Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


RENUNGAN 69 TAHUN UMNO...TERANIAYAKAH KAMI???

Posted: 11 May 2015 08:18 AM PDT


Semua orang tahu akan sejarahnya.

Yang tidak tahu buka-bukalah lembaran sejarah.

Renunglah hikayat duka lara menimpa pemimpin Melayu kita ...

Adakah Melayu  masih lagi kuat bila kita semakin berpecah-belah?

Bayangkan jika dahulu hingga kini kita bersatu membentuk barisan yang jitu...

Melayu kan gah ternama.

Tapi malang ia tak jadi begitu.

Melayu bertingkah jadi Team A dan Team B

Melayu berpecah jadi Semangat 46

Melayu disingkir bertaburan jadi Parti Keadilan Nasional

Melayu diganggu disanggah hingga hampir hilang kuasa

Melayu sekali lagi diganggu diperlekeh agar hilang punca.

Kerana nafsu itu bangsaku kian layu...

Apa nak jadi bangsaku...semua angkara yang merapu itu bangsaku berpecah-belah,

Dulu gagah membelah dunia membangkitkan renaisance Melayu...

Kini Melayu mahu dikulai layu...sudahkah puas hati kamu?

Makin kuatkah Melayu...?

Giliran siapa selepas ini?...jika nafsu itu hidup lagi...

Allahu Akbar apa nak jadi. Cukup-cukuplah...

TABUNG HAJI: BILA PENCACAI JADI SEMAKIN BODOH...

Posted: 11 May 2015 12:47 AM PDT


Inilah akibat tak pakai akal, kerana percaya dek fitnah dan hasad dengki mereka bertindak bodoh mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji mereka.

Keluar pun tak banyak RM1,500 jer tahu takut pulak. Tahu kalau kat luar tambang nak pergi haji bukannya murah.

Kononnya nak membantah yang mereka dakwa penyelewengan Tabung Haji yang membeli sebidang tanah yang dimajukan oleh 1MDB berharga RM188.5 juta.

Tanah tersebut akan menjadi aset yang begitu bernilai untuk umat Islam di masa akan datang kerana kedudukannya yang strtategik di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Kononnya pembelian itu bertujuan untuk bail out syarikat 1MDB yang kononnya rugi akibat hutang RM42 bilion.

Walhal nilai RM42 bilion itu adalah nilai dan kos bagi projek-projek yang sedang 1MDB jalankan seluruh negara termasuk di tapak Tun Razak Exchange - TRX itu.

Berniaga kalau tak nak keluar modal pelaburan dan tak nak meminjam tapi nak untung cepat lebih baik jangan berniaga...

Negara kita membangun awal dulu pun dengan berhutang tapi kita mampu bayar. 

Banyak projek dah selesai bayar hutang...Rancangan Tanah Felda hutang dah settle bayar, Jambatan Pulau Pinang semua dah langsai bayar hutang...

Kalau pun Tabung Haji membeli hartanah 1MDB dengan harga RM188.5 juta sekali pun terpulanglah kepada 1MDB nak buat apa pun dengan wang tersebut.

Harta yang dibeli adalah untuk pelaburan dan tetap akan dapat pada Tabung Haji bukan tak dapat apa-apa seinci tanah pun. Malah kalau jual dapat balik untung.

Macam kita nak beli rumah sekarang, hanya ada tapak...rumah tak naik lagi tapi pinjaman perlu diuruskan dengan bank. Bila rumah dah siap barulah bayar pada bank.

Kenapa tidak dipersoalkan sesebuah pemaju perumahan dapat tanah kosong dengan harga murah kemudian membangunkannya dengan segala infrastruktur lalu dijualnya dengan harga yang lebih mahal sedikit kepada pembeli?

Jangan pula nak bandingkan harga tanah di ceruk kampung dengan harga tanah di tengah-tengah KL. Jauh bezanya.

Dalam hal ini Tabung Haji tak menggunakan pinjaman bank tempatan atau bank asing. Sebaliknya menggunakan rezab simpanannya untuk membeli satu hartanah mengikut nasihat panel syariahnya.

Bila Tabung Haji guna rezabnya, adakah pendeposit akan rugi dan hilang depositnya?

Adakah Tabung Haji tidak bebas membeli hartanah untuk kemajuan ummah di masa hadapan. Kenapa begitu trauma dengan 1MDB? 

Kita yakinkah wang negara hilang RM42 juta akibat urusiaga 1MDB?

Selama ini Tabung Haji membeli banyak hartanah termasuk ladang-ladang sawit dan aset hartanah di luar negara termasuk hotel dan menceburi bidang pelancongan, sajian dan sebagainya...

Adakah kewangan Tabung Haji terjejas. Kalau terjejas kenapa saban tahun Tabung Haji mampu catat keuntungan dan beri pelbagai faedah, bonus, dividen, subsidi dan zakat yang tinggi pada pendepositnya dan rakyat?

Persoalannya ada pihak yang ingin mensabotaj ekonomi negara dengan menghalang Tabung Haji membeli sebuah hartanah di segi tiga emas Kuala Lumpur, tambahan lagi dengan 1MDB milik kerajaan.

Dan pihak itu juga bersubahat dengan entiti-entiti politik tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri setelah gagal melalui 'pintu belakang'.

Adakah jika PM berundur maka keadaan akan lebih baik. Adakah pengganti itu akan sunyi dari kritikan?

Adakah pula jika UMNO tak baik sekalipun maka keadaan lebih baik jika pembangkang mengambil alih negara ini ...berapa banyak kerusi yang ditarget untuk menang?

Adakah dengan kerusi kemenangan itu kamu boleh mentadbir negara ini dengan lebih baik sedangkan belum lagi jadi pemerintah sudah pelbagai kekecohan berlaku?

Apa orang yang kalah akan berdiam diri membisu. Kalau mereka bising adakah kamu akan diam?

Masing-masing mungkin akan menang dengan kerusi yang sedikit namun tiada yang majoriti pun...sedangkan banyak ideologi yang hendak dibawa...

Sorang nak jadi negara republik sosialis buang segala hak istimewa majoriti pribumi.

Sorang nak jadi negara liberal demokratik halal haram depan belakang tutuh saja.

Sorang nak jadi negara Islamik berkebajikan...tak sudah bercakaran soal hudud.

Yang akan jadi pemenang adalah mereka yang menguasai ekonomi. Adakah negara akan aman damai jika ideologi berkecamuk ini mahu dilaksanakan?

Segala keistimewaan yang ada akan diruntuhkannya lalu diganti dengan keadilan dan meritokrasi...

Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...yang berciciran terus dipijak tak mampu dan tidak diendah suaranya.

