Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


LIM GUAN ENG MINTA HJ HADI TUNJUK BUKTI DALAM AL-QURAN

Posted: 20 May 2015 11:00 PM PDT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti dalil Al Quran yang membenarkan umat Islam memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.
"Sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu mengenai agama Islam, saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah.
"Saya memohon Hadi supaya mengemukakan dalil Quran yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya, mahupun mereka yang tidak sependapat,"katanya dilapor Malaysiakini.
Lim berkata DAP membantah hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, bukan kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
"Adakah Hadi hanya marahkan DAP kerana DAP merupakan satu-satunya parti yang ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud tidak seperti parti-parti lain yang tidak benar-benar komited, tetapi sekadar bersandiwara mengikut arahan Umno?" katanya lagi.
Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Hadi pada program "Bicara Harakah" semalam yang berkata tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab PAS masih 'marah' dengan DAP apabila bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak hudud secara terbuka dalam satu ceramah di Kota Bharu.
"Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
"Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP (ada) hak dia (untuk) tak bersetuju.
"Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju," kata Hadi,lapor Bernama.
Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program itu yang bertanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.

KABINET BAYANGAN PAKATAN: WOW BANYAKNYA AHLI SYURGA...TAKEBEER

Posted: 20 May 2015 05:38 PM PDT


Tu dia inilah bakal-bakal menteri yang akan menerajui kementerian-kementerian kita tahun 2017 - 2022. Berseri-serikan muka mereka. 

Pada semua penjawat awam jika anda tidak bersetuju maka boleh resign pada tahun tersebut. 

Kalau tak resign pun Menteri Kewangan yang baru YB Tony Pua akan mengeluarkan satu surat pekeliling yang akan mengurangkan saiz dan bilangan kakitangan awam demi menjimatkan perbelanjaan negara.

Lagi pun banyak sangat Melayu dan Bumiputera dalam perkhidmatan awam menunjukkan betapa rasisnya perkhidmatan itu. 

Di Singapork saiz penjawat awam sikit jer dan tidak rasis kerana mereka yang diambil jadi kakitangan awam berdasarkan meritokrasi. 

Lihat lagi Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri seorang wanita pertama dalam sejarah. 

Walaupun hanya berkedudukan sementara tetapi jadilah walaupun sehari sekurang-kurangnya boleh dapatkan balik berbilion hinggit duit nota RM500, RM1000 dan RM5000 yang dulunya dibawa lari bersama...

Lepas tu bolehlah kaw tim kita jadikan negara ini Republik Pakatan Rakyat Malaysia. 


Boleh buang Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu. Boleh pinda Perlembagaan jadi Deklarasi Republik. Naikkan lah seorang Presiden...sapa dia...dah tentu Menteri Mentor Lim Kit Siang.

Kalau dia mampus kan ada ramai lagi boleh ganti.

Perlahan-lahan boleh singkir Perdana Menteri Wanita Pertama tu. Suaminya pun tak boleh buat apa-apa. Sebab kes-kes terlampaunya banyak dalam kocek sang Presiden.

Menteri Dalam Negeri serta Menteri Perumahan dan Perundangan ada banyak ceritanya...banyak cakap sangat nanti masuk 'ke dalam' lagi.

Maka mudahlah nak jadikan negara ini sebagai sebuah negara yang liberal kapitalis-sosialis mengikut acuan sang Presiden dan anaknya yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri baru.

Boleh ubah lagu kebangsaaan, boleh ubah bendera Malaysia....ya ubah...ubah...ubah apa saja yang ada bau-bau Melayu dan Islam.  

Maka bergabunglah Malaysia dengan Singapork di selatan menjadi sebuah Republik yang kuat dari segi ekonomi dan politiknya.

90 buah kawasan Parlimen yang majoritinya orang baik-baik ditambah dengan 222 buah kawasan Parlimen di Malaysia semuanya jadi 312 buah Parlimen.

250 buah Parlimen dikuasai mereka yang telus transparent hingga ke soal pemakaian akan jadi pemimpin negara Republik ini.   


Hudud...jangan mimpi nak sebut pun silap-silap akan dituduh terroris dan militan oleh Perdana Menteri yang baru merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan.

Nak sebut pasal Melayu...baru cakap dah masuk ISA...rasis dan chauvinis!

Maka kita pun kena redho dan to'at wa'la sebagai jemaah dan rakyat yang mukhlisin kepada barisan kepimpinan negara yang baru ini.

Tak perlulah bising-bising soal bangsa dan agama sebabnya semua nikmat kita dah dapat free. 

Yang penting perut terisi... 

Rumah free, gaji tinggi, kereta free, minyak murah, pendidikan free, nak kahwin free...Satu Bangsa, Satu Jiwa Semua Sama Rasa...    

Ketika itu mana perginya mantan itu dan ini? Akibat kenyanyukannya yang luar biasa, bangsa sendiri berpecah belah dan tergadai...dari dulu sampai sekarang. Puaskan?


#FELDA ADA USAHA BANTU RAKYAT, PENCACAI TAHU FITNAH, KRITIK DAN BANGKANG...

Posted: 20 May 2015 10:13 AM PDT



#FELDA sentiasa bekerja keras dan memerah otak termasuk merebut peluang-peluang bagi mendapatkan keuntungan sekaligus berupaya memberi manfaat kepada rakyat terutamanya masyarakat FELDA itu sendiri.

Berbeza dengan kegiatan pembangkang, yang hanya tahu menyuntik politik kebencian selain bangkang, fitnah, bangkang dan fitnah. Tanpa memberi faedah kepada masyarakat.

TERBAHARU...

FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV) kini menjalin kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Tenaga Belanda (ECN) bagi menghasilkan pelet bahan api berkualiti tinggi.

Apa itu pelet?

Ia adalah bahan bakar yang mampu menghasilkan letrik. Permintaan bahan ini juga amat tinggi. Kebanyakkan pelet yang terhasil ini akan dieksport ke Jepun, Korea, China, Jerman dan beberapa negara di Eropah. Apa yang paling penting, ia memasuki pasaran antarabangsa dengan nilai tinggi !

