Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bawah GST, harga barang PATUT TURUN: KENAPA TIDAK?

Posted: 04 May 2015 11:25 PM PDT


Banyak kritikan dihalakan pada GST tapi tahukah anda bahwa GST adalah sebahagian dari strategi Blue Ocean Dato Najib untuk menyelesaikan dua masaalah sekali gus.

Pertama masaalah kenaikkan harga barang. Sepatutya SST yang dalam 5% - 11% dihentikan dan diganti dengan GST yang hanya 6%.

Jika dulu GST dikenakan pada setiap lapis dari pengilang/pengimport ke pengedar ke peruncit dan pengguna tapi kali ini hanya pengguna saja ada cukai dan dengan demikian cukai SST dan cukai2 lain yang dikenakan di lapisan lain dihaluskan untuk diganti GST.

Pengilang, pengedar dan peruncit boleh claim balik sebagai outout tax untuk kerajaan. Mereka juga boleh dapat tax rebate.



Kedua kurangkan subsidi dan menambah pendapatan yang kurang dari turun harga minyak. CUkai pendapatan dikurangkan dan akan terus dikurangkan bola GST sudah berjalan lancar.

GST adalah lebih adil kerana semu apihak bayar 6%. Miskin yang belanja sikit hanya bayar sedikit dna kaya belanja besar belanja besar sebab cara peratusan.

GST menambah revenue kerajaan tanpa terlalu membebankan. 

Sebab dia tak turun ada banyak sebab. Artikel panjang berikut menjelaskan:


Saja mahu konpius rakyat yang tak faham

GST : FAHAMI KENAPA HARGA BARANG NAIK DAN APA PUNCANYA?

Oleh Lokman Adam

Sebulan telah berlalu, namun hasrat Kerajaan untuk melihat beban cukai yang ditanggung oleh rakyat berkurangan, masih belum dapat direalisasikan.  Sungguhpun punca sebenar kenaikan harga barang majoritinya berpunca daripada  sikap peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan, namun apabila GST itu sendiri gagal difahami, sebahagian rakyat akhirnya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Kerajaan yang melaksanakan GST.  Rencana saya ini mempunyai 2 bahagian.  Bahagian pertama, apa yang sepatutnya berlaku selepas perlaksanaan GST.  Bahagian kedua, kenapa kenaikan harga barang pula yang berlaku secara melampau selepas GST.

PERTAMA

Sepertimana yang kita ketahui, sebahagian besar harga barangan sebelum perlaksanaan GST sudahpun mempunyai elemen cukai jualan sejak tahun 1972.  Kadar cukai jualan ialah 5%,10%,20% atau nilai spesifik.  Semenjak tahun 1975 pula kita sudah ada Cukai perkhidmatan pada kadar 6% atau nilai spesifik seperti yuran Tahunan Kad Kredit RM50 setahun.  Dalam masa yang sama, dibawah sistem lama SST, wujud elemen cukai bertindih.  Contohnya, kalau kita makan maggi dirumah, kita cuma bayar cukai jualan 5%, tapi kalau makan maggi di Restoran Pelita umpamanya, kita akan membayar cukai bertindih sebanyak 11% iaitu 5% cukai jualan + 6% Cukai Perkhidmatan.  Ini bererti, cukai jualan dan perkhidmatan yang telah kita hapuskan ialah dari 5% ke 26%.

Selain dari cukai yang tinggi kadarnya, kita juga terpaksa membayar cukai berganda dan bertingkat.  Contohnya, seorang pengilang kasut (yang tidak memperoleh pengecualian cukai), perlu membayar cukai jualan 10% untuk beli getah bagi membuat tapak kasut dan 10% bagi membeli kulit.  Katakanlah kos bagi membuat sepasang kasut termasuk gaji pekerja, sewa kilang, bil utiliti dan lain-lain adalah RM80 dan jika dia mengambil untung RM20 untuk sepasang kasut, maka kasut tersebut akan dijual kepada pemborong dengan harga RM100.  Ketika kasut tersebut dijual kepada pemborong, cukai jualan 10% akan dikenakan oleh pengilang kepada pemborong.  Ini bermakna, harga kasut itu sudah mempunyai elemen cukai diawal rantaian perniagaan dan harga kasut tersebut menjadi RM110 sepasang.  Jika pemborong mengambil untung 20%, maka dia akan ambil RM22.  RM 20 memang hak mereka, tapi RM 2 yang pemborong ambil merupakan cukai terselindung dan cukai atas cukai atau dipanggil cukai berganda.  Begitulah juga bila peruncit membeli kasut tersebut, bila mereka mengambil untung 30% umpamanya, mereka akan mark up bukan hanya ke atas harga barang, sebaliknya mereka akan mark up 30% ke atas cukai sama.  Ini dipanggil cukai terselindung dan cukai bertingkat.  Akhirnya,
jumlah cukai yang rakyat kena bayar sebenarnya adalah RM15.60, manakala yang sampai kepada kerajaan cuma RM10. RM 5.60 telah dikaut oleh pemborong dan peruncit sebagai sebahagian dari keuntungan mereka.  Harga kasut yang asalnya RM100, akhirnya berharga RM171.60. (rujuk infografik yang disediakan)

Selepas GST dilaksanakan, pengilang tadi hanya perlu bayar 6% bila membeli kulit dan getah.  Akan tetapi, mereka boleh menuntut semula cukai input yang mereka bayar sebanyak 6% itu bukan hanya terhadap pembelian getah dan kulit, malah mereka boleh juga tuntut cukai input yang mereka bayar ke atas bil air, api, telefon dan pelbagai perkakas kilang yang lain.  Ini mengakibatkan kos pengeluaran menjadi lebih murah kerana tiada lagi elemen cukai dalam menghasilkan kasut tersebut.  Sungguhpun begitu, akan ada pengilang yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan mengekalkan harga kasut itu pada harga RM100.  Apa yang pengguna harus buat ialah mereka harus melaporkan aktiviti pengambilan untung berlebihan ini kepada KPDNKK.  Ini adalah kerana perbuatan tersebut menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Dibawah sistem GST pula, bila kasut tersebut dijual kepada pemborong, pemborong akan dikenakan cukai input sebanyak 6%.  Tetapi kali ini pemborong hanya akan mark up 20% dari harga kasut.  Mereka tidak akan mark up pada nilai GST yang dibayar.  Ini adalah kerana, bila kasut tersebut dijual kepada Peruncit, Pemborong boleh tuntut semula cukai input yang telah dibayar sebanyak RM6 tadi sebaik sahaja mereka menjual barang tersebut kepada peruncit.  Begitu juga peruncit, jika mereka mark up 30% sepertimana sebelum GST, mereka hanya akan mark up dari nilai harga kasut, bukan sekali dengan cukai.  Ini adalah kerana, mereka juga boleh menuntut cukai imput yang mereka bayar.  Kesimpulannya, sistem percukaian baru GST ini sememangnya boleh mengurangkan harga barang kerana kadar cukainya yang lebih rendah serta penghapusan cukai berganda, bertingkat dan bertindih.


KEDUA


Walau bagaimanapun, apa yang kita harapkan melalui GST ini belum nampak kesan positive secara menyeluruh lagi.  Berikut disenaraikan punca kenaikan harga barang yang dapat dikesan sepanjang tempoh sebulan ini :

1.  BARANGAN YANG TIDAK DICUKAI SEBELUM INI
Terdapat sesetengah barangan sebelum ini tidak dikenakan cukai jualan, tetapi di bawah GST, ianya dikenakan cukai.  Contohnya, cukai jualan ke atas telefon bimbit telah dihapuskan tahun 2011, malah setahun dua yang lalu kerajaan memberikan pula vaucher telefon pintar RM250 kepada anak muda berusia 21 tahun ke bawah.  Bila kini sudah ramai pengguna telefon pintar dan tiada lagi pengecualian diberikan, memang ianya mengakibatkan kenaikan harga telefon bimbit.

2.  STOK LAMA YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT CUKAI JUALAN
Bila datang tarikh 1 April, kebanyakan kedai-kedai masih mempunyai stok lama.  Stok lama ini boleh dituntut cukai jualan yang telah dibayar.  Namun sekiranya ianya sudah digunakan sebahagiannya, maka cukai jualan ke atas produk tersebut tidak boleh dituntut.  Ini adalah kerana cukai jualan hanya boleh dituntut semula jika barangan tersebut masih sempurna (intact) atau dalam bungkusan.  Contohnya, jika seorang tukang jahit masih ada segulung kain yang baru digunakan untuk membuat sehelai baju, maka selagi gulungan kain itu belum habis digunakan, selagi itulah harga baju yang dijual oleh tukang jahit itu akan mempunyai elemen cukai jualan + GST.  Ini juga akan menyebabkan harga baju naik berbanding sebelum GST.

