Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ng Wei Aik berani fitnah, Mengelak surat saman

Posted: 17 Jun 2015 10:30 PM PDT


Cakap sikit punya berani ...


Hehehe ...

6 hari lepas Guan Eng kata apa? Berbalik2 cakap

Posted: 17 Jun 2015 08:18 PM PDT


Al Fatihah! Sijil lama dah sedia, Baru umum sah mati

Posted: 17 Jun 2015 05:30 PM PDT

Surat kematian dah sedia beberapa hari...


Pengumuman sah mati malam tadi ...






Ya Allah .. jika tak percaya Mat Sabu, salah buruk sangka ke?

Posted: 17 Jun 2015 07:31 AM PDT


Mat Sabu kata dia mahu cari Islam yang lebih berakhlak. Baca di KMU SINI

Jika dia menang hari itu, pasti dia masih dalam parti yg kini dia anggap amalkan Islam yg tak berakhlak. Adakah dia panggil PAS parti tak berakhlak?

Adakah akhlak Idlam yang ditunjuk Mat Sabu selama ini?

Malam ini malam pertama Ramadhan, ingin ku mulakan ramadhan dengan langkah pertama baik. Mahu berbaik sangka sesama Islam dan insan. Mudah2an jadi panduan sepanjang hayat.

Bolehkah aku berbaik sangka dengan Mat Sabu, ya Allah. Mohon tunjuk jalan yang lurus.

Selamat berpuass

Posted: 17 Jun 2015 02:30 AM PDT



Maaf zahir batin.

Yang salah tuduh lesap RM42 billion dan kini akui hanya pinjaman RM42 billion pun kenalah mintak maaf.

Jelaskan dan akui kesalahan fitnah. Berdosa ...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZIZAH SUDAH MAKLUMKAN ANWAR PAKATAN RAKYAT SUDAH BERAKHIR

Posted: 17 Jun 2015 09:43 PM PDT

PKR hari ini mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat secara rasmi berakhir, tetapi parti itu akan terus berusaha merintis jalan untuk membina sebuah gabungan lain bagi mengalahkan Barisan Nasional, lapor organ DAP, The Rocket.
Laporan The Rocket itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Pakatan Rakyat ditubuhkan pasca Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 atas initiatif Sdr Anwar Ibrahim bersama pimpinan utama dengan membawa tiga parti pembangkang terbesar dalam negara sebagai bergabung menentang Barisan Nasional.
KEADILAN yakin bahawa sokongan padu kepada Pakatan Rakyat (KEADILAN, DAP dan PAS) selama ini dipacu oleh arus rakyat yang benar-benar dahagakan perubahan. Satu harapan yang besar digalaskan kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional.
Harapan rakyat itu berpaksikan kepada prinsip-prinsip bersama yang dipersetujui dan diperjuangkan bersama oleh Pakatan Rakyat selama ini seperti yang dimeterai di dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat, termasuklah:
1. Keterangkuman semua kaum, kumpulan dan setiap rakyat dalam membina Persekutuan Malaysia yang adil dan sejahtera;
2. Mempertahankan kedudukan agama Islam, kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputra, institusi raja-raja dan bahasa Melayu mengikut peruntukan Perlembagaan dengan menjamin hak kaum dan agama lain;
3. Menyuburkan sebuah negara bertatakelola baik dan berlandaskan prinsip demokrasi dan keluhuran undang-undang;
4. Mensejahterakan ekonomi negara yang berkepedulian rakyat, berdaya saing dengan membanteras gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
KEADILAN sangat menghargai permuafakatan yang digembleng bersama dengan PAS dan DAP sebelum ini dan dukungan padu rakyat yang melonjakkan Pakatan Rakyat sehingga mendapat sokongan 52% pengundi dalam PRU13.
Mengambil kira perkembangan terkini Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada 16 Jun 2015 telah memutuskan:
1. Menyatakan rasa kesal atas usul yang diterima tanpa bahas di Muktamar PAS ke-61 dan berikutnya Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP telah mengumumkan penamatan riwayat Pakatan Rakyat yang kami anggap tindakan tergesa-gesa. Ekoran dari itu, gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal;
2. Namun, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana semangat dan permuafakatan Pakatan Rakyat di Selangor di bawah pimpinan Dato' Menteri Besar Sdr Azmin Ali, dan di bawah pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng terus kekal. Dan dalam semangat yang sama, dan tertakluk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat, KEADILAN akan terus memberikan sokongan kepada Dato' Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob;
3. KEADILAN akan terus merintis usaha-usaha membina permuafakatan parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan-kumpulan rakyat dan tokoh-tokoh berpengaruh untuk menumbangkan Barisan Nasional.
Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
17 Jun 2015

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


The New York Times - Najib, 1MDB, Altantuya and more

Posted: 17 Jun 2015 10:24 PM PDT

Tabung Haji dah jual tanah 1MDB?

