Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Tahaluf siyasi mesti diteruskan?

Posted: 06 Jun 2015 10:56 PM PDT


UMNO sukses kerana politik Perikatan dan Barisan Nasional. Pas, pada mulanya, mengharamkan tahaluf siyasi Umno, MCA dan MIC tetapi akhirnya - lama kemudian - kerana realpolitik mengikut teladan Umno apabila Pas berpakat dengan Semangat 46 dalam PRU7 dan berjaya menghancurkan Umno Kelantan hingga sekarang - sudah 25 tahun.

Tahaluf siyasi Pas dengan DAP dan PKR dalam PRU12 dan PRU13, saya anggap amat berjaya walaupun tidak seperti diharapkan oleh ketiga-tiga parti. DAP yang meletak bilangan calon terkecil memenangi lebih bilangan kerusi dari PKR dan Pas yang menurunkan calon seramai Umno. DAP meletak calon di kawasan yang dilihat winnable yakni peluang kemenangan besar. Apa pun jika Pas mahu berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR di Putrajaya, suka-duka, kerjasama dengan kedua-dua parti mesti tidak putus.

Keputusan Pilihan Raya Presiden Pas seperti diramal dibolot oleh puak ulama - terang tanpa perlu disuluhkan lagi - manifestasi kebangkitan semula agama bukan politik. Pas dengan kepimpinan ulamanya akan memberi Pakatan Rakyat kekuatan baru, sekali gus implikasi baharu dan dimensi besar dalam PRU14. Kerana Pas di bawah kepimpinan Tok Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - akan kemudikan perahu hudud Pas tanpa ragu, takut dan segan lagi, dalam atau di luar Pakatan Rakyat. Sekutu Pas, DAP mungkin tidak selesa dalam perahu bersama dengan Hadi dan Tuan Ibrahim. DAP ada dua pilihan: turun dari perahu itu atau terus duduk bersama. Apa pun keputusan yang diambil oleh DAP camaraderie (semangat persahabatan) dalam Pakatan Rakyat tidak lagi seperti dahulu.


Dominasi puak ulama atas puak politiking yang berimaginasi keterlaluan adalah hasrat perwakilan Pas dan akar umbinya. Kini pengundi Melayu Islam senang membuat pilihan: menyokong Umno atau Pas dipimpin ulama yang mendahulukan agama dari segala-galanya. Apa pun kita juga perlu ambil kira realpolitik, geopolitik, globalisasi dan masyarakat dan kehidupan pelbagai bangsa dan agama di negara kita dan gaya hidup yang kontemporari serta sesuai dengan tuntutan zaman.

Saya boleh mendakwa mengenali - bau bacang - dengan Ustaz Ahmad Awang, ulama tegar dan veteran Pas yang dikalahkan oleh Hadi terang dan nyata. Sebagai Ketua Pas Perak Ustaz Ahmad menolak bulat-bulat pembentukan kerajaan Pas / Umno di Perak selepas pilihan raya 2008. Apa pun sebabnya lain kali kita bercerita.

Saya lebih kenal Tok Guru Haji Hadi daripada Ustaz Ahmad. Saya puji Ustaz Ahmad yang pernah bertugas bersama dengan saya di Jabatan Perdana Menteri satu masa silam kerana menyemarakkan proses demokrasi dalam Pas setelah sekian lama presiden parti menang tanpa bertanding. Ustaz Ahmad sedar amat sukar untuk mengalahkan seorang incumbent atau penyandang.

Satu peringatan apa lagi jika penyandang itu seorang perdana menteri. Bukan mudah dan banyak risikonya. Tidak mustahil penyandang boleh ditewaskan jika rekod dan tindak-tanduknya itu tidak bermanfaat dan merugikan sangat.

Bercakap tentang Parti Islam terutama yang berjaya, siapa pun tidak akan lupa Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) di bawah kepimpinan Recip Tayyip Erdogan yang mempunyai ramai peminat dalam kalangan profesional dan separa profesional Pas yang sedih rata-rata gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pilihan presiden Pas pada Khamis. Semoga mereka yang berbakat dan berpotensi antara yang kalah dan juga tidak bertanding diberi peranan oleh kepimpinan baharu.

Erdogan sudah berkuasa selama 12 tahun sebagai Perdana Menteri dan kini Presiden. Jika AKP memenangi PRU Turki hari ini dan diramal begitu, Erdogan akan muncul sebagai Charles de Gaulle atau Vladamir Putin negara itu. Kenapa Erdogan dan AKP berjaya? Mungkin sebagai iktibar kepada Pakatan Rakyat, Pas khususnya.

Erdogan "menjinakkan" musuh dan bakal musuhnya termasuk jeneral dan ketua institusi sekularis Turki. Terpenting Erdogan berjaya antaranya membawa kemakmuran, kestabilan politik dan ekonomi serta dasar luar yang proaktif. Dalam kalangan kita belum berkuasa sangat lagi pun telah pun menakut-nakutkan rakyat biasa, Melayu dan bukan Islam. Pujuk dan jinakkan mereka terlebih dahululah!

Potensi Pakatan Rakyat menang dalam PRU14 cerah jika kepimpinan Pakatan Rakyat disenangi. BN bukan kuat sangat. Umno nampak tidak popular tetapi masih teguh dan siapa underestimate Umno tidak bijak. Pakatan Rakyat tidak ada muka baharu sebagai alternatif kepada Najib Tun Razak; kata Speaking, kepimpinan Pakatan Rakyat adalah "lack-lustre".

Kenapa tidak ketengahkan Rafizi Ramli, Azmin Ali, Zairil Khir Johari, Liew Chin Tong, Tony Phua, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah? Pakatan harus timbulkan ramai lagi pemimpin yang benar-benar muka baharu - bersih dari skandal dan bakal gosip - barulah Umno terpinga-pinga! Saya suka lihat parti saya tercengang-cengang dengan pendekatan baru Pakatan Rakyat.

Jika ini berlaku, Pakatan Rakyat dengan kepimpinan ulama dan profesional daripada PKR dan DAP akan memberi cabaran terhebat pada parti pemerintah. BN bahkan Umno bukan kebal, kedua-dua tidak harus dibiar dengan impunity seperti sekarang.

Apa pun awasi nasihat saya ini - Umno banyak pengalaman barangkali belum dilalui Pas, DAP dan PKR, justeru mengalah BN di Sabah dan Sarawak serta di luar bandar dan di majoriti kampung tradisional Melayu di Semenanjung, adalah satu perkara yang amat sukar tetapi tidak mustahil.

Pakatan Rakyat mesti lebih fokus dan strategik dalam kempen mereka menentang parti pemerintah. Begitu juga Umno mesti lebih fokus, pintar dan strategik dalam menggunakan kuasa serta largesse dan pork - barrel politiknya dengan lebih adil dan saksama serta lebih menyeluruh.

Oleh : TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Suara Politik
Belantan

Belanda, Rusia mahu dalang tragedi MH17 dihukum?

Posted: 06 Jun 2015 11:47 AM PDT


AMSTERDAM – Menteri Luar Belanda, Bert Koenders dan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov mengadakan perbincangan untuk melancarkan usaha memburu dan menghukum suspek yang terlibat dalam kes menembak jatuh pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada Julai tahun lalu.

Koenders berkata, secara dasarnya, Lavrov bersetuju dan menyokong resolusi yang dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru masyarakat dunia untuk membawa dalang tragedi tersebut ke muka pengadilan.

"Sudah menjadi tugas kepada kerajaan Belanda untuk melakukan apa saja bagi memastikan masyarakat dunia memberi perhatian kepada insiden MH17.

"Itu adalah kewajipan kami kepada mangsa dan ahli keluarga mereka," kata Koenders dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Kementerian Luar Belanda.



