Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nasa nafi dunia berakhir pada September?

Posted: 11 Jun 2015 07:02 AM PDT


PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) mengeluarkan penafian selepas sebuah khabar angin yang tersebar secara meluas di dunia maya mengenai sebuah asteroid didakwa akan melanggar planet bumi pada bulan September tahun ini.

"Tiada sebarang komet atau asteroid yang berada dalam laluan pelanggaran (collision course) dengan bumi, jadi kemungkinan berlaku pelanggaran adalah sangat kecil," kata jurucakap Nasa, awal minggu ini.

"Faktanya, tiada sebarang objek akan berlanggar dengan bumi untuk masa beberapa ratus tahun akan datang," lapor Dailymail.

Khabar angin tersebut yang dikongsi secara meluas mengatakan satu asteroid akan menghempas bumi di Puerto Rico, mengakibatkan gempa bumi dan tsunami.

Kesan hempasan tersebut dikatakan akan menghancurkan Amerika Syarikat (AS), Mexico, Afrika Tengah dan Afrika Selatan.

Khabar angin tersebut dikatakan dimulakan oleh Rev Efrain Rodriguez yang mengatakan beliau seorang nabi dan mendapat khabar tersebut dari Tuhan.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Azmin lemah diuji Tony Pua ... aiskrim ajer la

Posted: 11 Jun 2015 10:00 PM PDT


Tony Pua sudah buat calculation dan dia cabar Azmin untuk uji dia ....



Jawapan Azmin hanya ...


Macam pondan. Tony pua memang nak heret kau ...


Alahai mcm pondan2 yg pernah kumpul di padang selangor kelab dulu2 yg kini dah tua2.


Sikit punya klise dan hipokrit. Macam mb jadi pencacai cuci najis.


Baik pekena aiskrim ...


... dan jual bini.





Ingatkan Tony Pua berani lantang, rupanya cunik pendek

Posted: 11 Jun 2015 07:14 PM PDT


Bila nak masuk mahkamah tahu takut .... baca FMT SINI


Orang tuduh dato najib pondan pasal tak hadhir. Orang kata jho loh dan 1mdb salah seperti dilaporkan pasal tak saman.

Bila tony pua cuba lari dari saman, apa orang kata dan adakah diviral?

Ada orang pulak kata pm tak boleh saman dan byk ruang media untuk jawab. Zaman ada ISA dan takda kebebasan media mcm tu la...

Saman ajer Reezal ... Jangan cakap saja

Posted: 11 Jun 2015 07:57 AM PDT



Selagi tak saman, orang tak percaya dan pemfitnah bermaharajalela.

Tony Pua tuduh MOF tahan Deloitte dari audit. Pejabat dah penuh dengan juru odit dari Auditor General macam mana nak lakukan odit dengan dua pihak berebut dokumen dan akaun????

Dia juga tuduh anak Najib yang kerja dalam FSA sebagai terlibat dalam odit 1MDB. Bodoh benar ke bekas usahawan bank rup yang jalankan Cyber Village hingga tak tahu operasi accounting firm.

Najib dah saman. ELok lagi banyak macam Rafizi baru dia tahu berhati-hati.

Cepatlah bukti berbillion lesap ... segera kita sumbat Rosmah penjara

Posted: 11 Jun 2015 04:00 AM PDT



Jika penjelasan tidak diterima dan RM27 billion yang kononnya lesap dah ditunjukkan, usahlah pihak lain cuba alih isu ke isu lain.

Salah satu isu yang di spin adalah pasal RM6 billion inherited debt. Situasi macam-macam untuk ada inherited debt. IPP bukan satu dua atau lima enam. Ada 14 IPP termasuk yang luar negara. Maka ada sajalah keperluan kewangan yang penuduh tak tahu.

Opps ... bukan tuduh, soalan saja.

Bila soalan dijawab dan masih kata RM42 billion atau RM27 billion lesap, maka tanggungjawab tukang tuduh untuk tunjukkan bukti. Katanya ada maklumat dari sistem break in yang mana Sarwak report dan The Edge serta orang-orang tertentu dapat.

JIka dapat info, kenapa nampaknya masih lagi tuduh dan fitnah berdasarkan maklumat salah. Betul ke Sarawak Report dan The Edge ada bukti????? Takut-takut hanya cerita blogger saja

Arul Kanda pun tanya...

