Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PENEROKA FELDA MENDAPAT HUTANG BARU RM100 RIBU HINGGA RM150 RIBU.

Posted: 31 May 2015 02:51 PM PDT




#Siri 5:Pecat dan Siasat ISA SAMAD

Malam ini bersama warga FELDA Keratong 4 parlimen Rompin. UPU ini PAS menang dalam PRK Rompin baru baru ini dan keseluruhan undi FELDA di Rompin meningkat mendadak.

Hari ini peneroka sangat terasa dengan beban hutang baru yang mereka terima daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu. Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka.

Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. Jadi bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA.

Tetapi malangnya hari ini mereka dibebankan dengan hutang baru. Apabila pokok sawit atau getah berusia 25 tahun dan ke atas. Ia perlu ditebang dan tanam semula. Peneroka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri proses tanam semula tersebut atau diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya. Hasil kempen yang dilakukan, majoriti peneroka menyerahkan urusan tanam semula kepada FELDA dan diuruskan oleh sebuah anak syarikat FELDA bernama FELDA Tecno Plant. Kos tanam semula ini ditanggung FELDA daripada penebangan pokok sawit tua, tanam semula sawit baru, pembajaan,racun dan kesemua sekali.

Selama tempoh itu peneroka tidak ada hasil. Maka mereka dibayar wang sara hidup diantara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan. Wang sara hidup ini dikira hutang dengan FELDA. Jika purata mereka terima RM1200 sebulan, maka setahun mereka berhutang RM14400. Jika 10 tahun, jumlahnya sudah RM144 Ribu. Itu belum masuk kos tanam semula. Maka tidak pelik peneroka berhutang kembali sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Malah boleh jadi lebih.

Persoalannya ialah:

1. FELDA sudah sediakan Tabung Tanam Semula yang dipotong daripada pendapatan peneroka sejak tahun 70-an, 80-an lagi. Jumlah tabung ini keseluruhannya dikatakan sebanyak sekitar RM700 juta. Itu jumlah simpanan sahaja, belum dicampur dengan keuntungan pelaburan wang tersebut yang boleh jadi sekali ganda daripada jumlah simpanan. Ke mana pergi duit ini? Walaupun difahamkan jumlah itu tidak mencukupi untuk kos tanam semula, setidaknya ia mampu menampung 50 peratus kos tanam semula tersebut.

2. Ladang sawit milik peneroka tersebut akan mengeluarkan buahnya atau disebut hasilnya selepas usia pokok sawit 3 tahun dan ke atas. Bermakna FELDA sudah mendapat pendapatan daripada ladang peneroka yang diuruskan. Ke mana pergi duit ini? Tidakkah ia mencukupi untuk membiayai kos sara hidup peneroka. Ketika harga sawit naik sekitar RM400 hingga RM700 satu tan sekitar tahun 2008-2011, peneroka yang menanam semula sendiri mendapat hasil sekitar RM6 ribu hingga RM10 ribu sebulan. Jumlah yang sangat besar melebihi kos sara hidup sekitar RM1500 sebulan. Kenapa hasil ini tidak boleh menampung kos sara hidup mereka? Ini sesuatu yang pelik.

3. FELDA menguruskan proses tanam semula ini sehingga bila? Sepatutnya selepas 3 hingga 5 tahun, pokok sawit sudah mengeluarkan hasil, ladang mesti diserahkan semula kepada peneroka untuk menguruskannya. Tetapi hari ini walaupun sudah lebih 10 tahun, ladang mereka masih dipegang FELDA. Bila hendak diserahkan? Selagi tidak diserahkan tiada ketelusan terhadap pendapatan sebenar peneroka hasil sawit mereka. Lebih malang mereka pula yang menanggung hutang. Ini betul betul penyelewengan di siang hari.

Mohd Nasaie Ismail
11.33pm
Keratong, Rompin.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FELDA: LAGI FITNAH PAKATAN TERHADAP FGV BERKANTOIAN...TAK MALU LAGI?

Posted: 31 May 2015 07:30 PM PDT


Bila FGV nak berniaga buah selain sawit, puak-puak pencacai bingai macam nak gila. 

Kununnya akan berlaku penyelewengan, rasuah dan sebagainya. Tapi apa pula yang mereka buat untuk bantu rakyat?

Jawapannya tiada satu pun manfaat mereka melainkan hebat menabur fitnah...patutlah di kebun mereka buah sawit pun tak nak keluar, ada pun buah yang tak berkualiti...itulah tanda rezeki tak berkat balasan apa yang selama ini mereka buat.  

JEMPOL 31 Mei – Berita Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan dari Bursa Malaysia hanyalah spekulasi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bertujuan menakut-nakutkan peneroka Felda.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, FGV tidak pernah menerima apa-apa surat berkaitan penyingkiran syarikat perladangan itu dari Bursa Malaysia.

Mengenai kejatuhan harga sahamnya, beliau berkata, semua pihak boleh merujuk kepada beberapa siri penjelasan mengenai perkara itu yang dibuat sebelum ini bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang sedang berlaku.

