Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Selasa overseas, Rabu malam jumpa Shahrir ... apa isunya?

Posted: 29 May 2015 10:00 PM PDT


Macam-macam pihak masih buat tuduhan kata Arul Kanda mengelak dari PAC padahal dah didedahkan surat MOF lambat dihantar. Kini tersebar gambar Arul berada di sebuah hotel di KL Sentral pada malam Rabu. Segera dituduh Arul menipu.

Hal ini remeh dan dah selesai tapi oleh sebab ramai pihak termasuk pro UMNO yang mahu Najib turun dah percaya portal pembangkang Malaysian Insider, kami siarkan penjelasan yang disiarlan Msia Insider:

Shahrir akui jumpa presiden 1MDB untuk dapat maklumat lanjut

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 29 May 2015 5:55 PM

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad mengakui bertemu Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, dan berkata pertemuan itu bagi membolehkan beliau memahami isu tersebut secara mendalam.

Shahrir berkata, sebagai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB  sahaja.

"Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.my.

Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata,  BNBBC juga dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Beliau berkata, pertemuan bersama Arul yang diadakan pada Rabu malam itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pada malam sebelumnya, beliau turut berjumpa dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Veteran Umno itu berkata, dalam kedua-dua pertemuan tersebut, beliau turut menyampaikan pandangan supaya syarikat  berkenan dan kementerian  mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.

"Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ia tidak dimodali sewajarnya," katanya.

The Malaysian Insider awal hari ini melaporkan, Arul mengesahkan bertemu Shahrir sehari selepas beliau sepatutnya menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Arul bersama mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dipanggil untuk memberikan penjelasan kepada PAC berhubung isu yang membelenggu syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu pada Selasa, namun kedua-dua mereka meminta penangguhan kerana tidak hadir pada tarikh tersebut.

Arul bagaimanapun mengatakan pertemuannya bersama Shahrir diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.

"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara.

"Saya sedia menjawabnya jika ia ditanya dalam sesi PAC nanti," kata Arul.

The Malaysian Insider difahamkan Arul bertemu dengan Shahrir pada malam Rabu di sebuah hotel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur dan ia berlangsung sehingga lewat pagi.

Shahrir berkata, pertemuan selama tiga jam bersama Arul beliau tidak menyentuh soal penyiasatan PAC terhadap syarikat tersebut.

"Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen, PAC menerima permintaan Arul untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu," katanya.

Beliau juga mengakui tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses pengauditan yang sedang dilakukan Ketua Audit Negara serta penyiasatan oleh PAC terhadap 1MDB.

"Itu sesuatu yang harus dihormati malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mahu ia disegerakan," katanya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sebelum ini dilaporkan berkata, laporan awal pengauditan yang dijalankan jabatan audit akan dikeluarkan penghujung Jun ini. – 29 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrir-akui-jumpa-presiden-1mdb-untuk-dapat-maklumat-lanjut#sthash.U1PuwG4u.dpuf

Jurutera persoal syahadah ada penyokong

Posted: 29 May 2015 07:47 PM PDT


Seorang jurutera melakukan kajian sendiri mengenai ugama. Berjumpa Mufti Perak tapi hanya untuk putarbelit cakap orang yang berilmu. Pasti ketika pertemuan dia menimbulkan persoalan yang bukan-bukan. Tugas Mufti memelihara akidah masyarakat.

Baca laporan TMI SINI yang cuba pertahankan hak makhlok ini yang seolah-olah syahadah sepatut tidak wujud.


Jika dia persoal syahadah, maknanya dia persoal ikrar bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah. Tak tahu apa alasan dia guna tapi adakah dia tak percaya tuhan itu satu dan Allah? Adakah dia tidak boleh terima Nabi Muhammad yang ditugaskan membawa syiar Islam ke mukabumi adalah pesutruh Allah?

Jika dia tidak percaya dan terima syahadah, apa boleh kita katakan orang ini? Sedihnya ada peguam yang nama macam orang Islam dilaporkan berikut:

"Peguam Mansor Saat ketika mengulas berkata, Wan Sulaiman berhak membincangkan ajaran Islam dan dibenarkan menyuarakan pandangannya mengikut Perlembagaan persekutuan, dan tindakan mendakwa anak guamnya di mahkamah merupakan satu tekanan oleh pihak berkuasa agama."

Dalam hal ini ada pula penyokong yang lantang pertahankan Wan Sulaiman. Sokongan dibuat menurut pemikiran yang liberal dan banyak mempersoalkan ulamak, segala pandangan dan amalan sedia ada ugama Islam dan kuasa pentadbir ugama yang dilantik DYMM Raja-Raja Melayu.

Bab sesat itu tuhan saja menentu tapi jelasnya ini sikap kuat kritik seorang anarkis yang lebih perosak dari konon beretika. Kata orang lain, macam diri sendiri beretika.

Menunggu kemunculan Marina Mahathir dan Nurul Izzah untuk sama-sama persoalkan.

Ajinomoto, Sushi King tak halal?

Posted: 29 May 2015 05:31 PM PDT





Shafie Apdal cuci tangan dari "collective responsibility"

Posted: 29 May 2015 05:30 AM PDT


Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menafikan dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mohd Shafie Apdal bahawa anggota kabinet tidak dimaklumkan mengenai masalah syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Shafie semalam dilaporkan berkata "kabinet juga tidak jelas berhubung sesetengah isu berkaitan syarikat itu, Justeru, kami tidak boleh dipersalahkan."

Sungguhpun tidak merujuk langsung kepada Shafie Apdal, twitter Rahman malam tadi menyatakan anggota kabinet beberapa kali diberi taklimat oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Husni Handazlah mengenai 1MDB.


Malah Rahman memuat naik muka hadapan buku "1MDB factsheet" yang diedarkan dalam mesyuarat kabinet termasuk info mengenai status terkini pelaburan, harta dan hutang 1MDB ada dimasukkan.

"Sebenarnya isu 1mdb banyak kali dibincangkan dalam kabinet. Banyak info yang dimaklumkan oleh MK2. Buku factsheet juga ada diedarkan. Pandangan saya, tidak ada sebab kenapa isu tak cukup penerangan, tak ada penerangan atau tidak dimaklumkan dalam kabinet menjadi polemik"

Malah Rahman turut mendedahkan bahawa, dalam buku yang diedarkan beberapa bulan lalu turut mempunyai surat Menteri Kewangan Kedua yang meminta ahli kabinet yang mahukan info lebih atau penerangan lanjut agar menghantar pertanyaan terus kepada beliau.

Bagi yang maki hamun, harap baca dan jelaskan dengan sopan

Posted: 29 May 2015 01:30 AM PDT

Dahsyat komen yang gelar Unspinner pencacai dan macam-macam lagi malam tadi dalam posting SINI yang menyiarkan jawapan Dato Najib.

Memang kami pernah ngaku pencacai, blogger post paid prepaid, bergaji dan pengampu bersjil SPM gred 3, tapi itu adalah sindiran .....

Dalam kebudayaan Melayu, mereka yang tak faham sindir itu dikira tidak cultured atau tak ada budaya Melayu dalam diri mereka kerana sindiran adalah permainan kata-kata Melayu yang halus.

Kami mahu kebenaran dalam isu 1MDB yang jawapan hanya datang sikit-sikit dan lama. Namun tak boleh pula ia dengan cara tuduhan yang di buat atas pembohongan.

