Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Looks like he is losing in the fight - Joceline Tan

Posted: 22 Jun 2015 10:30 PM PDT


He's not Bond, more like M, Dr M

BY JOCELINE TAN

Tun Dr Mahathir Mohamad does not like to lose but it looks like he is losing in the fight to take down Datuk Seri Najib Tun Razak because Umno wants to give the Prime Minister time to sort out the 1MDB issue.

WHEN Tun Dr Mahathir Mohamad started his attacks on the Prime Mi­­nister several months ago, a family member of the elder statesman said "he always goes for broke".

The family member was not kidding.


Read on in The Star HERE



Kumpulan kalah tak pernah berjaya sebagai parti baru

Posted: 22 Jun 2015 06:14 PM PDT


Surat Helme Hanafi ke Malaysian Insider

Ini hanya cadangan saya selepas bincang dengan kawan-kawan media mengenai penubuhan parti baru dari kumpulan pemimpin PAS yang dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu.

Dari pandangan kasar kami, parti baru dari kumpulan orang kalah ia tidak memberi impak kepada politik di peringkat nasional.

Dilema kumpulan yang hendak tubuh parti baru ini ialah kesukaran mencari sokongan, persoalannya siapa menyokong mereka selain dari kumpulan atau geng mereka yang tewas bersama-sama dan faktanya adalah kumpulan ini sudah ditolak oleh majoriti penyokong PAS apatah lagi UMNO. 

Kumpulan ini hanya mendapat sokongan daripada DAP/PKR/media pembangkang bukan daripada orang Islam/media orang Islam, persoalan lain adalah siapa hendak jadi pemimpin dan siapa pula yang hendak dipimpin?

Jika ia ditubuhkan dan bertanding PRU, di kawasan manakah ia hendak mencuba nasib, untuk kerusi PRU, PAS DAP dan PKR sudah ada persefahaman pembahagian kerusi dan jika ia hendak langgar PAS punya kawasan, ia sudah jadi tiga penjuru, dan sudah tentu ia akan memberi kelebihan pada UMNO/BN.

Ketika Datuk Mat Nasir tubuh BERJASA (1977) Datuk Asri tubuh HAMIM (1983), Anwar Ibrahim tubuh PKR (1999) semua mereka disingkir dari parti masing-masing bukan kalah. Yang kalah bertanding tubuh parti ni hanya Datuk Nalakaruppan parti MUIP (2010) dan Datuk Zaid Ibrahim yang tubuh Parti KITA (2012).

Berikutan itu, pandangan saya adalah lebih elok untuk kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS ini masuk DAP secara blok, minta diwujudkan satu sayap khas Islam Progresif dalam DAP. Ini boleh dibuat dengan mempelajari bagaimana Parti Komunis Malaya (PKM) menubuhkan Rejiment ke 10 untuk tarik sokongan Melayu/Islam.

Menyertai DAP segara blok adalah pilihan terbaik dari segala segi untuk kumpulan yang kalah dalam PAS meneruskan perjuangan mereka. Ia akan memberi warna baru pada DAP, sasterawan negara Datuk Samad Said tak cukup Islam/muda untuk menarik sokongan massa, tak pandai ceramah macam Mat Sabu, tak berfikiran strategik macam Datuk KJ, tidak aktivis macam Mazlan Aliman dan tidak sepetah Hanipa Maidin berhujah.

Kerana itu, sempena Ramadan ini, saranan saya kepada kumpulan yang kalah dalam Muktamar lalu, supaya pertimbangan secara serius dan mendalam penubuhan sayap Islam progresif dalam DAP seperti Rejiment ke10 dalam PKM. Ia berbaloi untuk dicuba.

 Helme Hanafi

Bodohnya orang reformasi

Posted: 22 Jun 2015 03:53 PM PDT


Tiap-tiap hari Unspinner senam begini. Tak murtad pun ....

DAP bakar UMNO untuk mulakan Mei 13 ke 2?

Posted: 22 Jun 2015 07:29 AM PDT

Jika dilihat di atas, DAP sengaja mahu potong logo UMNO depan pejabat UMNO Penang.


Sebaik DAP arah MPPP untuk potong logo SECARA HARAM, UMNO pun mula beri reaksi. CAra reaksi UMNO pun boleh dijangka...



Kejadian di pejabat Chow KoonYeow segera di siarkan dalam akhbar cina. Selalunya reaksi UMNO adalah perangkap [politik yang sering dilakukan DAP.


Mungkinkah kali ini berlainan. DAP sengajakan untuk apa?



Mungkinkah ia ada kaitan dengan cabaran Prof Ramasamy ?



Pencetus kejadian pertama masih lagi hidup.Hanya bertanya ...

Cakap berdegar tapi Mat Sabu ngaku mudah kompromikan Islam

Posted: 22 Jun 2015 03:30 AM PDT


Sudahlah tiada istiqamah, tapi butakah mata Mat Sabu?


Apa hasil orang Islam dapat dari permainan politik harami Mat Sabu?











Mungkinkah DAP boleh dikawal dan PASMA boleh bawa agenda Islam jika DAP berduit dan monopoli kuasa?

Ingat ye perpecahan Pakatan Rakyat bukan disebabkan sesiapa melainkan sikap DAP di Perak dan Selangor mahu menentukan politik negeri tanpa mempeduli rakankongsi.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Najib akan panggil Palanivel beri penjelasan?

Posted: 22 Jun 2015 05:33 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC, G. Palanivel kerana menyalahkannya dalam krisis parti India itu.

Najib melalui tulisan terbarunya di akaun Facebook miliknya sebentar tadi memberitahu Palanivel tidak sewajarnya menyalahkan mana-mana pihak dalam masalah dalaman parti itu.

Sebaliknya tulis Perdana Menteri lagi, pemimpin India itu perlu patuh kepada keputusan mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan parti itu.

"Saya akan panggil Datuk Seri Palanivel untuk menjelaskan komennya yang dilaporkan di PWTC.