"Selagi tidak menerima apa-apa surat dari Bursa Malaysia berkaitan isu berkenaan, saham FGV masih lagi diurusniagakan di bursa tersebut walaupun ia tidak berada dalam kelompok 30 syarikat terbaik.

"Kita sudah memberi banyak penjelasan mengapa situasi ini berlaku terhadap FGV hari ini yang berpunca daripada pelbagai faktor seperti kemerosotan pendapatan akibat aktiviti penanaman semula kelapa sawit di seluruh negara.

"Sebanyak 75 peratus pendapatan utama FGV disumbangkan oleh aktiviti perladangan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Makmal Komputer Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram Padang, di sini semalam.

Kira-kira 53 peratus daripada kawasan tanaman sawit seluas lebih 347,000 hektar milik FGV telah berusia lebih 18 tahun dan syarikat itu kini memberi tumpuan kepada program penanaman semula dengan sasaran 15,000 hektar setiap tahun.

Semasa proses tanam semula untuk menggantikan pokok-pokok  tua sawit, peneroka diberi imbuhan untuk menyara hidup mereka oleh FGV sebagai tanda prihatin dan menjaga kebajikan peneroka. Pencacai bagi apa?

Mohd. Isa berkata, harga pasaran minyak sawit ditentukan oleh pasaran global dan apa yang sedang berlaku ketika ini bukan luar biasa serta melibatkan semua syarikat perladangan lain di negara ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang memihak kepada Felda dalam kes saman terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., yang menerbitkan buku bertajuk 'Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,' membuktikan bahawa cerita yang ditulis dalam buku berkenaan adalah rekaan semata-mata.

Jelasnya, Hakim Datuk Su Geok Yiam mendapati kedua-dua defendan berkenaan telah memfitnah Felda dalam buku tersebut dan memerintahkan mereka membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000.


Isu FELDA sering digunakan oleh puak-puak pencacai angau se Malaysia untuk memburuk-burukkan kerajaan. Tapi dalam masa yang sama mereka mentekedarah wang negara yang diberikan pada mereka.

Kita dapat lihat dah jadi trend puak-puak ini asal hujung bulan bila peneroka dapat duit hasil jual sawit, asal peneroka dapat duit BR1M waktu itulah gerombolan perompak dan penyangak datang buat ceramah.

Ceramah hasut sana sini buat bazar jual ubat kuat sebagai daya penarik, pasang corong speaker kuat-kuat. Pong pang pong pang kutuk kerajaan dan FELDA tak betui.

Sambil-sambil tin milo, kepiah dan plastik berjalan-jalan minta derma. Kununnya derma jihad akhirat tapi akhirnya wang 'disebat' para musibat berkepiah bersarban hebat.  

Bersama-sama mengira habuan hasil rompakan wang rakyat dan peneroka selepas sesebuah ceramah. Inilah hasil samun dan jasa yang puak-puak pencacai tahu setakat ini. Kesian ramai tertipu dengan imej kepiah dan purdah...agama jadi helah

Bab menabur fitnah memang hebat. Bab bekerja nak tabur baja dan sembur racun di ladang sendiri malas.

Cuba tanya generasi kedua FELDA yang jadi musibat ni adakah mereka sanggup bekerja di ladang sawit seperti mana mak bapak mereka dulu...jawapannya mengecewakan. 

Ramai yang nak jadi tokey semata-mata. Ladang tak nak buat sendiri tapi untung nak banyak. 

Yang bagi kat FELDA urus bila hasil tak banyak marah kerajaan. Dapat rezeki pun dok maki hamun FELDA. Macamana rezeki nak berkat rasa tak cukup jer.

Hujung-hujungnya bagi buruh Bangla dan Indonesia buat. Merasalah jadi tokey sat. Tahu nak hidup senang dan free segala. 

Hidup ni kalau dok asyik percaya pada fitnah dan menyumbang walau sesen pun kerana percaya pada fitnah maknanya kita juga bersubahat. Ingat menfitnah itu dosanya seberat dosa membunuh.    


FELDA: MENANG SAMAN RM 1/2 JUTA...SIAP PENCACAI AKAN DILAYAN 1 PER 1...TUNGGGUUUU

Posted: 31 May 2015 01:09 AM PDT



Syukur Alhamdulillah akhirnya tukang fitnah merangkap pencacai dan pengacau FELDA disaman. 

Itulah nasib yang menimpa Mazlan anak Aliman dan syarikat cari makan Angkatan Edaran Sdn Bhd yang diperintahkan membayar saman RM500,000.00.

Rasa-rasanyalah mampukah musibat-musibat ini bayar denda kepada FELDA?

Gamaknya lah adakah para pencacai mereka akan dikerah kutip derma tin milo dan beg plastik setiap kali ceramah fitnah seluruh negara untuk bayar saman ini?

Atau mungkin DAP selaku tokey dan along besar akan tolong bayar. Sebagai galang ganti Mazlan Aliman perlu melakukan sesuatu untuk merosakkan lagi bangsa Melayu terutamanya para peneroka dan generasi FELDA?

