Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Alahai Jijah ... baik cetak kipas terapong utk Pmtg Pauh

Posted: 12 May 2015 08:10 PM PDT


Alahai budusnya Jijah ... Duit palsu namanya. Nak cetak duit mesti ada kewujudan wang dan nilai baru bank boleh keluarkan duit.

Baik ko cetak kipas terapong. Suai kajang dah sampai ke Pmtg Pauh.



Jijah jadi PM msia tenggelam karang.







Akhirnya Suhaimi juga yang turun. Guan Eng pun tak jaga.


Jijah lagi tak boleh harap. Jaga cucu lah konon.






Mahfuz mampu urus TH macam urus Kohilal

Posted: 12 May 2015 08:26 AM PDT







Jika Mahfuz kata tanah TRX RM1,200 psf, beli utk kami RM2,000 psf

Posted: 12 May 2015 05:30 AM PDT


Laporan The Malay Mail melaporkan Mahfuz persoal penggunaan external valuer dalam jualbeli tanah 1mdb di SINI.

Kah kah kah .... habis tu nak pakai valuer standard Afendi Jeli & Co.? Ada ke nama untuk memberi kredibiliti?

Kata Mahfuz, tanah TRX boleh diperolehi tanpa DO pasa nilai RM500-700 per kaki persegi. Ada DO nilai hanya RM1,200 -1,300.

Mungkin itu nilai bilik kelolaan luggage bayan lepas airport ketika mahfuz pernah bekerja sebagai pengangkat beg dengan hanya kelulusan srp.

Malas cerita panjang.

Cuba dapatkan tanah tu pada RM2,000 psf kerana Unspinners dah ada buyer garenti beli pada harga yang ketara lebih dari itu dengan pelbagai terma dan manafaat lain.

Boleh kami jadi multijutawan segera.

Khabar angin Kabinet baru? Apa pandangan anda?

Posted: 11 May 2015 11:30 PM PDT



FB tersebar kabinet baru:






Apa komen anda? 

Pakatan tak perlu komen ... Mahfuz pun anda pernah letak jadi naib presiden dan kini ketua penetangan dengan bercita2 nak jadi MB Kedah.

Husam batu lancar pun diangankan jadi menteei kewangan satu masa dulu.


APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


MAY13 - Noose tightens in Singapore for scandalous debt-fund 1MDB

Posted: 12 May 2015 09:02 PM PDT

Yes, Prime Minister - You lied

Posted: 12 May 2015 01:15 AM PDT

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ADA CUBAAN CAGARKAN HASIL GAS DAN MINYAK TERENGANU ?

Posted: 12 May 2015 07:19 AM PDT

Ada cubaan cagarkan hasil gas dan minyak Terengganu : Mantan MB


Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku  Sultan Terengganu.

Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia "diturunkan" dari jawatannya.

Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.

Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.

Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

"Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

Tetapi apabila kita dapati "hanky panky" (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima,  termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.

Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.

Ini sebagai penjelasan  permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua," jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.

Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato' Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.

Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.

BETUL KE PNB JUGA TERLIBAT DENGAN 1MDB ?

