Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Betul ke Pemuda PAS suruh undi BN atau hanya reverse psychology?

Posted: 05 May 2015 11:11 PM PDT


Di atas adalah surat dari Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang meminta PAS wajib undi BN. Lojikkah Yusni Mat Piah mahu mbil risiko terhadap kerjaya politiknya?

Mungkinkah ini reverse psychology pihak PKR dan AMK yang mahu sokongan pada BN membuat pengundi tidak jadi buang undi untuk BN dan kembali undi pada Pakatan?

Segala kemunkinan....



Penjelasan isu TOP-UP

Posted: 05 May 2015 10:30 PM PDT


Shabery - "Pilihan ketiga sedang diusahakan dan akan dicadangkan kepada kabinet."

Suara Kita Hak Kita di TV1 RTM
Top-up: Apa masalahnya? 






Antara butiran penting:


Cadangan dulu beli RM10.60, dapat RM10 atau beli RM10 dapat RM9.43? Cadangan ketiga - Beli top-up RM10, bila diaktifkan dapat RM10 juga. Akan bawa ke kabinet minggu depan dan dibentang untuk kelulusan.

Shabery - Saya bukan pro-telco tapi pro-rakyat kerana rakyat yang memilih saya.

GST bukan soal popular atau tidak tapi soal kebaikan rakyat. Wang yang dikutip bukan untuk kita tapi untuk rakyat juga akhirnya.

Hal-hal berkaitan cukai adalah tanggung jawab Kastam, tetapi hal-hal berkaitan teknikal, ia akan dikendalikan oleh SKMM.

Kad pra-bayar, ada ribuan rantaian agen pra-bayar

1. Fizikal - kad

2. Virtual reload - soft PIN

3. Easy reload - 7eleven, Petronas

4. Online

5. Mesin ATM

Ekonomi pra-bayar besar RM15 bilion. Ada nilai wang yang telah dilambakkan ke dalam sistem dan bukan untuk menarik semula nilai wang yang sangat besar ni, iaitu 30,000 rangkaian yang ada. Melalui ATM lebih mudah diubah.

Bukan RM800 juta tapi sebenarnya RM900 juta. RM900 juta jumlah yang besar. Di Selangor tak buat projek rakyat yang besar seperti perumahan rakyat. RM900 juta ini untuk dikembalikan kepada rakyat.

Selain itu untuk tingkatkan kualiti dan keluasan capaian, perlu bina infrastruktur. Kos naik taraf analog kepada 2G adalah RM50 bilion dan ada syarikat yang tak mampu bertahan. Kos naik taraf daripada 2G kepada 3G juga RM50 bilion.

Pendatang asing ramai, sah dan tidak sah, pelancong, ada yang guna lebih daripada 1 kad, ada yang daftar guna nama rakyat tempatan; dan mereka ini tak bayar cukai tapi turut mendapat limpahan subsidi daripada kerajaan, cth apabila beli beras dan GST adalah salah satu kaedah agar mereka ini turut menyumbang kepada rakyat dan negara.

Selain cadangan untuk bayar RM10 dapat RM10, antara cadangan juga adalah untuk kembalikan kepada golongan tertentu secara bersasar, seperti golongan pelajar melalui pakej khas.

------------------------

Siapa bersalah ... baca SINI

MALAYSIAN INSIDER CUBA MENYAINGI MALAYSIAKINI SEBAGAI PORTAL PUTAR ALAM

Oleh Lokman Adam

Malaysian Insider sekali lagi mengelirukan rakyat dengan laporan putar belit mereka.  Kali ini, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek pula menjadi mangsa TMI kerana dituduh mengatakan tindakan Mydin menyerap GST sebagai menyalahi undang-undang.  Ini jelas salah satu usaha terancang media propaganda Pembangkang ini untuk membunuh kredibiliti seorang demi seorang pemimpin negara.

Apa yang rakyat harus faham, kebanyakan stok yang dibeli oleh peruncit sebelum 1 April 2015 telah dikenakan cukai jualan 5%, 10% atau 20%.  Oleh yang demikian, para peniga perlu menuntut semula cukai jualan ini sebelum mengenakan GST kepada pengguna.  Malangnya, berdasarkan kenyatan Ketua Setiausaha KPDNKK minggu lepas, hanya 3 daripada 75,000 orang peniaga yang layak menuntut cukai jualan, telah menuntut cukai jualan tersebut.

Inilah yang menyebabkan peniaga-peniaga ini telah memindahkan beban membayar GST kepada pelanggan mereka.  Perkara ini juga menyebabkan kenaikan harga barang kerana ianya sudah menjadi cukai jualan ditambah dengan GST.  Kenyataan KSU KPDNKK juga bermakna, peniaga-peniaga yang telah mengurangkan harga barangan jualan mereka atau mengekalkan harga lama seperti Mydin, sebenarnya telah memotong margin keuntungan mereka sendiri bagi mengekalkan atau mengurangkan harga barang. 

Apa yang Dato Seri Shabery katakan sebenarnya, tindakan sebegini juga tidak bagus untuk peniaga seperti Mydin dalam jangka masa panjang.  Mereka sepatutnya menuntut cukai jualan terlebih dahulu baru menurunkan harga barang dan mengenakan GST.  Adakah jika selepas beberapa bulan langkah mengurangkan margin ini diambil, Mydin mengalami masalah untuk menampung kos perniagaan mereka dan ketika itu Mydin terpaksa menaikkan semula harga barangan mereka, adakah kita akan menyalahkan Mydin?

Saya sarankan agar rakyat sentiasa memastikan mereka sudah membaca pelaporan dari kedua-dua pihak iaitu dari sebelah kerajaan dan sebelah pembangkang sebelum membuat sebarang penilaian atau andaian.  Zaman maklumat dihujung jari kini memudahkan maklumat disebarkan keseluruh pelusuk dunia dengan begitu pantas.  Malangnya, maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya benar.  Kadang-kala, lebih auta dari fakta.

Cina Pmtg Pauh ingat janji 2 penggal Guan Eng

Posted: 05 May 2015 07:30 PM PDT


Ada teori mengatakan ada satu golongan pengundi cina akan boikot PRK Pmtg Pauh. Ketidakpuasan hati mereka adalah Ketua Menteri Lim Guan Eng. Kononnya mereka lihat dia sebagai pelahap dan angkuh.



Cara dia letak kereta merata pun menunjukkan sikap angkuhnya yang langsung tak peduli undang-undang dan ingat dia sudah jadi Raja Negeri Pulau Pinang.


Isterinya yang hanya ahli politik simple ketika menjadi ADUn di Melaka kini sudah macam permasuri dengan intan berlian, handbag mahal, baju tailor dan facial RM70 ribu di luar negara.


Dulu mereka tak percaya akan gambaran "Tokong" oleh Dr Mansor terhadapnya. Pada mereka ianya lahir dari perasaan cemburu dan sikap rasis Melayu terhadap cina. Kini mereka baru sedar.


Mereka juga baru sedar bahawa Lim Guan Eng tahap mengaut harta. Sokongan kaum cina terhadapnya tidak ada aliran kebawah.

Kalau ada 10 projek, Guan ENg dan kroni dikatakan akan sapu 9 projek. Kebanyakkan projek-projek adalah hartanah sebab isterinya pun ahli Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang menjaga bahagian hartanah.

Puak yang mahu boikot mahu hantar mesej bahawa mereka tidak puashati dengan Guan Eng. Dulu mereka tuduh tak boleh cari makan lebih bawah BN tapi kini mereka kata hidup mereka tidak lebih baik bawah DAP.

Ramai yang terasa marah melihat layanan yang diberi pada wakil rakyat asal Pulau Pinang yang dikatakan lebih layak jadi KM dari Guan Eng. Namun demi kuasa cina di Pulau Pinang, mereka mentoleransi.