Jawapannya mudah...kalau semakin banyak ceramah fitnah terhadap FELDA, kalau makin banyak demo jalanan hasut generasi FELDA, kalau makin banyak usaha memecahkan masyarakat FELDA oleh puak pembangkang maka yakinlah duit DAP telahpun disalur ke dalam akaun Mazlan Aliman.

Setakat RM500,000.00 apalah sangat berbanding jika undi kepada UMNO-BN boleh jatuh dengan fitnah, dakyah dan tohmah liar puak penghasut.

Untung bela dan jual babi berbelas ribu hinggit sehari setakat setengah juta hinggit denda saman bagi DAP bagai sisa daging babi lekat celah gigi jer.

DAP bagi duit haram maka kerja-kerjanya mesti yang haram, berdosa di sisi agama dan bersalahan di sisi undang-undang negara.

Lepas ni kita akan lihat lagi satu per satu pemfitnah FELDA disaman. Tak kiralah ko siapa...yang nyanyuk kerepot pun silap-silap pun kena saman dan bertambah sasau nyanyuknya....

Errrr...saman peneroka terhadap FELDA isu Kadar Perahan Gred tu apa khabar?....Yuran guaman Latipah Koyak, Sivarasa dan N. Surendran makin meningkat sejak 2012 tapi kes tak settle-settle lagi... 

Peneroka bingai dan anak-anak pencacai tak sabar nak peluk duit berkepuk-kepuk ni... 

Peneroka pencacai tua bangka yang saman FELDA kerana nak kedarah wang sebelum ajal... kes tertangguh sejak 2012 sedangkan yuran guaman masih berjalan biaya peguam musibat ke sana ke mari. Hehehe kita lihat sapa yang kena!

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


SSTDM bukan sayang tapi burukkan Tun M

Posted: 31 May 2015 05:27 AM PDT




Mereka ingat mereka sayang Tun M dan membantu perjuangan Tun M. Sebenarnya mereka merosakkan perjuangan Tun M dengan membuat gambar2 yang bukan cara Tun M.

Tun M tahu china wall dalan accounting firm dan tidak akan buat tuduh melulu dan bodoh seperti berikut:


Tun M tidak akan buat cerita kata Dato Husni Hanazlah kata pinjam padahal yg kata hanya Sinar Harian pemutarbelit Pakatan Rakyat.


Dia akan baca kenyataan sebenar dengan teliti.


Lepas kaji baru dia sedar bahawa deal dengan IPIC bukan hutang atau tambahan modal mahupun bailout.

Tapi deal ini boleh kurang hutang sebanyak RM16 billion, menunjukkan aset yg dikatakan tipu dan tak ada nilai sebenarnya berharga dan

Penasihat perlu beri maklumat yg benar dan hanya fikir nak putarbelit.

Harap jaga maruah negarawan supaya buah fikirannya sentiasa kelihatan bernas berfakta dan tidak merendahkan maruahnya dengan serangan yang tidak sesuai.


Majlis di Perlis tapi MB Kedah dipersalahkan? Lojik lah ...

Posted: 31 May 2015 02:00 AM PDT


Orang Baling ini kritik MB Kedah dan exco kerana tak sambut PM di lapangan terbang Alor Setar untuk satu majlis di Perlis.

Kenapa pula MB Kedah dipersalahkan? Mana orang Perlis?


AP Sik dah wakil. Ok lah tu. Dato Najib pasti tak kecil hati kerana MB Kedah ada program.dengan Tengku Puteri di istana...



Tak perlu timbulkan isu politik yg tak releven.



Anwar Ibrahim Dot Com

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Anwar Ibrahim Dot Com


Laman AIDC Berpindah

Posted: 31 May 2015 05:19 PM PDT

Banner-AIDC-2Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan mulai hari ini, 31 Mei, laman AIDC berpindah ke tapak baharu di aidcnews.wordpress.com/

Terima kasih dia atas segala sokongan dan mohon maaf dengan segala kesulitan.

AIDC


Pilih Yang DAP Mahu Atau Yang DAP Tak Mahu – Hadi

Posted: 29 May 2015 10:12 PM PDT

AIDCNews – 30 /5/15 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk untuk membuat pilihan sama ada memilih pemimpin parti yang disukai DAP atau sebaliknya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.

Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.

Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.

"Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP," tegasnya kepada media, semalam, lapor Harakahdaily

Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.

"Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.

"Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP," jelasnya.


Kronologi Serangan DAP Terhadap Presiden PAS

Posted: 29 May 2015 01:21 PM PDT

Izwan Abdul Halim – Mutakhir ini DAP dilihat begitu galak menyerang dan memperlekehkan PAS khususnya Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kronologi ringkas ini bertujuan untuk diperlihatkan semula sebagai imbasan, agar jangkaan yang bebas dan adil dapat dibuat terhadap masa depan politik Pakatan Rakyat, selain menghentikan budaya fitnah dan adu domba

26 MEI 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tawar hati untuk bersama Pakatan Rakyat (PR). Abdul Hadi berkecenderungan terhadap Umno berbanding memberikan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini.

"Beliau bukan saja tidak hadir ke PRK Permatang Pauh lalu, malah turut tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah. Hadi membuktikan walaupun tubuh badannya masih bersama PR, hatinya sudah bersama Umno."