Senada dengan Koenders, Lavrov mengulangi pendirian Moscow yang mahu siasatan secara bebas, komprehensif dan global dilaksanakan terhadap tragedi tersebut.

Pesawat MH17 yang membawa 298 krew dan penumpang, kebanyakannya rakyat Belanda, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut, menyebabkan Ukraine dan Rusia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Kerajaan Belanda mengetuai siasatan kes itu dan berikrar untuk membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan walaupun kes berkenaan merupakan kali pertama berlaku dalam sejarah dan bakal memberi cabaran dari sudut undang-undang dan politik untuk membicarakan suspek.

Laporan penuh yang membongkar punca sebenar pesawat itu terhempas dijangka didedahkan pada Oktober ini oleh Lembaga Keselamatan Belanda. – REUTERS

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hangpa nak gaduh, teruihkan ... aku nak pencen dan tidoq

Posted: 06 Jun 2015 09:00 PM PDT




Dihalau keluar, Ulamak pun nak ... masih tunggu? Selangor tak?

Posted: 06 Jun 2015 06:00 PM PDT


Baca House PK SINI.

Make-up your mind and decide. Quite sure you have nothing to hide. It is clear as crystal.




TU DIA!!! Ulamak nak UG ... Dengan sapa?

Posted: 06 Jun 2015 07:00 AM PDT


Menariknya, Ronnie Liu sudah kata apa PASMA pun UG dengan dajjal-dajjal?


Baca GAP SINI

Mungkinkah berlaku nanti di sesetengah kerusi UMNO vs PASMA vs PAS?

Nak kaya dengan kelulusan rezeki, tu saja cara

Posted: 06 Jun 2015 05:04 AM PDT

Lancar kedai 1PASMA tepi highway

Posted: 06 Jun 2015 03:00 AM PDT


Kambing Jamnapari tu boleh jual daging, kulit boleh buat barangan leather dan bulunya buat carpet. Mintak Mat Sabu lancar ....





Penyelesan usah disedihkan. Berbalik pangkal jalan. Salah ko juga Husam.

Janji rezeki halal

Posted: 06 Jun 2015 01:00 AM PDT


Tanpa gaji ahli Parlimen dan tanpa jawatan dalam parti, susah beb.

Comeback dan kipidap. Tunjuk kesetiaan dengan tak join PASMA. Nak puaskan hati semua pihak dan play safe pun susah beb. Boleh dilentur ikut angin tapi orang guna parang panjang tebas lalang.

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Who is the Prime Minister's IDIOT? 1MDB - Nothing2Hide

Posted: 06 Jun 2015 04:21 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GEMPA SABAH: BOGEL, FITNAH, NYANYUK VS APA PULA JASA KAMU PADA NEGARA KETIKA MUSIBAH?

Posted: 06 Jun 2015 07:07 AM PDT


Dahsyat sungguh dahsyat...itulah gambaran yang diberikan oleh beberapa orang penduduk di Ranau, Sabah susulan beberapa gempa bumi yang melanda daerah dan negeri itu.

Ada yang kata musibah bencana gempa ini disebabkan tindakan sekumpulan pelancong yang berbogel, beromen dan kencing merata-rata di atas puncak Kinabalu hingga menyebabkan makhluk halus kawasan tersebut marah.

Bahkan perbuatan jelek berbogel atas puncak gunung atau ditempat terbuka adalah perbuatan keji yang juga dimurkai Allah taala. kenapa perlu bertelanjang sambut kejayaan tawan puncak Kinabalu?


Ada yang kata gempa 6.0 skala Richter ini disebabkan pergerakan sesar bumi dari dasar laut dan Sabah kini sudah masuk ke dalam lingkaran gempa pasifik sepertimana Filipina dan Kalimantan, Indonesia.

Setiap orang ada pendapatnya sendiri...

Apa yang kita pelajari?

Bagi penduduk Sabah tragedi gempa bumi ini dirasakan begitu dahsyat meskipun jika dibandingkan dengan gempa-gempa bumi di negara-negara lain di dunia ia adalah kecil saja.

Dahsyat kerana inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia gempa bumi berlaku di Sabah hingga menyebabkan kerosakan besar kepada banyak infrastruktur dan kehilangan nyawa. 

Susulan dari bencana tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mengaktifkan bilik gerakan, menghantar pasukan penyelamat dari pelbagai agensi kerajaan pusat dan negeri, melakukan misi menyelamat dan menghulurkan apa-apa bantuan yang diperlukan.


Rakyat Sabah berganding bahu membantu satu sama lain. 

Namun lain pula sikap pihak pencacai pembangkang dan penyanyuk di Semenanjung.

Mereka menuduh gempa ini adalah disebabkan UMNO memerintah Sabah. Salah UMNO juga.

Mereka menuduh asyik Sabah dan Sarawak dapat banyak peruntukkan kununnya rakyat Semenanjung telah terpinggir. 

Kunun UMNO sengaja menganaktiri pendudk Semenanjung kerana Sabah fix deposit BN. 

Nauzubilah keji fitnah mereka.

Tapi apa yang mereka lakukan untuk rakyat Sabah ketika musibah ini melanda?

Mereka tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya terus menerus menyerang Perdana Menteri dan kerajaan yang menghulurkan bantuan.

Mereka hanya tahu komen dan merungut saja bah, cari salah urang...tapi apa jasa mereka?

Ketika mereka menyerang kepimpinan Perdana Menteri dan UMNO, Perdana Menteri itu jugalah yang menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan.

Tsunami banjir Kelantan: Pembangkang buat apa???

Sama kesnya semasa tsunami banjir di Kelantan tahun lalu ketika mereka para pencacai pembangkang sibuk kutuk UMNO - BN dan Perdana Menteri, 

Tetapi Dato' Seri Najib datang memberi bantuan dari pelbagai sudut hingga sekarang.

Waima kerajaaan Pusat juga turut memberi bantuan kewangan, membaiki kerosakan dan membina rumah sedangkan kerajaan negeri yang dikuasai PAS termanggu dan keliru tak tahu buat apa-apa.

Semua agensi turun padang membantu mangsa gempa dan keluarga mereka dalam OPS KINABALU. Tapi mana kelibat pembangkang...ooo mereka sibuk cari salah orang, buat huru-hara, desak orang lain jawab itu ini dan paksa orang letak jawatan. Mereka buat apa???

Kita lihat banyak kerosakan infrastruktur berlaku akibat gempa di Sabah. 23 buah sekolah alami masalah keretakan. Itu belum lagi pejabat kerajaan, rumah, bangunan dan kerosaan jalanraya dan jambatan.

Banyak daerah di Ranau, Tambunan,Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud terjejas. 

Semua itu memerlukan peruntukan tambahan untuk pembinaan semula yang akan mengambil masa dan memakan belanja puluhan jutaan ringgit.

Lepas ini setiap sekolah dan bangunan di Sabah diminta dipasangkan sistem amaran gempa bumi. Ini juga memerlukan pembiayaan yang besar.

Dari mana wang peruntukkan itu akan diambil sedangkan ia tidak ada dalam bajet negeri dan negara?

Sudah tentu pihak Kementerian Kewangan dan Perbendaharaan Malaysia terpaksa mengambil dari peruntukkan lain atau memindahkan peruntukkan untuk mengatasi bencana ini.

Tapi nanti puak-puak pencacai pembangkang dan penyanyuk akan mengatakan wang negara makin susut disebabkan penyelewengan, rasuah, skandal dan dimakan oleh Najib dan Rosmah...

Nauzubillah keji sungguh fitnah mereka!

Anggota keselamatan berjasa membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan...itupun puak pencacai kata kerajaan tak buat-apa-apa bantu rakyat.

Tahukah kita berapa banyak wang negara terpaksa digunakan untuk pembangunan semula Kelantan yang musnah akibat tsunami banjir lalu?

