Samada ia tidak baik untuk MARA dan perjuangan alif bata bawah UMNO atau batu api ini ada niat hati memecahbelahkan sesuatu.

Tindakan anih

Ada beberapa perkara yang anih dengan tindak tanduk TSAM. Kita cuba senaraikan beberapa yang masih dalam ingatan dari perbualan malam tadi dengan rakan lepas Terawih:
1. Kenyataan pertama TSAM adalah pihak MARA telah mengikuti proseduer yang ditetapkan.

Ini bermaksud pelaburan MARA tersebut telah didokumentasikan, melalui semakan dan persetujuan pelbagai Jawatankuasa pelaburan, persetujuan jemaah lembaga pengarah, majlis mara dan Kemneterian dan  semua yang dilakukan.

Dokumentasi pun pastinya lengkap dengan penilaian, surat menyurat, surat tawaran, projeksi auditor dan kajian kira-kira sendiri.

Adakah kini TSAM tak yakin?

2. Kenapa pula semalam TSAM berkata dalam kenyataan bahawa "Majlis Mara mengambil maklum kenyataan PDRM yang tidak ada unsur pecah amanah didapati dalam kes ini.

"Namun, Mara kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat bagi memberi kerjasama seterusnya kepada PDRM," kata Annuar pada sidang media petang ini. Baca MI SINI dan memang kenyataan ada sebut

3. TSAM membuat kenyataan sejurus selepas mesyuarat Majlis MARA petang semalam. Ini hanya menunjukkan keputusan ini adalah hanya keputusan Majlis MARA dan ianya belum ada endorsement dari pihak lebih atas seperti Kementerian dan Menteri sendiri sebagaimana dilakukan untuk pelabiran hartanah.

Adakah demikian amalam dalam MARA bila melibatkan ada salahlaku? Kenapa masa Tamrin Tun Ghaffar jadi Pengerusi ianya tidak berlaku? 

4. Mengapa hanya dua pegawai saja yang digantung dan tidak semua pihak yang terlibat meluluskan dan ikut sama pergi ke Melbourne?

Ini memberi implikasi dan imej buruk terhadap MARA yang merupakan institusi penting dalam menjaga hak keistimewaan Bumiputera dan menyalur bantuan kepada pertingkatkan sosio-ekonomi Bumiputera.
Sepatutnya tindakan TSAM perlu lebih berhati-hati kerana ia seolah-olah memberi kredibiliti kepada serangan bertubi-tubi DAP terhadap pelbagai institusi berkanun melibatkan Kerajaan, Bumiputera dan Islam seperti FGV, BTN, JASA, JAKIM, dan kini MARA.

Tuduhan ini akan digunakan untuk hilangkan keyakinan Melayu terhadap MARA dan akhirnya dari rasa marah setuju untuk bubarkan instutusi seperti sebagaimana agenda jahat DAP yang sudah lama didedahkan oleh bekas DAP Razali.

Off shore company?

Ianya seolah-olah TSAM lebih percaya pada maklumat spin TV3 dan Rafizi akan wujudnya shell company untuk cilok duit lari. Padahal transaksi yang tidak seberapa mana saiz berbanding dengan transaksi lain ini tidak memerlukan struktur yang kompleks.

Penggunaan BVI company mempunyai keperluan dari segi cukai dan perlu diletak dalam satu syarikat bagi tujuan accounting record untuk setiap perniagaan hartanah. Pusat persisiran pantai seperti Bristish Virgin Island adan Cayman lebuh merupakan pusat pendaftaran syarikat dari penyimpan dana.

Tambah lagi jika difahami aturcara perniagaan di Australia, lebih memudahkan dan menguntungkan untuk syarikat shell sedemikian di "localise" kan dari kekal sebagai off shore registration company. Ini berkait dengan keperluan di Australia untuk ada local resident sebagai Directors/sharedolder yang mana MARA kena kongsi keuntungan usaha mereka edikit dengan pihak luar.

Pandangan polis

Jika dilihat dari maklumat dalam akhbar The Age, satu yang jelas adalah ada elemen musykil - kecemburuan terhadap orang asing beli hartanah yang ditulis dan titik mula kontroversi ini - yang boleh menimbulkan persoalan kepada kebenaran berita.

Isu ini timbul bila developer yang merupakan JV companies tidak bayar kontraktor lalu diheret ke mahkamah untuk biacara. Dalam mahkamah, pihak kontraktor membuat andaian tentang kewujudan over price.

Semua ini adalah NONE OF THE BUSINESS OF MARA. Ia hal lain dan bukan urusan MARA. Pihak MARA Inc dan mungkin ramai pihak lain mendapat tawaran hartanah tersebut dari developer.

Ekoran itu mereka menyiasat dan mengkaji samada tawaran dan harga itu berpatutan. Pasti ada valuatation dibuat, due dilligence oleh auditor, dan projection oleh consultant. Semua ini sebagai perbandingan dengan usaha dilakukan syarikat juga.

Jika berlaku CBT, mestilah ada pihak dalam bersekongkol dan ini perlu dibuktikan. Jika setakat komisyen atau keuntungan, masih belum rasuah.

Main politik?

Dikhuatiri TSAM hanya nak main politik. Tak tahu kepada siapa dan untuk apa, dia sebagai ahli politik mahu dilihat lebih halaanlan toyyiba disebabkan dia punya sejarah ketika menjadi Menteri Luar Bandar suatu masa dahulu.

Tindak tanduk TSAM ini memberi anggapan ramai bahawa ada salahlaku sudah dan jelas berlaku. Orang ramai tak anggap kedua pegawai sebagai ambil cuti untuk bolehkan siasatan dan ketiadaan mereka tidak akan mengacau pihak wajib siasat. Seolah-olah tak ada dapat untuk cover up.

Ini akan hanya membandingkan TSAM dengan Najib yang menguruskan 1MDB. Langsung TSAM look good dan Najib look bad. Ini dilihat seolah-olah memberi mesej buruk terhadap Najib yang mana Lembaga Pengarah 1MDB tidak digantung hingga proven guilty.

Disebalik itu, cara isu ini diperbesarkan pihak tertentu ia sudah disalah anggap sebagai usaha untuk sengaja menjejaskan imej Menteri untuk mudah dibuang. Tindakan TSAM akan dilihat pula sebagai membantu jatuhkan menteri tersebut.

Tidak lagi ambilkira perkiraan politik untuk TSAM sendiri.Mana tahu ini untuk cuci hal silam dan naikkan imej politiknya?

Nampak hebat tapi ini bukan amalan kita. Menggantung maknanya dah tetapkan kedua pegawai bersalah. Tiada sesiapa boleh dikatakan salah hingga sudah di buktikan. Bukankah itu amalan kerajaan pusat, begitu juga kerajaan Selangor PR, kerajaan Kelantan PAS, dan kerajaan DAP Penang????

Pegawai MARA yang terlibat tidak seharusnya jadi pawn dalam permainan catur politik. TSAM sudah kata sudah ikut prosedur.