24 MEI 2015: Lim Kit Siang berkata, "Kalau bekas Mursyidul Am PAS (Nik Abdul Aziz) masih hidup, pasti beliau tidak akan membenarkan Pakatan Rakyat berhadapan krisis seteruk ini dan menentang rancangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh pimpinan PAS sedia ada. Bekas pemimpin PAS pernah mendakwa idea pembentukan kerajaan perpaduan telah mendapat restu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi ia dihalang sendiri Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun promoter konsep kerajaan perpaduan telah mengambil kesempatan daripada kematian Nik Abdul Aziz untuk meneruskan konspirasi politik itu."

23 MEI 2015: Lim Guan Eng berkata, Abdul Hadi semakin berkelakuan seperti 'pemimpin Umno' dengan memainkan sentimen perkauman dan menyerang DAP. Abdul Hadi semakin lama lebih dilihat sebagai pemimpin Umno, bukan pemimpin PAS.

"Adakah ini kerana beliau nak kerajaan perpaduan? Beliau tetap sokong perdana menteri walaupun Lembaga Tabung Haji ada masalah? Kalau nak gabung, pergilah. Jangan cari alasan macam ni. Jangan hilang akal macam ni. Sekarang dia (Abdul Hadi) main sentimen perkauman untuk serang DAP. DAP tak pernah cakap nak memerintah negara secara sendirian. Jelas hati dia (Abdul Hadi) tak ada bersama Pakatan Rakyat lagi."

24 MAC 2015: Lim Guan Eng berkata, "Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut (hudud), lebih baik beliau tinggalkan Pakatan Rakyat, beliau tentu berhak sebagai seorang Ahli Parlimen untuk berbuat demikian. Kita tak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai Ahli Parlimen… tapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli Pakatan Rakyat kerana kalau dia buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan pakatan.”

24 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, "DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya. Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah. Pengundi yang menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk dasar bersama yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Yang melanggar dasar ini adalah PAS."

22 MAC 2015: Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi bertindak dengan cara tidak jujur dan tidak bermaruah apabila membuat keputusan sendiri membelakangkan Pakatan Rakyat memohon kebenaran Parlimen membentang rang undang-undang persendirian hudud pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung. Tindakan Abdul Hadi itu mencabuli keputusan Majlis Tertinggi PR kerana sebarang usul persendirian mesti terlebih dahulu dikemukakan kepada mereka sebelum dihantar ke Parlimen.

"Ini mencabuli keputusan Majlis Tertinggi sendiri. 'Hot honest and not honourable'. Sebab itu kita tidak boleh mempersetujuinya. PKR mengumumkan tidak bersetuju dan DAP pun tidak boleh bersetuju. Tapi PAS melanggarnya. Itulah masalahnya."

21 MAC 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang terus mengkhianati dan menghina Pakatan Rakyat dengan memungkiri janji yang dinyatakannya sendiri kepada Pakatan Rakyat berhubung isu hudud sebelum ini.

Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini adalah satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan Pakatan Rakyat atau demi mengugut DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerah kepada PAS atau melihat Pakatan Rakyat berpecah. Pendekatan sedemikian oleh Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan konsensus yang digunakan Pakatan Rakyat demi demokrasi yang sihat dan koalisi yang berfungsi dengan baik. Pimpinan DAP dikhianati oleh PAS Kelantan dan beberapa pimpinannya atas sikap tidak jujur, licik dan khianat mereka membelakangi Pakatan Rakyat.

Presiden PAS berkhayal jika menyangkakan bahawa sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS masih belum hilang selepas mereka dikhianati oleh parti itu. PAS bukan sahaja telah menamatkan Pakatan Rakyat malah prospek parti itu dalam pilihan raya akan datang.

28 JANUARI 2015: Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, Abdul Hadi mempunyai hasrat untuk memecah-belah Pakatan Rakyat. Pelbagai isyarat yang diberikan Abdul Hadi termasuk keengganan menghadiri mesyuarat tertinggi pakatan, menolak resolusi yang dipersetujui bersama hinggalah membangkit isu pilihan raya kerajaan tempatan.

Abdul Hadi semakin konservatif telah membelakangkan nilai 'parti untuk semua rakyat' yang dipegang oleh PR.

"Keadaan ini menyedihkan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina yang memberi sokongan kepada PAS pada Pilihan Raya 2008 dan 2013. Jangan lupa bahawa tanpa sokongan pengundi bukan Islam khususnya pengundi Cina, PAS akan menerima kekalahan di banyak kawasan."

27 JANUARI 2015: Lim Kit Siang berkata, "Serangan Umno ialah apabila pemimpinnya turut melompat menyokong Hadi bagi kenyataan '13 Mei jika kembalikan undi ketiga', dan dalam masa beberapa hari ini, kenyataan Hadi diberikan keutamaan berbanding Presiden Umno dan Timbalan Presidennya di dalam Utusan Malaysia – pertama kali dalam sejarah lidah rasmi Umno itu!"

6 FEBRUARI 2015: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PR Ahad ini bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

Pihaknya sedia berbincang perkara-perkara bernas yang melibatkan kepentingan rakyat berdasarkan fakta.

