Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUSULAN KEKALAHAN MAT SABU: AHLI PAS ROBOH DAN BAKAR MARKAS PAS, SIAPA ARAH?

Posted: 05 Jun 2015 10:00 PM PDT

Usai pemilihan di Muktamar PAS Kali Ke 61 di Kuala Selangor yang menyaksikan golongan Haji Hadi menyapu bersih jawatan-jawatan di dalam PAS Pusat, ahli-ahli PAS cawangan Telok Bachok kelantan telah bertindak merobohkan markas dan membakar bendera-bendera PAS.

Berita ini amat mengejutkan dan menurut maklumat ianya berpunca akibat dari perselisihan dalaman parti PAS yang dikatakan berlakunya pertembungan paling hebat dalam sejarah pemilihan PAS.

Ianya juga dikaitkan dengan kecenderungan berlakunya adu domba dan gelaran yang diberikan terhadap profesional dan progresif yang dilihat lebih ke hadapan dalam soal permasalahan dalam negara setakat ini.

Golongan progresif biasanya menjuarai ke hadapan bersama rakan pakatan yang lain ketika Umno sedang diasak dengan berbagai skandal, sedangkan puak ulamak dilihat memperlekehkan golongan ini dengan panggilan Jebon, Anwarinas, dan pelbagai gelaran sehinggakan ianya menimbulkan polemik politik malahan menjadi viral mengecam untuk PAS keluar dari gabungan Pakatan Rakyat setelah apa yang berlaku.

Di dalam pemilihan yang baru berlansung telah menyaksikan golongan profesynal telah diketepikan oleh perwakilan muktamar dan cuma mengekalkan Sdra Mazlan Aliman, manakala yang lain semuanya diboloti kumpulan Haji Hadi. Mazlan pula di dalam satu kenyataannya semalam telah menyatakan pertimbangannya untuk melepaskan jawatan AJK yang dimenanginya kerana begitu sedih ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban tewas dalam pemilihan.

Muktamar PAS semalam juga telah menerima usul Dewan Ulama PAS tanpa bahas supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

PASMA SEDIA BERSAMA PAKATAN DAP DAN PKR...HENTAM PAS SAMPAI LUMAT !!!

Posted: 05 Jun 2015 07:42 PM PDT


PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas. 

Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook. 

Dia mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik seperti dirancang. 

Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat (PR). 

"Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang. Pkr + dap + pasma….satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru," tulisnya. 


Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas. 

Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR. - laporan FMT

Mymassa kata...

Elok sangat ler tu...apa yang dikata oleh Uncle Ronnie Liu tu ada kebenarannya.

Buat apa lagi puak-puak Anwarinas PASMA dok bertenggek lama-lama dalam PAS. Dah kena tolak masih lagi nak bergayut pada serban, jubah dan purdah ulamak dan ustazah?

Malulah sikit kalau orang dah buang kenapa masih merayu...muka tak malu. 

Sedarlah sikit kalau jantan-jantan PASMA masih ada sepasang telur maka jalan paling baik adalah berpisah (mufaraqkah) dan taqlid dengan jemaah kepimpinan PAS sedia ada.


DAP dan PKR dah offer yang terbaik sayang kalau tak rebut. Inilah masa untuk membuktikan PASMA lebih baik dan faqih bersama Pakatan Rakyat berbanding dengan saf kepimpinan PAS sedia ada yang konservatif, jumud dan ortodoks itu.

Saf kepimpinan PASMA sudah ada  tunggu apa lagi. Ingat jika PASMA kuat dengan cara tidak langsung kepimpinan PAS yang tua-tua sedia ada akan terkubur. 

Nah Muktamar PAS tahun 2017 nanti adalah waktu kemuncak untuk PASMA merebut kembali kepimpinan PAS, gantikan dengan kepimpinan profesional dan seterusnya bersedia menghadapi PRU 14 pada Mei 2018 dengan penuh keyakinan.

PASMA ada kekuatan dari segi kepimpinan dan kewangan. Bantuan dari rakan sekutu DAP dan PKR jangan dipersia-siakan. Ingat peluang tidak akan datang berkali-kali.  

Peduli apa puak-puak ulama jumud PAS nak kata yang penting PASMA boleh maju ke depan bersama DAP dan PKR...

Tak perlu lagi ahli dan penyokong PAS wa'laa kepada kepimpinan yang terjerumus tajdid jumud pada ulama konservatif.

PAS yang dok ada sekarang apa yang mereka boleh buat selain dok main kompang nak buat hudud saja?

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.

Mursyidul Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)

Timb Mursyidul Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kelantan)

Presiden Pasma : YB Dato' Husam Musa (Kelantan)

Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Selangor)

Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Selangor)

Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pulau Pinang)

Naib Presiden Pasma : YB Khalid Samad (Selangor)

Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Johor)

Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)

Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Melaka)

AJK Pasma :

Nordin Majid (Pahang)
Dato Wan Rahim (Kelantan)
Ust Taib Ahmad (Kedah)
Ust Nasir Zakaria (Kedah)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Selangor)
Syed Azman (Terengganu)
Mohamad Sabu (Pulau Pinang)
Ust Dzulqarnain (Perak)
Sayuthi Basirun (Selangor)
Abd Fatah Harun (Kelantan)

AJK Tambahan :

Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali

Jurucakap : Ust Pahlol Radzi (Kedah) - Ketua Jebon sebalik tirai 

PASMA dah kempen tarik ahli PAS keluar dari jemaah...tunggu apa lagi jemaah PAS jom sertai PASMA.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nasib baik Ngar Kor Meng banyak kereta

Posted: 05 Jun 2015 11:00 PM PDT




Usahlah kata kemenangan yang palsu pasal guna cai. Dulu anwarinas pun pakai cai juga. Baca Flying Kick SINI

Pasti tidak lagi loyar rasmi parti

Posted: 05 Jun 2015 09:00 PM PDT


Nasib boleh dapat lesen berniaga di Sepang dari rakan PASMA dalam kerajaan Selangor.

Dilaporkan menangis semalam ....


Baca dalam MMO

Dari penghibur, kini melarat ...

Posted: 05 Jun 2015 07:00 PM PDT


Macam seniman. Janji rezeki halal nak tanggung Normah.


Mi goreng resipi mamak atau ulamak?

Tolong la member yang tiada jawatan ....

Posted: 05 Jun 2015 04:47 PM PDT


Ranau, Sabah gempa bumi

Posted: 05 Jun 2015 02:31 AM PDT


Ranau menghadapai gempabumi pagi tadi ...







Kerosakkan dikesan ...






















Ketua Menteri Dato Musa Aman sudah umumkan emergency segera. Jangan lupa orang Semenanjung terutama Kelantan akan baik budi Sabah ketika banjir akhir tahun lepas.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pro Ulama kuasai pemilihan PAS, PASma bakal tubuh parti baru?

Posted: 05 Jun 2015 04:40 AM PDT



KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'mengetuai' barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi. Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi. Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.



Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi).

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.


Kemenangan pro ulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sokongan padu kepada golongan pro ulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan pro ulama dan profesional.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:13 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PERJUANGAN BELUM SELESAI

Posted: 05 Jun 2015 08:50 PM PDT

Ingatkan dah selesai..
"Tak ada siapapun datang jenguk.. Terasa seperti diabaikan,namun kami nak berpindah ke mana lagi kerana bukan mampu sewa rumah lain yang kadarnya cecah RM500 sebulan... " luah seorang mangsa banjir..

Ada tak kedengaran isu ni dlm muktamar PAS baru baru ni?.. saja tanya...

