Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Bila penyamun tipu penyamun...

Posted: 25 Jun 2015 03:00 PM PDT

Ali Baba

Posted: 25 Jun 2015 12:40 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO MAT SABU DAKWA PAS SEKARANG SANGAT BERBAHAYA KERANA ADA ELEMEN TERRORIST ISIS

Posted: 25 Jun 2015 10:01 PM PDT


Minggu lalu, Mat Sabu menyatakan dalam interiew dengan TMI bahawa Hj Hadi SANGAT BERBAHAYA kepada negara kita. Kali ini, Mat Sabu membuat dakwaan yang lebih serius, iaitu PAS kini ada elemen Terrorist ISIS!!!

Mohamad Sabu membuat satu tuduhan serius terhadap partinya sendiri, PAS, bahawa parti itu kini sudah diresapi elemen bahaya dari Timur Tengah, ISIS.
Walau bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa penerapan elemen itu dalam PAS masih di peringkat awal dan mula dikesan sejak pemilihan parti baru-baru ini.
Mat Sabu yang tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS mendakwa budaya label-melabel sesama ahli adalah unsur-unsur awal penerapan elemen ISIS.
"Di Syria, Iraq, Afganistan, Pakistan, Libya. Semua tempat. Kalau kita tak bendung, kemungkinan penerapan konsep ISIS sedang masuk ke negara kita.
"Label ini telah bermula. Ini liberal. Ini munafik. Ini jebon. Orang ini boleh dibunuh.
"Kalau unsur ini masuk..kita juga akan bertarung dalam pertarungan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
"Unsur ini, kalau kita tak bendung, dia masuk ke dalam rakyat Malaysia dan sedang masuk.
"Kita di peringkat awal, kalau kita cepat sedar, kita boleh patahkan kemaraan itu,"kata Mat Sabu ketika berucap dalam forum anjuran Otai Reformis pada 14 Jun lalu.
Turut dikaitkan dengan elemen itu adalah konsep sokongan parti terhadap masyarakat bukan Islam.
"Ada konsep sekarang, orang bukan Islam, buat baik macam mana pun tak boleh terima kerana dia bukan Islam, akhir masuk neraka. Orang Islam yang jahat macam mana pun, kita kena sokong kerana akhirnya masuk syurga.
"Kita kalah pilihanraya pun tak apa, asal dapat keredhaan Allah. Seolah-olah redha tak redha, dia yang beri markah. Ini konsep-konsep baru yang (sedang) masuk (dalam PAS),"katanya.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tony Pua and all PAC members should withdraw

Posted: 25 Jun 2015 10:33 PM PDT



Public Accounts Committee (PAC) member Tony Pua, who is a well-known critic of 1Malaysia Development Berhad (1MDB), should step down from being member of the Parliament's bi-partisan panel, lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said today.

This is to ensure the current probe into the troubled company can be conducted in a fairer and transparent manner, Berita Harian reported him as saying.

The Bahasa Malaysia daily quoted the Umno lawyer as airing his personal view by suggesting that Pua and PAC members, who are 1MDB's strident critics, are more suited to become witnesses in the PAC inquiry instead.

He said it is important to accord justice to 1MDB without any prejudice from any quarters in relation to the ongoing PAC investigation.

"I've noticed Pua, as a PAC member, has issued a lot of statements which can affect investigations into the company.

"As such, I propose that he withdraw himself from PAC to return the public's confidence that the inquiry can be conducted fairly and transparently," he added.

Read on in TMI here

He should withdraw because he may be extradicted to Thailand ... hehehe

Tun Mahathir is defending Tony Pua because PAC is all bias. So why should there be much hope over a process is clearly to be bias.

Tun Mahathir said PAC is better than Auditor General. Is he making a U turn or setting up for a new assault?

Spreading tampered news investigated for sabotaging country

Posted: 25 Jun 2015 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, June 25, 2015:

Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek says his ministry will work closely with the police in regards to the arrest of Swiss national Xavier Andre Justo, in light of the latest twist in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) story.

He said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) was ready to assist in "whatever way" it can.

"Besides Justo, we also have to look at the other matter of people who had spread the news in our country.

"We have always seen that the government had been tried by the media and social media, but when there is an effort to sabotage the country and its economy, actions must be taken.

Read more in Rakyat Post HERE

Siapa personaliti yang bakal di exstradisi ke Thailand?

Posted: 25 Jun 2015 04:30 PM PDT


Sekalipun belum menerima sebarang permohonan rasmi dari Thailand - sama ada menerusi saluran diplomatik atau pun menerusi PDRM - Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamid berkata, dia menjangkakan permohonan tersebut akan dibuat ekoran penangkapan Xavier Justo.

"Kami telah mendapat maklumat bahawa Thailand akan membuat permohonan ekstradisi ke atas beberapa orang personaliti yang terlibat dalam siasatan ke atas Justo di Bangkok," kata Ahmad Zahid. 
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu juga mendakwa, Justo telah mendedahkan beberapa nama personaliti Malaysia kepada pihak berkuasa Thailand. 