Media statement by Arul Kanda, 1MDB

1MDB: Clarification and Accountability - Issued on 10 June 2015

"In reference to a blog posted yesterday by Tun Dr Mahathir Mohamad, I wish to make clear that my role at 1MDB has been and will continue to be as a professional. I was initially appointed to conduct a strategic review of the company, and am now leading the implementation of a rationalisation plan for the business, as presented to Cabinet on 29 May 2015.

As a professional, I am fully accountable for my actions and am answerable to the 1MDB Board, and our shareholder the Ministry of Finance. In the current context, this also includes the Auditor General, Bank Negara Malaysia and the Public Accounts Committee. These are the lawful authorities to verify whether or not I have ever lied, as has been claimed, as they have access to all information. I shall continue to conduct my duties in a professional manner, and furnish all information to assist the lawful authorities to verify the truth about 1MDB.

Tun Mahathir stated in his blog that a Parliamentary response submitted by the Ministry of Finance was subsequently amended. This has been previously acknowledged by the Ministry of Finance, and occurred due to confusion around some information provided by 1MDB. As the President of the company, I take full responsibility for this misunderstanding, and will ensure better communication with all stakeholders. Furthermore, as clarified by the MOF, appropriate steps have already been implemented to prevent this happening again in the future.

Separately, Tun Mahathir has previously claimed that RM42 Billion is missing. Now, after 1MDB provided a summary of how the RM42 billion was spent - based on past audited financial statements, he has stated in his blog post "where a chunk of the 42 billion ringgit went is questionable." This continuous shift in numbers and allegations is perplexing.

With regard to other questions posed by Tun Mahathir and various commentators, the Prime Minister has said, "a full accounting of the facts by lawful authorities are needed so that there can be no misinterpretation or spin". In this context, the Prime Minister has affirmed that "if any wrongdoing is proven, the law should be enforced without exception". This is a position I fully support, both in relation to my own conduct to date, and that of 1MDB more generally.

I reiterate that the 1MDB team is fully committed in its efforts to implement the rationalisation plan presented to Cabinet. This plan will substantially reduce the company's debt levels, and is well underway, as proven by the repayment of an RM 3.6 billion loan as announced on Monday 8 June."

-------------

Maaf bagi penyokong setia Tun. Arul Kanda yang cakap. Kita nak tunggu yang sahih dan berdokumen untuk penjarakan Rosmah dan jual beg RM820,000 tu ...

Dua-dua auditor big 4 pun kita boleh saman RM100 billion sampai bankrup

tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


Nasihat terbaik bagi PAS dari seorang non-muslim.......?

Posted: 11 Jun 2015 09:18 PM PDT

Tiada masalah jika Pas masuk BN

MOHD IDROS MOHD ALI
12 Jun 2015

Chua Soi Lek

BUTTERWORTH - Pas patut bergabung atau menyertai Umno untuk memastikan parti itu terus kuat dan kukuh dalam mengharungi arus politik di negara ini.

Bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek berkata, kedua-dua parti itu boleh bergabung atau bersatu atas dasar agama yang sama iaitu Islam, sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak lain.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkannya begitu lama iaitu sebelum PRU13 lagi tetapi tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak.

"Ada yang gelak kepada saya kerana menimbulkan isu itu. Ada yang memandang remeh cadangan saya dalam soal penyatuan parti untuk orang Melayu.

"Tetapi dengan keadaan politik semasa yang semakin bercelaru, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk Pas memikirkan semula cadangan itu demi kebaikan bersama," katanya kepada media selepas melancarkan kapal mengangkut kontena MTT Pulau Pinang di Terminal
Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini semalam.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil dapat dijayakan kerana tidak banyak parti orang Melayu yang dominan di negara ini kecuali Umno, Pas dan PKR di semenanjung.

Menurutnya, parti kaum Cina agak sukar untuk berbuat demikian kerana begitu banyak dan tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang sama.

"Sana sini boleh jumpa parti berteraskan Cina. Banyak sangat dan sukar untuk bergabung," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) berkata, perkara itu tidak akan menjadi masalah kepada parti komponen BN yang lain atau bukan Islam kerana mempunyai pemimpin yang sama iaitu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang juga menjadi Pengerusi BN.

