Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


TV3 challenged to organise Dr Mahathir - Najib debate

Posted: 17 May 2015 04:11 PM PDT

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kit SIang boleh cakap di Kota Baru, PAS tak boleh muktamar

Posted: 17 May 2015 05:59 PM PDT



Muktamar Jun 3, 4 dan 5

Ahmad Awang hanya untuk pecahkan undi Hadi untuk Husam

Posted: 17 May 2015 05:30 AM PDT


Umur Hadi 62 tahun, Ahmad Awang dah 79 tahun ... buat apa nak menyusahkan hidup untuk tanding Presiden. Bila menang pun bukan boleh jalankan kewajipan.

Ahmad Awang yang hanya pencacai kepada Ngeh dan Nga hanya berperanan untuk pecahkan undi Hadi dengan ambik sedikit undi ulamak yang tak mahukan Hadi. Dengan demikian, ianya hanya membantu pakar lancar tapi tak pernah jaya, Dato Husam Musa.

Tak perlu acah, DAP dan PAS perlukan masing-masing

Posted: 17 May 2015 02:24 AM PDT


Sudah-sudahlah Khalid Samad, PAS tak akan keluar jika kumpulan liberal menang atau kalah.

Memanglah DAP begitu kritikal terhadap kumpulan ulamak kerana mereka lebih mahu kumpulan liberal. Namun sampai masanya, DAP dan PAS akan tetap bersama.

DAP perlukan PAS dan PAS perlukan DAP.

1MDB: Tony Pua sudah takut ...

Posted: 16 May 2015 11:30 PM PDT


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dr M isytihar tidak sokong Najib lagi?

Posted: 17 May 2015 08:00 AM PDT


IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa lemah dalam mentadbir negara.

Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.

"Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.

"Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa," katanya pada program Bicara Negara Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.

"Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat," katanya.

Beliau berkata, ahli Umno terutamanya pimpinan tertinggi perlu berani menegakkan kebenaran sekali gus menggugurkan Najib daripada mengetuai Kabinet dan parti.

"Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

Selain itu, katanya, beliau tidak menolak Umno dan BN akan tumpas dalam PRU14 sekiranya pakatan itu mengekalkan Najib selaku Perdana Menteri.

"Mungkin, dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PASCA BANJIR: BERAPA BANYAK WANG NEGARA DIGUNA BANTU RAKYAT?

Posted: 17 May 2015 06:21 PM PDT


Pernahkah kita terfikir berapa banyak kerugian yang dialami oleh negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya Kelantan akibat banjir akhir tahun lalu?

Berapa banyak pula wang yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat di negeri-negeri tersebut sedangkan perbelanjaan untuk pemulihan pasca banjir tidak termasuk dalam bajet negara?

Sedangkan wang untuk membantu memulihkan keadaan mangsa dan infrastruktur itu seharusnya digunakan untuk perkara lain di negeri-negeri lain...adakah pernah kita fikir?

Mereka bising kononnya wang negara habis dibazir dan diselewengkan...namun pernahkan mereka berfikir berapa banyak wang negara terpaksa dikorek sana sini nak bantu bangunkan negeri mereka sendiri?

Tak tahu cerita kata wang diselewengkan kemudian sebarkan fitnah itu hingga diterima sebagai kebenaran...bukankah itu berdosa? 

Apakah hasrat kerajaan bantu rakyat dan mangsa banjir itu bazirkan wang rakyat? 

Tahukah kita bahawa Kerajaan Malaysia tidak meminjam atau berhutang sesen pun wang dari negara asing untuk membantu rakyatnya yang menderita akibat bencana banjir tersebut?

Dari mana duit nak bantu mangsa banjir itu datang?

Turun dari langitkah atau keluar dari perut bumikah?

Apakah pula yang dilakukan oleh kerajaan Negeri atau lebih tepat lagi puak-puak PAS untuk membantu rakyat?

Pasca banjir di Manek Urai...seperti zon perang. Adakah usaha pembersihan dan pemulihan ini tidak memakan wang negara dan negeri...adakah ia menyelewengkan wang negara?

Tanya pada Husam Musa, tanya pada Hatta Ramli apa yang mereka berdua buat untuk negeri kamu, rakyat kawasan kamu yang sedang derita pasca banjir?

Kamu semua asyik sibuk dengan berpolitik nak menjatuhkan Presiden kamu sedangkan Menteri Besar kamu terkapai-kapai membantu rakyat kamu malah kamu pula sibuk nak halang hudud?   

Mana dia hero-hero yang hebat berdemonstrasi di jalanan pergi di kala rakyat negeri sendiri perlu minta simpati dan pertolongan Kerajaan Persekutuan dari parti BN. 

Minta tanah dan wang untuk dirikan rumah mahu berlindung dari panas dan hujan?

Oooo mungkin mereka sedang berdemonstrasi lagi minta wang royalti atau desak rakyat beramai-ramai keluar duit dari Tabung Haji.


Atau mungkin sedang cari jalan bagaimana nak anjurkan ceramah sana sini untuk kaut duit-duit rakyat berguni-guni dan berpeti-peti atas alasan derma jihad dan derma akhirat?     

Baca berita ini....
TANAH MERAH 17 Mei – Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan tidak berpuas hati dengan perkembangan pembinaan rumah-rumah mangsa banjir di negeri ini kerana terlalu perlahan.

Hal ini kerana, daripada 1,824 rumah perlu dibina, hanya 19 sahaja telah siap sepenuhnya iaitu tujuh unit dibina oleh kerajaan Persekutuan dan 12 unit lagi kerajaan Pas Kelantan.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa tersebut, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu pemilikan tanah memang wujud, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan kelewatan memandangkan terdapat 513 rumah dikenal pasti bebas daripada masalah tersebut.

Sehubungan itu, Mustapa berkata, beliau telah memanggil jabatan atau agensi terlibat dengan proses pemulihan, khususnya untuk membina dan membaiki rumah mangsa banjir bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan mencari penyelesaian di sini hari ini.

"Dalam pertemuan sebentar tadi, kita dah bincangkan kaedah bagaimana mahu tingkatkan prestasi. Saya tekankan, pembinaan sebanyak 513 rumah yang tidak mempunyai masalah tanah sepatutnya berjalan lancar.

