Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tony Pua CACING KEPANASAN di KANTOI Arul!

Posted: 29 Jun 2015 10:23 PM PDT


Baca tuduhan Bug Bunny di FMT SINI dan MMO SINI

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan transaksi komersial antara syarikat itu dan International Petroleum Investment Corporation (IPIC) baru-baru ini tidak dijamin oleh Kementerian Kewangan mahupun kerajaan.

"Adalah diketahui umum bahawa IPIC mengeluarkan jaminan pada 2012 bagi pembayaran faedah dan pokok terhadap dua bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB, dengan nilai pokok keseluruhan AS$3.5 bilion dan hampir AS$2 bilion dalam bentuk faedah.

"Kerajaan tidak menyediakan jaminan bagi kedua-dua bon ini," kata 1MDB sebagai respons terhadap pelbagai kenyataan salah yang dikeluarkan oleh Tony Pua berhubung kertas terma ikatan antara 1MDB dan IPIC baru-baru ini.

Sehubungan itu, 1MDB berkata perbuatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut yang mendakwa perjanjian ikatan antara 1MDB dan IPIC, transaksi perniagaan berkenaan menambah beban jaminan kerajaan Malaysia, adalah tidak bertanggungjawab.  

"Seperti yang diketahui umum, kerajaan hanya mengeluarkan satu 'surat sokongan' dan ini bagi bon lain bernilai AS$3.0 bilion (RM11.35 bilion) yang diterbitkan oleh 1MDB," katanya.

Secara keseluruhan, kerajaan hanya menyediakan jaminan yang jelas untuk RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB.

Menurut 1MDB, Pua juga sengaja mengelirukan orang ramai apabila tidak menyebut syarat penting "dan sebaliknya" berhubung "tanggung rugi', iaitu tanggung rugi terpakai kepada kedua-dua pihak - IPIC dan 1MDB - berhubung pelaksanaan kewajipan oleh kedua-duanya.

"Tanggung rugi dua hala seperti ini adalah klausa standard dalam transaksi komersial bagi memastikan tiada pihak kehilangan wang (out of pocket) jika satu pihak lagi gagal melaksanakan tanggungjawabnya," kata 1MDB yang turut mengesahkan ia berhasrat sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab menurut kertas terma ikatan tersebut.  

Kertas terma ikatan yang dilaksanakan dengan IPIC itu merupakan komponen utama pelan rasionalisasi yang diumum oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015.

Kejayaan pendekatan ini dibuktikan menerusi pembayaran balik pinjaman sebanyak RM3.6 bilion oleh 1MDB baru-baru ini.

1MDB juga menjelaskan rundingan komersial sedang berlangsung secara berterusan antara syarikat itu dan IPIC bagi mencapai perjanjian muktamad yang akan menyaksikan pengurangan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.

"1MDB berhasrat sepenuhnya untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan," katanya.  – Bernama, 29 Jun, 2015.

Cepat saja Tony Pua aka Bugs Bunny respon:

Don't twist facts on IPIC indemnity, Pua tells 1MDB - http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dont-twist-facts-on-ipic-indemnity-pua-tells-1mdb

Ini taktik sama Tony Pua bila kantoi. Macam cacing kepanasan. BACA http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dont-twist-facts-on-ipic-indemnity-pua-tells-1mdb

Sarawak Report NGAKU SALAH tapi nak saman? Edge ngaku juga ...

Posted: 29 Jun 2015 06:26 PM PDT


Sarawak Report mengecam Xavier Justo sebagai pencuri sumber data dan juga mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya satu daripada fail telah diubahsuai oleh Justo tetapi tidak ada perubahan dalam dokumen itu.

Jadi macam mana pula dengan dokumen lain yang berlambak dan emel yang Sarawak Report dah siarkan? Boleh ke mereka sahkan bahawa semua dokumen itu tidak diubah suai sebelum diserahkan kepada Sarawak Report ataupun diubah oleh Sarawak Report?

Sarawak Report juga letakkan diri mereka dalam keadaan bahaya dengan memiliki dokumen curi yang telah dipindahkan atau dijual oleh penjenayah yang disyaki. Dimana ini bukan kali pertama mereka berurusan dengan penjenayah.

Kini satu lagi perkara yang tak masuk akal ialah Sarawak Report memberi amaran untuk saman sesiapa saja yang memfitnah berdasarkan harta yang telah dicuri, yang tidak masuk akalnya apabila mereka melakukan perkara ini mereka ada The Edge dan The Malaysian Insider untuk melaporkan dan pembangkang untuk mengatakannya.

Jadi lepas ni apa yang korang nak tipu lagi Sarawak Report?

The Edge telah diberi amaran!

The Edge perlu menghadapi tindakan amaran daripada kerajaan terhadapnya, telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan lagi emel yang telah dibocorkan mengenai masalah syarikat kerajaan 1Malaysia Development Bhd.

Selepas diberitahu secara meluas dari Sarawak Report, The Edge akhirnya tampil untuk berhadapan dengan amaran dari tindakan kerajaan.

The Edge telah membuat dakwaan palsu ke atas transaksi kewangan dan pelaburan 1MDB yang mencurigakan yang dilaporkan mempunyai hutang sebanyak RM 42 bilion.

Dalam satu kenyataan, The Edge berkata "Kami akan tangguhkan kepada Menteri Dalam Negeri dan tidak akan rujuk emel itu lagi dalam mana-mana laporan kami sehingga semuanya selesai tentang mereka", manakala mereka mengalu-alukan pihak berkuasa sekiranya ingin membuat apa-apa penyiasatan ke dalam emel dan juga menawarkan bantuan kepada pegawai yang inginkan sebarang pengesahan yang sahih.

