Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sementang adik PM, kenapa Nazir Razak tiada disebut?

Posted: 27 Jun 2015 09:27 PM PDT

Berikut adalah poster yang direka untuk dedahkan mereka yang mencatur huru hara dengan menggunakan bahan blackmail ugut dan bahan palsu.





Hampir semua mereka yang terlibat serang 1MDB disebut. Ada dua blogger dan dua orang UMNO yang mulut tak ambik insuran terkeluar. Tak kisahlah tu ...

Yang juga lantang adalah adik bongsu Najib iaitu Dato Nazir Tun Razak. Kenapa Nazir tidak dimasukkan?

Tujuan Nazir sama jahat. Dia kalah pada Arab Malaysia untuk dilantik penasihat bon 30 tahun pertama lalu merengek menyerang 1mdb.

Tambah lagi, 1mdb diguna untuk menutup masaalah yang dihadapi oleh CIMB yang keuntungan quarter pertama jatuh 50% hingga ribuan pekerja hilang pekerjaan.

Dahlah tu ada pula cita2 untuk buka parti politik yg pastinya untuk jatuhkan parti abangnya. Maka CIMB tidak lain todak bukan bertujuan untuk meningkatkan popularitinya.

Ada pihak berkata perangai ahli bank, yg begitu banyak dapat manafaat dari saham dalam cimb dan biznes dari syarikat kerajaan, terhadap.abangnya disebabkan tuntutan untuk dilantik menteri kewangan tidak dilayan.

Namun dia dilantik ke dalam lembaga pengarah khazanah nasional.

Sementang dia adik Najub apa perlu pertahan dia? Patut anggap dia musuh macam Saifuddin Abdullah. Tak patut dah kasi jawatan kerajaan dan GLC padanya.

Cuba hidup sendiri tanpa kerajaan. Boleh ke? Kerugian di Indonesia satu bukti.

Berapa kerat individu, korporat sedia belanja RM20.juta baiki masjid lama?

Posted: 27 Jun 2015 06:30 PM PDT



Sepenuh di SINI

Yang hanya tahu bising pasal ada individu bukan Islam atau badan korporat kepunyaan bukan Islam biayai pembinaan gereja atau kuil banyak.

Yang memandai cari salah dan timbulkan syak wasangka macam ni lagi banyak.

Yang paling banyak komplen pasal.titek bengik ini itu kurang.

Yang sedia sumbang RM20 juta boleh kira dengan jari sebelah tangan. Menang memberi menang memakai. Jika tiada usaha dan sumbang, maskid lama itu hanya akan bertambah lusuh.

Yang pandai kritik dan cari salah bukan peduli. Hujah merela sama dengan hujah PAS zaman dulu yg kata duit kerajaan datang dari.hasil cukai judi.


Pertahan Justo macam pertahan Anwar tak liwat

Posted: 27 Jun 2015 08:53 AM PDT


Zappers (Zombies and Pentaksub Personified) are very upset at the arrest of Xavier Justo. They are now defending him like zombies had defended Anwar Ibrahim.

This is what zappers say:

1. This "proves" the documents were genuine. Of course zappers ignored the part where PGI said the documents had been tampered. Well, what to do… zappers are used to reading only the headlines or news captions. Remember when zombies said Anwar Ibrahim's sperm had been tampered when it had not — now zappers can't believe that Petrosaudi's documents had been tampered with.

Dokumen terbukti asli kata mereka. Padahal PGI dah siasat dan jumpa mereka ubah dokumen!!! 

2. They call the Justo a "whistleblower". This reminds me of zombies calling Anwar a "political prisoner". They can't bear Justo, their tatooed hero (who was sacked by his employer), being called a blackmailer or extortionist. I've never heard of a whistleblower asking for millions to not "blow the whistle". Usually they just want protection.

Anggap Justo pendedah salahlaku. Dah macam Anwar dikatakan tahanan politik padahal peliwat. macam Sama saja ....

3. Suddenly zappers are now claiming Justo's arrest does not make the RM42 billion debt disappear after previously claiming that RM42 billion had disappeared. Well, nobody ever denied that there was debt of RM42 billion (although zappers pretended not to see the corresponding assets of RM51 billion) but the debt is being managed and 1MDB won't go bust because of it (much to the frustration of zappers). This is kind of like zombies conceding that Anwar did commit sodomy but that it was "consensual".

Tiba mereka kata RM42 billion hutang tidak lesap dengan tertangkap Justo. Eh ... bukan ke kata lesap? Mana buktinya?

Baca sepenuh di Rocky Bru SINI dan juga ABITW SINI


Menurut Rahman Dahalan, The Edge dah "obsesive' menyerang 1MDB guna bahan blackmail dan penipuan. Baca Rakyat Post SINI

Jenayah siber tiada sempadan ... Lupa ke?

Posted: 27 Jun 2015 05:00 AM PDT

Siapa lagi kalau tidak george Soros?

Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya mengapa pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan terhadap Xavier Andre Justo. "Apa yang membuatkan saya hairan ialah dia tidak melakukan jenayah di Thailand. Dia melakukan jenayah itu di Arab Saudi, "kata Dr Mahathir.

