Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LEBUHRAYA RAKYAT: DUIT TIN MILO KENA SONGLAP, JANJI DIBUDUKAN...

Posted: 01 Jun 2015 08:30 PM PDT


Kalau nak tahu cekap atau tidak pemimpin parti PAS memimpin sesebuah kerajaan atau negeri maka lihatlah janji dan perlaksanaan program mereka.

Dulu bukan kemain Husam Musa Pantalon canang kat rakyat seluruh negara terutamanya di Kelantan dan Putrajaya kununnya kerajaan Negeri Kelantan akan membina sebuah Lebuhraya Rakyat.

Ya sebuah Lebuhraya Rakyat idaman yang tak akan dikenakan sesen pun tol. Dilancarkan pada Mei 2012 dan dijangka siap akhir Mei 2015.

Sebuah lebuhraya yang akan menghimpunkan segala wang-wang jihad akhirat yang mana siapa melalui highway ini seolah-olah melalui lebuhraya ke sorga.

Digembar-gembur kununnya apabila siapnya lebuhraya ini maka ia akan terbinalah pula sebuah lingkaran jalan keretapi laju direct KL ke Kota Bharu...lalu duit pun dikutip lagi...

Tapi lebuhraya rakyat entah ke mana, ladang rakyat sepi tanpa berita, stadium tercanggih ntah bila nak mula...projek kambing jamnapari rugi sentiasa. 

Bila banjir tsunami habis semua kena musibah gara-gara kerosakan alam akibat projek ladang rakyat dan lebuhraya rakyat. 

Dah kena bala musibah Allah Taala pun masih dok kata orang UMNO - BN kapir dan salah.

Sedar-sedar Husam al Pantalon agen PASMA ni nak bertanding jawatan Naib Presiden PAS dalam Muktamar nanti.

Hujung-hujung projek lebuhraya rakyatnya dihempuk pada kerajaan Pusat suruh buat. Tiga tahun projek tak siap nampak sangat dok khianat rakyat! 

Lebuhraya Rakyat: Kelantan serah pada Pusat

KOTA BHARU 1 Jun - Gara-gara berdepan pelbagai masalah termasuk didakwa kekurangan dana, Kerajaan Pas Kelantan dijangka menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab melaksanakan projek Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang telah dilancarkannya kira-kira tiga tahun lalu kepada Kerajaan Persekutuan.


Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, mengikut persetujuan dicapai sebelum ini, Kerajaan Persekutuan akan membantu menyiapkan jajaran sejauh kira-kira 43 kilometer bermula di Kota Bharu hingga ke Machang.

Dalam masa sama, kata beliau, kerajaan negeri pula akan menyiapkan laluan sejauh 30 kilometer bermula di Machang hingga ke Kuala Krai.

"Kita dimaklumkan lebuh raya ini (Machang-Kuala Krai) menghadapi banyak masalah terutama dari segi pembiayaan.

"Jadi, difahamkan sudah ada ura-ura untuk memindahkan tanggungjawab ini kepada Pusat. Perbincangan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerajaan negeri itu sudah ada namun saya tidak pasti perinciannya. Saya akan semak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2015, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha; Pengarah Pendidikan negeri, Hussain Awang serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada 28 Mei 2012, bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan majlis pecah tanah dan meletakkan batu asas pembinaan Lebuh Raya Rakyat di Felcra Mek Nab, Berangan, Machang.

Ketika itu, Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan pembinaan projek tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan meminta rakyat tampil menghulurkan derma bagi membantu pembinaan lebuh raya yang menghubungkan bandar Kota Bharu dengan Kuala Krai.

Isu pembinaan Lebuh Raya Rakyat ini terus menjadi perbualan hangat apabila Kerajaan Pas Kelantan turut menukar kontraktor yang dilantik beberapa kali selain salah sebuah syarikat tersebut turut memfailkan saman kerana mendakwa ditamatkan kontrak tidak mengikut prosedur.



Sejak April tahun lalu, Kerajaan Persekutuan giat melaksanakan pembinaan projek tersebut bagi Pakej 1B Pasir Hor-Kadok sejauh tujuh kilometer selain telah memulakan kerja-kerja pembinaan Pakej 2A Kadok-Ketereh sejauh 6.4 kilometer, bulan lalu.

Dua fasa berkenaan menelan belanja kira-kira RM350 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, pada Ogos tahun lalu, Kerajaan Pas Kelantan mengumumkan kerja-kerja pembinaan fasa pertama projek pihaknya telah pun bermula di Bukit Bakar. Projek tersebut bagaimanapun dikatakan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.


Itulah senang berjanji tetapi susah nak dikotakan. Segala janji-janji PAS dan Husam Pantalon sudah kusam menjadi budu busuk.

Nak makan tak boleh nak buang sayang. Curah ke longkang mencemar alam, buang ke sungai mati ikan-ikan...

Cuma nak tanya ke manakah lesapnya duit-duit lebuhraya rakyat yang telah dikutip setiap kali ceramah?

Adakah ia digunakan untuk kempen Husam jadi Naib Presiden atau bail out ladang rakyat?   

Bohonglah kalau dia kata duit kempen nak tanding jadi Naib Presiden pakai duit tabungannya. Silap-silap dah kawtim masyuk dengan Nga Ngeh si tokey balak ladang rakyat.  

Takkan nak tunggu dapat royalti yang bukan hak kamu baru nak buat lebuhraya. Negeri lain pun ada keperluannya juga. 


Dah la banjir banyak wang negara disalurkan ke Kelantan, sampai kering akaun GLC bantu pulihkan...tapi adakah mereka tahu dan bersyukur?

Hujung-hujung dikatakan Najib, Rosmah dan UMNO habiskan wang negara dan boros belanja. Sampai yang dah nyanyuk pun join semangkuk.

Yang tolong pulihkan banjir dan pasca banjir tu ambil dan pakai duit mana?   

Fikir-fikirlah Husam Pantolon 10% punya pasal habis seluruh Kelantan jahanam. Macam ni nak dijadikan pemimpin masa depan?

