Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Empunya badan kata tidak

Posted: 18 May 2015 11:30 PM PDT



Surat rasmi dari Dewan Rakyat yang menafikan perletakkan jawatan dipersoalkan macam-macam. Kononnya tak sign, kononnya banyak persoalan mengensi motif surat itu.

Isunya tiada perletakkan jawatan berlaku. Penafian sudah dibuat. Mungkin ada niat atau rasa tidak puashati berlaku tapi intipatinya tiada berlaku perletakkan jawatan.

How to dalam hal surat langsung tidak penting dan releven langsung. Malah tuan punya badan dah jelaskan lagi:


Reaksi Tun M adalah berikut:



Mungkin Pendikar ada nyatakan hasrat letak jawatan pada Tun tapi akhirnya ianya tidak berlaku.

Kecewa juga Pendikar buat Tun termalu tapi bukankah dalam hal letak jawatan, empunya badan yang patut umum sendiri.


Kebencian terhadap Rosmah dah tahap tak masuk akal (Part 2)

Posted: 18 May 2015 08:00 PM PDT


Kalau nak tahu, Chegu Bard adalah orang yang mula memburukkan Datin Rosmah dengan video 3 siri yang keluar pada satu masa.

Bagi yang emosi atau perjudis terhadap Rosmah, mudah termakan dengan tuduhan Rosmah halau adik angkat dan tak bantu dengan memberi projek kerajaan. Rosmah tak boleh beri lalu dituduh tak tolong.

Ditambah sebagai tak ingat sedara. Bila dah berkeluarga, tak mudah untuk temu keluarga. Orang biasa pun begitu. Ini pula orang besar2. Masa mencemburui.

Turut dituduh kuat main bomoh. Yang tuduh tu pun rupa macam bomoh perempuan jahat. Anaknya yang celupar diketahui ramai oleh jiran tetangga sebagai penagih dadah.

Banyak2 tufuhan Chegubard yang melampau adalah menuduh Rosmah membeli cincin RM24 juta hanya kerana cincin untuk dilihat bakal yang berada di Malaysia ketika itu perlukan alamat untuk dihantar.

Hal ini telah dijelaskan dengan panjang lebar oleh blogger Apanama pada tahun 2010 lagi. Baca SINI dan

Sudahlah Rosmah tidak beli cincin RM24 juta kini Chegubard melalui blog tidak bernama menambah2 pembohongan dengan mengatakan Rosmsh beli barang kemas RM73 juta.



Sudah tak rasional rakyat Malaysia yang percaya pembohongan demikian. RM73 juta itu lebih elok diniagakan untuk dikembangkan dari hanya terbiar sebagai collectible.

Hal ini tak masuk akal tapi disebabkan kebenciaan ada dikalangan orang ramai sudah lari pertimbangan.

Kebencian terhadap Rosmah dah tahap tak masuk akal Part 1

Posted: 18 May 2015 05:25 PM PDT


Gambar di atas diambil dari demonstrasi Baling hari minggu lepas. Atas ketidak puashatinya terhadap sesuatu, maka dia pegang satu plakad menuntut Datin Seri Rosmah berundur.

Jawatan apa yang dia mahu Rosmah undur? Dia bukan pegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan. Menteri bukan, KSU bukan, KP bukan, Pengerusi mana2 Suruhanjaya atau agensi mana-mana pun bukan.

Satu-satu jawatan yang Rosmah dilihat aktif adalah dalam PERMATA. Itu pun hanta sebagai Penaung dan tidak ada kuasa eksekutif. Bukannya ada budget besar untuk dituduh rasuah.

Kalau ada pun jawatan, mungkin adalah sebagai Pengerusi Bakti yang hanya buat kerja-kerja amal bersama isteri-isteri para Menteri yang lain. Bukan ada kuasa dalam kerajaan untuk dituduh salahguba kuasa atau rasuah.

Bekas Pengurus Island & Peninsular Berhad kini hanya bergelar isteri kepada PM. Beliau menjadi isteri setelah dinikahkan atas kebenaran walinya. Jika itu dianggap jawatan tak tahulah.



Husam undur demi kepimpinan ulamak kikiki ...

Posted: 18 May 2015 12:39 AM PDT




Jika tak tahan ketawa, ambil bantal letak diperut. Sakit pulak nanti.

Hehehe takut kalah cakaplah takut Ngaku saja tak boleh jalan ...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


GAMBAR EKSKLUSIF: PENCARUM RAYU TH TIDAK JUAL TANAH, KAMU TAK AKAN DIAMPUNI JIKA JUAL!

Posted: 18 May 2015 10:55 PM PDT

ASET TH DI TRX, KENAPA NAK JUAL KERJA TANAH SUDAH BERMULA? KEUNTUNGAN SUDAH DALAM TANGAN!
Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Tan Sri-Tan Sri, Dato'-Dato' dan para Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Saya adalah pencarum TH sejak saya berumur 12 tahun. Selama ini saya berdiam diri dalam isu TH kerana saya menganggap isunya hanya mainan orang politik sahaja. Tetapi kini, saya merasakan TH tidak patut mengalah kepada para pengkhianat dan orang yang menyerangnya. 

TH sepatutnya mengukuhkan pendirian mempertahan agenda TH membantu umat Islam dan pencarum TH seperti saya. Sedangkan agenda 'musuh' Islam dan para pengkhianat adalah untuk melihat TH mengalami kerugian!
Tanah TH Ini Sudah Dibangunkan Dengan Pakej Keuntungan Yang Besar Apabila Siap, Kenapa Bodoh-Bodoh Nak Jual?
Saya mendapat tahu, bahawa pakej kerja tanah pertama yang dimulakan pada tahun 2013 hampir siap. 