"Beliau (Palanivel) sepatutnya berhenti menyalahkan pihak lain, dan perlu menerima keputusan mahkamah dan ROS," tulisnya dalam akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Semalam, Palanivel dalam ucapannya pada Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menyalahkan Najib kerana menyebelahi RoS yang membatalkan pemilihan parti itu pada 2013.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KINI PKR PULA BERGELORA

Posted: 22 Jun 2015 10:41 PM PDT

 Pembubaran Pakatan Rakyat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mencetuskan semula perang proksi PKR sepertimana yang dimanifestasi dalam pemilihan parti itu pada 2014.
Pegumuman DAP itu menyebabkan pemuda PKR terbelah dua, iaitu kumpulan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan kumpulan Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin.
Ironiknya, YB Afif Bahardin, ADUN PKR Seberang Jaya yang dilantik Guan Eng sebagai Exco Pertanian & Industri, Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan memilih untuk kontra dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa Pakatan Rakyat masih hidup.
Beliau menolak pengisytiharan Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat sudah berakhir.
Malah beliau menegaskan gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.
"Polisi dan dasar masih sama, yang boleh isytihar PR mati ialah rakyat dalam pilihan raya akan datang. Kalau rakyat tidak pilih kita dalam pilihan raya akan datang, maknanya kita mati," katanya 
Beliau turut menolak cadangan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mahu menubuhkan kerajaan gabungan bagi mengelakkan pembubaran DUN Selangor.
"Cadangan itu saya tidak nampak. Kalau hendak bergabung dengan Umno itu mustahil. Di Selangor, agenda PR sebagai asas pentadbiran perlu diteruskan," katanya.
Di satu pihak lagi, Nik Nazmi selaku Ketua AMK tampil menafikan kenyataan Timbalan Ketuanya itu.
Menurutnya, kenyataan Afif Bahardin yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, bukan merupakan pendirian rasmi sayap parti itu.
Tegas Nik Nazmi, sayap pemuda parti itu berpegang kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan parti itu pada Rabu melalui presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Dimaklumkan yang kenyataan bertajuk 'Pendirian Pemuda PKR Terhadap PR' bertarikh 20 Jun 2015 bukan merupakan pendirian rasmi Pemuda PKR.
"Pemuda PKR selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi presiden dan dibincangkan dalam Biro Politik PKR Pusat yang turut dianggotai ketua Pemuda PKR dalam isu ini," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan 
Nik Nazmi adalah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali.
Jika diteliti secara terperinci, perbezaan pendapat di antara Afif Bahardin dengan Nik Nazmi membawa kepada perang proksi di peringkat pimpinan tertinggi PKR, Azmin Ali (Timbalan Presiden) dan Wan Azizah (Presiden).
Afif Bahardin mewakili pandangan Azmin, manakala Nik Nazmi mewakili pandangan Wan Azizah.
Seperti mana yang direkodkan pada pemilihan PKR 2014, Wan Azizah kekal kekal sebagai Presiden PKR, namun Timbalannya, Azmin dicabar oleh dua pihak iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution.
Khalid terkeluar daripada senarai pencabar Azmin apabila tewas dan dipecat keahlian PKR untuk mengosongkan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya.
Namun, sentuhan Wan Azizah lebih berpihak kepada Saifuddin apabila anaknya, Nurul Izzah dan orang kanannya, Rafizi Ramli berada dalam kem itu untuk merebut jawatan Naib Presiden PKR.
Malah, kem Saifuddin turut meletakkan calon di peringkat wanita dan AMK. Ketua Wanita diwakili, Rodziah Ismail, manakala Ketua AMK diwakili Nik Nazmi Nik Ahmad.
Azmin juga turut menyusun orang-orang di peringkat Naib Presiden, Wanita dan AMK. Ketua Wanita diwakili, Zuraida Kamaruddin, manakala Ketua AMK diwakili Amiruddin Shari.
Azmin berjaya menewaskan Saifuddin untuk jawatan Timbalan Presiden, namun, tiga calon Saifuddin; Nurul Izzah, Tian Chua dan Rafizi menang jawatan Naib Presiden PKR, berbanding dengan dua calon Azmin; Shamsul Iskandar Mat Akin dan Dr Xavier Jayakumar yang memenangi jawatan tersebut.
Zuraida, calon Azmin menang jawatan Ketua Wanita, namun Nik Nazmi, calon Saifuddin menang jawatan Ketua AMK.
Walau bagaimanapun, untuk jawatan Timbalan dan Naib Ketua AMK, kedua-dua jawatan itudimenangi oleh calon Azmin iaitu Afif Bahardin (Timbalan) dan tiga Naib Ketua AMK; Raymond Ahua, Mohd Razlan Jalaluddin, dan Sangheta Jayakumar.
Dalam episod Langkah Kajang, Wan Azizah yang dirancang oleh Rafizi dan Saifuddin untuk menjadi Menteri Besar baharu Selangor kecundang mencapai impiannya apabila Azmin diperkenan Sultan Selangor untuk menjawat jawatan tersebut.
Selepas berjawatan Menteri Besar Selangor, Azmin mengangkat semula Amirudin Shari yang tewas sebagai Ketua AMK dilantik menjadi Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.
Manakala, Wan Azizah pula menyusun semula struktur organisasi di peringkat parti dengan melantik Rafizi sebagai Setiausaha Agung dan mengangkat semula Saifuddin (calon tewas Timbalan Presiden) sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat.
Wan Azizah turut melantik orang kepercayaannya, Darell Leiking (Naib Presiden), Datin Paduka Tan Yew Kew (Bendahari), Sim Tze Tzin (Pengarah Strategi), Fariz Musa (Ketua Setiausaha Pengelola), Fahmi Fadzil (Pengarah Komunikasi), Sivarasa Rasiah (Pengarah Guaman) dan Fuziah Salleh (Pengarah Latihan)
Turut dilantik Rodziah Ismail dan N. Surendran sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat.
Pada 16 Jun lalu, ketika Biro Politik PKR membincangkan pendirian parti terhadap keputusan DAP membubarkan Pakatan Rakyat, Azmin tidak hadir, sebaliknya Timbalan Presiden PKR itu berada di Kelantan menemui Datuk Ahmad Yaakub, Timbalan Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan.
Mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Wan Azizah itu telah mengesahkan kenyataan Guan Eng bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.
Selain Majlis Pimpinan Tertinggi PKR tertentu, Biro Politik PKR juga turut dianggotai oleh enam orang lantikan Presiden PKR.
Mereka adalah; Dr Syed Husin Ali, Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul, Datuk Dr Mansor Othman, N. Surendran dan William Leong.

Kopitiam Bang Nan

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Al-Qowwiyul Amin Mengatasi Personality Cult...

Posted: 22 Jun 2015 06:16 PM PDT

Bayangkan Najib itu seorang yang alim, tidak rasuah, isterinya tidak mengganggu pentadbiran Putrajaya, hobinya bela ayam sebab dia berasal dari kampong dan ya dia seorang PM dari Umno. Menantunya dari Arab Saudi.

Tetapi pentadbirannya lemah dengan isu-isu 1MDB, kemerosotan kadar mata wang yang serius, GST yang mencengkam rakyat, polisi-polisinya yang flip flop, u-turn, dibuli oleh Singapura dan USA dan lain-lain.

Penasihat-penasihatnya ialah politician separuh masak yang naive dengan world financial system dan real politik tanahair.