Entahlah ... mungkin cukup sajalah Menteri dan pegawai tertentu di peringkat tertentu dari kalangan ahli politik. Dalam bab Pengerusi MARA ... baik ambil pegawai kerajaan yang pencen atau mereka-mereka yang berpendedahan korporat, berintegriti dan semangat Melayu kuat seperti Tan Sri Ali Hashim 

Minggu depan baru jelas? Harta MARA Inc RM50 billion ke?

Posted: 02 Jul 2015 04:07 PM PDT


Dua hari lepas Menteri janji jawab isu MARA dalam seminggu berhubung dakwaan isu yang melibatkan urusan pembelian pangsapuri di Melbourne, Australia minggu hadapan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu dalam majlis berbuka puasa anjuran MARA di German-Malaysian Institute (GMI).

 "Perkara (berkaitan) MARA saya akan hebahkan semasa buka puasa MARA pada 7 hari bulan," katanya kepada pemberita selepas majlis buka puasa anjuran kementeriannya di INFRA, Serdang.

Persoalan Unspinner pula kenapa lambat?

Ketika isu 1mdb, Menteri tiada komplen ketika briefing pertama pada jemaah menteri tapi bersuara begitu tegas dan kritis sebaik ada pihak lain bersuara.

Mungkin boleh ambil alasan untuk mintak masa sediakan maklumat lengkap tapi tespons pada serang Lim Kit Siamg, Tony Pua dan Rafizi tidak boleh dibiarkan saja.

Tujuan CINA KOMUNIS DUA ORANG ITU berniat menghancurkan kepercayaan pada MARA dari kalangan Bumiputera untuk undi mereka.

Dah pasti mereka akan REKA cerita MARA tiada lagi biasiswa kerana KONON penyelewengan. Bila DAP.kata penyelewengan, tak makna mereka bersih.

Padahal cina DAP di Sabah ... pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong pun salahguna taraf bumiputera untuk kepentjngan diri.

1mdb perlu masa sebab kompleks dan banyak transaksi TAPI MARA Inc tak banyak.






Serangan terhadap MARA Inc beragenda tertentu

Posted: 02 Jul 2015 07:23 AM PDT


Blogger Biswardi melihat laporan berita yang melakukan pendedahan terhadap bersikap antagonistic.


Juhdin melihat ianya selari dengan serangan terhadap kepentingan kerajaan yg melibatkan orang Melayu.

Dato Shafie Apdal baru jelaskan bahawa pembelian dilakukan ikut prosedur dan harga bangunan yang dulu dibeli A$22 kini sudah A$27 million menurut pernilaian profesyenal.

Baca di MKINI SINI

Cina jual beras plastik, Faiza yang difitnah

Posted: 02 Jul 2015 04:22 AM PDT


BATU PAHAT - Syarikat Faiza Sdn Bhd (Faiza) menafikan dakwaan yang dikeluarkan individu yang tidak bertanggungjawab di laman sosial berkaitan kualiti berasnya.

 Dalam dakwaan berkenaan beras yang dikeluarkan syarikat bumiputera terkemuka itu adalah beras tiruan yang diperbuat daripada plastik yang berbahaya kepada pengguna.

 Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, tuduhan berkenaan hanyalah untuk mencemarkan reputasi syarikat terbabit dan ia lebih kepada fitnah semata-mata.

 "Sejak beroperasi selama 20 tahun sehingga kini, syarikat ini menggunakan 100 peratus beras asli daripada sumber yang disahkan kerajaan, iaitu secara terus dari Padi Beras Nasional Berhad (Bernas).

 "Perbuatan berkenaan sungguh tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan berniat jahat, kami memandang serius setelah kami dihujani pelbagai persoalan semenjak ia viral di laman sosial," katanya.

 Faiza Bawumi berkata, sejak tersiar di laman sosial pada Khamis minggu lalu, ada sesetengah peruncit dan pengguna yang meragui beras keluaran syarikat berkenaan dan mereka tidak putus-putus menghubungi pejabat mereka.

 "Tindakan pemilik akaun laman sosial berkenaan juta telah menyebabkan jualan beras kami 'Beras Faiza Emas' yang sebelum ini terjual sehingga 3,000 tan sebulan terjejas," katanya dalam sidang media semalam.

 Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasinya, Md Faizal Md Ali berkata, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis berkaitan dengan kes berkenaan bertujuan tindakan undang-undang dikenakan terhadap penyebar fitnah terbabit.

 "Orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan yang dikeluarkan yang lebih kepada fitnah kerana pihak syarikat kami mementingkan kualiti pada produk yang dikeluarkan.

 "Kami memandang serius kepada semua produk,n termasuklah beras yang merupakan produk utama kami sejak 20 tahun syarikat ini beroperasi," katanya.


Jijah nak settle kemelut Pakatan? Atau DAP dah settlekan?

Posted: 02 Jul 2015 02:27 AM PDT




Dan berakhir dengan ...








Gaduh PAS vs DAP, PKR hanya lakunan?

Posted: 02 Jul 2015 12:30 AM PDT






RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


1MDB nafi salurkan dana ke akaun Najib

Posted: 02 Jul 2015 09:05 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata ia tidak pernah memberi sebarang dana kepada Datuk Seri Najib Razak, susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mengatakan berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri.

Syarikat pelaburan strategik negara itu berkata, ia sesuatu yang "sangat tidak bertanggungjawab" bagi media untuk membuat dakwaan itu, menyifatkannya satu percubaan untuk sengaja melemahkan syarikat bermasalah itu yang kini hebat dikritik kerana hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

"1MDB ingin menjelaskan, syarikat ini tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada perdana menteri.

Untuk mencadangkan sebaliknya, seperti dilakukan beberapa media, adalah sangat tidak bertanggungjawab dan satu percubaan yang sengaja bertujuan melemahkan syarikat ini," kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.

 WSJ dan Sarawak Report hari ini melaporkan, siasatan ke atas syarikat yang sarat dibebani hutang itu mendapati berbilion ringgit dipam ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Kedua-duanya memetik dokumen yang diambil daripada siasatan ke atas 1MDB yang sedang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mengatakan Peguam Negara juga menyedari perkara tersebut.

Najib - Ikut Ajaran Islam, Kita Perlu Cari Kebenaran

Posted: 02 Jul 2015 08:58 PM PDT

Kena abadikan ayat2 nasihat terbaru dari Najib yang banyak disiarkan oleh askar2 beliau semalam !  

- "Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,"


- Tambah Najib, sesuatu berita yang dilaporkan para wartawan mendorong kepada pembentukan persepsi masyarakat. Namun sekiranya persepsi tersebut berasaskan kepada ketidakbenaran sesuatu maklumat, amat sukar untuk ubah persepsi tersebut.


Saya harap cybertrooper Najib yang mendengar pesanan beliau itu faham dan amalkan apa yang bos anda ceritakan itu. Jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan .... kosong je kat tengah2 tu.

Najib kata sebagai orang Islam kita kena CARI kebenaran. Jangan terima buta jer apa yang disampaikan oleh sesiapa pun walaupun apa yang disampaikan itu banyak menimbulkan keraguan.


Kalau ragu2, kita kena tanya ! Kalau kita ditanya soalan yang tidak mampu kita jawab, maka kita kena cari jawapannya ... BUKAN menghentam sipenyoal hanya kerana dia bertanya.