Pakej infrastruktur seterusnya termasuk pembinaan jalan raya, terowong, struktur bawah tanah dan pemasangan utiliti, kini dalam proses tender. Jadi jika semua proses yang bererti keuntungan sudah dalam tangan dalam bentuk aset-aset ini sedang sukses, kenapa nak jual?

Ramai orang lupa, fasa pertama TRX dijangka siap pada 2018. Bukannya lama lagi pun untuk TH menikmati keuntungan besar! 3 tahun tidak lama, maka Kenapa terburu-buru nak jual sekarang???

Saya juga diberitahu, tanah ini dilengkapi dengan Pelan Induk Devlopment sehingga mudah untuk TH membina menara kediaman yang akan menambah lagi keuntungan.

Daripada kajian saya sendiri, saya mendapati pakej kerja tanah telah dimulakan oleh 1MDB pada tahun 2013. 

Apabila TH membeli tanah itu pada tahun 2015, ia adalah termasuk di dalamnya pakej-pakej yang sangat menguntungkan di bawah. Patutlah berebut-rebut orang nak beli!!! Pakej-pakej itu ialah:-
Kerja Tanah Sudah Dimulakan Pada Tahun 2013, Tabung Haji Membelinya Pada Tahun 2015, Keuntungan Besar Sudah Dalam Tangan Pada Tahun 2018, Kenapa Ada Pengkhianat Dalam TH Suruh Jual? Double Stupid!
1. Tanah 
2. Kerja Tanah 
3. Insfrastruktur 
4. Kereta api laju termasuk ke Singapura (2 rel) 
5. Lebuh raya utama iaitu MEX-SMART-DUKE saling bersambung.
6. Laluan pejalan kaki berbumbung ke Bukitt Bintang dan KLCC.
7. Cukai Insentif Khas oleh Kerajaan
Kerja-Kerja Tanah Ini Bukan Suatu Keuntungan kah? Kamu Di Dalam Board TH Bukalah Minda Buktikan Pembelian Tanah Ini, Sangat Menguntungkan, Jangan Dijual, Pertahankan Untuk Pencarum, Jaga Harta Itu Baik-Baik!!! Saya Tidak Akan Maafkan Kamu Jika Kamu Jual Harta Pencarum Sewenang-Wenangnya!!!
Kesimpulan
Nilai tanah TRX itu telah menikmati nilai tambah yang semakin tinggi. Dengan nilai yang semakin meningkat itu, cuba anda bayangkan nilainya apabila sudah siap dengan bangunan pada tahun 2018!. Bukankah keuntungannya akan berlipatkali ganda!!!

Oleh itu, saya selaku pencarum TH sejak 30 tahun dahulu mendesak TH tidak menjual aset ini. Bukan untuk saya, tetapi untuk generasi umat Islam yang akan datang. 

Saya juga mendesak Perdana Menteri supaya mengabaikan para pengkhianat di sekelilingnya, dan mengarahkan TH untuk menjaga harta itu untuk kebaikan pencarum TH seperti saya. 

Kepada para pencarum TH, marilah kita bangun mendesak TH supaya tidak menjual tanah itu dan membangunkan 'tanah pusaka' itu tanah kita para pencarum sekalian.

Saya mencabar TH supaya membuktikan kepada para pengkhianat bahawa selama ini TH adalah di landasan yang betul. Sedarlah kamu di dalam TH bahawa TH sebenarnya telah dikhianati dengan menjadikan isu ini untuk menghalalkan penjualan tanah itu!. 

Kepada TH, saya mahu memberitahu kamu, saya sebagai pencarum yang rasional tidak akan mengampuni TH jika kamu menjual atau tidak menjaga tanah itu dengan baik !!!. 

Itu bukan harta kamu Sendirian Berhad. Kami juga berhak mempertahankan aset dan pakej keuntungan tanah itu untuk masa hadapan kami dan para pencarum yang lain!

Kamu jual tanah itu, jangan menyesal jika kami akan ambil tindakan Mahkamah!

Pencarum Berwawasan,
Kampung Baru,
Kuala Lumpur.
18 Mei, 2015.
Hanya Pengkhianat, Orang Gila, Orang Bodoh Sombong Sahaja, Yang Akan Menjual Tanah Yang Semakin Bertambah Nilainya Menjelang Tahun 2018 !
___________
*Surat di atas adalah kiriman emel pembaca. Terima kasih. Para pembaca dipersilakan menghantar artikel ke alamat mymassa@gmail.com

BAHAGIAN 6: JOINT VENTURE

Posted: 18 May 2015 08:00 PM PDT

Dalam tulisan ini saya rumuskan DUA daripada EMPAT cadangan penyelesaian yang saya telah anjurkan dalam tulisan dan ulasan saya di wawancara MOBTV:

(1) usahasama [joint venture] dengan Kerajaan Russia bersama Agensi Tenaga Nuklear mereka ROSATOM untuk 1MDB melalui Edra Energy untuk bangunkan loji janakuasa nuklear melalui model BOO yang mana kerajaan Rusia akan menanggung penuh perbelanjaan untuk membina janakuasa tersebut.

(2) melantik Khazanah Nasional selaku Pelabur Utama [anchor investor] untuk menerbitkan sukuk bagi operasi pengambil alihan dan pemajuan kesemua aset-aset 1MDB yang mana mampu menarik pelaburan yang lebih banyak.

Dua lagi penyelesaian yang saya singgung dalam wawancara MOBTV dan tulisan di blog rausyanfikir.com:

(1) Malakoff Sdn. Bhd. selaku badan penjanakuasa bebas (IPP) terbesar di Malaysia mengambil alih KESEMUA aset Edra Energy.