Lama-lama sudah mula yang tak boleh tahan lagi dan teringat balik janji hanya 2 penggal Guan Eng. Kalau Guan ENg tak diajar di Pmtg Pauh, dia akan ingat dia elok dna diterima. Malah tak menolak kemungkinan dia akan mahu kekal dan kaup lagi macam-macam.

Memang teori ini tak mudah dipercayai orang Melayu. Anggapannya Cina akan akhirnya tetap undi Nenek Wan sebab Nenek Wan boleh dijadikan boneka cina DAP.

Mungkin bila cina Pulau Pinang gantikan DAP kepada Gerakan baru boleh dipercayai teori ini








Dah mula dah ... dah guna cucu, sat lagi nangis atas pentas

Posted: 05 May 2015 05:23 PM PDT


Dah mula jaja cucu. Baca Cucu Tok Selampit di SINI

Bila lagi terdesak, sat lagi nangis dia atas pentas.

Cina Permatang Pauh patut dengar apa cina Kajang kata

Posted: 05 May 2015 06:33 AM PDT



Kaum cina Kajang peringatkan pengundi cina Permatang Pauh

Video berikut adalah interview penduduk kajang persoalkan kenapa wan azizah bertanding di permatang pauh sedangkan masalah di kajang masih belum diselesaikan. Beliau juga tak nampak di kajang.


Apa punya mufti suka fitnah?

Posted: 05 May 2015 04:30 AM PDT


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


FELDA DULU.... FELDA SEKARANG...

Posted: 05 May 2015 10:18 AM PDT

 Esok saya akan tulis surat kepada Isa Samad. Anda mesti berundur. Anda tipu peneroka dan kakitangan FELDA. Anda kejam kepada pegawai-pegawai kanan FELDA yang berkhidmat lebih 30 tahun dengan FELDA. Dato Zulkefli Wahab (bos no 1 FELDA dibuang). Dato Sarchu Sawal (bos no 1 Koperasi Permodalan FELDA KPF dihentikan), Mohamad Ibrahim bekas no 2 FELDA, Dato' Faizol Ahmad (Pengarah Besar FELDA) yang mengampu kamu pada awalnya pun dibuang dari FELDA. Kamu Isa Samad baru 4 ke 5 tahun masuk FELDA jadi pengerusi, huru-hara FELDA.
 KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa Samad berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV. Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama. Bermakna bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat FELDA melibatkan kroni Isa Samad dan ahli politik katak yang melompat dari PR ke BN. Tunggu satu persatu akan didedah.
Isa Samad. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli undi untuk menang Naib Presiden UMNO. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5 tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA. Letak jawatan. Mesti disiasat dan hukuman mesti dilaksanakan. Najib juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Badawi batalkan penyenaraian FELDA dizamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.

Bersambung...


Mohd Nasaie Ismail

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Sms dan wassap yg berlegar di permatang pauh skrg yg aku nk jawab;

Posted: 05 May 2015 01:29 AM PDT



1. PKR keji HUDUD dan buat kita macam balaci. Jangan persenda Islam. Subhanallah kali ini kita bagi kepada calon BN"

APA BUKTI DAN FAKTA PKR KEJI HUDUD? PKR DLM KNYATAAN MEDIA OLEH KAK WAN JELAS SEBUT PKR MENYOKONG HUDUD KERANA HUDUD MERUPAKAN HUKUM.ALLAH. PKR HANYA BERBEZA PENDEKATAN ATAU USLUB DI DALAM ISU HUDUD INI.
INI DIFAHAMI OLEH USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN, NAIB PRESIDEN PAS SENDIRI DAN BELIAU MERUPAKAN SALAH SEORANG AHLI MAJLIS SYURA PAS. JUSTERU ITULAH, USTAZ TUAN MENYERU RAKYAT KHUSUSNYA PENYOKONG PAS DI PERMATANG PAUH MENYOKONG KAK WAN CALON DARI PKR.

2. "Akhirnya kita (PKR) dan DAP tak perlu minta maaf dengan PAS pasal Hudud. DPPPP dah sokong kita di permatang pauh. Kita berjaya.." (Kononnya ini sms/wassap dari org2 PKR).

INI SMS ATAU WASSAP PALSU UTK TUNJUKKAN PKR EGO KPD PAS. HAKIKATNYA PKR BERTERIMA KASIH KPD PAS YG SEDIA BERTEMU DAN BERBINCANG UTK MENYELESAIKAN SALAH FAHAM BERSAMA DAN AKHIRNYA MASING2 SALING MEMAHAMI. TIDAK TIMBUL SOAL PAS ATAU PKR MAHUPUN DAP MRMOHON MAAF AKIBAT KEKELIRUAN INI.

3. "Pemimpin PKR Permatang Pauh yg lain tak layak ke jadi Calon di sini? Kau buat Kami ni balaci kau?" Cukup la Kau bodohkan kami.

ANWAR DIPENJARAKAN SEKALI LAGI ADALAH KERANA SBB POLITIK DAN INGIN MENGHAPUSKAN NAMA DAN ROH ANWAR DLM ARUS POLITIK NEGARA. UMNO MEMANG MAHU CALON YG TIADA KAITAN DGN ANWAR DI PERMATANG PAUH UTK MELENYAPKAN TERUS BADI ATAU AURA DAN ROH ANWAR DI SITU. 

DARI SEGI STRATEGI POLITIK, JIKA MUSUH TAKUT DENGAN "A" , MAKA KITA MESTI HIDANGKAN MUSUH DENGAN "A". JELAS SEKARANG, MEDIA UMNO HENTAM KAK WAN SEBAGAI CALON, ERTINYA UMNO TIDAK SELESA KAK WAN SBG CALON. KITA BERJAYA BUAT UMNO TIDAK SELESA.

4. "Wan Azizah lu cakap sokong hudud. Lu ada bincang dengan Cina dlm PKR ka? Pemimpin Cina PKR tetap tolak hudud. Lu sudah janji ma"

INI PUN SUDAH BERBELIT. KEJAP DIA KATA KAK WAN TIDAK SOKONG HUDUD, SEKARANG DIMAINKAN ISU KAK WAN SOKONG HUDUD. 

JELAS INI SATU PROPAGANDA. DEPAN PENGUNDI ISLAM.DIA AKAN KATA KAK WAN ATAU PKR TOLAK HUDUD. DEPAN PENGUNDI NON MUSLIM DIA SEBUT KAK WAN SOKONG HUDUD. INI STRATEGI LAPOK UMNO. HAKIKATNYA, KENYATAAN RESMI DARI PKR TELAH DIKELUARKAN SEPERTI YANG DISEBUT DI ATAS TADI.

5. Salam hormat dari sy Calon BN Suhaimi Sabudin sbg anak tempatan dgn rendah diri memohon agar saya diberi peluang utk berkhidmat di P.44 Permatang Pauh. T.Kasih

AKHIRNYA, UMNO MAHU RAKYAT SOKONG CALON MEREKA YG MENYOKONG GST DAN KEHILANGAN WANG 1MDB RM24 BILION ITU. JELAS, PERSOALAN DI ATAS TIDAK RELEVEN SAMASEKALI....
SOKONG KAK WAN, SOKONG PKR DAN TOLAK GST !!


ANTARA CERDIK DAN TIDAK CERDIK DI PERMATANG PAUH

Posted: 04 May 2015 10:26 PM PDT

 NI AKU AMBIK KAT FB AKU DARI ANAK SG DERHAKA....SHARE

 


Nak provoke pun biarlah nampak cerdik sikit..

Sebelum Pemuda PAS Permatang Pauh tukar pendirian mengenai PRK Permatang Pauh.. tak ada pun benda-benda macam ni...

Jumaat lepas.. PAS Bagan datang buat demo di hadapan Masjid Batu.. kononnya mereka menolak Calon PKR di Permatang Pauh dan tidak akan menyokong Calon PKR..

