Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Justo pencetus spekulasi - Apabila maklumat 'diuli' fitnah bertebaran?

Posted: 27 Jun 2015 11:57 PM PDT

Polis Thailand berjaya menangkap dan akan mendakwa warga Switzerland Xavier Andre Justo yang juga bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd.

Penangkapan bekas pegawai PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo di Thailand awal minggu ini merungkai di sebalik serangan bertali arus pihak tertentu terhadap syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo terang-terangan menceroboh maklumat yang dikategorikan sulit. Perbuatan mendedahkan atau menceroboh pangkalan data bertentangan dengan undang-undang syarikat dan negara.

Tindakan kerajaan Thailand terhadap Justo membuktikan pelanggaran undang-undang telah berlaku.
Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) yang dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap sumber data yang disiarkan di internet mengesahkan kesahihannya.

Siasatan itu mendedahkan bukti jelas Justo mencuri secara sistematik data sulit syarikat sebelum meninggalkan PetroSaudi. Ia juga menunjukkan data tersebut diubah setelah dicuri dari PetroSaudi.

Dipercayai, kebanyakan data yang diubah ini kemudian disiarkan di Sarawak Report. Data itu seterusnya bertindak sebagai 'tulang belakang' kepada portal itu terhadap dakwaan konon wujudnya salah laku 1MDB.

Sarawak Report dikatakan menyiarkan petikan daripada e-mel yang didakwa dihantar oleh pihak terlibat. Namun e-mel itu tidak mempunyai penghantar yang mana menurut 'forensic Wiki' adalah 'garis metadata dilampirkan pada setiap e-mel yang mengandungi banyak maklumat yang berguna kepada penyiasat forensik'.

Dalam aspek ini, alamat IP penghantar dan penerima e-mel, tanda tangan, kepala surat telah hilang.

Dalam konteks ini, kita wajar melihat penangkapan Justo secara lebih objektif mengenai 1MDB. Iaitu, tentang bagaimana sesuatu maklumat itu harus diperoleh dengan tepat dan betul. Bukannya, separuh benar atau 'separuh masak' yang kemudian 'digodam' atau diuli menjadi 'fakta'.

Justo tentu sekali meraih keuntungan peribadi terutama kewangan tanpa sedikit pun memikirkan nama baik 1MDB dan Malaysia.

Di sebalik kelibat Justo, penglibatan Sarawak Report dengan menyiarkan e-mel dan dokumen daripada hasil cubaan peras ugut warga Switzerland ini sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB sebenarnya bukan baharu. Apa lagi di Sarawak.

Sarawak Report, yang pengasasnya, Clare Rewcastle Brown sejak sekian lama terlibat mendedahkan agenda 'daripada apa yang dipercayainya tidak betul' dilakukan kepemimpinan negeri Sarawak semasa era pentadbiran Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kini Tun).

Antaranya, dakwaan-dakwaan seperti kekayaan melimpah-ruah Abdul Taib dan anggota keluarganya, salah guna kuasa pemimpin negeri, projek diserahkan kepada kroni, penguasaan tanah dan projek yang diraih.

Laporan portal ini menjejaskan reputasi kepimpinan Sarawak waktu itu. Kuasa melapor pada Sarawak Report dipergunakan sewenang-wenang.

Penganalisis politik Sarawak, Dr. Jeniri Amir turut mengesahkan kepada Mingguan Malaysia bahawa tindak-tanduk keterlaluan Sarawak Report ketara sejak pilihan raya negeri Sarawak 2010 lagi dengan melakukan serangan terhadap Abdul Taib dan keluarganya.

"Syarikat tertentu dikaitkan dengan penguasaan pemimpin dengan matlamat untuk memusnahkan imej pemimpin berkenaan termasuklah 'pembunuhan karakter'. Tidak ada etika penulisan dan laporan yang seimbang dalam Sarawak Report," katanya.

Namun, tindak balas daripada Abdul Taib ke atas Sarawak Report ketika itu tidak banyak. Tidak kedengaran isu saman kerana mungkin pemimpin itu yang kini Yang Dipertua Negeri sedar sebahagian laporannya tidak tepat.

Seperti mana kredibiliti suspek yang ditangkap di Thailand, Justo sememangnya sedar akan 'pengaruh' Sarawak Report. Justo percaya sesiapa yang memetik laporan Sarawak Report, pasti 'menjadi viral', yang kemudian bertali-temalilah dakyah itu.

Mengulas isu ini, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, inilah masanya untuk semua pihak terbabit menilai sejenak asas kepada pelbagai tuduhan kerana fitnah itu hanya membahayakan negara.

"Pembangkang merujuk laporan Sarawak Report untuk menyerang kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu 1MDB. Kini terbukti maklumat itu sudah 'diuli'.

"Ia kemudian diuar-uarkan oleh The Edge, Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Akhbar dan portal-portal ini tidak patut tegakkan benang basah sehingga ada sesuatu dapatan baharu oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)," kata Shahrir, dipetik dari portal http://www.bnbbc.my.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan turut membidas Kumpulan Media The Edge berhubung laporan berkaitan 1MDB yang dianggap sebagai satu laporan spekulasi keterlaluan.

"Kenapa The Edge sangat taksub dengan 1MDB, terutamanya dengan mengambil kenyataan daripada Sarawak Report," kata Ahli Parlimen Kota Belud itu menerusi akaun Twitter miliknya, yang turut mengecam akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang membuat liputan penahanan Justo dan serangan berterusan terhadap 1MDB.

Kalau ada wacana dari rentetan penangkapan Justo, elok ditekankan tentang begitu pentingnya keperluan sesuatu maklumat itu mesti bersumberkan data, statistik dan testimoni laporan kewangan ekonomi dunia.

