Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


TUDM Butterworth: JELASKAN SEGERA sebelum jadi bahan pembangkang!!!!!

Posted: 08 Jun 2015 09:15 PM PDT




Betulkah pemimpin UMNO Tasek Gelugor halang pembangunan tapak lapangan terbang TUDM Butterworth seperti dituduh dalam banner?

Betul dikatakan kalau pembangunan ini menguntungkan rakyat, khususnya orang Melayu, ia tak perlu ditentang.

Rakyat patut didahulukan lebih dari kepentingan pemimpin-pemimpi .

Cuma siapa dalang disebalik banner-banner ini? Tak tentu pasal ada blog-blog pembangkang dah mainkan isu ini. Baca Era Pasca di SINI  dan SINI

Projek ini sudah diusahakan JV LTAT lebih dari 7, 8 tahun. Dato Ahmad Zahid dah persetujui dan pelbagai pihak dah beri go ahead.

Sebagai mana projek2 lain, memang ada pelbagai masaalah operasi perlu ditangani tapi jangan pula jadi modal pembangkang untuk tuduh ada pihak-pihak guna masaalah sebagai alasan untuk halang untuk peras pemaju untuk bayar rasuah.

Jelaskan segera agar tak jadi bahan fitnah hingga membiak macam 1MDB. Segerakan projek juga kerana jika mana2 pihak tangguhkan ia bakal menarik fitnah baru juga.

Kekalahan besar luar jangkaan di PRK Permatang Pauh memberi imej buruk terhadap pemimpin UNNO di Pulau Punang.

Ada khabar tersebar pemimpin sengaja tak ambil ribuan pengundi putih untuk keluar mengundi. Ada juga khabar ada pemimpin UMNO sekongkol dengan sindiket judi untuk tentukan keputusan.

Semua itu khabar angin tapi rakyat dah mengharap projek ini. Jangan kecewakan mereka.

Bila persepsi terbina ada pemimpin halang dan guna peluang ambil rasuah, pengundi akan percaya apa saja khabar angin yg dodengar dan diingatkan masuk akal.

Dah masa, pengguna tunjuk kuasa, ajar Kedai Mamak dan Tomyam!!!!

Posted: 08 Jun 2015 05:30 PM PDT

Pengguna Malaysia diajak boikot restoran mamak dan India yang didakwa menaikkan harga makanan dan minuman sehingga 30 hingga 40 peratus.

Kenaikan harga itu dianggap melampau terutama membabitkan restoran-restoran yang beroperasi 24 jam sehari.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan itu dikesan hasil Tinjauan Intervensi CASSA (CSI) yang dilaksanakan sejak dua bulan lalu berikutan peningkatan aduan orang ramai.

Menurut beliau, harga bagi sepinggan nasi berlauk ikan dan dua jenis sayuran dan secawan air adalah RM13.50 atau set nasi beriyani di restoran mamak atau India kini memcecah RM18 atau RM24 sepinggan.

Nasi lemak dengan seekor sotong dikenakan caj sehingga RM13.

Harga bagi lauk ikan atau kambing dengan tiga jenis sayur untuk empat orang pula mencecah RM80.

Baca Flying Kick SINI

Perkara sama berlaku juga di r estoren Tom Yam. Dah masa kita boikot kedai Mamak dan Tom Yam!!!!

Goyang UMNO tapi PKR Sabah tumbang, Giliran PKR Sarawak ka?

Posted: 08 Jun 2015 07:30 AM PDT



Tempoh hari minggu lepas, Tan Sri Adenan Satem menjemput Baru Bian menyertai BN:

Adenan invites state PKR chairman to join BN for the progress of Lun Bawangs

LAWAS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak chairman Baru Bian has been invited to join the state Barisan Nasional (BN).

The invitation came from none other than state BN chairman cum Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, who said joining BN would enable the Ba Kelalan assemblyman to help his Lun Bawang community to truly progress.

When announcing the approval of nearly RM30 million worth of projects here, mostly for the Lun Bawang heartland of Ba Kelalan, Adenan said Baru is with the 'wrong crowd' as only the BN government can deliver the goods needed by the people as opposed to the opposition's token promises.

"Please feel that you are among friends. I will try to get the prodigal son to come back," he quipped in a speech directed at Baru, who was among the guests at the Irau Aco Lun Bawang 2015 festival, at Long Tuma in Trusan yesterday.

Baca di Borneo Post SINI

Ekoran itu, timbul pula cerita YB Ali Biju DUN Krian akan sertai BN dan keluar dari PKR selepas Baru Bian masuk BN. Semantan ke Lawas menulis:

YB Ali Biju Pertimbang Masuk BN Selepas Baru Bian?


Pengundi tegar Ali Biju terpaksa menganjur program bersama wakil rakyat BN, YB Wahab Aziz, DUN Kalaka sebagai tanda hormat kepada wakil rakyat PKR.

Maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh pengundi DUN Krian ialah mereka masih mahukan Ali Biju tetapi dalam bendera yang berlainan iaitu Barisan Nasional.

Sindiran atau betul atau hint-hint, sila bca SINI.

Teringat kami suatu masa Anwar menyanyikan lagu Sabah nak goyang, Najib, UMNO dan BN  nak tumbang. Rupanya PKR yang tumbang di Sabah. 19 Cabang punah ranah.

Adakah nasib sama bakal menimpa PKR di Sarawak? Jeng jeng jeng ...

Sabah gempa bumi, Sarawak yang didoakan

Posted: 08 Jun 2015 05:30 AM PDT


Blur rupanya Speaker Selangor, Reverend Hannah Yeoh Hiap Seng.....

Malim Gunong hero tak didendang

Posted: 08 Jun 2015 02:30 AM PDT



Syabas!!!!

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Lelaki Bogel di Gunung Kinabalu Hina Rakyat Sabah di Facebook?

Posted: 08 Jun 2015 08:17 AM PDT


Salah seorang pelancong lelaki yang didakwa berbogel di puncak Gunung Kinabalu telah menghina rakyat Sabah termasuk Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Pelancong yang menggunakan nama Monkeetime di laman sosial Facebook telah memuatnaik dengan mengeluarkan kenyataan : "Masidi Manjun, anda adalah si *****, bukan Menteri Pelancongan," tulisnya.

Emil Kaminski turut memuatnaik beberapa foto bogelnya di puncak gunung di beberapa lokasi di luar negara.

"Saya tersekat di sini (Tawau) untuk beberapa hari sehingga isu pelancong bogel ini reda.

"Nasib baik mereka di sini tiada internet," katanya lagi.


Tindakan beliau yang kini menjadi viral di laman sosial berkenaan turut dikecam ribuan Malaysia.

"Halang lelaki ini dari masuk Malaysia!," kata Raj.

"Kemana kamu pergi, kamu perlu hormat. Tiada siapa halang kamu untuk pergi ke mana-mana atau panjat gunung (Kinabalu). Tetapi jangan bertindak sesuka hati di gunung ikut suka kamu," kata Swann, seorang warganegara Singapura.

"Minda warganegara barat memang berbeza. Pada mereka (berbogel) ini normal. Tetapi, Malaysia adalah negara Islam dan kamu perlu hormat," kata Darren.

Pada 5 Jun lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak polis kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pelancong tersebut dari meninggalkan Sabah.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANNUAR MUSA DEDAH TUN DR. MAHATHIR