Sebenarnya, di bawah Akta Jenayah Komputer 1997, jenayah komputer adalah jenayah tanpa sempadan - sama seperti keganasan, pengubahan wang haram, penyeludupan dadah, jenayah perang, dll Dr Mahathir sepatutnya lebih mengetahui mengenai ini kerana pada tahun 1997 beliau masih Perdana Menteri Malaysia.

Akta Jenayah Komputer 1997 menyatakan:

9. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan di mana kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di luar Malaysia , dia boleh diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah ia melakukannya di mana-mana tempat di dalam Malaysia.

Sepenuh di tun Faisal SINI 

Bergun auntuk jawab isu yang dibincang dalam Just Read SINI

Tuduh Shafee qazaf: Elok PKR ketepi DAP dan sokong PAS.

Posted: 27 Jun 2015 02:00 AM PDT


KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan media oleh DS Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.

 Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.

 1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap 'orang yg menuduh orang lain melakukan zina'.

 2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, 'zina' tidak termasuk liwat!

 3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee. 

4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.

 5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin. Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap TS Shafee.

 6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka!

 7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh PKR. 

8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam!

 Sekian terima kasih.

Yang benar
Zulkifli Noordin

Jumaat 09 Ramadhan 1436
26 Jun 2015

----------

Sekarang PKR menentang hudud dan lebih selesa kepada DAP sehingga seolah2 dah pasti tepikan PAS. PKR dah hampir pasti mahukan PASMA untuk ganti PAS.

Kini Wan Azizah bersama Anwar mahu Tan Sri Dr Shafee Abdullah didakwa kerana qazaf sebab menyatakan Anwar liwat menurut keputysan mahkamah federal.

Apalah Anwar ikut sangat game bodoh ABIM. Cuba ABIM nyatakan pendirian jelas: setuju ke hudud.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GAMBAR KOTA BHARU KELANTAN DISERANG ROKET

Posted: 27 Jun 2015 02:22 PM PDT



Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Kit Siang yang juga merupakan Penasihat Impian Malaysia.




Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah dipercayai telah menolak pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.
Beliau berkata penolakan itu bukan bererti beliau tidak suka terhadap DAP, tetapi mempunyai tugasan politik tertentu pada masa depan.
"Maaf Kit..Saya telah memutuskan untuk menolak jemputan anda.
"Ini bukan bermaksud bahawa saya tidak suka DAP tetapi saya mempunyai tugas politik tertentu pada masa akan datang.
"Apa pun, terima kasih diucapkan kerana keyakinan," kata Wan Rahim dalam Facebooknya semalam.
Wan Rahim berkata demikian selepas menyertai perasmian Pameran Amal Lukisan BRUCE LEE, Ulangtahun ke 75 di KB Mall, Kota Bharu anjuran DAP melalui program Impian Kelantan.
Impian Kelantan adalah gagasan idea pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Kit Siang.
Walaupun majoriti ahli DAP Kelantan adalah berbangsa Cina, namun parti itu melantik Young Syefura Othman sebagai Penyelaras Impian Kelantan.
Selain Kit Siang, tokoh-tokoh lain yang disenaraikan berucap adalah Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan), Datuk A Samad Said, Dr Mohd Hatta Ramli dan Wan Abdul Rahim.
Nama Datuk Husam Musa juga turut disenaraikan, namun beliau tidak hadir.
Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim juga turut hadir dalam program tersebut.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Malaysian scandals from Australia

Posted: 27 Jun 2015 01:55 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Seronok DAP Dapat Pergunakan Melayu Sebegini

Posted: 27 Jun 2015 05:49 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Salahkah orang Melayu menyertai DAP?

Posted: 27 Jun 2015 07:03 PM PDT

DAP sedang berusaha untuk bagi memenangi hati orang Melayu walaupun ia mengambil masa panjang
Profesor-Dr-Jayum-Jawan
PETALING JAYA: Kecenderungan orang Melayu untuk menyertai parti DAP dikatakan kerana mencari platform baru setelah ditolak dari dalam parti lain.
Bagaimanapun atas prinsip kebebasan hak dan demokrasi, pilihan itu tidak salah kerana ia milik mutlak individu.
Bagi Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Jayum Jawan, di dalam mana-mana parti sekalipun, orang Melayu tetap memperjuangkan hak Melayu.
"Mereka yang menyertai DAP, niat mereka tetap sama iaitu memperjuangkan kepimpinan Melayu. Jadi tidak kisah sama ada orang Melayu masuk DAP, PAS atau UMNO," katanya.
Sewaktu dihubungi FMT, Jayum tidak menafikan bahawa DAP sedang berusaha bagi memenangi hati orang Melayu.
Bagaimanapun, usaha memikat mereka masih kurang dan tidak mencukupi walaupun mempunyai prospek.
"DAP masih belum mempunyai peluang besar untuk masuk ke kawasan pengundi bukan Cina, sebab itu DAP kini giat berkempen untuk masuk ke kawasan orang Melayu, Sabah dan Sarawak," jelasnya.
Tambahnya, dalam usaha ke arah itu, parti berkenaan perlu memperbetulkan persepsi bahawa ia bukan sahaja berjuang untuk kepentingan kaum Cina bahkan untuk semua rakyat Malaysia.
"Kalau DAP berjaya mengubah persepsi tersebut mungkin orang lebih tertarik, tetapi setakat sekarang ini, orang bukan Cina masih tunggu dan lihat adakah DAP sudah berubah atau tidak," katanya.
Selain, Jayum turut melihat langkah yang diambil oleh DAP untuk menarik orang Melayu bagi menyertai parti itu merupakan suatu langkah jangka masa panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan perjuangan bermula disini tarik kehadiran anak muda - Tengku Zulpuri Shah