Dalam konteks 1MDB, maklumat yang disalurkan mengenai syarikat itu mesti tepat, jujur dan telus. Bukannya kenyataan tempelan tanpa dalil-dalil yang konkrit.

Selain testimoni, statistik serta kutipan-kutipan pakar berwibawa, teknik penerangan retorik yang efektif juga memainkan peranan utama.

Dalam soal ini, bukan patos (emosi) tetapi logos atau logik serta wibawa etos seseorang yang bercakap mengenai 1MDB itu penting. Etos, menurut ahli falsafah ulung Yunani, Socrates, bererti membangunkan kredibilitinya dalam hal tertentu sehingga membuatkan khalayak percaya.

Dia yang menjelaskan sesuatu isu, mestilah tidak diragui karakternya. Bukan sebarang orang atau individu boleh bercakap, melainkan dengan integriti tinggi yang dimilikinya.

Seterusnya, logos adalah isi yang menyangkut pengumpulan fakta. Hal ini menjadi alasan mengapa tindakan harus dilakukan oleh pendengar.

Logos atau boleh dikatakan juga ilmu, memberikan pemikiran dan pengertian. Dengan begitu, khalayak akan memahami alasan logik (masuk akal) mengapa sesuatu tindakan itu dilakukan.
Akhirnya, khalayak boleh memahami sesuatu tindakan itu, sekali gus menjadikan tindakan itu miliknya.

Logos seharusnya lebih tinggi (daripada patos dan etos) kerana majoriti berkehendakkan maklumat yang dipenuhi hujah-hujah konkrit. Tetapi bukan berdasarkan patos atau retorik kosong.

Apa yang dilakukan kepimpinan kerajaan waktu ini dalam mengendalikan isu 1MDB memang baik.
Cuma, jangan lagi menyerang peribadi lawan. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin lepas, seandainya ada, tidak perlulah diungkit. Kalau ini berlaku, ia akan menjerat diri.

Dan jika akhirnya laporan 1MDB oleh PAC dan audit betul, mereka yang membuat tuduhan liar tentu akan buka mata.

Sarawak Report dan pihak-pihak yang membidas Perdana Menteri serta pegawai 1MDB tidak akan peduli kepentingan untuk meneliti semula kesahihan dokumen.

Mereka lebih gemar mencemarkan pihak kerajaan walaupun mempunyai ruang untuk menghubungi pihak terlibat.

Mengapa? Siapa di sebalik kempen yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri?-UMO

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Erti Kepimpinan - The True Meaning of Leadership

Posted: 28 Jun 2015 04:30 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pasti ramai k/angan kerajaan suka dibuang

Posted: 28 Jun 2015 09:32 PM PDT


Bila pembangkang perintah, bakal mendominasi adalah DAP!

Isunya bukan setakat ideologi tapi periok nasi anda yang sebahagian besar adalah dalam kerajaan.


Mereka akan guna sesuatu yang terkata dari mulut anda sendiri.

Mereka dah guna Melayu2 lembu yang tak boleh fikirkan mengenai kepentingan bangsa dan ummah hanya kerana politik benci yang teramat dalam.



Cita2 mereka tak akan tercapai. Cita2 cauvanis DAP yg akan berjaya kelak.

Yang dibawah ni belum sedar



Apa yang diperingatkan ulangtahun kematian Bruce Lee? Apa tersirat ni?

Umno pun buka mata. Pemimpin kenalah prihayin akan keadaan di bawah.


Adakah TV3 engkar arahan Dato Najib?

Posted: 28 Jun 2015 06:30 PM PDT


Dengan demikian, ingin tanya adakah TV3 engkar arahan Najib?

Namun, yang minta jawab dan kata bukan jawapan yg dikehendaki, perlulah gentleman pula untuk kemukakan bukti.

Terus tuduh tanpa bukti dan berselindung balik soalan pun bukan cara membina.

Amerika pantau laman blog, sosial media Melayu?

Posted: 28 Jun 2015 03:30 PM PDT


Angka diatas diperolehi dari FB. Hebat laman bahasa Melayu. Tak sangka ye ...

Pandai pejuang perang psikoloji dapatkan perhatian Amerika, Rusia, India, Jerman dll. China tiada pulak?

Harap fenomena ini mengubah persepsi negatif terhadap kerajaan dan menarik pengunfi kepada BN.

Ketua Penerangan PAS baru tau Islam dispin kawan mereka

Posted: 28 Jun 2015 08:37 AM PDT



Ini semua kerja kawan-kawan PAS dalam Pakatan Rakyat dan NGO2 sesat mereka.


Itu pun masih nak lagi dengan musuh2 Islam ini.

Ya Hubby Bull Man!!! UMNO dah ada pakar propaganda Dr Goggle sendiri!!!

Posted: 28 Jun 2015 05:30 AM PDT


Pakatan pun dah malu nak guna Dr "Goggle" Hasbullah yang tiba2 pakar mee segera dalam hal propaganda dan psywar.


Unspinner antara yg terawal sedar dia palsu. Akhirnya baru diketahui dia cuma ngajar mass media tentang filem dan wayang.

Tak faham kenapa UMNO ambil beruk dapat bunga ini?

Untuk jadi pakar propaganda, berapa perang atau kempen propaganda dia pernah libatkan diri? Takyah cerita yang besar-besar tapi PRK atau PRU saja untuk gelar diri pakar?

Setakat ngajar di kelas dan hanya teoretician saja, takyah cerita.

Pakar tak akan tak boleh faham suasana medan terrain di Sabah berbeza dari di Semenanjung. Hanya si bengong tak tahu asas keadaan sabah beza dari.semenanjung.

Malukan Naib Presiden dan Menteri saja.