3.  PENIAGA TIDAK MENUNTUT CUKAI JUALAN

Stok yang dibeli sebelum April 2015 telah dikenakan cukai jualan, sehubungan dengan itu, para peniga perlu menuntut semula cukai jualan ini.  Malangnya, cukai jualan hanya boleh dituntut oleh si pembayar cukai iaitu pengilang.  Ini bererti, si peruncit perlu tuntut dengan pemborong, pemborong tuntut dengan pengilang dan hanya pengilang boleh menuntut dengan kastam.  Kesukaran menuntut cukai jualan inilah yang mengakibatkan hanya 3 daripada 75,000 orang peniaga yang layak menuntut cukai jualan, telah menuntut cukai jualan tersebut.  Inilah yang menyebabkan peniaga-peniaga ini memindahkan beban membayar GST kepada pelanggan mereka.  Perkara ini juga menyebabkan kenaikan harga barang kerana ianya sudah menjadi cukai jualan + GST.

Ini juga bermakna, peniaga-peniaga yang telah mengurangkan harga barangan jualan mereka atau mengekalkan harga lama, sebenarnya telah memotong margin keuntungan mereka bagi mengekalkan atau mengurangkan harga barang.  Konsep begini juga sebenarnya tidak bagus untuk peniaga dalam jangka masa panjang.  Mereka sepatutnya menuntut cukai jualan terlebih dahulu, menurunkan harga barang dan mengenakan GST.

4. PENIAGA AMBIL KESEMPATAN

Ada dikalangan pengilang tetap menjual produk mereka pada harga lama walaupun kos pengeluaran produk mereka berkurangan selepas tiada lagi elemen cukai.  Sebaliknya, mereka memindahkan tanggungjawab membayar GST kepada pemborong.  Ini menyebabkan Pemborong menaikkan harga barang yang mereka jual kepada peruncit.

5.  KURANG FAHAM SISTEM GST

Ada juga dikalangan peniaga yang dengan sewenang-wenangnya mengenakan GST sedangkan mereka tidak mendaftar dengan kastam serta tidak mempunyai Nombor Pendaftaran Kastam.  Kenaikan harga juga boleh berlaku sekiranya peniaga-peniaga ini mengenakan GST ke atas harga keseluruhan semua produk jualan mereka tanpa mengira ianya Pembekalan Standard, Pembekalan Sifar atau Pembekalan Dikecualikan.  Ini bermakna barangan yang kadar GST nya 0% dan dikecualikan GST turut di kenakan kadar  6%.

6. SABOTAJ

Sejak pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Oktober 2013, sudahpun ada peniaga yang sengaja menaikkan harga barang walaupun GST hanya akan dilaksanakan 17 bulan selepas itu.  Malah dengan biadapnya mereka meletakkan gambar PM dan Isteri untuk dipersalahkan atas kenaikan harga ini.  Mereka ini terdiri  daripada peniaga-peniaga pro pembangkang.  Mereka menggunakan GST sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan dan dalam masa yang sama mengharapkan tindakan mereka itu akan menaikkan kemarahan rakyat dan sekaligus memudahkan mereka menjatuhkan kerajaan.  Bagi mengatasi masalah peniaga yang mengambil kesempatan dan curang ini, rakyat harus dididik supaya berani melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga ini kepada KPDKK di talian 1-800-866-800 atau melalui aplikasi yang disediakan.

Saya yakin, kenaikan harga barang dengan menggunakan alasan GST ini akan stabil dalam masa 6 bulan ke setahun.  Sebagai contoh, jika ada 80% peniaga yang mengambil kesempatan dan 20% peniaga yang tidak mengambil kesempatan.  Persaingan yang akan diwujudkan oleh kumpulan 20% ini pasti lambat laun akan menarik golongan yang 80% tadi.  Dengan syarat, kempen 3M harus dilancarkan dan digerakkan oleh rakyat dan media.  3M yang saya maksudkan ialah Memilih, Melapor dan Memboikot.  Berpandukan shoppers guide yang disediakan oleh KPDNKK, pengguna harus memilih kedai yang menjual pada harga yang paling baik.  Mereka perlu melaporkan jika ada pihak yang mengambil kesempatan atau menipu. Selepas memilih dan melapor, mereka harus menghebahkan kepada orang lain termasuk melalui media elektronik, media cetak dan media baru tentang kedai pilihan mereka dan kedai mana yang wajar diboikot.  Saya yakin lambat laun jika peniaga-peniaga ini masih berdegil untuk mengambil kesempatan, mereka pasti akan berhadapan dengan risiko gulung tikar.

Saya satu punca kenapa GST sukar difahami adalah kerana pemahaman tentang GST ini hanya boleh dicapai melalui penerangan dan tulisan panjang-lebar mengunakan bahasa rakyat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.  Malangnya, untuk menghabiskan bacaan rencana ini contohnya, sudah pasti ramai juga diantara kita yang syahid ditengah jalan.  Ini belum lagi diminta untuk menjawab pembangkang atau mematahkan hujah pembangkang.  Itu sebabnya ramai yang gagal menyahut cabaran untuk memikul tugas besar menerangkan kepada rakyat tentang GST.  Lebih mengecewakan, bila mereka sendiri tidak faham tentang GST, mereka mula mengiakan segala fitnah dan tohmahan terhadap GST.  Keadaan menjadi lebih parah apabila ada pula yang menggunakan GST untuk menjatuhkan pemimpin negara dan mendesak agar GST dibatalkan.

30 April, 2015

10 ribu hadhir ceramah Nenek Jah?

Posted: 04 May 2015 09:30 PM PDT


Hahaha ... jangan mimpi. Ini bukan di Al Nahdhoh madrasah tajaan Anwar untuk.juangkan qazaf dan halalkan liwat.


Kita undi calun yang diterima ramai...


Silatulrahim sesama ummah. Tiada politik huru hara dan musuh memusuhi.

PKR tak dibenar guna bendera PAS - Stopa Ali

Posted: 04 May 2015 07:34 PM PDT


Pas tak buka bilik gerakan dan kibarkan bendera atau tayangkan lambang mahu pun bantu jentera PKR.

Bendera PAS akan kelihatan satu dua dikibarkan oleh AMK dipondok bilik gerakan utk gambarkan macam betul PAS bersama.


Semalam di Seberang Jaya kelihatan geng motor PKR ada seorang akan bawa bendera PAS dan duduk di hadapan.

Surat di atas confirmkan bahawa yg bawa bendera PAS bukan PAS tapi PKR berpura2 konon PAS bersama mereka.

PKR rosakkan akidah Islam ... lebih penting

Posted: 04 May 2015 05:30 PM PDT


Mengingkar fitrah tuhan

Itulah doa PASMA



Selamatkan akidah lebih penting dari menentang GST dan 1MDB (belum pasti kesalahan).



Terdesak hingga jaja nama Tun Dr Mahathir

Posted: 04 May 2015 08:54 AM PDT



PKR buat risalah dan poster seolah sokongan tun dr mahathir pada mereka. Dr Mahathir tegur Najib dan kerajaan untuk urusan dalaman UMNO.

Berikut hal sebenar.





Pasti pilihannya BN



Ceramah PASMA kosong, Iklan palsu Hadi untuk tarik hadirin

Posted: 04 May 2015 04:50 AM PDT



Malam tadi ada ceramah dianjur oleh Mujahid Yusof Rawa di Permatang Pasir. Majlis ceramah dan kempen pas (pasma) di kawasan pas.Mereka menjemput Azmin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dll.

Malangnya kehadhiran PAS, yang lazimnya beribu2, jika tidak puluhan ribu, hanya 100 saja. Satu tamparan buat Mujahid YDP Pas Pulau Pinang.

Yang lagi memalukan PASMA adalah ADUN Pematang Pasir dari PAS, Ustaz Sulaiman pun tak hadhir. Terpaksa pihak penganjur sampaikan salam yg tak dikirimkan dan  beri alasan dia berada sana sini bantu kempen.

Ceramah Azmin pun pelik bila samakan perjuangan Nenek Jijah dengan Dr Mahathir. Perjuangan Nenek Jijah adalah terhadap Dr Mahathir.


Pkr dan pasma sudah begitu terdesak untuk dapatkan undi pas hingga dah buat kerja tahap bodoh.

Mereka kini sebar iklan haji hadi akan ceramah di kubu Anwar yang sering dihadiri ahli PAS di Al Nahdhoh, Kubang Semang pada malam terakhir. Madrasah ini adalah dibiayai Anwar dan diguna untuk pegang orang PAS supaya jadi taksub padanya.

Hadi tak setuju pencalunan Nenek Wan, bantah penentangan Nenek Wan terhadap hudud dan dimaki AMK. Buat apa dia nak datang ceramah dan kempen jika hari pencalunan pun tak datang???

Paling desperate adalah tindakan mereka untuk merosakkan papan kempen BN yang tentu merosakkan nama Nenek Jijah tapi mereka boleh kempen cara negatif terhadap BN guna isu GST.



Takutlah tu ...