SUHAIZAT PEMALAS, HANYA HADIR 4 KALI DARIPADA 14 MESYUARAT

Posted: 01 Jun 2015 05:24 PM PDT

Rekod kehadiran Suhaizan Kaiat pada tahun 2012/2013 ketika zaman Ustaz Nasruddin Hassan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS pusat lebih teruk jika dibandingkan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Rekod kehadiran menunjukkan Suhaizan hanya hadir mesyuarat 5 kali berbanding dengan 14 kali mesyuarat Pemuda PAS berbanding dengan Nik Abduh 13/14.
Baru-baru ini, Suhaizan yang juga penyandang Ketua Pemuda PAS telah mendedahkan dokumen rekod kehadiran exco-exco di bawah kepimpinan beliau dari kumpulan pro ulama (yang dipilih melalui muktamar) lebih teruk jika dibandingkan dengan exco-exco lantikannya.
Dokumen yang sengaja disebarkan dengan tujuan tertentu itu telah menjadi viral di media maya. Merujuk kepada sebaran itu, Zaharudin Muhammad, bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat yang dilucutkan jawatannya berkata Suhaizan lebih mengetahui apa yang berlaku dalam Pemuda PAS.
"Sebaran fitnah dah bermula. Saya tak nak sebut panjang-panjang. Suhaizan lebih tahu sebabnya. Saya dah letak jawatan atas beberapa protes melibatkan integriti. Saya memberi peluang kepada Suhaizan tadbir ikut cara dia. Cuma saya tak nak benda ni kecoh-kecoh sebab tu saya tak pernah umumkan perletakan jawatan saya kepada public.
"Kenapa tak sebarkan perbandingan kehadiran saya dalam Majlis Syura Ulama (MSU) dan sewaktu awal-awal dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan sewaktu sesi lepas. Kenapa tak sebar benda sama kehadiran sebahagian exco hari ni pada masa lepas. Apapun saya takkan sebarkan benda sama yang saya sebutkan tadi.
"Saya pesan ke saraf Hawai supaya jangan buat kerja2-kerja kotor macam ni. Nanti orang yang awak semua nak angkat akan terpalit,"katanya.
Harakahdaily melaporkan Suhaizan pada Oktober 2014 telah melakukan rombakan melucutkan jawatan Zaharuddin yang menang melalui pemilihan muktamar dengan orang-orang kepercayaan.
Zaharudin dilucutkan sebagai Ketua Penerangan Pemuda PAS dan dipindahkan ke jawatan baharu Pengerusi Lajnah Pendidikan untuk memberi laluan kepada orang kuat Suhaizan, Mohd Nasaie Ismail mengisi jawatan tersebut.
Mohd Nasaie, sebelum ini adalah Setiausaha Pemuda PAS, individu yang dilantik yang Suhaizan setelah tewas sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat sesi 2013/15.
Kekosongan jawatan Setiausaha Pemuda PAS kemudian diisi oleh seorang lagi orang kuat Suhaizan, Abang Ahmad Kardee. Dalam masa sama, tugas Mohd Nasaie diperkasa apabila turut dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Penerangan dan Media Baru.
Mengulas lanjut mengenai kemelut dalaman Pemuda PAS itu, Zaharudin berkata isu kehadiran itu akan merosakkan reputasi Suhaizan jika perkara sebenar didedahkan.
"Nanti kalau saya keluarkan kronologi daripada awal termasuk surat asal yang konon-kononnya tak sampai ke pejabat agung (PAS), rakaman perbincangan personal di pejabat agung; Suhaizan juga yang susah.
"Jadi saya harap hentikan kerja 'tak matang' seperti ini,"katanya.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Suhaizat KAYAP tak minat tapi dipaksa tanding Ketua Pemuda PAS

Posted: 01 Jun 2015 10:30 PM PDT


Rekod kehadiran Suhaizan Kaiat pada tahun 2012/2013 ketika zaman Ustaz Nasruddin Hassan menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS pusat lebih teruk jika dibandingkan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Rekod kehadiran menunjukkan Suhaizan hanya hadir mesyuarat 5 kali berbanding dengan 14 kali mesyuarat Pemuda PAS berbanding dengan Nik Abduh 13/14.
Baca sepenuh SINI.

Gini sajalah ... kehadhiran cerita kecik. BUkan petunjuk prestasi sebenar.


Pilihlah Suhaizan ... dia sama cerdik dengan Nasruddin Hasan At Tantawi atau lebih cerdik sindir sesetengah ahli PAS yang tahu.

Boleh lawan KJ yang belajar Oxford... kikiki.

Apa yang boleh difahami Suhaizan bukan minat nak jadi Ketua pemuda tapi puak Anwarinas sudah suruh pasal tak ada orang lain dari puak mereka.

Si lembab pun lembab lah ....

Mat Sabu sindir Hadi tapi tak ngaku, Didedah salahkan media ...

Posted: 01 Jun 2015 08:21 PM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita nasional dan dua akhbar utama yang menyiarkan laporan mendakwa beliau menyindir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata ucapannya dalam ceramahnya di Tumpat Jumaat lalu  "diputar belit" sehingga mencetuskan "keresahan ahli, memburukan imej beliau dan menjadi ketidakharmonian dalam parti."

Sinar Harian dan Utusan Malaysia menyiarkan laporan tersebut di muka depan semalam.

"Oleh itu saya akan berbincang dengan peguam. Kalau ada kes,  tindakan undang-undang akan diambil.

"Tulisan (laporan) itu berniat jahat terhadap saya dan terhadap parti saya," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Petaling Jaya petang ini.

Kelmarin Bernama melaporkan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dengan Mohamad semakin lantang mengkritik kepimpinan Abdul Hadi.

Menurut laporan itu, beliau lebih dikenali Mat Sabu mempertikaikan kegagalan Hadi menawan Terengganu, selain menyindir Hadi yang mahu keluardaripada pakatan pembangkang.

Sepenuh di SINI

Mazlan Aliman peringatan untuk pengamal politik fitnah

Posted: 01 Jun 2015 05:28 PM PDT


Malaysiakini reverse psikologi: Sokong ulamak, bantu PASMA

Posted: 01 Jun 2015 08:29 AM PDT



Siapa pilihan Dewan Pemuda PAS yang akan mula muktamar di Dewan Shah Alam hari ini?

