Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Serangan babi buta melantun ke parti dan calun idaman sendiri 2

Posted: 30 May 2015 10:00 PM PDT


Ini apa cerita merepek ni?



Yang kamu nak saman RM50 billion, adakah asas untuk tuntut? Perlu buktikan pihak CGAM berhadapan dengan kerugian sebanyak itu. Kerugian sebesar itu tapi baru nak kumpul bahan dan maklumat.

Sahlah ia hanya cerita katun atau hanya wayang kulit saja???

Kalau Melayu yg tak dikenali ramai tapi tiba2 muncul ini orang UMNO, adakah nak diucapkan syabas atas kebodohan?

Pastinya tidak sebab akhirnya yang suka dan bertepuk menyaksikan adalah DAP.


Itu yang kita tulis semalam, Serangan babi buta melantun ke parti sendiri dan calun idaman di SINI semalam.

Nak bersaing politik mesti tau had dan hari. Jangan sampai serangan itu memakan parti sendiri dan calun idaman anda. Batu api dan penguli capati dan tosai tak peduli bila menghasud dan batu api.

DAP dah ketawa besar tu paham tak petanda itu?

Dalam penjara, tak perlu kutip sabun yg di lantai

Posted: 30 May 2015 07:00 PM PDT


Sah dah kena sampai buang air berdarah. Dulu kau darahkan orang lain.

1MDB: Nak selesaikan masaalah pun dikasi masaalah?

Posted: 30 May 2015 06:00 AM PDT


Semalam dilaporkan bahawa ada usaha kerajaan untuk restructure 1MDB yang sudah diperakui beberapa kali tentang gearing atau tahap hutang yang terlalu tinggi.

Ia sudah disebut sebagai tidak sustainable oleh Dato Husni Hanazlah di Parlimen dan Dato Wahid Omar dalam penjelasan pada Pemuda UMNO. Malah PM pun ada sebut dalam interview TV3 apabila sedia menerima pandangan tentang business model 1MDB.

Selain itu, 1MDB berupaya mendapatkan dana dari Abu Dhabi sebanyak USD1 billion.

Sebaik saja diumumkan rancangan untuk jadikan TRX, Bandar Malaysia dan Edra Energy sebagai unit-unit berlainan, ada pulak kata ini apa punya roadmap. Hujah tidak ada. Tak cukup ilmu kot.

Wang USD1 billion itu boleh membolehkan pengstrukturan semula 1MDB dan bantu melegakan beban hutang hingga lebih dari RM16 billion.

Ada persoal: 1MDB: How do you fix a problem you cannot identify?

A restructuring plans for 1MDB but do we know the problems? - TK Chua

Bukankah mereka juga yang tergesa mahu lelong saja 1MDB cheap cheap dan tak payah lagi tunggu PAC dan AG sebab kata mereka setahun kena bayar RM2-3 billion hutang?

Ada blogger juga tulis kata cadangan pengstrukturan semula ada pengakuan pihak kerajaan telah lakukan kesalahan. 

Oklah tu Jang. Dah ngaku tak sustainable. Tapi bab tuduh mencuri tu sila buktikan. 

Apa hal pun masaalah kena selesaikan dan tak boleh dibiarkan gitu. Hal nak cari salah, boleh diteruskan asal tak berbohong dan tak guna alasan Sarawak Report. 

Kedudukan kewangan terkini sudah dipastikan dan sesuatu perlu dirancang segera supaya boleh diimplimentasi sambil pihak yang perlu cari salah teruskan usaha.

DAP pula tak habis menimbulkan persoalan:

Pua: Desperate 1MDB seeking loan shark

LKS: What string attached to 1MDB's latest loan, ask DAP?

Taktik biasa DAP... komunis memang gitu. Propaganda tak henti. Dah memang kerja mereka sentiasa cari salah walaupun kecil. 

Persoalan sama ...

Is Malaysia on a fire sale?

Is Malaysia on a fire sale? – J.D. Lovrenciear
Tak fahamnya bila ada pun sama macam pembangkang cari salah benda kecil hingga isu pun salah macam pembangkang. Salah tuduh takpa asal prinsip betul hehehe ...

Wenger Khairy pula memberi analisa implikasi seoalah-olah 1MDB pinjam Deutsche untuk selesaikan hutang dengan IPIC tapi kini dia kata pinjam dari IPIC untuk selesaikan Deutche bank. Baca SINI.

Cekap dia analisa dengan fakta. Syabas. Cuma kesimpulan Wenger ada silap sikit tapi maknanya besar. Ini bukan pinjaman langsung! Pasti Wenger berupaya kaji balik. Kenyataan Husni Hanazlah memang agak misleading.

Cukup-cukuplah ... kamu juga kata Cabinet patut reject bailout.Jika jual tanah dihalang, Bank ditakut-takutkan, dan apa usaha nak disabotaj, tycoon mana yang ada kepentingan nakkan asset2 1MDB cheap cheap????

Wenger turut kata Unspinner turut setuju tindakan jual tanah TH. Itu tidak tepat dan meleset sekali sebab Unpsinners kata padan muka Melayu sebab emosi hingga terjual tanah itu. Pasti tidak bermakna setuju.

Serangan babi buta melantun ke parti dan calun idaman sendiri

Posted: 30 May 2015 02:00 AM PDT


Isu anak Dato Najib bersama bekas isterinya, Nizar yang bekerja di Deloitte bahagian consulting diviralkan oleh pihak yang mahu Dato Najib ditumbangkan.

Penyebaran maklumat salah ini berniat jahat. Nampak sangat ianya suatu usaha mengait ngaitkan tanpa usaha melakukan siasatan sebelum buat tuduhan.


Kalau diusahakan untuk tanya bagaimana operasi division consulting dalam sesebuah accounting firm, mereka akan dapati bahagian itu sering beroperasi sebagai satu anak syarikat berlainan dan ada satu dinding maklumat yang dipanggil Chinese wall antara bahagian consulting dan odit.

Mengikut amalan tiada kaitan langsung urusan odit dan consulting serta tiada langsung perkongsian maklumat.

