Followers

Nuffnang

kalam Perantau

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

kalam Perantau


Lim brothers terus meracau dalam pemilihan PAS

Posted: 28 May 2015 03:10 PM PDT

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Dalam suasana kempen pemilihan PAS yang semakin hangat, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP mengambil peluang untuk memberi tekanan kepada Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang sedang dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang dalam pemilihan kali ini dalam usaha DAP untuk membantu proksi mereka dalam PAS memenangi pertandingan kali ini bagi memastikan keputusan-keputusan PAS berpihak kepada kehendak dan kepentingan DAP.

mbtrgSepatutnya, selepas DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, terpulang kepada PAS lah bagaimana nak menguruskan parti tersebut. Buat apa tanya lagi soalan kepada beliau.

Setelah berkali-kali dijelaskan oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk terus kekal dalam Pakatan rakyat, Setiausaha Agung DAP tersebut terus memberikan 5 soalan yang dikitar semula berkali-kali;

  • Kenapa Hadi mungkiri komitmen PAS pada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?
  • Mengapa Hadi nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditengah kemelut skandal RM42 bilion 1MDB?
  • Hadi mahu wujudkan kerajaan perpaduan bersama Umno?
  • Mengapa Hadi enggan nyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh?
  • Hadi isytihar bahawa umat Islam wajib menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud. Namun Hadi tidak menyebut tentang orang Islam lain, orang bukan-Islam, serta rakyat Sabah dan Sarawak yang turut membantah undang-undang hudud. Tidakkah bantahan terhadap hudud bukan kerana hudud adalah sebahagian daripada Islam tetapi kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan?

Bapanya, Lim Kit Siang pula memberi amaran seolah-olah Pakatan Rakyat akan terus berkubur selepas muktamar kali ini jika Abdul Hadi Awang akan terus menang dan menguasai kepimpinan PAS. Tindakan mereka ini adalah disebabkan Abdul Hadi enggan tunduk kepada DAP terutama yang melibatkan hukum-hukum agama dan kepentingan politik Melayu/Islam di Negara ini.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Ahmad Yakob dilaporkan berkata tindakan Kit Siang yang menyentuh isu hudud pada ceramah berkenaan di Kota Bharu sebagai tidak wajar. “Kita memang tahu dia sebelum ini sudah menolak hudud, namun tidak sepatutnya dia bersuara secara terbuka di rumah kita. Dia sepatutnya menghormati Kelantan,” katanya.

Sebelum ini terutama ketika ada Karpal Singh, imej yang ditunjukkan oleh Kit Siang adalah watak 'hero' dalam DAP. Tetapi bila tiada Karpal, rupa-rupanya Lim Brothers yang menguasai DAP lebih teruk lagi dari Karpal dalam usahanya menentang perlaksanaan hukum syariah (yang sebahagaiannya adalah hudud).

Strategi DAP melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang menyerang Abdul Hadi, jelas mahu memastikan ahli Pas memilih ketua yang lebih mesra PR dalam pemilihan Pas Jun ini. Ir Hj Khairil Khairuddin, Naib Ketua Pemuda PAS berkata, “Perbuatan masuk-campur urusan dalaman parti dan menjadi batu-api ini adalah diluar kerangka Common Policy Framework Pakatan Rakyat seperti yang sering diulang-sebut oleh DAP” kata,

Dalam kenyataan itu beliau menyebut, “Sepertimana DAP marah sekiranya orang PAS berkempen di dalam pemilihan kepimpinan DAP, maka seperti itulah yang kami harapkan agar DAP usahlah sibuk tumpang berkempen untuk mengajar kepada perwakilan PAS siapakah yang layak untuk memimpin PAS sesi kepimpinan 2015/2017,”

Manakala Nik Abduh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyifatkan usaha DAP untuk mencampuri urusan dalaman Pas bertujuan untuk memberi tekanan kepada politik negara untuk mengeluarkan Tuan Guru Haji Hadi dari mahkamah rakyat. Katanya lagi, “Ini bukan soal individu tetapi polisi parti. Bila Tuan Presiden Haji Abdul Hadi buat keputusan, itu adalah polisi parti kami"

Disebabkan ahli-ahli PAS dah nampak permainan politik disebalik pemilihan kali ini, pemimpin PAS yang pro-PR mula menyedari serangan demi serangan yang dibuat pemimpin DAP khususnya yang dibuat oleh Lim brothers ini terhadap beberapa pemimpin PAS tidak membantu, malah menyusahkan mereka dalam pemilihan pada muktamar kali ini.

Dr Mujahid berkata, “DAP sepatutnya tunggu pemilihan selesai, baru buat apa-apa komen. Serangan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, tambah menyusahkan kami dan menjadikan masalah lebih rumit”.

Shuhaimi Almaniri
28hb Mei, 2015


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tun kata Najib pembohong

Posted: 28 May 2015 09:30 PM PDT


Tun Dr Mahathir segera menjawab jawapan kedua Dato Najib dengan menumpukan fokus terhadap isu pembetulan kenyataan bahawa wang disingapura bukan wang tunai.

Pembetulan di parlimen menjelaskan kenyataan salah sebelum ini. BSI hanya custodian kepada certificate unit amanah pelaburan dalam dana sebuah foreign fund.

Ada alasan kata jika najib hendak tipu, tak perlu dia betulkan kesilapan sebelum ini. Najib tiada niat menipu.


Ada sebuah potongan akhbar menunjukkan sebelum ini najib hanya berkata mengekalkan dalam matawang us dollar. Ada tak keratan lain yang bukan sarawak petpot atau msia ditipukini atau malaysia insidious atau the egg yang boleh jelaskan kenyataan Najib sebelum ini?

Sesuatu yang patut Najib jelaskan dalam pembetulannya adalah apa nama sovereign fund yang dilaburkan? Apa salah telus supaya boleh diketahui ramai dan hilangkan curiga akibat banyak soalan makan masa lama sangat tidak dijawab.

Susah untuk Najib kata dia tidak tahu kerana ada pihak sudah dedahkan kuasa Najib dalam M&A sebagai pembuat keputusan terakhir dalam urusan 1MDB. Najib susah untuk kata dia tidak tahu sebenar.

Namun begitu harap tulisan FB Lim Sian See berikut mengenai jumlah pelaburan luar negara 1MDB dalam memberi maklumat untuk pemahaman:



How much of 1MDB's money is invested overseas?

1) USD1.1 billion (RM4 billion) in BSI Singapore
- Held as collateral for a Deutsche Bank USD975m loan and is apparently not cash but Financial Assets in the form of sovereign-guaranteed investment units).
- This asset appear to be yielding returns.

2) USD1.56 billion (RM5.68 billion) invested in a 2013 JV with Abu Dhabi Govt
- The 50-50 JV is called Abu Dhabi Malaysia Investment Company Limited
- JV is with Abu Dhabi govt owned Aabar Investments PJSC and is to jointly invest in energy and strategic real estate.
http://www.reuters.com/article/2013/04/16/malaysia-1mdb-aabar-idUSL3N0D31US20130416

3) USD1.4 billion (RM5.1 billion) with IPIC
- International Petroleum Investment Co (IPIC) is a sovereign fund wholly owned by the Abu Dhabi Govt and has assets worth USD65 billion
- The money is a part of the USD3.5 billion 2012 bonds that is co-guaranteed by IPIC and 1MDB and appears to be IPIC's share of the funds.

4) USD1.25 billion (RM4.55 billion) refundable deposits with Aabar Investments
- This appears to be a deposit for the options of Abu Dhabi govt Aabar that is tied to the IPO of 1MDB's IPO assets.

In total USD5.06 billion (RM18.43 billion) of the famous RM42b seems to be stuck in various ventures with the Abu Dhabi Govt

Understanding that foreign investment is bi-lateral, it appears that the JV is just not for investments into Malaysia but in both countries.

In fact multiple partnerships a signing was announced in March 2013 where it stated that http://www.1mdb.com.my/press-release/rm18-billion-strategic-partnership

"The various partnerships are the outcome of continuing talks between PM Najib and Abu Dhabi's Crown Prince and Deputy Supreme Commander of the Armed Forces of UAE, His Highness General Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, promoting long-term sustainable economic growth beneficial to both countries."

Definitely bi-lateral investments on both sides.

Not sure how much profits that the RM18.43b joint-investments have made so far but it seems it is 26 months since those JVs and partnerships was made.

Should Malaysia ask Abu Dhabi for all our money back? And if 1MDB breaks its various JVs with Abu Dhabi, would this anger the Abu Dhabi Govt?