Kami tak kisah pun... sebab PAS Bagan tak ada kena mengena pun dengan Permatang Pauh.. sebab Bagan tu diluar Permatang Pauh..Bagan tu di Butterworth....

Lepas demo tu... timbul pulak banner-banner provokasi yg melaga-lagakan penyokong PAS dan PKR mcm ni..

Malangnya... cuma jadi bahan ketawa penyokong PAS dan PKR Permatang Pauh saja...

Sebabnya... kami bukannya bodoh... yg bodoh itu macai.....macam di bawah ni....tempat orang maju dah...dia baru dok perang dengan kominis lagi dalam hutan...kah..kah...kah.....

KAZIM MELALAK DI PERMATANG PAUH...BILA PULAK HUDUD MASUK PARLIMEN DAN Umno SOKONG?

Posted: 04 May 2015 10:17 PM PDT



Sebenarnya malas juga aku nak mengutuk Kazim ni walau heboh baru baru ni dan Dr Asri Zainal Abidin dah tibai dengan hadis palsu.

Aku dah beli juga buku karangan kazim ni nak lihat di muka 51 mengenai roti jala dan kari..
Ada la..kenduri Rasullullah buat roti jala.....
  . Htel  annahdhoh-inn.com 
 Dewan An Nahdhoh

  660x252 2.bp.blogspot.com 154x175 annahdhoh-inn.com
 Ustaz Mutalib Al Hafiz Mudir An Nahdhoh.Tak dak pun dia dok ber FB tibai itu ini pasal krisis ulamak dan progresif ? adakah yang lebih hebat dari beliau dalam menegakkan Islam secara persendirian di bumi Permatang Pauh dengan sekolah agama, pondok , dan kelas al hafiz beliau?


Tapi bila bab hudud dijadikan kempen di Permatang Pauh seolah olah Umno nak sokong di Parlimen dan Hudud atau perubahan anekmen 355 hukum syariah nak diubah dan merupakan sebahagian dari hudud , maka isu PKR tak sokong hudud cuba di politikkan, walau pun PKR belum pun menyatakan secara khusus sama ada wakil Melayunya nak sokong atau tidak, Hj Hadi sudah yakin bahawa ianya akan disokong di Parlimen dan beliau amat yakin Umno akan sokong.Maka isu inilah cuba dimainkan di Permatang Pauh seolah olah isu ini bukan di Rompin???

 Bagi Kazim seolah olah orang Permatang Pauh tak faham politik...sebab itu kalau di Manjoi semua orang Manjoi datang kat pusat Al Barakah berbanding dengan pusat pengajian Ibnu Qayyum Dr Asri di Permatang Pauh dan Pusat Tarbiah dan pondok An Nahdhoh di Kubang Semang dan pondok Manabil Ullum tidak melahirkan agamawan di Permatang Pauh???

 Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang (Yayasan) telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan diasaskan oleh USTAZ HJ ABDUL MUTALIB BIN HJ MAAROF yang merupakan Yang Dipertua Yayasan hingga kini.

Sehingga tahun 2013, Yayasan kini mempunyai;

1) Tadika Islam An-Nahdhoh: Pusat asuhan/nurseri untuk kanak-kanak umur 3 - 12 tahun. Tadika untuk kanak-kanak umur 4 - 6 tahun.

2) Pra-tahfiz An-Nahdhoh: Kelas Iqra', Al-Quran dan Tajwid serta kelas hafazan bagi pelajar yang telah khatam Al-Quran bermula umur 6 - 11 tahun.

3) Maahad Tahfiz An-Nahdhoh: Menyediakan pendidikan berteraskan hafalan Al-Quran selama 3 tahun.

4) Perkampungan Islam: Menyediakan pondok konsep moden bagi kemudahan warga emas dan para penduduk di perkampungan Islam untuk menghadiri kuliah di Yayasan.

Yayasan kini memiliki sebuah kompleks yang mampu menampung penuntut Kuliah Perdana sehingga 5,000 orang yang menempatkan dewan kuliah, ruang solat, dewan seminar serta tempat hafalan para pelajar Maahad Tahfiz An-Nahdhoh.

Selain kompleks, turut dibina sebuah bangunan asrama lelaki 2 tingkat bersebelahan kompleks yayasan dan bangunan Wisma An-Nahdhoh untuk kakitangan yayasan berhampiran kompleks. hangpa pi la ke website pusat pengajian ini...dan juga pusat yang aku sebut di atas.


TUJUAN AKU SATU SAJA...SAJA AKU NAK HABAQ PADA KAZIM...DI PERMATANG PAUH NI ADA PUSAT PENGAJIAN YANG LEBIH BESAQ AND CANGGIH DARI PUSAT PENGAJIAN DIA DI MANJOI SANA TU.KALAU SETAKAT CEROI CEROI NAK DAKWAH DALAM FB DAN DOK GELAR ORANG PAS ITU INI...BAIK MUHASABAH DIRI SEJAUH MANA TEGAK KAN ISLAM DI BUMI ALLAH INI DENGAN BER SUNGGUH SUNGGUH. 


DI BAWAH NI AKU NAK BAGI TAU LAGI KAZIM.... 







Ibadah Korban Manabi'ul Ulum 17/10/13Pondok Penanti di TVAH

Elok kalau Kazim dahwah yang ini dahulu berkaitan 1 MBD, Isu Tutup Aurat, dan juga GST...??? Adakah ianya bukan selain dari hukum hudud? Adakah Umno khasnya PM nak sokong hudud juga? 

 YANG NI KAZIM JANGAN KATA APA.
Bagaimana pula dengan FGV ni. Tak masuk dalam kuliah dan kempen ka di Permatang Pauh? Sebabnya tak ada ladang sawit di Permatang Pauh..Di Permatang Pauh ada ladang tapi ada  kilang kilang baik kecil, sederhana dan besar serta high Tech,


baik dok diam...

Kazim....gamak kalau nak jadi ahli politik, masuk jadi calon dan bertanding.Lepas tu baru kempen kuat kuat untuk Umno..

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:43 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


P.44: 24 jam terakhir masih GST vs hudud

Posted: 05 May 2015 09:23 PM PDT

Tinggal sehari sahaja tempoh berkempen, kedua-dua parti BN dan PKR kini membuat pecutan terakhir untuk meraih sokongan kira-kira 70,000 pengundi di parlimen Permatang Pauh.

Di saat akhir ini PKR melahirkan kebimbangan sekiranya jumlah pengundi yang akan keluar esok tidak sampai 70 peratus - sama seperti di parlimen Teluk Intan yang menyaksikan kekalahan DAP kepada BN.

Kebimbangan PKR juga turut melibatkan isu dalaman Pakatan di Permatang Pauh apabila Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini berhasrat memboikot kempen pilihan raya kecil (PRK) di kawasan tersebut serta sekumpulan akar umbi yang tidak berpuas hati dengan PKR berhubung isu hudud.

Bagaimanapun, tindakan Pemuda PAS negeri yang menarik balik boikot tersebut dan bersedia untuk membantu jentera PKR serta usaha sekumpulan akar umbi untuk membangkitkan isu hudud dilihat tidak berjaya apabila rata-rata masyarakat di kawasan itu tetap mahukan Pakatan menerajui Permatang Pauh dan keluar mengundi pada 7 Mei depan.

Pada 2013, penyandang kerusi parlimen itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalahkan Datuk Mazlan Ismail (BN) dengan majoriti 11,721 undi.

Jumlah itu menurun berbanding 2008.

Pada ketika itu Daatuk Seri Wan Azizah Ismail bertanding di kerusi tersebut dan menang dengan majoriti 13,398.

Pada 2004 pula, Wan Azizah yang bertanding di kerusi tersebut untuk kali kedua pada ketika itu hanya menang dengan majoriti sebanyak 590 sahaja mengalahkan bekas imam Masjid Negara Datuk Firdaus Ismail.