DAP, Sngor PKR, dan PKR luar ... SEMUA ANGIN dgn Nenek Jijah

Posted: 04 May 2015 01:30 AM PDT


Tempoh hari, Unspinners kisahkan pendirian flip flop flip pelbagai pihak tentang hudud dan sokongan untuk PKR dan Wan azizah di Pmtg Pauh. Baca SINI

Sebaik saja akhbar The Star keluarkan ini, DAP naik angin. Bukan saja kecewa dengan gerak kerja Nenek Jijah yang lebih layak jaga cucu dari nak jaga dua kawasan serentak. Keadaannya hingga Guan Eng arah PKR baiki jentera.

Kini DAP angin dengan Nenek Jah kerana menyokong hudud tanpa persetujuan dan berbincang dengan DAP ... boss mereka. DAP dah tahu jika Nenek Jah sokong hudud, sokongan cina baik kepada DAP atau PKR akan lari dari Pakatan.

Cina banyak dalam PKR Pulau Pinang hingga Melayu berjawatan dalam kerajaan dan wakil rakyat di Pulau Pinang boleh kalah dalam pemilihan parti Cabang PKR kepada cina-cina muda.

Ini boleh jejaskan bukan saja PKR tapi DAP dikalangan pengundi cina.

Pemimpin PKR dah merungut tentang pendirian Nenek Jijah. DIa perlu nyatakan pendiriannya tetang hudud dengan terang dan nyata dan bukan hanya nakkan undi PAS untuk menang.


Sementara itu, PKR Selangor pun tak puashati dengan Nenek Jah. TMI melaporkan:

Unhappy Selangor PKR members bash party, president in Permatang Pauh

BY LOOI SUE-CHERN

Published: 3 May 2015 5:10 PM

Disgruntled members of PKR calling themselves 'Suara Akar Umbi Keadilan' (Sauk) at a protest at Permatang Pauh. The group is rejecting their party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's candidacy, saying that she would not be capable of serving two seats in two states. – The Malaysian Insider pic, May 3, 2015.Disgruntled members of PKR calling themselves 'Suara Akar Umbi Keadilan' (Sauk) at a protest at Permatang Pauh. The group is rejecting their party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's candidacy, saying that she would not be capable of serving two seats in two states. – The Malaysian Insider pic, May 3, 2015.

A group of disgruntled PKR members from Selangor have taken their grouses against their party to Permatang Pauh where Pakatan Rakyat is fighting to keep the parliamentary seat.


The group called 'Suara Akar Umbi Keadilan' (Sauk) rejected their party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's candidacy, saying that she would not be capable of serving two seats in two states.

Spokesman for the group, Mazli Saring, 47, said the members were unhappy with Dr Wan Azizah standing for election in Permatang Pauh when she had said in 2008 that she wanted to retire to care for her grandchildren.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/unhappy-selangor-pkr-members-bash-party-president-in-permatang-pauh?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.NDdp5Ucn.dpuf

----------


Ramai aktivis PKR luar yang datang membantu merungut PKR Pmtg Pauh dan Penang tiada pendirian untuk meneruskan agenda perjuangan PKR tapi hanya fikirkan kepemtingan keluarga Anwar, dan Nenek Jijah.

Rasanya laporan TMI tak siarkan hal sebenar kemarahan PKR luar kawasan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PRK ROMPIN: PAS DAH GELABAH, PERAYU PAS DAH MULA GIVE-UP

Posted: 04 May 2015 10:30 PM PDT


Sugul...sungguh sugul. Itulah wajah dan gambaran awal yang kami dapat tahu mengenai calon PAS di PRK Rompin ini.

Sugul sebab memikirkan jika dia menang mana nak cekau bajet bangunkan Rompin yang luas ini.

Mana nak cukup hanya sekadar duit tabung milo atau duit mak bapak hasil jual keropok lekor.

Tapi puak-puak pencacai dan perayu undi PAS telah meyakinkan bahawa Rompin banyak hutan dan ia boleh dijadikan sumber pendapatan dengan balak-balak tersebut.

Nak buat projek udang galah menjana kehidupan rakyat Rompin? Kat negeri sebesar Kelantan pun projek kambing gagal, Ladang Rakyat gagal, lebuhraya rakyat gagal, koperasi Kohilal gagal...

Di Kedah dulu pun masa PAS perintah Ladang Rakyat gagal, KUIN sampai rugi, kolam keli pun gagal, Tabung Memali lesap...balak banyak kena kaut...




PAS ingat jika tak cukup duit rakyat di Rompin ramai yang kaya sebenarnya. Apatah lagi jika dapat bonus FGV, duit raya Felda, BR1M dan sebagainya...semua itu boleh ditagih ke dalam tabung jihad.

Tapi itu semua hanya impian yang tak mungkin jadi kenyataan. Di kalangan para perayu PAS kini dah mula keletihan, masing-masing dah mula merungut tak sangka di Rompin begitu panas cuacanya.

Namun panas lagi hati para perayu mereka, sudahla terpaksa berjemur nak harapkan PAS bagi payung dan air pun susah sampai ada kalangan mereka terpaksa minta air di pondok UMNO dan NGO pro UMNO.

Nasib baikla orang UMNO ni baik, diberi juga apa yang ada. 



Itu la dah nampak sangat kalau sekadar slogan buat benda pulak yang bukan-bukan macamana rakyat nak percaya PAS boleh bawa perubahan.

Nak protes pasal tak suka GST, kalau undi PAS adakah ia boleh mengubah keadaan?

Sistem percukaian SST yang lama sudah tiada lagi. Kini ada GST. Jika GST dimansuhkan nak ganti dengan apa? Dengan CGT...berapa persen nak kenakan pada rakyat?

Kini bawah GST segala keuntungan saham, ekuiti, bon dan sebagainya tidak dikenakan GST. Tetapi dibawah CGT semua akan kena termasuklah apa yang dikenakan ke atas GST sebelum ini.

Apakah PAS tak kaji ini semua? Semuanya setakat slogan dan tindakan sembrono tanpa fikiran.

Jadi tekadkan undi sokong BN banyak nikmat yang akan dapat.  






PRK ROMPIN: UNDI PAS HAMPAS RUGI...PILIH BN HIDUP BERSERI-SERI

Posted: 04 May 2015 05:38 PM PDT



Hari ini adalah hari pengundian di PRK Rompin. Hari yang akan menentukan siapa yang menang dan kalah. 

Keputusan parti mana yang bakal menguasai kerusi Parlimen di selatan Pahang ini akan ditentukan hari ini oleh seramai 52,744 pengundi berdaftar di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ia­itu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman.

Khamis lepas, sebanyak 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 telah membuang undi awal.

Hari ini para pengundi akan menunaikan hak mereka dalam menegakkan proses demokrasi di 38 Pusat Daerah Me­ngundi (PDM) dengan 115 saluran dibuka dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Jumlah keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu adalah 85.9 peratus dan dalam PRK kali ini, sasarannya ialah 80 peratus.

Keputusan rasmi dijangka diketahui sekitar jam 11 malam ini. Kelewatan ini adalah berikutan keluasan Parlimen Rompin yang menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.


Dengan jumlah Rompin yang begitu besar dan luas memberikan isyarat jelas kepada pengundi bahawa mereka perlu memilih pemimpin yang boleh buat kerja berkhidmat kepada rakyat.

Bukan sekadar pemimpin hingusan yang hanya mampu melaungkan slogan-slogan indah. 

Bukan pemimpin yang akan menyebabkan Rompin akan ketinggalan. Silap undi mana-mana PDM tersebut akan ketinggalan dan semakin tertekan. 

Rakyat tak dapat dibela...hanya akan makan slogan retorik semata dan akan terus dipaksa mengeluarkan lebih banyak sedekah dan jajan demi memuaskan tembolok pemimpin kaki slogan. 

Mereka hanya datang sekali sekala tebarkan slogan sambil-sambil berceramah tabur fitnah kemudian cabut lari setelah menyamun hak rakyat atas nama sedekah jariah.

Bila minta bantuan disuruh minta pada Barisan...kalau macam tu lebih baik undi Barisan boleh terus direct minta bantuan. Tak perlu pemimpin slogan.

Jadi tolaklah pemimpin yang hanya tahu berslogan. Penampilan bak ostad belum tentu mereka bagus. 

Dah banyak kes pemimpin sebegini hanya pandai main wayang kununnya nampak baik namun bila dapat peluang akan terserlah kebejatan mereka mengaut laba dunia tapi lemah mentadbir.

Maka pengundi Rompin jangan salah terundi PAS yang tak boleh membantu rakyat sesen pun. Fikir baik-baik sebelum memangkah kertas undi. 

Baca bismillah dan selawat dan tandalah pangkah pada logo Barisan Nasional (BN)...maka tugas anda sebagai pengundi dan rakyat Malaysia telah ditunaikan. 

Ingat undilah calon Barisan Nasional; Dato' Hasan Arifin insya Allah pasti agama dan bangsa terbela, pembangunan dapat dirasa dan perpaduan terus dijaga.  