Posted: 27 Jun 2015 07:02 PM PDT

Tengku Zulpuri Shah 
TEMERLOH – Himpunan Perjuangan Bermula Di Sini yang diadakan di sini, malam kelmarin, telah berjaya menarik kehadiran antara 600 hingga 800 rakyat khususnya golongan muda yang ingin mengetahui apa yang berlaku sehingga terkuburnya PR.
 
Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, program penerangan penubuhan parti baharu itu dihadiri rakyat biasa dan ahli politik.
 
Menurutnya, beliau antara yang dijemput hadir pada program itu turut berharap penubuhan parti baharu terdiri daripada ahli Pas yang tersingkir dalam Muktamar Pas lalu dapat disegerakan.
"Dari awal kita (DAP) muhasabah diri kerana memerlukan gabungan parti lain untuk menumbangkan BN.
 
"Apa yang berlaku antara DAP dan Pas perlu diterangkan kepada rakyat secara jelas dan pada masa sama DAP juga mengharapkan parti baharu yang ditubuhkan itu nanti dapat bergabung semula dengan kita dalam PR," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Khairul Anwar: ' Saya masih ahli Umno'

Posted: 27 Jun 2015 07:01 PM PDT

Khairul Anwar Rahmat 
KLUANG - Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan bahawa dirinya masih ahli Umno selepas melepaskan semua jawatan yang disandang dalam parti berkenaan.
 
Khairul Anwar berkata, beliau  tidak akan sesekali meninggalkan parti Umno kerana sebelum ini parti itu banyak memberi ruang dan peluang kepadanya untuk menjadi seorang pemimpin.
 
Katanya, tindakan melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia adalah tindakan peribadinya.
 
"Saya akan kekal dengan jawatan berkenaan sehingga 10 Julai ini namun akan menghantar surat peletakan semua jawatan itu berkuatkuasa 11 Julai, Isnin ini kepada pucuk pimpinan parti.
 
"Alhamdulillah, ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang memahami keputusan yang diambil selepas saya fikirkan sedalam-dalamnya ini malah saya juga dihubungi peminpin Umno pelbagai peringkat yang bukan saja banyak memberi perangsang, dorongan malah nasihat berguna," katanya selepas perjumpaan tertutup bersama ahli jawatankuasa serta ahli Pemuda Umno Kluang, di sini, semalan.
 
Khairul Anwar semalam mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam parti berkuatkuasa 11 Julai ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Taktik penangguhan UMNO untuk kenal pasti sokongan - Penganalisis

Posted: 27 Jun 2015 06:58 PM PDT


Taktik penangguhan UMNO untuk kenal pasti sokongan - PenganalisisKUALA LUMPUR: Keputusan menangguhkan Pemilihan UMNO oleh selama 18 bulan daripada jadual Perhimpunan Agung parti tahun depan seperti yang diumumkan Presiden parti Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai usaha memanjangkan hayat politik individu dan parti.

Menurut pandangan penganalisis politik Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin, penangguhan tersebut mempunyai beberapa tujuan selain sebagai usaha mengelakkan perpecahan parti.

"Tindakan yang sama pernah terjadi pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia adalah peluang untuk parti mengatasi konflik dalaman yang boleh membawa perpecahan dalam parti.

"Ini suatu tindakan politik biasa yang kita boleh katakan sebagai taktik penangguhan untuk memungkinkan Najib mengekalkan kedudukannya," ulasnya.

Mengenai tempoh penangguhan tersebut dan kesannya, Shaharuddin berpendapat bahawa semuanya bergantung kepada keadaan.

"Dalam tempoh tersebut, pemimpin parti mungkin sudah tahu siapa yang menyokong atau sebaliknya. Mungkin juga akan berlaku rombakan dalaman," katanya.

Mengambil contoh senario semasa, Shaharuddin memetik beberapa isu kontroversi seperti syarikat pelaburan Negara 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan juga Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Read More / Baca Lagi >>

PAS terus agenda hudud walau dimanipulasi ‘musuh’, kata Hadi

Posted: 27 Jun 2015 06:57 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau menyedari agenda pihak tertentu menggunakan isu hudud untuk menjatuhkan PAS. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau menyedari agenda pihak tertentu menggunakan isu hudud untuk menjatuhkan PAS. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan lari daripada agenda perjuangan parti itu dan mendakwa "musuh" politik mereka menggunakan sudut agama seperti hudud untuk menakut-nakutkan rakyat. Presiden PAS itu berkata, gambaran diberi seolah-olah hudud akan menjadi agenda pertama parti itu sekiranya ia menang dan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi hakikatnya, ia hanya sebahagian undang-undang Islam yang merangkumi pelbagai aspek termasuk undang-undang antarabangsa dan sivil.
"Dalam hudud, ada hukuman potong tangan untuk pencuri dan hukuman untuk penzina. Ini yang mereka pilih.

