Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Seruan terakhir untuk UMNO

Posted: 23 Jun 2015 03:25 AM PDT

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


MB tak bantu, penduduk mohon ihsan Sultan?

Posted: 23 Jun 2015 05:51 AM PDT


"Kami mohon campurtangan Sultan Selangor untuk selesaikan masalah ketiadaan air di tempat kami di Semenyih. Sudah puas kami merayu pada Menteri Besar (MB), dah banyak kali tersiar di akhbar dan televisyen tetapi tak ada siapa yang datang meninjau masalah kami."

Itu kata putus Ahli Jawatankuasa Bertindak Air Semenyih, Ramli Matnoor (gambar kecil) berhubung masalah air yang terpaksa ditanggung penduduk setempat sejak beberapa tahun lalu.


"Melihatkan tiada respons positif dari MB, saya sifatkan dia tak minat nak dengar masalah penduduk.

"Kami malah pernah hantar memorandum di pejabat MB namun masih tidak berjawab. Kalau dah bukan MB boleh kami rujuk, maka Sultan sahajalah yang ada untuk membantu masalah kami," kata Ramli.


Tambahnya, masalah ketiadaan air di Semenyih bukannya baharu tetapi telah banyak tahun berlaku. "Saya amat berharap agar pihak Sultan sedia datang ke Semenyih dan bantu hamba rakyat di kawasan ini," ujarnya.

Wasabi Oyabun...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DR DZULKEFLY DIPECAT SEBAGAI PENGARAH PENYELIDIKAN PAS PUSAT

Posted: 23 Jun 2015 10:36 PM PDT

1. Politik dan Pilihan raya
Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (P)
Timbalan : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man (TP)
Setiausaha :
YB Dato Takiyuddin Hassan (SUA)
YBhg. Dato Mustafa Ali (KP Pilihanraya)
2.Tarbiyah dan Perkaderan
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Timbalan : YB Ust Sallehen Mukhyi
3.Dakwah
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan 1 : YBhg. Dr Nik Zawawi Salleh
Timbalan 2 : YBhg. Ust Mokhtar Senik
4.Penerangan dan Hubungan Media
Pengerusi : YB Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan : YB Dato Nasurudin Daud
5.Ekonomi & Pengurusan Harta PAS
Pengerusi : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali
Timbalan : YBhg. Ust Zaharuddin Mohammad
6.Pendidikan
Pengerusi : YB Dato Mohd Amar Abdullah
Timbalan : YBhg.Hj Zainal Abidin Kidam
7.Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Pengerusi : YBhg. Hj Razman Zakaria
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ali Akbar
Timbalan 2 : YBhg. Hj Mohamad Hussain
8.Pekerja dan Pengguna
Pengerusi : YBhg. Mohd Taufek Abdul Ghani
Timbalan : YB Ust Abdullah Hussin
9.Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(bersifat sistem sokongan parti di peringkat Pusat dan lebih sesuai di bawah pentadbiran SUA)
Pengerusi : Dato Setiausaha Agung PAS (Dato' Takiyuddin Hassan)
Pengarah IT – Mohd Shuhaimi Embong (kekal)
10.Kebajikan dan Kemasyarakatan
Pengerusi: YBhg. Dr Rosni bt. Adam
Timbalan 1 : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan 2 : YB Dato Nasuruddin Daud
11.Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar
Pengerusi : YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan : YBhg Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
12.Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
Pengerusi : YBhg. Dato Wan Abdul Mutalib Embong
Timbalan : YB Dato Dr Mohamad Fadzli Hassan
13.Asas Tani dan Alam Sekitar
('Lajnah Asas Tani' dan 'Lajnah Alam Sekitar' digabungkan menjadi satu lajnah)
Pengerusi : YBhg. Sanusi Mohamad Nor
Timbalan : Hj Mohamad Hussain
14.Perpaduan Nasional
Pengerusi : YBhg. Dr Najihatul Salihah Ahmad
15.Kebudayaan dan Kesenian
Pengerusi : YBhg. Dr Ridhuan Mohd Nor
Timbalan : YBhg.Ust Norazli Musa
16.Hubungan NGO
Pengerusi: YBhg. Hj Zainal Abidin Kidam
17.Hal Ehwal Parlimen
Pengerusi: YB Dato Hj Mahfuz Omar
18. Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi
Pengerusi : YBhg. Hj Salahuddin Ayub
19.Lembaga Pemerkasaan Parti
Pengerusi : YBhg. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan : YBhg. Dr Rosni Adam
20.Lembaga Pembinaan Kompleks PAS
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan 1 : YBhg. Hj Mohamad Noor Mohamad
Timbalan 2 : YB Dato Dr Mohd Khairudin Aman Razali
21.Pusat Penyelidikan PAS (PPP)
Pengerusi : Dato' Seri Presiden PAS
Pengarah : YBhg. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Timbalan : YBhg. Zaharudin Mohammad
22.Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana
Pengerusi : YB Dato Iskandar Abdul Samad
Timbalan : YBhg. Hj Hussin Ismail
23.Jabatan Pilihanraya PAS
Pengerusi: Dato' Ketua Pengarah Pilihanraya (Dato' Mustafa Ali)
24.HARAKAH
Pengerusi : YB Ust Idris Ahmad
Pengarah Urusan : YBhg Dr Rosli Yaakup (kekal)
Penasihat Editorial : Ketua Penerangan (YB Nasrudin Hassan Tantawi)
25.Pejabat Presiden PAS
Setiausaha Politik- YBhg. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Sulit- YBhg. Hj Zaihan Mohd Daud
Setiausaha Akhbar- YBhg. Kamaruzaman Mohamad
Pegawai Khas
Pegawai Penyelidik -YBhg. Abdul Malik Abdul Razak
Nota:-
1.Jawatankuasa Kewangan
[Fasal 76 (2)(a)]
Pengerusi : Presiden
Ahli : Setiausaha Agung & Bendahari PAS Pusat
2.Lembaga Pemegang Amanah
[Fasal 78(2)]
Tidak lebih 5 orang
Pengerusi : Presiden
Ahli :Setiausaha Agung, Bendahari
Sekian, terimakasih
YB Dato' Takiyuddin Hassan

GAMBAR-GAMBAR PRA MESYUARAT DAP-PKR-PARTI ISLAM BARU

Posted: 23 Jun 2015 01:54 PM PDT


Jika sebelum ini bekas Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan tentang satu mesyuarat kumpulan yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Kumpulan 18 atau 'G18′, iaitu kumpulan perintis pembentukan parti Islam baharu menggantikan PAS telah diadakan di Muar, Johor pada 16 Jun lalu.
Kini, Naib Pengerusi DAP Pusat, Teresa Kok pula mendedahkan satu pertemuan di antara kumpulan perintis parti Islam baharu dengan PKR dan DAP yang boleh dinisbahkan sebagai satu gabungan Pakatan baharu.
Pertemuan yang dihebahkan Teresa Kok itu dianggap strategik kerana ia menggabungkan tiga pemutus dasar parti masing-masing.
Pemutus dasar DAP adalah Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Liew Chin Tong (Pemikir DAP/Pengarah Pendidikan Politik DAP pusat) dan Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Pusat).
PKR pula diwakili ahli-ahli Biro Politik parti itu yang terdiri daripada; Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya PKR Pusat),Shamsul Iskandar Mat Akin (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Naib Presiden PKR), Datuk Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Dr Syed Husin Ali.
Manakala, kumpulan perintis parti Islam baharu pula diwakili Mohamad Sabu (Pengerusi), Salahuddin Ayub (Timbalan Pengerusi), Dr Dzulkefly Ahmad (Setiausaha), Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha) dan lain-lain.
Teresa Kok dalam Facebooknya menyiarkan tiga keping foto pertemuan yang diadakan di rumah YB Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS Tumpat.
Kamaruddin, yang merupakan sahabat karib Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Agung PAS tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS pusat dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
"Hari ini, saya bersama Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong hadir majlis berbuka puasa di kediaman YB Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS bagi Kawasan Tumpat.
"Saya rasa gembira dan hairan dapat bertemu dengan begitu ramai kawan-kawan progresif PAS dari beberapa negeri yang luar dari Selangor, seperti Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, Aisyah, Mujahid, Dr Hatta Ramli dan lain.
"Saya kata dengan mereka ini pertama kali saya lihat pemimpin progresif dalam PAS begitu bersatu padu. :-))
"Saya juga gembira lihat pemimpin PKR seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua, Johari Abdul, Shamsul Iskandar, Khalid Jaafar, Dr Syed Husin Ali juga turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini.
"Walaupun saya tidak ada masa untuk bercakap panjang dengan rakan-rakan daripada PAS berkenaan dengan rancangan mereka kerana mereka perlu bersembahyang dan perlu pergi ke program lain, tetapi saya amat teruja untuk melihat rakan-rakan daripada ketiga-tiga parti ini dapat bertemu bersama.
"Walaupun keputusan Muktamar PAS untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat, tetapi malam ini nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0,"kata Teresa Kok.