Sedia maklum, sebelum ini tandan kelapa sawit yang kosong akan dibuang ataupun dibakar begitu sahaja. Namun kini ia akan diproses dan menjadi pelet berkualiti tinggi seterusnya menjana sumber pendapatan baharu #FGV.

Anak syarikat pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, FGV Applied Technologies (FGVAT) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan #ECN dalam program penyelidikan dan pembangunan bagi tempoh 18 bulan untuk menggunakan teknologi TORWASH ECN.

Teknologi pembuatan pelet untuk bahan api akan meningkatkan nilai tambah industri sawit...puak-puak jumud pembangkang  mana tahu teknologi ni 

Kata Ketua Penyelidikan dan Pembangunan FGV, S. Palaniappan, teknologi ini juga boleh digunakan bersama dalam loji tenaga arang batu.

"Semua hasil kajian dan harta intelek yang dihasilkan menerusi program ini akan menjadi hak milik bersama."

Sehubungan itu, sebuah kilang perintis #TORWASH akan dibina di kilang Pusat Teknologi Biomas (MBTC) di Tekam, Pahang.

Teknologi ini juga mampu menjana kira-kira RM10 juta bagi setiap kilang dalam tempoh setahun! Seiring dengan aspirasi global FGV untuk mewujudkan produk biomas yang lebih mapan dan menguntungkan!



Ulasan kitaorang

Kita tahu harga sawit mentah sekarang jatuh disebabkan permintaan berkurangan di pasaran dunia. 

Selain itu akibat persaingan minyak soya dan jagung dan juga kempen beberapa negara Eropah yang lebih sayangkan orang utan, menyebabkan harga sawit jatuh.

Bukan saja sawit Malaysia terlibat tetapi Indonesia dan Thailand turut menerima kesan tersebut.

Saham FGV juga merosot bukan disebabkan oleh salah urus sepertimana dakyah dan tohmah pembangkang tetapi keadaan semasa global yang tidak memihak kepada industri sawit.

Tapi adakah kerajaan dan Felda duduk diam? 

Jawapannya tidak...usaha menjadikan sisa sawit sebagai pelet bahan bakar adalah salah satu usaha membangunkan industri hiliran sawit agar memberikan nilai tambah pada industri sawit.

Sedikit sebanyak ia dapat membantu meningkatkan pendapatan pemain industri sawit dan peneroka Felda.

Ada juga usaha yang dilakukan Felda dan kerajaan kalau nak bandingkan dengan pihak pembangkang yang tak buat apa-apa langsung pada peneroka dan generasi mereka. 

Sekadar nak semua free dan mudah sangat terpengaruh dengan dakyah songsang...akhirnya hanya menang sorak saja.


Tapi bila peneroka dapat hasil merekalah yang mendabik dada mengusung perut kononnya merekalah pejuang Felda...hujung-hujung derma tabung tin milo dihulur tagih sumbangan.

Tu pun ada hati nak jaga Tabung Haji...muahahahaha

Itulah kerja pembangkang siang dan malam. Buat apa habuk pun tiada, hanya tahu cari kesalahan dan kritik saja. 

Macam ni buruk perangai jumud pun ada juga yang percaya? 

Semuanya kerana kemaruk kuasa dan fulus... 

BAHAGIAN 7: PAS TUNGGU KEPUTUSAN MUKTAMAR

Posted: 20 May 2015 12:00 AM PDT

Semua orang tahu Tabung Haji mempunyai sejarah yang panjang. TH pernah digunakan untuk menyelamatkan pelaburan yang gagal teruk semasa zaman kerajaan yang terdahulu.

Namun, pasukan profesional TH kini melakukan tahap terbaik untuk membaiki kesilapan lalu dan meletakkan TH di landasan yang betul. TH kini benar-benar di landasan keuntungan dengan 11 anak syarikat yang berdaya saing. Jumlah aset hampir RM59 Billion !

Tetapi kita sedar, TH masih tidak terkeluar daripada campur tangan politik yang tidak wajar, dengan seorang pengerusi TH dengan sejarah yang berwarna-warni menjadi bualan orang ramai setiap hari. Ada orang bertanya, kenapa tidak lantik orang lain, seorang profesional yang lebih bersih dan menyakinkan orang ramai?. 

Ada yang berkata, Kohilal lagi rugi terok dengan penyelewengan yang disembunyikan, namun orang malas mengungkitnya. Takut ada yang kalah mengejut Muktamar Agung Jun ini.

Kemudian datang pelaburan 1MDB dengan persepsi yang sangat buruk bermula dengan laporan Jho Lo berpesta sakan dengan Paris Hilton.

TH terpaksa membuat pelaburan di TRX. Setiap orang Melayu dan Muslim yang waras akan berdiri memberikan kritikan apabila mendengar pelaburan TH yang dikaitkan dengan 1MDB yang telah awal-awal diberi reputasi buruk itu. Walaupun mereka samar-samar hujung pangkalnya. Serangan media siber lebih dipercayai daripada rasionaliti keuntungan besar.

Syarikat 1MDB diwar-warkan kononnya strategik kepada orang Melayu. Jika benar, adakah kedudukan orang Melayu di dalam 1MDB benar-benar jelas? Di manakah profesional Melayu di dalam Lembaga Pengarah 1MDB? Adakah terdapat sebarang penelitian dan tadbir urus yang jelas? Jelas sekali seperti dikatakan di atas, bahawa kuasa politik masih mengatasi kuasa profesional. 

Tan Sri Lodin ialah arkitek kehebatan ketua LTAT. Lembaga profesional di 1MDB tidak boleh membutakan mata kepada apa yang sedang berlaku. Tetapi, saya percaya manipulasi oleh sokongan politik adalah di luar bidang kuasa mereka.