Malaysiakini dipetik berikut:

Pada keseluruhannya, para pemerhati politik berpendapat bahawa sejak kebelakangan ini, Dewan Pemuda dilihat lebih cenderung menyokong golongan pro-ulama.

Oleh itu, kata mereka, tidak mengejutkan sekiranya Nik Abduh terpilih untuk menerajui dewan itu.

Dan peluang regu Nik Abduh pula ialah anak lelaki Hadi - Muhammad Khalil - dilihat cerah untuk mempertahankan jawatan timbalan ketua Pemuda. Beliau berdepan cabaran bekas ketua Pemuda Perak, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob selaku regu Suhaizan.


Begitu juga dengan jawatan naib ketua di mana penyandangnya, Khairil Nizam Khirudin - yang juga pro-ulama - dilihat tidak  bermasalah untuk mempertahan jawatannya. Beliau berdepan dengan cabaran ketua Pemuda Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad.

Dan pertembungan itu juga dijangka berlanjutan bagi pemilihan senarai ahli jawatankuasa kerja Pemuda yang pada masa ini diwakili oleh kedua-dua kumpulan pada nisbah 50-50.

Namun kali ini, golongan pro-ulama dijangka menguasai lebih banyak kerusi, setidak-tidaknya pada nisbah 60-40.

Apa yang nyata, tidak sepertimana sebelum ini, pemilihan kali ini dianggap paling sengit dalam sejarah PAS di mana pertembungan golongan profesional dan pro-ulama dapat dilihat dengan begitu ketara sekali.



PASMA tak perlu gubra dipanggil budak suruhan DAP

Posted: 01 Jun 2015 06:15 AM PDT


Haji Hadi dah jelas sedia putus dari DAP. Kini DAP jelas mahukan PASMA. Apa perlu PASMA takut dikatakan ada rancangan bersama DAP?

Mkini melaporkan berikut:

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mencabar Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki supaya menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya mengenai kewujudan "rancangan besar" calon tertentu dalam muktamar akan datang.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, kenyataan dibuat Zuhri semalam adalah tindakan terancang di saat-saat akhir menjelang pemilihan.

"Berlaku adillah Zuhdi. Jangan menyemarakkan fitnah dalam PAS, kerana fitnah itu sekaligus akan memburukkan imej Islam sebagai agama adil, serta imej Pakatan Rakyat sendiri," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Zuhdi membayangkan sebarang perubahan kepimpinan utama PAS akan menjadikan parti itu sebagai "budak suruhan DAP" dalam Pakatan.

Sepenuh di SINI



George Soros dalang dan wang belakang Sarawak Report

Posted: 01 Jun 2015 12:00 AM PDT


Tengok video ini kerana George adalah tangan dibelakang belakang Open Society, Global Witness dan Sarawak Report.


Cara mereka melakukan kegiatan subversif begitu halus. Jika documentary ini tidak cukup difahami apa tersirat, baca tulisan blog di SINI.

Isu ini ditimbulkan oleh Rocky Bru di SINI.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Keputusan Hadi putus hubungan dengan DAP pandangan peribadi ?

Posted: 01 Jun 2015 09:18 AM PDT


TUMPAT  – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang menyifatkan keputusan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dalam pakatan pembangkang hanya sekadar pandangan peribadi beliau.

Ahmad yang juga bekas Naib Presiden Pas menegaskan, seba­rang ketetapan mengenainya ha­nya boleh diputuskan melalui muktamar, bukan melibatkan keputusan individu.

Beliau berkata, setakat ini, Pas masih kekal dalam pakatan pembangkang sehingga terdapat cadangan baharu mengenainya pada muktamar nanti.

"Siapa sahaja pemimpin tertinggi kata nak keluar pakatan hanya pendapat individu, malah bercanggah dengan muktamar. Kuasa tertinggi dalam parti adalah muktamar.

"Kekal dalam pakatan pembangkang bergantung pada keputusan muktamar, kalau saya hen­dak macam itu (kekal) tetapi keputusan yang lain terserahlah," katanya kepada pemberita selepas me­nyampaikan cera­mah Kukuhkan Pakat­an Pembangkang, Tum­bangkan BN di sini malam tadi.

Yang turut sama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

Sebelum ini Abdul Hadi membayangkan persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya ba­kal terjawab selepas Muktamar Tahunan parti itu yang berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Malah pemimpin-pemimpin DAP, Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng secara berterusan mengkritik Presiden Pas itu termasuk mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, seba­liknya hati bersama UMNO.

Sementara itu Ahmad ketika berceramah sebelum itu berkata, beliau mengakui pada mulanya Pas bersama DAP memang terdapat masalah tetapi hasil daripada perbincangan selain saling memahami di antara kedua-dua parti tersebut, segala percanggahan itu dapat diatasi.

"Kita berpakat, itulah jadi pakatan, tetapi masalahnya ada sesetengah pemimpin itu tidak mahu bincang, datanglah masalah lain.

"Sebabkan itu juga menyebabkan ada gaduh (tidak bersefahaman). Ketika-tiga pemimpin tertinggi Pas juga perlu bijak merungkai masalah ini agar Pas kekal dalam pakatan pembangkang," katanya.

Dalam pada itu Ahmad berkata, Pas perlu kekal dalam pakatan pembangkang sekiranya mahu me­lihat parti itu terus maju ke hadapan.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:00 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Pemfitnah Polis Pegang Pistol Perlu Dikenakan Tindakan Tegas

Posted: 01 Jun 2015 07:05 PM PDT

Hati Hati Ada Mesej WhatsApp Palsu Disebar

Posted: 31 May 2015 10:49 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:45 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Jatuh bangun perjuangan Ahmad Awang dalam politik

Posted: 01 Jun 2015 09:08 PM PDT








Jatuh bangun perjuangan Ahmad Awang dalam politik
Jatuh bangun perjuangan Ahmad Awang dalam politik

Jatuh bangun perjuangan Ahmad Awang dalam politik

Saya dilahirkan pada tahun 1936, sebagai anak jati Semanggol, Perak. Setelah 4 tahun belajar di sekolah melayu, saya memulakan pengajian agama di Maahad Al-Ehya' Ash-Shariff, Gunung Semanggol bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat menengah atas (Thanawi Rabi'). 