Ke mana negara ini mahu dibawa? Menang sorak kampung tergadai... menang jadi arang kalah jadi abu. Lama-kelamaan yang arang pun akan dibakar hingga jadi abu.

Ketika itu menangis air mata darah pun tak guna....

  

   

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Setuju Najib "take charge" ... Nafi renggang dgn Muhyiddin

Posted: 11 May 2015 06:44 PM PDT



Berita SMS The Star menyiarkan berita berikut:

11/5 Umno president Najib Razak denies rift between him and deputy Muhyiddin Yassin; says talks held to ensure united leadership/STAR

Ini sesuatu yang penting kerana teguran Muhyiddin dan beberapa pemegang jawatan UMNO lain berniat positif.



Hasilnya suatu perbincangan terbuka dan ikhlas berlaku petang semalam.


Namun teguran itu dilihat dan dikecam di Sabah hingga dituntut letak jawatan sebagai tidak mengikut decorum. Sepaturnya dilakukan di dalam mesyuarat kabinet atau MT dan bukan melalui media. Adakah keadaan begitu terpaksa hingga terpaksa guna media?

MT UMNO Nyata Sokongan Terhadap PM, TPM

Perak Today@KL

Posted on Monday, May 11, 2015 9:49 pm

KUALA LUMPUR: Majlis tertinggi UMNO hari ini menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meskipun diasak dengan pelbagai permasalahan serta isu-isu panas sejak kebelakangan ini, namun Najib selaku Perdana Menteri masih mendapat sokongan penuh dalam kalangan anggota UMNO.

Najib berkata, barisan kepimpinan UMNO mahu semua pemimpin bersatu bagi menangani cabaran dalam memperkukuhkan lagi parti itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, petang tadi.

Ujarnya segala khabar angin yang tersebar sebelum mesyuarat berlangsung terbukti tidak benar dan pihak yang menyebarkan hal itu semestinya akan kecewa dengan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.


Dalam pada itu, ujarnya, beliau telah mengadakan satu pertemuan secara peribadi bersama dengan Muhyiddin bagi membincangkan perihal parti itu.

Beliau turut menghargai segala idea bernas yang disampaikan oleh Timbalan Presiden Parti itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang berlangsung, hari ini.

Tegasnya, beliau akan memastikan tiada usaha untuk memecah belahkan pimpinan parti itu dilakukan khususnya terhadap beliau dan Muhyiddin.

---------------


Boleh dirumuskan PC semalam seperti berikut:

 PC Mesyuarat Tertinggi UMNO.

1) MT melahirkan sokongan padu pada presiden dan timbalan presiden
2) MT menyatakan kalau ada isu berbangkit mereka diberi peluang utk menyumbang idea bernas dan cadangan positif utk mendapat penyelesaian yg sewajarnya
3) TH pendeposit tak perlu bimbang kerana semua caruman dijamin oleh kerajaan - pihak kerajaan ambil maklum
4)1MDB  keputusan siasatan perlu dipercepatkan oleh Audit Diraja.  Audit Diraja juga diminta buat statement status Audit terkini.  MT minta ambil tindakan tegas pada siapa yg salah dalam isu 1MDB
5) MT menawarkan bantuan utk menyelesaikan masalah 1MDB -  pihak kerajaan akan beri pertimbangan
6) PM akan sentiasa bincang hati ke hati bersama TPM  utk menyelesaikan masalah semasa

Oleh itu kenapa perlu telanjang menelanjang sesama sendiri oleh beberapa kelompok yang dilihat pro Najib dan pro Hishamuddin atas interpretasi politik yang sempit? Bukankah ini akan menimbulkan reaksi dari pro Muhyiddin dan pro lain-lain?

Unspinners utamakan kerajaan dan UMNO. Bukan fanatik pada orang. Akhirnya berlaku pertandingan yang sudah tidak kira kalah menang tapi hanya untuk jaga airmuka dan maruah. Pertandingan senget dalam UMNO hanya menang jadi arang dan kalah jadi abu.

Hairannya kenapa pula orang luar parti masuk sibuk pasal hal dalaman UMNO? NGO yang pernah sokong BN pun tidak ada hak campurtangan hal dalaman parti sebagaimana UMNO tak ada hak campur hal dalaman NGO tersebut.






Dato Najib sudah nyatakan pendirian dengan jelas. Malah the Star ada melaporkan hal sama di Tawau dan dalam intervuew baru-baru ini di SINI.

Yes sir, you did the right thing to put your stand and take charge. Time for you to be more assertive.

While you are open to other opinion and views, do not stoop to aspersion, unsubstantiated allegations and slanders from whoever he is - big or small. Hit it back!!!

You are the Prime Minister, no more Tun Abdullah and no more Tun Mahathir. 

-------------------------


Bolehkah Najib ditumbang tanpa Sabah, KB dan TKB?

Posted: 11 May 2015 01:37 AM PDT


Menurut Putra Merdeka SINI, Najib sudah palu gendang perang:

TAWAU: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota Umno terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, Ahad.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan Umno, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli Umno suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata, melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

--------------------


Khabarnya Benchmark berada di Sabah untuk cari isu-isu yang boleh divbakar untuk blognya. Dia bermuka2 kata sokong Najib bila sedar sokongan untuk Najib kuat di Sabah. Sokongan untuk Najib kuat di Sabah sebab banyak dapat manaafat di bawah Najib berbanding PM-PM sebelum ini.

Ketua Bahagian sudah diketemui dan kini Timbalan pun diketemui. Mereka menyatakan sokongan. Ahli Parlimen pun sudah ditemui dan sokong.

Ada orang kata sokongan orang politik tak cukup kerana boleh bertukar. Zam kata sokongan sebenar lain. tun Daim kata ramai bermuka-muka.

Desas desus disebar bahawa nyawa Najib hanya tunggu akhir Jun dan akan meletup isu atau fitnah baru.

Mereka lihat pada kenyataan Muhyiddin, dan Naib-Naib Presiden berhubung 1MDB. Pemuda yang ditangkap mahu jatuhkan Najib di Rompin pula nampak membalas dendam. Berturut-turut keluar kenyataan dari satu satu Ketua Pemuda negeri. Puteri pun sambut.

Ketua Penerangan Pemuda yang mulakan serangan dikatakan ada motif lain. Dia cuba nak selamatkan boss dia atau mungkin diri dia juga dari masaalah siasatan satu agensi tertentu.

Namun begitu ada pula kata jangan terlalu yakin.

Najib punya kekuatan 80% antara pemegang jawatan UMNO. Penentangnya sedang cuba menimbulkan isu yang bangkitkan kemarahan akarumbi seperti fitnah 1MDB sebat duit Tabung Haji untuk menumbangkan ketua-ketua yang menentangnya.