"Beliau seorang pemimpin yang baik dan boleh bertoleransi kerana peka dengan masalah dan sensitiviti kaum lain.

"Jadi penggabungan Umno dan Pas tidak menimbulkan apa-apa masalah kepada rakan komponen BN yang lain atau pengundi bukan Melayu," katanya.

Soi Lek berkata, BN sudah wujud begitu lama dalam politik tanah air dan mampu menangani apa jua masalah yang timbul melalui permuafakatan yang diamalkan selama ini.

"Banyak juga masalah yang berlaku dalam kalangan komponen BN tetapi akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

"Itulah kelebihan BN berbanding dengan PR yang begitu bercelaru sesama mereka walaupun hanya mempunyai tiga parti dalam gabungan.

"Kita tengok apa yang berlaku sekarang ini antara DAP dan Pas. Makin retak dan serius serta belum ada penyelesaian," katanya.

Sanggupkah PAS menjilat air lior nye yang telah diludahkan .........?

Posted: 11 Jun 2015 06:30 AM PDT


Sebagai seorang muslim, Atuk sedikit sebanyak terase juge malu bila DAP ni beterusan menghentam PAS. Sepatutnya PAS sudah terselamat dari hentaman DAP setelah mengumumkan keputusan tidak lagi 'berkerjasama dengan DAP -makne nye PAS dan DAP dah putus hubungan same sekali.

Mutakhir ni DAP sekali lagi memalukan PAS kerana berdegil tidak mahu letak jawatan yang disandang PAS di dalam pemerintahan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Pade pendapat atuk mungkin PAS masih lagi bercadang mahu rujuk kembali diatas penceraian nye itu. Tu le, sebelum sebut talak kene berfikir panjang dulu, terlaja berjalan boleh berpatah balik, tapi jika sidah terlajak cakap - buruk padah nye.

Mungkin juga PAS cume cakap 'main-main' aje atau mahu 'gertak' aje supaya DAP tu sedar dan mahu insaf tidak lagi mengutuk PAS.

Malang nye PAS dah tersilap haribulan, PAS kene mahu ingat bahawe pemimpin2 DAP ni bukan nye calang-calang manusie, boleh dikatakan hampir kesemua nya mereke ni berasal dari darah yang berketurunan komunis - tak de ati perut.

Kini PAS cuma ada due pilihan - pilihan pertame terus kekal berseorangan tanpa bersengkokol dengan mana2 parti, pilihan kedue kembali bersengkokol dengan DAP.

Pade pandangan atuk, PAS lebih dipandang mulie dan bermaruah jika terus bersendirian. Jika PAS sanggup kembali bersengkokol dengan DAP make jatuh lah kemaluan PAS yang amat terbesar kerana sanggup menjilat air lior yang terlah diludahkan nya itu.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Jho Low nasihat PM jamin pinjaman 1MDB'

Posted: 11 Jun 2015 09:28 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa jutawan Jho Low telah meyakinkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mendapatkan kerajaan supaya menjamin pinjaman 1MDB.

Beliau berkata ia selepas Jho Low memujuk Najib untuk menjadikan pendahulu 1MDB -  Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) - sebagai dana kekayaan negara (SWF) untuk mendapatkan RM5 bilion dengan menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, tetapi telah dibantah oleh pihak istana.

"Jho Low kemudian menasihatkan Najib bahawa kerajaan persekutuan perlu menjamin pinjaman itu," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu mendakwa ia dilakukan tanpa pengetahuan kabinet.

Perkara seperti itu, katanya, sepatutnya dibincangkan dan diluluskan oleh Kabinet.

 "Tidak ada bukti bahawa kertas kabinet telah disediakan dan dibentangkan untuk kelulusan walaupun jumlahnya luar biasa besarnya. Malah untuk masa yang lama kabinet tidak mengetahuinya," katanya.

DAP tak berani ceraikan kami, ejek PAS

Posted: 11 Jun 2015 09:27 PM PDT

Pemuda PAS memperkecilkan DAP yang digambarkan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti Islam itu.

Mengumpamakan seperti hubungan suami isteri, ketua pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Aziz berkata DAP seperti tidak yakin hendak melafazkan cerai terhadap PAS.

"Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantanlah pula. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu.

"Come on lah DAP... jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam PAS atau berterus terang saja, tolak PAS," katanya.

Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti

Posted: 11 Jun 2015 09:26 PM PDT

Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.

Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam.

Mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan muktamar menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP kerana langkah politik itu dilihat tidak strategik untuk menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan yang diambil oleh PAS ini menyebabkan kredibiliti dan tanggapan umum kepada PAS telah tercalar.

"Tanpa sokongan dan dukungan kerjasama Pakatan Rakyat, PAS tiak ada berada pada kedudukan yang ada sekarang ini," kata mereka.

Empat orang pemimpin PAS Jelebu menandatangani kenyataan itu.

Mereka ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Mohd Faizal Fadli Idrus, pengarah pilihan raya Saiful Bahri Jaaman serta dua pemimpin cawangan Maslan Mohamad Yusuf dan Raniman A Rani.

Dr M : Kenapa 1MDB bodoh sangat?

Posted: 11 Jun 2015 09:24 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memperincikan rundingan yang dibuat oleh 1MDB yang disifatkannya sebagai "kebodohan" syarikat itu.

Beliau mengakui, di sebalik serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, orang ramai masih tidak jelas apa yang tidak kena dengan firma pelaburan negara itu.

"Daripada komen di blog saya dan soalan yang ditanya pada saya ketika membeli belah, jelas bahawa ramai lagi kurang tahu mengenai 1MDB.

"Mereka cukup tahu Najib buat silap sesuatu dengan wang RM42 bilion yang dipinjam, tetapi tidak jelas apa yang salah sehingga saya minta dia letak jawatan.

"Jadi saya fikir saya kena jelaskan kenapa 1MDB salah, secara berperingkat," kata Mahathir dalam blognya hari ini.

Menyentuh pelaburan 1MDB, Mahathir berkata syarikat itu ketara terlebih bayar ketika membeli aset tenaga, walaupun lesennya hampir tamat.

"Misteri kenapa 1MDB tidak tunggu sehingga lesen tamat. Genting (Bhd) dan (hartawan) Ananda (Krishnan) jelas buat duit lebih daripada yang sepatutnya," katanya.

Katanya, 1MDB belanjakan RM18 bilion untuk membeli Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah Energy daripada Ananda.

"Jadi, bukan saja meminjam ada kosnya tetapi kos pelaburan yang tinggi bermaksud pulangannya rendah. Kenapa 1MDB bodoh sangat?" soal Mahathir.

(Soalan Lisan) EMPAT Kali Tak Solat Jumaat Kerana Selamatkan Nyawa - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:19 PM PDT

(Soalan Lisan) Mop Tempat Lain Dalam Rumah Selepas Mop Tahi Cicak - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:18 PM PDT

(Soalan Lisan) Hukum Pindahkan Penyakit Kepada Haiwan - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:17 PM PDT

(Soalan Lisan) Hukum Alat Muzik Bertali - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:17 PM PDT

(Soalan Lisan) Bolehkah Bawa Kanak kanak Ke Masjid/Surau? - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:16 PM PDT

(Soalan Lisan) Hukum Tak Solat Di Masjid Bagi Yang Mendengar Azan (Rumah Berdekatan Masjid) - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:16 PM PDT

(Soalan Lisan) Bolehkah Orang Buta Buat Ibadah Qurban? - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:15 PM PDT

(Soalan Lisan) Bacaan Al-Fatihah Solat Berjemaah & Jari Telunjuk Yang Digerakkan Masa Tahiyyat - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:15 PM PDT

(Soalan Lisan) Hukum Potong Kuku, Misai, Janggut 1 Zulhijjah Bagi Yang Masuk Qurban - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:14 PM PDT

Hukum Meng'HARAM'kan Perkara Yang BAIK - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:14 PM PDT

Hukum Berniaga Guna 'PELARIS' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:13 PM PDT

Hukum Habiskan Masa Dengan Perkara Yang Tiada Faedah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:13 PM PDT

Kenapa Kita Wajib Solat? Kenapa Kita Kena Tutup Aurat? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:12 PM PDT

Macamana Nak Tahu Waktu Solat Kalau Berada Di Angkasa? - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:05 PM PDT

Hukum Beli Daging Qurban Daripada Orang Miskin - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:05 PM PDT

Penggunaan Duit RM (Ringgit Malaysia), Adakah Ia Riba? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:04 PM PDT