Jadi The Edge hanya menunggu untuk berhadapan dengan tindakan kerajaan mengenai kesahihan wartawan mereka dan bukannya mengesahkannya terlebih dahulu.

Etika kewartawanan apa yang digunakan disini?


Kira dah ngakulah The Edge tu ... Macam-macma kisah di FB Anti TMI SINI



Istifar, dan buang hasad dengki tu, wahai TS Zam ...

Posted: 29 Jun 2015 03:30 PM PDT


Kenapa begitu gelap penuh buruk sangka sekali di bulan Ramadan ini? Masjid ni dirancang lama dan bukan untuk kaburi sesiapa.

Media statement by 1Malaysia Development Berhad Issued on 29 June 2015

For immediate publication

Kampung Baru mosque redevelopment started in 2011

Contrary to recent statements by various parties, the redevelopment of the Kampung Baru Jamek Mosque was first announced by Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak during his visit to Kampung Baru on 5 February, 2011.

Construction works commenced in 2012, to transform the mosque into a vibrant community centre for Kampung Baru residents.

Scheduled for full completion by end-July 2015, the mosque will serve as a key catalyst for the planned development of Kampung Baru.

Yayasan 1MDB has contributed RM20 million towards the mosque redevelopment project from its inception in 2011 to the present day.

1MDB regrets that various parties have resorted to using the mosque redevelopment project to serve their own agendas.

The Kampung Baru mosque redevelopment is one of many CSR activities undertaken by Yayasan 1MDB, working with Malaysians across all races and religions.

Further information on the depth and breadth of 1MDB's CSR activities can be found on our website here: http://www.1mdb.com.my/csr/summary.

Cina pun ditipu DAP

Posted: 29 Jun 2015 08:00 AM PDT


Dulu cina boikot Melayu jual limau CNY

Posted: 29 Jun 2015 04:26 AM PDT

Pernas di boikot pada tahun 70an dulu. Sanggup sampai tak berlimau dan ribuan tan dibiar busuk. Tak boleh langsung Melayu masuk biznes cina.

Sekarang Melayu kena boikot cina cuba tipu Melayu jual kueh dari China YANG DIKHUATIRI GUNA LEMAK BABI ....


Memang kesian pada sesetengah Melayu yang dapat masuk program Giant tapi Melayu ini hanya diperguna.

Malah Giant cuba tipu kata Giant kepunyaan Syed Mokhtar. Kalau betul, terima kasih tapi bohong ...


BOIKOT KUEH RAYA JUALAN GIANT DAN ECONSAVE! JANGAN MASUK BIZNES BARANGAN KELUARAN MELAYU!!!

SOKONG PENGELUARAN MELAYU!!!

Pengerusi DAP Sabah TIPU ngaku Bumiputera samun NATIVE LAND?

Posted: 29 Jun 2015 12:30 AM PDT


Adakah niat Jimmy Wing untuk jadi Bumiputera sebab nak samun tanah native land?



Padan bersungguh2 DAP juangkan native land di sabah dan sarawak. Ada punai dalam sangkar seluar!




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Antara ramadan dan bola?

Posted: 29 Jun 2015 05:21 AM PDT


Entah kenapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan perlawanan Liga Super dan Liga Perdana pada bulan Ramadan. Sukar hendak faham. Sebab itu, kita setuju dengan pandangan beberapa persatuan bola sepak negeri yang meminta FAM menangguhkannya.

Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, sepatutnya FAM lebih sensitif dalam hal tersebut. Di negara Islam lain termasuk jiran Indonesia, tiada aktiviti liga bola sepak utama berlangsung pada Ramadan.

Ketika umat Islam dituntut lebih beribadat termasuk solat sunat tarawih, adalah kurang wajar para pemain yang juga kebanyakannya beragama Islam dibiarkan beraksi di stadium. Sudahlah mereka berpuasa pada siang hari, agak keletihan untuk bermain lewat malam selain tidak dapat memberi tumpuan pada ibadat.


Penonton pun tidak ramai. Sedangkan ia sekadar sukan bola sepak yang masih boleh diubah jadual, tidak seperti urusan tanggungjawab sebagaimana tugas tentera, polis dan lain-lain yang mendesak keperluannya termasuk pada Ramadan.

Seandainya, ia melibatkan penganjuran oleh badan bola sepak dunia seperti FIFA, kita boleh faham tetapi ia di bawah kuasa FAM. Lagipun, terimalah realiti sukan bola sepak kita bukan seperti di Brazil, Sepanyol, Jerman, England dan Itali.

Pencapaian skuad negara juga makin merudum dengan penganjuran liga yang ada tidak banyak membantu. Negara-negara Arab termasuk Palestin yang membelasah Malaysia 6-0 baru-baru ini, tetap hebat walaupun tiada liga pada bulan Ramadan.

Kita sebenarnya menyokong pengurusan FAM di sebalik banyak kritikan yang dilemparkan kebelakangan ini tetapi usahlah proaktif ke arah negatif.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FGV YANG GAH

Posted: 29 Jun 2015 09:33 PM PDT

Tahukah warga peneroka berapa RM  FGV perabih duit untuk iklan ini? Beratus lagi iklan raksaksa ini berdiri megah di ibukota dan bandar utama dalam negara, bahkan beberapa Kota Utama dunia.
Itulah antara pelan perniagaan untuk memaksa rakyat yakin akan kehebatan Konglomerat perladangan terbesar negara.
Pembelian ladang sawit di Samarahan bernilai RM1.2 billion penuh dengan trajis dan air mata. Dibeli dengan harga yang bergandaan dari harga semasa.
Hampir 60% keluasan tanah ini adalah dari jenis gambut. Di war-warkan kepada peneroka Felda seluruh negara Peneroka akan menjadi jurtawan selepas penyenaraian FGV di BSKL dan digambarkan saham terbesar selepas Facebook. Masihkah kau ingat?
Kini peneroka tidak dibenar bertanya hal saham FGV, sesiapa yang degil bertanya akan di cop pengkianat oleh JKKR.
Sabarlah duhai Peneroka, janji Tan Sri Isa Samad tak halau tuan-puan, janji hutang RM140.000.00 hampir setiap peneroka tidak dituntut.
Tak kan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Najib Razak nak tipu kita. Kita nak maju dan perlu tranformasi.... siapa kata tanah peneroka tergadai?
Harga saham turun naik tu biasa. Tak kan nak berniaga tak sanggup untung rugi. Satu lagi, pinjaman RM3640.00 untuk beli saham dulu, kita bukan keluar duit kita pun, bank yang setle....

