Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dengan korma Kit Siang, Melayu Johor dah terpedaya ke?

Posted: 21 Jun 2015 11:29 PM PDT



Ada kata orang nak undi Melayu jaga hati saja sudah cukup. Kasi korma.


Pakai songkok atau kopiah. Mereka sedia serahkan segalanya yang berakhir mereka yang rugi.


Orang Melayu Johor sedarkah apa yang berlaku?

Berikut tulisan FMT:



Johor DAP chairman Liew Chin Tong said in a statement today that Johor was the crucial battleground for a political realignment.

He said the party's state leadership had agreed to work with all anti-Umno political forces who were willing to subscribe to the common policy framework of the Pakatan Rakyat, including the progressives in PAS.

The state leadership accepted that Pakatan Rakyat had ceased to exist and that it was the beginning of a political realignment.

"We are keenly aware the DAP would not be able to defeat Umno's entrenched hegemony on its own," he said. "We must form alliances and coalitions with like minded individuals and political forces"

He said the state DAP would work with those in Johor who supported PAS progressives, and capitalise on dissent in Johor Umno if deputy president Muhyiddin Yassin, a former Johor Umno leader and former menteri besar, was dropped from the Cabinet.

Baca sepnuh SINI


Malah, DAP mungkin sudah sediakan seorang bakal pencacai Melayu untuk bakal MB JOhor. Sedutan Jawa Bernam:


TIDAK cukup terkejut apabila bekas Exco Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali meninggalkan Pas dan menjadi ahli kepada parti yang jauh daripada matlamat utama Pas iaitu DAP.

Seperti biasa semenjak bertukarnya kepimpinan baru dalam Pas yang dipilih oleh majoriti perwakilan Pas di Kuala Selangor bulan lalu, ramai yang tidak setuju dengan pemilihan AJK Pas Pusat yang kebanyakannya adalah daripada golongan ulama' dan seterusnya mengenepikan golongan liberal yang banyak menyumbang jasa kepada Pas dan PR.

Oleh sebab yang ini jugalah Sheikh Omar Ali yang juga Pembantu kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong memilih DAP sebagai wadah terbaru perjuangan beliau kerana dianggap Pas sudah tidak relevan dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR.

DAP to kick out Azmin for Wan Azizah, not Saari Sungip

Posted: 21 Jun 2015 07:29 PM PDT


DAP's beef with Hadi is actually because he did not support the Kajang Move and the ouster of Menteri Besar Khalid Ibrahim. Hadi then did not support the move to replace Khalid with Anwar Ibrahim's wife, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

DAP and PKR wanted Wan Azizah as Khalid's replacement but Hadi backed Azmin Ali instead. While DAP and PKR submitted just one name to replace Khalid as Menteri Besar, Hadi proposed two names, Azmin and Wan Azizah.

Actually HRH the Sultan of Selangor had a third name in mind, Iskandar Samad. If Hadi had proposed three names like what HRH wanted — Iskandar, Azmin and Wan Azizah — today Selangor would have a PAS Menteri Besar. But Hadi would not do that. He proposed just two names, both from PKR and none from PAS, so Azmin was appointed the Menteri Besar.

Of course PAS, DAP and PKR all know this. And many wonder why Hadi did not also propose that third name that HRH wanted, Iskandar. If he had then Iskandar and not Azmin would be the Menteri Besar.

The answer is simple. Although PAS could have 'stolen' the post of Selangor Menteri Besar from PKR, Hadi did not want to do that.

If you can remember, around Hari Raya last year, Hadi had a private audience with the Sultan and this set tongues wagging. Wan Azizah wrote the Sultan a letter requesting an audience but HRH turned down that request. On the other hand, HRH summoned Hadi to the palace for a private meeting.

Basically this private meeting was to discuss PAS taking over the post of Selangor Menteri Besar. The post was practically in the hands of PAS but Hadi did not take it and offered it to Azmin instead.

Read in full on Malaysia Today HERE

Given time, DAP will kick out Azmin and replace him with their pupet doll Wan Azizah.

Hadi dipanggil ngadap Sultan Selangor?

Posted: 21 Jun 2015 03:38 PM PDT



 
Kata sahabat saya itu lagi, Sultan sudah bersedia untuk menerima menghadap Datuk Haji Hadi Awang yang bakal mengemukakan senarai nama pengganti Azmin. Perlu diingat Pas menguasai Selangor dari segi jumlah kerusi yang dimenanginya.
 
Kononnya, kata insan itu, dua nama telah disenaraikan.  Mereka adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Iskandar Abdul Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga ADUN Chempaka dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.
 
Benarkah?
 
MyMassa menulis bahawa DAP akan mengadap Sultan:
 
 
KEMELUT dan krisis yang berterusan di Selangor semakin buruk. PKR yang diberi ehsan saguhati menduduki Kerajaan Selangor kini tergugat. Malam tak tidor lena, siang tak keruan, Puasa tak menjadi, gara-gara pikiran kacau.

Melihat keadaan tidak menentu ini, ahli-ahli elit DAP Selangor mencadangkan supaya melantik Saari Sungib menjadi anggota sementara DAP atau anggota bersekutu DAP bagi membolehkan DAP menemui Sultan Selangor untuk menubuhkan Kerajaan baru dan MB baru dari parti DAP.

Adun PASMA, Saari Sungib dijangka menjadi MB Selangor DAP yang pertama dalam sejarah negara.

China larang umat Islam berpuasa

Posted: 21 Jun 2015 07:30 AM PDT







XINJIANG, Rabu – Sekatan terhadap agama Islam berterusan di China apabila pihak berkuasa Xinjiang mengekalkan larangan berpuasa terhadap umat Islam termasuk penjawat awam, pelajar dan guru.

Menurut laman web kerajaan, China turut menempatkan pegawai khas di restoran halal termasuk di Jinghe County, bagi memastikan restoran itu kekal beroperasi menjual makanan pada siang hari sepanjang Ramadan.

"China mengetatkan lagi larangan dan pemantauan terhadap umat Islam menjelang Ramadan kali ini.

"Pegangan agama Muslim Uighur dipolitikkan, dan peningkatan sekatan boleh menyebabkan ketegangan semakin tajam," kata jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit dalam satu kenyataan.

Dilxat mengecam larangan pihak berkuasa China ke atas penjawat awam Muslim Uighur untuk berpuasa, dan melihatnya sebagai cuba mengawal agama Islam.

Setiap tahun, pihak berkuasa China telah berulang kali mengenakan sekatan ke atas Muslim Uighur di barat laut Xinjiang setiap kali menjelang Ramadan.

Terdahulu pada bulan Disember, China mengharamkan pemakaian jubah atau bertudung di khalayak di Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh pihak berkuasa China melakukan penindasan agama terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang dengan berselindung disebalik kempen antikeganasan.

Pada 2014, Xinjiang mengharamkan amalan agama di bangunan kerajaan, serta memakai pakaian atau logo yang berkaitan dengan agama.

Mei lalu, kedai dan restoran Muslim di sebuah kampung di barat laut Xinjiang telah diarahkan untuk menjual rokok dan alkohol. – Agensi/ISMAWeb.net




Bersederhana ketika puasa

Posted: 21 Jun 2015 05:30 AM PDT


Hamba Allah terbaring kekenyangan lepas buka puasa. Dahlah makanan mewah-mewah tapi banyak membazir.


Baca The STar SINI

Di Selangor, bazaar Ramadhan diroboh

Posted: 21 Jun 2015 03:32 AM PDT







Tok Jat-Syed Ali: Dari berdamai ke tingkat silatulrahim

Posted: 21 Jun 2015 01:30 AM PDT




Macam mana sekali persengketaan, beza pendapat dan persaingan dalam parti, akhirnya kita akan balik bersatu. Biduk berlalu kiambang berpaut.

Perlu ada semangat kesetiakawanan untuk bersatu untuk kerja untuk parti dan beringat setiap kali mahu bersaing berlebih2an sesama sendiri.

Jika ada semangat kesetiakawanan, kita bersedia berbeza pandangan dan nyatakan pandangan.

Tapi tahu had dan hari supaya tidak sanggup bersekongkol dengan musuh parti dan orang asing yg mahu kuasai negara dengan agenda mereka.

Tidak juga ingat dah betul hingga sanggup jahanamkan institusi islam. Akhirnya salah sangka kerana tiada pemahaman dan maklumat, buruk sangka terhadap orang dan tak beriman.

Najib pulang ke Pekan semalam

Posted: 20 Jun 2015 11:30 PM PDT

Semalam Dato Najib berada di Pekan melakukan walkabout di pasar Ramadhan.




Sehari sebelum itu, dia kelihatan di Putrajaya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir juga di lihat beli kueh di Pasar Kg Dato Keramat Kuala Lumpur.



Sehari sebelum itu di Jalan Raja Alang, Kg Baru.

Blog Husin Lempoyang di SINI melaporkan Dato Hishamuddin beli lauk di Putrajaya. Tertanya Dato Zahid tak turun beli kueh ke?

Tan Sri Muhyiddin tak perlu beli sendiri sebab mungkin sibyk dan isteri sendiri turun beli.



Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Berapa lama kerajaan Selangor mampu bertahan?

Posted: 21 Jun 2015 05:20 AM PDT


Perceraian antara Pas dan DAP yang menghancurkan hubungan kerjasama dalam pakatan rakyat setakat ini tidak menjejaskan kedudukan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor, namun kelangsungan pemerintahan kerajaan pimpinan PKR itu masih berdepan cabaran besar.