Posted: 08 Jun 2015 10:40 PM PDT

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa bercakap pada Forum 'Bicara Tokoh: Kupasan Isu-Isu Politik Semasa' di Dewan Umno Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan segala kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Jun, 2015.
Dakwaan Umno akan kalah sejak zaman Dr M lagi, kata bekas menteri
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK 
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa bercakap pada Forum 'Bicara Tokoh: Kupasan Isu-Isu Politik Semasa' di Dewan Umno Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan segala kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Jun, 2015.
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa bercakap pada Forum 'Bicara Tokoh: Kupasan Isu-Isu Politik Semasa' di Dewan Umno Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi. Beliau menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan segala kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 9 Jun, 2015.
Kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Umno kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri bukanlah satu dakwaan baharu sebaliknya ia pernah wujud ketika zaman bekas perdana menteri itu lagi, kata Tan Sri Annuar Musa.
Bekas menteri pembangunan luar bandar itu berkata, Dr Mahathir perlu berhenti melakukan perkara merugikan orang Melayu kerana ahli Umno sememangnya tidak mahu melakukan perkara tidak sopan menentang bekas presiden Umno itu.
"Saya tahu pegangan Dr Mahathir ialah kalau Najib pegang lagi maka Umno akan kalah. Waktu Dr Mahathir jadi perdana menteri, ayat begini datang bertubi-tubi, tetapi Umno tidak kalah.
"Ini kerana ada orang macam kita yang tiada kepentingan, tetap berdiri teguh di belakang parti, bukan di belakang mana-mana individu.
"Kita tak sanggup buat perkara yang tak sopan. Saya harap Tun tolonglah faham. Tun kelodak macam mana pun, berat hati kita nak berlaku tak sopan dan memang tak wajar kerana Tun bukan lagi Tun Umno tetapi dia negarawan bangsa dan negara Malaysia yang akan dikenang dan dihormati," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program "Bicara Tokoh: Kupasan Isu-Isu Politik Semasa" yang dianjurkan Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi.
Mengulas kritikan yang dilemparkan Dr Mahathir kepada Najib, Annuar berkata bekas perdana menteri itu pernah menyatakan komitmen untuk tidak mengganggu pentadbiran kerajaan apabila bersara sebagai perdana menteri. 
Katanya, kritikan Dr Mahathir yang berterusan kepada Najib kini menimbulkan kekeliruan sama ada pemimpin disegani dunia itu sudah lupa komitmen yang pernah dibuatnya.
"Saya peringat balik kata-kata yang berkumandang di telinga saya, kata-kata yang diulang Dr Mahathir berkali-kali antaranya, waktu Singapura mengangkat Lee Kuan Yew selepas berhenti sebagai perdana menteri.
"Dalam hal rundingan negara kita dengan Singapura, terpaksa rujuk dengan Lee. Dr Mahathir berkata kepada kami, 'saya besok kalau berhenti jadi perdana menteri, saya tak akan ambil jawatan menteri kanan dan saya tak akan ganggu kerajaan'," katanya.
Meneruskan imbasan kenangannya bersama pemimpin yang mesra dengan nama Che Det itu, Annuar berkata Dr Mahathir pernah mengingatkan tidak mungkin kesalahan hanya datang daripada pihak lain dan tidak daripada diri sendiri.
Katanya, Dr Mahathir mengingatkannya perkara itu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekali gus menyukarkan kerja pentadbirannya di Umno Kelantan. 
"Saya cerita pada Dr Mahathir susah saya nak bekerja di Kelantan sebab pelik saya tengok Anwar. Dia bina kekuatan dan puaknya sendiri. Saya jadi sulit nak buat kerja.
"Apa jawapan Dr Mahathir pada saya, 'Annuar, saya ini dah banyak timbalan sebelum ini di bawah saya, Musa di bawah saya, kemudian saya singkirkan. Tun Ghafar bawah saya, kemudian saya singkirkan.
"Dr Mahathir kata 'kalaulah saya bermasalah dengan Anwar, maka orang tidak akan kata orang yang salah tetapi kata saya yang salah'. Segar dalam ingatan saya," katanya.
Annuar berkata berdasarkan kenyataan itu, kira-kira 6 pemimpin pernah berkhidmat dengan Dr Mahathir dan tidak dapat meneruskan kerjasama dengannya.
Katanya, pemimpin berkenaan termasuk Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Anwar, Abdullah dan Najib.
"Maknanya, dia kata kalau cukup tiga, orang tak kata tiga tak betul. Kita yang satu ni, tak betul.
"Kalau ikut ilmu Dr Mahathir ajar, saya ragu 7 orang ini tak betul. Takut Dr Mahathir tak betul," katanya. – 9 Jun, 2015. (TMI)


SAMBUNG SEGERA PROJEK UG PAS-UMNO YANG TERGENDALA DAHULU, JANGAN BUANG MASA

Posted: 08 Jun 2015 07:00 PM PDT

Sambung Semula Projek UG PAS-UMNO
Terlebih dahulu, saya secara peribadi mengucapkan Tahniah kepada TG DS Hj HAdi Awang dan TG Tuan Mat Tuan brahim kerana telah terpilih mengemudi saf tertinggi PAS untuk sesi 2015/2017. Begitu juga Pemuda dan Muslimah yang turut dimenangi oleh kumpulan team Ulama.


Kemenangan besar team Ulama ini telah mencetuskan suasana yang menggembirakan dan menceriakan. Kemenangan team Ulama di dalam PAS akan mempermudahkan lagi projek UG yang telah tertangguh sejak 2008.


Tiada siapa bIsa menafikan projek UG baik di kalangan pemimpin tertinggi UMNO mahupun PAS. Usaha mencari titik pertemuan antara UMNO dengan PAS telah pun didedahkan oleh mantan Timbalan Presiden PAS di sini dan sini. Juga katanya, bahawa DAP itu kafir harbi di sini.

Malah pendedahan bekas Exco PAS Selangor ini sangat jelas di sini. Di sini lebh jelas.

Beliau menyatakan usaha menggerakkan UG PAS-UMNO dibuat selepas mendapat restu daripada kepimpinan tertinggi PAS pada tahun 2008. Namun, ianya patah di tengah jalan kerana peranan kumpulan Anwar dan pro-DAP dalam PAS ketika itu telah mengalahkan ramai pemimpin team ulama.


Ketika itu, dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Dr. Hassan Ali telah disingkirkan daripada barisan kepimpinan PAS. 

Namun, Allah SWT Maha Adil dan kini memberi sekali lagi petunjuk dan peluang kepada PAS untuk menjayakan projek UG PAS-UMNO. Team Ulama yang pro UG PAS-UMNO telah menyapu bersih seluruh kepimpinan PAS dari Pemuda, Muslimah hinggalah kepada barisan Tertinggi PAS.


Perdana Menteri telah menyambut baik kemenangan team Ulama dengan ulasan penting akan membuahkan sesuatu yang lebih positif. Manakala pertemuan TG DS Hj Hadi Awang dengan TS Muhyiddin Yassin di Kota Kinabalu memberikan gambaran yang jelas.

Penilaian Buruk DAP Kepada PAS
Sementara itu, keputusan Muktamar PAS memutuskan hubungan dengan DAP hanyalah prosedur sahaja. Hubungan itu sudahpun putus. Majlis Syura PAS memberikan 9 sebab memutuskan kerjasama dengan DAP.

DAP bukanlah parti memujuk. Lim Guan Eng berkata, ahli-ahli PAS yang meletak jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang tidak pun memberi apa-apa kesan kepada DAP. Ada pun tiada kesan, tiada pun tiada dihirau. Itulah penilaian DAP kepada PAS.

Kesimpulan
Kepimpinan PAS bersegeralah menyambung semula rundingan dan projek UG yang tergendala tempoh hari. Jangan buang masa lagi.

Nama-nama besar seperti DS TG Hj Hadi Awang, TG Datuk Dr. Haron Din, Datuk Mustapha Ali dan lain-lain yang terlibat dalam projek UG PAS-UMNO dan rundingan dahulu bolehlah menyambung semula rundingan mereka yang tergendala.

Pesan DS TG Hj Hadi Awang, "UMNO bukanlah Firaun..."

SUSULAN PAS PUTUS HUBUNGAN DAP, TONY PUA CADANG KERAJAAN BARU SELANGOR DIBENTUK

Posted: 08 Jun 2015 11:24 AM PDT

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kini berada dalam keadaan tidak stabil disebabkan usul Dewan Ulama PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar PAS baru-baru, kata Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
Tony Pua dilaporkan The Malaysian Insider berkata walaupun PAS memberi alasan usul itu belum dimuktamadkan, namun ia mustahil dapat menjalankan kerja seperti biasa dan bersedia mencari formula untuk membentuk kerajaan baharu di Selangor.
"PR di Selangor kini berada dalam keadaan yang tidak pernah dialaminya. Satu-satunya perkara yang pasti dalam situasi ini ialah, keadaan tidak boleh, atau tidak akan sama lagi, selepas ini.
"Sukar dibayangkan sesiapa boleh berfikir atau percaya PR boleh terus wujud dalam keadaan semasa ini dengan adanya usul yang begitu jelas," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.
Pua berkata, hubungan rapuh antara pemimpin PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Nasrudin Hassan pada Jumaat, mengatakan ulama akan menggunakan "lutut" dan "siku" mereka mengajar DAP.
Pua juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) PAS enggan bekerjasama dengan exco DAP.
"Boleh bayang tak bagaimana mesyuarat exco negeri akan menjadi di luar realiti, dengan exco PAS mengabaikan exco DAP atau berpura-pura mereka tidak wujud?
"Masalahnya tidak hanya akan timbul dalam dalam exco, tetapi di semua peringkat kerajaan Selangor.
"Adakah ahli majlis tempatan PAS, contohnya tidak akan mengendahkan semua komen, cadangan dan saranan ahli majlis tempatan DAP ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan?," katanya.
Pua berkata tumpuan kini ialah kepada bentuk penyusunan semula politik yang perlu dilakukan bagi membolehkan kerajaan campuran baharu itu terus berkuasa di Selangor.
Katanya, kegagalan untuk mencari gabungan yang menerima polisi bersama PR mungkin membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Selangor dan pilihan raya terpaksa diadakan.
"Setakat hari ini, tiada keputusan muktamad dibuat DAP Selangor. Pada hari akan datang, kita akan berbincang dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP dan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat di peringkat nasional.
"Tidak seperti pemimpin beberapa parti politik lain yang kita tahu, rakyat Malaysia jangan risau, pemimpin DAP di Selangor tidak akan menjadi hipokrit dan mengkhianati prinsip kami untuk kekal berkuasa walau apa jua keadaannya," kata Pua.
PAS pada muktamar tahunannya ke-61 yang berakhir pada Sabtu, menerima tanpa bahas usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Pemimpin PAS bagaimanapun menegaskan ia bukan keputusan muktamad.
Usul itu asalnya dibawa Dewan Ulama, tetapi kata putus sama ada untuk melaksanakannya atau tidak akan dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata pada Sabtu, usul itu tidak memberi kesan kepada pemimpin PAS dalam kerajaan negeri itu kerana ia belum muktamad.
Katanya, beliau tidak tahu mengapa Dewan Ulama menimbulkannya, sambil menambah, ia tidak menggambarkan pendirian PAS Selangor.
Iskandar berkata, PAS Selangor tiada masalah dengan DAP atau PR, dan beliau akan menyatakan perkara ini kepada AJK Pusat apabila ia membincangkan usul itu lebih lanjut.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BERGAMBAR : WAN AZIZAH BERSAMA RAKYAT DI SABAH

Posted: 08 Jun 2015 08:38 PM PDT


 Menziarahi keluarga Valerian Joannes, di Kg Bundu Tuhan..beliau adalah mountain guide yang terkorban akibat gempa bumi..
 