"Keutamaan juga akan diberikan kepada 117 keluarga yang didapati masih tinggal di dalam khemah, iaitu 70 keluarga di Gua Musang dan 47 keluarga di Kuala Krai. Kita memang tidak mahu mereka ini menyambut Aidilfitri dalam khemah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah yang telah siap dibina oleh kerajaan Persekutan kepada pemiliknya, Mat Zaki Mat Husin di Kampung Sat Tengah di sini hari ini.

Yang turut hadir Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa serta Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, antara langkah penyelesaian bagi keluarga yang tidak mempunyai tanah ialah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) telah menyediakan pelan program penempatan baharu di Chenulang, Kuala Krai.

Katanya, program penempatan baharu itu dijangka menyelesaikan masalah rumah kira-kira 400 keluarga mangsa banjir.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, daripada lebih 87,000 keluarga yang layak menerima wang ihsan RM500, sebanyak 71,190 keluarga telah menerima bantuan itu manakala baki kira-kira 17,000 lagi sedang disemak oleh Majlis Ke­selamatan Negara (MKN).

Beliau turut memberitahu, setakat ini, kerajaan Persekutuan te­lah menyalurkan peruntukan sebanyak RM36 juta kepada agensi kerajaan Pas Kelantan iaitu Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) untuk kerja-kerja baik pulih loji serta paip di seluruh negeri ini.


Dahsyat-dahsyat 87,000 orang kebanyakkan di Kelantan yang akan menerima wang ehsan dari kerajaan Pusat. RM500.00 untuk sekeluarga ertinya RM43.5 juta. Dicampur dengan bantuan RM36 juta menjadikannya RM80 juta wang negara dibelanjakan untuk bencana luar jangka.

Itu belum lagi termasuk bajet-bajet luar jangka yang sepatutnya menjadi hak milik negeri lain tetapi terpaksa digunakan untuk membangunkan semula penempatan mangsa banjir. 

Nak bangunkan semula sekolah, pejabat. surau, masjid...apakah itu semua tidak memerlukan biaya?

Bantuan tersebut tiada dalam perancangan, namun bajet perlu diadakan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Adakah bantuan itu membazirkan wang rakyat dan memalaskan mereka sepertimana tohmahan BR1M yang dikatakan membazir dan memalaskan rakyat?

Apa pula jasa mereka nak bantu rakyat, mengeluarkan mereka dari kesusahan hidup?

Hanya bagi sekampit beras, gula dan kopi itu dikatakan kononnya dah memadai bantu rakyat...pamer dalam akhbar heboh kononnya itu keprihatinan mereka berbanding kerajaan Pusat yang didakwa tak buat apa-apa?


Kalau bukan kerana Perdana Menteri seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab dah tentu dia akan membiarkan saja rakyat Kelantan mati sejuk kekejungan kerana bencana banjir itu.

Namun atas sifat ehsan kerajaan Pusat maka dibantu juga saudara seagamanya walaupun berlainan parti. 

Kini rakyat dan pemimpin di Kelantan meminta agar negeri itu diberikan keutamaan dalam pembangunan infrastruktur dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11).

Dari mana wang nak dibelanjakan untuk keselesaan rakyat jika kerajaaan tiada pendapatan setelah cukai SST dimansuhkan?

Takkan nak harapkan duit-duit sedekah tin milo dan ceramah bagai semata? 

Cakap semua orang boleh cakap...itu salah ini tak betul, tapi apa jasa kamu bantu rakyat? 

Adakah kamu bersusah payah bantu rakyat atau sekadar berceramah sana sini buat tuduhan dan lempar kutukan kemudian syok sendiri kata orang lain tak buat apa-apa?

Insaflah, dalam kubur nanti akan disoal segala amalan kamu..."apakah jasa-jasa di saat-saat akhir hayatmu yang kamu lakukan untuk bangsa kamu?"...

Maka jangan dijawab "aku tak buat apa-apa melainkan aku memecah belahkan bangsaku sendiri dahulu sampai akhir ajalku"  

BR1M: KITA MALASKAN RAKYAT ATAU MEREKA MALAS BANTU RAKYAT...CAKAP JE PANDAI?

Posted: 17 May 2015 05:07 AM PDT


JOHOR BAHRU 16 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan bertujuan menjadikan rakyat malas, tetapi merupakan jaringan sosial dan cara kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada rakyat.

Perdana Menteri berkata, me­ne­rusi BR1M, kerajaan berharap dapat meringankan beban rakyat dalam menangani kenaikan kos sara hidup termasuk ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

''BR1M untuk membantu golong­an susah dengan memindahkan sebahagian kekayaan negara untuk jangka pendek. Dulu (jumlahnya) RM650 setahun, sekarang RM950 dengan mengambil kira kenaikan kos hidup kerana GST supaya dapat menampung belanja keperluan dapur dan anak-anak.

''Bukan bererti kita jadi malas. Saya nak tanya berapa ramai terima BRIM? Apakah BR1M menjadikan tuan-tuan dan puan-puan malas? 

Siapa tak nak BR1M boleh pulang balik dan kalau ramai tak nak saya boleh mansuhkan BR1M tetapi niat hati kerajaan ialah untuk menolong rakyat dan BR1M ini juga bukan nak beli undi dan maksud politik tapi untuk tolong rakyat,'' tegas beliau sambil menerima tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 orang yang menghadiri Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1, di sini hari ini.

Penjelasan Perdana Menteri itu bagi menjawab kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak bersetuju dengan BR1M dan menyifatkannya menjadikan rakyat malas.

NAJIB TUN RAZAK menunjukkan blok projek perumahan rakyat sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Mohamed Khaled Nordin, Abdul Rahman Dahlan, Halimah Saddique dan Abdul Latif Bandi di majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 dan Melancarkan Pembinaan PPR Melana Fasa II di Taman Perling, Johor Bahru di sini hari ini. mingguan/RAJA JAAFAR AL

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nor­din; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Najib menjelaskan, pemberian BR1M bukan cadangan beliau, tetapi cadangan Jawatankuasa Fiskal dan Bank Negara untuk membantu 40 peratus rakyat berpendapatan rendah.

''Kita naikkan harga minyak (se­bab) kita nak kurangkan subsidi. Apabila harga minyak rendah, siapa untung? Penduduk untung tetapi ada ketirisan. Jadi, bila bagi BR1M, kita bagi kepada golongan yang betul dan tiada ketirisan,'' katanya.

Perdana Menteri berkata, pro­jek perumahan rakyat (PPR) ju­ga merupakan antara dasar pemin­dahan kekayaan kepada rakyat dalam usaha berterusan kerajaan memperjuangkan keperluan ekono­mi rakyat.