Posted: 16 Jun 2015 11:41 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Nilai ringgit jatuh, pemimpin Umno kian celaru

Posted: 17 Jun 2015 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan bercanggah antara pemimpn Umno BN mengenai kejatuhan nilai mata wang membuatkan rakyat pening dan keliru.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemimpin Umno kini pening akibat diasak kiri dan kanan serta pergolakan dalaman parti sendiri.
Beliau merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Ahmad menyalahkan Tun Doktor Mahathir sebagai punca jatuhnya mata wang Malaysia manakala Nazri pula berkata beliau gembira dengan kejatuhan mata wang kerana ia akan memajukan industri pelancongan.
"Adakah Datuk Ahmad Maslan terlupa bahawa nilai mata wang Ringgit Malaysia mula jatuh semenjak penghujung tahun lepas sedangkan kritikan lantang dan serangan yang dilancarkan Tun Mahathir kepada PM Najib bermula dengan agresif pada Mac tahun ini?
"Demi menjadi hulubalang mempertahankan PM Najib yang berdarah pahlawan, Datuk Ahmad Maslan sanggup memperlekeh Tun Mahathir, negarawan yang merupakan veteran dan tokoh berjasa besar kepada Umno, parti mereka sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mahfuz juga mempertikai Nazri yang gembira dengan kejatuhan mata wang sedangkan impak dari kejatuhan ini amat besar kepada ekonomi Malaysia yang tidak bergantung penuh kepada sektor pelancongan sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mursi perlu diselamatkan dari Regim Zionis As-Sisi

Posted: 17 Jun 2015 09:17 PM PDT

ABD SHUKUR HARUN 


Masyarakat dunia, khususnya umat Islam, perlu segera menyelamatkan bekas presiden yang digulingkan, Dr, Mohammed Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin dari menjalani hukuman mati di penjara Mesir.
Hakim Mahkamah Khas Mesir yang bersidang beberapa hari lalu telah mengekalkan hukuman mati terhadap Dr. Mursi, tindakan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, bahkan Bangsa-Bangsa Bersatu juga memberi perhatian khusus.
Dalam keadaan yang tegang ini, Mesir berdepan dengan kecaman antarabangsa selepas mahkamah negara itu mengekalkan hukuman mati tersebut ke atas Dr. Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin yang didakwa melarikan diri dari penjara serta menyerang anggota keselamatan pada 2011.
Dr. Mursi kelihatan tenang di kandang yang dibuat seperti sangkar di mahkamah itu, ketika ketua hakim yang berbadan gemuk mengekalkan hukuman itu.
Israel dan sekutunya tentu sekali gembira dengan keputusan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memberitahu agensi agensi berita antarabangsa bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu menolak hukuman mati dalam apa jua keadaan.
Keputusan selepas perbicaraan secara beramai-ramai itu, katanya, dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap prospek kestabilan untuk jangka masa panjang di Mesir.
Sementara itu menurut laporan al-Jazeera, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hukuman mati ke atas sekutu rapatnya dan beberapa pemimpin Ikhwanul termasuk Mursyidul Amnya, Mohamed Badie adalah 'pembunuhan' beramai-ramai ke atas undang-undang asas hak asasi manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Wakil tunggal PAS Pulau Pinang kekal, kata Gua Eng

Posted: 17 Jun 2015 09:15 PM PDT

Wakil tunggal PAS masih kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyifatkan kerajaan itu di bawah perikatan yang dipimpin DAP.
Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man masih sebahagian kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP dan PKR selepas Pakatan Rakyat (PR) diumumkan terkubur.
"Kami mengadakan mesyuarat petang semalam. Ini keputusan yang diterima sebulat suara oleh 30 wakil PR," katanya kepada pemberita.

Salleh merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang.

Hutang dijamin kerajaan Umno@Bn cecah RM172 bilion

Posted: 17 Jun 2015 09:10 PM PDT

Hutang kerajaan dijamin pada akhir tahun 2014 berjumlah RM172 bilion, atau 14.7 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), kata kementerian kewangan.

"Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2014 adalah sebanyak RM172.0 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK.

"Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur DanaInfra dan Prasarana yang terlibat dalam infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.

"Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Bank apa pinjamkan 1MDB? 'Maaf, rahsia'

Posted: 17 Jun 2015 09:09 PM PDT

Usaha Azmin Ali (PKR-Gombak) mendapatkan penjelasan berhubung kesan jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai pinjaman tidak berbayar tidak membuahkan hasil.

Jawapan dituntutnya itu tidak dapat disampaikan atas alasan "kerahsiaan"

"Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009," kata menteri kewangan.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR mahu menteri kewangan menyenaraikan bank tempatan yang memberikan pinjaman kepada 1MDB.

Azmin juga mahu tahu apa kesan kepada nisbah kecukupan modal jika hutang 1MDB diklasifikasikan sebagai hutang tidak berbayar.

OKZ 11: Pengampunan diraja untuk aktivis bantah rampasan kuasa..Daulat Tuanku

Posted: 17 Jun 2015 08:47 PM PDT

Perak Sultan Sultan Nazrin Shah telah memberi pengampunan diraja ke atas 11 aktivis yang telah dihukum penjara kerana membantah rampasan kuasa di negeri itu pada tahun 2009.

Ini telah diumumkan oleh Nashita Md Noor, isteri Bad Latif Mansor yang merupakan antara aktivis yang dihukum penjara.

"Saya bagi pihak ahli keluarga OKZ11 yang masih terpenjara di balik tembok besi Penjara Tapah (ketika ini) ingin mengumumkan bahawa kesemua mereka telah mendapat pengampunan dari Sultan Perak dan Lembaga Pengampunan Perak.