Selamat Berpuasa Ibu dan Ayah peneroka Felda seluruh negara.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SALAHUDDIN AYUB BERI SIGNAL TOLAK AJK PAS PUSAT

Posted: 29 Jun 2015 10:52 PM PDT

Dato' Tarmizi Mohd Jam menjangkakan Salahuddin Ayub bakal menolak jawatan lantikan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau berkata berdasarkan perkembangan politik semasa, Salahuddin yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden PAS baru-baru ini bakal mengikuti jejak Mazlan Aliman.
Mazlan yang menang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengambil keputusan meletakkan jawatannya kerana menghormati kekalahan kawan-kawannya secara berkumpulan dalam pemilihan pada Muktamar PAS ke-61.
"Berbanding bekas Naib Presiden PAS, Sdr Salahuddin Ayub, Presiden NGO Anak, Sdr Mazlan Aliman tidak begitu lama memerap rasa hati untuk meletak jawatan AJK PAS Pusat yang dimenanginya dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61 di Kuala Selangor.
"Berdasarkan rentak politiknya terkini, kemungkinan besar Salahuddin juga akan menolak perlantikannya sebagai AJK PAS Pusat bagi menumpukan perhatian terhadap wadah baharu yg bakal muncul selepas Idulfitri Julai ini. Amacam?,"kata Tarmizi.
Tarmizi juga turut menyiarkan satu poster Wacana Parti Islam ke-2 pada 3 Julai di Senawang, Selangor.
Tiga orang panel dijemput dalam wacana itu; Sheikh Omar, bekas aktivis PAS yang menyertai DAP; Dr Dzulkifly Ahmad, Setiausaha G18 dan Dr Wong Chin Huat, penyelidik politik untuk badan pemikir DAP, Penang Institute.
Wacana itu dipengerusikan oleh Taufek Abd. Ghani, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Taufek juga salah seorang yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, namun beliau ditawarkan lantikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Projek TRX RM26 bilion, tapi rumah gelandangan tak siap - Siti Aishah

Posted: 29 Jun 2015 07:05 PM PDT

Siti AisahhKUALA LUMPUR 30 JUN: Nasib gelandangan kota masih sama, mereka terpaksa berpuasa dan menyambut Aidilfitri kali ini di kaki lima, semua ini gara-gara kerajaan mungkir janji membina rumah perlindungan untuk mereka seperti dicanang.
Terbaharu, Dewan Negara pada 24 Jun lalu diberitahu, rumah tersebut masih belum dibina.
Senator KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mempertikai jawapan itu kerana Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berjanji rumah tersebut akan siap pada akhir tahun lalu.
Sedangkan katanya, kerajaan melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mampu membina projek mega Tun Razak Exchange (TRX) bernilai RM26 bilion.
"Janji kosong menteri hanya untuk memusnahkan harapan gelandangan.
"Terbukti kerajaan masih belum bersedia menuju Wawasan 2020. Gelandangan juga mempunyai hak untuk dibantu.
"Kalau negara boleh bina Tun Razak Exchange yang bernilai tinggi, kenapa kerajaan tak boleh bina rumah gelandangan?" soalnya.
Pada Julai 2013, Adnan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan sebuah rumah perlindungan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan untuk menempatkan golongan gelandangan.
Menurut Adnan, empat buah rumah kedai empat tingkat akan dibeli pihaknya di Lorong Haji Taib untuk diubah suai menjadi rumah tersebut.
Bagaimanapun, sehingga kini tempat khas tersebut masih lagi tidak wujud.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Mara- peluang SPRM membuktikan dirinya

Posted: 29 Jun 2015 07:00 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Apabila semakin banyak maklumat terbongkar berkenaan kontroversi perjanjian hartanah Mara di Australia, ramai yang berharap mereka yang bertanggungjawab akan menerima balasan.
Salah seorang mereka ialah orang kuat DAP, Lim Kit Siang, yang berharap akan menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan dirinya bukanlah "harimau tidak bertaring".
MP Gelang Patah itu baru-baru dikatakan berkata bahawa penting untuk Lembaga Penasihat Anti Rasuah untuk menegaskan yang SPRM patut diberikan ruang sepenuhnya bagi mengadakan siasatan mendalam dan penuh kepada perjanjian tersebut dan mendesak semua pihak, termasuk ahli politik untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh merosakkan imej SPRM.
Lim berkata yang rekod dan prestasi SPRM sebagai pejuang anti rasuah ialah faktor penentu paling berkuasa untuk mengangkat imejnya.
"Bulan depan ialah ulang tahun ke enam kematian pembantu DAP yang tidak bersalah, Teoh Beng Hock, yang kehilangan nyawanya di ibu pejabat SPRM di Shah Alam pada 16 Julai 2009, dan sehingga sekarang, masih tiada pegawai SPRM yang dikenakan tindakan untuk kematian Teoh."
Lim berkata tidaklah mengejutkan jika rakyat hilang keyakinan kepada komitmen SPRM menentang rasuah serta mengangkat integriti melebihi pengaruh politik jika badan itu sendiri tidak dapat memastikan pengawainya menjunjung integriti dan kebertanggungjawapan dalam kes kematian Teoh.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia tidak akan bankrap kata Timb Menteri

Posted: 29 Jun 2015 06:43 PM PDT

Chua Tee Yong 
KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan tidak akan menyebabkan negara menjadi bankrap seperti Greece.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, Malaysia dikategorikan sebagai negara berkehutangan sederhana dan kerajaan terus komited memastikan paras hutang kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, langkah konsolidasi fizikal akan terus dilakukan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat.