"Beberapa orang personaliti ini telah meminta Justo untuk memanipulasi fakta berdasarkan maklumat yang telah dimuat turun menerusi sistem komunikasi syarikat berkenaan."
Baca sepenuh di TFK SINI

Penang guna MBPP, S'ngor guna babi ... halau Melayu

Posted: 25 Jun 2015 07:30 AM PDT


Azmin pun disalak suruh halau PAS macam babi ...



Berani si Jijah dengan taukeh cina babinya ...


Cuba pentaksub jawab soalan pula

Posted: 25 Jun 2015 03:31 AM PDT


Selalu orang, bila sesuatu sumber maklumat itu boleh dipersoalkan, kita tak percaua dan elak dari guna maklumat itu langsung.

Jika nak.guna, ia perlu disiasat dan disahkan melalui sumber-sumber lain sebaiknya sumber yang ada kaitan langsung.

Setelah terdedah sumber maklumat yang mereka guna untuk serang 1MDB adalah maklumat yang telah dilaporkan oleh penyiasat PGI sebagai telah ditokok tambah dan unah suai, ada pentaksub tetap berdegil.

Mereka berhelah bahawa sumber itu sumber bocor maka ada kebenaran. Itu degil.

Cuba mereka jawab mana satu maklumat yang tidak ditokok tambah serta ubah suai dan mana satu tak?

Ada pula dijangka akan berdegil kata jawab dan tinjukkan bukti.

SEPATUTNYA PIHAK YANG MENUDUH BERTANGGUNGJAWAB BUKTIKAN TUDUHSN MEREKA.

Pasti mereka tak boleh jawab sebab bukti.mereka bukti dari Justo yg mudah dipersoalkan.

Dalam bab nak mintak bukti. Mana orang berniaga dedah bogel semua maklumat dan dokumen? Dulu.perwaja pun tak buat. BMF pun tak.

Yang boleh lihat bukti adalah jutu odit, pihak stakeholder yang langsung terlibat, penyiasat rasuah dan jenayah, dll pihak bertanggungjawab.

Mana ada boleh kasi sebarang Ali Ah Chong and Albert.

Selalu bila pentaksub toada modal berhujah maka dia tuduh ini pencacai dibayar.

Khabarnya itulah hujah seorang pemimpin NGO yg aktif di sosial media. Kesian ... standard drebar teksi kot.


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


PASMA Tolak Hudud Dalam Agenda Parti Politik Baru Mereka

Posted: 24 Jun 2015 10:34 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:44 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar failkan qazaf terhadap Shafee

Posted: 25 Jun 2015 09:18 PM PDT

image
Dr Wan Azizah (tengah) mewakili suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan laporan tuntutan qazaf terhadap Tan Sri Dr Shafee di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM, 26 Jun:

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan qazaf ke atas peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam kes Liwat II.
Qazaf bermaksud menuduh secara salah lelaki atau wanita Islam melakukan zina atau kegiatan homoseksual tanpa empat saksi.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini mewakili suaminya kerana tidak dibenarkan meninggalkan penjara.
"Laporan ini dibuat berdasarkan tuduhan Shafee terhadap Anwar kerana melakukan liwat, tanpa membawa empat saksi sebagaimana yang dituntut undang-undang.
"Demi keadilan dan untuk menegakkan undang-undang syariah di Selangor, kami menggesa tindakan Shafee itu disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Turut hadir anak Anwar, Nurul Izzah, Nurul Iman dan peguam keluarga itu, Fadhlina Sidek.
Menurut Fadhlina, pada asalnya adalah Anwar sendiri akan membuat laporan berkenaan. Bagaimanapun, beliau tidak dibenarkan meninggalkan penjara.
"Jabatan Penjara mencadangkan agar pegawai Jais untuk ke penjara bertemu dengan Anwar namun tiada yang datang dan katanya kami perlu ke Jais dan membuat laporan mewakili Anwar," katanya.
Dalam satu sesi dialog yang dianjurkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 17 Februari, Shafee menerangkan secara terperinci aksi seks antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pemimpin pembangkang dan peguamnya mengkritik Shafee dan mendakwa ia menyalahi undang-undang kerana mendedahkan bukti. 

Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?