(2) Tanah Tun Razak Exchange (TRX) dijadikan pusat perdagangan ASEAN-BRICS.

(Artikel sumbangan)

BAHAGAN 5: BAGAIMANA NAK TEBUS HUTANG "1MDB"?

Posted: 18 May 2015 05:00 PM PDT

Ada dua sudut penting yang kita wajib faham dalam nak tebus hutang dan selesaikan krisis 1MDB:

(1) Contractual (perjanjian)
(2) Criminal (jenayah)

Banyak yang mengamuk, meroyan dan melatah pasal Tabung Haji berkisar tentang sudut "criminal".

Kita faham sentimen dan perasaan curiga rakyat kebanyakan akan tetapi kita tak boleh campur aduk kedua-dua sudut ini kalau nak selesaikan masalah 1MDB.

Sepanjang saya tulis dan ulas semuanya tumpu kepada masalah CONTRACTUAL.

Apa masalah sebenar dalam sudut CONTRACTUAL ini?

(1) Aliran tunai yang amat-amat lemah tidak cukup untuk penuhi jadual pembayaran hutang (pokok dan bunga).

(2) Aset strategik negara yang dijadikan cagaran [collateral] untuk meminjam secara jumlah yang banyak [high leveraging/gearing].

Maka atas dasar inilah penyelesaian saya dirumus-bentukkan untuk:

(1) lunaskan hutang 1MDB khusus anak syarikatnya Edra Energy seperti yang dipersetujui dalam kontrak dengan bank [creditor].

(2) pindak milik aset-aset strategik negara di bawah 1MDB - tanah dan janakuasa - kepada entiti kerajaan yang lebih wibawa dari segi urus tadbir dan punya kepakaran untuk memajukannya (unlock the value).

(artikel sumbangan)

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kenapa Presiden Pas tidak boleh dicabar?

Posted: 18 May 2015 08:20 AM PDT


KOTA BHARU - Pas bukan seperti parti politik lain yang bebas mempertandingkan jawatan presiden dengan alasan demokrasi dan hak dibenarkan oleh perlembagaan.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Daud berkata, rujukan dalam pemilihan ketua parti mengikuti sistem Syura dan Nizham Ikhtiar Al-Khalifah bukannya perlembagaan parti semata-mata.

"Pencabar jawatan Presiden Pas dalam Muktamar Pas Pusat Jun depan masih boleh membuat keputusan untuk tidak bertanding dan peluang menarik diri masih terbuka sehingga 19 Mei ini.
"Bagaimanapun jawatan lain selain Presiden terbuka kepada calon-calon yang dicadangkan oleh kawasan dan pastinya mereka mempunyai kelayakan," katanya.

Mohd Asri yang juga Bendahari Dewan Ulama Pas Pusat berkata, dalam ilmu Harakah Islamiyyah (HI) terdapat susunan dan tertib anggota yang diambil kira dalam pelantikan kepimpinan tertinggi di mana hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah sebagai khalifah.

Tambahnya, sebagai contoh Syeikh Said Hawwa yang menamakannya dengan Wali Mursyid mempunyai pandangan dan gerak kerjanya diterima di peringkat dunia dan dia turut memimpin HI di peringkat dunia.

"Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap tidak melakukan dosa dengan sengaja, ternyata muwasofat ini ada pada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memimpin Pas sebagai HI di Malaysia ketika ini," katanya.

Katanya, mengikut disiplin HI berdasarkan sunnah pemilihan Khalifah, tiada siapa yang boleh cabarnya selagi ketua tidak hasrat letak jawatan dan tidak berbuat kesalahan.

Suara Politik
Belantan

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Surat Terbuka Kepada Semua Penyokong Abang Selfie Konvokesyen

Posted: 17 May 2015 10:20 PM PDT

Wahai Melayu moden sekalian,

Aku tak tahu kenapa anda sampai bersusah payah nak mencari video dan gambar dari universiti lain untuk membuktikan "bolehla selfie masa konvo!" atau "ak elah! orang lain pun buat jugak la."

Bendanya mudah aje.

Sebelum graduasi ada raptai. Dalam raptai dah diajar macam mana majlis berlangsung. Anda gembira macam mana pun, punyalah seronok mana pun, kau dah diberitahu apa yang kau sepatutnya buat dan kau perlu hormatilah benda tu.

Itu kata kunci yang golongan macam anda ni tak nak ikut.
HORMAT.

Apa jua alasan yang anda keluarkan sekalipun nak membolehkan dia ni berselfie lah, terkangkang ke, flash tetek masa ambik ijazah ke, majlis dah kata "buat sekian, sekian, tolong ikut sekian, sekian."

Apa yang salahnya ikut?
Nak melompat ke nak terberak ke, boleh aje buat lepas tu.

Kau tengah makan, tiba-tiba orang asing sebelah kau datang dekat kau, selfie dengan kau tanpa kebenaran, kau marah? Atau kau buat cool? Mesti kau cakap kau akan buat-buat cool, tapi sebenarnya kau sendiri rasa marah kalau kau punya privasi diganggu.

Kau nak pertahan dia macam mana lagi? Nak letak gambar mamat Melayu tah mana menari masa dia konvo dekat Universiti luar?

Itu universiti luar. Biarlah diorang camtu. Yang kau nak terikut sangat budaya orang luar tu kenapa?

Nak berhujah "orang tua sekarang tak faham apa orang muda nak?" dan "orang muda sekarang boleh buat apa saja yang diorang suka serta akan lawan balik kalau diorang tak dapat buat apa yang diorang nak?"

Kata kunci aku, HORMAT.