Menurutnya, perumahan sentiasa menjadi keutamaan beliau sejak mula menjadi anggota pentadbiran hingga sekarang kerana kediaman bukan sekadar bumbung tempat berteduh, malah memberi 1,001 rahmat.

''Sebab itu perumahan mampu milik dijadikan keutamaan antara yang tertinggi dan akan terus diperjuangkan seperti yang tertera dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13. Apatah lagi dengan skim seperti PPR, kalau kita tidak mampu memilikinya, boleh disewa dengan kadar begitu rendah.

''Kalau kita memiliki rumah yang akan atau telah siap, fasa pertama di sini umpamanya, nilai yang dijual pada harga RM35,000. Kos sebenarnya secara keseluruhan RM100,000, sudah untung tiga kali ganda dan dalam beberapa tahun tentu sekali akan meningkat dalam sekelip mata dan inilah yang kita katakan satu dasar di mana kita boleh memindahkan kekayaan negara kepada rakyat,'' katanya.

Mengenai GST, Najib menjelaskan, kebaikan cukai baharu itu akan dapat dilihat terutamanya menerusi pertambahan hasil dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang bermula tahun depan.

''Kalau kita (negara) tambah hasil, saya akan bentang dalam Belanjawan negara supaya rakyat tahu apa hasilnya. Sudah 160 negara telah melaksanakannya dan tanpa GST, ramai orang akan mengelak daripada membayar cukai. Jadi, janganlah kita dengar hasutan pelbagai pihak,'' katanya sambil memberi jaminan kerajaan akan memperbaiki pelaksanaan cukai tersebut dari semasa ke semasa.


Nak tanyalah andaikata BR1M dihapuskan apakah akan jadi pada rakyat...marahkan? 

Bila marah kita akan duduk senang lenang?

Siapakah gologan yang banyak menerima manfaat BR1M ...apa yang mereka buat dengan bantuan tersebut? 

Beli barang keperluan untuk memasak...adakah itu merugikan rakyat?

Adakah bila dapat wang BR1M penerima akan simpan tak belanja?...Bila belanja adakah ekonomi tak bergerak?

Terdapat banyak cara nak bantu rakyat...beri subsidi, beri zakat, beri pinjaman Tekun, Ikthiar Malaysia dan biasiswa... tapi adakah semua itu menjadikan rakyat dan umat semakin malas? 

Elok-elok dapat bantuan yang sedikit sebanyak yang boleh bantu hidup mereka tetiba dah kena tarik...adakah mereka akan gembira?

Adakah pemberian duit BR1M akan menyebabkan negara menjadi miskin?

Bilangan penerima BR1M pun semakin berkurangan kerana mereka berusaha mengeluarkan diri mereka dari kemiskinan.

Kita lebih suka mengktitik orang lain buat kebaikan sedangkan kita tak buat apa-apa untuk menyelesaikan masalah umat. Dah rasa bagus hebat sangat kot?

Bila dalam kubur malaikat Mungkar Nangkir tanya apa jasa kamu di dunia semasa hidup untuk bantu rakyatmu? Jawab jer.... aku tau kritik jer!




 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Selepas 7 tahun, Wan Azizah kembali ke Dewan Rakyat

Posted: 17 May 2015 09:14 PM PDT



Puas Hati Dengan Jawapan Najib?

Posted: 17 May 2015 08:35 PM PDT

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah, BR1M, Jambatan Bengkok dan sebagainya lagi.

Persoalan dan jawapan itu dimuatnaik dalam blog NajibRazak.com miliknya.

Mengenai Altantuya, Najib nampaknya mengulangi fakta lama dengan mengatakan proses mahkamah untuk kes itu sudah pun berakhir, manakala beliau pula sudah disahkan tidak terbabit sama-sekali, selain telah bersumpah laknat menafikan mengenali wanita Mongolia terbabit.

Perdana Menteri seakan-akan menempelak Tun Mahathir dengan bertanya, kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu? 

Dalam hal ini, pertanyaan bekas Perdana Menteri kepada Najib hanyalah mengenai siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Tentang 1MDB juga, Najib sekali lagi meminta semua pihak menunggu hasil siasatan audit yang sedang dijalankan ketika ini. Misteri hutang setinggi RM42 bilion dan ke mana hilangnya RM27 dalam syarikat pelaburan itu yang merupakan antara asas kritikan Tun Mahathir, langsung tidak disentuhnya.

Begitu juga mengenai peranan dan penglibatan Jho Low dalam beberapa pelaburan 1MDB di luar negara, turut tidak dijawab oleh Najib. Berdoalah kita siang malam mudah-mudahan laporan audit nanti menemui nama Jho Low dalam siasatannya!
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat marah berganda peniaga naik harga selepas GST, kata Ahmad Maslan

Posted: 17 May 2015 08:31 PM PDT

Datuk Ahmad Maslan hari ini menyalahkan peniaga atas kenaikan harga barangan yang berlaku selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, harga barangan seharusnya jauh lebih murah apabila GST dilaksanakan kerana ia hanya mengenakan cukai sebanyak 6% berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelumnya pada 10%. "Sepatutnya apabila GST digantikan dengan SST, semua harga barangan akan turun, 10% diganti dengan 6%.

 "Banyak barangan yang selama ini ada SST, yakni baju Tan Sri (Speaker), pakaian dalam wanita, pakaian lelaki, sepatutnya harga turun, tetapi peniaga yang salah," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, kerana sikap peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun SST tidak dikenakan lagi, menjadi punca kemarahan rakyat selain terpaksa membayar cukai GST.

"Rakyat marah kerana dua sebab. Pertama, harga barang dinaikkan oleh peniaga, dan kedua, kena bayar cukai (GST). Sebab itu mereka marah berganda," katanya.

Pendirian Malaysia dalam isu Morsi, Rohingya memalukan-AMK

Posted: 17 May 2015 08:21 PM PDT

Pendirian sebenar kerajaan dalam dua isu berkenaan menjadi tanda tanya
Nik-Nazmi-Nik-Ahmad_Rohingya_amk_600PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengutuk pendirian Malaysia terhadap isu-isu kemanusiaan di peringkat amtarabangsa yang dianggap memalukan sebagai sebuah negara yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata setakat ini Malaysia tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung hukuman mati yang dikenakan terhadap bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi.
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor itu mengaitkan pendirian itu kerana kerajaan malu dengan penyalahgunaan sistem kehakiman negara.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Nik Nazmi membangkitkan pendirian kerajaan terhadap isu pelarian Rohingya.
Katanya, Malaysia tidak bertindak berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya yang menggadai nyawa di tengah lautan.
"Sikap acuh tak acuh oleh Pengerusi ASEAN dan ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini (PBB) adalah amat mengecewakan.
"Ini jauh berbeza dengan tradisi kita memperjuangkan keadilan di Afrika Selatan, Palestin, Bosnia Herzegovina, Negara Thai dan Filipina.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah dilantik ketua pembangkang baru

Posted: 17 May 2015 08:17 PM PDT

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) dan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin) mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen hari ini.