Does the money even exist in the first place? That is the question.

But it is highly unlikely that 1MDB is using another country's name and their crown prince, general and royal family to hide 1MDB songlap.

If the RM18.43b comes back, it completely explains the entire RM42 billion picture sand then Govt can simply say:

RM15b - Buy IPP and land
RM18b - Money in Abu Dhabi
RM8b - Inherited project financing for 15 IPPs
RM2b - build 8 military facilities and TRX development costs

= RM42b (ngam ngam).

So then govt will ask Tun M and Tony and Rafizi and all the various zombies and penaksubs: Where is the Songlap?

So, if all the Mid-East money comes back and used to significantly pay down the RM42b, would that make you all happy?


Sarawak Report tak lagi kelentong ... BETUL2 DEDAHKAN DOKUMEN!!!!

Posted: 28 May 2015 07:30 PM PDT


Itu hanya sindiran terhadap Sarawak Report yang asyik kata ada dokumen, email dan mcm2 tapi akhirnya dedahkan hanya email palsu.

Dokumen berikut adalah betul2 dokumen yang buktikan sebab apa pembangkang menentang AES.

Sebab mereka kuat melanggar undang2 trafik....


Baca kisah Rafizi di SINI


Ini semua muka2 yang menentang AES







Dua sebab Joshua Wong tidak boleh masuk Malaysia

Posted: 28 May 2015 05:26 PM PDT


Sebab pertama adalah:


Dia adik beradik Toan Chua. Muka hampir serupa. Perosak macam Tian Chua. Degil macam Tian Chua. Buat kerja subversif macam Tian Chua. Pasti gigit orang macam Tian Chua dan Count Dracula.

Orang yang bising membangkang larangan pun sama perosak masyarakat macam Bar Council.

Sebab kedua:


Ini sahkan tindakan pihak berkuasa tidak salah



Ada lagikah blogger pro-BN kokokkan tuduhan PR RM43 bil lesap?

Posted: 28 May 2015 05:10 AM PDT

Jgn marah ye ... gambar orang kasi

Ada blogger pro BN sanggup kokokkan Pakatan Rakyat untuk tuduh RM27 billion atau RM42 billion pinjaman 1MDB lesap hanya kerana agenda untuk jatuhkan Dato Najib
 
Bernama laporkan berikut:

Jumlah keseluruhan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang telah diaudit untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 sebanyak RM51.4 bilion, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Ia merangkumi aset semasa bernilai RM19.5 bilion dan aset bukan semasa RM31.9 bilion, demikian menurut jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan mengenai perkara itu.

Jawapan itu menyebut 1MDB mempunyai kedudukan aset-aset yang kukuh, antaranya tanah untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia di Kuala Lumpur.

Aset lain ialah tanah di Pulau Pinang seluas 94.69 hektar (234 ekar) serta 13 loji jana kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

BERNAMA.

Adakah mereka masih percaya Rafizi dan Tony Pua????????

NOW, syarikat Rafizi untuk kutip derma ala Lebuhraya Husam

Posted: 28 May 2015 12:19 AM PDT


(Malaysian Gazette) – "Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB."

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif."

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

 "Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya."

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

 Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.
Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

 "Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ROHINGYA: ORANG LAIN PUNYA TAIK... KENAPA KITA KENA CUCI?

Posted: 28 May 2015 07:12 PM PDT


La ni sana sini dok bising pasai Rohingya. Yang tak tau cerita hujung pangkai pun masuk gelanggang sama.

Masing-masing dok tuduh yang tu salah yang ni tak betui.  Pakat-pakat dok salahkan kununnya ini semua salah UMNO kerana membiarkan pemerdagangan manusia.

Kununnya kerajaan tak buat apa-apa. Kununnya lagi masa gempa bumi kat Nepal kerajaan boleh bagi duit.

Kununnya lagi masa dulu dia boleh hantaq senjata pi Bosnia bantu rakyat muslim perang komunis Serb...

Kununnya lagi kerajaan tak prihatin dengan orang Islam dan rakyat Folestin hanya dia yang peka dengan permasalahan ummah...kunun dia je yang banyak derma.

Kununnya masalah Rohingya ini disebabkan polisi UMNO yang tak nak bantu umat. Maka dia akan tubuh tabung khas yang dikutip dalam ceramah-ceramah nanti untuk bantu Rohingya.

Kununnya armada kapal perang Turki dah datang berduyun-duyun di perairan negara minta PM Najib dan Presiden Jokowi jangan halang mereka untuk bantu rakyat Rohingya.

Kununnya lagi kapal-kapal Turki ini datang membawa isteri PM Turki untuk angkut beribu-ribu pelarian Rohingya balik ke Isketambol.

Malangnya ada jugak seorang Mopti Agung yang share kisah kapal Turki ni dalam fesbuknya sambil-sambil kutuk-kutuk negara sendiri.

Di negeri dia sendiri orang dok ceroboh masuk jual orang tapi apa dia buat? 

Mengapa kita semakin nyanyuk?

Mengapa kita selalu percaya pada berita fitnah dan kita pula menyebarkannya?

Hakikatnya ramai yang dikatakan pelarian Rohingya yang cuba mendarat di perairan Malaysia, Indonesia dan Thailand sebenarnya 60% di kalangan mereka adalah pelarian ekonomi dari Bangladesh!

Rohingya dan Bangladesh berkongsi satu DNA. Mereka berasal dari keturunan yang sama cuma Rohingya adalah etnik Bengal yang menetap di Myanmar yang dahulunya menguasai sosio ekonomi di Rakhine zaman koloni Inggeris dan junta Burma.

Cuma selepas Myanmar mengecapi demokrasi dan Aung San Suu Kyi menang pilihanraya dan jadi ketua pembangkang menyebabkan etnik Karen dan Rakhine terutamanya sami Buddhanya naik tocang hasut etnik itu membantai beramai-ramai puak Rohingya yang majoriti muslim.

Lihat bagaimana agama disalahgunakan untuk dapat sokongan rakyat hinggakan Islam dianggap ancaman dan Muslim Rohingya dianggap anjing gila yang boleh dibunuh sesuka hati.

Dan kita pula terpaksa guna wang negara untuk bantu pelarian-pelarian ini atas prinsip kemanusiaan. Nak harapkan Myanmar bantu puak Rohingya? 

Jangan haraplah demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan Aung San Suu Kyii yang dibangga-banggakan oleh puak-puak pembangkang hanya menguntungkan sebelah pihak saja. 

Rohingya sampai di Thailand kena jual, sampai di Indonesia kena halau, sampai di Malaysia kita ambil bela kerana dasar kemanusiaan atas tiket UNCHR!

Singapore langsung tak nak ambil ...cer cuba etnik Rohingya ni putih, pandai dan bangsa serta agama pula sama dengan 'kaum itu' di Singapura...

Data pelarian UNCHR di Malaysia hingga Disember 2011. Data hingga Mei 2015 bagaimana dan berapa ramai pula?

Lain pula etnik Bangla yang tumpang sekapal dengan etnik Rohinya ini. Ada yang buang dokumen pengenalan diri kerana nak jadi pelarian Rohingya.

Melarikan diri ke Malaysia kerana yakin dengan kemakmuran negara kita, sedangkan rakyat kita sendiri suka kutuk macam-macam pasal negara sendiri.

Mereka tahu di Malaysia banyak peluang kerja  yang orang Malaysia sendiri tak mahu buat kerana tak de standart, panas, penat dan gaji sikit.

Mereka tahu cerita kemewahan Malaysia melalui rakan-rakan mereka di sini. Lalu bergadai nyawa ada yang menyamar jadi Rohingya walhal mereka Bangla.

Tersalah cara ada yang terpaksa jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia...yang buat pun ramai rakyat negara jiran dan puak Bangla dan Rohingya sendiri.

Bak kata Hussin Lempoyang; "wow...jual manuasia lebih kaya dari jual onta!" 

Kita pun suka Bangla dan Rohingya...

Kita pula terpaksa ambil ramai Bangla dan Rohingya kerana mereka rajin bekerja.

Dah ada perjanjian nak masukkkan ramai pekerja Bangla ke sini secara berperingkat untuk ganti pekerja-pekerja tamat tempoh berperingkat-peringkat, bukannya sekaligus.

Kita pun suka bila Bangla, Rohingya dan India mari ramai bekerja di sini sebabnya kita suka sangat makan di kedai mamak dan restoren makanan segera.

