Menjelang hari-hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh pada Khamis ini, PKR seperti berasa selesa untuk menang dengan mudah. Dari awal begitulah keyakinan mereka kerana Permatang Pauh adalah wilayah PKR.
Bagi PKR, DAP dan disokong oleh segelintir pemuka Pas, calon mereka Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail adalah aset yang tiada taranya. Wan Azizah adalah harga mati walaupun dibantah oleh akar umbi Pas.
Bagi mereka, seperti selalunya bantahan akar umbi dan kumpulan ulama Pas boleh diuruskan dengan mudah menerusi mekanisme biasa - tahaluf siyasi. Selama ini pun Pas terbukti boleh digula-gulakan dengan slogan adil dan saksama serta jalan ke Putrajaya.
Di atas kertas setakat ini, Wan Azizah masih mendahului. Mungkin atas faktor itu mereka bergerak suam-suam kuku sehingga ada jurukempen DAP dilaporkan mengancam untuk menarik diri kerana kecewa dengan kesungguhan jentera PKR.
Tanpa manifesto khusus, PKR terlebih bangga mempertaruhkan rekod Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi pengundi sendiri tertanya-tanya apa sebenarnya sumbangan Wan Azizah selama menjadi wakil rakyat sama ada di Permatang Pauh dahulu dan sejak setahun lalu di Kajang.
Mungkin atas faktor keupayaan calon ini yang dipertikaikan, maka diuar-uarkan dalam ceramah Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kedua-dua pemimpin negeri ini akan saling menjaga kawasan yang diwakili oleh Wan Azizah.
"Kalau Azmin kata nak jaga Kajang, saya juga akan jaga Permatang Pauh untuk Kak Wan," kata Guan Eng dalam satu ceramah yang dari satu aspek membayangkan kemampuan sebenar Wan Azizah.
Analisis awal yang tergambar dalam pilihan raya kecil kali ini selain untuk mengangkat semula "seorang" boneka yang menolak hudud dan mengaibkan pimpinan tertinggi sekutu, ialah selama ini jentera PKR hanya bergantung kepada kekuatan akar umbi Pas.
Di wilayah mereka sendiri, ceramah PKR dan DAP di merata-rata tempat hambar tanpa gegaran takbir simpatisan Pas. Tidak benarlah momokan PKR dan DAP selama ini kononnya Pas yang akan kehilangan lebih banyak kerusi jika meninggalkan pakatan pembangkang.
Berdehem
Lihatlah baru sahaja akar umbi Pas berdehem mahu lakukan boikot, jentera pakatan pembangkang sudah lintang-pukang. Jelaslah jentera PKR hanya di awang-awangan, gah di forum dan seminar.Yang selama ini berpanas dan berhujan meraih undi ialah jentera Pas.
Jadi, pilihan raya kecil kali ini bakal memberi mesej kepada PKR dan DAP supaya menghormati Pas selayaknya. Pilihan raya ini bakal menyedarkan PKR dan DAP supaya tidak terus-terusan bersikap biadab.
Ini supaya, kelak mereka tidak mudah menghina pimpinan ulama yang selama ini menjadi paksi kewujudan Pas. Supaya, kelak mereka tidak suka-suka menghumban perjuangan asas hukum hudud Pas. Supaya, kelak mereka tidak lagi menakut-nakutkan Pas dengan ugutan dan ancaman.
Nyatalah jika sikap keras para ulama dan akar umbi ini dipertahankan, Pas akan muncul sebagai sebuah entiti politik yang bermartabat dan bermaruah di mata rakyat khususnya umat Islam dan juga PKR dan DAP.
Tiada siapa boleh menghentikan autokratik dan egoistik PKR dan DAP. Hanya ahli Pas dan simpatisan parti ini yang boleh melakukannya. Hanya mereka yang boleh mengangkat semula maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang telah diaibkan oleh PKR dan DAP.
Dengan anggaran kekuatan ahli dan simpatisan berjumlah 10,000 orang di Permatang Pauh, Pas boleh mengajar keangkuhan PKR dan DAP ini. Bayangkan keangkuhan mereka, untuk memohon maaf sesama parti sekutu pun menjadi satu masalah besar.
Amat menarik untuk dilihat di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR ini akan menentukan nilai sebenar Wan Azizah. Apakah nilainya masih seperti dulu, seperti sebelum Pas menolak beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor atas alasan tidak layak?
Semakin hari mendekati tarikh penting 7 Mei ini, nilai Wan Azizah dilihat semakin menurun. Benar, beliau masih mendahului dan berkemungkinan akan sekali lagi menang, tetapi dijangkakan dengan majoriti lebih rendah di bawah 5,000 undi.