Rompin 4 Hasan Arifin: BN Memimpin, Hidup Rakyat Terjamin...Sejahteralah Rompin

PRK ROMPIN: UNDI BN PASTI, UNDI PAS MATI KEJI...

Posted: 04 May 2015 09:40 AM PDT


Selasa 5.4.2015 adalah hari penentuan untuk penduduk Rompin memilih Ahli Parlimen baru bagi Rompin setelah menyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas udara 4 April lalu.

Memang terlalu banyak jasa dan budi Allahyarham kepada penduduk Rompin. 

Segala nikmat pembangunan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat termasuklah dari kalangan puak-puak pengkufur nikmat.

Biarpun mereka berpelajaran ilmu agama kononnya tinggi, berkepiah tak pernah lekang, berjanggut sejemput dan berpurdah meleret namun kalau dah jenis tak tahu bersyukur bagilah segunung emas sebesar Bukit Uhud pun pasti tak akan terbit rasa syukur dan berterima kasih.

Sebab itulah Allah tak pernah merestui perjuangan mereka. Dapat kuasa sedikit eksyennya lebih dan bongkak.

Dahlah bongkak suka tabur fitnah merata-rata hancingnya memeningkan kepala dan membawa penyakit dan virus dimana saja mereka pergi.


PAS tahu mereka memang tak boleh menang di Rompin namun dek kerana degil dan rakus merebut kuasa atas nama demokrasi dan agama, maka parti itu terpaksa masuk bertanding kerana tidak mahu memberikan laluan kepada PKR yang turut mengintai kerusi Rompin itu.

Walaupun hidup terpaksa menjadi kuda kayu dan kaldai tunggangan yang diperah dan dikerah tenaganya siang malam, namun demi wa'ala dan toatnya pada tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR, PAS rela jadi sapi perahan walaupun dihina dan dikeji sana sini.

Belum perintah lagi dah sibuk bergaduh soal hukum hudud. Agaknya lah bagaimana jika mereka dapat sedikit kuasa dan terpaksa berkongsi dengan DAP dan PK?

Sudah tentu lebih haru biru dibuatnya...

Lihat saja apa yang terjadi di Selangor, mana suara PAS walaupun ada banyak kerusi tetap tak mampu  nak lantik wakil mereka jadi MB. 

Mana pula janji mereka nak tutup kilang Carlsberg jika dapat kuasai Selangor.

Tu belum lagi soal sembang nak pertahankan kesucian kalimah Allah dan menghalang berleluasanya gejala murtad dan pesta arak.

Yang buat rosak kempen-kempen PAS di Rompin pun semua ajaran puak-puak PAS dari Selangor yang datang bertenggek di sini.  

Jadi apakah relevannya untuk PAS menang di Rompin? 

Waktu kempen pilihanraya inilah PAS sibuk 'lawat kawasan' sana sini bukan nak tolong selesai masalah tapi tabur racun merosakkan perpaduan rakyat...apakah Islam mengajar pepecahan?

Calon mereka sendiri ibaratkan kacang lupakan kulit. Dah dapat kemewahan hasil bantuan Felda, Mara dan Tekun sibuk mengatakan kerajaan zalim. Tak ke itu kufur namanya?

Nak tanya apa yang calon PAS(Ma) ini buat untuk kemajuan Felda dan Rompin selama ini?   

Tapi dalam kempen mereka dakwa boleh ubah segala-galanya. Yalah setakat slogan dan sepanduk belum tentu PAS mampu memimpin apatah lagi mentadbir Rompin yang luas ini. 

Rakyat tak nak makan slogan, rakyat nakkan kehidupan mereka semakin selesa. 

Setakat slogan kosong budak-budak sekolah PASTI jer yang boleh buat.

Setakat fitnah pembohongan memang mak bapak dan bebudak PASTI memang suka buat.  

PAS selalu dakwa FELDA banyak ketirisan kerana diuruskan secara kapitalis dan tak ikut Islam maka ia tidak dapat membela rakyat cara sebenar...

Tapi tak pun PAS beri pendekatan cara Islam untuk membela peneroka...sekali lagi hanya slogan retorik semata-mata. 

Katanya Felda tak betul...Ladang Rakyat apa cerita? 

Kohilal apa cerita kalau nak bandingkan dengan KPF?

Nak tolak GST konon nak digantikan dengan CGT...berapa peratus caj CGT yang akan dikenakan nanti wahai PAS...CGT cukai jugak tu.


Kepada 53,294 pengundi Rompin buatlah pilihan bijak dengan mengundi calon yang boleh meneruskan perjuangan memajukan Rompin bukannya pemimpin yang hanya tahu menebarkan slogan dan fitnah semata.

Pilihlah Barisan Nasional (BN) - UMNO untuk keharmonian dan pembangunan berterusan. 

Tapi pilih PAS apa yang mereka boleh buat?

Jangan salah pilih nanti tersisih menyesal tak guna.

BN Memimpin, Hidup Terjamin Sejahteralah Rompin...Undilah Dato' Hasan Arifin. 

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Protes pencalonan Wan Azizah?

Posted: 04 May 2015 10:09 AM PDT

Mazli Saring (depan, tengah) bersama ahli-ahli PKR mengadakan demonstrasi aman mempertikaikan Wan Azizah Wan Ismail bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Pusat Komersial Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.

PERMATANG PAUH - Kira-kira 30 ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah naungan Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK) hari ini mempertikaikan pencalonan Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon di Parlimen berkenaan.

Rasa tidak puas hati mereka itu disuarakan dalam demonstrasi aman di Pusat Komersial Permatang Pauh, di sini petang ini yang turut mempertikai pencalonan semula Wan Azizah selepas melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen di kerusi berkenaan pada 2008.

Presiden Penaja SAUK, Mazli Saring berkata, ahli-ahli pertubuhan itu belum melupakan alasan Wan Azizah lima tahun lalu yang melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga terutama cucu-cucu beliau.

"Saya antara orang yang bekerja kuat demi memastikan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam PRK pada 2008 selepas Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan isterinya, Wan Azizah.

"Jadi kenapa sekarang setelah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Wan Azizah dicalonkan semula sedangkan ramai ahli parti tidak bersetuju dengan pencalonan beliau ini," katanya kepada pemberita selepas bantahan aman itu.

Mazli yang juga ahli PKR Cabang Kuala Selangor menambah, dalam keadaan sekarang Wan Azizah sepatutnya memainkan peranan sebagai Presiden parti demi memperbetulkan segala kepincangan dalaman.

"Adakah cabang parti di Permatang Pauh ketika ini tidak mempunyai seorang pemimpin yang layak sehingga Presiden parti sendiri terpaksa bertanding?

"Kita bertindak bukan untuk menjatuhkan parti sebaliknya membawa suara-suara ahli akar umbi bagi memberi isyarat kepada pucuk pimpinan agar tidak mengambil pendekatan salah yang akhirnya memberi kesan buruk pada parti," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Penaja SAUK, Nasiruddin Mohammad menegaskan, PKR sebenarnya berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman yang sehingga kini tidak diselesaikan.

"Baru-baru ini kita bertemu dengan masalah wujudnya ahli parti yang bukan warganegara. Bagaimana keahlian boleh diberi kepada mereka yang hanya memiliki taraf penduduk.

"Selain itu, masalah lain yang sehingga kini gagal diatasi pucuk pimpinan adalah seperti pemilihan parti yang secara tidak langsung telah memburukkan imej PKR di mata rakyat," ujarnya.

Tegasnya, SAUK akan turun padang bertemu ahli PKR di Permatang Pauh bagi meningkat kese­daran mereka terhadap pendekatan tidak wajar yang diambil pucuk pimpinan parti sekali gus menolak Wan Azizah sebagai calon.-UMO

Suara Politik
Belantan

PKR bidas demonstrasi Pas?

Posted: 04 May 2015 05:30 AM PDT


PERMATANG PAUH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) membidas tindakan penyokong Pas yang berdemonstrasi dan melaungkan slogan Hancur PKR sebagai tanda protes semalam.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, adalah sukar pihaknya menemui ahli Pas pada setiap peringkat untuk memberi penjelasan tentang kemelut yang berlaku membabitkan kedua-dua parti sebelum ini.

Katanya, ahli Pas di Permatang Pauh yang masih membantah PKR perlu merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pimpinan parti itu.

"Kita tidak boleh puaskan hati semua tetapi perbincangan sudah dibuat sebelum ini dan rujuk kenyataan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam sekumpulan penyo­kong Pas yang mendakwa mereka pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei ini berdemonstrasi selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Batu di sini dan mengancam akan memprotes secara diam dengan tidak keluar mengundi calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Protes itu sebagai reaksi kepada penghinaan PKR kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan pembentangan draf undang-undang syariah (hukum hu­dud) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada bulan lepas.

Sementara itu, Naib Ketua (Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin pula mempersenda bantahan semalam sambil mempersoalkan ada­kah mereka itu benar-benar ahli Pas.