Kerajaan Selangor dilihat tetap boleh berfungsi seperti biasa tetapi hanya dengan pentadbiran yang kurang efektif.

Demikian pandangan beberapa penganalisis politik dengan situasi politik semasa di Selangor lebih-lebih lagi dengan Pas dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi dalam Dun, sedangkan PKR hanya dengan 13 kerusi.

Apabila Pas dan DAP tidak lagi mampu duduk semeja, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, kini perlu lebih berhati-hati dalam percaturan politiknya untuk menguruskan kerajaan campuran ketiga-tiga parti politik itu.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PKR perlu bijak membuat percaturan bagi memastikan ia terus mendapat sokongan untuk menerajui pentadbiran Selangor.

"Ramai melihat kedudukan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar tidak mungkin terjejas dengan berakhirnya riwayat pakatan. Namun, adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya negeri mungkin tidak dapat dielakkan di Selangor," katanya kepada Bernama.

Dun Selangor mempunyai 56 kerusi, Pas (15), DAP (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1). Kerajaan pimpinan PKR kini dibentuk dengan 43 kerusi gabungan DAP, Pas dan PKR.

Dr Mohd Azizuddin berkata, jika Azmin terpaksa membuat pilihan di antara DAP atau Pas dan beliau memilih untuk bersama DAP, dan menerima anggota serpihan daripada Pas yang mungkin beralih arah, maka beliau akan mengeruhkan hubungan PKR dengan Pas.

"Jika semua 15 wakil rakyat Pas memutuskan untuk tidak menyokong pimpinan Azmin kerana tidak lagi boleh 'bertentang mata' dengan wakil rakyat DAP, kerajaan pimpinan PKR akan hilang majoriti.

"Situasi ini boleh berlaku kerana gabungan kerusi DAP dan PKR hanya berjumlah 28, sekaligus menyamai jumlah kerusi pembangkang BN dan Pas termasuk kerusi milik bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini berfungsi sebagai Adun Bebas yang menyokong BN.

Sekiranya senario itu berlaku, Mohamed Azmin perlu mendapatkan kembali sokongan untuk membentuk kerajaan sekurang-kurangnya dengan majoriti mudah, iaitu mendapatkan sokongan 29 Adun.

"Keadaan Azmin juga akan terjejas sekiranya ada wakil rakyat yang bertindak membawa usul undi tidak percaya terhadap pimpinannya di Dun dan jika usul itu diterima, kedudukan beliau akan goyah kerana situasi itu memungkinkan adanya pilihan raya negeri," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerajaan PKR Selangor masih boleh berfungsi jika wakil rakyat kedua-dua parti bertelagah itu masih kekal di dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri.

"Namun oleh kerana tiada lagi permuafakatan di antara DAP dan Pas, wakil rakyat kedua-dua parti itu mungkin bergerak sebagai individu dan tidak menyuarakan pandangan yang mewakili parti masing-masing," katanya.

Beliau berkata, apabila keadaan itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri akan menjadi kurang efektif kerana setiap keputusan bukanlah secara kolektif seperti ketika ketiga-tiga parti itu berada di dalam pakatan. – Bernama

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DENDAM MAT SABU, KITA AKAN HANCURKAN PAS SAMPAI LUMAT

Posted: 21 Jun 2015 10:24 AM PDT

PASMA akan mengusahakan penubuhan parti baharu selepas Aidilfitri ini berazam untuk menyaingi dan menggantikan PAS.
Bukan setakat ini, parti baharu itu berusaha untuk menghancur dan menguburkan PAS.
"Kami akan lawan PAS. Kami akan hancurkan PAS. Kami akan kuburkan PAS.
"Tolak BN tolak PAS. Pilih PASMA. Takbir..,"kenyataan PASMA Malaysia .
Kenyataan PASMA Malaysia itu sebagai respon terhadap artikel FMT bertajuk "Parti baharu akan bertanding di kawasan PAS- Phahrolrazi"
Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Zawawi dilaporkan berkata penubuhan parti baharu itu dirancang untuk bertanding di kawasan yang ditandingi PAS pada pilihan raya akan datang.
Phahrolrazi berkata, parti itu akan menggantikan PAS kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak wujud lagi.
Bagaimanapun, tegasnya, parti baharu itu tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kita akan masuk bertanding yang berpotensi untuk menang. Fokus kita untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN) jadi kawasan yang ditandingi PKR dan DAP, kita tidak akan meletak calon," katanya kepada FMT.
Phahrolrazi berkata, parti baru itu akan bergabung dengan DAP dan PKR untuk membentuk pakatan baru yang memberi fokus menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Beliau menaruh kepercayaan bahawa PAS tidak akan mampu meraih kejayaan besar kerana bergerak sendirian sekali gus menjadi parti kecil berbanding BN dan pakatan baharu.
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu The Malaysiam Insider bahawa pada PRU akan datang, PAS tidak akan mendapat lagi sokongan undi daripada bukan Islam.
Lebih dikenali sebagai Mat Sabu dan popular di kalangan bukan Islam, beliau memberitahu betapa sukarnya beliau berusaha memujuk ahli akar umbi PAS keluar dan berhimpun dengan bukan Islam dalam demonstrasi anjuran kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.
Bagi Mat Sabu, masa depan PAS adalah suram kerana memegang ideologi agama yang menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, buat masa ini tiada lagi jalan penyelesaian bagi PAS mendapatkan semula sokongan orang bukan Islam.
"Orang bukan Islam yang kecewa dan patah hati terhadap semua keadaan ini.
"Tambahan pula, PAS kini dipimpin oleh tokoh dari Pantai Timur, yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mat Sabu berkata, pemimpin Pantai Timur dari Kelantan dan Terengganu mungkin berfikir mereka tidak memerlukan sokongan bukan Islam kerana mereka hanya berinteraksi dengan orang Melayu setiap hari.
"Mereka tidak akan merasa seperti apa yang kita lakukan di sini di Pulau Pinang dan Selangor. Pemimpin Kelantan juga berkata adalah bagus melakukannya tanpa PR kerana mereka membuat penilaian berdasarkan lokasi mereka sendiri.
"Mereka boleh menang di kawasan mereka tetapi bagaimana pula Selangor, Melaka dan Johor? Di Kedah, terdapat juga kawasan Parlimen di mana undi bukan Islam membentuk kira-kira 40%," katanya.
Mat Sabu berkata pemimpin PAS tidak realistik jika mereka fikir parti boleh bergerak sendirian pilihan raya umum.
"Dalam pilihan raya, anda mesti mempunyai gabungan, melainkan jika anda hanya mahu menjadi parti serantau di Kelantan dan Terengganu.
"Ini semua sudah terkebelakang," katanya.
Katanya, ketika perhimpunan Bersih pertama kali dirancang pada 2007, beliau mengambil masa hampir setahun mengajak ahli PAS mengambil bahagian dan menyertai kaum lain dalam demonstrasi itu.
Kejayaan perhimpunan tersebut, katanya, menyumbang kepada kemenangan pembangkang di 5 buah negeri – Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan – dalam pilihan raya umum 2008.
"Sekarang ini, imej berbilang kaum yang kami bina sudah hilang. Saya berasa sedih. Biarkan kepimpian PAS yang ada sekarang cuba mengumpulkan orang ramai daripada pelbagai kaum sekarang.
"Ulama dalam PAS mula menganjurkan perhimpunan anti-GST (cukai barangan dan perkhidmatan) tetapi himpunan itu hanya dihadiri oleh orang mereka sendiri. GST memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Anda perlu melibatkan semua orang.
"Ini adalah apa yang kita lihat. Jika PAS kembali kepada suatu parti serantau, ia akan menjadi lebih kuat. Tetapi apabila pilihan raya datang, ia menjadi perkara yang lain," katanya.
Mat Sabu berkata, walaupun ketika ini PR sudah mati, Barisan Nasional (BN) masih boleh tumbang tidak kira jika ada PAS atau tidak.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kenyataan Yang Boleh Membuat Ulamak-Ulamak PAS seperti Orang Gila Talak

Posted: 21 Jun 2015 03:46 AM PDT

CATATAN: MAT IDERA PEJUANG KEMERDEKAAN




Dengan Kenyataan dari Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengatakan bahawa Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Dr. Afif Bahardin bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih Wujud bukan nya Kenyataan Rasmi dari Sayap Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, rasa nya kenyataan tersebut sudah cukup untuk Menyedarkan Pemimipin PAS yang masih mengatakan bahawa PR masih Wujud atau pun yang mengatakan PR cuma dalam keadaan Pengsan... kah kah kah !.booooo


Sebenarnya beb Pemimpin PAS tahu yang PR sudah MAMPOS namun saja aje buat-buat Bodoh dengan Lawak Tengok Kamus Dewan Bahasa, kerana Pemimpin PAS cukup Mengharapkan yang PR Tetap Wujud demi Merealisasikan Kemenangan PAS di Negeri Pantai Barat Semenanjung. Walaupun Mulut Longkang Pemimpin PAS mengatakan Bertanding dalam Pilihan Raya bukan bermaktlamatkan Kemenangan semata-mata. Namun Kemenangan itu yang dia orang harapkan... kah kah kah !.booooooo