Hal ini juga banyak bergantung kepada kesungguhan jentera BN yang kali ini menampakkan semangat yang berbeza. Dalam kepayahan menjelaskan peri pentingnya cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada kelangsungan negara yang telah dimanipulasikan oleh pakatan pembangkang, jentera BN dilihat terus gigih.
Dengan MIC berjanji untuk memaksimumkan perolehan undi daripada kira-kira 3,000 pengundi India, semua ini tidak mustahil untuk berlaku. MCA dan Gerakan pula tidak perlu melakukan banyak kerja, kecuali meyakinkan 4,000 ahli mereka sendiri untuk mengundi Suhaimi Sabudin.
Kemudian, nantinya kita akan sama-sama menentukan nilai sebenar seorang Wan Azizah.
Amat menarik untuk dilihat di Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat PKR ini akan menentukan nilai sebenar Wan Azizah. Apakah nilainya masih seperti dulu, seperti sebelum Pas menolak beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor atas alasan tidak layak? Semakin hari mendekati tarikh penting 7 Mei ini, nilai Wan Azizah dilihat semakin menurun.
Oleh : Zulkiflee Bakar
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Ada ADUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang punya ramai ahli PAS. Ketika pilihanraya, ahli-ahli PAS yang datang bantu untuk berinya kemenangan.
Hanya terpikiaq ... jika dia kekal dengan pendirian parti untuk memeuhi PAS, manakah tempat dia boleh menaruh harap di pilihanraya akan datang untuk kekalkan kerjaya politik sebagai wakil rakyat?
Ketika PAS tengah marah dan terbuka mahu boikot PKR, dia tak boleh kritik dan tolak PAS bontang-bontang, Mungkin pendiriannya dalam isu-isu ada persamaan dengan PAS.
Malang buatnya pula adalah tak boleh juga tak beri sokongan dan bantu PKR. Maka apa lagi boleh dibiatnya kalau tak pura-pura sokong parti sendiri tapi kaki tekan brek. Pura-pura tak sokong PAS, tapi dalam hati bersetuju.
Lalu Muslimah yang datang dari Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang untuk lakukan culaan dihalakan ke tempat bukan-bukan.
Sementara di KK, Haji Hadi dilaporkan berikut:
Masihkah Nenek Wan kesal dengan PAS dan akan tolak RUU?...
Guan Eng asyik berpolitik. Demikian komen Dato Rahman Dahlan tentang Guan Eng. Akibatnya dia gagal sebagai pentadbir
Sebenarnya isu GST tak laku di Pmtg Pauh. Isu menyampah pada Guan eng lagi dapat perhatian. Lagi bila letak muka Nenek Jijah.
Malah cina-cina DAP benci terhadapnya sejak dia rampas kerusi CM dari Chow Kon Yeow. Sejak duduk sebagai CM, dia dan isteri bertambah kaya dan bermewah hingga tak boleh sangkal mereka sapu komisyen dan kontrak pembangunan hartanah Pulau Pinang.
Stail DAP bila dah gelabah dia akan tabur duit last minute. Salah satu modus operandi adalah melalui betting dan sumbangan akan datang dari taukeh2 "business underworld" yg rapat dengan mereka.
Dipercayai masyarakat cina dah ubah fikiran tentang dap.
Pada kaum "peniaga" cina mereka lihat nasib mereka tidak bertambah baik bawah Lim Guan Eng. Pada mereka dalam 10 projek, Guan Eng dan DAP akan makan sorang dan 9 mereka makan sendiri.
Sesetengah masyarakat cina mula meluat dan menyampah terhadap keangkuhan Guan Eng yg tidak boleh dipersoalkan dan biadap terhadap wartawan.
Keretanya di parking merata tempat sesuka hati. Belum cerita doa kini bergaya dengan pelbagai kereta mewah dan isterinya berhandbag, intan permata, dan baju mahal serta muka berfacial puluhan ribu.
Guan Eng dah merasa sebahagian pengundi cina akan protes dan memberi signal dengan tidak undi pakatan atau undi bn atau tak undi langsung.
Katanya nenek wan tak boleh capai majoriti 10 ribu dan boleh turun hingga ke 7 ribu. Kalau UMNO tak give up dan berusaha, boleh lagi rendah.