Posted: 25 Jun 2015 09:13 PM PDT


Malaysia Muflis dan Bangkrap Seperti Greece Jikalau Cukai GST 6% Tidak Dilaksanakan?
Anda semua di sini sebagai rakyat marhaen yang membanting tulang setiap hari ada 2 pilihan, samada anda perlu berusaha keras membayar cukai tambahan iiatu cukai GST kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib atau anda bakal melihatkan kerajaan Malaysia terpaksa menambah hutang negara melalui pinjaman bagi survival pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini sekaligus berisiko besar untuk Malaysia mulis dan bangkrap seperti negara Greece.
Ini antara bait-bait perkataan yang pernah keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri Malaysia dalam satu seminar Pengukuhan Ekonomi Negara sebelum ini.
Tetapi yang berlaku sekarang?
  1. Kenakan cukai GST
  2. Cukai pendapatan masih lagi tinggi
  3. Hutang negara semakin melonjak
Malaysia muflis
Cuma yang Berita Semasa persoalkan, mengapa dan kenapa kerajaan Malaysia sudah tahu Malaysia bakal berhadapan dengan muflis dan bangkrap :
  1. Masih lagi berikan BR1M yang mencecah bilion setiap tahun?
  2. Berhutang sehingga RM42 bilion untuk 1MDB?
  3. Tukar jet baru?
  4. Saiz kabinet Malaysia semakin besar
  5. Belanja kos sehingga RM7,000 juta semata bagi mendapatkan khidmat nasihat penasihat. Bukankah negara sepatutnya menjadi lebih baik? Apa sudah jadi sekarang? Apa rakyat Malaysia tiada idea yang bijak dan bernas sehingga terpaksa panggil orang luar?
  6. Anda mahu tambah lagi?

Punca dan Sebab Greece Bangkrap VS Malaysia Muflis?

Read More / Baca Lagi >>

Bila bohong, kita akan terperangkap, kata Mahathir

Posted: 25 Jun 2015 09:06 PM PDT

Wan Azizah failkan tuntutan qazaf terhadap Shafee

Posted: 25 Jun 2015 08:40 PM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mewakili suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan qazaf terhadap Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana tuduhan liwat.
Ini berikutan kenyataan Shafee dalam satu program dialog terbuka di Kelana Jaya pada 17 Februari lalu yang secara terbuka memfitnah Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tanpa menampilkan mana-mana empat saksi.
Laporan dibuat Dr Wan Azizah di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Shah Alam, hari ini.

PAS menuju suram di saat rakyat menunggu ‘bulan baru’

Posted: 25 Jun 2015 08:37 PM PDT

oleh Lokman Mustafa
Bulan Ramadan tahun ini, seperti mana di tahun-tahun lalu, memang ditunggu-tunggu.
Sejak Rabu minggu lepas, masjid-masjid di seluruh negara penuh sesak menjelang waktu solat Isya' kerana ramai yang berhasrat menunaikan solat Tarawih selepasnya.
Di Shah Alam, saya saksikan para jemaah melimpah sehingga ke luar masjid serta surau.
Baik yang tua, muda, berkereta mewah, berskuter, samada berjubah, berkurta, berbaju melayu dan berkemeja, semuanya ada.
Ramadan ternyata bulan gemilang buat umat Islam.
Tetapi tidak seperti tahun yang sudah-sudah, bulan mengambang yang menjadi lambang Pas kelihatan sedikit suram.
Pihak progresif dan ulama yang menjadi ahlinya kini kian renggang.
Hari ini, timbul pula berita Kumpulan 18 yang terdiri daripada golongan progresif yang disingkirkan sedang menyusun kembali halatuju perjuangan mereka.
Sebuah parti baru bakal bermula?
Begitulah tajuk yang terpampang di portal-portal berita.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memberi gambaran sekiranya pembentukan parti baru itu berlaku, ia didorong soal perjuangan.
"Jika Pas pada hari ini bersifat keras, tak mampu berkawan dan bekerjasama dengan pihak lain seperti diharuskan syariat Islam maka parti baru perlu dibentuk," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Perpecahan Pakatan tidak beri manfaat kepada BN, kata penganalisis

Posted: 25 Jun 2015 08:30 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur berikutan kekalutan dan hubungan tegang di antara parti dalam gabungan itu tidak memberikan Barisan Nasional (BN) kedudukan lebih baik di kalangan pengundi, kata para penganalisis.
Pada masa sama, mereka mengatakan pihak pembangkang kini mempunyai tugas sukar untuk memenangi kembali kepercayaan pengundi yang hilang selepas pergaduhan mereka dalam beberapa bulan ini.
Malah, PR ataupun satu gabungan baharu mampu pulih daripada masalah asalkan mereka dapatkan parti yang berkredibiliti untuk menggantikan PAS, kata Profesor James Chin, pengarah Asia Institute dari University of Tasmania.

"Kebanyakan orang tidak membuat keputusan tentang undi mereka sehingga saat terakhir. Jadi PR ataupun badan baharunya punyai masa untuk pulih. "Perkara paling penting adalah untuk mencari parti yang berkredibiliti untuk menggantikan PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.
Sementara itu, penganalisis politik Dr Wong Chin Huat berkata, G-18, kumpulan progresif PAS yang diketepikan semasa pemilihan parti baru-baru ini, akan menjadi faktor penentu sekiranya pembangkang berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Keseluruhannya, bagaimana besarnya manfaat (menghidupkan semula dasar kesederhanaan dan sokongan bukan Islam) serta kekalahan (penolakan pengundi Islam) bergantung kepada bagaimana G-18 muncul sebagai kuasa baru.
"Sekiranya G-18 berlaku baik, impak negatif kepada pembangkang secara keseluruhannya adalah kecil," kata zamalah kanan Institut Pulau Pinang itu.
Seperti Chin, Wong juga mengatakan yang perpecahan PR serta cakap-cakap tentang gabungan baharu tanpa PAS, pembangkang mungkin kehilangan undi daripada penyokong parti Islam tersebut.
"Tetapi mereka boleh menghalang kekalahan dari kalangan rakyat sederhana yang hilang kepercayaan serta pengundi bukan Islam," tambahnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno seru GLC henti beli ruangan iklan The Edge

