Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FGV Bayar Mahal Kepada Sondakh ???

Posted: 16 Jun 2015 03:34 PM PDT

A Kadir Jasin
MUTAKHIR, 15 Jun – Pelabur tidak teruja dengan pembelian Eagle High Plantations (EHP) oleh FGV. Walaupun FGV mendakwa penilaian berdasarkan "enterprise value" (nilai perniagaan) itu berpatutan, tetapi pelabur tidak yakin. Sahamnya jatuh di Bursa Malaysia kepada RM1.68 jam 12.29 tengah hari tadi berbanding RM1.86 apabila digantung 11 Jun.
POSTING ASAL
PADA pandangan mata kasar, pembelian 37 peratus saham ladang PT Eagle High Plantation (EHP) di Indonesia oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) amatlah memberangsangkan.
EHP adalah anak syarikat konglomerat Rajawali iaitu salah sebuah syarikat terbesar di Indonesia. Rajawali dimiliki oleh Peter Sondakh yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai orang kesembilan terkaya di Indonesia. Beliau bergelaran Tan Sri (kehormat).
Tan Sri Peter Sondakh "Penasihat" Mohd Najib
Urus niaga itu selaras dengan dasar kerajaan menggalakkan pelaburan Malaysia di luar negara dan dengan kedudukan FGV sebagai syarikat multinasional dalam bidang perladangan.
Lagipun bagi pelabur sektor perladangan, harapan memperluaskan ladang di dalam negara sudah tidak ada atau terhad kerana kita tidak lagi membenarkan pembukaan besar-besaran hutan belantara.
Dalam urus niaga itu, FGV membayar AS$680 juta (kira-kira RM2.5 bilion) dalam bentuk tunai dan saham. Pembelian itu turut merangkumi 95 peratus ladang tebu milik Rajawali.
Bagaimanapun, timbul beberapa persoalan yang perlu dianalisis dan difahami mengenai urus niaga itu.
1. Yang menggusarkan ialah harga yang dibayar oleh FGV sangat tinggi berbanding nilai pasaran saham EHP. FGV membayar hampir sekali ganda nilai saham EHP di Bursa Saham Indonesia (ISX). FGV membayar 800 rupiah sesaham sedang harga EHP di pasaran hanya sekitar 400 rupiah.
2. FGV nampak sangat murah hati walaupun ia sendiri berada dalam keadaan kesulitan akibat kelemahan harga minyak sawit, banjir besar Disember-Januari lalu yang menjejaskan pengeluaran ladang-ladangnya serta harga sahamnya yang merudum di Bursa Malaysia.
3. Contohnya, keuntungan tahun 2014 jatuh daripada RM1.56 bilion kepada RM826.4 juta kerana kemarau. Bagi suku pertama tahun ini (Januari-Mac) keuntungannya jatuh 98 peratus kepada hanya RM3.6 juta manakala harga sahamnya di Bursa Malaysia merudum daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada kurang daripada RM2 sekarang.
4. Jadi adakah ini masa yang sesuai bagi FGV membuat pembelian dan pada harga yang jauh melebihi harga pasaran?
5. Ini menyebabkan penganalisis membuat andaian bahawa urus niaga itu lebih berupa operasi membantu Rajawali dan Peter Sondakh.
6. Adalah pengetahuan umum di kalangan pemerhati dan penganalisis pasaran yang Rajawali mungkin mengalami tekanan setelah percubaannya mengapungkan syarikat perlombongan emas miliknya tahun lalu gagal akibat kurang sambutan pelabur.
t
FGV dan Rajawali Satu Strategi
7. Lojiknya FGV membeli saham-saham EHP dengan harga diskaun kerana sektor perladangan kini dalam suasana lembap. Lagipun, bukan semua tanah milik EHP sudah mengeluarkan hasil. Daripada pegangan seluas 419,006 hektar, baru 147,298 hektar ditanam. Bakinya masih hutan belantara.
8. Memandangkan harga sahamnya sendiri amat rendah maka FGV terpaksa menyerahkan lebih banyak saham kepada penjual EHP. Saham FGV ditutup pada kadar RM1.85 pada 11 Jun.
9. Ada ramalan mengatakan FGV mungkin diambil balik (taken private) oleh Felda dan ditarik keluar daripada Bursa Malaysia kerana penarafan pasaran yang hambar.
10. Sudah menjadi pengetahuan umum di kalangan penggiat korporat dan pemerhati politik bahawa Sondakh sangat akrab dengan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan isterinya, Rosmah Mansor. Sejak 2010 Sondakh dikatakan menjadi "penasihat" Mohd Najib mengenai Indonesia.
11. Keakraban ini dikatakan menjadi pemangkin kepada pelaburan mewah Sondakh dalam projek pembinaan hotel St Regis dan pusat konvensyen antarabangsa Langkawi. Sumber-sumber perbankan mendakwa Sondakh mendapat pembiayaan mudah daripada institusi kewangan milik kerajaan Malaysia.
Peter Sondakh, Mohd Najib dan Rosmah
12. Macam banyak saham syarikat komoditi, saham EHP juga jatuh di Bursa Indonesia (ISX) sebelum 'ditolak-naik' kepada sekitar 400 rupiah. FGV membeli saham-saham tersebut dengan harga 800 Rupiah, sekali gus memberikan keuntungan atas kertas 100 peratus kepada penjual EHP.
13. Pembelian oleh FGV juga bercanggah dengan arahan Kementerian Kewangan bertarikh 26 Disember lalu kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun agar memberhentikan sementara pembelian aset di luar negara bagi mengurangkan pengaliran keluar modal dan membantu menjana ekonomi domestik. Atau Mohd Najib, yang juga Mentor Felda, membuat pengecualian bagi membolehkan urus niaga itu.
Mungkin Sondakh Jelma Dalam 1MDB?
Dua bidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) Jalan Tun Razak sudah dijual terus atau secara usaha sama kepada dua pelabur asing – Lend Lease, Australia dan Mulia Group, Indonesia.
Apakah ada kemungkinan Rajawali atau Sondakh sendiri akan menjadi pembeli seterusnya? Sondakh suka kepada urus niaga berkembar. Misalnya, selepas menjual syarikat telekomunikasinya, Excelcomindo Pratama, kepada Telekom Malaysia pada pertengahan tahun 2000, beliau membeli aset perhotelan Khazanah Nasional Berhad di Kuala Lumpur dan Langkawi.
Penjualan tanah yang diperoleh dengan harga murah dari kerajaan kepada pelabur tempatan dan asing dengan harga tinggi memperkukuhkan pendapat bahawa 1MDB adalah skim cepat kaya.
Kita tidak memerlukan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan kalau sekadar untuk beli tanah dan jual tanah macam orang kampung beli tanah dan pecah jadi lot untuk dijual.
Seorang pemaju hartanah Bumiputera yang pernah membeli tanah kerajaan untuk dimajukan berkata, apa yang dibuat oleh 1MDB sekarang tidak lebih daripada membeli tanah kerajaan dengan harga yang murah kemudian menilainya semula dan menjual sebagai lot pada harga yang berganda-ganda tinggi.
Katanya, siapa pun boleh melakukan kegiatan seperti itu tanpa memerlukan modal besar dan kepakaran. Tambahnya lagi, apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB tidak lebih daripada perniagaan atas angin atau perniagaan Ali-Baba.
Maklumat mutakhir pasaran berkata, 1MDB sedang berunding dengan beberapa buah syarikat swasta, GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sama ada untuk membeli atau membangunkan bersama tanah bandar Malaysia di jalan Sungai Besi itu.
Antara syarikat yang disebut sebagai berkemungkinan memajukan tapak Bandar Malaysia ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Malton Berhad yang dimiliki oleh billionaire Desmond Lim Siew Choon.
Laporan media pada tahun 2010 berkata, kerajaan bersetuju konsortium membabitkan 1MDB, LTAT dan Malton Berhad membangunkan Pangkalan TUDM Sungai Besi menjadi Bandar Malaysia.
Sementara itu, sumber-sumber perakaunan pula berkata apa yang sedang dilakukan oleh 1MDB sekarang adalah bagi menjustifikasikan aset, hutang dan tanggungannya supaya selaras dengan kehendak Suruhanjaya Syarikat dan mematuhi piawaian perakaunan negara sambil cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku kesalahan tadbir urus atau pelanggaran undang-undang.


