Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TABUNG HAJI: DUIT DEPOSIT SELAMAT... HANYA PENCACAI YANG TAK SELAMAT

Posted: 19 May 2015 08:28 PM PDT



KUALA LUMPUR 19 Mei - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi jaminan wang pendeposit yang disimpan di dalam entiti tersebut dijamin sepenuhnya oleh kerajaan, walau apa jua kemungkinan terburuk berlaku ke atas dana haji tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Ismee Ismail yang sedikit kurang senang dengan tuduhan wang pendeposit telah diambil untuk melabur berkata, jaminan itu termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995.

Beliau berkata, pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap Tabung Haji memberi kesan kepada kakitangan yang selama ini bertungkus-lumus untuk menghasilkan bonus kepada pendeposit dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah haji.

"Tidak perlu timbul isu bahawa wang pendeposit akan hilang, jaminan kerajaan itu akan melindungi berapa sahaja jumlah wang semasa yang dimiliki setiap pendeposit. Untuk lebih kepastian, pendeposit sendiri boleh pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji untuk menyemak baki simpanan mereka.

"Malah, mereka boleh menye­mak baki simpanan mereka melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Bank Islam, Bank Rakyat atau Maybank," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas kerisauan yang timbul dalam kalangan pendeposit Tabung Haji ekoran sentimen yang dimainkan oleh beberapa pihak bahawa wang simpanan mereka telah hilang untuk membiayai transaksi pembelian hartanah di Tun Razak Exchange (TRX) di Jalan Tun Razak di sini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail

Ismee berkata, Tabung Haji sendiri akan melaksanakan pelbagai program untuk mendekati orang ramai bagi memberi penjelasan lanjut dan memperbetulkan isu-isu berbangkit berkaitan dana haji itu.

Sejak 1 Januari 2006, simpanan pendeposit di Tabung Haji telah me­ningkat daripada RM13.3 bilion kepada RM57 bilion sehingga kini. Peningkatan sebanyak RM43 bi­lion dengan RM15 bilion daripada­nya disumbang oleh keuntungan pelaburan dan perniagaan yang disertai oleh Tabung Haji.

Ismee dalam hal ini berkata, keuntungan daripada pelaburan itulah yang membantu Tabung Haji memberi subsidi kepada jemaah Haji dalam jumlah yang besar setiap tahun sedangkan kadar bayaran mengerjakan ibadah itu tidak dinaikkan sejak 2009.

Secara purata, Tabung Haji menanggung subsidi sebanyak RM7,290 untuk setiap seorang jemaah haji bagi membiayai pelbagai keperluan, sedangkan jemaah hanya perlu membayar RM9,980 seorang untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa dalam meringankan kos bakal jemaah haji, Tabung Haji perlu terlibat di dalam aktiviti-aktiviti perniagaan yang berlandaskan syariah dalam meneruskan pemberian bonus serta terus menanggung subsidi kepada jemaah haji.


Kami punya komen...

Mahukah puak macai dan pencacai percaya pada kenyataan rasmi ini. kalau masih tak percaya bagus kiranya dikeluarkan semua duit simpanan Tabung Haji mereka.

Yang nama dah naik nak pergi haji tahun ini atau tahun depan kalau masih rasa tak selamat simpan di Tabung Haji kononnya duit akan lesap di baham 1MDB dipersilakan keluarkan semua wang simpanan mereka.


Senang sikit bakal jemaah yang sedang tunggu giliran di bawah ambil tempat tuan-tuan dan puan-puan.  

Bila duit yang dikeluarkan itu nanti bolehlah dilaburkan dalam saham akhirat mana-mana syarikat yang menawarkan ganjaran syurga kepada pelabur disamping dividen 10% minima - Tabung Haji hanya mampu bagi 8.25% jer.


Tuan-tuan dan Puan-puan yang yang ingin melabur dalam projek kambing Jamnapari, keli Afrika atau burung unta pun boleh laburkan wang Tabung Haji tersebut. 

Sambil-sambil tunggu hasil dapat juga membelai kambing-kambing tersebut atau naik belakang burung unta. Jangan risau kalau rugi kita kena redho kerana ganjaran syurga itu lebih besar buat mereka yang redho.

Tak perlulah jemaah fikir pasal TRX tu...semuanya itu nikmat dunia yang akan fana. Jika tak yakin dengan pelaburan 1MDB yang meningkatkan keuntungan buat negara, maka elok keluarkan semua duit simpanan itu. 

Lagi pun Tabung Haji ada aset RM57 bilion tak luak pun jika ada yang keluarkan deposit mereka.

Kita masih boleh pergi haji naik unta-unta kurus atau naik kapal laut. Jalan kaki pun boleh sampai juga. Sedangkan pelarian Rohingya pun boleh redah laut sampai kat Malaysia dan Arab Saudi inikan pula kita...malulah sikit mereka yang lagi susah.     


Jadi teruskanlah dengan kempen keluarkan deposit Tabung Haji jika masih tak yakin dengan ketelusan dan kebenaran GLC itu. 

Kita tak perlu fikir pasal keuntungan dunia yang la'gha tapi fikirkan kepuasan hati kita mengajar Tabung Haji supaya jangan sentuh langsung wang rakyat kerana ia milik bersama semua rakyat Malaysia tanpa kira agama. 

Saksikan paparan paling bangang di dunia...hanya dilakukan oleh puak pembangang...