Sekolah Agama Rakyat ini ketika itu bukan sahaja terkenal sebagai pusat pendidikan, tetapi juga dikenali sebagai sebuah institusi gerakan Islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan yang ditakuti oleh penjajah. Dato' Onn yang menjadi Presiden UMNO yang pertama pernah mengungkapkan kata-kata "hubaya, hubaya, bahaya dari gunung". Ramai pejuang-pejuang kemerdekaan yang ditahan oleh penjajah Inggeris adalah terdiri daripada lepasan maahad ini. Di sinilah ditanam semangat perjuangan Islam dalam diri saya.

Saya menamatkan pendidikan peringkat tinggi di Kolej Islam Malaya. Selepas itu menyambung pelajaran dalam bidang perundangan Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dan memperolehi Ijazah Sarjana di samping Diploma Pendidikan dari universiti yang sama.

Menjadi AJK PAS Pusat

IMG_52392861084023Penglibatan saya dalam bidang politik bermula pada tahun 1984 apabila saya menyertai PAS. Tetapi saya hanya bergerak aktif setelah menjadi AJK PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak pada tahun 1999. Saya bertanding sebagai calon PAS bagi Parlimen Bagan Serai dalam PRU ke-10, dan kemudian dalam PRU ke-11 saya sekali lagi bertanding sebagai calon Parlimen bagi kawasan yang sama dan calon DUN Selinsing. Kini menjawat jawatan Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Perak bagi penggal keempat.

Saya memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai guru agama kementerian di Sekolah Menengah St David High School, Melaka sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir pada 1963 dengan Biasiswa Kementerian Pelajaran. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar, saya bertugas menjadi guru semula di Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Kemudian berkhidmat di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar sebagai Pegawai Perancang Agama Dewasa. Kemudian saya bertugas sebagai pensyarah pendidikan Islam di Universti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Apabila ditubuhkan Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1974, saya dilantik sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam, selepas itu ditukarkan ke Kementerian Pelajaran pada 1980 dan kembali semula ke Bahagian Agama JPM, kini dikenali sebagai JAKIM, sebagai Pengarah Dakwah dan Latihan Islam dan akhir sekali menjadi Pengarah Pusat Penyelidikan Islam sehingga bersara pada 1991.

Panel penasihat pelaburan

Di samping menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan kerajaan, saya aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan. Di antaranya saya menerajui pimpinan Persatuan Ulama' Malaysia selama kira-kira 17 tahun, dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun. Lain-lain pertubuhan yang pernah saya pimpin adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya' Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

Saya juga pernah menjadi Pengerusi Panel Syariah Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia, Timbalan Pengerusi Panel Syariah Bank RHB, dan anggota Panel Syariah beberapa institusi kewangan yang lain. Di peringkat antarabangsa, saya pernah dilantik sebagai ahli Persidangan Agung Dakwah Islam Sedunia Libya, ahli senat Universiti Islam Baghdad Iraq dan ahli Persidangan Himpunan Islam Republik Islam Iran.

Ustaz Ahmad Awang calon Presiden PAS

Tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat mesti diteruskan – Ahmad

Posted: 01 Jun 2015 09:02 PM PDT






Tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat mesti diteruskan – Ahmad
Tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat mesti diteruskan – Ahmad

Tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat mesti diteruskan – Ahmad

Calon presiden Ahmad Awang akan memberikan fokus kepada penyatuan ahli parti yang berpecah teruk sekarang sekiranya beliau terpilih memenangi kerusi itu dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 minggu ini.

Ini kerana, beliau berpendapat, isu ini, terutama perpecahan antara golongan konservatif dan profesional, tidak diuruskan dengan baik oleh presiden PAS sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ia perkara yang tidak wajar berlaku dalam satu jemaah Islam dan saya akan lakukan islah (pembaikan) ke atasnya," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider.

Ahmad, yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia, akan menentang Hadi pada muktamar bermula 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor.
Berikut petikan wawancara beliau dengan The Malaysian Insider (TMI).

TMI: Mengapa anda terima pertandingan?

Ahmad: Saya rasa ia kehendak pihak akar umbi di pelbagai peringkat dalam PAS, melalui pencalonan yang diberikan, dan melayakkan saya untuk bertanding. Ke mana saja saya pergi dan berjumpa mereka, mereka merayu agar saya jangan menolak pencalonan itu.

Daripada 179 kawasan PAS, 115 sahaja yang membuat pencalonan untuk presiden (Hadi), manakala 82 lagi tidak membuatnya. Saya mendapat 7 pencalonan manakala Datuk Husam Musa, 8. Jadi, bagi saya, peluang ada di situ.

TMI: Apakah masih ada harapan untuk PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) selepas apa yang berlaku dalam PAS dan selepas muktamar nanti? Atau lebih baik PAS bersama Umno?
Ahmad: Cakap-cakap para pemimpin yang ada nampaknya bersama dengan PR, tetapi tindakan dan perbuatan, ke arah tidak bersama lagi. Multaqa Ulama di Kedah beberapa tahun lalu juga menjelaskan usaha untuk mengkaji hubungan ini. Ia boleh dilihat melalui perbahasannya. Cuma tidak menyerang PR secara langsung tetapi menyerang pemimpin PAS yang mahu bersama PR.

Kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dijadikan alasan untuk mengaitkan kononnya sesetengah pemimpin tidak wala' (taat) kepada pemimpin parti, tetapi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya, jika kita sokong Anwar, bermakna kita sokong PAS, kerana PAS berada dalam PR.

Jadi, PAS dan PR ini bergantung kepada siapa yang memimpin PAS selepas ini.
TMI: Bagaimana hubungan dengan Umno?

Ahmad: Kita, PAS dan saya, secara peribadi bersama dengan Umno sebelum ini. Umno bersetuju untuk berdakwah apabila kita bersama mereka. Maka, lahirlah Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri dan terbentuknya Pusat Islam, dan saya menjadi pengarah dakwahnya.