 Menziarahi dan bertemu dengan ibu kepada Joseph Salungin, seorang lagi mountain guide yang menjadi mangsa..sempat beramah mesra dengan rakyat Sabah yang hadir sama..



 


 




Bertemu dengan saudara Christopher bersama rakannya yang membantu selamatkan 137 orang pendaki Gunung Kinabalu..kebetulan terjumpa dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air, Dr Maximus Ongkili..


 

 
 

 

 




Keratan akhbar ketika lawatan Wan Azizah di Sabah

DI TUDUH BERBAGAI OLEH PRO ULAMAK

Posted: 08 Jun 2015 07:59 PM PDT

Pemimpin dituduh agen dap, kafir, jebon,anwaris, erdoganis, barua, tolol...walau di caci dan dihina, kmulah pejuang rakyat yg sebenar...pemimpin ku dulu kini dan selamanya...
Hormat # Sang Kelembai

Sang Kelembai's photo.

UCAPAN MAT SABU..

Posted: 08 Jun 2015 07:56 PM PDT


Demi pembaharuan, PAS perlu laksanakan ketetapan Muktamar

Posted: 08 Jun 2015 03:24 PM PDT

Demi pembaharuan, PAS perlu laksanakan ketetapan Muktamar

Demi pembaharuan, PAS perlu laksanakan ketetapan Muktamar

Demi pembaharuan, PAS perlu laksanakan ketetapan Muktamar

PAS perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk kepada parti sekular itu dan 
memperlihatkannya parti yang bermaruah, kata Khalid Samad.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti juga perlu melaksanakan usul berkenaan bagi memperlihatkan perbezaan di antara kepimbinan baru dan lama.

"Untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk pada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti yang tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.
"Maka biarlah tindakan tegas dan berani, meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid berkata keputusan pemilihan parti kali ini disifatkannya satu 'rombakan menyeluruh' yang sememangnya sudah lama diusahakan pimpinan yang menggelar diri mereka sebagai 'pro-ulama' di dalam PAS.

Katanya, dengan tercapainya 'pembersihan' ini, maka rakyat dan ahli menunggu untuk melihat perbezaan, samada dalam pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua, antara pimpinan baru dan pimpinan lama.
"Keinginan untuk perbezaan ini merupakan sebab dan justifikasi terhadap usaha gigih yang dilakukan sepanjang beberapa bulan untuk menjatuhkan pimpinan lama dan menaikkan pimpinan baru.

"Amat mengecewakan sekiranya selepas berusaha dengan begitu gigih dan matlamat tercapai, akhirnya tiada sebarang perbezaan kecuali retorik semata-mata," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata pimpinan baru wajib diberikan ruang seluas-luasnya untuk melaksanakan pembaharuan pendekatan, kaedah, hala tuju atau apa jua yang diinginkan ke arah mengukuhkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, pendekatan yang digunakannya sedikit berbeza dengan kepimpinan baru, maka menggunakan kaedah itu mungkin beliau tidak dapat memberikan khidmat terbaik.

"Saya sudah membuat pendirian saya tidak akan mencampuri apa jua hal kepimpinan parti kerana khuatir akan menjadi penghalang kepada apa yang diingini.

"Ini adalah yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila apa yang diidamkan sebenarnya tidak saya ketahui," katanya.

Pemilihan PAS pada Sabtu menyaksikan golongan progresif dalam parti itu tidak menjadi pilihan perwakilan sebaliknya membariskan golongan konservatif dalam kebanyakan jawatan yang dipertandingkan.

Pemimpin PAS yang pro PR rata-rata disingkitkan bermula daripada Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub di peringkat naib presiden.

Suara Pakatan Daily

PAS PERLU TUNAI APA YANG DI KATAKAN DEMI MARUAH PAS........KHALID SAMAD

Posted: 08 Jun 2015 05:24 AM PDT

PAS perlu melaksanakan usul Dewan Ulama yang mahu parti Islam itu memutuskan kerjasama dengan DAP, bagi memperlihatkan mereka tidak tunduk kepada parti sekular itu dan memperlihatkannya parti yang bermaruah, kata Khalid Samad. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-putus-dengan-dap-bukti-pas-parti-bermaruah-kata-khalid-samad#sthash.vUL1ywxs.dpuf

Posted: 08 Jun 2015 05:17 AM PDT

BismillahirRahmanirRahim

PASCA MUKTAMAR

1. Penolakan calon dilakukan secara borong.

2. Ada dua jalur pemikiran yang besar iaitu 75% kaedah Indoktrinasi Islam dan 25% kaedah Dialog Islami.

3. Pihak 75% merasakan pihak 25% menyusahkan pergerakkan PAS untuk membawa aspirasi perjuangan Islam yang ingin dibawa mereka.iaitu negara hukum.

4. Pihak 25% amat menitik beratkan kaedah dialog, tolenrasi, mementingkan integriti dari negara hukum, menerima kepelbagaian dan kepimpinan diukur melalui merit hasil kerja.

5. Pihak 75% tidak mahu bertolak ansur dengan rakan tahaluf yang dikatakan melibatkan dasar parti.

6. Pihak 25% mahu bertolak ansur dengan rakan tahaluf siyasi termasuk dalam soal perlaksanaan hukum syariat melalui proses dialog yang berterusan.

7. Pihak 75% memberi fokus utama memartabatkan hukum Allah dengan berusaha sekeras mungkin untuk melaksanakan hudud.

8. Pihak 25% memberi tumpuan ke arah sebuah kerajaan yang baik (good governance) dan negara berkebajikan sebelum bergerak ke marhalah seteruanya.

9. Pihak 75% lebih selesa melakukan aspirasi perjuangannya jika pihak 25% tidak ada dalam parti.

10 Pihak 25% masih belum ada apa-apa keputusan kemanakah mereka akan membawa diri setelah ditolak secara total.

Nota: Sila beri komentar terhadap 10 perkara di atas untuk kebaikan bersama.

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Posted: 08 Jun 2015 01:43 AM PDT

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

Terima usul tanpa bahas untuk hal-hal kecil sahaja – Ahmad Awang

EKSKLUSIF: Penerimaan usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa dibahas perwakilan dalam Muktamar ke 61 di Kuala Selangor pada 5 Jun lalu terus mendapat teguran pemimpin PAS.

Bekas calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata, menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulama itu tanpa dibahaskan oleh perwakilan adalah bercanggah dengan hasrat ahli parti.

Selain itu, kata beliau, penerimaan tanpa bahas juga melanggar peruntukan dalam perlembagaan PAS.

"Mengikut perlembagaan PAS, penerimaan usul tanpa bahas hanya boleh berlaku melibatkan perkara-perkara kecil dan tidak perlu dibahaskan kerana ianya terpencil. Usul seperti itu (kecil) wajar dipercepatkan tanpa melalui proses yang panjang.
"Tapi berbeza sama sekali pengurusannya jika berhadapan dengan perkara besar (memutuskan kerjasama) seperti ini," kata bekas Pesuruhjaya PAS Perak itu kepada Suarapakatandaily.

Kata Ahmad lagi, usul menamatkan kerjasama itu kelihatan pelik apabila PAS hanya memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih mahu berada dalam Pakatan Rakyat.

"Amat mengelirukan, mereka (pemimpin PAS) tak mahu bekerjasama dengan DAP tetapi mahu terus duduk dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing mempunyai wakil dalam kerajaan campuran PR," kata Ahmad lagi.

Usul menamatkan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP dibawa oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik pada 3 Jun lalu dan disokong sebulat suara. Usul sama kemudian turut disokong tanpa perbahasan dalam Muktamar penuh yang berlangsung 4 – 6 Jun di Kuala Selangor.


Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Posted: 08 Jun 2015 01:41 AM PDT

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

Bawa usul ke Majlis Syura melanggar peraturan PAS

EKSKLUSIF: Bekas Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang menegaskan tindakan menerima usul memutuskan kerjasama PAS – DAP tanpa bahas dalam Muktamar 4 – 6 Jun lalu kemudian membawa usul tersebut untuk diputuskan oleh Majlis Syura Ulama (MSU) adalah tindakan yang tidak mengikut peraturan.
Menurut Ahmad, MSU tidak sewajarnya masuk campur dalam isu di Muktamar kerana badan pemutus hukum itu hanyalah sekadar "Advisor Council" dan setiap peringkat perbahasan isu dalam Muktamar bukan di bawah bidang kuasa MSU.

"Muktamar seharusnya bertanggungjawab membahaskannya (dan membuat keputusan). Barulah segala keputusan dibuat mengikut landasan yang betul tanpa berlaku sebarang kekecohan," kata Ahmad.

Menurut beliau lagi, perkara tersebut menjadi bertambah rumit apabila sebahagian ahli MSU berada di dalam Dewan Ulama. Dan orang yang sama itu juga, katanya, membuat usul tanpa menimbang implikasi buruk ke atas PAS kerana tidak mendapat maklumat yang meluas daripada ahli.

"Akibatnya, presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang tidak dapat membuat keputusan (yang bijak) oleh kerana sikap pucuk pimpinan yang tidak berterus terang dalam menyelesaikan isu ini," tegas Ahmad.

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu

Posted: 07 Jun 2015 10:04 PM PDT

Kedudukan atau reda Allah yang dikejar? – Mohamad Sabu
Published: 8 June 2015 8:41 AM

Setiap orang atau kumpulan yang ingin mempertahankan jawatan di dalam PAS sama ada di Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat termasuk AJK PAS Pusat berhak menonjolkan kerja dan prestasi mereka. Mereka yang mempertahankan jawatan atau kedudukan cuba menonjolkan prestasi mereka sepanjang mereka memegang jawatan.

