Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


TMJ - Don't use me to divert attention from 1MDB and other national issues

Posted: 15 Jun 2015 12:56 AM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SARAWAK REPORT tarikbalik posting; SR dan THE EDGE KANTOI menipu!!!

Posted: 15 Jun 2015 08:30 PM PDT


Posting Sarawak Report atas ini dulu digunakan sebagai menguatkan temberang bahawa Sarawak Report dan The Edge ada semua maklumat.

Kini sudah tidak ada lagi. Tengok ada lagikah posting February 12hb ini hari ini...




Posting Februari 12hb dah hilang, ditarikbalik. Penipu takut kantoi mcm blogger tarikbalik posting tiap2 2, 3 hari.

Posting penipu ini digunakan untuk takut-takutkan ahli-ahli korporat, Menteri dan ahli politik bahawa seolah-olah Sarawak Report, The Edge dan orang-orang tertentu punyai semua dokumen dan maklumat dalaman 1MDB.

Tak hairan jika ada pegawai di pejabat tertentu pun terpercaya.

Ini yang membolehkan orang percaya pada email palsu dan lain-lain laporan tipu oleh Sarawak Report dan The Edge tentang Good Star, Javaace, Ananda Krishnan, Goldman Sach, dan banyak lagi penipuan lain,




Dahlah pihak berkepentingan tidak saman maka membuat orang ramai dan orang yang konon bijak (tapi tertipu) percaya. Harap mereka sedia saman.

Malah ada ketua-ketua NGO ditipu seolah-olah orang tertentu sudah terima maklumat dan difahamkan sepenuhnya tentang 1MDB. Konon orang tertentu sudah terima laporan dari SB, MIO, BNM, AG, BTN, JASA, dan semua-semua agensi. Laporan semua teratur atas meja.

Maka percaya bagai nak gila lah dia seolah-olah apa yang dikatakan orang itu PASTI BETUL maka tanpa melihat dan baca dokumen, memahami cerita dan menganalisa sendiri, mereka percayai setia macam hamba dengan tuan.

Jika BNM baru nak masuk siasat dan sesetengah agensi pertahankan 1MDB, sahlah ketua NGO ditipu bulat-bulat.

Kalaulah betul semua dokumen ada, kenapa tidak didedahkan bukti kehilangan RM42 billion tersebut untuk salahkan penjelasan 1MDB. Setakat ini mereka hanya mampu spin ke isu lain, cuba persoalkan ini dan itu tapi tak ada pun berjumlah RM42 billion, dll. 

BUkan kecil anak jumlah RM42 billion. Deloitte boleh tutup macam mana berlaku pada Arthur  Anderson dalam skandal Enron.

Hati khinzir ...

Posted: 15 Jun 2015 06:26 PM PDT


Dari Sasterawan Negara ke Sasau-wan Gila

Posted: 15 Jun 2015 05:33 AM PDT




Ada lagi bebal tak faham FGV hanya keluar dari komponen indeks

Posted: 15 Jun 2015 12:30 AM PDT


• Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

• Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu.

• Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

SITUASI SEMASA SAHAM FGV

• Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

• Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

• Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

PUNCA KEJATUHAN SAHAM

• Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.

• Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

• Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

• Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.


Baca sepenuh di In deep Tots SINI




Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MAZLAN ALIMAN MELETAKKAN JAWATAN AJK PAS PUSAT

Posted: 15 Jun 2015 04:56 AM PDT

YB DATO' SERI TUAN GURU HJ.ABDUL HADI AWANG                                          
PRESIDEN
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Tkt.4, Pejabat Agung PAS Pusat
318 A, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

YB Dato' Seri Tuan Guru,
PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA KERJA (AJK)

Perkara diatas adalah dirujuk.

Setelah mengambil masa dan pertimbangan, saya membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai AJK berkuatkuasa serta merta (hari ini).

Saya amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan dalam pemilihan di Muktamar PAS Kali ke 61 baru-baru ini. Namun saya memohon maaf diatas keputusan yang saya ambil walaupun ianya amat sukar dan menyedihkan.

Sudah sampai masanya saya mesti memberikan lebih tumpuan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ketuai iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dan beberapa NGO lain antaranya Badan Prihatin Orang Asal (BATIN), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (PETAH) dan Pertubuhan Kampung Tradisi Dan Warisan Bangsa Malaysia (ANAK WARISAN) dimana saya adalah penasihat kepada NGO tersebut. Kesemua NGO ini telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Saya tetap bersama PAS walaupun sebagai ahli biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya ingin memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif menggabungkan NGO-NGO bagi menangani isu-isu kritikal seperti FGV, GST, kos sara hidup rakyat dan lain-lain dengan mekanisma yang lebih berkesan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato' Seri Tuan Guru yang telah memberi kepercayaan, tunjuk ajar dan sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang saya menjadi AJK. Saya memohon maaf diatas segala kesalahan, kelemahan dan keterlanjuran dalam tempoh saya menjadi AJK.

Sekian.

Yang Benar;

...........................
Mazlan Aliman

s.k : Setiausaha Agung

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Teguran saya dapat maklum balas kasar dari menteri?

Posted: 15 Jun 2015 05:46 AM PDT


JOHOR BAHRU - Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia, ujar Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor berkata, dia hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, sebaliknya dirinya diserang kerana peringatan itu.

"Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda.

"Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

"Anda seorang menteri tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat," katanya seperti dipetik dalam laman sosial Johor Southern Tigers di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata, dalam aturan dunia yang baru, dia membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing.

"Namun keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

"Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada ALLAH, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka.

"Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi," katanya.

Beliau berkata, akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang.

Katanya, semua rakyat Johor akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita.

"Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

"Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka.

"Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda," katanya.

Tunku Ismail mengakui boleh hidup dalam dunia dan kehidupannya yang selesa tanpa memikirkan permasalahan rakyat, namun memilih itu berbuat perkara sebaliknya.

"Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka.

"Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri," katanya.

Tunku Mahkota Johor turut menegaskan agar tiga menggunakannya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu 1MDB dan isu-isu nasional yang lain.

"Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti," katanya.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:53 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pembangkang Makin Tenat, Ketuanya Lari Bawa Diri Ke Luar Negara

Posted: 15 Jun 2015 09:52 PM PDT

Seronok Kit Siang Nampak Melayu Boleh Dipergunakan

Posted: 15 Jun 2015 06:17 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Dulu syetan, parasit .... sekarang intan payung?