Adakah kerana dia alim kita tidak boleh mengkritik kelemahan pentadbirannya? Adakah wajar kita biarkan sahaja dia menghanyutkan negara dengan pengemudian kapalnya yang ternyata lemah dan mabuk laut itu? Salahkah kita tukar saja dia dengan pemimpin yang lain yang memenuhi kriteria Al-Qowwitul Amin?

Jangan biarkan personality cult bertapak di negara kita....

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Daripada Kau Hantar Anak Kau Ke Kursus Biro Tatanegara, Baik Kau Hantar Dia Pergi Duduk Dengan Harimau

Posted: 22 Jun 2015 09:11 PM PDT

Minggu lepas, media sosial agak kecoh mengenai tersebarnya satu slaid dari terbitan Biro Tata Negara yang mengecam secara melulu pergerakan bebas karya sastera dan seni, yang banyak didokong oleh golongan muda Malaysia.

Jika kau belum baca slaid tersebut, kau harus tahu, di dalamnya penuh dengan "fakta-fakta" yang telah "dikaji" dan "disahkan" tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Sama kuat macam buku teks Sejarah sekolah.

Aku tak rasa aku sebahagian dari pengkarya indie ni sebab selama ni, aku tak pernah sertai mana-mana organisasi bebas yang ada ni. Cuma semenjak aku menulis Dubook Press ni, sedikit sebanyak aku ada lah terpalit juga dengan pergerakan kesusasteraan bebas Malaysia ni, sehinggakan ramai juga yang nasihat aku agar menjauhkan diri dari Faisal Tehrani.

Ada lah beberapa individu dalam pergerakan indie ni yang aku memang tak berapa gemar cara perjuangannya tapi itu kemudian hari punya cerita. Ya, memang betul ada individu yang pegangannya sedikit pelik, mengajak orang buat benda salah, ada juga manusia yang angkuh dan rasa diri dia rock star mengalahkan Kurt Cobain. Semua itu kau boleh jumpa jika kau sertai mereka ni tapi majoritinya hanyalah manusia-manusia kelompok tua dan muda yang hanya nak berkarya atau buat wang.

Agak mudah untuk diklasifikasikan mereka ini sebagai berhaluan kiri atau pihak pembangkang atau golongan macai Anwar Ibrahim tapi bukankah memang begitu budaya dunia dari dulu? Sang korporat memerintah manakala sang penyair, sang sasterawan membantah, bukan memang begitu ke?

Mari kita fokus pada BTN itu sendiri.

Aku benci pada BTN dan apa yang mereka anjurkan. Usaha mereka memang mahu cipta masyarakat yang bodoh. Jika kau tanya sama pihak BTN sastera dan seni macam mana "rakyat contoh" perlu suka, jawapan mereka mungkin ;

a. Rancangan realiti TV
b. Rancangan pertandingan lawak Melayu
c.  Drama Cinta Islamik waktu Maghrib
d. Novel busuk fantasi cinta perempuan Melayu

Sebab itu orang yang BTN ni nakkan.
Aku cukup benci BTN.  Kau nampak tak kebencian aku macam mana? Kau nak tau kenapa?

Aku budak sekolah elit. Sekolah aku sekolah premier (istilah zaman sekarang.) Aku budak pandai. Aku diberitahu aku orang pandai dan aku akan jadi orang besar dalam Malaysia. Aku diarahkan ke BTN waktu aku berumur 16 tahun. Cikgu aku kata aku ada potensi jadi problematic student dari segi disiplin.

Aku pergi ke BTN sebagai orang pandai dan aku balik dari BTN sebagai orang bodoh. Seperti yang aku pernah ceritakan dulu, kami ditipu masak-masak sampaikan dah tak mampu berfikir sendiri.  Kami diberitahu yang Lebuhraya PLUS sebenarnya adalah markas tentera yang boleh dibuka laluannya untuk membolehkan askar mempertahankan negara jika negara diserang. Macam Autobot City dalam filem Transformers The Movie.

Aku ulang lagi sekali.....

Kami diberitahu bawah lebuhraya PLUS yang aku lalu kerap kali, ADA MARKAS TENTERA MALAYSIA YANG TERSEMBUNYI. JALAN TERSEBUT BOLEH DILIPAT ATAU DIBUKA JIKA MUSUH MENYERANG MALAYSIA.

Semua ini top secret Kerajaan.
Hanya mereka yang hadir BTN diberitahu rahsia sulit ini.

Berapa lama aku percaya benda tu? Lama jugak. Berapa kali aku bergaduh dengan mak aku dulu mempertahankan dasar kerajaan? Ratus kali. Berapa mulut dan minda yang kagum dengan ayat penceramah waktu tu? Beratus jugak la sebab aku dengar ramai yang respon dengan teruja.

Satu hari dulu aku macai.
Sebab BTN.

Aku, budak sekolah elit tak mampu nak paham betapa bullshitnya ayat penceramah BTN tersebut dan aku rasa majoriti kami dari 4 buah sekolah memang percaya betul benda tu. Jadi, jika diberi pilihan sama ada nak bersama BTN atau bersama pengkarya indie yang berhaluan kiri, kurang ajar, tak senonoh, cakap main lepas, mulut tak ada filter, kau nak bersama dengan siapa?

Dah lah buat slaid pun buruk.

Mungkin sebab slaid tu dibuat menggunakan super computer yang disambungkan ke network 50GB superspeed broadband dan dianalisa menggunakan satelit. Semuanya dikawal oleh think tank negara yang kini bekerja bawah Lebuhraya PLUS?

Wallahuallam.
Dalam BTN, apa saja mungkin.

Gambar hiasan - lokasi di mana aku ditipu oleh pihak BTN
 

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


DAP Seolah Olah Tidak Mahu Lagi Undi Orang Melayu

Posted: 22 Jun 2015 08:09 PM PDT


1) Nampaknya pasca Muktamar PAS 2015, DAP begitu bersungguh sungguh hendak bergaduh dengan team ulama yang menang besar ketika muktamar. 

2) Cara percakapan dan kenyataan media dari Lim Guan Eng dan pemimpin pemimpin kanan DAP nampaknya mereka begitu beriya iya hendak bergaduh dengan PAS. 

3) Perlu diingat, PAS masih lagi kekal sebagai parti orang Melayu yang kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO. 

4) DAP sudah bergaduh dengan PAS, kemudian bergaduh lagi UMNO secara terbuka dan biadap sekali bila nama papan tanda UMNO digergaji oleh DAP. 

5) Apakah ini petanda DAP sudah begitu yakin sekali hendak menang PRU14 tanpa undi Melayu? 

6) Jika begitu, DAP akan menjadi suatu parti yang ultra kiasu dengan memusuhi PAS dan UMNO. 