Si Penyoal itu sedang mencari Kebenaran. Kalau kita sendiri tidak mampu jawap, maka bantulah orang yang bertanya itu dalam mencari Kebenaran. Sama-sama kita cari Kebenaran itu.


"Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?" ujar Najib sambil tersenyum ..


Jika jawapan2 yang diberikan itu kelihatan longgar dan tidak menyakinkan, apakah sebagai seorang Islam kita harus mendiamkan diri ? Bagi yang tidak berapa cerdik mungkin mereka tidak dapat merasakan sebarang keraguan kepada jawapan2 longgar yang diberikan tapi jangan pula dipaksa orang lain yang lebih cerdik supaya berada sama2 di level mereka dan menerima buta seperti mereka !

Bagi menjawab ayat Najib di atas itu, saya rasa kena bagi satu analogi supaya mudah faham.

Bayangkan sebuah Koperasi di mana kita semua menjadi ahlinya. Sesekali kita dengar Pengerusi dan Koperasi merasmikan majlis dan memberi bantuan ..... baguslah ! Kita puji Pengerusi. Bagus, teruskan usaha anda !

Satu hari kita dengar pelbagai cerita mengenai aktiviti Koperasi yang agak tidak menyenangkan. Kita tanya Pengerusi ..... dan dia jawab itu khabar angin jer.

Cerita2 khabar angin itu terus tersebar dan ceritanya semakin besar dan disertai dengan beberapa bukti yang agak kuat, contohnya Koperasi membeli perabut dengan harga yang jauh lebih mahal dari pasaran,...... kita mula rasa tak sedap hati sekali lagi dan kita bertemu Pengerusi untuk bertanya, kali ini dengan contoh2 yang kita dengar itu.

Pengerusi sekali lagi kata itu semua khabar angin. Kita terima lagi ..... sebab Koperasi kelihatannya teguh. Itu bukti yang kita pegang.

Kemudian kita lihat Koperasi mula berdepan masalah yang berkait rapat dengan khabar2 angin sebelum itu. Koperasi dah tak cukup duit nak bayar hutang, terpaksa meminjam.

Bukti yang kita pegang selama ini iaitu kekukuhan prestasi Koperasi, dah goyang. Maka sekali lagi kita bertanya kepada Pengerusi. Kali ini Pengerusi jawab soalan2 kita .... malangnya jawapan2 yang diberikan itu tidak menyakinkan sesetengah kita malahan menimbulkan lebih banyak keraguan pula.
Read More / Baca Lagi >>

Mara Dalam Jangkitan Sistemik

Posted: 02 Jul 2015 08:55 PM PDT

A Kadir Jasin

SAYA tidak mengulas secara khusus skandal pembelian hartanah oleh Majlis AMANAH Rakyat (Mara) di Australia kerana bagi saya ia tidak sedikit pun memeranjatkan.

Lagi pun kes ini masih berjalan dan lebih banyak hal didedahkan. Yang terbaru Pengerusi Mara Incorporated, Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Halim A. Rahim digantung jawatan dan firma audit PWC dilantik bagi menyemak pembelian harta oleh Mara Inc.
Mohammad Lan digantung jawatan
Cuma saya berdoa dakwaan ini tidak betul. Tetapi jika ditakdirkan betul maka kita semua rugi sekali lagi kerana kitalah mangsa mutakhir pengkhianatan amanah ini.
Selepas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak ada apa lagi yang memeranjatkan, mustahil dan luar biasa. 1MDB mencetuskan piawaian dan tanda aras baru urus niaga dan urus tadbir syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.
Ini cerita bapa borek anak rintik. Kata orang Johor, "engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau" atau kata orang putih, birds of a feather flock together – burung yang sama bulunya berkumpul bersama.
"Birds of a feather flock together"
Inilah bahana apabila orang yang berkuasa berasa bahawa kuasa menghalalkan segala-galanya. Atau apabila orang yang berkuasa terlalu banyak makan budi dan ada rangka-rangka bergantungan dalam almari.
Bukan rahsia lagi. Banyak orang tahu dan lagi banyak dengar apa yang berlaku ketika peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada penghujung tahun 2003.
Mereka tahu dan dengar mengenai fail-fail segar Badan Pencegah Rasuah (SPR/ACA) – kini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM/MACC) - yang diserahkan oleh Dr Mahathir kepada Abdullah.
Mereka tahu dan dengar bagaimana kandungan fail-fail itu tidak diambil tindakan sebaliknya digunakan untuk mengukuhkan kedudukan politik orang tertentu.
Beberapa watak dalam fail-fail ACA itu bukan sahaja tidak didakwa malah diberi habuan lumayan dengan syarat mereka menyokong pentadbiran baru.
Amalan "engkau garuk belakang aku, aku garuk belakang engkau" berterusan ke zaman Mohd Najib Abdul Razak apabila individu-individu yang dihukum dan disingkir oleh Umno pada era Abdullah kerana politik wang kembali dimuliakan dan diberi kuasa luar biasa kerana mereka tahu "what you did last summer".
Poster "I know what you did last summer"
Jadi apa yang berlaku (atau dituduh berlaku) di 1MDB, Mara, Felda, Felda Global Ventures (FGV) Berhad, Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Pembinaan PFI Sdn Bhd, SRC International dan mungkin banyak lagi tidak langsung memeranjatkan saya.
Bila bapa borek, logiknya anak rintik. Bila atuk borek, bapa rintik, cucu tentu tidak banya berbeza warna dan coraknya.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng buat Azmin Ali makin tertekan - Faekah

Posted: 02 Jul 2015 08:53 PM PDT

Faekah Husin mendakwa tidak mustahil Azmin akan meminta sokongan wakil rakyat UMNO untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.
feakag,azmin,guang eng
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali semakin tertekan dengan pengumuman Lim Guan Eng bahawa Pulau Pinang bukan lagi negeri Pakatan Rakyat, dakwa Faekah Husin.
Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu berkata, Azmin masih gagal menyelesaikan kemelut politik antara Pas dan DAP yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.
Katanya, dengan perkembangan terbaru di Pulau Pinang itu sudah pasti membuatkan Azmin 'pening kepala' untuk menyelamatkan kerajaan Selangor.
Menurut Faekah, hubungan tergantung antara Pas dan DAP menimbulkan sikap saling mencurigai sesama EXCO yang sudah semestinya tidak sihat untuk pembangunan negeri dan rakyat.
"Sekarang kerajaan negeri sibuk dengan usaha memperbaiki kerosakan yang mereka cipta sendiri hasil Langkah Kajang yang gagal," katanya kepada FMT.
Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Azmin perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti, sama seperti desakan yang dikenakan terhadap Khalid apabila beliau dipecat PKR.
Jelasnya, Azmin perlu menerangkan kepada rakyat apakah bentuk kerja sama dalam kerajaan negeri Selangor yang ada ketika ini selepas PKR dan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud.
"Walaupun krisis DAP dan Pas tiada kesudahannya, Azmin sudah pasti sedang mencari jalan untuk menyelamatkan kedudukannya.
"Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai 'perunding' sudah pasti Azmin memiliki banyak idea dan bertungkus lumus membuat tawaran kepada semua pihak. Tidak mustahil Azmin meminta tolong UMNO," katanya.