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


UMNO behaving like unprincipled opposition

Posted: 19 May 2015 08:23 PM PDT


Extract:

I don't care for those in the opposition because it is their job to criticize come what may, but it is those in UMNO who are now taking the same line as the opposition.

When the judiciary came under attack for not coming up with a verdict that favoured Anwar Ibrahim, UMNO members were quick to defend the judiciary, or any other government agency for that matter, the Audito-General's office included.

Now, they too say that the audit report by the Auditor-General may not be transparent or not impartial.

Why the about turn now? Why the change in behaviour from UMNO to becoming the opposition? Why the incessant attack regardless of whatever explanation is offered?

Isn't this the very same opposition method that these same UMNO people criticized and ridiculed? How can public attacks on UMNO's President be beneficial to UMNO if it means adding friendly fuel to the opposition's fire?

Conclusion:

Sometimes I wonder if it is the people around Dr Mahathir, especially those in want of something out of all this or just in want of a raison d'etre, who keep prodding the 90-year old to continue attacking Najib?

Why are they taking advantage of an old man? Why use him as a shield? Is there no shame in that?

That goes to the pro-Najib people too! Why make matters worse by attacking Dr Mahathir and family? Why are you bringing yourselves down to the pro-Mahathir level if you find their methods despicable?
I just wish they would stop the quarrel and leave Najib and the old man and his legacy alone.

Read more;

https://seademon.wordpress.com/2015/05/19/let-sleeping-dogs-lie-2/

Bagi DAP, bahagian untuk Melayu satu saja

Posted: 19 May 2015 05:30 PM PDT


Tak kira rumah murah atau pun kabinet, rakyat yang 25% dominasi. Penang pun penduduknya jumlah Melayu sama dengan Cina tapi rumah murah Melayu dapat satu cina dapat 33.

Kabinet DAP pula Melayu 1, baiyi 1 dan India 1, lainnya cina tapi mereka dok melalak Malaysian Malaysia. Mereka dok kata kaum cina dipinggirkan. Cina ke yang miskin?

BIla DAP menang PRU kelak, inilah bakal jadi kabinet Malaysia. PAS tak boleh bersuara sebab mereka lagi bising dan suara mereka dibawa oleh media yang mereka kuasai.

Gambaran politik Melayu hari ini

Posted: 19 May 2015 05:30 AM PDT


Inilah polisi samarata DAP yang PAS dan PKR sokong

Posted: 19 May 2015 02:30 AM PDT






Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


22 JUN HARI GELAP FGV ???

Posted: 19 May 2015 10:43 AM PDT

Pecat Isa Samad Siri 3

Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) sudah terlepas pegangan 51 peratus saham FELDA HOLDING yang memberi keuntungan besar setiap tahun kepada KPF sekitar RM300 juta apabila dengan segala tipu helah ianya dibeli oleh FGV. Penilaian yang dibuat oleh agensi bebas bahawa aset KPF dalam FELDA Holding bernilai RM7 bilion. Tetapi FGV hanya membayar kepada KPF dengan nilai RM2.2 bilion. Kenapa begitu berbeza sekali harga dibayar berbanding nilai sebenar aset. Sedangkan penilaian paling rendah dibuat oleh CIMB dengan harga sekitar RM3 bilion lebih.

Dalam masa yang sama, FELDA yang memegang 49 peratus saham FELDA HOLDING dibayar RM4 bilion lebih walaupun jumlah sahamnya lebih rendah berbanding KPF. Kenapa ada harga yang berbeza diantara KPF dengan FELDA?

Keduanya RM2.2 bilion hasil penjualan asetnya dalam FELDA Holding itu digunakan secara tidak berhemah. Pertamanya KPF diminta membeli saham FGV sebanyak 5 peratus dengan harga sekitar RM900 juta. Hari ini saham FGV merosot kepada RM2.09 berbanding ketika KPF beli iaitu RM4.35. Bermakna sekali lagi mereka rugi akibat pelaburan tersebut.

Kemudian sebanyak RM1.2 bilion lagi duit KPF tersebut digunakan untuk membeli sebuah ladang sawit di Semarahan, Sarawak. Sebelum dibeli KPF, ladang ini ditawarkan kepada sebuah syarikat lain (nama syarikat ada dengan kami) dengan harga hanya RM600 juta sahaja. Namun ditolak syarikat tersebut kerana tanah ladang tersebut mempunyai masalah milikan yang bertindih dengan tanah penduduk asal kaum iban di kawasan tersebut.

Persoalannya:

1. Kenapa dipaksa KPF menjual pegangannya dalam FELDA Holding yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada KPF dan boleh diberi dividen yang tinggi kepada pencarum?

2. Kenapakah nilai yang dibayar terlalu rendah berbanding penilaian yang dibuat oleh agensi lain dengan nilai RM3 bilion hingga RM7 bilion tetapi KPF hanya dibayar RM2.2 bilion?

3. Kenapakah FELDA yang memegang 49 peratus saham FELDA HOLDING dibayar dengan harga lebih tinggi iaitu lebih RM4 bilion walaupun pegangannya dalam FELDA HOLDING Iebih rendah berbanding KPF sebanyak 51 peratus?

4. Kenapakah wang hasil jualan aset KPF ini digunakan untuk membeli saham FGV yang sedang merosot teruk yang kesannya akan kena kepada KPF?

5. Kenapakah dibeli ladang di Semarahan dengan harga dua kali ganda daripada RM600 juta kepada RM1.2 bilion dan ladang ini bermasalah daripada sudut milikan tanahnya yang bertindih dengan pihak lain?