AnakSungai Derhaka's photo.

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Posted: 05 Jun 2015 08:42 PM PDT

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?
Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Berakhirnya hubungan PAS dan DAP, adakah agenda lebih besar?

Sebaik sahaja PAS menamatkan hubungan dengan DAP lewat keputusan Muktamar penuh semalam maka rakyat tertanya-tanya apakah agenda seterusnya puak ulama dalam parti itu?

Sekurang-kurangnya keputusan muktamar itu telah memberi kesedaran kepada puak profesional PAS yang berdegil mempertahankan kepimpinan PAS, tidak kira ulama atau puak Erdogan. Terutama Dr Dzulkifly Ahmad yang berkeras tidak percaya puak ulama telah membuangnya daripada hierarki kepimpinan.

Dr Dzul berkata, usul Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP boleh dibahaskan dalam Muktamar penuh. Ternyata tidak ada siapa yang mahu mendengar hujah Dr Dzul, perwakilan memutuskan hubungan tanpa bahas. PAS telah masuk ke dalam lubuk ekstrem. Mereka tidak lagi berfikir tetapi mengikut emosi dan yakin mampu memerintah negara secara bersendirian.

Tidak ada masa untuk berbahas. Masa yang ada ialah untuk mengira jawatan dalam kerajaan. Sekiranya tidak boleh bersama PR maka boleh diusahakan bekerjasama dengan BN memerintah Selangor, Perak, Kedah dan Terengganu. Cuma adakah BN mahukan PAS di Kedah, Terengganu dan Perak?

Grand design?

Situasi yang berlaku dalam Muktamar, senarai pemimpin yang wajib dipangkah diberi kepada perwakilan dengan tidak dibantah oleh pemimpin tertinggi parti bukanlah suatu perancangan kecil atau kebetulan.

Tidak mungkin puak tertentu merampas demokrasi jika tidak mempunyai grand design tertentu. Hudud bukan sebahagian daripada grand design itu kerana sehingga ke hari ini, selepas PR sudah punah ranah pun speaker Dewan Rakyat masih tidak memberi jaminan Hudud akan diterima untuk dibentangkan di parlimen.

Pertemuan beberapa ahli parlimen PAS minggu lalu bersama Pandikar Amin Mulia hanya berakhir dengan perkataan 'tunggu kelulusan Putrajaya'. Speaker sepatutnya mempunyai jawapan pasti dan tidak perlu menanti arahan kerajaan BN kerana kuasa untuk memutuskan pembentangan rang undang-undang adalah kuasa beliau. Jika begitu apakah grand design itu?

Persempadanan semula

Tidak mustahil grand design yang dirancang adalah persempadanan semula pilihan raya. Umum mengetahui perubahan sempadan dengan menambahkan parlimen dan DUN baru hanya boleh dilakukan apabila 2/3 Dewan Rakyat meluluskannya. PR memberi syarat, sokongan hanya akan diberi sekiranya SPR telus dalam proses persempadanan semula.

Sedangkan persempadanan itu digunakan BN untuk memastikan mereka terus memerintah. Namun PAS sejak setahun lalu memberi isyarat akan menyokong persempadanan semula asalkan Kelantan diberi tambahan kerusi. Mungkin ada perundingan antara PAS dan BN dalam isu persempadanan ini.

Cuba tidak jelas sampai ke tahaf mana perundingan itu. Sama ada persetujuan untuk menyokong sahaja atau dengan memastikan PAS juga bakal mendapat lakaran tertentu kawasan selamat dalam proses persempadanan itu kelak?

Keadaan tersebut tidak boleh dinafikan apabila PAS semakin tidak boleh dikawal dan dirampas oleh puak radikal. Impian PAS sekarang kelihatannya bukan lagi memperjuangkan isu rakyat seperti penyelewengan dana awam oleh BN, GST, kenaikan kos hidup dan sebagainya. Tetapi telah balik ke era Asri Muda iaitu mengidamkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.

Kerajaan campuran

Akhirnya, benar apa yang dikatakan oleh Khalid Samad bahawa puak Erdogan dalam PAS dimusuhi sejak 2008 kerana tidak bersetuju dengan idea menubuhkan kerajaan campuran PAS –BN, dan setia dengan idelogi Anwar menetang BN secara 'biar putih tulang, jangan putih mata'

Pemimpin pro Umno dalam PAS setuju dengan kerajaan campuran yang mana di negeri PAS berkuasa maka isu keagamaan dilebihkan dan di negeri BN berkuasa maka PAS tidak akan campur tangan. Bukan Melayu akan ditekan dan diberi syarat menerima apa sahaja yang diputuskan oleh pemimpin Melayu dalam hal-hal agama dan kehidupan.

Puak tersebut setuju agar negara balik ke era 1970an yang mana Cina dan India takut dengan kekuatan Melayu dan tidak mempersoalkan apa pun yang diputuskan pemimpin Melayu. PAS juga tidak mahu tahu negara akan ketinggalan berbanding Indonesia dan Thailand apabila menerima pemerintahan kuku besi BN.

Aliran politik dunia

Corak perjuangan ini tidak direlakan oleh puak profesional kerana bertentangan dengan aliran politik arus perdana dunia. Corak politik seperti itu boleh diyakinkan kepada puak ulama sebagai memelihara keharmonian negara daripada pelampau dan memelihara agama. Namun puak profesional yang lebih terbuka faham politik tertutup akan memudahkan agen-agen barat meniupkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Corak tertutup menyebabkan diktator Afrika Utara seperti Mubarak, Gadafi dan Zainal Abidin tumbang dalam revolusi yang dirancang kuasa Barat. Hanya corak yang lebih terbuka seperti pembangkang yang berkesan mampu memberi harapan kepada rakyat kononnya sistem boleh diubah melalui pilihan raya.

Ulama PAS tidak sedar semua itu. Sedangkan profesional sedar ekonomi perlu diambil kira. Sekali BN dan PAS bersatu, pelaburan Cina akan meninggalkan negara, maka orang Melayu yang menyokong PAS dan BN akan mempersoalkan mereka.
Lebih buruk, revolusi walaupun tidak pernah terjadi di Malaysia tetapi pernah berlaku di Filipina, Indonesia dan Thailand. Jiran-jiran terdekat negara ini.

Jadi, bagi mereka harapan rakyat perlu disuburkan dan digalas. Oleh kerana puak ulama tidak sealiran dan sengaja memusnahkan PR maka politik Malaysia akan masuk ke fasa baharu selepas ini. PAS masuk ke fasa kerjasama lebih erat dengan BN dan rakyat pula akan masuk ke fasa yang lebih tidak terurus.

Cuma satu harapan kepada puak profesional, sekiranya ingin terus berjuang mengutamakan rakyat maka mereka perlulah menubuhkan parti baru. Tiada cara lain mengisi lompang kuasa yang ditinggalkan PAS dalam PR selain parti Islam yang sederhana.


Artikel ini adalah pendapat penulis, pukul canang dan bukannya pendapat rasmi suarapakatandaily

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

Posted: 05 Jun 2015 07:13 PM PDT

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM
Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

Dasar Penswastaan BN sejak 30 tahun untungkan kroni – SAMM

ULASAN: Dasar Penswastaan telah diperkenalkan oleh dua pengamal dari negara kapitalis iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan dan bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Dengan sokongan organisasi-organisasi seperti IMF, Bank Pembangunan Asia dan sebagainya, dasar ini telah menular ke seluruh dunia. Dasar penswastaan pada ketika itu menjadi fenomena politik dan ekonomi yang dilaksanakan sebagai pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada sektor swasta. Dengan itu, kuasa membuat keputusan kini beralih daripada tangan orang ramai kepada pihak swasta atau pemilik baru organisasi awam.
Malaysia antara negara terawal melaksanakan dasar ini di bawah pentadbiran Mahathir Mohamad pada tahun 1983.