Mereka yang ingin mengambil alih atau menawarkan diri untuk berkhidmat melalui memegang jawatan akan menonjolkan idea baru dan mendedahkan kelemahan dan prestasi mereka yang sedang memegang jawatan.

Semua kerja itu perkara atau perbuatan biasa dalam sesuatu organisasi atau parti.

Melalui sekelompok pemimpin dan ahli PAS cuba mempertikaikan timbalan presiden PAS dan beberapa orang di antara mereka Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta, Suhaizan Kayat, Dr Mariah, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad dan beberapa lagi tidak menjunjung dan mempertahankan kepimpinan ulama.

Bagi saya tuduhan itu perkara biasa dan pihak yang kena tuduh cuba menjawab dengan pelbagai cara.


Kemudian mereka dikumpulkan dalam kumpulan (Jebon) dan anti ulama. Lebih parah lagi mereka juga dituduh lebih walak dan taat pemimpin parti lain sama ada PKR atau DAP.

Tuduhan itu dicurahkan melalui Majlis Multaqa, Nekad dan tuduhan tidak membela presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diserang DAP.

Saya menjadi sasaran utama kerana dituduh tidak membela presiden dalam kemelut menteri besar Selangor dan hadapi DAP.
Kecam mengecam antara pimpinan PAS dan DAP hampir sudah tidak terkawal lagi. Tulisan dan pandangan pemimpin PAS supaya putus hubungan dengan DAP dan bersedia untuk "bersendirian".

Kemuncaknya, bila Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama pada 3 Jun, 2015 lalu menegaskan syarat tahaluf siyasi dengan DAP sudah rosak dan tamat.

Usul Muktamar Dewan Ulama diluluskan pada hari yang sama dan mendapat sokongan 100% daripada perwakilan supaya PAS putuskan hubungan dengan DAP.

Kira-kira 10.30 malam 4 Jun, 2015 keputusan pemilihan muktamar di ketahui di mana saya, Salahuddin, Mahfuz, Husam, Hanipa, Dr Hatta, Dr Siti Mariah dan lain-lain semuanya tewas.

Seminggu sebelum itu presiden memberi pandangan ahli PAS boleh pilih sama ada mereka yang dilihat mewakili DAP atau yang pertahan dasar.

Mereka yang dilabelkan tunduk kepada DAP dan "Anwarinas" semua tewas belaka.

Di Muktamar pada 6 Jun, 2015 usul untuk putus hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas. Usul kawasan Tumpat dan Dewan Ulama.

Bila usul itu diluluskan, ia menjadi gempar. Bagaimana kedudukan penjawat jawatan di Pulau Pinang (yang paling terkesan).
Bagaimana pula kedudukan PAS dan anggotanya di Selangor - kerajaan negeri, exco, jawatan berkaitan yang dianggarkan lebih 5,000.

Ucapan penggulungan pada 6 Jun, 2015 saya mengambil keputusan meletak semua jawatan yang bersangkutan dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP.

Sekarang saya dapat melihat menggunakan melabel, menuduh orang itu alat itu, suruhan itu ini, Anwarinas, Agen DAP hanyalah alat untuk mencapai kedudukan.

Sudah dapat kedudukan, cuba cari jalan untuk berbaik semula dengan DAP. Orang yang bersama membina Pakatan Rakyat dari awal sudah dinyahkan.

Kedudukan dan jawatan paling dikejar?
Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. – 8 Jun, 2015.
* Mohamad Sabu ialah bekas timbalan presiden PAS.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muhyiddin Disingkir, Shahrir Dan Annuar Kembali Sertai Kabinet?

Posted: 08 Jun 2015 09:48 PM PDT

Lawatan rasmi Najib Razak ke Arab Saudi sambil menunaikan umrah bermula Sabtu lalu hingga semalam bersama dua Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein,  menimbulkan spekulasi yang makin meluas bahawa ia akan disusuli dengan rombakan kabinet selepas ini.

Baik dalam suasana aman, apatah lagi ketika gelora politik makin membara berikutan kritikan berterusan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika ini,  hakikatnya amat janggal bagi Perdana Menteri membawa dua orang Naib Presiden UMNO sekaligus untuk mengiringinya bagi menunaikan umrah, kecuali ada permuafakatan yang perlu disepakati di tanah suci itu.

Lantaran itu menjadi perbualan ramai bahawa pemergian mereka ini ada kaitan dengan suasana politik yang sedang melanda negara. Apatah lagi, pemergian itu ketika tragedi gemba bumi Sabah sedang berlaku dan seolah-olah membawa kedua-dua Naib Presiden UMNO lebih penting daripada segala-galanya.

Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang diketahui agak berbeza pendirian dengan Najib sejak kebelakangan ini, terutama berhubung isu 1MDB, tidak ikut serta atau barangkali juga tidak dipelawa untuk berumrah bersama-sama ini.

Beliau difahamkan kini berada di Russia atas urusan rasmi kementeriannya.

Dengan Najib membawa kedua-dua Naib Presiden itu ke Mekah, cakap-cakap paling sensasi menjadi bualan ialah kemungkinan Muhyiddin Yassin akan digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana kedudukannya dalam kabinet lebih dianggap sebagai ancaman serta "duri dalam daging" kepada masa depan Perdana Menteri.

Najib dikatakan sudah tidak dapat menahan sabar lagi dengan karenah dan tingkah laku Muhyiddin yang tidak cukup setia dan kurang konsisten dengannya, terutama sejak isu 1MDB meletus.

Melalui penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan itu, Najib bukan saja ingin membuktikan sikap ingin terus melawannya terhadap serangan Tun Mahathir, bahkan mahu menunjukkan beliau benar-benar pahlawan Bugis yang masih ada sisa-sisa keberaniannya.

Tempat Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dikatakan akan diambil alih oleh Zahid Hamidi manakala Hishammuddin yang merupakan sepupu Najib akan dikanankan lagi kedudukannya dengan diberikan portfolio Kementerian Kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

PAS kini berada di landasan yang betul - Dr Zuhdi

Posted: 08 Jun 2015 09:38 PM PDT

Selepas Muktamar Tahunan ke-61 yang berlansung di Kuala Selangor, Selangor, minggu lepas, PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia.
Saf kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.
Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar.
Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan yang betul:
1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihan raya Kecil Rompin baru-baru ini. Segmen pengundi Melayu adalah segmen terpenting untuk dikuasai oleh mana-mana parti atau gabungan kerana mereka adalah teras politik Malaysia, malah faktor kestabilan politik Malaysia terpenting.
2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak. Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan PAS (DHPP) menjadi semakin penting, di samping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP hari ini.
3. PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti (multi parties system) seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun. Diyakini dalam beberapa tahun mendatang tiada parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan yang stabil tanpa sokongan parti atau gabungan yang lain. Dalam konteks Malaysia, situasi ini menjadi lebih rencam disebabkan ada dua lapis kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan. Oleh sebab itu, PAS seharusnya menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai dengan 'Islam sebagai rahmat kepada semua'.
Read More / Baca Lagi >>

Aishah: Ini tak betul, kawan…

Posted: 08 Jun 2015 08:50 PM PDT


DSC_1915


KUALA LUMPUR, 9 JUN: Sindiran penyanyi Aishah terhadap kumpulan konservatif dalam PAS semakin hangat apabila terbaru menempelak penyingkiran kumpulan progresif dalam PAS.
Beliau dalam kiriman Facebook dipercayai menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan tindakan kumpulan pro ulama menyingkirkan kumpulan progresif dalam PAS pasca muktamar PAS baru-baru ini.
Beliau juga menyifatkan percaturan politik kumpulan proulama itu satu tindakan politik yang salah.
aisyah "Percaturan yang kurang bijak, tamak sangat nak buang semua (kumpulan progresif).
"Jika saya jadi mereka, strategi saya bukan pecah semua terus. Lihat sekarang anda  sudah buang satu pasukan yang kuat.
"Ini adalah satu percaturan politik yang tak betul kawan, ini tak betul" ujar penyanyi  yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.
Aishah yang mendapat pendidikan sains politik di New Zealand sebelu ini, pernah mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana pendekatannya terhadap rakan pembangkang serta ahli progresif dalam partinya sendiri.
Beliau juga memuat naik lirik lagu penyanyi dari Indonesia, Tegar, berjudul Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.
Lirik itu diubah suai oleh Aishah menjadi Pas Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

"Jahat sungguh DAP" kata Khalid Samad

Posted: 08 Jun 2015 08:47 PM PDT

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad 'menempelak DAP kerana melantik begitu ramai ahli mengisi jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam tulisan terbaru Khalid dalam blognya, Khalid berkata beliau berharap usul daripada Dewan Ulama PAS yang mahu memutuskan hubungan parti itu dengan DAP dilaksanakan

"Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk kepada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima – walaupun tanpa bahas – oleh muktamar PAS.

"Maka biarlah tindakan tegas dan berani meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," tulis beliau dalam rencana bertajuk 'Pascamuktamar PAS ke-61 dan pembaharuan yang diidamkan'.

Khalid adalah salah seorang pemimpin kumpulan progresif yang diketepikan oleh perwakilan PAS dalam muktamar tahunan mereka di Kuala Selangor minggu lalu.