Kau yang pertahan dia ni pun patut ajar balik diri sendiri apa dia perkataan hormat, adab dan kelakuan. Tak tau apa dia hormat? Itu pun nak kena ajar dalam sukatan matapelajaran? Nak kena MQA wujudkan subjek wajib "Tatasusila Kebangsaan" untuk setiap pelajar Universiti?

Apa kejadahnya generasi Melayu ni? Benda simple common sense macam tu pun nak kena ajar dan yang menyokongnya pun ramai? Bodoh ka apa hangpa ni? Dah la dibandingkan pulak dengan orang putih punya majlis.  Ikut suka depa la nak protokol majlis macam mana pun. Ikut la sat. Hang nak rebel ka nak buat selfie ka nak tayang kote ka, tayang la lepas tu.

Walaupun begitu, aku tak rasa dia patut digantung. Benda kecik aje.

Mungkin diorang gantung sebab diorang sendiri malu tempat depa sendiri, melahirkan pelajar yang tak ada common sense, menjadi bukti kegagalan mereka dalam mendidik. "Saya selfie sebab jurusan saya fotografi.." kata dia. Kah kah kah. Habis tu kalau kau belajar kursus penternakan haiwan, kau patut bawak lembu naik sekali dengan kau ke?

Bagi aje lah peluang kedua kepada dia.
Dia bukannya ambil gambar kanak-kanak bogel gred A pun.

Kopitiam Bang Nan

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

Kopitiam Bang Nan


Bye Bye....

Posted: 17 May 2015 10:07 PM PDT

Puluh-puluh tahun aku lawan umno,

Blog inipun asalnya dibuat untuk lawan benda-benda khurafat yang umno bawa kepada masyarakat.

Lastly ada pulak pemimpin yang sibuk nak kowtow dengan umno.

Aku delete habislah apa yang aku tulis dan published kat sini.

Kepada yang tersentuh dan termakan hati dengan tulisan-tulisan aku sebelum ini, aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki walaupun tulisan-tulisan aku tu sebahagian besarnya benar belaka.

Aku akan lawan umno dengan cara lainlah gamaknya. Lawan tetap lawan.

Cheerio.



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


PM @NajibRazak Menjawab Tuduhan

Posted: 18 May 2015 06:16 PM PDT

Yang Dipertuan Agong Lakukan Penerbangan Rasmi ACJ 320

Posted: 17 May 2015 09:35 PM PDT





Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) yang baru diperoleh Kerajaan, hari ini melakukan penerbangan rasmi yang pertama dengan membawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Pesawat ACJ 320 itu membawa Yang di-Pertuan Agong ke Pulau Langkawi. Ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada jam 10 pagi.

Perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.

Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei 2015 setelah berlepas dari Hamburg, Jerman dan berhenti di Almaty, Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar.

Pesawat berkenaan membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Laluan Hamburg - Almaty - Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu.

Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan.

Selain ACJ 320, tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperolehi pada tahun 2007, manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.

Pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan, pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan-sultan, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu kerajaan Persekutuan dari negara asing, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta orang-orang kenamaan.

JABATAN PERDANA MENTERI
17 Mei 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:24 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ZON KULIAH [LIVE][180515] NE1 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 18 May 2015 05:19 AM PDT


KEHANCURAN YANG BERBALOI

Posted: 18 May 2015 01:37 AM PDT

18 Mei 2015

CG  BARD

Bila berada dalam keadaan tertekan, siapa pun boleh jadi bertindak di luar batasan, sifir perkiraan menjadi songsang, kesabaran hilang punca, kewarasan menjadi tipis, kemarahan tidak mampu ditampung, tindakan liar tak mampu dibendung.

Itulah yang berlaku di stadium Terengganu malam semalam. Perlawanan di antara pasukan Terengganu menerima kunjungan singa muda dari Singapura untuk timbal semula separuh akhir Piala FA. Perlawanan berkesudahan dengan singa muda layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu Kelantan, dengan pengadilan yang disaksikan berat sebelah.

Bukan sekadar menang-kalah bolasepak, bukan tidak biasa pengadil berlaku tidak adil, ia kerap sahaja berlaku memandangkan FAM itu sendiri tiada kualiti sejak turun temurun maka mutu pengadilan juga agak 'low class'. Bukan sekali keputusan upset luar biasa menjadi ratapan penyokong bolasepak, ia berlaku di mana-mana. Lagi pun ranking bola sepak negara meng'gua' di tangga 167 dunia, dari 199 tangga, apa nak gaduh?

Soalnya mengapa rusuhan itu berlaku? Apakah yang mempengaruhi penyokong sehingga sanggup membakar stadium sultan terengganu? Mereka bukan di bawah pengaruh alkohol, apakah punca mereka begitu berani demi bolasepak tangga 167 dunia?

Dari pengamatan halus saya dan secara logiknya, apabila saluran usus kosong, salur nafas pun sempit dengan tusukan injap jantung yang tidak menentu lantas memacu deras adrenalin negetif. Maka situasi ini menyebabkan kecelaruan dalam pemikiran berpunca dari 'pressure' tinggi pada salur sel-sel otak yang berhubung. Waktu ini jangan kata stadium, malah istana pun boleh terbakar.

Jangan dipandang sebelah mata peristiwa bakar stadium ini, jangan hanya kira dari sudut bolasepak semata, ia masih bukan soal menang-kalah suatu pasukan. Ia soal tindakkan menembusi batas norma.

Hujung tahun 2013, saya pernah menjangkakan bahawa rusuhan besar bakal berlaku pada tahun 2017, iaitu setahun sebelum mandat penggal ke 13 tamat. Punca asalnya ialah penafian demokrasi apabila rakyat tidak diberi pilihan untuk ubah pentadbiran negara. Kesengsaraan ekonomi pula menjadi pencetusnya.