Posted: 15 Jun 2015 05:40 PM PDT


Depa ni nak buat lawak ker apa? Sebelum muktamar puak-puak ni berkempen untuk jawatan parti, bukan main lagi melabel pihak yang tidak sehaluan. Bukan sekadar melabel ini golongan ulama dan ini golongan profesional... 
Tapi melabel dengan gelaran yang menghina dan cercaan nista yang amat keji!
Siapa yang menggelar Barua dan Broker kalau bukan Hj Hadi? Dialah yang gemar melabel anak buah sendiri.                                  Dialah juga yang kata 'Pengkhianat' kepada mereka yang pro-Pakatan dan digelar sebagai pro-DAP. Dialah yang kata nak singkirkan ahli Sekular...     Dialah juga yang gelar orang Tolol...Ini macamkah kelaku seorang Presiden parti Islam? Ulama taraf donia?
Yang mula melabel Munafiq Haraki siapa kalau bukan At-Takiri? Yang melabel Jemaah Jebon, siapa kalau bukan Mokhtar Senik. Mereka ini adalah pemain utama dalam kempen yang tidak beretika.



Ketika Multaqa Ulama SeMalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada 21 Februari 2015, perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah.Videonya di sini

Beginilah stendad ulama yang ada dalam PAS, konon nak perjuangkan Islam tapi lebih nak punahkan Islam.

Maka tidak hairanlah bila mana macai-macai ulama yang sebegini turut terpesona dan ikut melabel pihak lawan dengan gelaran Bapak Anjing, Lawan Ulama, Anti Hudud, Proksi Ketum, Liberal, Sekular, Syaitan.... alahai, belambak kalau nak ditulis tak cukup ruang!                                                                                                           Bila dah berjaya mempengaruhi jemaah bahawa golongan pro-Pakatan Rakyat adalah sekularis yang perlu disingkirkan dan tempat yang diidamkan dapat kepada mereka,  kini korang  nak berlakon jadi orang baik, pujuk rayu intan payung....peerah!

PENGUMUMAN ADAKAH BERITA INI BENAR?

Posted: 15 Jun 2015 02:16 AM PDT

Pengistiharan keluar Parti PAS beramai2 mlm ini bertempat di pondok bukit puteri brhampiran TUDM gong kedak besut....
ishhhh...org pondok pn keluar pas jgk...



 
Riak dan Imbas telah dapat ditekaGendang telahpun dipalu, menjemput para marhaenBergabung fikiran dan tenaga untuk sebuah perjuanganIslam bila berkuasa adalah : Akidah dan AkhlakIni rumusan dalam himpunan Terbuang Tapi Terbilang!Are You READY for new PR..?
Posted by Ibrahim Mat Isa on Sunday, June 14, 2015

PKR setuju semak kerjasama PR berdepan situasi semasa

Posted: 15 Jun 2015 01:59 AM PDT

PKR setuju semak kerjasama PR berdepan situasi semasa

PKR setuju semak kerjasama PR berdepan situasi semasa

PKR setuju semak kerjasama PR berdepan situasi semasa

Wujud keperluan mendesak untuk menyemak bentuk kerjasama Pakatan Rakyat susulan masalah dalaman yang melanda, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

"PKR mengakui bahawa wujudnya masalah dalam Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera para pimpinan untuk menangani masalah ini dengan penuh bijaksana.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan dalam perjuangan menuntut perubahan.

"Isu-isu bersama yang menuntut reformasi ekonomi dan pendidikan, pembanterasan gejala rasuah dan salah guna kuasa serta menentang kezaliman Umno-BN harus diperjuangkan terus," katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan di saat hubungan PAS-DAP semakin meruncing. Semua ini susulan muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Wan Azizah yang juga ketua pembangkang mengemukakan model pentadbiran Selangor sebagai bukti kejayaan kerana berpegang kepada dasar bersama Pakatan.

"(Model pentadbiran itu) telah menghasilkan kejayaan dalam beberapa dasar termasuk dasar perumahan, bantuan mikrokredit dan pendidikan mampan yang kini menjadi pemangkin dalam kita menuntut perubahan lanjut di peringkat pusat," katanya.

Sehubungan itu, MP Permatang Pauh itu menyeru kepada semua pimpinan tertinggi PKR agar berusaha menggilap dan memperkukuhkan muafakat yang dipupuk sejak 15 tahun yang lalu.

"Solidariti tahaluf siyasi (kerjasama politik) sebegini telah menangkap imaginasi rakyat dan memberikan harapan baru kepada Malaysia," katanya.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SANDIWARA batalkan jualan tanah 1MDB Tabung Haji di Parlimen

Posted: 15 Jun 2015 09:00 PM PDT


Gesaan ditimbulkan dalam Dewan Rakyat supaya cadangan penjualan Tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB seluas 0.63 kepada sebuah syarikat hartawan besar Indonesia dibatalkan kerana sekarang terfikir akan mendatangkan keuntungan yang besar di masa depan.
Ini adalah suatu pementasan kesepakatan sandiwara politik di Parlimen yang jelas kepada rakyat untuk membetulkan keputusan penjualan itu yang dibuat dalam keadaan panik untuk menyelamatkan kehilangan kepercayaan penabung kepada Tabung Haji dan juga menyelamatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dianggap berada di belakang pembelian itu.
Dalam keadaan panik keuntungan masa depan telah tenggelam.
Maka itu langkah untuk memulihkan keyakinan penabung dibuat dengan penjualan kepada hartawan yang dikatakan terkaya dari Indonesia yang muncol tiba-tiba dalam keadaan Tabung Haji terdesak.Semuanya berlaku dengan kelamkabut sekali.
Maka apakah jika cadangan penjualan itu yang digembar- gemburkan dengan publisiti besar-besaran dibatalkan tidak melibatkan imej negara dan tidak akan menghakiskan keyakinan pelabur asing terutama dari Indonesia sendiri ?
Adakah anggota -anggota Parlimen yang disepakatkan utuk mementaskan sandiwara di Parlimen itu memikirkan akibat ini semata-mata kerana hendak menunjukan Tabung Haji telah membuat suatu urusan perniagaan yang betul dengan IMDB yang sedang menghadapi krisis keyakinan negara sekarang? atau demi untuk memulihkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengikut nilai pemikiran Menteri Agama.
Apakah dengan desakan ini tidak menjejaskan Imej Pengerusi Tabung Haji yang juga anggota Parlimen dan juga Lembaga Tabung Haji yang membuat keputusan penjualan itu?. Siapakah yang melantik pengerusi ini jika terdapat ketidak kebijaksanaan dalam keputusan Lembaga Tabung Haji yang melibatkan keyakinan penabung? Atau ini langkah untuk membersihkan semula imej Lembaga dan pengerusinya supaya beliau terus kekal sebagai Pengerusi Tabung Haji?
Read More / Baca Lagi >>