Read More / Baca Lagi >>

PAS jangan hipokrit, demi reda Allah tinggalkan Pakatan, kata Hanipa

Posted: 08 Jun 2015 08:35 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) tidak akan lengkap tanpa sekutunya DAP, maka hasrat PAS meninggalkan parti sekular itu hanya satu perbuatan hipokrit demi mempertahankan kepentingan di negeri yang dikuasai parti pembangkang, kata Mohamed Hanipa Maidin.
Bekas ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, kepimpinan baharu parti Islam itu perlu mengotakan janji mereka sebelum muktamar bagi mengelak ia dilihat sebagai satu gimik dan memalukan kepimpinan parti.
"Mereka sewajarnya membawa PAS keluar daripada PR kerana visi dan misi yang mereka perjuangkan tidak selaras dengan misi dan visi PR.

"Jika mereka sebaliknya terus ingin menjaga kepentingan PAS di Selangor dan dalam masa yang sama cuba mempertahankan prinsip perjuangan dan reda Allah, ia menampakkan mereka tidak ikhlas dan tidak konsisten. "Dengan lain perkataan, mereka mungkin akan dituduh hipokrit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hanipa mendakwa, slogan "keredaan Allah" mempengaruhi ahli PAS dan perwakilan sehingga mereka boleh dikatakan hilang kerasionalan dalam berfikir dan bertindak.
Katanya, disebabkan perkara itu, keputusan muktamar memihak kepada golongan agamawan dan mengenepikan sama sekali tokoh dari golongan progresif dalam PAS.
"Slogan itu juga mempromosi tema berikut, iaitu kemenangan dalam pilihan raya bukan segala-galanya.
"Yang penting adalah keredaan Allah. Apa guna PAS melalui PR dapat menawan Putrajaya jika Islam tidak dapat ditegakkan."
Read More / Baca Lagi >>

Bibit penyatuan Umno-Pas kian jelas - Veteran Umno

Posted: 08 Jun 2015 08:28 PM PDT

Mustapha Yaakub 
SHAH ALAM - Bibit penyatuan antara Umno dan Pas semakin jelas apabila kedua-dua kepimpinan parti itu positif untuk menjalin kerjasama.

Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, keterbukaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuatkan masyarakat Melayu khas meletakkan harapan agar kedua-dua parti itu menjalinkan kerjasama yang lebih rapat.

"Kami veteran Umno menyambut baik jika kedua-dua parti menjalin kerjasama untuk kebaikan ummah.

"Telah lama kami nantikan saat ini, perkembangan akhir-akhir ini cukup positif kita percaya keakraban kedua-dua parti membuatkan Melayu dan Islam semakin kuat," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri yang berada di Jeddah menegaskan Umno bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan kepemimpinan baharu parti itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau turut meletakkan harapan untuk kepimpinan baharu Pas ke arah kerjasama itu.

Menurutnya, pihaknya berharap kerjasama itu tidak hanya terjalin dalam bentuk urusan rasmi sahaja, tetapi berlanjutan kepada kerjasama politik.

"Pada peringkat awal ini kita tidak mahu letakkan harapan yang tinggi, cukuplah buat masa ini kerjasama bagi penyatuan ummah dan kebaikan agama itu dilaksanakan dahulu.

"Namun, ke satu peringkat lain, kita harap usaha sama dari segi politik itu akan terjalin," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak bukan mudah untuk kerjasama itu terjalin memandangkan tidak semua ahli dalam kedua-dua parti itu mempunyai pendekatan yang sama.

"Kita tahu ada kumpulan dalam Pas yang elergik dengan Umno begitu juga ada orang Umno yang elergik dengan Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar kesal, mahu Pas kaji semula usul ‘cerai’ DAP yang membawa kesan pada Pakatan

Posted: 08 Jun 2015 08:23 PM PDT

Ketika kemelut kian meruncing dek keputusan Pas memutuskan kerjasama politiknya dengan DAP,  Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menzahirkan kekesalan dan mahu parti Islam itu mengkaji semula usul yang diluluskan pada muktamar lalu.

Bekas Ketua Pembangkang itu berkata, DAP telah lama menjadi rakan seperjuangan dalam PR malah menyifatkan parti itu komited dalam perjuangan untuk membawa perubahan.

"Saya amat risau dengan perkembangan terkini berkenaan Pakatan Rakyat, yang telah diwujudkan sebagai alternatif kepada sistem politik yang gagal dan urus tadbir kerajaan yang lemah di bawah Barisan Nasional.

"Saya gesa rakan politik kami Pas untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini," ujar Anwar seperti disampaikan Biro Politik PKR, N. Surendran ketika melawat Anwar di penjara.

Tambah Anwar, ketika BN juga dalam keadaan teruk kini, pergeseran dalam PR tidak sepatutnya berlaku kerana perikatan itu disifatkan sebagai alternatif kepada rakyat.

"Rakyat terbelenggu dengan GST dan hutang mahabesar 1MDB; manakala polemik perkauman dan agama masih belum reda.

"Adalah menjadi harapan besar rakyat agar Pakatan Rakyat terus mara untuk menyelesai masalah-masalah politik dan ekonomi yang semakin teruk di bawah pentadbiran BN," katanya.

Menurut Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, Anwar turut menghantar pesanan khusus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Read More / Baca Lagi >>

Perbalahan Pas - DAP bakal goyang kerajaan Selangor

Posted: 08 Jun 2015 05:39 PM PDT

MSO

Sekiranya perseteruan antara Pas dengan DAP yang tampaknya makin hari makin tegang, (dan makin menegang selepas Pas selesai mengadakan muktamar dan membuat pilihan secara borong raga), ianya bakal membawa padah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tidak mustahil kerajaan berusia dua tahun itu akan hancur dan satu pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Keadaan ke arah pilihan raya negeri Selangor diadakan pernah terbayang sebelum ini apabila Pas tidak sekata dalam soal untuk menurunkan Abdul Khalid Ibrahim MB yang berbuat tanpa mengikut kehendak parti, akan diganti dengan Dr Wan Azizah Ismail.

Pas menenatng cadangan PKR itu dengan alasan projek Kajang Move itu tidak dirundingkan dengan mereka terlebih dahulu. Pas menuntut dia ada hak dalam urusan menenurunkan MB itu, walhal konsensus telah dicapai Selangor adalah hak PKR, melantik MB.


Manakala dalam masa sama Pas berkenan agar Khalid Ibrahim terus menjadi MB Selangor sehingga Pas sedia menerima Khalid menjadi ahli Pas sekiranya perlu atau ditolak oleh PKR. Begitu sekali Pas tergila-gilakan Khalid. Satu perjumpaan separa rasmi antara Khalid dengan pimpinan tertinggi Pas termasuk presiden dan setiausaha agung juga telah diadakan.

Sikap Pas itu menjelaskan parti itu tidak tahu malu dan tidak ada rasa hormat kepada kawannya sendiri. Tindakan itu juga menunjukkan pemimpinan Pas khasnya presiden tidak reti bahasa dalam soal berkawan dan berpolitik jauh sekali melihat kepada implikasi dan risiko atas apa yang terjadi.

Bagaimana pun keadaan itu tidak sampai membawa kepada kemungkinan diadakan pilihan raya semula, kerana masalah penukaran MB itu selesai apabila akhirnya Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah menjadi MB Selangor. Khalid yang mulanya berkeras akhirnya terpaksa bungkus tikar bantal dan terjun jendela.

Pas juga apabila gagal untuk mempertahankan Khalid terpaksa akur dan tunduk dengan pelan pertukaran itu, tetapi dengan mengalami sedikit kerugian apabila kerusi exconya dikurangkan dari empat kepada tiga. Itulah perjuangan dan kebijaksanaan politik Pas? Bertanak nasi periuk besar, sedang diri tidak pakar akhirnya nasi mentah.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Posted: 08 Jun 2015 05:04 PM PDT

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

"Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

"Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan," kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.
Dewan Ulama pula berkata usul mereka  "mencadangkan", bukan "menegaskan" seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas ‘cai’ tentukan pimpinan PAS

Posted: 08 Jun 2015 04:57 PM PDT

A Shukur Harun

Dengan berbekalkan sekeping cai – kertas yang mengandungi senarai nama calon pimpinan PAS yang perlu dipilih – maka perwakilan di muktamar PAS minggu lalu pun mengundi dalam situasi di mana cai itu memberi arahan bisu supaya mengundi nama yang tersenarai dalam cai itu.
Walaupun sebahagian kecil perwakilan tidak menurut 'arahan ghaib' cai itu, tetapi kebanyakannya mematuhi arahan supaya mengundi calon yang tersenarai dalam cai itu.
Diberitakan, hampir 80% perwakilan dipengaruhi dengan kertas 'cai' itu. Ada  pihak yang sempat merakam gambar perwakilan yang sedang 'khusyuk' meneliti cai, sebelum mengundi berdasarkan arahan cai tersebut.