Posted: 25 Jun 2015 08:25 PM PDT

Paparan blog Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyeru syarikat berkaitan kerajaan berhenti mengiklan di dalam akhbar The Edge. – 26 Jun, 2015. 
Paparan blog Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyeru syarikat berkaitan kerajaan berhenti mengiklan di dalam akhbar The Edge.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencadangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar berhenti membeli ruangan iklan dalam penerbitan The Edge. Beliau yang baru dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berkata, The Edge "memutarbelitkan fakta pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Australia dan laporannya bukan dari sumber yang sah".
"Bagi saya tahap kesabaran ada hadnya tetapi kalau ianya sampai peringkat boleh mencemar nama baik negara maka tindakan tegas perlu diambil kepada akhbar ini (The Edge).

"Saya menyeru syarikat-syarikat GLC terutamanya agar jangan membeli ruangan iklan dalam akhbar berkenaan ternyata tidak bertanggungjawab dalam penyiaran beritanya."Tindakan akhbar berkenaan menyiarkan laporan tidak tepat berkenaan pembelian hartanah di Australia boleh menjejaskan nama baik dan ekonomi negara.
"Sedikit sebanyak boleh menjejaskan kepercayaan dan keyakinan pelabur terhadap negara ini," katanya menerusi blog beliau hari ini.
"Sebagai pengamal media mereka jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya kena mengkaji impak penyiaran berita berkenaan kepada kepentingan ekonomi dan masa depan negara," katanya.

Bruce Lee laris di Kota Bharu

Posted: 25 Jun 2015 08:09 PM PDT


IMG-20150625-WA0016KOTA BHARU, 26 JUN: Setelah menjelajah ke tiga negeri demi kemanusiaan Pameran Amal Lukisan Bruce Lee kini singgah di negeri Cik Siti Wan Kembang pula mulai semalam.
Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang juga merupakan penasihat Impian Malaysia kira-kira jam 5 petang di KB Mall.
IMG-20150625-WA0017Suasana majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran ramai pimpinan politik termasuklah Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, Sasterawan Negara A Samad Said dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli serta Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke.
Turut hadir bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Speaker DUN Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim.
Pameran yang memaparkan sejumlah hasil seni berimejkan Bruce Lee itu bukan sekadar pameran kosong, malah aktiviti jualan turut diadakan untuk pengunjung demi mengutip dana untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan.
bruce leeMenurut Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman, pameran selama tiga hari itu menyasarkan kutipan RM20,000.
"Namun, nampaknya baru saja dilancarkan hari ini, kutipan telah mencecah RM23,000. Ini adalah satu perkara yang menggembirakan, terima kasih rakyat Kelantan,"ujar Syefura ketika dihubungi.
Sebelum ini pameran sama turut diadakan di di Pulau Pinang, Ipoh dan di Selangor. Di Selangor sahaja, kutipan mencecah RM150,000 untuk tempoh seminggu pameran diadakan di The Mines, Serdang.
Read More / Baca Lagi >>

IT'S A FRAUD: S'wak Report shows proof of Najib-linked CONSPIRACY against Dr M

Posted: 25 Jun 2015 08:02 PM PDT

Sarawak Report has closely researched the extremely serious and libellous allegations, which claim documents relating to our coverage the PetroSaudi 1MDB joint venture were "tampered" and "distorted" in order to "creatively alter" the truth.
We can now prove that these allegations are demonstrably untrue, by examining the evidence on which they were based.
IT'S A FRAUD: S'wak Report shows proof of Najib-linked CONSPIRACY against Dr MSo, our message to those who have accused us is check your facts before you sound off your accusations and start to worry about libel suits, if you have defamed us or an innocent man who is now in jail.
We can confirm that there is zero evidence brought forward so far to substantiate the claims of "distortion" made over the past 48 hours by the New Straits Times and taken up by certain media, bloggers and UMNO politicians.
Indeed, the little evidence that has been provided by these parties can be shown to confirm the exact opposite, which is that there has been no tampering of documents.
Even so, people who could also have made the very same checks have falsely alleged that Sarawak Report and the Edge newspaper lied and deliberately misled readers with "distorted" information about 1MDB's missing billions.

What proof have such eager accusers been able to find?
Most notoriously the Home Minister Zahid Hamidi has claimed to the press that this allegation proved that our reports were "intentionally spinning" and that facts had been "twisted". As a result he threatened to "charge the perpetrators.":
"We believe that (the perpetrators) must be fully responsible for any action (that will be taken) resulting from the false reporting or intentional spinning (of facts)," he said.
Yet we can show in precise detail how these comments can be proved to be entirely untrue.