Bagi yang hentam Unspinner malam tadi yang mana ada komen terlalu jahat nak melabelkan keburukan terhadap kami hingga terpaksa tak dilepaskan, sila baca tulisan Cucu Tok Selampit bertarikh May 17hb 2015 berikut:


Video klip di bawah adalah semasa sessi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamed dalam program Bicara Negarawan di Ipoh. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mendakwa 1MDB melesapkan RM42 bilion wang Rakyat dan mahukan Perdana Menteri, DS Mohd Najib Razak bertanggungjawab. Tulisnya di dalam blog beliau,
2. I am not asking anybody to support me. But I am going to ask all those who support Najib to declare they all support his 1MDB, 1MDB borrowing 42 billion Ringgit and his inability to answer where the money is when asked.
10. I asked Najib simple questions but instead of answering the questions he asked people to support him. I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of 42 billion Ringgit is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is. If you do, go tell Daim, Tengku Razaleigh, Shahrir Samad and Khairy Jamaluddin to shut up.
Tun Dr Mahathir mengubah fikiran kemudiannya dan membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1MDB melalui pinjaman RM42 billion dan mendakwa RM27 billion pula tidak dapat dikesan. Jumlah yang hilang sudah berubah dalam masa tidak sampai dua minggu daripada RM42 billion kini tinggal RM27 billion. Baca sepenuhnya di sini.
23. These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit left.
24. More than 1billion US Dollars were said to be paid to Petro Saudi without verification as to the value of this company or its assets.
25. Where is the rest of the money?
Semasa Pilihan Raya Kecil Rompin dan Permatang Pauh, Tun Dr Mahathir kembali membuat dakwaan bahawa berbillion Ringgit duit 1MDB sudah hilang. Baca posting blog beliau untuk no 40 dan 41 di sini.
40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.
41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Semalam, jumlah kehilangan 1MDB bukan setakat tiada lagi berbillion-billion, tetapi ianya telah menjadi kosong, nil, sifar dan perkataan yang sewaktu dengannya. Tun Dr Mahathir mengaku bahawa jumlah RM42 billion itu adalah hutang, CTS ulangi adalah hutang 1MDB. Tak hilang manapun duit tersebut.

Baca sepenuhnya di SINI bersama video.

---------------------

Bagi yang tidak pandai komen tapi hanya nak melabelkan keburukan terhadap blog ini, tak payahlah komen sebab tak akan lepas.

Walau satu patah perkataan yang berniat untuk memburuk-burukkan dan bukan nak berhujah dengan ikhlas tak akan dilepaskan.

Nak membetulkan kesalahan atau nak tentang penyelewengan kita perlu ikhlas, cakap benar dan tidak ada motif terselindung.

Jika betul dan sahih Dato Najib kebas berbillion-billion dan menurut Sarawak report duit itu masuk ke akaun si JOLOK melaluo Good Star Ltd, dan bukan masuk akaun Petrosaudi, maka kita pasti lakukan yang patut.

Yang susah ni adalah tuduhan yang berselindung disebalik soalan yang perlu dijawab. Kita perlu bercakap dengan ikhlas dan benar. Dah sampai masuk hal anak bini dan benda tak kena mengena serta salah itu tak sesuai lah.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Mee Kari ada tulang babi?

Posted: 29 May 2015 10:09 AM PDT

Sekadar gambar hiasan

IPOH – Sebuah kedai yang menjual mee kari di Ipoh dikatakan tidak halal kerana menggunakan tulang babi dalam kandungan kuah kari.

Memetik laporan sebuah portal, premis yang dimaksudkan adalah kedai Mee kari Merdeka Garden yang terletak di Jalan Labrooy, Ipoh.

Terdapat ura-ura menyatakan pegawai agama telah melakukan operasi mengejut di premis tersebut dan mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, ramai pelanggan yang terdiri daripada orang Melayu yang suka makan di gerainya sejak dahulu lagi tanpa mengambil kira soal halal dan haram.

Bagaimanapun, pemilik gerai tersebut menafikan dakwaan itu melalui akhbar Kosmo! 26 Mac yang lalu.


Menurut pengusahanya, Lai Sang Hung, 75, dia telah difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ini merupakan kali kedua dirinya difitnah selepas kes 2013.

Lai menjelaskan, semua bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut mempunyai logo dan diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Saya yakin, mesti ada orang yang tidak senang dengan perniagaan saya tetapi pelanggan-pelanggan Melayu masih datang makan sini dan percaya sama saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIPK, Ahmad Nizam Amiruldin menafikan serbuan telah dilakukan ke premis berkenaan.

"Kami tidak melakukan sebarang serbuan ke atas premis ini seperti yang didakwa. Kedai itu milik orang bukan Islam, tiada sebab untuk kami berbuat demikian," katanya.

Jelas sekali gerai itu tidak mempunyai sijil halal yang diberikan oleh JAKIM. Pengusahanya hanya memberikan jaminan menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal oleh JAKIM namun tidak pernah memohon sijil Halal dari JAKIM.

Kenyataan Pegawai JAIPK juga jelas, gerai itu bukan milik peniaga Islam dan adalah lebih baik umat Islam tidak berkunjung dan menjamah makanan di premis yang tidak mempunyai sijil halal.

Jabatan Agama Islam sentiasa mengigatkan umat Islam supaya sentiasa berwaspada mengenai soal halal dan haram makanan dan minuman.

Suara politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


1MDB scandal - You call this a Road Map?

Posted: 29 May 2015 02:05 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAHKAMAH ARAH MAZLAN ALIMAN PRO DAPIG BAYAR RM350,000 KERANA FITNAH

Posted: 29 May 2015 07:15 PM PDT

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.
Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd yang menerbitkan buku "FELDA… Dulu tolong Sekarang Ah Long" membayar kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda.
Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk.
Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.
Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.
Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, manakala peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd tidak hadir – BERNAMA

IBADAH HAJI: WADUH KOK ONGKOS HAJINYA DI INDONESIA MURAH BANGET...NGAPAIN SIH?

Posted: 29 May 2015 12:19 AM PDT


Haaaaa... ada jer isu nak pekena Tabung Haji kunuuuuuuuuunya kos perbelanjaan mengerjakan haji di Indonesia lebih murah berbanding di Malaysia.

Kununnya pemerintah Indonesia telah menurunkan kos haji sebanyak US$502.00 (RM1,800.00) kepada US$2,717.00 (RM9,500.00) berbanding US$3,219.00 (RM11,267.00) tahun lepas.

Bandingan di atas adalah US$1.00 bersamaan RM3.58. Sekarang ni US$1.00 dalam anggaran RM3.60 hingga RM3.66.   

Menurut Presiden Indonesia; Joko Widodo penurunan kos ini disebabkan kajian semula kos biaya haji dan kos operasi.

Penambahbaikan itu terkandung dalam Peraturan Presiden Mengenai Pembiayaan Haji 2015 yang dikeluarkan semalam.

Katanya lagi penurunan kos ini juga disebabkan oleh kejayaan langkah-langkah penjimatan, keberkesanan pengangkutan udara dan darat serta penempatan jemaah haji di Mekah.

Namun kos tersebut tidak termasuk kos manasik haji (kursus persiapan haji), kos-kos tambahan sepanjang berada di Tanah Suci. Kos untuk 15 hari saja di ulangi 15 hari saja. Yang lain...itu biaya sendiri. 

Kuota haji bagi rakyat Indonesia adalah 168,800 orang tahun ini. 

Sementara Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin berkata antara lain penambahbaikan perkhidmatan haji tahun ini adalah peningkatan kemudahan termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari, dapat mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya yang terpaksa naik bas dari Jeddah ke Madinah.

Dari segi positifnya baguslah semakin baik prosedur haji di Indonesia. Kita kagum kerana mereka buat penambahbaikan hasil kerjasama dan tunjuk ajar dari Tabung Haji Malaysia sendiri.

Tapi kepada pencacai di Malaya yang tak tahu hujung pangkal dan suka cari kesalahan TH,  berita ini akan digunakan untuk membantai TH...lebih tepat lagi kerajaan UMNO.

