Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MALAYSIAKINI COPYPASTE: BUKAN MUSA LAH, ANIFAH LAH

Posted: 01 Jul 2015 03:48 PM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia satu kesilapan nyata dan bukan pencerobohan apabila helikopter Sabah Air yang dinaikinya mendarat di tempat pendaratan milik tentera Indonesia dekat sempadan Sabah dengan Indonesia semalam.

"Kami sepatutnya mendarat di Sungai Melayu berhampiran sempadan. Tetapi juruterbang mendapati tempat pendaratan digenangi air. Jadi, dia menerbangkan helikopter untuk mencari tempat alternatif untuk mendarat," katanya kepadamedia di Kuching malam tadi.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis Iftar dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan kontinjen polis negeri di kompleks perumahan polis Tabuan Jaya.

Beliau berkata juruterbang helikopter segera berlepas setelah menyedari kesilapan itu dan kemudian mendarat di Wallace Bay di Sabah. 

"Saya berharap pihak media dari Malaysia dan Indonesia tidak akan memanipulasi insiden itu.

"Kami telah menjelaskan kepada Kedutaan Indonesia. Saya juga telah memberi taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata beliau.

Beliau berkata, hari ini Kementerian Dalam Negeri akan menghantar sepucuk surat penjelasan kepada Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman untuk beliau menyerahkan surat itu kepada rakan sejawatannya dari Indonesia.

"Saya berharap perkara itu telah selesai kerana ia bukan kes pencerobohan tetapi kesilapan oleh juruterbang. Kita tidak harus membiarkan hubungan baik antara kedua-dua negara terjejas," katanya.

Beliau berkata ada pagar di kawasan sempadan dan bentuk rupa bumi adalah serupa dan oleh itu, juruterbang tidak harus dipersalahkan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata surat tunjuk sebab telah dihantar pada Isnin kepada akhbar The Edge kerana menerbitkan laporan yang mengelirukan berhubung 1MDB yang dipetik dari laman web Sarawak Report.

"Kerajaan memberi tempoh seminggu untuk akhbar itu menjawab surat tunjuk sebab," kata beliau.


- Bernama

* Sudah tahu silap betulkan lah. Janganlah copypaste sahaja.
*  Menteri Luar : Datuk Seri Anifah Aman
*  Ketua Menteri Sabah : Datuk Musa Aman

SEMAKIN TIDAK TERKAWAL, SEMAKIN RAMAI AHLI PAS SERTAI DAP

Posted: 01 Jul 2015 08:57 AM PDT

Peguam PAS, Zulhazmi Sharif telah telah membuat pengumuman keluar parti dan akan menyertai DAP esok.
Penyertaan Zulhazmi ke dalam DAP disokong oleh Young Syefura Othman (Rara), Naib Ketua DAPSY Subang yang juga Penyelaras Impian Kelantan.
Menurut Zulhazmi, borang penyertaaan keahlian DAP itu akan diserahkan kepada seorang Ahli Parlimen DAP esok.
"Ini yang Rara isi tadi… Sebagai pencadang… Belum jadi ahli pun..
"Insya Allah kalu tak ada apa-apa, esok akan serah borang dalam majlis berbuka puasa bersama seorang Ahli Parlimen DAP..,"kata Zulhazmi dalam Facebooknya hari ini.
Pada pemilihan Dewan Pemuda PAS sesi 2013/15, Zulhazmi merupakan salah seorang calon Ketua Pemuda mencabar Suhaizan Kaiat dan Kamaruzaman Mohamad.
Pemilihan Ketua Pemuda PAS untuk sesi itu dimenangi oleh Suhaizan dengan 320 undi berbanding dengan Kamarulzaman 307 undi dan Zulhazmi 7 undi.
Zulhazmi kemudiannya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Badan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS.
Namun, pada 13 Ogos 2014, Zulhazmi telah meletak jawatan daripada jawatannya ekoran mengkritik secara terbuka kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Zulhazmi kemudiannya bergiat aktif Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) dan dilantik sebagai peguam untuk NGO tersebut.
Pada 15 Jun lalu, Zulhazmi telah menghantar surat kepada pejabat agung PAS untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


1MDB - Justo - Thailand bullshit exposed by BERNAMA?

Posted: 01 Jul 2015 08:59 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin takut Khalid kembali, tapi tiada keputusan dan tindakan

Posted: 01 Jul 2015 10:30 PM PDT




Perlu bangun bukan hanya Semenanjung dan infra

Posted: 01 Jul 2015 08:29 PM PDT









Stabil dalam hadapi cabaran

Posted: 01 Jul 2015 05:30 PM PDT





Langkah-langkah kerajaan yang dilakukan perlu untuk tangani sesuatu diluar kawalan kita utamamya seperti berikut:



Kadang-kadang tindakan perlu dilakukan....



Air tak settle, kilang tutup .. apa ni Azmin?

Posted: 01 Jul 2015 03:10 PM PDT




Setakat cuci kotor dan najis, BAIK AZMIN TURUN bila tak selesai isu air!

Posted: 01 Jul 2015 08:30 AM PDT


Undur jika tiada upaya

Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Abdul Khalid menyatakan keyakinannya bahawa ramai rakyat di Lembah Klang termasuk Selangor kecewa dengan sikap pentadbiran Mohamed Azmin yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.


"Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan 'ancaman' oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian itu.

"PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.


"Namun, tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti susulan daripada 'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selain kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan perjanjian utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor," katanya.


Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang menambah kata, walaupun Sultan Selangor sendiri sebelum ini telah berulang kali mengingatkan supaya penyusunan semua industri itu dimuktamadkan secepat mungkin, pentadbiran negeri seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut.

Sebaliknya, Mohamed Azmin menurut Abdul Khalid dilihat sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi terlibat selain gagal menggariskan pelan terperinci untuk menyelesaikan isu perikhidmatan air di Selangor sejak mula memegang jawatan itu pada September tahun lalu.

Air begini Azmin pandai bekalkan

"Sebaliknya, apa yang Mohamed Azmin mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalik retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Pusat. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

"Sekiranya Menteri Besar sedar had keupayaan peribadi dan kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah diutarakan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini,"tegasnya.

Utusan

S Subramaniam: Progressive leader in the making for MIC

Posted: 01 Jul 2015 05:30 AM PDT


Gunalan Kanda

... when the MIC crisis erupted and lava was scattered all over, I thought it is the end for the only Indian-represented party in Malaysia. Most of us felt it is time for MIC to pack its bags. However, over the course of time, the 'close shop' perception slowly began to turn into 'maybe there is hope'. The pristine looking, well-articulated, calm and composed Datuk Seri Dr S. Subramaniam took charge and showed us why a professional is what MIC needs to move forward.

When the trembling was initially felt, vociferous opinions emerged from all angles. From the start till today, Dr Subra only said one thing, "Abide by the Registry of Societies' (ROS) decision". When the court proceedings initially looked unfavourable to him, he only said "Abide by the court and ROS decision". When the Prime Minister got dragged in and Dr Subra was publicly mocked by the opposite camp, he reiterated "Abide by the ROS decision." Throughout, the doctor was only asking everyone from both camps to move along the orders given by ROS, and very rightly so as ROS is the parent of all organisations in the country. Its role is to safeguard the constitution and structure of every organisation, be it government or non-government. Had the final decision not favoured him, I can vouch that Dr Subra would have still said "Abide the ROS decision".

Respecting the decision of a higher authority is utmost important to ensure peace. Dr Subra's professionalism in addressing the disaster in MIC definitely won him many more supporters. Cabinet ministers, deputy ministers, senators, parliament members, MIC branch and division leaders all embarked on Dr Subra's journey. And why not? He looks like the only person who can guide the craft to safety.

Even before completely taking the helm he has already ironed out his plans for MIC and the community. Topping the list is amending the MIC constitution to democratise the party and reduce the autocratic powers of the president. He envisions engaging the youth more as he acknowledges the youth of today are leaders of tomorrow. He pledges to put a stop to caste-based politics within the party that has been dominating since its induction. He has already mapped progression out and all that is left now is implementation.

Extract from MMO here

Najib's different style of fighting

Posted: 01 Jul 2015 01:28 AM PDT


With disputes ongoing in both Pakatan Rakyat and Barisan Nasional, anxious Malaysians are puzzled as to who can continue to lead the country.The storm by Mahathir is slowly settling but a bigger hurricane has hit Pakatan. The MIC battle looks like a child's play compared to the Pakatan tug-of-war. In the midst of all the fighting, a resurgent Datuk Seri Najib Abdul Razak continuously reaffirms that he is the right man to take the country forward.

People may say that most of the scandals surrounding BN have not solved but by the way Najib is moving I am positive all will end well. I cannot say the same for Pakatan because there is a massive gap in leadership there. Everybody wants to be captain and neither bighead listens to the other. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is such a weak leader that she has absolutely no ability to solve any matter. The biggest problem in Pakatan now is everybody is trying to pull the strings attached to Wan Azizah and the puppet has no idea which way to move.


Datuk Seri Najib is indeed starting to look like the Bugis warrior who is slaying all enemies of the country. In the past, when people questioned or ridiculed his leadership, the tongue-lashing was met with silence. That is no more the case today. Push a man to the edge of a cliff and see how he responds. Tun M is starting to realize that Najib is not like any of the people he has run over before. Najib tried being a professional gentleman by not washing dirty linen in public but Tun kept whipping Najib continuously. While defending himself, Najib also launched his own offence towards Dr M to remind him to look at the mirror in his house first before commenting on others.


As they say, offence is the best form of defence. The opposition is saying Najib is afraid because despite all allegations, no action has been taken against Mahathir. Well, I would like to say that Najib is no Mahathir. Tun M arrested everybody who uttered negativity about him and revoked licenses of media who dared to speak against him. Najib is more of a man than Mahathir. He can comfortably take the easy way out and get Mahathir arrested under POTA but that would mean he is just the same as Mahathir. Instead, he is allowing Mahathir to trash talk while he stands tall proving Mahathir wrong. Dr M has never been as ashamed as he was made to be during the issue surrounding Tan Sri Pandikar Amin's supposed desire to resign as the speaker of Dewan Rakyat.

More recently, MIC's de-facto leader Datuk Seri G. Palanivel also experienced the tiger's roar first hand. Palanivel thought he could get away by blaming Najib for the MIC crisis. Instead, within a day Najib took to social media and summoned Palanivel to explain his statement in PWTC. This is exactly the type of leader we need. Someone who responds immediately and never afraid to confront be it an individual from the opposition or BN coalition.

If there is any good Mahathir has done of late, he has given birth to a warrior, a Bugis warrior who is out guns blazing to save this country. We definitely love the new and improved Datuk Seri Najib Abdul Razak!