Pada pandangan saya, PAS perlu menyertai UMNO demi Melayu sebagai satu-satunya cara untuk mengatasi kemelut sekarang. Di sebelah PR yang lagi merugikan, nampaknya ada cahaya di sebelah UMNO. Hj Hadi dan kepimpinan Ulama memahami keadaan ini. 

Mungkinkah PAS akan berkompromi dengan DS Najib demi kepentingan Melayu dan Islam. Ya barangkali lah..., kelihatannya anak Tun Razak ini seakan mengulangi sejarah ayahandanya. Semua orang sedang menunggu keputusan Muktamar Agung PAS Jun ini.

Akhirnya, sorry to say, saya tidak melihat jalan keluar lagi bagi kita orang Melayu, melainkan Pertahankan pemilikan pelaburan Tabung Haji di tanah TRX itu. 

Hal 1MDB hal 1MDB lah.

(Artikel sumbangan)

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

Posted: 20 May 2015 05:52 PM PDT

Who pays the British Advisor to the Prime Minister?

Posted: 19 May 2015 11:40 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bodoh Tony Pua mahu simpan cash tanpa pulangan? Padan bankrup

Posted: 20 May 2015 07:30 PM PDT


Perdana Menteri menjelaskan wang dalam PSI Spore adalah berupa aset dan bukan tunai. Lalu Tony Pua terus terkam untuk andaikan wang sudah hilang. Baca SINI.

Kenyataan PM adalah berikut:

T

Asset yang dimaksudkan ada marketable securities yang tempohnya pendik dan kadang2 dalam deposit jangkamasa pendik.

Dalam bahawa finance, ia adalah liquid asset.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan pulangan daripada terbiar sebagai cash tanpa pulangan.

Cina berniaga di petaling street biasa simpan wang company dalam repo selama overnite ke 1 minggu hingga sampai masa wang akan diguna.

Orang belajar di oxford tak tahu ke?

Malu saja .... blogger yg digelar pencacai, post paid dan prepaid serta pass spm grade 3 pun paham hehehe.



Merungutlah Melayu puas2 sebelum 2017

Posted: 20 May 2015 04:39 PM PDT


Sekarang menteri2 ramai melayu boleh merungut dan kritik. Bolehlah mahu jatuhkan menteri dan kerajaan.

Bila tercapai hajat kamu, 2017 nanti dah tiada tempat untuk merungut lagi.


Sekarang pun jawapan pada rungutan kamu begini.

Merungut banyak2 sekarang dari bekerja kerana beberapa tahun lagi tiada tempat untuk merungut.

Satu sudut di Parlimen semalam

Posted: 20 May 2015 02:30 AM PDT



Si janda dah gersang.


Ada baiyi pulak stim ....

Pasti ada kata Rosmah atur Agong naik jet baru

Posted: 19 May 2015 11:30 PM PDT


Agong sertai penerbangan rasmi pertama jet baharu kerajaan, ACJ 320

Berita Minggu
AHAD, 17 MEI 2015 - 11:26AM OLEH SUZALINA HALID

ALOR SETAR: Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi pertama membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pesawat ACJ 320 itu membawa Yang di-Pertuan Agong berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini, jam 10 pagi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan pagi ini berkata, perolehan pesawat ACJ 320 itu bertujuan menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.

Kenyataan sama juga menyatakan keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 berikutan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

Pesawat ACJ 320 yang berlepas dari Hamburg, Jerman tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu, selepas singgah di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi minyak.

Pesawat berkenaan membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Laluan Hamburg - Almaty - Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.

Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan.

Selain ACJ 320, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada tahun 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.

Jabatan Perdana Menteri berkata, pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, katanya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan para Sultan, Yang Dipertua Negeri, Menteri dan Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan.

 Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55390?m=1br />

----------------

Suatu masa beberapa bulan lepas isu ditimbulkan mengenai penerbangan jet kerajaan melaluu Almaty. PKR pula tuduh Rosmah selia naik taraf jet.

Katanta orang meluat dengan Rosmah. Ada juga meluat dengan cerita reka PKR seolah2 tiada kerja berguna lain yg mereka boleh lakukan melainkan demo, fitnah dan buat cerita reka.

Cuba lihat gambarajah untuk faham. 


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Rohingya: Mengapa Aung San Suu Kyi berdiam diri?

Posted: 20 May 2015 10:56 AM PDT


Presiden Myanmar, Thein Sein dahulunya mencadangkan supaya etnik minoriti Rohingya yang tinggal di Myanmar selama beratus tahun 'ditempatkan' semula di luar negara.

Meskipun usul itu ditolak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Thein memperkenalkan polisi domestik yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai bukan warganegara.

Susulan polisi itu, warga Rohingya mula diusir dan sehingga kini menjadi pelarian di serata negara Asean.


Pemenang anugerah Nobel dan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi terus mendiamkan diri mengenai isu 'penghapusan etnik' Rohingya ini.

Suu Kyi pernah menimbulkan kontroversi berikutan wawancaranya dalam akhbar the Guardian pada Julai 2012. Ahli politik berusia 69 tahun ini mengatakan bahawa dia tidak mengetahui sekiranya etnik Rohingya boleh dianggap sebagai penduduk Myanmar.

November tahun yang sama Suu Kyi dalam temubual berita India menyifatkan dia mahu mengambil jalan tengah dan berusaha ke arah perdamaian.



Sepanjang minggu ini, dianggarkan lebih 6,000 pendatang asing etnik Rohingya yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan warga emas menjadi pelarian selepas meninggalkan Myanmar menggunakan bot.