Saya kira, rakyat terbanyak berdepan dengan pelbagai kecurangan ekonomi yang menyebabkan kehilangan kualiti hidup dalam skala yang besar. Duit tak cukup hingga hujung bulan ketika hutang sudah capai 'exceed'. Suami isteri kerja pun masih tak cukup, malah dengan tambahan kerja sebelah malam juga masih tidak cukup makan. Maka tahun 2017 adalah 'klimex'nya.

Namun dari suasana sosio ekonomi rakyat hari ini yang sangat terkesan dengan kezaliman dan penindasan regim pentadbiran negara, ketika rakyat terus dimangsakan di atas kebodohan dan kerakusan pemerintah yang hidup mewah kaya raya, rusuhan besar yang saya katakan berlaku tahun 2017 itu meleset, kerana ia akan berlaku lebih awal dari jangkaan. 

Rakyat semakin tertekan, ia boleh dilihat di mana-mana, di jalanraya, di rumah, di pejabat, di pusat sukan, di rumah mertua. Untuk menghilangkan rasa tertekan, hiburan menjadi rebutan. Lihatlah sekeliling, bukankah negara ini rakyatnya semakin tergilakan pelbagai jenis hiburan?

Satu cara yang betul untuk melepaskan tekanan ialah mencari sasaran sebenar, dan protes lah. Jika perlawanan bolasepak tidak adil, sasarannya ialah badan FAM. Jika kek ekonomi negara dibahagi dengan cara tidak adil, maka protes lah pemerintah. 

Bagi kes di Malaysia, biasanya jalanraya menjadi lokasi pilihan untuk protes. Tidak seperti kebanyakkan negara luar yang memilih bangunan kerajaan termasuklah parlimen sebagai pilihan protes, dan ia ambil masa berminggu.

Ada yang menyindir kononnya rakyat tidak lagi peduli dengan perlawanan di jalanraya. Ternyata telahan mereka tersasar bila himpunan 1 Mei baru-baru ini mendapat sambutan dan bantahan GST menjadi antara faktor utama.

Harus diingat, selama ini himpunan besar seperti BERSIH dan Blackout 505 adalah berkisar bantahan terhadap demokrasi yang disailang oleh regim demi terus berkuasa. Kesannya hanya kemarahan sementara dan kehidupan harus diteruskan. Tetapi bilamana wang poket bocor siang dan malam kena sailang dek regim, saya percaya kesannya terus ke jantung kehidupan seharian ke sebulanan.

Tidak perlu saya cerita pasal kesan GST atau perihal 1MDB yang menyaksikan duit simpanan pergi haji pun dirompak. Bila tiba masanya, tidak perlu jemput rakyat turun ke jalanraya, meraka yang bocor poketnya ini akan turun protes di jalanraya secara automatik, mungkin lebih dari itu. Di sini bermulanya detik revolusi.

Bibit-bibit revolusi bercambah dari hari ke hari. Revolusi kecintaan terhadap tanahair, revolusi kasih sayang di antara kita marhein.

Apakah revolusi itu membentuk kehancuran? Tidak, revolusi itu adalah pembangunan. Padahal negara ini sememangnya sudah hancur dengan hutang hampir mencecah trilion. Hanya tinggal fizikalnya sahaja, isi dan organnya sudah hancur tunggu masa berderai.

Bukan saya minta negara ini hancur, tetapi sudah saya katakan tadi, negara sudah pun hancur. Hanya belum dapat dilihat dengan mata yang nyata. Hanya revolusi mampu menyelamatkan negara.

Kehancuran tidak mampu dielakkan, kita akan bina semula negara ini dengan sistem dan polisi yang baru, ya semestinya polisi sebuah negara rakyat dalam erti kata sebenar. Revolusi itu adalah kelahiran semula.

Ia mungkin satu proses yang panjang. Namun percayalah, ianya berbaloi demi masa depan anak-anak kita.

Percayalah juga, melepasi revolusi penuh kecintaan kepada tanahair ini akan menyaksikan rakyatnya tidak lagi tergamak buang sampah merata-rata, apatah lagi membuang anak merata-rata.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:05 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kes Altantuya terpendam 9 tahun kerana konspirasi?

Posted: 18 May 2015 09:01 PM PDT


ALTANTUYA


KUALA LUMPUR, 18 MEI: Jawapan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam blog beliau nampaknya masih tidak dapat merungkai pelbagai tanda tanya, sebaliknya mengundang lebih banyak persoalan.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri kenyataan Najib yang lebih berupa jawapan kepada soalan lazim (FAQ) membuka pemikiran jika berlaku konspirasi selama sembilan tahun antara pihak berkuasa untuk mengelakkan motif pembunuhan gadis Mongolia, Altantunya Sharibuu didedahkan.
"Apakah wujud 'konspirasi' selama sembilan tahun melibatkan polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk mengelakkan persoalan tentang motif pembunuhan Altantuya?" soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu hari ini.
Ujar Kit Siang, persoalan tersebut penting difikirkan kerana kes tersebut sudah disiasat, dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Dua bekas anggota polis pula disabitkan kesalahan membunuh Altantuya.
Dalam blog rasminya, antara jawapan Najib mengenai pembunuhan Altantuya adalah menekankan bahawa keputusan penghakiman tersebut "membawa keadilan kepada semua orang, dan yang paling penting kepada keluarga mangsa, tertuduh dan juga kepada saya."
Najib semalam mengemukakan 13 jawapan pelbagai isu, dengan kes pembunuhan Altantuya menjadi isu pertama disenaraikan.
Ia dilihat disiapkan Najib untuk menjawab kritikan pedas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hukuman mati: Rejim Zionis As-Sisi lagak kejam bagaikan Firaun

Posted: 18 May 2015 09:00 PM PDT



KUALA LUMPUR: PAS menyatakan bantahan sekeras-kerasnya atas hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Mesir terhadap Mohammad Morsi, Mohd Badie, Syeikh Yusof Al-Qardhawi dan ratusan lagi tahanan politik khususnya pemimpin Ikhwanul Muslimin.