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:18 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Ahmad Maslan Difitnah Di Bulan Puasa, Tweet Palsu KFC Adalah Palsu

Posted: 30 Jun 2015 09:59 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Baguslah tutup kedai asal harga kereta murah' - Tun M

Posted: 01 Jul 2015 10:00 PM PDT

Tun Mahathir Mohamad hari ini menyindir pendirian Institut Automotif Malaysia (MIA) bahawa persaingan dalam pasaran kereta memberi manfaat kepada kepada pengguna.

Pengerusi Proton itu sebaliknya membayangkan persaingan sebenar berlaku secara tidak adil.

"Jika kalah kita mungkin gulung tikar. Ratusan ribu pekerja, jurutera dan pengurus akan hilang kerja. Keluarga mereka akan menderita.

"Tetapi semua ini tidak mengapa kerana pengguna akan dapat kereta lebih bagus dengan harga lebih murah daripada negara luar," sindirnya.

Isnin lepas, Ketua Pegawai Eksekutif MAI Radzaif Mohamed dilapor berkata persaingan melalui industri terbuka baik untuk pengguna selain membolehkan pemain industri lebih meneroka pasaran.

Mahathir membangkitkan bahawa negara-negara pengimport penting kereta sebenarnya mengenakan piawaian dan syarat yang menyekat kereta Malaysia daripada pasaran masing-masing.

"Jadi pengguna di Jepun, Jerman, Korea dan China tidak boleh menikmati faedah seperti di Malaysia," sindirnya lagi dalam blognya hari ini.

Perdana menteri 22 tahun itu juga menegaskan bahawa kapasiti industri di Malaysia masih tidak sama tahap dengan negara pengimport besar lain.

"Kita mungkin boleh menang dalam pertandingan tilawah al-Quran tetapi bukan dalam bidang automotif.

"Kita main bagus dalam badminton dan skuasy tetapi bukan bola sepak," katanya lagi.

Kerjasama Umno-PAS dalam PRU depan?

Posted: 01 Jul 2015 09:51 PM PDT

Persengketaan antara dua parti iaitu Umno dan PAS telah berlangsung sekian lama dan dianggap mustahil dapat diselesaikan.

Malah, perbalahan beberapa dekad juga pernah memecahbelahkan anggota keluarga dengan berdasarkan cerita-cerita daripada orang Melayu di kampung-kampung.

Bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sering menggambarkan bahawa kerjasama dengan Umno seperti 'dosa' yang tidak dapat dimaafkan.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya mungkin boleh berlaku selepas ketiadaan Nik Aziz, selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi menggiatkan agenda hudud dan bersedia bekerjasama dengan Umno bagi mencapai matlamat keagamaan itu.

Tambahan pula, Hadi sering digambarkan sebagai penggerak utama agenda kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama Umno Kelantan juga menyokong PAS untuk melaksanakan hudud.

Oleh itu, seorang bekas pemimpin kanan BN percaya bahawa Umno dan PAS akan berganding bahu demi kepentingan bersama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Tidak kira apa yang pengkritik atau penganalisis akan kata, tetapi percayalah, ini adalah idea yang boleh dilaksanakan dari segi politik – bekerjasama demi pilihan raya," kata pemimpin yang tidak mahu namanya disiarkan kepada Malaysiakini.

Read More / Baca Lagi >>

PAS umpama bermimpi di siang hari kata Pemuda Umno Kedah

Posted: 01 Jul 2015 08:15 PM PDT


Shaiful Hazizy Zainal Abidin

ALOR SETAR - Pemuda Umno Kedah menyifatkan hasrat Pas Kedah yang mahu kembali merampas pemerintahan kerajaan negeri pada PRU akan datang umpama 'bermimpi di siang hari'.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainal Abidin berkata, seeloknya, parti itu 'mengukur baju di badan sendiri' sebelum membuat kenyataan atau angan-angan itu.

"Keyakinan itu hanyalah keyakinan kosong. Ia tidak lebih daripada sekadar laungan perang psikologi untuk menaikkan semangat ahli mereka sahaja," katanya.

Menurutnya, pihaknya yakin rakyat mempunyai kematangan dalam membuat penilaian, di mana Pas Kedah dilihat masih terkesan dengan pertandingan muktamar lalu sehingga bakal membentuk sebuah parti baharu termasuk kewujudan Pasma, yang disokong bekas-bekas pemimpin Pas yang kecewa.

"Saya yakin atas dasar itu, rakyat Kedah tidak akan mempertaruhkan masa depan mereka terhadap sebuah pakatan yang rapuh dan mampu runtuh pada bila-bila masa," katanya.

Shaiful Hazizy berkata, percubaan Pas Kedah menampilkan imej kepimpinan ulama adalah sebuah pendekatan yang lapuk dan usang, sedangkan apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang komited dan tidak terbatas berdasarkan imej ulama semata-mata.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca muktamar, Mahfuz risau Kelantan tumbang pada PRU14

Posted: 01 Jul 2015 08:14 PM PDT

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.

"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Read More / Baca Lagi >>

Skandal MARA: Bukan isu baharu, Now terlambat, kata Annuar

Posted: 01 Jul 2015 05:28 PM PDT

KUALA LUMPUR - "Mereka terlambat," kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas pendedahan NGO, National Oversight & Whistleblowers (Now) mengenai empat lagi hartanah yang dibeli anak syarikat agensi itu, Mara Inc di Melbourne, Australia dengan harga mencurigakan.