Namun selepas itu, PAS ditendang daripada Umno dan kemudiannya saya ditendang daripada Pusat Islam dan ditukar ke Kementerian Pelajaran atas arahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.

Ia berlaku apabila saya bersetuju yang mangsa tragedi Memali adalah syahid, sebagaimana dikatakan pemimpin PAS ketika itu.

Sepanjang pengalaman ini, saya kenal Umno dan tidak akan bersama dengan Umno lagi.

TMI: Apa pandangan anda mengenai sikap penentangan DAP terhadap hudud?

Ahmad: Memang kita tahu DAP dari awal tak pernah sokong hudud. Karpal Singh pernah berkata 'langkah mayat saya dulu untuk laksana hudud'. Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah jumlah Karpal mengenainya walaupun dia tahu sikap Karpal. Yang pasti, boleh berbincang mengenainya. Ia tidak menggugat PR selagi ada perbincangan.

Tetapi, ia berjaya menggugat PR apabila Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri di Jabatan Perdana Menteri) berkata di Dewan Rakyat, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan melaksanakan hudud, lalu terbentuknya Jawatankuasa Teknikal mengenainya.
Apabila ia dibangkitkan DAP, PAS bersetuju berbincang mengenainya sebelum dibawa ke Dewan Rakyat. Tetapi nampaknya bukan saja kepada DAP, kepada Jawatankuasa PAS Pusat juga, ia tidak ditunjuk dan diajak berbincang apabila rang undang-undang persendirian hendak dibentangkan.

Bagi saya, DAP menentang kerana mereka tidak diberi ruang mendengar apa yang PAS nak bawa. Kalau diterangkan yang hanya (melibatkan) Akta 355 yang sudah ada dalam Perlembagaan, ia tidak menjadi seteruk ini. Tetapi kerana tidak dibincangkan, jadilah macam ini.

Lagipun, kalau BN yang berkata menyokongnya, membawanya ke Parlimen, ia lebih baik kerana DAP boleh memberikan alasan kepada penyokongnya yang ia bukan dibawa PAS, tetapi Umno.

Perkara ini timbul kerana PAS percaya sangat kepada Umno. DAP lihat ini sebagai permainan politik. DAP juga pelajari hal ini dengan membaca buku Yusof Qardhawi. Tetapi bagi sesetengah pemimpin PAS, ia tidak baik. Walaupun bagi saya, ia baik, kerana DAP mula mempelajari Islam.

TMI: Apa pandangan anda tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ekonomi dan Islam yang progresif dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia?

Ahmad: Apa yang berlaku kepada 1MDB menambahkan lagi bobroknya pentadbiran negara di bawah presiden Umno, khasnya yang ada sekarang.

Saya secara peribadi terlibat dalam pembinaan Putrajaya ketika menjadi panel penasihat syariah RHB Bank. RHB diberikan amanah untuk menguruskan pengeluaran bon kerajaan bagi membina Putrajaya dan kami kena kaji hal ini.

Isu penyelewengan ini memang teruk dari dulu lagi, cuma bertambah sekarang. Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini berada di kemuncaknya selepas teruk sekian lama.

Tan Sri Aziz Abdul Rahman yang pernah menjadi pemimpin MAS pernah berkata, beliau meninggalkan MAS dengan harta dan aset yang banyak, tetapi apa berlaku kepada MAS sekarang?

Bagi saya, kegagalan paling besar Najib ialah kegagalan memisahkan dirinya dengan pelaksana dasar, sedangkan dia pembuat dasar. Konsep pemisahan kuasa dalam pentadbiran itu dilanggar. Itulah yang berlaku dalam kes 1MDB. Dia perdana menteri, dia menteri kewangan dan dia pengerusi 1MDB.

TMI: Apa peranan ulama dalam masyarakat moden dan parti politik?

Ahmad: Bagi saya, ulama kena jadi pakar rujuk umat. Antaranya membuat kajian ilmiah supaya orang Islam, dan ahli PAS khasnya, berpolitik dengan betul dan memahami konsep politik Islam.

Misalnya bila bertahaluf dengan DAP, kita kena sokong calon DAP walaupun siapa rakan tahaluf itu, kerana itulah prinsipnya. Bukan kita kena campur semua. Pendek kata, kajian hukum fikah politik, kena buat.

Yang kedua, ulama perlu membuat kajian mendalam bagaimana melaksanakan konsep atau pendekatan ulama yang profesional dan profesional yang ulama. Ulama kena kaji untuk mengintegrasikan semua ini agar mereka tidak senang dipecahkan macam sekarang.

TMI: Apa yang anda boleh tawarkan yang tidak ada pada presiden PAS sekarang?

Ahmad: Yang saya tawarkan ialah menyatukan semua kelompok ahli PAS yang sedang berpecah sekarang. Ini perkara yang tidak wajar berlaku dalam satu jemaaah Islam, dan saya akan lakukan islah (pembaikan) ke atasnya yang dia (Hadi) tidak hendak tawarkan.
Saya juga akan usahakan agar orang Melayu dan Islam yang berada dan bergantung kepada Umno berpaling dan bergantung kepada PAS. Bagi saya, PAS belum berupaya menarik mereka selama ini.

Saya juga akan berusaha agar pemimpin PAS diterima sebagai pemimpin PR dan memasukkan banyak parti lagi ke dalam PR bukan setakat tiga sahaja, kerana dengan cara itu kita boleh kukuhkan PR dan tumbangkan BN.

TMI: Hudud sebahagian kecil syariah saja dan perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan. Boleh anda jelaskan?

Ahmad: Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga hudud wajib, tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan? Perlu ada syarat-syaratnya. Hudud juga bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan fikah, ia terletak terkemudian berbanding dengan yang lain.

Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat dan ibadat yang utama pula solat. Selepas itu barulah muamalah dan selepas itu barulah undang-undang jenayah yang termasuk dalamnya hudud itu. Jadi kita perlu dahulukan yang dahulu dan kemudiankan yang kemudian.