Propaganda yg betul tak akan disedari sebagai propaganda.

Maka siapa yg perlu ngaku dirinya pakar propaganda maknamya tidaklah tu. Kena orang lain yg akan perakuinya dari kerja2nya.

Baca komentar berikut pula ...






The Edge Review dihenti, Penggunaan email palsu dihenti ... Kebetulan?

Posted: 28 Jun 2015 02:30 AM PDT



Menurut laporan MI di SINI, The Edge menafikan hal ini.


Tapi akui bahagian Edge Review yang diguna untuk serang 1MDB untuk 2 tahun telah dihentikan.

Kebetulan atau ketakutan.


Kebetulan ngaku guna email fake. Baca sepenuh di SINI

Orang "bias" tak layak dalam PAC

Posted: 28 Jun 2015 12:30 AM PDT


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


'RAHMAN BOTAK' GELARAN OLEH RAFIZI, TUDUH PAS BERUBAH

Posted: 28 Jun 2015 09:42 PM PDT

Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR
Oleh VETERAN PAS
Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Selangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.
Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan durvival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.
Anwar dipaparkan srolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.
Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu tsng datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.
Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.
Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah.
Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.
Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangsn Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.
Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. … Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.
Nota : Abd. Rahman Yusof diberi gelaran Rahan Botak oleh Rafizi pada tahun 2013 dalam satu emel yang didedahkan.

ADAKAH MAKSUD HADI: BIAR ANJING (DAP) & SERIGALA (PKR) MENYALAK,

Posted: 28 Jun 2015 12:58 AM PDT

PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
    
Beliau berkata walaupun ada sesetengah pihak yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud, PAS tidak akan berganjak malah mengorak langkah dengan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dapat dilaksanakan di negeri itu.
    
"Dalam hal ini, PAS mengambil sikap untuk mengajak manusia secara damai. PAS tak mahu berkelahi. Malangnya ada orang yang nak ajak berkelahi, nak ajak berlawan. Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju.
    
"Ini slogan yang kita bawa, salaklah dia nak salak pun. Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan. Kita akan terus bawa agenda ini, kita tidak akan berganjak," katanya pada ceramah perdana kepimpinan PAS Pusat di Markas Tarbiyah PAS negeri, Pongsu Seribu di Kepala Batas malam tadi.
    
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan dan barisan kepimpinan PAS Pulau Pinang.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi bahawa undang-undang hudud bukan untuk menyeksa penjenayah sebaliknya ia bertujuan mendidik penjenayah selain membela mangsa yang dizalimi.
    
"Sebagai contoh hukuman sebat. Kita tak boleh samakan hukuman sebat yang ada dalam penjara hari ini dengan hukuman sebat dalam Islam di mana sekali sebat bukan kulit sahaja yang pecah isi juga yang pecah.
    
"Hukuman sebat dalam Islam ini pukul tak boleh sampai memecahkan kulit, tak boleh menyeksa tetapi mendidik penjenayah dan menakutkan bakal penjenayah. Bunyinya seratus sebatan, tapi sebatannya tidak memecahkan kulit," katanya.
    
Sementara itu, Tuan Ibrahim mengingatkan anggota-anggota PAS untuk menjaga setiap tutur kata agar tidak merosakkan nama baik parti yang mempunyai adab, akhlak dan peraturan yang perlu dijaga setiap anggota parti.
    
"Kita kena ingat bahawa selagi kita ikat diri kita di jalan Islam menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga nama baik Islam, nama baik jemaah dan perjuangan yang kita bawa.
    
"Jangan kita tiba-tiba duduk dalam jemaah dan kita mengkritik jemaah yang kita duduk itu. Ia tidak mencerminkan kebaikan akhlak kita kerana seorang yang baik tidak akan keluar daripada mulutnya melainkan kebaikan," katanya.
    
sumber Malaysiakini

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Bekas MB Pertikai MB Selangor Mengenai Air

Posted: 28 Jun 2015 05:48 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BILA PEROMPAK PANGGIL PENYAMUN DATANG.....

Posted: 28 Jun 2015 05:31 PM PDT

Lubang2 sudah tampal, lopak2 sudah kasi repair,
 itu lampu jalan sudah pasang..

1MDB: Berdepan dulu, baru ambil tindakan!

Posted: 28 Jun 2015 05:02 PM PDT

SHAH ALAM – Saranan mengambil tindakan ke atas individu yang melempar fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri,‎ Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa untuk menutup segala kelemahan kerajaan.
 
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, soal fitnah hanya boleh ditentukan sekiranya kerajaan didapati 'bersih' dari segala dakwaan yang dikemukakan terhadap badan pelaburan, 1MDB.
 
"Dakwaan yang dikemukakan merupakan tuntutan terhadap kerajaan untuk menjawab segala kekeliruan.
 
"Bila individu yang mempersoal tindakan kerajaan berhubung 1MDB dan ia dianggap fitnah maka ia perlu diambil tindakan.
 
"...ia seolah-olah menunjukkan kerajaan ingin menutup kelemahan yang ada," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
 
Terdahulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam berkata, tindakan tegas undang-undang perlu diambil terhadap individu yang melemparkan fitnah terhadap kerajaan dan Perdana Menteri,‎ Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB.
   
Read More / Baca Lagi >>

Nilai hartanah Melbourne melambung, terdapat rasuah, dokumen bukti, kata The Age

Posted: 28 Jun 2015 05:01 PM PDT

Beberapa penilai hartanah bagi pangsapuri Dudley International House di Melbourne membuat perakuan bersumpah berhubung peningkatan nilai hartanah berkenaan sekali gus menepis dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), mereka membayar lebih rendah daripada harga pasaran, kata The Age.

