Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MENYERAHAN MEMO FGV KE BURSA SAHAM OLEH ANAK

Posted: 26 May 2015 06:03 AM PDT


Menyerahkan memo kepada Bursa Malaysia petang ini. Diterima oleh Tuan Saidi Ahmad, Ketua bahagian Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia.
Mewakili Ngo ANAK, s


aya telah suarakan kebimbangan mengenai kejatuhan berterusan saham FGV, spekulasi yang kononnya FGV akan dikeluarkan dari kelompok 30 syarikat utama di KLSI dan kedudukannya di Bursa Malaysia.
Saya mengharapkan Bursa Malaysia respon dan menjawab isi kandungan 7 mukasurat memo yang di serahkan dan mengambil tindakan segera. Iktibar sebelum ini dalam isu KPF umpamanya; apabila SKM gagal membuat pemantauan dan keputusan tepat, akhirnya KPF kini terumbang ambing. Begitu juga dalam isu Amanah Saham Johor yang lingkup dan lain lain.
Selepas ini, Ngo ANAK akan ke Suruhanjaya Securiti untuk review memo kepada mereka sebelum penyenaraian pada 28 jun 2012 dan apa tindakan yang di lakukan oleh SC berhubung dengan prospektus yang dikeluarkan oleh FGV. Adakah ia mengandungi 'dorongan yang tidak wajar' dilakukan oleh FGV, sehingga di anggap memperdaya pemegang saham.
Bursa Malaysia dan SC harus berterus terang mengenai kedudukan FGV kerana ia membabitkan kepentingan strategik 1.5 juta warga Felda. Bagi saya tindakan drastik kerajaan ialah dengan menyingkirkan Isa Samad selaku Pengerusi FGV dan Dr Emir Mavani, CEO dan 7 orang Lembaga Pengarah FGV. Ia mesti di lakukan seberapa segera sebagai salah satu pakej plan pemulihan FGV.
Turut hadir, Dr Rosli Yaakop, Tuan Mohamad Said Jonit, Peguam Hj Harris Abdullah dan Isa Atan, yang mewakili peneroka.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TABUNG HAJI: LAGI LUAHAN AGAR TIDAK JUAL ASET UMMAH

Posted: 26 May 2015 09:51 PM PDT


Datuk Seri Abdul Azeez Rahim,
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat saya akan beri sendiri dengan tangan.

Soalan pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit?

TH adalah agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji. Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan 1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu menyediakan RM9,980 sahaja manakala selebihnya TH menanggung subsidi sebanyak RM7,290.

Sebab itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan, perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji.

Sepatutnya TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui managementdan bisnes TH? 

Adakah Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selangor serta projek Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar kerajaan persekutuan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelewengan di dalam projek terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah?

Saya diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, guaman, design, insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5 juta, barangkali lebih mahal.

Logiknya, nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja tanah telah hampir siap sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai tinggi. 

TH hanya membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1 pembangunan TRX sudah siap.

Hartanah itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC.

Jangan Ulangi Jual Bangunan MAS

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the year.

Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat-amat terdesak, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5 juta) jika keuntungan berlipatkali ganda pada 2018 nanti.

Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS! Mereka berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka panjang.

2 Pilihan

Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu dibeli. 

Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi? 

Kepada DS Abdul Azeez Rahim, anda ada dua pilihan. Jika anda berjaya mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional. 

Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal mempertahankan agenda umat Islam di TH.


Komen kami;

Tanah TRX yang telah dibeli oleh Tabung Haji itu adalah tanah hak ummat Islam di Malaysia. Tanah yang jika dikekalkan pemilikannya akan terus berkembang menjana kewangan Tabung Haji sendiri.

Tanah TRX itu akan kekal sebagai lambang pembangunan ekonomi dan hak pemilikan bangsa Melayu di Malaysia.

Nasib bangsa Melayu Kuala Lumpur...mereka dihalau secara nyata dengan projek Datum Jelatek 

Tanah yang akan kekal hingga hari kiamat dan menjadi kebanggaan anak cucu Melayu di bumi Kuala Lumpur. 

Adakah kerana hasutan dan fitnah mereka yang hasad dengki maka Tabung Haji dah patah hati nak jual aset yang dimiliki?

Adakah hanya kerana nak keuntungan sedikit maka tanah yang jadi maruah Melayu digadai sesedap hati?

TH beli tanah TRX untuk kepentingan ekonomi Melayu pencacai PR marah. Tapi PKNS syarikat kerajaan Negeri Selangor jual tanah Melayu di Keramat pada bukan Melayu dan warganegara kenapa pencacai diam je...mulut kena sumbat duit DAP?  
Cuba tanya mana apa jadi pada projek PKNS Datum Jelatek di Keramat? 

Siapa pemiliknya sekarang sedangkan kawasan tersebut dulunya menjadi aset anak-anak Melayu Keramat di tengah-tengah bandar?

Kita menangis dan jerit kununnya sudah semakin kurang aset hartanah Melayu di tengah-tengah bandar, tetapi kita bising bila ada syarikat umat Islam nak beli tanah di TRX yang nak tambah aset Melayu. 

Kunun berlakunya penyelewengan dan untung atas angin bila harga dibeli 1MDB terlalu murah dan menjualnya dengan harga mahal?

Apakah tanah TRX milik Tabung Haji itu nanti akan dijual kepada bukan Islam, bukan Melayu dan bukan warganegara? Adakah itu akan dianggap sebagai bail out juga?

Hentikan sindrom merapu dan kenyanyukkan!

Artikel berkaitan;

TABUNG HAJI: TANAH TRX JANGAN DIJUAL...KU SUMPAH TUJUH KETURUNAN

Posted: 26 May 2015 03:05 AM PDT


Syukur Alhamdulillah tanah Tabung Haji (TH) masih belum dijual lagi.

Sebagai umat Islam yang ingin melihat syarikat umat Islam maju berkembang dan mempunyai aset ditengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur, penjualan tanah milik TH di TRX merupakan satu tindakan bodoh dan merugikan.

Kau ada aset yang baik di tengah- tengah segi tiga emas tapi kau nak jual kerana takut pada fitnah yang melata... nampak sangat iman kau tak kuat.

Persetankan segala fitnah dajjal yang ingin merosakan bisnes ummah. Mereka tak tahu hal ekonomi dan kepentingan jangka panjang tetapi berlagak macam pandai...hanya tau kutuk 

Daftar Tabung Haji pun tidak, duit dalam Tabung Haji pun tak sampai RM1,300.00 yang tak melayakkan untuk masuk daftar haji tapi bising soal duit Tabung Haji.

Kita menyeru agar Tabung Haji kekalkan pemilikan tanah tersebut demi kepentingan ummah di masa hadapan.


Kalau sekarang nak pergi haji pun kena bayar RM9,980.00 seorang tu pun dah disubsidikan Tabung Haji, kita tak tahu berapa banyak kos pergi haji tahun-tahun akan datang. 

Khabarnya 5 juta jemaah haji seluruh dunia boleh buat haji tahun 2020. Tetapi adakah ongkos di tahun 2020 akan kekal. Jika kekal adakah ia tanpa subsidi? 

Mana duit nak cekau untuk subsidi jika bukan melalui pelaburan TRX dan juga pelaburan-pelaburan lain?