Demikian berkuasanya sekeping kertas cai yang tidak diketahui siapa yang menentukan nama yang tersenarai itu, tetapi nyatalah ia sangat berkuasa. Menurut pemerhati yang mengikuti pergolakan di dalam PAS,  ini sebuah konspirasi peringkat tinggi yang terancang begitu lama hingga menjadikan demokrasi di dalam PAS sebagai lawak jenaka.
Tidak ada rasa malu dan segan silu, tidak lagi merujuk akal dan bisikan hati nurani akan apa yang dilakukan, walaupun ada peringatan tegas dari Nabi Muhammad: "Jika kamu tiada rasa malu lakukanlah."
Barangkali ada ustaz yang lupakan hadis ini.
Kita tidak pernah fikirkan bagaimana konspirasi ini berlaku, yang nyata mempermainkan demokrasi dan sampingkan etika moral di dalam sebuah parti yang bernuansa Islam berumur 61 tahun itu.
Hinggakan seorang sahabat memberitahu saya, kalau begini caranya, andainya Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi bertanding pun akan kalah jika tidak tersenarai namanya dalam cai itu.
Tetapi apa yang terjadi terjadi. Tidak mungkin dapat dibaiki lagi. Demokrasi dan moral dihumbankan ke sungai kerana 'tujuan menghalalkan cara' iaitu doktrin politik Machiavelli, ahli teori politik Itali yang juga pernah berkata, "Politik tidak ada hubungan dengan moral."
Dengan 'kuasa ghaib cai' itu, tersingkir para tokoh golongan sederhana PAS, walaupun betapa cemerlangnya khidmat dan pengorbanan mereka kepada PAS selama ini.
Maka gembiralah nampaknya golongan konservatif ini atas nama pendukung Islam sejati, yang mendakwa mahu mempertahankan parti dari penyelewengan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno-Pas perlu kerjasama martabat Islam kata Perkasa

Posted: 08 Jun 2015 04:45 PM PDT

Abu Bakar Yahya SHAH ALAM - Kemenangan kumpulan pro ulama dalam Pas diharap dapat membawa kepada agenda perpaduan dua parti politik Islam dalam negara ini.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, agenda perpaduan tidak semestinya dua parti ini bergabung membentuk kerajaan sebaliknya membawa kepada kedudukan agama dan bangsa ‎pada tahap lebih tinggi.

"Lihat bagaimana kerjasama ‎‎Pas dan Umno yang erat ketika banjir di Kelantan, apa yang dibuat kedua-dua parti ini untuk rakyat dan sokongan Umno Kelantan ketika Pas membentangkan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan baru-baru ini.

"Bibit_bibit kejayaan demi Islam dan Melayu itu telah berputik, oleh hal demikian pimpinan kedua-dua parti perlu mengambil peluang dengan membajanya agar lebih mekar," katanya kepada Sinar Online, hari ini.‎

Beliau berkata demikian mengulas kemenangan pro ulama dalam Pas pada Muktamar ke-61 Jumaat lalu.

Dalam pemilihan itu, ‎Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekali lagi mengekalkan jawatan Presiden Pas selepas 13 tahun.‎

Jawatan Timbalan Presiden disandang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila penyandangnya Mohamad Sabu tewas.

Manakala Naib Presiden diwakili tiga muka baharu iaitu, Datuk Iskandar Samad, ‎Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad.‎
Read More / Baca Lagi >>

Nothing2Hide Forum has many sides to it

Posted: 08 Jun 2015 04:38 PM PDT

No nationwide Nothing2Hide roadshows for Najib until IGP discloses troublemakers and brings them to justice.
najib-nothign2hide
Inspector of General of Police Khalid Abu Bakar, a prolific user of Twitter, has blamed two groups for having to abort the Nothing2Hide Forum on Friday. The venue was at the very heart of the Umno headquarters in Kuala Lumpur.
We have long abandoned the Rule of Law for Rule by Law, and now it seems that the honours have to be shared with Rule by Twitter.
Najib, being a brave Bugis, was reportedly "upset" with the IGP but what can the latter do? National harmony comes first. Well, tell us something new. Most of us were not born yesterday. In any case, we have to give the IGP the benefit of the doubt in this case. Better safe than sorry, and all that. Who cares a rat's you-know-what whether Najib has Something2Hide or Nothing2Hide.
For starters, those in the know may be forgiven for having "belaboured under the delusion" for so long until the Nothing2Hide Forum that among other things the police under the law are there to ensure security at public gatherings and manage the traffic. Now they have learnt that the police actually "have the power" to take it upon themselves – not sure where the law comes in – to cancel events arranged by others, in this case SukaGuam.
It remains to be seen whether the IGP would disclose the names of these two troublemaker groups. No doubt he has to refer the matter to the Attorney General (A-G). If the A-G refuses to heed advice by the police, it's not entirely clear what they would do. In one recent case, the police engaged their own lawyers for the court battle that followed. Well, so much for the A-G's absolute prerogative and discretionary powers under the Federal Constitution.
It also remains to be seen whether Khalid would open investigation papers on the troublemaker groups, haul them to the police station for an overnight stay, and drag them to court the next day while praying that the magistrate would grant further remand orders.
The IGP taking such action is important if Najib is to continue with his nationwide Nothing2Hide roadshows to thump his chest, declare that he is a Bugis warrior and a brave one at that, who never says die and sees no reason to step down just because Mahathir Mohamad woke up one morning on the wrong side of the bed and blah blah and blah.
Read More / Baca Lagi >>

Putus Hubungan: Sukar nak teruskan kerjasama, kata Dapsy

Posted: 08 Jun 2015 04:35 PM PDT

Teo Kok Seong 
SHAH ALAM – Dapsy berharap Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti itu kepada matlamat asal gabungan dalam PR.

Ketua Dapsy, Teo Kok Seong berkata, Pas wajar merujuk kembali manifesto PR sebagaimana yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti antara DAP, PKR dan Pas.

"Walaupun saranan ini sukar tetapi Nik Abduh perlu membuat demikian kerana beliau ada menyatakan ingin menyambung kembali ikatan antara Pemuda Pas dan Dapsy yang telah 'membeku'.

"... kalau boleh saya berharap beliau mengingatkan Pas untuk kembali kepada manifesto PR seperti apa yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti," katanya kepada Sinar Online.

Mengakui pernah mengumumkan untuk membekukan hubungan kerjasama antara Dapsy dan Pemuda Pas, Kok Seong berkata, hala tuju atau masa hadapan kedua-dua sayap parti pembangkang itu sukar untuk diteruskan.

Bagaimanapun, Nik Abduh dalam sidang media pada Muktamar minggu lalu berkata, Pemuda Pas berbeza pandangan dengan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan supaya Pas memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah Nik Abduh memberitahu telah memulakan langkah kembali bersahabat dengan Kok Seong di Parlimen dan berjanji untuk pergi minum kopi bersama.

Ketika ditanya soal itu kepada Kok Seong, beliau akui perkara tersebut namun kewujudan usul yang telah diterima Muktamar Pas menyukarkan jalinan kembali ikatan antara Dapsy dengan Pemuda Pas.

"Tempat duduk beliau (Nik Abduh) dengan saya dalam Parlimen sangat dekat. Cuma, dengan adanya usul yang diterima di Muktamar Pas, amat sukar untuk kedua-dua pihak untuk terus bergerak.

"Muktamar telah memutuskan hubungan dengan kami...memang bertentangan dengan apa yang dikatakan YB Nik Abduh," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tawaran Lim Kok Wing yang tidak boleh ditolak Mahathir

Posted: 08 Jun 2015 04:32 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Sudah tentu, ia seolah-olah semakin menyerupai 'Capo' Mafia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghantar utusannya kepada Dr Mahathir Mohamad, rakan lama Mahathir, pakar pengiklanan Lim Kok Wing untuk memberikannya 'sebuah tawaran yang tidak dapat ditolaknya'.
Seperti yang dipopularkan oleh filem-filem Hollywood seperti Goodfellas dan The Godfather, serta siri tv seperti Wiseguy dan The Sopranos, apabila seorang bos Mafia memutuskan bahawa salah seorang daripada mereka sendiri, seorang Capo, leftenan atau ahli terlantik perlu 'diketepikan', mereka akan menghantar seorang rakan untuk melakukannya.
Istilah 'diketepikan' tidak membawa makna yang begitu menyenangkan dalam dunia Mafia.
Apabila seorang mafia perlu 'ditamatkan', itulah maka sebenarnya.
Walau apa pun, seseorang yang ahli mafia itu kenali dengan baik akan dihantar sebagai tanda hormat bagi khidmatnya yang telah diberikan kepada 'keluarga' itu, sebelum dia tidak lagi diperlukan.
Tambahan pula, ini kerana ianya tidak dijangka dan mungkin juga kejam.
Walaupun cara kematian akan mencerminkan jenayah tertuduh, sama ada kematian yang cepat dan 'kemas' bagi mereka yang masih mempunyai sedikit sokongan, atau kematian yang menggerun dan menyeksakan bagi mereka yang telah menimbulkan kemarahan bos mereka, biasanya dengan beberapa tanda-tanda khusus yang akan menandakan jenayah itu.
Penggunaan rakan rapat untuk menamatkan perkhidmatan juga adalah satu cara untuk memberikan pengajaran kepada rakan-rakan mereka, atas hukuman tidak setia atau jenayah lain.
Ia juga adalah untuk melihat sama ada mereka masih setia.
Dalam hal politik Malaysia, budi bahasa yang sama mungkin telah ditawarkan kepada Mahathir, sering dirujuk sebagai Dr M, oleh rakan lamanya Lim untuk 'menamatkan' bekas bos dan rakannya.
Namun dalam kes ini, 'pembunuhan' itu bukan secara harafiah tetapi mungkin untuk memaksa Dr M menghentikan kritikannya terhadap Najib, jika tidak pakar PR itu berkata yang legasi bekas Perdana Menteri itu mungkin dimusnahkan.
Penerangan mengenai kunjungan Lim terhadap Dr M mencerminkan sebuah adegan terkenal dalam filem 'The Godfather'. 
Read More / Baca Lagi >>

Imbas kembali pemimpin profesional PAS yang disingkir

Posted: 08 Jun 2015 04:30 PM PDT

Selepas beberapa minggu dengan konflik dalaman dan kempen menyelar, muktamar PAS yang berakhir pada Sabtu melihat golongan pemimpin digelar "profesional" hampir kesemuanya disingkirkan kumpulan konservatif, menyapu bersih pemilihan parti paling kontroversi itu.