"Ini terbukti dengan kadar defisit berjaya dikurangkan daripada 6.7 peratus daripada KDNK pada 2009 kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada 2014. Defisit diunjurkan akan terus berkurangan kepada 3.2 peratus daripada KDNK pada 2015.

"Kepatuhan tegas terhadap disiplin fiskal dan pengurusan hutang yang baik terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makro ekonomi terus kukuh dan dapat menampan sebarang krisis.

"Berdasarkan langkah-langkah kepatuhan kepada disiplin kewangan, kerajaan yakin dan akan memastikan negara tidak akan bankrap seperti Greece," katanya menjawab soalan Senator Datuk Seri S Nallakaruppan di sidang Dewan Negara, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Mara & other scandals: The buck stops with PM

Posted: 29 Jun 2015 05:01 PM PDT

Anyway you look at it, Najib, as head of the Economic Council, is ultimately responsible for approving the Dudley House deal.
najib
Anyone who's surprised at Prime Minister Najib Razak being implicated in a scandal at this point in time is either delusional or has absolutely no access to any kind of information whatsoever. Malaysians are beginning to fall into some kind of exasperated apathy, just waiting for the announcement that Mahathir Mohamad has managed to oust Najib so that we can go one week without a scandal of some sort hitting the news.
Our Prime Minister has the gall to claim that the media twisted the statement given by Mara's Annuar Musa. You can hear the statement in a video right here on FMT, where Annuar, in response to a query, very clearly admits that the Prime Minister approved the deal as a matter of procedure, which catapulted Mara right into the middle of an Australian investigation into international bribery and money laundering involving the purchase of a Melbourne property called Dudley House.
Annuar, when asked, "Did the Prime Minister have to approve the deal before the purchase went through?" answered confidently, "Yes, it is part of the procedure."
That doesn't leave a lot of room for doubt over whether the media twisted the facts. Annuar was very clear in his answer. While he later corrected himself, explaining that it was not the Prime Minister but the Economic Council of the Finance Ministry that had approved the final decision, we must consider that Najib is also our Finance Minister. This means that Najib had the power and authority, and consequentially the responsibility, to oversee such purchases and ensure they are above board.
As the man in charge, Najib knows that he has a target painted on his back. Any failure of a system reflects on the prime mover of the system. He may not be personally or directly responsible for the Dudley House purchase. However, as a leader, the mistakes of his administration are his to shoulder. The buck stops with Najib in all matters related to government. He is the man responsible for the government, in all its successes and failures, and it is from this responsibility that he can never escape, even as he attempts to shove the blame elsewhere.
Read More / Baca Lagi >>

Pendidikan politik sebagai harapan baharu Malaysia

Posted: 29 Jun 2015 04:49 PM PDT

Syahir Nujaba'

Melihat keadaan negara yang semakin parah hari ini, masing-masing kita cuba memikirkan cara terbaik untuk keluar daripada kemelut yang berlaku.

Bermula daripada permainan politik kepartian yang tidak sihat, tekanan ekonomi yang semakin kritikal, hinggalah gejala sosial yang kian membarah, semua ini benar-benar mendesak kita mencari solusi baharu yang mampu memberikan penyelesaian jangka panjang.

Malaysia yang merupakan salah sebuah negara Asia Tenggara yang mempunyai tatasusila yang tinggi, mempunyai latar perkembangan yang unik. Rakyatnya yang terkenal dengan keramahan dan sifat lemah lembut, banyak memberi ruang untuk aliran sufi Timur Tengah dan aliran motivasi barat, bertapak di negara ini.

Cabaran demi cabaran yang melanda negara ini, unsur-unsur kesufian dan motivasi berjaya meredakan gejolak emosi yang melanda masyarakat.

Tidak hairan jika kita melihat kerajaan sama yang menganjurkan konsert hiburan sebagai terapi ala-ala motivasi barat, kerajaan yang sama juga menganjurkan majlis zikir dan selawat mega sebagai memenuhi keperluan terapi rohani ala-ala kesufian pula.

Dengan cara ini, pemerintah bukan sahaja mampu mengkhayalkan dan mengambil hati kelompok yang berlatarbelakangkan pendidikan barat, bahkan mereka juga mampu mengkhayalkan kelompok yang mempunyai latarbelakang pendidikan agama dari Timur Tengah.

Dalam kajian psikologi, manusia sememangnya dibekalkan dengan emosi yang terletak dalam hati. Hati yang dimaksudkan dalam kajian psikologi, tidaklah sama dengan hati yang terdapat dalam ilmu perubatan.

Hati yang bersifat maknawi ini mempunyai satu fitrah iaitu, ia akan memberontak apabila menghadapi tekanan dan akan mula lembut dan reda apabila dipujuk. Sekian lama tekanan demi tekanan yang rakyat Malaysia lalui, berjaya dipujuk melalui dua kaedah ini, iaitu kesufian dan motivasi.