Hmmm ... kita tengok dan lihat. Lucunya pemilehan hanya lepas pru14.

Yang senyum skrg, taukeh cina yang anti GST, tycoon IPP mahu selamatkan pelaburan dari ditelan 1MDB dan cina-cina yang mahu lihat Tabung Haji jatuh.

Kononnya ada pemegang jawatan tertinggi UMNO yang baik dengan cina akan jadi broker tanah Tabung Haji untuk dijual kepada orang asing. Dapat komisyen, profit sharing dan undercounter pun boleh bagi.

Cuma cakap kedai kopi itu tak tally dengan amalan Tabung Haji yang tak pernah guna broker atau layan dato ini dan itu bawa proposal. Untuk sebarang transaksi mereka guna professional bertauliah.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


RM600K akan dibayar kerajaan untuk keluarga Beng Hock

Posted: 11 May 2015 09:53 PM PDT

Kerajaan akan membayar ganti rugi RM600,000 atas kecuaian dan RM60,000 kos kepada keluarga Teoh Beng Hock, kata anggota Parlimen DAP.

Teo Nie Ching berkata penyelesaian itu dicapai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah sepatutnya mendengar pengakuan daripada saksi defendan, yang dijangka 13 orang, hari ini.

Dalam prosiding lepas, pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, saksi terakhir plaintif dalam saman cuai difailkan anggota keluarga Teoh terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 13 lagi, tidak hadir.

Keluarganya tidak mendedahkan kepada media berhubung sebabnya.

Pada 2009, Teoh, pembantu keapda exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas terjatuh daripada tingkat sembilan pejabat SPRM Selangor.

Black 505: Notis Seksyen 9(5) APA kekal tak sah dan batal

Posted: 11 May 2015 09:50 PM PDT


Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) yang meminta peserta memberi notis 10 hari sebelum mengadakan sesuatu perhimpunan kekal batal dan tidak sah.

Ini susulan pihak pendakwaan hari ini menarik balik rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan terhadap Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Berikutan itu, keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan seksyen tersebut sebagai batal dan tidak sah dan tidak berpelembagaan, diterima.

Peguam Nik Nazmi Latheefa Koya memberitahu Malaysiakini bahawa penarikan balik rayuan itu dibuat oleh DPP Manoj Kurup, yang juga ketua bahagian perbicaraan dan rayuan di Pejabat Peguam Negara.

President Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai barisan hakim membatalkan rayuan pendakwa ekoran penarik balik rayuan tersebut.

Sebelum itu, Nik Nazmi menulis dalam twitternya: "Alhamdulillah. Mahkamah Persekutuan membatalkan kes #Black505 saya selepas pendakwaraya menarik balik rayuan."
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah PM? Mana bukti, tanya pembantu

Posted: 11 May 2015 08:30 PM PDT

"Pernahkah Datin Seri Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat kabinet? Pernahkah beliau menasihati Yang di-Pertuan Agong?" Itu antara persoalan ditanyakan pembantu perdana menteri Rizal Mansor sebagai reaksi kepada kenyataan Tun Dr Mahathir semalam.

Kata Rizal, memang ada pihak tertentu mendakwa Rosmah berkelakuan seperti perdana menteri namun beliau tidak melihat ada kebenaran pada tuduhan berkenaan.

"Justeru, tolong beritahu saya, pernah tak beliau (Rosmah) menghadiri mesyuarat kabinet atau mempengerusikannya?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Semalam Dr Mahathir sekali lagi mengkritik Rosmah yang dikaitkannya dengan gaya hidup mewah.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau didatangi oleh pelbagai ramai kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Najib.

Menurut Rizal Rosmah juga tidak pernah memberi sebarang arahan kepada mana-mana menteri atau ketua setiausaha sesebuah kementerian.

Begitu juga, kata Rizal, Rosmah tidak pernah menasihati Agong seperti tugas rasmi seorang perdana menteri.

'Kemewahan' pasangan Najib - Rosmah menjadi antara perbualan ramai termasuk di kalangan veteran politik dan wartawan.

Malah aspek itu turut pernah menarik perhatian media luar negara seperti dilakukan akhbar New York Times di AS dan majalah Tempo Indonesia.

Ekoran laporan New York Times itu, Pejabat Perdana Menteri menjelaskan kekayaan Najib diwarisi daripada keluarganya

MH179: Akibat arak nyawa penumpang jadi taruhan

Posted: 11 May 2015 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan nampaknya masih belum mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) membabitkan MH370 dan MH17.

Terkini pula MH179 apabila terpaksa berpatah balik ekoran seorang penumpang mabuk sehingga mengganggu penerbangan pesawat tersebut.

Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaary melahirkan rasa kecewa apabila Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berulang kali mendesak kerajaan agar tidak menghidangan minuman arak di dalam pesawat MAS.

Merujuk kepada kejadian terbaru itu, bagi Marzuk ia sekali gus memburukkan nama Malaysia sebagai sebuah negara Islam, selain mengundang bahaya kepada peminum dan para penumpang lain.

"Tragedi yang menimpa pesawat MAS sebelum ini sepatutnya menginsafkan kita semua agar lebih berhati-hati. Namun nampaknya pihak MAS dan kerajaan masih belum dapat mengambil iktibar apa yang telah berlaku.

"Rakyat Malaysia masih kuat trauma kejadian MH370 dan MH17. Insiden MH179 ini pula menambah lagi trauma sedia ada," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru katanya, pihak kerajaan sudah begitu lama berjanji untuk membincangkan perkara ini apabila perkara ini dibangkitkan di dalam sidang parlimen.

Namun katanya,  janji yang diberi sudah sampai ke tahap berlaku pula insiden mabuk di dalam pesawat yang boleh membahayakan nyawa para penumpang apatah lagi meruntuhkan reputasi MAS yang sudah sekian merosot.
Read More / Baca Lagi >>

JPA harus sasar 'jabatan tak beri manfaat'

Posted: 11 May 2015 08:27 PM PDT


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mensasarkan jabatan yang tidak "memberi manfaat kepada rakyat" dan bukannya membekukan pengambilan kakitangan awam baru, khususnya bagi Kementerian Kesihatan, kata seorang ahli parlimen pembangkang.

MP Kulai Teo Nie Ching berkata antara yang pertama harus disasarkan ialah jabatan seperti 'Bahagian Wanita Pertama Malaysia' (FLOM).

Katanya, walaupun saiz perkhidmatan awam juga perlu turut dikawal, tetapi pembekuan jawatan baru di semua kementerian adalah tidak masuk akal.