 Dasar ini diperkenalkan kerana negara ketika itu menghadapi masalah bebanan hutang yang tinggi oleh kerajaan, kadar pertumbuhan ekonomi rendah dan penyertaan kerajaan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi negara. Antara syarikat awam yang diswastakan sejak tahun 1980-an termasuklah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dan Lembaga Letrik Negara (LLN). Tidak terkecuali dalam sektor pengangkutan dan pembekalan air.
Penswastaan di Malaysia yang mensasarkan kepada untuk mengatasi kelembapan prestasi sektor awam (Jomo 1992). 

Namun, sebaliknya berlaku kerana ia tidak mengatasi masalah utama seperti meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kakitangan yang terlibat. Akhirnya, ia tidak memberikan impak yang baik sebaliknya telah menjadi satu peluang untuk rejim penguasa meluaskan dan mengukuhkan hegemoni ekonomi-politik semata-mata. Penswastaan menjadi satu projek peralihan kuasa monopoli kepada pihak swasta dengan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan semata-mata. Penswastaan menjadi satu bentuk peluang merompak kekayaan negara melalui Kapitalisme Kroni.

Mahathir dan kroni

John Hilley dalam bukunya bertajuk Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang baru menyatakan penswastaan penting di Malaysia kerana UMO telah menjadi pemain utama sebagai parti melalui pemilikan korporat dan syarikat pemegangan seperti Kumpulan Hati Budi dan Fleet Holdings.

The Economist menyatakan dalam jual beli saham di pasaran saham Kuala Lumpur yang melambung, politik dan perniagaan dipercayai saling berkait di Malaysia. Para broker mendapati bahawa harta paling bernilai adalah saham UMNO, yang bermaksud saham yang berkait dengan orang politik yang penting di parti tersebut.

 Syarikat lain hanya menjadi penting apabila ia diambil alih oleh mereka yang mempunyai hubungan akrab dengan politik UMNO dan mendapat faedah dan laba daripada kontrak kerajaan.

Dasar penswastaan dikatakan mempunyai kaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan menjadi sasaran kerajaan untuk membantu kaum Bumiputra mencapai sasaran 30% pemilikan sahamdan ekuiti syarikat pada tahun 1990. Tetapi nampaknya, ia masih menemui jalan buntu. Rujuk pengumuman Najib Razak semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) masih lagi menyebut peratusan yang sama menjelang 2020.

Dasar Penswastaan Mahathirisme ini hanya memberikan konotasi baru mengenai penyusunan semula DEB sedangkan ia adalah pemindahan kekayaan atau sumber kepada elit korporat-politik yang terpilih. Ia terus membenarkan penggunaan khusus sumber negara tanpa had bagi mengukuhkan kawalan korporat UMNO dan proksi. Ini seterusnya membenarkan Mahathir dan Daim mengawal proses naungan ekonomi-politik dengan lebih berkesan.

Antara pemain korporat-politik yang menikmati keuntungan daripada dasar ini contohnya

Wan Azmi Wan Hamzah – Land & General dan R.J. Reynolds
Halim Saad – Renong dan United Engineering (M) Bhd
Samsudin Abu Hassan – Aokam Perdana Bhd dan Landmark Bhd
Azman Hashim – Kumpulan Arab Malaysian
Tajuddin Ramli – Technology Resources Industries (TRI) dan MAS
Vincent Tan – Kumpulan Berjaya
Dick Chan – Metroplex Berhad
T.K. Lim – Kamunting Berhad
Ting Pek Khiing – Ekran Berhad
Quek Leng Chan – Kumpulan Hong Leong
Loy Hean Heong – Malaysian Borneo Finance Berhad
Ananda Krishnan – Pelaburan Pacific State, MAI Holdings, Usaha Tegas dan Tanjong.

Pada tahun 1984, Daim, seorang "budak baru" dalam politik, yang mempunyai hubungan rapat dan orang kepercayaan Mahathir didakwa menggunakan portfolio kewangan bagi mengagihkan aset penswastaan .

Zaman Daim ini juga adalah serentak dengan pengembangan budaya politik "nouveau riche" di Malaysia. Dasar pemindahan sumber kepada elit ini turut didokong oleh parti komponen BN. Dengan ketiadaan sebarang sistem tender terbuka, UMNO/Barisan Nasional didakwa mula membawa semua aset sektor awam utama di bawah kawalan parti. MAS (1985), Telekom (1990), Proton (1991), Petronas Gas (1995) dan lebih kurang 40 perkhidmatan awam telah dipindahkan kepada syarikat yang didakwa berasaskan UMNO dan agensi pemegang amanah yang lain.


Menerusi dasar penswastaan Mahathirisme ini telah muncul media-media swasta yang mesra pemerintah. Mahathir telah memberikan lesen penyiaran swasta kepada TV3. Mahathir juga telah membawa semua media penyiaran dan akhbar utama di bawah naungan UMNO melalui Kumpulan Fleet Holdings dan Maika Holdings milik MIC. Mahathir telah menggunakan media-media ini untuk mempengaruhi pandangan umum terhadap semua projek-projek penswastaan. Sebagai contoh, media telah digunakan untuk memuji United Engineering (M) Bhd (UEM) kononnya berjaya menyiapkan Lebuhraya Utara Selatan dengan lebih awal sedangkan yang patut dipersoalkan ketika itu adalah kontrak RM 3.4 bilion yang diberikan kepada taikun, Halim Saad melalui UEM yang juga merupakan subsidiari pelaburan UMNO.


Monopoli swasta



Dasar penswastaan yang kononnya akan mengurangkan monopoli pasaran sebenarnya tidak menghapuskan perkara ini khususnya dalam perkhidmatan dan produk keperluan asas pengguna seperti tenaga elektrik, air, telekomunikasi dan sebagainya. Jualan aset awam seperti Lembaga Letrik Negara (LLN) menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB) hanyalah menggantikan monopoli kerajaan kepada monopoli swasta yang menawarkan peluang luas untuk menjadi habuan kelompok terpilih. Rakyat terus dibebankan dengan tarif yang tinggi.

Begitu juga jika kita merujuk kepada perkhidmatan telekomunikasi, sebelum ini Jabatan Telekom Malaysia (JTM) sekarang telah menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM). Sekarang, jika penduduk sesuatu kawasan perumahan ingin menggunakan perkhidmatan TM sama ada talian telefon mahupun internet, pihak TM memberikan syarat mesti mempunyai permintaan 70% daripada penduduk kawasan barulah pihak TM akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan tersebut. Segalanya telah menjadi orientasi keuntungan semata-mata bukan lagi penyedia perkhidmatan yang memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.

Dalam industri pembekalan air bersih, tindakan Kerajaan menyerahkan industri ini kepada operator-operator swasta tidak menambah baik sebaliknya rakyat terpaksa menanggung tarif yang tinggi. Sebagai contoh di Johor, Syarikat Air Johor (SAJ) sentiasa gagal dalam memastikan operasi mereka berjaya menurunkan kadar Non-Revenue Water (NRW) sebaliknya mengambil jalan mudah menaikkan tarif sebagai jalan untuk mengurangkan risiko kerugian. Akibatnya, Johor kini mempunyai tarif air yang amat tinggi berbanding negeri lain.