 Menurut Annuar, apa yang didedahkan NGO itu bukan perkara baharu kerana pihaknya sudahpun menyerahkan segala dokumen berkaitan pembelian empat hartanah itu kepada SPRM baru-baru ini.

"Sebab itu saya kata mereka terlewat, kita (bertindak) lebih dahulu daripada mereka," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Annuar berkata, dokumen yang diserahkan kepada SPRM bukan sahaja berkaitan hartanah yang dibeli Mara Inc di Australia, malahan juga di England.

"Kita tak ada niat pun nak sembunyikan penyelewengan jika betul-betul ada kes.

"Saya tidak sembunyikan apa-apa. Kalau ada maklumat, kita boleh (bagi), tapi bukan dedahkan begitu saja.

"Kalau salah (pendedahan itu) boleh datangkan keburukan pada masa akan datang  dan pendakwaan boleh dibuat oleh pihak yang dituduh," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Putrajaya diminta jelaskan skandal 1MDB, bukan kenakan tindakan atas The Edge

Posted: 01 Jul 2015 05:10 PM PDT

Lawyers for Liberty menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung apa yang didakwa Putrajaya sebagai berita yang "tidak disahkan" yang diterbitkan akhbar perniagaan mingguan itu mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), mengatakan ia satu cubaan jelas mendiamkan media.

Pengarah Eksekutifnya Eric Paulsen berkata, sangat ketara sekali yang Putrajaya sedang membalas dendam terhadap The Edge kerana ia kritikal mengenai skandal itu dan memainkan peranan penting dalam membuat liputan mengenai wang berbilion dalam 1MDB yang tidak dapat dikesan.

Katanya, tingkah laku autoritarian seperti itu menghantar satu "chilling message" (mesej yang menggerunkan) kepada akhbar itu untuk menapis sendiri liputan yang dibuatnya ke atas isu seperti 1MDB, jika tidak, ia boleh mengundang tindakan balas.

"Tidak masuk akal untuk Kementerian Dalam Negeri mencadangkan yang tindakan boleh diambil terhadap akhbar itu sekiranya ia menerbitkan berita yang 'belum disahkan' atau 'diputarbelit'.

"Apa yang pihak berkuasa perlu lakukan jika terdapat berita yang 'belum disahkan' atau 'diputarbelit' ialah, membuat satu penerangan menjelaskan isu tersebut, bukannya menggunakan cara yang tidak adil dan tidak demokratik untuk bertindak balas," kata Paulsen dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, taktik ugutan itu bukan sesuatu yang baru kerana The Edge dan portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini serta media bebas yang lain turut menjadi sasaran, manakala akhbar pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia dibenarkan menerbit berita secara bebas.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Putrajaya tuduh The Edge cetus 'kekeliruan'

Posted: 01 Jul 2015 03:58 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri telah menuduh Kumpulan Media The Edge menyiarkan artikel mengenai 1MDB yang telah mencetuskan kekeliruan dan keraguan mengenai kerajaan dan institusi kewangan.

"Kami juga dituduh bergantung kepada satu portal internet untuk artikel kami," kata penerbit dan ketua pegawai eksekutif kumpulan itu, Ho Kay Tat dalam satu kenyataan media semalam.

Ini telah disampaikan kepada syarikat itu dalam satu surat bertarikh 29 Jun oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kumpulan Media The Edge menerbitkan The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily.

Syarikat itu diberi tempoh tujuh hari untuk memberi penjelasan mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap kedua-dua penerbitan itu di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Ho berkata, syarikatnya telah memohon lanjutan tarikh akhir untuk menyediakan jawapan yang diperlukan.


"Kami telah melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan dalam tempoh enam bulan lepas, kita telah menyiarkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari pelbagai sumber - Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapura, Euromoney - dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam Kumpulan Media The Edge," kata Ho.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada konflik kepentingan dalam pertemuan dengan Arul Kanda – Shahrir Samad

Posted: 01 Jul 2015 02:30 PM PDT

image17
Shahrir berkata, dalam pertemuan yang turut dihadiri Abdul Rahman itu, beliau hanya bertanyakan hala tuju syarikat tersebut kepada Arul Kanda, tanpa menyentuh sebarang isu membabitkan siasatan PAC.

JOHOR BAHRU, 1 Julai: 

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempertahankan pertemuan dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy sebelum ini.
Beliau menegaskan, tiada sebarang konflik kepentingan berlaku susulan pertemuan itu, dengan siasatan yang sedang dijalankan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas syarikat itu.
Sebaliknya, Shahrir yang pernah mengetuai PAC pada 2004 berkata, dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan itu, beliau hanya bertanyakan hala tuju syarikat tersebut kepada Arul Kanda, tanpa menyentuh sebarang isu membabitkan siasatan PAC.
"Saya hanya bertanya soal perancangan masa hadapan, apa yang dia (Arul) nak buat. Soal sejarah, saya tak masuk campur.
"Saya sendiri tak tahu apa yang PAC nak buat, saya tak tahu apa yang PAC nak tanya. Saya juga tak tanya berkaitan akaun, saya cuma tanya lepas ini apa cadangannya," katanya kepada The Rakyat Post, ketika ditemui baru-baru ini.
Baru-baru ini, Shahrir dilaporkan mengadakan pertemuan bersama Arul yang jelasnya bertujuan memahami isu dan konflik berhubung syarikat pelaburan itu dengan lebih mendalam.
Pertemuan itu berlangsung sehari, selepas tarikh Arul Kanda sepatutnya berjumpa PAC, yang mana perkara itu turut diakui Presiden 1MDB itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jika tiada kejujuran dan ketelusan, jangan harapkan kepercayaan rakyat