Posted: 12 May 2015 04:53 AM PDT

1MDB...
SELAIN TABUNG HAJI, PERMODALAN NASIONAL BERHAD JUGA TERLIBAT MEMINJAMKAN WANG KEPADA 1MDB

12 MEI 2015
Ekoran dari maklumat yang kini tersebar luas mengenai hubung kait di antara 1MDB dan agensi pelaburan negara, saya telah membuat beberapa semakan baru untuk menentukan agensi-agensi pelaburan negara yang terdedah kepada risiko kewangan 1MDB.
Minggu ini, umum telah mengetahui bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji (TH) telah meminjamkan sebanyak RM920.8 juta kepada 1MDB melalui pembelian bon sukuk yang diterbitkan dalam Februari 2014. Kenyataan Tabung Haji semalam mengesahkan bahawa pembelian sukuk ini adalah berhubung pembangunan Bandar Malaysia oleh 1MDB dan hasil dari pinjaman sukuk ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan kem-kem tentera dan infrastruktur berkaitan bagi memindahkan operasi sedia ada di Kem Sungai Besi sebelum ini.
Semakan saya menunjukkan penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini sebenarnya telah dilaporkan secara meluas sekitar Februari hingga Mac 2014 tetapi tidak mendapat perhatian umum.
Laporan The Star bertarikh 1 Mac 2014 memperincikan butiran lanjut mengenai penerbitan sukuk Bandar Malaysia oleh 1MDB ini; seperti berikut:
1. Jumlah pinjaman yang diambil oleh 1MDB melalui terbitan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion dengan kadar faedah 6%
2. Terbitan hutang melalui bon sukuk oleh 1MDB ini melibatkan pembelian sukuk oleh dua agensi pelaburan kerajaan iaitu Tabung Haji (TH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)
3. Ini bermakna, sejumlah RM920.8 juta telah dipinjamkan oleh TH kepada 1MDB. Baki RM579.2 juta pula telah dipinjamkan oleh PNB kepada 1MBD
4. Sukuk ini tidak disenaraikan dan tidak didagangkan secara aktif di pasaran bon. Ia adalah kertas hutang yang dirundingkan secara terus di antara 1MDB dengan TH dan PNB
5. Oleh kerana ia tidak disenaraikan, sukuk ini tidak ditarafkan (not rated) seperti mana kertas-kertas lain. Hutang RM1.5 bilion ini dijamin dengan cagaran tanah di Bandar Malaysia (yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB) dan janji bahawa kutipan sewa di Bandar Malaysia (apabila siap nanti) akan digunakan untuk membayar hutang RM1.5 bilion ini
Semakan saya menunjukkan bahawa 1MDB merancang untuk menerbitkan sehingga RM2.5 bilion sukuk bagi membiayai pembangunan Bandar Malaysia, di samping hutang sebanyak RM2 bilion yang diperolehi dari Ambank juga bagi tujuan pembangunan Bandar Malaysia.
Malangnya, sehingga sekarang kita masih belum melihat kemajuan yang meyakinkan bahawa Bandar Malaysia ini akan mendatangkan keuntungan yang membolehkan 1MDB membayar kembali hutangnya kepada TH dan PNB. Di mana lapangan terbang di Ipoh dan kem tentera baru di Negeri Sembilan (sebahagian dari program pemindahan infrastruktur tentera Malaysia apabila Kem Sungai Besi diserahkan kepada 1MDB)?
Soalan paling besar: apa yang telah terjadi kepada RM3.5 bilion (RM1.5 bilion dari sukuk yang dipinjam dari TH/PNB dan RM2 bilion pinjaman dari Ambank) yang telah dipinjam setakat ini kononnya untuk membangunkan Bandar Malaysia? Keterlibatan PNB dalam memberi hutang kepada 1MDB kini mengesahkan kebimbangan saya bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak akan menggunakan dana-dana awam untuk menyelamatkan 1MDB.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Siapa Pula Mangsa Rafizi Selepas Ini?

Posted: 12 May 2015 02:03 AM PDT

Pada hemat saya, selepas ini, sama ada 1MDB bebas daripada sebarang penyelewengan atau sebaliknya, itu sama sekali tidak lagi penting - kerana kehancuran sudah pun terjadi. Seperti yang dijangka, selepas 1MDB, Rafizi akan terus membuat siri serangannya, sehinggalah PRU yang akan datang. Selepas ini mangsa beliau adalah seperti PNB, Felda, Syed Mohtar al-Bukhary, KWSP, dan banyak lagi institusi kepunyaan Melayu-Islam. So, sampai bila kerajaan hanya sanggup bertahan semata-mata? Please la..buatlah serangan..londehkan kepincangan pemimpin-pemimpin PR..Jom Baca : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rafizi-dakwa-pnb-pula-terlibat-pinjam-wang-kepada-1mdb


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BONGKAR: AHMAD SAID BIDAS KERAJAAN UMNO@BN DI DUN TERENGGANU

Posted: 12 May 2015 05:11 PM PDT


1MDB hampir cagar minyak dan gas asli di laut Terengganu, kata bekas MB

Posted: 12 May 2015 05:05 PM PDT

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008. Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.

 "...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri. "Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.

Read More / Baca Lagi >>

Kami tiada komitmen dalam TRX kata KWAP

Posted: 12 May 2015 04:57 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengesahkan tiada komitmen pelaburan dibuat dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

Dalam satu kenyataan, KWAP menjelaskan mereka akan terus meninjau pelaburan dalam hartanah domestik yang memenuhi mandat dana untuk memberikan pulangan berterusan dalam jangka panjang.

Kata kenyataan itu lagi, semua pelaburan perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum KWAP dan parameter risiko sebagaimana yang ditentukan oleh lembaganya.

Sebelum ini sumber sebuah akhbar melaporkan, KWAP dikatakan sudah membuat perjanjian pembelian sebidang tanah dan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat barunya di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga 15 peratus lebih rendah berbanding apa yang telah dibayar oleh Lembaga Tabung haji (TH) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Read More / Baca Lagi >>

Bercakap bohong lama-lama jadi menteri...

Posted: 12 May 2015 04:45 PM PDT

Oleh Lanh
HAMPIR setiap pagi Ahad saya mengajar pelbagai subjek akademik di sebuah tahfiz. Suatu hari saya mengajar murid-murid mengenai pantun (dalam subjek Bahasa Melayu) dan meminta mereka menulis dan membaca pantun masing-masing.
Saya menulis pantun klasik; 'Pisang mas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati' di papan putih sebagai contoh pantun yang baik tetapi apa yang ditulis anak-anak murid saya?