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah PASMA masih nak guna logo kedai Malbari?

Posted: 16 Jun 2015 09:00 PM PDT



Sudah keluar hasrat untuk PASMA tukar jadi parti politik dan mahu jadi parti berbilang kaum. Samada ia bermaksud berbilang ugama masih tak terbaca pengesahan.

Jika betul berbilang kaum dan ugama, maknanya PASMA sudah salin betul kulit reptalia mereka yang pernah salahguna ugama untuk takfir orang Islam ketika dalam PAS.

Tak patut diguna logo kedai malbari ini.

Katanya sudah masa satu pakatan baru muncul ...


Cikgu Bard Simpson yg apa sebablah TV3 kasi dia coverage untuk balun Tun M dah kata demikian.


Tak kena langsung caranya hingga Proton pun nak dimangsakan. Banyak pihak boleh termalu nanti termasuk kerajaan.

1mdb tak harus dipolitikkan, Proton pun jangan. Si sampah masyarakat pun jangan kasi publisiti.

Berbalik cerita PASMA, adakah PASMA akan jadi kuda tunggangan DAP untuk perdaya orang Islam beri mereka kuasa?

Elok pakatan baru ni, DAP kuat dan rakan mereka lemah ... PKR dan PASMA. Layak pakatan baru panggil diri mereka BARISAN DIKUDA.

PKR, Azmin tak buat keputusan sebab ponggong berdarah

Posted: 16 Jun 2015 05:27 PM PDT


Tempoh hari, Azmin dicabar Tony Pua untuk buat pilihan antara PAS atau DAP. Dia tak boleh buat keputusan lalu bullshit pasal keputusan akan utamakan rakyat.

Ya lah semua pihak kata fikirkan rakyat. Apa pilihannya?

Perlu ingat kerajaan Selangor terletak dihujung tanduk ...


Semalam Rafizi kata PKR akan buat keputusan malam tadi.


Nampaknya Malaysia Insider terbaru melaporkan PKR masih tak berani macam Azmin untuk buat pendirian, jauh lagi pendirian.

DAP dah kata Pakatan dah mampus:


16/6 DAP declares Pakatan Rakyat no longer exists; party's CEC accepts PAS muktamar's motion to sever ties/STAR

Apa lagi ada pihak nak hujah PR ditubuh atas konsensus dan nak bubar pun mesti ada konsensus nak bubar?

Seorang dari ahli konsensus tak mahu bersama maka bubarlah. Jadi apa isu PKR nak buat keputusan?

Rasanya PKR masih berharap pada PAS sebab mereka tak ada jentera dsn pengaruh sangat dengan orang Melayu. Malah dikatakan cina lebih berkuasa di belakang tabir.

Teringat Azmin sambut baik ucapan Hadi yg kata PAS akan kekal dalam Pakatan. Beberapa hari lepas dia juga sambut baik PASMA. Semua kolam dia main.


Nampaknya Azmin yang dikatakan oleh orang UMNO yang benci Najib sebagai berpotensi untuk jadi PM takut buat keputusan.

Dahlah pernah dibawa ke hospital oleh kakaknya sebab ponggong berdarah. Bini pulak kasi boss balun. Kini tak boleh buat keputusan.

Rafizi tembam pun cara cakap macam sotong. Sama2 ponggong berdarah kot.

Tak boleh buat keputusan

AP UMNO, PAS minta TH tak jual tanah TRX, JOM KEMPEN KEKALKAN!!!!

Posted: 16 Jun 2015 12:29 AM PDT


Baca Azhari As Siddiq di SINI

Pandangan yg lebih mendalam dan teknikal oleh Bigdogdotcom SINI.

Harap kita ketepikan tindakan jahat penuh hasad dengki dan dendam oleh blogger Benchmark.

Tanah ini bernilai dan menguntungkan. Tabung Haji harus utamakan kepentingan penyimpan dan ketepikan politik.

Dato Jamil Khir hatus patuh tuntutan ini.


Ayuh blogger2 dan FB kempenkan tuntut TH kekalkan tansh TRX!!!!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GAMBAR GAMABR DI MARKAS BAKRI: WALAU DI "JEBONKAN", DI BARUAKAN DI KAPIRKAN, DI ANWARINASKAN , MEREKA TETAP HEBAT

Posted: 16 Jun 2015 07:02 PM PDT


 LAPORAN TMI

Pemimpin progresif PAS bakal tubuh parti, teruskan kerjasama DAP, PKR

17 Jun — Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu...



 KREDIT FOTO : AZHAN ABDULLAH & WAN FAUWDZIN

Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li

Posted: 16 Jun 2015 06:39 PM PDT



Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li

Gabungan politik serpihan BN – PR mungkin berlaku – Ku Li

Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."

"Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."

Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas.

Ditanya masalah siapa lebih besar, sama ada BN atau PR, Razaleigh ketawa dan berkata: "Saya tak tahu, saya tidak terlibat dalam masalah yang satu lagi. Saya cuma tahu masalah yang ini sahaja."
"Jadi, saya tak tahu yang mana lebih besar atau lebih kecil. Tetapi, masalah tetap masalah."

Beliau berkata, langkah PR membubarkan dirinya sesuatu yang "bagus" kerana ia boleh membantu mengukuhkan pembangkang.
"Saya fikir mereka mesti bersedia mengambil tindakan berani untuk memperkenalkan langkah yang selaras. Selaras dengan anak muda, terutamanya," kata putera Kelantan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pagi ini mengumumkan PR tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan "semua pihak" yang mahu melihat pemerintahan BN berakhir.

Dalam BN pula, Umno terus memainkan peranan yang dominan selepas parti komponen utama lain merosot teruk prestasinya pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

MIC, misalnya, dibelenggu dengan perebutan kuasa dan terdahulu hari ini menyingkirkan presidennya Datuk Seri G Palanivel dan melantik timbalannya Datuk Seri S Subramaniam sebagai pemangku.

Bulan lepas, Razaleigh menggesa agar parti berasaskan agama dan kaum dihentikan dan menggesa negara bergerak ke arah satu sistem terbuka yang menepati keperluan generasi muda Malaysia.

Beliau menambah, konsep yang berasaskan kaum hanya membawa kejatuhan, terutamanya bagi Umno, yang katanya menghadapi masalah melebarkan keahliannya dan menarik golongan belia.

Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan

Posted: 16 Jun 2015 06:36 PM PDT


Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan

Kerajaan Negeri Selangor stabil, PKR belum buat keputusan

Pengumuman Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli malam tadi bahawa parti itu belum membuat keputusan berhubung nasib Pakatan Rakyat menimbulkan spekulasi PR akan diteruskan oleh PKR dan PAS selepas DAP mengumumkan keluar pada 16 Jun lalu.

Sumber yang rapat dengan PKR mendakwa mesyuarat yang berlangsung selama 4 jam malam tadi tidak mengambil sebarang keputusan penting kerana Timbalan Presiden Azmin Ali tidak hadir dan beliau juga tidak berada di Selangor. Azmin dilaporkan masih menyokong PAS dilibatkan dalam PR dan tidak mahu gabungan itu berpecah di Selangor.