Serangan terhadap pejuang Ikhwan sangat kejam

Posted: 02 Jul 2015 08:41 PM PDT



(وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ)
"Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup tetapi kamu tidak menyedarinya". (Surat Al-Baqarah: 154)
Tindakan polis di bawah kerajaan kudeta Mesir yang telah membunuh 9 orang pejuang Ikhwan Muslimin dalam satu serbuan di sebuah bangunan di Bandar Sittah Oktober, Kaherah adalah sangat kejam dan tercela.
Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Peguam Negara Mesir Hisyam Barakat. Ia sangat melampaui batas kemanusiaan. Sikap mereka tidak ubah sepertimana Zionis yang sentiasa dahagakan darah umat Islam.
Isu ni perlu dipandang serius oleh seluruh dunia Islam kerana rejim pemerintah dilihat menggunakan angkatan tentera dengan sewenang-wenangnya dalam usaha menghapuskan gerakan Islam tersebut. Melaksanakan pemerintahan kuku besi, diktator, membunuh rakyat awam, jelas melanggari hak kemanusiaan.
Biarpun ribuan pejuang Ikhwan Muslimin dibunuh oleh musuh-musuh Allah, namun mereka tidak akan sesekali mampu memadamkan api perjuangan Islam di bumi Anbiya' tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ikram kutuk pembunuhan pemimpin Ikhwan Muslimin oleh Regim Zionis As-Sisi

Posted: 02 Jul 2015 08:40 PM PDT



KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dan mengutuk tindakan pihak keselamatan Mesir menyerbu kediaman serta membunuh 13 orang pimpinan dan anggota Ikhwan Muslimin termasuklah mantan Ahli Parlimen Mesir, Naser al-Hafi setelah mereka dikatakan ditahan terlebih dahulu.
"Tindakan ini adalah satu tindakan yang amat tidak wajar sama sekali serta membelakangkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia, terutamanya apabila yang ditekan itu adalah sebuah gerakan yang dikenali sebagai bersifat sederhana, rasional dan mengutamakan pendekatan damai," ujar Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.
Katanya, tindakan itu akan hanya menyemarakkan panggilan-panggilan kepada golongan-golongan yang ekstrem dan menggunakan pendekatan ganas, apabila pintu-pintu pendekatan damai tertutup.
Sehubungan itu, ujarnya Ikram menggesa kerajaan Malaysia agar menggunakan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat antarabangsa bagi mendesak kerajaan Mesir menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.
"Ikram memohon kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk bermunajat kepada Allah bersempena Ramadan al-Mubarak ini dengan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Mesir serta diberikan hidayah-Nya atas para pemimpinnya," katanya lagi.

Tanya, tanya dan tanya lagi dalam siasatan skandal Mara

Posted: 02 Jul 2015 08:33 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Ketika lebih banyak maklumat perjanjian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) mula terbongkar, seorang MP telah mempersoalkan cara pihak berkuasa menangani perjanjian kontroversi itu.
Dalam laporan The Malaysian Insider,  Tony Pua dari DAP bertanya sekiranya ia adalah "amalan biasa" untuk polis "memindahkan" tanggungjawab mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengkritik mereka kerana "bersikap tenang" dalam isu ini.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar (kiri) telah berkata yang polis akan menunggu SPRM untuk memberitahu mereka sekiranya terdapat unsur Jenayah Pecah Amanah (CBT) dalam kes itu.
Sebelum itu, Khalid telah berkata yang polis tidak akan menyiasat Mara buat sementara ini kerana unsur CBT belum dibuktikan wujud, tetapi berkata itu tidak bermaksud polis tidak akan menyiasat perkara itu kelak.
"Rakyat Malaysia bingung mengapa polis boleh bersikap tenang kepada jenayah besar dan korupsi yang berlaku dalam institusi kerajaan," kata Pua.
Polis Malaysia telah dikritik kerana tindakan lambat mereka dalam skandal Mara, sedangkan polis Australia bertindak pantas dalam masa dua hari melakukan serbuan.
Dalam laporan berbeza oleh The Malaysian Insider , dilaporkan kumpulan Australia berpengkalan di Malaysia akan memberikan laporan rasmi kepada pihak berkuasa Australia tentang perjanjian hartanah itu.
Kumpulan itu, dikenali sebagai Saya Anak Bangsa Malaysia di Australia (SABM Australia) berkata penyiasatan Australia penting kerana pihak berkuasa Malaysia nampaknya tidak berminat untuk menyiasat kes tersebut, memetik kenyataan polis bahawa tiada unsur CBT ditemui.
"Ini mengejutkan kerana tindakan ini bukan sekadar persoalan tindakan pecah amanah. Pihak yang terlibat secara jelas terlibat bertindak melanggar undang-undang penggubalan wang haram," kata SABM Australia.
Ini bukanlah kali pertama keenganan polis bertindak menimbulkan persoalan.
Misalnya bantahan kumpulan di Taman Medan sebelum ini yang dibebaskan tanpa apa-apa dakwaan dikritik oleh banyak pihak.
Read More / Baca Lagi >>

Impian Kelantan

Posted: 02 Jul 2015 08:17 PM PDT

VIDEO Mara Scandal Exposed

Posted: 02 Jul 2015 08:12 PM PDT

Wadah baharu harapan rakyat Malaysia

Posted: 02 Jul 2015 08:00 PM PDT

Khairol Najib Hashim


Desas-desus politik tanah air yang dikhabarkan bakal muncul satu parti Islam baharu yang progresif bagi melestarikan corak politik yang lebih mesra rakyat dengan pendekatan berteraskan Islam.
Di kesempatan ini, ingin saya cadangkan beberapa perkara yang difikirkan sebagai lontaran idea pandang kepada sekretariat penubuhan yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu.
1. Nama parti

Saya mencadangkan nama parti yang hendak diberikan nanti hendaklah tidak meletakkan perkataan "Islam". Hal ini kerana, ke arah pendidikan rakyat yang lebih sejahtera dan membuang dogma-dogma negatif kepada Islam itu sendiri. Islam itu indah, tetapi ia dicemari dan dijajah individu-individu  yang menjualnya untuk kepentingan tertentu menyebabkan nama Islam itu dipandang sampah masyarakat.
Bawalah politik Islam dalam pengurusan dan perlaksanaan parti baharu itu. Dalam politik Islam, ada politik nilai, ada politik kenegaraan dan pemerintahan, ada politik sosial dan banyak lagi yang mana merangkumi seluruh aspek kehidupan.
Saya mengharapkan parti baharu ini dapat membawakan politik Islam yang lebih ideal dan menarik mengikut konteks negara Malaysia supaya dapat menjadi contoh dan model kepada parti-parti lain dalam gelanggang politik.
2. Dasar parti
Dasar parti ini adalah Islam dan berpandukan:
a. Al-Quran
b. Al-Hadith
c. Ijmak
d. Qiyas
3. Keahlian parti
Saya mencadangkan kepada parti bahaaru ini membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Hal ini bagi melihat parti baru ini sebagai sebuah parti demokratik yang tidak meletakkan keahliannya hanya untuk orang-orang tertentu sahaja.
Keahlian terbuka ini juga sebagai satu ruang dakwah yang begitu luas kepada parti baru ini, dan ia juga sebagai satu model parti yang berteraskan Islam sebagai dasar parti, membuka keahlian kepada semua kaum dan agama. Ahli parti sama ada Muslim ataupun bukan Muslim (tiada perbezaan) berhak mencadang, mengkritik, menambahbaik dan sebagainya demi kebaikan dan kemajuan parti ini.
4. Majlis penasihat
Read More / Baca Lagi >>