Contohnya, walaupun makan di kedai mamak kena GST dan ditipu harga tinggi berkali-kali namun kerana mandram kari, kedai mamak tetap di hati meskipun yang jadi tukang masak dan tukang hidang 'sana' mari.     

Cuba jika Tamil Eelam nak duduk Penang beramai-ramai...bagaimana reaksinya?

Bila ada Menteri sebuah negeri dakwa kemasukkan Rohingya akan membolehkan satu lagi projek I/C dilakukan sebenarnya kita tak perlu melatah sebab keturunan dia dulu pun naik tongkang hanyut dan dapat kewarganegaraan serta I/C secara percuma juga.

Dia dengan Ketua Menterinya tak nak bagi Rohingya bertapak di negerinya. 

Tetapi cuba bayangkan jika bukan etnik Rohingya tapi etnik Tamil Eelam Sri Lanka atau Etnik Tibet jadi pelarian minta perlindungan sudah pasti dia akan menjerit-jerit desak kerajaan pusat buat itu dan ini.   

Kalau kita rasa kerajaan tak mampu  nak buat apa-apa tentang rakyat Rohingya dan Bangla yang inginkan pembelaan ini apa kata sesiapa yang bising tu cuba-cubalah ambil anak angkat, bakal suami atau isteri pelarian Rohingya dan Bangla ini.

Nasib anak-anak pelarian Muslim Rohingya dan Bangla...ada sapa nak ambil mereka sebagai anak angkat...?Jangan ambil anak saja tetapi ambil juga lelaki atau perempuan dewasa duduk di rumah kita.

Ajak mereka duduk serumah, sediakan bilik dan makan minum serta pakai dan peralatan mandi. Buat macam keluarga sendiri. Kalau rasa nak tambah dan ambil keluarga angkat lagi boleh lagi...tu pun kalau ada yang sudi. 

Buatlah sebagai tanda keprihatinan kita, jangan asyik kutuk kerajaan kunuuuuunnya tak buat apa-apa.

Tak pun daripada gila nak pergi Syria dan Iraq nak bantu IS lebih baik pergi tolong Rohingya di Rakhine.

RAFIZI GEORGE SOROS MALAYSIA MEROMPAK DAN MENYAMUN WANG RAKYAT HIDUP-HIDUP !

Posted: 28 May 2015 02:37 PM PDT

RAFIZI GEORGE SOROS MALAYSIA
MEROMPAK WANG RAKYAT HIDUP-HIDUP!

Perbuatan Rafizi menipu hidup-hidup rakyat sangat sadis. Rafizi menipu rakyat bulat-bulat. Apakah beza Rafizi dengan George Soros, yang mencuri wang rakyat negara-negara Asia Tenggara dulu.

Apa beza Rafizi dengan penyamun wang rakyat di Yayasan Selangor dulu membuat claim tipu bermacam-macam invois di sekolah dan bangunan Yayasan Selangor walhal kerja tidak dibuat! Mengecat sedikit mengclaim beratus ribu! Ingat lagi Sultan Selangor tak mahu menghadiri majlis santapan di raja di Yayasan Selangor, kerana pelbagai kes penyelewengan di Yayasan Selangor tempohari.

Apa beza Rafizi mencuri wang rakyat di Selangor dengan mempertahan tender-tender pasir haram kepada kroni-kroninya dan kroni Nurul Izah. Fauzi Abd Rahman PKR dari Pahang pun dapat tender pasir haram Selangor.

Bayangkan Rafizi menjadi penyamun dan penyagak wang rakyat ini sebelum memerintah, boleh tak bayangkan kalau Rafizi jadi kerajaan kelak? Habis semua wang kerajaan masuk akaun NOW !

Apabila ketahuan di katanya ini undang-undang kerajaan. Dasar perompak, menggunakan wang MARA belajar luar negara, balik ke Malaysia menipu rakyat bulat-bulat. Sia-sia MARA beri biasiswa manusia seperti ini.

Orang ramai yang tertipu tidak salah jika membuat laporan polis beramai-ramai.


Rafizi mempunyai akhlak yang buruk dengan perbuatan menipu wang rakyat hidup-hidup. Di Terengganu tahun lalu dia memanggil Rahman Yusof PKR sebagai Rahman Botak kerana nak memastikan konco-konconya menang pemilihan PKR, supaya wang hanya diberi kepada kroni-kroninya sahaja.

PENDERMA MINTA RAFIZI KEMBALIKAN WANG MEREKA SEMULA, PUNGUTAN MENCECAH RM5.9 JUTA ?

Posted: 28 May 2015 08:06 AM PDT


3 Soalan rakyat kepada Rafizi:-

1. BERAPA BANYAK SUDAH WANG HARAM KAMU KUMPUL DALAM SYARIKAT PERIBADI 'NOW' ITU?

2. SYARIKAT NOW IALAH SYARIKAT PERIBADI KAMU, SILA BENTANGKAN STATEMENT AKAUN PUNGUTAN WANG HARAM DARI ORANG RAMAI ? 

3. KHABARNYA PUNGUTAN WANG HARAM DI AKAUN SYARIKAT NOW MENCECAH RM5.9 JUTA TETAPI KAMU HANYA DECLARE RM6,000 SAHAJA? BETUL ATAU TIDAK?

NOTA: BUKANNYA SUKAR BAGI SEORANG AKAUNTAN PENIPU SEPERTI RAFIZI UNTUK MENIPU JUMLAH WANG  KELUAR MASUK. RAFIZI BIASA MELAKUKANNYA SEBAB ITU MANTAN MB SELANGOR SINGKIRKAN RAFIZI SEBAGAI PENASEHAT EKONOMI, KERANA MEMBERI DATA TIPU KEPADA KHALID

4. SOALAN EMEL TERAKHIR, BOLEHKAH WANG PENDERMA DIKEMBALIKAN SEMULA DAN BAGAIMANAKAH CARANYA? MEREKA BARU TERSEDAR DITIPU.
Rafizi, The CEO Syarikat Peribadi National Oversight Whistleblowers (NOW)
National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad di mana Rafizi adalah Pengarah Elsekutif.

Rujukan di Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati NOW tidak mempunyai surat kebenaran untuk mengutip wang daripada rakyat. Malangnya, Rafizi tanpa rasa malu telah melancarkan kutipan Wang haram itu.

Ramesh Rao, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin menyifatkan Rafizi sebagai penipu.

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," kata Rao.

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya."

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

ROSLAN KATA GUAN ENG MENTAL PROBLEM

Posted: 28 May 2015 06:45 AM PDT

Roslan Abdullah bertanya adakah Setiausaha Agung DAP mengalami gangguan mental kerana percakapan dan tindakannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbeza mengikut masa dan suasana.
"Lim Guan Eng ni sakit mental ke? Dulu dia kata akan boikot PRK Permatang Pauh kalau Abdul Hadi pergi, hari ini dia persoal pula kenapa tak hadir Kempen semasa di Permatang Pauh.
"Aku nasihat dia gi jumpa pakar jiwa lah,"katanya.
Pada 23 Mac, mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (CEC) DAP yang dipengerusikan oleh Guan Eng telah membuat keputusan sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan Hadi.
"DAP tidak dapat bekerjasama dengan presiden PAS Hadi Awang, yang berterusan melaksanakan taktik tidak jujur dan tidak bermaruah," kata Guan Eng dilapor pasukan theantdaily.
Ekoran keputusan CEC, membuktikan kehadiran Hadi tidak diperlukan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
"Di peringkat akar umbi, ahli DAP dan PAS tiada masalah, kami boleh bekerjasama, tetapi masalah kami hanyalah Hadi," kata Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh.
Ram Karpal berkata, faktor Hadi berkemungkinan menjadi liabiliti terhadap jentera pakatan pembangkang ekoran isu hudud yang diperjuangkan parti Islam itu.
Namun, selepas PRK Permatang Pauh dimenangi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Guan Eng menjadikan ketidakhadiran Hadi dalam PRK itu sebagai satu isu utama.
"Bukan sahaja tidak hadir ke kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau malah tidak menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah.
"Ini menunjukkan walaupun tubuh badan beliau masih bersama Pakatan, hatinya sudah bersama Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada 25 Mei, lapor Malaysiakini.

5 SOALAN LIM GUAN ENG KEPADA HJ. HADI

Posted: 28 May 2015 04:17 AM PDT


Lima soalan Lim Guan Eng Kepada Hj Hadi :
1. Kenapa Abdul Hadi memungkiri komitmen PAS kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan jaminan peribadinya kepada pimpinan Pakatan?
2. Kenapa Abdul HAdi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut 1MDB?
3. Kenapa Abdul Hadi mahu mewujudkan 'kerajaan perpaduan' bersama UMNO?
4. Kenapa Abdul Hadi enggan menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini?
5. Kenapa Abdul Hadi mengisytiharkan bahawa menjadi kewajipan umat Islam untuk menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah undang-undang hudud?