Upacara angkat sumpah itu diadakan di hadapan Speakder Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wan Azizah, yang kembali ke Parlimen selepas tujuh tahun, juga diumumkan oleh Speaker sebagai ketua pembangkang baru.

Kenapa Najib tidak jawab sama isu Rosmah?

Posted: 17 May 2015 08:15 PM PDT



KUALA LUMPUR: Satu perkara yang Datuk Seri Najib Razak tidak sentuh langsung dalam jawapannya ialah mengenai karenah dan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

Bagi penulis Shahbudin Husin, sedangkan ia bukan saja menjadi percakapan paling popular di kalangan rakyat, bahkan Tun Mahathir Mohamad juga baru-baru ini mendakwanya berlagak seolah-olah Perdana Menteri.

"Kenapa ia tidak disentuh atau tidak berani disentuh hanya Najib yang mengetahui sebab-sebabnya," tulis beliau dalam blognya sebagaimana di bawah.

Setelah berbulan-bulan berdepan kritikan berterusan mengenai pelbagai kepincangan dalam pentadbirannya daripada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, barangkali kerana semalam adalah hari minggu yang agak lapang baginya, Najib Razak akhirnya meluangkan masa menjawab 13 dakwaan yang kerap dibangkitkan terhadapnya.

Antara yang dijawabnya ialah mengenai pembunuhan Altantuya, 1MDB, pembelian jet, kemungkinan BN kalah dalam pilihan raya akan datang, prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah, BR1M, Jambatan Bengkok dan sebagainya lagi.

Persoalan dan jawapan itu dimuatnaik dalam blog NajibRazak.com miliknya.

Mengenai Altantuya, Najib nampaknya mengulangi fakta lama dengan mengatakan proses mahkamah untuk kes itu sudah pun berakhir, manakala beliau pula sudah disahkan tidak terbabit sama-sekali, selain telah bersumpah laknat menafikan mengenali wanita Mongolia terbabit.

Perdana Menteri seakan-akan menempelak Tun Mahathir dengan bertanya, kenapa persoalan ini hanya diperkatakan sekarang dan bukannya lapan tahun lalu?
Read More / Baca Lagi >>

MP bimbang tarif TNB mungkin naik jika beli loji 1MDB

Posted: 17 May 2015 08:13 PM PDT

Kerajaan digesa supaya tidak meluluskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil alih loji kuasa arang batu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sekiranya ia akan menyebabkan tarif elektrik yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Azman Mohd pada 12 Mei bahawa TNB berhasrat untuk memohon kenaikan tarif untuk menampung pembelian loji janakuasa arang batu 2000MW itu yang dikenali sebagai Projek 3B.

Pua berkata dakwaan Azman bahawa TNB tidak akan membayar premium untuk memperolehi saham majoriti dalam projek itu adalah berita baik untuk orang ramai kerana ia bermakna TNB tidak berhasrat untuk menyelamatkan projek 1MDB itu.

"Bagaimanapun, kita juga prihatin bahawa Azman akan memohon 'semakan tarif' sekiranya TNB mengambil alihnya, dengan mendakwa projek itu mungkin sebaliknya tidak 'berdaya maju secara komersial'.

"Oleh kerana projek ini telah dianugerahkan melalui tender terbuka, maka Suruhanjaya Tenaga (EC) mestilah jangan meluluskan sebarang pemindahan hak konsesi loji kuasa itu sekiranya ia akan melibatkan apa-apa perubahan dalam tarif yang dipersetujui," katanya.

Bulan lepas dilaporkan bahawa TNB mengintai projek itu, dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Tan Sri Maximus Ongkili dilaporkan mengesahkan pada 12 Mei bahawa perbincangan mengenai TNB untuk memperoleh ekuiti terbesar dalam Projek 3B sedang berjalan.

Hasan Malek ingatkan Dr Mahathir, ‘Melayu mudah lupa’

Posted: 17 May 2015 08:05 PM PDT

Datuk Seri Hasan Malek menyarankan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan yang sering kali menjurus kepada menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut mempersoalkan sama ada Dr Mahathir lupa akan pihak yang pernah meyokongnya ketika zaman pentadbirannya sambil mengiingatkan bekas perdana menteri itu yang beliau sering mengungkapkan ungkapan "Melayu mudah lupa". "Saya rasa lebih elok Tun Mahathir lebih berhati-hati dalam kenyataan.

"Kenapa kini, ketika kepimpinan perdana menteri beliau sering mengutuk dan memberi kenyataan yang boleh merugikan parti, rakyat dan negara. Tidak salah untuk menegur, namun biarlah ia dilaksanakan secara berhemah," katanya seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasan yang merupakan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan juga mengatakan tindakan Dr Mahathir yang mengkritik Najib tanpa henti menjejaskan imej Umno.

"Meskipun menerusi blognya chedet.cc menyatakan yang beliau hanya mengkritik pemimpin bukannya parti tetapi secara tidak langsung ia menjejaskan imej parti," katanya seperti dilaporkan akhbar itu. Pada masa yang sama, Hasan turut memberitahu pemberita rakyat terutamanya masyarakat kampung masih memberi sokongan padu kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Pandikar Amin umum pelantikan Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang

Posted: 17 May 2015 07:56 PM PDT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula berkhidmat sebagai ketua pembangkang untuk kali kedua hari ini apabila Dewan Rakyat bersidang semula untuk Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 tahun ini.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan pelantikan itu selepas menerima majlis angkat sumpah beliau dan ahli Parlimen baru dari Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Rompin Datuk Hasan Arifin. "Dr Wan Azizah mendapat sokongan sebulat suara daripada pihak pembangkang untuk menjadi ketuanya.

 "Yang Berhormat Permatang Pauh, selamat datang kembali ke Parlimen dan tahniah atas pelantikan sebagai ketua pembangkang," kata Pandikar dalam ucapannya.