Tiga perkara utama dalam kepimpinan Nik Aziz

Posted: 02 Jul 2015 07:56 PM PDT

Dinsman

Saya diminta berbicara mengenai buku 'Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan' untuk program baru yang diadakan di Madinah Ramadan, Kota Baru, menjelang waktu berbuka puasa pada 29 Jun 2015. Alhamdulillah.
Buku ini ditulis pada 2012 dan diterbitkan awal 2013, waktu Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat masih menteri besar Kelantan.
Judulnya 'Kelantan 22 Tahun', bukan 'Kelantan 23 Tahun'; sedangkan Nik Aziz mentadbir Kelantan selama 23 tahun, apabila dia mengundurkan diri selepas PAS berjaya mempertahankan kemenangannya di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei 2013.

Hari ini mengenang kembali tema buku itu – bukti kejayaan – saya cuba menyemak pemikiran sendiri apakah yang segera hadir apabila hal itu dikenang dan diapresiasi. Tidak lain yang segera hadir pertamanya ialah sebuah kerajaan Islam yang dibangunkan Nik Aziz, secara perlahan-lahan selangkah demi selangkah, hingga akhirnya ia hampir sempurna sebagai sebuah pentadbiran Islam; walaupun masih tertakluk kepada beberapa peraturan pentadbiran dan undang-undang sekular yang ditentukan dan dikawal Kerajaan Persekutuan.
Teringat saya kepada kata-kata seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang senior waktu ditemuramah untuk video dokumentari '20 Tahun Membangun Bersama Islam' – Omar Muhamad: "Mana lagi yang kurangnya Islam dalam pelaksanaan di negeri ini?"
Lebih kurang begitulah.
Maksudnya, para alim ulama di Kelantan sentiasa bersama dengan Nik Aziz bagi memastikan yang Islam dilaksanakan di negeri itu semaksimum yang termampu.
Memang hudud belum dilaksanakan. Ada -masalah tertentu menghalang pelaksanaannya. Namun itu tidak mengganggu Nik Aziz melaksanakan hal-hal lain yang difikirkannya (berdasarkan keilmuan Islamnya) perlu dilaksanakan, bagi membangunkan sebuah masyarakat Islam dan sebuah pentadbiran Islam yang terbaik dan termampu dilakukannya.
Hampir sempurna sebagai sebuah kerajaan dan pentadbiran Islam, dengan pendekatan Nik Aziz yang tersendiri.
Tidak dinafikan ada kelemahannya, tetapi kejayaannya jauh lebih besar dan penting; malah dilihat dalam konteks perjuangan umat Islam di seluruh dunia. Inilah intipati dan mesej yang dikemukakan dalam buku itu, dengan menyifatkannya sebagai "bukti kejayaan" kepemimpinan Nik Aziz, dan juga sebagai suatu pencapaian tertinggi yang dicapai dalam perjuangan PAS selama ini.
Sayangnya kerana sebab-sebab tertentu (yang menjadi terserlah selepas Nik Aziz meninggal), "bukti kejayaan" ini tidak begitu diberi perhatian oleh kebanyakan pimpinan PAS, yang rupa-rupanya sedang tersilau tarikan yang lain.
Hari ini, akibatnya, ternyata mereka sedang menghadapi masalah dan krisis paling besar dalam sejarah parti tersebut; (dan eloklah kita tidak bercakap mengenainya).
Itu yang pertama – sebuah kerajaan Islam sebagai produk atau hasil daripada perjuangan, pemikiran, pentadbiran dan kepemimpinan Nik Aziz.
Yang kedua ialah soal definasi tugas dan tanggungjawab Menteri Besar itu sendiri.
Siapakah Nik Aziz atau Tok Guru Nik Aziz itu yang sebenarnya?
Read More / Baca Lagi >>

Gangguan bekalan air di K.Terengganu kritikal.....Diam pulak macai..!!!

Posted: 02 Jul 2015 07:50 PM PDT

Masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan
Terengganu_water_satu_600
KUALA TERENGGANU, 3 Julai (Bernama) — Sebanyak 58,000 buah rumah sekitar Kuala Terengganu dan Marang yang mengalami gangguan bekalan air sejak awal Mei lepas, dijangka akan berdepan situasi kritikal menjelang Aidilfitri nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) Ir. Atemin Sulong berkata masalah berlaku disebabkan musim kemarau dan penggunaan air melebihi jumlah bekalan berikutan pertambahan kawasan perumahan baharu, hotel dan kompleks perniagaan.
Katanya, dua langkah telah dilaksanakan pihaknya bagi menyelesaikan masalah berkenaan, iaitu dengan mengurangkan tekanan pada waktu malam dan mengenakan catuan bekalan air dari 11 malam hingga 4 pagi.
"Ini menyebabkan sebahagian kawasan mengalami tekanan air yang rendah pada waktu puncak, tiada bekalan air antara 11 malam hingga 4 pagi dan kualiti air yang terjejas iaitu menjadi keruh dan kekuningan," katanya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Haramkan Puasa Ramadhan; China Isytihar Perang Kepada Islam Dan Umat

Posted: 02 Jul 2015 07:44 PM PDT

Kongres Uighur Sedunia telah menyifatkan larangan berpuasa yang dikuatkuasakan oleh pemerintah China keatas Xinjiang sebagai satu 'perang yang tidak dinamakan terhadap Islam dan umat Islam'.
seyit-tumturk"Malangnya dunia masih berdiam diri," kata Naib Presiden Kongres Seyit Tumturk kepada agensi berita Anadolu.
Katanya, tindakan mengawal 'puasa' yang ketara pada tahun ini bukanlah kes yang pertama.
"Ia adalah sama pada tahun lepas (bahkan) sekitar 3000 Uighur telah dibunuh pada hari pertama Ramadan ketika mereka turun ke jalan membantah larangan itu."tegasnya
Beliau menuduh China mencabar dunia dengan "pembunuhan beramai-ramai" dan "tekanan psikologi" kepada rakyat Turkistan Timur.
"China telah menjalankan dasar asimilasi yang sistematik untuk 66 tahun, apabila ia menyerang Turkistan Timur," kata Seyit Tumturk, sambil menambah bahawa Beijing telah menindas Uighur selama beberapa dekad, menghalang mereka mengamalkan agama dan budaya mereka, sementara dunia terus berdiam diri.
beer drinking uighurBeliau mengkritik Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana tidak bertindak terhadap "kekejaman China."
Sementara itu, dalam perkembangan yang sama di wilayah itu, seorang wanita etnik Uighur yang ditahan oleh polis China pada bulan Februari telah meninggal dunia dalam tahanan polis.
Wanita itu, ketika cuba melarikan diri dari negara tersebut untuk menyertai suaminya di Turki telah ditangkap dan ditahan sehingga menghembuskan nafasnya dalam jagaan pihak berkuasa China.
Tursungul, 32, yang telah digambarkan sebagai sihat sebelum ditahan, meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke balai polis bandar Shaptol di Kashgar.
"Beliau meninggal dunia dalam masa seminggu dan telah dikebumikan di suatu tempat oleh polis," kata lelaki yang telah berjaya melarikan diri ke Turki dengan suami Tursungul beberapa kali sebelum ini.
"Pihak berkuasa memberitahu saudara bahawa dia telah meninggal dunia secara tiba-tiba disebabkan oleh kegagalan jantung," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