Tak Pergi Giliran Rumah Bini Muda Kerana Pergi Kuliah Ustaz - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:02 PM PDT

Makmum Hanya Sempat Takbir Imam Dah Salam - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 09:02 PM PDT

Percanggahan Pendapat Tentang Hukum Simpanan ASB - UAI

Posted: 11 Jun 2015 09:01 PM PDT

Qurban Di Kemboja Kerana Di Sana Lebih Murah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2015 08:58 PM PDT

Baju Banyak Isteri Tak Pakai..Bolehkah Suami Beli Apa Yang Perlu Saja? - UAI

Posted: 11 Jun 2015 08:58 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:20 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


POLIS LAWAN RAKYAT. RAKYAT LAWAN POLIS

Posted: 11 Jun 2015 07:38 AM PDT

 Kisah yang diberikan kurang jelas bagaimana penduduk yang dipercayai peneroka di Bahau telah menentang pihak berkuasa. Mungkin peristiwa berkaitan mengeluarkan kayu getah.


Seorang peneroka telah di tahan pada kejadian waktu pagi disebabkan beliau menahan lori yang cuba masuk ke ladang Gatco untuk membawa keluar kayu getah. 
 
Lori tersebut masuk dengan bantuan polis Balai Air Hitam, Bahau, Negeri Sembilan. Beliau cedera teruk akibat diserang oleh polis. Salah seorang polis menggunakan baten dan memukul pada kepala beliau. Beliau masih lagi ditahan dibalai. 
 
Seorang wanita juga dimasukan ke hospital kerana dipukul oleh sekumpulan polis dan rela. Sebelah petang satu lagi wanita ditahan sebab belum diketahui. Wanita ini merupakan mangsa yang pernah buat laporan polis terhadap OCS Srj Abu Bakar berkenaan sexual harrasment. Mereka berdua masih lagi berada dlm tahanan polis. 

Polis serta rela hari ini menggunakan baten dan bertindak ganas serta liar terhadap penduduk yang tidak mempunyai sebarang senjata. Beberapa polis menyuruh Rela menutup muka dan memberi arahan untuk menyerang peneroka. 
 
Polis yang memberi arahan tersebut menanggalkan Name Tag mereka dan memberi perlindungan kepada pegawai Rela tersebut. 9/6/2015

ADUKA TARUNA FB.

[LIVE][110615] Di Ambang Ramadhan - Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Posted: 11 Jun 2015 07:02 AM PDT


Pilihan raya di Selangor lerai kekusutan – Dr Aziz Bari

Posted: 11 Jun 2015 05:49 AM PDT

Pilihan raya di Selangor lerai kekusutan – Dr Aziz Bari
Pilihan raya di Selangor lerai kekusutan – Dr Aziz Bari

Pilihan raya di Selangor lerai kekusutan – Dr Aziz Bari

Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara PAS dan DAP dengan terbaru muktamar parti Islam itu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini hilang majoriti dan kestabilan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, pertembungan terbuka antara dua parti komponen PR itu menyebabkan kerajaan negeri kini tidak dapat lagi berfungsi tanpa persefahaman dan permuafakatan sesama mereka.

"Bila kamu (PAS) serang DAP macam itu, bagaimana kamu mahu kata 'business as usual' (kerja seperti biasa)?

"Sama ada kamu suka atau tidak, sistem kerajaan Westminster ini berasaskan keyakinan dan majoriti. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir kerajaan?" soalnya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Aziz merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang menyerang DAP semasa muktamar yang berlangsung minggu lepas.

Ia disusuli kenyataan balas pemimpin DAP diketuai penasihatnya Lim Kit Siang yang mengatakan PR sudah berkubur dan hanya menunggu dikebumikan.

Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

"Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri," katanya.

PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.

Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi.

Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR.

"Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri. Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana," kata Aziz.

Menjelaskan mengenai jalan penyelesaian di Selangor, beliau berkata, jalan terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

"Untuk selesaikan masalah ini dengan segera, mungkin baik diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat membuat keputusan.

"Kemudian, bila sudah ada pilihan raya negeri, tidak perlu lagi pilihan raya umum nanti. Keadaannya sama seperti di Sarawak," katanya.