Posted: 01 Jul 2015 02:22 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Kejujuran dan ketelusan adalah perkataan yang tidak selalu dikaitkan dengan ahli-ahli politik secara umum, dan akhir-akhir ini, rakyat Malaysia di kedua-dua belah jurang semakin curiga terhadap pemimpin-pemimpin mereka.
Kebanyakan sentimen ini adalah disebabkan oleh siri keputusan buruk yang berpunca dari ketiadaan kepimpinan yang kukuh dalam kedua-dua Barisan Nasional, dan kini pakatan pembangkang yang hampir mati, Pakatan Rakyat.
Kedua-dua parti sibuk menuding jari sesama sendiri, dan cuba menutup kepincangan mereka sendiri.
Di Jakarta, gabenor Basuki 'Ahok' Tjahaja Purnama berkata yang beliau baru-baru ini belajar satu pengajaran tentang kepentingan ketelusan dalam pentadbiran, daripada membersihkan 'keadaan kucar-kacir' yang sama secara tertutup.
Ahok berkata beliau telah pergi untuk makan malam di rumah ketua umum Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P), Megawati Soekarnoputri dan terkejut apabila mendapati yang nyamuk tidak ada di situ.
Pada 30 Jun, portal berita Kompas.com memetik Ahok sebagai berkata yang Megawati mempunyai cara khusus untuk mencegah nyamuk dari membiak, termasuk membela ikan yang makan larva nyamuk.
"Saya bilang saya juga sudah begitu. Saya taruh ikan biar makan nyamuk, tetapi tidak berhasil," kata Ahok, sambil menambah hanya kemudian baru beliau mengetahui bahawa Megawati juga memelihara katak hijau di dalam kolam itu, yang makan nyamuk dewasa.
Ahok berkata kemudiannya beliau menyedari yang ketelusan maklumat adalah penting kerana ini boleh melahirkan orang-orang yang akan dapat mencari penyelesaian kepada masalah yang menjejaskan pentadbiran dan rakyat.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kepada kebebasan maklumat, Ahok melancarkan portal data terbuka Jakarta yang mengandungi data berkaitan dengan wilayah dan pentadbiran beliau.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Ahok juga dilaporkan melancarkan pertandingan HackJack2015, yang dianjurkan oleh Pusat Informasi Perencanaan Pembangunan (Bappeda). 
Pertandingan ini memerlukan semua peserta untuk menggunakan data rasmi yang didapati di laman-laman sesawang pentadbiran di bandar ini seperti jakarta.go.id, smartcity.jakarta.go.id dan data.jakarta.go.id, untuk membangunkan aplikasi-aplikasi baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warga Jakarta.
Dalam menggesa pegawai-pegawai awam untuk memenuhi komitmen mereka untuk sentiasa mengemaskini laman web ini, Ahok juga mengancam untuk merampas kakitangan mereka, jika mana-mana jabatan didapati gagal untuk berbuat demikian.
Mereka yang biasa dengan gaya kepimpinan beliau menggambarkan Ahok sebagai seorang ahli politik yang sanggup melakukan apa saja, seperti yang terbukti dalam pertembungan terbarunya dengan Dewan Perwakilan Daerah Rakyat Jakarta, berkenaan dakwaan rasuah dalam bajet terbaru yang diluluskan bagi tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

Thailand masih siasat kes peras ugut PetroSaudi

Posted: 01 Jul 2015 02:19 PM PDT

BANGKOK: Polis Diraja Thailand masih dalam proses siasatan kes bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo walaupun dia telah mengaku melakukan peras ugut dan cuba memeras bekas majikannya.

Jurucakap Polis Diraja Thailand Pol Lt Jen Prawuth Thavornsiri berkata Justo telah mengaku terhadap dakwaan mengenai memeras ugut dan cuba melakukan pemerasan terhadap bekas majikannya.

"Ya, dia telah mengaku," katanya ketika ditanya oleh Bernama sama ada Justo telah mengaku terhadap semua dakwaan peras ugut dan pemerasan.

Beliau berkata kes Justo akan dibicarakan di Thailand kerana kesalahan yang dikatakan itu dilakukan di Thailand.

Mengenai laporan berhubung permohonan polis Malaysia untuk menemu bual Justo, beliau berkata setakat ini tiada permintaan rasmi atau pihak berkenaan telah berhubung mengenai perkara itu.

Malaysia bukan pengadu atau terlibat dalam hal ini, hanya Thailand dan PetroSaudi terlibat, katanya selepas sidang media mingguan Polis Diraja Thailand di sini Rabu.

Ketika ditanya jika pegawai-pegawai Malaysia akan dibenarkan untuk menemui Justo, beliau berkata, pegawai asing dari negara-negara yang tidak terlibat dalam kes itu tidak akan dibenarkan menemui Justo.

"Apakah status para pegawai Malaysia dalam kes ini?' dia bertanya.

"Oleh kerana kes ini adalah masalah hubungan antarabangsa, kami tidak akan membenarkan mana-mana lawatan sehingga proses siasatan selesai," katanya sambil menegaskan beliau adalah satu-satunya orang yang diberi kuasa untuk bercakap mengenai kes tersebut.

