Tun Dr Mahathir Mohamad
IPOH - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semua Ketua Umno Bahagian yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dicalonkan pada pilihan raya akan datang.
 
Katanya, perkara berkenaan perlu dibuat bagi memastikan tiada sokongan untuk Najib kekal sebagai perdana menteri.
 
"Kita kena beritahu ketua bahagian kalau sokong Najib, kita akan tolak mereka. Mereka tak akan jadi calon untuk pilihan raya.
 
"Mereka sokong Najib, tapi Najib bukan sokong mereka. Janganlah bising sangat," katanya pada Program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, semalam.
 
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang akan menang pada pilihan raya akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal sebagai perdana menteri.
 
"Kalau Najib terus jadi perdana Menteri, mereka (pembangkang) akan menang. Sebab itulah mereka nak dia (Najib) kekal sebagai Perdana Menteri," katanya ketika menjawab soalan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman pada sesi soal jawab.