Laporan ‘Gerakan Indie’ BTN bazir dana awam

Posted: 15 Jun 2015 08:57 PM PDT

FahmiKUALA LUMPUR 16 JUN: Laporan Biro Tata Negara (BTN) tentang fenomena 'Gerakan Indie' khususnya dalam bidang penulisan sastera alternatif hanya membazir wang rakyat selain menyekat suara anak muda, kata Fahmi Fadzil.
Pengarah Komunikasi KEADILAN itu berkata, selain tidak menyeluruh, laporan itu juga salah dari segi fakta bahkan tidak masuk akal, serta umpama menyenaraikan siri 'sasaran' di kalangan pengkarya dan penerbit buku bukan arus perdana.
Menurutnya, laporan tersebut juga seperti cuba mewujudkan suasana 'ephebiphobia' – ketakutan tidak rasional terhadap anak muda – di kalangan penjawat awam dan kakitangan kerajaan yang bakal diindoktrinasi agensi tersebut.
"Bukankah laporan ini membazir dana awam, mengelirukan, dan tidak membantu memahami isi hati anak muda generasi 'Millenial' dan yang seterusnya? Saya pasti orang ramai ingin tahu berapa banyak dibelanjakan BTN untuk menerbitkan laporan ini.
"Apa pandangan saudara Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan tentang perkara ini? Adakah beliau bersetuju dengan cara BTN 'mengkambing-hitamkan' pengkarya dan penerbit buku muda?" kata Fahmi dalam kenyataan.
Laporan berkenaan yang dikeluarkan di laman BTN petang semalam menggesa kerajaan mengharamkan buku terbitan penerbit Indie kononnya didakwa memberi kesan negatif kepada kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

TMJ memang salah, kata Nazri

Posted: 15 Jun 2015 08:56 PM PDT

Menteri lantang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terus tidak mempedulikan kritikan padanya kerana memberi amaran supaya Tunku Mahkota Johor tidak campur tangan dalam politik atau 'dibelasah'.

"Saya boleh faham jika putera itu kata 'saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir'. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.

"Tetapi dia kata, 'sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.

"Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kerana dengannya," kata Nazri kepada Malaysiakini semalam.

Nazri juga berata kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan sultan Pahang kepada Najib kerana menjadi kebiasaan istana menyokong pemimpin dipilih rakyat dalam sebuah sistem raja berperlembagaan.

Islam hilang wibawa jika bukan Islam bina masjid, kata mufti Kelantan

Posted: 15 Jun 2015 08:55 PM PDT

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan umat Islam akan hilang kewibawaan dan maruah Islam bakal tercabar sekiranya orang bukan Islam dibenarkan membina masjid di negara ini.

Beliau berkata kepada Sinar Harian, perbuatan itu dilihat janggal walaupun wang bagi membina masjid tersebut datang daripada sumber yang jelas dan halal.

 "Pada zaman jahiliah, ketika ingin membaiki Kaabah, wang daripada sumber judi tidak mereka gunakan.

 "Dalam isu ini, kita tidak mahu bangkitkan persoalan tentang sumber, sebaliknya kewibawaan umat Islam.

 "Tetapi jika daripada sumber yang tidak jelas, ia akan memalukan institusi agama yang ada di negara ini," beliau dipetik berkata. Shukri diminta mengulas hasrat DAP sebelum ini yang mahu membina sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.

Setiausaha organisasi DAP Anthony Loke berkata, cadangan itu dipersetujui selepas mendengar permohonan daripada imam dan penduduk kawasan setempat.

 Cadangan DAP membina masjid di Gua Musang itu mendapat pelbagai reaksi dan ada yang menganggap ia satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini.

Read More / Baca Lagi >>

PAS Kedah akan keluar parti beramai-ramai, kata PasMa

Posted: 15 Jun 2015 08:52 PM PDT

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mendakwa ahli PAS Kedah akan meninggalkan parti Islam itu secara beramai-ramai dalam masa terdekat dan akan memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan (NGO) pro Pakatan Rakyat (PR) itu.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, ahli PAS yang keluar parti akan memberi sokongan kepada PasMa dan ia dapat direalisasikan tidak lama lagi.
"Nanti akan ada majlis keluar parti PAS beramai-ramai dan saya akan maklum kepada pihak media," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Phahrolrazi berkata, ahli PAS berhak meninggalkan parti Islam itu dan menyertai PasMa dalam usaha membentuk sebuah parti baharu yang cenderung kepada pakatan pembangkang. "Kita sebuah negara demokrasi dan penubuhan sebuah parti baharu yang menyokong perjuangan pakatan pembangkang juga merupakan satu alternatif kepada rakyat.
"Kita tidak boleh tuduh penubuhan parti politik baharu ini membuatkan rakyat berpecah belah kerana ia merupakan satu proses dalam negara demokrasi," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor itu berkata, ahli PAS kini terbuka untuk menyertai PasMa memandangkan selepas muktamar, parti Islam itu diwakili pemimpin yang bercirikan autokratik.
"Kita lihat selepas Muktamar Tahunan ke-61 baru-baru ini, PAS dikuasai pimpinan ulama yang pimpinannya bercorak autokratik.
"Sekarang terpulang kepada ahli sama ada mereka mahu kekal bersama PAS atau menyertai sebuah parti baharu dan bersedia untuk bersama-sama pakatan pembangkang," katanya kepada akhbar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kertas Kabinet luluskan jaminan kerajaan RM5 bilion, kata 1MDB

Posted: 15 Jun 2015 08:45 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini berkata, satu kertas Kabinet dibentangkan dan diluluskan berhubung jaminan kerajaan RM5 bilion bagi terbitan bon sukuk firma bermasalah itu pada 2009.

Menjawab kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam 2 entri blog terbaharunya, 1MDB juga menyatakan jaminan yang diberi itu tidak di luar bajet, dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya atas amaun yang dijamin.

Syarikat itu mengeluarkan dua kenyataan hari ini, satu untuk membantah dakwaan yang dibuat Dr Mahathir pada 12 Jun bertajuk "1MDB story" (kisah 1MDB) dan satu lagi pada 15 Jun bertajuk "More Investments by 1MDB" (Lebih banyak pelaburan oleh 1MDB).