Read More / Baca Lagi >>

Jawatan Kosong SPA 2015 Kena Beku. Bajet Kerajaan Untuk Kakitangan Awam, Agensi dan Kementerian Mula Dikurangkan!

Posted: 05 May 2015 08:53 PM PDT

Jawatan Kosong SPA 2015Jikalau sebelum ini, kerajaan Malaysia telah memulakan operasi memotong peruntukkan satu demi satu kementerian sebanyak RM2 bilion, termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM200 juta, semuanya gara-gara kebergantungan dan harapan besar kerajaan malaysia terhadap pendapatan melalui harga minyak semakin rapuh selepas melihatkan harga minyak dunia hari ini tidak semewah seperti yang dinikmati kerajaan malaysia dahulu.


Malah penganalisis minyak termasuklah taikun Kingdom Tower yang juga digelar warren Buffet versi Asia, Putera alWaleed bin talal menjangkakan harga minyak dunia sangat sukar untuk capai USD100 lagi selepas ini. Nah….amaran besar kepada malaysia yang bergantung sejumlah 30% pendapatan negara melalui harga minyak.
Berita terkini yang Berita Semasa terima terpapar satu surat rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh kerajaan Malaysia mengenai jawatan baru kakitangan awam dan kerajaan tidak dibuka lagi (jawatan kosong SPA 2015 baru dibekukan) pada masa sekarang ini sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak yang mana Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah pun dimaklumkan mengenai berita ini.
Pastinya berita jawatan kosong kakitangan awam dibekukan memberikan tamparan terutamanya puluhan ribu graduan muda kita yang terus tercari-cari peluang kerja dan menunggu dengan penuh harapan di sektor awam.
  • Jawatan kosong SPA 2015 kakitangan kerajaan bagi iklan sebelum 22 April 2015 tidak akan dibatalkan
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengatakan Jawatan kosong penjawat awam yang "kritikal" yang sangat diperlukan dalam sektor awam tidak terkesan dengan dasar baru ini
Bagi pemerhatian Berita Semasa, jikalau di kilang-kilang selalunya yang akan di cantas adalah pekerja-pekerja senior yang bergaji tinggi dan kakitangan yang culas terlebih dahulu jika ada rancangan kearah pengurangan kos pembayaran gaji, kemudian akan diambil pekerja-pekerja baru pula yang muda belia lepasan universiti dengan beberapa tahun pengalaman sebagai ganti .
Dengan cara ini biasanya, ia dapat menjimatkan pembayaran gaji dengan banyak, dan pekerja baru selalunya akan kerja kuat untuk dapat naik pangkat sekaligus meningkatkan persaingan dikalangan kakitangan, maka akhirnya boleh tambah produktiviti.
Read More / Baca Lagi >>

Pendapatan Cukai GST 2015 RM23 Bilion. RM800 Juta (Prepaid), RM1.3 Bilion (Barangan Import). Ada Peluang Penjawat Awam Naik Gaji!

Posted: 05 May 2015 08:52 PM PDT

Jika sebelum ini berdasarkan semakan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengatakan kerajaan Malaysia akan kehilangan Rm800 juta sebagai cabang punca pendapatan negara selepas Putrajaya dilihat sukar untuk hapus cukai GST terhadap kad prabayar (prepaid).
Untuk pendapatan dari cukai GST kad prabayar sahaja RM800 juta, terbaru untuk setakat hari ini sejak 1 April 2015 kerajaan Malaysia berjaya menambah kantung pendapatan mereka kepada RM1.3 bilion untuk terhadap barangan import sahaja. Belum lagi yang lain yang mana cabang pendapatan dalam cukai GST terlalu banyak. Dijangka kantung kerajaan akan terus bertambah daripada bulan ke bulan.
pendapatan cukai gst

Ini kerana berdasarkan jangkaan, pulangan pendapatan cukai GST bagi tahun 2015 kepada kerajaan Malaysia adalah RM23 bilion.
Tahniah Berita Semasa ucapkan. Harapan rakyat Malaysia gunakan duit yang anda perolehi dan kaut daripada rakyat Malaysia dengan sebaiknya. Jangan membazir, jangan songlap duit tersebut, pulangkan semula kepada rakyat dalam aspek pembangunan negara. Insyaallah.
Dan harapan rakyat Malaysia juga agar pihak Kastam/KPDNKK buat kerja, sellau turun pandang untuk banteras penipuan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan PAS: Penantian sepucuk surat layak cabar Hadi

Posted: 05 May 2015 08:41 PM PDT

Tiga belas tahun tidak pernah dicabar, menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan mudah.

Justeru, walaupun rasmi layak bertanding, calon utama yang berpotensi mencabar Hadi, Ahmad Awang, masih mahu melihat hitam putih untuk membuat keputusan lanjut.

"Tunggu terima surat daripada Jawatankuasa Pemilihan baru buat keputusan," kata bekas anggota Majlis Syura Ulama itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Sebelum ini Ahmad, presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), berkata tiada guna beliau mengumumkan hasrat bertanding atau tidak memandangkan keadaan kempen yang didakwa kotor.

Selain Ahmad, bekas exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa turut dicalonkan bertanding mencabar Hadi Awang yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Husam, naib presiden PAS, setakat ini juga masih belum memberi jawapan untuk merebut jawatan itu daripada Hadi.

Hadi dipercayai selesa dengan pencalonan jauh di depan, walaupun ia tidak semestinya boleh diterjemah dalam bentuk undi dalam pemilihan awal Jun ini di Kuala Selangor.

Tuan Ibrahim: Tunggu

Sementara itu, bagi jawatan nombor dua PAS pula, jawapan sama juga diberikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya akan mencabar penyandang Mohamad Sabu.

"Tunggu surat rasmi," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ringkas melalui kiriman SMS.

Mohamad menyandang jawatan tersebut sejak 2011.

Selain Tuan Ibrahim, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam turut tersenarai mencabar Mohamad bagi merebut jawatan itu.

Mohd Amar juga setakat ini masih belum menyatakan pendiriannya. Begitu juga Mohamad yang memberi alasan untuk memberi tumpuan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh terlebih dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Sentimen pada pentadbiran PM 'tak konklusif'

Posted: 05 May 2015 08:40 PM PDT

Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Rompin semalam tidak konklusif mengenai sama ada isu-isu yang merundungi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memberi kesan ke atas sentimen di kalangan pengundi, demikian menurut penganalisis.

Sebaliknya, kemerosotan majoriti BN dalam PRK itu boleh dikaitkan dengan peratusan keluar mengundi yang lebih rendah, berbanding dengan semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata CEO Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dan felo Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat.

Wan Saiful (kanan) memberitahu Malaysiakini, untuk menguji sentimen pengundi dalam PRK terhadap isu-isu seperti GST, dakwaan gaya hidup mewah Najib, dan kritikan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, maka PRK itu perlu diadakan di kerusi yang marginal.

Ia seharusnya kerusi di mana kedua-duanya -  BN dan Pakatan Rakyat - mempunyai peluang untuk menang, dan bukan di Rompin, yang merupakan kubu kuat Umno.

"Saya tidak fikir Rompin adalah yang terbaik untuk mengukur sentimen itu, kerana ia memang menjadi kerusi selamat untuk BN dan Umno.

"Jadi, walaupun terdapat tahap kemarahan terhadap Najib di kalangan penyokong BN, tetapi ia tidak akan dapat dilihat dengan jelas di kawasan seperti Rompin.


"Jika hendak menguji sentimen seperti itu, maka ia seharusnya di kawasan pilihan raya yang 50-50," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sebaliknya, Wan Saiful berpendapat PRK itu adalah ujian sama ada bukan Islam masih percaya kepada PAS, terutamanya memandangkan seperti ada peralihan undi pemilih Cina kepada BN.

"Saya rasa kita boleh menganggap bahawa, pada masa ini, tahap kepercayaan kepada PAS, terutamanya dalam Pakatan Rakyat, telah merosot dengan ketara.