Kunun pemerintah Indonesia prihatin banget pada rakyatnya ketimbang pemerintah Malaysia!

Tapi meh kita tengok kos haji di Indonesia;

Kos berdasar jarak, pelayanan dan tempoh masa

Kalau di Indonesia kos kapal terbang ke sesuatu destinasi adalah mengikut jaraknya. 

Makin ke wilayah barat (Aceh) maka makin murah. makin jauh ke wilayah timur laut (Makassar) maka tambang makin mahal.     

Macam kalau kita naik kapal terbang tambang murah kita terpesona dengan promosi bayar RM1.00 untuk ke semua destinasi.

Tetapi kita kena bayar kalau nak makan dalam kapal terbang, kena cukai lapangan terbang, cukai luggage dan duduk pun berebut tempat... 

Jadi janganlah mencanak nak kutuk sangat wahai pencacai. Hal-hal ibadah jangan buat main-main, niat mesti betul dan suci.

Lagi pun penurunan dalam bentuk US Dollar...kenapa gian sangat tu?

Pencacai biasa tengok peta Indonesia tak...ni dia peta Indonesia. 

Cuba kita lihat perbandingan ini... 

Kos Haji langsung bagi musim 1436H adalah berjumlah RM17,270 seorang (dulu RM16,155). 

Bagi musim 1436H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih tanggung subsidi RM7,290 seorang untuk Haji secara muasasah selama 40 hari.

Malah TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
  • Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
  • Kos berkaitan kursus haji,
  • Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
  • Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
  • Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
  • kos mengerjakan haji secara Muassasah bagi musim 1435H dulu adalah berjumlah RM16,155 seorang. 
Manakala kos mengerjakan haji bagi pihak swasta adalah lebih mahal, dan bergantung pada pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Pihak swasta mengambil kira tempoh penginapan sepanjang di sana, caj Pakej Haji yang ditawarkan oleh TH Travel and Services Sdn Bhd untuk tempoh 16 hari haji adalah RM149,990.00 seorang (3 orang sebilik) berbanding 45 hari iaitu RM34,990 seorang (3 orang sebilik).

Hotel pun dekat dengan pintu Kaabah, dapat makan pun sedap, dijaga lagi oleh pembimbing haji setiap 3 orang jemaah. 

Layanannya Alhamdulillah dan Subhanallah...rezeki Allah bagi, peluang Allah bagi syukur jangan banyak songeh hal-hal ibadat ni. Sapa yang dah pergi haji secara pakej atau muasasah pasti kagum dengan pelayanan TH.

Jemaah haji Malaysia dapat banyak kemudahan dan diiktiraf terbaik di dunia...semuanya hasil tadbir urus korporat yang baik oleh TH. Hanya pencacai yang tak mahu iktiraf sebab mereka tak ada apa-apa idea dan jasa.
 Tapi sapa-sapa nak kos lebih murah dan tak percaya pada TH kununnya songlap duit rakyat beli aset 1MDB maka bolehlah keluarkan duit itu semua sekarang. 

Lepas tu jangan lupa daftar dengan Kementerian Agama di Indonesia guna saluran dan pakej haji di sana untuk ke Mekah. 

Yang rasa kuota haji di Malaysia terlalu rendah (22,320 orang) kerana yakin pada dakyah kununnya UMNO sengaja tak nak bagi orang pergi haji maka boleh guna kuota Indonesia. 

Jangan tunggu lama-lama keluarkan duit TH tu sekarang...puaskan hati kalian dan salurkan kemarahan pada TH kerana beli tanah TRX.

Amacam mau?




    

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?

Posted: 29 May 2015 04:37 PM PDT

Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?
Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?
x-default

Rohingya: Warga asing buat kubur, Kerajaan BN buat apa?

KENYATAAN MEDIA: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia terkejut dengan penemuan lebih seratus kubur warga asing di Bukit Wang Burma yang didedahkan baru-baru ini oleh media sebagai salah satu bukti bahawa kedaulatan Negara tergugat berikutan sempadan kita senang di bolosi dan begitu mudah berlaku penyeludupan dan perdagangan manusia amat mencemaskan. Ianya sebagai petanda hitam yang memberikan gambaran bahawa kedudukkan sempadan Malaysia adalah Negara yang paling mudah untuk dicerobohi sama ada di antara Negeri Perlis, Perak dan juga Kelantan dengan Negara Thailand di Utara Malaysia, di sebelah Sabah dan Sarawak dengan Filipina dan Indonesia serta di selatan Johor dengan Singapura.

Kerajaan Malaysia dan Pasukan Keselamatan yang menjaga semua sempadan kita perlu peka dengan cabaran yang ada dan memerlukan satu teknologi terkini sebagai peralatan sokongan bagi tujuan pemantauan. Kita perlu belajar daripada Negara maju yang sangguh melabur satu peruntukan besar bagi memastikan kedaulatan Negara mereka terjamin dan selamat. Bagi Malaysia, cabaran kita yang mempunyai banyak sempadan dengan Negara-negara jiran terutamanya lautan sebagai pemisah memerlukan jentera yang mampu dan berupaya bertindak balas dengan segera. Apa guna setiap tahun kita menganjurkan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang memamirkan peralatan canggih ketenteraan daripada seluruh dunia dan saban tahun kita akan menandatanggani perjanjian usaha sama dengan syarikat-syarikat ada.

Kami merasakan, Malaysia perlu berani melabur dan belajar dengan teknologi-teknologi terkini sebagai satu keperluan oleh Pasukan Keselamatan Negara kita. Pastikan jentera yang dibeli mampu dan ianya penting kepada Pasukan Keselamatan kita untuk menjalankan operasi-operasi kawalan keselamatan sempadan kita. Jangan nanti jika ada lagi pendedahan tentang keadaan sempadan Negara yang memalukan Malaysia sekiranya lambakan perdagangan manusia terutamanya jika pihak Kerajaan mengambil sikap tunggu dan lihat semata-mata tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Pembentukkan atas nama Pasukan Khas ataupun menjadikan kedudukan kawasan tertentu sebagai kawasan khas keselamatan, ianya hanya bersifat sementara jika keupayaan kita dengan jentera yang ada tidak mampu bertindak sepantasnya.

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

[LIVE][290515] Bicara 11 Murabbi

Posted: 29 May 2015 06:46 AM PDT


RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

Posted: 29 May 2015 01:55 AM PDT

RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang
 
RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

RUU Hudud: Umno permain PAS – Ahmad Awang

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.

Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.

"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan.

Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.

"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.

"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa," katanya.

Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.

"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.

Calon presiden PAS, Ahmad Awang menjawab soalan ketika ditemubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – "Kalau Umno yang membentangkannya, kerja akan jadi lebih mudah, kerana ia mewakili kerajaan. Ia juga mengesahkan Umno memang menyokongnya.

"Tetapi keadaan sekarang ini terkontang-kanting," kata Ahmad yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perak.

Pada sesi Dewan Rakyat yang lepas, harapan Hadi agar rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dibacakan, musnah apabila ia ditangguhkan ke mesyuarat kali ini.

Rang undang-undang itu bertujuan meminda akta yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagi membolehkan pelaksanaannya, Kelantan memerlukan sokongan daripada ahli Parlimen BN, yang hingga kini masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Pada Mac, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang disokong semua penggubal undang-undang di negeri itu, termasuk daripada Umno.

Ini membawa kepada perpecahan yang makin mendalam antara PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) – DAP dan PKR.
Ahmad berkata, PAS terperangkap dalam isu ini kerana terlalu percaya dengan janji Umno.

"Saya ada pengalaman sendiri dengan Umno. Saya tidak percaya kepada mereka," kata bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu.

Ahmad pernah menjadi pengarah dakwah di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.
Beliau pernah beberapa kali menyiapkan teks ucapan untuk Hussein pada majlis yang berkaitan dengan agama Islam.