Menurut Aziz, keputusan itu bergantung kepada budi bicara pihak Istana di mana sekiranya tiada lagi keyakinan terhadap kerajaan semasa, baginda berhak memutuskan mengadakan pilihan raya negeri.

"Istana ada hak untuk mainkan peranan mereka. Semestinya mereka mengikuti perkembangan secara dekat.
"Ini bukan hendak pro Istana, tetapi mengikut sistem, itu sepatutnya yang mereka lakukan.

"Saya tidak rasa kamu boleh salahkan Istana. Mereka juga mempunyai tugas untuk melindungi atau memastikan kerajaan negeri dalam tangan pihak yang stabil dan baik," katanya.
Aziz juga menyentuh mengenai peranan Istana dalam kerajaan negeri semasa krisis menteri besar Selangor sebelum ini, di mana mereka meminta lebih daripada satu nama calon dikemukakan.
Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad juga bersetuju dengan pandangan Aziz, malah mengatakan baginda mempunyai hak mutlak membubarkan DUN.

"Semangat dalam perlembagaan adalah mengenai kestabilan dan ketua negeri semestinya adalah Sultan. Baginda punya hak mutlak.
"Seandainya baginda berdasarkan budi bicaranya merasakan tidak ada lagi kestabilan, maka baginda berhak memanggil pembubaran DUN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dzulkefly berkata, keretakan antara parti dalam PR jelas.
"Bahkan kini lebih parah. Saling serang menyerang. Ini suatu yang sumbang," katanya.

Beliau menegaskan, untuk menyelamatkan keadaan, Azmin harus memulakan usaha memulihkan PR segera jika mahu memastikan ia kekal di Selangor.

"Menteri besar kena segera berperanan untuk memastikan parti komponen PR di Selangor yang beliau pimpin ini dipulihkan, daripada segi rentak kerja dan hubungan kerjasama itu.
"Itu mesti diyakinkan bukan sahaja kepada Tuanku tetapi juga kepada rakyat," katanya.

Krisis PAS dan DAP semakin meruncing sebaik berakhir pemilihan PAS pada minggu lalu yang menyaksikan golongan progresif dalam parti itu tidak menjadi pilihan perwakilan, sebaliknya golongan konservatif dan pro ulama yang mendominasi barisan kepimpinan tertinggi parti.

Serangan terbuka juga dibuat perwakilan terhadap DAP yang dilihat lantang menentang undang-undang hudud yang dibawa parti Islam tersebut.

Putus hubungan: Pilihan di Selangor, PAS sekutu longgar PR

Posted: 11 Jun 2015 05:34 AM PDT

Putus hubungan: Pilihan di Selangor, PAS sekutu longgar PR

Putus hubungan: Pilihan di Selangor, PAS sekutu longgar PR

Putus hubungan: Pilihan di Selangor, PAS sekutu longgar PR

Meskipun para ulama PAS bersilat lidah pura-pura parti itu tidak memutuskan hubungan dengan DAP namun pengamal undang-undang dalam parti itu sendiri mengesahkan hubungan telah putus berdasarkan Perkara 7, Perlembagaan PAS yang menetapkan Muktamar adalah kuasa pemutus tertinggi.

Sebaliknya, ulama PAS yang meniru dengan pendekatan Umno melanggar undang-undang dalam mentadbir negara, menegaskan Majlis Syura Ulama adalah pembuat keputusan tertinggi. Penyelewengan fakta oleh pemimpin PAS ini menyebabkan rakyat biasa dan penyokong bukan ahli semakin menjarakkan diri.

Mereka menilai PAS tidak jauh berbeza dengan Umno kecuali memakai serban dan jubah. Hipokrasi dan membelakangkan peraturan hampir serupa. Sekiranya PAS memerintah kerajaan Pusat, sebagaimana yang dibayangkan oleh ahli strateginya Dr Zuhdi Marzuki maka tentulah banyak urusan akan dilakukan secara pintu belakang, berbeza dengan pendekatan PKR dan DAP yang lebih telus.

Globalisasi maklumat

PAS tidak boleh menyembunyikan kebenaran pada era internet dan globalisasi maklumat. Sebaiknya parti itu mengaku hubungan telah diputuskan. Apabila hubungan putus maka satu perundingan baharu perlu dibuat dengan DAP dan PKR.

