Greece
GREECE dilaporkan telah melepasi tarikh akhir untuk ‎menjelaskan hutang negaranya sebanyak. €1.6 bilion kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), selepas menteri zon euro enggan melanjutkan hutang atau jaminan keluar (bailout) mereka.
 
Tetapi para menteri itu berkata, mereka akan membincangkan cadangan saat akhir dari Greece bagi program bailout baru, lapor BBC.

Greece merupakan negara maju pertama yang gagal membayar balik pinjaman kepada IMF dan kini secara rasmi tertunggak. 

Terdapat kebimbangan bahawa keadaan ini boleh meletakkan Greece berisiko tidak lagi akan menggunakan matawang euro.
 
Sementara itu, IMF mengesahkan Greece gagal untuk membuat pembayaran, tidak lama selepas 22:00 GMT pada Selasa.
 
"Kami telah memaklumkan kepada Lembaga Eksekutif kami bahawa hutang Greece kini tertunggak dan hanya boleh menerima pembiayaan IMF hanya selepas tunggakan dijelaskan," kata jurucakap IMF, Gerry Rice.