Guan Eng akan tabur wang kepada pengundi pada hari2 tiga terakhir. Masaalahnya bila orang dah meluat, guna duit belum tahu boleh beli hati.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersetuju sebulat suara menyoal mereka yang terlibat dalam menubuhkan, menguruskan dan mengawal selia 1Malaysia Development Bhd (1MDB), pelaburan strategik milik kerajaan yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion sejak 2009, dan kini disiasat ketua audit negara. The Malaysian Insider difahamkan, PAC akan mulakan pendengarannya selepas 18 Mei apabila sesi Dewan Rakyat mula bersidang semula. Ia akan meneruskan pendengaran daripada kali terakhir ia mendengar kes itu pada 2012. "PAC setuju minggu lepas untuk memanggil mereka yang terlibat dalam 1MDB sementara menunggu laporan ketua audit. "Mereka akan mulakan dengan pegawai Kementerian Kewangan yang membantu menubuhkan 1MDB, diikuti eksekutif 1MDB, lembaga pengarah syarikat itu dan juruauditnya," seorang sumber memberitahu The Malaysian Insider. Seorang lagi sumber mengesahkan siasatan yang akan dijalankan itu, sambil menambah, surat akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, meminta mereka hadir pada pendengaran itu nanti. "Surat itu akan dikeluarkan pada Selasa. Ada kemungkinan pegawai Bank Negara juga perlu memberi keterangan berhubung tanggungjawab mereka dalam syarikat itu," kata sumber kedua itu. "Buat masa ini, tiada seorang pun wakil kerajaan di dalam lembaga 1MDB. Ia sesuatu yang membimbangkan," katanya. Pada Mac, PAC dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan ketua audit negara menyiasat 1MDB berhubung laporan mengenai pembaziran dan ketidakupayaannya membayar hutang walaupun memiliki asas aset bernilai RM51 bilion. Ketua audit negara tidak menetapkan tempoh masa untuk menjalankan audit tersebut, tetapi berjanji ia akan dibuat secepat mungkin. Read More / Baca Lagi >>
Sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak boleh dikatakan sebagai satu perayaan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mesti telah menyangka bahawa kedatangannya ke Sarawak untuk bertemu warga Sarawak akan menjadi peluang keemasan untuk mengingatkan mereka bahawa beliau masih memimpin dan mengawal mereka.
Tidak syak lagi beliau adalah Perdana Menteri, tetapi untuk mengatakan dia berada dalam kawalan adalah tidak berapa tepat. GST membawa terlalu banyak kerosakan dan kelihatan berada di luar kawalan. Najib benar-benar harus jujur mengenai hal 1MDB, walaupun hanya untuk memadamkan rasa curiga rakyat Malaysia terhadap pungutan harian GST bernilai RM42 juta, yang ramai sangkakan beliau mahu gunakan untuk membayar hutang 1MDB bernilai RM42 bilion.
Malah warga Sarawak, yang majoritinya merupukan sekutu setianya, tidak gembira dengan GST, dan mempersoalkan kesungguhan beliau untuk melaksanakannya. Tanpa ragu-ragu, kutipan RM42 juta sehari pasti menunjukkan keberkesanan GST sebagai sebuah sistem cukai. Tetapi, apakah kesannya? Warga Sarawak marah kerana GST, dengan cara ia dilaksanakan sekarang, benar-benar menjejaskan mereka, terutamanya para petani.
Perlu diketahui bahawa majoriti rakyat Sarawak merupakan petani yang dikenakan GST 6% bagi kelapa sawit dan lada mereka. Mereka adalah petani sama yang dikenakan caj GST 6% apabila mereka membeli keperluan harian termasuk baja dan racun rumpai yang mereka gunakan di ladang-ladang mereka.
Dari apa yang berlaku sebenarnya, petani-petani Sarawak tidak dikenakan caj GST 6% tetapi 12%, dan itu adalah sebab Najib telah dicemuh oleh warga Sarawak apabila beliau menyebut mengenai GST pada sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Kuching.
Waga Sarawak merasai kesannya dan oleh itu, mereka tidak dapat menerima penjelasan beliau bahawa "cukai penggunaan yang baru diperkenalkan ini bukannya bertujuan untuk membebankan rakyat." Hakikatnya ialah petani-petani Sarawak yang dibebani.
Ejekan itu bertambah kuat apabila beliau berkata bahawa "kutipan GST akan digunakan untuk menaikkan gaji dalam sektor awam", kerana ia tidak membantu majoriti yang bukan bekerja dalam sektor kerajaan.
The content may have been removed, or is temporarily unavailable. We apologize for the inconvenience. Please try again later.
KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsa nahas kemalangan melibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.
Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyampaikan amanat yang agak unik kepada pengundi di Permatang Pauh malam tadi, menggesa mereka menyokong cakap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Amanat itu disampaikannya sewaktu membuat perbandingan antara calon Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh Suhaimi Sabudin, 44, dan Dr Mahahthir yang berusia hampir 90 tahun. Menurut Azmin, walaupun Suhaimi dilaung-laungkan BN sebagai seorang calon muda, beliau tidak akan berani menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) setegas bekas perdana menteri keempat Malaysia itu.
"Baik kita sokong orang tua yang umurnya dah 90 tahun. Sekarang seluruh negara dia sudah bising (tentang GST). "Dia cuma boleh panjang umur menerusi krisis. Lagi dia bergaduh, lagi dia kuat," kata Azmin dalam ceramahnya di Kubang Ulu, di Permatang Pauh malam tadi. Dr Mahathir sebelum ini menggesa kerajaan agar menghapuskan GST di samping melemparkan kritikan demi kritikan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang jatuh pada 7 Mei ini, PKR menggunakan kempen anti-GST sebagai modal politik mereka. Sewaktu BN menawarkan manifesto dengan 6 tawaran, kempen PKR pula berkisar sekitar 6 patah perkataan sahaja - "Demi Rakyat Bantah GST Tegakkan Keadilan".
Bekas setiausaha negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menjadi modal kempen PKR di Permatang Pauh untuk menjawab isu usia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang kembali bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.
Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata presiden PKR itu baru berusia 63 tahun berbanding Hillary yang baru sahaja menawarkan diri bertanding jawatan presiden AS pada umur 68 tahun. "Hillary Clinton tawar diri jadi presiden pada umur 68 tahun. Kak Wan baru 63 tahun," katanya merujuk kepada Dr Wan Azizah sewaktu berceramah di Kubang Ulu di Permatang Pauh malam tadi.
Beliau turut menjawab kritikan Hillary Clinton tidak menggunakan nama suaminya, bekas presiden AS, Bill Clinton dalam kempennya menjelang pemilihan presiden. "Memanglah Hillary Clinton tidak cerita pasal suami dia sebab suami dia tidak dituduh liwat. "Kita di sini percaya 100% Datuk Seri Anwar tidak meliwat," kata Shamsul yang merupakan naib presiden PKR.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi. Kerusi itu disandangnya secara silih berganti dengan Dr Wan Azizah yang menggantikannya apabila menang pada Pilihan Raya Umum 1999 selepas Anwar dipenjara kerana dituduh rasuah kerana cuba mempengaruhi polis dalam siasatan liwat ke atasnya.
Khairy dan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Abu Bakar Sideek Zainol Abidin (kiri sekali) bergambar bersama sebahagian daripada 53 individu yang didakwa ahli PKR PDM Sembilang yang memohon menyertai UMNO, pada Ahad.
PERMATANG PAUH, 3 Mei:
Masuk hari kesembilan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 'drama' majlis mengumumkan ahli keluar parti yang sememangnya menjadi lumrah dalam hampir setiap PRK semakin rancak dianjur bagaikan menganjurkan 'parti'.
Semuanya bermula pada 1 Mei lalu apabila Ketua UMNO cawangan di Guar Jering Jaya, Penanti, Asri Ahmad mendakwa cawangan berkenaan dibubarkan selepas hilang kepercayaan ke atas kepimpinan parti dan membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Pembubaran tersebut menyaksikan 68 ahli UMNO di cawangan berkenaan kini tidak lagi mempunyai parti sekaligus menjejaskan gerak kerja kempen Barisan Nasional (BN) dalam PRK berkenaan.
Sehari kemudian, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata mendakwa telah berjaya memujuk lebih 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kebanyakannya berketurunan India keluar daripada parti berkenaan.
Katanya, kesemua mereka kecewa dengan pucuk pimpinan PKR yang dikatakan tidak mendengar permasalahan yang dihadapi mereka sekaligus menyebabkan mereka keluar parti.
Hari ini, Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menerima borang daripada lebih 53 orang ahli PKR dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sembilang yang merupakan kubu kuat parti berkenaan.
Sebahagian daripada penduduk yang hadir dan menyatakan sokongan mereka untuk membantah pelaksanaan GST, di Padang Bola Desa Teratai, malam tadi.
ROMPIN, 4 Mei:
Himpunan Derita Rakyat siri kedua (Hindar 2.0) yang diadakan di Padang Bola Desa Teratai, Bandar Muadzam Shah, malam tadi, disertai hampir 3,000 orang.
Kebanyakan peserta itu memakai baju hijau, bagi menyatakan sokongan untuk menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Program tersebut dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, disusuli solat hajat dan solat Isyak serta ceramah.