"... Dipilih oleh media dan banyak pihak lagi untuk membuatkan rakyat takut kepada Islam," katanya pada satu ceramah Ramadan dihadiri ratusan penyokong di ibu pejabat PAS di Pongsu Seribu, Pulau Pinang malam tadi. Hadi berkata kira-kira 5 tahun lalu, bekas menteri kanan Singapura mendiang Lee Kuan Yew ingin tahu lebih lanjut mengenai PAS, maka kedutaan republik itu di Kuala Lumpur menghubungi setiausaha politiknya bagi mengatur satu pertemuan.
"Saya terkejut Lee Kuan Yew hendak jumpa saya. Sebab itu saya fikir DAP ni kecil sahaja. DAP lahir daripada PAP, parti Lee," katanya disambut ketawa hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Belum ada keputusan usul putus hubungan dengan DAP, kata PAS

Posted: 27 Jun 2015 06:56 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berceramah di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau melihat konflik di dalam Pakatan Rakyat sebagai satu provokasi yang dirancang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 28 Jun, 2015. 
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berceramah di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Beliau melihat konflik di dalam Pakatan Rakyat sebagai satu provokasi yang dirancang. 

PAS masih belum membuat keputusan mengenai usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima tanpa bahas muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini. Ketua Penerangan Nasrudin Hassan berkata, usul itu masih belum dibincangkan dan dibuat keputusan muktamad di peringkat Majlis Syura Ulama.
Ini kerana katanya, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din ketika ini sedang melaksanakan ibadah umrah di Mekah.

"Kami akan tunggu sehingga beliau pulang untuk menetapkan tarikh mesyuarat majlis syura untuk membincangkan usul itu. "Apa yang diputuskan, seperti kata presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), ialah supaya PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada pemberita awal pagi ini selepas satu ceramah lewat malam di ibu pejabat PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu.
Usul Dewan Ulama itu menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengisytiharkan gabungan parti pembangkang dalam PR itu kini berkubur.
Nasrudin menegaskan PAS tidak membuat keputusan mengenai usul itu, sebaliknya DAP yang membuat keputusannya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan PAS, DAP perlu usaha sendiri yakinkan Melayu, kata Utusan

Posted: 27 Jun 2015 06:55 PM PDT

DAP kini terpaksa bergantung kepada usahanya sendiri selain PKR untuk mendampingi dan meyakinkan orang Melayu apabila memutuskan hubungan dengan PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2015. 
DAP kini terpaksa bergantung kepada usahanya sendiri selain PKR untuk mendampingi dan meyakinkan orang Melayu apabila memutuskan hubungan dengan PAS. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menegaskan DAP perlu meyakinkan orang Melayu secara bersendirian selepas parti sekular itu membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan PAS. Awang Selamat, nama pojok yang mewakili pengarang akhbar itu berkata kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan tidak mahu bekerjasama dengan parti cauvinis jelas menunjukkan imej DAP sebagai parti rasis masih tebal.
"Kini dengan terburainya muafakat antara kedua-dua parti itu, DAP terpaksa bergantung kepada usahanya sendiri selain PKR untuk mendampingi dan meyakinkan orang Melayu.

"Awang dapat tahu, langkah sedang diperhebat untuk mempengaruhi golongan muda Melayu terutama yang liberal, dengan apa saja cara."Apatah lagi parti itu ke depan dan menguasai pengolahan permainan persepsi dalam isu semasa. Mudah untuk menangguk di air keruh termasuk bagi menjadi juara kepada orang Melayu," katanya menerusi akhbar itu edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

PRU14 sebelum September 2017?

Posted: 27 Jun 2015 06:54 PM PDT

PRU14 sebelum September 2017?

KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam usaha ke arah memantapkan parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata demikian kepada media ekoran pengumuman penangguhan pemilihan parti tahun depan selama 18 bulan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Jumaat.

"Tujuan utama kita (membuat keputusan itu) adalah untuk menumpukan khidmat sepenuhnya kepada rakyat dan bukan kepada usaha merebut jawatan.

"Yang kedua, untuk mengelakkan perpecahan (sesama anggota UMNO) terutama sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada pemberita selepas program 'Bersama Sehelai baju.com Buat Menyapu Si Air Mata 2015' di Masjid Jamek Parit Ibrahim, Pontian Besar, Sabtu malam.

Kenyataan Ahmad itu sekali gus memberi indikasi bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijadual pada tahun 2018 akan diadakan lebih awal iaitu sebelum tamat tempoh penangguhan pemilihan parti pada September 2017.