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Aidil Zafuan hanya mampu beri Rita Rudaini RM20 sehari?

Posted: 28 May 2015 11:07 AM PDT


Pemain pertahanan bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah, dia hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.

Aidi berkata jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 pada sebelah malam.

Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.

Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya.

Rita Rudaini Mokhtar, 39, sebelum ini memohon tuntutan nafkah yang meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang berjumlah RM50 sehari.

Mohd. Aidil Zafuan juga menegaskan dia hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.

Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu.

Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.

Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pengangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).

Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.

Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.

Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.

Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.

Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.

Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.

Terdahulu beliau menetapkan 1 Julai untuk hujahan kedua-dua pihak bagi kes tuntutan mutaah RM300,000 oleh Rita.

Suara Politik
Belantan

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LIVE][280515] Bahrul Mazi 15 - Ustaz Hafizal Abu Hassan

Posted: 28 May 2015 05:46 AM PDT

LIVE][280515] Bahrul Mazi 15 - Ustaz Hafizal Abu Hassan 

 

 

 

[LIVE][280515]Alam Yang Menanti - Ustaz Wadi Annuar

Posted: 28 May 2015 05:43 AM PDT

 live 1




ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Sudah Siapkah Lebuhraya Percuma Ini?

Posted: 28 May 2015 12:14 AM PDT


PAS Merelakan Dirinya Dibuli DAP

Posted: 27 May 2015 10:32 PM PDT


Hadi Awang hendak tunggu apa lagi? Sudah kena halau dan kena tuduh dengan tuduhan yang berat. Itu pun masih lagi Hadi Awang hendak sabar dan duduk dalam Pakatan Rakyat? 

Apa untungnya PAS duduk bawah ketiak DAP? Dihalau suruh berambus tidak pergi, masih lagi tidak malu mahu duduk dengan DAP. Apakah PAS sudah hilang rasa malu dan prinsip?

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:16 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


1MDB perlu bertanggungjawab walaupun hutang langsai, kata Dr M

Posted: 28 May 2015 08:40 PM PDT

Syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih perlu bertanggungjawab atas kerugian berbilion ringgit walaupun semua hutangnya dibayar melalui penjualan aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat.

"Apabila wang hilang dan pengurusan tidak mampu menjelaskan ke mana dan bagaimana ia boleh lesap maka pengurusan masih perlu bertanggungjawab walaupun ada cara untuk menyelamatkan atau hutang dibayar," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

GST hanya untuk selamatkan kerajaan, kata Dr Mahathir

Posted: 28 May 2015 08:38 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mengatakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya untuk menyelamatkan perbelanjaan Putrajaya yang semakin defisit setiap tahun.

Bekas perdana menteri itu dalam tulisan blog terbaru hari ini berkata, Putrajaya sepatutnya boleh mengelak daripada mengenakan cukai itu terhadap rakyat dengan menjimatkan perbelanjaan sendiri. "Dana tambahan dikutip melalui perbelanjaan rakyat.

Mereka terpaksa bayar lebih bagi setiap pembelian, maknanya kuasa beli mereka menurun. Erti kata lain, rakyat semakin miskin hanya semata-mata untuk mengayakan kerajaan.

 "Dengan memperkenalkan GST, kerajaan sebenarnya menyuruh rakyat termasuk mereka yang bukan golongan pembayar cukai, menyelamatkan kerajaan," katanya melalui tulisan di blog popularnya chedet.cc hari ini.

Dr M: 1MDB diandai bersalah sehingga wang ditemui

Posted: 28 May 2015 08:05 PM PDT


Pihak pengurusan 1MDB mesti diandaikan bersalah sehingga jumlah wang yang besar yang masih tidak dapat dikesan sebelum ini, ditemui, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, wang itu merujuk kepada pelaburan AS$1.103 bilion (RM4 bilion) 1MDB di Kepulauan Cayman yang status sebenar masih menjadi misteri.

"Dengan wang itu didakwa telah dilaburkan di Kepulauan Cayman dan walaupun didakwa ia telah dibawa balik dan kini di Singapura, wang itu tidak boleh ditunjukkan berada di sana dalam bentuk ketara (tangible).

"Maka pihak pengurusan akan dipertanggungjawabkan atas kehilangannya.

"Andaian mestilah bahawa pihak pengurusan telah menyalahgunakan wang itu melainkan jika dibuktikan sebaliknya," katanya dalam satu catatan di blog beliau pagi ini.

'Pak Lah tak bermewah, tapi sanggup berundur' - Tun M

Posted: 28 May 2015 08:04 PM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak harus meletak jawatan kerana menimbulkan masalah besar yang tidak pernah berlaku semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

Mahathir berkata, penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak dituduh menjalani kehidupan mewah, namun sanggup meletak jawatan sebelum tamat penggal.

"Sebelum ini, tiada cakap-cakap mengenai perbelanjaan boros perdana menteri, membeli barangan mahal, menjalani kehidupan mewah.

"Sebahagian daripada cakap-cakap ini mungkin tidak benar, namun ia tidak pernah timbul semasa pentadbiran perdana menteri sebelum ini.

"Cakap-cakap seperti ini pasti timbul disebabkan gaya hidup perdana menteri yang berbeza daripada yang diharapkan," kata Mahathir dalam tulisan di blognya, chedet.cc.

Mahathir menjawab kenyataan Najib yang bertegas untuk kekal sebagai perdana menteri sehingga tamat penggal jawatannya.

Presiden 1MDB digesa henti putar belit fakta

Posted: 28 May 2015 07:57 PM PDT

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy perlu berhenti memutar belitkan fakta dan berterus-terang sama ada beliau pernah atau tidak memberikan penyata palsu kepada Bank BSI di Singapura atau mana-mana bank seperti yang didedahkan laman Sarawak Resport baru-baru ini, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, Arul perlu jujur mengakui dakwaan syarikat pelaburan yang bermasalah itu menyerahkan surat palsu menggunakan 2 nama bank diberikan kepada Bank Negara Malaysia.

"Lebih banyak dia cuba lari daripada topik, lebih besar risiko beliau memalukan diri sendiri nanti," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan hari ini.

Arul semalam mendakwa portal pemberi maklumat itu berbohong mengenai 1MDB memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd di BSI Bank, Singapura. "Ini satu pembohongan.

Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara. "Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.

Pua bagaimanapun berkata, Arul cuba mengelirukan tanggapan awam kerana selepas meneliti laporan Sarawak Report, portal itu tidak mengatakan Arul mengemukakan "penyata palsu kepada BNM".

Read More / Baca Lagi >>

Jabatan Audit Negara disyor diletak di bawah Parlimen

Posted: 28 May 2015 07:54 PM PDT

Seorang ahli Parlimen mencadangkan Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Parlimen bagi memelihara kewibawaan dan integritinya.
Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata langkah itu sekali gus dapat menangkis dakwaan dan persepsi negatif yang sering ditimbulkan sesetengah pihak terhadap jabatan itu.
"Dalam terus memastikan kecekapan dan integriti Jabatan Audit Negara yang sememangnya bertindak mendukung prinsip tidak takut dan tidak memihak serta memberi laporan tiada berat sebelah, adalah wajar meletakkan ia terus di bawah Parlimen.

"Ini akan mencantas segala dakwaan dan persepsi negatif yang sering ditimbulkan terhadap jabatan ini sekali gus ia berkecuali, telus dan berkredibiliti," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, semalam. Beliau berkata cadangan itu membolehkan jabatan berkenaan tidak lagi perlu terikat dengan syarat dan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Irmohizam turut menyokong cadangan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dikembalikan semula dalam memastikan Parlimen kekal bebas dan berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Beliau berkata Parlimen perlu bebas mengawal selia aspek pentadbiran dan kewangannya selaras dengan pembahagian kuasa 3 cabang utama iaitu legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Katanya, ia selaras dengan hasrat Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu memperkasa integriti institusi Parlimen.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) turut senada menyokong hasrat menambah baik Parlimen bagi memperkukuh kuasa legislatif.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita GST Jumaat......

Posted: 28 May 2015 07:26 PM PDT

"BILA OTAK BERADA DI KEPALA LUTUT"

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, bukannya parti politik!