Program itu yang sepatutnya berlangsung di Dataran Maybank, terpaksa ditukar ke Padang Bola Desa Teratai, kerana pihak Maybank tidak memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan datarannya.
Antara yang hadir adalah Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasrudin Hassan Tantawi serta calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, Nazri Ahmad.
Dengan cara itu, undang-undang Islam bukan sahaja menjatuhkan hukuman kepada penjenayah semata-mata, tetapi juga menjamin nasib waris mangsa terbela dengan sewajarnya.
KUALA LUMPUR, 4 Mei :
Pemandu-pemandu kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh Raya Damansara-Ulu Kelang (DUKE) awal pagi Sabtu lalu hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa tiga sekeluarga perlu membayar sebanyak RM1.2 juta kepada waris mangsa jika mengikut hukum undang-undang Islam.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff berkata, bayaran itu berdasarkan kesalahan jenayah pembunuhan tanpa niat dalam undang-undang Islam.
"Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun.
"Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya.
"Ia sangat berbeza dengan ketetapan dalam Undang-undang Syariah dalam menyelesaikan kes ini," katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau pada Ahad.
Wan Muhammad Mizan berkata, berdasarkan perkiraan undang-undang Islam, penjenayah kes tersebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar`diyaat asal'iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta.
Hari ini merupakan hari terakhir kempen pilihanraya kecil Rompin. Esok, 5hb Mei adalah hari pengundian untuk memilih Ahli Parlimen baru kawasan itu bagi menggantikan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, bulan lalu.
Pada pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang dengan majoriti 15,114 mengalahkan Pas. Dalam pilihanraya kecil ini, calon BN, Hasan Ariffin juga berhadapan dengan Pas yang meletakkan Nazri Ahmad sebagai calonnya.
Di atas kertas, memang terlihat harapan BN mengekalkan kerusi Rompin amat cerah. Pas juga barangkali tidak bermimpi mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil ini, tambahan pula calon BN adalah orang lama yang bukan asing lagi bagi pengundi Rompin. Hasan sebelum ini pernah menjadi Adun, Exco dan Timbalan Menteri Besar Pahang.
Tetapi pilihanraya kecil Rompin ini diadakan ketika suhu politik nasional baru mula menggelegak berikutan serangan dan kritikan bertali arus daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak.
Dengan pelbagai isu yang sudah sekian lama melingkari kepimpinan Najib serta penolakan yang kian ketara di mana-mana, Tun Mahathir dengan tegas mahukan Perdaha Menteri ditukar untuk menyelamatkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
KUALA LUMPUR - Orang Melayu kini semakin resah dengan keadaan masa depan negara yang semakin membimbangkan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana orang Melayu merupakan rakyat majoriti di negara ini.
"Hari ini saya dapati orang Melayu khuatir akan masa depan mereka. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana di Malaysia ini semua orang Melayu beragama Islam.
"Perlembagaan negara menentukan seseorang itu hanya Melayu sekiranya dia Islam... Kalau tidak Islam, tidak Melayulah seseorang itu," katanya pada Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.
Menurutnya lagi, rakyat Melayu seharusnya mengekalkan kesatuan serta mengelakkan perpecahan kerana ia merupakan asas perhubungan serta kepercayaan dalam Islam.
"Kita bernasib baik dan sepatutnya tidak ada perpecahan. Kita adalah Ahli Sunnah Waljamaah. Kepercayaan dan pegangan kita adalah sama.
"Demokrasi adalah sistem pentadbiran yang baik kerana ia berasaskan majoriti rakyat. Cara inilah yang kita suka," katanya lagi.
Pemandangan di mana anak-anak muda digari dan dirantai, memberi kesan yang mendalam terhadap ramai di antara kita yang melihat mereka dalam keadaan begitu.
Saya masih ingat ketika cuba untuk menenangkan mereka dengan berkata bahawa saya juga pernah ditangkap. Tetapi bunyinya seolah-olah kosong.
Saya mempunyai pasukan peguam dan rakan-rakan di sisi saya. Saya tidak digari dan dirantai. Mereka sendirian, dan saya tidak akan lupa akan bayangan rasa takut di mata mereka.
Peguam kemudiannya tampil untuk membantu mereka. Tetapi bagaimana keadaannya jika kita tidak ada di sana?
Dan apakah kesalahan mereka? Mungkin sebahagian daripada mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan yang sama - tetapi begitu juga dengan 10,000 yang lain
Sesetengah daripada mereka berkata mereka duduk dan minum-minum pada masa itu, selepas perhimpunan tersebut sudah berakhir, apabila mereka dicekup polis .