Dasar Penswastaan Mahathirisme ini juga akhirnya telah memberikan tekanan dan dampak kepada Kerajaan kerana akhirnya kegagalan yang dialami terpaksa ditelan oleh Kerajaan. Sebagai contoh, MAS, sebelum MAS diserahkan kepada Tajuddin Ramli – Kroni Mahathir, MAS mempunyai rizab tunai yang banyak. Namun kini, MAS menanggung beban hutang mencecah sekitar RM 11-12 bilion. Kerajaan telah pun membeli semula MAS dan kini dalam proses penstrukturan semula yang menyaksikan 6,000 pekerja telah dipecat.

Begitu juga dalam hal pengangkutan. Mahathir telah mengarahkan pembinaan prasarana LRT di Lembah Kelang bukan sahaja sebagai metod pengangkutan awam tetapi untuk memudahkan penonton berulang alik dari pusat bandaraya ke Kompleks Sukan Nasional di Bukit Jalil untuk menonton Sukan Komanwel 1998. Namun, bukan sahaja Sukan Komanwel tidak memberikan pulangan lumayan malahan, Kerajaan terpaksa pula membeli semula syarikat LRT STAR dan Putra ini.

Kegagalan berterusan

Begitu juga dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Perwaja Steel. Persamaan bagi semua syarikat dan projek ini adalah ia diswastakan dan dalam masa yang sama menanggung kerugian hingga ada yang mencacah berbillion ringgit.
Melihat kepada perbandingan penswastaan di luar negara, kebanyakan negara tidak menswastakan beberapa sektor penting seperti perkhidmatan kerana mereka melihat industri itu bukan dinilai dari segi keuntungan tetapi keselesaan pengguna. Contohnya, di Jepun, sistem pengangkutan kereta api laju tidak diswastakan dan kekal menjadi milik Kerajaan sepenuhnya.

Dasar penswastaan Mahathirisme ini telah mencambahkan sistem Ali Baba. Ia bukan sahaja tertakluk kepada firma kecil dan sederhana tetapi juga kapitalis bukan Melayu yang besar yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan pemimpin UMNO.

Rumusannya, dasar penswastaan Mahathirisme ini telah memberikan keuntungan kepada elitis korporat-politik dan kerajaan sendiri. 

Secara tidak langsung melalui penghasilan dan percambahan elitis korporat-politik ini telah mengukuhkan cengkaman Kerajaan dalam dua elemen terpenting iaitu ekonomi dan politik. Yang menjadi mangsa adalah rakyat terbanyak. Syarikat meraih keuntungan yang besar daripada kos yang tinggi dan semakin meningkat yang terpaksa di bayar oleh rakyat untuk menikmati sesuatu perkhidmatan termasuklah sistem jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan lain-lain lagi. Sudah sampai masanya, dasar ini disemak semula oleh pihak Legislatif agar satu perancangan alternatif dapat disediakan untuk membolehkan hasilnya dinikmati oleh semua lapisan rakyat tanpa ada diskriminasi.

#sudahlahMahathir


Artikel ini adalah pendapat che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia

[LIVE][290515] Bicara 11 Murabbi

Posted: 05 Jun 2015 03:52 PM PDT

Dengar ceramah ustaz Khairi...Yang ustaz nak kalut dok jebon jebon jemaah...dok label orang ..nak siku orang nak lutut...memang hamlau la....




MARKAS PAS DI ROBOH AKIBAT BERLAKUNYA PERPECAHAN?

Posted: 05 Jun 2015 02:56 AM PDT


Berita ini juga mengejutkan. Akibat kecewa dgn keputusan "chai" pemilihan Muktamar Pas ke-61 semaal.


Kelantan  4 Jun 2015, sebuah Markas Pas Cawangan Kg Telok Bachok dirobohkan pagi tadi,  dan bendera Pas turut dibakar. Menurut maklumat ianya berpunca akibat dari perselisihan dalaman parti PAS yang dikatakan berlakunya pertembungan paling hebat dalam sejarah pemilihan PAS. 

Ianya juga dikaitkan dengan kecenderungan berlakunya adu domba dan gelaran yang diberikan terhadap profesional dan progresif yang dilihat lebih kehadapan dlam soal permasalahan dalam negara setakat ini. Golongan progresif biasanya menjuarai kehadapan bersama rakan pakatan yang lain ketika Umno sedang disak dengan berbagai skandal, sedangkan puak ulamak dilihat memperlekehkan golongan ini dengan panggilan Jebon,anwarinas,dan berbagai gelaran sehinggakan ianya menimbulkan polemik politik malahan menjadi viral mengecam untuk PAS keluar dari gabongan Pakatan Rakyat setelah apa yang berlaku? Mohon orang Bachok beri pencerahan. 
 



Apa pandangan sahabat2....
Setelah golongan ini dihina,dikeji,dilabel dgn pelbagai gelaran sblm proses pemilihan dijalankan....

 LIHAT POSTING DIBAWAH...INI YANG MENYOKONG ULAMAK........
Sehari dua ni sy tengok dan dengar anjing menyalak sakan sangat...tak tahu lar lah anjing anjing tu menyalak sebab apa
Menyalak kepada org lain sedangkan tuan dia ada...pelik kan?sebab apa ya?
Sebab lapar?sebab kurang kasih sayang?sebab sakit?
Bagi sy,anjing anjing tu menyalak sebab mabuk!!!
MABUK KETUM!!!!


DAN INI PULAK SATU CADANGAN YANG LAIN...PAS TERBAHAGI KEPADA 3 SEKARANG

Setuju atau tidak dengan penubuhan PASMA sebagai parti politik untuk bersama PKR,DAP memperkuatkan Pakatan Rakyat (PR).
Lawan Mesti Lawan's photo.

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Posted: 05 Jun 2015 02:09 AM PDT

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir
Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS tak puas hati NGO bantu mangsa banjir

Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan hari ini membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka.

Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri.

"Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya ketika bercakap di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, pagi ini.

Beliau turut menyalahkan "media baru" yang menyerlahkan usaha NGO itu sekali gus memberi gambaran buruk kepada kerajaan PAS Kelantan.

"Media baru memperlekehkan kita, seolah-olah kerajaan pasca Nik Aziz lemah dan tak boleh tangani bencana ni. Sepatutnya kita bekerjasama dengan jemaah kita untuk buktikan kita lebih baik daripada kerajaan BN," katanya.

Pada 22 Mei lalu, The Malaysian Insider melaporkan mengenai Impian Kelantan, projek pembinaan semula rumah dan kampung di Kelantan yang diusahakan DAP dan PAS, Pemuda DAP serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) selepas banjir teruk melanda negeri itu, Disember tahun lalu.

Dilancarkan pada 31 Januari lalu di Kota Baru, DAP sendiri mengeluarkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membangunkan Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang.
Antara penyokong utama projek itu di Pasir Tumboh adalah bekas calon PAS untuk kerusi Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah yang menguruskan projek itu menerusi NGO Cakna UT.

Sementara, Impian Kelantan sendiri dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Mohd Najib: Saya Bukan Darah Sembarangan ......

Posted: 05 Jun 2015 03:58 PM PDT

A Kadir Jasin 

5 JUN – Ramai memanggil dan menghantar SMS meluahkan rasa kecewa yang teramat sangat dengan "no show" Mohd Najib di majlis dialog "Nothing2Hide" dengan NGO di PWTC pagi ini.

"Nothing2Hide" - Polis halang Tun Dr Mahathir

Tapi jangan bersangka buruk dan marah kepada Pahlawan Bugis yang darahnya bukan sembarangan itu.