Bagaimanapun, katanya, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu, beliau diketepikan dan dipindahkan ke Kementerian Pelajaran, tanpa diberikan sebarang tugas yang berkaitan dengan bidangnya, iaitu hal ehwal agama.

"Saya kenal sangat dengan Umno ini, tidak boleh dipercayai," katanya mengimbau kembali apa yang dialaminya ketika berkhidmat dengan kerajaan sebelum bersara.

"Hatta surat penghargaan untuk saya selepas bersara juga ditarik balik menjelang hari persaraan saya," kata Ahmad yang mendakwa beliau sepatutnya dilantik sebagai ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang pertama berdasarkan kekananan perjawatannya.

Ahmad berkata hudud ialah perkara yang perlu diterima umat Islam sebagai sebahagian daripada tuntutan agama, sebagaimana umat Islam perlu menerima ibadat solat sebagai satu kewajipan.

"Solat ini wajib bagi umat Islam, tetapi ada syarat untuk solat. Begitu juga kewajipan hudud. Tetapi bagaimana ia hendak dilaksanakan, perlu ada syaratnya," katanya.

Katanya, hudud juga, bukan keutamaan dalam Islam kerana berdasarkan ilmu fikah, ia terletak terkemudian berbanding yang lain.

"Fikah Islam disusun dengan memulakan ibadat. Ibadat yang utama ialah solat. Selepas itu, barulah muamalah, dan kemudian, undang-undang jenayah, yang termasuk di dalamnya hudud," katanya.

Semalam dilaporkan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai rang undang-undang ahli persendirian bagi meminda Akta 355 itu.

Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pandikar sedang mengkaji rang undang-undang Hadi itu dan menunggu kelulusan Putrajaya untuk membenarkannya dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat Dewan.

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

Posted: 29 May 2015 01:51 AM PDT

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta
DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

DAP minta ketua 1MDB henti putar belit fakta

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy perlu berhenti memutar belitkan fakta dan berterus-terang sama ada beliau pernah atau tidak memberikan penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura atau mana-mana bank seperti yang didedahkan laman Sarawak Resport baru-baru ini, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Arul perlu jujur mengakui dakwaan syarikat pelaburan yang bermasalah itu menyerahkan surat palsu menggunakan 2 nama bank diberikan kepada Bank Negara Malaysia.

"Lebih banyak dia cuba lari daripada topik, lebih besar risiko beliau memalukan diri sendiri nanti," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Arul semalam mendakwa portal pemberi maklumat itu berbohong mengenai 1MDB memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd di BSI Bank, Singapura.

"Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara.

"Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.

Pua bagaimanapun berkata, Arul cuba mengelirukan tanggapan awam kerana selepas meneliti laporan Sarawak Report, portal itu tidak mengatakan Arul mengemukakan "penyata palsu kepada BNM".

Sebaliknya dakwaan itu mengenai 1MDB memberikan penyata didapati palsu, selepas pihak berkuasa Singapura "menafikan penyata yang diberikan Arul merupakan asli mengenai akaun Brazen Sky, di mana PM/menteri kewangan mengumumkan wang AS$1.103 bilion berada di situ".

Katanya, laporan itu juga menyebut 1MDB "membuat dokumen palsu (surat kepada BNM) dan dihantar kepada Bank '2'. Tujuannya supaya Bank 2 percaya BNM sudah dimaklumkan dana terbabit akan dimasukkan ke dalam akaun induk", merujuk kepada Bank Deutsche.
"Arul perlu berhenti putar belit. Tidak ada beza semasa beliau cuba menepis kritikan pelaburan 1MDB di Pulau Cayman dalam kenyataannya 13 Januari lalu yang mengatakan baki dana sudah ditebus semula.
"Kita sekarang tahu ia tipu dan tiada wang tunai atau apa-apa kertas aset terlibat yang dipindahkan dari Pulau Cayman kepada akaun Bank BSI di Singapura," katanya.

Sarawak Report dalam responsnya terhadap penafian Arul semalam menuntut penjelasan mengenai transaksi AS$1.6 bilion firma itu kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho.

Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.

Laman itu juga mendakwa Arul menghantar penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura melalui faks.

"Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak berbuat demikian?," soal Sarawak Report.

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

Posted: 29 May 2015 01:49 AM PDT

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad
Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

Ketua DPPP: Sokong gandingan Suhaizan – Dr Raja Ahmad

KENYATAAN MEDIA: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dengan ini mengisytiharkan akan menyokong penuh kepimpinan Suhaizan Kayat untuk kekal sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia pada 2 Jun 2015 ini nanti. Kami juga secara terbuka menyokong gandingan Suhaizan iaitu Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sebagai gandingannya bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, kami menyokong Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan yang juga lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir iaitu Ustaz Nor Azman Mohamad bagi sesi tahun 2015 / 2017 ini.
Salman Haji SalehOleh kerana, kami adalah Dewan Pemuda PAS Kawasan di Negeri Perak yang telah menganjurkan Wacana baru-baru ini mengambil sikap jelas dengan sokongan terhadap calon-calon tersebut bagi meneruskan legasi kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Kami yakin mereka semua mampu menggalas tugas berat ini dan akan terus mempersada Pemuda PAS serta mengukuhkan kerjasama dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR).

 Ianya jelas sikap dan semua kenyataan seiring dengan pendirian parti dan keputusan Muktamar Tahunan PAS agar menjadikan PR sebagai satu pentas terutamanya di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) untuk berdepan antara satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Kami berharap Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan lain juga boleh menerima aspirasi calon-calon tersebut dan menyokong mereka kelak. Wacana yang dianjurkan baru-baru ini jelas membuka ruang kepada semua calon untuk membawa idea dan buah fikiran agar Pemuda PAS lebih cemerlang di masa yang akan datang. 

Dan Wacana tersebut bukan bertujuan mencari salah dan silap siapa, akan tetapi kita mencari titik pertemuan antara ketiga-tiga calon yang bertanding bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua yang manakah yang sesuai sebagai satu Pasukan dan akhirnya kami temui penama tersebut sememangnya secocok dan berwawasan tinggi untuk melihat Pemuda PAS lebih maju lagi!

20150528012606

SALMAN HAJI SALEH
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:31 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Seluruh Kabinet Perlu Tanggungjawab Dalam Isu 1MDB

Posted: 29 May 2015 05:04 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pengunduran Najib bukan penyelesai masalah - Ku Li

Posted: 29 May 2015 09:15 PM PDT


Memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan tidak akan menyelesaikan sebarang masalah Umno, kata Tengku Razaleigh Hamzah hari ini.
Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini giat mendesak supaya Najib disingkirkan, tidak menyelesaikan sebarang masalah sejak dia berundur daripada jawatan perdana menteri dulu.
"Adakah (memaksa Najib melepaskan jawatan) akan menyelasikan masalah? Peletakan jawatan dia (Dr Mahathir) pun tidak menyesaikan masalah," katanya kepada media di Petaling Jaya.
Veteran Umno itu menambah, campur tangan Dr Mahathir sebenarnya memburukkan lagi keadaan.
"Beliau (Dr Mahathir) kata Dollah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) membawa masalah. Dollah berundur dan sekarang kita ada lebih banyak masalah," katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha berterusan Dr Mahathir mengetepikan Najib ketika ini.

PERSPEKTIF: Punca Perang Dalam PAS - Masa Depan Bersama PR

Posted: 29 May 2015 09:11 PM PDT

Tanpa Anwar, Umno gagal lahirkan pemimpin berkaliber

Posted: 29 May 2015 09:09 PM PDT

1MDB: Shahrir Samad pertahan sebab jumpa Arul Kanda

Posted: 29 May 2015 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan tindakannya mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, yang diadakan pada Rabu lalu.