Seorang murid mengejutkan saya apabila dia membaca pantunnya yang berbunyi: Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama jadi menteri...sepatutnya dia menulis perkataan terakhir, 'mencuri' tetapi jadi menteri pula. Kenapa begitu? Adakah masyarakat kita sudah tenat sehingga 'budak-budak' pun mengaitkan soal pembohongan dengan menteri? Berhubung isu terkini berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), seorang pegawai tinggi kerajaan meluahkan rasa kurang sedap di hatinya apabila dikerahkan untuk menerangkan akan kebaikan rejim percukaian itu kepada orang ramai sedangkan hakikatnya perbelanjaan beliau sendiri pun bertambah kira-kira RM300 sebulan.
Katanya, jika dia sendiri tertekan akibat GST, rasanya tidak tergamak untuk dia 'membohongi' orang awam; dia rasa bersalah, tetapi demi kelangsungan hidup, mahu atau tidak, dia terpaksalah berpura-pura...demikianlah agaknya 'kalau bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri'.
Kita sangat bimbang kerana soal tidak memenuhi janji (melakukan pembohongan) sudah bersarang di kalangan ramai pemimpin hatta di kalangan pemimpin tertinggi negara.
Terpulanglah kepada rakyat untuk menghakiminya tetapi dengan berat hati kita memaklumkan bahawa kita kurang senang dengan isu GST ini dan beberapa perkembangan politik tanah air seperti pengekalan Akta Hasutan sedangkan ia sudah dijanjikan untuk dihapuskan sebelum itu.
Apa yang kita bimbang pembohongan sudah berleluasa dalam masyarakat. Jika pemimpin pembohong atau tidak tunai janji, rakyat pun pembohong, natijahnya apa hendak jadi dengan masyarakat dan negara kita?
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran dari kontroversi 1MDB dan Tabung Haji

Posted: 12 May 2015 04:43 PM PDT

Oleh Prof Mohd Nazari Ismail
Isu 1MDB semakin hangat dibincangkan segenap lapisan masyarakat. Terkini ialah kebimbangan rakyat, dana Tabung Haji digunakan untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB.
Di samping tanah berjumlah RM188 juta yang dibeli TH, ada juga laporan menyatakan, TH juga membeli sukuk berjumlah RM1.6 billion yang dikeluarkan 1MDB. Yang membimbangkan masyarakat umum ialah terdapat beberapa individu yang sama yang memegang jawatan tinggi dalam TH dan juga di dalam 1MDB.

Mereka terlibat secara langsung dengan keputusan urusniaga tersebut. Dengan itu, timbul persoalan sama ada mereka memikirkan kepentingan pendeposit TH (yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat termasuk yang berpendapatan rendah dan miskin) atau kepentingan 1MDB. Ini adalah satu perkara yang serius dan akan menjejaskan kewibawaan TH sebagai institusi kewangan masyarakat Islam di negara ini. Punca utama kepada kemelut ini sebenarnya adalah keadaan kewangan 1MDB yang dilaporkan dalam keadaan yang tenat dan mempunyai beban hutang yang sangat besar iaitu berjumlah lebih dari RM42 billion. Justeru itu sebarang urusniaga yang melibatkan 1MDB akan dipandang serong hampir kesemua lapisan masyarakat. Sebenarnya jika keadaan kewangan 1MDB tidak setenat yang dilaporkan, tentu sekali urusniaganya dengan badan lain termasuk TH tidak akan mengundang kontroversi. Tambahan pula, perkara yang membimbangkan banyak pihak ialah status 1MDB itu sendiri iaitu sebuah syarikat yang bukannya milik persendirian tetapi adalah milik penuh kerajaan Malaysia. Justeru itu sebahagian dari beban hutangnya yang berjumlah puluhan billion itu dibimbangi akhirnya akan terpaksa diletakkan ke atas bahu-bahu rakyat juga.
Read More / Baca Lagi >>

Di saat Umno tunggang terbalik

Posted: 12 May 2015 04:32 PM PDT

Oleh Izmil Amri Ismail
11 Mei 2015, United Malays National Organisation atau Umno menyambut ulang tahunnya yang ke 69. Angka ini kelakar buat mereka yang mengerti makna kaki di kepala, dan kepala di kaki. '69' adalah simbolik kepada kedudukan itu. Kedudukan tunggang terbalik, golmar, karbata, songsang; ala filem Tan Sri P Ramlee.
Kemuncak keadaan huru-hara ini timbul seusai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang menyaksikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemunculan khabar bahawa Tabung Haji ada membeli tanah daripada syarikat bermasalah milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjaya mengalihkan perhatian umum daripada kemenangan Dr Wan Azizah dan segala kucar-kacir pilihanraya. Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mulanya begitu pantas menafikan wujud sebarang transaksi dalam rangka untuk mengelak daripada isu tersebut diputar belit oleh pihak pembangkang. "Kena cepat... lambat nanti kena spin lagi bro," katanya kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di laman sosial Twitter.
Ternyata satu hari kemudian Timbalan Pengarah Urusan Tabung Haji Datuk Johan Abdullah tampil mengesahkan bahawa Tabung Haji ada membeli tanah seluas 1.56 ekar pada harga RM188.5 juta daripada 1MDB.
Ini menimbulkan banyak tanda tanya terutamanya di saat syarikat pelaburan milik negara itu sarat menanggung bebanan hutang sejumlah RM42 bilion, dan beberapa kali menunda pembayaran semula hutangnya dengan bermacam-macam alasan.
1MDB ini juga sedang disiasat akaunnya oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan juga Jabatan Audit Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat

Posted: 12 May 2015 04:31 PM PDT

Oleh sakmongkol AK47
PM Najib boleh jerit sana sini. Dia boleh upah MP Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.Najib pun suka dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.
Tapi Najib dan saya tahu bahawa jika Dr Mahathir memulakan sesuatu dia akan usaha sampai ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.