Lebih RM2 bilion untuk Kelantan saja. Belum masuk Perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Berapa bilion ringgit wang perbendaharaan negara terpaksa digunakan untuk membangunkan semula infrastruktur di negeri itu dan di beberapa negeri lain yang terjejas banjir?

Hinggakan ladang sawit dan getah tenggelam dek banjir yang menyebabkan harga dan pendapatan syarikat perladangan utama seperti FGV merosot pun puak pencacai kata ia disebabkan salah UMNO menyonglap duit peneroka dan salah urus. 

Nauzubillah kejinya fitnah mereka.

Pokok sawit banyak mengalami kerosakan akibat tsunami banjir di Pantai Timur tahun lalu hingga menyebabkan harga buahya jatuh...Itupun pencacai kata kerajaan sengaja beli murah kerana nak kaut untung tampung kerugian negara akibat Rosmah suka bershopping...nauzubilah  
Apa pulak penyanyuk buat???

Insaflah wahai rakyat Malaysia kita sedang diuji Allah taala dengan pelbagai musibah satu per satu disebabkan kejahatan mulut-mulut dan tangan-tangan kita menabur fitnah untuk membuatkan rakyat keliru, gelisah dan marah.

Dalam masa yang sama Allah uji kita samada ada kita prihatin dan pemurah terhadap bangsa Rohingya yang menjadi pelarian di negara kita akibat penindasan junta tentera di negara mereka.

Itupun pencacai sibuk menyalahkan kerajaan UMNO kononnya rasuah dan lemah. 

Sedangkan kerajaan UMNO itulah juga yang menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa kekejaman sebuah negara yang mengaku mengamalkan demokrasi.

Tapi apa jasa pencacai pembangkang dan penyanyuk...sibuk fitnah orang lain salah dan desak orang lain letak jawatan. 

Apa jasa kamu pada negara...tak puas hati kerana kecewa tak dapat projek dan jawatan maka satu negara kamu orang mahu hancurkan?   

Cukup-cukuplah...jangan banyak menabur fitnah dan berbalah nanti kita jadi macam Rohingya dihina dan dihalau dari bumi sendiri. Bersihkan diri menjelang Ramadhan ini.



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Mat Sabu Bakal Sertai DAP Dalam Masa Terdekat?

Posted: 06 Jun 2015 08:44 AM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TAK BETUL SAMAN KHALID

Posted: 06 Jun 2015 08:58 PM PDT

Apa yg berlaku pada tahun 2008?  Jika apa yg diceritakan oleh YB Khalid Samad ini tidak benar, tok rasa elok sekali beliau dipecat kerana menfitnah....
Posted by Usin UG Ceroi on Tuesday, May 26, 2015

VIDEO UCAPAN MANTAN PAS......PAS KAN KUATTTTTT.........

Posted: 06 Jun 2015 08:01 PM PDT





















TAK RASA MALU KA BILA KAPIAQ CAKAP CAM NI????

Posted: 06 Jun 2015 07:35 PM PDT






Tok tau bgaimana perasaan Tar Snake bila dgr ucapan dr hatta ni sbb Tar Snake la yg bawa usul pas putus hubungan dgn Dap.  Tok sendiri pun kerap kali terkentut2 dibuatnya.  Bygkan sebijik berlepuk atas serban Tar Snake...tak terlawan juga ilmu kebal Al-maunah rupanya..
Posted by Usin UG Ceroi on Saturday, June 6, 2015





Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian

Posted: 06 Jun 2015 07:32 PM PDT






Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian
Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian

Puak profesional PAS tidak puas hati cara pengundian

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang kalah dalam muktamar pemilihan 4 Jun lalu berkata beliau masih belum pasti akan menerima atau tidak sekiranya ditawarkan jawatan dalam pasukan kepimpinan ulama.
"Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.

"Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.

cai_pas
Perwakilan PAS dikesan berbincang sebelum mengundi dengan kertas undi dan 'cai' di tangan mereka. – Gambar Facebook

"Ini kerana, ketika saya dan kawan-kawan difitnah, apa yang dikesali adalah, pemimpin tertinggi hanya diam seolah-olah mengiakannya," kata Mujahid kepada The Malaysian Insider ketika ditanya apakah beliau akan menyertai semula pasukan pimpinan PAS jika mendapat tawaran.

Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.

"Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan 'cai' calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka," kata Mujahid ketika dihubungi.

Ini karma untuk Mahathir, kata pemimpin KEADILAN

Posted: 06 Jun 2015 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 JUN- Ibarat hukum karma, itu mungkin istilah yang tepat bagi menggambarkan keadaan dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pagi ini kecoh satu Malaysia apabila polis menghentikan ucapan mantan Perdana Menteri itu dalam satu majlis bertajuk 'Nothing To Hide' yang bertujuan membincangkan isu 1MDB.

Dialog PMSebelum majlis bermula, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis dialog NGO bersama Perdana Menteri itu dibatalkan dengan alasan ketenteraman awam.
Majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak itu kemudian bertukar menjadi majlis dialog bersama Mahathir.
Ekoran itu, ucapan Mahathir bukan sahaja dihentikan pihak polis, bahkan pembesar suaranya dimatikan dan beliau diiringi keluar dari Dewan Tun Hussein Onn.

Pemimpin KEADILAN menyifatkan apa yang dilalui Mahathir hari ini, adalah sama seperti apa yang pernah dilakukannya terhadap pemimpin pembangkang selama 22 tahun berkuasa.
Sepanjang pentadbirannya, Mahathir menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

"Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.

"Saya harap beliau buka mata orang Umno yang kuat sokong akta hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di laman sosial Twitter.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari di laman Twitternya turut menyifatkan bahawa pada sesetengah orang, ini mungkin karma bagi Mahathir.

"Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma," katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata Mahahir telah 'disenyapkan' oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.

"Dr M disenyapkan oleh negara kuku besi yang dia sendiri cipta," sindirnya di laman sosial itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Azmizam Zaman Huri pula berkata Mahathir tidak menyalahkan Perdana menteri semata-mata.

"Dulu Dato' Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato' Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahatir jangan salahkan Dato' Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…," sindirnya.

Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaikh Ismail pula mempersoalkan tindakan ketua polis negara memberi arahan membatalkan sesi dialog tersebut disebabkan faktor keselamatan.

"Dibatalkan atas alasan keselamatan…Bayangkan keselamatan PM di tempat awam pun PDRM tak boleh jamin apatah lagi keselamatan RAKYAT.. #1MDB," tulis beliau.

Lagi satu tweetnya berbunyi "Tun jangan nak opocot sangat la Najib tak datang hari ni, Tun pun masa kita mintak debat dengan DSAI (Anwar) dulu tak datang juga kan," tulisnya.

RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN

Posted: 06 Jun 2015 06:44 PM PDT

RAYUAN KEPADA MANTAN PIMPINAN PAS








Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.

2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja. 

Ir. Izham Hashim
6 Jun 2015

AWAS!! Tanda Allah Mula Berpaling Pada Seseorang - Ustaz Jafri Abu Bakar 2015

Posted: 05 Jun 2015 11:02 PM PDT


tok gajah

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

tok gajah


PAS memang takut sama itu DAP - Ini buktinye

Posted: 06 Jun 2015 07:30 PM PDT

Pade mule2 nye atuk rase teruje juge bile mendengar bahawa PAS putuskan segale hubungan nye dengan DAP. Perkara ni juge kunun nye telah dipersetujui sebulat suare dan tanpe bahasan.

Sekarang marilah kite same-same bace ape pule yang diperkatekan oleh Tuan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali - perkare ni memang nampak sungguh melucukan...........


"Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamad



Usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama walaupun setelah diluluskan muktamar, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, ini kerana kerjasama PAS dengan parti lain dalam pilihan raya pada 1986 dan 1999 diputuskan 2 badan dalam PAS, iaitu Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura.