Ahmad dalam pada itu turut mengulas sama ada keputusan Majlis Tertinggi UMNO menangguhkan pemilihan UMNO boleh berubah sekiranya ada permintaan daripada anggota-anggota UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan tutup isu 1MDB dengan bina masjid, kata Mahfuz Omar kepada PM

Posted: 27 Jun 2015 06:53 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta agar jangan cuba menutup isu yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengumumkan sumbangan syarikat itu bagi pembangunan semula Masjid Jamek Kampung Baru.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Najib yang 1MDB banyak berjasa dan menyumbang pada pembangunan Islam di Malaysia, termasuk pembinaan masjid itu, menerima kritikan dan tohmahan daripada pelbagai pihak.
"Perdana menteri menyatakan jasa dan sumbangan 1MDB kepada umat Islam sangat besar. Ini memberi maksud seolah-olah beliau mahu rakyat, khususnya umat Islam, memberikan kemaafan pada apa pun kesalahan yang dilakukan 1MDB, sebab 1MDB pun buat baik juga.

"Pemikiran begini sangat merbahaya kepada pembangunan insan," kata bekas ketua penerangan PAS itu dalam satu kenyataan. Pada Jumaat, Najib berkata, walaupun 1MDB menerima pelbagai kritikan, namun ia sebenarnya banyak berjasa untuk pembangunan Islam di negara ini.
Katanya, pembangunan semula masjid itu, yang menelan belanja sebanyak RM20 juta, adalah sebahagian daripada sumbangan syarikat itu melalui Yayasan 1MDB.
Bagi Mahfuz, kenyataan itu membawa mesej yang salah kepada rakyat.
Ia seolah-olah membenarkan sesuatu kesalahan dan dosa yang boleh "dicuci" dengan sedikit pemberian sedekah mahupun membiayai kerja umrah.
Read More / Baca Lagi >>

RINGGIT MAKIN JATUH !!!

Posted: 27 Jun 2015 06:41 PM PDT


Tak payah nak tunggu2 krisis ekonomi dunia..
Ringgit semakin menghampiri RM3.80..
Tak mustahil jejak RM4.00

Ohhh jangan panik. Menteri 'cerdik' melayu UMNO kata..
"RINGGIT JATUH BANTU PULIH EKONOMI"
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK NEGARA"
"RINGGIT JATUH BAIK EKSPORT FGV"
"RINGGIT JATUH BAIK UNTUK PELANCONGAN"
"RINGGIT JATUH RANGSANG EKSPORT & PELABURAN"
"DENGAN GST BOLEH SELAMATKAN RINGGIT"

Dudley International House: Apakah SPRM dan MARA terima maklumat lebih awal?

Posted: 27 Jun 2015 03:47 PM PDT


MARA-Melbourne


KUALA LUMPUR, 27 JUN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa perlu menjelaskan sama ada mereka telah lebih awal menerima maklumat berhubung rasuah pembelian hartanah di Melbourne, Australia.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sekiranya maklumat tersebut diterima lebih awal, mengapa tindakan kedua badan itu hanya dimulakan pada Selasa lalu.
"Adakah SPRM dan MARA akan terus mengabaikan maklumat tersebut sekiranya akhbar Australia The Age tidak mendedahkannya pada Selasa lalu? soalnya
Tambah Kit Siang, SPRM perlu menjelaskan sama ada badan itu telah menerima maklumat semenjak tahun lalu, yang dikatakan menjadi sebab SPRM memulakan siasatan kira-kira enam bulan lepas.
"Mereka (SPRM) juga perlu menjelaskan mengapa tindakannya lebih kelihatan untuk 'menutup 'isu' dan bukannya 'mendedahkan' dalangnya," kata Kit Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menggesa kerajaan menjawab pendedahan di sebuah blog tentang bagaimana rasuah RM13.8 juta diagihkan di kalangan enam orang.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan Harapan Baharu mula langkah dari Johor

Posted: 27 Jun 2015 03:38 PM PDT

SUHAIZAN 1
Suhaizan Kayat berkata, ia akan mensasarkan negeri Johor sebagai tapak pertama untuk meraih sokongan rakyat.
KUALA LUMPUR, 28 Jun:
Gerakan Harapan Baharu yang terdiri daripada mereka yang gagal dalam pemilihan Muktamar PAS lalu bakal memulakan langkah dari Selatan tanah air.
Walaupun belum memuktamadkan penubuhan sebuah parti politik baru, Penolong Setiausahanya, Suhaizan Kayat berkata, ia akan mensasarkan negeri Johor sebagai tapak pertama untuk meraih sokongan rakyat.
Malah katanya, Gerakan Harapan Baharu akan lebih menumpukan perhatian bagi mencari dokongan dari kumpulan Melayu pertengahan dan juga bukan Muslim.
"Isu tubuh parti baru itu kita belum putuskan lagi, masih dalam perbincangan. Tetapi usaha untuk menubuhkan itu memang ada.
"Kita melihat apa yang ada pada hari ini, maknanya bila ada sedikit masalah dalam PAS dan kita rasa ada ruang yang perlu dipenuhi, jadi kita nak mengisi ruang kekosongan yang ada," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Gerakan Harapan Baru sebelum ini menggelarkan diri mereka sebagai G18 yang mana anggota kumpulan ini terdiri daripada mereka yang gagal dalam pemilihan parti PAS.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Jawatankuasa Bertindak G18 yang kini merupakan nadi kepada Gerakan Harapan Baharu, Dr Dzulkefly Ahmad, beliau menafikan bahawa kumpulan ahli PAS yang progresif ini akan membentuk sebuah parti politik dalam masa terdekat.
Jelasnya, kajian melibatkan keinginan dan suara rakyat sedang dijalankan bagi memastikan tindakan mereka selari dengan apa yang diperlukan mereka.
"Kita bergerak dengan menggunakan kempen 'Harapan Baharu' bagi mendapatkan maklum balas dari rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Annuar Musa : PM Tidak Meluluskan Pembelian Hartanah di Melbourne