Persoalan yang timbul di laman Twitter tentunya mempersoal Suu Kyi yang terus mendiamkan diri, seakan-akan tidak mahu campur tangan dalam malapetaka kemanusiaan ini.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:15 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TPM desak PM pecat semua Lembaga Pengarah 1MDB

Posted: 20 May 2015 08:48 PM PDT

Muhyiddin menegaskan Najib perlu tegas menangani isu 1MDB dan menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.
Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600
PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memecat semua Lembaga Pengarah 1MDB.
Tegasnya Najib perlu menunjukkan kepada rakyat bahawa ia isu serius dan beliau telus serta bertanggungjawab menanganinya.
"Dengan tidak semena-menanya, CEOnya buat hal pinjam sampai 10 bilion. Lepas itu setiap bulan kena bayar interest sampai 100 hingga 200 milion. Tidak pernah terfikir saya mana-mana syarikat dalam dunia tanggung macam begitu beban.
"Buanglah, CEO ini buang, bukan setakat buang, panggil boleh siasat..betul ambil tindakan. Bagi rakyat tengok haah. Barulah pimpinan kerajaan rasa tanggungjawab. Ambil tindakan serius. Kalau tidak buat begitu, ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah", jelas Muhyiddin.
Katanya, beliau mempunyai pendirian tegas terhadap isu ini dan tidak sanggup UMNO dan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa kerana isu berkenaan.
Katanya, apa yang disuarakan bukan bermakna beliau melawan kepimpinan Najib, tetapi demi masa depan parti.
"Saya terangkan Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya, atau nak menunjukkan bahawa saya benci kepada kepimpinan saya atau tidak sebulu dengan presiden saya. Tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya hormat. Bagaimanapun this a problems this is a real problems. Masalah yang nyata bagaimana dalam masa singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban liabiliti 42 bilion", jelas Muhyiddin.
Katanya, selaku Pengarah Pilihan Raya BN isu berkenaan menjadi beban.
Dalam taklimat yang diberikan, Muhyiddin menafikan wujudnya komplot seperti mana yang didakwa pembangkang dan Datuk Zaid Ibrahim bahawa beliau berkomplot untuk menjatuhkan kepimpinan Najib.
Sebaliknya beliau menegaskan itu semua fitnah.
"Zaid Ibrahim kata dia telefon saya, Datuk Pa dengan Datuk Nazri berkomplot nak tentukan termasuklah Tun Daim, bohong, fitnah. Jangan percaya dengan mudah dengan media sosial dan telah dinafikan" katanya dalam video yang dimuat naik Apanama di laman Youtube.

Najib pertahan presiden 1MDB daripada tuduhan palsukan penyata bank

Posted: 20 May 2015 08:46 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan Presiden dan Ketua Pengarah Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy daripada tuduhan mengemukakan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya yang dikatakan daripada cawangan Bank BSI di Singapura.

Najib yang juga menteri kewangan berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz daripada DAP.

"Kenyataan ahli Yang Berhormat, Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar," kata Najib dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Ariff bertanyakan Najib bagaimana Arul mendapat penyata bank yang bukan milik BSI, dan jika penyata itu bukan daripada bank tersebut, ia ternyata pemalsuan dokumen, dan sama ada ia mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.

Semalam, Najib berkata wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura seperti dilaporkan sebelum ini.

Read More / Baca Lagi >>

MOF nafi 1MDB perolehi penyata bank palsu

Posted: 20 May 2015 08:29 PM PDT


Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda telah memperolehi dokumen bank palsu.

"(Dakwaan) Arul Kanda mendapatkan penyata kewangan, yang bukan milik BSI (Bank Ltd Singspore) adalah tidak benar," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 20 Mei.

Ia adalah jawapan kepada soalan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub).

Mohd Ariff (gambar) bertanya bagaimanakah Arul Kanda boleh mendapatkan penyata bank yang bukan milik BSI - sebuah bank Switzerland yang terletak di Singapura.

MP itu berkata jika penyata BSI itu palsu dan bukan dari BSI, maka ia ternyata 'pemalsuan documents'.

"Tidakkah ini mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI?," soal Mohd Ariff.

Pada 22 April lalu, lamanweb pemberi maklumat, Sarawak Report telah memetik kertas siasatan yang bocor, dengan mendakwa 1MDB mengemukakan penyata bank palsu mengenai Brazen Sky Limited.

DAP mahu ‘penipu’ disingkir dari 1MDB

Posted: 20 May 2015 08:25 PM PDT


arul kandasamy


KUALA LUMPUR, 21 MEI: Presiden 1MDB, Arul Kandasamy layak dipecat segera kerana bertindak menipu rakyat mengenai kewujudan wang negara bernilai RM4.96 bilion di Singapura.
Atas 'dosa' itu DAP berpendapat ada keperluan mendesak untuk Arul disingkirkan daripada jawatannya serta-merta.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kegagalan memecat Arul yang juga Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB hanya akan terus mencacatkan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib RAzak dan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
"Jika Arul terus diizin memimpin 1MDB, ia akan menghalang usaha kita mencari kebenaran dan dalang yang menyebabkan lebih banyak kerugian kepada syarikat itu," katanya hari ini.
Najib dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tony di Dewan Rakyat semalam memaklumkan aset 1MDB yang disimpan di sebuah bank di Singapura bukannya berbentuk tunai.
Ia ternyata bercanggah dengan kenyataan Najib pada 10 Mac lalu yang mendakwa wang 1MDB bernilai RM3.96 bilion itu disimpan di Bank BSI Singapura.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menegaskan, Arul ternyata melindungi transaksi mencurigakan dalam 1MDB dan terus menipu dengan tidak menghentikan kebocoran syarikat tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen ialah satu-satunya cara memaksa Najib berundur