"Jelas menunjukkan pada zaman serba moden ini, rejim As-Sisi lagak kejamnya bagaikan Firaun di zaman purba, menghukum bunuh kepada sesiapa yang menjadi musuhnya," ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Malaysia sebagai ahli dalam pertubuhan OIC dan juga Ahli Tidak Tetap Majlis Keselamatan PBB, wajar menyuarakan bantahan keras terhadap hukuman ini.

"Adakah kita hanya ingin berdiam diri seolah merestui sahaja pembunuhan berinstitusi ini?" tanya beliau yang juga Ketua Whip Ahli Parlimen PAS.

Menurutnya, Mesir boleh dikenakan tekanan dan hukuman diplomatik oleh gabungan OIC dan PBB jikalau ada pemimpin yang berani bersuara.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: ‘Kalau Najib nak tanya saya apa pun, saya jawab’

Posted: 18 May 2015 08:56 PM PDT

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia menjawab segala persoalan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengemukakan sebarang soalan kepadanya.
 
Malah, beliau turut sentiasa terbuka untuk berdebat dengan Najib bagi merungkai segala persoalan yang berbangkit.
 
"Kalau dia nak debat dengan saya, boleh. Tidak ada masalah. Saya cuma nak bertanya. Kalau dia boleh jawab, jawablah. Dia nak tanya saya apa pun, saya boleh jawab," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's Selected Letter's to World Leaders Volume Two', hari ini.
 
Tegasnya, desakan bertalu-talu yang dibuat ke atas Najib sejak kebelakangan ini susulan mengetahui parti di bawah kepimpinan orang nombor satu BN itu akan tewas pada pilihan raya akan datang.
 
"Bolehlah 'slow-slow'...lepas itu dia (BN) kalah pilihan raya. Saya buat sekarang ini kerana saya tahu dia (Najib) akan kalah.
 
Read More / Baca Lagi >>

Najib sangat yakin pelan pemulihan hutang 1MDB akan berhasil

Posted: 18 May 2015 08:46 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sangat yakin pelan pemulihan untuk mengurangkan hutang 1MDB akan berhasil dengan kerjasama Kementerian Kewangan.

"Langkah pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan kerajaan.

"Saya yakin MoF (Kementerian Kewangan) boleh sama-sama memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan.

"Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah menyelamat atau memulihkan 1MDB boleh dicapai matlamatnya," katanya dalam perhimpunan bulanan kementerian itu pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan;  Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

GST mengelirukan kerana banyak pengecualian, kata pakar cukai

Posted: 18 May 2015 04:35 PM PDT

Lebih sebulan sejak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan, pakar percukaian menjangkakan terdapat masalah besar perlu diselesaikan tidak lama lagi, namun mengakui Putrajaya merumitkan lagi keadaan dengan menawarkan banyak pengecualian cukai untuk memenangi hati golongan berpendapatan rendah.

Menetapkan beberapa barangan di bawah senarai dikecualikan cukai dan berkadar sifar untuk membantu golongan miskin dilihat sebagai satu langkah terdesak dalam pelaksanaan GST sejak 1 April, kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Sementara itu, seorang lagi pakar percukaian berkata Putrajaya sepatutnya memilih untuk melaksa}nakan cukai terhadap lebih banyak barangan dan perkhidmatan dengan peratusan yang lebih rendah.

Subromaniam menafikan cabaran dalam pelaksanaan yang dihadapi hari ini adalah disebabkan pihak kerajaan masih belum bersedia, tetapi sebaliknya berlaku kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat.

"Kerajaan mempunyai niat baik menetapkan banyak barangan berkadar sifar dan memberi pengecualian, tetapi semua pelaksanaan model itu mendatangkan banyak cabaran. "Saya setuju, kadang-kadang kita belum mempunyai jawapan terhadap isu perniagaan unik tapi kita akan cuba menyelesaikannya dalam mesyuarat teknikal yang dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengerusi Taxand Malaysia Sdn Bhd Dr Veerinderjeet Singh mengatakan, Malaysia memilih untuk melaksanakan versi rumit GST. Katanya, dengan banyak barangan disenaraikan berkadar sifar dan dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan, ia akan menimbulkan masalah yang melibatkan isu praktikal, dengan sektor-sektor tertentu.

Cukai kepenggunaan yang diperkenalkan pada kadar 6% mendapat bantahan keras ahli politik pembangkang dan masyarakat sivil, yang berkata kerajaan perlu menangani ketirisan dan rasuah dalam sistem penyampaian umum terlebih dulu. Veerinderjeet mengakui sistem GST yang begitu kompleks di Malaysia menimbulkan masalah yang semakin meruncing bagi sektor perniagaan terutama yang menjual semua jenis barangan perlu memperuntukkan perbelanjaan terhadap perisian dan perkhidmatan perundingan.

Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan ‘diabadikan’ dalam dua permainan video mudah alih

Posted: 18 May 2015 04:30 PM PDT

oleh Mike Tan

Jika ada perkara yang boleh dipuji mengenai Ahmad Maslan, ia adalah semangat juangnya. Kurang daripada seminggu selepas beliau mengisytiharkan dirinya 'lelaki yang paling dibenci di Malaysia',

Timbalan Menteri Kewangan itu mendapati dirinya dijadikan permainan video mudah alih, dengan penampilannya menggantikan zombie. Ini sudah tentu tidak menggusarkan beliau.