Dr Mahathir mendakwa dalam blognya sebelum ini, tidak ada satu bukti dokumen yang Kabinet meluluskan jaminan RM5 bilion itu.

"Kertas Kabinet mengenai perkara ini disediakan dan diluluskan oleh Kabinet, selaras dengan amalan standard yang diperlukan untuk semua aktiviti kerajaan," kata 1MDB dalam kenyataan itu.

A Samad sertai DAP bagi kesan pada parti Islam

Posted: 15 Jun 2015 08:25 PM PDT

Datuk A. Samad Said 
KOTA BHARU - Tindakan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyertai DAP memberi tamparan hebat buat parti Melayu-Islam di negara ini khususnya Pas, PKR dan Umno, sekali gus menjadikan beliau aset penting parti itu.
 
Timbalan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, umum mengetahui selepas PRU13, DAP berusaha bersungguh- sungguh menarik sokongan orang Melayu untuk dijadikan ikon kepada masyarakat Melayu yang lain.
 
"Bagaimanapun, selepas Tunku Aziz Tunku Ibrahim keluar DAP, parti itu dilihat lebih berjaya menarik sokongan golongan muda Melayu berbanding lebih berusia.
 
"Apabila Pak Samad (A Samad Said) menyertai DAP, Sabtu lalu, ia memberikan satu kelebihan politik yang agak besar kepada usaha parti itu memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat Melayu, lebih-lebih lagi dengan pengaruh beliau sebagai Sasterawan Negara," katanya.
 
Kamarul yang juga penganalisis politik, mengulas tindakan A Samad menyertai DAP di Gua Musang, Sabtu lalu.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pecat Tun Salleh: Dr M perguna bapa, kata anak bekas Agong

Posted: 15 Jun 2015 08:23 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mempergunakan sultan Johor sebelum ini Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim negara pada 1988.

Anak sultan itu yang juga Tunku Bendahara negeri Tunku Abdul Majid Idris Iskandar berkata demikian di Facebook beliau.

"Mahathir gunakan bapa saya untuk singkirkan Salleh, titik. Salleh orang baik dan bapa saya iktirafnya.

"Baginda (Sultan Iskandar) sudah berbaik-baik dengan Tun Salleh (gambar).

"Mahathir, tolong jangan salahkan pihak yang tidak dapat pertahankan dirinya lagi," kata Tunku Majid.

Mahathir pada 13 Jun lalu mendakwa beliau terpaksa mengambil tanggungjawab atas pemecatan itu walaupun Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, yang mahu Salleh disingkirkan.

Mahathir, pemecatan itu berpunca daripada tindakan Salleh menulis surat kepada semua sultan mengenai Agong ketika itu yang didakwa "terlalu bising dan mengganggu rumahnya".

1MDB diberi surat sokongan kerajaan pinjam RM540j dari Exim Bank

Posted: 15 Jun 2015 08:21 PM PDT

Kerajaan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB, milik penuh Kementerian Kewangan, untuk mendapatkan pinjaman RM540 juta dari Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank), yang juga milik kementerian berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong memberitahu Parlimen semalam bahawa pinjaman itu kemudiannya digunakan untuk pembelian sebidang tanah oleh 1MDB di Pulau Indah, Selangor.

Dengan ini, Chua (foto) telah mengesahkan dakwaan lamanweb pemberi maklumat Sarawak Report, yang menyatakan bahawa 1MDB telah menerima pinjaman itu pada bulan Mac tahun ini.

Kerajaan telah mengeluarkan surat sokongan kepada Exim Bank bagi pinjaman yang diambil oleh 1MDB itu, kata Chua menjawab soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara).

Exim Bank, sebuah agensi kewangan yang ditubuhkan pada tahun 1995, ditugaskan untuk menyediakan kemudahan kredit untuk membiayai, menyokong eksport dan import barangan.

Semua pinjaman yang diberikan oleh Exim Bank kepada pelanggan telah memenuhi mandat daripada Exim Bank dalam menyokong syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam pasaran pelaburan di luar negara, kata Chua.

Syarikat-syarikat berkenaan juga telah memenuhi kriteria, seperti penerimaan risiko yang ditetapkan oleh Exim Bank, katanya.

Chua juga menafikan bahawa 1MDB terlebih bayar kepada Tadmex Resources Bhd, dengan membayar RM20.80 bagi setiap kaki persegi (psf) untuk membeli tanah itu.

Penilaian tanah itu dilakukan oleh sebuah syarikat yang bebas, kata Chua sambil menambah (pembeli lain) membeli tanah di sekitar Pulau Indah pada harga antara RM55psf dan RM66psf.

Read More / Baca Lagi >>

Jangan sekat periuk nasi kami, kata penerbit dilabel ‘indie’ pada BTN

Posted: 15 Jun 2015 08:19 PM PDT

Susulan amaran dikeluarkan Biro Tatanegara (BTN) terhadap gerakan muzik dan sastera indie, syarikat penerbitan hari ini menggesa agensi kerajaan itu menumpukan kepada peranannya membangun jati diri insan, terutamanya golongan penjawat awam dan bukannya cuba menutup periuk nasi industri buku indie.

Pengarah Urusan Merpati Jingga, Faisal Mustaffa berkata pihaknya bimbang tuduhan BTN terhadap gerakan muzik dan sastera indie akan menjejaskan maruah dan sumber rezeki penerbit buku serta pengkarya sastera. "BTN sepatutnya fokus kepada perkara yang lebih kepada menaikkan elemen jati diri terutamanya di kalangan penjawat awam.

 "Jangan buang duit pembayar cukai. Ada banyak lagi perkara penting yang perlu BTN buat untuk pembangunan insan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. BTN dalam satu dokumen memberi amaran kepada gerakan muzik dan sastera indie, mengatakan ia bersifat anti pembangunan dan boleh memberi kesan negatif kepada kerajaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Badan pengajaran nilai sivik itu dalam satu dokumen online, yang kemudiannya dibuang, melabelkan Merpati Jingga sebagai penerbit indie bersama syarikat lain termasuk Studio Anai-Anai, Lejen Press, DuBook Pres, Poket Press. Faisal bagaimanapun menafikan penerbitannya bergenre indie, sebaliknya lebih kepada menggalakkan pemikiran lebih kreatif, jujur dan kritis di kalangan penulis.

Namun pada masa sama katanya, itu tidak bermakna mereka bebas berkarya tanpa batasan kerana syarikat penerbitannya juga mempunyai entiti panel penapisan sendiri.