"Memang (dewan) ulama ada sebut, tapi ia belum muktamad. Hendak masuk (Pakatan Rakyat) ada hukum, dan hendak keluar pun ada hukumnya," katanya........."

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=285852:sekarang-setiausaha-agung-kata-putus-dengan-dap-belum-muktamad&Itemid=2#ixzz3cKiaWRch
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

PAS tambah mantap tanpa DAP

Posted: 06 Jun 2015 05:51 PM PDT

"PAS-DAP putus, telahan Kit Siang jadi kenyataan
Kebimbangan dan ramalan yang menakutkan veteran DAP, Lim Kit Siang akhirnya disifatkan menjadi kenyataan. - Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 6 Jun:

Kebimbangan dan ramalan yang menakutkan veteran DAP, Lim Kit Siang akhirnya disifatkan menjadi kenyataan.

Katanya, beliau telah meramalkan Pakatan Rakyat (PR) yang tidak akan lagi wujud sejak dua minggu lalu menjadi kenyataan berikutan keputusan PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata kebimbangan itu memberi kesan dengan kadar segera terhadap negeri di bawah pemerintahan PR.........."


Agak dah lame juge Atuk tak up-date blog 'Pejuang Tokgajah46 ni. Ade banyak sebab yang buat Atuk tak up-date blog ni. Salah satu nye ialah kerane kesuntukkan mase, terlalu sibuk dengan kerje2 di ladang.

Malam ni Atuk sempatkan juge untuk buat sedikit up-date kerane memandangkan suahsane politik yang nampak memberangsangkan, terutama berkenaan perkembangan politik tanah air selepas Muktamar PAS yang baru selesai.

Disini Atuk tidak terlupe untuk mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin2 PAS yang telah berjaya mengkalkan jawatan masing2, begitu juge kepade semua para perwakilan yang telah memberi sokongan bagi kejayaan pemimpin2 yang telah berjaya.

Sebenarnye berite yang paling menggembirakan Atuk ialah tentang sikap keberanian Pemimpin2 PAS yang telah menendang DAP keluar dari persengkokolan nye. Pade pendapat Atuk memang pun patut PAS tendang parti kafir haramjadah tu - terang2 menentang Hudud.

Sekarang barulah nampak jelas bahawa parti PAS benar2 parti Islam. Make dengan itu mulai malam ini Atuk akan terus memberi sokongan sepenuhnye terhadap perjuangan parti PAS.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


RAYUAN DARI AHLI PAS KEPADA SEMUA MANTAN MANTAN

Posted: 06 Jun 2015 07:37 PM PDT

Ana, mewakili sebahagian ahli-ahli PAS, menyeru semua pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti semalam supaya MENOLAK semua jenis tawaran lantikan ke apa jua jenis jawatan parti di peringkat pusat atau negeri (jika ada). Rayuan ini berasaskan kepada pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Perwakilan-perwakilan telah memberi mesej yang jelas bahawa anda semua TIDAK DI PERLUKAN secara "toto" dan blok dengan undian chai mereka.


2. Pimpinan yang baru sudah mempunyai pasukan chai mereka sendiri dan anda tidak perlu menggangu-gugat pasukan ini. Beri peluang pada pasukan baru membuktikan mereka juga mampu memimpin dengan lebih baik daripada prestasi anda dahulu.

3. Anda semua kalah kerana dituduh golongan liberal, Anwarinas, Jebon, anai-anai, pencinta DAP, munafik haraki, pengkhianat parti, penghina Presiden dan macam-macam lagi gelaran yang amat menghinakan dan memalukan. Dan kami yakin anda semua kalah bukan kerana tak buat kerja. Jadi adakah selepas Muktamar anda semua sudah bersih dan kini boleh pula di tawarkan dengan jawatan-jawatan?

Jadi permintaan kami tolong jangan malukan diri anda dan diri kami dengan menerima pelantikan jawatan parti cara "pintu belakang". Berjuang terus sepertimana Khalid ibnu Walid dengan menjadi ahli biasa saja. 

Ir. Izham Hashim
6 Jun 2015

Kit Siang: PR mampu bertahan dalam dua minggu

Posted: 06 Jun 2015 07:35 PM PDT

Lim Kit Siang JOHOR BAHRU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiada lagi PR dalam tempoh dua minggu lagi.

Menurutnya, dengan situasi semasa melibatkan parti-parti dalam PR kini disifatkan sebagai hanya untuk melihat pakatan dikuburkan.

"Hari ini, dalam Muktamar Pas ke-61 meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan hingga kini dalam PR, tiada sebarang perbahasan.

"Dengan gerakan dalam Muktamar Pas, politik Malaysia sudah memasuki keadaan yang keruh dengan kesan serta-merta.

"Di Pulau Pinang, keputusan Muktamar Pas akan menyebabkan perkara mustahil untuk wakil Pas meneruskan gerak kerja di pelbagai peringkat dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang," katanya yang dipetik dalam blog.limkitsiang.com.

Senario sama juga digambarkan ketika pilihan raya umum nanti, terutamanya di Selangor.

Kit Siang berkata senario teruk bakal juga berlaku iaitu Pilihan Raya Negeri Selangor.

"Amat sukar untuk bercakap bagaimana perkembangan politik akan membangun pada masa akan datang, tetapi sama ada, ada PR atau tidak, rakyat Malaysia perlu tetap, konsisten dan setia kepada matlamat keadilan, kebebasan dan maruah bangsa yang mereka aspirasi dan pilih pada PRU13.

"Itu sebab saya datang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah untuk merealisasikan impian Malaysia di mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah bersatu untuk membina Malaysia sebagai negara yang hebat menerusi politik, sosio ekonomi, pendidikan dan pembaharuan pembinaan negara," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan Pakatan Selangor perlu pragmatik penuhi mandat rakyat - Datuk Teng

Posted: 06 Jun 2015 07:32 PM PDT

KLANG, 7 JUN : Pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor disarankan supaya bersikap pragmatik dalam menghadapi pentadbiran Kerajaan Negeri demi memenuhi mandat diberikan rakyat.
Naib Presiden DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata pemimpin tidak boleh memandang ringan tanggungjawab yang diberikan meskipun timbul percanggahan.
pakatan selangor"Walaupun di antara parti (dalam Pakatan) keadaan agak tegang, tetapi semua pihak harus menghormati aspirasi dan mandat yang diberikan rakyat.
"Kita mempunyai tanggungjawab untuk terus mentadbir negeri terutama di Selangor.
"Bagaimana untuk mewujudkan cara kerja yang lebih baik antara parti ini kita akan bincang dari masa ke masa," katanya selepas menyerahkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Taman Eng Ann, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbezaan pandangan yang timbul antara dua komponen parti Pakatan iaitu DAP dan PAS.
Dalam pada itu, Chang Khim yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian IKS & Perdagangan serta Pengangkutan , berkata jika hubungan antara parti komponen terputus, tidak semestinya Kerajaan Negeri yang ditadbir terputus sama.
"Itu sudah jadi isu lain," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasma punca ahli pilih ulama - Pas Terengganu

Posted: 06 Jun 2015 07:23 PM PDT

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU - Pemimpin Pas Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (Pasma) yang dilihat sebagai salah satu faktor membakar semangat perwakilan untuk mengukuhkan kepimpinan ulama dalam Pas.
Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, selain sikap pemimpin DAP yang suka menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menjelaskan sama ada DAP atau Pasma, kedua-dua faktor itu dilihat sebagai tindak balas perwakilan dalam menyatakan sikap pada pemilihan Pas yang baharu sahaja berakhir.
Menurutnya, respons itu bukan sahaja diberi di peringkat kepimpinan Pas Pusat, malah turut mempengaruhi kesemua dewan yang memperlihatkan pemilihan pemimpin yang mampu menguatkan kepimpinan ulama dalam Pas.
"Paling penting, Pasma yang seolah-olah diwujudkan untuk timbul keretakan dalam Pas menyebabkan kebanyakan ahli kembali kepada dasar yang boleh pandu parti ke arah yang betul.
"Kita nampak kepimpinan parti yang dipilih, mereka yang pro Pasma tidak diberi kepercayaan untuk memimpin," katanya.
Kata beliau, perwakilan diam tetapi mereka mengambil sikap kontra terhadap apa yang diambil DAP.
Tindakan  Pasma dan DAP merupakan tindak balas dalam kalangan perwakilan untuk membersihkan kepimpinan Pas daripada pengaruh luar.
Read More / Baca Lagi >>