Ini juga amalan bank saudagar atau bank pelaburan di mana bahagian korporat atau Mergers & Acquisition tidak ada perkongsian maklumat dalam hal banking baik dalam bank pelaburan ataa parent company yang selalunya bank komersil.

Tak suka kritik sesama rakan tapi harap ingat. Carik2 bulu ayam. Lama2 bercantun jua. Macam mana sekali pun akhirnya kembali bersama.

Bahaya menuduh bukan-bukan begini kerana satu hari maklumat dan tuduhan salah begini akan menghantui BN ketika kempen pilihanraya. Ia boleh menghantui juga calun idaman anda kelak.

Bertanggungjawablah sikit ....

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


CALON WARNA HIJAU TOLAK DAP, CALON WARNA MERAH DINAUNGI DAP, PILIHLAH YAG MANA SATU KATA HJ HADI

Posted: 30 May 2015 06:38 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk untuk membuat pilihan sama ada memilih pemimpin parti yang disukai DAP atau sebaliknya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.
Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.
"Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP," tegasnya kepada media, semalam, lapor Harakahdaily
Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.
"Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.
"Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP," jelasnya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:41 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


DENGGI DI TEMERLOH...TANTAWI....."AWAK KAT MANA?"

Posted: 30 May 2015 07:23 PM PDT

LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM


Denggi di Temerloh: Tantawi 'awak kat mana?'

Denggi di Temerloh: Tantawi 'awak kat mana?'

Bandar Ikan Patin Malaysia, Temerloh diserang wabak denggi sehingga memaksa pihak Majlis Perbandaran Temerloh menutup tapak pasar malam di Taman Temerloh Jaya bagi mengelak wabak tersebut menulari orang ramai.

Bagaimanapun, menurut penduduk, Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Tantawi yang giat berkempen merebut jawatan dalam Muktamar Pemilihan 6 Jun ini tidak kelihatan turun melawat kawasan.

Sepatutnya ahli parlimen adalah orang pertama yang turun selain ADUN. Kalau Termerloh masih di bawah BN, ahli parlimen BN Saifuddin Abdullah tentu awal-awal lagi sudah muncul muka dalam surat khabar melawat mangsa denggi.


surat 


Ahli parlimen PAS kena lebih kerap turun kawasan dan bukannya mengharapkan pegawai pusat khidmat memberi perkhidmatan.


Lebih dikesalkan, blog Tok Usin Ceroi yang mengaku berada di bawah Tantawi ketika beliau menjadi Ketua Pemuda PAS tidak pula mahu mengajak bosnya turun padang. Sebaik-baiknya media di bawah Tantawi ini diguna mempromosi aktiviti beliau, bukannya menyerang dan memfitnah pemimpin profesional PAS yang dicap sebagai 'jebon'.

Jebon-jebon pun pemimpin profesional PAS rajin turun padang. Berapa banyak gambar Dr Hatta Ramli angkat kotak bantuan, kayu, khemah dan lain-lain ketika banjir besar melanda Kuala Krai tahun lalu? Sekarang puak ulama mahu semua pemimpin PAS dari kalangan ulama tetapi kalau kualiti buruk yang diangkat maka maut la PAS PRU nanti.

Profesional PAS disanjung bukan kerana mereka pandai mengaji, baca hadis dan sebagainya tetapi kerana jasa kepada masyarakat. Kalau dijemput ceramah di masjid baru datang maka elok lah jadi penceramah bebas, jangan jadi ahli parlimen atau ADUN.

Kepada perwakilan yang akan bermuktamar 4 Jun nanti jangan fikir dua kali sebelum membuang undi, kerana undi akan diberi kepada puak ulama. Tetapi fikirlah 10 kali, puak mana yang lebih diterima rakyat dan boleh menang pilihan raya.

Kalau nak menang muktamar lepas tu sibuk berpropaganda mengecam BN, generasi PAS 1980an lagi hebat. Siap dengan fatwa kafir mengkafir tapi satu kerajaan negeri pun tak ada.

Kalau perwakilan nak walak membuta tuli, maka lepas Jun nanti siap sedia lah berpolitik gaya lama, duduk kedai kopi hentam BN. Itulah gaya 'tak produktif' ahli dan pemimpin PAS 1980an dulu.

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Posted: 30 May 2015 07:21 PM PDT

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon yang tewas akan diberi jawatan – Ahmad Awang

Calon Presiden Ustaz Ahmad Awang menegaskan, PAS perlu direformasikan bagi membuang saki-baki anasir negatif yang menyusup masuk ke dalam pimpinan parti itu.
"Saya menyahut permintaan rakan-rakan yang sayangkan jemaah PAS (bertanding) bagi meneruskan Perjuangan Islam sebagai parti yang berteraskan prinsip Perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah," katanya forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), malam tadi.

Tambah beliau lagi, di samping melakukan perubahan struktural, PAS mestilah bergerak ke arah tajdid penyatuan ahli dan kepada pihak yang kalah, akan diberikan jawatan dalam kabinet baharu yang akan dibentuk sekiranya beliau terpilih sebagai presiden.
Menurut Ahmad lagi, PAS amat penting sebagai penggerak perubahan massa dan parti itu tidak boleh berpecah atau goyah menjelang PRU 14

"Menjelang piliha raya akan datang, jika PR berpecah dan tidak mencari kata sepakat maka PR akan melalui detik kekalahan akibat tiada jalinan kerjasama dilakukan
"Tahaluf Siyasi tidak perlu dikaji semula kerana PAS tidak terjerumus ke dalam penglibatan konflik yang berlaku antara rakan kompenan PR. Cuma orang yang diberi amanah dalam PAS harus dipertanggungjawabkan untuk memperbaiki segala kelemahan mereka ketika diberi kuasa untuk mempimpin kelak," ujarnya.

PAS akan menganjurkan Muktamar Pemilihan ke 61 pada 4 hingga 6 Jun depan di Kuala Selangor. Muktamar kali ini menyaksikan kesemua jawatan parti dipertandingkan.

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Posted: 30 May 2015 07:19 PM PDT

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding
Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Padang permainan tidak sama rata, Ahmad tetap bertanding

Calon Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang berkata, beliau bertanding semata-mata untuk menyahut saranan segelintir perwakilan dan penyokong yang ingin menyelesaikan kemelut dalam PAS sekarang.