JAWATANKUASA PENAJA PARTI ISLAM BAHARU SAHKAN SOKONG PAKATAN BARU BERSAMA DAP

Posted: 23 Jun 2015 05:59 AM PDT

Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini mengesahkan NGO itu akan menyertai satu pakatan baharu bersama DAP.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata pakatan baru yang dicadangkan DAP selaras cadangan PASMA pada 13 Jun lalu
"Cadangan DAP (untuk pakatan politik baharu) adalah sama dengan yang PASMA," katanya dipetik sebagai berkata dalam satu laporan Berita Harian hari ini.
Phahrolrazi menjelaskan lebih lanjut pakatan baharu bersama DAP itu.
"Cadangan PASMA antaranya mewujudkan pakatan baharu dengan struktur lebih jelas disebabkan struktur Pakatan Rakyat sebelum ini longgar dan sekadar satu persefahaman.
"Oleh itu perlu diwujudkan Pakatan baharu yang mempunyai struktur kepimpinan dan mekanisme jelas yang mengikat parti komponen menerusi dasar bersama… Jika ada perbezaan pandangan, bagaimana mekanisme untuk menentukannya… cadangan DAP itu menyamai cadangan PASMA," kata Phahlolrazi.
Sebelum ini DAP bercadang menubuhkan gerakan baru bagi menggantikan pakatan pembangkang yang menggabungkan kerjasama dengan PKR dan PAS.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berkata langkah itu penting bagi memastikan perjuangan politik serta rangka kerja pakatan pembangkang selepas ini mempunyai objektif serta matlamat yang sama.
Dalam laporan itu juga, Phahlolrazi berkata perbincangan mengenainya masih berlangsung dan menunjukkan tanda positif bagi penubuhan sebuah parti Islam baharu.
"Kita akan wujudkan Jawatankuasa penaja parti Islam baharu itu dan akan terpulang untuk jawatankuasa membincangkan dengan lebih cepat daripada jangkaan segelintir pihak," katanya.
Phahrolrazi yang turut dilaporkan The Malaysia Insider berkata untuk merealisasikan penubuhan parti Islam baharu, pihaknya akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS (kumpulan G18) serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain.
"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.
Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan Berita Harian hari ini, tetapi juga dengan PKR.
"Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.
"Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya," katanya.
G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah (parti) baharu yang menurut mereka memberikan harapan baharu kepada Malaysia.
PASMA merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.
Setiausaha G18, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu The Malaysian Insider bahawa Mohamad Sabu adalah Pengerusi kumpulan tersebut, diikuti Salahudin Ayub (Timbalan G18) dan Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha G18)
G18 dakwanya telah mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.
Pada 19 Jun lalu, pemikir DAP, Liew Chin Tong mendedahkan terdapat pertemuan tertutup di antara Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan Mohamad Sabu untuk membincangkan isu-isu politik semasa.
"Semalam (1 Ramadhan 1436) Lim Kit Siang telah berbuka puasa bersama Tuan Hj Mohamad Bin Sabu.
"Peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membincangkan isu-isu politik nasional yang sedang berhadapan dengan suasana gawat mutakhir ini," dedah pemikir DAP itu.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Ada kemungkinan kah Pas dan DAP akan 'merujuk' semula?

Posted: 23 Jun 2015 05:22 AM PDT


Masihkah ada sinar di sebalik 'awan hitam' yang menyelubungi Pas dan DAP?

Persoalan ini pastinya antara perkara yang bermain diminda rakyat khususnya pemerhati politik ekoran kemelut yang melanda PR ini kian parah, sekali gus menyaksikan Pas dan DAP 'berpatah arang, berkerat rotan'.

Hubungan yang dibina sejak 1 April 2008 atas nama PR dengan tujuan untuk 'membela kebajikan rakyat' kini lumpuh. Ia seakan-akan kehilangan nakhoda, selepas ketiadaan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Seperti yang diketahui banyak pihak sebelum ini, keutuhan dan kesepaduan serta masa depan PR sebenarnya banyak bergantung kepada Anwar, yang memainkan peranan sebagai orang tengah kepada Pas dan DAP khususnya dalam membina kepercayaan antara kedua parti itu.

Sebelum ini, Pas dan DAP pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) pada 1999 bersama dua parti lain iaitu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Lantaran tidak bersetuju dengan dasar Pas memperjuangkan penubuhan negara Islam, DAP keluar daripada BA pada 2001 manakala Keadilan dan PRM bergabung membentuk PKR pada 2003.

Kini nasib yang sama bakal dilalui PR seolah-olah mengulangi episod hitam yang pernah berlaku semasa BA.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata sesebuah pakatan yang dibentuk tidak sepatutnya tertumpu kepada ketokohan seseorang pemimpin semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai matlamat akhir yang sama.

"Dalam konteks PR, memang benar Anwar adalah gam yang menyatukan tiga parti dan tanpanya, pakatan akan berpecah. Persoalannya, sampai bila nak guna Anwar?," katanya.

Keretakan bermula apabila DAP memutuskan hubungan dengan Pas di Sabah dan Sarawak ekoran isu hudud dan kemudiannya memutuskan hubungan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi masih kekal bekerjasama dengan Pas.

Pas kemudian menerusi satu usul tergempar Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi kekal bersama pakatan pembangkang. Usul itu kemudiannya diterima tanpa bahas pada Muktamar tahunan Pas ke-61 pada awal bulan ini.

Rentetan itu, pada 16 Jun Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng mengisytiharkan bahawa PR tidak lagi wujud. Guan Eng berkata keputusan muktamar Pas untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.

Terpaksa menelan pahit keputusan rakan sekutunya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada keesokan hari mengakui PR tidak lagi berfungsi secara formal.


Penganalisis politik berpendapat bahawa kewujudan PR yang longgar belum mampu membentuk pakatan atau gabungan yang mantap untuk menjadi parti alternatif kepada BN.

Mohd Izani berkata, kemungkinan untuk Pas-DAP 'berbaik' itu ada kerana ia melibatkan soal strategi politik yang akan menentukan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika kemungkinan 'berbaik' itu ada, apakah yang berlaku ketika ini satu drama sekadar untuk menarik perhatian umum?

"Pas menerima hakikat bahawa kerjasama politik adalah penting dan sebab itulah walaupun mereka memutuskan hubungan dengan DAP, (tetapi) mereka masih nak kekal bekerjasama dengan PKR.

"Pas juga tidak mustahil bekerjasama semula dengan DAP sekurang-kurangnya dengan membentuk pakatan pilihan raya untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru antara (BN, Pas dan DAP)," katanya kepada Bernama.

Ibarat cinta tiga segi, pastinya yang tersepit dalam hubungan ini ialah PKR yang sudah tentu memerlukan Pas dan DAP untuk memastikan parti itu terus mendapat laba hasil daripada kerjasama politik itu.

Bekas Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali pada 18 Jun lepas dilapor sebagai berkata Pas tidak boleh bergerak sendirian jika tidak bersefahaman dengan rakan pakatan pembangkang lain untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN, lantas merampas Putrajaya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lepas menegaskan PR masih wujud dan belum berkubur biar pun rakan sekutunya DAP mengisytiharkan pakatan itu tidak lagi wujud.

Pensyarah itu berkata apa jua keputusan yang dihasilkan ketika muktamar cerminan suara akar umbi Pas.

"Jangan pandang rendah terhadap mereka (akar umbi). Mereka ini sangat mengambil berat akan hala tuju dan jati diri Pas," katanya.

Mohd Izani melihat sekali pun diwujudkan pakatan pembangkang yang baharu, jika konsep 'equal partner' masih lagi digunakan, ia tidak akan mampu membentuk pakatan yang kukuh.

'Equal partner' merujuk kepada pemberian kerusi menteri besar kepada PKR dalam konteks Selangor meskipun kerusi Dun tertinggi dimiliki Pas dan DAP, masing-masing memiliki 15 daripada jumlah keseluruhan 56 kerusi Dun.

PKR pula hanya memiliki 13 kerusi, BN (12) dan Bebas (satu). Selain Selangor yang diterajui PKR, Kelantan dikemudi oleh Pas dan Pulau Pinang ditadbir DAP.

Bagi Dun Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR (10), BN (10) dan Pas (satu) manakala Dun Kelantan yang mempunyai 44 kerusi, 31 daripadanya dikuasai Pas, BN (12) dan PKR (satu).