Idea parti baharu ditolak kerana trauma pengalaman lama PAS

Posted: 06 Jun 2015 05:46 PM PDT

 Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata menubuhkan parti serpihan selepas tewas dalam pemilihan bukan cadangan yang baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015. Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata menubuhkan parti serpihan selepas tewas dalam pemilihan bukan cadangan yang baik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Jun, 2015.
Walaupun cadangan bertalu-talu agar kumpulan profesional yang disingkirkan daripada PAS dalam pemilihan pada muktamar minggu ini menubuhkan parti baharu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR), kebanyakan menolaknya kerana trauma dengan kehancuran semua parti serpihan yang pernah ditubuhkan sebelum ini. Pakar sejarah Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata beliau juga tidak bersetuju dengan idea itu dan mahu mereka terus kekal dalam parti.
"Reaksi awal saya, jangan keluar parti atau menubuhkan parti baharu," katanya kepada The Malaysian Insider mengulas hala tuju kumpulan progresif dalam PAS ini.

Beliau berkata, apa yang perlu mereka buat ialah pulang dan beri tumpuan terhadap kawasan masing-masing dan berada bersama dengan masyarakat di sana. "Biar mereka yang dipilih pusing satu negara setiap malam seperti yang pernah orang seperti Mat Sabu (bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu) lakukan dua dekad yang lalu.
"Jadikan kekalahan ini hikmah untuk masa bersama kawasan dan keluarga," kata bekas pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) itu.
Redzuan berkata,  banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menubuhkan sebuah parti baharu.
"Ikon, tenaga dan wang. Rasanya tokoh yang ada tidak cukup. Lagipun mereka ini sudah penat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS tanggung akibat usul putus hubungan dengan DAP

Posted: 06 Jun 2015 05:45 PM PDT

PAS sekarang faham yang "anda tidak boleh minta cerai tapi masih hendak tinggal di rumah yang sama", kata seorang pemerhati ketika parti Islam itu kini merasa kesannya akibat daripada niat mereka berpatah arang dengan DAP.

Pemimpin PAS Selangor khususnya, bertungkus-lumus memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti agar tidak meneruskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, yang diluluskan muktamar parti itu tanpa bahas, menimbulkan kemarahan beberapa perwakilan.

Akibat daripada usul itu mula dirasai apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau sedia menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri dan agensinya dengan segera tanpa sebarang soalan.

Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau percaya mereka "tiada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan" selepas usul itu diluluskan kerana "suatu yang tidak dapat dipertahankan daripada segi politik" bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuainya.

Pemimpin PAS kemudiannya dengan segera cuba memperbetulkan keadaan. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, usul itu walaupun diterima pakai, bukan satu keputusan muktamad dan masih perlu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Tetapi, pemimpin PAS Selangor bimbang jika parti itu meneruskan hasrat Dewan Ulama yang konservatif melaksanakan usul itu, kerajaan negeri akan jatuh. PAS mempunyai 15 daripada 43 kerusi Pakatan Rakyat (PR) dalam Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 56 kerusi itu dan 3 wakil rakyat yang menjadi exco kerajaan negeri.

Apa yang terjadi merupakan isyarat tidak baik bagaimana barisan kepimpinan konservatif yang baharu mahu menguruskan PAS dan bagaimana ia berfungsi dalam pakatan pembangkang PR. Isyarat pertama akibat retorik parti itu ialah apabila bekas timbalan presidennya, Mohamad Sabu berkata beliau akan melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan PAS 2015-2018: Surat terbuka kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jun 2015 05:05 PM PDT

Farel Dedek


Pemilihan PAS 2015 menyaksikan semua kelompok yang cuba membawa politik baru ke dalam PAS ditolak sepenuhnya, kesemua sayap PAS termasuk Dewan Pemuda PAS dan Dewan Muslimat dikuasai golongan ortodoks. Kekalahan kelompok progresif ini memberi impak yang sangat besar kepada kerjasama politik PAS dengan keADILan dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.
Kekalahan kelompok yang mahu membawa semagat reformasi ke dalam PAS  ini mengecewakan sebahagian besar bangsa Malaysia kerana mereka dikencudangkan dan dibunuh karekter mereka golongan pedagang agama. Mereka di labelkan dengan pelbagai tuduhan menjijikan golongan pedagang agama ini. Mereka ditolol dan dibaruakan Tok Guru yang pondokya di Rusila Terengganu, malahan ada yang dibaruakan itu adalah bekas pemimpin Jemaah Islam yang punya sumbangan besar terhadap pembangunan masyarakat islam di Malaysia.
Dengan barisan kepimpinan yang baru dipilih ini apakah corak pendekatan yang mahu dibawa PAS sama ada terus bersama Pakatan Rakyat atau bergerak bersendirian dan yang lebih sensasi serta popular dengan golongan ini adalah menghulurkan salam perpaduan dengan Umno tetapi  jika pendekatan perpaduan bersama Umno ini diambil adalah satu tindakan yang sangat naïf disaat Umno itu sendiri terpecah.

Disaat Negara di himpit dengan pelbagai masalah seperti 1MDB mampukah  golongan ini menjadi jurubicara rakyat untuk membicarakan soal ini,  bukan mahu memperlekehkan kemampuan mereka tetapi "track record" dijadikan ukuran untuk mengharapkan golongan ini mampu menangani isu-isu kritikal membabitkan tadbir urus Negara. Dalam QS Al-Qashash: 26, Allah SWT berfirman: "Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Wahai bapakku, ambillah ia (Musa) sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat (al-qawiyy) lagi dapat dipercaya (al-amin)".
Read More / Baca Lagi >>

Apabila ‘pahlawan Bugis’ dimalukan di gelanggang sendiri

Posted: 06 Jun 2015 05:00 PM PDT

Siapa menyangka akan tiba harinya, anak kepada Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua yang mempunyai legasi besar di Malaysia akan menjadi bahan lawak terbesar negara.
Datuk Seri Najib Razak, kini digelar "pahlawan Bugis" berikutan ucapannya dalam beberapa siri jelajah negara, dilawakkan kerana kegagalannya untuk hadir dalam dialog "Nothing to Hide" pada Jumaat lalu yang turut dihadiri musuh ketatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Difahamkan, dialog anjuran SukaGuam itu dianjurkan atas arahan kumpulan Najib sendiri.