Examine the evidence!

Behind the allegations is PetroSaudi, which is an involved party with a strong interest in discrediting our information
Behind the allegations is PetroSaudi, which is an involved party with a strong interest in discrediting our information
Our proof has been obtained by examining the evidence on which the company PetroSaudi, which is behind the allegations, based its claims.
PetroSaudi is itself under investigation for its role as a partner in the joint venture with 1MDB, from which billions are now scandalously missing.
This biased party was clearly a driving force at the centre of a highly orchestrated attempt this week to discredit some of the evidence that has been used to expose wrong doings by the joint venture in our reports.
Thus is was that on Tuesday staff from the UMNO owned newspaper New Straits Times were transported to Bangkok, in order to photograph the staged arrest of an alleged PetroSaudi whistleblower, whom they claimed was the source of millions of emails that have provided Sarawak Report information about siphoning of billions of ringgit from 1MDB.
Showcase arrest - but what does the evidence add up to?
Showcase arrest – but what does the evidence add up to?
This was a former Director of the company, whom PSI falsely labelled as an "IT expert".
Indeed, it was PSI who had lodged the series of denunciations to the Thai police, which formed the basis of the charges that led to his arrest and detention. PetroSaudi have accused their former colleague of taking their data and "distorting" it, supposedly in order to "extort" and "blackmail" the company – a crime PSI has claimed took place in Thailand.
So, it was hardly in the capacity of a neutral party that PetroSaudi offered the NST an interview with their 'expert' interviewee for the story.
This turned out to be an unnamed employee of the UK based "cyber intelligence" firm, Protection Group International, who had allegedly examined the documents uploaded onto the web by Sarawak Report.
Ready for hire - but did PGI really make the claims quoted?
Ready for hire – but did PGI really make the claims quoted?
It was a series of astonishing "quotes" from this anonymous spokesman from PGI, which provided the bedrock for all the subsequent allegations in the Malaysian media, designed to discredit the evidence in Sarawak Report.
The PGI "expert" reportedly told NSI:
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ikat jamin, Justo akan dibicara di Thailand

Posted: 25 Jun 2015 07:53 PM PDT

Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang ditangkap polis Thailand pada hari Isnin kerana didakwa memeras ugut, tidak dibenarkan ikat jamin dan sedang ditahan di lokap Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan.

Dia akan dibicarakan di Thailand atas tuduhan tersebut walaupun laporan sebelum ini berkata dia akan dihantar pulang.

Jurucakap Polis Diraja Thailand, Ketua Leftenan Prawut Thavornsiri memberitahu Malaysiakini malam tadi ini bahawa kesalahan itu didakwa dilakukan di Thailand.


"Dia ditangkap di sini, jadi dia akan didakwa di Thailand," katanya ketika dihubungi. Difahamkan bahawa Justo akan dibawa ke mahkamah untuk menghadapi prosiding reman hari ini.
                                 
Menurut satu sumber polis dari bahagian pencegahan jenayah Thailand yang membuat penangkapan itu, Justo telah melantik satu pasukan peguam.

Justo, 49, bekas pengarah jabatan teknologi maklumat (IT) untuk syarikat minyak dan gas PetroSaudi International, didakwa memeras ugut bekas majikannya untuk mendapatkan 2.5 juta franc Switzerland (RM10 juta).

Dia telah didakwa mengancam untuk mendedahkan maklumat sulit yang dikatakan dicurinya dari syarikat itu.

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, Justo telah menghantar emel kepada PetroSaudi meminta untuk mengadakann satu pertemuan pada Oktober tahun lepas.

Selepas itu, seorang eksekutif PetroSaudi terbang ke Thailand untuk bertemu Justo di sebuah hotel di Bangkok.

Justo didakwa menuntut 2.5 juta Franc Switzerland sebagai balasan untuk tidak mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga. Namun dikatakan tiada sebarang persetujuan dicapai. Polis Thai telah memperoleh rakaman CCTV pertemuan tersebut.

Sumber itu berkata, walaupun Justo mengaku berjumpa dengan eksekutif PetroSaudi itu, tetapi dia mendakwa 2.5 juta Franc Switzerland itu adalah jumlah baki pampasan yang syarikat itu sepatutnya membayar kepadanya selepas perkhidmatannya ditamatkan pada tahun 2011.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, Justo sudah menerima sejumlah wang yang agak besar daripada syarikat itu apabila perkhidmatnya ditamatkan empat tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Once upon a time in a land called MALAYSIA..

Posted: 25 Jun 2015 07:50 PM PDT



Legasi saya dah musnah kata Tun Mahathir

Posted: 25 Jun 2015 06:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Insiden 'lampu pecah' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan paparan muka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir malap seketika sedikitpun tidak mengundang kemarahan veteran politik itu.

"Itu hak mereka. Nak pecah ke nak bakar ke itu hak mereka. Kita negara bebas," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis berbuka puasa dianjurkan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru pada malam Khamis.