Perpecahan di Selangor akan menyebabkan pilihan raya negeri dan yang terburuk tentulah BN akan kembali berkuasa.

Sabotaj pilihan raya

Azmin juga didakwa lebih senang bekerja dengan PAS berbanding DAP. PAS tidak menuntut banyak perkara dalam kerajaan negeri, sebaliknya DAP menuntut dan tidak berkomproni dalam beberapa perkara.

Namun kebanyakan ahli Biro Politik PKR, badan tertinggi pembuat keputusan tidak lagi berminat untuk bekerjasama rapat dengan PAS setelah golongan ekstrem mengambil alih teraju parti itu dan menimbulkan pelbagai masalah.

Pemimpin PKR masih belum lupa sabotaj PAS dalam pilihan raya umum lalu yang membenarkan calon parti itu bertanding di kerusi yang dipersetujui PKR bertanding. Surat kebenaran bertanding dikeluarkan oleh sama ada Presiden Hadi atau Setiausaha Agung Mustafa Ali.

Kebenaran bertanding menyebabkan PKR kalah di DUN Kota Damansara dan Sungai Acheh serta di beberapa DUN di Terengganu. PAS juga menjadi penghalang kemasukan PSM ke dalam PR. PAS menentang parti berideologi sosialis. Sedangkan PAS sendiri pada kemudian hari ingin berbaik-baik dengan Umno.

PKR juga mempunyai rekod kerjasama buruk bersama PAS dalam Barisan Alternatif. Selepas DAP meninggalkan gabungan pada 2001 berikutan isu Negara Islam, PAS mengisytiharkan dokumen Negara Islam pada 2003.

Langkah itu tidak dirundingi bersama PKR. Cina dan India berhenti menyokong BA dan gabungan itu kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004. Hanya Dr Wan Azizah menang dengan 600 undi di Permatang Pauh.

Kerjasama lebih menguntungkan bersama DAP. Parti itu jelas memihak kepada kehendak rakyat berbanding PAS yang memihak kepada kehendak dua tiga orang pemimpin utama dan think tank parti.

Selangor stabil

Walau apa pun yang berlaku, Azmin tidak tergugat sebagai MB di Selangor dan DAP serta PAS masih menyokong beliau. PR tidak menandatangani dokumen bertulis sebagai satu parti, sebaliknya kerjasama longgar.

Dalam kerjasama longgar, maka mana-mana parti yang setuju untuk membentuk kerajaan negeri akan terus memerintah sehingga tamat penggal, melainkan parti di peringkat pusat memberi arahan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri.

Barangkali itu penyebab utama Azmin meninggalkan Selangor ketika mesyuarat Biro Politik PKR berlaku. Apa sahaja keputusan Biro Politik beliau tidak terlibat dan masih kekal sebagai MB yang tidak boleh diletakkan sebarang prasangka buruk oleh DAP mahu pun PAS.

Di peringkat pusat, PKR masih berbelah bahagi meneruskan kerjasama dengan PAS namun spekulasi menyebut arus kuat untuk memisahkan diri daripada PAS dan menunggu gabungan baharu terbentuk, mungkin selepas PasMa menubuhkan parti baharu selepas Aidilfitri.

AZMIN LARI MESYUARAT BIRO POLITIK?

Posted: 16 Jun 2015 03:36 PM PDT

1. Azmin tak hadir ke mesyuarat biro politik yang membincangkan kedudukan PKR dalam PR.

2. PKR memutuskan untuk bersama DAP. Bukan bersama PAS. Yakni PR memang dah bubar la.

3. PKR akan adakan sidang media khas pada esok hari. Ini aku dapat melalui sumber whatsApp.

4. Ada member bagi info juga. Yang Azmin p jumpa Hadi. Dia sambut/jumpa Hadi kat airport. Gambar takde. Setakat sebaran wassap je. Wassap aku dah jadi macam media gosip. Macam2 berita/cerita masuk. Huhu.

AMANO WORLD



Daurah Ilmiah 3, 4, 5 "Siri Akhir" - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Posted: 16 Jun 2015 06:31 AM PDT








Pakatan dan BN kucar-kacir, segalanya berkemungkinan, kata Ku Li

Posted: 16 Jun 2015 04:45 AM PDT

http://wrlr.blogspot.com/2015/06/unity-bid-to-drive-malaysias-pm-najib.html


Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015. 

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Jun, 2015.


Kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) berada dalam kucar-kacir ketika ini, dan ia "mungkin" menyebabkan satu penjajaran semula politik, kata ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
  Katanya, semua parti melalui proses evolusi masing-masing dan dalam politik, tiada apa yang kekal.

"Kita dalam BN ada masalah kita, jadi kita tiada bezanya (dengan PR). MIC ada masalah. Umno pun nampaknya ada (masalah) juga," kata ahli Parlimen Gua Musang itu ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.


Ditanya sekiranya keadaan ini akan mengakibatkan penjajaran baru dijalinkan antara parti politik sedia ada, beliau menjawab: "Saya tak pernah dengar sesuatu itu mustahil. Dalam politik, segalanya berkemungkinan."
  "Dan, tiada apa yang kekal. Seorang sahabat hari ini boleh menjadi musuh esok. Seorang musuh esok boleh jadi kawan rapat pada hari berikutnya."

Khabar angin mengatakan, Razaleigh, lebih popular sebagai Ku Li, akan dilantik mengetuai kerajaan perpaduan yang mungkin ditubuhkan, satu langkah yang dipersetujui termasuk oleh veteran DAP Lim Kit Siang bulan lepas. – 16 Jun, 2015.
MENYUSUL LAGI

BARISAN PAKATAN SELEPAS AIDILFITRI AKAN LEBIH BESAR TANPA PAS TERMASUK SABAH DAN SARAWAK.

Posted: 16 Jun 2015 04:14 AM PDT

 

 

 

"Berkemungkinan berlakunya pilihanraya di Selangor tidak mungkin terjadi kerana kedudukan kerusi  PKR13   dan DAP 15  serta 2 Ahli PAS yang dibaruakan oleh Presideng PAS lalu. Gabungan selepas Aidil Fitri akan merangkumi beberapa parti pembangkang termasuk Sabah dan Sarawak tanpa PAS. Penubuhan sebuah parti Islam Porgresif dan moderat gabungan ulamak dan profesional yang tidak akan menjadikan agenda Melayu dan untuk menghormati Umno dan bersatu bersama Umno , akan menjadikan gabungan ini sebuah gabungan yang lebih besar.PAS secara sendirinya dibawah kepimpinan "ulamak" akan terpinggir dan bebas memilih hala tuju sendiri sendiri". 

 

 


Pakatan tak wujud lagi, umum DAP

DAP hari ini mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.
"Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar PAS secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud," kata setiausaha agungnya Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

Lim berkata, ketika penubuhannya, dicapai untuk mendukung prinsip muafakat dan kepercayaan bersama bersama demi membawa era baru politik yang telus dan bertanggungjawab.

Bagaimanapun, tambah Lim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun lepas gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan, antaranya dalam isu krisis menteri besar Selangor.

Keadaan itu, tambah Lim, menyebabkan gabungan itu hampir lumpuh.

Perkara itu, jelas Lim diburukkan lagi dengan kesediaan Hadi membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno serta menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di tengah-tengah kontroversi 1MDB.

Tidak terkecuali, Lim juga membangkitkan soal pelaksanaan hudud apabila pindaan enakmen Kelantan dan usaha mengemukakan rang undang-undang persendirian di parlimen tidak dibincangkan terlebih dahulu. -mk




Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

"DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua," katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk "membentuk semula" kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan.
-mk


PKR arah tutup mulut, mesyuarat malam ini

PKR mengarahkan pemimpinnya di semua peringkat menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kedudukan Pakatan Rakyat sehingga parti itu memuktamadkan tindakan mereka.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata biro politik PKR akan bermesyuarat malam ini di ibu pejabatnya di Petaling Jaya susulan pengumuman DAP bahawa Pakatan tidak lagi wujud.

"Pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan," katanya.
-mk

KREDIT KELAB GREENBOC

VIDEO: Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?

Posted: 15 Jun 2015 10:54 PM PDT






Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?
Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?

Bunyi misteri di langit Kota Kinabalu petanda gempa?

Rakaman video suara misteri seperti bunyi trompet dari langit di Kota Kinabalu, Sabah pada Jun 2015 menjadi viral di internet sejak beberapa hari lalu.

Insiden tersebut dipercayai berlaku susulan gempa bumi kedua terkuat melanda Ranau, Sabah pada 13 Jun 2015 lalu.

Rakaman yang dimuat naik dalam you tube tersebut didakwa dibuat di taman perumahan sekitar Tuaran, Kota Kinabalu Sabah.

Video berdurasi 1 minit 39 saat itu memaparkan seorang lelaki terpinga-pinga mendengar bunyi kuat dan memandang ke arah lengkungan langit berwarna biru.


Bagaimanapun, tiada saksi lain kelihatan dalam rakaman tersebut sehingga menimbulkan keraguan audio rakaman bunyi "misteri" dari luar negara telah disunting dan diserap masuk ke dalam video tersebut.

Sebelum ini, bunyi misteri dari langit juga dilaporkan pernah didengar di beberapa tempat di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Jerman








Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Posted: 15 Jun 2015 10:51 PM PDT

Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998
Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Road tour profesional PAS ulangi Reformasi Anwar 1998

Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.

Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat.

Ceramah Mat Sabu di kota Bharu
Ceramah Mat Sabu di kota Bharu

Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta. Mat Sabu menjadi tumpuan utama.

Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.

Gelombang Anwar

Hal yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin 



0 
mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.

Mulai 5 September 1998, Anwar bergerak dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk berceramah di Masjid Negara dan menganjurkan perhimpunan raksaksa 100,000 di Dataran Merdeka yang menjadi simbol kebangkitan besar-besaran penentangan ke atas kekuasaan Dr Mahathir.

Dalam setiap destinasi ceramah Anwar, pendengar bertambah dan penyokong yang menentang Mahathir semakin padu. Akhirnya gelombang itu diterjemahkan ke peti undi pada pilihan raya umum 1999. Umno ditolak Melayu. Barisan Alternatif mendapat 60 peratus sokongan Melayu.

Sama gagah

Gelombang yang mengiringi Mat Sabu kelihatan hampir sama hebat seperti mengiringi Anwar. Ceramah kedua di Kota Bharu semalam dihadiri oleh ribuan penyokong dan rakyat biasa yang ingin tahu perkembangan politik PAS.

Tidak mustahil jelajah Mat Sabu ke seluruh Semenanjung akan menghimpunkan gelombang politik yang lebih besar. Teori ini dikukuhkan lagi dengan gambar hadirin yang menghadiri ceramah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad di Seremban beberapa hari sebelum itu. Hanya 30 orang.

Berbeza dengan Umno pada 1998 yang mempunyai polis untuk menyekat kemaraan Anwar yang dikhuatiri mencetus revolusi seperti di Indonesia, PAS tidak mempunyai polis dan penjara untuk menyekat Mat Sabu.

Titik ledak

Tidak dapat ditolak kemungkinan dalam sebulan dua daripada sekarang akan berlaku revolusi dalam PAS. Pimpinan ulama yang berkonspirasi menyingkir puak profesional tentu tidak menjangkakan Mat Sabu akan melancarkan siri jelajah. Mereka juga terkejut begitu ramai ahli PAS yang tidak walak mendengar ceramah bekas presiden parti itu

Kini, segalanya sudah terlambat. Mat Sabu akan mencetuskan apa yang dicetuskan Anwar 17 tahun lalu. Ketika itu PAS menumpang gelombang tersebut untuk meraih populariti. Hari ini, Pakatan Rakyat boleh menumpang gelombang profesional PAS untuk menerangkan isu-isu semasa.

Gelombang penolakan terhadap puak ulama PAS ini akan menjadi gelombang besar menolak BN. Akhirnya suasana beku, membosankan serta polemik tanpa kesudahan dalam Pakatan Rakyat menemui titik ledaknya.

Dan titik ledak itu berupa kebangkitan rakyat menentang sesiapa sahaja yang melakukan atau menyokong kezaliman!

Syabas Abang Mat!

VIDEO: Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno

Posted: 15 Jun 2015 10:44 PM PDT










Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno
Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno

Mat Sabu: Tak sokong pemimpin PAS berbaik dengan Umno

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini… No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi… 'how can', mana boleh… Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai.

Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka.

Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Selepas 25 tahun perintah Kelantan, macam-macam kita boleh buat. Cuti dua hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, tubuh pajak gadai Islam, pindah akaun dari bank riba kepada bank Islam.

"Kenapa kita boleh kata tak mahu pergi ke Putrajaya kalau tidak dapat laksana hudud?" soal Mat Sabu terhadap sikap sesetengah pemimpin PAS yang melihat perjuangan parti itu hanya untuk melaksanakan hudud semata-mata.

Sekarang, katanya, terbukti apa yang dijanjikan Umno untuk membantu dalam pelaksanaan hudud adalah bohong semata-mata dan hanya bertujuan memecahkan PR.

"Kita sudah berada di ambang kuasa, ibarat naik pokok kelapa, dah sampai ke atas dan nak pulas buah kelapa saja. Tiba-tiba ada orang jolok punggung kita, itu tidak boleh lah," kata Mat Sabu menyindir pihak yang cuba memecahkan PR dan menyekatnya daripada mara ke Putrajaya.

Beliau juga membangkitkan mengenai usaha Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tergesa-gesa membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen tanpa berbincang dengan pemimpin parti lain dan PR kononnya selepas dijanjikan sokongan oleh Umno.

"Penggal dulu tak naik (usul ini), janji penggal ini pula. Sidang tinggal dua hari lagi, tak naik juga… ertinya Umno tipu kita.. Yang geramnya, kenapa kita percayakan Umno?" soal Mat Sabu penuh perasaan.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hina Wanita: Wanita PKR protes depan Parlimen, tuntut Bung ‘digantung’

Posted: 16 Jun 2015 09:32 PM PDT

Kira-kira 50 ahli Wanita PKR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen hari ini menuntut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin digantung kerana menghina Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Protes diketuai Timbalan Ketua Wanita PKR, Haniza Talha mencabar ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu bersemuka dengan mereka. Ia bertambah hangat dengan kehadiran Zuraida menyertai bantahan tersebut.

 "Kita dapat tahu Bung ada lalu sebentar tadi... tapi beliau tidak berani turun. "Saya cabar beliau turun bersemuka dengan kita," kata Haniza di depan bangunan Parlimen.

BTN bersikap perkauman, harus bubar, kata tokoh ‘moderat’ G25

Posted: 16 Jun 2015 09:27 PM PDT

Bekas diplomat Datuk Noor Farida Ariffin daripada kumpulan tokoh Melayu G25 hari ini melabelkan Biro Tata Negara (BTN) sebagai "ultra Melayu yang perkauman" dan menuntut agensi "anti-nasional" itu dibubarkan.

Ia susulan tindakan BTN mendakwa surat terbuka yang ditulis G25 tahun lepas, menggesa dialog rasional mengenai kedudukan Islam dan undang-undang Islam di Malaysia, merupakan punca wujudnya pluralisme dan liberalisme di negara ini.

 Noor Farida berkata, disebabkan sikap agensi itu serta tindakannya gemar melabel pihak lain, sesuatu yang menghairankan bagaimana Putrajaya boleh menggunakan dana awam menjalankan organisasi seperti ini.