Di Sarawak baru-baru ini, Najib berkata: "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya," kata Najib menjawab serangan Dr Mahathir. Namun apabila Najib gagal hadir ke dialog yang seharusnya menjadi medan untuk menjelaskan berkenaan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), presiden Umno itu diperlekehkan.
Di media sosial seperti Facebook dan Twitter, masih belum berhenti orang ramai mempersendakan dan menyindir perdana menteri kerana gagal hadir ke dialog yang diadakan di "gelanggang"nya sendiri, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
"Takde telur" kini menjadi ungkapan paling popular walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersungguh-sungguh cuba mempertahankan ketidakhadiran Najib disebabkan "ancaman keselamatan serius".
Persepsi orang ramai pada ketika ini ialah Najib takut untuk berdepan dengan Dr Mahathir, walaupun bekas perdana menteri itu kini tidak mempunyai apa-apa kuasa.
Lebih memalukan lagi, di PWTC itu juga terletaknya ibu pejabat Umno di mana Najib sendiri merupakan presidennya.
Daripada segi sejarahnya, mengikut laman sesawang rasmi PWTC, keputusan untuk membina ibu pejabat parti itu diputuskan semasa ayah Najib menjadi presiden Umno.
Ibu pejabat Umno itu akhirnya disiapkan ketika Dr Mahathir menjadi presiden.
Dan di situlah, Dr Mahathir yang berucap kerana Najib gagal hadir dihentikan dan dimatikan mikrofon oleh polis sebaik saja beliau menyebut nama hartawan muda Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho.
'Saham' Dr Mahathir meningkat
Peristiwa polis menghentikan ucapan bekas perdana menteri yang hampir berumur 90 tahun itu meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ponteng Parlimen: "Tak boleh tak puji Hadi"

Posted: 06 Jun 2015 04:34 PM PDT

Muktamar PAS memasuki hari terakhirnya hari ini tetapi 'kehangatan' pertembungan dua jalur dalam parti itu belum nampak petanda akan reda.

Perwakilan Rembau, Muhammad Faiz Fadzil sendiri ditegur kerana ucapannya ketika membahaskan usul pembentukan jawatankuasa pemantau pencapaian wakil rakyat tidak menyebut nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dipuji.

Perwakilan Kulim - Bandar Baharu, Mohd Khairi Mohd Salleh berkata Muhammad Faiz sering memuji sesetengah anggota parlimen PAS kerana tidak ponteng dalam sidang di Dewan Rakyat.

Bagi Mohd Khairi, anak Allahyarham Datuk Fadzil Nor itu tidak bersikap adil kerana tidak menyebut nama Presiden PAS ketika ini, Abdul Hadi.

"Presiden juga seorang MP dan presiden yang hebat. Ucapan kita tu perlu bersikap adil kepada presiden," katanya.

Sebelum itu Muhammad Faiz menegur anggota parlimen Pakatan Rakyat - termasuk dari PAS - yang gagal menunjukkan prestasi baik di parlimen khususnya berkaitan kehadiran untuk membahaskan sesuatu isu.

Beliau berkata ramai anggota parti kecewa terhadap beberapa ahli parlimen PAS yang gagal hadir ketika perbahasan rang undang-undang Akta Pencegahan Keganasan (POTA) - yang didakwanya mirip ISA.

Yang penting hadir

"Kalah undi tak apa, tapi hadir. Kita gagal menunjukkan tanggungjawab dan amanah," katanya ketika membahaskan usul pengurusan organisasi memantau pencapaian ADUN dan anggota parlimen.

Usul itu dibawa oleh PAS Serdang.

Read More / Baca Lagi >>

32 Kerusi: 'Nak cari deposit pun payah...' - Dr Hatta

Posted: 06 Jun 2015 04:31 PM PDT

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas," katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana "menendang" PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Read More / Baca Lagi >>

Tuan Ibrahim: Kemenangan yang tak diingini

Posted: 06 Jun 2015 04:29 PM PDT


Timbalan Presiden PAS yang baru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, kemenangannya sebagai orang nombor dua dalam parti bukanlah sesuatu yang beliau harapkan.
Malah, Tuan Ibrahim berkata, beliau sebelum ini bernazar untuk melakukan sujud syukur dan menyembelih kambing sekiranya kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.
tuan-ibrahim-1"Saya sebenarnya bernazar kalau saya kalah, saya nak buat sujud syukur dan sembelih kambing," katanya semasa berucap pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim juga terkenang kepada pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah menasihatinya supaya tidak menarik diri sekiranya menerima pencalonan.
"Jawatan bukan perkara yang nak direbut. Namun Allah letakkan harapan ini. Nik Aziz juga berpesan kepada saya, kalau ada pencalonan jangan tarik diri. Kalau tak menang tak apa, jangan kecewa kerana harapan perwakilan," kata Tuan Ibrahim sebak.
Sehubungan itu, selaku timbalan presiden yang baru Tuan Ibrahim menasihatkan semua ahli supaya bersama mengukuhkan parti dan jangan menganggap kekalahan dalam pemilihan sebagai "keluar rumah".
"Bukan soal meninggalkan atau keluar dri rumah tetapi kita perlu bersama membina rumah ini dan bergabung kekuatan yang ada.
"Insya-Allah mudah-mudahan PAS mampu membawa hasrat rakyat,"katanya lagi.

Wahai ulamak ulamak ku.... INGAT!!!! Memang Allah redha... Tapi Allah redha dengan akal yang cerdik fikiran yang waras.....

Posted: 06 Jun 2015 04:04 PM PDT


Umno tidak seburuk ‘Firaun’, kata presiden PAS

Posted: 06 Jun 2015 03:56 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan antara partinya dan Umno, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan antara partinya dan Umno, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar pihak tertentu yang memandang negatif pertemuan yang diadakan PAS bersama Umno kerana katanya, pandangan serupa itu tidak menjadi pendekatan parti Islam itu.
Presiden PAS itu berkata, walaupun ada pihak yang mencemburui pertemuan di antara dua parti itu, beliau menegaskan, parti Melayu itu tidaklah seburuk Firaun yang digambarkan dalam Al-Quran.
"Malangnya ada yang cemburu. Macam isteri yang tak benarkan suaminya ke pasar, tak boleh berjumpa dengan perempuan. Asal jumpa dengan Umno tak boleh, diharamkan. Itu bukan pendekatan kita.

"Dengan bahasa yang dinasihati Allah, berhubunglah, pergi bercakap, walaupun dengan Firaun. Tak kan kita nak cakap Umno setaraf dengan Firaun yang disebut dalam Al-Quran.  "Jangan sampai begitu. Tak boleh bertindak melebihi ajaran Al-Quran. Kita menganggap kaum kita ditenggelam oleh kejahilan, yang memerlukan kita menyelamatkannya," katanya.
Hadi berkata demikian dalam ucapan penangguhannya pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.
Katanya, dalam menjalinkan kerjasama politik bersama Pakatan Rakyat (PR), PAS adalah parti yang berdisiplin dan beradab berbanding parti lain yang membawa pelbagai kerenah.
Katanya, senario itu terbukti apabila ada parti dalam PR yang cuba mempersoalkan pendirian PAS, malah ada yang cuba 'mencuri' wakil rakyat parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Berduka: 19 mayat ditemui, Najib dah terbang keluar negara..!!!

Posted: 06 Jun 2015 03:54 PM PDT

oleh Mike Tan

Hari ini, rakyat Malaysia disapa oleh berita suram iaitu mayat lapan orang pendaki Gunung Kinabalu yang hilang telah ditemui oleh pihak mencari dan menyelamat. Penemuan itu membawa kepada jumlah kematian akibat gempa bumi 5 Jun itu kepada 19 orang.

Namun terdapat sedikit kelegaan, kerana kesemua pendaki yang hilang telah berjaya ditemui. Mayat jurulatih pergunungan Robbie Sapinggi dan pelajar Singapura berusia 12 tahun Wee Ying Peony adalah yang pertama dijumpai, diikuti oleh sekumpulan sembilan mayat, dan kemudian baki lapan lagi mayat.

Laporan berita menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 10 daripada mangsa adalah pelajar dari Sekolah Antarabangsa Keratong Singapura. Mayat-mayat itu telah diterbangkan ke Kota Kinabalu, dan warganegara dan identiti mangsa telah didedahkan selepas post mortem. Upacara pelbagai agama termasuklah ritual masyarakat etnik yang tinggal di kawasan itu telah dirancang.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan (kiri), yang juga pemimpin utama Huguan Siou atau Kadazan Dusun, berkata bahawa tragedi itu bertindak sebagai "pengesahan" akibat daripada tindakan sesetengah pelancong barat yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB mungkin menggunakan semula plot siri TV ‘Lost’

Posted: 06 Jun 2015 03:47 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria

Di sebalik tuduhan penyelewengan, mungkin kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu inisiatif pelaburan bijak kerajaan, menyasarkan untuk mengubah Malaysia kepada ekonomi berpengetahuan lengkap.