Fitnah terhadap Tabung Haji rugikan semua pihak, kata pengerusi

Posted: 17 May 2015 07:53 PM PDT

Semua pihak harus menghentikan fitnah kepada Lembaga Tabung Haji kerana badan pengurus dana haji itu masih berada di landasan landasan betul seperti sebelum ini dan menunjukkan kemajuan dan keuntungan yang tinggi, kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pengerusi Tabung Haji itu meminta agar pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap agensi itu kerana ia hanya akan merugikan semua pihak. "Ia semakin menunjukkan aras kemajuan dan keuntungan yang tinggi," katanya yang juga ahli Parlimen Baling seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, isu kontroversi Tabung Haji itu merupakan permainan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan reputasinya bersama agensi itu dan berharap supaya tiada pihak mengaitkan agensi tersebut dengan politik. "Walaupun saya orang politik, apabila mengurus Tabung Haji, saya tidak mencampurkan dua perkara ini.

"Tabung Haji adalah satu badan yang telus yang memegang amanahnya dalam pengurusan jemaah haji ke Mekah," katanya. Pada masa sama, beliau juga yakin keadaan akan kembali pulih seperti biasa di Tabung Haji dalam tempoh yang terdekat ini.

"Saya pasti sedikit masa lagi, semuanya akan kembali pulih dan kebenarannya akan diketahui," katanya. Sebuah blog yang dinamakan "The Benchmark" pada 6 Mei membocorkan dokumen terperinci mengenai rancangan Tabung Haji membeli 2 plot tanah daripada 1MDB di tapak projek TRX itu.

Read More / Baca Lagi >>

Persamaan 1MDB dan Scorpene membimbangkan, Najib mesti bertanggungjawab, kata C4

Posted: 17 May 2015 07:48 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti bertanggungjawab terhadap peranannya dalam dua skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan urusan jual beli kapal selam Scorpene, di mana berbilion ringgit digunakan tanpa akauntabiliti, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Badan yang mengawal rasuah itu berkata, persamaan dalam dua kes kontroversi berkenaan sangat membimbangkan. "Najib mesti bertanggungjawab dalam skandal ini," kata pengarah eksekutif C4, Cynthia Gabriel dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hutang RM42 bilion dalam tempoh 5 tahun beroperasi yang dikumpul 1MDB menunjukkan bagaimana permainan kuasa, politik naungan dan rasuah membawa kesan buruk kepada negara ini.

Cynthia berkata, tidak mengejutkan yang dana pelaburan strategik negara itu bukan skandal kewangan pertama melibatkan Najib. "Perjanjian Scorpene Submarine merupakan satu lagi pembelian berbilion ringgit yang memalukan negara yang dapat dihidu rasuahnya sebelum pilihan raya umum lalu.

"Pelbagai jawapan yang tidak konsisten muncul di Parlimen dan akhirnya membuatkan kumpulan hak asasi manusia Suaram memfailkan aduan kehakiman di tribunal Perancis," katanya. Gabriel berkata terdapat 4 faktor yang sama dalam kedua-dua urusniaga kontroversi itu temasuk penglibatan Najib dalam kedua-dua kes.

ONLY SIRUL CAN UNLOCK THE ALTANTUYA MYSTERY: Najib continues to avoid the KILLER question

Posted: 17 May 2015 07:34 PM PDT


ONLY SIRUL CAN UNLOCK THE ALTANTUYA MYSTERY: Najib continues to avoid the KILLER question
Abdul Razak Baginda is a free man and he had nothing to do with the murder of Altantuya Shaariibuu on October 19, 2006.If Abdul Razak Baginda did not order the two elite cops to kill her, who did?
Najib can refuse to answer or verify the various short messages (sms) between him and Datuk Shafee Abdullah. Najib can also simply ignore the purported involvement of one of his brothers in sending P.I Balasubramaniam out of the country. Najib can also ignore Deepak Jaikishan's involvement in helping financing P.I Balasubramaniam staying in exile.
Najib can also not be bothered to explain why the PDRM refused to investigate the two contradicting Statutory Declarations made by the late P.I Balasubramaniam. But of course either one should be true.
Najib can ignore the fact that the immigration record of Altantuya's entry into the country has been expunged. Najib need not be bothered to explain whether Altantuya was his or Baginda's mistress.
Najib can also refuse to explain how come the C4 ammunition was used in disposing the corpse. He can forget about what Raja Petra Kamaruddin had written about those present at the murder scene.
Najib can also refuse to comment on the sighting of his aide Musa Safri at the time Altantuya was abducted from the taxi.

Abdul Razak Baginda
In short, Najib can choose not to answer every other question as well.
BUT, Najib must bring forward the person or persons who gave the order to kill Altantuya. That's all the people are asking. Najib must be reminded that it is not just Dr. Mahathir alone who wants to know who!
That is the question that has been asked since Abdul Razak Baginda was set free about 9 years ago and not just now!
Datuk Seri Najib Razak has explained, sworn in the mosque, denied everything and defended himself as being innocent of anything related to the murder, yet he refused to find out who gave the order. Why?
Critics have frequently pointed to the closeness of Abdul Razak, the two bodyguards, ex-Chief Inspector Azilah Hadri and ex-Corporal Sirul Azhar Umar to Najib. The latter were part of the Special Action Squad, an elite team of bodyguards directly under Najib's control. That is why Najib is implicated and unfortunately he has refused to find the real culprit.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB ‘Frankenstein’ yang bakal musnahkan Najib

Posted: 17 May 2015 05:13 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (laporan 12 Mei 2015 Astro Awani) mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu.
Namun keputusan itu ditarik balik.
Nah, pendedahan itu tiba-tiba menyentak perhatian umum kepada asal usul 1MDB, 'badan pelaburan berdaulat kedua' atau 'second sovereign wealth fund' (selepas Khazanah). Apa pula kaitan 1MDB dengan Terengganu? Saya kira ini peluang saya merumuskan pengamatan saya dan mengongsikannya di sini.