 "Kita sangka dalam negara berbilang kaum dan agama seperti kita ini, kerajaan akan berusaha gigih menggalakkan keterangkuman di antara semua kaum.

"Tetapi, daripada mempromosi perpaduan negara, biro ini sebaliknya melemahkannya. Konsep seperti 'Ketuanan Melayu' nampaknya menjadi agenda utamanya.

Apa sudah jadi kepada Kementerian Perpaduan Negara? Ia kini sudah tak jadi apa-apa," katanya kepada The Malaysian Insider. G25, yang terdiri daripada kakitangan awam bersara dan pemimpin berpengaruh, dalam satu surat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani ketegangan agama dan kaum dan membimbing Malaysia kembali kepada kesederhanaan.

Read More / Baca Lagi >>

PAS Tidak Keluar Daripada Pakatan Rakyat - Nasrudin

Posted: 16 Jun 2015 09:19 PM PDT

DAP buat keputusan betul - Nik Abduh

Posted: 16 Jun 2015 09:17 PM PDT

Himpunan DESPERADO & hero ego .....

Posted: 16 Jun 2015 09:14 PM PDT

Himpunan DESPERADO & hero egoMSO

Esok umat Islam akan mulai berpuasa. Puasa adalah rukun Islam yang ke tiga dalam kerangka pembentukkan akidah dan saksiah Islam. Menjelang beberapa jam kita akan mulai menjelani ibadat tahunan itu telah berlangsung dua majlis politik malam tadi, keduanya membabitkan himpunan oleh ahli dan penyokong Parti Islam seMalaysia (Pas).
Satu berlangsung di Bakeri Muar Johor, satu lagi di Marang Terengganu. Himpunan di Johor digerakkan oleh bekas pemimpin Pas yang kalah dalam perebutan jawatan pada mukatamr ke-61 lalu.
Manakala himpunan di Marang Terenganu diadakan oleh pimpinan baharu Pas, mereka yang menang dalam pemilihan itu sebagai balasan langsung kepada himpunan di Muar itu. Balasan langsung saya kata kerana mereka memilih tarikh dan masa yang sama sedang majlis di Bakeri itu ditetapkan lebih awal.
Himpunan itu jelas sekali kontradik tujuan dan maksudnya di antara satu sama lain. Ini sangat menyedih dan memilukan, hati seorang tua seperti saya yang sudah lebih setengah abad menjadi pemerhati kepada perjalanan parti berkenaan, terhias kepiluan malam tadi.

Himpunan malam tadi, atas di Muar bawah di Marang.
Himpunan itu tidak sepatutnya berlaku, apa lagi oleh kumpulan yang sama, kumpulan yang mengakui untuk memperjuangkan Islam dan yang mengakui mempunyai warna dan bau persaudaraan yang tiada beza. Apa lagi di ambang Ramadhan ini, sepatutnya mereka berada dalam satu himpunan untuk sama-sama menyambut kehadiran Ramadhan al Mubarak, majlis memegang puasa, bukan majlis menghunus pedang jihad yang berbeza dan saling mengacukan ke dada antara mereka.
Kita faham kedua pihak yang bertanggungjawab menganjurkan majlis itu percaya tindakan mereka adalah betul dan benar dengan mengharapkan keredhaan Allah, sebabnya tidak ada manusia yang waras dan mengakui beriman kepada Allah s.w.t. melakukan sesuatu yang bertentangan dengan anjuran syariat Islam. Apabila ia berlaku demikian, apakah tidak boleh untuk kita mengatakan, kedua pihak sudah kabur mata zahir dan mati hati daripada mencari penyelesaian baik. Apakah mata batin mereka sudah dipadam oleh selimut syaitan?
Read More / Baca Lagi >>

RUU hudud Hadi disenarai dalam perkara terakhir sekali lagi

Posted: 16 Jun 2015 09:11 PM PDT

Rang Undang-undang Persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai hudud, tersenarai lagi dalam kertas perintah persidangan Parlimen - dua hari sebelum sidang semasa Dewan Rakyat dijadual tamat.

Rang undang-undang (RUU), Perkara No 28, adalah perkara yang terakhir dalam kertas perintah tersebut, yang bermakna ia mungkin tidak sempat dibentangkan. Masih ada 12 lagi RUU kerajaan untuk dibahaskan menjelang hari Khamis.

Hadi (gambar), ahli Parlimen Marang, memperkenalkan RUU itu pada Mac 18. Ia hanya tersenarai dalam kertas perintah itu pada 7 April, juga sebagai perkara terakhir, dan tidak sempat dibentangkan.

RUU itu bertujuan untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk membuka jalan bagi pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.
Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah untuk mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, Ini dikenali sebagai peraturan 3:5:6.

Hadi mahu menggantikan Seksyen 2 dan Seksyen 2A Akta itu untuk membolehkan Mahkamah Syariah menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993.

Undi majoriti mudah diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang itu.

Dua sesi ceramah perlihat dua wajah PAS

Posted: 16 Jun 2015 09:09 PM PDT

Dua ceramah penting PAS berlangsung malam tadi - satu di Pantai Timur dan satu lagi di Selatan tanahair.

Di Rusila, Terengganu, ribuan berpusu-pusu ke Dewan Tok Guru untuk menghadiri "Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan".

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir di majlis itu bersama barisan anggota baru jawatankuasa pusat PAS yang dipilih dalam muktamar parti itu pada awal bulan ini.

Manakala di ibu pejabat PAS kawasan Bakri, Muar, Johor, pula suasananya amat berbeza sama sekali.

Barisan penceramah yang diketengahkan di majlis itu yang dinamakan 'himpunan jasamu dikenang", terdiri daripada pemimpin yang ditolak dalam pemilihan PAS yang lalu.

Read More / Baca Lagi >>

Nothing2Hide Forum for Mahathir soon

Posted: 16 Jun 2015 09:08 PM PDT

Chegubard emerges as Lim Kok Wing II to get the former Prime Minister to come clean on misadventures during his time in office.
mahathir, Chegubard
KUALA LUMPUR: A political analyst has observed that Prime Minister Najib Abdul Razak's media adviser Lim Kok Wing may have even been found wanting, so quick so soon, given the presence of Chegubard, dubbed Lim Kok Wing II, who has come lately to the Prime Minister's defence in taking on former Prime Minister Mahathir Mohamad.
"It seems that Chegubard cannot resist entering the increasingly heated debate – albeit of late via blogs — between Najib and Mahathir," said political analyst Shahbudin Husin. "While the rest of the Opposition and Mahathir see Najib as their common foe, Chegubard on the other hand wants to provide the Prime Minister with a crutch and oxygen so that he can breathe easier."
Chegubard or Badrul Hisham Shahrin, for those unfamiliar, heads Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) a pro PKR NGO. "Although he has been suspended by PKR over his allegations of irregularities during the recent party polls, he's still a member," said Shahbudin.
Chegubard's latest attempt, said the analyst, was an offer to arrange another Nothing2Hide Forum but this time with a difference. Former Prime Minister Mahathir Mohamad has to turn up for a public grilling and to give an accounting on his 22 years in office. "Mahathir will be part of the Panel but to take questions and provide answers."
Anyone will see Chegubard's attempt as "cencaru makan petang" (good effort but coming late in the day) and "memasang lukah di pergentingan" (trying to profit from someone's – read Najib's — sorrows). "Mahathir's attacks are driving home in concert with the Opposition and the people are increasingly rejecting Najib."
It's no longer relevant, added the political analyst, to focus on the Mahathir administration. "The issue at the moment and the focus of the people was the Najib administration which was worrying everyone."
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu to gauge support for new party