"Ternyata konsep equal partner tidak berjaya dalam PR," kata Mohd Izani.

Beliau menegaskan bahawa meskipun tanpa Pas, cadangan penubuhan sebuah parti politik baharu oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyertai idea pembentukan pakatan pembangkang yang baharu oleh DAP tidak mampu membentuk pakatan yang jitu.

"PasMa adalah parti serpihan Pas dan tidak akan boleh bertahan lama. Ia sekadar mampu menjadi platform mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pas sahaja.

"PasMa memang mudah untuk menjalinkan kerjasama, tetapi persoalannya, bagaimana pula dengan akar umbi Pas? DAP dan PKR pun sangat bergantung dengan jentera dan tenaga kerja Pas. Sebab itu pakatan pembangkang perlukan model kerjasama politik yang kukuh," katanya.

Beliau menegaskan walaupun amat sukar diterima, hakikatnya DAP masih memerlukan Pas memandangkan teras politik negara adalah orang Melayu.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Sekongkol sebar dokumen curi dan tokok tambah boleh didakwa

Posted: 23 Jun 2015 10:30 PM PDT


Berita berikut dari Rakyat Post:

KUALA LUMPUR, June 23, 2015:

Thai police arrested a former PetroSaudi International Ltd official for blackmailing and extorting the company, according to the Thai media.

According to the New Straits Times, Thai police chief Gen Somyot Pumpunmuang told reporters the Crime Suppression Division police detained Savior Andre Justo, a Swiss national, yesterday following the issuance of an arrest warrant by the Southern Bangkok Criminal Court.

Blackmail and fraud, which Justo is accused of, is an international offence

The report stated police also searched his residence, seizing a computer and other equipment which they believe may have been used as part of the offence.

Police stated Justo, who had fled to Thailand, was previously an executive at PetroSaudi, a Saudi company known in Malaysia for its former dealings with strategic investment fund 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Justo had allegedly attempted to blackmail and extort PetroSaudi for as much as 2.5 million Swiss francs (RM10 million) two years ago.

The report stated after the blackmail, various emails and documents appeared on a politically-motivated blog Sarawak Report, sparking a wave of allegations against 1MDB.

It has now been learnt that some of the emails and documents published on the blog were found to be tampered with, bringing into question the veracity of these allegations.

A statement issued by PetroSaudi welcomed the arrest of Justo and that it would fully co-operate with Thai authorities.

"We are considering further legal action in other jurisdictions.

"We are relieved that Mr Justo will now face justice through the courts.

"We have been the victims of a regrettable crime that has unfortunately been politicised in Malaysia," a PetroSaudi spokesperson said.

He also stated that they were happy to finally set the record straight and they apologised to the Malaysian people for the harm that one of their unscrupulous ex-employees had caused to them.

The revelation that the documents — which were published and re-published in news portals — may have been tampered with, casts doubts on some of the allegations made against 1MDB.

This could mean the authorities might investigate media outlets that published stories citing the Sarawak Report for being an accomplice to blackmail and fraud or even whether these outlets profited from the fall of 1MDB bonds and Malaysian stocks due to negative reports stemming from unverified sources.

Sources close to 1MDB told The Rakyat Post the media outlets which published news reports based on The Sarawak Report were now responsible for the economic sabotage inflicted on the country.


"Police should seize files and sources belonging to these media outlets and share it with the Thai authorities to see if they were accomplices to blackmail, fraud and economic sabotage to benefit themselves."

------------------

Banyak blogger2 dan sosial media yang boleh kena. Harap tarik balik posting ....

Bukti emel dan dokumen 1MDB di blog ditokok tambah dari asal

Posted: 23 Jun 2015 04:45 PM PDT



BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan, lapor media Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.

Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.

Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand. Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.
Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand. Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya.

"Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.

"Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/63162

Kisah penindasan PAP terhadap Melayu SIngapura

Posted: 23 Jun 2015 02:30 AM PDT


Pada 11/6/2015, khamis baru2 ini saya ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya saya di Changi Airport saya lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut umur bekerja sebagai pencuci.

Apabila saya berjumpa sahabat saya Dr Hisham saya pun bertanyakan beliau tentang Melayu di Singapore kerana apa yang saya lihat di airport suasana kurang selesa pada saya.

Dr Hisham memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia patut bersyukur banyak2 kerana nasib mereka di Singapore cukup ditekan.


Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja.

Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihat universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.

Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti. Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuram yg tinggi. Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut.

 Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!


 Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah!

Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup!

Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi.


Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA!

Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut. Bentuk kesalahan adalah berbagai.


Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan niakmat berkerajaan sendiri.

Mungkin nasib kita juga sama dgn Melayu Singapore klu kita masih seronok bertelagah kerana politik.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Teresa Kok Perkenalkan Kumpulan Pakatan Baru Tanpa Ulama PAS

Posted: 23 Jun 2015 06:07 PM PDT


Seronok benar kumpulan kumpulan progresif PAS yang kalah ini bergambar dengan Teresa Kok. Secara tidak langsung memperkenalkan kepada umum siapakah Melayu taruhan baru DAP untuk PRU14. 

Bila DAP secara terbuka bergaduh dengan PAS dan bersikap zalim terhadap UMNO di Penang, sekarang sudah terang dan bersuluh siapa yang akan bertanding sama ada atas tiket DAP, PKR atau PASMA bagi pihak pakatan baru ini dalam PRU14. 

Siapa pula daripada kalangan yang bergambar itu akan masuk DAP?

Haron Din Boleh Komen Apa Hukum YB PKR Ini Masuk Berbuka Dalam Masjid?

Posted: 23 Jun 2015 05:34 AM PDT

Air Tidak Selesai, PKR Sibuk Dengan Isu Lain Di Selangor

Posted: 23 Jun 2015 02:00 AM PDT


UMNO Pulau Pinang Serah Memo Pada Guan Eng Di Komtar

Posted: 22 Jun 2015 11:47 PM PDT


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:08 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Adakah Ku Li membayangkan peralihan kepada republik?

Posted: 23 Jun 2015 07:34 PM PDT

oleh Aziz Bari
Kenyataan oleh Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini mencadangkan bahawa rakyat Malaysia patut mengundi sendiri perdana menteri mereka. Menurut bekas menteri kewangan itu, ini akan menamatkan amalan pelantikan perdana menteri oleh parti pemerintah.
Nampaknya, tokoh Umno dan MP Gua Musang itu sudah bosan melihat betapa sukarnya menyingkirkan Najib Razak daripada jawatan perdana menteri. Walaupun dengan serangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lama Umno, Najib tidak kelihatan seperti akan tunduk. Ini sama sekali bertentangan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memilih untuk meletakkan jawatan pada 2009 ekoran tekanan daripada Umno. Ia juga diketuai oleh Mahathir – yang memegang jawatan itu sejak 1982 hingga 2003.
Pak LahPak Lah
Kembali kepada cadangan Ku Li ini, saya agak bingung dengannya. Tidak mengapa jika beliau bukan pakar dalam sains politik dan pengajian kerajaan, tetapi beliau telah menjadi MP lebih 40 tahun.
Sepanjang tempoh itu beliau pernah menjadi anggota kabinet: beliau memegang portfolio kewangan dalam pentadbiran Hussein Onn dan Mahathir. Malah pengasas Bank Bumiputra Malaysia Berhad itu juga menjadi pengerusi Petronas – dengan status menteri – ketika pentadbiran Razak Hussein.
Apa-apa pun, Ku Li dilihat sebagai 'arkitek' di belakang kemenangan besar Umno di Kelantan pada Pilihanraya Umum (PRU) 1978. Mungkin ini menjadi sebab beliau merasakan ketua kerajaan perlu dipilih oleh rakyat, dan bukanya parti pemerintah.
Untuk mendepani isu yang dibangkitkan Ku Li, kita perlu sentiasa ingat tentang beberapa karakter asas dua sistem utama yang ada di dunia hari ini.
Yang pertama adalah sistem presiden seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat, Indonesia atau Filipina. Yang kedua adalah sistem berparlimen atau Westminster, dengan United Kingdom menjadi prototaipnya. Perlu difahamkan bahawa republik berparlimen seperti di India dan Singapura tergolong dalam sistem kedua – peranan dan kedudukan presiden mereka sama sahaja dengan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu di negeri.
Presiden Amerika dan Indonesia diundi secara terus oleh rakyat. Perdana Menteri Britain, Malaysia atau Singapura pula tidak. Perdana Menteri ini dilantik oleh ketua negara – iaitu Queen atau Yang di-Pertuan Agong.
Tentulah ia perlantikan itu bukanlah berdasarkan budi bicara (virtue of discretion), walaupun itulah yang tertulis di Perlembagaan. Dan kita tahu apabila Sultan Selangor menolak pilihan Pakatan Rakyat yang menjadi parti majoriti dalam Dewan Undangan Negeri, ia salah di sudut perlembagaan.
Ku Li, seorang kerabat diraja Kelantan, juga tidak suka tentang perkara itu, dan barangkali menjadi satu lagi sebab mengapa beliau membuat cadangan itu.
Perlu dinyatakan bahawa walaupun rakyat Amerika mempunyai hak untuk mengundi presiden mereka secara terus, realiti sebenar tidak semudah itu. Seorang calon untuk pilihanraya presiden perlu mendapat persetujuan daripada parti mereka dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?