Posted: 27 Jun 2015 03:16 PM PDT


Annuar Musa : Harga Dudley International House dibeli bawah harga pasaran

Posted: 27 Jun 2015 03:09 PM PDT


Pie sharing gets smaller

Posted: 27 Jun 2015 03:06 PM PDT

Events shape the PAS resolution

Posted: 27 Jun 2015 03:05 PM PDT

Mana ada kat negara di dunia yg sebaik KERAjaan BN bermurah hati kpd warga asing..

Posted: 27 Jun 2015 02:59 PM PDT

PRU14, 3 tahun lagi.. Kontrak 500,000 pekerja bangla masuk M'sia pon KERAjaan UMNO/BN tawar 3 tahun lagi TELAH PON dimeterai perjanjian tersebut di Putrajaya.

12 MALAM: SENDIRI BIKIN ISU, SENDIRI TUTUP !!!

Posted: 27 Jun 2015 02:55 PM PDT


Tiba2 muncul lah pahlawan bugis berdarah kepahlawanan dari Pekan jadi hero dalam isu ini. Korang mmg terer buat isu, bila rakyat dah bising baru nak tutup isu plok..

NAMPAK TAK 'GAME' MEREKA !!!

Lautan bergelora dijangka melanda para pemimpin PAS, kata penganalisa

Posted: 27 Jun 2015 08:05 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
PAS mungkin tidak akan menghalang mana-mana ahlinya yang ingin bertukar parti tetapi pemerhati meramalkan ribut besar bakal melanda dan memberi amaran bahawa ianya akan menjadi perjalanan tidak lancar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Penganalisa politik Khoo Kay Peng memberitahu Theantdaily bahawa ianya benar dalam kes ahli PAS yang tinggalkan parti untuk sertai DAP, berbanding parti baru yang dijangka akan dibentuk oleh pemimpin progresif PAS.
"Sentiasa terdapat risiko buat mereka ...secara struktur dan ideologi sebagai parti, ianya memerlukan lebih dari sekadar menurunkan beberapa calon Melayu untuk DAP bagi meraih sokongan Melayu.
"Kempen DAP secara keseluruhannya mestilah diubah," kata Khoo dalam respon terhadap laporan terkini mengenai beberapa ahli akar umbi PAS yang meninggalkan parti dan menyertai bekas sekutu Pakatan Rakyat mereka.

Khoo menyatakan bahawa walaupun DAP sering mengekalkan pendirian berbilang bangsa dalam isu-isu negara, tetapi kebanyakan ahli dan penyokong teras mereka masih datang daripada generasi tua Cina yang mana pandangan mereka mungkin tidak mencerminkan ideologi parti.
"Dalam kes Dyana Sofya, salah satu sebab beliau tewas di Teluk Intan adalah kerana beliau seorang Melayu. Terdapat banyak aktiviti yang beliau tidak dapat sertai. Seperti yang dianjurkan di tokong-tokong.
"Malah saya juga tidak dapat sertai dalam sesetengah aktiviti (tempatan) kerana saya bukanlah berpendidikan Cina," kata Khoo dalam merujuk calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan, yang tewas kepada presiden Gerakan Mah Siew Keong.
Realiti ini, dakwa beliau, mungkin mengundang risiko kepada ahli-ahli Melayu muda yang menyertai DAP dengan harapan ditawarkan kerusi untuk bertanding pada PRU14.
"Ahli-ahli muda yang menyertai DAP kerana ditawarkan kerusi bukanlah perkara baru. (Ahli Parlimen Serdang) Ong Kian Ming, (ADUN Damansara) Yeo Bee Yin, (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua...kesemua mereka telah ditawarkan kerusi ketika mereka sertai parti.
"Ianya tidak akan membawa cara baru berpolitik untuk DAP," dakwa Khoo.
Sementara itu, Khoo turut menyatakan bahawa presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin benar dalam amaran beliau untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin progresif - dikenali sebagai G18 - yang mempunyai rancangan untuk menubuhkan parti politik baru.
Read More / Baca Lagi >>

Tangguh pemilihan: 'MCA kaji ikut jejak UMNO' - Tiong Lai

Posted: 27 Jun 2015 08:02 AM PDT

Tangguh pemilihan: 'MCA kaji ikut jejak UMNO' - Tiong LaiKUALA LUMPUR: MCA akan mengkaji alasan penangguhan pemilihan UMNO yang dijadual berlangsung tahun depan sebagai langkah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, partinya juga mempertimbangkan keputusan UMNO itu yang diakui dapat memastikan tumpuan khusus terhadap kesepakatan parti di bawah komponen Barisan Nasional (BN)

"Saya lihat ini usaha untuk memastikan tumpuan yang khusus kepada perkhidmatan untuk rakyat; ia langkah bersiap sedia dan bersatu padu untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Kita akan mengkaji alasan yang diutarakan. Saya juga yakin semua parti mempunyai objektif yang sama iaitu misi PRU.