Ini baru saru sudut kerugian KPF dibawah era Isa Samad dan Najib Razak dan insyaAllah banyak lagi kerugian seterusnya akan kita paparkan. Ia suatu tindakan kejam yang dilakukan kepada Koperasi terbaik di Malaysia yang pencarumnya adalah peneroka-peneroka FELDA, kakitangan FELDA dan anak anak mereka.

Mohd Nasaie Ismail
7.15 PM
19 Mei 2015

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:47 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hukum Bunuh: Kedutaan Mesir tak peduli bantahan

Posted: 19 May 2015 05:17 PM PDT

KUALA LUMPUR - Cubaan Pas Pusat untuk menghantar memorandum kepada Kedutaan Mesir sebagai membantah hukuman bunuh ke atas bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi, ulama tersohor dunia, Dr Yusuf al-Qardhawi dan lebih 100 pejuang Islam lain gagal.

Ini kerana, tiada seorang pun wakil daripada kedutaan berkenaan yang keluar untuk menerima memorandum bantahan yang dihantar oleh wakil Pas, semalam.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan wakil kedutaan Mesir untuk menerima memorandum tersebut membuktikan kerajaan negara tersebut tidak ambil kisah dengan suara negara Islam terutama sekali Malaysia.

"Kami sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh kedutaan Mesir. Tindakan ini seolah-olah Mesir ingin menunjukkan kekuatan rejim mereka ini telah sampai ke bumi Malaysia.

"Sepatutnya, pihak kedutaan menerima memorandum tersebut. Memorandum ini mewakili suara yang ingin disampaikan oleh rakyat Malaysia terhadap hukuman yang dikenakan ke atas pejuang Islam di sana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hukum Mati Mursi: Negara Islam, demokrasi kenapa senyap?

Posted: 19 May 2015 05:15 PM PDT


Mohammed Mursi M

SHAH ALAM - Keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi dan ulama terkenal, Yusuf al-Qaradawi perlu dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara Islam dan negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Penganalisis politik dari Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman mengakui berasa pelik apabila semua negara Islam dan demokrasi seolah-olah menutup mata serta memekakkan telinga.

"Sepatutnya, gergasi-gergasi demokrasi bangun membantu Dr Mursi tetapi ini tidak berlaku. Saya pun pelik juga. Dari segi aspek negara-negara Islam juga tidak membantu Dr Mursi.

"Setakat ini, yang bersuara dan berani menegur hanyalah Turki sahaja. Maknanya, hanya Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sahaja sekarang ini yang mengutuk keputusan hukuman mati terhadap Dr Mursi," katanya kepada Sinar Online.

Beberapa gerakan Islam lain seperti Jamaat Islami‎ dari Pakistan, Hamas dari Palestin dan terbaharu Pas turut mengeluarkan kenyataan mengutuk keputusan mahkamah tersebut.

Tegasnya tekanan yang secara serius perlu dibuat negara-negara yang mengamalkan demokrasi sebagai tanda menentang keputusan mahkamah itu.Read More / Baca Lagi >>

Senarai Kejayaan Kegagalan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam

Posted: 19 May 2015 05:05 PM PDT

Sekarang ini adalah waktu yang paling sukar buat Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor. Diharapkan "syurga" sepanjang
masa buat beliau ketika memerintah Malaysia tetapi ranjau sudah mula ditemuinya pada ketika ini.
Nah….hari ini, satu demi satu ahli lembaga pengarah bagi syarikat besar bernama Malaysia termasuklah Tun Dr Mahathir bersama-sama kalangan dan kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai CEO mereka sekarang ini, bangkit dan mahu Najib Razak letak jawatan. Apa pula respon anda?
Kegagalan Najib Razak

Senarai Kejayaan Najib Razak Sebagai Perdana Menteri?


  • Kenaikan harga rumah naik tanpa kawalan yang membela nasib rakyat Malaysia. Rumah mampu milik RM400,000 ke bawah sepertimana diumumkan oleh Najib Razak adalah kegagalan yang dilakukannya sehingga diambil kesempatan oleh kapitalis hartanah
  • Masih tidak kelihatan lagi keberanian Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat bagi menerangkan isu semasa yang berlegar di Malaysia. Debat bukan budaya kita hendaknya.
  • Kenaikan hutang kerajaan Malaysia meningkat berkali ganda
Read More / Baca Lagi >>

Riyadh conference ends with reiterated support for Yemeni president

Posted: 19 May 2015 04:55 PM PDT

UN urges South East Asian countries to do more for migrants at sea

Posted: 19 May 2015 04:53 PM PDT

Selfie “berani mati” di puncak Menara Kuala Lumpur

Posted: 19 May 2015 04:47 PM PDT

Selfie Paling Berani Croped
Hasil sikap berani dicampur kreativiti lima pekerja penyelenggara bangunan tinggi ini menghasilkan selfie pada ketinggian 1,381 kaki.
KUALA LUMPUR, 19 Mei:
Sekeping gambar 'selfie' yang diambil lima pekerja peyelengara Menara Kuala Lumpur mendapat tumpuan ramai terutamanya di laman sosial kerana dianggap gambar selfie terbaik hari ini.
Lima pekerja itu mengambil gambar selfie pada ketinggian 1,381 kaki dengan menggunakan monopod.
Dengan hanya berpaut pada tiang keluli di puncak menara berkenaan, seorang daripada lima pekerja terbabit memegang monopod sementara yang lain menjulurkan kepala masing-masing memandang ke arah kamera bagi memberikan posing terbaik.
Berlatar belakang keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari udara, gambar tersebut mendapat perhatian sehingga menjadi viral di laman sosial Facebook.
Gambar berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook Siakap Keli sahaja sudah dikongsi lebih 2,294 pengguna Facebook dan 97,000 lagi menandakan menyukainya.
Seorang pemilik akaun, Kamaruzaman Mohamed dalam komennya berkata, beliau percaya semua pekerja berkenaan adalah profesional dalam melakukan kerja mereka dan sentiasa mementingkan keselamatan.
Manakala bagi Cik Puan Feyda Zaharudin, tindakan lima lelaki itu sangat dikagumi dan menghormati mereka yang sanggup berkorban untuk memberi khidmat.