Posted: 20 May 2015 08:21 PM PDT

oleh Aziz Bari
Sejak dua minggu lepas, Perdana Menteri Najib Razak sudah kembali menentang balik dan ada ketika nampaknya dia mempunyai kelebihan.
Ini terjadi disebabkan oleh kedudukannya, yang bermakna dia mempunyai kawalan ke atas kebanyakan sumber penting, termasuklah media arus perdana dan birokrasi.
Tetapi kemuncaknya berlaku pada perhimpunan di Kota Kinabalu ahad lepas apabila Najib mengingatkan Mahathir apa yang terjadi pada tahun 1987 apabila perpecahan dalaman Umno menyebabkan pertelingkahan Team A dan Team B, yang hampir mengorbankan kedudukan istimewa presiden parti itu. Untuk rekod, tidak lama selepas itu mahkamah mengumumkan yang Umno diharamkan.
Selain daripada perhimpunan di Sabah itu, beberapa penyokong Najib seperti Salleh Said Keruak juga mengungkit soal 'bailout' yang dilakukan oleh Tabung Haji di zaman Mahathir. Syarikat berkaitan kerajaan ketika itu dipegang oleh  ipar Mahathir, Razali Mohamed Ali yang sebelum itu merupakan menteri besar Selangor. Selain itu, isu Perwaja juga turut timbul kembali.
Walaupun itu yang terjadi, saya juga pernah menekankan yang ketika kebanyakan parti pemerintah di dunia barat lebih gemar menggunakan saluran parti berbanding menyembelih pemimpin mereka di khalayak, masalah dengan kita di Malaysia ialah kita tidak mempunyai mekanisme yang terdapat di negara lain, terutama sekali seperti model di United Kingdom dan Australia.

Misalnya di United Kingdom apabila Parti Konervatif  tidak lagi bersetuju dengan dasar yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Margaret Thatcher, MP mengemukakan cabaran dan pertarungan kepimpinan berlaku. Thatcher tewas dan John Major, yang merupakan bekas Chancellor of Exchequer (atau Menteri Kewangan), mengambil alih jawatan ketua dan kemudiannya dilantik oleh Ratu England sebagai pengganti kepada Thatcher di No 10 Downing Street pada lewat tahun 1990-an.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin wants 1MDB Board sacked, police called in

Posted: 20 May 2015 08:05 PM PDT

Najib has no choice but to step down as Umno President and Prime Minister
Muhyiddin_apanama_umno_1mdb_600KUALA LUMPUR: A former political editor of the New Straits Times, Firdaus Abdullah, has stressed in his latest Apanama blog posting that the way forward on the ongoing Najib-Mahathir feud was clear: the issue will only be settled when Umno and Muhyiddin Yassin decide who will be his deputy when he takes over as Prime Minister.
He claimed that Muhyiddin himself was thinking along those lines.
The reading, he added, was that Muhyiddin had made up his mind on the 1MDB scandal and what needs to be done immediately going forward in the interest of the party, government and the nation. "The Deputy Prime Minister has made a clear statement in front of high-ranking government and Umno leaders and hundreds of the grassroots on the 1MDB scandal," said Firdaus. "He has said that the entire 1MDB Board should be sacked and the police should be called in to investigate their involvement in the scandal."
The blogger was expressing satisfaction, on a personal note, that there are still top leaders in the nation who can see clearly and understand the issue that former Prime Minister Mahathir Mohamad was trying to help resolve. "It seems that there's still hope (given Muhyiddin's stand)."
Prime Minister and 1MDB Adviser Najib Abdul Razak, he stressed, has no choice under the circumstances but step down as Umno President and Prime Minister and Finance Minister as soon as possible "if he truly loves the party, Barisan Nasional (BN), and the nation. I believe in that," he said.
"Najib must withdraw. He has become a burden to us."
He warned that those who think that the problem the nation was facing was Mahathir criticising – implicitly for no rhyme or reason — should think again. "This is a huge problem about debts which was probably beyond our capacity and will continue to bog us down."
The grassroots who are not aware on what actually goes on around Najib, he continued, should take note that the rotting elephant carcass can no longer be covered up with the advice of consultants.
"TV3 and others, who have been targeting Mahathir for his criticisms, should stop whatever they are doing now. Their stand no longer holds water."

1MDB: Luahan hati Timbalan Presiden Umno

Posted: 20 May 2015 08:01 PM PDT


Rafizi: Jangan perjudikan wang pencen, simpanan pekerja, tabung haji dalam 1MDB!

Posted: 20 May 2015 07:47 PM PDT


Jin, manusia berpakat larikan wang negara?

Posted: 20 May 2015 07:27 PM PDT


abandoned_spookhuys_restaurant_bar_08


KUALA LUMPUR, 21 MEI: Ada kemungkinan skandal kewangan melibatkan dana awam negara yang sedang berlaku ini didorong oleh pengaruh jin.
Sekurang-kurangnya itu yang diyakini pengarang laman web ISMA, penulis  yang menggunakan nama pena Kata Pedang.
Selepas menjelaskan serba sedikit mengenai jin, penulis itu berkata,  makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu sebenarnya  mempunyai kemahiran dalam hal ekonomi dan politik.
"Keputusan-keputusan yang dibuat secara sulit oleh pihak tertentu dalam menggunakan dana awam dan wang rakyat mungkin juga akibat pengaruh jin, terutama jin kafir yang sememangnya tidak senang dengan perkembangan dan pengaruh Islam di Malaysia," tulisan itu dipetik.
Rencana berkenaan berjudul "Mungkin jin larikan wang negara."
Walaupun tidak merujuk kepada kes khusus, ia dipercayai merujuk kepada isu semasa yang sedang hangat diperkatakan kini iaitu syarikat 1MDB.
Kata Pedang berpendapat, manusia perlu mengakui hakikat manusia berkongsi hidup di atas muka bumi dengan golongan jin.
Katannya, sesetengah pihak mengakui ada antara jin itu beragama Islam – serta berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah – manakala sebahagian lagi menjadi pengikut fahaman muktazilah.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib....Jawab soalan dalam Dewan, bukan di blog'

Posted: 20 May 2015 07:24 PM PDT

Perdana menteri tidak seharusnya "bersembunyi" di sebalik blognya tetapi sebaliknya melalui sesi yang betul di Parlimen untuk menjawab soalan ahli Parlimen (MP), kata seorang MP DAP.

MP Taiping, Nga Kor Ming berkata walaupun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk menambahbaik Dewan, apa yang tidak ada ialah sesi 'Soalan Perdana Menteri' (PMQ).