Posted: 23 Jun 2015 07:32 PM PDT

Mampukah Parti Islamik Baharu akhiri polemik golongan konservatif dan progresif PAS?
KUALA LUMPUR: Tindakan menubuhkan parti islamik baharu oleh kumpulan progresif atau G18 yang tewas dalam muktamar PAS baru-baru ini menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan dan kemampuannya parti itu nanti dalam survival politik Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata tindakan penubuhan parti ini boleh dilihat sebagai satu perkara yang sihat untuk mengakhiri polemik antara golongan konservatif dan golongan progresif PAS.

"Pertembungan antara golongan konservatif dan golongan progresif dalam PAS sebenarnya satu pertembungan yang sudah lama berlaku sejak dulu lagi.

"Sebelum ini apa yang dilihat oleh orang luar ialah beberapa orang daripada golongan progresif diberi jawatan atau memenangi jawatan dalam peringkat PAS Pusat tapi PAS sememangnya tidak pernah berubah sebagai sebuah parti yang konservatif.

"Melihat keadaan ini, boleh dikatakan bila-bila sahaja golongan progresif ini boleh 'dibersihkan'," jelas Wan Saiful dalam satu sesi temu bual bersama Astro AWANI pada Selasa.

Tambah Wan Saiful, tindakan G18 ini bakal mempunyai sejarah tersendiri memandangkan ia mendokong ideologi demokratik islamik yang pertama di Malaysia.

"Kalau melihat parti-parti yang sedia ada di Malaysia sekarang, tidak ada yang mendokong idea tersebut. Jadi sekiranya mereka nak masuk DAP, atau masuk PKR, saya rasa ini satu perkara yang tidak sesuai kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah berbeza.

"DAP jelas dengan agenda demokrasi sosialnya, PKR pula mungkin agak kurang jelas sikit dengan perjuangan mereka sendiri, jadi G18 ini tidak sesuai untuk masuk mana-mana parti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Mungkinkah Najib tak pernah tahu masalah dengan ‘BN Plus’?

Posted: 23 Jun 2015 07:31 PM PDT

oleh Jimmy Adit
Saya tabik kepada lima cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu kerana mengambil tindakan berani, dengan mengatakan secara berdepan kepada perdana menteri Najib Razak bahawa parti itu menolak konsep 'BN Plus'.
Ia berlaku ketika lawatan Najib ke Sibu baru-baru ini. Difahamkan ketika beliau turun dari pesawat, beliau disambut dengan ahli SUPP yang memegang kertas A4 yang tertera tulisan 'SUPP says no to BN Plus'.
Sumber saya di Sibu berkata, Najib tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau terkejut dengan hal itu. Malah, saya diberitahu, beliau kelihatan tenang dan tersenyum ketika bersalam dengan mereka yang memegang plakad.
Tidak lama kemudian, ketika Najib masih dengan senyumannya, beliau bertanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga SUPP menolak BN Plus. Bagi saya, itu sesuatu yang menarik. Adakah Najib tidak sebenar-benarnya tahu tentang satu hakikat mudah; SUPP dan Parti Demokratik Progresif Sabah (SPDP) seratus peratus menolak elemen 'Plus' itu – Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (teras)?
Apa yang lebih menarik adalah jawapan yang diterima Najib daripada ahli SUPP: Kami telah beritahu apa yang kami mahu, bahawa kami tidak mahu parti mesra-BN (UPP dan Teras). Jika BN Plus dibuat juga, ia akan memecahkan semangat kekeluargaan BN."
Sumber itu berkata lagi, walaupun perbualan rombongan SUPP dengan perdana menteri tidak lama, mereka bukan sahaja berjaya menyampaikan mesej, namun turut melihat reaksi Najib. Nampaknya, beliau tidak menunjukkan apa-apa tanda tidak senang, malah kelihatan mesra dengan rombongan itu, berbual dengan mereka sehingga tiba di hadapan pintu Bilik VIP.
Apa yang dilakukan lima cawangan SUPP adalah satu tindakan jujur; kepada diri sendiri, dan juga ahli dan penyokong parti. Menyambut Najib dengan plakad sebegitu adalah risiko yang mereka ambil dengan penuh berani. Mereka juga berlaku jujur terhadap Najib.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB, JHO LOW EMBROILED IN 'RIGGED ARREST' OF PETROSAUDI WORKER? Swiss govt called in to probe

Posted: 23 Jun 2015 07:26 PM PDT

Dear [Name of official withheld],
NAJIB, JHO LOW EMBROILED IN 'RIGGED ARREST' OF PETROSAUDI WORKER? Swiss govt called in to probe
We spoke on this matter earlier. I am a journalist based in the UK and run a website called Sarawak Report.
I am concerned to learn of the situation regarding the welfare of a Swiss National, who has been arrested in Thailand on the basis of allegations brought by a Swiss and UK based company named PetroSaudi International, which alleges he is the whistleblower behind certain documents passed to myself and London's Sunday Times newspaper.
The documents relate to PetroSaudi International's involvement in a multi-billion dollar fraud against the Malaysian public development fund 1MDB.
The Swiss national, Mr Xavier Justo, is claimed by PetroSaudi in its press release to be still detained after two days in a Bangkok prison.
I strongly believe that this Swiss national is being made subject to revenge and harassment regarding a matter over which the Thai courts have no valid jurisdiction.

I am concerned that corruption and or the misleading of the Thai authorities are behind this malicious arrest.
News reports, which have been orchestrated by PetroSaudi in the Malaysian media but not appeared in Thailand or elsewhere, claim that items belonging to the arrested Swiss national Mr Xavier Justo have been seized.
I am therefore also concerned that this company is using undue and illegal influence to try to obtain these materials through a seizure by the Thai Police.
I did attempt earlier this year to present details of the fraudulent activities of PetroSaudi International to Swiss prosecutors, in order that they should be alerted over this criminal matter in good time.
We informed the prosecutors, through the services of a prominent anti-corruption lawyer, that I had evidence with respect to the money laundering of funds from the Malaysian development fund 1MDB, through named Swiss banks.
At the time the prosecutors responded they did not judge that my evidence was sufficient to proceed with enquiries. However, I now have in my possession some 3 million emails detailing this crime, in which PetroSaudi International was an engaged party.
PetroSaudi International have now effectively acknowledged that this material from their servers is authentic, by accusing this former employee of having stolen it – they describe him as an 'IT worker', but in fact he was a senior director of the company .

Nevertheless, according to the current news reports, they are attempting to say that these emails were 'tampered with' and they are adding this to the list of 'crimes', which they are laying at the door of Mr Justo.
So far, PetroSaudi International have sequentially claimed the emails were "forged", then that they were "hacked" and now that "stolen" emails were "tampered with".
Read More / Baca Lagi >>

Bekas pakar IT PetroSaudi terima RM15 juta supaya letak jawatan

Posted: 23 Jun 2015 07:23 PM PDT

1MDB yang dibebani hutang RM42 bilion sebelum ini mengadakan perkongsian dengan syarikat PetroSaudi International. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015. 
1MDB yang dibebani hutang RM42 bilion sebelum ini mengadakan perkongsian dengan syarikat PetroSaudi International. 

Seorang eksekutif IT Switzerland yang ditahan pihak berkuasa Thailand atas dakwaan cuba memeras ugut majikannya, PetroSaudi International berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dikatakan menerima bayaran RM15 juta sebagai ganjaran beliau meletak jawatan. Media Thailand memetik polis negara itu sebagai berkata Xavier Andre Justo, 49, menafikan beliau menuntut hampir RM10 juta lagi bagi tujuan itu.
Isnin lalu, Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai menahan Justo di rumahnya di Koh Samui dan merampas komputer serta cakera keras, menurut The Bangkok Post.