Katanya semasa proses penamaan calon, berlaku beberapa ketempangan tadbir urus pejabat agung PAS yang melambatkan proses pengesahan menerima pencalonan beliau. Hal itu, katanya, menunjukkan padang pertandingan kali ini tidak rata sama disebabkan beberapa ahli parti yang tidak bersetuju beliau mencalonkan diri. Namun menurut Ahmad, beliau tetap dengan keputusannya.

"Pemimpin yang diberi amanah (merujuk pemimpin PAS hari ini) wajib melaksanakan amanah dan keputusan yang dibuat haruslah adil," katanya.

Beliau turut mengulas berkenaan isu ucapan Tuan Guru Datuk Seri Haji Awang yang inginkan PAS bergerak secara bersendirian kerana DAP tidak mengiktiraf perlaksanaan Hudud ketika Muktamar di Batu Pahat, Johor tahun lalu.

Kenyataan tersebut, katanya Ahmad, bukan keputusan Muktamar. Tambahnya, sejak penubuhan PR telah disepakati bersama dalam Muktamar yang berlangsung di Ipoh, Muktamar di Shah Alam dan Kota Baharu bahawa PAS akan kekal bersama PR.
Ahmad Awang pada 2009 pernah mengumumkan penarikan diri daripada apa-apa keterlibatan dalam Pimpinan PAS Pusat dalam Muktamar ke -56 di Shah Alam. Namun pergelutan politik dalaman PAS memaksa beliau kembali aktif menawarkan diri bertanding jawatan nombor 1 dalam parti.


LAWATI SUARA PAKATAN DAILY.COM 


“PAS For All” relevan jika profesional, ulama seimbang

Posted: 30 May 2015 07:17 PM PDT

"PAS For All" relevan jika profesional, ulama seimbang

"PAS For All" relevan jika profesional, ulama seimbang

 

 LAWATI SUARA PAKATAN DAILY


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata slogan "PAS For All" hanya kekal relevan sekiranya pemimpin yang menang alam Muktamar Pemilihan Jun nanti terdiri daripada campuran muka baru, ulama dan profesional.

Katanya, Muktamar PAS ke – 61 yang bakal berlangsung 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor nanti seharusnya memfokus kepada perancangan strategi memusnahkan BN, bukannya memusnahkan Pakatan Rakyat.

"Strategi kita harus fokus bagaimana untuk membenamkan BN-Umno dan tidak perlu terlalu fikir masalah perbezaan pendapat dalam parti," tegas Nizar.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, perbezaan pendapat dalam parti perlu diraikan bagi memberi harapan baru kepada perubahan PAS untuk meneruskan perjuangan yang berlandaskan syariat Islam.

"Ahli pimpinan parti perlulah lebih profesional dalam menangani sesuatu isu dan tidak mengeluarkan kenyataan mengapi-ngapikan mana-mana pihak yang bakal mengundang perbalahan sesama ahli parti.

"Kemelut yang melanda PAS ketika ini adalah disebabkan salah faham segelintir ahli PAS yang beranggapan bahawa kritikan pandangan tersebut seolah-olah ingin menjatuhkan Presiden dan Barisan Pimpinan sedia ada," katanya.

Beliau berharap perbezaan dapat diselenggara dengan berhikmah bagi mengekalkan persefahaman yang lebih akrab seterusnya menguatkan Pakatan bagi memudahkan PAS dan rakan kompenan parti yang lain untuk melangkah menuju Putrajaya .

Forum yang bermula pada jam 9 malam itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH) turut dihadiri Calon Presiden PAS ,Ustaz Ahmad Awang dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib.


Dato' Ustaz Shamsuri Haji Ahmad: Bab Solat | Tasyahud -riak/ujub

Posted: 30 May 2015 04:11 PM PDT


[LIVE][300515] Mahsyar - Ustaz Wadi Annuar

Posted: 30 May 2015 04:25 AM PDT


Kesihatan Anwar makin merosot, kerajaan lambat bertindak

Posted: 30 May 2015 04:18 AM PDT

Kesihatan Anwar makin merosot, kerajaan lambat bertindak

(Oleh Nadia Hanafi)
PETALING JAYA 30 MEI: Kesihatan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa tahanan politik sejak 17 Februari lalu didapati semakin merosot.

Menurut Ketua Whip KEADILAN, Datuk Johari Abdul, berat badan Anwar menurun dengan mendadak, tekanan darahnya tidak menentu juga terdapat kesan darah dalam sampel najis beliau.
"Sejak beliau dipenjarakan, kami diberitahu beliau kehilangan berat badan kira-kira 6 kilogram dan ini sungguh membimbangkan sekiranya berterusan.

anwar jadi mangsa"Terdapat juga simptom kesan darah dalam sampel najis, yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat.

"Beliau juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan ubatan," kata Johari.

Selain dari itu katanya, Anwar juga mempunyai kecederaan teruk di bahu akibat kemalangan kecil setahun lalu yang memerlukan pemeriksaan MRI dan berkemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Johari juga berkata, Anwar banyak kali membuat permintaan untuk melakukan rawatan perubatan namun tindakan lambat diambil oleh kerajaan.

Bagaimanapun, peguam Anwar yang menemuinya dua hari lepas, dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur Selasa ini, untuk pemeriksaan, permerhatian dan rawatan perubatan.

"KEADILAN dan keluarga Anwar sangat mengesali kelewatan kerajaan untuk memberikan rawatan perubatan kepadanya. Kami menuntut agar beliau diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh yang diperlukan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurut Johari lagi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi hendaklah memberikan jaminan bahawa Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan dan rawatan yang diperlukan sehingga pulih.

"Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi kepada saudara Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Naib Presiden KEADILAN yang juga anak sulung Anwar, Nurul Izzah mendesak kerajaan supaya membenarkan ahli keluarga diberikan akses sepenuhnya untuk berjumpa Anwar sepanjang tempoh beliau berada di hospital.
"Keluarga akan desak untuk bertemu Anwar di hospital kerana ini praktis terdahulu semasa pemenjaraan sebelum beliau bebas pada
2004. Jika keluarga dihalang bertemu dengan beliau, saya kira itu arahan baru atas kuasa-kuasa politik atasan.