Bagi memulakan cerita, "Wang Royalti" nama asalnya, yang bertukar menjadi Wang Ehsan, akibat pengkhianatan Kerajaan Persekutuan enggan membayar kerajaan negeri ketika PAS menawan Terengganu, perlu terus diurus. Jumlah royalti sebanyak kurang lebih RM2.5-RM3 bilion setahun. Selepas berlalu sedikit waktu di mana wang ehsan menjadi semacam "dana politik" milik penguasa politik negeri tanpa pertanggungjawaban, terbit cadangan menubuhkan sebuah badan pelaburan.
Maka terbentuklah 'Terengganu Investment Authority' atau TIA pada tahun 2008, yang antara lainnya, pelaburan 'wang ehsan'. RM3 bilion setahun bukan sedikit. Ramai terlioq agaknya!
Ya, kalau begitu, asal TIA, adalah dana "berdaulat" yang mengurus kekayaan hasil sumber minyak dan gas negeri Terengganu. Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak sangsi kalau begitu seperti asal.
Dalam pada itu, minat dan nafsu Putrajaya untuk terlibat mengurus dana semakin berahi.
Akhirnya tampil cadangan menjadikan TIA sebahagian entiti "Persekutuan". Putrajaya lantas membuat "pelawaan". Sebagai sebuah kerajaan negeri sukar untuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said tolak. Maklumlah.
Nyata ketika Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan kebenaran kenyataan Ahmad Said, esoknya (13 Mei), beliau semacam tidak tahu tentang dakwaan Ahmad Said atau sengaja hendak membodek bosnya di Putrajaya. Dalam kedua-dua keadaan tadi, Ahmad Razif tampak tidak betul atau salah.
Salah kerana tidak tahu sejarah tadbir-urus entiti penting milik negeri, TIA. Salah juga kerana membodek bos dalam isu yang boss ternyata sudah membuat komitmen sendiri satu ketika dahulu!
Ahmad Razif lantas menyatakan tidak wujud cadangan untuk menjadikan hasil minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran untuk pinjaman 1MDB.
Tidak dinafikan, beliau ada mengakui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah bersetuju untuk menjadi TIA sebagai satu badan pelaburan kerajaan negeri. Modal berbayarnya adalah RM1 juta yang dibayar oleh pihak kerajaan negeri.
MMKN kemudiannya memutuskan kerajaan negeri tidak bersedia untuk terus bersama dalam TIA kerana tidak mahu mengambil risiko yang agak besar, meskipun TIA dikatakan sudah mula membuat keuntungan. Kerajaan dibayar balik modal berbayar RM1 juta. Benar tetapi tidak lengkap.
Bagi mengelak dakwa-dakwi, saya petik secara verbatim laporan akhbar The Star, 22 Julai, 2009, bagi membawa balik ingatan semua pihak apa sebenarnya pengkisahan semua ini.
KUALA LUMPUR: The Terengganu Investment Authority (TIA) is being expanded to a federal entity called 1Malaysia Development Bhd (1MDB) with the aim of investing billions of ringgit in energy, real estate and hospitality sectors in the country, according to a statement from the Prime Minister's office.
It was earlier proposed that the TIA would raise RM11bil for investments, of which RM5 billion were to be government-guaranteed bonds while RM6bil were bonds to be collateralised by oil royalty payments to the state of Terengganu.
The King, who is also the Sultan of Terengganu, has consented to the arrangement. The new entity will be wholly-owned by Ministry of Finance Inc and will report directly to the Prime Minister. The Cabinet has also given its approval in principle.
The statement said more details would be released in the coming weeks.
Maka apa yang dinyatakan oleh mantan menteri besar Ahmad Said adalah benar dan benar belaka.
Saya memuji kefahaman Ahmad Said tentang risiko yang bakal diambil beliau dengan kaedah 'securitisation of future income' daripada hasil minyak dan gas Terengganu sekiranya dipersetujui beliau!
Read More / Baca Lagi >>

1MDB ialah LUBANG HITAM dalam cakrawala kewangan Malaysia

Posted: 17 May 2015 05:05 PM PDT

1MDB ialah sebuah lubang hitam dalam cakrawala negara kita. Dan lubang hitam ini diujudkan oleh PM Najib Tun Razak.
Dia dan lembaga pengarah, sebelum dan sekarang, semua bertanggung jawab keatas musibah kewangan yang melanda negara.
Ia melanda negara sebab kerajaan menjamin banyak hutang yang diambil oleh syarikat persendirian ini. Kerajaan tidak ada bisness untuk membantu syarikat yang bukan GLC, bukan badan berkanun dan bukan milik negara.
Kenapa PM jadi penasihat dan kenapa kerajaaan menyokong sangat syarikat ini?
Akhirnya, rakyat Malaysia melalui kecuaian dan kebodohan menteri kewangan di tipu oleh beberapa orang Cina yang dketuai oleh Jho Low, Li Lin Sit, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid. List penyangak ini belum muktamad sehingga suatu penyiasatan terperinci dilakukan.
Sejak dari mula 1MDB ialah syarikat shell atau kosong yang diujud untuk membalun duit Malaysia. Dari mula ketika membuat suatu JV dengan PetroSaudi, 1MDB melabur sebanyak USD1 billion yang kesemua nya, akhir nya, masuk dalam akaun yang dkuasai oleh Jho Low.
Dan ini perkara yang semua rakyat Malaysia mesti tahu. CEO 1MDB tidak boleh meluluskan pemindahan USD1 billion kemana mana tanpa persetujuan lembaga pengarah. Ini bererti lembaga pengarah semua bersalah dan bertanggung jawab.
Saya sangat berharap, lembaga pengarah tidak akan kata bahawa mereka mendapat arahan. Sebab hanya yang boleh beri arahan ialah penasihat 1MDB iaitu PM sendiri.
Jika di negara Cina, semua mereka ini, lupakan jika mereka Melayu- akan dibariskan depan penembak. Kalau di Korea Utara akan di tembak dengan anti-aircraft gun.
Dan kerajaan sendiri- mengapa menjamin peneribitan bon yang pertama iaitu sebanyak RM5 billion untuk 30 tahun pada kadar kupon 5.75%?
Jaminan kerajaan ini adakah ianya dululus oleh cabinet?
Read More / Baca Lagi >>