WSJ: Dakwaan kaitan ditemui antara 1MDB dan akaun bank PM

Posted: 02 Jul 2015 07:34 PM PDT


Dalam satu lagi pendedahan sensasi, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan bahawa para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

WSJ memetik dokumen-dokumen dari satu siasatan kerajaan, yang telah diperolehi oleh akhbar kewangan antarabangsa itu dan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.


Menurut WSJ, dokumen-dokumen siasatan itu didakwa menunjukkan buat kali pertamanya Najib telah dikaitkan secara langsung dengan siasatan terhadap dana pelaburan negara yang bermasalah itu.

WSJ mendakwa kerajaan menyiasat dokumen-dokumen yang apa pihak penyiasat percaya adalah pergerakan wang tunai di kalangan agensi-agensi kerajaan, bank-bank dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB sebelum ia berakhir dalam akaun peribadi Najib.

Dakwanya, dokumen-dokumen yang disemak oleh The Wall Street Journal termasuk borang-borang pemindahan bank dan carta aliran yang diperolehi oleh penyiasat kerajaan yang mencerminkan pemahaman mereka tentang laluan wang tunai itu.
Sementara itu, Sarawak Report melaporkan secara berasingan bahawa sebanyak AS681,999,976 (RM2.6 bilion) didakwa dipindahkan oleh dana Abu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.

Ia mendakwa, pemindahan dari Falcon Bank milik penuh dana itu ke dalam akaun bank peribadi Najib berlaku hanya beberapa hari selepas satu perkongsian strategik ditandatangani antara Malaysia dan Abu Dhabi pada 12 Mac 2013.

Dakwanya lagi, ini membawa kepada penerbitan bon AS$3 bilion yang dijamin oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada 'usaha sama 50-50 antara 1MDB dan Aabar' untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange."

Ia mendakwa "maklumat perbankan itu telah diterima baru-baru ini oleh beberapa penguat kuasa undang-undang utama Malaysia, termasuk peguam negara".
 
Read More / Baca Lagi >>

Spokesman denies PM took 1MDB funds for personal use

Posted: 02 Jul 2015 07:32 PM PDT

Spokesman for prime minister responds to allegations appearing in WSJ that "almost US$700 million of 1MDB funds flowed into Najib's personal accounts".
WSJ-NAJIB
MI-CK433_1MDB_16U_20150702173909KUALA LUMPUR: A spokesman for Prime Minister Najib Razak has denied that the prime minister has taken funds said to have come through 1Malaysia Development Berhad (1MDB) for his personal use.
"The prime minister's political opponents, unwilling to accept his record or the facts, continue to try to undermine him with baseless smears and rumours for pure political gain," the Wall Street Journal (WSJ) quoted the spokesman as saying.
The response comes amidst suggestions that Malaysian investigators have traced deposits totalling nearly US$700 million to Najib's personal bank accounts.
The report also claims that this was the first time that Najib has been directly connected to probes into 1MDB.
WSJ claims that the documents show that there were five separate deposits made from two sources.
"The largest transactions," it claimed, "were two deposits of $620 million and $61 million in March 2013, during a heated election campaign in Malaysia."
Read More / Baca Lagi >>

Tarik balik surat tunjuk sebab kepada The Edge, wartawan gesa Zahid

Posted: 02 Jul 2015 07:29 PM PDT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada The Edge, tuntut satu kumpulan wartawan hari ini, mengatakan Putrajaya silap apabila menyalahkan media yang didakwa menyebabkan kekeliruan dan menimbulkan keraguan terhadap kerajaan.

 Centre for Independent Journalism (CIJ) berkata, The Edge memainkan peranan penting dalam membuat laporan mengenai salah urus dana pelaburan negara yang bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Banyak persoalan dibangkitkan tentang pengurusan 1MDB dan keupayaannya menguruskan bayaran faedah dan membayar balik pinjaman yang bernilai berbilion ringgit, yang masih belum dijawab dengan memuaskan itu.

 "The Edge memainkan peranan penting melaporkan mengenai soalan-soalan yang penting ini, dan adalah tidak adil mereka dipersalahkan hanya kerana menjalankan tugas mereka.

"CIJ menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik surat tunjuk sebab kepada The Edge dan menghormati kebebasan media," kata pengarah CIJ Jac Kee dan Sonia Randhawa dalam satu kenyataan.

The Edge mengesahkan pada Rabu, ia menerima surat tunjuk sebab daripada kementerian yang memberi mereka tujuh hari untuk menjelaskan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan kira-kira hanya seminggu selepas Zahid membuat satu kenyataan yang mengkhususkan dan memberi amaran kepada The Edge kerana membuat "laporan palsu" mengenai 1MDB.

Read More / Baca Lagi >>

Penangguhan pemilihan parti bukti gabungan pemerintah bacul

Posted: 02 Jul 2015 07:25 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Merujuk kepada tabiat dan amalan ibubapa yang akan selalu ditiru atau diwarisi oleh anak-anak mereka.
Inilah yang dilakukan oleh parti komponen BN yang meniru abang besar Umno dalam menangguhkan pemilihan parti.
Seperti yang berlaku sebelum ini pada 2010,2013 dan sekali lagi pada 2015, parti Melayu yang mendominasi gabungan pemerintah itu akan menangguhkan pemilihan parti, mendakwa untuk memberi ruang kepada parti memperkasakan dirinya serta membentuk perpaduan sebelum pilihanraya umum akan datang.
Walaupun tidak pernah dikatakan dalam penangguhan tersebut juga dilakukan ketika presiden Umno sedia ada  berada dalam kedudukan yang goyah, misalnya yang berlaku ketika wujudnya golongan dalam parti Melayu itu yang menyerang presiden parti terdahulu Abdullah Badawi pada 2010.
Dan kini sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menangguhkan pemilihan parti kerana dia juga dalam kedudukan terancam berdepan dengan kritikan yang pernah dia lemparkan kepada Abdullah.
Mengumumkan penangguhan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti di Kuala Lumpur pada 26 Jun, Najib berkata langkah itu perlu untuk memperkuatkan parti dan memastikan Umno dan komponen BN yang lain menjadi lebih kuat untuk menghadapi PRU 14.
"Kita perlu mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat...memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, samada melalui polisi atau tumpuan kepada akar umbi.
"Kita mesti (juga) fokus kepada kekuatan parti dan melakukan apa yang diperlukan supaya Umno dan kawan-kawan kita terus kuat untuk berdepan pilihanraya akan datang," dia di laporkan telah berkata begitu.
Seperti yang telah berlaku sebelum ini, sebaik sahaja pengumuman Najib wujud pula khabar yang parti komponen BN, seperti MCA, yang berkata mereka akan mempertimbangkan idea yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

IKRAM Saran Amal Politik Matang

Posted: 02 Jul 2015 07:17 PM PDT




Selaras dengan perkembangan zaman dan juga detik-detik menghampiri tahun 2020, ketika mana Malaysia menyasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, Pertubuhan  IKRAM  Malaysia (IKRAM) menyeru seluruh warga Malaysia dari segenap bangsa, agama, pangkat dan latar belakang untuk bersama-sama melakukan satu revolusi minda dalam berinteraksi dengan pelbagai isu politik tanah air.