Katanya, ini kerana kain rentang yang dibawa kumpulan berkenaan mirip se­perti yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Sementara itu, Nurul Izzah ketika ditanya tentang ketiadaan pemimpin Pas dalam sidang akhbar harian mereka sejak minggu lalu mendakwa, jemputan sudah dihantar.

Katanya, walaupun pemimpin Pas tidak hadir, namun terdapat wakil DAP yang berada bersama-sama mereka setiap hari ketika sidang akhbar.

Suara Politik
Belantan

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


P.44: DAP selar kempen janji kosong MIC di Permatang Pauh

Posted: 04 May 2015 09:31 PM PDT


Konvensyen_DAP_Kasthuri_Patto


BATU KAWAN, 5 MEI: Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto menyelar "politik tabur janji" MIC yang dikatakan telah berjanji untuk membina kuil di Permatang Pauh demi meraih undi kaum India.
Menurut Kasthuri, MIC seharusnya menunaikan janji-janji mereka sebelum ini daripada asyik menabur janji di PRK Permatang Pauh, termasuklah pembinaan sekolah tamil baru di Sungai Bakap yang daif sejak 1967.
"Daripada sampaikan peruntukan RM 50,000 untuk sebuah kuil di Seberang Jaya, mengapa tidak MIC yang kononnya juara orang India menggunakan wang itu untuk gantikan sekolah tamil yang daif di Sungai Bakap?
"Bukan saja Timbalan Menteri Pendidikan dari MIC P Kamalanathan sibuk mengelak daripada menjawab soalan ini, beliau malah langsung tak bangkitkan mengenai hal ini di Parlimen. Ini amat memalukan," ujar Kasthuri.
Read More / Baca Lagi >>

P.91: Isyarat positif daripada pengundi muda

Posted: 04 May 2015 09:29 PM PDT




ROMPIN: Para pengundi terutama anak muda memberi isyarat yang positif kepada calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ini ditambah pula dengan calon PAS, Ustaz Nazri, 40, adalah daripada anak muda berbanding calon BN.

Ini, ujarnya dapat menarik sokongan anak-anak muda termasuk dalam kalangan generasi kedua Felda.

"Ini berikan tarikan yang sangat baik untuk anak muda dan saya jangka ini juga akan membeikan saingat sengit kepda BN walaupun Rompin adalah kubu kuat BN," ujarnya ketika ditemui sewaktu mengiringi Ustaz Nazri melawat kawasan mengundi pada PRK Rompin.

Beliau berpandangan RRK Rompin akan menjadi tanda aras kepada suasana yang akan berlaku menjelang Pilihan raya Umum ke-14 nanti.

"Ini kerana pada PRU14 nanti, kita jangka isu GST telah berjaya membuka minda masyarakat khususnya pengundi muda," ujarnya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

GST bebankan rakyat

Posted: 04 May 2015 09:26 PM PDT

GST bebankan rakyat Z
PARIT BUNTAR - Kehadiran orang ramai dalam Wacana Semasa Isu GST anjuran Dewan Pemuda Pas Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, di sini adalah isyarat rakyat di Parit Buntar tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST yang membebankan mereka terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Penerangan Pas kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, sepatutnya pemimpin kerajaan mendengar bantahan rakyat kerana mereka yang menerima kesan akibat cukai  tersebut.

"Mereka yang hadir bukan sahaja mahu mendengar ceramah daripada pemimpin PR, tetapi sebagai sokongan terhadap penentangan GST.

"Rakyat biasa sebagai buruh, petani dan nelayan paling terkesan sekali gus terpaksa menanggung beban dengan cukai baharu ini," katanya semasa ditemui selepas ceramah berkenaan.

Fakhrurrazi berkata, tidak menjadi masalah jika kerajaan ingin memperkenalkan sesuatu polisi atau dasar baharu asalkan ia dijelaskan dengan jujur dan ikhlas.

Read More / Baca Lagi >>

Sudah sampai masa Najib pecat Ismail Sabri, kata DAP

Posted: 04 May 2015 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kualiti kepimpinannya dengan memecat Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim.
Beliau berkata, tindakan Ismail yang mengancam untuk tidak meluluskan permohonan dan projek-projek pertanian di Permatang Pauh sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kecil kawasan tersebut Khamis ini, telah membuktikan betapa beliau tidak layak menjadi menteri kabinet.
"Dengan ancaman terbaru yang tidak bertanggungjawab itu bahawa beliau tidak meluluskan apa-apa dana pertanian jika Wan Azizah menang, rakyat Malaysia ingin tahun apakah alasan Najib tidak memecat Ismail dari pejabatnya?
"Pilihanraya yang demokratik mesti bebas, adil dan bersih. Sebarang ancaman politik adalah sama sekali tidak boleh diterima dan tidak boleh dibiarkan.
"Jadi, sudah tiba masanya Najib menunjukkan kualiti kepimpinan dan memecat Ismail dari Kabinet," katanya dalam satu kenyataan.
Awal tahun ini, Ismail juga telah membuat kenyataan rasis dan tidak sensitif yang menimbulkan kemarahan rakyat apabila beliau menyeru orang Melayu untuk memboikot perniagaan masyarakat Cina supaya harga boleh diturunkan.
Read More / Baca Lagi >>

Membina negara bangsa Malaysia

Posted: 04 May 2015 09:13 PM PDT


malaysia

oleh NOR MISWARY
Mencapai sebuah negara bangsa adalah idaman setiap pemimpin yang sentiasa mendahulukan rakyat dan negaranya, melebihi dirinya mahupun parti yang diwakilinya. Hajat besar ini sering kali dilihat sebagai sebuah usaha halus menghapuskan satu bangsa lain, malah lebih tidak masuk akal lagi ialah, ianya dianggap sebagai satu usaha radikal penghapusan etnik asal yang lebih awal mendiami negara tersebut.
Mengungguli negara bangsa bukanlah sebagai takrifan untuk melupai asal-usul bangsa sendiri dan mengangkat satu tafsiran baru mewakili satu bangsa dalam sesebuah negara. Ia adalah persepsi salah yang sekian lama telah dijaja oleh rejim pemerintah, dan berjaya dimanipulasi dalam siri-siri pilihanraya umum negara.
Sekiranya takrifan bangsa Indonesia terpakai; yakni dorongan semangat nasionalisme yang tinggi sewaktu kumpulan-kumpulan masyarakat dari pelbagai kedaerahan yang menghadapi masalah yang sama semasa berada dibawah kekuasaan imperialisme Belanda – lalu, sebuah negara bangsa di Malaysia sudah sewajarnya telah lama wujud. Justeru yang pertama, kita seharusnya menjadi agen mewakili idea sebuah negara bangsa ini. Perjuangan kita untuk mempercayai kesatuan masyarakat dibawah sebuah negara bangsa adalah penyelesaian paling tuntas untuk negara, harus dimasyhurkan.
Namun usaha ini akan dilihat sebagai sebuah rancangan halus untuk melaksanakan pelan jahat seperti yang telah digambarkan di dalam awal tulisan ini tadi. Tetapi jika kita sedar dengan persepsi negatif ini dan sedikit cubaan untuk menjayakan idea ini tidak pula meringankan berat persepsi tersebut,lalu baik kita majukannya terus. Jangan toleh ke belakang lagi.
DAP mahu mengubah persepsi
Read More / Baca Lagi >>

Pengukuhan Akta Hasutan, fitrah sang penindas

Posted: 04 May 2015 09:13 PM PDT


press-freedom-

oleh LIM GUAN ENG

Kenyataan media sempena Hari Kebebasan Media 2015 oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada 3 Mei 2015.
Pada Hari Kebebasan Media, kita menyatakan penghargaan atas usaha sumbangan yang dikerjakan oleh para wartawan dan organisasi media di Malaysia dan di seluruh dunia bagi memaklumkan orang ramai tentang isu-isu yang mempunyai kepentingan di semua peringkat tempatan, nasional dan luar negara.
Kita memperkukuhkan prinsip kebebasan berpendapat dan kebebasan media yang termaktub di dalam Deklarasi Antarabangsa Hak Asasi Manusia. Media yang bebas adalah komponen penting bagi memastikan wujudnya semak imbang terhadap pentadbiran kerajaan dan amat-amat penting bagi memupuk urustadbir yang baik serta ketelusan.
Di zaman internet dan media sosial, keperluan untuk melindungi pihak media daripada ugutan, gangguan dan penindasan harus juga mencakupi mereka yang turut terlibat dalam menyebarkan maklumat termasuklah para blogger, wartawan rakyat dan organisasi media online.
Malangnya kebebasan akhbar di Malaysia bukanlah sebuah konsep yang difahami ataupun diamalkan oleh kerajaan Malaysia. Malaysia tersepuk di kedudukan terbawah dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada tangga 147 daripada 180 negara menurut ranking tahun 2015 yang dikumpulkan oleh Reporters Without Borders (RSF).
Wartawan dan pengarang terus diganggun oleh pihak berkuasa, terkini empat orang pengarang The Malaysian Insider ditangkap bersama-sama penerbit The Edge Media Group Ho Kay Tat di bawah Akta Hasutan.
Ini ternyata satu titik hitam buat kebebasan akhbar di negara ini dan memperlihatkan salahguna Akta Hasutan secara berterusan bukan sahaja terhadap ahli politik tetapi juga ke atas para pengamal media.
Kartunis politik Zunar juga mencatat sejarah apabila didakwa dengan 9 pertuduhan hasutan bagi sebuah siri tweet berikutan tertolaknya rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.
Pindaan drakonian terbaru terhadap Akta Hasutan dengan meluaskan skopnya secara spesifik ke atas media online hanya akan membuka peluang penyalahgunaan oleh pihak berkuasa terhadap para wartawan, blogger dan pengarang.
Read More / Baca Lagi >>