Saya yakin ada alasan yang kuat misalnya beliau terlebih tidur dan bangun lewat kerana semalam terlalu nyenyak tidur sebantal dengan isterinya.
Atau mungkin beliau menderita maladi "hypersomnia" yang serius. [The main symptom of hypersomnia is excessive daytime sleepiness (EDS), or prolonged nighttime sleep, which has occurred for at least three months prior to diagnosis.]
Mohd Najib: Pahlawan Bugis atau "Joker"?

Tidak tahulah saya kalau beliau mengidap maladi yang lebih kronik separti "gila isin" (istilah utara daripada bahasa Inggeris "insane") dan lebih teruk beliau kawar (kawag) (daripada istilah Inggeris "coward"). Atau beliau seorang "joker" yang mempersendakan khalayak. Untuk selamatkan bos mereka daripada dimalukan di depan khalayak, budak-budak PMO salahkan polis. Adoi, lawak.
POSTING ASAL
 
PERDANA Menteri Datuk Mohd Najib Abdul Razak berkata beliau dan isteri akan nyenyak tidur sebantal setelah mendapat sokongan rakyat Sarawak.
[PERINGATAN: Komen guna "Anonymous" tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Serentak itu, beliau  memberi kata dua agar jangan menguji beliau kerana katanya, darah yang mengalir dalam tubuh beliau bukan darah sembarangan.
Beliau dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Kuching, hari ini.
Sarawak buatkan PM boleh tidur nyenyak
"Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat ada kalanya besemangat diplomatik, tapi semangat  kepahlawanan tetap ada dalam diri saya.
"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.
Sebelum ini, ketika berucap di majlis pelancaran laporan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Mohd Najib berkata, pantang pahlawan Bugis menyerah kalah.
Keturunan Mohd Najib dikatakan datang dari keluarga di raja Kabupaten Gowa di Sulawesi selatan. Beliau sendiri mendapat gelaran "Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone" pada tahun 2005 yang menjadikan beliau "Pahlawan Gowa".
Read More / Baca Lagi >>

Syarikat Filipina, San Miguel minat aset tenaga 1MDB

Posted: 05 Jun 2015 03:51 PM PDT

Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015. 
Presiden San Miguel Corp Ramon Ang berkata pihaknya akan menilai urus niaga pembelian aset tenaga milik 1Malaysia Development Bhd jika ditawarkan kepada mereka. – Gambar www.sanmiguel.com.ph, 5 Jun, 2015.

Konglomerat Filipina San Miguel Corp berminat untuk memperoleh aset tenaga dana pelaburan sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata seorang eksekutif syarikat pada Jumaat. San Miguel akan menilai urus niaga itu jika aset tenaga ditawarkan kepada mereka, Presiden San Miguel Ramon Ang berkata menerusi sistem pesanan ringkas.
1MDB merancang menjual 80% daripada perniagaan tenaganya Edra Energy Bhd melalui penyenaraian pasaran saham, menurut tiga sumber yang mempunyai maklumat langsung memberitahu Reuters.

Bloomberg pada Jumaat melaporkan syarikat Acwa Power International berpangkalan di Arab Saudi dan San Miguel adalah antara pihak yang menyuarakan minat terhadap aset tenaga 1MDB. Bulan lalu, firma tenaga Malakoff Corporation Bhd berkata ia terbuka membeli aset daripada 1MDB, yang menanggung hutang sehingga $11.8 bilion kerana membina portfolio loji tenaga.
San Miguel, yang mula berkembang agresif pada 2008 menambah tenaga, perlombongan, telekomunikasi, penapisan minyak dan infrastruktur kepada perniagaan makanan dan minuman, terus mencari pengambilalihan untuk meningkatkan pendapatan.
Konglomerat, yang juga pembuat bir terkemuka di Asia Tenggara, membelanjakan $11.6 bilion pengambilalihan sejak 2008, menurut data Reuters.

Kita negara rasis dengan kerajaan yang fasis

Posted: 05 Jun 2015 03:50 PM PDT


"Semua orang kena dengar band ni," kata seorang kawan ketika sebuah forum di Titiwangsa beberapa bulan lalu. Ketika itu, Shh…Diam, band 4-piece semua perempuan ini jadi panel.
shh3Aku sudah lupa apa yang dibincang dalam forum itu, tetapi aku ingat nasihat kawan dan mula mencari lagu-lagu band ini di YouTube. Secara percuma, tentunya.
Dan aku ingin panjangkan nasihat seorang kawan itu kepada anda semua. Esok, Shh…Diam akan beraksi di pentas "Solidariti: Malaysia Milik Kita Bersama" anjuran Roketkini.com bertempat di Publika.
Minggu lalu, kami mewawancara Faris (gitar, vokal) dan Yon (gitar, vokal) selepas menyaksikan persembahan akustik mereka di Dataran Merdeka.
Roketkini (R): Hai, selamat petang. Sorry-lah sebab lambat. Jalan tak lurus nak sampai (Dataran) Merdeka ni. Korang confirm main kat acara 'Solidariti' kan? Jadi soalan wajib – Apa maksud 'solidariti' bagi korang sendiri?
shh
Shh Diam
Yon (Y): Kebersamaan-lah.
Faris (F): Banyak karya, benda yang dihasilkan pemuzik dan 'artist' dianggap salah oleh kerajaan. Jadi kami sebagai orang yang terlibat dalam bidang kreatif, ada peranan dan tanggungjawab untuk menyokong sesama sendiri. Solidariti dalam muzik.
R: Amboi, belum apa-apa dah sebut kerajaan. Mentang-mentanglah kami Roketkini. Adakah Shh… Diam! ni band yang politikal?
F: Hmm…Sebenarnya kami tidak bermula dengan niat atau mind-set untuk jadi politikal.
Y: Pendengar label kami berdasarkan lagu. Ada orang kata kami ni feminis, LGBT. Tetapi kami sebenarnya cuma berdiri atas apa yang kami percaya. Tidak lebih daripada itu.
R: Adakah label itu sebab lagu korang memang tentang kepercayaan itu?
Y: Memang, kebanyakan lagu kami adalah tentang apa yang kami percaya. Sebuah lagu kami, tentang cerita seorang yang bangun dari tidur dan sedar dia gay. Itu adalah sindiran tentang tanggapan ramai orang yang gay ini pakai baju v-neck, gay ni lepak sesama sendiri sahaja.
Dan lagu kami memang banyak sindiran pun.
Read More / Baca Lagi >>