Siapa yang dengki kianat sangat tak mahu umat Islam ada aset di tengah- tengah bandar?  

Bijaklah sikit wahai Tabung Haji jangan kau gadai masa depan ummah lantaran takut pada fitnah dajjal. Adakah kerana keuntungan sedikit kau nak gadai masa depan ummah ini?

Tapi sekali lagi kita ucapkan terima kasih kerana tanah TRX milik Tabung Haji itu masih belum dijual.

Ceritanya begini...

Lembaga Tabung Haji (TH) masih belum menjual tanah bernilai RM188.5 juta yang dibeli daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sebelum ini berjanji tanah tersebut akan dijual dalam tempoh 2 minggu.

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka masih dalam proses memaktubkan perjanjian beli dan jual ketika ini, namun tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Tanah dalam proses sedang memaktubkan sales and purchase (jual beli) dengan keuntungan yang sedikit," katanya ketika ditemui pemberita semasa majlis penyampaian hadiah kereta Proton Preve sempena Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur, pagi ini.

Azzez bagaimanapun tidak memberitahu mengenai kepada siapa tanah tersebut dijual, sebaliknya berkata mereka akan memaklumkan sebaik sahaja semua proses selesai.

"Ya, ada pembeli. Kami akan maklumkan kemudian," katanya.

April lalu, TH membeli tanah seluas 0.63 hektar itu daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX).

Urusniaga yang didedahkan blog The Benchmark (blog dajjal hantu raya) mengundang bantahan meluas bukan saja daripada pendeposit TH, malah pemimpin politik pembangkang dan kerajaan.

Punca kemarahan mereka ialah kerana hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion dan syarikat pelaburan strategik yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak itu pada asalnya membeli tanah kerajaan itu pada harga jauh lebih rendah.


1MDB membayar hanya RM64 sekaki persegi, berbanding RM2,773 sekaki persegi dibayar TH.

Ia mencetuskan spekulasi pembelian itu merupakan usaha menyelamatkan firma itu yang perlu melangsaikan sejumlah faedah hutangnya.

Masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang juga menimbulkan isu konflik kepentingan melibatkan pegawai tertinggi TH yang juga menjawat jawatan dalam 1MDB.

Susulan kritikan, Azeez mengumumkan TH akan menjual tanah tersebut atas nasihat perdana menteri.

Pada sidang media 12 Mei lalu, beliau berkata, banyak pihak berminat untuk membeli tanah itu dan ia akan dijual dalam masa seminggu saja.

Kesimpulannya...

Jika ada syarikat lain atau syarikat asing yang mampu beli adakah ia akan dicop sebagai bail out kepada 1MDB?

Jangan jadi bodohlah Tabung Haji...kau beli tanah yang akan dibina bangunan bukan beli benda kosong yang halimunan.

Bangunan tu bila dah siap kau boleh sewakan sepertimana bangunan-bangunan lain yang kau miliki. 

Hasil keuntungan sewa kau boleh beli berbagai benda dan kau boleh subsidi tambang jemaah-jemaah haji di tahun-tahun akan datang.

Kalau kau jual sekarang memang kau bodoh dan aku sumpah kau tujuh keturunan kekal bodoh kerana mengkhianati hak ummah untuk memiliki aset di kota raya dunia ini.


Lantaklah jika ada yang nak keluarkan duit deposit mereka beramai-ramai kerana giliran haji mereka akan ke terbelakang. Ramai lagi yang nak pergi haji tahun ini dan tahun hadapan.

Usah risau kebenaran pasti menjelma. Kau beli dapat pahala kerana bantu ummah dan kau tak jual kerana memertahankan hak ummah itu merupakan jihad fisabilillah.

Pedulikan orang yang bodoh dan nyanyuk terkutuk bergelumang dengan dosa dan fitnah. Yang penting kita bantu ummah. Tapi apa mereka buat untuk bantu rakyat???




Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]

Posted: 26 May 2015 05:32 AM PDT

[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]

1) Berkenaan mengucup kaki, ianya warid dalam Sunan Abi Daud[1], bahawa rombongan (kabilah)Abdul Qais, mengucup tangan Nabi dan kakinya, akan tetapi ianya tidak menjadi kebiasaan para sahabat untuk melakukan sedemikian, oleh kerana itu, terutamanya ketika berlakunya kekeliruan,dan berlakunya fitnah, tidak digalakkan untuk melakukan sedemikian. Namun ianya dibolehkan, dari sudut waridnya(sabit dalil) perkara tersebut, seperti kisah rombongan Abdul Qais tadi. Dan perbuatan mencium/mengucup tersebut adalah satu bentuk penghormatan, akan tetapi sekiranya ianya dijadikan kebiasaan, dan dilakukan dihadapan orang awam sehingga tampak seolah-olah ia sujud kepadanya, maka akan berlaku fitnah di atas fitnah, maka ini bukanlah daripada kebijaksanaan, dan bukan daripada hikmah.
2) Berkenaan isu penyebaran video-video tersebut di Youtube dll, saya kira ianya tidak boleh sekali-kali dijadikan sumber bagi pengetahuan/penghukuman, kerana manipulasi, penyelewengan potongan(cut) dan pengubahan terhadapnya merupakan satu perkara yang mengerikan, sehingga ianya membenarkan apa yang telah disabdakan Nabi SAW, “dan makin banyak tersebar penipuan”, mereka memotong-motong video, kemudian memain-mainkan(menokok tambah), sehingga orang ramai menyangka bahawa ia melihatnya dengan matanya, sedangkan tidak sama sekali..
Pada awal-awal dahulu, kita ada mengatakan, selidiklah /pastikanlah dengan apa yang kamu dengarkan, dan janganlah kamu mendahulukan apa yang kamu dengar berbanding apa yang kamu lihat, sehinggalah munculnya Youtube dan sebagainya, maka kini kita mengatakan, tidak, selidiklah pada setiap apa yang kamu dengar dan juga setiap apa yang kamu lihat. Kerana ianya bukanlah penglihatan yang mempamerkan kebenaran, sebaliknya ia melihat satu perkara, yang boleh jadi, dan memang pada kebanyakannya, ianya direka-reka / dimanipulasi.
3) Berkenaan keadan-keadaan yang berlaku pada orang-orang yang berzikir(seperti menari, meloncat) sekiranya hal-hal tersebut adalah benar-benar berlaku tanpa disengajakan/dibuat-buat, maka ia tidak tertakluk dengan hukum taklifi. Iaitu seperti seorang lelaki yang masuk(hadhrah zikir), tidak mampu menahan perasaannya, sehingga kelihatan berlaku pada dirinya hal-hal tersebut(tanpa disengajakan).
Dan hal-hal seumpama ini bukanlah menunjukkan kesempurnaan, kerana golongan yang sempurna(sampai ke martabat kemuncak dan tinggi di sisi Allah), tidak zahir pada mereka keadaan-keadaan ini. Oleh kerana itu kita tidak melihat perkara seperti ini pada para sahabat, tidak juga pada golongan tabiin, akan tetapi ianya zahir(setelahnya) ketika munculnya hati-hati yang sempit, yang menampung banyaknya makrifat-makrifat yang melimpah pada hati seorang ‘arif, maka keseimbangan dirinya menjadi tempang tak terkawal, maka ini adalah hal kekurangan, dan bukan hal kesempurnaan, dan bahawasanya, ia ketika itu hilang kendalian akalnya, tidak mampu mengawal dirinya.
Sebaliknya sekiranya ia melakukannya secara sengaja, seperti dengan bergerak-gerak/menari dalam keadaan ia mengikut-ikut dan buat-buat seolah-olah ia berada dalam keadaan(zauq), maka ianya haram, kerana ia meniru-niru dan buat-buat, dalam keadaan ia pada hakikatnya tidak berada dalam hal tersebut. Maka ia termasuk dalam bab riya’ dan sum’ah wal’iyazubillah, dan ini adalah sebaliknya daripada apa yang menjadi tujuan ahlullah daripada tasawuf dalam perkara ini..
4) Berkenaan soalan tentang individu tertentu, bahawa fulan dan gurunya fulan, adakah mereka berada pada jalan naqsyabandiyah yang asli, perkara ini memerlukan kajian yang dalam, perlu untuk meneliti kitab-kitab mereka, begitu juga kitab-kitab tariqat mereka, kemudian kita lihat, adakah di sana ada kesilapan/kesesatan, dan adakah kesesatan ini pada sebahagian aspek pengamalan mereka, dan adakah ianya bertentangan dengan syariat, dan sebagainya… dan maklumat tentang perkara ini masih belum cukup pada kami(untuk menghukum).. kerana ianya memerlukan kajian yang menyeluruh p