Seboleh-boleh nya Pemimpin PAS mahukan PR jangan Mampos kerana dengan PR PAS Mampu dan Boleh Menempa Kejayaan di Negeri Pantai Barat  Insya'allah... walaupun Pemimpin terutama nya yang berstatus Ulamak mengatakan bahawa Jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang andai nya PAS sendirian sekalipun. Itu cakap dalam Muktamar boleh lah beb... Pung Pang Pung Pang... konon hendak bertanding semua Kerusi yang DAP bertanding lah bagai... kah kah kah !...booooo

Kalau betul Yakin dengan kata-kata jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang walaupun bersendirian, kenapa tak suruh aje Pemimpin PAS berstatus Ulamak dan Lebai-Lebai Mercun yang banyak berkumpul dekat Negeri Pantai Timur bertanding kat Negeri Pantai Barat. Setidak-tidak nya dia orang boleh juga Berdakwah ditambah lagi Bertanding dalam Pilihan Raya bukan untuk Kemenangan semata-mata... tunjukan yang lu orang Berani dan tidak Munafik... kah kah kah !...boooooo

Jangan Ahli PAS sahaja disuruh Yakin... Jihad... Berkorban Apa Saja... Istiqamah Hingga Kemenangan tapi lu orang Pemimpin PAS berstatus Ulama' dan Lebai-Lebai Mercun hanya Pakai Air Basi aje, buktikan yang kata-kata Jika Allah SWT mahukan PAS Menang maka PAS akan Menang walaupun Bersendirian. Kenapa harus Takut Kalah jika konon nya Yakin dengan Ketentuan Allah SWT. Cukup-cukup lah Memperbodohkan Ahli PAS wahai Ulamak PAS dan Lebai Mercun... kah kah kah !.booooooooooo

Nak cari Deposit Calon pun Tin Milo dan Ahli PAS jadi Mangsa lagi mahu Sembang Kencang beb... sedangkan PAS bukan nya seperti PAS ditahun-tahun 50an... 60an... 70an... 80an... 90an... atau pun dalam tahun-tahun 2000. Tetapi PAS sekarang berada di tahun 2015 beb... jika Pemimpin sudah ada Kemajuan sepatunya PAS pun ikut sama Maju dengan memberi Manafaat kepada Ahli PAS. Bukan hendak menafikan perlu nya Sumbangan Ahli PAS tetapi bagaimana dengan Pemimpin... kah kah kah !.booooooooo

Jika ditahun-tahun Pra-Sejarah mungkin lah yang Sumbangan daripada Ahli sangat-sangat Diperlukan bagi Menggerakan Organisasi PAS, sebab masa itu pun Pemimpin PAS bergerak menggunakan Kereta Sewa atau pun Bas Lompat... tapi sekarang sudah tidak seperti dizaman tersebut lagi... usahkan kenderaan tapi Nombor Kenderaan pun sudah Canggih dengan hanya Dua Angka aja... Alhamdulillah... yang gua cukup Hot ialah Kemunafikan Pemimpin PAS berstatus Ulamak... kah kah kah !.boooooooooo

Kemunafikan sudah lebih kurang aje dengan Pemimpin Umno... kalau Pemimipin Umno itu memang sepatutnya lah sebab semasa Umno dilahirkan oleh Inggeris Penjajah dikatakan Sifat munafik tu Kembar kepada Umno... ini PAS beb... Parti Islam SeMalaysia... tapi Perangai lebih kurang aje macam United Munafikun National Organisation (UMNO)... fitnah kepada Ahli... Menipu Ahli konon nya Yakin yang Umno tidak menipu berkaitan RUU... sedangkan ianya hanya Sandiwara... kah kah kah !.boooooooooooooo

Mungkin ramai yang tak nampak RUU yang konon nya Yakin Umno akan Menyokong adalah Sandiwara Tuang Presideng untuk Mempengaruhi Perwakilan PAS Atas Pagar, dan susulan dari Sambungan Episod Sandiwara tersebut buat pulak Usul yang dikatakan hanya baru Cadangan dari Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) iaitu Kerjasama Politik Dengan DAP Dibatalkan. Bila Disuruh lakasanakan Cadangan mula lah belit sana belit sini macam Belitan yang kat kepala dia orang tu... kah kah kah !.boooooooooo

Lepas tu sibuk cakap yang  PR masih Wujud lah...Pengsan lah... macam-macam... nak duduk dalam PR tapi nak buat PR macam Harta Mak Bapak dia orang yang punya... Masyuarat tak nak datang... Keputusan Masyuarat tak mahu di ikut... kalau tak mahu ikut sepatutnya buat lagi Masyuarat untuk batalkan Keputusan awal... kemudian cakap pulak kalau DAP dan PKR boleh buat kenapa PAS tak boleh... tak ke Tolol namanya nak samakan DAP dan PKR dengan PAS sebuah Parti Islam... kah kah kah !.boooooooooo

Elok lah pun jika ada Parti Islam yang Baru hendak ditubuhkan... jika terpaksa Berhijrah kena Berhijrah beb... jika sudah Rumah yang ada sekarang Dipenuhi oleh Orang-Orang Gila walaupun nampak Tak Gila. Boleh lah kata untuk Menyedapkan Hati Ahli PAS bahawa Parti Serpihan PAS tidak akan lama Hayat Hidup nya dengan mengambil Contoh Berjasa dan Hamim. Itu cerita Zaman Pra-Sejarah yang mana dimasa itu Ulamak dan Pak Lebai naik Kereta Sewa dan Bas Lompat...kah kah kah !.booooooooooo

Gua yakin yang jika ada Parti Islam Baru yang ditubuhkan dan ianya disertai oleh Bekas Pemimpin-Pemimpin PAS yang Kalah Teruk akibat Kempen Kotor dalam Pemilihan PAS yang lalu Insya'allah akan ada Sambutan dalam Pilihan Raya, dengan Syarat ianya disertai oleh Bekas Pemimpin PAS tersebut dan bukan nya Pemimpin seperti Ibrahim Ali ke atau sebagai nya. Tapi kena lah Yakin jangan seperti Ulama' PAS tu yang konon nya kata Yakin, tapi bila suruh buat mula lah Belit... kah kah kah !.boooooooo



hemmmmm..... presiden pkr tak kata pr dah bubar cuma cakap tak berfungsi secara rasmi...tak kan itu tak faham lagi... umpama nyawa yang sedang dibantu oleh mesin untuk hidup... kah kah kah !.booooooooo

Nik Nazmi dan timbalannya bercanggah pendirian isu kewujudan PR

Posted: 20 Jun 2015 11:50 PM PDT


 | June 21, 2015 
 
 
Kenyataan Dr Afif Bahardin yang bercanggah dengan kenyataan Presiden PKR bukan pendirian rasmi AMK.
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_afif-bahardin_600


PETALING JAYA: Dua pemimpin tertinggi Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak sependapat berhubung perpecahan Pakatan Rakyat (PR) dan mengeluarkan kenyataan berbeza.

Percanggahan itu membuktikan PKR berpecah kepada dua kumpulan yang menyokong dan tidak menyokong kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Pada Sabtu, Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin membuat sidang media memaklumkan PR masih wujud dan masih berfungsi sehingga pilihan raya akan datang.

Katanya, tiga parti dalam PR tidak sepatutnya membuat kenyataan pakatan pembangkang sudah tidak wujud sebaliknya perlu berbincang kerana PR dipilih oleh rakyat.

Dia berkata, PR masih boleh diselamatkan jika pemimpin ketiga-tiga parti berbincang.

Jelasnya, rakyat yang memilih dan rakyat juga akan akan menentukan masa depan PR selepas pilihan raya.

Kenyataan EXCO Pulau Pinang itu disanggah oleh Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata, kenyataan itu bukan pendirian AMK.

Katanya, AMK berpegang kepada keputusan Presiden PKR, bahawa PR secara rasmi sudah tidak berfungsi.

"AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi Presiden dan dibincang dalam Biro Politik KEADILAN Pusat yang turut dianggotai Ketua AMK dalam isu ini," katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

PKR terhimpit dalam krisis antara DAP-Pas dan setiap keputusan yang dibuat oleh parti itu khususnya Menteri Besar Selangor selaku Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, pendirian Azmin terhadap status dan kedudukan sebenar PR juga kelihatan berbeza dengan keputusan Biro Politik.

Pertembungan antara Islam dan sekular tumbangkan 3 gabungan pembangkang

Posted: 20 Jun 2015 11:44 PM PDT


Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015. 

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular, sama seperti perjuangan dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Minggu lalu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud – selepas hampir setahun melalui satu hubungan yang berantakan.

PAS boleh dikatakan memulakan segalanya apabila memutuskan ikatan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar tahunan parti yang menyaksikan jawatan dalam pemilihan disapu bersih golongan konservatif.

DAP bertindak balas dan mengumumkan hubungan kerjasama 7 tahun antara mereka sudah berakhir.


Keesokan harinya, PKR yang tiada pilihan lain, kemudiannya mengatakan PR "tidak lagi berfungsi secara rasmi". Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas menyatakan PR tidak mati.

Ketika rakyat Malaysia memikirkan apa yang mungkin berlaku – PR dilihat sangat hampir (paling hampir dalam sejarah) mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) – tetapi keadaan itu bagaimanapun bukan kali pertama berlaku.

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular – perjuangan sama dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya.