DAP tidak menolak sepenuhnya PAS, harapan masih ada. Terbaharu Setiausaha Agung Lim Guan Eng pun secara berseloroh menyoal adakah PAS akan berpatah balik?

Maka rundingan baharu boleh dilakukan dengan semangat demi rakyat. Cuma, kedudukan PAS tidak lagi menjadi rakan kongsi di Selangor dan Pulau Pinang, sebaliknya adalah rakan kongsi longgar. Gabungan longgar biasa terjadi dalam kerajaan-kerajaan di Eropah.
Parti-parti politik yang menang pilihan raya tetapi tidak ada majoriti memilih beberapa parti kecil untuk bersama membentuk kerajaan.

 Bagaimanapun, apabila parti-parti kecil itu menarik balik sokongan maka kerajaan tumbang dan satu pilihan raya baharu diadakan. Rakyat tidak merungut mengundi setahun sekali kerana itu adalah tuntutan demokrasi dan demi ketelusan pemerintahan.

Demokrasi moden

Hanya di Malaysia keadaan itu dilihat aneh. Kuasa politik mahu dipegang pemimpin BN sampai malaikat maut mengambil nyawa mereka. Oleh kerana mereka tidak boleh jatuh dalam pilihan raya maka dibuat pelbagai undang-undang agar pilihan raya mengejut tidak boleh dijalankan. Tempoh yang panjang memerintah membolehkan elit menjarah dan merompak kekayaan negara untuk tujuan peribadi.

Rakyat tidak mahu lagi politik seperti ini maka PAS perlu mengorak langkah ke arah demokrasi moden sebagaimana diamalkan negara maju. Pakatan longgar akan membenarkan parti itu terus berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Cuma kuasa dan kuota lantikan jawatan akan berkurangan.

PKR dan DAP adalah komponen rasmi PR dan PAS adalah sekutu. Oleh yang demikian PAS mungkin dikurangkan kerusi exco di Selangor dan dikurangkan perlantikan jawatan dalam majlis perbandaran Pulau Pinang serta agensi kerajaan negeri itu.

Hal ini akan lebih baik berbanding berkeras ingin kekal pada posisi sedia ada kononnya – seperti kata Tuan Ibrahim Tuan Man – Pulau Pinang diperolehi DAP bersama PR dan PAS tidak boleh mengosongkan kerusi.

Menang bersama tidak menjadi asas lagi kerana PAS sendiri yang mahu menarik diri. Berpisah dalam politik tidak sama seperti rumah tangga, apabila bercerai maka harta akan dibahagi-bahagikan dengan alasan pencarian bersama.

Idea Zuhdi mengarut

PAS wajar menjadi parti yang matang dan bertanggungjawab. Persetankan strategi Zuhdi kononnya selepas berpisah maka PAS akan menjadi kuasa pengimbang politik di Malaysia. PAS kononnya akan menjadi kuasa ketiga dalam sistem dua parti.

Teori mengarut seperti itu tidak mungkin terlaksana dalam keadaan pemikiran rakyat yang belum maju. Silap perhitungan Kelantan juga akan tumbang dalam PRU 14. PAS dilihat rakyat Kelantan sangat berpolitik dan mengabaikan kemajuan negeri.

Dalam PRU 2013 lalu, PAS mendapat undi popular dari pengundi anak tempatan tidak sampai 50 peratus, hanya undi anak rantau yang memenangkan parti itu. Dengan kemelut politik sekarang anak rantau yang kebanyakannya bekerja di Pantai Barat dan lebih condong kepada PR tidak mungkin pulang mengundi.

Silap hari bulan mereka menukar alamat mengundi di Selangor, Perak, Pulau Pinang atau Johor untuk memastikan PR menang di kawasan yang mereka diami.

Zuhdi juga mahu PAS menumpukan isu Melayu sebagaimana yang dilakukan Umno. Dalam demografi politik Malaysia, inilah idea paling bodoh yang pernah dikemukakan kepada PAS tetapi diyakini paling hebat oleh presidennya.

Masalah ekonomi

Tumpuan Umno selama ini kepada pengundi Melayu adalah melalui gula-gula politik lantaran masalah kaum Melayu adalah kurang peluang pekerjaan; kurang dana peniaga kecil; subsidi baja dan benih; kuota rumah; kuota ruang niaga di bandar dan pelbagai lagi yang hanya boleh diberikan oleh parti yang menguasai agensi kerajaan pusat.