"Sebaliknya, JPA patut mensasar dan mengurangkan saiz jabatan-jabatan tertentu yang tidak benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, seperti FLOM, utusan khas dan penasihat khas di bawah Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Khas, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), [. ..] dan lain-lain lagi, "katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun 2011 kemunculan bahagian FLOM telah mengundang kontroversi, tetapi kemudiannya telah diperjelaskan sebagai ia adalah jabatan tidak rasmi yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang dipinjamkan yang membantu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tugas-tugasnya.

Teo mengulas pengumuman JPA bahawa ia akan membekukan pengambilan jawatan baru untuk mengawal saiz perkhidmatan awam.

Ahli Parlimen DAP itu mengingatkan bahawa langkah tersebut akan memberi kesan teruk terhadap sektor kesihatan awam.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan tinggi kepada PAS terhempas

Posted: 11 May 2015 08:05 PM PDT

A Shukur Harun

Demikian ramai pendukung PAS melihat dengan penuh kekecewaan akan wajah PAS masa kini. Ada yang sangat bimbang, malah marah.
Wajah parti Islam yang sudah berumur 61 tahun itu kelihatannya, tidak ceria, kusut masai, murung bagaikan pesakit kronik yang sukar sembuh dan penuh masalah yang tidak terselesaikan,
Sepatutnya parti itu dilihat teguh, meyakinkan kerana sudah begitu berpengalaman serta menempuh pelbagai cabaran yang hebat sepanjang sejarahnya.

Pendukung PAS berhak merasakan bimbang, kecewa, malah marah atas apa yang berlaku di dalam PAS yang akan bermuktamar ke-61 awal tahun depan. Mereka selama ini menggantungkan harapan tinggi kepada PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang boleh membela ummah. Malah golongan bukan Islam banyak memberi sokongan sejak Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 kerana konsep "PAS For All" yang didukung oleh PAS.
Tetapi kini, semua harapan mereka terhempas, justeru PAS dilanda krisis berat yang hingga kini belum ada sebarang usaha untuk memulihkannya. Konsep "PAS For All' entah ke mana.
Dari jurang krisis itu tercetuslah label melabel, kata-kata seperti barua, Islam sekular, munafik haraki, malah syaitan serta umpat keji dan kata-kata kesat yang dahsyat
Ada pula tuduhan kononnya wujud golongan di dalam PAS yang berusaha untuk menyelewengkan dasar Islam, lari dari perjuangan asal PAS, konon hendak menjadikan PAS sebagai parti sekular dan pelbagai lagi tuduhan, malah fitnah yang tidak pernah kita fikirkan boleh tercetus di dalam jemaah PAS di mana pendukungnya melalui tarbiah – usrah, tamrin, mukhayyam, pelbagai kuliah mengenai pembentukan akhlak sejak puluhan tahun.
Ramai yang bertanya di mana menghilangnya nilai ukhuwah, persaudaraan Islam yang dibina sekian lama di dalam jemaah PAS yang selama ini menjadi nilai paling mulia di dalam warga PAS. Kini semuanya musnah. Ada ahli yang jujur menitiskan air mata mengenangkan hal ini.
Ada pihak yang mengumpamakan krisis di dalam PAS ini seperti kapal raksasa "Titanic British", yang musnah di lautan Atlantik kerana terlanggar batu salji yang sangat besar ketika belayar di lautan itu.
Pembuat kapal itu dengan angkuhnya memberitahu, kononnya tidak ada satu pun makhluk di bumi ini yang boleh memusnahkan kapal hebat itu kerana ia dibina sedemikian rupa.
Kapten kapal itu pula, ketika dalam pelayaran, dengan angkuh tidak mahu mendengar nasihat beberapa pakar lautan di dalam kapal Titanic itu sendiri yang menasihatinya supaya mengubah laluan disebabkan laluan yang hendak ditempuh banyak batu besar salji yang sangat merbahaya, yang boleh memusnahkan kapal itu jika melanggarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana kita jelaskan Malaysia kepada diplomat asing?

Posted: 11 May 2015 07:40 PM PDT

oleh Rama Ramanathan
Menurut standard antarabangsa, krisis bermaksud "situasi luar normal yang mengancam operasi, kakitangan, pelanggan atau reputasi sesebuah perniagaan".
Untuk dianggap sebagai krisis, sesebuah keadaan perlu pertama, luar daripada kebiasaan dan kedua, memberi ancaman. Maka apabila diminta untuk menilai keadaan, setiap pengurus krisis akan bertanya tiga soalan: Apakah keadaan yang dianggap normal? Apakah ancamannya? Siapa yang akan menerima kesan?
Pengurus krisis juga ada fikiran lain yang bermain di minda mereka. Ia dinyatakan dengan baik oleh kebanyakan kamus: krisis adalah titik perubahan dalam penyakit; ia menandakan perubahan penting yang bakal berlaku, hasilnya boleh jadi pemulihan. Atau kematian.
Minggu lalu saya dijadualkan untuk bertemu seorang diplomat yang baru-baru ini ditugaskan ke Malaysia. Beliau dalam proses bertemu pelbagai pihak, memahami denyut nadi Malaysia.
Saya tertanya-tanya apa yang patut saya beritahu diplomat itu tentang tanah air saya. Saya memutuskan untuk tidak bercakap tentang obsesi nombor satu negara, makanan. Sebaliknya saya bercakap tentang obsesi kedua dan ketiga negara: kaum dan agama.
Jadi mengapa saya memulakan artikel ini dengan bercakap tentang krisis? Ini kerana saya yakin negara kita sedang dilanda krisis. Keyakinan ini cukup kuat sehingga saya meninggalkan kerjaya korporat dan menumpukan hidup saya untuk memperbaiki keadaan.
Kebanyakan kita tidak peduli tentang apa yang sedang berlaku di negara kita. Kita tidak bekerja untuk mempengaruhi dasar kerajaan; kita tidak kenal wakil yang sepatutnya mewakili kawasan parlimen tempat tinggal kita; kita malah tidak tahu nama parlimen tempat tinggal kita.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan campur urusan pemilihan parti kata PAS Terengganu

Posted: 11 May 2015 07:31 PM PDT

Satiful Bahri Mamat
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengingatkan mana-mana pihak tidak mencampuri urusan Pas dalam memilih barisan kepimpinan yang akan menentukan hala tuju parti itu pada masa depan.
Menurutnya, serangan daripada pihak luar terutama terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperlihatkan pihak terlibat seolah-olah mahu mempengaruhi ahli Pas dalam menentukan kepimpinan menjelang Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Bagaimanapun beliau yakin keadaan itu tidak akan memberi kesan kepada Pas dan menegaskan bahawa ahli parti itu lebih tahu siapa yang berhak untuk menerajui Pas.