"Peruntukan Pengampunan sempena Ramadhan dan Aidilfitri," katanya dalam satu catatan di Facebook awal pagi ini.

Beliau berkata permohonan untuk pengampunan diraja itu dibuat oleh para isteri aktivis yang dihukum penjara itu.

Nashita berkata arahan untuk membebaskan 11 aktivis berkenaan telah pun disampaikan kepada pihak penjara Tapah.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih menunggu panggilan dari pihak penjara mengenai perkara itu.

"Kemungkinan mereka akan dibebaskan lewat petang nanti," katanya.

Semua pelabur FGV perlu bantah urusniaga Indonesia, kata DAP

Posted: 17 Jun 2015 08:36 PM PDT

Sebuah ladang milik Eagle High Plantations di Indonesia yang 37% sahamnya akan diambil alih Felda Global Ventures. – Gambar Eagle High, 18 Jun, 2015. 
Sebuah ladang milik Eagle High Plantations di Indonesia yang 37% sahamnya akan diambil alih Felda Global Ventures. – Gambar Eagle High, 18 Jun, 2015.

Agensi pelaburan kerajaan yang menggunakan wang rakyat seharusnya mengikut jejak langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menentang pemilikan 37% Eagle High Plantations oleh Felda Global Ventures (FGV) yang bernilai AS$680 juta (RM2.55 bilion), kata DAP. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Shahril Ridza semalam mengesahkan wakil KWSP tampil mempersoalkan rasional di sebalik pemilikan Eagle High Plantations itu.
"Kami menggesa semua institusi dana lain yang melabur bagi pihak wang pembayar cukai secara terbuka menentang urusan berkenaan bagi memastikan prestasi FGV tidak bertambah buruk.

"Selain KWSP yang memiliki 5% pegangan dalam FGV, pemegang saham utama lain termasuk Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan kerajaan Pahang yang masing-masing memiliki pegangan 7.8%, 5.6% dan 5%," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pua berkata, institusi tersebut mesti menyatakan tentangan itu secara terbuka kerana urusan pemilikan berkenaan cenderung memberi kelebihan kepada PT Rajawali Capita berkongsi keuntungan besar.
Katanya, langkah KWSP mempersoalkan pembelian Eagle High seharusnya dipuji kerana pemilikan berkenaan didagang 72% di atas harga dagangan lepas dan 267% di atas nilaian CIMB Research.
"Kurang enam bulan lalu, FGV memutuskan untuk membeli 37% pegangan dengan Rp775, memberi Peter Sondakh keuntungan US$328 juta (RM1.23 bilion).
Read More / Baca Lagi >>

Alasan rahsia kerajaan tak boleh diterima, tunjukkan bukti, Dr M beritahu 1MDB

Posted: 17 Jun 2015 08:31 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata 1MDB perlu menjawab dengan lengkap tuduhannya dan bukan berselindung di belakang alasan rahsia kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata 1MDB perlu menjawab dengan lengkap tuduhannya dan bukan berselindung di belakang alasan rahsia kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.
Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan "yang selalu berubah-ubah".
"1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan," kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan "tak masuk akal" Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan. "Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.
"Tidak ada kertas Kabinet dikemukakan mengenai pinjaman RM5 bilion itu. Sila kemukakan kertas itu kepada umum. Dah tentu kamu akan menjawab kertas Kabinet adalah sulit.
Read More / Baca Lagi >>

Perjanjian 'Johor boleh keluar Malaysia' terbatal selepas merdeka kata Prof Dr Ramlah

Posted: 17 Jun 2015 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kandungan perjanjian bersama Persekutuan Tanah Melayu yang menyentuh isu hak mutlak Kerajaan Johor yang memungkinkan negeri itu keluar dari Malaysia dianggap terbatal selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, perjanjian itu dan banyak lagi dokumen termasuk pada zaman negara dijajah British dikira terbatal dengan sendiri selepas 31 Ogos 1957.

"Benda ini semua sudah tutup buku, Kuasa Raja-raja Melayu sudah dimasukkan di dalam Perlembagaan.

"Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan kena hormat undang-undang Johor. Kuasa raja kekal dan Kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.

"Namun untuk isu Johor keluar Malaysia rasanya tidak timbul lagi. Jika boleh, ia pasti memakan masa dan proses yang amat panjang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Catatan Instagram Tunku Idris yang memaparkan perjanjian bersama Johor dengan Persekutuan Tanah Melayu. -Sumber gambar Instagram Tunku Idris


Dr Ramlah mengulas catatan di akaun Instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Catatan itu turut menyebut bahawa Johor telah bersetuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.
Read More / Baca Lagi >>

DAP di belakang parti baharu, progresif PAS ‘pragmatis sekular’, kata AJK Pusat

Posted: 17 Jun 2015 08:26 PM PDT

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyelar pemimpin progresif PAS menjadi 'buruh' DAP. – Gambar Facebook, 18 Jun, 2015. 
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyelar pemimpin progresif PAS menjadi 'buruh' DAP. – Gambar Facebook, 18 Jun, 2015.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan bekas pemimpin parti Islam itu yang tewas sebagai buruh-buruh kepada DAP dalam pembentukan parti politik baharu bakal ditubuhkan. Perekabentuk, jurutera perunding dan kontraktor kepada parti baharu itu ialah DAP, kata Sanusi dalam serangan pertama ke atas 18 bekas pemimpin yang berkumpul di Muar, Johor Selasa lepas dan melancarkan gerakan membentuk muafakat baharu politik Malaysia.
Menurut bekas setiausaha politik kepada menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak itu, parti baharu ("Parti Islam Progresif" menurut Sanusi) itu akan ditubuh dan bergabung dalam pakatan baharu dengan DAP tanpa PAS.