Khayal dengan biskut ganja

Posted: 19 May 2015 04:44 PM PDT

biskut ganja
Pelajar berkenaan membeli dua balang biskut dicampur ganja dari satu kumpulan di Facebook. Semua transaksi dibuat melalui laman media sosial.

Seorang pelajar kolej yang ditangkap ibu sendiri ketika khayal, 'membantu' polis di sini membongkar modus operandi terbaru yang digunakan penjual dadah.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, pelajar berusia 20 tahun itu khayal dan berhalusinasi selepas mengambil biskut seperti biskut 'chipsmore' yang mengandungi dadah.
Adzhar mendedahkan ini pertama kali mereka mendapat kes begitu dan berkata pelajar itu ditangkap pada 17 Mei lalu kira-kira jam 3 petang apabila ibunya menelefon dan merungut anaknya berkelakuan ganjil selepas memakan biskut itu.
"Selepas menguji biskut berkenaan, didapati ia positif THC atau lebih dikenali sebagai ganja," kata Adzhar.
Katanya pelajar itu mengaku membeli dua balang biskut berganja atau dikenali sebagai 'Biskut Raksasa' dari kumpulan di Facebook dengan harga RM120.
"Dia mendakwa siapa yang menyelenggara kumpulan Facebook itu atau memberi nombor telefon mereka. Semua transaksi dilakukan menggunakan media sosial," kata Adzhar.
Katanya lagi, pelajar itu merupaka pengguna dadah pasif sejak tiga tahun lalu dan menyalahkan tekanan rakan sebaya lalu mula menghisap ganja.
"Pelajar itu kemudian menemui kumpulan Facebook dan mula berkomunikasi dengan pentadbir kumpulan itu melalui mesej di Facebook," kata Adzhar.
Dipercayai bahawa selain daripada biskut, kumpulan itu turut menjual gula-gula dan coklat mengandungi dadah.
Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia yang melakukan ujian ke atas sampel biskut berkenaan.

Ahmad Awang bukan ‘bahaya dari gunung’

Posted: 19 May 2015 03:57 PM PDT

A Shukur Harun

Kesediaan bekas Ahli Majlis Syura Ulama dan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding sebagai calon presiden pada Muktamar PAS ke-61 awal bulan depan menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Ulama berasal dari Gunung Semaggul, Perak itu dicalonkan oleh beberapa kawasan PAS di seluruh negara.
Beliau menyatakan kesediaannya menjadi salah seorang calon, dua hari sebelum berlepas ke Beirut untuk menghadiri suatu persidangan Islam di sana.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 13 tahun lalu. Sebenarnya, dalam sebuah sistem demokrasi yang diamalkan oleh PAS, kesediaan Ahmad untuk bertanding sebagai calon presiden itu bukan sesuatu yang aneh dan luar biasa. Tetapi malangnya menimbulkan reaksi yang pelbagai, malah ada yang melucukan.
Ini mencerminkan tahap kematangan sesetengah pendukung PAS, termasuk di kalangan sesetengah pimpinan PAS sendiri pada ketika PAS sudah berumur 61 tahun,
Di sinilah saya teringat akan ucapan bekas pimpinan Umno pada tahun 50-an, Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang mengatakam "hubaya-hubaya bahaya dari Gunung" di mana pengasas  Umno itu merujuk ucapannya itu kepada kewujudan badan politik Islam – Hizbul-Muslimin – dari Gunung Semanggul yang menjadi cabaran kepada Umno.
Umno yang baru ditubuhkan ketika itu sangat bimbang dengan pengaruh Hizbul-Muslimin yang diasaskan oleh Allahyarham Abu Bakar Baqir pemimpin Madrasah Ehyau-Sharif, kerana Hizbul-Muslimin yang berasaskan Islam dan memperjuangkan kemerdekaan sangat berpengaruh.
Ia menjadi pencetus kebangkitan umat Islam untuk memperjuangkan kemerdekaan. Allahyarham Onn merasakan Hisbul-Muslimin sebagai cabaran utama kehadiran Umno, lalu ia mengaitkan akan 'bahaya dari gunung'.
Read More / Baca Lagi >>

Rohingya: Selamatkan saudara seagama kita

Posted: 19 May 2015 03:51 PM PDT

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut melahirkan rasa simpati serta bimbang saat ribuan rakyat Rohingya yang terkandas di lautan tanpa adanya bekalan makanan dan air yang baik, berpunca daripada penganiayaan kerajaan Myanmar ke atas mereka.

Penganiayaan tampuk kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohingya ini sudah menjadi satu krisis kemanusiaan dan pasti memerlukan bantuan serta tindakan Asean sendiri bagi menyelesaikannya.

PAS menggesa kepada tampuk kerajaan Malaysia yang juga merupakan pengerusi Asean bagi mengadakan perbincangan khas serta mendesak kerajaan Myanmar menghentikan penganiayaan tersebut.