"Kita juga akan desak supaya ada penilaian bebas iaitu pihak doktor dari keluarga untuk mengesahkan keadaan beliau dan kita akan beri kerjasama penuh.

"Pada masa sama kalau ia memberikan kesan negatif kepada kesihatan bapa kami, kami harus bertindak," tegas Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kukuhkan Pakatan Rakyat: 3 Anak Bekas Pimpinan Tertinggi PAS Berkongsi Pentas

Posted: 30 May 2015 04:10 AM PDT


Dari kiri, Faiz Fadzil (anak Almarhum Fadzil Noor), Mujahid Yusof (anak almarhum Yusuf Rawa) & Nik Omar Nik Aziz (anak almarhum TG Nik Aziz)

Ayah ambil berat Pakatan lebih daripada anak sendiri, kata anak Nik Aziz

Anak kepada bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ayahnya lebih mengambil berat hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepentingan anak sendiri.

Menurut Nik Omar Nik Abdul Aziz, menjelang muktamar PAS, perwakilan tidak seharusnya memikirkan sama ada memilih golongan ulama atau profesional diangkat sebagai pimpinan, sebaliknya mereka yang dapat memberi sumbangan kepada parti.

"Ulama ada takrifan tersendiri. Maknanya bagi dia (Nik Aziz), pimpinan PAS semua ulama cuma mengikut tahap masing-masing.

"Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama," katanya dalam sebuah forum "PAS dan Masa Depan Politik Islam di Malaysia" malam tadi, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Faiz Fadzil, anak kepada bekas presiden PAS, Datuk Fadzil Noor.

Ditanya ciri-ciri yang dimiliki bapanya sehingga dapat menarik sokongan pelbagai kaum di Kelantan, Nik Omar berkata terdapat tiga ciri utama yang dipegang bapanya.

Katanya, tiga ciri tersebut ialah warak, zuhud dan istiqamah yang ditonjolkan semasa mentadbir negeri Kelantan dan juga ketika bersama keluarga.

"Dia ada sifat atas sikit makamnya, iaitu zuhud. Zuhud biasa orang terjemah tak nak pada dunia. Saya perhati Tok Guru seolah-olah tak ada segelumit pun dia minat pada dunia tetapi dia duduk atas dunia.

"Dunia duduk di tangannya bukan pada hatinya. Dia urus dunia, bukan dunia yang urus kehidupannya.

"Apabila dia menang (menteri besar), antara benda yang dia buat untuk diri dia, dia potong gajinya 45% untuk khazanah negeri dan parti. Dia cakap pada saya, sampai akhir pun 'ayah tidak tahu gaji ayah berapa'. Dia nak guna duit, dia beritahu pegawai dia,"
katanya mengenang kenangan bersama allahyarham.

Sementara Faiz berkata, ulama atau profesional bukanlah menjadi kriteria utama pemilihan dalam muktamar kali ini, sebaliknya pimpinan beraliran pragmatik perlu diangkat mempelopori PAS untuk tempoh dua tahun akan datang.

Faiz yang juga merupakan peguam syarie berkata, ciri pemimpin berkenaan penting dalam memastikan PAS terus relevan dan bergerak maju ke depan.

"Untuk kita bergerak sebagai sebuah parti politik untuk perintah negara ini, kita perlu pilih pemimpin beraliran pragmatik, yang tajdid yang boleh berfikir ke depan bukan sekadar buka kitab dan baca apa yang ada dalam kitab.

"Kalau tuan-tuan sayang pada PAS, sayang pada agama Islam, wajib memilih pemimpin yang tajdid sama ada mereka yang berkelayakan agama atau profesional.

"Kalau pragmatik menang, kita akan tarbiah golongan ekstrim, reform model tarbiah, usrah dan bawa mereka kenal budaya Malaysia.

Kita bukan tinggal di Mongolia, Arab Saudi, nak jadi ekstrem, kita bukan duduk di Syria. Kita tinggal di Malaysia. Kita anti keganasan," katanya.

Faiz berkata PAS perlu terus bersama PR dan menunjukkan kepada DAP bahawa Islam sebuah agama yang universal dan boleh dikongsi untuk bersama-sama membentuk kerajaan.

Katanya, mereka yang berpandangan jumud dan sempit sahaja akan menganggap kerjasama di antara PAS dan DAP akan menggadai maruah Islam.

"Perlulah kita berdakwah kepada orang bukan Islam tetapi sekarang seolah-olah kita nak benci orang Cina, bila kita nak berdakwah dengan mereka?

"Kalau dilihat Buku Jingga, ia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Kalau DAP tolak Islam, dia akan buang.

"Polisi bersama dalam PR memperjuangkan keadilan, membanteras penyelewengan, rasuah dan kita nak bentuk kerajaan yang mengamalkan urus tadbir yang baik. Ini (diajar) dalam Islam," katanya.

Katanya, bagi memastikan parti Islam itu terus relevan maka keahlian perlu dibuka kepada bukan Islam dan bukan sekadar Dewan Himpunan Penyokong PAS.

"Sebab itu dalam PAS saya memikirkan visi pada masa depan, PAS perlu menjadi (parti) pelbagai kaum dan agama.

"Pemikiran ini bukan baharu. Saya akan meneruskan perjuangan itu. Saya kata bukan sekadar Dewan Himpunan, saya mahu bukan Islam jadi ahli PAS.

"Saya akan lawan siapa-siapa saja yang hijack PAS untuk kepentingan sempit. Saya akan lawan.

"Jangan bimbang dengan suara-suara ekstrem, Isis, Taliban, sebab suara ini akan berlalu. Yang akan memimpin PAS, insya Allah, suara yang melihat masa depan negara dan melihat satu sumbangan untuk meletakkan rahmat sekalian alam sebagai dasar utama yang diperjuangkan parti,"
katanya. -TMI

INILAH MAKLUK PEROSAK YANG MEMECAHBELAHKAN PAS.....WALLAUN....