7) Siapa yang DAP harapkan untuk dapatkan undi Melayu? Sudah tentu tanggungjawab itu di tangan Dyana, Zairil, Rara, Melati, PASMA dan PKR. Inilah sahaja Melayu yang boleh berkawan dengan DAP. 

8) Bila Mat Sabu hendak masuk DAP? 

9) Jika sebegitu dahsyat sekali kelakuan DAP, apakah mereka yakin benar akan menangi lagi 38 kawasan parlimen dengan tambahan parlimen baru dalam PRU14 nanti? 

10) Atau DAP sudah pun menjalankan kerja pendaftaran pemilih dan pemindahan pengundi secara strategik untuk beberapa kawasan parlimen tertentu menjelang PRU14. Patutlah DAP tidak kisah lagi tentang undi Melayu. 

11) Oleh itu, apakah tindakan sewajar dan yang paling bijaksana yang perlu dilakukan oleh parti parti politik Melayu untuk memberi respon semula terhadap kebiadapan DAP ini?

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Al- Fatihah :Ustaz Fadzil Noor dalam kenangan

Posted: 22 Jun 2015 06:25 PM PDT

PADA hari ini, 23 Jun 2015, genaplah 13 tahun pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Pemergiannya sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua pembangkang di Parlimen sudah tentu memberi kesan kepada perjuangan PAS dalam politik tanah air, khususnya bagi mereka yang aktif dalam gerakan Islam dan dakwah.

Almarhum Ustaz Fadzil Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil.
Moyangnya Tuan Guru Haji Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.
Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga pada tahun 1946 hingga 1949. Pada tahun 1949 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar sehingga 1958 dan peringkat tinggi bermula 1958 hingga 1962.
Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat Negeri Kedah.
Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun 1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Sekembalinya dari Mesir pada tahun 1967, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah apabila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud.
Ketika di Mesir, Ustaz Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan, setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden.
Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978).
Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.
Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974.
Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas dominasi ulama, Pemuda PAS dilihat sukar pikat pengundi muda

Posted: 22 Jun 2015 06:23 PM PDT

Nik Abduh Nik Aziz, puak pro-Hadi yang mengalahkan seteru progresif dalam sayap pemuda, dilihat sukar menarik sokongan orang muda terhadap PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015. 
Nik Abduh Nik Aziz, puak pro-Hadi yang mengalahkan seteru progresif dalam sayap pemuda, dilihat sukar menarik sokongan orang muda terhadap PAS. 

Barisan kepimpinan baharu Pemuda PAS dilihat tidak mampu menandingi kredibiliti dan keupayaan Pemuda Umno dalam menarik sokongan golongan pengundi muda, yang merupakan golongan paling penting dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata penganalisis. Pada pemilihan muktamar PAS awal bulan ini, sayap pemuda parti Islam itu menyaksikan golongan ulama mengambil alih kepimpinan dan menyingkirkan kumpulan "profesional dan progresif".
Ia menyebabkan agak sukar mereka menyusun strategi menarik pengundi muda.

Ini diburukkan lagi dengan hubungan keruh antara PAS, DAP dan PKR di peringkat kepimpinan tertinggi, ditambah pula pucuk pimpinan PAS terdiri daripada mereka yang rata-rata berasal dari pantai timur. "Tinjauan melalui muktamar Pemuda dan Wanita PAS, dapat dilihat mereka agak goyah untuk menghadapi saingan daripada Umno," kata pusat kajian PAS, Ilham Centre.
Pengerusi Eksekutifnya, Mohamad Hisomuddin Abu Bakar berkata barisan Kabinet sayap Pemuda juga terdiri daripada mereka yang tidak berpengalaman menghadapi PRU14.
"Individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan soal kerusi antara komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dapat kita lihat dikesampingkan.
"Barisan kepimpinan Pemuda PAS hari ini juga kebanyakannya hanya mengisi slot ceramah kempen dalam pilihan raya sebelum ini," katanya.
Beliau berkata, kelemahan ketara dapat dilihat daripada aspek teknikal apabila barisan kepimpinan Pemuda PAS yang baharu tidak berpengalaman dalam perang saraf dan gerak kerja kempen.
"Mereka belum teruji. Mereka perlu buktikan, mereka kata ulama mampu menyaingi kumpulan progresif, kita lihat nanti.
"Terdapat kelemahan apabila pengarah pilihan raya masih belum menemui wakil mereka di setiap negeri," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai ‘atasan’ Mara tipu beli hartanah RM65 juta Australia, lapor akhbar

Posted: 22 Jun 2015 06:21 PM PDT

Pemandangan dari sebuah stesen keretapi di Melbourne. Sebuah pangsapuri di bandaraya Australia itu dilaporkan terlibat dalam sebuah pembelian melibatkan rasuah dan penipuan dikaitkan dengan seorang 'pegawai atasan' Mara, menurut laporan akhbar The Age. – Gambar Reuters, 23 Jun, 2015. 
Pemandangan dari sebuah stesen keretapi di Melbourne. Sebuah pangsapuri di bandaraya Australia itu dilaporkan terlibat dalam sebuah pembelian melibatkan rasuah dan penipuan dikaitkan dengan seorang 'pegawai atasan' Mara, menurut laporan akhbar The Age. 

Seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne, Australia, lapor akhbar The Age hari ini. Dalam laporan eksklusifnya, akhbar Australia itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandaraya itu pada 2013.
Ketiga-tiga mereka didakwa menawarkan harga lebih besar bagi memiliki bangunan Dudley International House, daripada harga A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.

Akhbar itu turut mendakwa pemaju bangunan itu di Australia mengeluarkan invois palsu yang membutirkan kononnya perkhidmatan "jururunding dan nasihat" daripada firma Malaysia. Ia memetik seorang pemiutang Australia, ahli perniagaan John Bond yang memberitahu: "Pembelian itu menipu warga Australia dan melibatkan rasuah yang serius, tetapi tiada sesiapa pun dipertanggungjawabkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tinggalkan bayi dalam ‘baby hatch’ bukan jenayah, kata hospital

Posted: 22 Jun 2015 05:21 PM PDT

Walaupun 'babi hatch' disediakan bagi menyelamatkan bayi yang tidak berdosa, ia masih tidak digunakan dan ramai melakukan pembuangan bayi. – Gambar Reuters, 23 Jun, 2015. 
Walaupun 'baby hatch' disediakan bagi menyelamatkan bayi yang tidak berdosa, ia masih tidak digunakan dan ramai melakukan pembuangan bayi.