Justo dikatakan menuntut 90 juta baht (RM9.9 juta) daripada PetroSaudi bagi menutup mulutnya daripada mendedahkan maklumat sulit kepada pesaing, menurut Akaradech Pimonsri, pemangku komander Bahagian Pencegahan Jenayah. Bagaimanapun, Justo menafikan tuduhan itu.
Justo bekerja untuk PetroSaudi tetapi dibayar 140 juta baht (RM15 juta) supaya meninggalkan syarikat itu, selepas beliau didapati melanggar peraturan syarikat.
Syarikat tenaga Arab Saudi itu merupakan rakan kongsi 1MDB, syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang sedang dilanda kontroversi dengan hutang mencecah sehingga RM42 bilion dan kini menjalani penyusunan semula.
The Bangkok Post berkata polis Thai percaya Justo membocorkan maklumat mengenai PetroSaudi kepada "laman web berita di UK", yang dikenal pasti sebagai portal Sarawak Report yang berpangkalan di London.
Memetik sumber Malaysia, akhbar itu berkata maklumat dan laporan yang disiarkan laman web itu adalah "sebahagian plot untuk menjatuhkan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan terhadap Nazri Aziz selesai

Posted: 23 Jun 2015 05:37 PM PDT

Pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
igp
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara.
Beliau berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.
Katanya, Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan  kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.
"Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa," kata dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman pada Selasa.
Mengulas tindakan adinda TMJ, Tunku Idris yang memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membolehkan Johor terkeluar dari Malaysia, Khalid memberi amaran supaya isu tersebut tidak lagi di gembar-gemburkan oleh mana-mana pihak memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan.
"Saya tak mahu komen yang itu cukuplah, kita telah membuka kertas siasatan biarlah siasatan dijalankan.
"…Elok tidak ada sesiapa lagi memperbesarkan isu ini kerana ia perkara yang sensitif. Nampaknya dah reda, jangan ada pihak yang cuba hendak mengapi-apikan isu ini lagi," tegas Khalid.

Jika menteri tidak bagus, rombakan tidak membawa erti

Posted: 23 Jun 2015 05:20 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Ramadan dikenali sebagai bulan merenung diri dan mungkin ini ialah masa yang paling sesuai untuk kedua-dua Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan presiden Indonesia Joko 'Jokowi' Widodo  menilai kembali kekuatan pentadbiran mereka.
Semua pihak sedang memerhati kedua-dua pemimpin yang dijangka akan mengumumkan rombakan kabinet mereka menjelang sambutan Aidilfitri.
Walaupun mereka berdua masih berdolak-dalik tentang rancangan sebenar, agak jelas tentang motivasi kepada apa sahaja keputusan dua pemimpin ini sangat berbeza antara satu sama lain.

Khabar angin rombakan kabinet Najib telah dikaitkan dengan cubaanya untuk memperkuatkan kedudukannya, berikutan kritikan meluas tentang bagaimana dia mengendalikan, atau yang lebih tepat tidak mengendalikan, RM 42 bilion yang hilang disebabkan oleh 1MDB.
Walaupun dinafikan oleh beberapa orang menteri kanan Umno, Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menggugurkan beberapa ahli daripada barisan sedia ada- termasuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal-  yang dikhabarkan secara tidak langsung memihak kepada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam perang mulut berterusan tentang 1 MDB.
Di sebelah pihak lagi, mereka yang bersumpah setia memberikan kesetiaan muncul mempertahankannya- Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Menteri Pelancongan Nazri Aziz, misalnya- dijangka akan diberikan ganjaran dengan jawatan yang lebih penting.
Petanda yang paling jelas muncul selepas surat khabar harian Utusan Malaysia menyiarkan rencana pada 1 Jun memetik sumber yang berkata Najib memberikan pilihan muktamad kepada ahli-ahli Kabinetnya, memberitahu menteri untuk meletakkan jawatan sekiranya tidak memberikan sokongan kepadanya tentang isu dana negara yang terjebak dalam hutang yang membebankan.
Read More / Baca Lagi >>

FGV menyusuli 1MDB: Lagi Bencana Ekonomi - Bhg 2.

Posted: 23 Jun 2015 03:22 PM PDT

Nasib Peneroka.
Kesian peneroka felda. Harapkan durian runtuh, rupanya bencana ekonomi yang turun. Harga sawit jatuh. Barang naik harga. Kos hidup meningkat. Jenerasi kedua tidak berumah. Tanah 360,000 hektar yang sepatutnya dibuka untuk peneroka, dirembat oleh FELDA dan di jalankan oleh Felda Plantations. 360,000 hektar boleh mengujudkan 90,000 peneroka.

Wang Berkurangan.
Wang dan dana dari felda kian berkurang. Dengan dana yang terhad, banyak kemudahan awam seperti jalan2 dalam rancangan, dewan orang ramai, kemudahan asas terjejas. Peneroka mendapati sukar untuk meminjam dari koperasi sebab koperasi sudah tidak banyak wang. Dividend 14-15% setahun yang mereka nikmati selama 30 tahun, tidak ada lagi. 
peneroka bingung, pemimpin hairan.
Ramai peneroka bertanya ahli parlimen mereka, dan ahli parlimen yang tidak tahu hal ehwal peneroka dan kehidupan mereka tidak dapat memberi jawapan. Malah ada antara ahi parlimen tidak pun tahu peneroka dapat dividend, atau dapat bonus dihujung tahun untuk hari raya, untuk persekolahan anak dan sebagainya. Semua ini akan berkurangan dan mungkn tiada.

membela Melayu.
Apalah yang susah sangat kalau benar2 mahu bantu orang Melayu? Peneroka hampir semua nya Melayu. Ertinya, kesan negative keatas felda dan pelaburan nya, bererti yang menerima padah nya ialah Melayu juga.

dari impian indah ke mimpi seram. 
Suatu ketika, Felda adalah suatu cerita kejayaan. Tun Razak memindahkan Melayu yang tidak bertanah, membuka kawasan baru untuk mengusahakan tanaman getah dan kemudian nya sawit. Pergilah ke mana2 tanah rancangan sekarang, transformasi fisikal keatas orang Melayu benar2 berlaku. Dari rumah asal felda, ramai yang tinggal dalam bungalow batu. Kemudahan seperti klinik, sekolah, masjid, surau, kompleks sukan, bandar kecil malahan sekolah asrama penuh pun ada. 

Puaka FGV.
Semua itu tinggal kenangan. Segala bisness , ladang dan bukan ladang, pengangkutan, pengilangan, pemerosesan, di borong oleh FGV.

Tanah milik felda dipajak kepada FGV selama 99 tahun. Dapatlah Felda RM250 juta setahun dan seperatusan dari bisnes perladangan FGV. Dengan duit itulah dan dividen dari saham yang ada dalam FGV, Felda hari ini mengurus tanah rancangan dan menjaga kebajikan peneroka. 112,635 peneroka atau 1 juta lebih keluarga peneroka dan kakitangan felda. Yang diterjemahkan kepada 54 kerusi parlimen untuk UMNO. Semua nya hiudp dalam 1 Malaysia Dalam Bahaya( 1MDB).

tindaslah lagi kerana kami Melayu.
Kalau demikian- tidak mengapa UMNO, terus rompak dan lanun lah felda ini. Peneroka tetap akan menyokong UMNO. Peneroka akan memaafkan apa sahaja yang UMNO lakukan, kerana UMNO itu Melayu.

3 tahun dalam kerugian.
Market capitalisation syarikat kebanggaan mereka- FGV hilang RM10 billion diatas kertas. Jumlah saham yang diperbesarkan ketika apungan 2012 dahulu ialah 3.6482 billion. Pada harga RM4.55, market capitalisation nya ketika itu ialah RM16.6 billion.

Ini syarikat yang akan mengharumkan nama Felda di pesada dunia. Syarikat ladang integrated yang terbesar didunia. Macam2 ada dalam nya. Sebuah syurga loka yang menjanjikan durian runtuh bersiri. Siapa beri durian runtuh? UMNO. Kerana UMNO pemberi rezeki, penjaga kebajikan dari buaian hingga ke tiang lahad, tidak mengapa jika UMNO memperkosai rakyat. Mereka kan Melayu?
Read More / Baca Lagi >>

SPRM teliti laporan dakwa pegawai mara terlibat penipuan

Posted: 23 Jun 2015 03:12 PM PDT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti laporan berita luar negara yang mendakwa pegawai kanan Mara terlibat dalam penipuan pembelian hartanah di Melbourne.
  
Menurut sumber, pihak SPRM akan meneliti laporan media berkenaan dan akan mengambil tindakan selanjutnya sekiranya terdapat unsur rasuah seperti yang dilaporkan.
  
"Setelah segala maklumat awal dikumpulkan dan terbukti adanya unsur rasuah, baharulah kita ambil tindakan mengikut Akta SPRM," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
  
Akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.
  
Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa "membida lebih tinggi" bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.
  
Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.
  
Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.
  
-Bernama

PM: Dakwaan korupsi libat pegawai MARA akan disiasat terperinci

Posted: 23 Jun 2015 03:10 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menegaskan dakwaan korupsi mengaitkan beberapa individu dalam pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne, Australia, akan disiasat secara terperinci.

"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," katanya dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Akhbar Australia, 'The Age' melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa 'membida lebih tinggi' bagi bangunan itu dikenali 'Dudley International House", daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli oleh Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University.

- Bernama

BERITA yang disenyapkan oleh Utusan & TV3suku serta sewaktu dengannya...

Posted: 23 Jun 2015 02:50 PM PDT


Kalau tak sengal, bukan PEMIMPIN UMNO namanya..

Posted: 23 Jun 2015 02:47 PM PDT

Tugas kerajaan ialah MENCARI bukannya duduk mengangkang dlm opis, 
menunggu mereka datang merangkak naik opis zakat !!

Mara perlu menyiasat perjanjian ‘Dudly House’ di Australia

Posted: 23 Jun 2015 08:52 AM PDT

oleh V Shuman
Ini sangat menyedihkan! Satu demi satu, perjanjian yang meragukan melibatkan Malaysia di luar negara telah terbongkar.
Kes terbaru melibatkan "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" yang di dakwa membeli satu blok apartmen di Melbourne, Australia, dengan harga melebihi harga pasaran dan menyimpan perbezaan harga yang wujud itu.
Suratkhabar Australia The Age, dalam laporan ekslusifnya baru-baru ini, membongkar satu penjanjian meragukan yang berlaku di sebalik pembelian bangunan lima tingkat asrama pelajar yang dikenali sebagai Dudley International House, sebagai satu penipuan hartanah terbaru.
Bangunan itu dimiliki oleh agensi kerajaan Mara, dan pihak yang didakwa terlibat dalam perjanjian itu melibatkan pegawai tertinggi Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik.
Menurut laporan itu, kumpulan itu didakwa membayar lebih sebanyak A$4.75 juta (RM 13.8 juta) untuk apartmen itu, dan jumlah itu kemudiannya menjadi rasuah.  Bidaan kemudiannya melonjak daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM 65.3 juta).
Dan seperti mana perjanjian meragukan yang lain, terdapat syarikat bayangan yang ditubuhkan khusus untuk memindahkan dana berkaitan dengan perjanjian itu, dan invois palsu yang diberikan oleh firma Malaysia kepada pemaju perumahan, untuk perkhidmatan palsu yang diberikan.
The Age juga mendakwa yang kumpulan orang yang sama terlibat dalam pembelian hartanah, bangunan pejabat dan blok apartmen bernilai hampir A$80 juta di Melbourne.
Suratkhabar itu menembual kontraktor Australia John Bond, yang bakal diisytiharkan muflis selepas dia menyiapkan bangunan Dudley House, tetapi tidak pernah dibayar untuk kerjanya.
"Perjanjian ini menindas penduduk Australia dan melibatkan korupsi yang sangat serius tetapi tiada seorang pun dipertanggungjawabkan," dia dipetik berkata.
Suratkhabar itu mendakwa yang penjualan apartmen itu ialah sebahagian daripada skandal rasuah dan pelaburan wang haram global yang diketuai oleh pemaju Australia yang tamak dan pegawai asing yang berkuasa- pujian yang kita tidak perlukan.

Ia menamakan orang Malaysia dalam skandal tersebut ialah ahli perniagaan Yusof Gani, Azizi Yom Ahmad, anaknya Erwan (yang menggunakan rangkaiannya untuk memastikan perjanjian itu berlaku), bekas ahli politik yang kini pengerusi Pelaburan Mara Mohammad Lan Allani, dan ketua eksekutif Mara, Halim Rahman.
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut PR semakin meruncing

Posted: 23 Jun 2015 08:50 AM PDT


KEMELUT perpecahan Pas, DAP dan yang terbaru PKR, kian meruncing sehingga kebanyakan penyokong hanya mampu menunggu dan melihat apakah kesudahan 'drama' tersebut. Berlainan pula penganalisis dan pemerhati politik, mereka mempunyai 'jangka' yang lebih tepat mengenai masa depan sesebuah parti.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, SITI FATIHAH AWANG bersama blogger terkenal, yang juga penulis buku politik Malaysia, Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali sebagai MSO.


Kelihatannya sudah hampir pasti golongan progresif dalam Pas akan keluar Pas untuk membentuk sebuah parti baharu. Berdasarkan sejarah lalu dan perkembangan semasa, apakah ramalan tuan mengenai hala tuju dan untung nasib parti ini?

Sekiranya perkembangan yang berlaku dalam Pas hari ini jadi kenyataan iaitu parti akan berpecah ekoran perebutan dalam muktamar lalu, maka ia mengundang satu musibah kepada parti berkenaan. Dengan melihat sejarah lampau, jelas setiap kali parti atau mana-mana parti juga mengalami perpecahan atau krisis dalaman, ia akan menyebabkan sesuatu yang buruk.

Misalnya, kalau perpecahan itu sampai melewati pilihan raya, sudah pasti parti yang berpecah itu tidak akan menang pilihan raya berkenaan, dan memerintah negeri mahupun negara. Mengenai Pas, sekiranya ia berpecah, ia akan meletakkan Pas sebagai parti yang akan hilang kuasa dan secara tidak langsung Pas akan menjadi parti yang tidak sepopular hari ini. Penghormatan orang ramai terhadap Pas juga akan terjejas. Manakala perpecahan yang parah mungkin membawa kepada parti itu seperti kedudukannya 20 tahun lalu.

Rakan komponen PR pernah mendakwa Pas ditipu Umno dalam isu perlaksanaan hudud di Kelantan. Namun Pas Kelantan beri peluang kepada Umno hingga hujung tahun ini bagi mengotakan janji. Apakah Umno ikhlas bantu Pas melaksanakan hudud di Kelantan atau hanya sandiwara memastikan Pas keluar daripada PR?

Dalam soal ini, Umno ada dua pandangan atau keadaan mengenai hukum hudud ini. Pertama, Umno sebagai parti yang didominasi orang Melayu dan Islam, mereka tidak menolak hudud sebab hudud termaktub dalam al-Quran. Justeru, Umno sama sekali tidak menentang dan menolaknya. Apabila kerajaan Pas Kelantan berhasrat melaksanakannya, maka Umno menyokong kerana itu satu kewajiban.

Bagi saya, tidak timbul Umno ingin memperdayakan Pas dengan hukum hudud ini, sebab dalam konteks Kelantan, Umno memang serius. Sokongan dinyatakan dalam Sidang Dun Kelantan itu menjelaskan perkara itu. Adapun di luar Kelantan di peringkat Parlimen, Umno sebagai parti berkomponen dengan beberapa parti dalam BN, mereka harus mengambil kira sama parti lain jika  mereka menyokong hudud. Jadi, Umno ada dua 'mata' atau pandangan, di Kelantan sokong, di pusat bersikap berhati-hati. Dengan kedudukan ini, jika mahu dikatakan Pas tertipu dengan Umno seperti tanggapan sesetengah pihak, mungkin benar kerana Umno tidak bersungguh merealisasikan perkara itu di peringkat Parlimen.

Hanya setakat menyokong di Kelantan dan ia tidak mencukupi. Tindakan itulah menyebabkan orang menuduh Umno bersandiwara. Sokongan itu atas desakan politik semata-mata. Apabila Umno sokong hudud di Kelantan, menyebabkan orang Kelantan tidak mengatakan Umno sebagai parti menolak Islam lagi. Itulah strategi politiknya. Pas telah beri tempoh masa kepada Umno hingga hujung tahun ini. Jika Umno tidak serius dengan hudud, Pas akan bertindak. Sama-sama kita perhati apakah akan berlaku kelak. Tetapi daripada perspektif saya dengan mengambil kira kerencaman ideologi dalam BN yang dikuasai Umno, saya yakin Umno tidak serius dengan hudud dan Pas akan kecewa kalau ia 'berserah' kepada Umno untuk melaksanakan hudud.