Solat diutamakan dalam Islam kerana perlu dilaksanakan di mana saja kerana ia adalah asas untuk mendidik manusia mematuhi perintah Allah. Bila kita sudah terdidik dan patuh dengan Allah, apa yang diperintah oleh Allah semuanya akan mudah.

Khalid Samad: RMK11, Janji-Janji Manis Diulangi, Pakejnya Yang Baru

Posted: 01 Jun 2015 01:20 AM PDT


Nurul Izzah: Amnesty International Telah Mengisytiharkan Anwar Merupakan Seorang Tahanan Politik

Posted: 01 Jun 2015 01:17 AM PDT


Kata Dua Letak Jawatan, Kenapa Najib Tak Sabar Tunggu Hasil Siasatan PAC?

Posted: 31 May 2015 09:34 PM PDT


Sebagaimana telah menjadi bualan ramai sejak semalam, banyak tanda tanya timbul jika benar Perdana Menteri, Najib Razak sudah ada keberanian memberi kata dua kepada anggota kabinetnya agar meletakkan jawatan jika tidak bersamanya dalam isu 1MDB.

Najib dikatakan memberi kata dua itu sebaik Menteri Kewangan Kedua, Husni Handzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB dalam mesyuarat kabinet, Jumaat lalu.

Dilaporkan juga, tiada ada seorang pun anggota kabinet yang menyatakan pendirian mereka tidak bersama Najib setelah diberi peluang berbuat demikian.

Bagaimanapun tidak pula dilaporkan sama ada setiap anggota kabinet diminta bercakap menyatakan pendirian masing-masing atau semua mereka hanya diam dan tidak memberi respon terhadap kada dua Najib itu.

Jika mereka diminta bercakap dan semua anggota kabinet menyatakan sokongan mereka, maka barulah ia boleh dianggap pendirian rasmi ingin terus bersama dengan Najib dalam kemelut 1MDB ini tetapi kiranya sekadar diam dan tidak memberi respon terhadap kata dua itu, tafsirannya boleh jadi berbagai.

Diam atau tidak memberi respon mungkin disebabkan ada anggota kabinet merasakan belum waktunya berbuat demikian, sedang menanti masa yang sesuai, mahu menunggu maklumat lebih detail mengenai 1MDB dan pelbagai lagi.

Atau mungkin juga ada yang beranggapan, "tak kuasa nak layanlah".

Selain diketahui umum beberapa anggota kabinet tidak sebulu dengan Najib dalam menangani isu 1MDB ini, bukan saja daripada UMNO, malah ada menteri MCA yang mengatakan terdapat hal berkaitan syarikat pelaburan itu tidak pernah dibincangkan dalam kabinet sebelum ini, mesyuarat kabinet Jumaat lalu juga tidak dihadiri oleh beberapa menteri.

Antara menteri yang dikesan tidak hadir ialah Muhyiddin Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi kerana kedua-duanya berada di luar negara.

Jadi, kenapa Najib memberi kata dua itu ketika Muhyiddin terutamanya, tidak hadir dalam mesyuarat? Mungkin ada baiknya jika beliau berani mengulangi lagi kata dua itu ketika Muhyiddin hadir dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Kiranya lebih berani, Najib juga seharusnya mengucapkan secara terbuka di khalayak ramai meminta menteri yang tidak bersetuju dengannya agar meletakkan jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum pemilihan 1987 dulu.

Selain itu, kenapa Najib tergesa-gesa memberi kata dua ini sedangkan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC belum pun habis melaksanakan kerja mereka?

Kenapa tidak tunggu kedua-dua laporan itu disiapkan dahulu? Apakah dengan memberi kata dua ini bermakna Najib yakin kedua-dua siasatan oleh Ketua Audit Negara dan PAC bakal memihak kepadanya?

Tidakkah sebelum ini Najib dan para pengampunya selalu meminta para pengkritik 1MDB agar bersabar menunggu laporan audit dan siasatan PAC?

Bagaimana pula jika kedua-dua laporan itu nanti mendapati banyak yang tidak kena dalam perjalanan harian, urusniaga dan pelaburan 1MDB itu?

Adakah jika laporan itu tidak memihak kepadanya, Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, sebagaimana termaktub dalam fasal 117 M & A syarikat pelaburan itu yang menghendakinya memberi kebenaran bertulis atas sebarang urusniaganya, mahu meletakkan jawatan secara sukarela pula?

Walaupun ada yang berpendapat kata dua Najib itu menunjukkan beliau sudah tidak boleh menahan sabar lagi dengan kritikan dan serangan Tun Mahathir terhadapnya serta mahukan pasukan kabinetnya betul-betul padu di belakangnya, ia sebenarnya belum tentu menjamin kemenangan berpihak kepadanya.

Kata dua ini mungkin merupakan tanda-tanda awal meletusnya perang yang lebih besar dalam UMNO. Dalam hal ini Najib hanya dilihat ingin mempertahankan kedudukannya sedangkan keyakinan ramai mengenai UMNO dan BN mampu menang dalam pilihanraya akan datang semakin menipis hari demi hari.

Ini bermakna jika ada pemimpin UMNO atau anggota kabinet yang mula bertindak berani memisahkan dirinya daripada menyokong Najib, habuan  menerima sokongan yang melimpah dari peringkat bawahan dan pertengahan dalam UMNO sedang menunggu mereka.

Berdasarkan klip video ucapan Muhyiddin di Janda Baik yang tersebar luas adalah bukti nyata isu 1MDB ini tidak menggembirakan majoriti ahli UMNO dan mereka yang berani menyanggah Najib akan menerima lautan sokongan dan dianggap hero dalam menyelamatkan masa depan UMNO serta BN.

Najib pula, dengan mula memberi kata dua, isyaratnya tidak lain ialah beliau semakin terdesak dan kehilangan idea lain untuk menyelamatkan kerusi Perdana Menteri dan Seri Perdana yang didiaminya. (SH 01/06/2015)

Tukar Tiub

0

Posted by Unknown | Posted on 7:35 PTG | Posted in

sumber :-

Tukar Tiub


KALAU BOS ADA KES BUNUH?