"Baby hatch" atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah meninggalkan bayi mereka dengan selamat, bertujuan mengurangkan kes pembuangan bayi di Malaysia yang semakin meningkat dan menyelamatkan bayi baru lahir yang tidak berdosa. Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang, Abd Aziz Abd Rahman berkata ramai yang masih memilih untuk membuang bayi ke dalam tong sampah, mangkuk tandas, longkang atau tandas walaupun "baby hatch" disediakan.
"Membuang bayi merupakan cara yang paling mudah oleh pasangan yang berzina dan hamil sebelum nikah dalam kehidupan moden ini tetapi mereka tidak boleh membuang bayi di kawasan yang menjijikkan.

"Ramai yang masih tidak mengetahui tentang 'bayi hatch' yang disediakan dan disebabkan fobia serta panik, mereka membuang bayi ke dalam tong sampah. Tujuan sebenar penyediaan 'baby hatch' ini adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa bayi," katanya kepada pemberita  semalam. Menurut Aziz, "baby hatch" dibuka di KPJ Pulau Pinang tahun lepas dan setakat ini belum ada yang meninggalkan bayi di situ, mungkin tidak mengetahui mengenai kemudahan yang disediakan itu.
Katanya perbuatan meninggalkan bayi di "baby hatch" bukan kesalahan jenayah.
Justeru, beliau berharap bayi baru dilahirkan pasangan luar nikah itu boleh ditinggalkan dalam keadaan selamat, sekaligus menyelamatkan nyawa mereka yang tidak diminta dilahirkan namun mempunyai hak untuk hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Samad pilih parti berintegriti

Posted: 22 Jun 2015 05:17 PM PDT

A Shukur Harun

Beberapa hari selepas Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyertai DAP, beberapa sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai langkah sasterawan ternama itu, saya menjawab: "Apa salahnya, ini demokrasi Samad seorang pemikir dan dia sudahpun berfikir sebelum menyertai DAP."
Untuk beberapa hari saya belum lagi menghubunginya, memikirkan mungkin beliau sedang sibuk dengan perkembangan baru ini, hinggalah penyair Dinsman memberitahu saya bahawa Samad mahu mendengar pendapat saya mengenai langkahnya itu.
Lalu saya menghubunginya, mengucapkan tahniah kepadanya kerana memilih parti  yang berintegriti, mempunyai imej bersih. Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya.

Pada pendapat saya, sasterawan negara itu membuat pilihan yang tepat, iaitu memilih parti yang mampu mempertahankan integritinya, teguh pada prinsip perjuangannya untuk menegakkan demokrasi dan keadilan, menentang perkauman, walaupun selama puluhan tahun DAP digambarkan sebagai parti chauvinis Cina dan pelbagai lagi. Pada mulanya Samad Said cuba merapatkan diri dengan pimpinan PAS, terutamanya daripada golongan sederhana seperti Mohamad Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa , Khalid Samad dan lain-lain sentiasa yang dilihatnya sebagai pemimpin berintegriti dan berada di tengah gelombang rakyat dalam pelbagai perhimpunan dan program lain parti itu dan Samad sangat gembira melihat keadaan ini dan berada di tengah mereka.
Sasterawan Negara itu pernah membaca sajaknya bersama saya di majlis Sambutan Di ambang Merdeka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur, anjuran PAS Wilayah dua tahun lalu.
Penglibatannya sebagai pengerusi bersama Bersih 2.0 pula bersama Datuk Ambiga Sreenevasan.
Ambiga beberapa tahun lalu dan seterusnya penglibatannya dalam pelbagai kegiatan rakyat, membaca sajak di Dataran Merdeka dan di mana-mana di seluruh negara, memperlihatkan minatnya untuk berjuang bersama rakyat.
Di sinilah saya melihat Samad mendekati PAS dengan harapan bahawa parti itu juga sama-sama mendukung cita-citanya memperjuangkan keadilan rakyat.
Malangnya apa yang berlaku kepada PAS sejak lebih setahun lalu itu sejak berlaku krisis yang puncaknya apa yang terjadi di Muktamar PAS baru-baru ini sangat mengecewakan Sasterawan Negara itu.
Saya sendiri merasakan bahawa peristiwa di Kuala Selangor – tempat muktamar itu diadakan – adalah sejarah hitam bagi PAS dan sangat sukar dibaiki kerosakannya.
Nilai Ukhuwah Islamiyah, kasih sayang sesama jemaah hilang seperti disambar raksasa, digantikan dengan persengketaan dan prejudis. Matlamat menghalalkan cara. Lalu golongan sederhana dan progresif disingkirkan semuanya dengan cara paling hina, seperti "menghalau kucing kurap dengan penyapu".
Saya kira begitu ramai orang, termasuk Samad sendiri turut merasa amat kecewa dengan peristiwa ini, melainkan musuh politik PAS yang tentunya  merasa gembira.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedy of Pakatan Rakyat

Posted: 22 Jun 2015 05:16 PM PDT

Emmanuel Joseph

It is not too far-fetched to say that Pakatan Rakyat (PR) was formed due to public pressure. Sure, there were talks of a coalition before and of reviving Barisan Alternatif, mainly spurred on by civil society movements and bloggers like Haris Ibrahim and Raja Petra.
The very fact that the opposition parties campaigned for each other openly, in a coordinated fashion, and negotiations to avoid three-cornered fights and division of seats were largely successful itself, were major coups for them, having been unable to cooperate at a national level that well up till then.
This semi-crystalised pact then went on to ride the waves of Bersih and Hindraf and the heat of the anti-establishment sentiment at that time to make large gains in the elections.

Unprecedented, unimaginable gains at the cost of Barisan Nasional (BN). Large strides into non-traditional support bases. People moving out of their comfort zones for voting. People mobilising to move other people out of their comfort zones for voting.
Eventually, all this led to the fall of four state governments, and at the same time denying the ruling coalition its traditional two-third's majority.
Even then, after displacing those state governments, alienating Umno and sending shivers down Putrajaya's spine, it took a lot of coaxing and convincing for the three parties to formalise their pact.
Against insurmountable odds, against all difficulties – natural, manufactured and imaginary – a viable alternative to BN was finally born.
With this renewed hope, came a lot of goodwill, but also many uncertainties.
Perhaps sensing this, civil society leaders once again pushed PR leaders to sit down and work on a common framework.
Datuk Zaid Ibrahim was tasked with this and in time for PRs second conference, the Buku Jingga was published. It contained within it many items that various groups have been fighting for, including but not limited to, strengthening of public institutions, improving universities, reducing corruption and public wastage, and upholding the Federal Constitution.
Read More / Baca Lagi >>