"Daripada bersembunyi di sebalik blog untuk menjawab isu-isu yang timbul, Najib harus melakukan pembaharuan Parlimen dan melaksanakan sesi PMQ semasa prosiding Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu selepas kritikan sengit dari bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ekoran cadangan diadakan debat umum, Najib akhirnya menjawab melalui satu siri soalan lazim (FAQ) di blognya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa soalan lazim itu, yang menyentuh kritikan seperti pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu dan skandal 1MDB, "tidak menjawab apa-apa".

1MDB - Menanti Wibawa Ketua Audit Negara Dan Berani Atau Tidaknya PAC Menyiasat Najib

Posted: 20 May 2015 07:23 PM PDT

Di ketika Najib Razak meminta semua pengkritik 1MDB bersabar menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap syarikat pelaburan bermasalah itu, jawapannya selaku Menteri Kewangan di Parlimen mengenai kedudukan sebenr simpanan di Singapura tentu saja membuatkan ramai hilang sabar dengannya.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam, pengakuannya bahawa tiada wang tunai disimpan di Singapura ketika ini jelas bercanggah dengan kenyataannya pada Mac lalu bahawa tebus tunai dari Pulau Cayman sudah pun dilakukan.

Ketika itu, Najib juga menjelaskan wang tunai itu disimpan di Singapura dan tidak di dalam negara adalah untuk memudahkan proses pengeluarannya memandangkan peraturan Bank Negara yang meletakka syarat ketat bagi pengeluaran melebihi RM50 juta.

Namun, jawapannya semalam mengatakan yang ada di Singapura hanyalah aset dalam bentuk kertas saja, bukannya wang tunai.

Walaupun menyebut bahawa penjelasan terbaru ini merupakan pindaan kepada jawapan di Parlimen pada 10 Mac lalu, Najib seolah-olah mempermain-mainkan institusi penggubal undang-undang tersebut dengan sesuka hati memberikan jawapan yang berbeza seolah-olah Kementerian Kewangan yang diterajuinya hanyalah umpama kedai runcit yang tiada sistem dan maklumat kewangan yang lengkap.

Persoalan sama ada wang tunai itu benar-benar wujud atau sebaliknya kini lebih menghantui ramai orang di sebalik jawapan terbaru Najib ini.

Sehari sebelum itu, Najib juga mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Kewangan sedang berusaha membantu dan menyelamat 1MDB yang sarat dengan hutang tersebut.

Selepas mengakui 1MDB bermasalah dan usaha-usaha menyelamat sedang dilakukan sedangkan sebelum ini bermati-matian menafikannya, jawapan bertulis di Parlimen semalam nyata lebih mengeliru dan membimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Arul Kanda a liar, should be sacked, says Pua

Posted: 20 May 2015 06:45 PM PDT

Based on Prime Minister Najib's statement, he lied about having USD1.1 billion in S'pore.
phua,arul
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) President and Executive Director, Arul Kanda Kandasamy, must be sacked immediately for lying to Malaysians about having USD1.1 billion cash in Singapore.
"Its non-existent," noted Petaling Jaya Utara MP Tony Pua who is also DAP National Publicity Secretary.
Pua, in making the call, was expressing complete and utter shock on Prime Minister and Finance Minister Najib Abdul Razak confirming two days ago that 1MDB has no cash redeemed from the Cayman investment. Instead, whatever was held in BSI Bank was only in the form of "assets".
There was no clarity as to the nature and value of these "assets", added Pua, "which may be worthless for all we know".
When questioned in Parliament, Pua recalled, Najib confirmed in writing on 10 March 2015 that the USD1.103 billion held in cash was parked with the Swiss branch of BSI Bank in Singapore.
In effect, lamented Pua, "we know now that all the new 1MDB President executed was a 'slight-of-hand' transaction by just moving the 'assets' to BSI Bank. He then pretended that the moving of assets to be a 'redemption exercise'."
"There was in fact no actual sale of the Cayman assets."
Arul Kanda then tried to bluff Malaysians, as if they were gullible, that 1MDB got back all it's money and even "made a profit of USD488 million" in the entire Petrosaudi to Cayman transactions, pointed out Pua.
To arrest the persistent queries over the nature and whereabouts of the redeemed funds, continued the MP, "Arul Kanda then blatantly lied by assuring us that 'the cash was in US dollars' and that he has 'seen the statements'."
"He even cooked up the excuse that the money needs to be kept in US dollars because it was needed to service the interest of 1MDB's US dollar bonds."
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi to sue LTH and EPF for ‘frivolous’ deal with 1MDB

Posted: 20 May 2015 06:44 PM PDT

PKR sec-gen says the suit is to drive home the point that public funds should not have been used to make careless business deals
rafizi-ramli
SERDANG: Pandan MP Rafizi Ramli announced yesterday that he intends to take legal action against Lembaga Tabung Haji (LTH), the Employees Provident Fund (EPF) as well as the Retirement Fund Inc (KWAP) for using funds entrusted to them to make a deal with debt-ridden 1MDB.
"I will sue KWSP and LTH next week.
"We are going to sue on the basis that they made frivolous and careless investment decisions," he said at a talk on 1Malaysia Development Berhad yesterday, the Malay Mail Online reported.
Rafizi, a vocal critic of 1MDB, said he hoped that with the legal suit, the government would feel compelled to be more transparent and accountable when it came to the management of public funds.
He conceded that there was no precedent for class action lawsuits like the one he was about to take against LTH and KWSP but said all the same that it was more to drive home a valid point.
"Most likely it (the lawsuits) will be thrown out of court, but it is matter of making a point," he was quoted as saying by the news portal.
Since he cannot initiate legal action against KWAP, a retirement fund, Rafizi has urged former prime minister Dr Mahathir Mohamad, also a harsh critic of the Ministry of Finance's wholly-owned company, to do so instead.
"I invite Dr Mahathir to sue the pension fund because I'm not eligible to get pension yet, so I can't sue," said Rafizi.