PR ialah pembangkang peringkat persekutuan yang ke-4 terkubur sejak kemerdekaan. The Malaysian Insider melihat kepada gabungan lain sebelum PR dan sejauh mana kejayaan mereka.

Barisan Sosialis Rakyat Malaya (1958-1969)

Barisan sosialis ini merupakan gabungan pembangkang yang paling lama bertahan dalam sejarah Malaysia, iaitu 11 tahun, tetapi memberi kesan yang minimum dalam politik negara.
Ia gabungan 2 parti, terdiri daripada Partai Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Buruh Malaya (LPM).

Ia ditubuhkan pada 1958 dan memenangi 8 kerusi menerusi pilihan raya umum 1959, hanya 2 tahun selepas Malaya memperoleh kemerdekaan daripada British.

Dalam pilihan raya 1964, jumlah kerusi yang dimenanginya turun kepada hanya 2 dan tidak lama selepas itu, ia dibubarkan selepas pilihan raya 1969 yang penuh pertelingkahan, apabila Perikatan pada masa itu hilang majoriti dua pertiga buat pertama kalinya.

PRM bagaimanapun tidak termasuk parti yang untung besar ketika pembangkang menang besar ketika itu. Sambil DAP, Gerakan dan PAS meraih undian, PRM tidak menang walau 1 kerusi pun.
LPM dibubarkan sebagai parti pada 1969, mengakhiri barisan itu.

Gagasan Rakyat/Angkatan Perpaduan Ummah (1990-1995)

Gabungan ini mungkin yang paling banyak membawa harapan sebelum PR, kerana ia merupakan pakatan pelbagai parti, termasuk satu lagi parti Melayu-Islam.

Tidak lama selepas sekumpulan besar pemimpin Umno keluar parti dan membentuk Semangat 46 diketuai Tengku Razaleigh Hamzah, parti itu menubuhkan Gagasan Rakyat dengan PRM dan DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) 1990.

Pada masa sama, beberapa parti majoriti orang Islam – antaranya S46, PAS, Bersama dan Hamim berpadu menubuhkan APU, satu pakatan parti Islam.

DAP menang 20 kerusi Parlimen dalam pilihan raya itu, sementara Semangat 46 menang 8 dan PAS menang 7 kerusi.

APU yang dianggotai Semangat 46 dan PAS menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan untuk membentuk kerajaan di sana. Tetapi APU menghadapi masalah bekerja bersama di Kelantan, sementara Gagasan Rakyat bergaduh mengenai siapa yang patut menjadi ketua pembangkang di Parlimen.

Lim Kit Siang, yang mengetuai DAP dengan jumlah kerusi Parlimen terbesar pada masa itu, diminta memberikan laluan kepada calon Melayu Bumiputera memegang jawatan ketua pembangkang.
Tetapi hubungan itu musnah apabila sensitiviti antara PAS dan DAP tidak dapat ditangani, dan Gagasan Rakyat dibubarkan sejurus sebelum pilihan raya 1995.

Barisan Alternatif (1999-2004)

Ia jelmaan PR yang sebelum ini bertahan hanya 2 tahun, selepas pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri yang disingkirkan. Penyokong dan ahli keluarga Anwar menubuhkan Keadilan, yang kemudiannya mengajak PAS dan DAP sebagai sekutu dalam PRU 1999.

Gabungan itu merugikan DAP apabila 2 pemimpin besar mereka, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, hilang kerusi Parlimen masing-masing berikutan sensitiviti dalam kerjasama antara parti itu dengan PAS.

PAS menang besar, menawan Kelantan dan Terengganu, dan menjadi parti pembangkang terbesar dengan 27 kerusi Parlimen. Keadilan hanya berjaya mendapat 5 kerusi, sementara DAP berpuas hati dengan 10 kerusi.

Dengan 3 lagi kerusi dari Sabah, Barisan Alternatif (BA) memperoleh 45 kerusi Parlimen. Tetapi apabila pertelingkahan dalaman mula berlaku, pencapaian DAP yang merosot menyebabkan parti itu memutuskan hubungan dengan BA pada 2001.

BA bertahan pada PRU 2004, tetapi hanya berjaya memperoleh 8 kerusi dan Kamaruddin Jaafar daripada PAS dilantik sebagai ketua pembangkang.

DAP, berdiri sendiri, menang 12 kerusi, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri pada masa itu, berdepan PRU pertama sebagai presiden Umno dan turut mendapat pulangan besar.

Pakatan Rakyat (2008-2015)

PR lahir sebelum PRU 2008, sebagai antisipasi kembalinya Anwar secara aktif ke dalam arena politik. Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengetuai gabungan pembangkang, berjaya mencipta sejarah memecahkan tembok majoriti dua pertiga kerajaan Barisan Nasional (BN) di Parlimen.

PR menang 82 daripada 222 kerusi Parlimen, dan merampas 5 negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan negeri paling kaya, Selangor.

PR membina pencapaian yang kuat di semua negeri yang ditadbirnya – kecuali Perak yang kemudiannya diambil alih BN – terutama Selangor dan Pulau Pinang, ketika mara ke PRU 2013 dengan Anwar menjadi ketua pembangkang, kira-kira 15 tahun selepas penyingkiran dan pemenjaraannya.

Walaupun menang undi popular, kali pertama dalam sejarah Malaysia, pada 53%, PR hanya berjaya menang 89 kerusi Parlimen.
Mereka kekal di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tetapi tanda-tanda perpecahan kelihatan ketika Hadi sebagai presiden PAS meletakkan calonnya di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR, menyebabkan pertindihan dan pertandingan 3 penjuru, terutama di beberapa kerusi DUN.

Selepas impian PR menawan kuasa persekutuan berakhir, ikatan antara ketiga-tiga parti hancur dan retak menanti belah semakin jelas.

Campur tangan PAS dalam krisis menteri besar Selangor pada 2014 memulakan siri beberapa insiden yang menamatkan PR sebagai gabungan di peringkat kebangsaan, kurang setahun selepas itu.
Cita-cita PAS melaksanakan undang-undang jenayah Islam atau hudud di Kelantan, tidak disenangi DAP, yang mencetuskan perbalahan antara 2 parti itu.

PAS akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan kerjasama dengan DAP, dan parti demokratik itu kemudiannya mengumumkan PR sudah tiba di penghujungnya.

Percanggahan ideologi

Tetapi tema serupa nampaknya wujud dalam 3 gabungan terakhir yang gagal itu, yang menjadi asas percanggahan iaitu pertembungan antara ideologi sekular dan Islam.

Ini dinyatakan salah seorang ahli progresif PAS, Khalid Samad, yang tewas dalam pemilihan pada muktamar baru-baru ini.

"Nampaknya ada perubahan dalam aliran pemikiran dalam PAS. Mereka kini berfikir, bagaimana jika kita menang kuasa persekutuan dan majoriti ahli Parlimen kita bukan Melayu Islam?" katanya.

"Tetapi itu bukan aliran pemikiran yang asal (ketika menyertai PR). Ideanya ialah, jumlah ahli Parlimen Melayu Islam tidak menjadi hal, kerana majoriti dalam Parlimen tetap diwakili Melayu Islam," katanya.
Pemerhati dan pemain utama dalam arena politik semuanya memberi isyarat akan wujudnya satu lagi gabungan menjelang PRU 2018, sambil kerajaan BN perlu gigih berusaha mengembalikan popularitinya yang merudum sejak 7 tahun lalu.

Pakatan sebegini berjaya dalam aspirasinya menjatuhkan kerajaan persekutuan sebanyak 3 kali sebelum ini – menggunakan Tengku Razaleigh dan pasukannya yang berhijrah daripada Umno, pemenjaraan Anwar dan juga kembalinya Anwar aktif di medan politik.

Tetapi, mempunyai musuh yang sama bukan merupakan faktor kejayaan gerakan itu, dan dengan berakhirnya PR, ia semakin mengukuhkan lagi fakta itu.

Apa yang diperlukan ialah satu gabungan dengan asas ideologi yang sama pada terasnya – dan matlamatnya tidak sepatutnya hanya untuk menenggelamkan BN semata-mata. – 21 Jun, 2015.

Dedah pengambilalihan projek 3B TNB dari 1MDB

Posted: 20 Jun 2015 09:37 PM PDT


tnb1mdb
Semasa perbahasan Khamis lalu untuk meminda Akta Bekalan Elektrik (1990), saya bertanya kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, berhubung statu terkini Projek 3B, arang batu 2000MW dipecat projek loji kuasa yang diberikan kepada 1MDB (70%) dan Mitsui (30%).

Suruhanjaya Tenaga sepatutnya mengumumkan keputusan pada Februari, namun tiada tidakkemas sehingga kenyataan Menteri pada Khamis.

Dalam jawapannya, Menteri mengesahkan bahawa kabinet telah memiberikan kelulusan bagi TNB untuk mengambil alih Projek 3B dari 1MDB. Beliau juga mengesahkan bahawa hanya "semakan kecil" kepada tarif kuasa yang diberikan projek itu lewat enam bulan dan kadar pertukaran berubah sejak projek itu mula-mula diberikan kepada 1MDB.

Menteri tidak mendedahkan terma pembelian Projek 3B oleh TNB dari 1MDB memetik bahawa ia adalah berdasarkan kesanggupan 'penjual – pembeli'.