Selain itu, beliau turut ditanya mengenai penglibatan Kerajaan Malaysia dalam penangkapan bekas eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Justo.

"
Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan
"

"Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan," kata beliau.

Justo ditahan pasukan polis Thailand pada Rabu kerana  didakwa telah membocorkan maklumat berkaitan dengan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development  Berhad (1MDB).

Palanival bertegas masih presiden MIC

Posted: 25 Jun 2015 05:12 PM PDT


 Datuk Seri G Palanivel menegaskan bahawa beliau masih lagi presiden MIC, dan menolak dakwaan saingannya bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lagi mengiktirafnya sebagai seorang ahli parti itu.

Menurut Bernama, Palanivel berkata beliau tidak menerima apa-apa surat daripada ROS mengenai status keahliannya.

"Saya tidak akan mengulas tentang berita ini dan saya akan tanganinya kemudian jika perlu," katanya  selepas mempengerusikan apa yang beliau sifatkan sebagai mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) hari ini.

Terdahulu hari ini, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendakwa beliau telah menerima surat daripada ROS yang mengesahkan bahawa Palanivel tidak lagi menjadi ahli parti. Menurutnya, ROS juga mengiktirafnya sebagai pemangku presiden parti.

Bagaimanapun, Palanivel meragui kesahihan surat tersebut dan mentertawakan cadangan wartawan bahawa Subramaniam kini pemangku presiden.

"Dr Subramaniam... pemangku presiden? Bagaimana beliau boleh menjadi pemangku presiden sedangkan saya adalah presiden?," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Anggota RELA terbabit insiden kain sarung di JPJ turut dianugerah sijil kecemerlangan CUEPACS

Posted: 25 Jun 2015 05:07 PM PDT

Tazidamiza kini berkhidmat di UTC Sentul. – Foto TRP/Noraizura Ahmad

Anggota RELA yang bertugas di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  dan meminta seorang wanita agar memakai kain sarung akan diberikan sijil kecemerlangan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya bersetuju dengan tindakan anggota RELA wanita berkenaan dan sikap ketegasannya perlu dipuji.
"Sebenarnya, kain sarung itu juga merupakan satu alternatif sementara dan saya ingat semua akur peraturan yang telah dibuat itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden membabitkan seorang wanita yang diminta memakai kain sarung oleh anggota RELA yang bertugas mengawal keselamatan di pejawat cawangan JPJ berkenaan.
Wanita itu dikatakan memakai skirt pendek di atas paras lutut yang bertentangan dengan kod etika berpakaian seperti yang tertera dalam kod etika pemakaian di jabatan berkenaan.
Tambah Azih, perkara berkenaan sebenarnya tidak perlu diperbesarkan, namun sebaliknya ia telah disensasikan oleh mereka yang tidak bertanggunjawab melalui komen yang dimuatnaik dalam media sosial.
Jelasnya lagi, tidak ada pihak yang bersalah dalam isu itu tetapi yang bersalah adalah mereka yang memberikan komen melampau dan mensensasikan isu berkenaan.
"Saya difahamkan pelanggan itu pun tak ada apa dan suka saja serta secara sukarela pakai kain sarung itu," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Cuepacs bantah beku ambil k'tangan baru

Posted: 25 Jun 2015 04:47 PM PDT

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baru dalam sektor awam dalam masa terdekat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universitiyang baru menamatkan pelajaran selain menambah masalah kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.

"Penjawat awam di negara ini tidak seperti negara-negara lain yang mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam.

"Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai. Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup kakitangan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres Cuepacs di ibunegara semalam/

Azih berkata jumlah penjawat awam di negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.

Read More / Baca Lagi >>

Najib perlu ambil cuti bukan saya, Pua jawab peguam Umno

Posted: 25 Jun 2015 04:41 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti daripada tugas rasmi beliau sewaktu siasatan ke atas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berlangsung, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Pua berkata demikian sewaktu menjawab gesaan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menggesanya berundur daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) atas dakwaan konflik kepentingan susulan kenyataan dan kritikan bertali arus terhadap 1MDB.
"Jika peguam terhormat dan mashyur ini begitu cakna tentang konflik kepentingan, beliau perlu meminta Najib bercuti sebagai menteri kewangan dan perdana menteri kerana beliau dikaitkan secara terus dalam skandal RM42 bilion.