Walaupun umur 90 tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas. Najib bersilat, dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan Malabar.
Jika Najib sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22 tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.
Dan Dr Mahathir tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.
Sama ada Najib Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka, termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.
Tapi kerana sokonga itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jdi TPM dan PM atas desakan Mahatir juga. Budi siapa kepada siapa yang lebh besar?
Tidak kiralah sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai kerana ianya memebri ilusi sokonan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit, nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir masih simpan peluru akhir untuk "kill" Najib?

Posted: 12 May 2015 04:30 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Jika diumpamakan gempa bumi yang melanda "negeri" Najib Razak kini, ia berlaku dalam skala Richter yang besar juga yang boleh menghasilkan tsunami. Kedudukan Najib kini bergoyang dan segala isu yang dimainkan memeningkan perdana menteri itu. Ada petunjuk dan lakar wajah yang beliau dalam kerisauan dan isterinya juga loya-loya bukan kerana hamil.

Sokongan yang diminta dari rakyat, pimpinan dalam parti Umno, badan-badan bebas atau atau NGO pengampu, atau pun jeritan sokongan oleh pemimpin tertentu, serta laungan sokong menteri musang berjanggut, tidak memberi kelegaan sebenar kepada Najib.

Najib boleh tidur tetapi lenanya tidak ada. Kaki dan tangannya sering tersentak. Dan pertanyaan selama mana dia akan bertakhta di kerusi PM sering bermain dalam kepalanya. Waktu ini Najib sedang mencari detik dan tarikh keramat untuk bersara.

Mesyuarat MT Umno semalam yang didakwa telah menyatakan sokongan padu kepadanya, hanya sebuah lakonan sementara sahaja atau kain langsir yang carik yang tidak dapat memagari permasalahan dalam Umno seluruhnya. Mesyuarat dan dakwaan kononnya ahli Umno berdiri di belakangnya hanya ilusi semata-mata. Najib kini bersadar kepada penyokong yang membawa rebah.

Perhimpunan 11 Mei sempena ulang tahun kelahiran Umno malam tadi juga tidak membawa apa-apa makna dan erti kepda Najib dalam keadaan goyah dan goyang begitu. Ahli Umno melaung "sokong, sokong" tetapi hati mereka berbelah bahagi. Isu-isu semasa yang didedahkan bukan saja merungsingkan Najib tetapi memalukan sekalian ahli Umno.

Serangan akan terus ditala kepada Najib. Untuk beberapa hari ini sementara Dr Mahathir Mohamad berada di Makkah, memberi sedikit kelegaaan dan peluang kepada Najib. Dengan waktu tersisa, bolehlah Najib menyusun langkah dan strategi untuk berdepan dengan serangan kepadanya. Mana-mana fail sulit yang tersimpan di pejabatnya bolehlah dilupuskan atau dibawa keluar sebelum kiamat berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Kini Ketandusan Pejuang Tulin

Posted: 12 May 2015 04:29 PM PDT

Oleh Abu Hassan Adam
Jikalau mahu ditafsirkan bahawa keadaan UMNO kini berada pada kedudukan paling genting disebabkan masalah yang dihadapi oleh Presidennya DS Mohd Najib Tun Razak, maka aku merasakan bahawa UMNO sudah beberapa kali mengahadapi kegentingan yang sedemikian.
Perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Presiden UMNO pertama pada tahun 1950 sudah merupakan peristiwa yang cukup malang bagi UMNO pada ketika itu. Namun peristiwa itu juga menampakkan ketegasan kedua-dua pihak bagi menegakkan prinsip perjuangan masing-masing.