Polis beritahu kritik GST itu menghasut, kata Rafizi

Posted: 04 May 2015 09:09 PM PDT

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyampaikan ceramah dalam kempen untuk calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 Mei, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli menyampaikan ceramah dalam kempen untuk calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Seberang Jaya, Pulau Pinang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 Mei, 2015.Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata polis memberitahunya, perbuatan mengkritik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dianggap menghasut.
Bercakap di Permatang Pauh malam tadi, beliau yang ditahan polis berhubung penyertaannya dalam himpunan Hari Pekerja membantah GST berkata,polis memberitahunya, kandungan ucapannya yang mengkritik GST semasa himpunan 1 Mei itu dianggap menghasut.
"Polis beritahu saya, saya disiasat mengikut Akta Hasutan kerana ucapan saya mengkritik GST. Sekarang baru saya tahu, kutuk GST ini menghasut, kalau ikut kerajaan Malaysia," katanya.

Cukai penggunaan itu menjadi fokus kempen PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh yang sedang berlangsung ketika ini. PKR mengambil kesempatan daripada rasa tidak puas hati orang ramai terhadap cukai itu dalam usahanya mempertahankan kerusi itu, yang ditandingi presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebagai sebahagian daripada kempennya, beliau membeli-belah di sebuah pasar raya, dengan diiringi media, bagi menunjukkan berapa banyak yang rakyat terpaksa bayar lebih untuk cukai itu apabila membeli barang keperluan asas.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: GST prabayar pun BN tak mampu selesai, apa lagi janji p’raya – Rafizi

Posted: 04 May 2015 09:04 PM PDT

_MG_6208PERMATANG PAUH 5 MEI: Barisan Nasional (BN) tidak mampu melaksanakan manifesto pilihan raya di PRK Permatang Pauh kerana isu mudah seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dikenakan terhadap tambah nilai prabayar telefon tidak mampu diselesaikan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, janji BN dalam pilihan raya kecil menerusi kempen dan manifesto hanya ditinggalkan sebaik ia berakhir.
"Sebab itu apabila BN melancarkan manifesto di Permatang Pauh, saya tidak yakin ada pihak mengambil serius mengenainya.
"Kalau janji mengekalkan tambah nilai BN tidak boleh buat, apakah lagi janji lain di kawasan yang memang kubu kuat Pakatan Rakyat," kata Rafizi dalam sidang media, lapor SelangorKini.
Beliau berkata, sehingga kini langkah diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mendiamkan menteri daripada membuat kenyataan gagal mencari penyelesaian.
Kata Rafizi, perkara itu boleh diselesaikan mudah menerusi situasi menang-menang kepada semua pihak berkaitan dengan kerajaan mengumumkan ia kadar sifar atau dikecualikan.

P.44: ‘Jom balik Permatang Pauh undi Wan Azizah’

Posted: 04 May 2015 09:04 PM PDT

Kempen Jom Balik Undi
PERMATANG PAUH 5 Mei: Calon KEADILAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merayu pengundi Permatang Pauh yang menetap di luar kawasan pulang pada hari mengundi Khamis ini.
Wan Azizah berkata, ini untuk memastikan majoriti diperolehi meningkat sekaligus memberi isyarat rakyat menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan.
"Anak-anak muda merantau jangan lepaskan peluang menunaikan tanggungjawab masing-masing.
"Inilah peluang kita untuk memberitahu kerajaan bahawa GST tak diterima rakyat," kata Dr Wan Azizah dalam program di Taman Guar Perahu di sini.
Kebanyakan PRK lalu menyaksikan peratusan keluar mengundi rendah berbanding pilihan raya umum.
Keadaan ini semakin ketara apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih hari mengundi pada hari berkerja.
Bagaimanapun, pada PRK Permatang Pauh ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Mei sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat balik mengundi.

Rungutan wanita Permatang Pauh: GST jerat leher

Posted: 04 May 2015 09:03 PM PDT

wanitaPERMATANG PAUH 5 MEI: Sejak dilaksanakan 1 April lalu, rata-rata wanita dan suri rumah menyifatkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan harga barangan melambung tinggi.
Rata-rata mereka yang ditemui Keadilan Daily di tapak ekspo Seberang Jaya sempena Himpunan Hari Pekerja Bantah GST menyifatkan GST bukanlah satu bentuk cukai yang membantu rakyat kebiasaan sebagaimana yang didakwa kerajaan sebelum ini.
Antaranya, Nur Zarina Zakaria berkata, selepas sebulan GST dilaksanakan, beliau terpaksa membayar harga barangan di pasaran pada kadar yang lebih tinggi.
"Dulu masa kerajaan nak laksanakan cukai ini, mereka kata cukai ini baguslah kononnya. Tapi harga melambung naik itu bagus ke? Sepanjang sebulan ini saja, saya dah bayar RM120 hanya untuk GST saja," rungutnya.
Munirah Gulami Abbas pula berkata, lebih mengecewakan apabila kementerian bertanggungjawab menyalahkan golongan perniaga berikutan kadar kenaikan tersebut.
"Tak dapat diterima langsung bila menteri salahkan pihak tertentu seperti peniaga sebab harga barang baik. Sepatutnya kerajaan ada cara lain untuk bantu rakyat, bukan jerut leher kami lagi dengan laksanakan cukai ini," katanya.

P.44: Muslimat PAS Pusat seru anggota sokong Kak Wan

Posted: 04 May 2015 09:02 PM PDT

PERMATANG PAUH 5 MEI: Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyeru seluruh masyarakat khususnya anggota PAS memberi sokongan penuh kepada calon KEADILAN di Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata, kezaliman yang menimpa Wan Azizah dan keluarganya perlu dihentikan dengan tidak memberikan kemenangan kepada kerajaan yang zalim.
"Kita tidak boleh memberi kemenangan kepada regim yang zalim walau dengan apa jua cara pada 7 Mei nanti.
"Lantas kelak dengan kemenangan si penzalim itu, maka mereka boleh mendabik dada berbangga bahawa semua kezaliman mereka diterima baik oleh rakyat khususnya pengundi PRK P044, termasuklah cukai GST yang menghimpit hidup kebanyakan rakyat pada hari ini," tegasnya dalam kenyataan.
Wan Azizah calon mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Permatang Pauh 7 Mei ini.
Aiman berkata, selepas bertahun-tahun, Wan Azizah dan keluarga dizalimi, Presiden KEADILAN ini tetap tidak patah semangat untuk terus bangkit meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat.
"Mereka boleh senang jika mereka mahu memilih untuk senang dan fikirkan kehidupan sendiri. Tapi hakikatnya mereka adalah pejuang. Yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, tegar dan tegas; mendada regim pemeras dan penindas," jelasnya.
Beliau turut menyifatkan Wan Azizah sebagai individu paling berkredibiliti dan tetap tabah biarpun terus diuji pelbagai fitnah dan penghinaan.
"Calon kita "Kak Wan" adalah al mumtahanah…seorang wanita, seorang perempuan yang diuji melalui pelbagai siri penghinaan, fitnah dan adu domba yang sangat keji.
"Maka kita wajib membantunya untuk terus kuat, tabah dan bangkit meLAWAN," jelasnya.

Kazim Elias berkata diatas pentas Umno "Undi siapa sokong hudud"

Posted: 04 May 2015 09:00 PM PDT

Penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.

Membangkitkan sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan.

"Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang.

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak," katanya dalam ceramah di Permatang Pauh malam tadi.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PKR, BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas gagal mendapat pengampunan diraja atas sabitan kes liwat terhadapnya.

Indahnya hidup untuk pekerja asing di Malaysia

Posted: 04 May 2015 08:29 PM PDT

oleh Jimmy Adit
Menteri Kerja Fadillah Yusof bimbang dengan apa yang dilihatnya dalam industri ubahsuai rumah.
Dia berkata dalam industri yang sedang berkembang pesat dan berupaya menjana pendapatan yang baik untuk pemain kecil pembinaan tempatan dan kontraktor, pekerja pembinaan asing nampaknya memonopoli.
Katanya berdasarkan situasi semasa, risiko industri ubah suai rumah diambil alih oleh pekerja asing memang wujud.
Bagaimanapun, itu hanyalah satu sektor ekonomi. Ia hanyalah serpihan iceberg kerana masih terdapat sektor lain di mana pekerja asing sudah lama bertapak di situ.