"Kita akan terus beri perkhidmatan kepada rakyat, kita hendak tumpukan kepada rakyat dahulu," katanya.

Tiong Lai berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian bangunan baru untuk pelajar pendidikan khas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Yoke di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Membuatkan media patuh kepada kerajaan melalui Justo

Posted: 27 Jun 2015 08:01 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Lebih daripada sekadar cubaan menyembunyikan, penghinaan terhadap pengugut korporat warga Switzerland yang didakwa, Xavier Andre Justo oleh kerajaan adalah satu cubaan untuk mendiamkan media atas alasan untuk 'melindungi suspek sebenar'.
Frasa 'melindungi suspek sebenar' datang daripada filem klasik Casablanca, sesuatu yang diadptasi oleh Jerman terhadap pihak berkuasa Perancis ketika Pendudukan Perancis, lebih tepat lagi di bandar Utara Afrika Casablanca, boleh digunakan dari masa ke masa.
Terma itu menjelaskan apa yang dilakukan mereka apabila jenayah berlaku; menangkap pencetus masalah biasa, pelarian perang dan aktivis.
Walaupun ianya lebih untuk menunjukkan kepada ketua mereka yang mereka membuat kerja dan menakutkan penduduk untuk lebih patuh lebih dari perkara lain.
Kembali ke Malaysia, para pemerhati telah mengecam tindakan oleh kerajaan Malaysia untuk menyerlahkan apa yang dilihat sebagai aspek menjijikkan mengenai karakter Justo dan gaya hidup teruk dan tuding jari mereka kepada jenayah yang didakwa.
Beliau digambarkan sebagai orang jahat dengan kerajaan menuduh beliau menggubah maklumat yang didakwa dibocorkan beliau mengenai Petro Saudi International, yang mempunyai kaitan dengan perjanjian kontroversi dengan dana berdaulat milik kerajaan 1MDB.
Pengkritik dan tokoh pembangkang telah memanggil tindakan kerajaan sebagai satu cubaan untuk menidakkan maklumat yang bocor itu dan menyembunyikan sebarang persoalan mengenai penyelewengan pengurusan dana pinjaman kerajaan, yang pada asasnya dana awam.
Tetapi lebih serius dan berbahaya daripada penipuan mahir untuk melindungi kerja kotor seseorang adalah kerajaan kelihatan untuk membuat serampang dua mata.
Read More / Baca Lagi >>

Pertukaran pemimpin diperlukan demi Malaysia

Posted: 27 Jun 2015 07:59 AM PDT

oleh Christopher Fernandez

 Ianya difahami buat rakyat Malaysia untuk berasa kecewa dan sedih dengan prestasi prestasi pemimpin politik dari kedua-dua pihak, dengan banyak rungutan dan rasa tidak puas hati diluahkan tentang kelakuan mereka.

Para pemimpin ini dilihat menyalahgunakan kuasa mereka dan tidak ke arah pentadbiran yang baik. Realiti sebenar dalam negara ini adalah seharusnya terdapat perubahan kepimpinan atas-ke-bawah dengan peletakkan jawatan para pemimpin yang korup, tidak cekap dan tidak berguna.

Terdapat keperluan untuk membaik pulih struktur kepimpinan politik dalam negara ini dan seluruh rakyat Malaysia digesa untuk tidak mengundi calon yang disyaki tercemar dan bersalah terhadap salah laku. Rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk mengetahui dan fahami bahawa tiadanya pemimpin yang sempurna.

Di sebalik para pemimpin sekarang mulai dilihat dengan rasa sangsi dan syak wasangka, rakyat Malaysia mengakui dan menyedari yang terdapat pihak di kalangan mereka yang menunjukkan skil kepimpinan terpuji.

Masalahnya ialah mereka dihalang dan disekat daripada berkuasa oleh badan politik pemimpin sekarang yang bersatu untuk bermain politik kotor supaya mereka kekal berkuasa sesama mereka.

Inilah yang disaksikan oleh rakyat Malaysia dari sisi arena politik percaya dan mereka berasakan kerajaan hari ini telah menyalah guna kuasa untuk memerintah sambil menghalang mereka ynag berkelayakan daripada mengambil alih dengan cara tidak adil.

Ini juga sebab kenapa rakyat Malaysia marah dan dan berang dengan kerajaan kerana mereka percaya bahawa korupsi, kronisme, nepotisme dan pakatan sulit berluluasa dan meluas dan terbabas luar kawalan.

Read More / Baca Lagi >>

Berhenti menghukum orang lain: kerabat Johor, Selangor memimpin di hadapan

Posted: 27 Jun 2015 07:56 AM PDT

oleh Robin Stanley Augustin

Keluarga Diraja Johor sekarang ini sedang popular dengan ramai rakyat Malaysia memuji keberanian, kebijaksanaan dan rendah diri yang ditunjukkan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan anak-anak lelaki baginda. Pos Instagram terbaru oleh putera raja Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim telah membuatkan beliau semakin disenangi oleh rakyat jelata.