"Dalam pilihan raya ini, saya fikir, adalah menarik untuk mengukur berapa besar kemerosotan itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Sejauh mana Ahmad sanggup pertahan PM?

Posted: 05 May 2015 08:39 PM PDT

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menarik perhatian sekali lagi atas kenyataannya dalam isu harga kad tambah nilai telefon prabayar.

Kenyataannya minggu lalu bercanggah dengan pendirian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa masuk campur dan meminta isu itu hanya diputuskan oleh Ahmad Shabery sahaja.

Najib membuat arahan itu minggu lalu secara terbuka di Twitter.
Dari satu segi, ia boleh dilihat sebagai teguran terbuka yang mencalar imej Ahmad.

Dari situ, timbul persoalan jika perdana menteri sudah tidak percaya lagi kepada timbalan menterinya yang mungkin paling gigih mempromosi agenda cukai barangan dan perkhidmatan (GST)?

Keadaan ini tidak membantu Ahmad kerana beliau sememangnya menjadi sasaran kemarahan pengguna – semenjak sebelum penguatkuasaan GST lagi.

Jadi modal jenaka lebih nakal

Akibat asakan ramai itu,  Ahmad terpaksa mempertahankan dirinya bahawa beliau tidaklah "sebodoh" yang disangka pihak tertentu.
Beliau turut mengumumkan keputusan yang dicapainya di universiti, bagi menguatkan lagi hujah berkenaan.

Malangnya, pencapaian CGPA 3.85 Ahmad itu tidak meyakinkan para pengguna, malah menjadi modal lawak jenaka yang lebih nakal.

Apatah lagi, penguatkuasaan GST kini sudah masuk bulan yang kedua namun harga yang patut dikenakan ke atas jualan kad tambah nilai itu masih juga belum selesai.

Read More / Baca Lagi >>

ANALISIS ROMPIN: ANAK VS BN

Posted: 05 May 2015 08:31 PM PDT

PRK Rompin agak menarik untuk di analisis. Khususnya Parti PAS dan calonnya Nazri Ahmad. Hasil tinjauan 8 hari team kami di Rompin menampakkan seperti berikut.

1. PENANGAN KEMPEN TEAM ANAK iaitu NGO Anak Anak Peneroka FELDA yang mesra PAS pimpinan Mazlan Aliman sangat berkesan. Jika dilihat dari awal kempen, mereka menguasai isu, menguasai program impak tinggi, jentera tersusun dan berjaya membuat kejutan.

a) Isu - Jika dilihat sejak penamaan calon dilihat seolah oleh Isa Samad (BN) vs Mazlan Aliman@Sachu Sawal (X Bos KPF). Media-media menyiarkan isu-isu tersebut secara baik. Antara isunya FGV, rumah Gen 2, pengurusan ladang dll.

b) Beberapa program impak tinggi berjaya dibuat:

i- Himpunan selamatkan FELDA (Keratong 4)
ii- Karnival Rakyat (Keratong 7)
iii- Jamuan Rakyat- Bandar Tun Razak
iv- Program pengisytiharan masuk PAS/ANAK di hampir setiap rancangan FELDA (khabarnya hampir 1000 sertai PAS)
v- Program malam terakhir di FELDA Selendang.

c) Jentera tersusun- ANAK mempunyai Markaz sendiri di FELDA Keratong 4. Penerangan PRK setiap malam dikuasai oleh lebih 60 peratus penceramah daripada ANAK seperti Mazlan Aliman, Sachu Sawal, Said Jonid, Nasaie Ismail, Rahman Jempol, Noraza Muda, Aris Fezol dll. Dari permulaan hari berkempen. Pembawaan kempen mereka lebih dekat dihati pengundi berbanding lain.

d- Kejutan- Pengistiharan kemasukan Datok Sachu Sawal bekas CEO KPF dan Ghani Mamod bekas VP FGV mengejutkan BN. Dilihat Sachu lebih teruk diserang Cyber Trooper BN berbanding calon BN sendiri. Sachu dan Said Jonid (bekas CEO Felda Plantation) dilihat mempunyai jadual ceramah antara terbanyak mewakilan bekas kakitangan FELDA. Jika biasanya orang politik sahaja turun berkempen tetapi kali ini bekas kakitangan kerajaan.

2. ISU GST:
Setiap malam dan setiap penceramah dan risalah diedarkan berkait isu GST dan BN dilihat tidak mampu menjawab isu ini.

3. TIDAK MEMBAWA MASALAH DALAMAN KE ROMPIN

Walaupun pada awalnya disebut calon Rompin daripada kumpulan tertentu dalam persaingan muktamar PAS. Namun dilihat tiada boikot memboikot diantara team sepanjang muktamar. Dewan Ulama dengan aturan kuliah maghribnya setiap malam dan himpunan Hindar di Bandar Muadzam. Manakala team Erdogan turut hadir berceramah dan kebanyakannya hadir 2 pusingan. Nama nama seperti Khalid Samad, Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Mohammad Sabu, Siti Zailah, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain lain nama hadir memberi penerangan sepanjang kempen. Ini tindakan bijak. Ketepikan soal dalaman dan fokus lawan BN.Masalah dalaman PAS Rompin juga tidak kelihatan walaupun awalnya cybertrooper BN menyerang hal tersebut. Nuridah Saleh bekas calon juga turun kempen. Mazlan Yasin bekas YDP PAS yang dikalahkan Nazri Ahmad juga berkempen dan menjadi wakil calon kepada Nazri. Nama popular sebagai calon sebelum ini Lowyer Fadhli Ramli juga turut berkempen. Faktor beliau kuat mempengaruhi undi dun Tioman khususnya Bandar Rompin. Fadhli mengetuai kempen di dun tersebut.

Kesimpulan

Keputusan PRK Rompin sangat bergantung kepada isu FELDA kerana 55 peratus pengundinya adalah warga FELDA. Strategi ANAK dan kempen anti GST sangat berkesan. Calon muda dan anak FELDA juga satu kelebihan.
-Dr Taki (Penganalisis bebas)

P.91: Menang di Rompin, bukan isyarat BN boleh selesa, kata penganalisis

Posted: 05 May 2015 08:25 PM PDT


Barisan Nasional (BN) diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin malam tadi, tetapi dengan memperoleh kurang 6,244 pengundi berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 2 tahun lalu.

 Tetapi, bukan itu saja fakta yang perlu direnungi pakar strategi BN. Pilihan raya kali ini, calon mereka Datuk Hasan Arifin berjaya memperoleh 61% undi, kira-kira 5% kurang daripada 66% yang diterima parti i

 Peratusan itu mungkin kelihatan kecil, kata penyelidik bebas, Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center, namun di peringkat nasional, ia menunjukkan petanda lebih besar untuk BN, khususnya Umno. Ini kerana,

Rompin kubu kuat Umno. Kawasan Parlimen yang dianggarkan seluas gabungan Negeri Sembilan dan Melaka itu, mempunyai penduduk luar bandar yang besar, majoritinya dibentuk oleh peneroka Felda.

Dan kebanyakan peneroka Felda tidak lagi dianggap pengundi Umno secara automatik, kerana pecahan di pusat pengundian di Felda menunjukkan sejumlah besar pengundi muda mengundi PAS.

Peratusan berkurangan Pada 2013, penyandang kerusi tersebut Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang meninggal dunia 4 April lalu, memenangi 30,040 daripada sejumlah 45,849 undi.

Bermakna, beliau memperoleh 66% undi. Malam tadi, Hasan menewaskan calon PAS, Nazri Ahmad, dengan memenangi 23,796 daripada 39,288 undi, atau 61% daripada keseluruhan undi.

Ibrahim berkata, perbezaan ini sangat penting kerana peratusan undi popular memberi gambaran lebih tepat mengenai tahap atau trend sokongan kepada parti.