Rintihan Tun Mahathir Mungkin Sama Dengan Rintihan Anwar

Posted: 05 Jun 2015 03:48 PM PDT

Oleh Abu Hassan Adam

Tun Mahathir dalam artikelnya berjodol, 'Legacy' bertarikh 5 Jun 2015 telah mencurahkan kekecewaannya terhadap sikap seorang 'rakan baik' pada suatu ketika dahulu yang kini telah menjadi 'musuh' yang berusaha untuk memburuk-burukan peribadi beliau demi untuk menghancur-luluhkan 'legacy' beliau.
Kata Tun Mahathir, "He kept on urging me not to "attack" the PM. I explained why I am doing so. But he persisted in urging me to desist from my efforts at questioning the leadership regarding the current financial scandal…..He warned that if I continue I would lose my legacy. I told him what people think of my legacy, if there is any, is not important. I am concerned at what is happening in the country. Our good reputation is being eroded"
Rakyat Malysia bertuah dapat memiliki seorang pemimpin yang bersikap seperti Tun Mahahir. Sudah tidak ramai pemimpin kita kini yang bersikap demikian. Lihat sahajalah apa yang berlaku di hadapan mata kita kini bagaiman sikap dan tindakan yang dilakukan oleh kebanyakan pemimpin kita yang sepatutnya mempertahankan rakyat tetapi sebaliknya menyembunykan sesuatu dari pengetahuan rakyat. Rakyat umum dilihat sebagai musuh mereka. Semacam mereka lebih mementingkan 'perut' sendiri dari mementingkan kepentingan rakyat yang diwakili mereka.
Tersasar ke arah lain pula coretan ini. Sebenarnya aku bersimpati dengan kekecewaan Tun Mahathir yang 'ditinggalkan' oleh kawan baik yang pernah ditolong dan dibantunya ketika rakan berkenaan dalam kesusahan.
Keadaan sedemikian juga pernah berlaku kepada Saudara Anwar Ibrahim pada tahun 1998 ketika beliau 'dihina' dan dilucutkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Aku telah melihat sendiri dengan mata kepala aku bagaimana beliau ditinggalkan oleh rakan-rakan rapat yang kononya sanggup 'sehidup semati' ketika beliau berkuasa. Betul kata peribahasa Melayu, ' rakan ketawa ramai tetapi rakan menangis tidak ada'. Betul dan tepat peribahasa Melayu peninggalan orang tua-tua kita.
Read More / Baca Lagi >>

"Nothing To Hide": PC Tun M - Full & uncensored

Posted: 05 Jun 2015 03:27 PM PDT


"Nothing To Hide": Setelah Tun M menunggu Najib Razak 2 jam..

Posted: 05 Jun 2015 08:55 AM PDT

Ini adalah ucapan yang sempat Tun ucap dalam masa 5 minit:

"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib.

Tetapi saya dapati banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju.

Read More / Baca Lagi >>

Laki PAHLAWAN, Bini BIJAK melantun-lantun..

Posted: 05 Jun 2015 08:51 AM PDT

Apa yg kita pelajari dari kenyataan Prof. Dr. Kehormat Rosmah Mansor, maknanya gempa bumi di Sabah berlaku adalah akibat kelalaian KERAjaan negeri BN Sabah melaksanakan pembangunan mesra alam kot...

Pengecut: Najib bukan sahaja memalukan diri tetapi anggota Kabinet dan kerajaan

Posted: 05 Jun 2015 08:45 AM PDT

Oleh Zainuddin Maidin
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja memalukan dirinya sendiri apabila membatalkan forum terbuka "Nothing to Hide" tetapi juga melibatkan maruah anggota kabinetnya dan juga kredibiliti kerajaan.
Tidak sewajarnya beliau sebagai perdana menteri yang dikelilingi penasihat keselamatan tidak dapat menjangka perkara ini akan berlaku apabila dengan gah beliau mempromosikan "saya bersedia untuk mendedahkan segalanya"

Oleh kerana ketidakikhlasan dalam penganjuran ini dan lebih kepada untuk menunjukkan keberanian, keterbukaan dan "kebersihan", maka akibatnya adalah kehilangan kepercayaan rakyat yang amat parah. Alasan pembatalan itu kerana keselamatan dan atas keputusan polis sendiri dilihat sebagai membodohkan rakyat yang terbukti daripada suara rakyat yang meletup menyeluruh menerusi media sosial yang merasa mereka cuba dibodohkan. Lebih memburukkan imej Najib apabila hal ini berlaku sehari selepas beliau mendabik dada sebagai "Pahlawan Bugis" yang gagah berani, yang tidak pernah takut melawan tetapi beliau hilang dari medan perjuangan sebelum peperangan bermula.
Tujuan utama anjuran forum "Nothing to Hide" adalah perang sarap untuk meyakinkan rakyat tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan oleh Najib di sebalik berbagai prasangka buruk terhadapnya kerana masalah kewangan 1MDB.
Dari awal saya mengesyaki  ini adalah suatu perancangan "stage manage" perang sarap dari peringkat penganjuran, kehadiran, panel penanya (yang tentunya dalam senarai moderator) hingga kepada tukang sorak dan pembicara-pembicara pembantu .
Mungkin kerana terlalu yakin kepada Lim Kok Wing penasihat baru media, maka Pejabat Perdana Menteri tidak mendapatkan nasihat pihak polis tentang perkara-perkara yang tidak diduga akan berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Tidur Najib dan Rosmah kembali terganggu

Posted: 05 Jun 2015 08:42 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Tindakan polis membatalkan dialog anjuran NGO bersama PM, "Nothing 2 Hide" yang sepatutnya berlangsung di PWTC hari telah menyelamatkan air muka Najib Razak. Dr Mahathir Mohamad yang juga dikatakan dijemput untuk menyertai dialog berkenaan hadir bersama ratusan yang lain.
Malangnya, Najib tidak hadir. Apabila sebaik Mahathir berucap ringkas sebelum berundur, seorang pegawai polis datang memintanya agar menghentikan ucapan.

Bayangkan dengan kehadiran yang ramai terutamanya daripada mereka yang ingin menyaksikan macam mana gaya Najib berdialog di hadapan orang yang mengkritiknya, kalau diteruskan ia mesti hangat dan geger. Sudah pasti Najib akan disorak dan di "boo", macam Hanifa Maidin di "boo" dalam muktamar Pas di Kuala Selangor semalam.

Ketika ini sudah tentu muka Najib yang mudah merah akan menjadi merah macam kelopak bunga raya, "merah meran" (menyala).

Jadi untuk mengelakkan Najib malu dan disorak, inilah menyebabkan polis menggunakan kuasa yang ada kepadanya membatalkan dialog berkenaan kononnya atas dasar keselamatan. Alasan itu sukar diterima kerana tempat berlangsung dialog itu, PWTC antara tempat yang aman. Alasan itu tidak masuk akal.

Kejadian ini boleh dianggap sebagai polis sudah mulai campur tangan dan menjaga Najib selaku perdana menteri. Ertinya kehidupan Najib hari ini seratus peratus dalam kawalan dan jaminan pihak keselamatan, polis.
Read More / Baca Lagi >>

Ini karma untuk Mahathir, kata pemimpin KEADILAN

Posted: 05 Jun 2015 08:40 AM PDT

Dialog PMKUALA LUMPUR 5 JUN- Ibarat hukum karma, itu mungkin istilah yang tepat bagi menggambarkan keadaan dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Pagi ini kecoh satu Malaysia apabila polis menghentikan ucapan mantan Perdana Menteri itu dalam satu majlis bertajuk 'Nothing To Hide' yang bertujuan membincangkan isu 1MDB.
Sebelum majlis bermula, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan majlis dialog NGO bersama Perdana Menteri itu dibatalkan dengan alasan ketenteraman awam.
Majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Razak itu kemudian bertukar menjadi majlis dialog bersama Mahathir.
Ekoran itu, ucapan Mahathir bukan sahaja dihentikan pihak polis, bahkan pembesar suaranya dimatikan dan beliau diiringi keluar dari Dewan Tun Hussein Onn.
Pemimpin KEADILAN menyifatkan apa yang dilalui Mahathir hari ini, adalah sama seperti apa yang pernah dilakukannya terhadap pemimpin pembangkang selama 22 tahun berkuasa.
Sepanjang pentadbirannya, Mahathir menggunakan pelbagai akta drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.
"Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya.
"Saya harap beliau buka mata orang Umno yang kuat sokong akta hasutan apabila perkara ini terjadi kepada diri sendiri," kata Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di laman sosial Twitter.
Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari di laman Twitternya turut menyifatkan bahawa pada sesetengah orang, ini mungkin karma bagi Mahathir.
"Ini jadi #something2Hide. Ada yang pandang dia hero, ada yang pandang ia satu karma," katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendren berkata Mahahir telah 'disenyapkan' oleh amalan kuku besi yang diamalkannya sendiri sewaktu menjadi Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Walau kalah, kami akan semak imbang PAS, kata profesional

Posted: 05 Jun 2015 08:39 AM PDT


Post Pic

KUALA SELANGOR: Golongan profesional yang tewas pada pemilihan PAS semalam tidak akan merajuk sebaliknya akan terus menyumbang kepada parti dengan memainkan peranan sebagai penyemak imbang, untuk kukuhkan PAS.
 