Perhimpunannya aman. Tidak ada yang cedera. Rakyat berseronok. Polis mempermudahkannya dengan baik. Ya, terdapat mercun dan satu dua bom asap, yang sepatutnya boleh ditangani pihak polis di tempat kejadian itu sendiri. Tidak lebih lagi daripada itu.
Anak-anak muda ini tidak memaksa sebuah tempat ibadat menurunkan tanda salib. Mereka tidak minta kitab-kitab suci dibakar. Mereka tidak membuat komen yang rasis dan pelampau. Namun mereka dilayan seperti penjenayah.
PERMATANG PAUH, 4 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka terus mencorakkan politik negara dalam tempoh lama pada masa hadapan biarpun kini dipenjarakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Keyakinan itu disuarakan Pengalisis Politik, Profesor Madya Shaharudin Badarudin yang beranggapan Anwar mampu bertahan lama berdasarkan faktor usia dan kesihatannya. "Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad kini 90 tahun, cuba bayangkan Anwar dari segi kesihatan dan pemikiran pada usia 67 tahun. "Maka beliau mempunyai lebih kurang 22 tahun lagi untuk beliau mencorakkan politik Malaysia," katanya kepada media selepas majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya di sini, semalam. Beliau selaku salah seorang penalis forum membangkitkan persoalan itu dengan kemungkinan Anwar dibebaskan dalam tempoh singkat tetap ada atau sekurang-kurangnya tiga setengah tahun berdasarkan undang-undang dan sebagainya. "Dalam politik macam-macam boleh berlaku mungkin proses biasanya pengampunan, mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dan sebagainya. "Sudah pasti landskap politik berubah itu menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara itu juga berubah tetapi kita katakan tiada langsung proses politik itu Anwar tetap keluar," katanya. Read More / Baca Lagi >>
PERMATANG PAUH, 4 MEI: Dengan perubahan senario politik negara masa kini, Pakatan Rakyat (PR) mampu mengambil alih Putrajaya dan menjadi kerajaan pada masa hadapan menggantikan Barisan Nasional (BN). Bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, berkata PR berkemampuan untuk itu berikutan ketika ini memainkan peranan utama selaku pembangkang kuat serta menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen. Katanya, senario perubahan juga berlaku kepada tamadun dunia seperti mana berpandukan perubahan kuasa dunia pada masa dahulu sehingga kini. "Tamadun akan datang persekitarannya di Lautan Pasifik terletaknya China, Jepun, Korea, Australia termasuk negara kita, Malaysia. "Serupa juga dengan parti politik, dulu kita ada Perikatan sebagai kerajaan masa lalu, sekarang di bawah BN (kerajaan ketika ini) yang mana mulai 2004 merosot hingga hilang majoriti hingga 2013. "Bagi saya ianya berterusan dan saya yakin dengan kepimpinan muda seperti Mohamed Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar, Rafizi Ramli dan ramai lagi sudah memainkan peranan utama selaku pembangkang negara maka pada suatu hari nanti kita (PR) berubah kepada kerajaan masa hadapan," katanya selepas majlis Forum Anak Muda di Seberang Jaya, di sini, semalam. Read More / Baca Lagi >>
ROMPIN - Kempen Pas bagi PRK Parlimen Rompin sudah masuk kepada fasa akhir dengan terus mendekati pengundi muda selain memperkenalkan calon kepada masyarakat di semua peringkat dan lokaliti di Rompin.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas juga membangkitkan isu dan masalah setempat yang menjadi keutamaan warga Rompin.
"Penerimaan yang diberi masyarakat setakat ini begitu baik kerana ke mana pun jentera turun berkempen bersama calon, kami diterima dengan hati terbuka.
" Ini merupakan satu perkembangan yang baik menjelang hari mengundi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program santai bertemu penduduk Kuala Rompin di pasar minggu dan sekitar Bandar Baharu Kuala Rompin yang turut dihadiri calon Pas PRK Rompin, Nazri Ahmad.
Menurutnya, walaupun penduduk Felda menjadi fokus kempen, namun penduduk di kampung tradisional dan masyarakat pelbagai kaum turut mendapat perhatian dan kini hampir habis dilawati.
Menceritakan pengalamannya ditahan semalaman, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap anggota polis atas alasan mereka hanya mengikuti arahan.
Bagaimanapun, Ambiga menuding kepada ketua-ketua mereka di Bukit Aman.
"Bagi saya, orang-orang yang tidak berwajah dan tidak bernama ini yang memberikan arahan adalah pengecut sebenar. Tindakan mereka adalah berdasarkan agenda yang ditetapkan dan ini bukan kepolisan profesional.