Mereka yang berada pada tampuk kepimpinan Asean perlu lagi bertindak pantas bagi menyediakan bantuan kemanusiaan walaupun penyelesaiannya mengambil masa yang panjang.
Read More / Baca Lagi >>

Rohingya: M'sia digesa adakan mesyuarat tergempar

Posted: 19 May 2015 03:50 PM PDT

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN digesa mengadakan mesyuarat tergempar bagi mencapai kata sepakat dalam kalangan negara ASEAN untuk menamatkan keganasan dan penindasan ke atas masyarakat Rohingya di Myanmar.

Menggesa demikian, anggota Dewan Negara Senator Datuk Boon Som Inong berkata, langkah segera perlu diambil demi menjaga nama baik negara-negara anggota ASEAN dan rantau ini yang terkenal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.

Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pembunuhan dan penindasan terhadap kaum Rohingya yang dilapor dilakukan pemimpin agama Buddha di Myanmar.

"Sebagai pemimpin Masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini, saya berasa bimbang penyebaran gambar-gambar mengenai kejadian berkenaan menerusi media sosial akan memberi gambaran salah mengenai agama Buddha dan penganutnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, kezaliman terhadap manusia seperti yang berlaku di Myanmar bukan daripada ajaran Buddha.

Sehubungan itu, beliau selaku pemimpin masyarakat Siam yang majoritinya beragama Buddha mengutuk keras tindakan tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Pandikar mahu dimansuh jawatan menteri Parlimen

Posted: 19 May 2015 03:42 PM PDT

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

"Semua perkara ini adalah tekad saya sejak saya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 2008. Jika selepas tujuh tahun, saya tidak boleh lakukan, baik saya tinggalkan jawatan ini," katanya kepada wartawan di kediaman rasminya di Kuala Lumpur hari ini.

Antara transformasi yang beliau mahukan ialah memansuhkan jawatan menteri hal ehwan Parlimen, yang kini dipegang Tan Sri Shahidan Kassim.

Menurut beliau transformasi itu akan membantu memulihkan persepsi awam terhadap kebebasan seorang Speaker Dewan Rakyat.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, makanya jawatan

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan," kata beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Hukum gantung pembunuh Altantuya pengkhianatan kepada keadilan, kata Dr M

Posted: 19 May 2015 03:41 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan terus "diganggu" oleh pembunuhan warga Mongolia  Altantuya Shaariibuu apabila percubaannya menjawab kontroversi di sebalik kes tersebut tidak diterima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam tulisan terbaru di blognya petang ini Dr Mahathir menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap jawapan Najib yang cuba mencuci tangan daripada terus dikaitkan dengan pembunuhan dilakukan 2 orang bekas pengawalnya.
"Najib tidak menjawab apa-apa. Selain dari menyatakan bahawa kes Altantuya lapuk, dia tidak membidas apa-apa," tulis Dr Mahathir di blognya  chedet.cc hari ini.

Katanya, kes itu masih segar kerana 2 bekas pengawal Najib itu mengaku bertindak "atas arahan" dan mereka kini berdepan hukuman gantung selepas disabitkan bersalah. "Hal ini masih segar kerana hukuman gantung akan dibuat pada masa ini.
"2 orang itu sebelum ini dibebaskan. Pembebasan mereka bererti hal itu selesai.
"Namun mereka kini akan digantung. Nampaknya mereka bertindak atas arahan. Penggantungan mereka adalah satu pengkhianatan kepada keadilan," tulis Dr Mahathir.
Beliau merujuk kepada dua bekas komando polis iaitu Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.
Sirul yang kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri daripada tali gantung mendakwa pembunuhan Altantuya dilakukan atas arahan yang diberikan kepada beliau dan pegawainya, Azilah.

Kebodohan secara paksa adalah ‘strategi’ untuk kekal berkuasa

Posted: 19 May 2015 03:39 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Pastikan rakyat 'bodoh' jadi mereka tidak akan mempersoalkan pemerintahan anda.
Menurut pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin taktik ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir, terhadap mereka yang berani bersuara terhadap raja-raja mereka.
"Dalam kisah Firaun dan Nabi Musa dalam Al-Quran, Firaun akan melemahkan kecerdasan rakyat untuk memaksa mereka menyerah dan taat kepada pemerintahan mereka," kata Wan Ji dalam sebuah forum mengenai pengharaman buku, yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada festival Hari Kebebasan Media Dunia Gerakan Media Marah (Geramm) di Petaling Jaya baru-baru ini.
"(Pada masa itu), orang-orang yang menuruti Firaun membabi buta (tanpa mempersoalkannya) dianggap sebagai 'fasiq' (tidak percaya kepada Allah)," kata beliau sambil menambah bahawa taktik yang sama telah diguna pakai oleh banyak rejim, kerajaan dan pemimpin autoritarian yang mahu kekal berkuasa.
Pada zaman moden, beliau berkata usaha bersepadu untuk memastikan rakyat bodoh termasuk cubaan oleh pihak berkuasa untuk mengharamkan buku-buku dan penerbitan dengan kandungan yang didakwa melanggar pandangan yang menyokong kerajaan mengenai isu-isu tertentu, terutamanya amalan Islam. 
Secara khususnya, beliau berhujah bahawa tidak ada perdebatan akademik antara umat Islam pengikut Ahli Sunnah dan Syiah di Malaysia, walaupun jabatan agama mempunyai kuasa dan sumber untuk berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Cara Malaysia layan pelarian bukti indeks syariah gagal, kata Wan Azizah

Posted: 19 May 2015 03:36 PM PDT

Melindungi nyawa ialah aspek kedua yang digariskan dalam Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Februari lepas, namun Malaysia bertindak seolah-olah nyawa pelarian itu tidak bernilai, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015. 
Melindungi nyawa ialah aspek kedua yang digariskan dalam Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Februari lepas, namun Malaysia bertindak seolah-olah nyawa pelarian itu tidak bernilai, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Mei, 2015.

 Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia gagal dalam indeks syariahnya sebelum ia dilaksanakan lagi ekoran keengganannya membantu pelarian Myanmar dan Bangladesh yang terbiar di tengah lautan.
Ketua pembangkang itu berkata, melindungi nyawa ialah aspek kedua yang digariskan dalam Indeks Syariah Malaysia yang dilancarkan Februari lepas, namun Malaysia bertindak seolah-olah nyawa pelarian itu tidak bernilai.
"Setiap saat yang kita tangguhkan, kita mengabaikan nyawa manusia.

"Kerajaan kata hendak menubuhkan indeks syariah berdasarkan maqasid syariah, yang ia lancarkan, namun adakah ia tidak bermakna?" soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Migran (Pindaan) 2015. "Ketika ini, kita melengah-lengahkan tindakan kita berhubung perkara yang membabitkan ribuan nyawa, walaupun perlindungan nyawa merupakan perkara kedua tertinggi dalam maqasid.
"Indeks itu belum lagi dilaksana, tapi kita sudah gagal," katanya.
Pada 10 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan indeks itu, satu produk yang melengkapi urus tadbir Islam melalui ukuran kehendak syariah yang lebih komprehensif, lapor Bernama.
Dr Wan Azizah hari ini menggesa Putrajaya memulakan perbincangan dengan negara Asean lain mengenai bagaimana menyelesaikan krisis di lautan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah gertakan Pandikar akan buat Najib laksanakan reformasi terhadap Parlimen?

Posted: 19 May 2015 03:35 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Tanggungjawab kini berada di bahu Perdana Menteri Najib Razak, untuk memenuhi janji-janjinya melaksanakan pembaharuan Parlimen, atau menghadapi risiko kehilangan seorang lelaki yang setakat ini telah dapat mengelakkan Dewan Rakyat daripada menjadi lebih huru-hara dan seterusnya kehilangan kewibawaannya di mata rakyat.
Kini dalam tahun ketujuh sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akhirnya telah muak dipersalahkan bagi perkara-perkara yang sering berada di luar bidang kuasanya seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan Mesyuarat, dan cara Parlimen diuruskan dengan campur tangan oleh cabang eksekutif.
Beliau berhujah yang ini adalah bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa yang tersirat dalam Perlembagaan.
"Kalau apa yang saya sebut tidak ditunaikan eksekutif dalam tempoh sebelum Parlimen dibubar balik, saya akan hantar balik peletakan jawatan.
"Tidak perlu orang lain mengumumkan speaker meletakkan jawatan. Kalau perdana menteri tidak menerima peletakan jawatan saya, saya sendiri yang akan mengumumkan peletakan jawatan saya," jelas Pandikar, yang dipetik oleh portal berita The Malaysian Insider.
Pada 19 Mei, Pandikar telah telah mengadakan sebuah sidang akhbar di kediaman rasminya untuk menjelaskan mengenai khabar angin peletakan jawatannya, seperti yang terlebih dahulu didakwa oleh bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah forum di Ipoh pada hujung minggu lalu.
Antara lain, beliau mengakui telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Najib dalam sebuah pertemuan di Parlimen pada 19 Mac, di bawah nasihat daripada Mahathir yang beliau telah temui pada 13 Mac.
Najib bagaimanapun enggan membuka surat Pandikar itu, dan sebaliknya bersetuju terhadap cadangan beliau untuk menambahbaik prosiding Parlimen.  
"Najib ketika itu jangan bilang dia membaca surat saya. Dia tidak mahu terima, pegang pun dia tidak mahu.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir gesa bentuk suruhanjaya siasat 1MDB

Posted: 19 May 2015 03:33 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu suruhanjaya ditubuhkan bagi menyiasat operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana audit yang dibuat ketika ini katanya tidak akan mendedahkan mengenai beberapa personaliti yang sering dikaitkan dengan dana pelaburan strategik itu.

Katanya, ketua audit negara boleh mengaudit namun ia tidak akan mendedahkan apa-apa, oleh itu lebih baik ditubuhkan satu suruhanjaya untuk meneliti setiap tindakan 1MDB serta anggotanya yang bukan dipilih oleh kerajaan.

"Ini kerana ia (suruhanjaya) akan menyiasat bukan sahaja 1MDB tetapi juga kerajaan yang gagal mengawasi hal ehwal 1MDB," tulis beliau dalam masukan terbaru blognya petang ini.

"Memeriksa akaun sahaja tidak akan menjelaskan siapa Jho Low. Ia juga tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz (anak tiri Najib) memiliki banyak wang ketika wang 1MDB lesap," katanya.