"Di sini saya rasa pendirian DAP amat jelas dan yang paling penting adalah menyelesaikan perkara berbangkit berdasarkan fakta dan bukan fitnah. tanpa kehadiran Presiden Pas, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menetapkan bahawa semua keputusan harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin PR. Kami mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan."

7 SEPTEMBER 2014: Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menemplak Abdul Hadi kerana menyebabkan kehilangan dua negeri kepada Barisan Nasional dan kini mempersoalkan pula keupayaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Naibnya, Teng Chang Kim pula berkata, fakta rekod kerja Hadi menceritakan keupayaan pentadbiran beliau untuk dinilai orang ramai kerana hilang Terengganu sewaktu menjadi Menteri Besar dan hilang Kedah sewaktu menjadi Presiden PAS.


IKRAM Tonjol Tiga Anak Pimpinan PAS Untuk Lawan Hadi

Posted: 29 May 2015 12:14 PM PDT

AIDCNews -30/5/15 – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menonjolkan tiga anak pimpinan PAS untuk melawan pengaruh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketiga anak pimpinan PAS itu ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (anak Allahyarham Yusof Rawa, Presiden PAS kelima), Muhamad Faiz Fadzil (anak Allahyarham Datuk Fadzir Noor, Presiden PAS keenam) dan Nik Omar Nik Abdul Aziz (anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS).

“Program yang sangat kelakar. Jemput orang ‘luar’ untuk bincang masa depan PAS.

“Mujahid masa di Mesir dulu adalah IRC cawangan Mesir; Faiz Fadhil, IKRAM dan tak pernah menerima tarbiyah PAS masa di kampus dan Nik Omar, IKRAM,” dedah laman pro ulama, El Haraki.

Ia merujuk kepada satu program bertajuk “Politik Islam di Malaysia. Agenda Politik Baru” di Carlton Holiday Hotel, Shah Alam, pada 29 Mei.

Program anjuran Lajnah Penerangan Shah Alam dan Pemuda PAS 18 B itu dipengerusikan oleh Dr Hamzah Jaafar.



Dr Hamzah yang juga bekas Yang Dipertua PAS Jerantut didedahkan oleh ‘Kulaan Harat’ sebagai seorang aktivis IKRAM.

“Pak Abu atau abu ‘urwah atau Saari Sungib juga berperanan untuk menyusun konspirasi parasit dalam PAS Pahang..antara agent parasit Saari Sungib di Pahang ialah ustaz Yusuf Embong..bersama mereka juga adalah Dr (dr homopati) Hamzah Jaafar..( Hamzah Jaafar masa di Mesir ada group sendiri yang dinamakan ‘Nusantara’)..parasit menguasai sebahagian besar Jawatankuasa harian PAS Pahang..

“Dan sudah tidak menjadi rahsia di Pahang, Saari Sungib memimpin usrah (atau pertemuan sulit) pimpinan PAS dari kalangan parasit untuk terus memaksimumkan penguasaan golongan parasit di Pahang,”dedahnya dalam artikel bertajuk “Dokumen Penuh Parasit Menguasai UMNO : Baca dan fahamilah Grand Design Parasit bukan sahaja dalam PAS

Dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) tanda tangan pengakuan berkanun sokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor

Penglibatan IKRAM mahu menentukan hala tuju PAS terbongkar pada September 2014 apabila dua ADUN PAS Selangor, YB Saari Sungib (Hulu Kelang) dan YB Hasnul Baharuddin (Morib) membelakangkan pimpinan PAS apabila menandatangani pengakuan berkanun menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baharu Selangor.

Saari dan Hasnul adalah bekas aktivis JIM (Jemaah Islam Malaysia).

Menurut blog jalan-yang-satu, JIM adalah nama rasmi kepada sebuah pertubuhan underground – IRC (Islamic Representative Council) yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom pada awal tahun 1970-an.

Sekembalinya pelajar-pelajar itu ke Malaysia, mereka mentranformasi IRC kepada pertubuhan rasmi secara berdaftar yang dinamakan JIM pada 1991.

“Presiden JIM pertama adalah Abu 'Urwah (Saari Sungip) sehingga tahun 1999 di mana Prof. Madya Dr. Mohd Hatta Shahrom (ketika itu) mengambil tempat sebagai Presiden.

“Pada tahun 1999 juga ramai pimpinan JIM menganggotai KeAdilan, di antaranya ialah Sahari Bahari (bekas Naib Presiden JIM) yang menjadi EXCO Pemuda KeAdilan. Hj. Saari Sungip menjadi calon KeAdilan dalam Pilihanraya 29 November 1999 tetapi tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, tetapi kini menjadi ADUN PAS Hulu Kelang,”dedahnya.

Menurut Harakahdaily JIM telah dibubar pada 2013 dalam satu Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) Khas NGO di Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur.

"Kami memutuskan untuk membubarkan JIM bagi menyepadukan sumber-sumber organisasi bagi membolehkan kami melaksanakan tugas yang lebih besar dalam masyarakat demi melonjakkan lagi dakwah," kata Zaid Kamaruddin, Presiden JIM.