Posted: 16 Jun 2015 09:07 PM PDT

Former PAS deputy president will continue to work with other parties, including DAP, to replace the government.
Mat Sabu
MUAR: PAS ex-deputy president Mohamad Sabu said he and other leaders ousted in the party elections are going to the grassroots to gauge their support to form a new party.
"We will decide in a month or two on forming a new party," Mat Sabu told reporters after a PAS appreciation programme in Bakri here last night.
Also present at the function were the party's former vice-president Salahuddin Ayub and central committee members Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad, Hatta Ramli, Mujahid Yusof Rawa and Mohammad Nizar Jamaluddin.
Others were former Kedah PAS commissioner and Pokok Sena MP Mahfuz Omar, and former Johor PAS commissioner Aminolhuda Hassan.
Mat Sabu, who is also former Penang PAS commissioner was asked whether DAP's declaration yesterday that Pakatan Rakyat did not exist anymore would prompt them to form a new party and a new alliance.
Read More / Baca Lagi >>

NAZIR RAZAK THE NEXT PM? Youngest brother forms new party as NAJIB TOTTERS

Posted: 16 Jun 2015 09:06 PM PDT

NAZIR RAZAK THE NEXT PM? Youngest brother forms new party as NAJIB TOTTERSAsia Sentinel 

 Banking executive Nazir Razak, the Malaysian prime minister's brother, has been quietly meeting with business leaders in his UK headquarters and in Kuala Lumpur to attempt to form a well-funded new, nonpartisan political entity to reach out to all races and to end the divisive racial politics that have poisoned the atmosphere of the country.
Nazir, 49, is said to have been meeting with moderates including Chinese leaders in the campaign to formulate the new political party, which would, if successful, dramatically redraw the country's political landscape, fracturing party lines laid down before the British colonists handed Malaysia back to its own people in 1957.
The plan is considered a long shot. But as an indication of how desperate the group is over the current situation, Nazir would be not only going against his brother but against the legacy of his own father, Tun Abdul Razak Hussein, one of the founders of UMNO who served as the country's second prime minister.
Public face to be Saifuddin

Saifuddin Abdullah
Nazir is said to want to remain in the background, restrained by sentiments over his father's role in the founding of the country. However, reports of the plan have been widely circulated in Kuala Lumpur although Nazir is expected to publicly deny involvement. Instead, the public face is expected to be Saifuddin Abdullah, a former UMNO minister described as one of the more moderate and liberal-minded politicians in the party.
After leaving parliament, Saifuddin joined the University of Malaya as a research fellow but resigned to protest the forced resignation of Mohamad Redzuan Othman, a social sciences professor who was directed to quit after conducting studies that were critical of the government. However, Nazir's friends have advised him that he must emerge as the prime mover or it won't work. Saifuddin, as much as he is respected as a moderate, doesn't have the widespread clout to attract support.
The apparent collapse of the Pakatan Rakyat opposition coalition on May 16 appears to set the stage for a possible major political realignment, with the fundamentalist Parti Islam se-Malaysia, or PAS, seeking to make common cause with UMNO on the theory that the two could take the preponderance of the votes of the 60.1 percent of the population who are ethnic Malay, and preserve ethnic Malay political dominance.
Moderates to abandon traditional vehicles

Nazir Razak
That scenario is equally likely to drive moderates and ethnic minorities now aligned with UMNO – the Malaysian Chinese Association and the Malaysian Indian Congress – to seek a different and more viable political vehicle. The two wings of the opposition coalition, the Democratic Action Party and Parti Keadilan Rakyat, the centrist vehicle set up by the now-jailed Anwar Ibrahim, are expected to stay together although Parti Keadilan is riven by infighting as Mohamad Azmin Ali, the Selangor chief minister, vies for power with Anwar's wife, the party president, Wan Azizah Ismail.
Without Anwar, the party seems headed for paralysis, especially with the departure of PAS. Lim Kit Siang, the longtime leader of the Chinese-dominated DAP, has repeatedly called for a unity government but has been ignored. Tony Pua, a rising figure in DAP politics, has reportedly been approached by the moderates.
Read More / Baca Lagi >>

Umno: Parti adik PM tak akan bertahan

Posted: 16 Jun 2015 08:58 PM PDT

Seorang anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata penubuhan parti baru oleh adik perdana menteri pastinya akan memberi kesan besar kepada politik negara.

Katanya, adik PM, Datuk Seri Nazir Razak sememangnya berpengaruh, namun, parti seperti itu tidak akan bertahan lama jika ia hanya ditubuhkan atas rungutan yang timbul.

"Parti tidak boleh dibentuk atas rungutan. Sesebuah parti perlu dibentuk berdasarkan asas dan dasar yang kukuh kerana ini akan menentukan sama ada parti itu akan bertahan atau tidak.

Beliau memberi contoh, Semangat 46 yang terbentuk selepas Umno berpecah dua akibat pemilihan parti 1988.

"Banyak parti diketuai oleh tokoh besar namun asasnya tidak kukuh, akhirnya parti itu jadi kucar-kacir dan hancur," katanya.

Pertembungan politik di kalangan keluarga juga bukan satu perkara baru, katanya.

Beliau juga memberi contoh beberapa tokoh politik yang bersaudara teteapi berseteru dalam parti berbeza seperti Tan Sri Shahrir Samad dan Khalid Samad.

Read More / Baca Lagi >>

Adik PM rancang tubuh parti baru

Posted: 16 Jun 2015 08:57 PM PDT

Ahli pembankan Datuk Seri Nazir Abdul Razak, adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Abdul Razak telah memulakan inisiatif untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru untuk mendekati semua kaum, Lapor Asia Sentinel.

Laporan itu berkata parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.

Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti baru.

"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, atau ia tidak akan berhasil.

Read More / Baca Lagi >>

DAP lebih faham muktamar berbanding PAS, kata Khalid Samad

Posted: 16 Jun 2015 07:45 PM PDT

Bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad membidas sikap berdolak-dalik kepimpinan tertinggi PAS selepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 baru-baru ini.

Menurut ahli Parlimen Shah Alam itu, beliau tertanya-tanya di mana logiknya usul itu yang kini diletakkan di bahu Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

Katanya, kedua-dua badan itu hadir pada muktamar lalu dan tidak membangkang usul itu diluluskan tanpa perbahasan.

 "Dalam muktamar itu Majlis Syura Ulama ada atau tiada? AJK PAS Pusat ada atau tidak ada? "Kalau dalam muktamar mereka luluskan usul itu, takkan keluar muktamar dia nak tolak usul itu.

"Dengan sendirinya apabila muktamar luluskan maknanya Majlis Syura Ulama luluskan, AJK PAS Pusat luluskan, Dewan Ulama PAS Pusat luluskan, Dewan Muslimat Pusat luluskan, Dewan Pemuda Pusat luluskan.

"Seluruh perwakilan daripada seluruh negara, lulus dah. "Dah itu apa nak kata? Takkanlah pimpinan tidak faham proses muktamar ini?" katanya sewaktu berucap pada majlis "Malam Jasamu Dikenang" di Muar, Johor, malam tadi.

Katanya, tindakan DAP menerima usul itu dan mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat memberi gambaran parti itu lebih memahami PAS daripada PAS sendiri. "DAP pun lebih faham. DAP kata dah bubar dah tak ada apa-apa dah," katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), badan pembuat keputusan tertinggi parti itu, memutuskan menerima usul muktamar PAS itu mengenai hubungan kerjasama antara mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin progresif PAS bakal tubuh parti, teruskan kerjasama DAP, PKR

Posted: 16 Jun 2015 07:42 PM PDT

Pemimpin PAS yang dilihat mewakili kumpulan progresif yang tumbang dalam pemilihan parti diraikan di Muar, Johor, malam semalam. Beberapa antara mereka dilihat setuju dengan desakan supaya parti baharu ditubuhkan bagi meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015. 
Pemimpin PAS yang dilihat mewakili kumpulan progresif yang tumbang dalam pemilihan parti diraikan di Muar, Johor, malam semalam. Beberapa antara mereka dilihat setuju dengan desakan supaya parti baharu ditubuhkan bagi meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.