Wartawan dan pengarang serantau akhbar Australia itu memberitahu The Malaysian Insider, berdasarkan bukti yang mereka perolehi dalam mendedahkan transaksi membuktikan "terdapat keraguan yang munasabah" ke atas kenaikan harga dan amalan rasuah melibatkan pegawai Malaysia.

"Dakwaan nilai hartanah tidak melambung adalah palsu. Penilai mengakui dalam perakuan bersumpah di mahkamah harganya meningkat daripada AS$17.8 juta kepada AS$22.5 juta," wartawan Nick McKenzie memberitahu The Malaysian Insider dalam emel yang dihantarnya semalam.McKenzie berkata, akhbar itu juga mempunyai "invois palsu" bagi membuktikan sememangnya terdapat amalan rasuah.

"Kertas kerja ini semua juga boleh diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ia sudah berada di tangan polis persekutuan Australia," katanya. Pembongkaran itu susulan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak bukti mengenai perjanjian berkenaan pada satu sidang media pagi ini.

The Age sebelum ini melaporkan, hartanah itu dibeli anak syarikat Mara, Mara Inc dengan harga RM63.5 juta, walaupun ia bernilai RM51 juta ketika pembelian dilakukan. Bakinya, kata akhbar itu, adalah sogokan kepada beberapa pegawai kanan Mara yang sudah dibawa pulang ke tanah air.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, nilai hartanah itu sebenarnya bernilai RM71 juta ketika pembelian dilakukan.

Pada sidang media pertamanya selepas kontroversi pembelian hartanah di Melbourne yang didedahkan akhbar harian Australia itu, Annuar berkata pembelian berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

Najib kemudiannya berkata, pembelian itu diluluskan secara konsensus Majlis Ekonomi yang dipengerusikannya sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Golongan ulama dalam kepimpinan PAS bukan 'pak turut' Hadi - Timbalan Presiden PAS

Posted: 28 Jun 2015 04:14 PM PDT


Post Pic


KUALA LUMPUR: Golongan pro-ulama yang menang pada Muktamar PAS Kali ke-61 baru-baru ini bukanlah 'pak turut' kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan dakwaan bahawa sebarang keputusan di dalam parti itu akan menjadi lebih mudah dengan ketiadaa golongan pro-ulama.
 
"Hakikatnya, ini adalah kekuatan kepada presiden. (Memiliki kumpulan pro ulama) tidak bermaksud mereka adalah 'pak turut' kepada presiden," katanya.
 
Tuan Ibrahim dalam masa sama mengakui ada juga beberapa ahli jawatankuasa pusat yang baru dipilih itu mempunyai pandangan berbeza dengan Hadi namun pemimpin itu melihatnya secara positif.
 
"Semua pandangan mereka diambil kira dalam mesyuarat dan presiden boleh membuat keputusan berdasarkan pandangan yang berbeza," katanya lagi.

Nanti menteri cakap, tak nak GST pergi beli tamar kat negara arab..

Posted: 28 Jun 2015 03:48 PM PDT

Dok kat M'sia kenalah redha apa saja KERAjaan buat termasuklah GST pd tamar.. Korang tak tahu ker kat M'sia ni tamar adalah makanan org2 kaya.. 

Abdul Khalid gagal selesai isu air walaupun 6 tahun jadi MB Selangor

Posted: 28 Jun 2015 03:42 PM PDT

Azmin AirSHAH ALAM, 28 JUN: Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara sinis membidas mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gagal menyelesaikan perjanjian penstrukturan air Selangor meskipun memegang tampuk pemerintahan selama enam tahun.
Mohamed Azmin memberikan reaksi ringkas itu ketika ditanya mengenai desakan Abdul Khalid yang menyarankan beliau berundur disebabkan belum memuktamadkan perjanjian berkenaan sehingga kini.
"Dia (Abdul Khalid) gagal selesaikan selama enam tahun saya baru sembilan bulan," katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan sebelum itu mahu seorang pengganti berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangasa dalam satu kenyataan pada 14 Jun lalu berkata Kerajaan Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dijangka mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat bagi mengumumkan secara rasmi perjanjian penstrukturan air Selangor.
Perkara itu merujuk kepada pertemuan beliau dengan Menteri KeTTHA, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang berlangsung pada minggu tersebut.

Isu hartanah MARA: NOW nak dedah dokumen dalaman, PAS serah memo tuntut siasatan telus

Posted: 28 Jun 2015 03:38 PM PDT

Rafizi, Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa beliau telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA yang boleh memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia. - Foto nowmalaysia.org
Rafizi, Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa beliau telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA yang boleh memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia.

KUALA LUMPUR, 29 Jun:
Pendedahan akhbar Australia The Age mengenai apa yang didakwanya penipuan dalam urus niaga pembelian hartanah di Melbourne oleh sebuah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus digunakan sebagai peluang "rezeki terpijak" untuk pemimpin tertentu parti pembangkang untuk mencalarkan imej agensi kerajaan Pusat itu serta parti Barisan Nasional (BN) yang menguasai Putrajaya.
Setakat tengah malam ini, sekurang-kurangnya dua pihak berusaha untuk menarik perhatian media untuk membuat liputan pada Isnin.
Pada sebelah pagi Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau akan mengadakan satu sidang media kerana telah memperolehi satu dokumen dalaman MARA.
Rafizi yang membuat jemputan atas kapasiti Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa dokumen dalam tangan beliau itu memberi banyak maklumat penting mengenai skandal MARA melibatkan pembelian beberapa hartanah di Australia.
"Maklumat-maklumat ini akan memberi gambaran penting keterlibatan MARA dalam urusniaga-urusniaga ini.
"Saya akan mengadakan satu sidang media (dalam beberapa siri sidang media) mengenai perkara ini," katanya.
Sidang media beliau yang juga Naib Presiden PKR akan diadakan pada jam 10.30 pagi di pejabat badan bukan kerajaan (NGO) itu di 35-2 The Trillium, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
NOW yang sebelum dalang utama di sebalik pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana National Feedlot Corporation (NFC) yang kini sedang dibicarakan di mahkamah agak jarang memanggil sidang media di pejabatnya itu.
Terdahulu pada 24 Jun lalu, NOW menerusi satu kenyataan mendakwa semakan pihanya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) mendapati pembelian hartanah oleh MARA Inc itu dipercayai membabitkan sebuah syarikat, Thrushcross Land Holding Ltd.
Siasatan yang dijalankan NOW terhadap Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi berkenaan pula mengesahkan syarikat itu telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin.
Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikatnya iaitu MARA Inc, dakwa NOW dalam kenyataan yang dikeluarkan atas nama Rafizi dan seorang lagi Pengarahnya, Akmal Nasir.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan lantik menteri buat kenyataan seperti badut - Prof Agus