Menurut beliau, pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai 1MDB.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata perjumpaannya dengan Arul itu adalah atas jemputan daripada
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, pertemuan itu adalah untuk mengetahui keadaan semasa dan masa depan perancangan daripada Arul sendiri mengenai 1MDB, terutama mengenai strategi syarikat pelaburan itu dalam usaha mengurangkan hutangnya, lapor The Star.

"Apa salahnya untuk saya bertemu dengan Arul? Saya hanya mahu mengetahui perancangan syarikat itu dan saya juga sekadar memberi beberapa cadangan bagaimana syarikat itu dapat mengurangkan hutang," kata Shahrir dalam laporan yang sama.


Pada Jumaat portal BNBBC melaporkan pertemuan hampir tiga jam Shahrir bersama Arul itu tidak menyentuh soal penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  terhadap 1MDB.

"Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen. PAC telah pun menerima permintaan Arul Kanda untuk  ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa  lalu," katanya.

Menurut Shahrir, sebagai Pengerusi BNBCC, beliau telah mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk PAC dan Ketua Audit Negara menyiasat segala urusan dalam 1MDB untuk memberi gambaran lebih jelas kepada orang ramai mengenainya.

PAC pada 25 Mei menyatakan pihak mereka akan mengambil keterangan dari tiga buah syarikat yang membuat pengauditan ke atas akaun syarikat 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Hadi sudah tak relevan dalam politik PAS - Nakhaei

Posted: 29 May 2015 07:45 PM PDT


Post Pic


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berpendapat kematangan politik PAS kini semakin teruji rentetan timbulnya kemelut, baik dari dalam atau luar parti itu sendiri.
 
Ketika diwawancara bersama Antarapos baru-baru ini, beliau tidak menolak kemungkinan penolakan sesetengah pihak di dalam PAS terhadap Datuk Seri Abdul Hadi Awang disebabkan persepsi Presiden PAS itu tidak lagi 'sesuai' mendepani cabaran politik akan datang.
 
"Keadaan politik PAS sudah berubah, sama juga dengan politik nasional. Sebahagian daripada ahli-ahli PAS dan kepimpinan di peringkat menengah dan separa atas melihat Hadi sebagai tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa atau cabaran-cabaran baru yang dihadapi. (Begitu juga) persiapan yang akan datang untuk memerintah Malaysia," ujarnya.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan berlangsung Jun depan dikatakan bakal menyaksikan pertembungan dua golongan, iaitu golongan profesional dan ulama.
 
Golongan profesional yang dipimpin Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dilihat amat disenangi oleh rakan-rakan sekutu DAP dan PKR, memandangkan boleh untuk dibawa berunding dan berurusan dalam isu-isu politik Pakatan Rakyat (PR).
 
Manakala golongan ulama yang dipimpin oleh Hadi tetap dengan perjuangan asal PAS, yang nyata nampak sukar untuk dikompromi.
 
Read More / Baca Lagi >>

PasMa sedang rangka agenda tukar kepimpinan PAS - Dr. Zuhdi

Posted: 29 May 2015 07:44 PM PDT


Post Pic


KUALA LUMPUR: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilihat melakukan cubaan nekad mencorakkan pimpinan PAS yang perlu dinaikkan pada pemilihan PAS yang akan berlangsung pada awal Jun ini.
 
Demikian diramalkan oleh Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang melihat perkembangan terkini usaha-usaha yang dilakukan oleh ahli PAS yang bukan pro ulama.
 
Zuhdi berkata adalah tidak mustahil juga pendekatan ini diambil untuk menurunkan pimpinan lama dalam parti Islam itu.
 
"Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan Ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam PR. 
 
"Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diwarwarkan oleh mereka baru-baru ini," katanya dalam satu kenyataan media.
 
Beliau dalam pada itu meramalkan kumpulan PasMa dan mereka yang bersembunyi disebalik identiti NGO ini tidak menginginkan PAS kuat dalam PR dan terus tegas mempertahankan dasar serta tema perjuangan. 
 
"Mereka lebih rela PAS menjadi lunak dalam PR khusus terhadap DAP, dengan mengambil sikap menyembunyikan dasar dan tema perjuangan Islam demi meraikan desakan DAP," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pertembungan dua kumpulan dalam PAS bukan untuk guling Hadi - Dr Khairuddin

Posted: 29 May 2015 07:42 PM PDT


Post Pic


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali enggan mengaitkan pemilihan parti pada Jun ini sebagai usaha dalam menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.
 
Sebaliknya, ia lebih kepada pertembungan antara dua atau lebih pihak yang mempunyai strategi perjuangan PAS yang berbeza daripasa struktur asal.
 
"Tidak ada istilah guling. Ini adalah proses demokrasi maka biarkan mereka bertanding. Istilah guling wujud jika Hadi dijatuhkan sebelum masanya.
 
"Ada pihak tertentu membuat pelbagai serangan individu terhadap hadi, dan itu adat dalam perjuangan, akan ada yang tidak suka kita. Walaupun ahli-ahli sendiri (buat serangan) yang digunakan oleh musuh dari luar (parti).
 
"Jika ada pun pertembungan, adalah mereka yang mahu mengekalkan asas perjuangan PAS dan mereka yang cuba membawa pendekatan baru dalam PAS yang (mungkin) dilihat tidak selari, tidak kena...," tegasnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
 
Muktamar PAS Kali ke-61 yang akan diadakan minggu depan dikatakan menjadi medan penting bagi dua kem utama di dalam parti itu. Kem tersebut adalah daripada golongan profesional dan ulama.
 
Read More / Baca Lagi >>

Ulama-profesional bertembung dalam muktamar kali ini

Posted: 29 May 2015 07:41 PM PDT


Post Pic

IPOH: Calon Exco Pemuda PAS Pusat, Mohammad Faiz Fadzil mendakwa pemilihan bagi Muktamar PAS Pusat Kali ke-61 yang akan berlangsung Jun ini bakal memperlihatkan pertembungan dua aliran kepimpinan.
 
Menjelaskan jenis pertembungan itu, ujar Faiz, kumpulan yang yang mahu mempertahan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan yang mahukan PAS meninggalkan pakatan pembangkang itu.
 
Tambahnya, persaingan tersebut berlaku di setiap lapisan kepimpinan parti, selain perwakilan seperti dipaksa memilih kepimpinan berdasarkan dua aliran berkenaan.
 
"Pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. Itu realiti dan tidak dapat dielakkan atau disembunyikan.
 
"Apa yang berlaku ini bukan dibuat-buat tetapi berdasarkan beberapa siri kenyataan pemimpin kita.
 
"Ada kenyataan yang pertahan PR dan ada kenyataan yang beri gambaran jelas PAS akan meninggalkan PR. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh dua aliran pemimpin," katanya dalam Program 'Wacana Hala Tuju Pemuda PAS Malaysia, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Hanya Khairy calon terbaik ganti Najib kata Zam

Posted: 29 May 2015 07:28 PM PDT

Jho Low Ada Di Malaysia, Siapakah Bakal Ditemuinya?

Posted: 29 May 2015 06:54 PM PDT


Mengikut laporan sebuah portal berita iaitu The Ant Daily atau Semut Harian, jutawan kontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low ketika ini sedang berada di Malaysia.

Berdasarkan apa yang dilaporkan, Jho Low  dikatakan tiba dengan menaiki penerbangan Cathay Pacific dari Hong Kong yang memulakan perjalanan dari Jepun dan tiba di KLIA lewat petang Khamis lalu.

Beliau yang dikesan memakai baju batik hitam putih menaiki pesawat itu bersama seorang lelaki berpakaian biasa dan kemudian bertemu dengan seorang lelaki India tinggi lampai di penghubung terminal KLIA pada kira-kira jam 7.43, sebelum tergesa-gesa berlalu pergi.