Beberapa pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan lalu tetapi masih popular di peringkat nasional bakal menubuhkan parti baharu meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR.
Ini dinyatakan secara terbuka tetapi juga secara "berkias" sebahagian mereka dalam satu majlis penghargaan dinamakan "Malam Jasamu Dikenang", di Muar, Johor malam tadi. 
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menggambarkan sebuah wadah baharu yang akan disertai golongan progresif PAS yang tumbang dalam pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menggambarkan sebuah wadah baharu yang akan disertai golongan progresif PAS yang tumbang dalam pemilihan parti baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.
"Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.
"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN). "Tiada pilihan lain, berilah kami sokongan dengan 'wadah' yang baharu dan kami akan bersama-sama saudara menjatuhkan Umno BN," katanya disambut tepukan gemuruh.
Sebahagian daripada ribuan yang hadir pada Malam Jasamu Dikenang meraikan pemimpin progresif PAS di Muar, Johor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.Sebahagian daripada ribuan yang hadir pada Malam Jasamu Dikenang meraikan pemimpin progresif PAS di Muar, Johor, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.
Pengumuman bersejarah ini dibuat pada hari sama DAP mengumumkan PR tidak lagi wujud dan hanya akan bekerjasama dengan pihak yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN) berakhir.  Nizar tewas pada peringkat kawasan Kampar dalam pemilihan PAS lalu bersama beberapa personaliti lain yang popular di peringkat nasional, sebahagian besarnya ahli Parlimen kanan parti itu.
Kekalahan itu berlaku akibat pengaruh kuat kumpulan konservatif yang hampir menyapu bersih semua jawatan dalam Jawatankuasa PAS Pusat pada muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini. 
Seorang lagi bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, pula membayangkan penubuhan parti baharu itu secara berkias.
Menurutnya, PAS kini dipimpin golongan "agamawan yang tindakannya tidak selari dengan keutamaan beragama" sekaligus "menguatkan prasangka terhadap Islam".
Menggunakan perkataan "wadah" yang turut digunakan beberapa pemimpin lain pada malam tadi, Hanipa berkata beliau kekal memperjuangkan sebuah parti Islam yang bertolak ansur dengan perbezaan dalam parti.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis Pakatan Rakyat: PKR sudah buat keputusan

Posted: 16 Jun 2015 04:43 PM PDT

Pengumuman akan dibuat dalam waktu terdekat selepas beberapa maklumat penting ditambah.
rafizi,pr
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai keputusan berhubung pendirian parti susulan perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR).
Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pihaknya perlu menambah beberapa perkara penting terhadap keputusan itu sebelum mengumumkannya pada waktu yang sesuai.
"Kita sudah dapat keputusan cuma ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi dan parti akan keluaran kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama pucuk pimpinan tertinggi PKR di Ibu Pejabat parti pada tengah malam Selasa.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dihadiri semua pemimpin tertinggi kecuali Timbalan Presiden, Mohamd Azmin Ali yang berada di Kelantan kerana menghadiri program.
Krisis dalam PR semakin memuncak apabila DAP umumkan gabungan pembangkang itu sudah tidak wujud lagi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai punca perpecahan.
Pas pula menegaskan mereka tidak akan keluar PR dan sedia bekerjasama dengan PKR untuk meneruskan agenda pembangkang.
Krisis itu dilihat mampu menyebabkan kerajaan PR di Selangor runtuh dan desas desus mula tersebar kemungkinan kerajaan perpaduan ditubuhkan di negeri itu sehingga Pilihan Raya Umum ke 14.

PKR penentu nasib Kerajaan Selangor, Pulau Pinang kata Dr Zuhdi

Posted: 16 Jun 2015 04:42 PM PDT

Keputusan PKR sama ada kekal atau keluar PR akan menentukan dua negeri yang dikuasai PR selamat atau sebaliknya.
suhaardi,PR
PETALING JAYA: Masa depan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kini bergantung sepenuhnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sekiranya PKR juga menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) maka Kerajaan Selangor akan berhadapan masalah besar.
Katanya, jika PKR membuat keputusan kekal bersama PR, parti itu perlu membuat pendirian sama ada menerima atau tidak DAP dalam pentadbiran negeri.
"Kini terpulang kepada PKR untuk menentukan nasib kerajaan Selangor.
"Jika PKR kekal bersama Pas dalam PR, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap kerajaan Pulau Pinang.
"Peranan PKR akan menentukan negeri manakah akan goyah sama ada Selangor atau Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan yang disiarkan Facebook Dewan Ulama Pas Pusat.
Mohd Zuhdi berkata, DAP terpaksa menarik diri daripada PR selepas segala usaha provokasi terhadap Pas supaya keluar pakatan pembangkang tidak berjaya.
Katanya, DAP keluar pakatan pembangkang bukan perkara baru kerana pada 2002, parti itu menarik diri daripada Barisan Alternatif (BA) meninggalkan Pas dan PKR berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2004 dan 2008.

Rafizi: 'Sudah dapat keputusan cuma...'

Posted: 16 Jun 2015 04:26 PM PDT

PR
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyatakan bahawa PKR sudah menemui jawapan mengenai pendirian parti itu berkenaan isu hubungan dalam Pakatan Rakyat‎.
 
Namun, ujarnya masih terdapat sedikit kelompongan yang perlu diperbincangkan dan diperhalusi. 
 
‎"Kita sudah ada mesyuarat yang panjang dan sudah dapat keputusan cuma... ada beberapa perkara yang perlu dirundingkan dan dibincangkan sedikit lagi," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR lewat malam tadi.
 
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, parti akan mengeluarkan kenyataan rasmi sedikit masa lagi.
 
‎"Parti  akan keluaran kenyataan dalam masa yang difikirkan sesuai, ‎yang lain itu semua dalam ilmu ALLAH," katanya.
 
Mesyuarat yang berlangsung hampir empat jam itu turut melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan beberapa orang lagi pemimpin kanan PKR. 
 
Bagaimanapun kelibat Timbalan Presiden PKR , ohamed Azmin Ali tidak kelihatan.
 
‎Hanya Rafizi yang menjawab pertanyaan media, pemimpin yang lain enggan mengulas.

'Tak apa, itu pandangan DAP', kata Azmin

Posted: 16 Jun 2015 04:25 PM PDT

Azmin Ali 
KOTA BHARU - Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan DAP tentang tiada lagi wujud Pakatan Rakyat yang membentuk kerjasama antara PKR, Pas dan DAP, hanya pandangan DAP.

"Tak apa, itu pandangan yang dikemukakan DAP. Kalau nak tanya pandangan saya, rujuklah kenyataan Presiden (PKR) (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semalam," katanya kepada pemberita di sini, malam ini.

Mohamed Azmin yang enggan mengulas lanjut, berkata PKR telah membuat pendiriannya iaitu melalui Presidennya.

Dr Wan Azizah dalam kenyataannya semalam berkata semakan semula bentuk kerjasama itu perlu dilakukan untuk memperkukuh kesemua parti dalam pakatan itu selaras dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa PKR melihat keperluan mendesak untuk menyemak semula bentuk kerjasama kesemua parti dalam Pakatan Rakyat. 

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud sesuai dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam.  - Bernama

Pemerhati: Azmin sebagai MB mungkin tak terjejas

Posted: 16 Jun 2015 04:24 PM PDT

Kedudukan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor tidak mungkin terjejas dengan berakhirnya riwayat Pakatan Rakyat.