Egypt: international condemnation over Muslim Brotherhood death sentences

Posted: 17 May 2015 04:49 PM PDT

That is not my problem

Posted: 17 May 2015 04:47 PM PDT

How sad that we share stories on Facebook promoting humanity, yet when it arrives at our doorstep, we look the other way.
malaysia,rohinya
"This is not a humanity issue. This is a national security issue. These people will upset the fabric of our society. Rohingya are not our problem. They cannot simply sail to Malaysian shores thinking we welcome them. We don't. We don't want them. Go away. If they die at sea, that is their problem. Nobody asked them to leave home. We will be delusional thinking we can solve their problem. We simply can't. Get real."
I read the above comment last night and was dumbstruck.
I pondered and pondered for hours, trying to put myself in the commenter's mind, figuring out the rationale for such a statement.
There was no way I could rationalise it.
"Rohingya is not our problem."
So what is our problem?
We previously sent our troops on a peace mission to Somalia – was that our problem?
We sent food and medical aid to Gaza and Syria – was that our problem?
And the humanitarian aid for the Indonesian earthquake and Japan tsunami victims – was that our problem too?
Or was the donation we made for Vietnam's flood victims and the typhoon victims in Philippines any of our problem?
How did Somalia, Gaza, Syria, Indonesia, Japan, Vietnam and the Philippines become our problem but not the Rohingya? How is it that we have the humanitarian capacity to assist these nations but we stop short at the Rohingyas?
The persecution the Rohingya face did not emerge yesterday or the day before. In fact, the Rohingyas have been seeking refuge in Malaysia since the early 80s. Why did it take more than three decades for our government to voice their concerns regarding the violence and ethnic cleansing carried out by the Myanmar government towards this minority?
Read More / Baca Lagi >>

Rohingya: Malaysia persoal tanggungjawab Myanmar

Posted: 17 May 2015 04:46 PM PDT

ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.
Muhyiddin_Rohingya_600SHAH ALAM: Malaysia mempersoalkan tanggungjawab dan nilai kemanusian kerajaan Myanmar dalam menangani isu pelarian Rohingya.
Perkara itu dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tegas beliau, ASEAN tidak perlu menanggung beban dengan menerima kebanjiran pelarian Rohingya ke negara masing-masing walaupun Myanmar juga merupakan salah sebuah negara anggota.
"Apakah mereka (Myanmar) tidak ada perikemanusiaan untuk menyelesaikan perkara ini secara dalaman sehingga beban itu terpaksa ditanggung oleh negara-negara ASEAN yang berjiran dengan Myanmar? Ini perkara yang tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Menurut Muhyiddin, kebanjiran pelarian berkenaan ke negara jiran, terutama Malaysia telah memberi kesan tidak baik.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Projek Golf Tunas Bestari di Kelab Golf Glenmarie di Shah Alam.

Yusni digugur Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang

Posted: 17 May 2015 04:45 PM PDT

pas-pulau-pinang
PETALING JAYA: Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,
Beliau digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat mengesahkan pengguguran Mohd Yusni itu.
Beliau berkata, pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Pas Kawasan di negeri itu.
Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.
Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat," katanya dalam kenyataan media.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen gagal utamakan kepentingan negara dan rakyat, kata peguam

Posted: 17 May 2015 04:34 PM PDT

Di sebalik sumpah mereka untuk berkhidmat buat pengundi, ahli Parlimen dilihat lebih mengutamakan ketua dan pemimpin politik mereka berbanding perkhidmatan kepada rakyat, kata peguam, dan memberi amaran rakyat dan negara akan menerima kesannya sekiranya pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Mereka berkata anggota Dewan Rakyat, terutamanya daripada parti Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan sumpah mereka dalam melaksanakan tugasan, termasuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Peguam kanan Datuk Dominic Puthucheary berkata, Dewan Rakyat gagal memainkan tugasnya kerana parti politik menguasai Dewan dan menukarnya kepada "Dewan Parti".

"Wakil rakyat di Dewan Rakyat dipilih pengundi, tetapi mereka memberikan kesetiaan kepada pemimpin politik dan menjadi Dewan Parti," katanya yang kini berusia 82 tahun, dan pernah dipilih sebagai ahli Parlimen Nibong Tebal selama sepenggal pada 1995. Beliau berkata, mereka yang dipilih tidak memahami tugas sebenar atau ambil kisah untuk mengetahui apa yang seharusnya mereka lakukan berlandaskan Perlembagaan.

"Bagi kebanyakan mereka, ia adalah karier dan bukannya melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat," katanya, sebagai respon terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah supaya mengutamakan negara dan rakyat berbanding pihak lain. Kesemua 222 ahli Parlimen akan bersidang hari ini selama sebulan bagi membincangkan hal ehwal negara.

Ketika persidangan pada Mac, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tengku Razaleigh, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata, Malaysia kini dibelenggu dengan kebuntuan politik dan ekonomi, dan hanya anggota Dewan Rakyat yang mampu meleraikannya.

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini dibebani hutang dan pelaksanaan sistem percukaian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Kita kini berhadapan cabaran yang tidak dijangka bagi memenuhi ikrar berkhidmat untuk rakyat dan negara. "Ini kerana, kuasa Dewan Rakyat dipindahkan kepada kepimpinan parti politik," katanya, yang menjadi ahli Parlimen sejak 1974.

Read More / Baca Lagi >>

Pandikar Amin akui jumpa Dr Mahathir bincang politik, bukan letak jawatan

Posted: 17 May 2015 04:30 PM PDT

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi katanya, ia bagi membincangkan isu politik, bukan berhubung hasratnya meletak jawatan.

Utusan Online melaporkan Pandikar berkata pertemuan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana bekas perdana menteri itu ialah seorang mentor dan guru politik kepada pemimpin negara ini. "Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

 "Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang, apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa. "Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tidak akan letak jawatan.

"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri," beliau dipetik berkata portal berita itu pada satu sidang media selepas pelancaran Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Kota Belud hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dipecat Kerana PBS: Tidak patah semangat, bekas guru mulakan langkah baru

Posted: 17 May 2015 04:17 PM PDT

Mohd Nor Izzat semasa ditemuramah di Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 14 Mei. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Mei, 2015. 
Mohd Nor Izzat semasa ditemuramah di Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 14 Mei. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Mei, 2015.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, yang sebelum ini lantang mendesak Putrajaya memansuhkan sistem peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), tidak diraikan pada sambutan Hari Guru semalam, 16 Mei.
Tetapi, bekas guru Pendidikan Seni Visual yang menerima surat tamat perkhidmatan hujung Mac lalu itu tidak kecewa walaupun kelemahan yang dikenalpastinya dalam sistem itu diakui kementerian dan diperbaiki.
Beliau sebaliknya masih mampu tersenyum kerana usahanya mentransformasikan sistem pendidikan negara berhasil.