"Saya rasa semua bentuk serangan ini hanya berlaku sebelum muktamar untuk calarkan imej presiden.

"Bukan AMK sahaja tetapi juga daripada PKR dan DAP tetapi kita melihat mutakhir ini pencalonan yang banyak terhadap Tuan Guru (Abdul Hadi)," katanya.

Kata beliau, kepimpinan Pas yang ada kini sudah lama dan beliau harap supaya mana-mana pihak jangan campur tangan kerana mereka lebih tahu siapa untuk dipilih sebagai pemimpin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai beberapa pihak sebelum ini termasuk AMK yang mendakwa Abdul Hadi sebagai mesra Umno.

Satiful Bahri yang juga Adun Paka turut menjangka bahawa semua bentuk serangan terhadap Abdul Hadi akan berakhir selepas Muktamar Tahunan Pas nanti.
Read More / Baca Lagi >>

TH-1MDB: PM kena terima realiti, kata Hamidah

Posted: 11 May 2015 07:29 PM PDT

Datuk Hamidah Osman IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, kemelut 1MDB termasuk kontroversi pembelian asetnya oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) menyebabkan ahli akar umbi dan rakyat resah dengan kredibiliti pentadbiran negara.

"Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa, semua orang merasai bagaimana isu ini meletakkan Umno dalam satu keadaan yang mencabar.

"Kita lihat realiti hari ini, kita jangan hidup dalam penafian," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Najib yang tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat sokongan rakyat.

Hamidah berkata, sebagai seorang pemimpin yang benar sayangkan parti, Najib perlu melihat perkara itu dengan serius.

Katanya, isu tersebut menyebabkan rakyat dan ahli Umno diletakkan dalam suasana getir.

"Memasuki 69 tahun Umno ini, kita mengharapkan Umno terus mencapai kecemerlangan di puncak kejayaan," katanya.

Hebatnya.....!!! Ramai minat beli tanah, Tabung Haji buka tender, kata Azeez

Posted: 11 May 2015 07:26 PM PDT

Lembaga Tabung Haji berkata ia bercadang membuka tender bagi menjual semula tanah yang dibelinya daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan banyak tawaran dan pertanyaan daripada pelbagai pihak, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dana simpanan bakal haji itu mahu menjual tanah seluas 0.63 hektar di Tun Razak Exchange itu secepat mungkin selepas menerima tawaran paling menarik.

"Kita jual dalam minggu jni. Setakat tadi, sudah banyak tawaran dan pelbagai pihak berminat untuk membeli," katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam.

 Azeez turut melahirkan rasa syukur dengan sokongan daripada pemimpin tertinggi Umno semalam ekoran kontroversi pembelian tanah oleh Tabung Haji, yang mencetuskan tuntutan supaya beliau meletak jawatan sebagai pengerusinya.

"Alhamdulillah mereka (MT) menerimanya. Mereka memberi pandangan dan nasihat yang membina kepada saya," kata seperti dilapor Utusan, dan menambah penjelasan laporan forensik berkenaan isu tersebut sudah dilakukan dalam mesyuarat.

Malah Azeez bertegas tidak akan melepaskan jawatannya dan berkata hanya individu yang menyumbang kerugian dan berlaku penyelewengan di sesebuah syarikat akan berbuat demikian.

Read More / Baca Lagi >>

Patuh kepada pemimpin lebih penting daripada perangi rasuah..!!!

Posted: 11 May 2015 07:06 PM PDT

Sokongan padu Majlis Tertinggi Umno kepada Datuk Seri Najib Razak semalam hanya membuktikan parti itu lebih mementingkan kepatuhan daripada menyelesaikan masalah rasuah, salah guna kuasa, kata pemimpin DAP Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata selepas beberapa pemimpin tertinggi Umno kecoh mempersoalkan pembelian tanah 1Malaysian Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji minggu lalu, mesyuarat semalam pula berakhir dengan hanya rengekan.

"Ia umpama kisah serigala, atau dalam kes ini, sekumpulan serigala, yang kecoh meneriak penuh semangat, tetapi masih gagal menjatuhkan Najib.

"Justeru, amat jelas sekarang Umno umpama harimau yang tidak dapat menghilangkan belangnya. Tidak kira serius mana pun salah guna kuasa, ketidakcekapan, salah urus dan rasuah, mereka akan terus menyokong pemimpin tertinggi dengan kuasa mutlaknya. "Pemimpin Umno tidak lain hanyalah munafik yang dahagakan kuasa.

Di penghujungnya, selepas berbuih di mulut menyatakan kemarahan terhadap kehilangan berbilion ringgit wang pembayar cukai, yang lebih penting ialah patuh kepada presiden parti yang amat berkuasa," kata Pua dalam kenyataannya.

Read More / Baca Lagi >>

PAC perlu libat wakil antarabangsa dalam siasatan 1MDB - Tan Sri Ramon

Posted: 11 May 2015 07:00 PM PDT

ramon navaratnam KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dinasihat untuk menggunakan pakar antarabangsa sebagai rujukan dalam prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.

Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Tan Sri Dr Ramon Navaratnam berkata, ia sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap isu yang melibatkan sensitiviti rakyat akhir-akhir ini.

"Lebih baik PAC mengambil badan bebas dan antarabangsa untuk bersama dalam siasatan 1MDB. Ia dilihat mengeluarkan persepsi wakil politik, sekali gus membebaskan pemikiran masyarakat siasatan itu mempunyai elemen bias.

"Masyarakat takut hasilnya tidak adil jika tiada wakil luar, ia sekali gus menjamin keyakinan rakyat terhadap kredibiliti PAC itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Ramon mengulas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang berkata pihaknya akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Abdullah di dalam siasatan PAC.
Read More / Baca Lagi >>

Azeez perlu jaga kepentingan penyimpan TH, bukan arahan Najib, kata bekas hakim

Posted: 11 May 2015 06:58 PM PDT

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim silap apabila menurut nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menjual tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang bekas hakim.

Datuk Seri Gopal Sri Ram (gambar, kanan) berkata, menurut undang-undang, pengarah mana-mana syarikat atau institusi perlu bebas dan bertindak demi menjaga kepentingan terbaik organisasinya. "Mereka tidak wajar bertindak menurut telunjuk pihak ketiga tetapi menyerahkannya kepada ahli lembaga pengarah.

"Jika mereka bertindak demikian dan institusi tersebut rugi, mereka perlu bertanggungjawab secara peribadi," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu kepada The Malaysian Insider. Beliau mengulas langkah Tabung Haji menjual sekeping tanah seluas 0.63 ekar yang dibeli daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta.