ada perkara-perkara tadi(sebelum menghukum)..
Akan tetapi kami mempunyai pandangan secara umum, iaitu bahawasanya setiap yang makin hampir tariqatnya dengan sunnah Nabi SAW, dan berpegang teguh dengannya, maka ianya adalah satu perkara yang baik dan utama dan lebih perlu untuk dijaga..
Dan apa yang kami lihat ketika berjumpa Syaikh Nazim di Amerika, bahawa beliau sangat berpegang teguh dengan sunnah, sampai tahap bahawa beliau tatkala habis menunaikan solat sunat fajar, beliau baring sebentar di atas lambung kanannya, untuk mendapatkan pahala sunnah(sepertimana warid dalam hadis-hadis), sedangkan beliau ketika itu di masjid, beliau baring sebentar pada sisi kanannya, kemudian beliau bangun.. Maka personaliti seperti ini, iaitu yang teguh dengan sunnah, bahkan sunnah ini adalah perkara yang halus dan sering diabaikan orang, yakni amalan setelah solat sunnat fajar, ia baring sebentar pada sisi kanannya, untuk mencontohi Rasulullah SAW, perkara ini mengharuskan kita untuk benar-benar menjaga diri untuk tidak celupar berkata-kata tentang dirinya dengan merendah-rendahkannya dan seumpamanya.. Rahimahullah ta’ala.
.
-Fadhilatu al-Allamah as-Syaikh Dr. Ali Jum’ah hafizahullah.
[1] Hadis Riwayat Imam Abu Daud no. 5227
Petikan Video
[Jawapan Fadhilatu al-Allamah Dr. Ali Jum’ah seputar isu berkenaan Tariqat Naqsyabandi al-Haqqani, Syaikh Nazim Haqqani, zikir menari dan mengucup kaki guru]
Moga Allah merahmati dan meredhai guru-guru kita

Kenali Dr Ali Jum’ah ulama Al Azhar. Mufti Besar Republik Arab Mesir.

ms.wikipedia.org/wiki/Ali_Jum%27ah


[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH

Posted: 26 May 2015 05:27 AM PDT

[ISU ZIKIR MENARI/BERGOYANG/BERGERAK] MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH:

[BY : USTAZ ZAMIHAN AL GHARI~ASWAJA].

Pengerusi  Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberikan penjelasan pada 20 April yang lalu mengenai perkara ini. Namun nampaknya ada tangan-tangan jahat yang suka membangkitkan kembali fitnah dan tohmahan ini kembali kerana hasad dengki kepada amalan tarekat yang ada dinaskan dan dipersetujui ulamak muktabar.

Sila rujuk penjelasan :

1. MSTAR : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/20/zikir-goyang-badan-majlis-fatwa/

2. SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/nasional/zikir-sambil-goyang-badan-tidak-dilarang-1.381718

3. ASTRO AWANI : http://www.astroawani.com/video-malaysia/penjelasan-majlis-fatwa-kebangsaan-isu-gst-zikir-menari-dan-konsert-55740

Begitu juga Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah menerbitkan penjelasan mengenainya. Artikel ini juga boleh didapatkan juga di dalam Majalah At-Tariq (Bil. 17) terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan. (lhat gambar)

Antara para Alim Ulamak Ahlus Sunah Wal Jama'ah yang membenarkan zikir menari/bergerak kerana tawajjud (penghayatan).

1. Imam Ahmad bin Hanbal (Al-Hadaiq : 165)

2. Imam Abu Nu’aim meriwayatkan daripada Imam Fudhail bin ‘Iyadh bahawasanya para sahabat r.a. ketika berzikir kepada Allah, maka mereka akan bergerak-gerak (tamayul) sebagaimana geraknya pohon ditiup angin kedepan dan ke belakang”. [Tartib Al-Idariyyah: 2/143]

3. Imam al-Baihaqi (Al-Adaab lil Baihaqi : 422)

4. Imam ar-Ramli (Nihayah al-Muhtaj, ar-Ramli : 8/298)

5. Imam as Suyuthi (al-Hawi lil Fatawi)

6. Syaikh Islam Sirajuddin al-Balqini,

7. Al-'Allamah Burhanuddin al-Abnasi,

8. syaikh Islam Izzuddin bin Abdissalam (Al-Hawi lil Fatawi, as-Suyuthi : 3/349)

9. Imam Abdul Hayy al-Kattan ( At-Taratib al-Idariyyah, al-Kattani : 2/143 )

10. imam al-Ghazali (Ihya Ulumuddin, al-Ghazali : 2/266)

11. Dr Malik Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (al-Bid’ah fil Mafhum al-Islami ad-Daqiiq)

Antara penulisan asatizah yang bagus untuk dibaca mengenai zikir menari ini :

1. TARIAN MENURUT 4 MAZHAB – http://www.aswj-rg.com/2014/02/hukum-ar-raqsh-tarian-menurut-ulama-empat-madzhab-dan-jawapan-buat-asrie-sobrie.html

2. SEBAHAGIAN PERKATAAN IMAM AHMAD BIN HANBAL –
http://jomfaham.blogspot.com/2010/01/sebahagian-perkataan-imam-ahmad-bin.html

3. ZIKIR BERJOGET – http://al-amindaud.blogspot.com/2009/05/zikir-berjoget.html

4. ANALISIS ILMIYYAH ZIKIR MENARI – http://www.aswj-rg.com/2015/04/analisis-ilmiah-10-kesilapan-dalam-artikel-dr-zulkifli-bakri-isu-zikir-menari.html

5. PERBAHASAN ZIKIR HADRAH – http://pondoktampin.blogspot.com/2015/04/secebis-perbahasan-zikir-hadrah.html

Wallahua’lam bissawab.