Bagaimanapun, peristiwa besar yang melanda negara baru-baru ini menyentap hati-hati rakyat Malaysia yang selama ini berjaya ditidurkan dengan kalimah-kalimah motivasi agar tidak menyibukkan diri dengan politik, bahkan mencari jalan keluar secara individualistik demi menjaga periuk nasi masing-masing.

Peristiwa yang dimaksudkan itu adalah perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menjerut rakyat dari pelbagai sudut; atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang! Kali ini rakyat tidak mampu lagi mengambil motivasi dan kesufian sebagai jalan keluar yang bersahaja.

Ditambah pula dengan respon pemerintah yang bukan sahaja melucukan, malah menyakitkan hati, rakyat semakin memberontak dan terdesak. Nilai-nilai akhlak dan tatasusila yang menjadi keistimwewaan rakyat Malaysia kini bertukar dengan caci maki, fitnah dan sarkastik yang tidak terkawal.

Read More / Baca Lagi >>

Parti baharu bukan kumpulan terbuang

Posted: 29 Jun 2015 04:43 PM PDT

A Shukur Harun

Selepas dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini, golongan progresif dan sederhana dalam parti itu merancang menubuhkan sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan baharu rakyat Malaysia.

 Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aiz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik.

Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan "Kumpulan Harapan Baharu" kerana jumlahnya bertambah.

 Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.

kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif, tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.

Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu, di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh yang dikalahkan itu.

Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena pelancarannya beberapa minggu lagi.

Kini perancang parti baharu ini sedang giat mengadakan perbincangan demi perancangan ke arah penubuhannya yang dilihat sangat dinanti-nantikan oleh majoriti rakyat.

Namun pada awal-awal lagi sesetengah pemimpin PAS yang ada sekarang begitu segera memperkecilkan penubuhan parti baharu itu.

Ada yang mengatakan, kononnya parti serpihan PAS itu tidak akan panjang umur dengan mengambil contoh parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dulu.

Ada juga pemimpin PAS memperkecilkan tokoh progresif itu sebagai daun yang gugur selepas pohonnya digegarkan ribut.

Golongan profesional ini dianggap daun gugur yang langsung tidak ada nilai, sedangkan pohonnya, kononnya, tetap teguh.

Ada yang juga yang berkata tindakan menubuhkan parti baharu itu hanya akan menguntungkan musuh, Lebih jauh, ada pula ustaz muda tokoh segera PAS yang dengan segera hendak mengajar kumpulan sederhana ini supaya melihat sejarah gemilang PAS selama ini.

Saya kira pandangan negatif pimpinan PAS terhadap parti baharu ini perlu dijawab untuk memberitahu tahap tidak matangnya mereka dalam politik.

Pertama, parti baharu ini tidak akan menjadi Hamim dan Berjasa, kerana situasinya berbeza, keadaan mencetuskan parti baharu ini berbeza, sambutan rakyat juga berbeza dan persepsi umumnya berbeza di zaman penubuhan Berjasa dan Hamim dengan keadaan yang ada sekarang.

Read More / Baca Lagi >>

Pekerja Malaysia tak mampu tampung GST, kata kaji selidik

Posted: 29 Jun 2015 04:35 PM PDT

Kira-kira 90% tenaga kerja rakyat Malaysia tidak mampu menanggung perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), menurut kaji selidik laman web sumber pekerjaan Jobstreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jobstreet berkata 24% responden berdepan masalah perbelanjaan malah sebelum GST dilaksanakan 1 April lalu.

Beban hutang kepenggunaan itu juga banyak mengubah rutin responden, apabila lebih separuh daripada mereka, iaitu 56%, mengurangkan keluar makan tengah hari dengan rakan sepejabat.

Kira-kira 47% daripada mereka mula membawa bekal dari rumah. "Ada yang memulakan langkah berjimat cermat, seperti lebih menggunakan pantri mereka dan berkongsi kereta untuk menjimatkan perbelanjaan," kata Jobstreet.

Hanya 19% daripada responden mengatakan GST tidak menjejaskan rutin kerja mereka.

Kaji selidik itu juga menunjukkan 76% responden memerlukan paling kurang 10% kenaikan gaji untuk menampung perbelanjaan yang meningkat akibat GST.

Kira-kira 63% responden pula mahukan elaun petrol bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang meningkat.

"Kira-kira 35% responden mempertimbangkan bertukar kerja supaya dapat menanggung GST dengan lebih baik, dan 41% syarikat menerima permintaan tinggi untuk kenaikan gaji sejak GST," kata Jobstreet.
Read More / Baca Lagi >>

Tunda pemilihan Umno, strategi Najib elak disingkir

Posted: 29 Jun 2015 04:23 PM PDT

SHAH ALAM, 29 JUN: Keputusan menangguhkan pemilihan Umno adalah strategi Presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengelak daripada dicabar dalam pemilihan parti itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berkata hal itu berikutan imej Najib yang semakin merudum di mata ahli Umno sendiri akibat serangan pelbagai penjuru ekoran kontroversi dan skandal membabitkan beliau.
"Ini adalah strategi Najib untuk adakanserentak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), selain mengelakkan beliau disingkir.
"Dalam keadaan moral Umno yang begitu buruk, dibimbangi berlaku pergeseran besar dan beliau sendiri dicabar yang mungkin tersingkir. Ia menunjukkan ke arah itu," katanya ketika dihubungi Selagor Kini, di sini, hari ini.
Beliau berkata, ramai ahli Umno menyedari Najib semakin menjadi liabiliti yang mampu menggelapkan masa depan parti itu sendiri.
Pada 26 Jun lalu, Najib mengumumkan pemilihan Umno yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi peluang pemimpin parti itu fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dalam satu kenyataan tahun lalu berharap pemilihan itu tidak ditangguhkan.