Dato Onn bertegas untuk membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu sedangkan ahli UMNO masih terus berpaut kepada prinsip bahawa UMNO adalah untuk orang Melayu dan tidak membenarkan kaum lain menganggotai UMNO. Lantas Dato Onn meletakkan jawatan dan keluar dari UMNO. Hebat perjuangannya. UMNO menghadapi satu lagi ujian paling getir pada awal tahun 1980an apabila pertubuhan UMNO itu sendiri diharamkan disebabkan kesalahan teknikal yang menyebabkan mahkamah memutuskan tentang pengharamannya. Maka lahirlah UMNO Baru sehingga kini.
Kedudukan UMNO agak 'gawat' bermula pada awal Kurun ke 21 dan sehingga kini kedudukan UMNO adalah dalam keadaan terumbang ambing. Apakah keadaan kualiti kepimpinan UMNO itu sendiri yang menyebabkan UMNO berkadaan demikian ataupun disebabkan oleh punca-punca lain. Aku hanya berani membuat penganalisaan hanya berdasarkan kepada pemerhatian rambang yang langsung tidak mendasarkan kesimpulan berasaskan fakta dan statistik.
Dulu UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan negara dalam ertikata yang sebenar-benarnya dan lantas wujudlah pejuang-pejuang Melayu yang begitu gigih memperjuangkan idealisme perjuangan mereka tanpa penat dan lelah. Sebelum kemerdekaan perjuangan mereka adalah untuk membebaskan tanah air. Tidak ada ganjaran material yang dijanjikan kepada mereka selain daripada mengembalikan ibu pertiwi ke tangan mereka. Dan para pejuang dalam UMNO itu juga tidak memikirkan tentang ganjaran apabila mereka mencurahkan jasa bakti kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas kekecohan, belum kelihatan pelaburan asing di TRX 1MDB

Posted: 12 May 2015 04:26 PM PDT

Sejak minggu lalu, berita membabitkan Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan bantahan orang ramai.

Kekecohan itu tidak hanya terhad kepada isu dana tersebut datang daripada badan berkanun yang menyimpan wang pendeposit dalam bentuk unit amanah, tetapi juga kerana 1MDB hanya membayar RM64 untuk sekaki persegi tanah ketika membeli 30 hektar tanah kerajaan kira-kira empat tahun lalu.

Kini, selepas 5 tahun ia diumumkan, projek pembangunan perdana itu tidak kelihatan menarik pelaburan asing seperti digembar-gemburkan. TRX, pada mulanya dikenali sebagai Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, diumumkan pertama kali pada 2010 dan mempunyai satu permulaan yang palsu apabila majlis pecah tanah tahun itu selama-lamanya ditangguhkan.

Rakan kongsi utama 1MDB sepatutnya syarikat berpangkalan di Abu Dhabi, Mubadala Development Company, namun sehingga hari ini, tiada pengesahan rasmi jumlah pelaburan konsortium Timur Tengah itu di TRX.
Read More / Baca Lagi >>

INI MALAYSIA -BUKAN UMNO YANG PUNYA!!!!!!

Posted: 12 May 2015 04:12 PM PDT



Ahmad Said dedah punca ‘diturun’ jawatan MB Terengganu

Posted: 12 May 2015 04:09 PM PDT

Ahmad berkata 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan.
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau 'diturunkan' jawatannya.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau 'diturunkan' jawatan.
Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa.
Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima.
"Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Dapat Viagra Palsu

Posted: 12 May 2015 04:07 PM PDT

Selepas mendakwa disokong oleh Ahli-Ahli MT UMNO pada Isnin lalu, Perdana Menteri Najib Razak mendapat khabar yang mungkin paling menggembirakannya selepas itu apabila Presiden Pas, Haji Hadi Awang memberi sokongan kepadanya untuk terus kekal sehingga PRU akan datang.

Berdepan serangan berterusan daripada Tun Mahathir Mohamad yang mahukannya segera berundur untuk mengelakkan BN hilang kuasa, sokongan yang diterima  Najib daripada MT UMNO dan disusuli oleh Haji Hadi pula kemudiannya,  ia adalah umpama "lelaki murung yang tiba-tiba mendapat sekotak viagra".

Tidak saja wajah bertukar ceria, semangat juga jadi membara kerananya.

Kata Haji Hadi, Najib perlu meneruskan khidmatnya sebagai Perdana Menteri sehingga PRU 14 diadakan kerana beliau dipilih melalui sistem yang adil dan tidak harus tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang memintanya berundur.

Beliau harus diberi peluang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, tambah beliau lagi.

Walaupun pandangan Haji Hadi ini seharusnya diragui kerana ia jelas bertujuan agar memudahkan PR menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang berikutan Najib secara realitinya terlalu banyak masalah dan isu yang melingkarinya, tetapi berita ini mungkin membuatkan hatinya lebih berbunga-bunga kegembiraan.

Ia menambah satu lagi alasan untuk Najib terus berdegil tidak mahu berundur dan meletakkan jawatan kerana beliau tentunya juga melihat kapasiti Haji Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia yang diketuai oleh Yusof Qardawi.

Tentunya geng penasihat akan turut berhujah, "Pemimpin nombor dua ulama sedunia pun dah sokong boss kami."

Secara tidak langsung, mungkin Najib turut menjadi lebih gagah untuk terus berhadapan dengan serangan dan kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana kini beliau bukan saja disokong pemimpin sebuah parti Islam dalam negara tetapi juga tokoh penting kesatuan ulama sedunia.