Paksi berpolitik warga Malaysia perlulah diubah dari sekadar menjadi penyokong taksub dan membuta tuli berdasarkan sentimen kumpulan dan kepentingan peribadi sahaja kepada sokongan berasaskan pemikiran yang kritis,  kepentingan rakyat teramai dan kesejahteraan yang mapan untuk hidup bersama bertunjangkan semangat ukhuwah insaniah (persaudaraan sejagat).

Sikap 'you are either with us, or against us' yang membelenggu jiwa rakyat Malaysia dalam berpolitik, perlu dirungkaikan dan digantikan dengan sikap yang lebih matang dengan melihat setiap ahli politik dan parti-parti politik sebagai 'khadam' rakyat dan bukannya 'tuan' mereka.

Sindrom untuk melihat dan mengangkat parti politik dan orang politik sebagai 'tuan' hanya akan menjadikan rakyat Malaysia berterusan dirundung minda tertawan (captive mentality) yang akhirnya membawa kepada perhambaan kepada sesama manusia dan budaya 'patronage' yang tiada kunjung padam.

Hal ini amat tidak sihat bagi warga negara maju, Malaysia yang baru. Budaya politik sedemikian hanya akan menjumudkan pemikiran rakyat dan akhirnya membawa kepada sikap prejudis dan buruk sangka.
Read More / Baca Lagi >>

Billions pumped into Najib’s accounts, 1MDB probe shows

Posted: 02 Jul 2015 07:10 PM PDT

Investigations into debt-ridden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) have allegedly uncovered billions of ringgit channelled to the personal accounts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, the Wall Street Journal (WSJ) and Sarawak Report reported.

Both are quoting from documents from the 1MDB probe that is being carried out by the Malaysian government, with Sarawak Report claiming that the Attorney-General was also aware of the information.

The documents show that US$700 million (RM2.67 billion) was moved among government agencies, banks and entities linked to 1MDB and finally ending up in the prime minister's personal accounts in five separate deposits, WSJ said.

 It said that the largest transactions were deposits of US$620 million and another one for US$61 million in March 2013, two months before the general election was held. An 1MDB spokesman said, referring to the transfers into Najib's account: "1MDB is not aware of any such transactions, nor has it seen any documents to this effect."

The spokesman cautioned that doctored documents have been used in the past to discredit 1MDB and the government. Sarawak Report said RM42 million had gone into Najib's accounts from SRC International Sdn Bhd, the Finance Ministry-owned company that had taken a RM4 billion loan from the Retirement Fund Incorporated (KWAP).

"The money taken from SRC International is a particularly shocking revelation, because this was money lent by the public pension fund KWAP and never accounted for," the report said. The Finance Ministry had said previously SRC invested the funds in Gobi Coal & Energy Ltd, a Mongolian-based company, but provided no other details than that. A director of SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, the report said, had power of attorney over Najib's accounts, according to documents acquired from the investigation.

Read More / Baca Lagi >>

BOMBSHELL: NAJIB'S PERSONAL BANK ACCOUNTS LINKED TO 1MDB TRAIL

Posted: 02 Jul 2015 07:09 PM PDT

BOMBSHELL: NAJIB'S PERSONAL BANK ACCOUNTS LINKED TO 1MDB TRAIL
In a shocking development it has been learnt that investigators have traced billions of ringgit linked to the 1MDB money trail into Prime Minister Najib Razak's personal bank accounts.
Amongst a series of key transactions it has been identified that a total of RM42 million recently flowed from a controversial company linked to 1MDB, SRC International Sdn Bhd, into the PM's own private accounts.
These personal accounts were held clearly under the name of "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" at AmPrivate Banking in Kuala Lumpur.
Even more sensationally, a total of US$681,999,976 (RM2.6 billion) was separately wire transferred from the Singapore branch of the Swiss Falcon private bank owned by the Abu Dhabi fund Aabar into the Prime Minister's private AmBank account in Kuala Lumpur, on March 2013, just in advance of the calling of the General Election.
AG Abdul Gani Patail - the information is on his desk
AG Abdul Gani Patail – the information is on his desk
Aabar has been connected to numerous financial transactions involving 1MDB.
The transfers from the fund's wholly owned Falcon Bank into Najib's AmPrivate Banking account took place just days after the signing of a so-called "strategic partnership" between Malaysia and Abu Dhabi on 12th March 2013.
This resulted in the issuing of a US$3 billion bond guaranteed by the the Malaysian Government as part of a "50 50 joint venture between 1MDB and Aabar" to develop the Tun Razak Exchange project.
However, there have been many queries since about what happened to the money; about the failure to develop the Tun Razak Exchange project and about why Aabar itself never contributed, as promised, to the so-called joint venture?
Posing at the photo shoot to promote the "RM18 billion deal" three weeks before parliament was dissolved, were the Malaysian Prime Minister Najib Razak, the CEO of 1MDB (Shahrol Halmi), the Chairman of 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin), the Chairman of Falcon Bank and CEO of Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) as well the Chairman of Aabar (Khaddem Al Qubassi) who has been closely linked to numerous deals with 1MDB and to the controversial business friend of the Prime Minister, Jho Low.
Posing at the photo shoot to promote the "Strategic Partnership"just  days before the cash transfer from Falcon and three weeks before parliament was dissolved, were the Malaysian Prime Minister Najib Razak; the CEO of 1MDB (Shahrol Halmi); the Chairman of 1MDB (Lodin Wok Kamaruddin); the Chairman of Falcon Bank and CEO of Aabar (Mohamed Badawy al-Husseiny) and the Chairman of Aabar (Khaddem Al Qubassi).
This stunning body of banking information has recently been received by a number of Malaysia's top law enforcers, including the Attorney General.
It creates an extraordinary series of connections between 1MDB projects and the Prime Minister's personal finances and it transforms the 1MDB investigation into a political crisis of the gravest magnitude in Malaysia.
Mohamed Badawy al-Husseiny CEO of Aabar was also Chair of Falcon Bank at the time of the multi-million dollar transactions into Najib's account and he remains a current Board Member at the Aabar/IPIC owned bank.