"Perekabentuk, consultant engineer dan kontraktornya ialah DAP dan buruh-buruhnya ialah segelintir bekas-bekas ahli dan mantan pemimpin PAS," tulis Sanusi. Pemimpin progresif PAS yang berhimpun di Muar baru-baru ini tidak menolak penubuhan parti baharu untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Sanusi dimasukkan dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS baru-baru ini dan menang sebagai AJK.
Beliau yang disifatkan penasihat utama Azizan dalam menguruskan Kedah ketika dipimpin Pakatan Rakyat (PR) itu juga melabelkan mereka "pragmatis sekular".
"Patutlah dalam dua muktamar PAS yang terakhir ini, tema dan ucapan dasar presiden mengangkat istiqamah yang terakam dalam Al-Quran dan hadis sebagai teras untuk mengacuankan perjalanan politik, dakwah dan tarbiyah pemimpin dan ahli PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Don’t say everything is secret

Posted: 17 Jun 2015 08:22 PM PDT

No Cabinet paper on RM5b bond issue and the loans taken by 1MDB are all off-budget.
mahathir_1
KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad, taking to his blog in response to 1MDB statements, said the government-owned strategic investment and development company was hiding behind secrecy laws.
"They can't produce any proof," said Mahathir. "So, they keep saying its secret."
At the same time, he added, "they keep saying that I am wrong".
For starters, he wants to know whether 1MDB was a strategic development company. "What has it developed? Nothing! Even the Tun Razak Exchange (TRX) was all fence and nothing else."
Again, 1MDB is a government company but when it bought government land at 1/50th of the market price, the government lost a huge sum of money, he fumed. "When 1MDB sells the land, it was merely taking what should be government earnings from the sale."
"That process was no different from people who sell APs, contracts and licence."
He asked: "Is this how 1MDB expects to make money?"
He pointed out that the Terengganu Government pulled out from the Terengganu Investment Authority (TIA) because it was absurd to use their oil wells as collateral. "I know about the TIA refusal to allow the future products of Terengganu oil wells to be used as collateral by talking to the people who were actually involved with the Authority," he said.
"The Federal Government became the guarantor for the RM5 billion loan because Terengganu rejected the absurd."
He charged that there was no Cabinet paper on the RM5 billion loan. "Produce the paper for the public to see," said Mahathir. "Of course, you will say Cabinet papers are secret."
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut Pas, DAP jejas kedudukan PR

Posted: 17 Jun 2015 08:21 PM PDT

Kemelut Pas, DAP jejas kedudukan PR 
BUKIT KATIL - Kemelut Pas dan DAP sedikit sebanyak akan menjejaskan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Katil, menurut Yang Dipertua Pas Kawasan itu, Mohd Sofi Wahab.

Menurut Mohd Sofi, sebagai entiti di bawah sebuah organisasi, Pas dan DAP di peringkat kawasan dan parlimen tertakluk kepada keputusan di peringkat pusat.

"Walaupun Pas Pusat menyatakan Majlis Syura belum membuat keputusan tetapi DAP Pusat telah pun jelas membuat pendirian hubungan Pas dan DAP putus.

"Kami (Pas kawasan Bukit Katil) hanya menunggu perkembangan seterusnya. Kami tiada kuasa untuk memaksa DAP menarik balik pendiriannya. Itu hak dan keputusan mereka," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemelut berkenaan, di sini, semalam.

Menurut Mohd Sofi lagi, Pas kawasan Bukit Katil bertegas mereka bersedia untuk bekerjasama dan terus menjalinkan persahabatan dengan DAP di peringkat Parlimen Bukit Katil.

Katanya, pihaknya komited untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sentiasa boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam misi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

"Pada masa yang sama, kami sentiasa memantau perkembangan terkini di dalam Pas dan PR. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam politik.

"Apa yang penting, agenda Pas kawasan Bukit Katil adalah ingin menegakkan Islam serta meneruskan perjuangan membela rakyat," katanya.

Dr M: 1MDB bersembunyi di sebalik 'kerahsiaan 'k'jaan

Posted: 17 Jun 2015 08:18 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas 1MDB yang didakwanya bersembunyi di sebalik "kerahsian kerajaan" untuk melindungi dirinya daripada kritikan beliau terhadap dana pelaburan yang bermasalah itu.

"Untuk semua kritikan saya, 1MDB hanya boleh kata semuanya salah. Tapi tak ada bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasa mengenai kerahsiaan urusan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, enggan membenarkan telaga minyaknya digunakan sebagai cagaran untuk pinjamannya.