Jawapan Menteri sama sekali tidak boleh diterima kerana sebab-sebab berikut:

Pertama, kerana 1MDB adalah 100% syarikat milik Kementerian Kewangan dan menjadi tajuk berita nasional dan antarabangsa dan kerana TNB adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang merupakan salah satu entiti senaraian awam yang terbesar di Bursa Saham KL, ada kepentingan awam dipertaruhkan dari segi syarat-syarat yang ditawarkan sebagai pertukaran Projek 3B.

Cara yang tidak teratur di mana Menteri membuat pengumuman ini – kerajaan tidak diberitahu oleh TNB mengenai keputusannya – mencipta ketidaktentuan yang besar dalam pasaran saham dan menyebabkan harga saham TNB jatuh sebanyak 50 sen daripada RM13.10 toRM12.60 pada hari pengumuman kerana kebimbangan bahawa TNB telah diminta untuk "bail-out" 1MDB.

Hanya selepas Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Azman Mohd, mengeluarkan kenyataan untuk meyakinkan orang ramai bahawa TNB tidak akan membayar premium untuk 70% kepentingan 1MDB dalam Projek 3B, adakah harga saham TNB pulih kepada RM12.86 pada hari berikutnya.

Demi ketelusan dan untuk meyakinkan pasaran, Menteri perlu mendedahkan atau meminta TNB mendedahkan terma perjanjian antara TNB dan 1MDB atas penjualan Projek 3B.

Kedua, Menteri tidak boleh lepas tangan daripada perjanjian Projek 3B TNB-1MDB menggunakan "pembeli-sanggup–penjual sanggup" atas alasan bahawa lesen Projek 3B adalah di bawah Suruhanjaya Tenaga.

Suruhanjaya Tenaga mempunyai hak untuk mendenda 1MDB kerana tidak dapat memulakan Projek 3B mengikut masa dan mempunyai hak untuk memindahkan lesen kepada TNB.

Malah, salah satu sebab-sebab pindaan kepada Akta Bekalan Elektrik (Seksyen 9B khususnya) adalah untuk meningkatkan kuasa Suruhanjaya Tenaga terhadap pihak yang telah diberikan lesen untuk menjana tenaga elektrik.

Pihak yang terlibat dengan urusniaga penjanaan elektrik iaitu pemegang lesen perlu tahu sekiranya Suruhanjaya Tenaga bersedia untuk mengenakan denda kepada mereka yang gagal patuh, sesuai dengan syarat-syarat dalam perjanjian pelesenan. Tanpa mendedahkan butiran ini kepada awam, pemegang lesen lain akan memikirkan bahawa mereka boleh 'lari' atau menangguhkan tindakan dalam memenuhi perjanjian pelesenan.

Oleh itu, untuk kedua-dua sebab, Menteri perlu mengarahkan pendedahan penuh berkenaan pengambilalihan kepentingan 1MDB oleh TNB dalam Projek 3B serta denda yang dikenakan ke atas 1MBD akibat daripada ketidakupayaan meneruskan projek tersebut.

Dr Ong Kian Ming adalah Ahli Parlimen Serdang

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'M'sia harus tarik diri dari TPPA' - Nik Nazmi

Posted: 21 Jun 2015 06:46 PM PDT

Saya tertarik dengan laporan-laporan yang mengatakan bahawa Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, akan membuat lawatan ke Malaysia sekali lagi pada bulan November, walaupun baru sahaja membuat lawatan pada bulan April tahun ini.

Apa yang lebih menarik adalah lawatan pada bulan April itu merupakan lawatan pertama seorang presiden Amerika Syarikat selepas hampir 50 tahun. Lawatan terakhir adalah pada tahun 1966 yang diketuai oleh Presiden Lyndon B Johnson.

Mengapa tiba-tiba seorang presiden Amerika begitu tertarik dengan Malaysia dan rantau ini?

Adakah mungkin kerana beliau ingin meraih sokongan untuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang semakin lama semakin lesu?

Pada bulan lepas, pentadbiran Obama gagal untuk mendapatkan sokongan Senat, terutamanya daripada golongan ahli parti Demokrat beliausendiri bagi mendapatkan Kuasa 'Fast-Track' untuk  berunding perihal TPPA.

Bagaimanapun, Kongres Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan juga Trade Promotion Authority, dengan majoriti tipis dan kini ia perlu mendapatkan semula kelulusan di Senat.

Kesungguhan Obama untuk meluluskan perjanjian ini, yang sehingga sekarang masih tetap dirunding dengan penuh sulit, menimbulkan beberapa persoalan mengenai niat beliau.

Read More / Baca Lagi >>

'Perhitungan hidup mati saya dalam PAS' - Salahuddin Ayub

Posted: 21 Jun 2015 06:45 PM PDT

Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah "perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi "tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat."

"Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan," katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau "tak boleh marah-marah"

"Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

"Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi," tegasnya.

Dalam catatan itu, beliau berkata pejabat agung PAS telah menyerahkan surat rasmi perlantikannya  sebagai AJK PAS pusat.

"Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.


"Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS," katanya.

Mengenai tawaran tersebut,  Salahuddin berkata: "Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia).

"Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik.
Read More / Baca Lagi >>

'Tak perlu lagi kita pandang ke belakang' - Nik Nazmi

Posted: 21 Jun 2015 06:42 PM PDT

Nik Nazmi Nik Ahmad 
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan mendukung usaha PKR dalam membentuk penyatuan berasaskan NGO, parti-parti politik dan individu berpengaruh bagi meneruskan kelangsungan politik pembangkang.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan langkah bijak memandangkan PR kini tidak lagi berfungsi secara formal.

"Kita rujuk balik kenyataan Presiden PKR (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan seperti yang telah diberitahu, PR kini tidak lagi berfungsi secara formal, jadi lebih baik kita pandang ke depan.

"Kita akan fokus untuk bina gerakan pembaharuan ini. Penyatuan ini yang penting bagi kita sekarang dan tidak perlu untuk kita pandang ke belakang," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan kemasukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia sebagai pengganti Pas.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa PR tidak lagi wujud apabila parti itu memutuskan hubungan politik dengan Pas.

Read More / Baca Lagi >>

Pas tak setuju parti baharu sertai PR kata PJ Pas Terengganu

Posted: 21 Jun 2015 06:35 PM PDT

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

"Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung," katanya.Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan, mana-mana isu yang tidak mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti sebelum ini tetapi diteruskan juga sudah tentu memberi kesan kerjasama tersebut.

Antaranya katanya, isu pertandingan tiga penjuru di kerusi Kota Damansara pada PRU13 lalu berlaku berikutan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan di kerusi itu.

"Pas tak setuju dengan calon PSM kerana dia hendak tanding atas tiket dia. Mana-mana perlu dapatkan persetujuan. Kalau tak setuju, tak boleh," katanya.

Beliau mengharapkan semua ahli Pas kembali ke matlamat asal untuk sama-sama menguatkan parti dan memastikan hala tuju lebih baik dalam PRU14 akan datang.

"Kita harap ahli istiqamah hingga menang. Yang penting ahli istiqamah dengan bahtera yang ada.. yang kalah, kita harap jangan cepat buat keputusan yang bertentangan dengan parti tetapi ambil masa perbaiki diri mungkin akan dipilih semula pada pemilihan akan datang," katanya.

Kerjasama terbaik Pusat dan Kelantan sejak 1990

Posted: 21 Jun 2015 06:23 PM PDT

Kerjasama terbaik sejak 1990  
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mustapa (dua, kanan) dan Ahmad (kiri) ketika kunjungan hormat di pejabat Menteri Besar, Januari lalu.

KOTA BHARU - Hubungan antara kerajaan Pusat dan Kelantan kini disifatkan yang terbaik sejak Pas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 1990.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun menegaskan, kerjasama yang terjalin bukan ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan atau campuran, sebaliknya demi memastikan perpaduan Islam dan Melayu terjamin.

"Tidak pernah dalam sejarah kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri seperti sekarang, ia bermula dengan banjir, lepas itu jawatankuasa teknikal hudud.

"Ini satu perubahan paradigma besar yang mungkin ramai tidak sedar," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan agensi media Kelantan, di sini, semalam.

Mustapa mengakui, sebelum ini kedua-dua pihak sentiasa bertelagah dan banjir yang berlaku di negeri ini menjadi titik pertemuan antara dua pihak terbabit.

"Dengan cara ini, banyak perkara yang dapat diselesaikan walaupun ada juga perbezaan tetapi (secara keseluruhan) ia membawa banyak kebaikan. Saya sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat di pejabat Menteri Besar, dulu perkara ini tidak ada dan ini satu  perkara besar dalam konteks perpaduan Islam dan Melayu.