Beliau bagaimana pun kecil hati dengan nama permainan ini, Maslan 3.85 Extended Version, kerana Maslan adalah nama bapanya. Beliau telah menulis di Twitter untuk menyuarakan rasa kecewanya, memuatnaik 'screenshot' laman muat turun permainan itu dengan tweet berikut: Nama saya pun puak2 ini tidak tahu.

Jangan hina arwah ayah saya, Maslan, seorng penoreh getah yg miskin & buta huruf Tinjauan di Google Play Store mendedahkan bahawa permainan zombie ini, yang dicipta oleh Vnbox Trading & Services Sdn Bhd, sudah tiada lagi. Sebaliknya, syarikat itu telah menerbitkan sebuah lagi permainan 'Maslan' bertajuk Tampar Maslan pada Mei 13.

Penerangannya menyifatkan yang pemain dapat melepaskan kekecewaan mereka ke atas ekonomi dan GST dengan menampar muka kartun Ahmad Maslan. Dan tidak, penerbitnya masih belum memperbetulkan kesilapan mereka mengenai nama Ahmad Maslan. Sejak pengenalan GST, Ahmad Maslan telah menjadikan cukai itu perjuangan peribadinya, dan telah menjadi sasaran kemarahan orang ramai yang yang kecewa dengan cukai itu.

Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan peletakan jawatan Pandikar: Di mana silap Mahathir?

Posted: 18 May 2015 04:26 PM PDT

oleh Alyaa Alhadjri
Sesuai dengan namanya, Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia merupakan seorang 'pendekar' sebenar - mempertahankan Dewan itu dari 'serangan' ahli-ahli parlimen yang sentiasa bertelagah antara satu sama lain dengan retorik, dan bukannya fakta.
Semasa ketiadaan beliau, Dewan itu pernah menjadi ibarat sarkas yang penuh dengan badut-badut.
Apabila desas-desus mengenai dakwaan peletakan jawatan Pandikar pada 16 Mei tercetus, pemerhati-pemerhati sudah tentu risau.
Tetapi tidak lama selepas itu, Pandikar sendiri menafikan laporan-laporan ini dan persoalan ini mesti diajukan: Adakah bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menipu apabila beliau mendakwa yang Pandikar telah meletakkan jawatan?
Sekurang-kurangnya, Mahathir telah sengaja mewujudkan gambaran palsu apabila dia berucap dalam satu forum di Gopeng, Perak, pada 16 Mei.
"Speaker telah berhenti. Dia bertemu saya dan berkata yang beliau mahu berhenti... Sekarang kerusi Dewan Rakyat dipegang timbalannya," katanya kepada 2,000 hadirin pada majlis yang dianjurkan oleh Umno Gopeng, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini. 
Walaupun Pandikar dilaporkan mengakui yang beliau ada bertemu dengan Mahathir, beliau telah menafikan ada menyatakan apa-apa niat untuk meletak jawatan, dan hari ini menjalankan tugasnya pada perasmian persidangan Parlimen kedua untuk sesi ini.
Akhbar harian berahasa Melayu, Utusan Malaysia dipetik Pandikar sebagai berkata pada 17 Mei bahawa 'pendedahan' Mahathir pada forum itu tidak mencerminkan perbincangan mereka secara keseluruhannya.
"Saya tidak akan bercakap yang lebih-lebih kerana saya tidak akan mengaibkan atau pun membuat kenyataan yang menyentuh perasaan Dr. Mahathir.
Beliau mentor saya dan guru politik kepada semua pemimpin yang ada di negara ini," kata Pandikar, sambil menambah bahawa bukanlah 'luar kebiasaan' untuk beliau mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan membincangkan isu-isu politik semasa.
"Setahu saya, apabila seseorang itu meletakkan jawatan, peletakan jawatan itu harus ditujukan kepada orang yang berwajib iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," beliau dilaporkan berkata. 
Read More / Baca Lagi >>

Juruaudit takkan tandatangan kalau benar 1MDB hilang RM42 bilion, kata Najib

Posted: 18 May 2015 04:21 PM PDT

Juruaudit antarabangsa Deloitte & Co tidak akan mengesahkan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar RM42 bilion hilang begitu sahaja dari dana itu, kata Datuk Seri Najib Razak kepada golongan veteran Umno hari ini.

Deloitte ialah juruaudit ketiga 1MDB sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009 bagi menerajui pembangunan dalam sektor-sektor strategik. Perniagaan utama 1MDB ialah pembangunan hartanah dan utiliti seperti loji tenaga dan air.

"Tak adalah RM42 bilion lesap sebab akaun itu diaudit oleh Deloitte. Juruaudit ini kalau RM1 juta hilang pun dia tak akan tandatangan," katanya kepada anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).

 "Ini RM42 bilion kata lesap, mana boleh lesap, tak lesap.. ada asetnya ada liabilitinya. Kalau kita ada formula, boleh selesai perkara ini.

"Tapi kalau kita politikkan, benda yang baik pun jadi tak baik," kata Najib pada majlis Sepetang Bersama Presiden di ibu pejabat Umno, petang ini. Dalam ucapan sama, Najib turut mempertahankan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sebelum ini dikritik Dr Mahathir.

"Kalau dia tak setuju dengan BR1M, saya kata BR1M baik. Sekurang-kurangnya orang susah dapat bantuan kerajaan. "Janganlah hendak buat projek besar sahaja. Kalau kita ada rezeki, ada kekayaan, sebahagian itu mestilah kita pindahkan pada orang yang susah," kata Najib.

Dr Mahathir sejak November tahun lalu mula mengkritik BR1M yang dianggapnya satu bentuk rasuah. Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020, adalah sangat mengelirukan.

Read More / Baca Lagi >>

Najib kata beliau juga boleh jadi PM paling lama tapi...