Jawapan Balas Artikel Fitnah Utusan Malaysia Terhadap Shaykh Hisham Kabbani Masalah Cium Qubur

Posted: 26 May 2015 05:24 AM PDT

image

image

image

Utusan Online​

Jawapan balas kepada satu siri artikel berunsur fitnah dalam akhbar Malaysia

“MASALAH QUBUR BAHAGIAN SATU OLEH SHAYKH HISHAM KABBANI”

MENYENTUH KUBUR DAN MENGUCUPNYA KERANA RASA CINTA (MAHABBAH) DAN MENDAPATKAN KEBERKATAN (TABARRUK) ADALAH DIIZINKAN MENURUT IMAM AHMAD BIN HANBAL DAN BAHKAN DIHARUSKAN (MUSTAHAB)

Wahabi baru-baru ini telah menulis satu artikel di mana mereka menuduh saya bersujud di atas kubur dan ke arah kubur berdasarkan gambar yang mereka  terbitkan dalam artikel akhbar dan video yang dihasilkan dan disiarkan di youtube. Semua dakwaan ini adalah tidak Islamik dan palsu bahkan kaedah tipikal Wahabi dalam mengganggu dan memanipulasi serta memesongkan kebenaran untuk membuat FITNAH DAN SERANGAN PERIBADI. Daripada perspektif Islam dan tuntutan shari’ah kita mesti tahu perkara-perkara dibawah yang berkaitan dengan pemalsuan dan pembohongan tersebut:

1. Mufti Ali Jumu’a (Allah memelihara beliau) berkata: penghormatan kepada seorang Muslim sepatutnya lebih baik daripada mengutuk dengan dasar apa yang dilihat mata atau didengari telinga melalui peralatan eletronik.Shari’ah mempunyai piawaian tertinggi dalam mengesahkan sesuatu. Dan Wahabi tertakluk kepada hukum itu seperti orang lain, mereka tidak berada di atas hukum-hakam tersebut. Allah berfirman: قل هاتوا برهانكم إن كنتم صادقين “Qul hatu burhanakum In Kuntum sadiqeenn” “Katakanlah: Berikan kepada kami bukti dan kebenaran kamu jika kamu bercakap benar” (Al-Baqarah 2: 111). Dan semua orang tahu bahawa terbitan media adalah perkara yang paling mudah untuk dimanipulasi bagi mewakili kepalsuan dalam kesamaran kebenaran. Sebagai contoh: walaupun perbuatan yang boleh dihukum dilihat pada video, ia tidak dianggap sebagai bukti Shari’at, anda masih memerlukan empat saksi. Jika tidak penuduh itu dicambuk kerana menfitnah (qazf) dan dicap sebagai seorang FASIQ. Apatah lagi, apabila tidak ada bukti sahih terhadap tuduhan itu, sebaliknya yang ada ialah dakwaan tanpa nama dan gambar yang rosak, lalu disebarkan oleh si pengecut tanpa nama. Berhati-hati juga dengan saksi palsu (Shahadat az-zur) yang merupakan salah satu daripada lima dosa besar (Kiba’ir) selain syirik, pembunuhan dan pengkhianatan.

2. Tambahan pula, sujud yang didakwa itu kemungkinan bukan sujud sama sekali, walaupun ia kelihatan seperti bersujud, seperti mencari sesuatu di bawah kerusi, atau membantu menyarungkan Khuff (sarung kaki kulit) pada kaki Shaykh. Namun dari jauh ia kelihatan seperti sujud; atau tunduk seperti mencium tangan ibu bapa, atau masuk melalui pintu yang rendah. Ini disebut oleh Habib Ahmad Mashhur AlHaddad dalam kitabnya Miftahul Jannah. Jadi seseorang yang melihat dari jarak yang jauh mungkin menolak untuk memberi kebaikan dengan pendapat yang baik dan menyalahkan seorang Muslim yang tidak bersalah tanpa sebab. Ini berlaku apabila Khalifah Marwan ibn Abdul Malik satu hari datang dan melihat seorang lelaki meletakkan mukanya ke atas kubur Nabi (saw). Beliau mencengkam lehernya dan berkata, Adakah kamu tahu apa yang sedang kamu lakukan? Lelaki itu berpaling dan berkata, Ya, dan ia adalah Abu Ayyub Al-Ansari (r). Beliau berkata, “Kamu patut tahu bahawa aku datang kepada Rasulullah (saw), bukan kepada batu-batan ini. Tambahan pula, aku mendengar Rasulullah bersabda:” Jangan menangis atas agama selagi ia mempunyai pemimpin yang berkelayakan dan bertanggungjawab, tetapi menangis di atasnya apabila rakyat (ruwaybidha) mengambil alih! “Imam Ahmad meriwayatkan laporan ini di dalam Musnad, dan juga Majd Ad-Din Ibn Taimiyyah (datuk kepada Ahmad ibn Taimiyah) dalam bukunya “Hadis Nabi yang dipilih dengan penuh hati-hati”(Al- Muntaqa fi hadis al-Mustafa).
Perbuatan yang sama mencium kubur dan menangis di atasnya adalah diriwayatkan daripada tabiee besar Muhammad bin Al-Munkadir, yang digelar oleh Imam Sufyan ibn Uyaynah sebagai lautan kebenaran. Imam Adz-Dhahabi – yang dihormati dan dipuja Wahhabi- bahkan memaafkan seseorang yang sujud ke kuburan orang mati kerana rasa cinta, dengan berkata: “Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani, dan aku bersumpah dengan nama Allah, bahawa kaum Muslim hanya beremosi dan menangis dan mencium dinding dan menangis, kerana dia mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan BAHAWA CINTA ITU ADALAH SIFAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA PENGHUNI SYURGA DAN PENGHUNI NERAKA! ”

3. Imam Abdullah bin Ahmad, anak kepada Imam Ahmad bin Hanbal, bertanya kepada bapanya: “Apa pendapat kamu tentang seseorang yang menyentuh mimbar Nabi (saw) dan cuba untuk mendapatkan berkat (tabarruk) dengan menyentuhnya, dan menciumnya; dan dia melakukan perkara yang sama terhadap kubur, atau apa-apa lagi yang sejenis, memohon untuk lebih mendekati Allah?” IMAM AHMAD menjawab: “TIDAK ADA YANG salahnya” (La ba’sa bihi). Ini diriwayatkan di dalam kitab Imam Ahmad “Al-‘Ilal wa Ma’rifat Ar-Rijal” Jilid 2 halaman 492, dan dalam “Almu’jam Al-Kabir” Imam Dhahabi jilid 1 halaman 73 – edisi Saudi. Kemudian Adh-Dhahabi berkata, “Tunjukkanlah kepadaku si bodoh yang akan mengkritik Imam Ahmad! SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SAYA DAN ANDA DARIPADA KESESATAN DANBID’AH KHAWARIJ.”

Lihatlah bagaimana Abu Musa Al-Asy’ari dan Imam Dhahabi memanggil orang yang sebegitu – SEPERTI WAHHABI PADA HARI INI – SI SESAT YANG TIDAK BERKELAYAKAN, PEMBERONTAK,  BODOH, KHAWARIJ, DAN PENGHUNI NERAKA. Khawarij adalah mereka yang ekstremis yang fanatik yang memecahbelahkan ummah, selalu menjatuhkan orang Islam yang lain dan memerangi mereka, di masa lalu dan di zaman kita.