"Saya tak anggap Merpati Jingga sebagai indie. Saya tak bagi 'title' itu dan saya selalu persoalkan apa itu 'indie'? "Saya lebih menggalakkan pemikiran kritis.

Kalau manuskrip itu terpilih maknanya mereka menyumbang sesuatu kepada masyarakat. "Tolonglah. Takkan kita nak tulis cerita pasal 'suami ustaz' atau 'suami sotong'. "Yang bezanya ialah, jika mereka (syarikat penerbitan arus perdana) hidang nasi, kita bagi piza. Ini soal pilihan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Tony Pua: FGVH mesti batal pembelian EHP

Posted: 15 Jun 2015 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua mendesak Felda Global Venture Holdings Bhd (FGVH) membatalkan penguasaan sebuah syarikat Indonesia yang dibeli pada harga melampau.
Syarikat Eagle High Plantations (EHP) dimiliki PT Rajawali Capita baru-baru ini dilaporkan akan dibeli FGV melebihi 77 peratus daripada harga pasarannya.
Malahan menurut Tony, selain harga itu melampau, EHP juga terkenal sebagai sebuah syarikat perladangan yang gagal menjual stok sahamnya sejak Julai 2012.
"Sehingga kini tidak ada sebuah badan pelaburan pun memberikan laporan yang positif mengenai syarikat itu," katanya.
Bahkan Maybank Research (badan kajian Maybank Investment Bank Bhd) mengatakan FGVH tidak akan dapat memiliki syarikat itu secara penuh kerana majoriti saham EHP tetap dipegang PT Rajawali Capita walaupun FGVH memiliki 37 peratus saham syarikat itu.
Sebelum ini, FGVH dilaporkan mengalami kerugian kerana harga sahamnya yang jatuh.
Justeru Tony menggesa Ahli Lembaga Pengarah FGVH segera membatalkan perjanjian dengan PT Rajawali bagi mengelakkan kerugian terus menghantui syarikat berkenaan.
"Prestasi FGVH merosakkan reputasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan Kabinet yang memberi sokongan, selain menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada peneroka Felda yang dipujuk untuk melabur dalam FGVH .
"Jadi, atas kepentingan awam dan pemilikan saham kerajaan dalam FGVH, lembaga pengarah FGVH harus segera batalkan perjanjian itu dengan menamatkan perjanjian dengan Rajawali untuk memperolehi EHP.
"Ini demi mengelakkan kerugian kepada pelabur termasuk FELDA, KWSP, KWAP, Lembaga Tabung Haji dan kerajaan-kerajaan negeri," katanya..

Purata setiap rakyat M'sia bayar RM210 GST (baru 2 bulan)...Setahun RM1260..!!!

Posted: 15 Jun 2015 07:51 PM PDT


Mat Sabu: Ada Orang Yang Nak Beri Nafas Kepada UMNO Sekarang, Kita Lawan!

Posted: 15 Jun 2015 07:33 PM PDT

Jamilah Ibrahim: Jangan Takut! Jangan Takut! Kita Berada Jalan Yang Benar...

Posted: 15 Jun 2015 07:33 PM PDT

Khalid Samad: Mempertahankan Wawasan Diperjuangkan Oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor & TG Nik Aziz

Posted: 15 Jun 2015 07:32 PM PDT

Nilai ringgit jatuh: Makin ramai ditakrif miskin

Posted: 15 Jun 2015 07:30 PM PDT

PADA Isnin lalu, 8 Jun 2015, sebagai menjawab soalan yang saya kemukakan, DS Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah berkurang daripada 49.3% pada 1970 kepada 0.6% pada 2014 dengan semua negeri mecatatkan penurunan bilangan isi rumah yang miskin.

Berikutan kesan kejatuhan nilai mata wang Ringgit dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semasa, boleh saya sifatkan angka yang dikemukakan ini tidak menunjukkan realiti sebenar kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat.

Indikator yang menentukan angka ini ialah pendapatan garis kemiskinan (PGK) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.

Bagi miskin tegar pula, indikatornya ialah PGK makanan iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat.

Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah tahun 2014 purata pendapatan garis kemiskinan untuk Malaysia secara keseluruhan adalah RM950 untuk miskin dan RM600 untuk miskin tegar.

Merujuk kepada item keperluan asas 'bukan makanan' yang disenaraikan – pakaian; sewa, minyak, elektrik; perkhidmatan asas; pengangkutan dan komunikasi; dan lain-lain – sahaja pun, jelas bahawa adalah tidak munasabah nilai RM950 dijadikan garis pemisah untuk membezakan golongan berkemampuan dan tidak berkemampuan.

Bank Negara di dalam data kepenggunaan isi rumah (household consumption) bagi tempoh 2000 – 2009 menyatakan bahawa perbelanjaan untuk makanan ialah 23% daripada jumlah perbelanjaan isi rumah (household expenditure), untuk perumahan sebanyak 18.9% dan untuk pengangkutan pula sebanyak 13.4%.

Berdasarkan peratusan ini dan jika RM950 dijadikan rujukan, bererti untuk setiap item tersebut bernilai RM220 untuk makanan, RM180 untuk perumahan dan RM130 untuk pengangkutan. Jika diteliti secara kasar pun nilai-nilai ini bolehlah dianggap terpesong daripada realiti sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu ikrar bersama Pakatan, tolak yang mahu berbaik dengan Umno

Posted: 15 Jun 2015 07:28 PM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berikrar akan terus bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak dalam parti Islam itu yang mahu membantu Umno kekal di Putrajaya.

Dalam ceramah pertama beliau di Kota Baru malam tadi selepas tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam PAS, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tegas akan menolak mereka yang mahu berbaik-baik dengan Umno.

"Jangan siapa niat nak bantu Umno kekalkan Putrajaya, Abang Mat akan lawan habis-habisan kali ini... No, no, no," kata Mat Sabu disambut dengan takbir oleh orang ramai yang hadir.

Baginya, usaha menamatkan pemerintahan Umno perlu diteruskan kerana katanya parti Melayu itu tidak boleh membuat apa-apa kebaikan lagi, lebih daripada apa yang dibuat selama ini, ekoran pelbagai isu yang berbangkit sekarang.

Beliau dengan jelas menyindir sesetengah pimpinan PAS, terutama yang menang dalam pemilihan PAS baru-baru ini, kerana kelihatan mahu berbaik-baik dengan pemimpin parti tunggak dalam BN itu, yang juga sedang menghadapi masalah itu.

"Dalam suasana begini, kita nak bagi nafas kepada Umno untuk memerintah lagi... 'how can', mana boleh... Jangan bagi sambungan ajal kepada Umno dan BN," katanya.