Jika ditakdirkan Pas terkeluar daripada PR dan sebuah parti Islam baharu dijemput menyertainya bagi menggantikan tempat Pas, ke manakah hala tuju Pas dalam politik Malaysia. Bagaimana pula nasib Pas pada PRU14?
Read More / Baca Lagi >>

Masuk DAP pilihan tepat – A Samad Said

Posted: 23 Jun 2015 08:43 AM PDT

Walaupun DAP bermula sebagai sebuah parti Cina, namun terdapat keistimewaan dalam perjuangan terhadap semua kaum,
Samad-Said_dap_600
PETALING JAYA: Sasterawan negara Datuk A. Samad Said berkata tindakannya memilih untuk menyertai DAP merupakan satu pilihan yang tepat.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, keputusan untuk menyertai DAP telah difikirkan sejak dua tahun lalu.
"Menjadi ahli DAP membuatkan saya lebih bersemangat untuk berbakti kepada masyarakat.
"Walaupun DAP bermula sebagai sebuah parti Cina, namun terdapat keistimewaan dalam perjuangan terhadap semua kaum," katanya yang dipetik dari Malay Mail Online.
Pak Samad mengakui sebaik sahaja menyertai DAP, beliau menerima banyak panggilan telefon dan mesej dari rakan-rakan Islam yang marah dengan tindakannya itu.
Katanya, sikap itu menunjukkan masih ada pihak yang berfikiran sempit terhadap orang Melayu yang menyertai DAP.
"DAP bukan parti Cina semata-mata tetapi ia merupakan sebuah parti Malaysia.
"Sangat memalukan bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai enam dekat kemerdekaan tetapi masih berfikiran sebegitu," katanya lagi.
Jelasnya, pilihannya itu dibuat hanya berdasarkan sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Majoriti ahli Perkasa mengundi Pakatan Rakyat..???

Posted: 23 Jun 2015 08:40 AM PDT

Majoriti ahli Perkasa atau 65 peratus adalah ahli UMNO namun majoriti mereka dikatakan mengundi Pakatan Rakyat kerana tidak lagi yakin dengan UMNO.
ibrahim ali
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan majoriti ahli Perkasa tidak lagi mengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, walaupun 65 peratus ahli Perkasa adalah ahli UMNO, namun kepercayaan mereka terhadap parti yang sudah wujud sejak 50 tahun lalu itu semakin terhakis.
"Keseluruhan mereka tidak berpuas hati dengan UMNO," ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, pada Selasa.
Jelasnya, Perkasa kini mempunyai 300,000 ahli yang berdaftar, namum melalui perjumpaan dari hati ke hati yang dilakukannya, mendapati kebanyakkan mereka mengundi Pakatan Rakyat.
"Kalau ahli UMNO dalam Perkasa mengundi UMNO, kenapa banyak kawasan yang UMNO kalah," kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Pada masa sama, Ibrahim berkata, tinjauan yang dilakukan Perkasa mendapati UMNO semakin tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu.
Ini disebabkan isu semasa seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kontroversi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.
"Walaupun UMNO menolong Melayu Bumiputera, tetapi ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ia tidak mencukupi," katanya.
Ibrahim menyifatkan UMNO kini diibaratkan seperti telur dihujung tanduk.
"Dengan penuh kejujuran dan ikhlas, memang telur dihujung tanduk, dan survival UMNO amat kritikal," katanya.

Wawasan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Posted: 23 Jun 2015 08:13 AM PDT

Oleh Khalid Samad
Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat.


Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

PENDEKATAN BAHARU

Melalui pendekatan baharu yang bersifat inklusif, kedua mereka telah berjaya mengubah imej PAS dan dengan itu membetulkan imej Islam itu sendiri. PAS mula dilihat sebagai parti yang membela nasib rakyat dan Islam ditonjolkan sebagai agama pembawa rahmat untuk seluruh manusia. Hasil dari itu maka penerimaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan semakin ramai menjadi ahli untuk menggerakkan wawasan yang dibawa mereka berdua.

Perjuangan PAS yang dibawa dijelaskan mereka berdua melalui bahasa-bahasa kontemporari berhubung keadilan, ketelusan, kebajikan dan 'good governance' atau tata kelola yang baik. Mereka mengambarkan betapa nilai dan akhlak Islam menjamin pentadbiran yang telus dan adil dan betapa ianya akan mendatangkan manfaat kepada semua manusia. Oleh kerana bahasa dan mesej yang bersifat inklusif, maka PAS telah mampu menghasilkan suasana kondusif untuk memungkinkan kebersamaan rakyat, NGO dan parti pembangkang yang lain.

KEPENTINGAN TAHALUF SIYASI

Keterbukaan mereka memungkinkan 'tahaluf siyaasi' diamalkan secara ikhlas dan jujur sehingga terbentuknya Barisan Alternatif pada tahun 1999. Selepas pemergian Almarhum UFN, maka wawasannya terus diperjuangkan oleh Almarhum TGNA dan saff pimpinan yang telah dibentuk bersamanya sejak sekian lama. Maka terhasil pula Pakatan Rakyat.

Kesanggupan PAS untuk berkerjasama dengan parti politik lain yang turut mempunyai kommitmen terhadap pembentukan masyarakat yang adil dan berkebajikan hanya menambahkan populariti PAS di kalangan masyarakat umum. Perbezaan antara parti dihormati dan tiada usaha untuk memaksa sikap dan pendirian PAS ke atas mana-mana pihak. PAS melalui Almarhum TGNA mengambil pendekatan menerang dan memujuk, khususnya terhadap rakan PR dan bukan memaksa dan mengugut.

HUBUNGAN PERIBADI ANTARA PIMPINAN

Kommitmen Almarhum TGNA terhadap PR tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak. Pada zaman Almarhum, hubungan peribadi antara pimpinan parti PR semakin rapat. Samada dengan DSAI atau pimpinan DAP seperti LKS, LGE dan mendiang Karpal Singh, TGNA mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan mereka.

Almarhum TGNA pernah mengingatkan kami bagaimana Almarhum UFN mempunyai hubungan baik dengan DSAI dan pimpinan DAP dan bagaimana ianya perlu demi memenangkan perjuangan Islam yang diperjuangkan. Almarhum juga pernah menyebut bahawa apa yang beliau lakukan adalah untuk meneruskan kaedah dan pendekatan Almarhum UFN di mana sikap Islam bukan sekadar disebut tetapi dihayati.

Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana Almarhum UFN telah ke rumah DSAI sebaik sahaja DSAI dipecat oleh Dr. Mahathir, ketika banyak pihak yang bergembira di atas pemecatan tersebut. Selain dari ianya menzahirkan perasaan persahabatan yang tulus ikhlas, ianya juga memperlihatkan sikap menentang kezaliman yang tegas, walaupun yang dizalimi bukan dari parti yang sama.

Almarhum UFN dan TGNA memahami bahawa hubungan peribadi yang baik dan rapat amat penting untuk menjayakan PR. Adalah mustahil untuk PR berfungsi dengan jayanya sekiranya pimpinan tidak bertemu dan menjalinkan hubungan! Dan hubungan ini satu hubungan yang ikhlas dan tulus supaya semua terlibat dapat merasa yakin bahawa dengan PAS semua pihak akan memperolehi keadilan dan pembelaan serta tidak sama sekali akan dizalimi apatah lagi dikhianati.
Read More / Baca Lagi >>

Tahaluf Siyasi : Bukan ambil kesempatan

Posted: 23 Jun 2015 08:12 AM PDT

Oleh USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
PRESIDEN PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan beliau di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor ada menyebut bahawa PAS bertahaluf siyasi dengan bukan Islam ataupun kumpulan bukan Islam adalah bukan untuk mengambil kesempatan ke atas mereka untuk Islam mencapai kemenangan tetapi adalah untuk menunjukkan rahmat dan keindahan Islam sekaligus bersedia bersama dalam perkara kebaikan dan kemanusiaan.

Tahaluf siyasi adalah perjanjian persefahaman antara Islam dengan Kafir di atas tujuan tertentu yang tidak melibatkan aqidah dan dasar Islam seperti bersatu dan bekerjasama dalam penentangan terhadap unsur penyelewengan dan kezaliman dan juga isu kemanusiaan yang bersifat sejagat.

Para ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Ada yang berpendirian haram secara mutlak dan ada berpandangan diharuskan apabila menepati syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat bertahaluf inilah yang selalu terlepas pandang dan ada juga yang tidak mempedulikannya.

Atas sebab inilah wajar juga dilihat bahawa hukum asal bertahaluf itu merujuk kepada isu aqidah bukannya sekadar kepentingan dan aspek taktik dan startegi organisasi sahaja.

Ini supaya jangan sampai kita bertahaluf sehingga menggadaikan prinsip dan matlamat perjuangan Islam iaitu mendirikan Daulah Islamiyyah dan juga melaksanakan syariat Islam berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

Marilah kita merujuk dan meneliti ayat al Quran, Allah SWT berfirman, dalam Ali-Imran ayat 51.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

"..Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.."

Ayat ini datang sesudah ayat ke-50 dan 51 al-Maedah, dimana perintah Allah SWT kepada orang beriman agar berhukum dengan hukum Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT.

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

"..Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.."