Ketika isu 1MDB sedang hangat dan menjadi bara dalam hati majoriti rakyat negara ini dan namanya dikaitkan secara langsung dengan kemelut yang berlaku dalam syarikat pelaburan anak emas Najib Razak itu, kepulangan Jho Low tentu saja menimbulkan banyak persoalan serta tanda tanya.

Apakah urusannya datang ke Malaysia dan siapakah yang bakal ditemuinya di sini? 

Dalam kemelut yang yang melanda 1MDB sehingga ia dianggap skandal kewangan terbesar di era Najib menjadi Perdana Menteri, nama Jho Low telah disebut oleh banyak pihak termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mempersoalkan apakah peranan dan bagaimanakah beliau begitu dipercayai untuk menguruskan pelaburan dana berbilion ringgit milik syarikat tersebut.

Tun Mahathir juga mengaitkan hubungan rapat Jho Low dengan anak tiri Najib, Riza Aziz yang didapati memiliki kekayaan luar biasa dengan kemampuan menerbitkan filem  dengan kos kira-kira RM300 juta di Hollywood serta membeli kondominium mewah di kota metropolitan  New York.

Dalam misteri ke mana perginya RM27 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion, nama Jho Low paling banyak dikaitkan dan beliau dilihat kunci utama untuk merungkai banyak kekusutan yang bermain di fikiran rakyat.

Blog ini dalam postingnya pada 15 April  2015 bertajuk "Tangkap Jho Low, Buka Semula Kes Altantuya...Habis Cerita!!" juga menyarankan agar Jho Low disiasat bagi memperolehi lebih banyak maklumat penting mengenai 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Keadilan cabar Datuk Seri Rohani hidup pada gaji minimum!

Posted: 29 May 2015 06:53 PM PDT


Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pasti tidak pernah menikmati kesusahan dengan makan gaji. Wanita Keadilan mencabar beliau untuk hidup 30 hari sebagai seorang wanita yang memperoleh gaji minimum RM900 bersama-sama keluarganya kemudian membuat keputusan setelah 30 hari berakhir sama ada relevankah meyakinkan untuk mempunyai lebih ramai anak apabila kos kehidupan yang semakin meningkat.
Wanita Keadilan berpendapat bahawa keluarga perlu bersedia untuk menerima tanggungjawab tambahan dari segi kewangan yang stabil khususnya sebelum mempertimbangkan untuk mempunyai lebih ramai anak bagi mengelakkan masalah pada jangka masa panjang.
Ia adalah satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan. Tetapi dalam pada masa yang sama, kualiti kehidupan harus juga dipertingkatkan. Daripada memberi nasihat "tidak perlu terlalu tumpu pada kualiti hidup", kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan tahap kualiti kehidupan di Malaysia harus menjadi lebih baik. Negara-negara Asia Tenggara kini sedang bergerak kearah yang lebih baik daripada kita. Sebagai contoh, Korea Selatan sudah jauh kehadapan dengan jenama tersendiri seperti Samsung, LG, Hyundai dan Kia yang mecipta nama di seluruh dunia. Malaysia? Apa yang berlaku pada Proton? Hampir 58 Tahun kemerdekaan , kita masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi, pendidikan, dan hak asasi manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Berhenti serang presiden Pas....

Posted: 29 May 2015 06:50 PM PDT


SHAH ALAM - Rakan dalam PR digesa berhenti menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana keadaan itu hanya memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, situasi hari ini semakin panas apabila krisis yang berlaku bukan sahaja melibatkan rakan dalam PR, tetapi juga barisan kepimpinan dalam Pas sendiri.

"Perselisihan pendapat dalam keluarga Pas menarik perhatian ramai pihak. Krisis seumpama ini pernah berlaku dalam sejarah jatuh bangun parti Islam.

"Situasi ini semakin panas apabila Pas berdepan muktamar yang menyaksikan pemilihan yang sengit. Pas mengiktiraf dan menyanjung keprihatinan semua pihak khasnya rakan PR, namun serang menyerang yang telah dibuat hanya akan melemahkan parti Pas," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut bimbang apabila ramai pemimpin bercakap, kenyataan itu akan diputar belit pihak tertentu.

"Justeru, Pas memohon supaya semua pihak, khasnya rakan-rakan PR, supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan kritikan atau melafazkan serangan terhadap sesiapa pun di kalangan pimpinan kami, khususnya Presiden Pas, bagi membantu menjernihkan suasana
dalam parti sekaligus membendung keretakan dalam muafakat politik PR," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan jadi jaguh kampung, kata Pele

Posted: 29 May 2015 06:48 PM PDT

Legenda bola sepak Pele menasihatkan Malaysia untuk kerap mengadakan perlawanan di luar negara untuk mengelakkan daripada hanya menjadi jaguh kampung.

Menurut beliau pendedahan daripada bermain di gelanggang lawan mampu memberikan kelebihan kepada semangat, taktikal dan mutu permainan sesebuah pasukan.

"Saya fikir nasihat terbaik yang boleh saya berikan ialah pastikan ada peluang bermain di luar negara.

"Suasananya berlainan. Kadang-kadang pasukan anda amat baik di tempat sendiri tapi bila berhadapan dengan pasukan lain di tempat mereka, ia sebaliknya," kata beliau hari ini.

Pele, penyerang dengan rekod jaringan lebih 1,200 gol, muncul dalam sesi pertemuan dengan Harimau Malaya dan media anjuran 100 Plus di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau membawa Brazil memenangi piala dunia pertama mereka pada 1958 ketika berusia 17 tahun.

Pele hari ini menghabiskan masa kira-kira 90 minit beramah mesra dalam acara dikendalikan bekas tonggak Manchester United, Paul Parker.

Pele berkata, semakin hebat sesebuah pasukan itu, semakin kuat tekanan yang dihadapi mereka.

Rahsia seribu gol

Pemain yang hebat pula, kata Pele, adalah mereka yang percaya kepada keupayaan sendiri dan rakan sepasukan.

"Saya ingat lagi, ketika memenangi piala dunia 1958, amat mudah bagi saya menjaringkan gol kerana saya hanya berusia 17 tahun.

Read More / Baca Lagi >>

FIFA: Dituduh rasuah pun Blatter menang lagi

Posted: 29 May 2015 06:45 PM PDT

Sepp Blatter dipilih semula sebagai Presiden Fifa untuk penggal kelima selepas mengatasi pencabar tunggal dalam pemilihan yang dibayangi dakwaan rasuah dalam dunia bola sepak.

Blatter memenangi pemilihan itu walaupun wujud desakan supaya dia berundur ketika skandal rasuah sedang disiasat AS, Switzerland dan agensi penguatkuasa lain.

Dakwaan itu dianggap krisis terburuk pernah dialami Fifa dalam sejarah 111 tahunnya.

Walaupun mendapat mandat baru - yang tidak meyakinkan - kepimpinan Blatter terus mengundang persoalan baru mengenai kemungkinan berlaku perpecahan dalam sukan bola sepak antarabangsa.

Kemungkinan lain ialah rasa tidak puas hati syarikat penaja yang menuntut supaya badan berkenaan melakukan reformasi.

Pada masa sama pihak berkuasa melihat kemungkinan untuk meluaskan siasatan terhadap dakwaan rasuah berkenaan.

Berdasarkan keputusan diumumkan, Blatter dan Putera Ali Al-Hussein dari Jordan memperoleh undi dua pertiga dalam pusingan pertama dengan penyandang mendapat 113 undi berbanding 73 untuk pencabarnya.

Walaupun undian pusingan kedua boleh diadakan, ia tidak dijalankan apabila Putera Ali mengaku kalah.