Live with it, Hadi; Pakatan is dead

Posted: 22 Jun 2015 05:10 PM PDT

It's time for a new start for all three parties, and they might even emerge stronger.
Hadi Awang, pakatan
Pakatan Rakyat was like a dream. Malaysia's three largest opposition parties put aside their differences to aim for a common goal, facing a monolithic administration with the power of the law and the media at its disposal, leading the disgruntled masses on a march towards Putrajaya. But as we all know, that dream was dashed against the rocks time and time again. The downfall of the coalition was caused by the very ambition that fuels virtually all political movements.
After months of strife between PAS and the other two parties of the alliance, DAP had had enough, and announced the end of the opposition coalition, with PKR reluctantly acknowledging that the era of Pakatan Rakyat was over. Despite that, PAS President Abdul Hadi Awang seems to think that because he says so, Pakatan is still an entity, that he is the one to decide when to call it a day.
Normally, the reaction to Hadi's claims would be outrage or amusement. It is all too easy to rage at the Islamist leader whose ambition and grudge created the tension that split Pakatan apart, whose constant flirtation with Umno instilled suspicion in his partners, whose grab for power nearly lost Selangor, whose party decided to cut all ties with DAP. In fact, PAS effectively dissolved Pakatan Rakyat the moment it passed a resolution to end all ties with DAP.
Read More / Baca Lagi >>

DAPSY desak HEP batal dakwaan 13 pelajar UKM

Posted: 22 Jun 2015 03:35 PM PDT

SERI KEMBANGAN, 22 JUN: Pemuda DAP (DAPSY) menggesa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membatalkan tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas 13 pelajarnya yang berjuang dalam isu air di institusi pengajian awam itu.
Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Chow Yu Hui berkata, tindakan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM itu adalah sama sekali tidak munasabah.
"13 pelajar dari Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) ini tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Mereka hanya melaksanakan hak berhimpun yang terjamin dalam Perlembagaan untuk mendesak pihak universiti menyelesaikan isu air di UKM," katanya.
10 pelajar lelaki dan 3 wanita itu dihadapkan ke Mahkamah Universiti 29 Jun ini selepas terlibat menganjurkan himpunan Mahasiswa Tuntut Air (MaTA) di kampus mereka lewat Mac lalu.
Speaker PMUKM Zaki Shukor sebelum ini menyatakan masalah air tersebut bukanlah perkara baru dan sudah berlarutan selama 10 tahun.
Pihak PMUKM pada 27 Mac lalu juga telah menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, bagi menyiasat masalah kekurangan bekalan air dan kegagalan universiti menanganinya.
Kehadiran Kian Ming di UKM dikatakan menjadi punca 13 pelajar terbabit dikenakan tindakan tatatertib.
Mengulas lanjut, Yu Hui menegaskan, kehadiran Kian Ming tidak sepatutnya menjadi masalah kerana UKM berada di bawah Parlimen beliau.
"Kian Ming hadir untuk meneliti masalah sebenar, maka tidak sepatutnya wujud sebarang masalah.
"Hukuman tatatertib sebegini di setiap varsiti awam adalah jelas langsung tidak menjunjung semangat kebebasan akademik," tegasnya.

Kekeliruan Melayu Terhadap Islam - Dato Dr MAZA

Posted: 22 Jun 2015 03:25 PM PDT

Antara Izzah Dan Hikmah

Posted: 22 Jun 2015 03:03 PM PDT


Oleh Hasbie Muda
1. Pilihan Raya Umum 1986 adalah pilihan raya pertama selepas gagasan Kepimpinan Ulama' digagaskan dalam PAS. Ia era baru bagi PAS yang lahir sebagai sebuah parti Islam 'tulen'.

2. Rata-rata ahli dan pimpinan yang teruja dengan keizzahan PAS. Atas keyakinan yang tinggi, PAS menghantar calon ke 98 kerusi parlimen. Ia tertinggi dalam sejarah PAS.


3. Walaupun UMNO dibelenggu pelbagai isu termasuk isu BMF, pembunuhan Memali dan pelbagai lagi, PAS tewas teruk dengan hanya menang 1 kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN di seluruh Malaysia.

4. Di Terengganu yang menjadi 'power base' yang baru kepada PAS, keyakinan bahawa PAS akan menawan Terengganu berada pada paras yang memuncak. Konvoi motorsikal dilakukan di banyak tempat bagi menggambarkan keizzahan PAS kepada masyarakat. Malangnya PAS hanya menang dua kerusi di Terengganu iaitu Marang (Ustaz Haji Abdul Hadi Awang) dan Wakaf Mempelam (Cikgu Pa). Itu pun dengan jumlah majoriti yang kecil.

5. Dalam PRU 1990, PAS hanya menghantar 30 calon parlimen. PAS banyak memberi laluan kepada Semangat 46 di peringkat parlimen tetapi PAS tertumpu di kerusi DUN khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah.

6. Hasilnya PAS menang 7 kerusi parlimen tetapi yang mengejutkan PAS berjaya menawan negeri Kelantan dengan menyapu bersih semua kerusi yang ditandingi.

7. Almarhum Ustaz Fadzil Noor faham bahawa dengan menghantar 30 calon parlimen, ia menggambarkan bahawa PAS tidak izzah. PAS mengalah dengan parti kawan dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU). PAS dilihat kuda tunggangan semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa sebenarnya yang sedang membantu Umno?

Posted: 22 Jun 2015 02:57 PM PDT

Timmy Say

Umno dipukul teruk di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin. Kubu kuat Umno ditembusi PAS di mana majoritinya dikurangkan daripada 15,114 undi kepada 8,895 undi. Kawasan Felda dan tradisi kampung Melayu menunjukkan peningkatan undi kepada PAS. Peningkatan ini berlaku tatkala PAS dan DAP dalam keadaan bertelagah.
Peningkatan undi PAS disebabkan isu dalaman Umno dan juga protes terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan barangkali kempen efektif PAS yang diketuai Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai naib presiden yang bertugas sebagai pengarah PRK ketika itu.
Keputusan PRK Rompin dan Permatang Pauh merisaukan Umno terutamanya apabila perang di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB dilihat tidak kesudahan.

Sejurus selepas selesainya kedua-dua PRK, muktamar pemilihan PAS mengambil tempat. Umno pasti bimbang PAS kembali bersatu selepas muktamar. Jika PAS yang tidak seiring sekata dan bermasalah dengan DAP dapat mengurangkan majoriti dengan sebegitu besar di kubu kuatnya di Rompin di satu PRK, apakah kesudahan Umno jika mereka terpaksa menghadapi PAS yang bersatu teguh tatkala Umno terus berkonflik dengan istana dan isu 1MDB?
Namun, mimpi ngeri Umno tidak terjadi. Dalam keadaan Umno tiada masa untuk menyerang kepimpinan baru PAS kerana sibuk melayan isu GST dan 1MDB yang menggoyahkan kedudukan Najib, mereka sudah tentu dapat menarik nafas lega apabila melihat kepimpinan baharu PAS ini diserang dari pelbagai arah sejak hari pertama penubuhannya.
Read More / Baca Lagi >>

Siap sedialah bala yg akan sampai...Upah membodek...!!!