Perhimpunan khas tersebut juga telah meluluskan usul untuk memindahkan semua harta dan aset JIM kepada IKRAM sebuah NGO yang diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 Oktober 2009.

"Kekuatan yang ada pada JIM termasuk harta, aset maknawi serta institusi-institusi seperti sekolah, Hidayah Centre dan Raudhatus Sakinah akan diserahkan kepada IKRAM

"Pengalaman yang kita peroleh semasa bergerak di bawah JIM akan dimanfaatkan dalam membina tapak yang kukuh bagi penglibatan IKRAM dalam masyarakat," kata Zaid.


Mesej Tersembunyi Pembelotan 2 ADUN PAS

El Haraki : Saari Sungip Mula Tunjuk Wajah Sebenar

IKRAM Mahu Kuasai PAS Melalui PASMA ?

Albangi Selangor Dedah Dokumen Perancangan Anwarinas Kuasai PAS

Penyokong Husam Gesa Keluar PAS Tubuh Parti Baharu


Mahkamah Arah Presiden ANAK Bayar RM350,000 Fitnah FELDA

Posted: 29 May 2015 04:31 AM PDT

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.

Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd yang menerbitkan buku “FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long” membayar kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.

Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk.

Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, manakala peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd tidak hadir – BERNAMA


Kumpulan Suhaizan Dedah Pemuda PAS Berpecah Dua Aliran

Posted: 29 May 2015 02:20 AM PDT

AIDCNews – 29/5/15 – Terdapat dua kem yang bertanding dalam Dewan Pemuda PAS Pusat untuk sesi 2015/2017 dedah kumpulan Suhaizan Kayat.

Perkara itu didedahkan oleh calon Exco Pemuda PAS Pusat, Mohammad Faiz Fadzil yang berkata dua kem itu membawa dua aliran berbeza.

Faiz yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor berkata, dua aliran itu adalah pertama, aliran yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) dan kedua, aliran yang mahu memutuskan hubungan dengan PR.

“Pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. Itu realiti dan tak dapat kita nak elak atau sembunyi lagi.

“(Apa yang berlaku) ini bukan dibuat-buat tetapi ia berdasarkan (beberapa siri) kenyataan yang diberikan oleh pemimpin kita.

"Ada kenyataan yang pertahan PR dan ada kenyataan yang beri gambaran jelas bahawa PAS akan meninggalkan PR. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh dua aliran pimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian pada program bicara ilmiah bertajuk ‘Wacana Hala Tuju Pemuda Pas Malaysia’ anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Selain Faiz, program itu menampilkan Suhaizan Kaiat, penyandang Ketua Pemuda; Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, calon Timbalan Ketua Pemuda dan Nor Azman Mohamad, calon Naib Ketua Pemuda.

Mengulas lanjut, Faiz menegaskan, kewujudan dua aliran itu bukan pendedahan yang sengaja dibuat-buat, namun ia berdasarkan maklumat dan kenyataan-kenyataan (pemimpin PAS) di dalam media arus perdana serta media-media sosial.

"Ia bukan tuduhan melulu atau liar dan kita tak sebut nama mana-mana pemimpin tetapi rakyat sekarang dapat maklumat secara cepat melalui media sosial," katanya.


Menurutnya, secara dasar kerjasama dengan PR harus dikekalkan kerana usaha menegakkan daulah Islamiah harus mempunyai kerajaan.

Beliau berkata, dalam membentuk kerajaan, PAS perlu mempunyai rakan sekutu yang kuat.

"Mengambil contoh di Kelantan, bagaimana peraturan atau undang-undang boleh dilaksanakan dan diterima apabila adanya kerajaan. Sekali gus syiar Islam dapat ditegakkan.

"Begitulah juga di peringkat pusat, PAS perlu membentuk gabungan yang kuat bersama DAP dan PKR untuk menentang BN bagi membentuk kerajaan di bawah PR," katanya.

Ketua Pemuda

1. Suhaizan Kaiat (penyandang)

2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (pro ulama)

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang/pro ulama)

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kem Suhaizan)

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang/pro ulama)

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kem Suhaizan)

Ahli Jawatankuasa Kerja

*12 Ahli Jawatankuasa yang perlu dipilih

Team Suhaizan

1. Abang Ahmad Kerdee
2. Lahirul Latigu
3. Mohamad Arifiriazul Paijo
4. Mohd Fakhrurazi Mohd Mokhtar
5. Mohd Hakim Mohd Nor
6. Mohd Hasbie Muda
7. Mohd Nasaie Ismail
8. Mohd Nasir Zakaria
9. Mohd Sany Hamzan
10. Muhammad Faiz Fadzil
11. Muhammad Hafiz Musa
12. Muhd Ramadhan Fitri Elias

Team Nik Abduh

1. Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden
2. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
3. YB Hishamudin Abdul Karim
4. Izwan Abdul Halim
5. YB Mohd Azam Abd Samat
6. Ustaz Mohd Hafez Sabri
7. YB Mohd Zawawi Abu Hassan
8. Ir Haji Muhtar Suhaili
9. Nurul Islam Mohamed Yusoff
10. Syahir Che Sulaiman
11. Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
12. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofree

Pengerusi & Timbalan Pengerusi Tetap

Pengerusi Tetap

YB Abdul Latiff Abdul Rahman (team Suhaizan)
Ustaz Kamal Ashaari (team Nik Abduh)

Timbalan Pengerusi Tetap

Ahmad Sabky Yusof (team Suhaizan)
Dr Riduan Mohd Noor (team Nik Abduh)


Muktamar PAS Kemuncak Grand Design PASMA – Dr Zuhdi

Posted: 29 May 2015 12:36 AM PDT

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diyakini telah dan sedang merancang melakukan Grand Design untuk memastikan kumpulan mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan dalam Muktamar PAS kali ini.

Perancangan yang dilakukan oleh PasMa kali ini begitu terdesak sehingga melibatkan adanya pencabar bagi jawatan Presiden, menyebabkan pertandingan pada kali ini adalah antara blok atau kumpulan. Ketara sekali, wujud blok atau kumpulan yang mendukung Presiden PAS sekarang serta Kepimpinan Ulama, dan satu lagi blok atau kumpulan yang lunak dengan DAP yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Awang.

PasMa yang dilancarkan penubuhan pada tahun lepas adalah jenama baru kepada kumpulan yang mahu membawa wajah baru dan progresif dalam PAS, yang telah wujud sejak tahun 1998 lagi. Kemunculan PasMa semasa pelancarannya di Pustaka Zahra, Kota Bharu, tahun lalu hanyalah kemunculan satu pertiga daripada kumpulan ini, manakala dua pertiga lagi masih tersembunyi. Dengan erti kata lain, PasMa ini seumpama bongkah ais, yang muncul di permukaan air hanyalah satu pertiga, sedangkan dua pertiga lagi tenggelam di bawah air. Bagaimanapun, menjelang Muktamar PAS yang bermula minggu hadapan, dua pertiga yang tenggelam itu mulai muncul.

Dalam muktamar pada kali ini, jelas sekali PasMa berperanan di belakang calon jawatan Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang, apabila terdapat figure PasMa mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini. Pada ketika yang sama, program-program yang melibatkan Ustaz Ahmad Awang juga banyak dianjurkan oleh mereka yang sama ada ahli PasMa ataupun yang sebelum ini mesra PasMa. Demikian juga terdapat calon-calon mereka yang bertanding, sering terlibat dengan program-program snjuran PasMa sebelum ini.

PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan. Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan Ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi ‘budak suruhan DAP’ dalam PR. Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diwarwarkan oleh mereka baru-baru ini.

Secara langsung, kumpulan PasMa dan mereka yang menyembunyikan identiti PasMa mereka tidak menginginkan PAS kuat dalam PR dan terus tegas mempertahankan dasar serta tema perjuangan. Mereka lebih rela PAS menjadi lunak dalam PR khusus terhadap DAP, dengan mengambil sikap menyembunyikan dasar dan tema perjuangan Islam demi meraikan desakan DAP. Dipercayai para perwakilan Muktamar PAS yang telah bergelumang berpuluh tahun dengan dasar dan tema perjuangan PAS akan terus mempertahankan Presiden sekarang dan Kepimpinan Ulama.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS
29 Mei 2015
10 Shaaban 1436


Husam Jalani Rawatan Penyakit Bell’s Palsy

Posted: 28 May 2015 09:24 PM PDT

PETALING JAYA: Pemimpin politik PAS, Datuk Husam Musa yang bertanding untuk jawatan naib presiden menjalani rawatan Bell’s palsy pada bulan lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu memilih rawatan tradisional akupunktur dan kini sedang dirawat di sebuah klinik swasta di Puchong yang terkenal dengan rawatan perubatan tradisional Cina.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang melawat Husam beberapa minggu lalu memberitahu bahawa beliau kini dalam proses pemulihan serta boleh berjalan dan bercakap.

“Doktor menegaskan dia perlu berehat dan tidur sebanyak yang mungkin,” kata Wan Rahim.

Husam tidak dapat bergerak sejak kempen pemilihan PAS bermula tetapi Wan Rahim berkata Husam harus segera baik untuk menghadiri muktamar PAS di Kuala Selangor dari 4 hingga 6 Jun ini.

Bell’'s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

Ia menyebabkan kelemahan atau lumpuh di sebelah muka dan boleh menyebabkan bahagian muka untuk terasa berat di sekitar mata dan mulut.

Wan Rahim berkata Husam telah dirawat di klinik akupunktur selama hampir sebulan.

Husam mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PAS minggu depan – Mstar


Mesej Ahmad Awang Kata Hudud Digunakan Untuk Berbalah Sesama Ahli PAS

Posted: 28 May 2015 12:10 PM PDT

AIDCNews – 29/5/15 – Calon Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang membuat kesimpulan bahawa isu hudud sengaja ditimbulkan bertujuan untuk mewujudadkan perbalahan sesama ahli parti.