Posted: 28 May 2015 07:03 PM PDT

oleh V Shuman
Patriotisme – rasa cinta atau pengabdian kepada negara.
Itulah maksudnya di dalam kamus.
Malah dalam Rukun Negara, salah satu daripada nilai yang dinyatakan adalah "Kesetiaan kepada Raja dan negara".
Tidak dinyatakan di mana-mana yang ia adalah "Kesetiaan kepada kerajaan yang memerintah".
Tetapi bagi kerajaan yang diterajui BN dan Umno, sebarang kritikan terhadap mereka dianggap sebagai satu penghinaan kepada negara, seolah-olah tidak patriotik.
Itu adalah bagaimana anda dapat menafsirkan tuduhan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang baru-baru ini menyifatkan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai tidak patriotik.
Dr Hatta RamliDr Hatta Ramli
Punca tindakan beliau, seperti yang dilaporkan oleh Rakyat Post: Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) yang semasa berbahas mengenai isu kubur besar dan penyeludupan manusia, bertanya mengapa Malaysia tidak menerima pelarian, seperti yang dilakukan Australia dan Jerman.
Dalam jawapannya, Wan Junaidi memberi beberapa perangkaan mengenai pelarian yang diterima oleh negara-negara Eropah. 
Kemudian ia berlaku.
Beliau dipetik sebagai berkata "anda boleh mengkritik kerajaan dan kami telah pun meluluskan undang-undang untuk membolehkan anda berbuat demikian. Tetapi jangan kritik negara anda. Anda tidak seharusnya mengutuk negara anda sendiri."
Maafkan saya, tetapi bagaimanakah tindakan mempersoal atau mengkritik kerajaan yang memerintah mengenai cara mereka mengendalikan sesuatu isu, adalah sama seperti tidak menghormati negara ini?
Harus diingatkan bahawa kerajaan yang memerintah itu tidak sama dengan negara itu sendiri!
Parti-parti politik datang dan pergi, dan setiap warga negara berhak untuk mengemukakan soalan dan memberikan kritikan yang membina jika mereka melihat ada perkara yang tidak dikendalikan secara wajar.
Setakat yang saya tahu, rakyat mempersoalkan dan mengkritik kerajaan hari ini, kerana kita cintakan negara dan kita tidak mahu reputasinya semakin tercalar, disebabkan kegagalan parti yang mentadbirnya. 
Read More / Baca Lagi >>

Umno mempermainkan PAS dalam isu hudud

Posted: 28 May 2015 06:59 PM PDT

Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.Calon presiden PAS, Ahmad Awang bercakap mengenai hudud, Umno dan parti Islam itu dalam satu temubual di rumahnya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 Mei, 2015.Calon presiden PAS, Ahmad Awang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam menyokong hasrat Kelantan melaksanakan hudud di negeri pantai timur itu, mengatakan ia merupakan permainan politik parti Melayu itu.
Ahli politik veteran itu percaya, ketiadaan rang undang-undang persendirian PAS dalam aturan urusan mesyuarat sepanjang 2 minggu Dewan Rakyat bersidang sejak 18 Mei lalu, membuktikan Umno mempermainkan mereka.
"Dalam sidang Parlimen yang lepas, usul ini dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. Saya yakin, kita berjaya dipermainkan Umno," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Sebelum ini, pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir pada 9 April, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan. Ia menyebabkan rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu terpaksa diletakkan di hujung sekali, dan akhirnya tidak sempat dibincangkan.
"Kali ini pula, kerana ada Rancangan Malaysia ke-11. Kesudahannya, langsung tiada dalam jadual," kata Ahmad yang menduga rancangan 5 tahun itu mungkin dijadikan alasan untuk sekali lagi rang undang-undang itu tidak berjaya dibentangkan.
"Ada yang kata, speaker memaklumkan, atas arahan perdana menteri, rang undang-undang persendirian ini tidak boleh dibawa," katanya.
Katanya, keadaan itu mungkin juga berkaitan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan Sarawak yang tidak senang dengan tindakan Kelantan dan lantang bersuara menentang pelaksanaan hudud.
"Kesimpulannya, (sokongan kepada) hudud ini hanya permainan politik Umno dan tujuan politik, bukan untuk dilaksanakan," kata Ahmad.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, jika benar-benar ikhlas dalam isu hudud ini, wakil rakyat Umno sendiri perlu membawa cadangan pindaan tersebut ke Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pelan Hala Tuju 1MDB dibentang di mesyuarat Kabinet hari ini

Posted: 28 May 2015 05:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dalam usaha mengawal urus pelbagai persepsi  yang dilemparkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kementerian Kewangan akan membentangkan pelan Hala Tuju 1MDB ke mesyuarat Kabinet hari ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menyifatkan intipati pelan tersebut bagi menangkis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap syarikat dana pelaburan negara berkenaan.

Beliau mengharapkan, pembentangan tersebut mampu memberi gambaran sebenar mengenai 1MDB terutamanya dalam menjelaskan isu beban hutang berjumlah RM42 bilion.

"Kita mahu pelan ini membawa gambaran sebenar mengenai 1MDB dan dapat menyelesaikan salah faham yang selalu ditimbulkan pihak tertentu," ujar beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Koperasi Nasional 2015di ibu negara pada Khamis.

Pada Khamis, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal turut mengesahkan tentang pertemuan untuk membincangkan isu 1MDB di Kabinet.

"Kami memang membincangkan hal dan bertanyakan soalan (mengenai 1MDB) di Kabinet kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab kami.
Read More / Baca Lagi >>

Pegawai ESSCOM sibuk bertaruh RM1,000 satu lubang?

Posted: 28 May 2015 05:26 PM PDT


olahraga golf


KUALA LUMPUR, 28 MEI: Pegawai Pusat Kawalan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM) dipercayai bukan saja tidak menjalankan tugas mengawal perairan negara, malah ponteng kerja dengan bermain golf, berjudi dan menjalankan operasi di rumah urut.
esscomPengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berkata, jika keadaan itu benar-benar berlaku, ia jelas merupakan antara penyebab utama mengapa projek bernilai RM600 juta gagal membendung pencerobohan dan aktiviti jenayah di perairan Sabah.
"Ada pihak mendakwa pegawai tinggi ESSCOM bermain golf pada waktu kerja dan bertaruh dalam permainan itu sebanyak RM1,000 setiap lubang di Lahad Datu.
"Mereka juga pernah menjalankan operasi di asrama pekerja rumah urut dan spa.
"Saya minta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi siasat dakwaan ini dengan serius," katanya ketika dihubungi Roketkini.com.
(Baca berita berkaitan: RM600 juta tidak memadai kekang penceroboh di Sabah?)
Read More / Baca Lagi >>

Peruntukan pembangunan RMK-11 ke poket pejabat Najib

Posted: 28 May 2015 05:24 PM PDT


Pejabat-Perdana-Menteri


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Sebahagian besar faedah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) akan masuk ke 'poket' Jabatan Perdana Menteri (JPM) bukannya rakyat, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Chin Tong berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru tapi telah menjadi amalan pentadbiran sejak 2011 lagi.
"Sebagai contoh untuk 2015, jumlah peruntukan pembangunan hanya RM50.5 bilion tapi JPM mengambil sebahagian besar darinya iaitu sebanyak RM13 bilion bersamaan 26 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP memberitahu, pada 2011 JPM memperoleh sebanyak 21 peratus (RM10.7 bilion dari RM51.2 bilion) daripada jumlah pembangunan, 15 peratus 2012 (RM7.7 bilion dari RM51.2 bilion), 18 peratus 2013 (RM9.1 bilion dari RM49.8 bilion) dan 23 peratus 2014 (RM10.5 bilion dari RM46.5 bilion).
Katanya, peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada JPM sering digunakan untuk tujuan politik dan bukannya bagi memberi manfaat kepada semua.
"Sebagai contoh, saya sebelum ini telah mengenal pasti bahawa RM7.08 bilion dari RM13 bilion dalam Belanjawan 2015 adalah untuk perbelanjaan budi bicara kepada projek 'slush fund' (rizab wang untuk tujuan haram)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Artikel 117 dedahkan Najib pada CBT, penipuan jenayah'