Pemecatannya bukan pengakhiran baginya yang mengakui tidak sesekali berpatah semangat, malah akan terus menjadi pejuang dan pemerhati kepada guru dan sistem pendidikan negara."Bila saya dihentikan memang agak tergugat untuk teruskan perjuangan itu. Bila kita bukan cikgu, kita tidak menjiwai. Tetapi saya cuba guna 3 tahun pengalaman mengajar untuk menjiwainya.
"Langkah saya baru bermula. Dahulu sebagai latihan kendiri melihat ketahanan mental sama ada saya boleh bergerak atau tidak.
"Dalam hati saya sedih itu tidak ada. Saya cuba adakan, tetapi tidak sampai. Isteri saya pun masih boleh ketawa, katanya tidak ada rezeki. Mungkin rezeki di tempat lain," katanya.
Izzat, 29, diberhentikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 31 Mac lalu walaupun hanya dimaklumkan mengenai perkara itu 3 minggu selepas tarikh surat berkenaan.
Bekas guru di SMK Damak, Jerantut itu juga sebelum itu ditukarkan ke SMK Triang, Bera dan terpaksa berulang alik lebih 200km setiap hari ekoran lantang menentang PBS.
"Saya diberhentikan atas sebab tatatertib dengan 4 pertuduhan. Pertama, bersama dengan pembangkang semasa himpunan 22 Februari 2014 di Masjid Bangi sedangkan himpunan itu anjuran saya.
"Kedua kerana saya pentadbir utama laman (Facebook) 'Kami Mahu PBS Dimansuhkan' dan menggunakan gambar profil zaman kegelapan pendidikan Malaysia," katanya dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider.
Sebab ketiga, katanya, ialah kerana beliau tidak hadir ke sekolah 2hari sebelum himpunan 22 Februari tersebut.
"Saya pun pelik. Sebab itu saya boleh kena buang?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Mahathir perlu dipersalahkan atas kepimpinan Melayu yang lemah hari ini

Posted: 17 May 2015 04:14 PM PDT

oleh Christopher Fernandez

Dibandingkan dengan negara-negara maju dan membangun seluruh dunia, Malaysia secara relatifnya adalah negara muda dengan populasi Melayu yang tinggi dan membolehkan pemimpin tertinggi memerintah sejak Merdeka pada 1957. Ianya juga pada ketika era pra-Merdeka inilah kepimpinan Melay

 mungkin pada puncak kehebatan, bersama dengan pemimpin masyarakat Cina dan India, untuk mengecapi kemerdekaan daripada British yang dipimpin oleh, tidak lain tidak bukan, Tunku Abdul Rahman (kanan).

Tunku bolehlah dikatakan sebagai perdana menteri terhebat Malaysia. Semangat negarawan beliau yang hebatlah berjaya membebaskan negara daripada cengkaman British dan beliau juga perlu berterima kasih kepada sokongan pemimpin Melayu yang lain.

Pemimpin Melayu pada era itu sangat hebat tetapi selepas Tunku digulingkan daripada kerusi perdana menteri berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, kepimpinan Melayu mulai suram dan semakinlemah.

Permulaan lemahnya kepimpinan Melayu adalah dengan kemasukan Tun Abdul Razak, seorang ultra cauvinis Melayu yang menggerakkan dan menyemai benih membuatkan masyarakat Melayu kekal lemah dan rendah melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru atau DEB yang tergesa-gesa untuk diterima ramai.

Program untuk Melayu ini berjalan selama 30 tahun sejak 1970-2000 dan hanya berjaya melahirkan golongan minoriti elit dalam negara berbanding pembahagian kekayaan yang sama rata. Apa yang Razak telah mulakan telah diteruskan oleh penggantinya Hussein Onn untuk beberapa tahun sebelum digantikan oleh Mahathir Mohamad.

Inilah beban atau punca sebenar kenapa pemimpin Melayu lemah sekarang, dan hakikat bahawa sejurus Mahathir menjadi perdana menteri dan memulakan pemerintahan diktator beliau. Gaya autokratik beliaulah yang perlu dipersalahkan yang menjadi punca sebenar banyak kelemahan negara ini.

Dengan mendiamkan pembangkang dan membenarkan pak turut dengan gaya pimpinan beliau, Mahathir secara efektifnya berjaya membunuh karier pemimpin yang bercita-cita tinggi berbanding membimbing mereka dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai senjata kegemaran beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat

Posted: 17 May 2015 04:09 PM PDT

Pendakwah bebas dakwa wujud 'Berhala Berserban' dalam masyarakat
KUALA LUMPUR: Seorang pendakwah bebas melabelkan pihak yang menggunakan agama supaya umat Islam di negara ini terpengaruh dan taksub sehingga mengiyakan segala apa dikatakan mereka sebagai 'berhala berserban'.

Wan Ji Wan Husin, yang pernah disiasat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, beliau melabelkan kumpulan tersebut dengan gelaran tersebut kerana golongan itu dilihat cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka 'suci dan perlu ditaati'.

"Ada pihak (agamawan) yang sentiasa berusaha membodohkan masyarakat atas nama agama. Mereka ini berusaha supaya masyarakat melihat mereka sebagai suci dan perlu ditaati.

"Berhala berserban ini banyak dalam masyarakat, dalam PAS pun banyak kumpulan seperti ini," katanya ketika menjadi ahli panel dalam sebuah forum bertajuk 'Buku Haram: Terorisme Kebebasan'.

Forum tersebut diadakan sempena acara Festival Hari Kebebasan Media Sedunia anjuran Gerakan Media Marah (Geramm), Malaysiakini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Kata penulis buku 'Ulama Yang Bukan Pewaris Nabi' itu, umat Islam tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh ulama kerana bukan semua yang diperkatakan golongan itu benar dan perlu diikuti.

"Tuhan adalah Tuhan dan agamawan adalah agamawan. Kita hanya perlu taat kepada Tuhan bukan memberi ketaatan kepada golongan ulama atau agamawan," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tanpa GST Susahlah Kami.......

Posted: 17 May 2015 04:00 PM PDT


TAPI SEKARANG APA CERITA.. ASAL KELUAR AJA DARI MULUT DAM PASTI BUSUK MENIPU !!!

Posted: 17 May 2015 08:52 AM PDT


Tak yah tunggu GST baru nak repair jalan. Bila ada pilihanraya projek mee segera pasti dapat punya !!!


BUKANKAH ini semua tanggungjawab KERAjaan. KENAPA PERLU TUNGGU GST !!!

Tak usah nak temberanglah DAM, dulu kata GST bagus harga topup tidak berubah..