Posted: 01 Jun 2015 07:10 PM PDT






KOMENTAR
kalau mb bawa lari duit
ke luar negera macam mana?
adun yang lain mesti senyap
dan terus sokong ke?

Tak suka bos, kamu pergi, bukan bos pergi, kata MB Negeri Sembilan
Mohamad Hasan dilaporkan menyindir segelintir pemimpin yang tidak suka kepada Najib Razak supaya meninggalkannya, mengatakan sesiapa yang tidak suka majikan mereka, harus keluar dari organisasi itu, bukan meminta majikan mereka yang keluar.

Ini kerana, kata menteri besar Negeri Sembilan itu, majikan "bukan pilihan" individu. Menggunakan contoh hubungan antara ibu bapa dan anak, dan pekerja dan majikan, Mohamad berkata, majikan dan ibu bapa tidak boleh dipilih. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tak-suka-bos-kamu-pergi-bukan-bos-pergi-kata-mb-negeri-sembilan#sthash.yxZvTDFH.dpuf

KAH KAH KAH
woit
ini betul juga
tapi kalau bos terlibat kes bunuh?
macam mana?
kalau bos terlibat kes curi duit macam mana?
kalau  bini bos rembat duit kompeni?
kalau anak tiri bos rembat duit syarikat?
kalau 52% rakyat tak caya bos macam mana?
TOK IZI TOK CIP





















---------------

PROGRAM HASUT DAN LAWAN

Posted: 01 Jun 2015 06:45 PM PDT




PROGRAM
hasut &lawan

 
 
DEWAN CHINA
KHAMIS MALAM

 
SELASA
9 JUN 2015
BANGSAR



--------------

PATUT LAH

Posted: 01 Jun 2015 06:00 PM PDT




Muhyiddin tak hadir mesyuarat kabinet lalu 5:00PM Jun 1
Timbalan perdana menteri yang sedang bercuti sejak Selasa lalu, kembali esok.


KAH KAH KAHwoit
patutlah najib naik tocang
rupa rupanya muhyiddin tak ada
rupa rupanya hishammuddin tak ada
rupa rupanya zahid tak ada
herolah isteri rosmah
kah kah kah
PATUT LAH KATA DUA
















---------------

HABIS LINGKUP SATU KELUARGA

Posted: 01 Jun 2015 09:05 AM PDT






KOMENTAR
saekor badak bawa lumpur
habis satu keluarga bergaduh

Hishamuddin setuju letak jawatan tetapi bersyarat

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussien bersetuju meletak jawatan daripada Menteri Kabinet.

Namun, Hishamuddin yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Najib Razak berkata, beliau hanya akan meletak jawatan jika beberapa syarat dipenuhi.

Melalui Twitter, Hishammuddin menyatakan, syarat-syarat itu ialah syarikat pelaburan negara, 1MDB, mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang salah laku mesti diambil tindakan.

Katanya, proses rasionalisasi 1MDB itu juga mesti dilakukan secara telus.

Hishammuddin memberi respon terhadap gesaan Najib supaya Menteri Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Najib dikatakan membuat gesaan itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada Isnin.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan pendirian untuk tidak bersama Najib.


JENG JENG JENG
woit
perang makin meluas
kah kah kah
api makin merebak
makin ramai masuk gelanggang
kah kah kah
abang adik sepupu semua gaduh
tibia sepak terajang
semua kerana saekor badak
MANA BADAK ITU

---------------

APA KATA MAT HASAN MALEK

Posted: 01 Jun 2015 06:30 AM PDT

 
 
 
MARI DENGAR MAHATHIR
               DENGAN
MAT HASAN MALEK



TOLONG JANGAN ALIH ISU

Posted: 01 Jun 2015 06:18 AM PDT





Najib tidak beri kata dua kepada menteri isu 1MDB, kata Nazri Aziz

Tiada kata dua diberikan Najib Razak kepada anggota Kabinet Jumaat lepas supaya meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan usahanya memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata  Mohamed Nazri Aziz.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu memberitahu The Malaysian Insider, Najib mengamalkan keterangkuman dan mahukan konsensus daripada rakan Kabinetnya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-beri-kata-dua-kepada-menteri-isu-1mdb-kata-nazri-aziz#sthash.qOICakpM.dpuf

KAH KAH KAH
woit
kata dua ke
kata tiga ke
kata sepuluh ke
kata seratus ke
tak penting
tak ada sapa peduli

apa yang penting ialah menjawab:
1- siapa beri arahan sirul
2- siapa upah sirul & azilah
3- mana duit 1MDB hilang

mahathir bertanya
orang ramai bertanya
ustaz bertanya
minah bertanya
mamat bertanya
satu Malaysia bertanya
woit  bila nak jawab
LANUN BUGIS PUNTAU









--------------

APA ADA PADA 30 JUN

Posted: 01 Jun 2015 05:30 AM PDT





APA DIA


KAH KAH KAH

kenapa mengapa
 &
 apa  dia

30 jun 


-------------

MALAM INI JAM 7 DARI HOTEL ISTANA

Posted: 01 Jun 2015 03:59 AM PDT


 

MALAM INI
DARI HOTEL ISTANA

MAHATHIR
atas jemputan
kelab wartwan luar negara
akan menyampaikan ucaptama
majlis bermula  jam 7 malam
di hotel istana


 
APA ISI UCAPAN
 
1 - sirul
2 - 1mdb
3 - siapa beri arahan pada sirul
4 - siapa upah sirul & azilah
kita tunggu
kita nanti
perang makin merebak 