Menurutnya, kerajaan persekutuan menjadi penjamin bagi pinjaman RM5 bilion itu adalah kerana Terengganu menolaknya.

"Mengapa Terengganu menarik diri daripada cadangan awal kerajaan persekutuan supaya pengeluaran masa depan telaga minyaknya menjadi cagaran?

"Tidak ada kertas kabinet dibentangkan mengenai pinjaman 5 bilion itu. Keluarkan kertas itu untuk orang ramai lihat. Sudah tentu anda akan kata kertas kabinet adalah rahsia," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.

Mana Ahmad Maslan? Siapa nak back-up GST sekarang?

Posted: 17 Jun 2015 08:14 PM PDT


Pemimpin G25 saran gabung parti bekas Pakatan

Posted: 17 Jun 2015 06:52 PM PDT

Landskap politik yang berubah dengan pantas, membuka peluang baru, termasuk pembentukan sebuah parti politik yang benar-benar inklusif, kata pemimpin G25, Datuk Noor Farida Ariffin.

Daripada membentuk gabungan baru, Noor Farida berkata, sebuah parti baru dengan cita-cita yang betul, sudah memadai.

"Saya harap kita boleh mempunyai 'kuasa ketiga' dalam politik. Sebuah parti baru berbilang kaum yang sederhana dalam bentuk sebuah parti politik baru, akan mengakhiri politik perkauman," katanya.

Bagaimanapun, katanya, melainkan jika dan sehingga ada parti baru seumpama itu, adalah baik untuk politik di negara ini jika DAP dan PKR dibubarkan dan bersama dengan progresif dari PAS, bergabung menjadi sebuah parti.

"Ia akan menandakan permulaan sistem dua parti yang sebenar di Malaysia," kata Noor Farida (gambar) kepada Malaysiakini.

Beliau menyatakan demikian ekoran pengisytiharan oleh DAP dan PKR bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas Pakatan ‘mati’, Ulama PAS gesa Syura segera bermesyuarat

Posted: 17 Jun 2015 06:42 PM PDT



Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata badan tertinggi parti Islam itu, Majlis Syura Ulama, perlu segera bermesyuarat membincangkan perkembangan mutakhir Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2015. 
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata badan tertinggi parti Islam itu, Majlis Syura Ulama, perlu segera bermesyuarat membincangkan perkembangan mutakhir Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2015.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menggesa Majlis Syura Ulama segera bermesyuarat membincangkan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP seperti diluluskan pada Muktamar Tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, tidak berapa lama selepas Pakatan Rakyat (PR) diisytiharkan mati. Menurut Mahfodz, majlis itu dijangka bermesyuarat dalam masa seminggu atau dua minggu lagi, namun, perkembangan terkini hubungan PAS-DAP menuntut kesegeraan.
"Memang saya ingat ada kesegeraannya, pasal di luar sana dah bising kata dah putus (hubungan PAS-DAP). Sedangkan pimpinan kata belum putus, kerana menunggu keputusan Majlis Syura," kata bekas pensyarah Universiti Malaya itu dalam wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider semalam.

"Jadi saya menggesa Majlis Syura buat mesyuarat segera bagi menentukan cadangan Dewan Ulama itu, sama ada kita hendak putus atau bagaimana". Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas perkembangan terkini pengumuman DAP dan PKR yang mengisytiharkan PR terkubur, berikutan usul Dewan Ulama PAS yang diterima tanpa bahas pada muktamar awal bulan ini.
Sebaik sahaja diluluskan muktamar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan sudah mati, tapi kerjasama belum berakhir, kata PKR

Posted: 17 Jun 2015 06:40 PM PDT



Pakatan Rakyat, gabungan antara PAS, DAP dan PKR, sudah tidak wujud, tetapi kerjasama di peringkat kerajaan negeri diteruskan, kata PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015. 
Pakatan Rakyat, gabungan antara PAS, DAP dan PKR, sudah tidak wujud, tetapi kerjasama di peringkat kerajaan negeri diteruskan, kata PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Jun, 2015.
 
Walaupun Pakatan Rakyat (PR) yang baru berusia 7 tahun secara rasmi sudah mati, namun kerjasama di kalangan barisan pemimpin pembangkang masih belum berakhir, kata PKR. Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, walaupun PR tidak akan fungsi lagi seperti biasa, kerajaan negeri yang diterajui parti dalam gabungan itu akan kekal dengan status quo.
"Ini bermakna di Selangor, ia akan menjadi satu gabungan yang diterajui PKR dengan wakil rakyat daripada DAP dan PAS manakala di Pulau Pinang, gabungan dipimpin DAP. Sama juga keadaannya di Kelantan di mana PAS akan menerajui Pakatan," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada The Malaysian Insider.