Rosmah Mansor dan Lady Macbeth

Posted: 20 May 2015 06:43 PM PDT

Hishamuddin Rais

Minggu lalu saya bersurah tentang beberapa orang perempuan yang sering disebut-sebut dalam buku sejarah. Perempuan ini dikatakan memainkan peranan politik di belakang tabir dan dalam kelambu.

Perempuan ini bukan raja, bukan presiden atau perdana menteri. Tetapi mereka lebih berkuasa dari presiden dan perdana menteri.

Dari sejarah Eropah pramoden kita bertemu dengan Marie Antoinette (1774-1792). Di Argentina Amerika Latin kita bertemu dengan Evita Peron (1919-1952).

Kita juga bertemu dengan perempuan negara jiran – Siti Hartinah aka Ibu Tien dari Jakarta ( 1947-1996) dan Imelda Marcos (1929) dari Manila. Paling baru kita bertemu dengan Leila ben Ali (1956) dari Tunisia.

Di Malaysia – 28 juta rakyat sedang dipaksa berhadapan dengan seorang perempuan yang bernama Rosmah Mansor. Kisah, cerita, berita dan klip YouTube tentang Rosmah Mansor ini telah keluar bergantang-gantang.

Media baru atau media sosial kini sedang merakam dan menjadi saksi rakyat yang paling setia.

Di Malaysia ini usik apa sahaja – pasti akan terusik Rosmah Mansor. Berkumpul dalam apa sahaja majlis – kisah Rosmah akan timbul. Jantan dan betina rakyat Malaysia jika berkumpul – di lobi hotel lima bintang kendatipun di kedai Mamak – mereka pasti akan bersembang tentang Rosmah Mansor.

Seolah-olah, mata dan telinga 28 juta rakyat Malaysia sentiasa terbuka untuk melihat kerenah dan mendengar gosip tentang Rosmah Mansor.

Sentimen pengundi

Bayangkan – ketika banjir melanda Kelantan tahun lalu – satu keping gambar Rosmah sedang membeli-belah di Bangkok muncul dalam Facebook. Satu negara heboh. Gambar ini menjadi viral.

Minggu lepas, satu lagi gambar Rosmah muncul ketika Rosmah sedang berjalan di wilayah membeli-belah Singapura. Facebook meledak sekali lagi.

Marie Antoinette, Evita dan Siti Hartinah terselamat dari serangan media baru. Ketika arwah ini berkuasa, Internet, Twitter dan YouTube belum wujud. Kisah dan desas-desus kehidupan boros lagi lumayan mereka hanya bersambung dari mulut ke mulut, tidak seperti hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Najib takut untuk berdepan

Posted: 20 May 2015 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih berani berdepan dalam isu-isu yang telah dibangkitkan sebelum ini.

Katanya, Najib hanya memilih jalan selamat apabila menulis di laman  blognya tanpa mengambil serius tentang permasalahan utama yang dihadapi oleh negara ini khususnya rakyat.

"Saya meneliti jawapan Frequently Asked Questions (FAQ) yang dimuatkan di Facebook, Twitter dan Blog Najib.

Kasihan pula melihat begitu susah-payahnya Perdana Menteri menyediakan skrip jawapan bagi 13 isu yang melingkari kepimpinan beliau.

"Andaian saya merasakan jawapan itu ditulis beliau sendiri sambil berbaring atau meniarap sebelum tidur dan merenung nasibnya yang mendatang," katanya.

Menurut Mahfuz lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu lantang mengkritik Najib sudah pun bersedia untuk berdebat secara terbuka dalam segala isu yang dibangkitkan.

"Namun, malangnya Najib memilih untuk menulis jawapan syok sendiri di laman blognya. Sungguh ironi, apabila seorang Perdana Menteri memilih jalan selamat untuk mempertahankan diri beliau.

"Adakah Presiden parti keramat Melayu Umno ini sudah hilang keberanian dan kegagahan untuk berdepan secara terbuka, walaupun panjang berjela skrip jawapan yang dikarang di blog tersebut, tetapi pada hakikatnya rakyat tetap tidak berpuas hati kerana ia tidak pun menjawab isu utama yang sebenar," kata beliau lagi yang merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam kesal suspek kes 'ugut rogol' masih bertugas

Posted: 20 May 2015 06:35 PM PDT


Peguam bagi seorang peserta wanita perhimpunan 1 Mei yang didakwa diugut untuk dirogol oleh seorang anggota polis, kecewa kerana suspek dibenarkan untuk terus bertugas di balai polis yang sama.

Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Maisara Amira Mohamad Asmadi berkata, mereka juga tidak diberitahu bahawa pihak polis telah mengenal pasti suspek.

"Jelas sekali saya sangat kecewa dengan ini. Dan malah kita tidak tahu yang anggota polis itu telah pun dikenal pasti," katanya kepada Malaysiakini.

Maisara (kanan), 21, mendakwa anggota polis itu mengugut untuk merogolnya semasa dia ditahan di Balai Polis Dang Wangi ketika perhimpunan anti-GST pada 1 Mei.

Dia merupakan satu-satunya wanita yang ditahan semasa perhimpunan tersebut.

Semalam, Star Online melaporkan bahawa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Mohd Isa berkata anggota terlibat masih bertugas di balai polis yang sama.

Tajuddin dilaporkan sebagai berkata anggota polis itu tidak dipindahkan dan pihaknya tidak melihatnya sebagai satu keperluan untuk berbuat demikian.

Yesudas bagaimanapun berkata, selain daripada itu, siasatan polis dalam kes itu adalah sangat profesional.
Read More / Baca Lagi >>

Muzik, puisi di malam 100 hari Anwar di penjara

Posted: 20 May 2015 04:41 PM PDT

Para pemimpin dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di luar pintu Penjara Sungai Buloh untuk menunjukkan solidariti dengan ketua umum PKR itu, di malam 100 hari belliau di penjara.

Mereka yang berjumlah hampir 300 orang itu menyanyi dan menari di antara laungan "Reformasi!" - yang menjadi motto Anwar.