Seorang daripada mereka, Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau dan rakan seperjuangannya yang turut sama kecundang pada pemilihan kali ini menyedari masih ada sokongan akar umbi terhadap mereka.
 
Justeru merek tidak akan menghampakan ahli PAS yang masih menyokong mereka.
 
"Saya kira tidak begitu, kita pilih sikap yang positif dan 'engaging', maksudnya keterlibatan kami itu juga penting, kita tahu harapan yang mengundi kami juga, agak besar.. Jadi oleh kerana itu, mereka juga punya harapan, pengundi dan penyokong kami juga mengharapkan begitu. Jadi kita tak boleh atau orang kata merajuk.. 
 
"Kita tak boleh begitu. Tapi kami mengatakan kami akan terus memberi sokongan dengan maksudnya juga menyemak imbang. Kalau perlu muhasabah, perlu kritik, kami akan lakukan, itu tanggungjawab kami sebagai ahli yang bertanggungjawab," katanya kepada Antarapos. 
 
Dalam pemilihan bagi jawatan AJK Kerja PAS Pusat, Dzulkefly gagal mempertahankan kedudukannya, dengan majoriti yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 18 AJK Kerja PAS Pusat terdiri daripada golongan yang dilabel ulama.
Read More / Baca Lagi >>

Jaga Hubungan Sesama Pakatan dan NGO - Faiz Fadhil

Posted: 05 Jun 2015 08:35 AM PDT

KUALA SELANGOR, 5 Jun - Perwakilan dari Negeri Sembilan; Mohd Faiz Fadhil memulakan ucapan dengan menyarankan ahli menjaga hati bukan Islam terhadap PAS. Ini disebabkan isu-isu yang berlaku telah menyebabkan pergeseran antara parti dalam Pakatan.
Beliau membuat harapan yang tinggi agar isu yang berlaku antara Pakatan Rakyat dapat diuruskan dengan baik oleh pimpinan baharu supaya hubungan antara parti sentiasa utuh. Beliau juga menyarankan PAS dapat menjaga hubungan yang baik dengan non-partisan (NGO).
Kesemua harapan ini penting kerana PAS perlu lebih utama memikirkan kebajikan rakyat melebihi kebajikan parti. Sudah tiba masanya, PAS perlu menguatkan lagi dalam penyusunan strategi untuk mencapai kemenangan.

Siasatan 1MDB: DAP mahu siaran langsung

Posted: 05 Jun 2015 08:32 AM PDT


1mdb skandal


KUALA LUMPUR, 5 JUN: Proses siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy dan bekas CEO syarikat bermasalah itu, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi sepatutnya disiarkan secara langsung, kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Kata Lip Eng, langkah itu perlu kerana ia bertepatan dengan kedudukan siasatan yang merupakan krisis nasional.
"Siaran langsung melalui televisyen atau sekurang-kurangnya livestream di internet boleh dilakukan dengan memohon Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan Aturan 85 daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Malaysia berhak mendapat pemimpin yang lebih baik

Posted: 05 Jun 2015 08:29 AM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Kerajaan Umno Baru kini sudah tidak lagi stabil untuk memerintah negara dengan baik. Mungkin sudah sampai masanya perdana menteri memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya bagi memperolehi mandat baru rakyat.

 Ketika ini terdapat banyak ketidakpastian samada keseluruhan kabinet benar-benar berada di belakang PM Najib Razak.

Amarannya kepada ahli kabinet yang mereka perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak menyokong projek 1MDB hanya membuktikan terdapat golongan yang sudah tidak bersamanya.

Sehingga sekarang belum ada sesiapa yang secara terbuka menyuarakan hasrat menentang PM. Terdapat banyak khabar angin yang bertiup kencang mengatakan memang terdapat pihak yang sudah tidak menyokongnya lagi.

Tetapi ahli kabinet yang tidak menyokong PM juga masih mendiamkan diri dan tidak mengisytiharkan yang mereka akan meletakkan jawatan.

Menyokong PM, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein juga menyuarakan amaran keras bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan PM perlu meletakkan jawatan.

Semua petanda menunjukkan terdapat perpecahan dalam kalangan menteri. Tetapi tiada seorangpun yang berani untuk tampil ke depan dan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada PM.

Read More / Baca Lagi >>

“Nothing to Hide”: Reaksi terburuk pernah diterima Najib di Facebook

Posted: 05 Jun 2015 08:25 AM PDT

oleh Mike Tan

Hari ini tentu sekali bukan hari yang baik buat perdana menteri Najib Razak. Beberapa jam selepas tidak muncul-muncul dalam acara "Nothing to Hide" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),

Najib akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu di Facebook. Berikut adalah kenyataannya yang dimuat naik jam 5 petang tadi:

"Saya sentiasa bersedia dan komited untuk berjumpa dan berdialog dengan badan-badan bukan kerajaan bagi membicarakan perkara berkaitan negara dan masyarakat.

 Apapun perjumpaan dan dialog tersebut hendaklah berjalan dalam suasana yang tenang dan baik agar membawa kepada perbincangan yang berfaedah pada kita semua.

Jika kita ikhlas dan bersikap terbuka perbincangan dan dialog boleh bawa kebaikan bersama."

Posting itu dikongsi dengan meluas, mungkin merupakan posting paling 'viral' yang pernah dibuat Najib. Setakat ini, ia telah mendapat 15,638 'like', 16,461 komen dan dikongsi 2,410' pengguna.

Dan nampaknya jumlah itu akan terus meningkat. Yang menariknya, bilangan komen lebih tinggi daripada 'like' – sesuatu yang jarang berlaku di Facebook.

Akhirnya, Najib mendapat perhatian tidak berbelah bahagi daripada rakyat.

Tetapi melihat kepada komen-komen, malangnya ramai yang tidak gembira dengan beliau – 'tidak gembira' adalah istilah yang cukup berlapik.

Kebanyakan komen menyuarakan kekecewaan terhadap kegagalan Najib untuk hadir ke acara itu, sementara yang lain mempersoalkan kekuatan karakternya. Ruangan komen dipenuhi sindiran dan hinaan, sesetengahnya dengan nada sarkastik.
Read More / Baca Lagi >>

'Berdebatlah Najib demi maruah nenek moyang'

Posted: 05 Jun 2015 08:16 AM PDT

Dalam tempoh 24 jam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertukar daripada "pahlawan" sebelum dilabel "pengecut" selepas gagal muncul dalam sesi dialog dinanti-nanti ramai orang pagi ini.

Walaupun alasan rasmi diberi penganjur adalah kerana arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pengkritik tetap menuduh Najib takut berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menunggu selama lebih dua jam.