“Kesimpulan yang saya lihat keadaan sekarang ini, sudah jadi..digunakan isu ini (hudud) untuk menimbulkan masalah sesama sendiri

“Bukan nak atasi supaya masalah ini dapat dihindar atau diperbaiki, “kata Ahmad Awang rakaman temu bual bersama sebuah saluran media alternatif yang dimuat naik di YouTube.

Ahmad memulakan persoalan dengan bertanya soalan berbunyi, “Siapa ahli atau pemimpin PAS yang tak sokong hudud? Cuba tunjuk siapa dia.

Blogger PAS, Nordin Ali berkata rakaman wawancara bersama Ahmad Awang itu merupakan satu bentuk kempen secara agresif untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya menonton video kempen terkini Ustaz Ahmad Awang kononnya tak ada ahli PAS yang tolak hudud.

“Tahniah kepada team yang buat video ini dan kempen yang agresif untuk menjatuhkan Ustaz Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS,”katanya.

Menurutnya, tiada ahli PAS akan mengaku bahawa mereka menolak hudud, tetapi bahasa dan gaya sudah mencerminkan penolakan terhadap undang-undang Islam tersebut.

Ia merujuk kepada kenyataan Dr Dzulkifli Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat yang berhujah berkenaan hudud.

“Bahasa dan cara gaya yang diungkapkan memang menolak hudud, hanya kita tak boleh baca hati dia sebagaimana Presiden PAS mengatakan hati hanya Allah sahaja yang tahu.

“Kita menghukum dari segi apa yang kita boleh faham mengikut bahasa percakapan. Saya rasa apa yang di sebut oleh Ustaz Ahmad Awang adalah tidak benar,”katanya.

Nordin Ali turut menolak pendapat Khalid Samad yang mendakwa buat masa sekarang, PAS tidak perlu bercakap berkenaan hudud kerana untuk menjaga sensitiviti masyarakat bukan Islam, biarlah Pakatan Rakyat (PR) dapat tawan Putrajaya terlebih dahulu barulah selepas itu hudud dapat dilaksanakan.

“Saya masih bertegas dengan pendapat saya dalam penulisan saya yang lalu jika PR tawan Putrajaya tak ada siapa akan buat hudud. DAP kalau belum tawan dah bantah macam orang giler, selepas tawan Putrajaya dengan kuasa yang lebih besar sudah pasti tidak akan bersetuju malah silapsilap PAS akan terpencil oleh pakatan DAP dan PKR.

“Adakah pimpinan PAS di atas nak buat hudud? Semoga Allah selamatkan PAS daripada kepimpinan yang “hanyut”,”katanya.


PAS Tidak Berhak Tentukan Apa Saya Perlu Cakap – Guan Eng

Posted: 28 May 2015 06:06 AM PDT

AIDCNews – 28/5/15 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pimpinan PAS tidak berhak menentukan apa yang perlu beliau lakukan (cakap) kerana beliau bukan mewakili parti itu.

“Bukan PAS yang menentukan apa yang perlu saya lakukan (cakap). Hanya pimpinan DAP sahaja yang boleh tentukan saya.

“Apa yang saya tahu, Kami (DAP) hanya menyuarakan perinsip dan pendirian kami. Saya akan terus terus bersuara di mana dan bila-bila sahaja apabila diperlukan untuk kepentingan parti dan rakyat” kata beliau di lobi Parlimen hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang meminta beliau menghentikan polemik serangan terhadap PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.

"Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli PAS. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar Pakatan Rakyat," kata Nik Abduh semalam.

Guan Eng berkata beliau sepatutnya digalakkan terus mengkritik Hadi jika ia menguntungkan Presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu depan

“Sekiranya perbuatan kami boleh membawa faedah kepada Hadi, saya pasti Hadi harus menggalakkan kami untuk terus bersuara lantang lagi,” katanya

Sambil menegaskan beliau tidak berniat mencampuri urusan pemilihan PAS, Guan Eng berkata beliau sudah dapat meramalkan bahawa Hadi akan terus dipilih menerajui PAS.

“Kami rasa Hadi akan menang (dalam pemilihan PAS itu).

“Bila saya menyatakan pendirian parti (DAP), saya tidak bercakap hanya pendapat peribadi saya sahaja, saya mewakili pendapat keseluruhan parti.

“Hadi boleh bercakap mewakili dirinya sahaja, (tetapi) saya tidak. Saya bercakap mewakili parti.

“Jadi, jika apa yang saya katakan itu memberi manfaat Hadi, maka saya yakin beliau akan menggalakkan saya untuk terus bercakap, betul tak” katanya sambil ketawa.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Jawatankuasa Tertinggi DAP telah bermesyuarat pada 25 Mei untuk mengukuhkan lagi keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Hadi dijamin menang dan tidak memerlukan sebarang bantuan luar memenangi kerusi presiden PAS.

“Atas sebab ini pimpinan tertinggi DAP, dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 25 Mei mengulangi kesediaan berdepan sebarang kemungkinan bagi PR pada masa akan datang,” kata Guan Eng yang meramalkan gabungan pembangkang itu akan berpecah.

Pada 23 Mac lalu, Jawatankuasa Tertinggi DAP telah membuat keputusan sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan Hadi.