Posted: 30 May 2015 04:04 AM PDT

Zuhdi buat hal lagi, kali ini perlekeh anak Nik Aziz



Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi. – Gambar WhatsApp, 30 Mei, 2015.Perbualan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki menerusi kumpulan WhatsAp yang memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi. – Gambar 
WhatsApp, 30 Mei, 2015. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai "Sayuti Shah Alam" yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk "PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia" yang dianjurkan di Shah Alam semalam.
  "Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.
Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya,\ dalam mesej tersebut. – 30 Mei, 2015.

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

Posted: 30 May 2015 03:59 AM PDT

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M
GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

GST: Rakyat tampung kewangan kerajaan – Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung beban hutangnya.
Katanya, hutang ini ditanggung melalui syarikat seperti 1Malaysia Development Berhad dan Pembinaan PFI Sdn Bhd.

"Sudah tentulah usaha seperti 1MDB dan Pembinaan PFI hanya menyebabkan hutang yang tidak dapat ditanggung.

"Apabila syarikat ini mengalami kerugian, beban kewangan kerajaan akan meningkat.

"Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya meminta orang ramai, termasuk yang tidak sepatutnya dikenakan cukai pendapatan untuk menyelamatkan kerajaan," katanya.

Mahathir menyatakan demikian dalam tulisan terbaru di blognya, chedet.cc hari ini.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal kewangan kerajaan Umno@Bn lebih 3 dekad di Malaysia

Posted: 30 May 2015 07:53 PM PDT

Kontroversi mengenai urus niaga syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan tanpa henti, tetapi ini bukan kali pertama kerajaan persekutuan dibelenggu skandal kewangan besar.

Terdapat banyak kes serupa dalam tempoh 3 dekad yang lalu, bermula semasa era pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 1MDB kini mempunyai hutang RM42 bilion dan bergelut untuk membayar faedah kepada kedua-dua bank tempatan dan antarabangsa.

Dengan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 1MDB ditubuhkan pada 2009, dan segera melaksanakan pelbagai urusan penjanaan bon dan usaha sama antarabangsa yang mengejutkan dunia kewangan. Dua projek perdana utama, Tun Razak Exchange (TRX) dan pembangunan Bandar Malaysia diberikan kepada 1MDB.

Terdapat ura-ura 1MDB menjual atau mencairkan aset tertentu, tetapi tahap kerosakan yang dialami kerana urus niaga hanya akan diketahui selepas laporan audit ke atas syarikat itu, pada akhir Jun.

Di sini, kita lihat skandal kewangan sebelumnya yang menguasai tajuk-tajuk utama akhbar, bermula dari 1981:BMF Skandal kewangan besar yang pertama di Malaysia meletus pada 1983 apabila didapati Bumiputra Malaysia Finance (BMF), sebuah anak syarikat Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) memberi pinjaman RM2.5 bilion kepada syarikat-syarikat yang mempunyai rekod prestasi samar-samar, termasuk Carrian Group yang berpangkalan di Hong Kong.

Skandal itu berlarutan dengan pembunuhan seorang pembantu pengurus yang dihantar ke Hong Kong untuk menyiasat transaksi, kebankrapan Carrian Group, dan akhirnya kerajaan Malaysia mengepam lebih banyak wang untuk menyelamatkan BBMB daripada ditutup.

Perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir berulang kali menjarakkan diri daripada skandal tersebut, merujuk ia sebagai urusan bank yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan.

Kerugian yang ditanggung dalam kemelut itu, termasuk suntikan modal berulang oleh kerajaan, dianggarkan sekitar RM10 bilion. Pada masa itu, BBMB merupakan bank terbesar di Asia Tenggara dan keruntuhan Carrian adalah kebankrapan terbesar Hong Kong.

 Skandal itu berlaku hanya 2 tahun selepas Dr Mahathir menerajui kerajaan, pada masa beliau bersungguh-sungguh mengejar industrialisasi Malaysia.

Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, tetapi walaupun apa pun cadangannya, tidak ada yang didakwa di Malaysia berhubung skandal itu.

Segelintir eksekutif didakwa di Hong Kong manakala Pengerusi BMF Lorrain Esme Osman hidup dalam buangan di London sehingga kematiannya pada 2011.
Read More / Baca Lagi >>

Pelan rasionalisasi hanya untuk selamatkan 1MDB yag sarat dengan hutang....

Posted: 30 May 2015 07:46 PM PDT

Keputusan Kementerian Kewangan mengasingkan 2 pembangunan hartanah milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah cubaan terang-terangan meyelamatkan syarikat sarat hutang itu, kata DAP.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, pelan rasionalisasi itu memperlihatkan Putrajaya membayar 1MDB sehingga RM10.2 bilion bagi memperoleh kawasan pembangunan kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Katanya, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini menjelaskan Kementerian Kewangan akan mengekalkan pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia.

 "Jika kita meletakkan kedua-duanya bersama, kita dapat simpulkan kerajaan dapat menjangkakan hutang daripada 2 aset ini dan mungkin membayar lebih kepada 1MDB berdasarkan penilaian semula dan harga aset.

"Maka rancangan menjadikan TRX dan Bandar Malaysia entiti bebas tidak berbahaya sama sekali. Malah ia percubaan jelas menyelamatkan 1MDB dengan menggunakan berbilion ringgit wang pembayar cukai," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bayaran AS$1 bilion dari Abu Dhabi bukan pinjaman, kata 1MDB ....ada yang tergadai..!!!

Posted: 30 May 2015 07:44 PM PDT

Syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan bayaran AS$1 bilion diterima daripada Abu Dhabi International Petroleum Investment merupakan pinjaman atau "bailout".

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, wang tersebut adalah urus niaga antara dua syarikat tersebut, dan ia tidak menambahkan hutang 1MDB.

"Merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami dapati dan prihatin dengan kenyataan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion dari IPIC Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB.

 "Ia langsung tidak benar. Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout.

"Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Arul dalam satu kenyataan pagi ini.

Wang tersebut akan dibayar menjelang 4 Jun dan digunakan membayar balik AS$975 juta bagi pinjaman bank diketuai Deutsche Bank yang matang akhir bulan September, kata Kementerian Kewangan pada Jumaat.

Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Satu Malaysia dah bobrok

Posted: 30 May 2015 04:18 PM PDT

Siapakah perdana menteri Malaysia sekarang? Jawabnya Datuk Seri Najib Razak.
Siapakah menteri kewangan Malaysia sekarang? Jawabnya Najib juga. Siapakah penasihat syarikat 1MDB? Najib juga.
Siapa pula jadi pengarah eksekutif dalam firma audit Deloitte yang jadi auditor kepada 1MDB? Jawabnya anak lelaki Najib.

Banyak sangat konflik kepentingan berlaku dalam skandal 1MDB ini. Patutlah baru 5 tahun beroperasi, 1MDB sebuah syarikat pelaburan milik 100% kerajaan mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion. Bukan kumpul untung, tapi kumpul hutang. Siapa yang akan tanggung dan pikul beban hutang ini semua? Bagaimana Najib jadi perdana menteri? Apakah rakyat Malaysia pilih dia macam rakyat Indonesia pilih Jokowi? Atau rakyat Amerika Syarikat pilih Obama? Tidak. Tak macam itu.
Pengundi satu kawasan parlimen di Pekan Pahang yang pilih Najib. Najib menang. Kerana Najib presiden Umno dan Umno jadi big brother dalam Barisan Nasional, maka Najib dipilih jadi perdana menteri.
Najib tak ada kuasa besar macam presiden sebenarnya. Tapi dia berkuasa macam seorang presiden. Ini yang jadi punca masalah. Tapi punca ini bukan bermula daripada Najib. Punca ini bermula daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berapa peratus sokongan rakyat Malaysia kepada kerajaan BN pimpinan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-13 lalu? Hanya 47% jumlah undi popular.
Walau kalah undi popular, tapi BN menang lebih kerusi. Jadi memerintahlah kerajaan BN pimpinan Najib sebuah kerajaan minoriti kerana dia hanya lebih kerusi. Tetapi Pakatan Rakyat walau dapat sokongan 52% rakyat, tapi dia kalah kerusi. Jadilah dia pembangkang.
Inilah senario politik pilihanraya yang tempang dan usang di Malaysia, dulu dan kini. Jadi kerajaan BN pimpinan Najib bukan kerajaan majoriti.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Melayu boleh ucap selamat tinggal kepada tanah TRX

Posted: 30 May 2015 04:16 PM PDT

1Malaysian Development Berhad (1MDB) mendapat "bailout" berjumlah AS$1 bilion (RM 3.7 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (Ipic) dan Aabar & Associate untuk menyelesaikan hutang bersindiket pinjaman berjumlah AS$975 juta yang diaturkan oleh Deutsche Bank.
Berita baik untuk rakyat Malaysia adalah tiada wang rakyat digunakan untuk "bailout" 1MDB dengan kenyataan pihak 1MDB terpaksa  mendapat wang daripada Aabar , justeru membuktikan pihak Kabinet membuat keputusan yang muktamad untuk tidak membenarkan 1MDB menggunakan wang rakyat lagi.
Perdana menteri perlu memahami mulai hari ini dan selanjutnya, 1MDB adalah satu-satunya isu yang Umno akan dihantui olehnya setiap waktu.
Berita buruknya pula adalah seperti berkut :

1. Ini adalah kerja bodoh kerana pertama sekali. 1MDB meminjam AS$975juta daripada Deutsche Bank untuk menghilangkan (membuat bayaran) kepada Aabar atas pilihan yang dilakukan dengan kurniaan terhadap Edra Energy. Alasan pilihan yang diberikan adalah mula-mula  sekali satu lagi kisah yang dungu. Oleh demikian 1MDB meminjam sebanyak AS$1 bilion untuk membayar Aabar dan selepas satu tahun, 1MDB terpaksa meminjam balik AS$1billion daripada Aabar. Dalam proses tersebut Aabar senang-senang mendapat perolehan AS$1 bilion dengan tanpa membuat apa-apa. Sekarang 1MDB balik kepada kedudukan asalnya seperti tahun lepas,  hanya kali ini menjadi bertambah miskin dengan kehilangan AS$ 1 bilion. Dalam situasi begitu Datuk Seri Najib Razak ada muka untuk memanggil penulis blog sebagai "bangang".
2. Orang Melayu bolehlah mengucap "Selamat tinggal untuk tanah TRX". Tanah TRX itu bolehlah dianggap hilang milik. Wamoosh! Hilang! Pochee!
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Najib berbohong di parlimen?

Posted: 30 May 2015 03:27 PM PDT


Oleh Subky Latif
DALAM tulisan terbaru dalam blognya Dr. Mahathir membentangkan panjang lebar PM Najib telah membuat jawapan bertulis di Parlimen yang disifatkannya berbohong.
   
Jawapan itu adalah mengenai wang 1MDB berjumlah USD1.1 bilion (RM4.022 bilion) yang dibawa dari Pulau Cayman dikatakan disimpan di bank Singapura. Mengapa ia ditransitkan di Singapura telah ditakwil oleh Mahathir sebelumnya.
   
Mengenai jawapan Najib di Parlimen itu banyak yang tidak jelas bagi Dr. Mahathir, adakah wang tunai atau dalam bentuk lain. Dan ada pula dikatakan tiada yang tiba ke Singapura.
  
Kesimpulan mengikut Mahathir, Najib dikatakan sudah memberi jawapan bohong. Maka kekeliruan tentang duit dibawa ke Singapura ada unsur jenayah jika ia tidak dapat dikesan. Polis patut melihat isu ini.
   
Apakah ia ada unsur jenayah, ia satu daripada kerja polis untuk menentukannya, akan tetapi berbohong di Parlimen juga adalah satu kesalahan besar, jika disabitkan seorang ahli boleh hilang kelayakan sebagai ahli  Parlimen.
   
John Profumo (Brigadier John Dennis Profumo), Menteri Perang Britain (Secretary of State for War) dalam kabinet Harold Macmillan hujung 50-an dan awal 60-an terlibat dalam skandal seks dengan Christine Margaret Keeler. Christine Keeler juga mempunyai skandal yang melibatkan diplomat Soviet Union. Maka timbul isu keselamatan negara Britain. John Profumo disoal di Parlimen. Dia menafikan penglibatannya. Akhirnya dia dibuktikan terlibat. Dia telah meletakkan jawatan.
   