Pertamanya, maklumat pinjaman jaminan kerajaan bernilai bilion Ringgit dan pelaburan meragukan kelihatan seperti satu cubaan untuk meniru plot berbelit siri TV popular Lost. Sesuatu yang boleh mengubah kepada aset intelektual bernilai kepada negara.

Seperti penumpang penerbangan yang terhempas terkandas di sebuah pulau dalam siri itu, yang tidak pasti terhadap situasi mereka dan perkara yang sedang berlaku, itu jugalah yang berlaku kepada rakyat Malaysia terhadap apa, mengapa dan paling penting sekali ke mana perginya dana 1MDB.

Seperti kumpulan dan individu misteri dalam Lost seperti The Dharma Initiative, tentera upahan, Jacob dan The Others, rakyat Malaysia juga dapati diri mereka berhadapan dengan Brazen Sky, Taek Jho Low, BSI, GIL Funds, Aabar Investments dan lain-lain dalam kemelut 1MDB. Jalan cerita dana 1MDB mendedahkan dirinya adalah kisah yang mencengkam yang cukup untuk buat beberapa buah filem.

Siaran, kenyataan, runut bunyi dan laporan berita kemelut 1MDB akan membuatkan lebih daripada satu filem untuk memperkayakan pengetahuan ekonomi kita.

Adakah 1MDB sebuah program untuk menghasilkan jalan cerita dan skrip untuk digunakan oleh industri hiburan Malaysia? Malahan komen-komen menteri terhadap isu itu juga kelihatan seperti menyokong idea ini kerana kebanyakannya berbaur seperti rutin komedi stand-up.

Keduanya, ia mempunyai di sebalik tabir rancangan pendidikan realiti untuk meningkatkan skil pemikiran kritikal rakyat Malaysia, seperti perkembangan terbaru yang menyelubungi perkara itu dan ancaman daripada cabang pelaburan itu sendiri telah membuktikannya.

Sememangnya rakyat Malaysia telah terangsang bukan sahaja membaca berita berkaitan perkara yang melibatkan RM42 bilion wang mereka, tetapi juga mendidik mereka supaya berfikir dan membuat pengiraan lebih kritikal.

Dalam satu perenggan kenyataan tulus ikhlas pada 3 Jun, bos 1MDB Arul Kanda (kiri) mengambil langkah berani untuk menceritakan segalanya tentang aset dan liabiliti dana berdaulat itu untuk mengetepikan khabar angin tentang bilion ringgit yang sama ada telah "rugi" atau "hilang".

"Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat banyak spekulasi tentang penggunaan RM42 bilion hutang yang dibangkitkan oleh 1MDB, dan lebih tepat lagi RM27 bilion hutang yang didakwa telah "hilang" atau "rugi".

"Kami menyediakan rumusan tentang apa yang telah digunakan dengan hutang RM42 bilion itu, maklumat yang telah didedahkan sepenuhnya dalam akaun 1MDB yang telah diaudit dan terbuka kepada umum dari 31 Mac 2010 sehingga 31 Mac 2014.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang tidak selamatnya dengan acara dialog ‘Nothing2Hide’?

Posted: 06 Jun 2015 03:45 PM PDT

oleh Ng Kee Seng

Acara gagal yang hangat diperkatakan "Nothing2Hide" di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam adalah satu pembuka mata kepada rakyat Malaysia. Walaupun pihak polis telah berjaya membatalkan dialog itu, ianya telah mendedahkan ketegangan perjuangan kuasa politik dalam Umno.

Kegagalan Najib Razak untuk hadir ke acara itu untuk menjernihkan suasana terhadap hutang RM42 bilion 1MDB bukanlah sesuatu yang mengejutkan buat rakyat Malaysia. Mungkin, perdana menteri benar-benar mahu untuk menjernihkan suasana terhadap skandal kewangan 1MDB tetapi tidak dapat mengawal hadirin yang tampil "diketuai" oleh Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi ianya kelihatan seperti rakyat Malaysia yakin bahawa Najib telah cabut lari apabila beliau diberitahu yang Mahathir telah tiba di lokasi untuk berhadapan dengan beliau. Dialog yang gagal itu telah jelas sekali mendedahkan ketegangan pertembungan kepimpinan dalam Umno.

Dan meminjam klisye daripada filem terkenal Jaws, hanya apabila anda fikir Najib selamat secara politiknya, hadirnya tamparan diraja dari putera raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kenapa kenyataan Tunku Ismail signifikan secara politiknya, anda mungkin tanya? Johor adalah kubu kuat Umno, negeri kelahiran Umno.

Dan ia juga adalah gelanggang politik asal timbalan beliau, Muhyiddin Yassin. Seperti yang dilaporkan oleh The Star Online, Tengku Mahkota Johor telah membuat kenyataan tajam yang ditujukan kepada Najib yang gagal muncul di dialog "Nothing2Hide" pada 5 Jun.

Read More / Baca Lagi >>

#Nothing2Hide: Penganjur dakwa majlis gagal kerana campur tangan pegawai kanan Najib

Posted: 06 Jun 2015 03:40 PM PDT

PIHAK penganjur program '#Nothing2Hide Dialog PM Bersama NGO' hari ini meluahkan perasaan ketidakpuashatian tentang bagaimana mereka telah dikambing hitamkan dan dijadikan bahan tohmahan berikutan kegagalan majlis tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar Rahmat dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, punca kekecohan yang berlaku semalam adalah disebabkan oleh campur tangan pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.

Berikutan adalah kenyataan lengkap beliau:


Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.

1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.

2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).

3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.

4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.
Read More / Baca Lagi >>

Darah Bugis: DAP cabar Najib dedah peranan dalam 1MDB di Dewan Rakyat

Posted: 06 Jun 2015 03:30 PM PDT

JOHOR BAHRU, 6 JUN: DAP mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberitahu Dewan Rakyat tentang peranannya dalam skandal 1MDB, lebih-lebih lagi selepas ketidakhadirannya dalam forum dialog Nothing2hide semalam.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, jika Najib memang benar-benar tidak menyembunyikan apa-apa dalam skandal RM42 bilion 1MDB, beliau perlu memberitahu Dewan Rakyat.
"Sudah enam tahun Najib menyembunyikan hakikat bahawa beliaulah yang memberikan kelulusan akhir kepada perjanjian 1MDB.
"Ini membolehkan beliau mengelak dipertanggungjawabkan sejak 2009 dengan berpura-pura kononnya tidak terlibat dalam perjanjian, urusniaga dan pelaburan 1MDB.
"Tapi kini, Najib mesti mesti mendedahkan semuanya di parlimen," katanya dalam kenyataan hari ini.
Najib semalam dijadual untuk hadir dalam forum anjuran SukaGuam tapi menarik diri atas nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan alasan ia boleh menganggu ketenteraman awam dan keharmonian negara.
Acara tersebut akhirnya telah ditangguhkan dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengambil alih pentas sebelum diminta berhenti oleh pihak polis.
Berikutan ketidakhadirannya, Najib telah dikritik hebat oleh orang ramai dan pengguna media sosial dengan gelaran negatif seperti penakut.

Ini Baru Darah Bugis!!

Posted: 06 Jun 2015 03:05 PM PDT

Tindakan Najib Razak yang selalu berbangga dengah darah Bugis yang mengalir dalam tubuhnya, semakin hari semakin tidak membawa kelebihan kepadanya untuk mempertahankan kerusi Perdana Menteri yang semakin bergoyang sekarang ini.