"Faktanya setiap urusniaga utama dilakukan 1MDB mengandungi 'keizinan bertulis' beliau secara jelas," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini. Pua dipercayai merujuk kepada Artikel dan Memorandum Penubuhan 1MDB sebelum ini yang didapati mengandungi klausa menyatakan setiap urusan utama syarikat itu, termasuk pelantikan pengarah yang perlu mendapat izin bertulis perdana menteri.
"Bagaimanakah Najib dibenarkan menentukan cara, pemasaan dan mekanisma siasatan skandal sebesar ini apabila beliau juga suspek utama?
"Bukankah peguam Shafee yang mendakwa menegakkan keadilan semula jadi menentang konflik kepentingan sebesar ini?" kata setiausaha publisiti DAP itu.
Shafee dalam laporan Berita Harian semalam berkata kenyataan Pua boleh memberi kesan kepada siasatan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Orang dakwa ‘mimpi nabi’ bersifat riak, kata mufti Perlis

Posted: 25 Jun 2015 04:39 PM PDT

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar mereka yang mendakwa bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi, selepas kiriman Facebook ketua Dewan Ulama PAS Pahang mengundang cemuhan pengguna media sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2015. 
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar mereka yang mendakwa bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi, selepas kiriman Facebook ketua Dewan Ulama PAS Pahang mengundang cemuhan pengguna media sosial. 

Mereka yang suka mendakwa bermimpi jumpa dengan Nabi Muhammad tertipu dengan perangkap syaitan sehingga mendatangkan sifat riak, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Asri berkata, mereka yang membuat dakwaan sebegini sering memiliki tujuan tertentu seperti menambah pengaruh diri, mengumpulkan harta orang ramai untuk diri sendiri, menyokong puak atau aliran tertentu serta tujuan politik kepartian.
"Bukan sedikit dalam sejarah golongan yang menyeleweng menggunakan dakwaan sebegini untuk menaikkan diri sendiri dan menyokong aliran yang mereka dokongi," tulisnya dalam laman Facebook hari ini.

Komen itu dipercayai sebagai respons terhadap kiriman Facebook Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Mokhtar Senik yang mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Perak. Asri berkata, syaitan tidak boleh meniru ataupun menyerupai Nabi, namun syaitan boleh menyerupai yang lain untuk disangka Nabi datang dalam mimpi mereka.
"Lalu ada kalangan mereka yang tertipu itu mendakwa di depan orang ramai untuk satu kemasyhuran diri ataupun riak mereka bermimpi Nabi.
"Padahal mereka lupa, riak adalah penyakit daripada suntikan syaitan dan mereka jatuh ke dalam perangkap syaitan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu akan ulangi apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu – Nyamuk Menggigit

Posted: 25 Jun 2015 03:34 PM PDT

Anwar Ibrahim cetus Reformasi 1.0
Mat Sabu cetus Reformasi 2.0
Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat. Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta.
Mat Sabu menjadi tumpuan utama. Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.
Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin  mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.
Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.
Read More / Baca Lagi >>

Nampaknya keMARAan MARA lebih terer dari 1MDB..

Posted: 25 Jun 2015 03:12 PM PDT


MARA LAGI !!!.. lepas satu, satu...

Skandal demi skandal telanjang.. 

Annuar Musa perlu dipecat

Posted: 25 Jun 2015 02:57 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa perlu dipecat daripada jawatannya ekoran pendedahan skandal rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM13.7 juta di Melbourne, Australia.
Dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, mereka berkata, sebelum skandal Dudley House itu, MARA juga pernah terpalit dengan kontroversi pembelian tiga hartanah di London.
Skandal terbaru itu didedahkan akbar Australia, The Age yang melaporkan berlaku amalan sogokan berupa wang ringgit kepada pegawai MARA dalam pembelian bangunan Dudley House di Melbourne pada 2013.
"Semasa Annuar mengambil alih pimpinan MARA pada 2013, beliau sendiri mengakui wujud salah urus dan rasuah dan berjanji mahu menyusun semula institusi itu bagi menghilangkan stigma.
"Bagaimanapun, selepas dua tahun, nampaknya MARA tetap tak banyak berubah," kata kenyataan itu.
Lebih memburukkan keadaan, Annuar dilihat membuat kenyataan bercanggah mengenai pembelian bangunan bernilai RM51.5 juta tetapi dibeli dengan harga RM65 juta itu.
"Adakah Annuar tahu dan sedar apa yang dia cakap? Jika dia kata harga itu betul kenapa perlu adakan siasatan pula?
"Kenyataan tidak cerdik Annuar itu jelas mendedahkan sama ada dia keliru atau tidak cekap. Beliau tak layak mengetuai agensi kerajaan yang diamanahkan dengan bajet tahunan RM4 bilion.
"Oleh itu, beliau harus dipecat serta merta," kata kenyataan itu lagi.

Isu MARA: Siapa sembunyi maklumat?

Posted: 25 Jun 2015 02:56 PM PDT


MARA-Melbourne


KUALA LUMPUR, 25 JUN: Seolah-olah wujud percanggahan kenyataan berhubung skandal pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) berdasarkan laporan akhbar Australia, The Age.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mengesyaki eksekutif tertinggi MARA cuba menyembunyikan bukti berhubung pembelian hartanah di Australia daripada diketahui lembaga pengarah.
Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan menyebut bahawa MARA telah memulakan siasatan dua bulan lalu.
Namun, akhbar The Sun hari ini pula melaporkan soalan tersebut telah diajukan kepada CEO Mara Datuk Abdul Halim Rahim semenjak Februari, namun tidak mendapat sebarang jawapan.
Annuar mendakwa beliau hanya baru pada Selasa lalu tentang dakwaan rasuah melibatkan Dudley International House terbabit.
"Semacam ada kenyataan yang saling bercanggah.
"Ini boleh dianggap sebagai tindakan menyembunyikan bukti atau maklumat dengan sengaja," kata Lip Eng
Tambahnya, adalah tidak bertanggungjawab bagi Annuar memberi tempoh 7 hari lagi kepada Halim semalam mengemukakan jawapan bertulis, sedangkan Halim memilih berdiam diri mengenai tuduhan terbabit sejak Februari.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Penangkapan Justo sangat mencurigakan

Posted: 25 Jun 2015 02:51 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd di Thailand sangat mencurigakan, yang menurutnya seperti satu konspirasi peringkat tinggi.