PAS is past. Masa untuk PR2.0

Posted: 29 Jun 2015 08:41 AM PDT

Riesya H.

Ditakdirkan negara kita dijajah Belanda (dan bukan British), dan sistem pilihan raya kita semacam sistem di Indonesia, negara kita ini bukan lagi milik Umno/Barisan Nasional. Tetapi sudah menjadi milik rakyat. Pakatan Rakyat (dengan undi popular 5.6 juta), jauh meninggalkan BN (Cuma 5.2juta). Congak mudahnya, BN Cuma layak menerima 105 kerusi. Selebihnya adalah kerusi milik rakyat. PR.
Tapi, apakan daya. Kata P.Ramlee, "cubaaan!!"
Perlu direkodkan, dari 5.6juta undi PR, sejumlah 1.8juta adalah undi pemula. Orang yang pertama kali mengundi PR. Orang yang mempertaruhkan harapan demi masa depan yang baru. Orang yang teruja dengan slogan "ini kali lah".
Siapakah 1.8juta pengundi pemula ini?
Mereka ini adalah sebahagian dari anggaran 2.2juta pengundi pertama kali, anak muda Gen-Y yang pertama kali mendaftar dan membuang undi. Bayangkan, lebih 80 peratus Gen-Y keluar mengundi dengan harapan baru, bersama PR.
Mereka ini juga boleh dikiaskan sebagai pengundi pragmatic, oportunistik, kiasu dan seumpamanya. Mereka mengundi atas dasar, bila saya mengundi, apakah pulangan yang terbaik untuk saya. Tentunya mereka teruja dengan tawaran mesra anak muda, dari PR. Dan tentunya mereka menolak Umno/BN kerana kebobrokan Umno, korupsi, kegagalan dalam urus tadbir dan seumpamanya.
Mereka ini adalah orang muda. Cara mereka fikir adalah berbeza. Cara hidup mereka juga berbeza. Selera mereka tentunya berbeza. Dan kesetiaan mereka tidak boleh dipegang dengan mudah.
Dan yang pasti, mereka ini mengundi bukan kerana ideologi atau dasar perjuangan parti. Malah setengah mereka tidak pernah tahu apa itu reformasi. Jauh sekali peristiwa berdarah 13 Mei.
Apa yang anak muda mahu?
Mereka ini mahukan sebuah negara yang ditadbir urus mereka yang kompeten. Baik teori mahupun perlaksanaan. Di negeri-negeri campuran (Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuian), umpamanya, terdapat hampir 1juta undi pemula yang memberi harapan kepada PR. Hampir separuh dari mereka ini adalah Melayu/Islam.
Yang pasti, mereka-mereka ini bukan mengundi kerana negara Islam atau hudud (semata-mata). Mereka mengundi kerana harapan baru. Pemerintahan baru. Kepimpinan baru. Urus tadbir baru. Negara baru. Mereka tidak teragak-agak untuk mengundi PR, kerana di sana adanya PAS yang dilihat boleh membela nilai-nilai Islam, mepertahankan hak keistimewaan orang melayu, dan sensitif dengan budaya menghormati sistem raja.
Keselesaan mereka lebih yakin, dengan adanya golongan professional dan progresif dalam PAS yang dilihat memainkan peranan secara professional dan pragmatic, dalam konteks Negara majmuk.
PAS baru, 30 tahun kebelakang
Read More / Baca Lagi >>

Parti berasaskan kaum sudah tiada tempat di negara ini

Posted: 29 Jun 2015 08:39 AM PDT

Maidavale: Pak Samad dan Sheikh Omar bukanlah orang yang terakhir.

Penyertaan lebih ramai orang Melayu memang tidak dapat dielakkan lagi. DAP sudah mencapai tahap maksimum sokongan Cina yang mampu diperolehinya, maka langkah seterusnya adalah pengundi Melayu.

Apabila keahlian orang Melayu sudah mencapai tahap yang tinggi, ditambah pula dengan sokongan Sabah dan Sarawak, DAP akan menjadi parti pan-Malaysia yang kuat.

Emastulen Chan: Saya setuju bahawa Pak Samad dengan segala pengalaman dan kebijaksanaannya tahu apa yang dilakukan.

TrueBlue: Samad Said tersilap jika merasakan novel-novelnya akan segera menjadi 'barang panas' di kalangan orang Cina selepas menyertai DAP.

Beliau ternyata silap kerana ramai ahli DAP bergelut untuk berbahasa Melayu secara asas, apatah lagi memahami karya sasteranya yang ditulis dalam bahasa Melayu tahap tinggi. Tahap itu melangkaui mereka.

Napsiah Wan Salleh: Apa-apa pun, Dap masih parti berasaskan Cina seperti mana Umno parti barasaskan Melayu. Kebanyakan orang Melayu tidak akan menyertai DAP.

Mereka akan sertai PAS atau kekal tidak berparti. DAP perlu menilai semula atau mengubah ideologi dan orientasi politiknya jika ingin mencerminkan sebuah parti bukan berasaskan kaum.

Kemungkinan besar mereka tidak akan berbuat demikian.

Ideologi adalah salah satu kultus intelektual yang paling sukar untuk diubah.

Ideologinya berasaskan kaum.

Pulau Pinang adalah model apa yang akan terjadi kepada Malaysia jika DAP menjadi pemipin kerajaan persekutuan Pakatan.