Posted: 18 May 2015 04:16 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hakikat beliau adalah presiden Umno pertama yang dipilih melalui sistem yang lebih terbuka dan demokratik selepas pindaan perlembagaan parti, perlu dihormati kesemua anggota parti.

Justeru, katanya desakan beberapa pihak untuk beliau melepaskan jawatan tidak wajar kerana ia membelakangkan kehendak majoriti anggota parti.

"Sebagai presiden parti, saya amat  berterima kasih atas sokongan anda dan saya dipilih kerana apa? Melalui apa? Melalui permilihan dalam parti, di mana perlembagaan parti telah dipinda (pada tahun 2009)," katanya ketika berucap dalam Majlis Veteran Umno Sepetang Bersama Presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib berkata, sistem pemilihan pucuk pimpinan pada masa kini adalah lebih terbuka dan telus berbanding sistem terdahulu, yang mana ia menggunakan undi bonus dan kuota untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti.

Beliau berkata sekiranya beliau mahu kekal memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun seperti Perdana Menteri Keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (1981-2003), beliau tidak akan bersetuju dengan cadangan untuk meminda perlembagaan parti.

Najib berkata di sebalik cabaran demi cabaran yang ditempuhi Umno, beliau akan terus berjuang demi kepentingan parti serta berusaha memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Kita nak jaga parti, kita tak boleh hancurkan parti kita, (kerana) parti kitalah penyelamat kita ... orang Melayu tak ada tempat lain bergantung harap melainkan parti keramat ini. Jangan binasakan Umno, sayangilah Umno dan jagalah Umno," katanya dan menambah setiap permasalahan boleh diperbetulkan dan diselesaikan secara muafakat.

Menurutnya, meskipun Umno berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.

Read More / Baca Lagi >>

Najib tidak jawab persoalan yang dibangkitkan - Tun M

Posted: 18 May 2015 04:14 PM PDT

PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa persoalan menerusi 'pendedahan' di laman blog NajibRazak.com semalam.

Dr Mahathir berkata beliau telah membaca pendedahan tersebut dan ia tidak menjawab isu yang diketengahkan olehnya.

"Dalam beberapa isu, jawapannya tunggu sehingga laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan.

"Itu bukan jawapan. Sesiapapun boleh berkata tunggu (jawapan).

"Kita tidak tahu bila benda-benda seperti ini akan keluar," katanya semasa satu sidang media selepas pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata contohnya semasa menjawab isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Najib hanya bertanya mengapa bangkitkan isu lama sekarang?

"Ini mungkin kes lama tetapi hukuman mati itu diberi sekarang. Kamu hendak membunuh mereka sebab mereka mematuhi arahan yang diberi.

"Itu salah. Sebab itu saya bercakap mengenainya," katanya.

Sementara itu, untuk soal jet rasmi yang dibeli oleh Putrajaya, Dr Mahathir berkata ianya tidak memadai untuk berkata jet itu dibeli untuk keselamatan.

Read More / Baca Lagi >>

Najib Jawab 13 Tuduhan Termasuk Kes Altantuya

Posted: 18 May 2015 03:59 PM PDT

Tun M: Penjelasan Najib Tak Jawab Persoalan

Posted: 18 May 2015 03:58 PM PDT

Tun M: Tiada Siapa Layak Jadi PM

Posted: 18 May 2015 03:58 PM PDT

Rohingya migrants arriving in Malaysia face harsh conditions

Posted: 18 May 2015 03:56 PM PDT

U.S. calls death sentence for Mursi 'unjust'

Posted: 18 May 2015 03:54 PM PDT

UMNO umpama pokok yang utuh ??? Utuh tang mana !!! Utuh tang menipu ka...

Posted: 18 May 2015 03:53 PM PDT


SEJARAH TAK PERNAH MENIPU macam UMNO !!!
Kalau utuh KENAPA umno TELAH DIHARAMKAN 27 TAHUN YANG LALU !!!

Jgn BONGKAK Najib.. Seutuh-utuh pokok sekalipun, bila dah sampai masanya akan tumbang jua ke tanah. Malah akan reput & hilang sampai bila2...

Kononnya TM rugi RM14.7 juta akibat kecurian kabel di Johor shj..

Posted: 18 May 2015 03:51 PM PDT


KENAPA Telekom Malaysia Bhd (TM) tidak ceritakan hal sebenar di mana TM di seluruh negara telah kaut untung sbyk HAMPIR RM4.3 BILION sepanjang empat tahun lepas !!!

Kami di SR akan cuba sebaik mungkin untuk bongkar segala kebobrokan kuncu2 UMNO/BN.. Dgn rakyat yg tiada internet & pencacai2 UMNO/BN boleh la kamu kelentong...

WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...

Posted: 18 May 2015 08:25 AM PDT

22 tahun ka, atau sampai mati ka... kita tunggu PRU14 nanti. Stkt mana najib boleh pergi jauh..

Parlimen Tolak Soalan Tanah 1MDB - Rafizi

Posted: 18 May 2015 08:07 AM PDT

PAS hantar notis semula untuk bentang hudud

Posted: 18 May 2015 08:05 AM PDT

Najib: There is a solution to everything including 1MDB

Posted: 18 May 2015 08:04 AM PDT

Najib: Voice out your support for Umno

Posted: 18 May 2015 08:03 AM PDT

Najib: I can go for 22 years but...

Posted: 18 May 2015 08:03 AM PDT

Dr M: ASEAN summit is in order to address the influx of Rohingyas

Posted: 18 May 2015 08:02 AM PDT

Dr M: Pandikar came to see me, not happy with Najib

Posted: 18 May 2015 08:02 AM PDT