"Tidak ada pakatan rasmi. Parti yang besar di setiap dewan undangan negeri itu akan membentuk kerajaan campuran." PKR memimpin kerajaan Selangor dan mempunyai 4 ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) dari PAS. Daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR mempunyai 13 kerusi, DAP dan PAS masing-masing 15 kerusi.
Barisan Nasional (BN) mempunyai 12 manakala satu kerusi adalah bebas, selepas PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Rafizi, yang juga naib presiden PKR berkata, keadaan di tiga negeri sama seperti sebelum 1 April 2008, iaitu sebelum PR secara rasmi ditubuhkan.
"Itu adalah tarikh di mana PR secara rasmi ditubuhkan. Sebelum itu, sudah ada hubungan kerja dan kerjasama antara ketiga-tiga parti. Tetapi kita tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang formal atau doktrin," katanya.
"Mengikut pembentukan Pakatan Rakyat pada 1 April 2008, terdapat dua prinsip yang perlu dipatuhi semua parti dalam gabungan itu," kata Rafizi (gambar, kiri).
" Satu, keputusan perlu dibuat secara konsensus. Jadi apa-apa sahaja keputusan PR, kami putuskan bersama-sama dan kami terikat dengannya. Kedua, terdapat satu set dokumen yang menguruskan segala dasar supaya ia menjadi satu platform bersama.
"Itulah rangka kerja dasar bersama.
"Sekarang Pakatan sudah mati, kami akan kembali kepada bagaimana keadaannya sebelum 1 April 2008. Ini bermakna kita bebas untuk bekerjasama (dengan mana-mana pihak lain).
"Tetapi saya yakin mana-mana parti politik dengan matlamat yang sama akan terus bekerjasama tetapi kita tidak terikat dengan peraturan dan prinsip yang kita ada sebelum ini. Itulah perbezaan utama sekarang," kata Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Mencorak masa depan wacana politik Islam di Malaysia

Posted: 17 Jun 2015 03:41 PM PDT

Firdaus Hamsin


Kemunculan AKP yang diterajui oleh generasi baru kepimpinan Islamis Turki iaitu Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul mencorakkan wacana baru politik Islam sejagat.
Meninggalkan jauh kerangka perjuangan yang diwarisi sejak zaman Necmettin Erbakan menerusi Parti Refah mahupun Fazilet, AKP diterajui Erdogan menampilkan kelainan yang ditanggapi dengan pelbagai label; baik Post Islamisme (Pasca Islamisme), Neo-Islamisme, mahupun Muslim Democrat (Demokrat Islam).
Wacana ini menampilkan wajah gerakan politik Islam menerusi wajah yang lebih segar dan progresif. Dibandingkan dengan gerakan terdahulu, Islam dimartabatkan secara praktikal secara berhikmah atau halus dalam terutama sekali dalam bidang politik, pentadbiran, dan pengurusan ekonomi.

Semua ini dipraktikkan dengan mengambil kira persekitaran politik setempat (regim sekular yang keterlaluan dalam kes Turki). Beberapa perkembangan politik mutakhir membibitkan wacana penubuhan parti politik Islam berwajah baru di negara ini.
Resepsi di kalangan masyarakat adalah pelbagai. Ada nada yang positif yang diketengahkan di kalangan khalayak. Tidak kurang juga kedengaran nada yang negatif terhadap wacana ini.
Sejak 1998, amalan politik berasaskan identiti perkauman mulai pudar perlahan-lahan. PAS selaku parti politik berasaskan Islam utama tidak terkecuali daripada perubahan ini.
Secara beransur-ansur PAS tampil secara inklusif serta meninggalkan "based politic" tradisinya (berasaskan Melayu Islam). PAS secara aktif mula berinteraksi dengan kelompok ataupun masyarakat bukan Islam.
PAS tampak menumpukan perhatian untuk mengangkat isu yang menyentuh kebajikan rakyat (sepertimana yang direncanakan menerusi manifesto Negara Berkebajikan suatu ketika dahulu).
Naratif politik PAS membabitkan negara Islam serta perlaksanaan hukum hudud kurang diketengahkan dibandingkan dahulu.
Namun perubahan tersebut turut memakan "korbannya" yang tersendiri. Perbezaan pandangan di antara dua aliran (sepertimana digambarkan media);konservatif dan progresif (yang mendukung pendekatan inklusif tersebut) berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

PR berpecah: Kenyataan Azmin berbeza

Posted: 17 Jun 2015 03:36 PM PDT

Timbalan Presiden PKR itu berkata PR boleh diselamatkan dan ketiga-tiga parti perlu berbincang.
rafizi,azizah,azmin
PETALING JAYA: Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat tidak sependapat berhubung status sebenar Pakatan Rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengumumkan pakatan pembangkang itu secara rasmi sudah tidak wujud.
Katanya, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun 2015.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mengesahkan keputusan itu muktamad, seperti dilaporkan Malaysiakini.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan berbeza yang bercanggah keputusan parti.
Harakahdaily melaporkan Azmin berkata, PR masih boleh diselamatkan daripada berpecah dan ketiga-tiga parti masih boleh berunding.
"Duduk dan berbincang secara berhemah dengan menghormati pihak lain. Saya percaya kita boleh melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara.
"Jangan pula sampai Pakatan berpecah. Perlu ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain," katanya selepas menyerahkan kunci rumah kekal mangsa banjir di Simpang Tiga Kuari Manek Urai Baru pada Rabu.
Read More / Baca Lagi >>

Permainan politik PR atasi kebajikan rakyat

Posted: 17 Jun 2015 03:34 PM PDT


Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM  - Permainan politik kembali mengatasi tumpuan terhadap memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya beliau melepaskan jawatannya dahulu semata-mata demi faedah rakyat, tetapi malangnya pengunduran beliau tidak meredakan sikap tamak dan sombong ahli politik yang mendakwa mereka memperjuangkan pembaharuan, kesaksamaan dan keadilan.