Mengulas kemenangan itu Blatter, 79, mengucapkan tahniah kepada perwakilan yang memilih Ali yang dianggap "calon yang baik".

UEFA keluar Fifa?

Read More / Baca Lagi >>

Hukum Dikenakan GST Terhadap Orang Islam - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 29 May 2015 05:42 PM PDT


Apakah syarat bantuan asing selamatkan hutang 1MDB..???

Posted: 29 May 2015 05:37 PM PDT

Tindakan Putrajaya memohon bantuan syarikat pelaburan asing membantu menyelesaikan hutang syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah amat memalukan, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tindakan itu menunjukkan tiada lagi syarikat kewangan yang ingin meminjam dana kepada 1MDB.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat pelaburan petroleum Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1MDB dalam usaha membantu syarikat sarat hutang itu membayar hutang berjumlah AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.

"Bayaran AS$1 bilion itu tidak datang secara percuma dan dipenuhi dengan syarat-syarat tertentu. Apakah syaratnya? Adakah 1MDB mengorbankan lebih banyak dana pembayar cukai pada masa akan datang untuk mendapatkan pinjaman ini?" soal Pua dalam satu kenyataan, malam tadi.

Husni berkata, pembayaran daripada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Pua dalam kenyataannya berkata, ini bukan kali pertama IPIC menyelamatkan 1MDB, syarikat itu pada 2012 juga pernah menjadi penjamin kepada 1MDB apabila ia memerlukan dana bagi membeli pengeluar tenaga bebas (IPP) Tanjong Power dan Genting Sanyen.

"Jaminan masih diperlukan walaupun harga bond 1MDB begitu menarik sekitar 5.99% kadar kupon," katanya.

Beliau berpendapat, jaminan yang diberikan IPIC kali ini juga tidak datang percuma sebaliknya perlu dibayar dengan harga-harga tertentu.

"Syarat-syarat luar biasa yang dilampirkan memberikan kesan besar terhadap kadar faedah hutang dan aliran tunai 1MDB," kata Pua.

Beliau berkata, 1MDB akan meletakkan sekurang-kurangnya 40% pinjaman kepada IPIC sebagai deposit keselamatan, yang mana beliau menganggarkan, berjumlah RM4.47 bilion seperti didedahkan dalam laporan kewangan syarikat sarat hutang itu pada Mac 2014.
Read More / Baca Lagi >>

PRIME M'SIAN ASSETS ON FIRE SALE TO FOREIGNERS: 1MDB to be ‘wound down’, Abu Dhabi firms to help cut extra RM16b in debt

Posted: 29 May 2015 05:09 PM PDT

PRIME M'SIAN ASSETS ON FIRE SALE TO FOREIGNERS: 1MDB to be 'wound down', Abu Dhabi firms to help cut extra RM16b in debt
KUALA LUMPUR - The deal with International Petroleum Investment Company (IPIC) and its Aabar Investments unit could remove another RM16 billion in debt from 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) that will be wound down, according to national news agency Bernama.
In its report, Bernama asserted that the two Abu Dhabi firms that will extend a US$1 billion payment to 1MDB next month could take on more of the firm's debts via additional deals in coming weeks.
It further added that 1MDB will be wound down by next year and its operations transferred to three separate firms.
"[The] deal reached with Abu Dhabi-based IPIC and Aabar will help reduce the debt by RM16 billion and in exchange, 1MDB will provide IPIC and Aabar with a number of financial assets, including units that are held in the company's BSI Singapore account," Bernama reported.
It did not cite any sources for its report and did not elaborate on what these assets would be aside from the controversial "units" in BSI Bank.
Earlier today, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said IPIC and Aabar will pump in US$1 billion to 1MDB for the firm to pay off a US$975 million loan by June 4.
Read More / Baca Lagi >>

AGAIN NAJIB LIES, AHMAD HUSNI COMPLICIT? Desperate PM borrows from 'LOAN SHARKS' to cover 1MDB cash shortfall

Posted: 29 May 2015 05:08 PM PDT

AGAIN NAJIB LIES, AHMAD HUSNI COMPLICIT? Desperate PM borrows from 'LOAN SHARKS' to cover 1MDB cash shortfall
It is only in Malaysia when the a Minister of Finance could be "pleased to announce" that the Ministry's wholly-owned insolvent subsidiary managed to secure a US$1 billion loan from the investment arm of a foreign country, Abu Dhabi, to repay it own debts.
Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah stated that "1MDB has entered into a binding agreement with the International Petroleum Investment Company (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments (Aabar)" where IPIC will make a payment of US$1 billion, on or before 4 June 2015.
"This US$1 billion payment will be used to repay a US$975 million (RM3.5 billion) loan, in advance of its due date, to a syndicate of international bank lenders," according to the Second Finance Minister's statement.
Malaysians are so embarrassed that our BN Government has no shame and had to resort to begging a loan and/or favour from a foreign government. This is because no other financial institution is willing to lend to 1MDB.
However, what is more important is what Dato' Seri Ahmad Husni failed to elaborate, leaving Malaysians speculating and fearing for the worse. The US$1 billion payment would not have come for free, and would have had plenty of conditions attached to it. What are these conditions? Did 1MDB sacrifice even more of Malaysians' future tax-payers' funds to secure this desperate loan?
This isn't the first time IPIC has come to the "rescue" of 1MDB. When 1MDB needed to raise funds in 2012 to acquire the independent power producers (IPPs), Tanjong Power and Genting Sanyen, 1MDB had to ask IPIC to provide a guarantee in order to raise the funds via 2 bond issues, each worth US$1.75 billion. The guarantee was necessary despite the fact that 1MDB priced the bonds very attractively at 5.99% coupon rate.
Paying through Malaysia's nose
Read More / Baca Lagi >>

Wahai Zaid, kebertanggungjawapan bukanlah budaya kita

Posted: 29 May 2015 04:58 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
"...Pernah satu ketika, apabila pemimpin mengambil serius perihal tanggungjawab," sebahagian daripada tweet oleh bekas menteri Zaid Ibrahim, mempersoalkan mengapa tiada menteri yang meletakkan jawatan atau bertanggungjawab kepada skandal berterusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Cabang pelaburan yang menangung hutang itu telah menimbulkan kontroversi di atas pinjaman yang dijamin kerajaan sebanyak RM 42 bilion tanpa ada kemajuan projek yang boleh dibanggakan serta dilaporkan sudah kerugian jutaan ringgit.
Isu hutang ini telah dikaitkan dengan penurunan teruk kedudukan kredit negara selain memberi kesan kepada kekuatan matawang kita dan kemungkinan yang pembayar cukai terpaksa menyumbang bagi memastikan hutang dapat dibayar.
Sebuah rencana Bernama juga menyebut yang Bank Negara mengakui tanpa mendedahkan perincian yang Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah menghantar laporan berkenaan akaun yang dimiliki oleh 1MDB di salah satu cawangan bank Swiss, BSI Bank di negara itu.