Dan kini Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengemukakan cadangan kepada Najib mengencai cara untuk menebus kembali maruahnya - melalui debat secara langsung bersama Dr Mahathir di televisyen.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi memetik kenyataan penganjur sesi dialog itu bahawa perdana menteri sedang bersiap-siap untuk datang ke Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum Khalid mengeluarkan arahan membatalkan program berkenaan.

"Jika keadaan tidak dibetulkan melalui debat secara langsung di televisten, Najib mungkin dituduh secara tidak adil sebagai pengecut," katanya.

DHPP mohon dibenar mengundi pemilihan

Posted: 05 Jun 2015 08:13 AM PDT

muktamar pasKUALA SELANGOR,5 JUN: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memohon pertimbangan PAS membenarkan kumpulan itu untuk mengundi pada sesi Muktamar akan datang.
Pewakilan DHPP, Asokan Promal berkata DHPP sewajarnya diberi ruang dan kesediaan PAS berbuat demikian.
"Kami banyak anjurkan program PAS peringkat kawasan dan negeri, dalam membantu usaha PAS menyebarkan mesej politik kepada bukan Islam.
"Justeru, kami minta pertimbangan sekali lagi untuk presiden membenarkan kami mengundi di Muktamar akan datang," katanya disambut tepukan gemuruh pewakilan dan pemerhati di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Dewan Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.
Katanya, hasrat itu bersandarkan kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan DHPP sebagai aset parti Islam itu.
"Seperti yang Presiden katakan, kami adalah aset PAS. Jadi, janganlah harapan ini diabaikan," katanya.

Kalah, perjuangan Islam tetap terus - Mat Sabu

Posted: 05 Jun 2015 08:12 AM PDT




KUALA SELANGOR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap senario kalah menang dalam pemilihan parti itu sebagai perkara biasa.
Beliau berkata, meskipun kalah dalam pemilihan kali ini beliau akan tetap setia dengan PAS.
Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Abang Mat sempat berseloroh berasa sedikit sedih atas kekalahannya.
"Kita sebagai orang lama... kalah itu biasa tapi undi itu sedikit sangat. Itu yang rasa sedih tu. Abang Mat ini biasa dah kalah menang.
"Saya akan bercuti sekejap... Tapi perjuangan Islam tetap saya akan teruskan," katanya pada sidang media di Muktamar PAS Pusat ke-61, hari ini.
Malam tadi, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan Mat Sabu tewas dengan hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881.
Mat Sabu turut menegaskan beliau masih ahli PAS dan masih berada di atas pentas apabila ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk menyertai Pasma.
"Saya masih ahli PAS... masih berada di atas pentas," katanya.

Mazlan Aliman mungkin letak jawatan

Posted: 05 Jun 2015 08:11 AM PDT

Satu-satunya pemimpin PAS yang dilihat pro-Pakatan Rakyat, Mazlan Aliman, sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

"Krisis parti memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sebagai ahli PAS sejak 1986, situasi sekarang paling mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

"Tambahan pula rakan seperjuangan saya yang banyak berkorban selama beberapa dekad kalah semuanya dalam pemilihan. Saya sedih dengan situasi ini dan ia menjejaskan emosi saya," katanya.

Justeru, kata Mazlan, dia akan membuat penguman mengenai masa depannya dalam jawatankuasa pusat parti itu apabila tiba masa yang sesuai.

Pada masa sama, Mazlan yang sebelum ini banyak memperjuangkan isu peneroka Felda tetap menghargai sokongan diberi perwakilan terhadap dirinya.

Tumpu isu Felda

Katanya walau apa pun keputusannya nanti, dia akan tetap memperjuangkan Islam dan rakyat.

Untuk sementara, katanya, dia ingin memberikan tumpuan kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang banyak membantu PAS mendapat sokongan di kawasan tanah rancangan kerajaan.

Selama ini Felda adalah antara kubu kuat kepada BN.

Read More / Baca Lagi >>

Konstantinopal Perlu Menjadi Iktibar - Misbahul Munir

Posted: 05 Jun 2015 08:10 AM PDT


KUALA SELANGOR, 5 Jun - Ucapan dasar diteruskan dari perwakilan dari Negeri Perak, Ustaz Misbahul Munir Kial Haji Masduki. Dalam ucapannya beliau memberikan gambaran tentang pentingnya sifat sabar kerana tempoh perjuangan adalah lama.
Kualiti setiap ahli PAS dari pelbagai aspek perlu dipertingkatkan demi menjaga keutuhan PAS itu sendiri. Beliau telah membuat sorotan sejarah tentang Konstantinopal yang perlu dihadam dan diambil iktibar oleh ahli khususnya. Bagaimana sebuah kerajaan hebat Konstantinopal mampu membina empayar dan sangat digeruni pimpinan Sultan Al-Fateh.
Di akhir perbahasannya, beliau yakin dengan kemampuan Muzakarah dalam mendepani konflik untuk diselesaikan. Muzakarah merupakan mekanisma terbaik jika berdepan dengan konflik.

Anwar kembali terpenjara

Posted: 05 Jun 2015 08:09 AM PDT

DSAI
KUALA LUMPUR, 5 JUN: Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memaklumkan keadaan kesihatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar berada dalam keadaan baik.
Justeru, menurut kenyataan dikeluarkan HKL, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu kembali ke Penjara Sungai Buloh.
Keluarga Anwar di HKL."Oleh kerana keadaan kesihatan beliau stabil, kesihatannya akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal dalam keadaan baik," kata HKL dalam kenyataan hari ini.
HKL menyatakan, panel perunding rawatan Anwar telah mengadakan pertemuan yang kerap dengan Anwar dan keluarganya bagi memaklumkan segala perkembangan semasa serta pelan pengurusan yang sesuai.
Anwar dimasukkan ke HKL Selasa lalu selepas didapati semakin uzur dan mengalami masalah kesihatan ketika dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.
Sejak dipenjarakan Februari lalu, berat badan Anwar susut enam kilogram termasuk mengalami tekanan darah tinggi dan najis berdarah.

Muktamar terima putus hubungan dengan DAP

Posted: 05 Jun 2015 08:06 AM PDT

Muktamar PAS menerima usul Dewan Ulama PAS supaya Majlis Syura dan PAS pusat memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP tetapi kekal bersama PKR dan Pakatan Rakyat.

Usul yang diputuskan dalam muktamar Dewan tersebut diterima tanpa bahas seperti mana yang diedarkan kepada perwakilan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Idris Ahmad menjelaskan walaupun usul tersebut diterima tanpa bahas, terpulang kepada jawatankuasa pusat PAS untuk melaksanakannya.

Hampir keseluruhan jawatankuasa Pusat PAS yang baru dipilih dikuasai kumpulan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Ia (usul itu) tak bahaslah. Maknanya, jawatankuasa usul diterima tanpa bahas (tetapi) perlaksanaan terpulang kepada jawatankuasalah. Jawatankuasa akan tentukan macam mana nak buat," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Alasan dinyatakan antaranya susulan tindakan DAP yang didakwa tidak menghormati prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju".

Selain itu, DAP juga telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal dengan PAS, yang dianggap satu sikap menghina presiden.

Mereka juga memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PAS Sabah dan Sarawak dan didakwa tidak menghormati prinsip dan dasar perjuangan PAS.

Ancam bertembung di DUN Sabah

Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu : Sikitnya undi, tapi kalah itu biasa

Posted: 05 Jun 2015 08:01 AM PDT

Hadi : Sokongan kepada PAS, respon bukan Islam positif

Posted: 05 Jun 2015 08:00 AM PDT

Hadi serah pada JKPP bincang usul putus hubungan dengan DAP

Posted: 05 Jun 2015 07:59 AM PDT