"Anggota polis di bawah melayan kami dengan baik dan berterusan memberitahu kami bahawa mereka mengikuti arahan. Perselisihan saya bukan dengan mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Ambiga berkata walaupun diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada malam Jumaat lalu kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST, tetapi kenyataan beliau hanya dirakam beberapa jam kemudiannya.
"Apabila saya menerima panggilan pada malam itu, peguam saya dan saya bertanya kepada polis mengapa tidak boleh tunggu sehingga keesokannya.
"Tapi mereka bertegas supaya saya datang. Saya pergi ke sana kira-kira jam 9.30 malam, tetapi kenyataan saya hanya dirakamkan pada kira-kira jam 3 pagi," katanya.
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh sudah lebih seminggu. Kepanasan mula muncul, bermula pada 29 April hari ke-5 berkempen apabila lebih seribu hadir di Tapak Ekspo Seberang Jaya bagi ceramah Pakatan Rakyat. Dua hari selepas itu, lebih kurang 2,500 orang penyokong hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Taman Ciku.
Calon Parti Keadilan Rakyat ialah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ataupun lebih dikenali di kalangan pengundi dan pekerja kempen sebagai "Kak Wan". Bila rakan saya Melvin bertemu dengannya buat kali pertama terus terpanggil "Kak Wan". Apabila menyedari mungkin kurang sopan panggil begitu, Melvin pun segera perbetulkan ayat panggil, "Datuk Seri". Jawab Kak Wan ringkas, "panggil je Kak Wan".
Kak Wan miliki kepedulian yang tulen terhadap orang lain
Berkempen dengan Kak Wan seperti mana-mana kempen memanglah meletihkan sebab kena cover kawasan yang amat besar. Jadual saya bermula seawal 8 pagi sehinggalah habis mesyuarat debriefing harian yang kadang kala boleh berlanjutan sehingga 3 pagi. Namun ada suatu perasaan senang hati bila berkempen bersama Kak Wan. Mesranya bukan sekadar mesra orang politik, dia benar-benar peduli hal ehwal penduduk di sini.
Di beberapa kawasan yang kami turun bersama Kak Wan, selalunya akan terjumpa orang yang ingat lagi Kak Wan sebagai Ahli Parlimen mereka dulu; sampai ada seorang auntie umur dah 82 tahun di Kampung Bukit Merah bila kami ke rumahnya dia berkata, "saya tau Kak Wan, dia selalui mai tengok kami". Tak kiralah Melayu, Cina, India ramai orang dari Sama Gagah hinggalah ke Guar Perahu, pada mereka Kak Wan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim macam kenalan lama. Ada seorang pekedai di pekan Kubang Semang bila Kak Wan ke kedainya, mereka terus macam kawan lama, "ayah saya kawan lama Kak Wan".
Dan Kak Wan benar-benar peduli, bila terjumpa orang tua yang uzur dia terus beri "diagnosis", mungkin sifat kedoktoran tak hilang dalam diri. Ada sekali Kak Wan berpesan kepada saya untuk beri cadangan kepada kerajaan negeri buat program pemberian vitamin kepada warga emas di kawasan pedalaman, sebab di waktu kempen, dia mendapati ada beberapa orang pakcik dan makcik mempunyai simptom kekurangan vitamin - "lidah mereka licin" katanya. Ada sekali pula dia ternampak kulit muka saya kering lalu menasihati saya untuk menjaga kesihatan. Begitulah kepedulian Kak Wan terhadap orang lain, beliau teliti memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi dan kemudian mengambil berat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Taktik pihak lawan minggu pertama - perkauman, fitnah, "janji kitar semula" dan serangan peribadi
Pihak lawan tak mampu tanding dengan sosok tubuh bernama Kak Wan. Moralnya tinggi, kepedulian terhadap rakyat tulen, perjuangan untuk yang miskin dan tertindas tidak pernah luntur, keluarga beliau telah banyak berkorban demi rakyat dan negara.
Maka ada yang cuba guna jalan mudah - main balik kaset lama, isu perkauman dan agama. Dalam minggu pertama ini, sudah ada banner dan risalah provokatif tentang kaum dan agama. Di kawasan Cina, kain rentang tidak bernama menghentam DAP sokong Hudud, di kawasan Melayu pula kata DAP tak hormat ulama. Taktik zaman penjajah masih belum luput nampaknya. Pecah dan perintah. Read More / Baca Lagi >>
A Kadir Jasin APABILA peruntukan kepada sebuah kementerian sosial yang sangat penting seperti Kementerian Kesihatan dipotong, kita tidak dapat mengelak daripada berfikir bahawa sesuatu yang sangat buruk sedang berlaku kepada negara kita.