Beliau berkata kes itu melibatkan Switzerland (kerana Justo ialah warga Switzerland), England, tempat PetroSaudi berdaftar, dan Thailand, tempat kesalahan dikatakan dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Ikram NGO pertama sokong tubuh wadah harapan baharu secara rasmi

Posted: 01 Jul 2015 02:15 PM PDT

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hasanuddin Mohd Yunus berkata mereka sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap usaha kolektif untuk mewujudkan arus baharu gerakan rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Julai, 2015. 
Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hasanuddin Mohd Yunus berkata mereka sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap usaha kolektif untuk mewujudkan arus baharu gerakan rakyat. 

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menjadi badan bukan kerajaan (NGO) pertama yang menyambut cadangan penubuhan wadah untuk membentuk harapan baharu yang sedang diusahakan kumpulan progresif tersingkir daripada pucuk kepimpinan PAS. Timbalan presidennya Hasanuddin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya berkata, Ikram sentiasa terbuka tetapi berpandangan kritis terhadap usaha kolektif untuk mewujudkan arus baharu gerakan rakyat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum-hakam syarak dan maqasid al-shariah.
"Ikram bersedia menjadi sebahagian daripada gelombang harapan baharu untuk membina Malaysia yang lebih rahmat, demokratik dan sejahtera," katanya.

Harapan baharu adalah tema perjuangan yang dibawa kumpulan G-18 dalam usahanya menubuhkan wadah politik selepas perpecahan dalam PAS di muktamarnya ke-61 awal Jun lalu. Sebelum ini, pemimpin pelajar Fahmi Zainol yang pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus Universiti Malaya dengan merempuh pintu pagarnya berkata, gerakan baharu sepatutnya sudah lama dibentuk sejak 5 atau 10 tahun lalu lagi.
Hasanudin berkata, Ikram mengikuti perkembangan politik dan pembangunan semasa negara ini dengan penuh minat.
Read More / Baca Lagi >>

KENAPA berita kenaikan minyak MASIH tidak disiarkan di muka hadapan lidah siar UMNO !!!

Posted: 01 Jul 2015 01:49 PM PDT


Skandal MARA: Ke mana perginya RM 66.2juta?

Posted: 01 Jul 2015 08:58 AM PDT


PAS Lupa Untuk Mati

Posted: 01 Jul 2015 08:51 AM PDT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pasca muktamar yang baru lalu ternyata bukan parti PAS yang kita pernah kenali dahulu. Kalau kita bergaul dengan penyokong mereka di media sosial, angkuh mereka sudah mengalahkan penyokong UMNO dah. Mengalahkan PAS sudah terlalu kuat untuk dikalahkan.

Slogan kepimpinan ulama sebenarnya suatu penyakit yang merbahaya dan kesannya telah mulai kita lihat sekarang. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah batang tubuh yang telah gagal merampas Terengganu dalam 2 siri PRU yang lepas. Malah, tidak nampak lagi tanda-tanda yang Terengganu bakal jatuh ke tangan PAS di PRU ke-14 nanti. Tiada. Poci. Yilek.

Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah contoh pemimpin yang ditolak masyarakat setempat. Dia kalah pada PRU yang lalu.

Acuan 100% ulama dalam saf kepimpinan bukanlah acuan yang terbaik.

Mokhtar Senik, bukanlah nama yang boleh memberi anjakan sokongan terhadap PAS malah status FB yang memaklumkan dia disapa Umar r.a. dalam mimpi di Kemunting (telah dia padamkan) amatlah lucu dan merepek.

Entah bagaimana dia mengetahui wajah Umar r.a., tidak pula diketahui. Hanya ada 2 jawapan mudah dalam kes itu; samada dia seorang pendusta ataupun dia ditipu syaitan didalam mimpinya.

Dengan meminggirkan golongan Progresif dalam saf kepimpinan, ia umpama mencurahkan cuka ke atas luka yang mulai bernanah.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Mara, masa depan bumiputera Melayu terancam

Posted: 01 Jul 2015 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masa depan bumiputera kini kian terancam berikutan skandal membabitkan pembelian Dudley International House yang berharga RM67.2 juta.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang merujuk kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata tiada unsur harga dinaikan dan mengikut prosedur yang ditetapkan adalah mengelirukan.

"Beliau hanya ingin menyembunyikan perkara yang sebenar, sesuatu penipuan yang dilakukan akan dipastikan supaya dari sudut dokumen akan menunjukkan tiada kesalahan dan penipuan yang dilakukan dan tiada pelangaran posedur.

"Apa yang perlu dijelaskan kenapa Mara perlu membayar lebih dari harga pasaran, Laporan ketua Audit Negara pernah melaporkan agensi kerajaan termasuk Mara penuh dengan penipuan apabila barang yang murah dibeli dengan harga yang tinggi," katanya.

Tambah beliau, Mara merupakan agensi milik bumiputera yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan Melayu, namun skandal ini mengugat kepercayaan yang telah diberikan.
Read More / Baca Lagi >>

Kecacatan daftar pengundi masih parah di Sabah

Posted: 01 Jul 2015 08:41 AM PDT

Badan pemantau pilihan raya, BERSIH 2.0 dan Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) mengesan beberapa kecacatan pada daftar pengundi di Sabah seperti disahkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyelidik mengenai pendatang tanpa izin di negeri itu.

Sebagai contoh, kata pegawai komunikasi BERSIH 2.0, Izmil Amri Ismail, membabitkan nombor kad pengenalan dan kad pengenalan meragukan seperti diperakui RCI.