Ucapan beliau disambut teriakan takbir dan tepukan tangan daripada orang ramai yang penuh sesak walaupun di tengah hujan renyai. Ini kali kedua Mat Sabu memberikan ceramah selepas berbuat demikian di Lembah Pantai, ibu negara, kelmarin yang juga penuh sesak dengan orang ramai.

Malam ini, Mat Sabu akan bersama dengan rakan-rakan progresif yang kalah di Muar, Johor untuk menyertai "Perhimpunan Jasamu Dikenang" yang dianjurkan untuk mereka. Beliau dalam ucapannya turut kesal kerana isu hudud memecahkan PAS dan juga PR padahal jelas mereka ditipu oleh Umno.

Bagi beliau, tuduhan kononnya ada pemimpin PAS yang tolak hudud tidak benar kerana yang jelas hanya cara melaksanakannya yang mempunyai perbezaan pendapat dan masih banyak yang boleh dilakukan walaupun hudud masih tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Read More / Baca Lagi >>

Isu ‘tahaluf siyasi': Strategi dan taktik politik bukan tugas Majlis Syura – Dr Dzulkefly

Posted: 15 Jun 2015 05:52 PM PDT

TRP-Muktamar Agung PAS ke 61-Azrol
Dr Dzulkefly Ahmad mengakui Muktamar mempunyai kuasa tertinggi untuk membuat keputusan kerana merupakan badan tertinggi dalam parti itu.

KUALA LUMPUR, 16 Jun:

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengakui Muktamar mempunyai kuasa tertinggi untuk membuat keputusan kerana merupakan badan tertinggi dalam parti itu.
Beliau bagaimanapun berkata, bagi isu tertentu ianya perlu dilihat sama ada membabitkan isu halal dan haram kerana jika ada ianya sudah jatuh di bawah bidang tugas Majlis Syura Ulamak (MSU).
Menurut Dr Dzulkefly, bidang kuasa Muktamar digariskan dalam Perlembangaan PAS Fasal 7 (1) (2) yang menjelaskan:
Perkara 7 Perlembagaan PAS
"Hukum yang tertinggi dalam PAS adalah Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul (Al-Hadis) serta Ulamak dan Qias yang terang dan nyata dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan."
Maksud Fasal itu adalah segala pergerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar namun tertakluk kepada syarat yang terkandung dalam perlembangaan serta peraturan Muktamar atau Mesyuarat Agung Pas.
"Peranan Majlis Syura dijelaskan dalam Fasal 8 Perlembangaan PAS dan jelas tugas MSU bukan mengambil alih kerja Ekskutif dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
Perkara 8 Perlembagaan PAS
"Hal membabitkan strategi dan taktik politik bukan tugas MSU.
"Kuasa yang tertinggi untuk membuat keputusan ini perlu dirujuk kepada perlembangaan PAS dan jangan berhujah mengikut akal individu," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Berdasarkan apa yang digariskan oleh Fasal 8 itu beliau menyifatkan tugas Majlis Syura sebagai "Gatekeeper" yang mengizinkan laluan trafik berjalan lancar dan bukan untuk menyekat.
Read More / Baca Lagi >>

FGV : Saham digantung amalan biasa....Saham jatuh teruk perkara biasa..!!!

Posted: 15 Jun 2015 05:46 PM PDT


Penggantungan urus niaga saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia pada Jumaat lalu adalah perkara biasa dalam bursa dan tidak perlu dijadikan satu isu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, perkara itu dijadikan isu disebabkan sesetengah pihak kurang pemahaman mengenai selok belok urusan saham dan akhirnya hal itu dijadikan modal untuk menghentam FGV dan juga Felda.

"Tiada apa yang pelik dengan penggantungan sementara kerana itu memudahkan FGV membuat pengumuman mengenai cadangan membeli 37 peratus ekuiti syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar Indonesia, PT Eagle High Plantations (EHP) daripada Rajawali Group.
"Mana-mana syarikat pun akan berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang timbul jika urus niaga berjalan seperti biasa tetapi hal itu tidak pula dijadikan isu," katanya selepas menutup Karnival Sukan, Usahawan, Kerjaya, Amal (SUKA) di Dataran Seri Jempol, dekat sini hari ini.
Jelasnya, perkara itu sepatutnya tidak diputar belit kerana saham FGV kembali diniagakan seperti biasa hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Mengapa KPM bayar RM6 juta untuk sesuatu yang boleh diperolehi dengan percuma?

Posted: 15 Jun 2015 05:43 PM PDT

oleh V Shuman
Saban tahun, semakin banyak pendedahan dan sakit hati.
Tidak, saya tidak bercakap tentang telenovela Sepanyol atau sebuah rancangan realiti Amerika.
Saya merujuk kepada pendedahan mengenai lebih banyak pembaziran dalam laporan Ketua Audit Negara (AG), yang menyebabkan rasa sakit hati kepada pembayar-pembayar cukai.
Dalam siri kedua laporan A-G yang dikeluarkan pada 15 Jun, telah didedahkan bahawa Kementerian Pelajaran membelanjakan kira-kira RM6.6 juta untuk perisian penyemak ejaan.

Menurut laporan Malay Mail Online, kementerian membelanjakan wang ini bagi 1,417 salinan perisian yang digunakan oleh 20 buah sekolah di Putrajaya.
Kementerian juga telah membeli 270 salinan tambahan perisian ini yang bernilai RM280 setiap satu, membelanjakan RM75,600 yang tidak perlu.
Ya, anda tak tersalah baca – perisian semakan ejaan, yang boleh didapati secara percuma di Internet.
RM6 juta lebih – satu jumlah yang majoriti rakyat Malaysia tidak akan dapat lihat dalam hayat mereka.   
Adakah pegawai-pegawai di kementerian itu tidak pernah mendengar tentang aplikasi memeriksa ejaan yang Google sediakan?
Mengapa perlu membeli perisian yang berharga RM280 setiap satu, sedangkan anda boleh mendapatkannya secara percuma melalui Internet?
Rupa-rupanya, pembelian ini dilakukan sebagai sebahagian daripada kontrak RM28.28 juta dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Brilliance Information Sdn Bhd, untuk menyediakan teknologi maklumat dan komputer ke sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan di antara tahun 2012 dan 2014.
Read More / Baca Lagi >>

DAP lancarkan perang terhadap PAS dengan ‘Impian Kelantan’?