Read More / Baca Lagi >>

Fakta menarik Pilihanraya Umum, PAS & UMNO

Posted: 29 Jun 2015 08:25 AM PDT

Oleh Hasbie Muda
1. Kuat atau lemah kekuatan politik sesebuah parti politik diukur pada jumlah kerusi yang dimenangi di peringkat parlimen. Di peringkat negeri, ia diukur pada jumlah kerusi DUN yang dimenangi.
2. Pencapaian terbaik PAS adalah pada tahun 1999 apabila menguasai 14% kerusi parlimen (27 daripada 193 kerusi) diikuti tahun 1959 (12.5%) dan 2008 (10.4%). Pencapaian terbaik UMNO pula adalah pada tahun 1964 apabila menguasai 56.7% kerusi parlimen (56 daripada 104 kerusi) diikuti 2005 (53.4%) dan 1959 (49%).
3. Pencapaian terburuk PAS adalah pada tahun 1986 iaitu hanya 0.0056% (1 kerusi) manakala pencapaian terburuk UMNO adalah pada tahun 2008 iaitu hanya 35.5% (79 kerusi). 4. Purata penguasaan UMNO dalam parlimen adalah 43.5% manakala PAS 6.65%. Secara kasarnya UMNO 6.5 kali lebih kuat dari sudut politik.
5. Sejak tahun 1969, UMNO tidak berjaya menguasai majoriti mudah secara sendirian dalam parlimen melainkan pada tahun 2004. Itu pun hanya 50.2%. Bermakna UMNO yang 6.5 kali lebih kuat daripada PAS juga perlu berpakat dengan parti-parti lain untuk memerintah.
6. Tidak ada parti yang mampu memerintah sendirian di Malaysia melainkan keajaiban berlaku dengan izin Allah.

Jika Najib, Palanivel lanun, dah lama mereka dipaksa terjun kapal

Posted: 29 Jun 2015 08:23 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria

Jika presiden Umno, Najib Razak dan presiden MIC, G Palanivel merupakan ketua-ketua lanun di Caribbean abad ke-17, telah lama mereka dipaksa berjalan atas papan, ditinggalkan di pulau atau sebuah perahu kecil.

Ini kerana jika Umno dan MIC merupakan kapal lanun pada masa itu, mereka mungkin perlu mengadakan mesyuarat untuk memilih pemimpin baru secara demokratik, jika pemimpin semasanya menghadapi perbezaan pendapat dari anak-anak kapal mereka sendiri.

Apa yang tidak kerap dibincangkan ialah hakikat krew lanun pada masa itu berwawasan, dalam hal pilihan raya demokratik dan mengendalikan perbezaan pendapat dalaman.

Semasa belayar di laut dan berperang, kapten dan pegawainya memerintah dan mereka terikat dengan kanun tegas yang ditadbir oleh Perlembagaan Kapal, yang semua lelaki dan wanita tandatangani dan persetujui sebelum memulakan pelayaran.

Ada yang menyatakan bahawa krew lanun turut merintis bidang hak-hak pekerja, tuntutan perubatan pekerja dan pampasan pekerja, di mana kesemuanya adalah diperincikan dan dilindungi oleh satu dokumen yang disebut-sebut sebagai perjanjian buruh kolektif pertama.

Sekiranya timbul gelora rasa tidak puas hati atau pertikaian mengenai siapa yang seharusnya memimpin anak-anak kapal, Perlembagaan Kapal membolehkan pilihan raya demokratik dilakukan walaupun semasa di laut.

Biasanya mereka yang menentang keputusan keseluruhan anak-anak kapal, walaupun mereka adalah ketua atau pegawai kanan, mungkin akan diturunkan, ditinggalkan di sebuah pulau atau perahu bersama bekalan, atau di pelabuhan terdekat.

Najib dan Palanivel pada masa lalu pasti akan dipaksa berjalan atas papan, walaupun pistol berpeluru atau pertarungan sehingga mati atau sehingga darah pertama ditumpahkan juga merupakan kebiasaan di kalangan pegawai-pegawai kapal yang berdendam.

Tetapi mungkin mereka bernasib baik kerana 'krew' belum mahu memberontak dan mereka berjaya berselindung di sebalik perlembagaan atau peraturan-peraturan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Just Justo

Posted: 29 Jun 2015 08:14 AM PDT

By Tun Mahathir Mohamad
1. Some people are very excited about Justo. Now they say the critics of the Prime Minister should
apologise. Apologise for what? The fact remains that vast amounts of money has disappeared. Can Justo bring all the money back?
2. Justo was dismissed and Petro Saudi gave him 15 million Ringgit. Is he being bribed or what? That is a handsome amount to pay an employee or director after he had done something wrong

. Normally he would just be kicked out. But we are told he is not happy with this amount and demanded for more or else he would leak documents. What is the proof that he tampered with the documents or he has more incriminating documents. How does he negate the fact as admitted by the Prime Minister in a written reply to Parliament? He said that, "a US1.9 billion dollar loan from 1MDB to a subsidiary of Petro Saudi International Limited was in order to reduce the risk on the equity holding." Giving a loan to a joint-venture partner who was found unsuitable as a JV partner would increase the risk, not reduce it. 3. When the JV was dissolved after only 6 months of its formation, it must be because 1MDB realised that the venture was bad. What it should do is to demand the equity and the loan amounting to US1.9 billion be returned. Instead it was converted into a loan (murabahah).
4. Having given this US1.9 billion loan, where is the money now? The Government has not clarified. Is it in Cayman Islands, or in Singapore or where. That amount of money cannot be shifted around without being recorded by the banks involved. Surely Najib knows. Yet the money has not returned.