Pembelian tersebut mencetuskan kekecohan di kalangan penyimpan Tabung Haji dan pemimpin dari kedua-dua blok politik yang mempertikaikan urus niaga melibatkan 1MDB yang sarat dibebani hutang. Dalam satu sidang media Sabtu lepas, Azeez berkata, Tabung Haji dinasihati Najib agar menjual tanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu demi menghormati "sensitiviti" penyimpannya.

Menurutnya, Najib menasihati beliau agar melepaskan tanah itu demi memastikan nama baik Tabung Haji tidak "tercemar" ekoran urus niaganya dengan 1MDB. Najib adalah menteri kewangan merangkap pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Isu kebebasan korporat dan pertembungan kepentingan politik turut diserlahkan oleh badan pemantau anti-rasuah, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4). C4 mendakwa urus niaga itu dicemari bukan sahaja oleh pertembungan kepentingan korporat tetapi juga kepentingan politik memandangkan Azeez – selain daripada seorang ahli lembaga pengarah Tabung Haji – adalah juga ahli Umno di bawah pimpinan Najib.

Read More / Baca Lagi >>

Wahai wanita, mainlah golf untuk lebih menonjol – kata Menteri Wanita kita

Posted: 11 May 2015 06:50 PM PDT

oleh V Shuman

 Lawak minggu ini – golongan wanita harus bermain golf agar dilihat lebih menonjol.

Ataupun, tulis artikel di akhbar atau majalah untuk mempromosikan diri. Ia akan membantu golongan wanita mendaki tangga korporat.

Cadangan ini dibawa kepada anda oleh Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Rohani Abdul Karim.

Beliau mengulas kenyataan perdana menteri Najib Razak berhubung bilangan wanita dalam lembaga pengarah syarikat awam hanyalah pada kadar 16 peratus, jauh kurang daripada sasaran 30 peratus. Menurut Malaysiakini, Rohani berkata golf dan menulis artikel adalah antara cara bagi wanita agar 'lebih menonjol' untuk pelantikan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

"Jika anda perlu bermain golf, mainlah. Mulakan, ia akan jadikan anda lebih menonjol. "Jika anda boleh menulis artikel di akhbar atau majalah, buatlah. Ini semua sebahagian untuk jadi lebih menonjol," Rohani dilaporkan berkata.

Katanya lagi, pemain industri amat terperinci ketika merekrut mereka yang layak ke dalam lembaga pengarah, maka bakal calon perlu mampu bersosial, menyerlahkan diri dan tahu mempromosikan diri mereka. Jadi bermain golf dan menulis membuatkan seseorang itu layak?

 Bagaimana dengan mereka yang tidak boleh kedua-duanya? Kenyataan itu membuatkan saya sedikit marah, pada masa sama tetap rasa terhibur dengannya. Walaupun saya bukanlah seorang wanita.

Adakah Rohani tahu tentang apa yang beliau perkatakan, dan betapa bodohnya kenyataan itu? Demi membantu mengingatkannya semula, saya akan senaraikan sejumlah wanita berpengaruh – tiada seorang pun yang menjadi pemain golf prolifik atau pun penulis.

Read More / Baca Lagi >>

Najib bakal ikut jejak langkah Pak Lah?

Posted: 11 May 2015 06:32 PM PDT



DATUK Seri Najib Razak juga mungkin senasib Tun Abdullah Ahmad Badawi. Cuma membezakan Pak Lah diasak dari segenap penjuru selepas BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

Najib selamat buat seketika biarpun undi popular Pakatan Rakyat (PR) 51.3 peratus mengatasi BN (48.7 peratus) pada PRU-13.

Sedangkan pencapaian Pak Lah lebih baik daripada Najib ketika PRU ke-12. BN masih bertahan dengan undi popular lebih 50 peratus.

Pada pilihan raya tersebut, BN memperolehi 52.2 peratus berbanding PR – 47.8 peratus. Pak Lah juga memecah rekod pencapaian BN sejak PRU 1959 apabila mendapat peratus undi 63.9 peratus pada PRU 2004.

Sedangkan PR mengumpul undi sebanyak 36.1 peratus. Kejayaan ketika itu memberi keselesaan seketika Pak Lah di puncak kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menulis, beliau sukar untuk menemui Datuk Seri Najib Razak bagi meluah isu terbuku di hati, ketika Najib di posisi Timbalan Perdana Menteri.

Dakwa beliau, Najib perlu mendapat izin Pak Lah bagi membolehkan beliau menerima kunjungan Dr Mahathir. Najib sudah lama dikesannya seperti penakut.

Dr Mahathir seperti kesal memilih Pak Lah berbanding Najib. Tidak lama selepas Pak Lah di puncak, Dr Mahathir memilih jalan konfrantasi.

Kemuncak kebencian Dr Mahathir apabila bekas perdana menteri itu menghantar surat keluar daripada Umno.Read More / Baca Lagi >>

Siapa beri kelulusan transaksi tanah 1MDB-Tabung Haji?

Posted: 11 May 2015 06:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus mendedahkan menteri manakah yang telah memberi kelulusan perjanjian tanah Lembaga Tabung Haji (LTH) dengan 1MDB, jika benar beliau mahu menangani masalah tersebut, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Kit Siang berkata demikian merujuk kepada laporan Jumaat lalu yang mengatakan bahawa Najib tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam permasalahan besar ini.
"Najib tidak boleh terus berdiam diri dalam skandal RM42 bilion 1MDB dan menjelaskan peranannya dalam kemelut 1MDB-LTH, khususnya sama ada beliau telah meluluskan atau mengarahkan LTH dalam perjanjian tanah dengan 1MDB.
"1MDB empat tahun lalu telah membeli tanah itu dengan harga RM64 satu kaki persegi dan menjualnya 43 kali dari nilai diperoleh iaitu pada RM2,773 satu kaki persegi.
"Jika Najib tidak meluluskan perjanjian tanah LTH dengan 1MDB, maka beliau perlu mendedahkan menteri manakah yang telah memberi kelulusan dan apakah sebabnya," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Merajuk bukan cara selesaikan skandal 1MDB-Tabung Haji

Posted: 11 May 2015 06:24 PM PDT

IPOH, 11 MEI: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta Tun Dr Mahathir Mohamad membalas budi beliau adalah amat menyedihkan dan memalukan, kata Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Najib dalam perhimpunan UMNO di Sabah semalam, yang mendakwa beliau kekal teguh di belakang Mahathir apabila bekas Perdana Menteri itu nyaris kehilangan kedudukan sebagai Presiden UMNO pada 1987 dan meminta Mahathir membalas budi tersebut.
"Najib berkata, jika tidak boleh berbuat demikian, Mahathir tidak perlulah kecoh.
"Perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya sebaik membaca berita ini adalah 'bagaimana Najib boleh jadi begitu menyedihkan'," katanya.
Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menegaskan, Najib sehingga hari ini masih gagal memberikan jawapan yang memuaskan berhubung skandal 1MDB dan menyebabkan beliau dikritik dari segenap sudut termasuk Mahathir sendiri.
Kata Kula, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib bertanggungjawab untuk menjawab semua keraguan dan persoalan mengenai 1MDB termasuk pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tanya,rakyat Sabah tatap sokong??

Posted: 11 May 2015 05:55 PM PDT


Najib tanya,rakyat Sabah tatap sokong??

"Mahathir!"
"Sokong??"
"Mahathir!"
"Sokong??"
"Mahathir!"

"Kalau rakyat……...ini bukan semua rakyat Sabah."

Akhirnya Mahathir akui penyokong UMNO/BN dibayar...

Posted: 11 May 2015 05:47 PM PDT


Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.
3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.
4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.
5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.
6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.
7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.
8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.
9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.
10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.
11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan "I love PM" dan menyanyi lagu "IM4U". Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.
12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan "Ah Jib Gor" abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.
13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

BN, Pakatan berada dalam keadaan kucar-kacir

Posted: 11 May 2015 05:08 PM PDT

Oleh Ian McIntyre
Ada penerangan tepat bagi menjelaskan keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memenangi 'semula' kerusi itu. Ia seperti ini: "Ia bukan tentang siapa yang kuat, tetapi tentang keadaan musuh yang lebih lemah. "
Kebenarannya, PKR tidak kebal ketika menjelangnya pilihan raya kecil dua minggu lalu tetapi saingannya - Barisan Nasional - berada dalam keadaan yang lebih teruk.

Pada dasarnya, BN menyerahkan kerusi yang ia cuba sedaya upaya mendapatkan itu kepada Wan Azizah akibat pertengkaran dalaman dan dasar-dasar yang memakan diri. Ramai berpandangan pemimpin-pemimpin BN gagal memahami nasib yang menimpa golongan pengundi berpendapatan sederhana dan rendah, kerana mereka tidak menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat.
Dan seperti di kebanyakan negara, golongan berpendapatan sederhana dan rendah mewakili sebahagian besar pengundi.
Ketidakupayaan untuk menjelaskan bagaimana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) boleh memberi manfaat kepada orang biasa serta hutang meningkat yang ditanggung agensi pelaburan 1MDB, merupakan antara isu-isu yang perlu ditangani.
Malangnya, BN tidak mampu menampilkan pemimpin yang berkaliber tinggi untuk menjelaskan dan meyakinkan pengundi.
Dan siapa yang boleh lupa kritikan oleh pakar politik Malaysia - Dr Mahathir Mohamad.
Tokoh berusia 89 tahun itu sangat kritikal terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam minggu-minggu menjelang pilihan raya.
Ia begitu menyenangkan sehingga bekas ahli parlimen PKR Yusmadi Yusoff (kiri) berkata PKR, buat kali pertama telah menaikkan lebih banyak poster Najib berbanding BN sendiri.
Yusmadi kini membantu rangkaian-rangkaian televisyen sebagai penganalisis politik.
"Wajah Najib di poster telah ditampal dengan GST dan 1MDB di seluruh kawasan itu."
Ini telah dilakukan oleh PKR manakala BN memilih untuk tidak meletakkan apa-apa potret Najib, Yusmadi berkata, sambil menambah jelas bahawa Najib dan BN telah kehilangan arah dalam mentadbir negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Fix deposit BN di Felda boleh dilebur

Posted: 11 May 2015 05:04 PM PDT

Oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD

MERUJUK kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) P091 Rompin baru-baru ini, jelas terbukti bahawa sokongan pengundi yang terdiri daripada masyarakat Felda, iaitu peneroka-peneroka, boleh beralih arah, iaitu daripada menyokong parti pemerintah - Barisan Nasional (BN) - kepada parti pembangkang, yakni Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, masyarakat Felda terkenal sebagai penyokong tegar BN khususnya Umno sehinggakan golongan ini boleh disifatkan sebagai 'fix deposit' Umno/BN dalam mengekalkan kuasa pemerintahannya. Sebelum ini, dalam apa keadaan sekalipun, masyarakat ini terus setia menyokong BN dan ia cukup menyulitkan pembangkang untuk menang di kawasan-kawasan yang majoritinya melibatkan golongan ini.

Calon-calon BN selama ini berasa amat selesa sekiranya kawasan yang ditandinginya melibatkan pengundi-pengundi terdiri daripada anggota masyarakat Felda. Jaminan menang buat mereka cukup besar di situ. Justeru BN akan selamanya meletakkan harapan yang besar kepada golongan ini untuk terus mendokong mereka, sekali gus membuatkan mereka kekal berkuasa.

Keputusan PRK Rompin 5 Mei lalu menunjukkan bahawa mitos ini sudah tiba masa untuk lebur. Peningkatan yang ketara undi masyarakat Felda terutama golongan mudanya kepada pembangkang perlu diberi perhatian serius oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS yang banyak bertanding di kawasan pendalaman yang melibatkan  penempatan Felda seperti Rompin ini.

Menurut penganalisis, dalam kempen PRK Rompin, Kesatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sebuah NGO yang dinaungi PAS, ternyata berjaya mengetengahkan isu-isu melibatkan masyarakat Felda, seiring isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1MDB yang banyak diperkatakan. Ia memainkan peranan cukup besar meraih undi masyarakat Felda kepada PAS.

Isu perumahan untuk generasi kedua Felda, isu gred perahan buah sawit, isu tanam semula, FGV, kelemahan pentadbiran Felda serta beberapa lagi yang diungkapkan secara kemas, dibantu oleh beberapa orang bekas pegawai besar Felda, ternyata mendapat perhatian warga Felda. Natijahnya, PAS mendapat lonjakan jumlah pengundi yang ketara daripada warga Felda terutama golongan mudanya sehinggakan PAS menang di Felda Keratong 2 dan 4.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana cukai, Tabung Haji mungkin rugi jual tanah TRX

Posted: 11 May 2015 04:34 PM PDT

Penjualan semula sebidang tanah Lembaga Tabung Haji (TH) yang dibeli dengan harga RM188.5 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebulan lalu mungkin mengalami kerugian akibat kadar cukai baru yang diperkenalkan, kata ahli Parlimen PKR.

Semakan semula kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diperkenalkan pada Bajet 2014 menyebabkan Tabung Haji perlu membayar cukai sehingga 30% daripada hasil jualan, tidak termasuk duti setem antara 3% hingga 5% daripada transaksi itu, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha Agung PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Tabung Haji juga perlu menanggung kos guaman daripada jualan itu yang "kemungkinan besar" mendatangkan kerugian kepada Tabung Haji.