Peratusan undi popular lebih bermakna berbanding majoriti undi yang dimenangi kerana majoriti undi bergantung kepada bilangan pengundi yang keluar mengundi, biasanya lebih kecil ketika PRK.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: Rompin sudah tolak GST, bagaimana Permatang Pauh

Posted: 05 May 2015 07:49 PM PDT



Culaan terbaru menunjukkan bahawa peratusan yang akan keluar undi lebih kurang 68%.

Ini adalah peratusan keluar undi yang paling rendah dalam masa 16 tahun selepas lima kali pilihan raya sejak pilihan raya umum 1999.

Apakah senarionya jika peratusan yang keluar undi jatuh hingga 68%?

Jika sokongan kepada Pakatan Rakyat masih sekuat pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013, maka walaupun peratusan undi kepada Kak Wan akan menurun, namun, sekurang-kurangnya undi majoriti beliau masih tinggi iaitu lebih kurang 9,000 undi berbanding undi majoriti kepada PKR pada tahun 2013 iaitu 11,700 apabila PKR mendapat 58.6% daripada undi keseluruhan.

Namun kita perlu ingat bahawa pada tahun 2004, sokongan kepada PKR merudum kepada hanya 49.9%. Antara sebabnya adalah, kelemahan dalam kolisi pembangkang terutamanya pertelingkahan dalam isu negara Islam dan Hudud. Umno Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalam pembangkang dan Pak Lah, Perdana Menteri ketika itu mengemukakan alternatif "Islam Hadhari" yang dilihat sebagai lebih moderat dan universal. Sudah tentu secara retrospektifnya, semua janji-janji UmnoBN ketika itu hanyalah janji kosong semata-mata. Namun ia cukup untuk memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional.

Kak Wan mungkin kalah kalau peratusan keluar undi terus menyusut

Justeru, berbalik kepada Pilihan raya Kecil Permatang Pauh kali ini, dengan mengambil senario paling teruk pernah berlaku, jika pola pengundian 2004 berulangan, maka undi majoriti Kak Wan dijangka lebih kurang 600 undi sahaja. Walaupun menang, namun kemenangan tidak selamat dalam tangan. Dalam keadaan sebegini, jika ada sedikit sahaja peralihan, contohnya penyokong Pakatan Rakyat tidak keluar mengundi ataupun dihalang dari mengundi, maka kalah-lah Kak Wan.Read More / Baca Lagi >>

P.91: 'Undi untuk PAS naik di semua peti undi' - Ust Tuan Ibrahim

Posted: 05 May 2015 07:46 PM PDT

Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ekoran itu, katanya, parti itu telah berjaya "tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS", lapor Bernama.

"Kita juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN.

"Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut," kata kepada pemberita di pusat penjumlah undi PAS di Rompin malam tadi selepas pengumuman keputusan PRK itu.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi.

Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi.

Sementara itu Bernama melaporkan Nazri sebagai berkata walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung beliau dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda.

"Kita dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS.

"Insya-Allah kita akan bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang," kata Nazri, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

PM jumpa ketua bahagian Umno sekali lagi dalam tempoh 2 bulan....

Posted: 05 May 2015 07:44 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin bahagian Umno sekali lagi pada 11 Mei ini - yang kedua dalam tempoh dua bulan.

Secara kebetulan, tarikh pertemuan itiu jatuh pada ulang tahun ke-69 parti itu, yang menjadi tunggak Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata ia adalah merupakan satu pertemuan biasa.

"Ia adalah pertemuan rutin dengan perdana menteri, untuk beliau bercakap dengan kami tentang hal ehwal semasa dan untuk mengikrarkan sokongan kami," kata Sabri ketika dihubungi.

Ketua Umno bahagian Kinabatangan Bung Mokhtar Radin pula berkata, Najib dijangka membincangkan beberapa "topik panas" semasa pertemuan itu yang akan berlangsung di Putrajaya.

"Mesyuarat itu adalah untuk memperjelaskan pelbagai isu, seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan, yang masih menjadi topik hangat.

"Terdapat beribu-ribu produk yang sifar GST tetapi orang masih membayar GST," kata Bung Mokhtar kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan bahawa pertemuan itu diadakan untuk pemimpin Umno menunjukkan solidariti bersama dengan presiden parti mereka.

"Saya tidak fikir begitu. Kami, ketua bahagian, telah pun berbuat demikian. Tetapi sokongan kami kepada perdana menteri adalah untuk selama-lamanya. Pertemuan itu adalah mengenai hal ehwal semasa," kata Bung Mokhtar.

Isu-isu lain yang Najib mungkin perlu tangani termasuk prestasi kurang menyerlah Umno dalam pilihan raya kecil Parlimen Rompin semalam di mana parti itu mengekalkan kubu kuatnya dengan majoriti yang merosot.

'Nafi ada peruntukan khas'

Pada 8 Mac, Najib bertemu dengan pemimpin 160 daripada 191 bahagian Umno, di mana beliau telah memberi taklimat kepada mereka mengenai isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Read More / Baca Lagi >>

Saga Mahathir-Najib: Pencarian kebenaran diteruskan

Posted: 05 May 2015 06:14 PM PDT

oleh Edmund Lee

Sementara Nepal masih merasai kesan gempa bumi dahsyat berukuran 7.9 pada skala Richter, rakyat Malaysia mengalami gegaran yang berbeza – gegaran politik yang dicetuskan pertembungan dua gergasi politik, Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Najib Razak, dengan nasib negara ini tersepit di tengah-tengahnya.

Mahathir kelihatan mempunyai kelebihan, mengutarakan persoalan-persoalan janggal bak bom tangan kepada Najib, yang sehingga kini memilih untuk mengelakkannya dan mengekalkan sikap berdiam diri beliau mengenai isu-isu seperti kes Altantuya dan pinjaman 1MDB.

Mahathir mesti memahami tentang perang psikologi apabila dia menyeru golongan atas pagar ke sisinya, dengan cara menyatakan secara kecewa bahawa dia bersendirian dalam memperjuangkan kebaikan negara. Malahan beberapa pengkritiknya turut mula menyebelahinya sewaktu dia seolah-olah terlepas dari ancaman Akta Hasutan.

Walau bagaimanapun, mereka yang meragui Mahathir percaya yang beliau hanya sedang cuba untuk menyelamatkan diri, apabila beliau menyatakan bahawa ramai yang mungkin akan dipenjarakan jika BN tumpas dalam pilihan raya umum akan datang, kerana Pakatan Rakyat akan mengheret mereka yang rasuah dan zalim ke muka pengadilan.

 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada bapa Najib, Allahyarham Abdul Razak kerana menaikkan kerjaya politiknya sehingga ke tahap Perdana Menteri.

Namun, beliau kemudiannya kembali menyasarkan Najib dan dalam gaya filem koboi, tangan berada dekat dengan sarung pistol, berkata – 'Maaflah kawan, seorang lelaki harus lakukan apa yang dia perlu lakukan. Memperbetulkan apa yang salah.'

 Walau bagaimanapun, Najib tidak akan mengalah dengan mudah dan kini kelihatannya, kedua-duanya bakal bertembung dalam tembak-menembak terakhir di OK Corral. Hanya seorang lelaki yang akan kekal berdiri selepas ia tamat, apabila debu-debu bertiup pergi.