Posted: 28 Jun 2015 08:39 AM PDT

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
SHAH ALAM-  Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke depan.
 
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,‎ sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
 
"Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
 
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut," katanya kepada Sinar Online.
 
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
 
Najib, ketika menjawab mengenai  spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
 
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Penundaan oleh pemimpin yang takut berhadapan ahli parti mereka

Posted: 28 Jun 2015 08:35 AM PDT

oleh Cynic View

Keputusan berbeza Umno untuk menunda pemilihan parti sehingga pilihan raya umum akan datang (yang mesti dianjurkan setidak-tidaknya pertengahan 2018) menceritakan sesuatu.

Ya, perlembagaan parti itu membenarkannya. Dan ya, dua bekas presiden parti dan perdana menteri pernah melakukan perkara yang sama. Tetapi ianya tetap tidak menjadikannya betul atau wajar buat sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.

 Tiga puluh satu daripada 190 bahagian pastinya berfikir bahawa pemilihan parti, untuk melantik pemuda, wanita, puteri dan pegawai jawatankuasa pusat, termasuklah naib presiden, timbalan presiden dan presiden, seharusnya diteruskan.

 Maka terserlahnya dilema Umno. Sebagai parti demokrasi, seperti yang diperakui oleh ketua parti Najib Razak apabila beliau mengumumkan keputusan itu pada malam Jumaat, Umno seharusnya menerima pembangkang yang sihat. Sebuah parti pak turut akan menjurus kepada kehancuran.

Jika seseorang berasa yakin dengan polisi, hala tuju, pengendalian dan kepimpinan, tiada sebab ahli atau perwakilan tidak akan memberi sokongan. Justeru, pemilihan parti biasa adalah satu cara untuk pemimpin yang cekap, bertanggungjawab dan akauntabiliti untuk mendapatkan mandat baru.

 Jika anda sudah melakukan kerja yang baik dan prosesnya bersih dan betul, anda menang. Tetapi jika anda gagal dalam tugas anda atau tidak cekap, selamat maju jaya. Tetapi ahli politik tetaplah ahli politik, mereka akan menggunakan semua helah yang anda untuk memanjangkan usia kuasa mereka.

Taktik yang popular adalah merencana kompromi, contohnya mencadangkan tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi, untuk mengekalkan kedudukan seseorang dalam parti (dan dengan melanjutkan dalam kerajaan).

Apalah ertinya seorang pemimpin tanpa sokongan dan mandat akar umbi untuk memerintah? Maka, ianya ternyata pemimpin tertinggi parti sekarang telah diberikan kontrak lanjutan.

Penangguhan daripada berhadapan penilaian ahli parti sehingga selepas PRU14. Tetapi anda tidak akan dapat menjangka.

 Lagipun, ini Umno. Walaupun anda buat yang terbaik untuk parti, Raja dan negara, anda mungkin akan diminta untuk meletak jawatan selepas tempoh anda tamat.

Ianya telah berlaku sebelum ini, paling terkini selepas pilihan raya umum 2008. Keputusan itu memberi tanggapan bahawa pemimpin parti tidak mempunyai banyak pilihan dan sedang berada atas tanah yang rapuh.

Read More / Baca Lagi >>

Isu Pakatan baharu tidak dibincangkan, Azmin gesa tumpu dasar bersama

Posted: 28 Jun 2015 08:29 AM PDT

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti. 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tiada isu mengenai Pakatan Rakyat (PR) baharu dibincangkan dalam pertemuan PKR Selangor hari ini, walaupun pada ketika ini rakan parti PAS dan DAP sedang bergelut satu sama lain. Azmin berkata pentadbirannya masih kekal dengan pendirian semangat PR dan reformasi yang dipersetujui pada awal penubuhan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada ketiga-tiga parti.
"Tiada, itu tidak dibincangkan sebab pendirian kita semangat PR dan juga reformasi masih kekal," katanya ketika ditanya mengenai gabungan baharu pembangkang yang dikatakan bakal dibentuk selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan negeri tersebut di kediaman rasminya di Shah Alam, hari ini.