Read More / Baca Lagi >>

Selagi fajar menyingsing - Salahuddin

Posted: 21 Jun 2015 06:19 PM PDT



Malam tadi Sdr Zubir (pegawai Pejabat Agung PAS yang setia) menyerahkan surat rasmi perlantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Bermakna bermula lagi satu episod dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.
Keputusan yang bakal saya buat (sama ada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam PAS. Saya bermula dengan perjuangan PAS sejak tahun 1981. Bermula dengan TYDP Kawasan Pontian hingga Naib Presiden PAS 2015.
Saya masih belum menjawab secara rasmi tetapi beberapa jam yang lalu telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya ke AJK Pusat. Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan. Kesian saya. Sudahlah sebelum muktamar ditohmah fitnah, dah kalah pun kena belasah lagi. Tapi saya tak boleh marah-marah. Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.
Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia). Almarhum Ust Fadzil Noor pernah menasihati saya dalam membuat keputusan penting dalam perjuangan politik. Kita boleh minta dan dengar nasihat dari orang lain. Jadilah pendengar yang baik. Buatlah keputusan atas pertimbangan sendiri. Jangan izinkan sesiapa pun "dictate" kita dalam hidup ini.
Setelah 35 tahun saya faham apa maksud nasihat Ust Fadzil. Hari ini saya akan membuat keputusan. Betul atau salah keputusan yang saya akan buat, diri saya sendirilah yang akan menanggungnya sepanjang hayat. Orang lain hanya mampu ketawa dan bersedih buat setika waktu saja.
Pada tahap ini saya pasrah sepenuhnya pada pencipta saya Allah SWT. Hanya Dia tempat saya mohon petunjuk dan Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya seperti saya.

Salahuddin Hj Ayub

Ahmad Maslan, cukup-cukuplah dengan dakwaan tak munasabah

Posted: 21 Jun 2015 05:52 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin

Adakah rakyat Malaysia mempunyai keyakinan dengan cara ekonomi negara dikendalikan hari ini? Barangkali ramai yang tidak, terutama mereka di Kementerian Kewangan.

Salah seorang daripada mereka adalah timbalan menterinya Ahmad Maslan. Beliau mungkin orang yang paling banyak diejek dalam negera ini.

Ahmad Maslan telah menerima pelbagai kritikan ekoran tindakan dan kenyataan bodohnya, terutama yang berkaitan dengan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pelopor Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM) itu baru-baru ini menarik perhatian apabila mendakwa Bank Negara telah menyenaraikan Dr Mahathir Mohamad sebagai satu daripada tiga punca utama kejatuhan nilai ringgit.

Dalam laporan The Malaysian Insider baru-baru ini, Ahmad Maslan mengatakan menurut Bank Negara, kritikan Dr Mahathir terhadap perdana menteri Najib Razak adalah satu daripada tiga punca kejatuhan nilai ringgit mutakhir ini.

"Kestabilan politik kita terjejas dengan serangan Dr Mahathir, dan ini mencetuskan ketidaktentuan dalam persepsi pelabur asing terhadap negara," katanya, sambil menambah yang dua punca lain adalah ketidaktentuan dalam kadar faedah di Amerika, serta kejatuhan harga komoditi termasuk minyak.

"Berikut adalah tiga perkara yang diterangkan kepada saya.

Saya bukan saja-saja kata Mahathir adalah punca, tanpa maklumat konkrit dan maklum balas daripada Bank Negara," kata Ahmad Maslan seperti dipetik.

 Bank Negara dalam satu kenyataan kemudiannya telah menafikan dakwaan timbalan menteri itu.

Menurut laporan Malaysiakini, Bank Negara memaklumkan yang ketidakstabilan ringgit adalah disebabkan perkembangan dalam dan luar negara, dan tidak mempunyai kaitan dengan politik.

Bank Negara berkata, perkembangan luar negara termasuklah jangkaan pelabur berhubung dasar kewangan bank-bank pusat utama dan trend dalam harga minyak mentah dan gas, sementara perkembangan dalam negara termasuk kebimbangan terhadap entiti berkaitan kerajaan dan isu berkaitan "rating".

Bank Negara menambah, "ia tidak pernah dan tidak akan ditarik ke dalam mana-mana agenda politik" dan akan fokus terhadap mandatnya mengekalkan kestabilan kewangan dan fiskal negara.
Read More / Baca Lagi >>

Yayasan Rakyat 1Malaysia milik siapa, soal DAP

Posted: 21 Jun 2015 05:46 PM PDT

Yayasan Rakyat 1Malaysia dikatakan menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya. – Gambar yayasanrakyat.com.my, 22 Jun, 2015. 
Yayasan Rakyat 1Malaysia dikatakan menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya. 

DAP hari ini mempersoalkan siapa pemilik Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak serta menggesa perdana menteri mendedahkan sama ada yayasan berkenaan dimiliki organisasi kebajikan swasta atau kerajaan Malaysia. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan syarikat yang berkepentingan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu memberi sumbangan kepada "kebajikan" yang dikawal perdana menteri.
Pua berkata, akhbar kewangan antarabangsa itu mendedahkan, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya.

"Sebelum ini, kita mengetahui semua keputusan 1MDB perlu melalui kebenaran bertulis perdana menteri tanpa pengecualian. "Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menerima manfaat untuk asetnya yang dipindah milik kepada entiti dikawal perdana menteri dengan harga begitu tinggi menimbulkan konflik kepentingan yang jelas.
"Ini sempadan kepada rasuah dan salah guna kuasa yang jelas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berdasarkan semakannya, Pua mendedahkan, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat dalam kapasiti rasmi.
Semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat terhad dengan jaminan, dianggotai 4 ahli lembaga pengarah termasuk Najib selain Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga Sreenevasan: Don't Let It Stop You To Say Thing, Don't Self Censor, Continue To Speak Up

Posted: 21 Jun 2015 03:11 PM PDT

Syahredzan Johan: Sedition Act Is Going To Stop People From Thinking

Posted: 21 Jun 2015 03:10 PM PDT

Syahredzan Johan: The POTA Board Is Not An Independent Judicial Body

Posted: 21 Jun 2015 03:10 PM PDT

Ambiga Sreenevasan: We Can't Give In To Mob Rule, Majority Don't Like It, It Doesn't Mean It's Right

Posted: 21 Jun 2015 03:09 PM PDT

Rasuah PRU13 : SPR Persoal Isu 1MDB......

Posted: 21 Jun 2015 03:07 PM PDT



Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR ....

Posted: 21 Jun 2015 03:03 PM PDT

Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Sselangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.
Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan durvival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.
Anwar dipaparkan srolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.
Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu tsng datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan.
Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini.
Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah. Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap.
Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangsn Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno dalam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit.
Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. ... Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.
Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR VETERAN PAS Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Sselangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim. Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan survival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR. Anwar dipaparkan seolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas. Ramai yang dengar cerita bagaimana layanan buruk Haji Hadi kepada Anwar, yang datang ke Rusila untuk membincangkan hal MB Selangor. Anwar sebagai tetamu yang datang dari jauh langsung tidak dirai. Hilang nilai sebuah persahabatan. Bila Anwar ditimpa malang buat kali kedua, dan dihantar ke penjara, cuba kita ingat balik, bagaimana reaksi pemimpin Pas geng ulamak ini. Tetapi, cuba kita tengok keadaannya hari ini bila Pas sudah putuskan hubungan dengan Dap. Pakatan Rakyat sudah musnah. Betullah, sepanjang berpakat, Pas adalah parti yang paling banyak membawa masalah. Kononnya nak jadi abang sulung yang tak mahu dibuli PKR dan Dap. Pas nak tunjuk lagak dia juga ada maruah, bukan jadi kuda tunggangan Dap dan budak suruhan Anwar. Mahu tunjuk ego sebagai ketua, seperti Umno salam BN, walaupun kerusinya di Parlimen adalah yang paling sedikit. Untuk menjaga kepentingannya, yang mulai tergugat, terutama di Selangor, Pas mula berubah sikap dengan PKR. Parti yang selalu dikutuknya dulu, kini menjadi taruhan untuk terus berkuasa. ... Pas mendakwa Pakatan masih ada kerana PKR belum keluar. Harapan hanya dengan PKR dan Anwar, pihak yang dibelasah habis-habisan dulu.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tun Mahathir - Kenapa Najib Perlu Turun !