Sokongan Haji Hadi ini walaupun tidak sukar difahami maksud tersiratnya dan hanyalah sokongan palsu umpama pengibar poster kecil bertulis "I Love PM" yang dibayar untuk berbuat demikian, namun tidak dinafikan itulah yang disukai oleh Najib sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM, PDRM gagal jaga kepentingan umum - Mat Sabu

Posted: 12 May 2015 04:02 PM PDT


Mohamad Sabu 

SHAH ALAM - Kewibawaan institusi penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa berada pada tahap paling rendah di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan ketidakadilan siasatan kes Teoh Beng Hock dan dakwaan salah laku rasuah oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuktikan badan itu gagal menjaga kepentingan rakyat.

"Banyak lagi (kes) menjadi bukti kegagalan institusi ini mempertahankan kepentingan rakyat terbanyak.

"Rakyat Malaysia mesti, bertindak seperti Korea Selatan, yang mampu mengheret bekas-bekas presiden ke penjara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan ke atas kecelaruan ekonomi negara berlaku sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Najib wajar bubar parlimen, beri rakyat buat pilihan

Posted: 12 May 2015 04:01 PM PDT



KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera membubarkan parlimen bagi memberi rakyat membuat pilihan semula.

Beliau berkata demikian berikutan kegagalan Najib dalam menguruskan ekonomi negara yang mengakibatkan berlakunya keborosan.

"Najib mesti bertanggungjawab ke atas kecelaruan ekonomi yang berlaku kepada negara ini sekarang.

"Kerajaan Najib telah berbelanja mewah, boros dan kebocoran yang amat teruk menyebabkan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang terlalu parah, malah hutang telah melebihi RM750 bilion," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, skandal menyelamatkan 1MDB melalui penyelewengan Tabung Haji serta skandal kewangan yang berlaku perlu dipertanggungjawabkan ke atas Najib sepenuhnya.

"Najib perlu segera bubar parlimen akibat dari kegagalan beliau, beri mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan siapa yang sepatutnya memerintah.Read More / Baca Lagi >>

Lawatan Najib ke Sabah gagal yakinkan rakyat

Posted: 12 May 2015 04:00 PM PDT


Sabah_Najib


Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah hanya sebuah gimik politik semata-mata dan tidak langsung memberi keyakinan dan harapan kepada rakyat Sabah.
Bagi pendapat saya, rakyat Sabah seolah-olah dihina apabila Najib mengulangi kenyataan 'Sabah masih deposit tetap BN' ditambah pula dengan pujian melangit Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan kepada Najib sebagai 'hanya satu-satunya' Perdana Menteri yang banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah. Saya ingin buktikan bahawa kenyataan ini tidak benar dan mengelirukan.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Matunggong baru-baru ini seperti yang dilaporkan laman-laman web media tempatan, penduduk kampung tidak mampu untuk membayar kos sambungan dan deposit untuk menikmati bekalan air bersih dan terpaksa bergantung kepada sungai yang semakin surut.
Sungai itu juga dilaporkan keruh dan tidak bersih untuk digunakan tetapi penduduk kampung tiada pilihan lain. Perkara ini sangat ironi kerana ia berlaku di dalam kawasan Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili. Ia juga masih berlaku semasa PM melakukan lawatan ke Kota Belut yang mana sangat hampir dengan Kota Marudu dan Matunggong.
Ini hanya salah satu kegagalan kerajaan BN dalam menyediakan keperluan asas bagi rakyat Sabah. Selain Matunggong, terdapat banyak lagi kampung di kawasan pedalaman dan luar Bandar Sabah yang menderita akibat kurangnya infrastruktur dan terpaksa bergelut demi mendapatkan bekalan air bersih dan elektrik.
Read More / Baca Lagi >>

Tubuh pasukan bebas, siasat polis ugut rogol peserta wanita himpunan 1 Mei – Gobind

Posted: 12 May 2015 03:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Polis perlu menubuhkan badan bebas bagi menyiasat aduan ugutan rogol oleh anggotanya terhadap peserta wanita himpunan #BatalGST, dan kes tersebut tidak boleh dikendalikan mana-mana pegawai dari IPD Dang Wangi.
maisara_amiraAhli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, ini kerana balai polis itu merupakan tempat di mana dakwaan berlakunya jenayah tersebut.
"Saya menyeru pihak polis menunjukkan bahawa mereka serius dan telus dalam siasatan kes ini.
"Lebih penting lagi bahawa mereka akan melakukan segala yang diperlukan untuk menghapuskan unsur-unsur tidak diingini, seperti tekanan, apabila aduan seperti ini timbul.
"Mereka mesti berusaha memulihkan keyakinan orang ramai bahawa balai polis adalah tempat yang selamat," kata Gobind dalam satu kenyataan petang ini.
Maisara Amira, 21, seorang wanita yang menyertai himpunan #BatalGST pada 1 Mei lalu mendakwa diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Berikutan ugutan itu, satu laporan polis dibuat Maisara di IPD Petaling Jaya pada 6 Mei.
Maisara berkata, dia menuntut kesnya disiasat di balai polis berlainan dan bukannya oleh anggota di IPD Dang Wangi kerana bimbang berlaku salah guna kuasa dan ketidakadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Dapatkan undi percaya di Parlimen, Kit Siang cabar Najib