Read More / Baca Lagi >>

P.91: Undi PAS meningkat di kawasan Felda di Rompin

Posted: 05 May 2015 06:05 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan hasil daripada keputusan undi tidak rasmi mendapati undi yang diterima parti Islam itu dalam pilihan raya kecil (PRK) di Rompin meningkat dengan ketara, terutamanya di kawasan Felda.
Menurut Tuan Ibrahim yang juga naib presiden PAS, peningkatan undi turut dilihat di kawasan pengundian di Pulau Tioman.
"PAS ada peningkatan agak memberangsangkan di beberapa saluran, khususnya di Felda. Ini fenomena agak baik. Kita sedang menunggu lagi keputusan rasmi," katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Rompin hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sasaran PAS untuk kawasan di Pulau Tioman minimum adalah  200 undi, berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) iaitu sebanyak 169 undi. Namun keputusan tidak rasmi yang diperoleh PAS menunjukkan mereka menerima 224 undi.
"BN dalam PRU-13 menerima 690 undi, tetapi kali ini merosot kepada 480 undi, BN kurang 169 undi, PAS pula meningkat 55 undi.
"Ini mungkin petanda baik dalam konteks Pulau Tioman," kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata, PAS turut melihat berlaku kekurangan peratusan keluar mengundi dalam PRK Rompin kali ini terutamanya di saluran muda.
"Ini kita lihat banyak berlaku di saluran muda, 3 dan 4, yang tidak bercuti dan tidak pulang mengundi," katanya dan menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diharapkan dapat mempertimbangkan melaksanakan pilihan raya kecil ketika waktu bercuti pada masa akan datang.
Angka tidak rasmi mendapati, setakat jam 5 petang, ketika kesemua pusat mengundi sudah ditutup, peratusan keluar mengundi hanya pada tahap 70%, berbanding 85.5% pada PRU13.
PRK Rompin diadakan berikutan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.
Pada PRU13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal itu selepas mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
BN meletakkan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Datuk Hasan Ariffin sebagai calon mereka, manakala PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.
PRK Parlimen Rompin merupakan PRK ke-9 selepas PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013.
Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Kemerosotan BN di Rompin hantar isyarat ke Pmtg Pauh

Posted: 05 May 2015 04:53 PM PDT

ROMPIN: Kemerosotan besar undi BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin menghantar isyarat yang jelas kepada para pengundi PRK Permatang Pauh.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekurangan undi BN sebanyak 6,244 undi berbanding Pilihan raya Umum ke-13 akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

"Kita harap keputusan PRK Rompin ini akan membantu PKR menghadapi BN pada PRK Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini," ujarnya pada sidang media di Pusat Penjumlahan Undi PAS PRK Rompin, di sini malam ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan calon PAS PRK Rompin, Ustaz Nazri Ahmad.

Beliau berkata, pencapaian yang diperolehi oleh PAS kali ini agak baik berbanding PRU13 lalu kerana PAS dapat meningkatkan undi popular lebih 10 peratus.

"Hampir semua peti undi ada peningkatan kepada PAS menyebabkan undi BN merosot lebih 6,000 undi dan ini boleh dibanggakan dalam PRK Rompin," ujarnya.

Menurut beliau lagi, beberapa peti undi dalam kawasan Felda yang selama ini tidak pernah mencatat kemenangan berjaya dimenangi oleh PAS kali ini.

Selain itu, katanya pencapaian PAS amat memuaskan dalam kalangan pengundi muda bagi saluran 4, 5 dan 6 yang agak ketara pada PRK Rompin.

"Jelas mereka bangkit dengan tema yang kita bawa 1 undi untuk PAS 1 undi tolak GST," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Read More / Baca Lagi >>

SPR, terangkan sejelasnya maksud rasuah dan ancaman ketika p’raya

Posted: 05 May 2015 04:51 PM PDT

oleh Ng Kee Seng
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) nampaknya mengambil pendirian "menutup mata, telinga dan mulut" apabila wujudnya dakwaan rasuah dan ancaman yang dilakukan ketika kempen pilihanraya.
Dalam dua PRK yang berlangsung, ramai yang berpandangan dua menteri BN sudah pun melakukan kesalahan, namun SPR memilih untuk "menutup mata, telinga dan mulut" mereka.
Seorang daripada mereka mengumumkan uniform baru bernilai kira-kira RM200,000 akan diberikan kepada Rela jika BN menang di Rompin hari ini (5 Mei). Ini rasuah atau apa?
Pasti ada yang tertanya-tanya andai pemimpin Pakatan menyatakan perkara yang serupa, adakah tindakan SPR masih sama?
Menteri seorang lagi pula menyatakan yang kerajaan persekutuan tidak akan meluluskan permohonan projek dan dana pertanian di Permatang Pauh jika Pakatan sekali lagi menang di Permatang Pauh. Adakah ini dikira sebagai ancaman? SPR sekali lagi kekal membisu.  
Masalahnya adalah, sesetengah menteri merasakan wang pembayar cukai adalah milik mereka, dan boleh buat sesuka hati dengannya.
Apabila insiden seumpama itu berlaku, bolehkah sesiapa menyalahkan rakyat kerana merasakan SPR berat sebelah dan tidak profesional?
Jika apa yang keluar dari mulut menteri-menteri ini bukan ancaman dan rasuah, SPR perlu menjelaskan apakah yang dikira sebagai ancaman dan rasuah ketika pilihanraya. Ia perlu digariskan sejelas-jelasnya.
Dalam kempen PRK Permatang Pauh, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa SPR untuk menyiasat salah seorang menteri di bawah Akta Pilihan Raya atas dakwaan "rasuah dan ancaman".
Menteri itu juga dilaporkan berkata, hanya permintaan daripada calon BN Suhaimi Sabudi sahaja yang akan dilayan.
"Ini adalah kawasan pertanian. Saya pasti akan memberi kelulusan jika Suhaimi yang buat permohonan," katanya seperti dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

P.91: Kemerosotan majoriti petanda buruk buat BN?

Posted: 05 May 2015 04:22 PM PDT

oleh Mike Tan

Calon Barisan Nasional Hasan Arifin menewaskan Nazri Ahmad dari PAS dengan majoriti yang jauh berkurang daripada PRU ke-13. Hasan mendapat 23,796 undi manakala Nazri 14,907 undi.

Walaupun ramai yang sudah pun meramalkan keputusan PRK Rompin ini, Hasan hanya menang dengan majoriti sebanyak 8,895 undi berbanding allayarham Jamaluddin Jarjis yang mendapat 15,114 majoriti pada PRU lalu – pengurangan hampir 50 peratus.

Pengurangan tersebut tidak mengejutkan, dan dilihat sebagai tanda pengundi dan rakyat Malaysia yang tidak puas hati dengan GST, serta beban kewangan yang disebabkannya.

Rompin sememangnya kubu kuat BN, dan "gula-gula" yang diumumkan kepada penduduk Rompin ketika kempen, termasuk jeti baru bagi industri perikanan tempatan, nampaknya tidak memberi impak seperti yang diharapkan.

Beberapa hari akan datang, BN akan cuba mencari penjelasan kepada penguragan itu, dan mungkin akan mengatakan peratusan turun mengundi sebanyak 73 peratus, berbanding 85.9 peratus pada PRU sebelumnya, sebagai puncanya.

Apatah lagi pemimpin BN sebelum ini telah mengambil pendekatan berjaga-jaga, dan ramai di kalangan mereka yang mengatakan PRK bukanlah petunjuk yang tepat terhadap sokongan kepada kerajaan atau GST, dan lain-lain.

Walaupun BN merayakan kemenangan ini, ia pasti telah menyedari merosotnya sokongan terhadap mereka, terutama di Pahang – negeri Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

Sekian lama menjadi kubu BN, Pahang mungkin tidak lagi menjadi 'negeri selamat' yang boleh diharapkan BN selepas ini. Keadaan semasa termasuk kemelut 1MDB telah memberi kesan kepada pengundi, dan perkembangan ini pasti tidak baik untuk BN.
Read More / Baca Lagi >>

Ambil kira mesej Rompin, kata Hisham

Posted: 05 May 2015 04:15 PM PDT

Apakah pengundi Rompin cuba menghantar sesuatu mesej kepada Putrajaya dan BN? Mungkin, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Husein.

"Seperti apa yang Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob katakan sebelum ini, keputusan yang kita lihat di sini, mungkin ada sesuatu yang kerajaan perlu ambil kira.