Realiti kejamnya ialah pekerja asing sedang memasuki semua sektor swasta- pembuatan, perdagangan kecil, bantuan domestik dan pertanian, terutama sekali pertanian.
Kenapa? Kerana kerajaan, majikan dan tukang bayar bersubahat untuk memberikan mereka peluang untuk menjadi berguna.
Kita memberikan peluang kepada mereka dengan cara tidak mahu membayar warga kita gaji di atas tahap kemiskinan, dengan tidak membayar mereka standing dengan kemahiran dan keupayaan mereka, dengan tidak menjaga kebajikan dan kesihatan mereka dan banyak lagi kelebihan yang sepatutnya diperolehi mereka sebagai pekerja warganegara.
Apabila warganegara menolak untuk diperhambakan di dalam pertanian, menolak untuk bekerja sebagai pembantu domestik dan menolak kesukaran bekerja di kilang kerana mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan, kerajaan, majikan dan tukang bayar pantas menggunakan ini sebagai alasan untuk mengambil pekerja asing.
Industri pertanian malah lupa yang kewujudan mereka di sini ialah untuk mewujudkan kerja kepada orang Malaysia!
Read More / Baca Lagi >>

Tak mungkin Pas - Umno bersatu kata Khalil Hadi

Posted: 04 May 2015 08:27 PM PDT

Muhammad Khalil Abdul Hadi 
Pas dan Umno tidak mungkin bersatu namun kedua-dua parti itu masih boleh bekerjasama untuk rakyat.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perbezaan dasar antara Pas dan Umno tidak memungkinkan penyatuan itu berlaku.

"Perpaduan atau penyatuan kalau kita mahu Pas bersatu dengan Umno dalam satu parti, saya rasa itu tidak mungkin berlaku kerana dasar Umno dengan Pas berbeza.

"Umno pula (parti) perkauman Melayu dengan membezakan Islam sebagai agama dan politik. Pas dengan dasar Islamnya dan Umno pula dengan dasar Islamnya," katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan lawatan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerjasama boleh berlaku malah tidak dapat dielakkan seperti yang berlaku antara kerajaan negeri Kelantan dengan Pusat.

"Tetapi dari segi kerjasama itu boleh berlaku, contohnya dalam kerajaan Kelantan diperintah oleh Pas dan kita tidak boleh menafikan negeri itu sebahagian dari Malaysia kerana dalam sistem Perlembagaan Negara dinyatakan ada kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Di situ wujud kerjasama yang tidak boleh dielakkan," katanya

GST gives Najib the money he needs to stay in power: BUT NOW FINANCIAL CRISIS LOOMS

Posted: 04 May 2015 08:11 PM PDT

GST gives Najib the money he needs to stay in power: BUT NOW FINANCIAL CRISIS LOOMS

Malaysians are worried about their economy. They can smell something 'bad' about to happen and they are confused, no thanks to the usual rhetoric by our authorities that our economy is resilient and thus able to shield ourselves from the ongoing global economic crisis.
Unfortunately most Malaysians have tended to believe this and hence have a "things are in safe hands" mentality. They are now the most at risk, having loaded on leveraged property and car purchases, and other consumer spending.
When our government started to rationalize the subsidy of fuel and other essential goods, things started to fall apart. Since then our economy's health started to deteriorate and people realizing that our economy is not performing as expected. The worst thing is they could no longer able to maintain their current lifestyle as salaries are not keeping up with the ever increasing inflation rate.
Realising the mistakes in their policy implementation, our Government started to appease the people by dishing out cash to the less fortunate. Hence, a social aid scheme known as BR1M was born. However, such Band-Aid measure will not get us anywhere because it is only a short term solution and will not be sustainable in the long run. What needed are policies that will create jobs and increase productivity which eventually leads to sustainable higher salary for the people.
In the meantime our economy is bleeding red ink. Our GDP growth stalled at around 5% since 2010 when it reached its peak of 10.3%. Moreover since 2010, our other economic fundamentals have also started to deteriorate. Our Current Account balance is declining due to our declining exports. To pump-prime our economy out of the recession during the Great Recession in 2008, both the private and public sector are encouraged to spend. This has resulted in the swelling of our external debt from about RM 400 billion in 2009 to RM 744 billion in 2014. Spending more than the revenue it received from taxes, our Government resorted to running budget deficits. The series of event can be summarized in the following charts.

Historical Data Chart

Historical Data Chart

Historical Data Chart

Historical Data Chart
Faced with economic uncertainty and lavish spending habits, Fitch Ratings Agency started to caution our government to find a cure for our imbalances or risk a sovereign downgrade. When a nation is downgraded its cost of borrowing will increase as the perceive risk of lending has increased and lenders wants a higher compensation.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M bimbang Umno kalah pada PRU 14

Posted: 04 May 2015 08:03 PM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan tentang masa depan Umno jika parti itu kalah pada PRU14.

Kebimbangan Dr Mahathir itu disebabkan prestasi buruk Umno sejak 2008 yang memperlihatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu semakin berkurangan terhadap parti berkenaan.

"Saya risau jika Umno kalah, bermakna ini adalah kali terakhir parti itu berada di Malaysia.

"Jika dahulu Umno sebuah parti keramat yang memperjuangkan masa depan orang Melayu dan selalu menang besar pada PRU.

Tetapi sekarang ini, nak dapat majoriti dua pertiga pun tidak sampai," katanya ketika berucap pada Program Khas Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara anjuran Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman, di sini.

Menurutnya, teguran yang dibuat terhadap parti itu bukan bertujuan memecahbelahkan ahli Umno sebaliknya memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

"Saya masih orang Umno. Saya tidak keluar dari parti. Saya sayangkan Umno dan tidak mahu ia terkubur.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Rompin: Pengundi tunai tanggungjawab hari ini

Posted: 04 May 2015 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 MEI: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin bermula 8 pagi ini dengan pengundi berkumpul di semua 38 pusat pengundian.
calon PASPRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS, Nazri Ahmad dan calon BN, Datuk Hasan Arifin bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Nazri bersama isteri (gambar) membuang undi di Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 5, di Muadzam Shah manakala Hasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Condong.
Parlimen Rompin mempunyai 53,294 pengundi berdaftar terdiri daripada 52,744 pengundi biasa, 545 pengundi awal dan lima pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.
Pengundian awal diadakan pada 30 April lalu.
Hari ini merupakan cuti peristiwa buat Pahang dan dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Keputusan PRK ini juga menjadi kayu pengukur terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang ditentang hebat oleh PAS dalam kempennya di Parlimen itu.

P.91: Ustaz Nazri, isteri mengundi di SAR Felda Keratong 5

Posted: 04 May 2015 07:59 PM PDT




ROMPIN: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Ustaz Nazri Ahmad mengundi di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Asriah Felda Keratong.

Beliau bersama isteri membuang undi di saluran 3 pusat mengundi itu sebaik sahaja dibuka pada jam 8.00 pagi kepada orang ramai.

Setelah itu, beliau yang diiringi Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi meninggalkan tempat itu untuk melawat pusat mengundi di Felda Keratong 4 dan seterusnya kawasan Parlimen Rompin.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mendapat 30,040 undi sementara calon PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi.

Boikot akhbar punca ramai tidak faham GST, kata Ustaz Kazim

Posted: 04 May 2015 07:53 PM PDT

Penceramah terkemuka Datuk Kazim Elias semalam menggesa pengundi Permatang Pauh menghentikan boikot terhadap sesetengah media arus perdana supaya mendapat maklumat yang lengkap tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Beliau berkata, walaupun sesetengah barangan tidak dikenakan GST, ada pengguna membayar GST kerana tidak tahu tentang perkara tersebut selepas memulau berita dan akhbar yang mengandungi maklumat tersebut.
"Kadang-kadang benda itu memang kosong GST, dikecualikan GST. Tetapi dia (peniaga) tipu kita. Kenapa kita kena tipu? Sebab malas baca surat khabar sedangkan dalam surat khabar tiap-tiap hari dia cakap yang ini kena GST atau tidak," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, semalam.