"Kesudahannya, peletakan jawatan saya ternyata sia-sia sahaja apabila kepercayaan rakyat disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

"Ketika saya menjadi menteri besar dahulu, saya dan pasukan saya menghabiskan banyak masa untuk cuba menenangkan kumpulan ahli politik ini, hingga mengorbankan hak serta kepentingan rakyat," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan.

Mengenai perkembangan dalam Pakatan Rakyat, yang diisytiharkan DAP sebagai sudah tidak lagi wujud, beliau berkata ketaksuban para pemimpin negeri itu terhadap politik mengakibatkan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang serta "membelakangkan semakin banyak isu penting berkaitan rakyat".

Abdul Khalid berkata para pemimpin Pakatan, yang gemar menggelar diri mereka sebagai pejuang rakyat, perlulah mengamalkan kepimpinan melalui teladan serta melayan rakan, sekutu, penyokong dan pihak yang bersimpati dengan mereka dengan penuh rasa hormat dan bermaruah.

"Melakukan campur tangan terhadap isu dalaman sesebuah parti tidak seharusnya dijadikan suatu norma dalam mana-mana gabungan, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Perlu ada gabungan parti politik baru ganti PR, kata Hanipa Maidin

Posted: 17 Jun 2015 03:18 PM PDT

Post Pic

KUALA LUMPUR: Gabungan parti politik baru perlu diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang kini terumbang-ambing, kata bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Hanipa Maidin.
 
Malah beliau berkata 'dalam kehidupan ini banyak kemungkinan' ketika ditanya adakah beliau dan rakan seangkatan dengannya yang tewas pada pemilihan PAS baru-baru ini akan menyertai parti politik baru, sekaligus menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.
 
"PR tidak bersatu lagi. Ini kenyataan yang sedih tetapi perlu diterima. Tanpa ketiga-tiga dapat bekerjasama, bagaimana PR nak bertahan? Perlu ada Pakatan yang baru, kena ada alternatif kepada PR.
 
"(Nak sertai parti baru) Tunggu dahulu, baru saya buat pendirian. Sekarang saya masih dalam PAS. Kami ahli biasa, tidak memegang apa-apa jawatan. Apa yang berlaku selepas ini kita lihat. Kemungkinan... dalam kehidupan ada pelbagai kemungkinan," ujarnya pada pemberita di Parlimen, hari ini.
 
Malam tadi di Program 'Malam Jasamu Dikenang' yang diadakan di Muar Johor, beberapa pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-61 menyatakan secara terbuka dan juga kiasan berhubung rancangan menubuhkan parti politik yang baru bagi meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Phahrolrazi sedia digugurkan keahlian PAS

Posted: 17 Jun 2015 03:16 PM PDT


Post Pic


ALOR SETAR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi bersedia digugurkan keahliannya daripada PAS ekoran tindakannya mahu menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam bagi membentuk Pakatan Rakyat Baru (PRB).
 
"Ini satu hakikat perlu diterima dalam kaedah dan keahlian parti politik, hanya satu parti politik sahaja yang berlaku dalam satu-satu ketika, jadi dia tidak boleh jadi dua parti politik.
 
"Jadi apabila ditubuhkan parti politik baru, jadi sudah tentu kita menyertai parti baru sebab kita yang usahakan, jadi secara automatik kita perlu meninggalkan parti lama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa mana-mana ahli PAS yang menubuhkan atau menyertai parti baru akan gugur keahliannya serta merta.
 
Peruntukan itu jelas terkandung dalam perlembagaan PAS, jelas Takiyuddin kepada pemberita di Parlimen sebelum ini.
 
Phahrolrazi kemudiannya memberitahu, beliau sudahpun memikirkan perkara itu sebelum mengumumkan kepada umum hasrat PasMa untuk menubuhkan parti politik baru.
 
"Saya sudah pun meletakkan semua jawatan dalam PAS pada ketika saya menubuhkan PasMa dan saya cuma ahli biasa sahaja sekarang dan cuma saya masih jadi ADUN sahaja," katanya.
 
Read More / Baca Lagi >>

Wee Choo Keong, Pengerusi Tourism Malaysia baharu

Posted: 17 Jun 2015 03:09 PM PDT

wee choo keong
Wee Choo Keong bakal merangka pelan pembangunan pelancongan negara yang baharu selepas menggantikan Tan Sri Ng Yen Yen selaku Pengerusi Tourism Malaysia.