"Ada kes di Sandakan membabitkan seseorang bernama Mainah Takait yang didaftarkan dua kali menggunakan alamat sama tetapi nombor kad pengenalan berbeza," katanya.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, laporan RCI setebal 306 muka surat itu menyatakan "ada bukti mencukupi menunjukkan penduduk bukan warganegara diberi kad pengenalan biru oleh sindiket haram atau individu tertentu yang mendaftar mereka menggunakan kad pengenalan palsu."

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa lepas tanggungjawab siasat Mara kepada agensi lain, DAP soal polis

Posted: 01 Jul 2015 08:23 AM PDT

Ahli Parlimen DAP hari ini bertanya sama ada menjadi "amalan biasa" polis "melepaskan tanggungjawab" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dalam kes pembelian hartanah Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) baru-baru ini.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara Tony Pua bertanya sama ada ia perkara biasa bagi polis memindahkan tanggungjawab itu kepada agensi lain, dan mengkritik pihak berkuasa itu kerana mengambil "sikap santai" mengenai perkara itu.

"Rakyat Malaysia kini tertanya-tanya, memandangkan kepentingan jelas kes itu di mana berjuta-juta ringgit mungkin disalurkan daripada agensi kerajaan utama seperti Mara.

 "Adakah satu amalan biasa bagi polis hanya melepaskan tanggungjawab mereka kepada agensi lain?" soal Pua dalam satu kenyataan hari ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum ini, polis akan menunggu SPRM memaklumkan kepada pihaknya sekiranya wujud sebarang unsur jenayah pecah amanah dalam kes itu.

Bagaimanapun, semalam, beliau berkata ini tidak bermakna pihak polis tidak menyiasat perkara itu. Sebelum ini, polis berkata ia akan menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Australia jika diminta.

 "Rakyat Malaysia tidak faham bagaimana ketua polis negara boleh bersikap begitu santai bagi kes jenayah dan rasuah yang besar itu, yang berlaku dalam institusi kerajaan kita," kata Pua.

Polis Malaysia dikritik kerana lambat bertindak balas dalam menangani skandal Mara tersebut, sementara polis Australia bertindak dalam masa dua hari dengan menjalankan serbuan.

Mara didakwa membeli beberapa hartanah komersil di Melbourne pada harga jauh melebihi kadar pasaran, dengan salah satu daripadanya didakwa melibatkan wang sogokan untuk beberapa pegawai kanan Mara. Semua pembelian dibuat pada 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Luluskan kontrak lumayan semakin menjadi trend kerajaan BN, di mana tindakan tegas?

Posted: 01 Jul 2015 08:17 AM PDT


lle1


KUALA LUMPUR, 1 JULAI:  Sehari selepas pendedahan pembidaan nombor plat "Patriot" yang diberikan kepada Yayasan Patriot Negara Malaysia tanpa sebarang tender oleh Kementerian Pengangkutan, satu lagi kontrak lumayan tanpa tender didedahkan hari ini.
Ahli Parlimen Segambut berkata, satu projek bernilai RM1 bilion yang diluluskan tanpa sebarang tender oleh kerajaan Barisan Nasional telah dilaporkan oleh media arus perdana hari ini. (http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/07/01/RM1bil-stadium-job/?style=biz).
Katanya, laporan itu mendedahkan bahawa Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) bakal dianugerahkan kontrak membaikpulih Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil setelah kertas cadangan dikemukakan oleh syarikat terbabit kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau mempersoalkan bagaimana kontrak yang begitu lumayan boleh diluluskan tanpa tender terbuka kerana ia melibatkan wang rakyat yang amat besar jumlah dan nilainya.
Read More / Baca Lagi >>

Mana laporan interim 1MDB, DAP soal ketua audit negara

Posted: 01 Jul 2015 08:13 AM PDT

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyoal ketua audit negara di mana laporan interim mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya disiapkan pada akhir Jun.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan itu "masih ditunggu" meskipun kini sudah memasuki Julai, dan menambah Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini mengatakan laporan itu sepatutnya siap penghujung Jun.

Beliau juga mengkritik keputusan tidak menjadikan interim itu sebagai laporan awam dan sebaliknya hanya disediakan kepada ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang turut menjalankan siasatan mereka terhadap 1MDB.

 Lim berkata tindakan itu "memusnahkan rasional asal" meminta ketua audit negara memeriksa akaun syarikat kerajaan yang sarat menanggung hutang itu.

 "Walaupun ini hanya laporan interim ketua audit negara mengenai 1MDB, dan akan ada laporan akhir, tidak ada alasan cukup kuat mengapa ia disekat daripada awam atau ahli Parlimen yang bukan dalam PAC.

Read More / Baca Lagi >>

The Edge sahkan surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri kerana 1MDB

Posted: 01 Jul 2015 08:08 AM PDT

Saya ingin mengesahkan laporan berita online yang kami menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri memberi kami tujuh hari untuk memberi jawapan bertulis menerangkan kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kami dituduh menerbitkan artikel mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap kerajaan dan institusi kewangan negara.

Kami juga dituduh bergantung kepada sebuah portal Internet untuk artikel kami.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan khusus artikel yang dimaksudkan. Kami melaporkan mengenai 1MDB sejak ia dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu atau Terengganu Investment Authority (TIA) dan dalam tempoh enam bulan terakhir ini kami menerbitkan lebih 300 artikel mengenai 1MDB dari berbagai sumber – Bernama, Bloomberg, Reuters, The Business Times Singapore, Euromoney – dan laporan kami sendiri dari saluran media dalam The Edge Media Group.