Pos itu, seperti dilaporkan oleh portal atas talian Malaysian Digest, adalah petikan ulama Zimbabwe terkemuka, Mufti Ismail Menk. "Apabila anda melihat seorang perempuan berpakaian yang tidak mengikut ajaran Islam, janganlah berfikir bahawa beliau lebih rendah dari anda secara rohaninya. Jika anda buat begitu, anda sebenarnya lebih rendah daripada beliau. Percayalah, itulah yang diajar oleh agama kamu." "Beliau mungkin mempunyai hubungan dengan pencipta-Nya yang anda tidak ketahui. Beliau mungkin mempunyai hati yang jauh lebih baik daripada anda. Beliau mungkin mempunyai satu kelemahan luaran, dan anda mempunyai 50 kelemahan yang tersorok," menurut pos yang tidak diselitkan sebarang kata-kata atau mesej.

Pos itu telah menerima gelombang sokongan daripada pengguna media sosial, menarik lebih 4,207 sukaan sehingga 5 petang pada 26 Jun. Pos putera muda itu pastinya menyegarkan memandangkan kekecohan baru-baru ini mengenai pakaian wanita dan apa yang "boleh diterima". Itulah apa yang sedang berlaku atas talian, dengan Internet atau lebih tepat lagi laman media sosial telah melahirkan "mahkamah" baru, iaitu mahkamah media sosial.

Tidak seperti mahkamah sebenar, mahkamah ini dipenuhi dengan ribuan, jika bukan jutaan, jenis manusia yang suka menghukum dan bersikap lebih mulia-daripada-kamu yang meluahkan pandangan mereka terhadap orang lain. Kita dapat melihat "mahkamah" ini bersidang melalui kutukan tidak wajar ke atas gimnas sukan SEA Farah Ann Hadi. Farah Ann Hadi Berbanding fokus dan meraikan pencapaian beliau meraih dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa, sesetengan orang begitu pantas mengutuk beliau kerana leotard beliau yang terlalu "terdedah". Mengapa mata mereka begitu tertumpu pada bahagian bawah badan beliau yang menjadi pusat serangan mereka ke atas beliau, tiada siapa mengetahuinya.

Read More / Baca Lagi >>

PR masih berfungsi di Selangor, P.Pinang - Shuhaimi Shafiei

Posted: 27 Jun 2015 07:47 AM PDT

Shuhaimi Shafiei  
SHAH ALAM – Kerajaan PR Selangor masih berfungsi namun yang berkubur hanyalah Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) kerana kerajaan negeri ditadbir pembangkang masih memegang teguh dasar bersama yang diasaskan daripada ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, PR masih wujud cuma Majlis Presiden PR di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi.

"PR masih wujud di Selangor dan Pulau Pinang, hanya Majlis Presiden tidak berfungsi namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, Pas dan DAP berhak mengatakan PR mati dan tidak lagi wujud.

"Di Selangor PKR, Pas dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal pentadbiran negeri dan juga rakyat. Sebab itu saya tegaskan PR masih wujud," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

Read More / Baca Lagi >>

NGO anak peneroka bina galeri mini papar kemusnahan Felda

Posted: 27 Jun 2015 07:45 AM PDT

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, galeri mini sejarah Felda yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 27 Jun, 2015. 
Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, galeri mini sejarah Felda yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini. 

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membina sebuah galeri mini bagi merakamkan sejarah panjang Felda bermula dari detik penubuhannya hinggalah kepada kegagalan syarikat perladangan itu. Presidennya Mazlan Aliman berkata, galeri berkenaan yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM50,000 akan dibina berhadapan pejabat baru Anak yang akan memulakan operasi Julai ini.
"Kita harap bila kita ada galeri, kita boleh tarik masyarakat tengok kemusnahan-kemusnahan yang sedang berlaku di Felda. Daripada sejarah Felda yang pahit dialami para peneroka.

"Biarlah orang tengok apa legasi yang ditinggalkan Tun Razak, hari ini anaknya menjahanamkan legasi itu," katanya di majlis berbuka puasa anjuran Anak bersama PAS kawasan Shah Alam petang ini. Mazlan berkata, idea membina galeri itu tercetus selepas menghadiri pameran yang diadakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar di Taiwan dua tahun lalu.
Katanya, pameran itu cukup meninggalkan kesan dan menyentuh hati sehingga apa yang dipamerkan mampu mengalirkan air mata.
"Saya tengok gambar (di galeri Taiwan) itu, menitis air mata melihat kemusnahan alam sekitar, penduduk kampung yang cacat dihalau keluar dari kampung halaman," katanya.
Beliau berkata, perancangan di pejabat baru Anak itu akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
"Kita nak melangkah setapak lagi lepas Hari Raya ini. Di sebelah depan kita nak buat dewan seminar dan galeri mini untuk kita rakamkan semua aktiviti kita dalam bentuk gambar.
"Biarlah gambar itu merakam segala-galanya apa yang berlaku di Felda," katanya.
Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat ini berkata, isu Felda tidak seharusnya dipinggirkan media dan masyarakat kerana pelaburan yang dilakukan tidak kurang besarnya.
Katanya, selain isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di luar negara, isu Felda juga perlu diberi perhatian kerana membabitkan hal kepentingan orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>