Antara yang kalah adalah wajah-wajah sering dihantar PAS ke forum dihadiri pelbagai kaum – "pemimpin progresif" dikatakan lebih mesra dengan bukan Islam, dan sering melakukan kawalan kerosakan parti kepada mereka – memusuhi PAS dan rancangannya melaksanakan rang undang-undang hudud Islam.

Salah seorang daripada mereka ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang sejak dahulu lagi mencuba mengetengahkan parti di luar undi Melayu-Islam sahaja PAS dengan mengasaskan Dewan Himpunan Penyokong PAS – sayap penyokong bukan Islam – yang kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010.

Sebagai pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Mujahid mewujudkan slogan pilihan raya umum parti "PAS For ALL" yang membantu melembutkan imej keras parti Islam tersebut dan akhirnya mendapat undi bukan Islam, pada ketika MCA agresif dengan kempen anti-hudud.

Mujahid adalah anak kepada bekas Presiden PAS Yusof Rawa, yang terkenal dengan usahanya untuk merapatkan hubungan antara Islam dengan Kristian, dan menulis buku tentang pengalamannya bertajuk "Engaging Christianity: A travelogue of peace".

Pemimpin lantang Mohamed Hanipa Maidin yang di "boo" dan diejek pada muktamar PAS minggu lepas apabila mempertahankan kritikannya terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dipukul tahun lepas semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kerana menggelar presiden lemah dan berat sebelah.

Namun Hanipa yang juga seorang peguam merupakan orang penting dalam mendapatkan perhatian umum tentang hudud bagi PAS, dan menulis dua buku berkaitannya, "Undang Undang Hudud Perspektif Perbandingan" dan "Prima Facie".

Beliau juga salah seorang daripada segelintir, ataupun satu-satunya pemimpin PAS yang menyatakan secara umum beliau percaya undang-undang jenayah Islam itu perlu ditangguhkan sehingga orang ramai dapat menerimanya.

Dalam kariernya, Hanipa merupakan peguam bagi bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang didakwa mahkamah tentera kerana mengeluarkan kenyataan kepada media tentang bagaimana dakwat kekal digunakan dalam Pilihan Raya Umum 2013 boleh dibasuh dengan mudah.

Sementara itu, ahli akademik Dr Dzulkefly Ahmad yang mengetuai Pusat Penyelidikan PAS, sering menjadi suara pendamai dan kesederhanaan di dalam parti, dan seperti Mujahid, berusaha menjadikan parti tersebut lebih bersifat sederhana.

Read More / Baca Lagi >>

Umno boleh pula minta campur tangan asing?

Posted: 08 Jun 2015 04:22 PM PDT

oleh V Shuman
Logik gaya kerajaan – mereka buat boleh, tetapi orang lain tidak.
Itulah nampaknya yang berlaku, apabila Menteri Wilayah Tengku Adnan Mansor yang baru-baru ini merayu kepada kerajaan China untuk "mendidik" orang Cina di sini berhubung sumbangan BN sepanjang lima dekad memerintah Malaysia.
Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, Tengku Adnan membuat rayuan itu ketika majlis perasmian Taman Persahabatan Malaysia-China di Putrajaya minggu lalu.
Laporan itu kemudian dipetik oleh laman-laman berita.
Menurut MP Putrajaya itu, kerajaan Malaysia sentiasa menekankan kestabilan dan telah membangunkan negara, tetapi rakyat Malaysia sentiasa melupakan sumbangan tersebut.
Jelas, beliau merujuk kepada "Tsunami Cina" – yang menyaksikan majoriti masyarakat Cina menyokong pembangkang dalam dua Pilihanraya Umum terakhir.
Ironinya, rayuan itu datang daripada pemimpin tinggi Umno, yang sentiasa menganggap apa sahaja bentuk campur tangan asing dalam hal ehwal negara adalah satu dosa besar.
Masih ingat ketika penyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memulakan petisyen atas talian bagi meminta Amerika Syarikat masuk campur selepas Anwar dijatuhkan hukuman penjara?
Pemimpin Umno BN serta konco-konco mereka membidas langkah itu, dan mengatakan negara luar tidak boleh mencampuri urusan negara kerana akan mengancam kedaulatan negara.
Lebih memburukkan keadaan, China adalah sebuah negara yang ditadbir oleh parti komunis. Jika dilihat melalui konteks yang lebih besar, ini menunjukkan Tengku Adnan meminta sebuah negara komunis masuk campur dalam urusan Malaysia.
Ke mana hilangnya 'cybertrooper' Umno BN?
Apakah mereka akan menutup sebelah mata terhadap rayuan tidak tahu malu ini, kerana kali ini  ia melibatkan mereka sendiri?
Selain itu, adakah Tengku Adnan sedar yang generasi pengundi Cina di Malaysia tidak ada apa-apa kaitan dengan negara China?
Read More / Baca Lagi >>

Kehidupan rakyat tidak lagi sama selepas GST

Posted: 08 Jun 2015 08:46 AM PDT

Roger: Baguslah untuk anda

Zulhimi Zainal, kerana merasakan GST bukan masalah besar untuk anda. Tetapi maaflah, saya berbeza pandangan dan tidak berkongsi optimisme anda. Pengalaman saya berbeza.

Bukan GST semata-mata, tetapi kombinasi masalah seperti pemansuhan subsidi, aliran keluar pelaburan langsung asing (FDI), amalan mencurigakan 1MDB yang menjejaskan mata wang kita dan kuota berat sebelah dalam pendidikan. Ini semua menyekat kita sebagai sebuah negara.

Sebagai seorang pesara, saya kini bergelut untuk membayar kenaikan 35 peratus dalam perbelanjaan keperluan mingguan, tenaga, GST dan perbelanjaan berkaitan yang lain. Walaupun pemimpin menaburkan janji kononnya kita bakal menjadi negara berpendapatan tinggi dalam masa lima tahun.

Charles Tong Min Lee: Jelas, tiada perdebatan tentang pelaksanaan GST jika kerajaan melakukan yang terbaik untuk negara. Oleh kerana pembayar cukai membayar cukai yang banyak, mengapa kita masih perlu ada tol?

Bayangkan anda seorang pelanggan yang membayar untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi barangan dan perkhidmatan itu tidak menepati jangkaan anda! Apa yang penting adalah untuk mendapat nilai yang terbaik daripada wang yang dibelanjakan.

Azlan Othman: Kita baca, berkongsi, berbincang. Kita masih tidak dapat mengubah apa-apa. Hakikatnya GST adalah satu beban. Setiap kali saya keluarkan wang daripada poket, pasti ada yang akan digunakan untuk GST!

Zainal Abidin Basri: Kos sara hidup jauh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST. Ini memang membebankan rakyat.

Jerree Pillai: GST menjejaskan rakyat biasa, terutama yang hanya mampu berbelanja keperluan secara asas sahaja. Ia juga memberi kesan kepada pelajar. Golongan kaya mungkin tidak terlalu terkesan dengannya.

Goh Tok Beng: Cukai penggunaan ini memang 'membunuh' rakyat! Di sesetengah kedai, kopi-o kini berharga RM1.50. Dahulu hanya RM1.20.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau tak kutuk Najib, tak boleh tidur, sindir Shahidan Kassim

Posted: 08 Jun 2015 08:40 AM PDT

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sekali lagi dilihat mempertahankan Datuk Seri Najib Razak, kali ini apabila perdana menteri itu dikritik ekoran ketiadaannya ketika Sabah mengalami bencana gempa bumi.

Beliau yang membidas kembali kritikan tersebut berkata, Najib tidak semestinya perlu berada di tempat kejadian bencana kerana terdapat menteri lain yang berperanan menggalas tanggungjawab tersebut.

"Kenapa? Kalau tidak kutuk Najib tidak boleh tidurkah?" soalnya merujuk kepada kritikan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong terdahulu hari ini.

"Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada di sini (Sabah), saya juga ada. Saya menteri bertanggungjawab menguruskan bencana. "Perdana menteri ada urusan rasmi di Arab Saudi. Bukannya beliau tidak pernah muncul.

Esok, beliau dijangka akan berada di Sabah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Wong membidas Najib kerana tidak turun ke Sabah ketika negeri itu mengalami bencana gempa bumi terburuk yang pernah berlaku di negara.

Pada masa sama, ahli Parlimen Arau itu mendedahkan, satu usul tergempar mengenai bencana gempa bumi tersebut akan dibawa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) esok di Dewan Rakyat.

Read More / Baca Lagi >>

Adakah PAS akan buktikan ia akan berkerat rotan dengan DAP?