Kami akan menyusun semua artikel ini untuk membantu sebarang penyiasatan terhadap kesalahan yang kami didakwa lakukan.

Kami menulis artikel kami berdasarkan bukti yang diperiksa dengan teliti.
Read More / Baca Lagi >>

RM jatuh punca harga minyak naik

Posted: 01 Jul 2015 08:02 AM PDT

Matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.
rafizi.now_
PETALING JAYA: PKR mendakwa kejatuhan kadar matawang negara telah menyebabkan rakyat tidak dapat menikmati kadar harga bahan api yang rendah sehingga membebankan mereka.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani masalah yang berlaku dengan segera dan berkesan.
Katanya, matawang yang rendah akan menyebabkan harga barang import akan meningkat terutamanya makanan mentah kerana negara masih banyak bergantung dengan negara luar.
"Rakyat tidak akan dapat menikmati harga minyak yang murah hasil dari paras harga minyak mentah yang rendah di pasaran dunia kerana nilai matawang ringgit yang rendah.
"Walaupun bukan faktor yang paling dominan, kejatuhan nilai matawang ringgit menyebabkan rakyat Malaysia menjadi mangsa menanggung harga petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa sama, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bertekad memfailkan Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Justo legakan Umno tapi tak pulih imej 1MDB

Posted: 01 Jul 2015 07:52 AM PDT

A Kadir Jasin
SHAH ALAM -  Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin membidas segelintir elit Umno yang beranggapan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo oleh polis Thailand membersihkan maklumat buruk mengenai 1MDB.
 
"Walaupun tangkapan Justo oleh polis Thailand mungkin memberi kelegaan kepada Umno elit, ia tidak akan memulihkan keyakinan kepada ekonomi kita," katanya. 
 
Dalam pada itu, Kadir juga berkata, Malaysia berkemungkinan akan menjadi negara yang paling terjejas teruk di kalangan negara-negara Asia dengan kebankrapan negara Greece.
 
Menurut laporan majalah pelaburan Amerika Syarikat, Barron Asia, yang memetik Nomura Securities, selain Hong Kong dan Singapura, Malaysia mempunyai pendedahan terbesar kepada tuntutan bank Eropah.
 
"Ini boleh berlaku jika bank-bank Eropah mengurangkan pegangan hutang Asia mereka untuk membaiki kedudukan kewangan mereka yang disebabkan oleh terkeluarnya Greece dari Zon Euro.
 
Tambahnya lagi, laporan Barron mengatakan, pada akhir tahun lepas, tuntutan hutang bank-bank Eropah di Malaysia, bersamaan dengan 17.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan tempat kedua adalah Korea dengan hanya 8.7 peratus daripada KDNK.
Read More / Baca Lagi >>

Bingai punya menteri.. Menipu memanjang jilat UMNO sampai mati !!

Posted: 01 Jul 2015 07:45 AM PDT


Bila harga minyak dunia naik IKUT CARTA,
Bila harga minyak dunia jatuh TAK IKUT CARTA..

LAHIRNYA PEMIMPIN BODOH ADALAH HASIL DARI TANGAN2 PENGUNDI UMNO@BN YANG BODOH !!!

Posted: 01 Jul 2015 02:39 AM PDT


Peneroka terima penyata hutang RM146,000, Anak gesa perdana menteri bertindak

Posted: 01 Jul 2015 01:34 AM PDT

Seorang peneroka Felda terkejut apabila menerima penyata hutang sebanyak RM146,502.34 selepas proses penanaman semula ladang kelapa sawitnya yang dibuat melalui syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd.

Ia disuarakan anaknya Zurina Amnan melalui akaun Facebook beliau yang kemudiannya mendapat reaksi yang pelbagai dari orang ramai. "Terkejut dan menangis emak saya...

Penyata hutang yang Felda Technoplant bagi semalam, ayah saya berhutang dengan Felda RM146,502.32," tulisnya.

 Katanya, hutang bapanya itu masih sedikit jika dibandingkan dengan hutang para peneroka Felda lain yang terlibat dalam penanaman semula melalui anak syarikat Felda itu selama tiga tahun.

Susulan itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan reaksi beliau berhubung perkara itu.

 "Jika perdana menteri prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'hutang peneroka dikaji semula'. Mungkin boleh lakukannya sebagai permulaan kepada insentif Hari Raya.

"Ia akan menjadi hadiah istimewa peneroka menjelang Hari Raya!" kata Mazlan, bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat yang meletakkan jawatan, dalam satu kenyataan. Beliau amat bersimpati dengan apa yang diluahkan Zurina itu, menyatakan beliau dan sudah sekian lama membangkitkan isu yang meninggalkan kesan besar kepada komuniti Felda itu.

 "Hakikatnya, inilah antara isu besar yang saya dan peneroka bangkitkan sekian lama. Saya masih menyimpan begitu banyak resit penyata tanam semula peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka," kata Mazlan.

Setakat ini, katanya, mengikut rekod beliau, terdapat peneroka yang menanggung hutang tanam semula berjumlah RM157,000. Skim penanaman semula melalui Felda Technoplant itu merupakan antara dasar yang didakwa memberi kesan yang mendalam kepada peneroka Felda.

Read More / Baca Lagi >>