Posted: 22 Jun 2015 08:58 AM PDT

Patutler sejak akhir2 ini Ketua UMNO Bahagian Cheras Syed Ali Syed Abbas bermati2an ampu jilat Najib.. akhirnya beliau dilantik sbg Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd (PNS)..

KENAPA puok juok UMNO sebegini dilantik untuk menjaga & mengurus dana2 rakyat pd syarikat2 GLC ???.. Kan lebih elok dilantik dari kalangan2 yg bukan 'politician'..

KENAPA hanya spesis ini saja yg dilantik ??? Dah takde org lain ka yg lebih layak...

Khalid Samad: Ubah PAS atau berdepan dengan parti baru

Posted: 22 Jun 2015 04:42 AM PDT

Solidaritilah Kepada Mazlan Aliman

Posted: 22 Jun 2015 03:59 AM PDT

Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku "pembersihan etnik"  dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang "terselit" menang sebagai Ahli Jawatankuasa. 

Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.

Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.

Beberapa tokoh penting Pas yang selama ini mewarnai politik negara, dikenali ramai dan memberi banyak sumbangan kepada parti itu seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid, Khalid Samad, Hanifa Maidin, Nizar Jamaluddin dan ramai yang lain yang dicop sebagai kumpulan progresif atau profesional dalam Pas, semuanya kecundang di tangan kumpulan pro ulama.

Bagaimana proses mengenepikan kumpulan progresif ini berjalan kelihatannya sangat tersusun memandangkan dalam UMNO sendiri pun proses pembersihan sebegitu rupa tidak pernah terjadi di mana-mana pertandingan yang pernah diadakannya meskipun beberapa kali berlaku perebutan di peringkat pucuk pimpinannya.

Lantaran itu, ramai yang kecewa melihat bagaimana kumpulan progresif ini diketepikan, tambahan pula sebahagian yang memenangi jawatan baru-baru ini tidak begitu dikenali ramai dan masih hijau lagi. Mereka menang hanya semata-mata diletakkan dalam "cai" pro ulama.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid nasihat Azmin pilih rakan parti sebenar

Posted: 22 Jun 2015 03:57 AM PDT

Menteri Besar Selangor perlu memilih DAP atau Pas sebagai rakan komponen baru yang akan menyebabkan berlakunya ketidakpercayaan dan kekecewaan.
azmin-ali_Zaid-Ibrahim_600
PETALING JAYA: Kemelut yang berlaku di antara parti PKR-DAP-PAS telah menyebabkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam dilema untuk memilih parti mana agar negeri Selangor dapat dipertahankan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan PKR juga harus memilih parti yang benar-benar ingin berjuang bersamanya.
Jelasnya, Azmin sememangnya bersahabat dengan pemimpin dari kedua-dua parti, namun untuk memilih salah satu parti sebagai rakan komponen baru di dalam PR akan menyebabkan ketidakpercayaan dan kekecewaan berlaku.
"Jika PKR mementingkan nilai persahabatan dan masih mengingati pengorbanan mendiang Karpal Singh dan ramai pihak lain yang bangkit bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka PKR harus tahu siapa yang seharusnya dipilih," katanya.
Menulis di blog miliknya www.zaid.my, Zaid tetap menyatakan peluang untuk Pas dipilih sebagai salah satu komponen di dalam PR juga masih wujud.
Zaid turut mengingatkan semula bagaimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar lantas menyebabkan Azmin dilantik bagi memegang jawatan tersebut.
Jelas beliau lagi, Azmin juga harus memutuskan sama ada mahu bersama Pas atau ia juga sebagai satu langkah untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
"Rakyat pasti akan kecewa dengan situasi tersebut kerana rakyat mahu melihat kerja sama politik yang mana setiap bangsa saling bekerjasama. Rakyat juga sudah penat permainan politik," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

DAP bukan parti cina cauvinis – Khalid Samad

Posted: 22 Jun 2015 03:56 AM PDT

Kaji dahulu Perlembagaan parti sebelum membuat tuduhan melulu terhadap DAP.
Khalid Samad,keluar liberal
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dilabel kumpulan radikal atau jebon dalam Pas menyangkal dakwaan DAP sebuah parti cina yang cauvinis.
Katanya, jika DAP sebuah parti cauvinis, sudah tentu mendiang Karpal Singh dan ahli keluarganya tidak menyertai parti itu.
Lebih menarik lagi, katanya, semakin ramai orang Melayu menyertai DAP termasuk yang terbaru Sasterawan Negara, A Samad Said.
"Kita perlu melihat Perlembagaan DAP sebelum kita membuat tuduhan melulu," katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Khalid yang gagal mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat pada pemilihan baru-baru ini berkata, Pas sebenarnya menjurus kepada parti cauvinis kerana mahu mengusir ahlinya yang dilabel sekular.
Katanya, Pas akan menjadi parti cauvinis sekiranya tindak tanduk menyerupai UMNO sama seperti yang berlaku terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mesra UMNO termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Perkasa.
Read More / Baca Lagi >>

Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18

Posted: 22 Jun 2015 03:47 AM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015.  
Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. 

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung" apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini. Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.
"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka. Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.
Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.
Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.
"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.
Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.
Read More / Baca Lagi >>

Demi hudud, kepimpinan Kelantan bakal bertukar tangan? – Riesya H.

Posted: 22 Jun 2015 03:45 AM PDT


Isu hudud nampaknya belum reda.
Terkini, dengan terburainya Pakatan Rakyat, boleh lah dianggap isu hudud berjaya memainkan peranannya. Peranan untuk memporak porandakan PR.
Di zaman teknologi facebook dan whatsup hari ini, saya ingin kongsikan secebis nota menarik yang dipanjangkan kepada saya, berbunyi begini;