4. Ibn Muflih al-Hanbali berkata dalam ensiklopedia tentang fiqh berjudul “Al-Mubdi'” (Kitab rujukan yang luar biasa) dalam fiqh Hanbali – jil. 2 halaman 281: “Adalah mustahab (wajar) untuk seseorang membuat ziyarah untuk berdiri di hadapan kubur, sehampir boleh seperti jika dia menziarahinya ketika waktu hidupnya. Dan dibenarkan untuk menyentuh kubur dengan tangan-Nya, kerana ia sama seperti berjabat tangan pada waktu hidup, terutamanya jika beliau berharap untuk mendapatkan kebaikannya (barakah). Perkara yang sama terdapat dalam Kitab faqih Mar’i Al-Karmi al-Hanbali “Ghayatul Muntaha” jilid 1, halaman 259.

5. Mencium kubur ibu bapa adalah dibenarkan dalam mazhab Hanafi. Ini jelas dinyatakan dalam ensiklopedia bagi fatwa dipanggil “Fatawa Hindiyyah”, juga dikenali sebagai “Fatawah Alamjiriyyah”, dan di dalam ulasannya pada Mishkat al-Masabih oleh Abdul Haqq Muhaddith Dihlawi bertajuk “Ashi’atu al-Lama’at” bab pengebumian. Tambahan pula Imam Nawawi berkata, seorang Shaykh adalah lebih penting daripada bapa kandung. Beliau berkata demikian di dalam bukunya “At-Taqrib wat Taysir fi-Marifati Sunan al-Bashir an-Nadhir”. Oleh itu Shuyukh kita lebih berhak mendapat kasih sayang dan penghormatan kita dalam kehidupan ini, dan selepas kematian mereka. Allah berfirman, بل أحياء عند ربهم يرزقون “Bal Ahya’un ‘inda rabbihim yurzaqun” “Bahkan, mereka masih hidup di sisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki” (Al Imran 3: 169).
Semoga Allah Subhan wa taala menyelamatkan Malaysia dan semua negara-negara Islam daripada FITNAH AL WAHHABIYYA dan kebatilan mereka. Semua Mufti besar sebelum ini dan Ulama yang benar pada zaman kita telah memberi amaran terhadap Wahhabiyya seperti Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Sayyid Alawi bin Taher Al Haddad Mufti Johor, Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Allamah al-Sawi, Sayyid Yusuf bin Hashim al-Rifai, Allama Muhammad Amin Abidin al-Shami, Sayyid Zayn bin Sumayt dan banyak lagi yang lain. Sudah tiba masanya sekarang untuk memberi amaran terhadap mereka sekali lagi dan ini adalah jihad yang sebenar untuk mempertahankan kalimah yang Haqq terhadap jawr (jenayah) dan batil (yang salah). Tetaplah bersama Ahlus Sunnah wal Jamaah, perlu menghormati Ahl al-Haqq dan Tasawwuf, pelihara cinta kepada Ahlul Bayt, berzikir dan Salawat, menjaga Silatur Rahm dengan Awliya sama ada dalam Dunya atau Barzakh, berpuasa dan sembahyang, dan membuang fitnah dan mereka yang menfitnah yang cuba untuk memecahbelahkan ummah.

Ini merupakan satu jawapan bantahan dengan segera tetapi kami mempunyai lebih banyak dan banyak lagi bukti-bukti yang akan diterbitkan dalam masa yang sewajarnya mengikut keperluan InsyaAllah. Nabi (saw) menyifatkan guru-guru palsu sebagai serigala menyamar menjadi kambing dan baginda berkata Allah subhuan wa taala berkata mengenai mereka, “Adakah guru-guru palsu tidak takut kepada aku? Adakah mereka cuba untuk memprovokasi aku?”

Dan Allah berfirman:

بل نقذف بالحق على الباطل فيدمغه
فإذا هو زاهق ولكم الويل مما تصفون

Sebenarnya Kami melontarkan perkara benar terhadap perkara yang salah, dan ia menghentak sehingga terkeluar otak, dan serta-merta kepalsuan itu lenyap! Ah! kecelakaanlah bagi kamu (atas kepalsuan) yang kamu sifatkan (kepada Kami) (al-Anbiya 21:18). Walhamdu lillahi Rabbil Alamin.

Khadam Ilmu
MUHAMMAD HISHAM AL-KABBANI AL-HASANI AL-HUSAYNI AL-SHAFII AL-NAQSHBANDI


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Guan Eng Sudah Halau Hadi Keluar Pakatan

Posted: 26 May 2015 06:46 AM PDT

Kenyataan Media 1MDB Berkaitan Kehadiran PAC

Posted: 26 May 2015 02:19 AM PDT

Media statement by Arul Kanda, 1MDBPresident and Group Executive Director
Issued on 26 May 2015

Invitation for appearance before PAC

"Contrary to recent press reports and statements by certain individuals, we wish to clarify that it was only on 21 May 2015 that 1MDB received a letter from the Ministry of Finance, appending an invitation sent by the PAC.

This invitation, which was addressed to the Ministry of Finance, requested an appearance by the company before the committee on 26 May 2015.

Upon receiving this letter, 1MDB responded to the Ministry of Finance on21 May 2015, the same day the company received the invitation.

As confirmed by YB Nur Jazlan, Chairman of the PAC, the date for this appearance is currently being finalised, due to the date proposed earlier being in conflict with previously scheduled overseas commitments.

We once again reiterate our intention to extend our full cooperation to the PAC and both Arul Kanda and Datuk Shahrol Halmi look forward to appearing before the committee and having the opportunity to clarify 1MDB's position."

Kes Anwar Ibrahim Tangguh 6 Tahun, Mengapa Tidak Sabar Sangat Pasal Audit 1MDB?

Posted: 25 May 2015 10:36 PM PDT



RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Salah urus 21 tahun bawa kejatuhan MAS

Posted: 26 May 2015 05:49 PM PDT

Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud.

Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019 .

Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994.

Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.

Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau.

Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya kira-kira tujuh tahun kemudian.

Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997. Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya.

Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis. Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai.
Read More / Baca Lagi >>

Regim Zionis Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza

Posted: 26 May 2015 05:45 PM PDT

Mesir musnahkan 521 terowong di sempadan Gaza 
Penduduk Gaza menggunakan laluan rahsia ini untuk menyeludup pelbagai barangan ke Gaza.
ANKARA - TURKI . Tentera Mesir memusnahkan kira-kira 521 laluan masuk ke terowong rahsia di sempadan, menurut laporan media tempatan, kelmarin.
 
Agensi berita Anadolu melaporkan operasi perobohan itu telah dilakukan sejak enam bulan lalu.
 
"Beberapa laluan rahsia tersebut turut dilengkapi trek kereta api dan bilik komunikasi," menurut laporan itu lagi.
 
Pada bulan lalu, Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengeluarkan dekri yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup ke atas mana-mana individu yang terus ingkar untuk menggali atau menggunakan terowong rahsia tersebut.
 
Di bawah dekri sama, mana-mana pihak yang bersubahat atau menyembunyikan maklumat mengenai kewujudan laluan rahsia itu juga bakal berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun.
 
Susulan daripada itu, operasi untuk memusnahkan terowong rahsia tersebut telah dipergiatkan. - Press TV

Muktamar penentu, Pas tiada masalah bersendirian - Moihd Amar

Posted: 26 May 2015 05:30 PM PDT

Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor bulan depan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada umumnya: "Presiden (parti) boleh cadangkan, Majlis Syura (Ulama) boleh cadangkan (keluar daripada pakatan pembangkang) tetapi keputusan itu bergantung kepada muktamar ... kuasa itu kuasa muktamar. Itu adalah kaedah kami dalam organisasi."   

Beliau bagaimanapun berkata, Pas Kelantan masih belum memutuskan untuk memberi sebarang cadangan keluar daripada pakatan pembangkang pada muktamar  berkenaan.   

"Ini kami tengok dalam muktamar ... kami dengar ucapan dasar (Presiden parti) dan dari situlah (kami akan buat keputusan). Jadi mungkin negeri lain ada cadangan, itu saya tidak tahulah. Tapi bagi Kelantan perkara berkenaan belum dibincangkan lagi," katanya.   

Read More / Baca Lagi >>

Kesatuan pekerja MAS bakal dibubar selepas MAS Bhd ambil alih

Posted: 26 May 2015 04:27 PM PDT


Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), kesatuan pekerja terbesar dan lantang memperjuangkan hak kakitangan syarikat penerbangan tersebut, tidak lagi wujud apabila Malaysia Airlines (MAS) selesai dengan penstrukturan semulanya.

Maseu yang mewakili 13,500 pekerja MAS, dijangka dibubarkan kerana pengurusan baru itu membayangkan ia tiada tempat dalam syarikat baru itu nanti, yang akan mula beroperasi pada 1 September.

Kesatuan itu menerima perkara itu buat masa ini dan sedang melihat kepada usaha menukarkan entiti itu sebagai sebuah koperasi.

Setiausaha Eksekutif Maseu, Mohd Jabarullah Abd Kadir, mengesahkan langkah tersebut dan memberitahu The Malaysian Insider, dua mesyuarat luar biasa dipanggil setakat ini bagi membincangkan pembubaran kesatuan tersebut.

"Kita ambil keputusan dalam perjumpaan itu, pertama kita akan bubar. Kedua, kita akan tukar menjadi koperasi," katanya.

Katanya, walaupun dua mesyuarat luar biasa itu diadakan, terakhir pada 18 Mei, mereka masih perlu memanggil satu lagi mesyuarat bagi menjalankan proses pengundian di kalangan ahli kesatuan.

"Kita akan buat undi sulit dalam masa terdekat. Selepas undi sulit, baru kita tahu apa keputusannya, untuk lihat mana satu kehendak ahli," katanya.

Menurut Jabarullah, langkah tersebut diambil memandangkan pengurusan baru MAS yang dibentuk dalam pelan penstrukturan Khazanah Nasional Berhad enggan mengiktiraf mereka sebagai sebuah kesatuan.

Read More / Baca Lagi >>

Lawan GST, jihad bersanad daripada Tok Janggut?

Posted: 26 May 2015 04:19 PM PDT

Oleh H FANSURI
TIBA-TIBA, Washington menyatakan bahawa Amerika Syarikat bersedia mengambil peduli soal pelarian Rohingya.Kata Rumah Putih, usaha membantu pelarian berkenaan adalah sebahagian daripada usaha antarabangsa bagi menangani isu bot terkandas melibatkan pelarian itu di Asia Tenggara.
Jabatan Negeri mengeluarkan kenyataan berkenaan pada Rabu lalu. Jurucakapnya, Marie Harf berkata bahawa Amerika Syarikat kini bersedia membantu semua negara di bawah agensi pelarian PBB yang bekerja keras dalam usaha menempatkan para pelarian itu.

Pada awalnya Indonesia, Malaysia dan Thailand enggan peduli soal Rohingya, tapi pendirian itu nampaknya bertukar. Di Amerika, khabarnya, sudah ada lebih 1,000 pelarian Rohingya sejak 1 Oktober tahun lalu."Saya rasa rakyat Malaysia dan Indonesia telah meminta bantuan bagi menempatkan semula pelarian itu. Kami sedang berhati-hati dengan usul ini," kata Marie Harf kepada pemberita di Washington. "Ia perlu menjadi usahasama negara-negara. Kita tidak boleh tangani isu ini bersendirian.
Namun, kita bersedia memainkan peranan utama dalam usaha ini."
Inilah cerita Amerika Syarikat yang tiba-tiba ingin menjuarai isu pelarian Rohingya. Hal ini dilakukan ketika rekod kejahatan berdarah di Vietnam, Afghanistan, dan Iraq masih lagi basah dalam ingatan setiap ahli masyarakat sedunia.
Amerika Syarikat, pewaris Empayar British (seteru Empayar Turki) boleh bermuka dua dengan masyarakat Asia sepertimana British boleh bermuka dua dengan bangsa pribumi di Tanah Melayu. Jadi, sentiasalah berawas!
Kisah 'GST' British
Tidak lengkap dan sempurna warna kejahatan British, Amerika Syarikat dan kuasa Barat ini kalau tidak disingkap sejarah lampau di negara kita.
Oleh sebab zaman ini perang percukaian GST mengambil tempatnya, maka biar kita bercerita darihal Tok Janggut.
Alkisahnya Tok Janggut (Haji Mat Hassan Panglima Munas) lahir tanggal 1850 di Kg Saring, Jeram, Kelantan. Beliau syahid pada 1915 dalam lingkungan usia 65 tahun.
Dengan rupa berjanggut ke paras dada, si mujahid yang ramai penyokongnya ini memimpin jihad melawan dasar percukaian British. Dia dikatakan mahir bersilat dan menerima pelajaran di Mekah.
Selepas Perjanjian Inggeris - Siam 1909, British membuat aturan baharu di Kelantan.
Antara yang mengguris perasaan adalah dasar percukaian seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

BNBBC gesa Muhyiddin nyata pendirian berhubung 1MDB atas kapasiti TPM

Posted: 26 May 2015 04:18 PM PDT

Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendirian beliau bukan sahaja di Janda Baik tetapi sebagai seorang pegawai pentadbiran kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015. 
Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyatakan pendirian beliau bukan sahaja di Janda Baik tetapi sebagai seorang pegawai pentadbiran kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Mei, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa menyatakan pendirian berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan sahaja melalui Umno, tetapi juga atas kapasitinya sebagai timbalan perdana menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kata Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Pengerusinya Tan Sri Shahrir Samad berkata demikian merujuk kenyataan timbalan perdana menteri pada satu majlis tertutup yang mahu Datuk Seri Najib Razak memecat semua lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dibebani hutang itu.
Mengulas video ucapan Muhyiddin yang didedahkan di media sosial, Shahrir berkata kepada media di lobi Parlimen, rakaman itu dibuat di luar pengetahuan timbalan presiden Umno itu.

"Sebagai timbalan perdana menteri, beliau mempunyai format untuk menyatakan apa sahaja pandangan dalam Kabinet dan sebagai timbalan presiden, beliau boleh bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. "Saya faham beliau ketika itu hanya menjawab soalan yang ditujukan kepadanya, tetapi saya harap pandangannya dapat disampaikan melalui dua platform, tidak hanya di Janda Baik," katanya merujuk kepada lokasi ucapan itu didakwa dibuat.
Ucapan Muhyiddin itu, yang tersebar luas, kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi.
Di dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube itu, Muhyiddin berkata sekiranya perdana menteri yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi Zainol

Posted: 26 May 2015 04:16 PM PDT

#5Tahun2020: Malaysia negara yang belum matang demokrasi - Fahmi ZainolKUALA LUMPUR: Malaysia ialah sebuah negara yang demokrasinya belum matang lagi, tetapi ia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencapainya.

Ini pendapat aktivis pelajar, Fahmi Zainol, semasa mengulas mengenai salah satu cabaran wawasan 2020 iaitu untuk 'mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.'

Fahmi berkata Malaysia belum matang kerana kita masih dapat lihat ketidakadilan dalam sistem kehakiman, fitnah politik, salah guna kuasa polis dan media yang berat sebelah.

"Undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Hasutan, adalah pembantut kepada misi merealisasikan matlamat Wawasan 2020.

"Akta dan undang-undang sebegini diwujudkan atas sebab untuk melenyapkan suara-suara rakyat yang mengkritik, menentang atau menegur kerajaan.

"Akibatnya kerajaan akan terus berkuasa dan mentadbir dengan sesuka hati tanpa mendengar luahan atau kritikan rakyat di bawah.

"Hal ini sangat bertentangan dengan amalan demokrasi yang sihat," kata Fahmi.
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya kerajaan Kelantan gak pakai duit poket sendiri untuk kesejahteraan rakyat...

Posted: 26 May 2015 03:55 PM PDT


Dah tinggal beberapa minggu lagi nak sambut bulan Ramadhan, KERAjaan BN baru siapkan 19 buah rumah shj ????

DAH GILA KA APA !!!
MANA PERGINYA JANJI-JANJI MUNAFIK BN duit RATUSAN RIBU RINGGIT tempohari !!!.. Dah pergi jahanam ka, kene songlap ka atau KANTONG2 KERAJAAN SUDAH KERING !!!

'Menteri tak faham isu 1MDB boleh letak jawatan'

Posted: 26 May 2015 08:45 AM PDT

KUALA LUMPUR - Menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meskipun keputusan bersama telah diputuskan digesa untuk melepaskan jawatan.

Pengerusi Kelab Penyokong BN (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menegaskan, Kabinet Malaysia berasaskan prinsip tanggungjawab bersama dan mana-mana menteri yang masih enggan memahami isu tersebut dianggap telah melanggari keputusan bersama itu.

"Prinsip Kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.

"Pilihan kan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri... itu tak jadi masalah, kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (Kabinet)," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang mengatakan keseluruhan Kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah yang dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada Perdana Menteri seorang sahaja.

Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, jika ahli Kabinet tidak sedar mengenai isu 1MDB, mereka sepatutnya membuat siasatan, bukannya menuding jari ke arah orang lain.

Mengulas lanjut, Shahrir juga berkata, jika ahli Kabinet masih tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB, mereka terbabit boleh berjumpa sendiri dengan perdana menteri sehingga berpuas hati (keputusan Kabinet).

"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita puas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa Perdana Menteri tanya lagi dan tanya Menteri Kewangan.

Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: Rakyat tak percaya jaminan polis

Posted: 26 May 2015 08:43 AM PDT


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menuntut Polis Diraja Malaysia memberi penjelasan dan bertanggungjawab atas pencerobohan yang berlaku ke atas sempadan negara.

Mohamad (kiri) dalam kenyataannya hari ini berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu bertanggungjawab dalam isu itu dan mesti meletak jawatan jika tidak mampu menyelesaikannya.

"Rakyat terus bimbang dengan isu keselamatan dan tidak mampu lagi mempercayai jaminan keselamatan oleh pihak polis khususnya dan kerajaan," katanya Mohamad.

Sementara itu PKR hari ini mengemukakan usul supaya sidang parlimen ditangguhkan bagi mendengar penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai isu keselamatan negara.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung (kanan) berkata penjelasan itu merujuk kepada penemuan 139 kubur dan 28 kem digunakan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia - Thailand.

Polis semalam mengesahkan ia adalah kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

"Bahawa Dewan ini menggesa Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan dalam soal keselamatan negara, bagaimana kem-kem memperdagangkan manusia dan kubur-kubur yang baru ditemui di dalam kawasan Malaysia boleh terjadi tanpa pengetahuan kerajaan selama ini," kata Gooi.

Katanya lagi, sidang itu perlu disegerakan memandangkan berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

'WAJIB' ikut laki pergi mana2 apatahlagi naik jet mewah VIP..

Posted: 26 May 2015 07:10 AM PDT


TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA... 

Tanpa undi & sokongan anda siapalah Rosmah di hati rakyat.. Rosmah sanggup berpenat ke luar negara tanpa dibayar sedikit gaji pun. Semua laki beliau yang tanggung.

TANPA DUIT2 GST laki-bini Najib Rosmah tak akan dapat keselesaan & kemewahan sbg pemimpin negara...

Tak sokong Adi Putra bukti hipokrasi Putrajaya, kata aktivis pendidikan

Posted: 26 May 2015 07:02 AM PDT

Kurangnya sokongan yang diberikan kepada remaja pintar Adi Putra Abd Ghani menunjukkan Putrajaya hipokrit, kata pendidik, yang membandingkan layanan kerajaan dengan genius matematik itu dengan pelajar yang ditangkap memiliki bahan lucah di London baru-baru ini.

Zairil Khir Johari, ahli Parlimen DAP yang lantang mengutarakan isu pendidikan berkata, layanan Putrajaya terhadap Adi Putra , 16, "teruk dan bersikap hipokrit."

  "Ia menjadikan negara kita kelihatan teruk dan bersikap hipokrit, terutamanya apabila pelajar pintar Matematik di Imperial College dipertahankan dan ditawarkan peluang meneruskan pengajian, walaupun disabit memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang paling ekstrem pernah dilihat Polis Metropolitan London," katanya kepada The Malaysian Insider.

 "Kenapa ada 'double standard'? Kenapa seorang genius Matematik tulen tidak dapat sokongan institusi, tetapi seorang budak jahat dapat?" Ahli Parlimen Bukit Bendera itu merujuk kepada pemegang penuntut Malaysia di bawah pembiayaan Mara, Nur Fitri Azmeer Nordin, juga digambarkan sebagai genius Matematik, yang ketika ini dipenjara 18 bulan kerana jenayah yang dilakukannya di United Kingdom.

Letak jawatan kalau tak setuju keputusan Kabinet, kata pengerusi BNBBC

Posted: 26 May 2015 07:00 AM PDT

Sekiranya menteri tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang dibuat semasa mesyuarat Kabinet, mereka perlu meletak jawatan, kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Setuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah yang seluruh kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrir berkata, prinsip kabinet ialah tanggungjawab bersama.

"Ia keputusan kolektif. Pilihan ada di tangan. Tiada siapa yang paksa. Kalau menteri itu tidak setuju (dengan keputusan Kabinet), maka boleh letak jawatan.

"Soalnya begitu mudah. Apabila keputusan itu berdasarkan kolektif dan tanggungjawab bersama, menteri Kabinet punyai peluang berbincang dan bertanya kalau tidak puas hati," katanya. Bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini, Shahrir berkata, sekiranya sebarang keputusan tidak dipersetujui segelintir menteri, wajar mereka meletak jawatan kerana ia dianggap bertentangan dengan prinsip kolektif itu sendiri.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin antara menteri yang secara terbuka mengkritik cara kerajaan mengendalikan isu itu, termasuk mengakui beliau sendiri tidak tahu bagaimana hendak memberi penjelasan kepada rakyat mengenai masalah syarikat itu yang menanggung RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.