Posted: 28 May 2015 05:04 PM PDT


Cenbet: Lembaga pengarah 1MDB juga perlu dipertanggungjawabkan

Posted: 28 May 2015 04:47 PM PDT

oleh Mike Tan
Ketika kemarahan rakyat ditujukan kepada perdana menteri berikutan kontroversi 1MDB, barisan lembaga pengarah syarikat itu anehnya sunyi menyepi. Kali ini, tindakan berdiam seribu bahasa bukanlah petanda yang baik.
Walaupun 1MDB ialah idea kerajaan yang sedang memerintah, tetapi setiap syarikat- termasuklah 1MDB- mempunyai lembaga pengarah. Mereka ialah individu yang diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab untuk memastikan kepentingan syarikat- bukannya kepentingan mereka- terjaga. Ini dikenali sebagai tanggungjawab fidusiari.
Syarikat yang berjaya selalunya dipimpin oleh lembaga pengarah yang pintar. Dalam kes 1MDB, kita hanya boleh menyimpulkan yang barisan pengarah ini gagal menjalankan tugas dengan baik.
Gagal menjalankan tugas mungkin boleh dimaafkan, tetapi barisan pengarah yang dengan rela mengabaikan tanggungjawab fudisiari mereka, atau yang lebih buruk, menyalahguna kedudukan mereka di dalam syarikat untuk mengaut keuntungan dan membiarkan syarikat rugi boleh dianggap sebagai penjenayah.
Seperti penjenayah yang lain, mereka perlu dihukum mengikut peruntukan undang-undang.
Dalam kes ini, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet) telah mendesak siasatan kepada 1MDB dilakukan termasuklah kemungkinan berlakunya pecah amanah dalam kalangan lembaga pengarah.
Presiden bersama Cenbet Gan Ping Sieu mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat samada barisan lembaga pengarah telah melanggar tanggungjawab fidusiari mereka, dibawah peruntukan Akta Syarikat 1965 Seksyen 132 (1) yang mempertanggungjawabkan lembaga pengarah supaya menggunakan kuasa untuk tujuan yang sesuai, berniat baik dan dengan pertimbangan dan kemahiran yang bersesuaian bagi menjaga kepentingan syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Kadir on Najib’s likely ‘steps’ to entrench himself

Posted: 28 May 2015 04:38 PM PDT

Cabinet reshuffle will set off a chain of events to thwart Mahathir and help Najib stay on as Prime Minister.
kadir-jasin_najib_1mdb_new_600KUALA LUMPUR: A veteran newsman has taken to his blog to venture that the people are more interested, at this point in time, on former Prime Minister Mahathir's Mohamad's poser on whether Prime Minister Najib Abdul Razak lied in Parliament.
Former New Straits Times Group Editor in Chief Kadir Jasin was commenting on Najib using his blog, Mahathir-style, to nitpick "after months of tentative and conflicting responses" on criticisms against him. "The question on whether Najib has misled the Parliament on 1MDB's so-called USD1.03 billion deposits in Singapore has the potential of creating a messy legal issue for the Prime Minister," said Kadir.
Najib's attempts to distance himself from 1MDB was effectively thwarted when Malay Mail Online revealed that according to Clause 117 of the Memorandum and Articles of Association (M&A) of the Terengganu Investment Authority (TIA), the predecessor to 1MDB, inked on 27 February 2009, absolute powers over the company's decisions lie in the hands of the Prime Minister.
The M&A states among other things, noted Kadir, that the Prime Minister's written approval was needed for any financial commitment (including investment), restructuring or any other matter which was likely to affect the guarantee given by the Federal Government of Malaysia for the benefit of the company, national interest, national security or any policy of the Federal Government of Malaysia.
"Mahathir immediately penned a comment in his blog to restate his earlier assertions that Najib was responsible for 1MDB," said Kadir. "Can the Prime Minister escape?'
What next for Najib since he has already declared that he would not give up because of one man — read Mahathir — and that he has the support of Umno?
Read More / Baca Lagi >>

Nik Amar jangan berpolitik seperti 'GOGAT'

Posted: 28 May 2015 04:37 PM PDT

Pernyataan atau mesej Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar), bahawa Pas bersedia untuk berjuang bersendirian sesuatu kenyataan yang kurang bijak dan tidak mencerminkan pemikiran politik global atau pun politik maufakat yang kontradik dengan kehendak generasi baru kini.
Pernyataan berupa harapan itu menggambarkan Nik Amar atau Pas Kelantan ego dan berasakan selesa dengan apa yang ada di Kelantan sekarang ini. Pandangan Nik Amar itu tidak merupakan pandangan bersifat politik dan dilihat lebih bersifat individualistik.
Nik Amar jangan berpolitik seperti 'GOGAT'Nik Amar dalam satu kenyataan yang dilaporkan, menyebut Presiden Pas boleh mencadangkan dalam muktamar, agar Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Kenyataan Nik Amar itu bernada berharap agar Pas mengambil jalan sunyi bersendirian daripada berkolobrasi dengan DAP khasnya dalam menghadapi BN.
Jika Nik Amar tidak ada niat ke arah untuk melalui jalan sunyi bersendirian, untuk apa beliau membuat pernyataan atau bayangan itu? Tentu ia mempunyai maksud dan tujuannya. Apakah benar apa yang saya difahami Nik Amar bersama Ahmad Yaakub sudah ada menyediakan nota persepakatan dengan Umno? Justeru untuk melaksanakan itu maka Pas perlu meninggalkan rakan lama yang telah berjasa kepada politik Pas itu? Sekiranya Nik Amar mempercayai kepada janji-janji Umno, maka beliau akan kecewa.
Ingin saya sebutkan disini pandangan bekas seorang pemimpin Umno yang dihulurkan kepada Najib Razak untuk penilaian Nik Amar dan Ahmad Yaakub bahawa pemimpin Umno itu telah memberi pesanan berupa nasihat kepada Najib Razak agar jangan sesekali membawa masuk Pas ke dalam rumah Umno. Kata pemimpin itu biarlah Pas bergeliwat dan berserabut di luar sana, kerana cara itu lebih menguntungkan Umno. Nik Amar dan Ahmad Yaakub kena faham nasihat dan muslihat ini.
Memang kita memahami kalau Nik Amar berasa cuak untuk Pas terus mengekalkan hubungan dengan DAP. Mungkin sikap pemimpin DAP, terutama Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang tidak habis-habis menyerang presiden Pas di atas "kebongolan" cara berpolitik presiden Pas itu, maka menyebabkan Nik Amar berasakan wajar kalau Pas berpisah dengan DAP. Nik Amar juga mungkin terasa dengan kritikan pemimpin DAP ke atas kegagakan kerajaan Kelantan mengatasi masalah mangsa banjir.
Boleh jadi juga Nik Amar sudah terlalu "sikir" telinganya mendengar hentaman pemimpin DAP dua beranak itu. Namun kalau pun itu sebabnya, sekiranya Nik Amar mempunyai penghayatan politik lebih jauh untuk survival dan kemajuan Pas beliau tidak mengemukakan isyarat berkenaan. Rasanya Nik Amar tahu akan untung laba dalam pilihan raya kalau Pas terus kekal bersahabat dengan DAP. Dan mengenai teguran berhubung kegagalan atasi banjir sepatutnya beliau redha dengan teguran itu kerana ianya satu kenyataan yang nyata.
Read More / Baca Lagi >>

Nexgram in talks with 1MDB over TRX land

Posted: 28 May 2015 04:27 PM PDT

Nexgram has not determined the type of project to be developed but will make relevant announcements soon
1mdb_trx_Nexgram_600KUALA LUMPUR: Nexgram Holdings Bhd (Nexgram) says it is currently in preliminary discussions with 1Malaysia Development Bhd (1MDB) to potentially acquire land in 1MDB's Tun Razak Exchange (TRX).
In a statement to Bursa Malaysia today, Nexgram said it has not determined the type of development to be carried out, and whether it will be by the company on its own or in a joint venture with another party.
The statement was issued as clarification to a media report yesterday saying that the property developer "is eyeing the last available acres of land at 1MDB's Tun Razak Exchange" and that it has an "interest to participate in the development of the project."
Nexgram said it will make the relevant announcements in accordance with the ACE Market Listing Requirements of Bursa Malaysia Securities Bhd once the terms of the acquisition have been determined, and an agreement is formalised and approved by the Board.
- BERNAMA

Najib perlu berjaga-jaga dengan pengkhianatan dalam Umno......