"Tetapi apa yang penting ialah kita menang," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pilihan raya (PRK) Rompin.

Beliau menjawab soalan mengenai sama ada isu-isu yang dibangkitkan oleh PAS, terutamanya pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular, memberi kesan terhadap PRK itu.

Terdahulu, Adnan memberitahu pemberita bahawa peratusan keluar mengundi yang lebih rendah adalah kerana cuti panjang pada hujung minggu dan ramai yang tidak menunggu untuk mengundi.

Beliau berkata, pihaknya juga memahami bahawa rakyat menghantar mesej tertentu kepada kerajaan, di peringkat negeri dan pusat.

Adnan berkata, pihaknya akan mengambil perhatian terhadap perkara (mesej) itu.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada GST, Adnan berkata isu mengenai GST dan mengenai Felda memberi kesan kepada kalangan pengundi.

Read More / Baca Lagi >>

"Kiamat Sudah Semakin Dekat"

Posted: 05 May 2015 04:13 PM PDT

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Rompin sudah pun diketahui. Di luar jangkaan sama sekali, majoriti undi BN merosot dengan teruk berbanding pilihanraya umum 2013 lalu.

Jika dalam pilihanraya umum lalu, majoriti BN ialah 15,114 undi, kini angkanya makin mengecil dengan pencapaian hanya 8,895 undi saja. Keputusan ini memperlihatkan BN kehilangan hampir separuh majoritinya.

Dalam pilihanraya kecil di mana hampir semua menteri, pemimpin negeri,  jentera kerajaan, peruntukan dan segala macam kelebihan lainnya dipertaruhkan untuk memikat hati rakyat, tetapi hanya kemenangan sekecil ini yang mampu dicapai, ia tidak lain adalah petanda buruk bagi UMNO dan BN.

Hakikatnya, selain Rompin memang dikenali sebagai kubu kuat BN, ia juga merupakan kawasan Parlimen di negeri yang menjadi tapak politik Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

Kalau di negeri Pahang dan dalam pilihanraya kecil pula, keputusan ini ibarat "kiamat makin dekat" bagi UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.

Ini menandakan penyokong tradisi UMNO iaitu rakyat luar bandar dan peneroka Felda sudah mulai terbuka minda mereka terhadap apa yang berlaku dalam negara. Mereka bukan lagi totok kepada UMNO dan BN.

Sudah tentu UMNO dan BN menyalahkan peratusan turun mengundi yang merosot sebagai punca pencapaian yang kurang memberangsangkan ini, tetapi secara rasionalnya keputusan ini tidak lain adalah tanda penolakan terhadap Najib sebagai Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

GST tak main la 6% aja.. kasi up sikit BARU BANYAK UNTUNG MAAA...

Posted: 05 May 2015 04:04 PM PDT

JANGAN LUPA pengundi BN-Rompin agar mintak sama Najib supaya cukai GST dinaikkan 'double' menjadi 12% kerana rakyat dah faham apa itu GST yg MEMANG menguntungkan BN !!!

Rakyat Bayar GST, Rakyat Bayar Tol !!!

Posted: 05 May 2015 08:06 AM PDT

Adakah kadar tol akan naik Ogos ini ??? Sama2 kita nantikan pengumuman rasmi sepenuhnya nanti..

TAHNIAH pengundi2 BN kerana ANDA lebih suka cukai GST !!!

Posted: 05 May 2015 07:54 AM PDT

Walau apa pun, TAHNIAH juga kpd PAS kerana dapat kurangkan HAMPIR SEPARUH majoriti BN


Himpunan 1 Mei beri mesej jelas pada Najib

Posted: 05 May 2015 07:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 MEI- Sekretariat Kita Lawan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak gentar untuk turun pada Himpunan 1 Mei baru-baru ini bagi membantah Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST).
Anggota sekretariat gerakan itu, Akmal Nasir berkata, himpunan tersebut berjaya menarik beribu-ribu anak muda untuk turun berdemonstrasi di jalanraya bagi membantah pelaksanaan cukai tersebut.
Ia sekali gus katanya, memberi mesej yang jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya membatalkan cukai yang membebankan rakyat.
"Objektif kita mencapai sasaran apabila beribu-ribu anak muda bangkit dan berani berdemo dalam himpunan tersebut.
"Suara mereka mewakili semua rakyat yang mahu GST dibatalkan dan ia memberi satu mesej yang jelas dan tekanan kepada Najib untuk mengkaji semula polisi pelaksanaan cukai tersebut.
"Walaupun dihalang oleh pihak polis, himpunan tetap diteruskan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: ‘Undi Kak Wan, katakan tidak pada GST’

Posted: 05 May 2015 07:17 AM PDT

PERMATANG PAUH 5 MEI: Wanita KEADILAN yakin pengundi Permatang Pauh bakal menghantar mesej jelas kepada Umno BN tentang penolakan rakyat terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menegaskan penentangan mereka terhadap cukai yang membebankan rakyat itu, kata Ketuanya, Zuraida Kamaruddin, sekarang bukan masa terbaik untuk melaksanakan GST dan seharusnya cukai ini dibatalkan.
"Bagaimana Pemandu boleh mengatakan 'hanya satu peratus rakyat Malaysia yang miskin?' Jika benar, mengapa kerajaan masih memberi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada golongan miskin?
"Kerajaan seharusnya memudahkan rakyat. Wanita KEADILAN menggesa agar kerajaan membatalkan GST demi rakyat. Kita maklum banyaknya hutang kerajaan, tetapi ini disebabkan kesalahan mereka sendiri yang merasuah dan suka membazir lalu rakyat dijadikan mangsa bagi menyelesaikan masalah hutang negara," kata Zuraida dalam kenyataan.
"Walaupun Menteri terbang menaiki pesawat dan helikopter, memakai jam tangan Frank Muller, membawa beg tangan Birkin dan Hermes, tetapi berbeza dengan pekerja di bawah yang bersusah payah untuk memenuhi keperluan kehidupan," ujar beliau lagi.
Ahli Parlimen Ampang itu berkata, belia juga perlu membantah cukai ini kerana ramai anak muda masih belajar dan tidak patut dibebani
dengan GST.
"Sehinggakan kad prabayar telefon juga tertakluk pada GST, jadi katakan tidak pada GST," tegasnya.
Zuraida turut menyifatkan Pengerusi Wanita MCA Kebangsaan, Heng Seai Kai kering idea apabila cuba mencetuskan sentimen perkauman berhubung isu GST.
Wanita KEADILAN juga menegaskan bahawa GST tidak memberi faedah kepada sesiapa melainkan kepada Umno BN.
"Seai Kai juga membuat kesilapan besar dengan mengatakan GST memberi manfaat kepada orang Cina.
Read More / Baca Lagi >>

P.91: BN menang, majoriti kurang hampir separuh

Posted: 05 May 2015 05:48 AM PDT

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.

Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Mengikut undian, BN memperoleh 22,679 undi, PAS 14,445 undi dan majoriti ialah 8,234 undi.
 

Fitnah: Mahkamah Rayuan arah NST bayar RM420,000 kepada Husam

Posted: 05 May 2015 05:43 AM PDT

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan New Straits Times (NST) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan akhbar itu membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa kerana bersalah memfitnah beliau.

Selain ganti rugi itu, mahkamah juga mengarahkan akhbar itu membayar RM70,000 kos keseluruhan proses mahkamah kepada naib presiden PAS itu. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan itu di depan dua peguam NST dan peguam Husam.

NST diwakili Reshwant Singh dan Gandhi Mohan manakala Husam diwakili Md Yunos Shariff. Dalam laporannya bertajuk "Suspended BN duo turn to ACA" pada 28 November 2007 lalu, NST didapati memfitnah Husam.

Ia berasaskan laporan dua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) kepada Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Yunos ketika bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, ini mahkamah terakhir untuk kes tersebut kecuali NST mendapatkan pengesahan dari mahkamah untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.