Posted: 15 Jun 2015 05:29 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
"Berhati-hati dengan orang Greek terutama apabila mereka datang membawa hadiah", ialah pepatah lama Inggeris, walaupun untuk PAS Kelantan, mereka mungkin perlu berhati-hati dengan DAP apabila mereka datang membawa "impian".
Ini berlaku apabila parti demokratik sosialis itu mengumumkan yang ia akan meneruskan program "Impian Kelantan" bagi mengurangkan kesengsaraan mangsa banjir besar baru-baru ini, walaupun parti Islam itu sudah meluluskan resolusi untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar ke 61 yang lepas.

"Kita tidak boleh kata yang PAS tidak mahu bekerjasama dengan kami dalam Pakatan Rakyat maka kami juga memutuskan hubungan dengan mangsa banjir.  Saya tak melihat program bantuan ini sebagai batu penghalang," portal berita The Malaysia Insider memetik kata-kata MP Seputeh Teresa Kok (kiri) daripada parti demokratik sosialis itu.
Kok bercakap sewaktu sidang akhbar di ibupejabat DAP pada 11 Jun.
Walaupun ini mungkin benar, penting juga untuk diberitahu yang nama "Impian" digunakan oleh DAP berserta dengan kemampuan menyerang yang dasyhat untuk melancarkan serangan kepada kubu kuat BN di Sabah dan Sarawak.
Dua lagi programnya, di namakan Impian Sarawak dan Impian Sabah, telah direka untuk menakluk kawasan Sabah dan Sarawak melalui NGO dan campur tangan DAP secara langsung dengan membekalkan perkhidmatan dan kemudahan asas yang penting  kepada penduduk kedua-dua negeri itu.
Seperti yang telah dilaporkan oleh rencana Semut Harian sebelum ini, tindakan ini boleh berlaku kerana ketidakcekapan kerajaan negeri tersebut, disebabkan oleh ketidakmampuan atau ketidaksediaan mereka untuk menyediakan pembangunan yang diperlukan.
Apapun yang berlaku, tidak dapat dinafikan yang ia merupakan langkah politik yang bijak oleh DAP dengan mengambil peluang ke atas prestasi kerajaan negeri BN yang tidak peduli kepada penduduk Sabah dan Sarawak, dan cubaanya untuk bertapak di sana, kawasan yang selama ini dianggap kubu kuat BN.
Malah mereka sebenarnya sudah mencapai banyak kemajuan dengan penduduk pendalaman melalui program "Impian" dan ia mungkin membantu perubahan politik secara perlahan-lahan yang memihak kepada DAP.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB terima pinjaman RM540 juta daripada Exim Bank, kata timbalan menteri

Posted: 15 Jun 2015 05:18 PM PDT

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerima pinjaman RM540 juta daripada Export Import Bank (Exim Bank), selepas menerima sokongan Putrajaya dalam bentuk surat sokongan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu, hanya mengatakan semua terma dan syarat dibuat antara kerajaan dan Exim Bank, milik Kementerian Kewangan.

"Exim Bank menilai semua kriteria penerimaan risiko untuk pinjaman ini," Chua memberitahu Parlimen semalam, sambil menafikan pinjaman itu dibuat bagi membantu 1MDB membayar sebidang tanah yang dibeli daripada Tadmax Resources di Pulau Indah.

 "Pembelian tanah daripada Tadmax itu dibuat pada Februari 2014, manakala pelan rasionalisasi 1MDB tidak diumumkan sehingga Februari 2015," katanya. "Tanah itu dibeli mengikut harga pasaran," katanya, selepas timbul dakwaan yang pembelian RM262 juta itu terlalu mahal.

Bila ulama sendiri rosakkan gerakan Islam

Posted: 15 Jun 2015 05:13 PM PDT

Syahir Nujaba'

Baru-baru ini, sebuah himpunan gerakan Islam berasaskan politik berlangsung dengan hasil keputusan-keputusan yang memeranjatkan.

PAS selaku gerakan Islam berasaskan politik yang tertua di Malaysia, pastinya berjaya mencuri perhatian pelbagai pihak, baik yang pro-Islam mahupun tidak, untuk sama-sama memberi buah pandangan terhadap perjalanan serta hala tuju parti ini.

Fenomena luar biasa yang berlaku baru-baru ini, apabila struktur organisasi PAS bukan sahaja terombak berdasarkan undi, bahkan ura-ura rombakan akan berlaku berdasarkan lantikan juga akan berlaku.

Yang mencuri perhatian kita adalah, rombakan ini berlaku secara menyeluruh, dari atas ke bawah, dan semua rombakan tersebut berpihak kepada kelompok pro-ulama'.

Pun begitu, respons yang diterima, sama ada dari dalam mahupun luar PAS, seolah-olah kelompok ulama ini tidak disenangi. Apa sudah jadi dengan pegangan kita selama ini, ulama adalah pewaris nabi, bahkan mereka patut dihormati?

Ironinya apa yang berlaku di dalam PAS, ulama dilihat sebagai kelompok yang tidak progresif, malah membantutkan perkembangan parti dalam skala yang besar.

Disebabkan wujudnya kelompok yang mengkritik ulama ini, maka kelompok pro-ulama bangkit untuk memperjuangkan kembali peranan ulama dalam sebuah organisasi gerakan Islam.

Serangan berbalas serangan berlaku yang akhirnya kita perlu berhenti sejenak untuk melakukan audit terhadap beberapa soalan berikut:

1. Siapakah ulama?

2. Apakah peranan mereka?

3. Di mana kedudukan mereka dalam bidang-bidang yang berbeza?

4. Apakah hukum mengkritik atau mengingkari ulama?

Bagi soalan pertama, saya kira kita tidak perlu memperincikannya seperti apa yang tertulis di dalam kitab dan apa yang diperbahaskan oleh barisan ulama sendiri.

Cukup kita tahu, perkataan ulama membentuk takrifan dalam benak kepala kita, mereka adalah kelompok agamawan yang mempunyai ilmu berkenaan Islam yang sangat luas.

Berbeza dengan ungkapan ustaz, ia lebih merujuk kepada kelompok agamawan yang mempunyai ilmu Islam yang sederhana. Ini adalah pendefinisian yang kita gunakan dalam perbincangan peringkat awal kali ini.

Read More / Baca Lagi >>

Di mana Pakatan ketika BN hampir tenat?