Posted: 28 May 2015 04:19 PM PDT

oleh Ahmad Mustapha Hassan
Sejarah telah menunjukkan kejatuhan banyak kerajaan Melayu adalah disebabkan konflik dan pengkhianatan.
Pengikut dengan mudah mengalihkan kesetiaan mereka dan mengkhianati pemimpin mereka atas apa sahaja sebab.
Melaka jatuh ke tangan Portugis kerana pihak yang dekat dengan raja berpakat dengan Portugis dan mengkhianatinya. Ketika itu tiada kesatuan di kalangan bangsawan yang memerintah Melaka. Mereka yang inginkan kuasa tidak ragu untuk bersubahat dengan musuh. Justeru mudah untuk Portugis menjajah negeri itu.
Legenda Hang Tuah adalah satu lagi contoh klasik.
Hang Tuah perlu membunuh sahabatnya ekoran konspirasi dalam istana. Dia tidak memberitahu sahabatnya tentang hal itu, yang menyebabkan sahabatnya membalas dendam bagi pihaknya atas apa yang dirasakan sebagai kezaliman yang menimpa Hang Tuah.
Rupa-rupanya itu adalah muslihat diraja dan Hang Tuah akhirnya diperintah membunuh sahabatnya. Hang Tuah telah mengkhianati kepercayaan sahabatnya.
Ketika itu pengkhianatan adalah perkara biasa. Sama juga keadaannya dengan pahlawan Melayu yang cuba melawan penjajahan British.
Penentangan Melayu terhadap kuasa penjajah British gagal kerana pengkhianatan satu kumpulan yang pada asalnya bersama-sama menentang, namun mengubah pendirian untuk menyokong British.
Masyarakat Melayu ketika itu secara umumnya terbahagi kepada golongan diraja, bangsawan dan petani.
Pemberontakan terhadap British di Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terangganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-21 gagal akibat kurangnya kesatuan dan juga pengkhianatan.
Dalam semua pemberontakan ini, golongan diraja pada awalnya menyokong dan menggalakkan pejuang mementang British, namun akhirnya mengkhianati dan mengabaikan mereka demi mencapai kompromi dengan British.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB: Arul Kanda jelaskan mengapa boleh bertemu Shahrir tetapi tidak PAC

Posted: 28 May 2015 04:14 PM PDT

Sekeping gambar menunjukkan Pengerusi 1MDB Arul Kanda Kandasamy berbincang dengan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Presiden merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy yang dikritik hebat kerana tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)

Selasa lepas menegaskan beliau berada di luar negara ketika itu. Arul mengesahkan bertemu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad sehari selepas tarikh itu di Kuala Lumpur, tetapi mengatakan pertemuan itu diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.

"Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam," katanya kepada The Malaysian Insider.

 "Saya tidak menyembunyikan apa-apa. Ia satu pertemuan yang baik dan beliau seorang yang bijaksana, seorang yang teliti," katanya.

Bagaimanapun, Arul enggan menjelaskan di mana beliau berada ketika ke luar negara, walaupun ahli PAC Tony Pua mendesak supaya beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menjelaskan keberadaan mereka.

"Saya lebih gembira untuk menjawabnya jika ia dijawab dalam sesi PAC nanti," kata Arul.

The Malaysian Insider difahamkan Arul bertemu dengan Shahrir pada malam Rabu di sebuah hotel berdekatan KL Sentral, Kuala Lumpur dan ia berlangsung sehingga lewat pagi.
Read More / Baca Lagi >>

Rahsia demi rahsia terdedah menjelang muktamar ke 61 PAS

Posted: 28 May 2015 08:50 AM PDT

Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang 'laman hantu' di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015. 
Perkara yang masih menimbulkan persoalan menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan adalah siapakah di belakang 'laman hantu' di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam PAS selama ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Mei, 2015.

Menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-61 Khamis depan, pelbagai rahsia dalam parti itu kini makin terdedah, menimbulkan persepsi ahli parti Islam itu pada realitinya berbeza daripada imej yang ditonjolkan mereka selama ini.
Paling panas, masih menimbulkan persoalan, siapakah di belakang "laman hantu" di media sosial yang sedikit sebanyak menyumbang kepada perpecahan dalam parti itu selama ini.
Terbaru, audio perbualan telefon antara pegawai media di pejabat presiden PAS, Nurul Islam Mohamad Yusof, dengan Tuc Tok Usin Ceroi, didedahkan sendiri oleh pengguna Facebook yang tidak dikenali siapa tuannya yang sebenar itu.

Rakaman perbualan selama 10 minit 41 saat itu, yang menjadi viral dengan begitu cepat di media sosial, turut mendedahkan siapa di belakang kerja menyerang sebahagian pemimpin PAS hari ini. Ia mendedahkan, Nurul sangat mengenali Tuc Tok Usin Ceroi itu dan perbualan mereka membabitkan nama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik yang banyak menyerang pimpinan parti itu.
Mokhtar dikatakan antara "orang di belakang" mereka selama ini, begitu juga seorang yang disebut sebagai "Ustaz Din", dipercayai merujuk kepada salah seorang ahli Parlimen PAS.
"Cuba amati minit akhir rakaman audio ini, jelas Nurul bocorkan identiti Tok pada orang luar... Nurul dah bocorkan identiti Tok pada polis.
"Dia fitnah Tok pada pimpinan dan jamaah, serta mengkhianati Tok dan 'team' Tok," tulis Tuc Tok Usin Ceroi dalam Facebook miliknya hari ini.
Tuc Tok Usin Ceroi juga mengaku, Nurul sebahagian dari pasukannya dalam melawan pihak yang digelar "jebon", iaitu nama yang diberikan Tuc Tok Usin Ceroi kepada pemimpin PAS yang dilihat tidak bersama ulama menjelang muktamar kali ini.
Sebelum dilantik sebagai pegawai media pejabat presiden, Nurul merupakan ketua unit media baru Dewan Pemuda PAS yang dipimpin Nasrudin Hassan ketika beliau menjadi Ketua Pemuda sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah kemungkinan untuk keluar dari legasi pemimpin lama?

Posted: 28 May 2015 08:48 AM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Bagi Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat, mungkin sudah tiba golongan muda mengambil alih dan keluar daripada bayang-bayang dan legasi pendahulu mereka.
Memang, kuasa datang bersama-sama faedahnya. Tetapi tanggungjawab juga hadir bersama. Untuk mendapat kuasa bukan mudah, tetapi lebih sukar melepaskannya. Memang terlalu senang untuk menjadi terlalu selesa di kerusi empuk kekuasaan.
Apatah lagi apabila kuasa itu dikukuhkan dengan sistem yang sama untuk lebih separuh abad.
"Andalah yang akan mengambil alih," kata mereka yang lebih berusia, walaupun tindakan mereka ternyata berbeza.
Siapakah 'golongan muda' yang diperkatakan mereka? Apakah kualiti yang diperlukan golongan ini untuk mendaki tangga kuasa?
Barangkali dalam kes ini, ada pengajaran yang boleh diambil daripada perdana menteri kita sendiri.
Tahunnya adalah 1976, dan Najib ketika itu adalah timbalan pemuda Umno.
Beliau baru berusia 23 tahun ketika dipilih untuk bertanding di Pekan – kampung halamannya – dan mengambil tempat ayahnya perdana menteri kedua Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia.
Bermula dari itu, Najib mendaki hirarki parti dan memegang pelbagai kementerian, sebelum mengambil alih kepimpinan Umno dan jawatan perdana menteri daripada Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Lebih tiga dekad kemudian, Najib kini terpaksa mempertahankan dirinya daripada tokoh yang berperanan melancarkan kerjaya politiknya.
"Saya dipilih oleh UMNO dan rakyat negara ini, untuk memimpin mereka. Maka saya mempunyai mandat dan bertanggungjawab kepada parti serta rakyat, bukan kepada mana-mana individu.
"Pada pilihan raya umum dan pemilihan parti akan datang, parti dan rakyat boleh melaksanakan hak demokrasi mereka melalui peti undi," kata Najib kepada Mahathir yang kini mengetuai desakan agar Najib mengundur diri.
Dalam jawapan balas terbarunya terhadap Mahathir, Najib berkata: "Sepanjang 2 tahun berkuasa, Tun sentiasa menekankan agar ahli parti menyokong pimpinan, terutama ketika saat-saat sukar.
"Ketika itu kita laksanakan tugas kita, dan saya menyokongnya di saat susah dan senang…kerana saya percaya ketika itu, dan juga sekarang, yang kesatuan parti adalah prasyarat bagi apa yang kita ingin capai untuk negara ini," kata Najib dalam posting terbaru di blognya.
Read More / Baca Lagi >>

Wujudkah ruang untuk parti ‘hipster’, Ikatan dalam politik Malaysia?