Mahathir berkata beliau tidak nampak mengapa seorang pelancong ke Thailand perlu ditangkap kerana jenayah yang didakwa dilakukan di Arab Saudi tanpa sebarang permintaan ekstradisi dari kerajaan itu.

"Mungkin kerana dia seorang pengganas, itulah sebabnya dia ditangkap oleh Thailand. Jika dia hanya mencuri rahsia syarikat, dia tak perlu ditangkap.

"Orang ini datang ke Thailand jelas sebagai pelancong melainkan Arab Saud minta Thailand menangkapnya. Saya tidak nampak mengapa Thailand harus menangkapnya," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Read More / Baca Lagi >>

‘Bayar lebih budaya kita’, Dr M sindir pembelian hartanah Australia Mara

Posted: 25 Jun 2015 08:53 AM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis berbuka puasa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyindir sikap orang Melayu yang tidak kisah membayar lebih termasuk sebagaimana dalam skandal pembelian pangsapuri oleh Mara di Melbourne, Australia. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim Malaysia, 25 Jun, 2015. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di majlis berbuka puasa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyindir sikap orang Melayu yang tidak kisah membayar lebih termasuk sebagaimana dalam skandal pembelian pangsapuri oleh Mara di Melbourne, Australia.

Sudah menjadi budaya rakyat Malaysia sering membayar lebih setiap kali membeli barang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tentang Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) yang membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di Melbourne, Australia. Bekas perdana menteri itu dalam nada sinis berkata, rakyat Malaysia sememangnya bermurah hati dan tidak kisah membayar harga yang jauh lebih tinggi.
"Itu kita punya budaya. Bila kita beli apa-apa pun kita lebih bermurah hati, kita bayar lebih banyak.

"Bila pergi kedai beli barang saya bagi RM10, 'keep the change', katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini. The Age dari Australia mendedahkan Mara Inc, iaitu anak syarikat Mara menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.
Akhbar tersebut juga melaporkan seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa pada sidang media menjelaskan keputusan pembelian tersebut dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir Mula Mengalah, Mahu Najib Dihukum Dalam Pilihanraya?

Posted: 25 Jun 2015 08:28 AM PDT

Apakah bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah mula tawar hati untuk terus menyerang Najib Razak berkaitan 1MDB?

Atau adakah beliau kini semakin merasakan 1MDB bukanlah senjata yang cukup tajam untuk menyingkirkan Najib daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang didudukinya?

Ini adalah antara beberapa persoalan yang mula menjadi percakapan ramai sejak kebelakangan ini apabila Tun Mahathir didapati mula mengendur dan tidak seagresif dulu lagi mengkritik Perdana Menteri.

Sementara ada yang mengaitkannya dengan suasana bulan Ramadan yang mungkin menyebabkan beliau menjadi lebih perlahan berbanding sebelumnya, yang lain pula melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu barangkali juga disebabkan oleh keengganan serta ketakutan pimpinan UMNO sendiri untuk bersama dengannya.

Selain mengamalkan gaya kepimpinan berdasarkan kepercayaan "cash is king", Najib juga terlihat berjaya memujuk wujudnya sebarang pemberontakan terhadapnya dengan menggunakan pendekatan "tunggu audit" oleh Ketua Audit Negara dan hasil siasatan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC.

Dalam hal ini Najib nampaknya benar-benar telah belajar daripada pengalaman Tun Abdullah yang berjaya disingkirkan sebelum ini di mana selain menyerang balas kritikan Tun Mahathir, beliau juga menyediakan benteng untuk mengukuhkan lagi kedudukannya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa tak saman saja The Edge dan Sarawak Report, soal Dr Mahathir

Posted: 25 Jun 2015 08:22 AM PDT

Putrajaya sewajarnya menyaman akhbar The Edge dan blog Sarawak Report daripada mengambil tindakan keras kerana mendedahkan laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, siri pendedahan The Edge dan Sarawak Report secara praktikalnya mencabar Putrajaya untuk menyaman mereka kerana jelas menentang kerajaan.
"Sarawak Report mendedahkan pelbagai perkara di mana kerajaan boleh saman The Edge juga lapor pelbagai perkara dan secara praktikalnya mencabar kerajaan untuk saman mereka kenapa mereka tidak disaman?," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini