Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


MEMORANDUM 20% TAHANAN HASIL PENEROKA

Posted: 25 May 2015 10:15 AM PDT

Bersama Dato' Ust Tuan Ibrahim Tuan Man mengiringi peneroka felda menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengawal Wilayah Jengka, Dato' Shaari Din pagi ini.

Felda akan menguatkuasakan wang tahanan 20% kepada peneroka yang menjual hasil ke kilang sawit mulai Jun ini. Ia bertujuan memudahkan Felda menolak hutang peneroka seperti Kos Tanam Semula, pinjaman rumah dan lain lain.
Perbincangan dengan Dato' Shaari Din memperakukan status peneroka yang berbeza. Ada peneroka yang tiada langsung hutang dengan felda kerana mereka urus kebun secara persendirian dari awal. Potongan sekitar RM50-100 boleh dikenakan merangkumi bayaran JKKK, khairat, jalan pertanian dan insuran ladang. 
Ada peneroka yang asalnya serah felda, kemudiannya ambil semula pengurusan. Mereka ada baki kos tanam semula dan pinjaman perumahan.
Ngo ANAK ambil inisiatif untuk listkan nama2 peneroka mengikut kategori dan serah semula kepada Pengurus Felda ditempat masing masing dalam masa terdekat. Jangan ' borong' semua peneroka dikenakan tahanan 20%. Kontroversi timbul kerana surat pekeliling yang dikeluarkan sesetengah Pengurus Felda mengelirukan dan diakui sendiri oleh Dato' Shaari Din. Petang ini beliau akan mengadakan pertemuan dengan pengurus2 Felda bagi menyelaraskan tindakan.

Saya agak terkilan dengan persepsi negatif Dato' Shaari Din. Beliau menganggap kehadiran saya dan Dato' Tuan Ibrahim mencampuri urusan Felda dan kononnya ada kepentingan politik. Sepatutnya, sesuatu peraturan di buat dengan teliti. Di bawa berbincang terlebih dahulu. Pengurus Felda jangan ego dengan arahan di peringkat HQ Felda. Bila arahan di muktamadkan tanpa mengambil kira hujah peneroka, rasa tidak puashati pasti berlaku. Ini bukan cerita 20-30 tahun dulu, di mana peneroka mesti jadi pak turut semata mata.


Sepatutnya pengurusan Felda ucap terimakasih kepada Ngo ANAK kerana kita menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Jika tidak, macam macam boleh berlaku; nama baik Felda terus tercalar sampai bila bila. Adalah kolot jika mereka buat 'musuh' kepada pihak yang ingin membantu dan menjalinkan kerjasama.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GUAN ENG KATA TERPAKSA HALAU PAS KERANA HADI KEPALA BATU DENGAN KUASA VETONYA

Posted: 25 May 2015 08:53 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.
"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.
Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat

MEJAR SENGAL NGAKU TAK KOMPLOT JATUHKAN PRESIDEN PAS...BOLEH PERCAYA KER?

Posted: 25 May 2015 05:53 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad menegaskan beliau tidak pernah memfitnah atau menyerang peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu menurut Zaidi, beliau sedia disiasat sekiranya ada aduan rasmi berhubung pelanggaran etika ketika berkempen menjelang pemilihan parti Jun ini.

"Saya yakin bahawa sepanjang saya berkempen, saya tidak pernah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh parti, antaranya jangan melakukan fitnah dan jangan menyerang peribadi pihak yang ditandingi.

"Pada masa sama saya bersedia disiasat sekiranya ada mana-mana pihak yang sanggup tampil membuat aduan rasmi kepada PAS Pusat bahawa saya telah melanggar disiplin parti dalam berkempen," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Nama Zaidi kembali mencetuskan kontroversi apabila wujud gesaan supaya PAS memecat beliau serta dua lagi ikon parti itu kerana mengkritik kepimpinan parti.

Turut sama terbabit dalam kontroversi kerana mengkritik PAS ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat yang juga penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Zaidi yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada calon jawatan Presiden PAS, Ahmad Awang berkata, isu pemecatan itu berkemungkinan sengaja ditimbulkan oleh penyokong Hadi.

"Sudah adat pertandingan setiap pihak akan mempromosikan kelebihan calon masing-masing dan pada masa yang sama mengetengahkan kelemahan di pihak pesaing.

"Isu pecat yang timbul baru-baru ini barangkali dicetuskan oleh penyokong-penyokong Hadi yang terlalu sayang kepada beliau sehingga tidak dapat menerima sebarang kritikan dan teguran di atas kepimpinan beliau," katanya.

Berhubung permilihan parti Jun ini, Zaidi berkata beliau secara peribadi mahu melihat perubahan dalam kepimpinan PAS.

"Saya secara peribadi merasakan yang PAS perlukan perubahan kepimpinan demi memastikan kecemerlangan yang telah dicapai oleh PAS terutama semasa era Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) bukan sahaja dapat dikekalkan malah dapat terus dipacu terutama dalam memastikan PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU-14 yang akan datang.

"Nasihat saya kepada kedua-dua belah pihak, berkempenlah dengan berhemah dan penuh kasih sayang kerana kita adalah dalam satu jamaah," katanya.

Komen kami...

Bekas askar bermasalah ini menasihatkan ahli-ahli PAS kem Hadi Awang berkempen dengan berhemah dan penuh kasih sayang tapi dalam masa yang sama dia susun strategi memperlekehkan Presiden sendiri.

Dia nakkan perubahan kepimpinan?...Apa maksudnya jika secara tersiratnya dia inginkan agar Presiden PAS yang ada sekarang diganti baru.

Diganti dengan orang lain...siapa dia kalau bukan Ahmad Awang.

Huh hebat bekas Mejar ni baru jer tak sampai setahun jagung masuk jemaah dah boleh mencatur-caturkan kepimpinan sedia ada!!!

Kita pun tahu dia ni adalah pegawai khas kepada Lebai Ostad Ahmad Awang. 

Sapa tak kenal lebai malang tu?

Dialah penyokong kuat Anwarinas. Dia juga Mursyidul Am PASMA. Geng-geng PASMA adalah penjilat DAP. Mereka juga memperlekehkan hudud dan akan menolak usul hudud di Parlimen nanti.


Geng PASMA adalah virus dalam PAS. Mereka adalah puak-puak baruah dan broker yang mengadaikan perjuangan Islam PAS demi menjaga hati puak kapir harbi DAP dan munafik fasik PKR.   

Lebai malang ini juga dikenali sebagai imam khawarij kerana menolak perpaduan sesama Islam.

Dia juga yang menolak persefahaman antara UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan di Perak dulu.

Lebai khawarij ini juga menolak sebarang rundingan atau berbaik-baik dengan UMNO kerana masih menganggap orang UMNO sebagai najis dan kafir yang halal darahnya.

Kita tak tahu berapa banyak wang yang disumbatkan oleh tokey-tokey DAP dalam mulut tuan lebai ini?

Semuanya kerana cita-citanya nak jadi Tuan Mopti Negeri Perak yang baru tapi sifat peribadinya langsung tak layak. 

Kalau dengan DAP alahai lemah lutut lebai ni. Ntah berapa banyak DAP tabur duit untuk menangkan lebai ni menentang Hadi Awang dalam Muktamar PAS nanti. 

Kini tuan lebai Ahmad Awang mengambil si askar bermasalah ini untuk jadi pembantu peribadinya.

Dalam masa yang sama bagi mendapatkan nasihat dan strategi perang saraf ala-ala ketenteraan untuk mengalahkan Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Mejar sengal ni juga diberikan dana khas oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Joseph Lim Guan Eng untuk bergerak dalam sebuah NGO yang dipersetujui oleh Timbalan Ketua Menteri PKR.


Jadi mesti ada kaitan dengan dana yang dicurahkan kepada lebai Ahmad Awang ini oleh DAP-PKR melalui Mejar Zaidi untuk jatuhkan Hadi Awang!  

Mungkin askar sengal ni juga yang menasihatkan agar Husam Musa menarik diri dari bertanding jawatan Presiden agar lebai Ahmad Awang ini satu lawan satu dengan Hadi Awang.

Kebetulan Husam Musa adalah Presiden PASMA.

Nak harapkan pak lebai Ahmad Awang bergerak sendiri, manalah orang tua tu tahu strategi. 

Mungkin dengan strategi tersebut pak lebai ini yakin boleh menang, apatah lagi sokongan kuat kewangan DAP Perak yang kaya hasil jualan balak haram di Kelantan, kroni Husam Musa.  

Jadi alang-alang nak gantikan Presiden yang sudah dianggap tergelincir dari matlamat liberal Pakatan Rakyat maka si askar sengal ni berkempenlah agar ditukar kepimpinan PAS yang ada sekarang yang dibarisi ramai Ulama dan Geng Ustaz.

Gamaknya bagaimana seorang ulama; Tuan Guru Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS akan menghadapi Lebai Ahmad Awang ini jika dia berjaya mengalahkan Hadi Awang?

Emmm...dalam PAS nanti ada Tuan Presiden ahli PASMA yang juga merangkap Mursyidul Am PASMA. Silap hari bulan Haron Din kena tendang. Hahahahaa ponggah ranah !!!

Hebat percaturan DAP kan?

BILA PELAWAK JADI ULAR DALAM SEMAK...HANYA DIA YANG BETUL

Posted: 25 May 2015 05:32 AM PDT



PETALING JAYA: Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak tidak akan 'tutup mulut', malah mahu terus mengkritik PAS dan kepimpinannya demi masa depan parti itu.

Bukan itu sahaja, Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat turut melabel kumpulan tertentu dalam parti itu sebagai 'lebai mercun' kerana berselindung atas nama Islam semata-mata untuk berkuasa.

"Saya masih ahli PAS yang sah dan boleh mengkritik siapa sahaja, antaranya lebai-lebai mercun yang balik dari Mesir tak cukup senawi mengaku ulama sehebat seantero Malaysia.

"Lebai-lebai mercun ni tak suka berbaik dengan orang bukan Islam sebagai medan dakwah ukhwah sebaliknya mengkafirkan mereka secara lantang tanpa menghormati sentiviti agama. Apabila diangkat menjadi pemimpin, mereka hanya pandai bercakap bab dakwah, Islam dan sebagainya tapi langsung tidak turun ke akar umbi melihat nasib rakyat bawahan," katanya pada Isnin.

Kenyataan penuh emosi itu dimuat naik di laman Facebook sebagai respon kepada laporan muka depan sebuah akhbar harian bahawa beliau akan dipecat daripada PAS kerana lantang mengkritik kepimpinan PAS.


Turut sama dikaitkan dalam laporan itu ialah pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dipecat, Zaidi Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin.

Mengulas lanjut Sulaiman berkata, beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai kedudukannya dalam PAS.

"Kami belum lagi mendapat apa-apa surat rasmi atau panggilan telefon daripada pimpinan tertinggi berhubung isu pemecatan yang menjadi viral," katanya.

Mengenai dakwaan beliau terlalu lantang mengkritik kepimpinan PAS walaupun masih baharu menyertai parti Islam itu, Sulaiman bagaimanapun menempelak golongan berkenaan.

"Kepada lebai-lebai mercun dalam PAS yang merosakkan parti dan jemaah, jangan dok buat kepala!

"Tak payah nak sembang hang orang lama dalam PAS kalau setakat tarbiyah cap ayam dok berlagak usrah sana sini tapi perangai tak seperti orang yang kena tarbiyah. Merekalah lebai-lebai mercun yang pemecahbelahkan jemaah PAS sekarang ini," katanya.


Komen kami laa..

Sekarang ni Allah bayar cash...

Dulu mereka sibuk mengkafirkan UMNO kunun tak ikut cara Islam, ikut Perlembagaan kapir, tolak hudud... 

Sekarang ni mereka sibuk mengkafirkan sesama sendiri dan mengkafirkan orang yang sememangnya kapir kerana perebutan jawatan dan kuasa dalam Muktamar PAS awal Jun nanti.

Ini adalah kifarah yang Allah turunkan kepada manusia yang suka cari kesalahan orang lain, aibkan orang lain sambil-sambil reka-reka dakyah dan tabur fitnah. Hujung-hujung mintak derma atas nama jihad akhirat.

Ambik pula artis sengal dan pelawok suam-suam kuku jadi ikon, baru kenal agama kononnya nak berhijrah tinggal dunia lagha terus dilantik jadi ostad dan ostajah ceramah ke hulu ke hilir.

Bila si retis ni ngomel sikit pasal jemaah mulalah dia kena bantai kononnya tak selari dengan pandangan dan pendapat jemaah.

Jemaah yang mana satu? Jemaah Geng Ustaz dan Ulama atau jemaah PASMA?


Inilah cerminan demokrasi dalam PAS yang ngaku parti Islam. Belum lagi diberi kuasa mutlak dah berantakkan. yang mereka tahu hanyalah mencari kesalahan orang lain.

Tak tahulah kalau dapat kuasa lebih nanti rasanya lebih teruk dari parti pemerintah yang mereka selalu kutuk. Nauzubillah semoga Allah tak izinkan mereka memerintah Malaysia yang tercinta ini. 

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w;

 "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Saat itu pendusta dibenarkan, sedangkan orang jujur malah didustakan; pengkhianat dipercaya, sedangkan orang yang amanah justru dianggap pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara. Ada yang bertanya, "Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?" Beliau menjawab, "Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas." [HR Ibnu Majah]

Pecah menanti belah...DAP sedang menunggu hari untuk yamseng beer dan BBQ babi panggang. Ya tolak hudud demi DAP...anda mampu mengubahnya...

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kempen gandingan "syiah" - Ahmad Awang & Mat Sabu - lucu

Posted: 25 May 2015 09:31 PM PDT


Ahmad Awang kata PAS akan kalah PRU14 jika Hadi Presiden Parti. Selain Kelantan. bukan ke selama ini PAS kalah. Apa bezanya?

Entahlah bunyi slogan macam kami pernah dengar.

Suhaizan Kaiat, penyandang Ketua Pemuda PAS merangkap pencacai PASMA berkata Suhaizan Tolak Kepimpinan Ulama, Mahu Bawa PAS Kembali Era Burhanuddin Al-Helmy.

Burhanuddin masih ada jalur-jalur nasionalisma. Bukan ke PASMA menentang unity government dengan UMNO? Rasanya kepimpinan yang dimaksudkan adalah kepimpinan Nik Aziz sebab dia menantang anak Nik Aziz... kikiki.

Husam undur dari tanding Presiden guna alasan masih percaya pada kepimpinan ulamak? 

Bekas kekasih Normah dan kini suaminya, Mat Sabu berkata Budaya Kafir Mengkafir Mesti Dibendung.
Anda tidak percaya dia kata demikian?

Betul juga sebab Mat Sabu kata Budaya Kafir Mengkafir Sesama Ahli Mesti Dibendung tapi Kafir Mengkafir terhadap orang Islam lain tidak apa kot ...

Entah kenapa Mat Sabu tiba2 kata demikian. Melainkan dia cuba kenakan puak ulamak yang suatu masa dahulu nyusahkan PAS dengan kenyataan mengkafir orang Islam lain. Opps itu pun tak betul. Tuduh UMNO saja sebab UMNO bukan orang Islam lain. tapi orang Islam itu.

Mat Sabu dilapor berkata kecewa pemilihan kali ini akan memecah belahkan parti. Hehehe ... puak mana yang tubuh PASMA Bang Mat?

Ustaz Ahmad Awang ada jawab mengenai tuduhan syiah terhadapnya. Katanya dia naik dibantu oleh orang syiah maka sampai hari ini dia dituduh syiah. Mesejnya dibantu syiah tak semestinya dia orang syiah.  

Dia dituduh syiah. Mat Sabu dituduh dan dah pasti syiah. Orang syiah ada amalan penting bernama takiyah atau bohong sunat atau diam-diam sunat. Ahmad awang sedang dapatkan sunat atau melakukan sesuatu yang harus untuk menolak fitnah?

Persoalannya kenapa sekarang baru nak jelaskan?

Baca cai gandingan syiah SINI. Presiden Ahmad Awang; Timbalan: Mat Sabu; Naib - Din Pudu, Husam Pantalon dan Maffuz Mr Bean. 


Mutakhir ini, Aisyah kecewa dengan PAS.

Muhamad Taib bayangkan akan keluar PAS. Macam orang PAS sedih dia keluar PAS sebab kami tahu ada sedih bila orang macam dia masuk PAS. Nampaknya UMNO kena tangisi Mat Taib sebab ini bayangan dia akan masuk balik UMNO. Nangis gumbira atau sedih?

Leman Raja Lawak dan Mejar Zaidi minta dipecat PAS.


Kedai mamak Hameed Corner keluarkan 2,000 INVOIS TIPU GST

Posted: 25 May 2015 07:33 PM PDT


SHAH ALAM – Dua pemilik Restoran Hameeds Corner di sini hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan mengeluarkan kira-kira 2,000 keping invois cukai tidak mengandungi butiran ditetapkan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Rajabunesah Bagam Kamarudeen, 38, dan Muhammad Peer Abdullah, 35, menghadapi pertuduhan itu selepas Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid melepas dan membebaskan Restoran Hameeds Corner daripada lima pertuduhan yang sama.

Hakim memutuskan sedemikian selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Hazril Harun menarik balik semua pertuduhan ke atas restoran itu.

Restoran Hameeds Corner yang dihadapkan ke mahkamah pada 30 April lalu adalah pihak berdaftar di bawah Akta GST yang pertama menghadapi pertuduhan di bawah akta itu sejak dilaksanakan 1 April lalu.

Rajabunesah Bagam dan Muhammad Peer selaku orang kena saman mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan sebagai orang berdaftar di bawah Akta GST yang membuat pembekalan bercukai, sudah mengeluarkan kira-kira 2,000 keping Invois Cukai yang tidak mengandungi butiran ditetapkan mengikut Seksyen 22 Peraturan-Peraturan GST 2014.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan semua kesalahan di premis restoran di No.3-1-1, Suria Avenue Apartment 16/2, Seksyen 16 di sini dari 7 April hingga 11 April lalu mengikut Seksyen 33 (2) (b) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM30,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

petik dari Bernama

Lepas mamak sembelih orang ramai, senang2 minta maaf

Posted: 25 May 2015 04:47 PM PDT


Baca di Astro Awani SINI .

Takkan begitu senang sami buddha burma ini sembelih orang ramai mcm pembakaran mangsa rohingya, lepas itu minta maaf.

Penguatkuasa perlu tegas. Jangan di belanja kepala ikan tapi dah terdiam.

Semua kedai mamak dah mula mencekik pelanggan!!!!

PASMA serang Hadi isu UG guna DAP

Posted: 25 May 2015 12:30 AM PDT


UG adalah Unity Government yang suatu masa adalah option yang sudah dibincangkan dalam AJK Pusat PAS tapi diputarbelit puak Anwarinas sebagai agenda Ustaz Nasaruddin dan Dr Hasan Ali hingga tercampak kedua mereka.

Alasan sama sedang digunakan terhadap Hadi dengan alasan tersirat untuk pertahankan Pakatan Rakyat.

Mungkin PASMA todak dapat lari dari wave akarumbi yang masih kuat untuk pertahankan kepumpinan ulamak. Cari yang timggal adalah dengan gunakan DAP.

Lagi pun, DAP sulah manyak keluar wang ma ... Doa berusaha mahu selamatkan investment. Cuma produk lu macam lantiau.... hahaha. Tak laku.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


PR hanya berhadapan dengan konflik, tidak akan berpecah - Tian Chua

Posted: 25 May 2015 04:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perselisihan yang semakin melarat antara DAP dan PAS hanyalah salah satu konflik yang dihadapi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan membawa kepada perpecahan kepada pakatan itu, kata Naib Presiden PKR Tian Chua.

Menurutnya, perselisihan ini boleh diatasi memandangkan PR adalah harapan rakyat sebagai barisan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pemimpin-pemimpin PR sedar ini adalah harapan rakyat dan rakyat juga menuntut supaya kita dilihat sebagai satu persaingan politik yang sihat di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Jadi melihat perkara ini, kita tidak boleh mengkhianati harapan rakyat. Jadi saya juga yakin kebanyakan kepimpinan ketiga-tiga parti ada kesungguhan untuk kekalkan PR.

"Saya rasa perselisihan ini kita boleh atasi. Walaupun perbahasan mereka di media nampak seolah-olah sangat hangat, namun itu tidak bermakna kita akan berpecah," tambah beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di lobi Parlimen pada petang Isnin.

Tambah beliau, PR harus menunjukkan hasrat dan komitmen yang lebih kuat untuk memastikan mereka terus kekal dan maju.

Beliau juga berkata rakyat mengharapkan satu sistem 'check and balance',iaitu satu sistem yang menunjukkan persaingan yang sihat di antara satu barisan politik yang alternatif kepada pemerintah.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB WORST PM: From 1MDB to mass graves - is Putrajaya complicit in MURDER too?

Posted: 25 May 2015 03:53 PM PDT

NAJIB WORST PM: From 1MDB to mass graves - is Putrajaya complicit in MURDER too?
Instead of finding the best solution or solutions to resolve the Rohingya refugees issue, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tries to turn it into a polemic with the Penang government.
Yes Penang, when mass graves - reeking of possible foul play with the direct or indirect knowledge of the authorities - were found in a totally different state - the Umno-BN governed state of PERLIS.
Ahmad Zahid said, "We want to see the sincerity of the Penang government, led by DAP that are partners with PKR and PAS, that claims to champion human rights and is always asking the government to adopt humanitarian policies".
"They should accept the migrants into Penang," he continued.
Helping or killing inept Najib?
Well, we all know Prime Minister Najib Razak is under tremendous pressure and may soon be toppled by former premier Mahathir Mohamad, who wants a new leader for the debt-riddled and scandal-tainted country.
We also know Zahid has pledged his loyalty to Najib but to indulge in political opportunism at the expense of innocent lives is way out of line.
Mass graves - yes more than one - are being dug up and the Najib administration can no longer deny their existence. Najib must face up to the questions Malaysians and the rest of the world has for him - was his government complicit in the matter?
So when his lieutenant Zahid pulls a stunt, like trying to flip the issue onto the Opposition state government of Penang, no wonder Team Najib comes off looking 'guilty as charged'.
Is this Malaysia? Mass graves a national shame
Clarity of policy & leadership needed, NOT double-talking
The Rohingya issue has been around for decades. Malaysia has been giving the Rohingyas so much assistance and has been very lenient in dealing with them. Many have settled in Malaysia and able to find their own livelihood competing with both the locals and immigrants from other countries.
Malaysia has also be tolerant to them when many of their women and children become beggars all over the country instead of asking their husbands to feed them. Surely when there are small children, they must have fathers.
Malaysia has also provided help to the Vietnamese refugees or the 'boat people' in the 70s and early 80s. Malaysia had allocated an island 'Pulau Bidong' for their temporary stay before being sent to third countries in Europe, America and Australia based on their own choice.
Malaysia has got the experience, thus it all depends on which Umno/BN administration is in power and what is its policy and what to do.
When Tun Dr. Mahathir was the prime minister, he had asked the security forces to 'shoo' the boat people away but others claimed that he asked to 'shoot' them away instead. So we have pushed them away before, but Dr. Mahathir was clear in his policy and in getting the help from the United Nations for funds, manpower and other relevant resources to assist Malaysia in helping the refugees.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB AKAN TERUS BERKUASA...!!

Posted: 25 May 2015 03:51 PM PDT

Rakan saya Datuk A.Kadir Jasin yang juga bekas seorang wartawan yang berpengalaman dari  sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman meramalkan sorak sorai  sokongan kepada Datuk Seri Najib untuk kekal sebagai Perdana Menteri akan lenyap dalam sekelip mata.

Dalam posting terkini di blognya , beliau berkata  sejarah akan berulang, apa yang berlaku  kepada Tunku Abdul Rahman dan juga kepada Abdullah Badawi akan berlaku pada Najib sekalipun sokongan ditunjukan oleh rakan-rakan setia mereka hingga ke saat terakhir.Akhirnya mereka berundur juga dengan secara terhormat.

Pada pandangan saya Kadir membuat perhetongan yang salah. Di belakang Tunku  dan Abdullah Badawi tidak ada kuasa,tidak ada kuasa di sebalik kuasa, isteri Tunku ,Sharifah Radiah  hanya menjadi peneman Tunku di majlis-majlis, Isteri Abdullah Badawi , Tun Hendon Mahmud walaupun aktif dalam kerja-kerja socio budaya tetapi membataskan aktivitinya.

Mereka tidak pernah  membayangi kuasa sehingga timbul cerita ada dua Perdana Menteri di Malaysia.

Toh Puan Raha isteri Tun Abdul Razak( ibu kepada Najib) melambangkan sifat seorang wanita yang  sederhana kepada rakyat di desa dan di kota walaupun beliau adalah dari keturunan bangsawan.

Saya dan rakan rakan wartawan tidak akan dapat melupakan apabila  mengikuti Perdana Menteri Tun Abdul Razak melawat ke Ulu Tembeling  sebuah kampong terpancil di kawasan Pilihanraya Parlimen Lipis  Pahang di mana Tun Puan Raha menemani Tun menemui orang kampong sehingga   lebih jam1 pagi di awal tahun 70an.
Read More / Baca Lagi >>

The Cabinet should resign, and compel Najib to come along

Posted: 25 May 2015 03:39 PM PDT

The concepts of accountability in the Cabinet and in the House of Parliament have to be taken seriously and it should now become the fundamental and cardinal culture in managing the government (Executive) and the Legislative. The absence of the elements of accountability among the Legislative members and the executives (Cabinet) is the main contributing factor that drags the nation into the situation of uncertainty of today.
We can see with our naked eyes that most of the cabinet members and the Legislative are trying to renounce their accountability for their misjudged and miscalculated decisions they made in the Cabinet. As an example many among the cabinet members were trying to lump the blames to the PM alone over the issues surrounding 1MDB. As I have mentioned in the last few postings if Najib resigns everyone in the cabinet ought to go together and simultaneously with him. In other words the whole cabinet should resign too.
The MP of Pekan is equal in status with the rest of the MPs in the Legislative body. The House of Parliament appoints him as the Prime Minister to lead the cabinet as the Prime Minister. Najib and the rest of the Cabinet members are in essence equal but since he is appointed to lead the cabinet he is what is judged as the 'First among Equals' by being the Prime Minister.
Therefore all decisions by the government are Cabinet decisions and all are collective in nature. Whether the decisions are righteous or debauched each and every one who sits in the cabinet is accountable for it. Despite of the massive outcry from the public about the bad conduct of the debt laden 1MDB the Cabinet was acting in ensemble with the PM Najib by approving the standby credit of RM950 million to pay for miscellanies of 1MDB just over three months ago.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid: Wan Azizah refreshing to listen to, unlike Najib

Posted: 25 May 2015 03:33 PM PDT

Former de facto Law Minister impressed by her maiden speech as Opposition Chief in Parliament.
Zaid-Ibrahim_wan-azizah_600KUALA LUMPUR: Former de facto Law Minister Zaid Ibrahim confessed that he was impressed by Opposition Chief Wan Azizah Wan Ismail's maiden speech in Parliament and drew a contrast with Prime Minister Najib Abdul Razak who sounds stale and contrived.
"Not only did she cover all the main areas of national importance, but you could also sense the sincerity of her words," said Zaid. "Leaders can make all the good speeches they want, especially since they have the resources to get the best speechwriters."
"But ultimately, what is most important is that our leaders believe what they say and intend to work towards fulfilling their promises."
If Wan Azizah is to be the Prime Minister-designate, he cautioned, they must declare it with confidence and get everyone to support her. "If there are elements in Pakatan who cannot accept a woman as the Prime Minister, then they should be booted out."
Wan Azizah, reiterated Zaid, belongs to the category of sincere leaders." It's so refreshing to listen to her, very unlike listening to Najib's speeches, which sound stale and contrived."
Besides, he said, "it's getting more stale and the act of defiance from Najib and 1MDB will be bolder. Do what we have to do and let history remember that we tried."
Wan Azizah, in contrast, spoke of the need for political reform if anything good was to come out of the 11th Malaysia Plan (2016-2020). "I have paraphrased what she said: This means a more fair system of government, one in which the Election Commission understands that the task of delineating constitutional boundaries must be carried out fairly."
She called for a government that allows for freedom of information and operates along the principle of good governance. "Under such circumstances, a debacle like 1MDB will not be repeated and no one can be detained without trial," Wan Azizah said, Zaid pointed out.
Read More / Baca Lagi >>

Teruk Betul Kah Imej Najib?

Posted: 25 May 2015 03:31 PM PDT

1. Imej yang bagai mana DS Najib perlukan? sehingga melantik Tan Sri Lim Kok Wing pemilik Universiti yang bernama sama?
2. Di peringkat antarabangsa, nama beliau cukup gah, sehingga boleh menemani Presiden Barack Obama bermain golf, di kala presiden Amerika itu sedang bercuti di Hawaii hujung tahun lalu.
3. Media arus perdana, saban hari, saban jam membawa berita berkaitan Perdana Menteri.
4. AYT tertanya-tanya, imej apa yang diperlukan Perdana Menteri?
5. Kalau melantik juru-juru cakap berkaitan dengan isu-isu yang melanda negara seperti GST, 1MDB, kenaikan harga barangan, serta penguraian berkaitan RMK-11. AYT fikir wajar dilakukan.
6. Perdana Menteri sebenarnya memerlukan juru-juru cakap rasmi, di mana mereka-mereka itu mempunyai merit dan dan jenama, di mana kenyataan-kenyataan mereka boleh diyakini dan dipercayaai rakyat.
7. Jika adanya juru-juru cakap tersebut dengan diimbangi berbagai program yang menarik minat rakyat, maka dengan sendirinya, imej Perdana Menteri akan naik dengan sendirinya.

Video TPM dibocor seorang setiausaha menteri?

Posted: 25 May 2015 03:16 PM PDT

Setiausaha akhbar kepada seorang menteri dipercayai bertanggungjawab menyebarkan video kontroversi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu semua lembaga penasihat 1MDB dipecat.

Laman pro-BN MyKMU menyebut individu itu kemudian memberi rakaman kepada bekas pengarang New Straits Times Firdaus Abdullah, yang didakwa telah menyerang Datuk Seri Najib Razak sejak setahun lalu.

"Kita bukan marah kandungan ucapan Muhyiddin, kita marah kerana tindakan beliau merakam dan menyebarkan merupakan satu 'pecah amanah' kerana peraturan kursus melarangnya," menurut laporan itu.

Khabarnya, lapor web itu, setiausaha akhbar itu sering kali dilihat rapat dengan Firdaus yang kini memblog di Apanama.

MyKMU juga "mengesahkan" bahawa setakat ini video itu bukan diberikan oleh setiausaha akhbar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Justeru Ahmad Zahid harus mengambil tindakan menyiasat siapakah setiausaha akhbar terbabit bagi mengelakkan pegawai-pegawai pemimpin Umno sendiri menjadi pemecah belah parti," katanya.

Selepas kubur besar ditemui, apa langkah kerajaan seterusnya?

Posted: 25 May 2015 03:15 PM PDT

oleh V Shuman
Ramai di kalangan kita biasa mendengar kalimah "sindrom burung unta", yang merujuk kepada mereka yang menafikan atau enggan mengakui hal yang jelas, seolah-olah kepala mereka berada di dalam pasir – burung unta.
Walaupun sains telah membuktikan yang burung unta tidak membenamkan kepalanya di dalam pasir, kalimah itu sudah menjadi sinonim dengan orang yang tidak sedar dengan perkara jelas di hadapan mereka.
Dalam kes itu, pihak berkuasa Malaysia memang mengidap "sindrom burung unta" yang parah.
Bagaimana lagi anda dapat mengabsahkan respon agensi penguatkuasaan kita yang dengan pantas menafikan kewujudan kubur massa imigran di dalam negara dan menyalahkan Thailand – seminggu sebelum kubur seumpama itu ditemui di Perlis?
Laporan menyatakan yang polis baru-baru ini menemui 139 kubur massa di Wang Kelian dan Padang Besar, Perlis dan dipercayai mengandungi ratusan mayat orang Rohingya dan Bangladesh.
Awal bulan ini, pihak berkuasa Thailand menemui kubur massa di daerah berhampiran sempadan Thailand-Malaysia, yang menyebabkan badan penguatkuasa mereka melancarkan operasi besar-besaran terhadap sindiket pemerdangangan manusia.
Menurut laporan, kebanyakan yang dikebumi adalah warga Myanmar dan Bangladesh yang diseludup oleh sindiket dan ditempatkan di kem, sementara menunggu keluarga mereka di kampung halaman membayar tebusan untuk pembebasan mereka.
Zahid HamidiZahid Hamidi
Mereka yang tidak dapat mencari wang yang mencukupi atau jatuh sakit ketika di kem akan dibunuh dan ditanam dalm kubur yang tidak dalam.
Berikutan penemuan di Songkhla, Thailand itu, pihak berkuasa Malaysia pantas menuding jari kepada negara jiran kita, dan berkata hal seumpama itu tidak berlaku di negara ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim dilaporkan berkata, "penyiasatan tidak menunjukkan mana-mana kem pemerdagangan manusia atau kubur etnik Rohingya di kawasan negara."
Ketua Polis Kedah Zamri Yahya dilaporkan turut menafikan dakwaan kubur seumpama itu di Malaysia.
"Tidak ada hal seperti itu. Setakat pengetahuan kami, kem hanya di sebelah Thailand.
Read More / Baca Lagi >>

6,000 pekerja MAS jadi korban pengurusan lemah dan perjanjian berat sebelah

Posted: 25 May 2015 03:13 PM PDT

oleh Robin Stanley Augustin
Berikutan dua tragedi yang berlaku tahun lalu, rakyat Malaysia berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa serta kakitangan Malaysia Airlines (MAS).
Untuk kakitangan, mereka tentunya melalui satu tempoh sukar. Kehilangan begitu ramai rakan sekerja dalam tempoh masa singkat pasti sangat mendukakan.
Rasa simpati menggema di media sosial, dan suara sokongan orang ramai dicurahkan kepada MAS dan kakitangannya.
Hari ini, laporan the Star Online berhubung kakitangan syarikat penerbangan yang sedang bergelut itu pasti membuat ramai merasa sugul.
Menurut laporan itu, kira-kira 20,000 kakitangan MAS akan mendapat surat penamatan perkhidmatan dan pelantikan semula dama masa beberapa hari lagi.
Di bawah pelan agresif Khazanah Nasional untuk membina semula MAS – yang termasuk menilai semula 3,779 kontrak bekalan – MAS akan menamatkan perkhidmatan sejumlah 6,000 kakitangannya.
Seorang kakitangan MAS yang diwawancara menyifatkan langkah itu sebagai "saat duka" dalam kehidupan mereka. "Saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan membayar pinjaman perumahan dan kereta."
Laporan itu berkata, kira-kira dua per tiga daripada 20,000 kakitangan akan ditawarkan kerja dengan syarat yang baru, manakala 6,000 lagi akan diundang untuk melapor diri ke Pusat Pembangunan Korporat (CDC) untuk latihan bagi peralihan kerjaya.
Sebahagian kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan dilepaskan berperingkat, atau ditawarkan kontrak jangka pendek. Namun ramai yang perlu berhenti serta-merta dan hanya menerima gaji dan faedah hujung Ogos ini.
Menurut sumber yang dipetik laporan itu, walaupun emereka yang ditamatkan perkhidmatan akan diberi pampasan, jumlahnya tidak setinggi ketika di bawah "persetujuan bersama" (CA) berikutan keadaan kewangan MAS.
Berita ini benar-benar menyedihkan dan membimbangkan. 6,000 yang hilang kerja, 6,000 keluarga yang terkesan.
Read More / Baca Lagi >>

MUHYIDDIN !!! TERBAIK TANG MANA !!!

Posted: 25 May 2015 07:25 AM PDT


Memang betul la kata ahli MT UMNO baru2 ini katanya Muhyiddin MENTERI PEMALAS..

MALAS APA.. malas turun padang bagi meninjau keadaan sebenar kemudahan sekolah, khususnya sekolah2 di Sabah.

Menteri DAM dah senyap, kamu plok nak ganti tempat dia ka !!!

Drama bersiri UMNO: ‘Barang baik’ di Janda Baik

Posted: 25 May 2015 07:13 AM PDT


muhyiddin


Pembongkaran klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri 'menghentam' 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan secara tidak langsung Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih daripada sekadar kemarahan biasa-biasa.
Berdasarkan kepada penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Zahid Hamidi, kita sepatutnya boleh menjangkakan betapa bergeloranya parti UMNO ketika ini.
Menurut laman web pro-UMNO, Zahid mengakui 'dalang' yang membuat rakaman ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah ahli parti itu sendiri.
Tidak cukup dengan itu, 'dalang' itu adalah pemimpin UMNO Segambut. Bukan calang-calang orang. Jika itu tidak cukup meyakinkan, sila lihat fakta ini: Beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
zahidSekarang, pertimbangkan pula fakta ini: Memetik kata-kata Zahid sendiri, individu itu adalah "seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir."
Jika itu masih belum meyakinkan – lagi – sila fahami ayat Zahid yang berikut: "Sekretariat (kursus tersebut) tidak tahu menahu.
Persoalan yang boleh ditanyakan tanpa perlu penganalisis berpangkat profesor pun ialah:
- Bagaimana sekretariat kursus boleh "tidak tahu-menahu"? Adakah rakaman itu dibuat dengan kamera rahsia? Tentulah tidak
- Adakah rasa tidak puas hati kepada Najib dan 1MDB itu terhad kepada "timbalan ketua bahagian" itu semata-mata? Tentulah tidak, kerana sorakan penonton sebagai reaksi cuapan Muhyiddin kedengaran ramai. Mungkin ratusan orang
Read More / Baca Lagi >>

Arul Kanda nafi cuba lari dari prosiding PAC

Posted: 25 May 2015 07:11 AM PDT

Pengurusan atasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan enggan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebaliknya mengatakan mereka "menunggu peluang" menceritakan kedudukan mereka.
Presiden Arul Kanda Kandasamy memberi jaminan akan bekerjasama penuh sepanjang siasatan, mengatakan beliau dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi akan hadir memberi keterangan kepada PAC.
"Seperti disahkan pengerusi PAC terdahulu hari ini, tarikh kehadiran sedang dimuktamadkan kerana tarikh awal yang dicadangkan sebelum ini bertembung dengan komitmen jadual di luar negara dibuat sebelum ini.

"Kedua-dua Arul dan Shahrol menunggu masa untuk tampil di hadapan jawatankuasa itu dan berpeluang menjelaskan kedudukan 1MDB," kata Arul dalam satu kenyataan ringkas hari ini. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, kedua-dua pihak memohon penangguhan kepada pendengaran yang sepatutnya dijadualkan esok.
Shahrol merupakan CEO 1MDB daripada Januari 2009 sehingga Mac 2013, manakala Arul dilantik ke dalam syarikat itu bermula awal Januari tahun ini.
Read More / Baca Lagi >>

RMK11 perlu lakukan reformasi, bukan transformasi

Posted: 25 May 2015 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan digesa melakukan reformasi politik sebagai salah satu usaha penambahbaikan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan tidak terhad kepada transformasi ekonomi sahaja.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa RMK11 tidak memasukkan elemen reformasi politik sebagai teras perancangan lima tahun itu.

Beliau berkata dalam melalukan reformasi tersebut, sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas perlu diwujudkan, proses persempadanan mengguna pakai piawaian antarabangsa, kebebasan media dan tiada penahanan tanpa bicara.

"Kesemua hak asasi ini akan membantu ekonomi negara. Tanpa kebebasan sebegini, rakyat akan terus berhijrah ke negara lain dan negara akan kehilangan modal dan bakat, yang amat diperlukan untuk memajukan negara.

"Lihat sahaja bagaimana pertumbuhan ekonomi telah dicapai di negara jiran seperti Indonesia, apabila ruang kebebasan dibuka untuk rakyat," katanya dalam ucapan perbahasan RMK11 dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) menggariskan tiga perkara penting untuk dipertimbangkan Kerajaan Persekutuan sebagai cadangan penambahbaikan untuk menjayakan RMK11 itu.

Bagi tujuan itu, katanya lagi, kerajaan perlu menghapuskan Akta Hasutan dengan meluaskan penggunaan Akta Kebebasan Maklumat di setiap negeri dan Persekutuan.

"Kebebasan akademik harus dibenarkan di institusi pendidikan tinggi bagi membenarkan para pelajar kita untuk memacu ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Bisik pada PM jangan serang Dr M'

Posted: 25 May 2015 06:56 AM PDT

Sebagai penasihat baru perdana menteri, apakah yang perlu dibisik oleh pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing ke telinga Datuk Seri Najib Razak?

Bagi Datuk Ahiruddin Attan berkata Najib harus diberitahu untuk berhenti menyerang Mahathir kerana pendekatan itu memakan diri.

Wartawan veteran itu berkata Najib sebaliknya harus menumpukan kepada usaha memperjelaskan dasar-dasarnya.

"Saya agak pasti Lim bersetuju dengan saya, strategi sedia ada PM, yang menyerang Mahathir, melalui akhbar dan berita utama, memakan diri," katanya dalam blog Rocky's Bru.

"Saya tidak pasti apa Lim patut nasihat Najib.

"Saya hanya boleh berharap untuk kebaikan Najib, bidang kerjanya termasuk menguruskan bagaimana media arus perdana respon terhadap serangan Mahathir."

Bagaimanapun, Ahiruddin (atas) memberi amaran bahawa penasihat lain Najib mungkin tidak senang dengan kemasukan Lim ke dalam lingkungan mereka.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan bahawa Lim dilantik sebagai penyelaras program khas Najib.

Lim mengasaskan syarikat pengiklanan swasta pertama di Malaysia serta menubuhkan Univesiti seni kreatif sulung, Limkokwing University of Creative Technology.

Read More / Baca Lagi >>

Pengguna maya lihat rambut PM 'tak kena'

Posted: 25 May 2015 06:55 AM PDT

Umum kini melihat apa sahaja tindakan Datuk Seri Najib Razak ada yang tidak kena.

Malah perdana menteri terus diperolok oleh pelbagai pihak.

Sebelum ini, beliau dan isterinya dikecam hebat kerana didakwa mengamalkan gaya hidup mewah susulan kontroversi sekitar kos dandanan rambut RM1,200 dan Rosmah Mansor.

Begitu juga dengan ucapan Ramadan Najib minggu lalu, yang akan disambut lagi sebulan, turut mengundang reaksi sinis terhadap pentadbirannya.

Terbaru, langkah Najib melantik pakar perhubungan awam Tan Sri Lim Kok Wing selaku pakar perunding bagi menggilap imejnya turut mengundang maklum balas sinis pengguna media sosial.

Orang ramai memperolok gaya rambut unik Lim, yang seolah-olah berserabut, melalui kata-kata sinis dan pengubahsuaian gambar.

Dalam gambar dan dialog ala komik itu, Lim digambarkan menasihatkan Najib menukar imej kerana penampilannya "jemu" dipandang.

Setelah digunting, Najib, berdasarkan gambar itu, kini memiliki gaya seakan Lim yang lebat dan terjulur ke depan menutup dahinya.

Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Zahid, Jangan Politikkan Rohingya

Posted: 25 May 2015 06:50 AM PDT

Zahid: Mangsa Culik Di Sandakan Mungkin Dijual

Posted: 25 May 2015 06:50 AM PDT

Isu kubur di sempadan Negara,PR tubuh Jawatankuasa Anti Pemerdagangan Manusia

Posted: 25 May 2015 06:48 AM PDT

Ketirisan belum selesai, RMK11 umpama ilusi

Posted: 25 May 2015 06:47 AM PDT

'KEJAYAAN' salah satu syarikat GLC kerajaan di bawah pemerintahan 'Benjamin Netanyahu' & KRONI...

Posted: 25 May 2015 06:33 AM PDT


MASIHKAH ANDA INGAT !!! semasa era CEO terbaik MAS Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman (1981-1991) slps beliau bersara SIMPANAN syarikat MAS ADA SIMPANAN RM5 BILION !!! DI MANA DUIT ITU SKRG !!!

Slps legasi kroni2 UMNO dibawa masuk ke dlm MAS kini syarikat MAS RUGI RM4.87 BILION. Yang bestnya... duit rakyat RM6 BILION bakal hangus nk slmtkan syarikat angkara kroni & 6 ribu pekerja MAS diberhentikan..

SEBELUM KRONI UMNO - LEBIHAN RM5 bilion SELEPAS KRONI UMNO - HUTANG RM12 bilion

Posted: 25 May 2015 06:31 AM PDT


 Sejarah tidak menipu bahawa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebelum legasi Madey menguasai adalah antara syarikat2 GLC yg cemerlang & terbaik kerana pernah punyai simpanan tunai RM5 bilion slps Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman bersara sbg CEO MAS pd tahun 1991..

TAPI APA DAH JADI DENGAN RM5 BILION TERSEBUT DI ERA Madey & Najib sekarang !!!!!

Mula2 kata 6,000 orang. SEKARANG 8,000 staf MAS BAKAL DIPECAT !!!

Posted: 25 May 2015 05:22 AM PDT


Di awal tahun 70an MAS & S'pore Airlines sama2 bangkit membangun. Masa itu tokoh2 korporat yg pegang.

TETAPI slps 'ahli politik' masuk dalam MAS. Sejak itulah MAS bermasalah hingga beberapa kali di selamatkan.

ASAL AJA syarikat GLC dipegang puok2 UMNO pasti akan bermasalah & melingkup. KENAPA ???

Kerana.. UMNO = Penyamun

Skim Cepat Kaya Versi VVIP di Malaysia

Posted: 25 May 2015 05:18 AM PDT

Skandal 1MDB : Peluang Kaut Untung Besar US$500 Juta Dalam Tempoh 18 Bulan!

Satu demi satu GLC terlibat untuk menyenangkan perjalanan  skim cepat kaya versi kerajaan yang dipanggil 1MDB ini. Selepas KWAP, Tabung Haji dan KWSP mengambil tempat untuk mengaut keuntungan pelaburan ke atas 1MDB katanya.
Melihatkan jaminan daripada kerajaan Malaysia, KWSP tidak menunggu lama untukmelabur RM1.52 bilion pada anak syarikat 1MDB. Walaubagaimanapun, berita terkini Serawak Reportsangat mengejutkan Berita Semasa melalui dakwaan terbaru yang disertakan beberapa bukti sokongan.
1MDB Rosmah Riza
Berdasarkan semakan berita Sarawak Report berkenaan dengan skandal 1MDB ini mereka laporankan baru-baru ini. Ini butiran berita terkini Sarawak Report mengenai skandal 1MDB mellaui bukti-bukti yang mereka perolehi setkat ini.
Berita Semasa terangkan dalam bahasa yang mudah difahami. Antara bukti yang mereka kepilkan ada Berita Semasa sertakan seperti yang tertera pada paparan di bawah ini:
  • Berdasarkan salinan email dan bukti lain dikepilkan dalam blog Sarawak report itu, dikatakan JhoLow dan Najib Razak cuba kaut untung segera USD500 juta dengan menjual pemilikan saham RHB 25% menerusi Abu Dhabi Commercial Bank kepada Aabar Investment sewaktu plan pengabungan CIMB/Maybank.
  • Mereka membeli dengan harga RM10.03 sesaham.
  • Dengan membelakangkan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dan kedua-dua bank Malaysia yang sepatutnya membeli 25% saham RHB itu dengan harga RM10.80
  • Mereka menggunakan Goldman Sach sebagai "syndication agent" bagi melancarkan urusan ini.
  • Kesemua kelulusan BNM dan kerajaan Malaysia telahpun diperolehi
  • Bagaimanapun menjelang 2015, krisis keyakinan ekonomi Malaysia dan kemelut 1MDB telah membantutkan usaha tersebut.
  • CIMB menerusi Nazir Razak telah menunjukkan jalan keluar kepada Aabar Investmen dan Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB).
  • Sehingga kini, Jho Low dikatakan masih mahukan RM11-12.00 sesaham sebagai penebusan balik saham RHB yang mereka miliki.
Read More / Baca Lagi >>

Suspek culik budak jadi pengemis ditangkap orang ramai

Posted: 25 May 2015 05:14 AM PDT

SUSPEK CULIK
Lelaki yang berusia 22 tahun dipercayai menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk dijadikan pengemis akhirnya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid Muhammadi, di sini, pagi tadi.

KOTA BHARU, 25 Mei:

Lelaki yang berusia 22 tahun dipercayai menculik seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun untuk dijadikan pengemis akhirnya ditangkap orang ramai berdekatan Masjid Muhammadi, di sini, pagi tadi.
Lelaki yang berasal dari Terengganu itu ditangkap orang ramai kira-kira jam 10.20 pagi tadi selepas kegiatannya diketahui orang ramai.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata lelaki terbabit kini masih dalam tahanan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman pagi esok.
Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
"Polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengesan samada lelaki ini terbabit dalam mana-mana sindiket.
"Siasatan awal yang dilakukan polis percaya kemungkinan dia bergerak secara bersendirian. Namun siasatan akan diteruskan dan disebabkan itulah kita perlukan perintah reman untuk siasatan dijalankan," katanya pada sidang media di IPPK Kelantan, hari ini.
Mazlan berkata ketika ditahan tiada mangsa lain bersamanya tetapi disebabkan ketika itu masih awal pagi kita percaya kemungkinan wujud pihak lain bersamanya.
Mengenai kes yang disiasat sekarang, kita percaya suspek terjumpa mangsa di Masjid dan terus dibawa lari.
Read More / Baca Lagi >>

Pembunuh larikan diri, guru tidak bersalah tidak boleh kembali bekerja

Posted: 25 May 2015 05:12 AM PDT

oleh V Shuman

Anda tahu sesuatu tidak kena dengan negara ini apabila pembunuh yang disabitkan kesalahan dapat menjalani "hidup" di luar negara, sedangkan dua orang guru yang didakwa membocorkan kertas soalan tidak dibenarkan kembali bekerja, walaupun dakwaan sudah digugurkan.

Selamat datang ke Malaysia, tempat segala kemungkinan berlaku. Satu laporan berita portal Rakyat Post memetik Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata yang bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah meninggalkan negara ini secara sah, hujung tahun lepas.

Ini berlaku sebelum dia disabitkan bersalah pada Januari tahun lepas, kerana membunuh model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menurut laporan berita itu, Zahid berkata dalam jawapan bertulis kepada soalan wakil rakyat Batu Kawan Kasthuri Patto di Parlimen pada hari rabu.

"Sirul pergi ke Australia selepas mendapat keizinan mahkamah untuk meninggalkan negara, sebelum hukuman dijatuhkan. "Berdasarkan Akta Imigresen 1959/63, Jabatan Imigresen tidak akan menghalang sesiapa untuk keluar atau memasuki negara ini jika nama mereka tidak ada dalam senarai orang dihendaki," katanya.

Ini ialah jawapan kepada soalan Kasthuri tentang bagaimana Sirul berjaya melepasi Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, serta Kementerian Dalam Negeri, untuk pergi ke Australia, kerana dia sudah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Memanglah, Sirul telah keluar sebelum hukuman dijatuhkan, tetapi bagaimana dia dibenarkan keluar negara apabila hukumannya sedang dalam proses rayuan oleh kerajaan?

Read More / Baca Lagi >>