Posted: 21 Jun 2015 02:53 PM PDT


DR M HITS BULLS-EYE: NAJIB AFRAID TO GO JAIL, THAT'S WHY HE WON'T QUIT

Posted: 21 Jun 2015 02:52 PM PDT


DR M HITS BULLS-EYE: NAJIB AFRAID TO GO JAIL, THAT'S WHY HE WON'T QUIT
As Umno grassroots grappled with news that their party may have committed an Islamic 'sin' by collaborating with and using money obtained illicitly from a casino and gambling conglomerate, former leader Mahathir Mohamad lobbed another missile at Prime Minister Najib Razak, the Umno party president accused of complicity and massive corruption via the 1MDB government-owned sovereign fund.
In a video uploaded on a pro-Umno blog, Din Turtle, Mahathir told a forum held at the Perdana Leadership Foundation said that as long as Najib remains in power, the country will deteriorate and remain unstable.
"Advice, I have given. Even threats I have issued. But he (Najib) says he can't, won't quit. And because he can't quit, I think he is afraid. If he quits, he might face criminal charges," Mahathir told an enthralled audience of mostly Malay NGOs.
The ex-PM who claims he has no choice but to become an aggressive anti-Najib critic to 'save Malaysia' went on to repeat a question that he has often raised when discussing 1Malaysia Development Berhad's (or 1MDB) reported RM42 billion debt.
"Where did the money go?" he asked.
"So, Najib has committed many offences and I believe that for as long as he remains prime minister, our country will become problematic, will lose its stability and will no longer be a place for us to live comfortably," Mahathir said.
The 90-year-old statesman has been at the forefront of attacks against the Najib administration and has been actively campaigning for the prime minister's resignation, believing the latter will lead BN to doom in the next federal polls.
'Haram' money, illegal GE-13 victory
News of Mahathir's outburst comes after a shocking expose from the Wall Street Journal.
According to a WSJ report, debt-ridden 1MDB had indirectly supported Najib's campaign by purchasing power assets from Genting Group in 2012 for five times more than its worth.
Genting allegedly donated part of the earnings to a foundation controlled by Najib. The foundation, Yayasan Rakyat 1Malaysia, then announced several charity projects ‎which Najib later brought up during his campaign.
"Though set up to help underprivileged Malaysians through education and sport, this charity soon got involved in spending that appeared designed to help Najib retain power in the May 2013 election," said WSJ.
In a response to WSJ, the Prime Minister's Office said the claims were baseless.
Pinning down Najib for a 'slow kill'
There has never been a greater uproar in Malaysian politics than the saga of a power tussle between prime minister Najib Tun Razak and ex-prime minister Mahathir Mohammad over the disclosure of improper acts or wrongdoings in the management and running of the sovereign wealth fund 1MDB.
The whistleblowers are being investigated but it was Mahathir who took the bull by the horns and began a savage attack on Najib and his wife Rosmah for a litany of wrongdoings, not only linked to 1MDB, but also regarding other facets of the governance of the nation.
It was very unlike Mahathir to become a barbaric and savage critic of Najib and Rosmah although he was pleased as punch when Abdullah Ahmad Badawi was shown the exit as prime minister only to be replaced by Najib.
Just as Badawi had incurred the wrath of Mahathir, both Najib and Rosmah are also now on the receiving end. Malaysians watching the ongoing spectacle unfold are beginning to wonder if anyone is good enough for Mahathir to occupy the chair of prime minister in this country.
Malaysians are learning fast that the political landscape in this country is not like what it seems and there appears to be a whole lot of skullduggery and cloak and dagger stuff that are going on behind the scenes which have been carefully camouflaged from the view of the man on the street.
Read More / Baca Lagi >>

Johor ‘medan pertempuran’ politik negara

Posted: 21 Jun 2015 08:11 AM PDT

liew chin tong
Liew menyeru individu dan ahli politik yang mempunyai idea yang sama untuk berkerjasama dengan DAP kerana parti itu tidak mempu menewaskan UMNO. 

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menyifatkan negeri Johor sebagai 'medan pertempuran' penting dalam menentukan politik negara terutamanya penyusunan semula parti pembangkang sejak Pakatan Rakyat tidak wujud lagi.
"Ramai yang menyokong progresif dalam PAS namun jika Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet, sudah tentu ada penentangan suara dari UMNO di Johor.
"Ada juga suara di Johor ini yang dapat mengubah pendapat umum dan sememangnya politik di negeri ini amat menarik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Liew berkata, dalam mesyuarat jawatankuasa DAP semalam bersetuju bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud selepas PAS memutuskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke 61 di Kuala Selangor awal Jun lalu.
Menurutnya, Muktamar adalah kuasa tertinggi dalam PAS.
"Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataan pada 17 Jun lalu turut berkongsi pandangan dengan DAP dan mengesahkan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi.
Pengerusi DAP Johor turut menyeru individu dan ahli politik yang mempunyai idea yang sama untuk berkerjasama dengan DAP kerana parti itu tidak mempu menewaskan UMNO.
"Kami sedar DAP tidak dapat mengalahkan hegemoni UMNO yang sudah mempunyai akar umbi sendiri.
Kami perlu membentuk pakatan dengan individu yang mempunyai kuasa politik dengan tujuan yang sama berdasarkan cita-cita, idea dan program," katanya.

Siapa Chegubard cabar Dr. Mahathir debat?

Posted: 21 Jun 2015 08:00 AM PDT

KU SEMAN KU HUSSAIN.

KUALA LUMPUR: Ini adalah sebuah kisah mengenai orang muda yang mahu mencabar orang tua. Apabila cabaran tidak diendahkan, si pencabar menyangka bahawa orang yang dicabar itu takut. Sedangkan yang dicabar tidak mahu berlawan bukan kerana takut tetapi menyedari bahawa itu hanya membuang masa apatah lagi yang mencabar itu 'budak yang masih berhingus'.

Itulah ibaratnya yang terjadi apabila pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir sebagai panel bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbiran Mahathir selama 22 tahun.

Berikut adalah sebuah rencana yang disiarkan dalam kolum Anekdot Ahad, akhbar Mingguan Malaysia (21 Jun 2015):

Apabila membaca sebuah akhbar Bahasa Inggeris semalam, saya fikir tidak ada lagi yang paling diingati dan kemuncak dalam kerjaya politik Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard melainkan mencabar Dr. Mahathir. Gambar Badrul diletakkan bersebelahan dengan bekas Perdana Menteri itu. Sudah pasti itu satu pengiktirafan besar kerana bukan semua orang boleh duduk bersebelahan Dr. Mahathir waima dalam gambar.

Walaupun kini Dr. Mahathir adalah rakyat biasa tetapi beliau pernah melalui fasa yang "luar biasa" terutama di pentas-pentas antarabangsa. Malah menjadi suara daripada masyarakat Islam seluruh dunia mengkritik dasar Barat yang berat sebelah terhadap Islam dan negara-negara di rantau ini.

Tetapi itu dululah, sekarang banyak orang menganggap Dr. Mahathir bukan siapa-siapa. Doktor pun bukan. Sebab itu banyak yang bukan siapa-siapa pun mengajak beliau berdebat.

Oleh kerana itu Badrul dilihat paling berani apabila mencabar Dr. Mahathir. Lagi berani apabila dia menganggap Dr. Mahathir takut berdebat dengannya mengenai isu-isu yang berbangkit ketika ini. Kalau mahu dianggap ini satu tanda aras kedudukan politik Badrul, boleh juga setidak-tidaknya hingga semalam, Badrul membuktikan dia juga luar biasa seperti Dr. Mahathir.

Ohh ya, sebelum terlupa, Badrul ini dari kapal PKR. Tetapi jangan lupa, dia adalah pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Read More / Baca Lagi >>

PAS sedang kehilangan sokongan daripada ahli parti yang kritikal terhadap Hadi

Posted: 21 Jun 2015 07:56 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri

Kepimpinan beliau mungkin disokong oleh ulama dalam PAS tetapi presiden parti Abdul Hadi Awang tidak menujukkan contoh baik melalui tindakan (atau yang tidak dilakukan beliau) dan kenyataan kontroversi yang sering dikeluarkan.

Selain tidak hadir mesyuarat penting presiden Pakatan Rakyat dan kemudian membatalkan kuputusannya, untuk kali kedua sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendirian Hadi yang menuduh untuk kali kedua memfitnah individu lain dalam ucapannya - tindakan yang dalam Islam dikatakan sebagai 'memakan darah daging saudara sendiri'.

Kali ini, calon presiden PAS yang tewas Ahmad Awang dilaporkan berkata beliau menimbangkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau ketika pemilihan parti, termasuklah Hadi.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun beliau tidak menyesal tewas kepada Hadi dalam pemilihan itu, fitnah yang dilemparkan kepadanya telah mencetuskan keretakan dalam PAS. "Saya sedang mempertimbangkannya (menyaman), termasuklah presiden yang melabel saya sebagai calon DAP.

 "Saya tidak dapat menerima fitnah ini dan mahu membersihkan nama saya," kata Ahmad yang hanya berjaya memperoleh 25 peratus daripada jumlah undi. Sebelum pemilihan bermula, Ahmad dilihat sebagai memimpin kelompok progresif pro-Pakatan Rakyat untuk menentang satu-lawan-satu ke atas kem ulama dikepalai Hadi.

Malahan, sesetengah ulama telah pergi sejauh dengan mencipta senarai 'cai' atau menu mengundi kepada perwakilan yang mengundi, menyenaraikan calon bertanding dalam kedua-dua kelompok Hadi atau Ahmad dan berjaya menumpaskan kelompok progresif daripada jawatan tertinggi parti.

Hadi, dalam rujukan kepada Ahmad, sebelum ini telah berkata dalam satu kenyataan yang telah tersebar meluas dalam satu rakaman video bahawa pertandingan presiden parti antara pilihan DAP dan calon PAS.

Walaupun berkata perwakilan bebas untuk membuat pilihan dan terdapat ulama dalam kedua-dua kem, Hadi turut menekankan: "Anda (perwakilan) boleh memilih antara yang dipilih DAP dan yang kita (PAS) mahu."

Tambahan lagi, bekas bendahari dan pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS Asmuni Awi sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah ke atas sesetengah orang dalam parti.

Pada masa lalu, Asmuni telah mewakili Hadi apabila beliau berhadapan dengan saman fitnah bernilai RM2 juta daripada bekas calon PKR Bukit Besi Mohd Shamsul bin Mat Amin, difailkan sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Read More / Baca Lagi >>

Mampukah Khalid Samad mempertahankan Shah Alam di PRU14?

Posted: 21 Jun 2015 07:55 AM PDT

oleh Lokman Mustafa

Dalam PRU13 pada tahun 2013, Khalid Samad, salah seorang pemimpin progresif daripada PAS, berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam yang dimenanginya lima tahun sebelum itu dengan mengalahkan calon BN Zulkifli Noordin dengan majoriti melebihi 10,000 undi.

Sesetengah penganalisa percaya ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Zulkifli, seorang peguam yang juga ahli politik yang berasal dari Kedah, telah mencetuskan kontroversi apabila sebuah rakaman video beliau menghina kepercayaan Hindu telah tersebar meluas sebelum pilihan raya bermula.