"Ia tidak akan menjelaskan urusniaga-urusniaga meragukan dengan Petro-Saudi, bank-bank di Seychelles, Hong Kong dan Kepulauan Cayman. "Wang dari Cayman dibawa pulang dan disimpan dengan bank di Singapura. "Sekarang bank kata tak pernah ada duit disimpan dengan mereka," tulisnya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Najib rebuts nothing in FAQ statement

Posted: 19 May 2015 03:07 PM PDT

The Auditor General can audit but it is not going to reveal much on the people involved.
najib,mahathir,lama

KUALA LUMPUR: Former Prime Minister Mahathir Mohamad has taken to his blog to point out that Prime Minister Najib Abdul Razak rebuts nothing in his FAQ statement on a host of issues.
"Beyond saying that the Altantuya case was old, he has rebutted nothing," said Mahathir in commenting on one of the many issues which he has raised in public. "The matter was still current because the hanging is to be now."
"The two (guilty ones) were released before. Their acquittal meant the matter was settled. But now they are to be hanged. Apparently they acted upon orders. Hanging them would be a travesty of justice."
Likewise, on the 1MDB scandal, Mahathir pointed out that "the same answer was given".
" Wait. Wait until the Auditor General reports."
That can take years, he warned. "Examining the accounts will reveal nothing. It will not explain the involvement of Jho Low. It will not explain how Riza Aziz has so much money at a time when 1MDB money disappeared. It will not explain the funny transactions with PetroSaudi, the banks in Seychelles, Hong Kong and Cayman Islands."
"Then the money from Cayman was brought back and deposited in Singapore. Now the bank says no money has been deposited with it."
Asking people not to ask any questions until the Auditor General reports was silly, added Mahathir. "It's like seeing someone robbing and the public must wait until the court hearing was over before talking about it."
Read More / Baca Lagi >>

1MDB'S MISSION BILLIONS: Dr M points to Rosmah's son Riza Aziz - suddenly 'he has so much money'

Posted: 19 May 2015 03:06 PM PDT


Prime Minister Najib Abdul Razak's purported defence of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mammoth debt is akin to telling the public to remain silent in the face of daylight robbery.
Former premier Dr Mahthir Mohamad said this today in reference to Najib's urging the public not to judge the debt-ridden 1MDB in the court of public opinion but rather wait until after the auditor-general's probe into the matter is completed.
"Asking people not to ask any questions until after the auditor-general's report comes out is silly.
"It is like seeing someone robbing and the public must wait until the court case is over before talking about it," he said in his latest blog posting.
Mahathir also expressed doubts the auditor-general's report will shed any light on how 1MDB amassed a staggering RM42 billion in debt.
"Examining the accounts will reveal nothing. It will not explain the involvement of (Penang billionaire) Jho Low.
It will not explain how (Najib's step-son) Riza Aziz has so much money at the time when 1MDB money disappeared," said Mahathir.
He added the audit is also unlikely to explain 'funny transactions' with Petro-Saudi and off-shore banks in Seychelles, Hong Kong and Cayman Islands.
"Then the money from Cayman was brought back and deposited in Singapore. Now the bank says no money has been deposited with it," reminded Mahathir.
Set up commission call
Read More / Baca Lagi >>

'Mengarutlah suruh orang berhenti bercakap tentang 1MDB' - Tun M

Posted: 19 May 2015 03:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sememangnya satu perkara mengarut apabila orang ramai diminta untuk tidak lagi mempersoal mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam artikel dalam blog terbarunya pada Selasa, Mahathir mengibaratkan situasi itu seperti seseorang sedang menyaksikan satu kejadian rompakan dan terpaksa menunggu perbicaraan sebelum berkata sesuatu mengenainya.

"Meminta orang ramai untuk tidak bertanya lagi mengenai 1MDB sehingga menunggu laporan Audit Negara dikeluarkan adalah satu perkara mengarut," ujar beliau dalam blog peribadinya itu.

Beliau, dalam pada itu, mengulas mengenai artikel terbaharu daripada Najib dalam blognya, NajibRazak.com di bahagian FAQ (Soalan yang sering ditanya) bagi menjawab beberapa isu kontroversi baru-baru ini.

Mahathir dalam artikel terbarunya mengulas kenyataan Najib yang meminta rakyat untuk menunggu laporan Audit Negara akan mengambil bertahun lamanya dan penyiasatan akaun tidak akan mendedahkan apa-apa termasuklah tentang penglibatan jutawan Malaysia, Jho Low.

"Ia tidak akan menjelaskan bagaimana Riza Aziz mempunyai wang yang begitu banyak ketika duit 1MDB lesap. Ia juga tidak mendedahkan transaksi pelik antara Petro Saudi, bank di Seychelles, Hong Kong dan Pulau Cayman.
Read More / Baca Lagi >>

APA AKAN JADI MALAYSIA jika..

Posted: 19 May 2015 02:59 PM PDT


1) Najib kekal jadi PM selama 22 tahun

2) #1MDB masih terus mentak kedarah dana2 rakyat

3) Rosmah kekal hidup sbg FLOM

4) Tangan-tangan bodoh tetap pangkah BN

APA NAK HERAN.. Kalau kluar apa saja dari mulut DAM pasti berbau BOHONG !!!

Posted: 19 May 2015 08:03 AM PDT

BUKANKAH kalau dari segi logik & akal, kalau harga kereta dah jatuh, pasti ramailah yg nak membelinya.. TAPI slps GST dilaksanakan, kononnya harga kereta jatuh KENAPA JUALAN KERETA TERUS MEROSOT SELEPAS GST DILAKSANAKAN !!!!

Adakah orang Bugis atau hanya Najib suka mengungkit?

Posted: 19 May 2015 07:59 AM PDT

Perbuatan Perdana Menteri mengungkit-pemberian kepada rakyat adalah perbuatan terdesak bagi mendapatkan sokongan.