Posted: 15 Jun 2015 05:05 PM PDT

Mohammad Fakhrurrazi Mohd Rashid


Rakyat Malaysia bermula untuk tidak mempercayai kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan barisan menteri kabinetnya dalam mentadbir negara.
Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), GST dan bermacam-macam isu membuatkan rakyat mula rasa mual dengan janji palsu Barisan Nasional (BN) yang hanya mengenyangkan golongan elit dan kapitalis Malaysia.
Rakyat mula mengharapkan kepimpinan baru daripada Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan parti yang mampu mengambil alih tugas BN di peringkat kerajaan persekutuan. Persoalannya, di mana PR sekarang?

PR kini lebih gemar berlawan sesama sendiri. Daripada memfokuskan kepada isu negara Islam dan hukum hudud yang tidak sudah menjadi perbalahan antara gabungan parti pembangkang zaman berzaman, isu tentang pilihan raya kerajaan tempatan (PKT) dan "Kajang Move" yang tidak menjadi, PR sepatutnya memikirkan langkah yang paling baik untuk menawan semula Putrajaya dan menjadi sebuah gabungan parti yang bersama-sama bertanggungjawab untuk membentuk sebuah pentadbiran yang lebih baik daripada BN.   Masa dan peluang ini begitu cerah bagi PR mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.
Untuk memulakan langkah ini, pembentukan sebuah institusi yang dikenali sebagai kabinet bayangan (Shadow Cabinet) merupakan suatu perkara yang baik bagi PR membuktikan, mereka merupakan gabungan parti yang bersedia, bertanggungjawab dan serius untuk mengambil alih Putrajaya.
Fungsi kabinet bayangan ini juga bukan hanya menyenaraikan pemimpin yang bakal menerajui pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya, tetapi institusi ini mampu memberi impak baharu kepada prestasi pihak pembangkang.
Kabinet bayangan mampu memberikan persediaan awal kepada pihak pembangkang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Melalui kabinet bayangan, ahli parlimen pembangkang yang dilantik ketua pembangkang untuk menjadi menteri bayangan mempunyai tanggungjawab merangka dasar alternatif bagi kementerian yang "dibayanginya".
Tanggungjawab ini memberi satu pendedahan awal kepada ahli Parlimen pembangkang memikul tugas sebagai seorang menteri kabinet yang sebenar dalam merangka dasar dan menguruskan kementeriannya. Secara tidak langsung, menteri bayangan juga mempunyai pengalaman dan terdedah dengan pengetahuan asas pentadbiran bagi kementerian yang dibayanginya.
Tidak dapat dinafikan ahli Parlimen PR mempunyai pemimpin yang bijak dan lantang mengkritik kerajaan seperti Rafizi Ramli, Tony Pua dan Khalid Samad. Persoalannya, adakah mereka ini mempunyai kepakaran untuk mentadbir sebuah kementerian kerajaan persekutuan? Bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan penjawat awam di setiap kementerian untuk melaksanakan dasar PR?
Pembentukan kabinet bayangan juga membuka peluang untuk PR menambah kualiti dasar mereka dalam setiap aspek dan kementerian kerajaan. Pihak pembangkang bukan sahaja menumpukan perhatian merangka dasar dalam satu aspek sahaja, tetapi turut merangka dasar dalam pelbagai aspek yang berbeza.
Hari ini, kita hanya mendengar kehebatan pihak pembangkang berbicara dan membentangkan dasar mereka tentang isu ekonomi, politik dan demokrasi Malaysia bagi mencabar dasar kerajaan. Tetapi mana dasar alternatif PR yang menyentuh tentang kesenian? Apakah dasar alternatif PR mengenai pembangunan sukan negara dan remaja? Apakah dasar PR dalam soal kesihatan?
Read More / Baca Lagi >>

Politik "Chai": Kerugian besar dialami PAS

Posted: 15 Jun 2015 04:55 PM PDT

A Shukur Harun

Muktamar PAS berlalu dua minggu lalu dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan menolak sepenuhnya golongan sederhana dan progresif menerusi senarai "chai" iaitu kertas yang mengandungi senarai nama calon pimpinan PAS yang perlu dipilih.
Adapun "chai" itu berasal daripada bahasa China yang merujuk kepada ramalan nombor ekor.
Isu "chai" ini walaupun menggamatkan, tetapi ia berlalu dan menjadi bahagian daripada sejarah PAS itu sendiri walaupun tidak pernah difikirkan selama ini.

Kini  selepas muktamar berlalu, pelbagai pihak merenung kesannya, iaitu bagaimana ikatan ukhuwah di dalam jemaah atau kasih sayang di kalangan jemaah PAS terhakis, sesuatu yang paling malang. Malah ia menjadi "the biggest casualties" bagi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam. Maknanya, segala usaha pendukung PAS sejak setengah abad untuk memperkukuh ukhuwah di dalam jemaah yang lumpuh akibat perpecahan yang berlaku yang ketara sejak muktamar tahun lalu di Johor dan lebih ketara lagi pada muktamar baru-baru ini,
Bukan sangat kerana kalah dan menang dalam pemilihan pucuk pimpinan tersebut tetapi lebih kerana subur dan berkembangnya fitnah, label melabel, gelar menggelar sesama jemaah. Jebon, munafik haraki, Islam sekular, Islam liberal, jadi boneka DAP dan pelbagai lagi menjadi peluru hidup yang meranapkan ukhuwah di dalam jemaah.
Semuanya perbuatan keji ini menjadi racun paling berkesan dan akibatnya perpecahan dalaman ini akan berterusan dan mungkin memakan masa yang sangat lama untuk pulih kembali.
Saya tidak tahu adakah pimpinan PAS sedar akan makna dan kesan
Ucapan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam di muktamar tersebut yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.
Beliau bertanya pemimpin PAS, khususnya kumpulan ulama, sama ada terdapat dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan memfitnah.
Kata Balasubramaniam, dia tidak pasti sama ada dalam Islam dan dalam al-Quran ada atau tidak larangan supaya jangan memfitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, katanya, kenapa ulama PAS tidak mengawal ini daripada berlaku dalam parti?
"Kami di dalam DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label-melabel berlaku. Kami berharap Islam di bawah kepimpinan ulama supaya tampil ke depan menegur. Kami menumpang kasih Islam yang dibawa PAS," katanya lagi ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar tersebut.
Bagi saya, ini peringatan dan teguran sangat penting daripada pemimpin DHPP yang saya kira perlu diberi perhatian serius kerana beliau – yang bukan Islam – terkejut dengan budaya fitnah dan melabel yang wujud dalam PAS.
Kata-kata Balasubramaniam, "Kami menumpang kasih Islam yang dibawa PAS," mempunyai makna yang sangat besar dan mengharukan.
Read More / Baca Lagi >>