Posted: 12 May 2015 03:58 PM PDT


Pemuda UMNO julang Najib


KUALA LUMPUR, 12 MEI: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapatkan usul kepercayaan terhadap kepimpinannya daripada semua ahli parlimen apabila Dewan Rakyat kembali bersidang Isnin depan.
Dalam satu kenyataan hari ini Kit Siang berkata, usul sedemikian membolehkan Najib mengukur sokongan terhadapnya, memandangkan isu skandal hutang RM42 bilion 1MDB yang bukan sahaja melibatkan rakyat Malaysia hari ini, tetapi memberi kesan kepada generasi akan datang.
"Walaupun belum pernah ada duluan usul tidak percaya dalam Parlimen Malaysia sepanjang 56 tahun lalu, terdapat duluan bagi usul undi percaya terhadap Perdana Menteri," kata Kit Siang.
Menurut Kit Siang, ia pernah diusulkan di Dewan Rakyat pada 27 Januari 1976 oleh Tun Hussein Onn (ketika itu Datuk) apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga selepas kematian Tun Razak.
Sebelum ini terdapat cadangan supaya Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat membentangkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri apabila Parlimen kembali bersidang pada 18 Mei.
Kata Kit Siang, rakyat tidak percaya dengan sandiwara yang dipentaskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, kononnya 'keadaan tidak pernah sedemikian baik dalam Umno' dan 'sokongan untuk Najib tidak pernah sebegitu kuat'.
Read More / Baca Lagi >>

LAGI LAMA NAJIB TERUS KEKAL JADI PM,LAGI BANYAKLAH KEBOBROKAN BELIAU AKAN TERBUKA SATU-PERSATU KELAK..

Posted: 12 May 2015 09:35 AM PDT


Ya Allah.. kemaruk betul Penyangak Negara. Sampaikan kekayaan sumber hasil bumi rakyat pon hampir2 nak dibalunnya gara2 nak tampung bayar hutang 1MDB sebanyak RM42,000,000,000 (42 bilion ringgit).

Orang tua pernah berkata.. KALAU NAK TAU BURUK PERANGAI SESEORANG TANYA KEPADA MUSUHNYA...

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. Kerana DS Najib Razak terus kekal menjadi Perdana Menteri M'sia..

InsyaAllah, mudah2an ia akan beri jalan mudah kepada PR untuk menentang UMNO/BN habis2an pada PRU14 nanti..

KWAP sahkan intai tanah 1MDB di TRX

Posted: 12 May 2015 07:45 AM PDT

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] hari ini mengesahkan bahawa ia sedang mengintai tanah milik 1MDB di zon Tun Razak Exchange (TRX), tetapi menegaskan bahawa sebarang keputusan akan berdasarkan kepada pertimbangan komersial.

Menurutnya, KWAP mengkaji peluang pelaburan di TRX sepertimana dengan mana-mana pelaburan hartanah.

Keputusan untuk mengkaji projek itu, tambahnya, adalah didorong oleh pertimbangan komersial berdasarkan lokasi strategik utamanya sebagai daerah kewangan Kuala Lumpur yang baru.

Bagaimanapun, KWAP belum lagi membuat sebarang komitmen pelaburan muktamad di TRX, katanya dalam satu emel kepada Malaysiakini.

Buat masa ini, tegasnya, tidak ada keputusan pelaburan muktamad telah dibuat mengenai projek tersebut.

Semua pelaburan, tambahnya, perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum kepada KWAP dan parameter risiko yang ditentukan oleh lembaga pengarahnya.

Katanya, KWAP sentiasa melihat kepada pelaburan hartanah domestik yang memenuhi mandat tabung itu yang memberikan pulangan yang mampan dalam jangka panjang.

Read More / Baca Lagi >>

PMO telah menafikan ada sebarang rombakan kabinet-dapur Najib

Posted: 12 May 2015 07:39 AM PDT

TERMASUKLAH... Rosmah masih kekal untuk ;
- FLOM- First Lady Of M'sia
- ISTERI Perdana Menteri M'sia
- Menaiki jet VIP mewah KERAjaan ke luar negara
- Dapat peruntukan juta2 ringgit utk PERMATA
- Dapat hidup dgn kemewahan di istana Kompleks Seri Perdana Putrajaya

DAN JUGA TIADA PERUBAHAN...
CUKAI GST TETAP dikenakan kpd rakyat...