SRC paid RM42 million to Najib Razak's private accounts

The money taken from SRC International is a particularly shocking revelation, because this was money lent by the public pension fund KWAP and never accounted for.
SRC International Sdn Bhd was set up under the auspices of 1MDB in July 2011 and it is headed by none other than Nik Faisal Ariff Kamil, a close friend of Jho Low, who was brought over to 1MDB from Sarawak's UBG as the fund's chief investment officer.
Najib's personal accounts move centre stage in the hunt for 1MDB's missing billions
Najib's personal bank accounts move centre stage in the hunt for 1MDB's missing billions
In 2010 Nik Kamil was the 'link man' between UBG, 1MDB and PetroSaudi for channelling US$260 million of 1MDB money into the purchase of UBG from Jho Low and the then Sarawak Chief Minister Taib Mahmud.
He was then transferred to become CEO of 1MDB's new subsidiary SRC International Sdn Bhd.
SRC International courted immediate controversy in 2011 by borrowing RM4 billion from Malaysia's public retirement fund Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Over subsequent years 1MDB's political critics have pressed the government to understand where that money went and have repeatedly complained at the lack of information provided by the company's statements and accounts.
Most recently the Prime Minister, who had eventually taken SRC under the direct control of his own Ministry of Finance, announced in March that much of the money had been invested in a Mongolian company Gobi Coal & Energy.
However, documents now in the hands of Malaysian prosecutors, show that just the previous month (February 10th 2015) SRC International had transferred RM10 million into the account number 2112022011880 of "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" at AmPrivate Bank in Kuala Lumpur.
Transfers this year in February from SRC into Najib's personal account
Transfers this year in February from SRC into Najib's personal account
Likewise, on December 26th 2014, two earlier transactions had seen the transfer of another RM27 million and RM5 million from SRC International Sdn Bhd into AmPrivate Banking account number 2112022011906, which also belongs to "Dato'Sri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".
Transfers last December from SRC into Najib's personal accounts
Transfers last December from SRC into Najib's personal accounts
The money trail from SRC International to Najib has been clearly detailed by investigators and is also in the possession of the international financial newspaper The Wall Street Journal.
Sarawak Report has acquired copies of the documentation relating to the case, which corroborate that out of a total of RM50 million transferred from of SRC in these transactions RM42 million went straight into the Prime Minister's own accounts.
The findings present a clear flow of money from SRC International's AmBank Islamic account number 2112022010650 through two separate Malaysian companies into two of Najib's own personal accounts at the AmBank Group's private arm.
The transfers first passed from the 1MDB/ Ministry of Finance owned company, SRC International Sdn Bhd, whose Director and CEO is Nik Faisal Ariff Kamil, to a second company Gandingun Mentari Sdn Bhd, of which Nik Faisal Ariff Kamil is also a Director and SRC is the major shareholder.
This account was also held at AmBank Islamic, account number 8881003806948.
Key role of Nik Faisal Arif Kamil at SRC and transfer company Gandingan Mentari Sdn Bhd
Key role of Nik Faisal Ariff Kamil at SRC and transfer company Gandingan Mentari Sdn Bhd
Then the money was transferred on to another company Ihsan Perdana Sdn, of whom the shareholders of a share capital of RM100,000 are one Datuk Suboh Bin Mohd Yassin and again Nik Faisal Ariff Kamil.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali - Sabbaruddin Chik

Posted: 02 Jul 2015 07:04 PM PDT


Sabbaruddin Chik

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik percaya Pas dan Umno akan bergabung kembali mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika Pas sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam BN.

"Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN.

"Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini," katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas dan Umno perlu menghentikan persengketaan yang telah lama wujud antara kedua-dua parti tersebut.

"Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Beri keahlian penuh PAS pada bukan Islam

Posted: 02 Jul 2015 07:02 PM PDT

Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata sudah sampai masanya PAS memberi keahlian penuh kepada orang bukan Islam yang mahu menyertai parti itu dan tidak hanya meletakkan mereka dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) semata-mata.

Beliau juga menegur kepimpinan PAS yang "masih menaruh kebimbangan" untuk berbuat demikian sehingga mereka dianggap berada dalam "kelas kedua" dalam parti Islam itu dan ia tidak mencermnkan keterbukaan dalam Islam.

"Saya tak fikir kalau PAS tu sendiri, sebagai sebuah parti Islam perlu bimbang untuk membuka keahlian penuh kepada orang bukan Islam. Bagi saya, PAS sendiri sepatutnya sudah membuka ruang keahlian kepada orang bukan Islam menjadi ahli yang penuh.

"Parti Islam hari ni harus lebih memperlihatkan dan dilihat oleh orang bukan Islam sebagai parti yang sangat mesra dengan semua orang termasuk orang bukan Islam. Bukan (jadi) parti yang hanya eksklusif, dilihat milik kepada orang Islam (sahaja).

"Sehingga kita (PAS) masih menaruh kebimbangan untuk hendak membuka ruang keahlian yang penuh kepada mereka yang akhirnya dilihat mereka berada dalam keadaan 'second class'.

"Ini tak baik kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat kebaikan, kelembutan, keterbukaan Islam," katanya yang juga bekas ketua penerangan PAS.

Beliau mengulas wawancara anak kelima bekas presiden PAS Faiz Fadzil yang mengharapkan parti baru yang bakal ditubuhkan, lebih bersifat inklusif dengan menerima keahlian penuh bukan Islam selagi mereka menyokong dasar perjuangan Islam dan dibenarkan untuk mengundi dalam parti itu.

Gesaan Mahfuz itu dilihat selari dengan inti ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu DHPP diperkukuhkan peranannya dengan lonjakan baru dari segi keahlian, struktur organisasi dan perancangan geak kerja.

'Islam tak boleh digugat'

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata jika PAS yakin bahawa dasar perjuangan Islam tidak boleh digugat, maka siapa sahaja yang berada dalam parti itu tidak akan menjejaskan dasar yang dibawa itu.

"Yang penting kita harus merumuskan bagaimana dan tiada siapa yang boleh menggugat dasar Islam yang diperjuangkan PAS. walaupun dia bukan Islam, dia tidak boleh menggugat," katanya.

Bagaimanapun Mahfuz berkata terpulang kepada parti baru yang bakal dibentuk oleh rakan-rakannya dalam PAS untuk menentukan sama ada mahu membuka keahlian penuh ataupun tidak.

Read More / Baca Lagi >>

JANGAN LUPA.. setiap kali anda pam minyak kete bacalah "INNALILLAH..."

Posted: 02 Jul 2015 06:54 PM PDT


RM1,080,000,000 duit rakyat bakal masuk kantong kroni..

Posted: 02 Jul 2015 06:53 PM PDT


TOL NAIK.. rakyat kena bayar

TOL TAK NAIK.. pampasan akan dibayar guna duit rakyat

NAMPAK TAK PERMAINAN MEREKA..

Akhirnya hasil kerja tgn Mahathir dahulu membuahkan hasil lumayan demi memenuhkan kantong2 kroni kensesi tol..

Negara Bankrap kerana Wakil Rakyat CURI !!! Negara Bankrap kerana Menteri-menteri CURI !!!

Posted: 02 Jul 2015 02:40 PM PDT