"I, like many Malaysians, may have underestimated Datuk Seri Najib Razak as a politician. He may have committed a lot of economic and public relation blunders. But he has managed to kill PR. Tricking PAS into believing that Umno will support hudud, Najib has cause a major rift between PAS and their PR allies, which then caused a crisis within PAS. Now that he has accomplished what he wanted, he pulled his support from hudud.
With one stroke, najib has managed to kill PR and put PAS in the ECU. He may have assured Umno's rule for another 2-3 terms. And for that, he should be named one of Malaysia's best politician. He took over the helm when Umno was at its worst. He didn't try to make things right with Umno, but he destroyed the opposition.
Great game Najib."Itu lah yang menjadi persepsi dan gambaran rakyat marhaen semacam saya yang kerdil ini.
Di perincikan lagi mesej dari cebisan berbahasa Inggeris itu, persepsi yang bole dirumuskan 1.8 juta pengundi pemula yang mengundi dan menaruh harapan kepada PR pada PRU13 yang lalu, boleh disimpulkan sebegini;
• Hudud mampu menyelesaikan segala masalah (Umno)
• Hudud, bukan hanya menghancurkan PR, tetapi juga perpecahan dalaman PAS yang parah.
• Hudud, umpan Umno yang menyangkut.
Hudud sebagai kunci pencapaian PAS
Tetapi, mungkin ramai lebai-lebai Umno tidak berpandangan sedemikian. Bagi mereka, hudud adalah segala-galanya, dan juga sebagai kunci pencapaian (key performance indicator – KPI) kepada perjuangan dan pencapaian politik mereka.
Bukan mengenai urus tadbir yang terbaik, bukan mengenai membenteras rasuah, kronisma, nnepotisma, pembaziran, kebocoran, pengsonglap duit Tabung Haji, atau tanah rakyat felda yang lebur akibat dilabur dan dijaja kepada pemberi hutang. Bukan itu semua ataupun segala macam nahi mungkar yang boleh dihidu didepan mata. Tetapi hudud.
Tidak mustahil jika Datuk Nik Amar Nik Abdullah beriya-iya begitu berani mengistiharkan perang semata-mata kerana hudud, "Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan," sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.
Read More / Baca Lagi >>

Sekarang tabur janji lagi... Dasar Penipu UMNO/BN !!!

Posted: 22 Jun 2015 03:33 AM PDT


Najib & KERAjaan BN kononnya bina Lebuh Raya Pantai Barat siap pada 2019.


TAHUKAH ANDA, tahun lepas pon cakap benda sama katanya akan siap pada 2017 dgn peruntukan RM5 bilion. Tahun ini janji lain plok katanya siap pada 2019 !!!.. 'MANA PERGINYA' PERUNTUKAN RM5 BILION ITU SEKARANG !!!

Senang jadi KERAjaan BN bayar hutang 1MDB

Posted: 22 Jun 2015 03:31 AM PDT


FAKTA:
KERAjaan kutip GST RM16.4 juta sehari.
1MDB byr bunga hutang shj dah RM7 juta sehari.

KERAjaan BN bangga sistem GST M'sia adalah antara yg terbaik di dunia.

Benarkah NAJIB CUKUP JANTAN ???

Posted: 22 Jun 2015 03:23 AM PDT

Dikala Najib diserang hentam dari pelbagai pihak, pasti timbul juak2 pengampu UMNO pertahankan PAHLAWAN NAJIB..

SPR perlu siasat kesahihan laporan WSJ, kata Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2015 01:43 AM PDT

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof perlu menyiasat kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) 2.0.
Badan pemantau bebas itu berkata, badan penguatkuasa lain termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu bertanggungjawab secara bebas menyiasat dakwaan laporan media antarabangsa itu dan bukannya mengarahkan Bersih 2.0 mengumpul bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Sebagai pengerusi SPR, Aziz sepatutnya ambil serius dakwaan yang dibuat WSJ dan beliau perlu memulakan siasatan.

"Beliau tidak sepatutnya bercakap seolah-olah berpihak kepada sesebuah parti, membutakan dirinya melihat perkara yang jelas. Itulah sebabnya majoriti rakyat Malaysia tidak yakin dengan SPR. "Aziz mencabar kami mengumpul bukti (kami sudah lakukan) dan membuat laporan kepada pihak berkuasa (yang juga sudah dibuat) kerana beliau tahu semua itu tidak akan berhasil," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan, hari ini.

PAS patutnya berjuang untuk semua, kata Khalid Samad

Posted: 22 Jun 2015 01:41 AM PDT

 Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ingin menjadikan PAS satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015. 
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ingin menjadikan PAS satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua. 

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat yang tewas dalam pemilihan parti Islam itu baru-baru ini, Khalid Samad berkata antara impiannya ketika menyertai PAS pada 1983 ialah menjadikan ia parti politik arus perdana. Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam berkata wawasannya ialah supaya PAS bukan saja dilihat sebagai parti memperjuangkan kepentingan orang Islam semata-mata tetapi berjuang demi keadilan, kebenaran, kebajikan dan pembela kepada seluruh rakyat yang tertindas dan dianiaya.
Dalam satu video berdurasi 13.11 minit yang dimuat naik di Youtube, Khalid berkata demikian ketika berucap di satu forum bertajuk "Tetap Bersama Mu" di Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

"Kita nak jadikan PAS ini sebagai satu parti yang tidak bercakap hanya untuk orang Islam tetapi sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya dalam video itu. Khalid berkata, perjuangan parti Islam itu juga bukan sekadar membincangkan perihal aurat, sembahyang, sedekah dan puasa.
"Tetapi juga supaya perjuangan itu dilihat sebagai perjuangan mencorakkan masyarakat atas dasar keadilan dan kebenaran supaya semua manusia mendapat manfaat daripada perjuangan Islam ini. Ini cita-cita kita," katanya.
Dalam video ucapannya itu, Khalid turut mengimbas kembali kejadian pada 1998 di mana berlakunya pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor bersegera ke rumah Anwar untuk memberi jaminan kepadanya parti Islam itu akan memperjuangkan keadilan dengan bersama membelanya.
Khalid berkata, tindakan Fadzil itu bukti beliau memperjuangkan keadilan dan kebangkitan seluruh rakyat Malaysia menentang kezaliman tanpa mengira kaum, agama atau parti.
Read More / Baca Lagi >>

GST negara kita antara YANG TERBAIK DI DUNIA !!!

Posted: 22 Jun 2015 01:33 AM PDT


Kalau 6% GST dah dikira terbaik dunia, rakyat mengesyorkan supaya tahun depan GST 60% patut dilaksanakan..

Lagi byk kutip GST.. LAGI CEPAT HUTANG NEGARA DAPAT DILANGSAIKAN !!!

100 PERATUS JUAL BARANG ORIGINAL, TIADA YANG TIRUAN LANGSUNG !!!

Posted: 22 Jun 2015 01:32 AM PDT


Kita harus bersyukur kerana boleh beli barang2 original pada harga tiruan di Petaling Street.. mana nak dapat kat negara2 GST di dunia yg lain.. 

Rakyat M'sia TIDAK PERLULAH KE PAVILION mahupun ke butik2 org kaya kerana di Petaling Street byk dijual barang2 ORIGINAL !!!