Tiada ada orang Melayu yang waras fikirannya akan mengadu kepada PAS apabila menghadapi masalah ekonomi seperti itu. PAS sudah melewati ruang yang sempit tersebut dan pergi kepada politik nilai sebagaimana perjuangannya bersama PR dahulu.

Politik nilai yang menolak politik rasuah BN semakin diterima oleh orang Melayu. Melayu hanya perlu sedikit masa sahaja lagi untuk yakin PR akan mewujudkan kemakmuran bersama ke atas semua bangsa.

Politik berasaskan Melayu tidak boleh berkembang dalam negara moden yang penembusan internetnya tinggi. Salah urus maka politik seperti itu bukan menguatkan negara dan membenarkan orang Melayu menjentik Cina seperti mana ramalan Zuhdi, tetapi akan menyebabkan negara huru-hara seperti di negara-negara Arab dan Afrika Utara sekarang.

PAS perlu melupakan buah fikiran Zuhdi dan kembali kepada realiti andainya ingin terus diberi sokongan dalam politik pelbagai kaum.
Langkah pertama ke arah itu adalah membuat rundingan baru dengan rakan komponen PR. Sekiranya rundingan baharu berjaya maka PR akan dilihat kukuh dan tidak berganjak dalam memperjuangkan kehendak rakyat.

Cuma PAS tidak boleh membuat perangai ekstrem melulu dan memaki sekutu apabila mempertahankan isu Hudud. Sehebat-hebat Hadi sudah dua kali persidangan parlimen, speaker Dewan Rakyat masih tidak memberi laluan Hudud dibahaskan. Adakah PAS telah ditipu hidup-hidup oleh Umno?

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:18 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa

0

Posted by Unknown | Posted on 7:56 PTG | Posted in

sumber :-

wirawandesa


GILA ASTRO ATAU ASTRO GILA?

Posted: 11 Jun 2015 03:21 PM PDT


Penggunaan televisyen berbayar sangat populer buat masa ini. Selain dari member banyak pilihan saluran, stesen berbayar ini menghidangkan gambar yang terang dan kemas. Walaupun ada masalah-masalah tertentu, stesen berbayar ini tetap juga menjadi pilihan. Dan stesen yang paling popular buat masa ini tentulah Astro. Malah ia mungkin menduduki tempat teratas dalam senarai stesen berbayar ini.
Oleh sebab menjadi pilihan nombor satu di negara ini, Astro mula menunjukkan belangnya. Filem-filem lama diulang semula berkali-kali sehingga kanak-kanak berusia 6 thaun pun boleh menghafalkan ceritanya. Mutu filem usahlah disebutkan, ada antaranya sangat rendah dan remeh. Kadang-kadang sangat baru muncul filem-filem atau siri-siri baru dipaparkan.
Pelanggan membayar hingga ratusan ringgit untuk menikmati setiap pilihan mereka tetapi Astro sentiasa menyiarkan program realiti yang tentunya mendatangkan pendapatan kepada mereka tanpa memikirkan apakah program realiti itu member impak yang baik atau tidak kepada penonton. Betullah pelanggan boleh membuat pilihan tetapi biarlah berbaloi dengan wang yang dibayar kepada Astro.
Selain itu, pelanggan Astro sering disogokkan dengan berbagai promosi dan iklan. Bermacam-macam promosi siaran dan banyak iklan yang disiarkan di sepanjang sesuatu program atau filem. Kadang-kadang dalam segmen atau siri filem untuk satu jam, hanya 40 minit saja yang berkaitan. Selebihnya adalah iklan dan promosi. Pihak Astro harus ingat bahawa setiap pelanggan membayar ratusan ringgit bukan untuk menonton iklan atau pomosi. Kalau untuk tujuan itu mereka boleh mengikuti siaran RTM dan TV3 sahaja kerana stesen-stesen itu hidup hanya bergantung kepada iklan.
Astro ini adalah stesen berbayar dan biarlah apa yang disajikan itu berbaloi dengan wang yang telah dikeluarkan kepada Astro. Kalau hendak disiarkan iklan-iklan produk, lebih baik turunkan  bayaran bulanannya.

Jadi sekarang adakah Astro yang gila atau kita yang gila Astro?