PETALING JAYA : Sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang suka mengungkit sejak kebelakangan ini menunjukkan beliau kehabisan modal untuk berhujah.
Malah, sikap 'buruk siku' Najib yang mengungkit pemberian kerajaan kepada rakyat merupakan perbuatan tidak baik dalam masyarakat Melayu.
"Dalam budaya Melayu, perbuatan mengungkit ini dipanggil 'buruk siku' dan ia dianggap perbuatan yang tidak baik. Selalunya hanya orang terdesak dan sudah kehabisan modal untuk berhujah saja yang suka melakukan perbuatan ungkit-mengungkit ini.
"Jasa yang lepas biarlah orang lain mengenang, bukan kita memberitahu agar dikenang," kata bekas Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Shahbudin Husin menerusi blognya, shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin berpendapat, tindakan Perdana Menteri mengungkit bantuan dan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perbuatan yang terdesak bagi mendapatkan sokongan.
Beliau berkata, adakah baik perbuatan Najib mengungkit pemberian kepada rakyat terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika ia melibatkan orang miskin dan berpendapatan rendah?
"Bukankah memang tanggung jawab kerajaan memberi perkhidmatan kepada rakyat? Apakah berdosa rakyat bersuara dan meluahkan perasaan mereka.
"Kalau terjumpa orang Bugis sehari dua ini, nanti saya tanyakan soalan, apa ini memang perangai orang Bugis atau hanya Najib satu-satunya Bugis yang ada sifat buruk siku ini," sindirnya.

Shabery beri isyarat mustahil debat Tun M- Najib

Posted: 19 May 2015 07:58 AM PDT

Pernahkah Tun M memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya mengenai isu-isu negara ketika menjadi Perdana Menteri?
shabery-mahathir
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi bayangan debat terbuka antara Tun Dr Mahahir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak mustahil untuk diadakan.
Ini kerana, katanya, beliau perlu mengkaji fakta sejarah sama ada Dr Mahathir pernah memberi peluang kepada pemimpin lain berdebat dengannya ketika menjadi Perdana Menteri.
Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sekaligus memberi isyarat debat terbuka antara Dr Mahathir dan Najib tidak akan dianjurkan dan disiarkan di mana-mana kaca televisyen.
"Jika Dr Mahathir pernah mengguna pakai 'standard' yang sama (debat terbuka) ketika berhadapan masalah, beliau (Dr Mahathir) boleh berbahas," katanya kepada pemberita selepas hadir majlis ICT Roadshow Huawei Malaysia 2015 di Hotel Royale Chulan.
Dr Mahathir dalam Program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu lalu, berkata beliau bersedia berdebat dengan Najib pada bila-bila masa secara terbuka berhubung pelbagai isu negara termasuk 1MDB.

Siasat juga kemewahan PM, Menteri – NGO

Posted: 19 May 2015 07:57 AM PDT

Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini.
NOW, MACC
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya tidak mengecualikan siasatan terhadap kekayaan luar biasa Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.
Gesaan itu dibuat oleh Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan atau NOW, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata, siasatan SPRM juga sepatutnya melibatkan kekayaan luar biasa Menteri-Menteri Besar, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pengarah-pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli keluarga mereka.
"Gejala kemewahan yang melampaui kemampuan adalah salah satu bentuk rasuah utama di negara ini. Pengawasan yang ketat perlu apabila melibatkan mereka yang berkepentingan dan melibatkan kekayaan negara atau harta rakyat," katanya dalam satu kenyataan media.
Kenyataan Akmal itu sebagai respon kepada kenyataan SPRM sebelum ini, yang mana SPRM sedang mengawasi Setiausaha Peribadi dan Setiausaha Politik menteri-menteri Kabinet yang hidup mewah di luar kemampuan.
Dalam masa yang sama, Akmal turut menyambut baik pandangan SPRM bahawa undang-undang baru perlu digubal supaya mereka yang hidup mewah melampaui pendapatan dipaksa mengisytiharkan harta.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Tun M tidak menyedari pembelian kapal selam?

Posted: 19 May 2015 07:55 AM PDT

Selain Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah, menteri kabinet dan Ahli Dewan Rakyat juga tahu butiran kontrak pembelian kapal selam Scorpene
mahathir-abdullah-badawi-ka
Kita sering dimaklumkan bahawa kerajaan melaksanakan kerja berasaskan tanggungjawab bersama dan kabinet membuat keputusan dalam perkara yang penting membabitkan isu sensitif seperti pendidikan, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dasar luar negara dan banyak lagi.
Hakikatnya, keputusan membabitkan perkara sebegini terlalu sensitif untuk digalas atas bahu seorang individu.
Pembelian kapal selam Scorpene daripada Perancis antara perkara penting kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Seperti perkara lain yang berada dalam kategori itu, ia melalui proses yang sama sehingga kontrak pembeliannya ditandatangani pada Jun 2002.
Pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masih menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Tidakkah salah seorang daripada mereka mengetahui secara terperinci butiran perjanjian jual beli tersebut? Persoalannya mengapakah mereka seperti menutup mata dan buat macam tidak tahu apa-apa?
Sudah tentu rundingan pembelian dua kapal selam berkenaan sudah bermula lebih awal sebelum  perjanjiannya ditandatangani  pada Jun 2002. Pada ketika itu Timbalan Menteri Pertahanan telah memaklumkan Dewan Rakyat mengenai kontraknya apabila perkara itu dibangkitkan.
Read More / Baca Lagi >>