Katanya, jalan penyelesaian yang terbaik perlu dicari walaupun terdapat kemelut melanda kerajaan negeri tersebut kerana 2 parti dalam PR iaitu PAS dan DAP sudah memutuskan hubungan masing-masing. "Kita perlu bincang secara baik sekiranya ada masalah dan PKR sentiasa ambil peranan untuk memberikan pandangan dan nasihat supaya semua parti politik dalam PKR ini dapat tumpu soal dasar bersama yang dipersetujui," katanya.
Mengenai pertemuan hari ini, Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata tiada isu luar biasa yang dibincangkan tetapi tidak mengulas lanjut mengenainya.
"Ini pertemuan biasa dengan Majlis Pimpinan PKR Selangor dan ini adalah pertemuan bulanan dan kita meneliti dan berbincang perkembangan baharu dan beberapa dasar kerajaan negeri itu satu perkembangan biasa tidak ada luar biasa," katanya.
Azmin berkata, semua pimpinan PKR diarah meneruskan kerja seperti biasa di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang negara kita tak banyak sebenarnya tau !!! Ciput jer..

Posted: 28 Jun 2015 08:22 AM PDT

SEBAB 'hutang kerajaan ciput'.. kerajaan tarik subsidi, #GST, tol naik, minyak naik, elektrik naik, semua naik. JET MEWAP VIP Najib pon naik terbang ke sana ke mari bersama Rosmah, anak & menantu !!!

Annuar Musa cuba tutup jenayah rasuah MARA?

Posted: 28 Jun 2015 08:18 AM PDT


anuar-musaMARA


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Tindakan Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA) Annuar Musa mengumumkan MARA Inc berjaya membeli bangunan kontroversi di Australia lebih rendah dari nilai pasaran menimbulkan persoalan.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kenyataan tersebut menimbulkan rasa pelik dan turut mempersoalkan sama ada ia satu lagi usaha menutup jenayah rasuah pegawai MARA.
Kenyataan Annuar itu dilaporkan akhbar The Star dan RTM1 yang menyatakan nilai pasaran bangunan itu RM71 juta sewaktu dibeli, dan MARA Inc hanya membayar RM63.6 juta.
Menurut Tony, isu pokok skandal itu bukan menyentuh nilai sebenar hartanah, sebaliknya mengenai pegawai MARA yang bersubahat dalam jenayah rasuah dan penipuan seperti dilaporkan akhbar Australia, The Age.
"Mereka berjaya 'songlap' AUD$ 4.75 juta untuk kepentingan diri mereka,"ujar Tony.
Tambahnya,,kenyataan Annuar tidak melenyapkan persoalan besar mengenai skandal itu.
"Adakah benar nilai bangunan tersebut RM71 juta seperti didakwa?
"Jika berharga RM71 juta, mengapa penjual sanggup menjual dengan harga jauh lebih rendah, dan kemudian membayar 'sogokan' kepada pembeli?
"Adakah pemaju itu bodoh atau terlampau baik hati?"
Read More / Baca Lagi >>

Skandal MARA ada kaitan dengan pemimpin UMNO?

Posted: 28 Jun 2015 08:17 AM PDT


MARA-Melbourne


KUALA LUMPUR, 28 JUN: Gejala rasuah yang berleluasa dilihat sinonim kerana dana negara dan agensi pelaburan didominasi ahli politik UMNO dan kroninya.
Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, skandal MARA Inc dilihat ada kaitan dengan beberapa pemimpin UMNO.
Kenyataan bersama tersebut mendedahkan, UMNO mendominasi MARA melalui pelantikan enam orang dari ahli majlis MARA dari kalangan anggota parti itu.
Antaranya MARA Inc, mempunyai empat pengarah, dengan dua daripada mereka adalah ahli UMNO yang aktif.
"Malah broker perjanjian Dudley House, terkenal meminati 'Porsche', Erwan Azizi, mempunyai hubungan rapat dengan UMNO dan Pengarah Syarikat Biosis Bhd, sebuah syarikat dipengerusikan Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.
"Seolah-olah terancang, Erwan juga adalah anak kepada Dato 'Azizi Yom Ahmad, pemaju bersama Dudley House tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: I have inside info about Mara deals

Posted: 28 Jun 2015 08:16 AM PDT

MP to reveal contents of internal document that gives fuller picture of property transactions
Rafizi-Ramli_mara_the-age_600
KUALA LUMPUR: The MP for Pandan, Rafizi Ramli, is to reveal more details about the controversial Mara property purchase in Australia on Tuesday.
In a media statement this evening, Rafizi said he was in possession of an internal Mara document that provided extensive and important information about Mara's involvement in property deals.
He said he would provide a media conference on Tuesday, one of a series, to give a full picture of Mara dealings.
Mara Inc, a subsidiary of the rural development agency, was implicated in a newspaper report in Melbourne about the purchase of an apartment building at an inflated price for use as a hostel for university students.
The Age newspaper reported that RM13.8 million was overpaid for Dudley House by "a group of super-rich officials" and the money used for kickbacks.

Isu demi isu dalam kerajaan Najib buat keyakinan rakyat merudum

Posted: 28 Jun 2015 08:15 AM PDT

Mohd Azizuddin
SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan isu-isu besar yang melanda negara kini seperti krisis 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan terbaharu isu yang membabitkan anak syarikat Majlis Amanah Raya (Mara), Mara Incorporated Sdn Bhd telah mengikis keyakinan rakyat  terhadap kerajaan.

Sehubungan itu kata pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kerajaan pimpinan BN, mahu atau tidak perlu mencari strategi terbaik untuk memulihkan keadaan.

"Kerajaan BN perlu mencari solusi terbaik bagi mengelak keyakinan rakyat terus-menerus menurun," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara ketika ditanya bagaimana jalan terbaik untuk melakukanya, Azizuddin berkata, perkara itu terserah kepada kebijaksanaan kerajaan BN.

"Perlu buktikan yang kerajaan tidak terlibat dalam kes-kes tadi khususnya dari segi tuduhan penyelewengan.