Dalam apa juga situasi, Zaid sebenarnya memberi maklum balas kepada pandangan MP Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bukan hanya Najib (kiri) seorang yang bersalah dalam isu 1MDB.
Razaleigh berkata yang barisan kabinet juga perlu bertanggungjawab secara kolektif  kerana mereka seharusnya mengetahui apa yang terjadi dan tidak boleh melepaskan diri dengan mendakwa tidak mengetahui apa-apa.
"Tepat sekali Tunku Razaleigh. Semua ahli kabinet juga perlu bertanggungjawab dalam isu 1MDB yang memalukan. Mengapa mereka tidak bersedia untuk meletak jawatan?" Tanya Zaid melalui tweetnya pada 27 Mei.
Bekas menteri itu juga menegaskan yang Razaleigh dan penyokongnya pernah meletakkan jawatan kerana tidak sependapat dengan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad pada tahun 80-an.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar ke 61: Terpulang kepada ahli hendak pilih pemimpin PAS

Posted: 29 May 2015 04:41 PM PDT


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memilih pemimpin parti pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.
Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.
"Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP," tegasnya kepada media, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid cadang dana awam biayai parti politik

Posted: 29 May 2015 04:27 PM PDT

Pembiayaan awam itu dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti politik yang memerintah pusat atau negeri.
Khalid-Ibrahim_spr_rmk11_600PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan sistem pembiayaan awam bagi parti politik dan calon pilihan raya diperkenalkan sebelum Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya, kutipan daripada akar umbi oleh ahli parti tidak mungkin mencukupi bagi membiayai aktiviti rutin dan kos kempen pilihan raya bagi parti politik kecil.
Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, pembiayaan awam itu juga dapat mengekang penyalahgunaan kuasa dan dana awam oleh parti pemerintah persekutuan atau negeri.
Katanya, sistem itu telah lama dipraktikkan di negara-negara maju seperti Jerman, Sweden, Kanada, Australia, Austria, Sepanyol, Perancis, Jepun, Mexico dan Belanda.
"Ini sebagai salah satu kaedah untuk memastikan agar sistem politik dan institusi pentadbiran kita bebas sepenuhnya daripada gejala melobi melampau, korupsi dan kronisme.
"Maka, sudah tiba masanya bagi Malaysia yang bakal menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 memperkenalkan satu sistem pembiayaan mengguna pakai dana awam bagi semua parti politik yang sah berdaftar," katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Khamis.
Read More / Baca Lagi >>

Utamakan tadbir urus baik, bukan GST

Posted: 29 May 2015 04:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) nampaknya tidak akan ke mana jika kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tadbir urus, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
"Melihat tindakan yang diambil kerajaan terhadap kesalahan penjawat awam tidak dipandang serius maka tidak hairanlah rasuah dan kesalahan penjawat awam terus berlaku saban tahun.
"Akhirnya hasil GST akan digunakan untuk membeli jet baru ataupun dibazir secara sia-sia saja," katanya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM6.5 bilion bagi kesalahan tadbir urus penjawat awam.
Namun kata Nie Ching, walaupun 339 orang pegawai telah dikenakan prosiding tatatertib, tapi hanya 132 orang bersamaan 39 peratus yang dikenakan hukuman tatatertib dan 203 orang (60 peratus) lagi dibebaskan.
Jelas beliau, daripada 132 orang, seorang telah dipecat, 3 orang dikenakan pemotongan gaji, 65 orang diberikan amaran dan selebihnya dikenakan tindakan lain.
Tambah Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu, meskipun Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah ditubuhkan bagi memantau segala perbelanjaan negara, namun peranannya masih lagi terbatas.
"Dilaporkan Putrajaya atau Kementerian Kewangan tidak pernah menghantar satu laporan pun tindakan susulan yang telah diambil hasil cadangan daripada PAC," ujarnya.

Tolong sedar wang 1MDB itu milik rakyat

Posted: 29 May 2015 04:22 PM PDT

SHAH ALAM – Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee membidas tindakan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy yang gagal hadir pada prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Selasa lalu.

Syed Ali mendakwa, Arul boleh pula segera kembali ke tanah air daripada urusan di luar negara untuk menghadiri majlis makan malam sulit dengan orang-orang ternama.

"Arul Kanda tidak dapat hadir ke prosiding PAC pada Selasa. Tapi boleh balik ke tanah air dari urusan di luar negara itu untuk menghadiri sesi makan malam sulit dengan orang-orang ternama termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Aloft, KL Sentral pada Rabu malam.

"Mengikut urutan cerita, Arul sepatutnya berada di luar negara, dia minta maaf tak dapat hadir ke prosiding sebab urusan di sana.

"Shahrir beritahu media, menuntut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin buat kenyataan terbuka mengenai kemelut 1MDB dan kemudian ajaibnya, Arul muncul untuk makan malam yang selesa dengan Shahrir dan lain-lain. Ini sandiwara yang meninggalkan tanggapan yang buruk," katanya yang dipetik melalui blognya, hari ini.

Isnin lalu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed‎ mengumumkan prosiding 1MDB yang dijadualkan berlangsung keesokannya terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara iaitu Arul dan bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi.

Mengulas lanjut, Syed Ali mengingatkan bahawa kes 1MDB itu melibatkan kehilangan dana negara dalam jumlah yang besar namun sehingga kini masih tiada penjelasan apa yang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Indeks Keamanan merudum, Zahid kelirukan rakyat

Posted: 29 May 2015 04:20 PM PDT

NIK NAZMI NIK AHMAD_COURT OF APPEALKUALA LUMPUR 29 MEI- Jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Indeks Keamanan Sedunia (GPI) merudum disebabkan beberapa faktor seperti Perhimpunan Kita Lawan adalah berniat untuk mengelirukan rakyat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu langsung tidak tepat kerana contoh demonstrasi yang disebut hanya aktif pada tahun ini dan tidak mungkin memberi kesan kepada kedudukan GPI Malaysia tahun lepas.
"Jawapan bertulis itu, yang menyalahkan kempen demonstrasi jalanan di dalam hal ini, hanya berniat untuk mengelirukan. Kebanyakan aktiviti tunjuk perasaan yang dijalankan adalah aman dan tidak termasuk kategori demonstrasi ganas," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
Zahid dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini menyatakan bahawa kedudukan Malaysia di dalam GPI 2014 telah merudum.
Menteri berkenaan merujuk beberapa sebab yang tidak diperinci, termasuk aktiviti tunjuk perasaan oleh #Kitalawan, Gerakan Hapuskan Akta Hasutan, Anti-Lynas dan Perhimpunan Aman Mahasiswa.
Sebaliknya, menurut Nik, laporan GPI menyatakan secara spesifik bahawa terdapat peningkatan dari segi aktiviti pengganas dan ketidakstabilan politik di negara ini.
"Sudah sedia maklum bahawa Malaysia telah bertarung dengan kumpulan pengganas, contohnya, gerakan "Islamic State" dan juga saki baki daripada kejadian Lahad Datu.
"Oleh itu, ini mungkin lebih tepat untuk menjadi pengukur kepada keadaan kedamaian negara ini," katanya yang juga Adun Seri Setia.
Read More / Baca Lagi >>

"Saya gali kubur kawan saya," kata mangsa kem transit Wang Kelian

Posted: 29 May 2015 04:14 PM PDT

ALOR SETAR: "Walaupun sudah lebih setahun, tetapi bagi saya ia seperti baru berlaku semalam apabila saya menggali kubur, memandikan dan mengebumikan jenazahnya," kata Mohamad Toha Naziullah, mangsa kem transit pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian dekat sini, tentang rakan karibnya.

Pemuda Rohingya berusia 23 tahun itu masih teringatkan nasib yang menimpa rakannya dikenali sebagai Yunus yang menjadi mangsa kepada kekejaman pengawal-pengawal di kem transit terbabit.

"Saya dan Yunus ditempatkan dalam kandang yang sama dan disebabkan umur kami yang hampir sama, kami rapat dan berjanji untuk menjaga satu sama lain daripada apa-apa bahaya ketika ditahan di kem itu," katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama hari ini.

Namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa, apabila suatu hari pengawal kem menarik rakannya keluar daripada kandang tahanan dan meminta bayaran sebanyak RM8,000 sebagai syarat membebaskannya ke Malaysia.

Yunus menurut Mohamad Toha telah memberitahu pengawal kem transit terbabit beliau telah menjelaskan RM5,500 kepada ejen sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar, yang berjanji untuk membawanya ke Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>