"Beliau hanya boleh disingkirkan melalui usul undi tidak percaya di dewan undangan negeri, tetapi ini tidak mungkin berlaku," kata Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, ketua Kluster Tadbir Urus, Undang-undang dan Pentadbiran Awam, Majlis Profesor Negara.

"DAP hanya berkata Pakatan tidak lagi wujud. Parti itu tidak berkata ia tidak akan menyokong Azmin. Adalah difahamkan, PKR, dengan Azmin sebagai timbalan presidennya, mempunyai hubungan baik dengan DAP dan PAS," katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata Azmin mungkin dipanggil menghadap oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memberi penjelasan tentang keadaan yang wujud.

Para pemerhati percaya Azmin tidak akan menghadapi banyak masalah untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti sama ada dengan adanya atau tiadanya Pakatan Rakyat.

Kata mereka, Pakatan Rakyat tidak didaftarkan sebagai sebuah parti gabungan, tetapi hanya merupakan suatu pakatan longgar yang ditubuhkan pada April 2008.

Nik Ahmad Kamal mengulas tentang pengumuman DAP bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud setelah Muktamar PAS meluluskan resolusi yang menggesa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Read More / Baca Lagi >>

Hancurkan Pakatan, DAP jangan konfiden sangat

Posted: 16 Jun 2015 04:16 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Pakatan Rakyat sudah tidak ada lagi. DAP malam tadi dalam mesyuarat tertingginya telah membuat keputusan Pakatan itu sudah tidak wujud lagi. Sehubungan itu Guan Eng menyerahkan kepada Mohamed Azmin Ali untuk menyusun semula kerajaan Selangor.

 Memahami makud Guan Eng itu, DAP sudah tidak mahu lihat muka Pas lagi dalam kerajaan Selangor. Perkara utama yang diigin diberesi ialah kedudukan tiga orang Exco daripada Pas. Dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Pas mempunyai tiga orang Exco, Dr Ahmad Yunus, Mohd Zaidy Abdul Talib dan seorang lagi.
Selain itu wakil Pas juga menduduki timbalan spekaer DUN Selangor. Hasil daripada pertukaran MB daripada Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali, Pas kehilangan satu jawatan Exco.

Sudah tentu gesaan Guan Eng itu merupakan sesuatu yang berat kepada Azmin. Orang paling delima waktu ini ialah Azmin. Azmin harus bijak melayani gesaan DAP itu, tanpa tidak melihat kepada Pas yang sudah dijauhi DAP. Apun pun keadaan Azmin harus sedar yang perhubungan antara partinya dengan Pas masih wujud. Yang putus hubungan dengan Pas, DAP bukan DAP.

Mungkin dari segi amalannya, arahan Guan Eng itu tepat, kerana Pas telah pun memutuskan hubungan dengan DAP. Walaupun ia belum muktamad, dari segi teknikalnya tetapi itulah hakikat, bahawa Pas dan DAP sudah tidak terikat dengan apa-apa persefahaman dan perasaan lagi. 

Apa yang perlu difahami, sepatutnya untuk membubarkan Pakatan Rakyat bukan hak eksklusif DAP, tetapi ia adalah hak inklusif bersama. DAP atau Guan Eng tidak boleh mengambil kira kerana parti itu mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor maka ia boleh membuat arahan berupa tekanan kepada Azmin.

Pas juga berhak ke atas kerajaan di Selangor itu. Walaupun dua wakilnya sudah menjadi bebas, tetapi dari jumlah kerusi Pas masih berkedudukan hampir sama rata dengan PKR dan DAP. Pas kini mempunyai 13 kerusi, apabila dua wakilnya digantung. Kesilapan Pas disini ialah kerana mengantung Adun Hulu Kelang, Saari Sungip dan Adun Morib, Hasnol Baharuddin. Kalau tidak Pas masih dalam hakikat 15 kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Berkat 6% GST Malaysia ......

Posted: 16 Jun 2015 03:48 PM PDT




APA DAH JADI dgn laungan meroyan keramat "KETUANAN MELAYU" di PWTC !!!

Posted: 16 Jun 2015 03:45 PM PDT


PKR: Keputusan mesyuarat diumum masa sesuai

Posted: 16 Jun 2015 03:42 PM PDT

PKRPETALING JAYA, 17 JUN: Keputusan mesyuarat PKR  bakal diumumkan pada masa sesuai kerana ada beberapa perkara memerlukan rundingan lanjut dengan pihak terlibat.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, namun beliau bagaimanapun tidak memberitahu pihak mana yang terlibat dengan rundingan itu.
"Kita bermesyuarat panjang dan kita dah ada keputusan (tetapi) cuma ada beberapa yang perlu dibincangkan dan dirundingkan sedikit lagi.
"Parti keluarkan kenyataan dalam dalam masa difikirkan sesuai dan yang lain itu semua dalam ilmu Allah," kata Rafizi kepada media selepas menghadiri mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di sini, malam tadi.
Ketika ditanya keputusan mesyuarat malam ini sebagai positif, beliau hanya meminta pihak media menunggu kenyataan media dikeluarkan PKR.
"Kami semua (keluar mesyuarat dengan) senyum. Tunggu kenyataan," kata beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

PAC tegur 1MDB diaudit akhir sekali

Posted: 16 Jun 2015 03:40 PM PDT

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tan Seng Giaw menyanggah Kementerian Kewangan bahawa audit 1MDB belum dibuat kerana proses sama terhadap anak syarikatnya Edra Global Energy belum selesai.

Tan berkata beliau tidak setuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa syarikat induk 1MDB akan diaudit akhir sekali oleh firma Deloitte.

"Proses audit sepatutnya bermula dengan syarikat syarikat pemegangan dahulu.

"Prosedurnya salah," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Husni semalam berkata Deloitte sedang melaksanakan audit akaun 1MDB secara berperingkat bermula dengan aset tenaganya Edra Global Energy.

Husni berkata ini memandangkan 1MDB melibatkan akaun yang disatukan merangkumi pelbagai syarikat bawahnya dan memandangkan ia sedang disiasat oleh Jabatan Ketua Audit Negara.

Read More / Baca Lagi >>

PAC: Inisiatif PFI gagal tepati konsep

Posted: 16 Jun 2015 03:39 PM PDT

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpandangan Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang diperkenalkan kerajaan dalam usaha mendapatkan dana bagi membiayai aktiviti pembangunan projek-projek yang dikenalpasti tidak menepati konsep sebenar program itu.

Menurut PAC, walaupun inisiatif itu adalah konsep yang baik, namun konsep PFI yang dimaksudkan sebenarnya tidak digunapakai dalam pelaksanaannya.

"Pada pandangan PAC, program ini adalah pinjaman kerajaan yang 'off-budget'.

"Pihak swasta pula tidak membiayai kos projek yang dilaksanakan," demikian menurut laporan Jawatankuasa itu mengenai Prosedur Kawalan Pengurusan Syarikat Pembinaan PFI Sdn Bhd (PPFI) yang diedarkan di Dewan Rakyat semalam.

PPFI yang ditubuhkan pada 2006 merupakan Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle) (SPV) milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan bertujuan memperoleh dana bagi membiayai projek dan aktiviti yang dikenalpasti oleh kerajaan.

Isu pengurusan PPFI mendapat perhatian apabila tersenarai sebagai antara syarikat kerajaan yang mempunyai liabiliti tertinggi oleh Laporan Ketua Audit Negara 2013 (Siri 3).

PAC dalam laporan itu turut mempersoal mengenai perbelanjaan yang digunakan PPFI serta butiran peruntukan projek yang dibiayai oleh PFI yang tidak dibentangkan dalam Bajet dalam pembentangannya di Parlimen.

Read More / Baca Lagi >>