"Hukum sesiapa yang terlibat, kena bina 'fresh image' untuk BN," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Isu Mara: SPRM sedia terima kunjungan Kit Siang

Posted: 28 Jun 2015 08:13 AM PDT

Abu Kassim Mohamed 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menerima kunjungan ahli Parlimen veteran, Lim Kit Siang sekiranya beliau mahu mendapatkan penjelasan daripada agensi pencegahan rasuah ini berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Australia.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan mengenai apa jua isu kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa.
 
"Ini adalah dasar dan pendekatan SPRM sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, telus dan profesional," kata beliau hari ini.
 
Abu Kassim mengulas kenyataan Kit Siang, Penasihat DAP dalam blognya hari ini.
 
Dalam kenyataannya, Kit Siang mendakwa SPRM tidak kompeten dan tidak efisien dalam tindakan berhubung isu pembelian hartanah oleh Mara Incorporated Sdn Bhd.‎
 
Katanya, beliau sedang mempertimbangkan untuk berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM untuk mendapatkan penjelasan sekiranya Ketua Pesuruhjaya boleh memberi jaminan bahawa akan memberi penjelasan yang memuaskan.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid ulangi gesaan MB selesai isu air S'gor

Posted: 28 Jun 2015 08:11 AM PDT

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi mengulangi gesaannya supaya Menteri Besar Azmin Ali supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

Sejak mengetuai pentadbiran negeri itu sehingga kini, Khalid mendakwa Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal mengambil pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu tersebut.

Susulan itu, Khalid berkata beliau difahamkan ada pegawai yang sebelum ini bertungkus-lumus menyempurnakan penyusunan semula industri air kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Azmin.

"Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

Read More / Baca Lagi >>

Azmin: Saya baru 9 bulan jadi MB S'gor

Posted: 28 Jun 2015 08:10 AM PDT

Menteri Besar Selangor Azmin Ali membidas bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengesa beliau supaya segera menyelesaikan penstrukturan semula air di negeri itu atau berundur dari jawatannya.

"Dia (Khalid) gagal selesaikan selama 6 tahun, saya baru (jadi menteri besar) sembilan bulan," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya hari ini.

Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR Selangor.

Dalam kenyataannya hari ini, Khalid mendakwa sejak mengetuai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kini, Azmin sengaja melambatkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air dan gagal menggariskan pelan tindakan terperinci menyelesaikan isu itu.

ADUN Pelabuhan Klang itu juga mengingatkan bahawa Lembah Klang bakal berdepan dengan krisis air yang serius jika penstrukturan semula air di negeri itu tidak dilaksanakan.

Read More / Baca Lagi >>

Kalau tidak kerana 1MDB, syiar Islam di negara ini akan malap.

Posted: 28 Jun 2015 05:07 AM PDT


Semalam Dato' Seri Najib kecewa dengan mereka yang mengkritik 1MDB kerana lupa SUMBANGAN 1MDB KEPADA ISLAM (kononnya) !!!

Makin merapu demi menyelamatkan 1MDB. RM20 juta bagi kepada masjid, RM42,000 juta tidak tahu ke mana.

ADAKAH KRONI INI JUGA TANGGUNG RUGI ???

Posted: 28 Jun 2015 05:05 AM PDT


Klu peneroka yg hanya miliki 800 unit saham pon boleh rugi ribu2 ringgit, BAGAIMANA PULA JUMLAH KERUGIAN yg ditanggung oleh kroni2 UMNO ini..

KEADILAN DALAM UMNO...
Kroni2 yg duduk dlm air-cond dpt ratusan ribu unit saham TETAPI peneroka yg berkerja berpuluh2 tahun hempas pulas di ladang DAPAT 800 unit shj..

Rompaklah, bohonglah – Fudzail

Posted: 28 Jun 2015 04:01 AM PDT

Kami Melayu mudah lupa
hati baik percaya segala
menerima apa sahaja
pembohongan atau propaganda
kerana kami sentiasa setia
tidak mahu sekali derhaka
seperti Jebat yang gila
menentang kezaliman penguasa.
 
Rompaklah lagi berkali-kali
bilion, trilion berlori-lori
wang rakyat dan dana negara
atas nama pembangunan bangsa
konon pelaburan masa depan
di atas kekayaan dari timbunan hutang
biar papa asal politikus bergaya
melaram berjoli selagi berkuasa.
 
Kami Melayu tak hilang di dunia
biar tanah tergadai semua
selagi di bawah parti kebangsaan
tidak mungkin kebangsatan
dengan pemimpin pahlawan Bugis
dikelilingi gah penyamun sadis
terus bernyanyi anak kecil bermain api
walau telah hangus satu negeri.
 
Rompaklah lagi, bohonglah lagi
kemudian pergi umrah dan haji
menderma untuk masjid dan surau
berbuka puasa dengan anak yatim
menjadi imam zohor sekali sekala
juga sakan tawaduk berya hanana
kerana air dan minyak tidak bercampur
selamat merasuah hingga dalam kubur!

Kenapa Putrajaya tidak boleh bekerjasama dengan polis Thai?

Posted: 28 Jun 2015 03:44 AM PDT

oleh V Shuman

Jika anda ada terbaca berita akhir-akhir ini, anda akan dapat melihat betapa efektifnya Menteri Dalam Negeri kita, dalam bekerjasama dengan polis Thai untuk menyelesaikan kes melibatkan bekas pengarah Petrosaudi, Xavier Andre Justo.

Kelihatan bahawa sesetengah pemimpin kerajaan bersungguh-sungguh berada di belakang kes ini, yang mereka harap untuk diselesaikan secepat yang boleh, untuk sebab yang hanya diketahui mereka.

Kita melihat lelaki yang mengetuai kementerian itu, Ahmad Zahid Hamidi, mengeluarkan kenyataan hampir setiap hari - bercakap mengenai tindakan akan diambil kepada mereka "yang bersekongkol dengan Justo untuk menjatuhkan perdana menteri, 1MDB, dan negara."