Perletakan jawatan itu mengikut pandangan umum, tidak justeru skandal seks, kerana tiada siapa di Britain bebas daripada gejala maksiat itu. Tuntutan dia meletak jawatan adalah justeru berbohong di Parlimen. Bagi Parlimen Britain, berbohong di Parlimen adalah jenayah moral yang lebih besar daripada berzina.
     Read More / Baca Lagi >>

Perdana Menteri Rakyat

Posted: 30 May 2015 03:25 PM PDT

Dalam Pilihan Raya yang akan datang, marilah kita berhati-hati dalam memilih Perdana Menteri kita yang seterusnya. Kita tidak memerlukan pemimpin yang anak-anak mereka mempunyai pangsapuri dan emper di kota London dan di New York. Marilah kita menjauhi pemimpin yang gemar menggunakan jet peribadi dan suka berganding dengan para pemimpin dari Washington dan London. Ingat, kita bukannya negara G20 – pemimpin kita tidak perlu menempeli Obama dan Cameron.
Kita mahu pemimpin yang tahu bagaimana rakyat jelata di Malaysia hidup. Di negara kita, kita masih perlu menghulurkan wang tunai sebanyak RM900 agar orang ramai mahu mengundi kerajaan dalam pilihan raya. Kerajaan kita masih memberikan wang tunai kepada mereka yang memerlukan pengangkutan untuk pergi ke pusat mengundi, sungguhpun ini tidak pula dianggap rasuah.
Kita hidup di negara yang buminya tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya kerana kita tidak mempunyai kemudahan pengairan yang baik. Kita hidup di negara yang dilanda wabak denggi setiap tahun. Di Kelantan sahaja, lebih daripada 20,000 buah keluarga masih menunggu rumah mereka dibaiki ataupun menunggu bantuan kewangan yang dijanjikan selepas berlakunya banjir besar. Ringkasnya, di negara kita, kemudahan asas masih tidak dapat dinikmati oleh rakyat, namun kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bersikap seperti Maharaja.
Dalam Pilihan Raya yang akan datang, marilah kita turut mengambil kira isteri bakal Perdana Menteri kita. Janganlah hendaknya dia jenis yang mahu mempunyai pejabat sendiri di Putrajaya. Kita tidak memerlukan Wanita Pertama – ini bukan Amerika. Ini bukan Perancis. Kita tidak mahu isteri Perdana Menteri yang suka  menayang-nayangkan kekayaannya. Rakyat  yang kuasa membeli mereka semakin berkurang dengan adanya GST tidak wajar berasa semakin tertekan. Kita tidak memerlukan isteri PM yang pergi ke seluruh dunia dengan menaiki jet peribadi dan disaluti intan berlian.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Najib mesti letak jawatan

Posted: 30 May 2015 03:22 PM PDT

Kalau ada satu perkara yang Perdana Menteri kita nyatakan dengan jelas adalah dia tidak faham prinsip-prinsip tanggungjawab sebagai menteri. Itulah sebabnya dia berterusan memberitahu kita supaya menunggu laporan audit mengenai 1MDB, dan kenapa beliau berkata dia tidak boleh dibuang jawatan sehingga madat lima tahunnya tamat tempoh.
Kita menggunakan demokrasi ala Westminster. Prinsip-prinsip melalui mana Kerajaan dan para menteri kita menjalankan tugas adalah diurus oleh konvensi, amalan dan etika sistem berparlimen. Mana-mana menteri adalah terikat oleh prinsip-prinsip tanggungjawab sendiri dan secara kolektif. Jadi apabila menteri tidak bersetuju dengan keputusan kabinet, maka dia mesti meletak jawatan.
Justeru jika keputusan untuk menubuhkan 1MDB dibentangkan dan diluluskan pada mesyuarat kabinet, maka adalah salah bagi Timbalan Perdana Menteri untuk menyoalnya sekarang. Jika dia tidak bersetuju dengan keputusan ini, dia sepatutnya meletak jawatan lama dahulu.  Jika ia langsung tidak dibentangkan, maka Dato' Seri Najiblah yang sepatutnya meletak jawatan kerana, di bawwah tanggungjawab sendiri, ia dalah bukti jelas mengenai kecuaian menjalankan tugas. Malah projek-rojek luar-belanjawan seperti 1MDB mesti diluluskan oleh kabinet, atau lebih baiknya oleh Parlimen, tetapi Perdana Menteri tidak menggunakan pilihan-pilihan ini. Ini bermakna dia mesti meletak jawatan tanpa mengira apa yang akan disebut oleh laporan audit.
Read More / Baca Lagi >>

Minat yang dikongsi oleh Najib dan menteri wanita, Rohani

Posted: 30 May 2015 03:18 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar
Ada tiga perkara yang diminati oleh Najib Razak dan Rohani Abdul Karim, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Pertama. Mereka berpengalaman mengendalikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selepas PRU 12, Shahrizat Abdul Jalil tewas, tetapi Najib mahukan dia berada dalam Kabinet, jadi Shahrizat dilantik sebagai senator.
Selepas menjadi senator, pada 2009, Najib melantiknya sebagai menteri untuk kementerian wanita. Pada 2011, keluarga Shahrizat terlibat dalam skandal salahguna duit pembayar cukai berjumlah RM 250juta dalam National Feedlot Corporation (NFC). Selepas penggalnya sebagai senator tamat, Najib mengambil alih kementerian wanita.
Kedua. Golf nampaknya mempunyai tarikan luar biasa kepada kedua menteri ini dan kedua mereka mengeluarkan kenyataan yang melucukan tentang perkara tersebut.

Disember lepas, percutian golf Najib terganggu kerana banjir besar di Kelantan. Dia membuat keputusan buruk apabila dia terus bermain golf dengan kawan rapatnya, Presiden Obama di Hawai, lantas mengabaikan rayuan mangsa banjir terburuk Malaysia dekad ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa menteri-menteri kita sering bercakap perkara-perkara yang bodoh?