Setelah direkodkan beberapa tindakan pengecut dan penakutnya sebelum ini, keputusannya tidak hadir, walaupun sudah bersetuju sebelum ini, dalam forum Nothing To Hide yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad, bagaikan suatu pengesahan mutlak seolah-olah tiada setitik pun darah Bugis mengalir dalam pembuluh darahnya.

Ini kerana orang Bugis bukanlah seperti yang ditunjukkan oleh Najib itu. Mereka ada keberanian dan jati diri yang kuat, walaupun kerap diam. Orang Bugis bukan selalu menjerit tapi dalam masa yang sama kerap pula memberi helah untuk melindungi sesuatu.

Kalau dah bertempik kata nak berlawan, orang Bugis tetap akan melawan walau hingga terasak ke dinding sekali pun.

Setelah tidak menyahut cadangan berforum terbuka sebagaimana yang telah dipersetujui oleh Tun Mahathir, tindakannya "lari malam" daripada bertentang mata dan mempertahankan hujah dalam program tersebut benar-benar memalukan dirinya, UMNO yang dipimpinnya serta kerajaan di di mana beliau menjadi ketuanya.

Tidak pernah kita ada pemimpin sebegini rupa, hanya gah bermadah dan berbicara sehala tetapi takut untuk berhujah secara bersemuka. Jauh sekali orang Bugis pernah berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Inilah yg diajar dlm ajaran Islam Wasatiyyah-Najib..

Posted: 06 Jun 2015 03:04 PM PDT

PAHLAWAN Negara sanggup ke terbang ke luar negara demi undangan Raja Arab Saudi wpun rakyat sendiri dilanda musibah & berduka dilanda gempa bumi..

Peletakan jawatan wakil PAS: Guan Eng terima tanpa soal

Posted: 06 Jun 2015 02:58 PM PDT

lge1-650x400GEORGE TOWN, 6 JUN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memaklumkan bahawa beliau akan menerima peretakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu tanpa sebarang soalan.
Beliau berkata, ini berikutan peletakan jawatan tersebut langsung tidak memberi sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri tidak dapat dielakkan berikutan keputusan muktamar yang menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Guan Eng, biarpun tidak ada perdebatan dibenarkan semasa muktamar bagi usul itu, kepimpinan baru PAS berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, melalui demokrasi atau autokrasi.
"Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan kontradik mereka apabila memutuskan hubungan dengan DAP tapi kekal dalam PR.
"Walhal PR berfungsi atas konsensus kesemua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.
Read More / Baca Lagi >>

Sabar Dalam Mendepani Fitnah - Mat Sabu

Posted: 06 Jun 2015 02:57 PM PDT


KUALA SELANGOR, 6 Jun - Pengerusi Lajnah Mobilisasi & Demokrasi PPAAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu berkata mobilisasi demokrasi siapa yang menyambung tugas ini mestilah mempunyai hubungan rapat dengan NGO kerana politik mutakhir ini ramai rakyat yang tidak memilih pasca UMNO tetapi memilih NGO seramai 40% dalam kalangan anak muda. Jelasnya, tabung pasca banjir masih lagi mempunyai baki dan akan dipindahkan kepada jawatankuasa baru.
Beliau menegaskan bahawa jangan sesekali mencurahkan asid kepada bekas pimpinan malahan perlu berlapang dada. Beliau juga melihat fitnah amat pedih tetapi harus lalui dengan sabar. Apabila melihat perbezaan pandangan sesama pimpinan, tetapi dianggap cuba menggulingkan presiden. Sedangkan hubungan pimpinan baik dan tiada konflik.
Lawan kita adalah UMNO/BN ,jangan bimbang DAP kecil sahaja", katanya lagi. Ini kerana apabila bersama perlukan rundingan,dan memerlukan keredhaan Allah. Mohamad Sabu menyatakan beliau akan meletakkan jawatan di Pulau Pinang iaitu dalam Lembaga Air, dan Lembaga Halalhub.
Ucapan penangguhan beliau diakhiri dengan nyanyian yang antaranya menekankan supaya "kita bersama menjaga parti".

Saran Setiap Ahli Jaga Perkataan Untuk Elak Spekulasi - Mahfuz Omar

Posted: 06 Jun 2015 02:56 PM PDT


KUALA SELANGOR, 6 Jun - Dato' Mahfuz Omar menegur bahawa ada segelintir wakil rakyat membuat program secara bersendirian tanpa penglibatan pimpinan kawasan. Adun dan ahli parlimen perlu mempunyai rasa rendah diri untuk bersama PAS kawasan dan negeri.
Menyentuh berkenaan usul tanpa bahas, beliau menerangkan jika membahas usul tahaluf akan memakan masa yang banyak yang menggangu komitmen yang lain. Maka ahli jawatankuasa membawa usul tahaluf ke dalam mesyuarat khas, dan usul tersebut tidak sesuai dibawa di dalam muktamar kerana akan memberi implikasi yang tidak baik pada masa akan datang.
Beliau turut mengingatkan ahli jaga perkataan kerana boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan kesan tidak baik kepada parti. Ahli perlu berjiwa besar dalam menerima apa-apa kritikan dan teguran dan berharap setiap ahli menjadi cerminan sesama sendiri.

Maafkan Sesama Sahabat - Salahuddin Ayub

Posted: 06 Jun 2015 02:55 PM PDT


KUALA SELANGOR, 6 Jun -  Tuan Haji Salahuddin Ayub menyatakan rasa syukur dengan ketentuan Allah atas keputusan dan merasa berterima kasih kerana memberinya peluang kepada diri untuk muhasabah.
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan yang memenangi pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat dan beliau akan mencari nilai tambah dan kekurangan diri untuk belajar memperbaiki. Apa yang penting bagi beliau, adalah perlu berjiwa besa.
Beliau melahirkan harapan untuk ahli memaafkan sesama sahabat demi parti yang disayangi.
"Moga kita dapat membersihkan hati sesama kita dan sama-sama berdoa moga kita istiqamah dalam perjuangan walaupun kita berbeza pandangan atau fikiran", katanya lagi.

Imej Pas tercalar kerana salah laku pemimpin PR - HADI

Posted: 06 Jun 2015 02:53 PM PDT


Abdul-Hadi-Awang_pkr_600KUALA SELANGOR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa berselindung kesal dengan sikap komponen rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya, Pas sejak dahulu lagi merupakan parti yang berdisiplin dan tetap mengamalkan tahaluf siyasi walaupun ketika 'berperang'.
Kata Ahli Parlimen Marang itu, pendekatan yang dipraktikkan itu bukan bermakna ia menutup pintu sebaliknya akan berdamai sekiranya diajak berbuat demiikian.
Jelasnya, apa yang dipraktik menunjukkan adalah bagi menggambarkan kemuliaan pendekatan Islam di antara komponen di dalam PR.
"Kita telah menghadapi liku-liku yang mencabar. Alhamdulillah, Pas tetap berdisiplin dalam bertahaluf siyasi serta Pas langsung tidak mengkhianati bahkan beradab dalam tahaluf," katanya sewaktu berucap di dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan Pas ke-61.
Bagaimanapun, sikap mulia yang ditunjukkan Pas itu telah dicemari dengan sikap dan kelakuan dari rakan-rakan dalam PR yang menyentuh isu aqidah, syariat dan kepimpinan parti.
"Kita juga langsung tidak berkempen dalam urusan parti lain," ujar beliau lagi.
Bahkan, akibat salah laku dan sikap kurang baik yang ditunjukkan pemimpin dalam PR secara tidak langsung telah menyebabkan pemimpin dalam Pas menerima tempias dan kredibiliti mereka telah tercalar.
"Ini bukan silap kita tetapi silap rakan kita. Mereka mencuri ahli kita, tetapi kita tidak mencuri ahli. Ada juga kes salah laku pemimpin mereka, ia termasuk dalam isu-isu agama Islam," jelasnya.