 Pada hakikatnya, bandar itu yang terdiri daripada berbilang bangsa, meskipun majoriti muslim Melayu, telah menyaksikan konflik ketegangan kaum, politik dan agama selama tujuh tahun kebelakangan ini.

Satu insiden yang melibatkan beberapa kumpulan Melayu berhaluan kanan mengarak kepala lembu di bangunan Setia Usaha Kerajaan negeri pada Ogos 2009 untuk memprotes pemindahan kuil Hindu berusia 150 tahun, yang kemudiannya, mencetuskan kemarahan meluas daripada kumpulan-kumpulan Hindu dan lain-lain.

Dua belas orang kemudian telah didenda RM1,000 seorang kerana berhimpun secara haram oleh Mahkamah Seksyen di sini dengan salah seorang dari mereka dijatuhkan hukuman penjara selama seminggu.

Secara keseluruhannya, Shah Alam, yang merangkumi 54 seksyen termasuklah Kota Kemuning dan Bukit Rimau di tenggara pusat bandar itu, dan TTDI Jaya, Bukit Jelutong dan juga Kampung Melayu Subang di utara, adalah tempat yang aman untuk didiami.

Bermula dengan Seksyen 1 yang sekarang ini diduduki oleh kampus utama Universiti Teknologi Mara (UiTM), ibu negeri itu pastinya telah melalui perubahan yang besar. Universiti awam yang sebahagian besarnya Melayu, pula sebaliknya, berharap sesetengah perkara kekal sama.

Pada Ogos 2008, UiTM telah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar apabila 5,000 orang pelajarnya berarak ke Setia Usaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai protes menentang MB Selangor pada ketika itu Abdul Khalid Ibrahim kerana mencadangkan universiti itu membuka pintunya untuk menerima 10 peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputra.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 40 tahun, BTN masih punyai agenda tersembunyi?

Posted: 21 Jun 2015 07:48 AM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Biro Tata Negara (BTN) bakal terus maju, selagi majoriti orang Melayu di Malaysia, mahu kehidupan yang mudah.

BTN telah wujud selama 40 tahun, tetapi pada peringkat awal, ia dikenali dengan nama lain yang agak kabur.

Ia mungkin terlepas celaan, kerana pada masa itu, tidak dapat dibayangkan bahawa kerajaan ketika itu akan menggalakkan perkauman di kalangan pelajar dan kakitangan awam.

Pada tahun 1974, Menteri Pelajaran, Dr Mahathir Mohamad. Beliau telah disambut kembali ke dalam Umno oleh Perdana Menteri Abdul Razak Hussein, selepas Tunku membuang Mahathir keluar dari UMNO, kerana politik pro-Melayu.

Apabila Tunku meletak jawatan, dan Mahathir menyertai semula Umno, Abdul Razak melantik Mahathir senator.

Adakah Mahathir menubuhkan BTN, atau adakah Syed Jaafar Albar, bapa Syed Hamid Albar dari SPAD?

Syed Jaafar telah didakwa bersifat perkauman. Siapa lagi yang terlibat? Adakah Mahathir dan ahli-ahli politik tidak toleran lain, membayangkan Malaysia, yang dikuasai oleh orang Melayu?

Mengapa ahli-ahli politik bukan Melayu yang terkenal pada masa itu, tidak menyuarakan bantahan mereka terhadap pembentukan BTN? Adakah BTN, pada peringkat awal, disembunyikan sebagai program belia?
 
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah PRU13: Kumpul bukti dan lapor kepada pihak berkuasa, kata SPR kepada Bersih 2.0

Posted: 21 Jun 2015 07:37 AM PDT

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya kumpul bukti dan buat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan Wall Street Journal itu ada kebenarannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya kumpul bukti dan buat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan Wall Street Journal itu ada kebenarannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mempersoalkan tindakan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 yang mendakwa ia gagal memperkenalkan pembaharuan yang perlu untuk mengekang penyalahgunaan tidak terbatas dan rasuah semasa kempen pilihan raya. Ia susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) mengatakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff berkata Bersih 2.0 sepatutnya mengumpul bukti dan membuat laporan kepada pihak berkuasa yang berkenaan jika ia merasakan laporan WSJ itu ada kebenarannya.

"Kumpulkan bukti seberapa lengkap dan buat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berkait rasuah supaya disiasat," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada The Malaysian Insider. Katanya, ruang yang luas sudah diberikan kepada mana-mana pihak berhubung keputusan PRU13 yang lalu.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Bersih 2.0 yang masih mengungkit perkara sama selepas lebih 2 tahun.
"Sebanyak lebih 60 petisyen pilihan raya pada PRU13 dibawa ke Mahkamah Tinggi Pilihan Raya, tentu Bersih tahu apa keputusannya.
"Ruang yang luas diberikan untuk membuat dakwaan tapi mengapa diungkit sekarang selepas hampir 3 tahun PRU13," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Daripada segi semangat, Pakatan masih wujud, kata Wan Azizah

Posted: 21 Jun 2015 07:36 AM PDT

Sekretariat Pakatan Rakyat dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperas, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.Sekretariat Pakatan Rakyat dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperas, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Daripada segi semangatnya, gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) itu masih wujud, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Katanya, sekretariat PR dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperasi.
"Di semua negeri PR, ia masih bekerja, walaupun Pulau Pinang tidak lagi menamakannya PR.

"Tetapi daripada segi hubungan kerja, ia masih diteruskan. Kerana, ketua menteri berkata, kerja dijalankan seperti biasa," katanya merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Ditanya sama ada mereka masih boleh bekerja sama dalam keadaan yang agak janggal dan bermusuhan, Dr Wan Azizah memberitahu wartawan di Pulau Pinang, berdasarkan semua kenyataan yang dibacanya, mesejnya ialah mereka masih bersama.
"Kerana kami mahukan begitu, sambil kami menentang kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama berkuasa.
"Semua pembaziran, ketirisan dan masalah negara kita ini... semua itu perkara asas. Kita semua berada pada satu platform yang sama, dan itu menjadi usaha kita, dan kita boleh terus bergerak dari sini," katanya.
Dr Wan Azizah, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian di Masjid Jamek Kampung Pelet, selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada 64 surau di kawasan Parlimen beliau oleh Zakat Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan masih hidup, walaupun dengan 2 parti, kata Hadi

Posted: 21 Jun 2015 07:35 AM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya iaitu Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan menegaskan walaupun ia kini terdiri daripada 2 parti - PAS dan PKR, tanpa DAP tetapi ia tetap satu pakatan.
Keyakinan beliau itu dinyatakannya hari ini memandangkan tiada sebarang pendirian yang dikeluarkan PKR berhubung masa depan PR.
"Selagi PKR tidak buat keputusan, maksudnya ia masih bersama (PR). Apa makna 'pakatan'? 'Pakatan sekurang-kurangnya perlu ada 2 (parti). Kalau satu jadi pakatan tak? Tidak boleh.

"Ini saya berjalan.. Saya masih hidup (PR masih hidup)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di bazaar Ramadan Jalan Raja Alang di Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini. PAS meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP pada muktamar tahunannya ke-61 awal bulan ini. Susulan itu, DAP mengumumkan PR bubar secara rasminya.
Bagaimanapun, Hadi baru-baru ini membuat kenyataan menyatakan PR masih belum berkubur.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula tidak menjelaskan pendiriannya, sebaliknya hanya menyatakan PR kini tidak lagi berfungsi secara rasmi.
Ditanya adakah keputusan PAS untuk bekerjasama dengan PKR kerana ingin mengekalkan kedudukan mereka di Selangor, Hadi menegaskan parti Islam itu akan bekerjasama dengan sesiapa saja kecuali golongan yang dianggap "cauvinis".
"Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hadi turut ditanya mengenai bekas calon presiden yang dikalahkan semasa pemilihan lalu, Ahmad Awang, yang dilaporkan bakal menyaman beliau atas kenyataannya semasa muktamar lalu.
Ahmad berkata semalam, Hadi mendakwa beliau merupakan calon DAP.
Hadi dengan ringkas menjawab hari ini, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan begitu.
"Tidak saya tidak ada kata begitu.. tidak ada cakap apa-apa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Johor DAP moves to build new alliances

Posted: 21 Jun 2015 07:27 AM PDT

After breakup of Pakatan Rakyat, now to work with PAS progressives, Umno dissidents
Liew-Chin-Tong_johor_dap_umno_600
KLUANG: Johor DAP is to forge ahead with new political alliances, especially by working with PAS progressives and dissidents in Umno to end the Barisan Nasional's hold on the state.
Johor DAP chairman Liew Chin Tong said in a statement today that Johor was the crucial battleground for a political realignment.
He said the party's state leadership had agreed to work with all anti-Umno political forces who were willing to subscribe to the common policy framework of the Pakatan Rakyat, including the progressives in PAS.
The state leadership accepted that Pakatan Rakyat had ceased to exist and that it was the beginning of a political realignment.
"We are keenly aware the DAP would not be able to defeat Umno's entrenched hegemony on its own," he said. "We must form alliances and coalitions with likeminded individuals and political forces"
He said the state DAP would work with those in Johor who supported PAS progressives, and capitalise on dissent in Johor Umno if deputy president Muhyiddin Yassin, a former Johor Umno leader and former menteri besar, was dropped from the Cabinet.
Read More / Baca Lagi >>