5. Even if Justo tampered with the e-mail, it does not alter the fact that 1MDB forked out US1.9 billion to the JV with Petro Saudi, which within 6 months was so worthless that the JV was aborted. And after that the investment and the loan of US700 million was converted to a loan to a partner you no longer believe could deliver through the JV. You had some direct control over a JV, but not over the borrower.
6. So what has all this to do with Justo blackmailing Petro Saudi: N othing.
7. The supporters of the Prime Minister seem unable to understand that 1MDB borrowed 42 billion Ringgit to invest in shady businesses. In the process large amounts of money has disappeared.
8. It is not just about Petro Saudi or the JV. The money has been used to buy IPP at inflated prices. This is wrong. Attempts to sell to Tenaga have only cause Tenaga shares to fall. Unless the IPP are sold at a loss there is no way investments in Edra would give profits. But if the sale is at a loss 1MDB will face problems of paying debts.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M simpan banyak lagi rahsia 1MDB – Zam

Posted: 29 Jun 2015 07:50 AM PDT

Penangkapan Xavier Andre Justo menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak
zam,mahathir
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyimpan banyak lagi "rahsia benar " mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya dan bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.
Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkitkannya terutama berhubung kepentingan negara.
Ia dibuktikan beliau dalam kes pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana Dr Mahathir dikatakan begitu teliti sebelum tindakan diambil.
"Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya," tulis Tan Sri Zainuddin Maidin di entri blognya, zamkata.blogspot.com.
Oleh itu, beliau berpendapat penangkapan Xavier Andre Justo dan kaitan kononnya maklumat yang disalurkannya kepada Dr Mahathir tidak akan memberi impak.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi sebut menyalak, orang terjemah anjing kata Ketua Ulamak Pusat

Posted: 29 Jun 2015 07:49 AM PDT


Abdul Hadi Awang 

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad menegaskan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyebut langsung perkataan anjing dalam ucapannya sebaliknya hanya menggunakan perkataan menyalak.

"Yang diucapkan ialah menyalak tapi orang terus terjemahkan menyalak itu anjing.

"Sebenarnya bukan beliau kata anjing. Tidak disebut pun perkataan anjing," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan salah anggap itu perkara biasa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.

"Salah anggap itu biasa. Seperti kita memasak bubur lambuk dan letak banyak kacang tapi ada satu biji kacang itu busuk. Seluruh bubur itu dianggap rosak semua. Sedangkan hanya kerana sebiji kacang itu," katanya.

Ucapan Abdul Hadi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin menarik perhatian apabila beliau dilaporkan menggelar golongan yang menentang hudud sebagai anjing.
 
Namun Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu dalam ucapan selama satu jam setengah itu, Abdul Hadi telah memetik sebuah syair Arab sebagai kiasan.

"Dalam syair itu menyebut biarlah serigala menyalak, tetapi kabilah akan teruskan perjalanan. Biasanya masyarakat Arab yang pergi berjalan di padang pasir akan berdepan dengan anjing atau serigala yang menyalak.
Read More / Baca Lagi >>

Pas tunggu Pakatan 2.0 lahir baru respons - Idris Ahmad

Posted: 29 Jun 2015 07:37 AM PDT

Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Pas mengambil sikap untuk tidak memberi sebarang respons terhadap ura-ura yang menyebut tentang 'kemunculan' Pakatan 2.0 yang dikaitkan dengan pemimpin progresif Pas yang menggelar diri mereka G18 selepas hari raya nanti.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, sehingga hari ini cerita menubuhkan Pakatan 2.0 masih belum jelas.

"Kita tak boleh kata apa lagi sebab tak lahir lagi. Dah lahir nanti baru boleh respons. Setakat ini kita pun tak tahu sebab tidak ada lagi pertubuhan baharu itu. Kita pun tak tahu nak ukur bagaimana.

Kadang-kadang yang pergi dengar itu mungkin orang Pas lagi yang mahu tahu, macam Pasma dulu lah. Sebab itu kita tak boleh beri komen apa," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Selasa laluu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkongsi gambar sekitar majlis berbuka puasa bersama pimpinan DAP dan Pas menulis bahawa, "walaupun keputusan Muktamar Pas untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan PR, tetapi malam ini (23 Jun) nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0."

Read More / Baca Lagi >>

Ringgit bersebelahan shj dgn matawang Afrika Selatan ??? Maknanya ??? TERBAIK MALAYSIA

Posted: 29 Jun 2015 07:29 AM PDT


"Ringgit Now Asia's Worst Performing Currency" -iMoney

LIHATLAH.. Matawang MYR (Ringgit M'sia) adalah antara matawang2 di dunia yg PALING LEMAH..

Wan Junaidi: Action against The Edge and Sarawak report if offence commi...

Posted: 29 Jun 2015 04:57 AM PDT

Bukit Aman mahu akses soal Justo

Posted: 29 Jun 2015 04:56 AM PDT

IGP: Tiada unsur CBT pembelian hartanah MARA

Posted: 29 Jun 2015 04:56 AM PDT

Rafizi grills Mara boss on Melbourne purchases

Posted: 29 Jun 2015 04:55 AM PDT

‘Dasar PAS masih Islam tetapi strategi ke belakang’

Posted: 29 Jun 2015 04:54 AM PDT

SEKALI LAGI Saham FGV menjunam paling rendah dalam sejarah !!!.. DAH TINGGAL RM1.63..

Posted: 29 Jun 2015 04:52 AM PDT


APA KHABAR peneroka FELDA !!!
Tahu ker tak berita saham jatuh ni.. Jgn haraplah nak kluar kat TV3suku & TV1, TV2..

APA ?? DAH TINGGAL RM1.63 drpd asal RM5.39 ???

Bersyukurlah... Jgn marah silap2 tanah peneroka MELAYU Felda BAKAL TERGADAI.. Kalau tergadai sekalipun xper coz UMNO KAN PEMBELA & PEJUANG MELAYU

APA DAH JADI pada peneroka FELDA ???

Posted: 29 Jun 2015 04:49 AM PDT


Rafizi dakwa lapan syarikat kaburi jejak wang MARA

Posted: 29 Jun 2015 04:12 AM PDT