"Mereka perlu sangat telus mengenai syarat jualan ini," kata Rafizi. Tabung Haji berkata, ia mampu mengaut keuntungan sekurang-kurangnya RM5 juta hasil jualan semula plot tanah seluas 0.63 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) itu, sebuah kawasan kewangan baru yang akan dibangunkan 1MDB selaku pemaju utama.

Pembelian tanah oleh badan pengelola simpanan haji itu pada April lepas dibocorkan minggu lalu dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pendeposit yang mencarum dalam dana simpanan berkenaan untuk membantu mereka mengerjakan haji.

Pembelian itu juga dikecam pemimpin dari kedua-dua belah parti politik, memandangkan 1MDB terkenal dengan bebanan hutang berjumlah RM42 bilion sekali gus membawa kepada spekulasi "bailout" untuk firma pelaburan milik kerajaan itu bagi melunaskan hutangnya.

Pakatan pembangkang turut mempersoalkan bagaimana tanah yang dibeli 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi daripada kerajaan persekutuan 4 tahun lalu dijual kepada Tabung Haji dengan harga "terlalu tinggi" iaitu RM2,773 sekaki persegi.

Read More / Baca Lagi >>

Ungkapan "Kita Akan Selalu Bincang" Petanda Najib Mulai Bimbang

Posted: 11 May 2015 04:18 PM PDT

Apakah yang dapat disimpulkan daripada mesyuarat MT UMNO semalam di sebalik beberapa penjelasan yang diucapkan  Najib Razak kepada media sebaik saja mesyuarat itu berakhir?

Adakah semuanya sudah beres dan keakraban kembali seperti sedia kala apabila Najib berkata semua ahli MT memberi sokongan penuh kepada beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin?

Apakah hubungan Najib dengan Muhyiddin sudah pulih dan mereka benar-benar tiada masalah lagi hanya dengan adanya pertemuan hati ke hati pada sebelah pagi sebelum mesyuarat semalam?

Kenapa ketika bercakap dengan media wajah Najib tidak begitu ceria manakala Muhyiddin kelihatan masam mencuka?

Semua orang sedar sebelum mesyuarat MT semalam banyak tembakan telah ditujukan kepada Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO terutama berkaitan isu 1MDB, Tabung Haji dan kesannya kepada sokongan rakyat.

Muhyiddin, Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin peringkat bahagian tampil satu demi satu meluahkan kebimbangan mereka tentang kedudukan semasa UMNO.

Shafie Apdal paling ketara tingkahnya, selepas melahirkan kebimbangan mengenai 1MDB yang tidak ditangani secara telus, kemudian pergi menunaikan umrah dan tidak hadir beberapa program parti dalam dua tiga hari ini, dari Mekah pula beliau mengeluarkan kenyataan lagi agar UMNO dijadikan parti akar umbi dan bukannya eksklusif kepada golongan tertentu saja.
Read More / Baca Lagi >>

Perdana Menteri ataupun Maharaja?

Posted: 11 May 2015 04:08 PM PDT

Emperor_RotJ
Seseorang Perdana Menteri pada zaman sekarang di bawah sistem parlimen sedar beliau bertanggungjawab baik dari segi undang-undang mahupun moral – kepada rakyat yang melantiknya. Beliau sedar bahawa beliau pemimpin yang perlu menjelaskan kepada rakyat tindakan atau kegagalannya untuk bertindak. Ini bermakna beliau hendaklah menerangkan dalam bahasa yang mudah, isu yang menjadi tumpuan orang ramai yang dibangkitkan oleh rakyat, dengan seikhlas mungkin. Andai kata beliau gagal berbuat demikian atau mencemuh mereka yang mengajukan soalan-soalan ini, maka beliau seharusnya letak jawatan.
Dalam keadaan seperti ini, beliau hanya dapat terus berkuasa kerana pasukan penyokongnya amat berdisiplin, takut kepadanya, dan mengikut arahannya  secara membabi buta. Namun ini tidak merubah hakikat bahawa beliau tidak lagi bertindak sebagai Perdana Menteri, tetapi sebagai Maharaja.
Dato' Sri Najib Tun Razak sangka beliau ialah Louis XIV. Raja Perancis yang  terkenal yang dengan angkuh mendakwa baginda lambang negeri Perancis (L'etat cest moi) yang membawa maksud segala apa yang dikatakan oleh baginda ialah undang-undang dan badan-badan kuasa yang lain tidak diambil kira. Tidak ada sesiapa yang boleh dan berhak  mempersoalkan tindak-tanduk baginda. Baginda membelanjakan wang negara sesuka hatinya dan tidak perlu menjelaskannya kepada sesiapa, waima kepada pihak berkuasa paus. Titah baginda perlu dipatuhi dan konco-konco baginda dapat hidup dengan senang-lenang.
Dengan cara yang sama., Najib menjadi Maharaja Malaysia yang pertama. Setidak-tidaknya beliau sememangnya bertindak seperti maharaja.  Beliau amat kaya, kerana seperti Louis XIV, beliau mewarisi harta yang banyak, atau begitulah yang dikdakwa oleh kementeriannya. Apabila adik-beradiknya tampil dan berkata arwah bapa mereka – Perdana Menteri Malaysia yang kedua – tidak kaya, Najib tidak menjelaskan dari mana dia memperoleh kekayaan itu. Malah beliau tidak pula mahu memberitahu beliau sekaya mana, kerana seperti maharaja, beliau tidak perlu  memberikan penjelasan kepada sesiapa pun. Apabila pegawal peribadinya membunuh seorang wanita muda dari Mongolia dan mengembom jasadnya sehingga hancur berkecai, beliau tidak pula berasa terpanggil untuk bertanya mengapa kejadian itu berlaku. Beliau langsung tidak berminat untuk menjelaskan kejadian yang aneh ini sedangkan semua orang mahu tahu.  Beliau hanya sanggup mengangkat sumpah dengan menggunakan nama Allah bahawa beliau tidak mengenali wanita itu. Seperti Maharaja, beliau  berasa tidak perlu memberitahu ataupun menjelaskan tindak-tanduknya ataupun tindak-tanduk para pengawalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan akan perintah negara jika Najib gagal tangani isu 1MDB - Tun M

Posted: 11 May 2015 04:06 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan segera.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menjadi faktor penarikan sokongannya sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesan.

"Apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah menjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

"Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

"Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat," katanya dalam catatan terbaharu di blognya hari ini.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, dia tidak dapat menerima negara diperintah oleh Pakatan.

"Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam.
Read More / Baca Lagi >>