Criminalizing Malaysia’s Opposition

Posted: 12 May 2015 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, Malaysia — Last Thursday, my mother was elected the new member of Malaysia's Parliament from Permatang Pauh, a seat that was wrested away from the opposition through the politically motivated conviction of my father, Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister and the country's opposition leader. In February, the highest court in Malaysia sent him to prison for five years on trumped up charges of sodomy. He is serving his third prison sentence since 1999.
In March, I delivered a speech in Parliament focused on good governance and judicial reform on behalf of my father. The reading was deemed seditious by the government, and I was arrested and locked up overnight.
The Sedition Act, which criminalizes speech uttered "to excite disaffection" against the government, is one of this administration's favorite cudgels. Its definition is so broad that it gives the government sweeping powers to arrest and lock up critics under the guise of punishing "sedition" or in the ostensible pursuit of maintaining public order.
In the last two years, it has been used successfully to harass or prosecute scores of people, mostly government officials, including several members of Parliament. The cartoonist Zulkiflee Anwar Ulhaque, better known as Zunar, was hit with nine charges under the Sedition Act — mostly based on tweets allegedly attacking the judiciary over the verdict against my father. His artwork and cartoons were confiscated, and he is now out on bail.
In addition to harassing me and persecuting my father, the state has applied constant pressure on my mother, a state assemblywoman, in hopes that she will wilt both physically and psychologically. The police have also hinted of their plans to interrogate my younger sister, Nurul Nuha, who is leading March 2 Freedom, a coalition to free my father.
We are running out of family members for officials to arrest on bogus charges.
What's most alarming is that the government's actions are part of a much larger pattern of threats to the rule of law and human rights. In recent months, every week or so brings news of the politically motivated detention of a government critic. I am out on bail now, but my arrest is intended to silence me and to warn other would-be government critics.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB-TIA: Ada cubaan cagarkan hasil gas dan minyak Terengganu kata Mantan MB Umno

Posted: 12 May 2015 06:16 AM PDT

Dewan hari ini dikejutkan dengan pendedahan-demi pendedahan oleh mantan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said ketika menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Ucapan PerasmianTuanku  Sultan Terengganu.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia "diturunkan" dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
"Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Read More / Baca Lagi >>

Bila dah jadi Menteri JANGANLAH CAKAP BOHONG !!!

Posted: 12 May 2015 06:09 AM PDT


TAHUKAH ANDA, dah 3 bulan berturut2 dari Dis. 2014 hingga Feb. 2015 (data terkini) menunjukkan kadar pengangguran SEMAKIN MENINGKAT..

Itupun kamu boleh kencingkan rakyat kadar pengangguran negara menurun.. DATA MANA yg kamu pakai.. KENAPA menteri2 UMNO BUTA FAKTA dgn auta temberangnya...

MENTERI UMNO SEMUANYA MEMANG KUAT KENCING demi nak 'cover' kebobrokan KERAjaan Najib skrg !!!

TH-1MDB: Penyimpan mulakan kempen pengeluaran di media sosial

Posted: 12 May 2015 06:06 AM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Satu kempen kecil-kecilan untuk menggalakkan pengeluaran wang sedang berlaku, bukan digerakkan oleh parti politik atau kumpulan pendesak tetapi penyimpan rakyat biasa Lembaga Tabung Haji yang kecewa dengan penggunaan dana oleh agensi kerajaan tersebut dalam perjanjian pembelian tanah yang meragukan.
Penyimpan memutuskan untuk menggunakan satu-satunya kuasa yang dipunyai mereka tanpa perlu melibatkan bantahan jalanan atau kempen-kempen lain yang lebih rumit- keupayaan untuk mengeluarkan simpanan hasil titik peluh mereka.

Pihak pengurusan Tabung Haji baru-baru ini melakukan pembelian tanah di Tun Razak Exchange daripada agensi pelaburan kerajaan yang bermasalah 1Malaysia Investment Berhad (1MDB) pada kadar lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Kemarahan awam daripada penyimpan serta kritikan daripada pembangkang dan penyokong kerajaan , ketika maklumat perjanjian pembelian itu bocor telah menarik perhatian rakyat.
Pandangan awam yang dana Tabung Haji telah digunakan untuk menyelesaikan hutang dengan menyuntik kecairan tunai kepada 1MDB yang dilaporkan bergelut untuk menyelesaikan hutang berjumlah lebih RM 40 bilion.
Pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim kemudiannya mengumumkan yang dana haji tersebut akan menjual tanah tersebut atas nasihat PM untuk mengelakkan kontroversi lanjut.
Tindakan ini masih gagal menenangkan keadaan dan menjernihkan air yang keruh, dengan bantahan anti- Tabung Haji dilakukan oleh PAS di Pulau Pinang pada 11 Mei dan satu lagi bantahan dirancang untuk dilakukan di ibu pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur pada 15 Mei.
Tetapi ramai penyimpan sudah penat dengan permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang pusat yang menggunakan isu ini untuk menyerang kerajaan, ditambah pula dengan keadaan orang lama Umno yang menyerang habis-habisan Perdana Menteri Najib Razak dalam usaha mereka untuk menjatuhkannnya.
Malah beberapa penyimpan yang marah telah melakukan bantahan di pejabat Tabung Haji mendesak Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi dana tersebut.
Read More / Baca Lagi >>