 KAH KAH KAH
najib jangan kencin
dalam seluar
kah kah kah

--------------------

LEDAKAN MALAM INI

Posted: 01 Jun 2015 01:20 AM PDT



 
  MALAM INI
apa yang akan mahathir ledakan
malam ini dari istana
apa yang akan meletup
dari istana
 
bila agaknya mahathir akan turun ke jalan raya
 
akhirnya pilihan jalan raya adalah politik tepat
akhirnya jalan raya jadi budaya politik
 
satu ketika dahulu jalan raya dituduh
sebagai bukan budaya kita
satu ketika dahulu jalan raya dituduh
sebagai punca huru hara
 
hari ini jalan raya akan dinobatkan
 
NOTA
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya



--------------

BERANI KERANA MUHYIDDIN BERCUTI

Posted: 01 Jun 2015 12:23 AM PDT







KOMENTAR
najib cuba jadi berani
tetapi ketika najib mencabar
muhyiddin bercuti




Cabar menteri jawab  Mahathir, kata Zainuddin kepada Najib
Zainuddin Maidin hari ini menggesa Najib Razak mencabar anggota Kabinetnya membalas serangan bekas  Mahathir Mohamad, bukannya meminta mereka meletak jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan pelan pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 Bekas menteri penerangan itu berkata, Najib pasti tidak akan tahu siapa antara menteri yang sebenarnya tulen dan ikhlas menyokong beliau menangani 1MDB dengan mencabar mereka meletak jawatan kerana mustahil mereka akan berbuat demikian.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/cabar-menteri-jawab-dr-mahathir-kata-zainuddin-kepada-najib#sthash.PMQmsxFY.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa saje najib buat
apa saje najib cakap
apa saje najib rancang
semua kena sikat
semau kena tibia
kah kah kah
tim mahathir sentiasa siap siaga
menyerang setiap masa
najib terlungkup dan lokoi
kah kah kah
najib menyerang ketika muhyiddn tak ada
najib jadi berani ketika zahid tak ada
buat sekali lagi
kah kah kah
BIJAK PUNYA TRIK














-----------------

PENGALAMAN DARI SEBERANG

Posted: 31 May 2015 10:18 PM PDT





SATU JEMPUTAN
MALAM RABU
di ubu bangsar
semua dijemput
buat ramai

"ORGAN, ORGANISASI, ORGANIK"
  Dalam Seni dan aktivisma
'Dongeng Kopi Indiebook | Kolektif adalah Protest-Punk PONTI | alam sekitar & pengurusan Sampah |
DARI YOGYAKARTA KE JAKARTA 
 28 April - 09 Mei 2005 bersama Aisyah Baharuddin
" Berkongsi perjalanan, merasai pengalaman dalam memahami perjuangan anak muda di Indonesia."
3 Jun | 8.30 malam | KBU
jemput buat ramai!

 










------------

MINTA TOLONG BANTU

Posted: 31 May 2015 09:54 PM PDT






KOTA BHARU - Dua rakan dalam komponen PR, iaitu PKR dan DAP tidak seharusnya memandang rendah kemampuan Pas untuk jika mahu bersendirian selepas muktamar ini, termasuklah dalam isu melaksanakan hudud di Kelantan.

KAH KAH KAH
woit
ada siapa boleh bantu tak?
terangkan dengan jelas
PKR dan DAP  tidak pandang PAS rendah
parti PAS besar dan luas
yang dipandang rendah
ialah punat hadi awing
tak kan tak faham faham
mu ni  susah nak royak
duk cetomh
tak  fahang fahang

BERSOTONG BERIKANG



---------------------

TETAP SETIA PADA NAJIB

Posted: 31 May 2015 09:34 PM PDT







FACE BOOK


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim berhasrat untuk menjadikan...
 
Setuju sangat2 dgn idea Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni...selain berpotensi jadikan destinasi pelancongan di kem tu, saya pun nk cadangkanlah pada Datuk Seri Shahidan agar diusahakan ladang pokok ketum di situ....maklumlah Perlis antara negeri pengeluar ketum di utara tanahair...boleh juga jana ekonomi negeri...elok sangat idea datuk tu


-----------

WARTAWAN HEBAT LAGI SEBAT

Posted: 31 May 2015 08:38 PM PDT



Maklumat sulit diperoleh PAC punca presiden 1MDB tangguh pertemuan, kata wartawan veteran

A Kadir Jasin mendedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah pun mendapat banyak maklumat sulit berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ia lebih buruk daripada apa yang diketahui sebelum ini.

Wartawan veteran itu berkata, mungkin atas sebab itulah Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy menangguhkan pertemuan bersama PAC sebaliknya bergegas bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC)  Shahrir Abdul Samad.

 "Malangnya maklumat itu mungkin lebih buruk daripada yang kita ketahui selama ini. Besar kemungkinan lebih banyak bank dan institusi kewangan tempatan yang terdedah kepada krisis hutang 1MDB. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/maklumat-sulit-diperoleh-pac-punca-presiden-1mdb-tangguh-pertemuan-kata-war#sthash.mFZLGFrQ.dpuf

KAH KAH KAH
woit
apa dia maklumat sulit itu?
adakah surat cerai dari bik mama?
adakah surat dari sirul?
adakah surat dari cina tembam?
apa apa dia?
tok kadiak ni memang hebat
semua hal najib tok kadiak tahu
inilah baru dikatakan wartawan
beri bocor berani lapor

BUKA KAKI BOOODEK













----------

BERITA BERITA DAN BERITA

Posted: 31 May 2015 07:49 PM PDT




 
 
ROMBAKAN KABINET
berita mula tersebar
melaporkan bahawa
hasan malek akan diberhentikan
dari jawatan menteri cap ayam
 
juga dilaporkan
hasan malek akan dilantik sebagai
guru besar sekolah menengah senaling
 
ada juga yang melaporkan
menteri cap ayam ini
akan dilantik menjadi duta malaysia
 ke negara IMBICILO
 
semua ini tidak betul
semua ini hanyalah berita angin kentut
yang mula tersebar
dan
dibau ranum
 
NOTA
ibu bapa yang telah menarik keluar
anak-anak mereka
dari sekolah menengah senaling
diharap akan gumbira
membaca berita ini
 



------------

MUKA HASAN MALEK BARU

Posted: 31 May 2015 07:18 PM PDT




 FACE BOOK


KAKI BUKIT, Perlis: Migrant camps found on the hills bordering Thailand should be turned into tourist spots, Minister in the Prime Minister's Department Datuk



KAH KAH KAH
woit
inilah muka munkee
yang sokong najib
bukan saje bodoh
bangang pun sama
bukan saje bangang
nampak hasan maleknya
APA PUN MUNKEE

--------------