Posted: 08 Jun 2015 08:34 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Seperti dalam kes-kes perceraian perkahwinan sebenar, perpisahan dalam sebuah persepakatan politik yang mudah akan menimbulkan isu-isu harta sepencarian, rakan-rakan dan lain-lain isu hubungan sebelumnya.
Ini juga berlaku dalam kes 'perceraian' PAS-DAP.
Satu perkara yang terlintas di fikiran di luar kerjasama politik perjanjian Pakatan Rakyat, adalah penglibatan PAS dalam Pulau Pinang yang dikuasai DAP, dan penglibatan DAP dalam kerajaan negeri Kelantan yang dikawal PAS.
Bagi berkerat rotan dan untuk menghentikan kerjasama dengan DAP, PAS perlu melihat kemungkinan yang amat nyata meninggalkan kedudukan majlis eksekutifnya, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain yang diagihkan oleh parti demokrasi sosialis yang berkuasa di Pulau Pinang itu.
PAS sudah tentu perlu mengharapkan yang sama daripada DAP di Kelantan, kerana ia tidak boleh lagi mengekalkan hubungan langsung dengan ahli-ahli DAP.
Walaupun kita boleh berhujah bahawa Pakatan mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, hakikatnya ialah pakatan politik ini tidak wujud secara rasmi dan kerjasama mereka hanyalah di atas kertas.
Secara teknikalnya, DAP mentadbir Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan PKR di Selangor.
Kerana pakatan ini bukanlah satu entiti yang rasmi dari segi undang-undang, parti-parti individu ini mengawal negeri-negeri yang berasingan dan kemudian mengagihkan jawatan-jawatan dan pangkat kepada sekutu-sekutu mereka.
Oleh itu apabila membuat keputusan untuk "bercerai" dengan DAP, PAS menghadapi isu perlu mengosongkan semua jawatan dan kedudukan dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan) negeri, dan juga dalam kerajaan negeri dan tempatan.
Mohamad Sabu
Walaupun ianya bersifat menyindir, tindakan timbalan presiden PAS yang telah kalah, Mohamad Sabu tepat apabila beliau mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.
Seperti hujahnya dalam ucapan beliau pada muktamar parti itu pada 6 Jun, ini adalah selaras dengan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
"Jika saya tidak mematuhinya, mereka akan berkata saya tidak taat pada ulama," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Seperti yang dilaporkan, beliau adalah ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dan Hab Halal Pulau Pinang.
Ini adalah sebahagian daripada ucapan sinis Mohamad, yang seolah-olah menyindir kepimpinan ulama parti itu yang menang besar dalam muktamar itu, di mana beliau juga mengkritik tindakan menghentam DAP yang seolah-olah menjadi tema muktamar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran dari Indonesia buat Pakatan

Posted: 08 Jun 2015 08:21 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Sejauh manakah PAS dan DAP sanggup memperbaiki hubungan antara satu sama lain, dan berapa lamakah lagi boleh PKR terus memainkan peranan sebagai pendamai dalam Pakatan Rakyat?
Ini merupakan dua persoalan utama yang perlu dijawab, jika pakatan pembangkang itu ikhlas mahu mewujudkan sistem dua parti di Malaysia.
Jika tidak, ada baiknya mereka membubarkan 'perkahwinan kemudahan' politik ini dan berpisah, dan membiarkan rakyat menentukan sama ada mereka masih relevan secara individu, sebagai alternatif kepada pemerintahan BN.
Dalam sebuah kenyataan pada 7 Jun, pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata yang pemimpin-pemimpin parti itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi dengan DAP dan PAS, untuk membincangkan hubungan antara kedua-dua parti yang sedang 'bertelagah' itu.
Fahmi berkata, 52 peratus daripada pengundi dalam PRU13 meletakkan harapan mereka kepada sistem dua parti untuk membawa perubahan dalam politik Malaysia – sebuah mimpi yang hanya boleh menjadi realiti melalui kerjasama dalam rangka Pakatan Rakyat.
Malaysiakini juga memetik presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai berkata bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan DAP dan PAS di bangunan Parlimen tidak lama lagi, walaupun beliau akan pergi ke Sabah terlebih dahulu disebabkan oleh gempa bumi baru-baru ini. 
Mesyuarat kedua sesi Parlimen semasa telah berjalan semula pada 8 Jun, dan akan berjalan selama 10 hari sehingga 18 Jun.
Keputusan PKR itu dibuat dua hari selepas satu usul telah diluluskan tanpa perbahasan dalam muktamar PAS di Kuala Selangor, yang menggesa kepimpinan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Sejak akhir tahun lalu, hubungan antara PAS dan DAP telah diuji dengan pelbagai perbezaan pendapat mengenai pelbagai isu – terutamanya disebabkan rancangan PAS untuk menguatkuasakan undang-undang hudud di Kelantan.
DAP terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi, dan ulama PAS membalas melalui resolusi untuk memutuskan hubungannya dengan DAP. 
Pada muktamar yang baru berakhir itu, puak ulama yang diketuai oleh presiden parti, Abdul Hadi Awang, mengukuhkan dominasi mereka dengan mengenepikan kem progresif yang pro-Pakatan dari semua peringkat kepimpinan.
Pencabar Hadi untuk jawatan presiden, Ahmad Awang, yang sebelum ini telah menasihatkan ahli-ahli yang tidak berpuas hati untuk bekerja menerusi sistem parti itu, walaupun beliau kemudiannya melahirkan rasa tidak puas hati dengan budaya 'cai dan' (menu mengundi) yang diperkenalkan dalam PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan hilang kepercayaan Melayu kerana retorik dan prestasi ekonomi

Posted: 08 Jun 2015 08:16 AM PDT


Ucapan retorik berhubung ketuanan Melayu dan keyakinan masyarakat luar bandar yang Barisan Nasional (BN) mampu mengurus negara dengan baik merupakan antara faktor menyebabkan orang Melayu enggan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat (PR), kata seorang penganalisis hari ini.

Dua perspektif itu, serta tanggapan yang wujud ancaman terhadap agama Islam, menurut pengarah program Merdeka Centre Ibrahim Suffian, memberi kejayaan kepada parti pemerintah – BN dan Umno khususnya – dalam meraih sokongan pengundi Melayu.

"Jika tidak, mereka akan menukar fikiran dan mengubah gaya undian mereka," katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang membuatkan pengundi luar bandar terus menyokong BN ialah persepsi yang prestasi ekonomi negara akan terus meningkat di kawasan luar bandar," katanya.

Beliau memberi contoh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya dilihat menguntungkan dan mengurangkan beban rakyat, terutamanya penduduk luar bandar.

"Ia menunjukkan ekonomi negara mempunyai prestasi yang baik dan pengundi mendapat faedah dari cara kerajaan menguruskan ekonomi," katanya. Ibrahim berkata, bagi pembangkang untuk memenangi sesuatu pilihan raya, mereka perlu memastikan hanya pertandingan dua penjuru di kebanyakan kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

PKR: Isu perbezaan DAP & PAS mampu diselesaikan

Posted: 08 Jun 2015 08:06 AM PDT

PAKATAN RAKYATKUALA LUMPUR, 8 JUN: PKR yakin isu membabitkan hubungan antara PAS dan DAP mampu diselesaikan menerusi pertemuan diatur Pakatan Rakyat (PR) dalam masa terdekat.
Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, berkata perbincangan terbabit dijangka merungkaikan segala kekusutan melanda ketika ini antara kedua-dua parti berkenaan.
"Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan pimpinan PAS dan DAP untuk mendengar pandangan mereka.
"Saya rasa boleh diselesaikan, masalahnya persepsi yang berbeza-beza. Kita tidak pasti apa yang dicakapkan dan apa yang dimaksudkan," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Johari berkata, pertemuan itu dijangka diadakan selepas Wan Azizah kembali dari lawatan kerjanya di Sabah hari ini.
Katanya, PAS perlu memberi penjelasan berhubung definasi 'tidak bekerjasama dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR'.
"Isu-isu ini perlukan penjelasan dan ia dijangka akan mampu menjernihkan keadaan seterusnya rakyat lebih faham apa maksud pimpinan PAS itu," katanya.

Usul PAS: DAP tak mahu jadi munafik

Posted: 08 Jun 2015 08:00 AM PDT


parl tony


KUALA LUMPUR, 8 JUN – Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini berada dalam situasi seperti digantung tidak bertali ekoran keputusan muktamar PAS hujung minggu lalu memutuskan hubungan dan menghentikan kerjasama politik dengan DAP.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam kenyataannya berkata memandangkan kerajaan PR Selangor tertakluk kepada Dasar Bersama – yang kini dilanggar PAS – kerajaan gabungan sedia ada dianggap tidak lagi boleh berfungsi.
"Bagaimana kerajaan dapat berfungsi jika Exco PAS enggan bekerjasama dengan Exco DAP?
"Adakah Exco PAS akan tidak mempedulikan komen dan cadangan wakil DAP di peringkat pihak berkuasa tempatan?" soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Beliau turut menjangkakan akan wujud kerjasama baru antara parti-parti politik untuk membolehkan kerajaan baru berkuasa di Selangor.
Sebelum ini Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong telah meramalkan kemunculan pemimpin Melayu progresif baru bagi mengisi kekosongan ditinggalkan PAS selepas perwakilan mereka minggu lalu memilih untuk kembali menjadi parti konservatif.
Read More / Baca Lagi >>

Lepas jawatan: Salleh Man tak beri jawapan

Posted: 08 Jun 2015 07:59 AM PDT

Salleh Man Mat Aji 
GEORGETOWN - Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man tidak dapat memberi jawapan sama ada akan mencontohi bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri pada masa ini.

Dalam jawapannya melalui pesanan ringkas (SMS), beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, beliau kini berada di tanah suci.

"Saya di tanah suci dan sedang mengerjakan umrah," katanya sebagai menjawab pertanyaan Sinar Harian.

Sementara itu, usaha Sinar Harian menghubungi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu melalui telefon gagal kerana tiada sebarang respon

Walaupun SMS dihantar namun tiada sebarang respon daripadanya yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Difahamkan, beliau bersama peguamnya juga tidak hadir ke mahkamah Butterworth hari ini untuk perbicaraan kes berhubung ceramah mengenai Bukit Kepong pada Ogos 2011.

Kes itu ditangguh hingga Isnin hadapan untuk sambung bicara.
Read More / Baca Lagi >>

'PAS yang dulu bukanlah yang sekarang' - Aishah

Posted: 08 Jun 2015 07:57 AM PDT

Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi
jemaah dicaci begini

Read More / Baca Lagi >>