Posted: 30 May 2015 03:16 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Ianya sedih sekali rakyat Malaysia tidak terlibat dengan perniagaan sarkas. Kita kelihatan seperti mempunyai ramai individu yang mempunyai bakat.
Di Malaysia, kita mempunyai eksekutif tertinggi yang pandai menghilangkan diri apabila kehangatan memuncak, dan pemimpin yang menjadi peluru meriam manusia dan terbang ke luar negara terlalu kerap. Kemudian terdapat pakar boneka yang menggunakan boneka manusia untuk kepentingan mereka, sudah tentunya. 
Di atas semua itu, kita kelihatan tidak pernah kurang bekalan badut, yang berjalan di antara kita tanpa kostum mereka, mekap atau bakat yang boleh diukur, melainkan untuk menghiburkan orang ramai dengan komen mereka.
Ambil contoh kenyataan dua orang menteri di Parlimen baru-baru ini.
Dalam laporan Free Malaysia Today, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rohani Abdul Karim menyeru rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih banyak anak kerana trend pasangan kahwin lewat dan hanya mempunyai seorang atau dua orang anak akan membawa kita kepada negara yang penuh dengan orang tua.
"Kementerian menggesa pasangan supaya tidak terlalu fokus kepada kualiti hidup, tetapi untuk menghargai bahawa mempunyai ramai anak akan memberi kebaikan kepada negara dalam jangka panjang," beliau memberitahu Parlimen ketika sesi soal jawab.
Rohani berkata kerajaan sedang melakukan tugas mereka dengan menambah lebih dua kali ganda cuti paterniti kepada tujuh hari sementara meningkatkan cuti bersalin kepada 90 hari dan membenarkan masa kerja yang fleksibel supaya wanita dapat membahagikan masa antara kerja dan menjadi ibu.
Beliau berkata kerajaan sedang melakukan apa yang termampu untuk menggalakkan, bukan memaksa pasangan untuk sekurang-kurangnya mempunyai tiga atau empat anak berbanding keluarga yang lebih kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Wahai Hasan, kajian impak mestilah dilakukan sebelum, bukan selepas GST

Posted: 30 May 2015 03:14 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria 
 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek mungkin tidak memahami pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedalam-dalamnya, kerana beliau hanya melihat kepada kajian impak sekarang walaupun sistem ini telahpun dilaksanakan.
Mungkin inilah sebab kenapa sistem percukaian baru ini telah menyebabkan kepeningan kepada peniaga, syarikat, pengguna dan pihak berkuasa.
Penilaian impak adalah proses mengkaji kesan masa hadapan dan isu-isu yang mungkin timbul sekiranya berlaku terhadap dasar, projek pembangunan atau inisatif syarikat, negara, masyarakat ataupun alam sekitar.
Ianya adalah satu amalan standard kepada syarikat-syarikat dan kerajaan untuk mengkaji secara teliti bukan hanya perkara asas, kebiasaannya mentauliahkan ratusan kertas putih dan kajian akademik terhadap isu yang terlibat, tetapi juga melihat kepada impak yang dijangka terhasil.
Dan sudah tentu bahagian lain adalah untuk meramal inisiatif baru yang dicadangkan atau pembangunannya dan impak masa hadapan yang mungkin terjadi, itulah apa yang dikatakan dengan kajian impak.
Sememangnya, penilaian impak adalah sesuatu yang berpandangan jauh dan seharusnya menjadi sebahagian daripada pentadbiran yang baik - sesuatu yang kerajaan harus ada, termasuklah kerajaan kita.
Ianya kelihatan bahawa Hasan dan kementerian beliau masih mengkaji impak GST dan sedang mencari satu atau dua cara untuk menambah baik pelaksanaannya dan membuatkannya lebih komprehensif.
"Ini adalah untuk menambahbaik GST mengikut keperluan rakyat," beliau dipetik sebagai berkata ketika tinjauan mesra Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu pada 27 Mei.
Walaupun penambahbaikan yang sedang berjalan kepada mana-mana sistem yang baru dilaksanakan adalah satu amalan yang baik, tetapi untuk menanti sehingga sebelas jam sebelum memutuskan tentang isu pokok adalah sebaliknya.
Seperti yang dilaporkan secara meluas, pelaksanaan GST telah dicemari dengan pelbagai isu dengan masalah di bahagian peruncitan, dasar kerajaan, pengawalan selia dan juga kepada pelanggan.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa WALI Di Malaysia Seperti Indonesia Ada WALI SONGO - UAI

Posted: 30 May 2015 02:49 PM PDT

Bagaimana Nak Tahu ALLAH Sayang / Marah Pada Kita? - UAI

Posted: 30 May 2015 02:49 PM PDT

Kenapa ALLAH Belum Makbulkan DOA? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 02:48 PM PDT

LAGI BANYAK KORANG BAYAR GST, MAKIN BANYAKLAH PAHALA KORANG !!!

Posted: 30 May 2015 08:46 AM PDT

Ada lagi kenyataan beliau berkaitan dgn GST.. Tau tak korang sebelum rakyat M'sia masuk lubang kubor nanti RAJIN2 & PEBANYAKKANLAH BAYAR GST, kerana mengikut amalan UMNO bayar GST itu satu amal jariah..

Dakyah Yahudi...Assamualaikum Mengucapkan Celaka Kepada Orang Islam - UAI

Posted: 30 May 2015 08:42 AM PDT

Suami Boleh Marah Isteri..Isteri Bolehkah Marah Suami? - UAI

Posted: 30 May 2015 08:39 AM PDT

Jangan Bercakap Hal Agama Kalau Jahil - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:38 AM PDT

Cara Basuh Lebihan Air Kencing Pada Zakar..Jengjegejeng Jegejeng - UAI

Posted: 30 May 2015 08:36 AM PDT

Cara Periksa Lebihan Darah Haidh - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:33 AM PDT

Kenapa Perempuan Suka Pakai KETAT??..'Mung Always Sexy! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:32 AM PDT

Hukum Tertelan Mani Suami/Isteri.. - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:30 AM PDT

Adakah Lelaki WAJIB Belajar Bab Perempuan? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:30 AM PDT

Kenapa ALLAH Cipta Perempuan Ada Cantik Ada Tak Cantik? - UAI

Posted: 30 May 2015 08:28 AM PDT

Bawa Anak Isteri Dengar Kuliah Agama - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 30 May 2015 08:27 AM PDT