Muzik dan puisi berkumandang di tengah-tengah cahaya nyalaan lilin ketika kumpulan band bangsART memainkan medley lagu protes jalanan.

Hadirin yang berbilang kaum daripada pelbagai peringkat umur, menggerakkan kepala dan menghentak kaki mengikut iramanya.


Sasterawan negara Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak bertajuk 'Malam Anwar',

Manakala anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah turut membacakan puisi penyair terkenal Indonesia WS Rendra.

Katanya, Anwar meminta beliau mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang terus memberi peluang kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Permatang Pauh.
Read More / Baca Lagi >>

Permohonan injunksi untuk halang dana rakyat dilabur lagi dalam 1MDB

Posted: 20 May 2015 04:39 PM PDT

Satu permohonan akan difailkan di mahkamah minggu depan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang beberapa dana daripada terus membuat pelaburan dalam 1MDB, kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dana-dana itu ialah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji, yang telah membuat pelaburan tersebut pada masa lalu.

Bercakap dalam satu ceramah di Serdang malam tadi, Rafizi berkata, pihaknya mahu memastikan dana-dana tersebut berfikir dua atau tiga kali sebelum melaburkan wang dalam 1MDB selepas ini.


Katanya, ketika skandal 1MDB berlanjutan, syarikat pelaburan itu perlu mencari lebih banyak wang untuk membayar hutangnya RM42 bilion.

Dalam keadaan sebegitu, Rafizi melahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan dana-dana tersebut akan terlibat lebih dalam lagi.

Ketika ditemui selepas ceramah tersebut bagi mendapatkan maklumat mengenai permohonan itu, Rafizi bagaimanapun memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengumumkannya dalam satu sidang akhbar esok.
Read More / Baca Lagi >>

Pengguna kritik, bukan keliru dengan GST pra-bayar

Posted: 20 May 2015 04:30 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Syarikat-syarikat mahu membuat keuntungan. Ini tidak sukar untuk difahami.
Namun begitu, jumlah keuntungan yang syarikat-syarikat dibenarkan untuk buat, adalah perkara yang perlu ditangani dan mungkin dikawal selia oleh kerajaan yang memerintah.
Shabery CheekShabery Cheek
Pengguna biasa tidak berharap yang syarikat-syarikat akan menyerap kos Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan baru-baru ini, bertentangan dengan peringatan oleh Menteri Multimedia dan Komunikasi, Ahmad Shabery Cheek di Parlimen.
Apa yang kita mahu ialah hanya untuk mendapatkan nilai setiap sen yang dibayar, dan tidak ditipu.
Berdasarkan responnya kepada Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Ghani, Shabery seolah-olah percaya bahawa pengguna yang mengkritik tidak dapat memahami perbezaan antara GST dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kini telah dimansuhkan.
Shabery memberitahu Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab pada 20 Mei bahawa Putrajaya tidak boleh memaksa syarikat-syarikat telekomunikasi menyerap GST kerana ia akan menjauhkan pelabur asing dari menubuhkan operasi mereka di Malaysia. 
"Kita tidak mahu memberi isyarat salah kepada pelabur, sekiranya melabur di Malaysia pada masa akan datang, GST mesti ditanggung syarikat berkenaan? Saya rasa ia bukan isyarat yang kita mahu berikan kepada industri dalam negara," Shabery dipetik sebagai berkata oleh portal The Malaysian Insider.
Johari telah bertanya mengapa syarikat-syarikat telekomunikasi tidak dapat menyerap GST 6%, apabila pada masa lalu, mereka telah menyerap SST.
Shabery sebagai respon menjawab yang adalah tidak adil bagi orang ramai untuk menuntut syarikat-syarikat telekomunikasi menyerap GST atas dasar itu.
Beliau berkata orang ramai perlu faham bahawa prinsip asas GST adalah bahawa ia adalah cukai kepenggunaan, jadi syarikat tidak boleh diarah atau diharapkan untuk menyerapnya bagi pihak pengguna.
Read More / Baca Lagi >>

Shahidan nafi ganggu tugas Pandikar di Parlimen

Posted: 20 May 2015 04:28 PM PDT

Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menafikan kedudukannya sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, mencampuri atau mengganggu kuasa dan tugas speaker Dewan Rakyat.

Katanya, pelantikan seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan portfolio khusus untuk memantau perjalanan Parlimen, diputuskan perdana menteri.

"Sebagai sebuah institusi penting yang mengawal dan menentukan pertubuhan kerajaan persekutuan, perjalanan Parlimen mendapat perhatian khusus dan berterusan daripada perdana menteri.

"Portfolio menteri tersebut tidak terlibat, tidak campur tangan dan tidak juga mengganggu kuasa Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam menjalankan tugasnya," kata Shahidan dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam yang menjelaskan beliau sebelum ini berhasrat meletak jawatan kerana Parlimen Malaysia dilihat seperti "rubber stamp" yang menurut segala keputusan dibuat eksekutif.

Beliau mahukan pembaharuan terhadap Parlimen termasuk pemisahan kuasa yang lebih jelas antara Parlimen dan eksekutif dan supaya Parlimen bertanggungjawab penuh terhadap pentadbirannya sendiri.

Shahidan berkata, isu pemisahan kuasa tidak pernah diutarakan speaker terdahulu sebelum Pandikar dan tidak perlu dibangkitkan kerana ia memang wujud.

Read More / Baca Lagi >>

BNBBC: Let's start a political reform

Posted: 20 May 2015 04:24 PM PDT

Pandikar's legacy, DAP is all for it

Posted: 20 May 2015 04:24 PM PDT

Pakatan backs speaker's suggestion

Posted: 20 May 2015 04:23 PM PDT

Isu Rohingya, MP sebak, titis air mata di Parlimen

Posted: 20 May 2015 04:21 PM PDT

Ucapan Ramadan Najib terima reaksi tak diundang

Posted: 20 May 2015 04:20 PM PDT