Posted: 28 May 2015 08:47 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria 
 Bolehkah parti 'hipster' baru ditubuhkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang mendakwa mendukung idealisme tidak perkauman bertahan dalam politik Malaysia, yang dikuasai polarisasi kaum, memenuhi kehendak kontroversi dan isu secara emosi.
Ini bertentangan sepenuhnya dengan latar pentas politik tempatan, walaupun ada yang menafikannya. Ia bukanlah satu tempat yang menyenangkan, seperti yang didakwa sesetengah orang.
Terutama di kawasan yang jauh daripada Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang yang mempunyai akses internet yang baik dan rancak dengan aktivisme.
Politik di Malaysia sememangnya disusun mengikut garis kaum dan sektarian agama. Ini adalah hakikat yang turut disedari Pakatan Rakyat, dan barangkali turut mengambil kesempatan daripadanya.
Pembangkang sendiri tahu apabila berkaitan dengan undi dan sokongan, mereka juga perlu terjun ke dalam isu-isu 'kurang murni' yang menangkap imaginasi rakyat Malaysia terbanyak.
Ikatan yang baru dilancar bekas menteri Umno Abdul Kadir Sheikh Fadzir minggu lalu melaungkan ideal-ideal murni bakal berhadapan waktu sukar ketika berada dalam realiti politik di lapangan.

Seperti yang dilaporkan Bernama, Abdul Kadir menjelaskan bahawa Ikatan terbuka kepada semua tanpa mengira warna kulit dan kepercayaan, dan berpegang kepada idealisme bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.
"Antara misinya adalah menghidupkan kembali sumpah janji dan idealisme Bapa Malaysia dan pengasas-pengasas kemerdekaan agar seluruh rakyat Malaysia hidup sebagai satu negara bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan bahagia," katanya seperti dipetik.
Bekas ahli majlis tertinggi Umno itu adalah presiden pengasas, sementara cucu Tunku, Tunku Muinuddin Putra Nerang Putra adalah naib presiden.
Beliau juga berkata Ikatan tidak akan menyokong kerajaan mahu pun pembangkang. Pendirian parti adalah untuk menyebelahi apa yang dirasakan memihak kepada rakyat serta isu yang diperjuangkan.
Abdul Kadir memaklumkan Ikatan tidak akan memberi tumpuan untuk bertanding pilihanraya buat masa ini, tetapi untuk merekrut ahli baru dan mengukuhkan parti.
Zaid IbrahimZaid Ibrahim
Sebelum ini, seorang lagi bekas menteri Umno Zaid Ibrahim cuba melakukan perkara sama; mengambil alih Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) dan melancarkannya semula sebagai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).
Pendekatannya juga adalah inklusif, sedikit idealistik dan serupa, namun gagal apabila parti itu serta idealismenya menjadi sia-sia.
Selain itu adalah Parti Cinta Malaysia, sebuah lagi parti yang dibentuk dengan garis 'idealistik' namun dengan sumber yang kurang, juga dengan hasil yang sama.
Sebuah parti yang lebih signifikan yang ditubuhkan lama dahulu, dengan kecenderungan ideologi yang hampir sama, adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang dilihat sebagai parti untuk intelektual dan aktivis. Namun, PRM hilang sebahagian besar kekuatan apabila pimpinannya memutuskan untuk menggabungkannya dengan Parti Keadilan Nasional, menjadi PKR.
Read More / Baca Lagi >>

KWSP, Tabung Haji dan KWAP tidak patut selamatkan 1MDB

Posted: 28 May 2015 07:14 AM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Pengkritik 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa penat melancarkan serangan demi serangan dan situasi ini pastinya akan lebih menjadi hangat untuk beberapa hari dan minggu mendatang.
Desakan untuk tindakan diambil kepada pengurusan tertinggi 1MDB semakin kuat daripada  pihak kerajaan dan pembangkang yang selama ini berpecah. Malah Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini menyertai desakan pemecatan lembaga pengarah 1MDB dan siasatan segera dijalankan.
Sudah beberapa bulan sejak, DAP (Tony Pua), PKR (Rafizi Ramli) dan mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, menyuarakan penentangan kepada syarikat pelaburan dimiliki kerajaan itu.

Akhirnya, kata-kata akan diterjemahkan kepada tindakan yang lebih proaktif apabila pengumuman terkini Rafizi (kiri) bahawa dia dan dua orang lagi wakil rakyat PKR akan memohon injuksi mahkamah kepada agensi berkaitan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi menghalang mereka daripada melabur dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya.
"Injuksi kepada KWSP, Tabung Haji dan KWAP dijangka akan difailkan pada 29 Mei berasaskan sebab kerana pengurusan dana itu cuai, tergesa-gesa dan tidak bertanggungjawab dalam pelaburan mereka di dalam 1MDB yang boleh menyebabkan kerugian kepada penyimpan dan pelabur mereka," kata Rafizi dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider, selain menambah yang hanya tindakan proaktif boleh melindungi kepentingan penyimpan.
Selain itu Rafizi juga berkata yang rancangan sudah digerakkan untuk melantik sebuah institut penyelidikan berkecuali untuk mengetahui samada penyimpan dalam ketiga-tiga dana itu mahu menarik kembali pelaburan dalam 1MDB, dan jika mereka mahu 1MDB ditutup.
Rafizi juga berkata adalah lebih baik jika tiga agensi berkaitan kerajaan untuk menarik kembali pelaburan mereka dalam 1MDB kerana ia mempunyai risiko yang sangat tinggi.
KWAP mempunyai pelaburan sebanyak RM1.4 bilion dalam 1MDB dan anak syarikatnya, KWSP melaburkan RM1.52 bilion dalam anak syarikat 1MDB dan Tabung Haji mempunyai bon bernilai RM920 juta dalam pembangunan hartanah Bandar Malaysia yang dimiliki oleh 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet perlu tahu setiap butir perkara mengenai 1MDB - Shafie

Posted: 28 May 2015 07:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata isu 1 Malaysia Development Berhad 1MDB akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet yang dijangka diadakan pada Jumaat.

Katanya semua anggota kabinet perlu diberi penjelasan dan perincian berhubung perkara itu selain isu tersebut turut perlu dijelaskan kepada umum.

"Kami memang membincangkan hal dan bertanyakan soalan (mengenai 1MDB) di Kabinet kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab.

Kami perlu tahu apakah penjelasan untuk seterusnya disampaikan kepada umum serta tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan isu tersebut," ujar beliau.

Shafie juga berkata anggota Kabinet tidak mempunyai sebarang halangan untuk bertanyakan soalan mengenai isu 1MDB kerana sistem yang ada sekarang adalah bersifat terbuka.

"Tidak semestinya jika penjelasan penuh belum dibuat (kepada umum) itu bermakna kami tidak bertanggungjawab sebagai anggota Kabinet. Kami bertanggungjawab, kerana itu kami bertanya," tegas beliau.

Tambahnya buat masa ini siasatan ke atas isu 1MDB masih dijalankan antara Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara PAC bersama Jabatan Akauntan Negara dan berharap perkara tersebut dapat dilakukan dengan segera.

1MDB: Sarawak Report terus persoal jawapan Arul

Posted: 28 May 2015 07:10 AM PDT

Laman web pemberi maklumat, Sarawak Report, kini mahu presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menjelaskan transaksi firma itu dengan Good Star Limited, sebuah syarikat yang dikuasai ahli perniagaan Low Taek Jho, selepas beliau menafikan memberikan kenyataan palsu kepada Bank Negara hari ini.
Dalam satu kenyataan, Sarawak Report berkata, ia mempunyai bukti yang penyata bank palsu digunakan bagi menyokong dakwaan yang terdapat wang tunai di dalam akaun dana pelaburan negara itu di dalam Bank BSI Singapura.
Putrajaya berkata baru-baru ini, wang yang ditebus dari Kepulauan Cayman sebenarnya aset dalam bentuk dolar Amerika Syarikat di Bank BSI.

"Memandangkan Kandasamy sekarang bersedia menjawab beberapa butiran periferal berhubung laporan kami, mungkin beliau juga akan tampil dengan penjelasan dan penerangan mengenai fakta penting perkara itu, iaitu kenapa 1MDB membayar AS$1.6 bilion kepada Good Star Limited?" soal Sarawak Report. Laman itu juga menuduh Arul, yang juga pengarah eksekutif kumpulan 1MDB, menghantar melalui faks penyata bank palsu kepada Bank BSI di Singapura.
"Jika Encik Kandasamy tidak melaporkan perkara ini kepada Bank Negara, mengapa dia tidak melaporkannya?" soal Sarawak Report.
Read More / Baca Lagi >>