Peguam korporat merangkap bekas ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bakal merangka pelan pembangunan pelancongan negara yang baharu selepas beliau menggantikan Tan Sri Ng Yen Yen selaku Pengerusi Tourism Malaysia.
"Ia adalah satu kejutan yang benar-benar dihormati," kata anak kelahiran Kelantan, berusia 62 tahun kepada The Rakyat Post ketika diminta mengulas mengenai perlantikan tersebut.
Menurutnya, menggalas jawatan tersebut bukanlah suatu yang mudah kerana untuk memulihkan imej pelancongan negara merupakan satu cabaran kepadanya.
"Buat masa terdekat ini, saya akan bertemu dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk mendengar amanat dalam menentukan masa depan pelancongan negara.
"Kemudian saya akan himpunkan semua pengarah pelancongan di dalam dan luar negara dan lihat bagaimana cara terbaik kita boleh bergerak ke hadapan," katanya.
Tambahnya, ini merupakan masa terbaik untuk Malaysia bergerak ke hadapan untuk menarik para pelancong dan pelabur asing selaku negara yang berpotensi dalam industri pelancongan dan ekonomi.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Kuala Lumpur, Wong Tuck Hing berkata, beliau berharap agar Wee akan melibatkan syarikat pelancongan swasta demi memahami kehendak dan keperluan industri pelancongan di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sekarang puaslah hati PAS

Posted: 17 Jun 2015 03:05 PM PDT

Perkara 1, Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyebut, "semua manusia lahir bebas dan saksama dalam maruah dan hak-haknya." Maruah merujuk rasa kemuliaan diri dan kehormatan peribadi. Ia merujuk kepada perihal nama baik dan harga diri.

Penggunaan frasa harga diri membayangkan suatu jenis urusniaga perasaan – mahal, murah atau sampah (seperti saya!). Ia mengukur makna kehinaan – penghina, orang yang dihina dan penghinaan.

Ia permainan kejam si kuat ke atas si lemah – yang tuan dan yang hamba, yang kalah dan yang menang, yang mulia dan yang hina, yang ularmak dan yang profesorsional, yang mencakar dan yang terluka, parah serta dalam kedukaannya.

Dalam politik, maruah (nama baik dan kehormatan diri) amat penting untuk dijaga. Misalnya, ahli parlimen Jeli, Mustapha Mohamad merasa terhina dengan niat suci DAP mahu membina masjid buat para mangsa banjir.

Ataupun golongan pro ulama Pas merasa terhina dengan ucapan Lim Kit Siang yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, menolak pelaksanaan perundangaan deraan fizikal dan hukuman mati yang kejam.

Makanya, hasrat Muktamar PAS yang meluluskan usul tanpa bahas anjuran sayap teras Dewan Ulamanya untuk memutuskan hubungan dengan DAP telahpun menjadi kenyataan.

Sekarang, puaslah hati kalian. Pakatan Rakyat (PR) akhirnya gagal membawa harapan perubahan, menghapus rasuah, menegak hak asasi dan pendemokrasian di Malaysia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telahpun mengumumkan Pakatan Rakyat Sudah tidak wujud lagi.

Makanya kini jalan keindahan yang dihasratkan golongan konservatif Melayu Islam, untuk melihat perundangan hudud terlaksana semakin terbuka luas.

Umno lemah, Pakatan gagal

Tiada lagi halangan golongan sekular – liberal – plural – pro demokrasi – pro hak asasi manusia – pro negara berkebajikan – dengan label-label Anwarinas, anai-anai, munafiq, barua, tolol dan jebon.

Anwar Ibrahim pula sedang melalui pemenjaraannya untuk lima tahun lagi. Jika hukuman ini berjaya dilalui saudara Anwar, maka dia telah menghabiskan kira-kira 15 tahun usia dewasanya untuk dipenjarakan rejim zalim Umno-BN.

Read More / Baca Lagi >>

Politikus oh politikus – Fudzail

Posted: 17 Jun 2015 03:03 PM PDT

Sumber: http://graphic-resistance.deviantart.com/art/poliTIKUS-203110418 
Siapa pun kau
ulama tulen, ulama jadian
ustaz, profesor, penjawat awam
profesional atau jebon
macai, barua, zombi, badut
mahupun perompak, penyamun
peliwat, pembohong, penzina
kaki rasuah, kaki songlap
malaun, lanun, samseng jalanan
semuanya sahaja tarafnya
dalam sebakul raga
sebagai politikus cari makan
dalam sistem demokrasi
apabila sekadar berjuang
untuk survival perut dan parti
bukan untuk rakyat
yang memberi amanah.
Politikus oh politikus
di manakah prioriti terbaik
dalam situasi semasa
ke syurgajaya atau Putrajaya
hudud atau kerajaan perpaduan
apabila ruang semakin sendat
dengan najis dan sampah sarap
pelbagai skandal perompakan
bencana, tragedi dan krisis
penurunan nilai ringgit
penghantaran wang keluar
inflasi, PATI, ancaman imigran
ketirisan, kebobrokan, keborosan
hutang 1MDB, GLC dan hutang negara
segala kesan negatif transformasi
yang membebankan generasi
dan memufliskan setiap warga.
Politikus oh Politikus
siapa pun kamu
bertopeng atau bogel
kami rakyat yang menanggung
bilion ke trilion hutang
teruslah bergaduh dan bertekak
menyalak seperti anjing gila
kami tidak sekali halalkan
undi yang menjadikan kamu
bertaraf YB atau pemimpin
kalau hanya syok sendiri
menjadi wira kelas haprak
seakan pelawak kitar semula
komedi yang menjahanamkan
keturunan dan warisan
sedang VVIP dan famili
serta kroni bangsat kaya raya
bebas bersuka ria tidak peduli
dengan apa yang terjadi
di tanah air yang tergadai!