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

"..Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah..."Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Perolehan aset tidak didorong oleh agenda politik

Posted: 23 Jun 2015 08:10 AM PDT

1MDB: Perolehan aset tidak didorong oleh agenda politik

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan mana-mana pihak yang menyatakan perolehan asetnya didorong oleh agenda politik.

Dalam satu kenyataan media, 1MDB berkata, "Seperti yang kami menyatakan sebelum ini, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa aset itu mempunyai nilai jangka panjang.

"Bagi mereka yang menyatakan bahawa perolehan aset kami didorong oleh pertimbangan politik semata-mata adalah palsu.

"Pada hakikatnya semua tohmahan sedemikian adalah pengulangan tuduhan lama yang dilakukan oleh pihak yang sering membangkang kerajaan termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."

Menurut kenyataan itu lagi, Dr Mahathir tidak pernah mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataannya – yang RM42 billion hilang daripada 1MDB.

"Tuduhan-tuduhan ini tidak mempunyai asas dan tidak mempunyai sokongan bukti. Realitinya, hutang RM42 billion itu dibayar dengan aset bernilai RM51 billion.
Read More / Baca Lagi >>

Polis Thai tahan pekerja IT PetroSaudi berhubung kebocoran rahsia 1MDB

Posted: 23 Jun 2015 08:08 AM PDT

Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. Dia juga didakwa membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International. Dia juga didakwa membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1MDB

Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah 1Malaysia Development Bhd. The Malaysian Insider difahamkan Xavier Justo ditahan di sebuah pulau negara itu semalam dan dihantar ke Bangkok hari ini.
"Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International.

"Banyak komputer, pemacu cakera keras dan beberapa bahan bukti lain dirampas selepas waran tangkap dikeluarkan dan siasatan ke atas tertuduh sedang dijalankan."Sementara itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atas pertuduhan lain," kata PetroSaudi dalam satu kenyataan hari ini.
Jurucakap PetroSaudi International berkata:"Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan di Malaysia."
Read More / Baca Lagi >>

Beri masa untuk tempoh bertenang, elak konflik baru - Tuan Ibrahim

Posted: 23 Jun 2015 08:01 AM PDT


Post Pic

KUALA LUMPUR: Ahli dan pimpinan PAS diminta bertenang serta tidak mengeluarkan sebarang komen yang boleh mencetuskan konflik terutamanya dengan perkembangan berlaku kebelakangan termasuk polemik yang timbul pada Muktamar Tahunan Kali ke-61, dua minggu lalu.
 
"Bagi PAS dalam sejarah tahaluf tak pernah taruk diri, biasanya kita ditendang keluar.
 
"Kita akan menjaga setakat mana kita mampu memelihara hubungan itu dan sekiranya tiada jalan PAS harap kita boleh mencari jalan untuk kita bersama," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyentuh tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat.
 
Justeru beliau mengharapkan ahli serta penyokong PAS agar memberi laluan kepada 'tempoh bertenang' bagi mengelakkan timbul polemik baru.
 
"Kita harap dapat hadapi keadaan ini dengan tenang dan saya cadangkan supaya beberapa tempoh ini tempoh bertenang supaya tidak banyak serang-menyerang.
 
"Supaya kita fokus kepada parti masing-masing," katanya.
 
Selain itu, Tuan Ibrahim berkata ketegangan yang timbul dalam kalangan pemimpin PAS susulan keputusan pemilihan parti turut mengundang rasa kurang selesa.
 
Read More / Baca Lagi >>

Profesional kecundang mahu mufarakah dari PAS.....

Posted: 23 Jun 2015 07:59 AM PDT

Kumpulan profesional PAS yang kecundang dalam pemilihan saf kepimpinan parti itu awal bulan ini cuba menggunakan formula sakti Anwar Ibrahim yang menghasilkan penubuhan Pakatan Rakyat tujuh tahun lalu.
Himpunan pemimpin yang gagal mencabar kepimpinan ulama yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang nampaknya kini senang meneruskan perjuangan mereka dengan gelaran G18 (Kumpulan 18).
Yang pastinya gelanggang mereka kali ini bukan dalam PAS. Semua petunjuk menuding ke arah pembabitan mereka dalam wadah baru. Cuma yang tidak jelas sama ada ia bersifat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau parti politik.
Hakikat bahawa formula sakti Anwar ini akan digunakan di luar padang politik PAS, membuktikan bahawa memang ada 'kesepakatan di kalangan mereka' untuk benar-benar menjatuhkan Hadi dan ulama sebelum muktamar lalu.
G18 mengatur supaya slogan "Harapan Baru" bergema ke seluruh pelosok negara selepas aidilfitri bagi menyebarkan khabar kelahiran sebuah "wadah baru yang lebih kukuh dan inklusif untuk rakyat Malaysia".
Yang pastinya juga, harapan baru yang mereka mahu sebarkan pada rakyat Malaysia itu bukanlah bersandar pada payung politik PAS lagi.
Slogan ini sahaja sudah cukup mengesahkan betapa kuatnya pengaruh Anwar pada G18 ini. Slogan inilah yang digunakan parti Anwar, PKR, untuk membuat kejutan besar menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.
Cuma yang berbeza sedikit ialah terjemahan yang digunakan dalam bahasa Inggeris ialah "The New Hope and Dream" dan bukan "New Dawn" yang digunakan oleh PKR.
Malah konsep permuafakatan yang diketengahkan oleh G18 ini 'salin tak tumpah' dengan idea Anwar yang berjaya menumpulkan perbezaan di antara DAP dan PAS hingga tertubuhnya Pakatan Rakyat – menghimpunkan NGO dan parti politik yang mempunyai cita-cita sama.
Read More / Baca Lagi >>

ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT..MENTERI JENIS NI PUN ADA...!!!

Posted: 23 Jun 2015 07:55 AM PDT


"Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang."

Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.Read More / Baca Lagi >>

Berkat Ramadan: Berpakat demi rakyat

Posted: 23 Jun 2015 07:45 AM PDT


chin ting


Selepas Pakatan Rakyat 'dibunuh' pihak tertentu, aspirasi rakyat yang mahu melihat perubahan politik berlaku dalam negara ini perlu dipertahankan.
Tanpa jawatan dan kadang-kadang diaibkan, pemimpin PAS tetap dilayan dengan baik oleh rakan daripada DAP.
Gambar ini, misalnya, membuktikan aspirasi rakyat masih diperjuangkan melalui persefahaman dan kerjasama antara pemimpin kedua-dua parti.
Antara yang dapat dilihat dalam gambar dari akaun Facebook Liew Chin Tong ini Mohamad Sabu, Lim Kit Siang, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Datuk Johari Abdul dan penyanyi Aishah.
Tidak ketinggalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Menurut status Facebook Chin Tong, mereka bertemu untuk berbuka puasa di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Apakah kita ingin suburkan Ramadhan dengan kebencian?

Posted: 23 Jun 2015 07:43 AM PDT


ramadhan_


Sejujurnya saya merasa amat letih. Saban tahun ketika Ramadan menginjak masuk, pasti ada kenyataan berbaur penghinaan terhadap rakyat yang menganut agama selain Islam.
Dan tahun ini tidak terkecuali. Kali ini seorang penolong kanan di sebuah sekolah pula menghamburkan kata-kata, "minumlah air kencing sendiri". Sama ada ia tidak sengaja atau mungkin sebagai perencah menyedapkan ucapannya, tetapi sebagai seorang penolong kanan ia bukanlah tindakan wajar.
Ramadan adalah bulan mulia untuk kita meningkatkan taqwa. Tetapi dalam masa yang sama, ia seharusnya menjadi medan untuk meningkatkan ukhwah dan empati bukan sahaja sesama Muslim tapi kepada semua makhluk di muka bumi ini.
Tidak perlulah mengeluarkan kata-kata sampai ke tahap seperti "minum air kencing sendiri". Adakah itu mencerminkan akhlak Muslim?
Tindakan tanpa toleran dan keras ini sebenarnya semakin menjauhkan masyarakat bukan Islam kepada Islam. Sedangkan kita mempercayai bahawa Islam ini "rahmatan lil alamin".
Bagaimana kita mahu menterjemahkan terma "rahmat kepada seluruh alam" ini jika kita terus kekal terperangkap dalam stigma keangkuhan hanya kerana kita ini kaum majoriti dalam negara ini.
Kita sepatutnya memahami bahawa aqidah dan akhlak perlu berjalan seiringan.
Islam mengajar penganutnya bersederhana dan sebagai manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian kerana Allah mengurniakan akal untuk berfikir. Seharusnya gunakan akal tersebut untuk mengamalkan kesederhanaan bukan ekstremis.
Read More / Baca Lagi >>