Seperti biasa, mereka yang disasarkan oleh Putrajaya termasuklah media. Tetapi terdapat satu isu terbaru yang mana ramai orang pastinya mahukan jawapan segera.

Ya, apa yang terjadi dengan isu kem pelarian Wang Kelian?

Ada sesiapa yang tahu?

Perkara terakhir yang kita baca berkaitan kejadian menyedihkan itu adalah 21 mayat tanpa nama Rohingya yang dikebumi semula.

Bagaimana dengan penahanan berkaitan dengan kes itu?

Lebih kurang seminggu lalu, Zahid memberitahu media bahawa terdapat beberapa tahanan yang dibuat berhubung dengan kem pelarian itu, tetapi menolak untuk mendedahkan nama-nama dan jumlah yang ditahan.

Beberapa laporan media menyatakan bahawa mereka yang ditahan adalah ejen dan penyeludup Rohingya, atau dalam bahasa pasarnya, "ikan bilis".

Read More / Baca Lagi >>

Najib perlekeh taraf pemikiran Melayu guna wang 1MDB bina masjid, kata Zam

Posted: 28 Jun 2015 03:37 AM PDT

Tindakan Datuk Seri Najib Razak berkata wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan untuk pembinaan masjid seperti merendahkan pemikiran orang Melayu, kata bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainuddin yang juga bekas wartawan mengkritik perhitungan yang dibuat perdana menteri yang dianggapnya tidak logik, iaitu antaranya wang 1MDB digunakan untuk membina Masjid Jamek Kampung Baru.
"Saya lihat yang sedihnya Najib ini terlalu cerdik tapi kadang-kadang perhitungannya tidak logik.

"Seperti pergi cerita bagi wang 1MDB kepada masjid, bukankah itu merendahkan taraf pemikiran orang Melayu dan orang ramai?," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider. Kritikan Zainuddin tersebut merujuk kepada kenyataan Najib pada Jumaat baru-baru ini mengatakan 1MDB banyak berjasa untuk pembangunan Islam.
Najib memberikan contoh pembangunan semula masjid itu, yang menelan belanja sebanyak RM20 juta adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.
Zainuddin berkata, tindakan Najib itu dilihat seperti cuba menutup dosanya dalam syarikat bermasalah sarat hutang 1MDB.
"Kenapa kamu hendak tutup dosa sendiri dengan 1MDB itu dengan kata duit diberikan kepada masjid.
"Kamu hina orang ramai bila kata macam itu, kamu seolah-olah nak bersihkan dosa," katanya.
Katanya, perdana menteri jangan ingat rakyat semua bodoh dengan alasan yang diberinya semata-mata untuk membela syarikat tersebut.
"Jangan ingat orang ramai bodoh semua," katanya yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia.

Tangkapan Justo seperti dirancang untuk bersihkan nama Najib, kata bekas menteri Umno

Posted: 28 Jun 2015 03:34 AM PDT

Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST). – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015. 
Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran Tan Sri Zainuddin Maidin berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).

Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan maklumat yang ada kaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah dirancang untuk membersihkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bekas menteri penerangan dan wartawan veteran itu berkata beberapa perkara boleh dipertikaikan sejak berita mengenai tangkapan Justo itu didedahkan akhbar New Straits Times (NST).
"Semua ini perancangan bawa wartawan New Straits Times pergi ke Bangkok untuk buat liputan berita ke atas Justo, yang ada hanya New Straits Times saja pergi.

"Cuba baca, mereka dibawa pergi untuk buat liputan di Bangkok dan mereka saja yang terbitkan berita itu terlebih dulu," katanya yang dikenali dengan nama pena Zam kepada The Malaysian Insider. NST menyiarkan penangkapan Justo pada muka depan akhbar itu pada Rabu lalu, malah menghantar wartawan mereka ke Bangkok sehari lebih awal untuk membuat liputan tersebut.
Malah, NST dalam laporannya juga mendakwa Justo membuat pengubahsuaian ke atas dokumen PSI yang kemudian digunakan laman pembocor rahsia, Sarawak Report yang banyak membuat pendedahan mengenai skandal 1MDB.
Zainuddin, yang juga bekas ketua pengarang Utusan Malaysia berkata laporan tersebut kemudiannya digunakan seolah-olah untuk membersihkan nama Najib sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak akan serang keperibadian Tun M kata Dr Asyraf Wajdi

Posted: 28 Jun 2015 03:31 AM PDT

Najib ingatkan setiap tuduhan Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta.
najib_mahathir_asyraf_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menyerang keperibadian dan mengungkit sejarah silam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menjawab dakwaan yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu.
Najib mengingatkan supaya setiap tuduhan oleh Dr Mahathir perlu dijawab dengan fakta bukan serangan peribadi.
Ini kerana, Perdana Menteri amat menghormati dan memandang tinggi Dr Mahathir sebagai negarawan ulung.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melalui laman sosial Instagramnya.
Katanya, beliau berbual tentang hal ehwal semasa termasuk kritikan Dr Mahthir selepas selesai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Perdana Menteri Bersama ulama dan pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Sabtu.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu memberitahu, sikap yang ditunjukkan Najib itu membuktikan beliau seorang pemimpin yang berjiwa besar.
"Begitulah Najib seorang pemimpin berjiwa besar walaupun difitnah dan ditohmah," tulisnya.
Asyraf Wajdi berkata, dalam perbualan singkat itu, Perdana Menteri sangat mengambil tahu dan menyelami masalah rakyat dan banyak tindakan telah diambil dengan segera demi kepentingan rakyat tanpa diketahui umum.