Read More / Baca Lagi >>

Saham FGV merosot, PAS hantar memorandum aduan ke Bursa KL

Posted: 26 May 2015 06:57 AM PDT

Pengarah ANAK, Mazlan Aliman (kiri) dan Ketua Khidmat Pelanggan Bursa Malaysia Saidi Ahmad sebelum penyerahan memorandum di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 26 Mei, 2015.

Spekulasi Felda Global Venture (FGV) bakal digugurkan daripada Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) ekoran prestasi sahamnya yang semakin jatuh merudum membimbangkan peneroka, kata Dr Rosli Yaakop.

Penasihat ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu berkata, FGV perlu disiasat bagi memastikan syarikat itu tidak melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang pasaran saham dalam proses penyenaraiannya dan dalam urus niaga di Bursa Malaysia. Katanya, ini berdasarkan saham FGV menurun RM2.02 seunit, jatuh 54% di bawah harga tawaran asal (IPO) RM4.45 sesaham, memberi petunjuk masa depan FGV yang kelam.

Kebimbangan itu disuarakan melalui memorandum kepada Bursa Malaysia Kuala Lumpur, memastikan agar FGV bebas dari sebarang cubaan memanipulasi harga pembelian 51% kepentingan Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) dalam Felda Holdings Berhad.

"Jika didapati ada pelanggaran peraturan dan undang-undang pasaran saham, manipulasi, pengkhianatan dan penipuan, tindakan yang sewajarnya perlu diambil ke atas pihak yang terbabit," kata Rosli dalam memorandum yang diserahkan kepada Bursa Malaysia hari ini. Ia diterima Ketua Bahagian Perhubungan Pelanggan Bursa Malaysia, Saidi Ahmad.

Negara dah semakin jahanam di bawah UMNO/BN..

Posted: 26 May 2015 06:40 AM PDT


Peniaga bumiputra berniaga kecil-kecilan dgn jualan murah (tanpa notis) pon dikompaun serta merta..

TETAPI SYARIKAT TELCO KAUT UNTUNG BERBILION2 RINGGIT KENAKAN #GST dgn taktik menipu boleh pula diberi tempoh masa berbulan2 !!!

KERAjaan BN hanya berani bertindak pada peniaga2 'ikan bilis' BERBANDING SYARIKAT2 'ikan jerung'-TELCO KERAjaan penyangak buat2 bodoh aja..

KENAPA NAK CARI PASAL melabur pada syarikat yg ada hutang RM42 BILION !!!..

Posted: 26 May 2015 06:38 AM PDT


Yg jadi mangsa siapa ??? Najib ka ? Rosmah ka? Menteri2 UMNO ka ???

Bayangkan dlm masa 6 hari pemain saham memberi respon negatif dan #TNBmengalami kerugian RM6 bilion gara2 TNB beli aset #1MDB.

Kalaulah pemain saham pun takut & menjauhi TNB bila terlibat sama dgn 1MDB, APATAH LAGI RAKYAT BIASA DALAM PENDEPOSIT TABUNG HAJI !!!

Beringat Sebelum Kena, Cepat2 Selamatkan Duit2 tabung Haji Dari Penyangak Negara...

MP DAP Raub Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Posted: 26 May 2015 04:38 AM PDT

Muktamar Penentu Kedudukan Pas Dalam Pakatan

Posted: 26 May 2015 04:38 AM PDT

MP PKR Kuala Kedah Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Posted: 26 May 2015 04:37 AM PDT

Hairan Renjer Terlepas Pandang Kubur Besar

Posted: 26 May 2015 04:36 AM PDT

Isu Soalan Bocor - MP PAS Sepang - BN Sabak Bernam Bahas Rancangan Malaysia Ke 11 (2016-2020)

Posted: 26 May 2015 04:35 AM PDT

Penyeludupan Manusia: Syak Penguat Kuasa Terlibat

Posted: 26 May 2015 04:35 AM PDT

Restoran Nasi Kandar didakwa caj Roti Tisu RM11

Posted: 26 May 2015 04:04 AM PDT

Orang ramai mula berang dan menyarankan pihak penguatkuasa KPDNKK mengambil tindakan dan pengguna memboikot
restorn_kayu_600PETALING JAYA: Isu harga luar biasa makanan di Restoran Nasi Kandar Kayu masih tidak berkesudahan berikutan pendedahan terbaharu melibatkan cawangan restoran itu di Petaling Jaya.
Mengikut rekod dalam resit bertarikh 23 Mei lalu, restoran itu di cawangan SS2, Petaling Jaya juga mengenakan caj luar biasa bagi Roti Tisu iaitu RM11.
Pengguna yang tidak berpuas hati telah memuat naik resit di laman sosial Facebook dan menarik perhatian pengguna lain untuk berkongsi.
Orang ramai yang berang dengan harga luar biasa yang dikenakan restoran tersebut bertindak mencemuh tindakan pengurusan restoran nasi kandar itu.
Ada yang meminta memboikot manakala, ada yang berharap supaya penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah drastik bagi mengajar pemilik restoran mengenakan harga yang sepatutnya.
Cawangan restoran itu di Pulau Pinang telah diserbu pihak penguatkuasa KPDNKK pada Isnin kerana mengenakan caj RM20 ke atas lima batang sayur bendi dan aduan roti telur yang dijual pada harga RM2.50.
Pengarah Urusan restoran itu, Burhan Mohamed, memberitahu kesilapan teknikal oleh juruwang menyebabkan caj sebanyak RM20 dikenakan ke atas lima batang sayur bendi.

Konsep PAS mesti bersama masyarakat majmuk - Hadi

Posted: 26 May 2015 04:01 AM PDT



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, konsep parti itu bersama masyarakat majmuk di negara ini.

"Konsep kita mesti bersama masyarakat majmuk di Malaysia dan tidak boleh bersendirian," ujarnya kepada media di lobi parlimen selepas membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu menjelaskan bahawa PAS pernah bersendirian di dalam kerajaan dan luar kerajaan sebelum ini tetapi peristiwa lama tidak akan berulang.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya adakah PAS bersedia untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Buat masa sekarang PAS masih bersama Pakatan," ujarnya.

Ketika ditanya cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata 'tunggu dan lihat'.

PAS tak mahu berjuang sendirian - Hadi

Posted: 26 May 2015 04:00 AM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak berhasrat mahu meneruskan perjuangannya secara sendirian.

Kenyataan itu dibuat ketika Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan DAP saling berseteru ekoran beberapa isu yang melanda parti gabungan Pakatan Rakyat itu baru-baru ini.

Ditemui wartawan di parlimen hari ini, Abdul Hadi berkata, konsep PAS mestilah menerima hakikat kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.

Justeru, katanya, PAS tidak boleh menjadi parti yang bersendirian.

"Kita pernah semua sebelum ini. Pernah bersendirian, pernah dengan kerajaan, pernah luar kerajaan," katanya.

Menurut Abdul Hadi, biasanya "peristiwa lama tidak berulang".