"Tapi apabila orang kata jangan baca surat khabar, pembohong, maka kita pun boikot jangan dengar berita pembohong itu. "Berita kita tak dengar surat khabar tak baca, akhirnya kita kena bohong," katanya.
Kazim berkata negara lain yang dilawatinya banyak mengenakan cukai GST bagi barangan dan perkhidmatan, berbeza dengan Malaysia yang mengecualikan GST ke atas banyak barangan.
"Apabila saya ceramah di negara yang ada GST saya tanya dekat dia, apa GST kamu? (Mereka jawab) semua benda kena GST. Semua benda gula kena, ikan kena, ayam kena.
"Saya kata di Malaysia, benda-benda itu dikecualikan GST. Yang mana menjadi makanan utama, tak kena GST. Yang kena (GST) adalah benda yang jarang pakai. Benda yang tiap-tiap hari dipakai seperti barangan kegunaan harian yang dikawal yang ada harga siling, tak kena (GST).
"Dia kata dekat saya, itu dia hairan - Malaysia ini GST apa? Ada yang kena ada tak kena (sedangkan) kami ini semua kena," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Di sebalik remaja yang ditahan semasa himpunan Hari Pekerja

Posted: 04 May 2015 06:15 PM PDT

Sebahagian 29 remaja yang ditahan pada perhimpunan Hari Pekerja 1 Mei lalu dikatakan ahli kumpulan anarkis dan punk daripada Kuala Lumpur dan negeri lain, menurut laman Facebook dinamakan Pustaka Semesta.

Sejak himpunan yang disertai kira-kira 10,000 penyokong Jumaat lalu, laman Facebook itu menyiarkan status terkini remaja terbabit, 23 daripadanya ditahan reman sejak Sabtu lalu dan dijangka dibebaskan hari ini.

Pengendali laman itu dalam satu statusnya baru-baru ini mendakwa, mereka "dipukul polis ketika dibawa masuk ke dalam lokap". Laman itu juga menyeru rakan dan penyokong remaja yang ditahan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti.

Enam daripada mereka di bawah umur, dan dibebaskan Sabtu lalu. Pengendali laman itu dalam status pertamanya sejak penahanan itu pada 2 Mei lalu berkata, 29 remaja yang ditahan merupakan "rakan kumpulan anarkis dan punk dari Kuala Lumpur, Kuantan, dan Melaka".

Katanya, seorang ditahan semasa cuba meninggalkan tempat kejadian ketika tangkapan sedang dibuat pada petang Jumaat lalu, manakala seorang lagi yang sedang merekodkan insiden menggunakan telefon bimbit juga ditahan polis berpakaian biasa.
Read More / Baca Lagi >>

Perbalahan dalaman Pakatan tidak jejas sokongan di Permatang Pauh

Posted: 04 May 2015 06:11 PM PDT

Presiden PKR dan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di satu acara makan malam di Tanah Liat, Permatang Pauh, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 Mei, 2015.Presiden PKR dan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir di satu acara makan malam di Tanah Liat, Permatang Pauh, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 5 Mei, 2015.Perbalahan berhubung isu hudud antara PAS dan dua parti dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP langsung tidak menjejaskan sokongan di kalangan penyokong gabungan itu di Permatang Pauh.
Beberapa penyokong PKR dan PAS di dua daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Pasir dan Penanti berkata laporan mengenai perbalahan dalaman adalah semata-mata "helah politik" untuk meraih sokongan dalam pilihan raya kecil (PRK) Khamis ini.
Kebanyakan pengundi masih menghormati bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan, dan menganggap jasa ketua pembangang itu di kawasan berkenaan sebagai faktor utama untuk mengekalkan kesetiaan dan sokongan terhadap isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR.

Shaharuddin Ali, 50, yang lahir dan dibesarkan di Kampung Permatang Pasir berkata umum mengetahui kumpulan penyokong PAS yang mengadakan bantahan di depan masjid Kampung Pertama, Jumaat lepas bukan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh. "Mereka berasal dari Bagan, yang berada di luar kawasan kami dan hanya melakukan protes untuk mendapatkan publisiti.
"Tiada seorang pun daripada mereka yang akan mengundi di sini," katanya ketika ditemui di sebuah gerai makan di kampungnya.
Shaharuddin yang juga seorang juruteknik berkata, beliau percaya penyokong PAS dan PKR di Permatang Pauh masih bersatu menentang Barisan Nasional (BN).
"Penduduk di sini juga tidak lupa Anwar. Beliau banyak menyumbang kepada penduduk kawasan ini, daripada pembinaan sekolah hinggalah membantu petani sejak menjadi menteri dalam Umno.
"Sebab itu Kak Wan akan menang walaupun beliau tidak sehebat suaminya yang pandai berpidato dan merupakan seorang ahli politik," katanya, merujuk kepada Dr Wan Azizah.
Read More / Baca Lagi >>

Calon tolak hudud zalim, kata Kazim Elias diatas pentas Umno di Permatang Pauh....

Posted: 04 May 2015 06:10 PM PDT

Penceramah popular, Datuk Mohamad Kazim Elias (tengah) membacakan doa ketika program ceramahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, malam tadi, yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Mei, 2015.Penceramah popular, Datuk Mohamad Kazim Elias (tengah) membacakan doa ketika program ceramahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh, malam tadi, yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Mei, 2015.Pengundi perlu berhati-hati dengan bakal ahli Parlimen Permatang Pauh yang menolak pelaksanaan hudud, kata penceramah popular televisyen, Datuk Mohamad Kazim Elias.
Kazim berkata, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim.
"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan.

"Kekuatan apa? Kekuatan perpaduan. "Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang?
"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun - ini Parlimen - dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.
"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.
"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.
"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi.
Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.
Read More / Baca Lagi >>

P.91: 38 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi

Posted: 04 May 2015 05:59 PM PDT

Calon PAS Nazri Ahmad mengundi di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5
Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dibuka mulai pukul 8 pagi ini bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Ini termasuk empat pusat mengundi di Pulau Tioman iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek yang mempunyai 651 pengundi, Sekolah Kebangsaan Juara (171 pengundi), Balai Raya Kampung Genting (142 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan Mukut (136 pengundi).

Semalam peti undi dihantar ke Pulau Tioman menggunakan helikopter.

Pengarah Pejabat Pilihan Raya Pahang Shafie Taib berkata pusat pengundian di Pulau Tioman akan ditutup secara berperingkat pada pukul 2 petang dan 3 petang memandangkan jumlah pengundi tidak ramai.

Sementara pusat mengundi di Bukit Ridan, Muadzam Shah yang mempunyai 312 pengundi akan ditutup pada jam 4 petang, dan pusat mengundi yang lain ditutup pada jam 5 petang.

Khamis lepas seramai 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi telah menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal di empat pusat mengundi di kawasan parlimen ini.

Pengiraan undi bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan penjumlahan akan dilakukan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin.

Read More / Baca Lagi >>

Mohd Shariff Omar: Kita Sekarang Menolak UMNO BN, Kita Bersedia Untuk Hadapi PRU14

Posted: 04 May 2015 05:55 PM PDT

Bangang macam menteri

Posted: 04 May 2015 05:47 PM PDT

Bangang macam menteri
Sejak dahulu, orang Melayu memang memiliki pemikiran tinggi dan perkara ini (antara lain) dapat diperhatikan menerusi peribahasa tradisional yang terus malar tanpa ditelan zaman.
Sekadar contoh adalah peribahasa "bukan salah ibu mengandung" yang segera muncul dalam minda apabila meneliti dan membaca pelbagai kenyataan "kurang cerdik" yang dikeluarkan oleh politikus dan juak-juak mereka sepanjang April 2015.
Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang pernah menulis puisi yang memberikan makna baru kepada serangkap peribahasa lama, iaitu "Siakap senohong, gelama ikan duri; Bercakap bohong, lama-lama mencuri".
Allahyarham mengubah frasa terakhir menjadi "lama-lama jadi menteri" supaya sesuai dengan pemerhatian beliau terhadap perkembangan politik di negara bertuah ini.
Khabarnya, dalam buku yang terbit kemudian, puisi berkenaan diubah baris terakhir menjadi "tak boleh jadi menteri" - seolah-olah seseorang yang suka bercakap bohong tidak ada peluang menjadi menteri.
Tentu sahaja kanak-kanak sekolah rendah pun tahu puisi Usman Awang lebih tepat berbanding versi yang diubah supaya "politically correct" mengikut cita rasa pemerintah dan kuasawan.
Sejak awal April 2015, peribahasa baharu yang saya gunakan secara meluas adalah "bangang macam menteri". Idea bagi peribahasa itu muncul selepas saya membaca suatu status Facebook oleh Mutalib Uthman, anak muda yang menerajui DuBook Press.
Peribahasa merujuk kepada susunan kata-kata secara rapi dan teratur serta mempunyai makna tertentu dengan memberikan kiasan alam, haiwan atau tumbuh-tumbuhan sebagai perbandingan kepada sikap manusia.
Simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan termasuk dalam kategori peribahasa. Manakala "bangang" membawa makna "bodoh, dungu, bahlul, tongong".
Kalau saya berkempen meminta orang ramai menolak politikus bangang dan pengamal politik perkauman, apakah saya dikira menghasut? Demikian pertanyaan yang timbul apabila saya melihat terlalu banyak kebangangan dalam kalangan politikus sejak sebulan lalu. Segala kebangangan itu pula dipamerkan oleh mereka sendiri menerusi kenyataan media, sidang media, status Facebook dan paparan Twitter.
Read More / Baca Lagi >>