Menteri Kesihatan, (Datuk Seri) Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata peruntukan kementerian beliau tahun ini dipotong RM300 juta "akibat kejatuhan harga minyak di pasaran dunia".
Beliau berikrar pemotongan itu tidak akan menjejaskan rawatan kesihatan kerana kementerian "akan mengurangkan majlis mewah (lavish functions) dan penyertaan dalam persidangan.
Majlis mewah? Saya tidak tahu pula kementerian, jabatan dan agensi awam diberi peruntukan untuk "majlis mewah".
Tetapi saya tahu ada majlis pecah tanah dan letak batu asas yang dihadiri Perdana Menteri (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak dan pembesar atasan menelan belanja hingga RM1 juta atau lebih.
Ini tidak memeranjatkan kerana satu dunia sudah tahu betapa boros dan mewahnya gaya hidup Perdana Menteri kita dan keluarganya walaupun Allahyarham bapanya, (Tun) Abdul Razak Hussein, terkenal sebagai seorang yang jimat (frugal) dan enggan menggunakan duit negara untuk keselesaan keluarganya.
Tetapi sekarang, Perdana Menteri kita bukan saja boros membelanjakan wang negara – seperti membeli-sewa jet eksekutif Airbus A319 dan pergi bermain golf di Hawaii dengan jet negara – tetapi tidak keberatan menerima tajaan daripada pihak lain.
Kenduri Kahwin Anak PM Ditaja?
Tidak cukup dengan duit negara dan duit yang kononnya berpunca daripada harta pusaka keturunannya (family legacy), beliau juga nampaknya tidak segan silu menerima tajaan daripada besan (maaf bukan biras) Kazakhstannya untuk mengadakan majlis perkahwinan besar-besaran anak perempuannya di Putrajaya, Kuala Lumpur, Pekan dan Astana, ibu negara Kazakhstan.
Dalam hal kekayaan dan gaya hidup Mohd Najib, jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu akhbar New York Times bahawa beliau menerima pusaka daripada keturunannya.
Tetapi ini dinafikan oleh adik-beradiknya yang berkata bapa mereka bukan orang kaya dan kenyataan PMO itu mencaci memori ayahanda mereka.
Kemudian baru-baru ini, Pembantu Khas Perdana Menteri yang dikenali sebagai Rizal Mansor memberitahu media massa bahawa kos mengadakan majlis di KLCC dan Astana ditanggung oleh biras Mohd Najib-Rosmah manakala ahli rombongan ke Astana bayar sendiri kos perjalanan atau ditanggung oleh keluarga pengantin lelaki. Rizal adalah antara anggota rombongan ke Astana. Read More / Baca Lagi >>
PERMATANG PAUH, 4 MEI: Kegagalan polis memanggil ahli perniagaan, Jho Low untuk disoal siasat berhubung skandal 1MDB menimbulkan tanggapan terdapat amalan dwi standard polis dalam menjalankan tanggungjawab. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sedangkan polis bertindak begitu cepat terhadap ahli politik dan rakyat biasa yang membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Saya minta Ketua Polis Negara jangan bersengkongkol dengan kezaliman, jangan bersengkongkol dengan Umno tetapi bela rakyat, bela negara," kata Mohamed Azmin yang juga Dato' Menteri Besar Selangor. Beliau berkata demikian pada program kempen Pakatan Rakyat (PR) di Pusat Khidmat Rakyat di Permatang Pasir malam tadi. Kata beliau lagi, polis tidak seharusnya terikat dengan mana-mana pihak dalam membuat keputusan. Mohamed Azmin turut mempertikaikan keengganan polis menahan abang kepada Ketua Polis Negara yang terlibat dalam isu menurunkan lambang salib sebuah gereja di Taman Medan di Selangor baru-baru ini.
PERMATANG PAUH - Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN bagi mempertahankan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak akhir ini tidak membantu menambah keyakinan rakyat khusus pengundi Permatang Pauh.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata kenyataan balas khusus daripada pemimpin MCA yang bersifat perkauman baru-baru ini hanya memburukkan keadaan dan membuka kelemahan mereka sendiri kepada rakyat.
"Sekarang terbongkar bagaimana BN menangani isu GST termasuk MCA hanya mendedahkan pekung dan gagal mengubah momentum rakyat yang menolak cukai itu menerusi undi mereka nanti.
"Dari segi isu saya agak bersyukur bagaimana mereka memberi respon lebih mendedahkan kelemahan pemikiran dan penerimaan dalam politik baru," katanya kepada pemberita di Seberang Jaya, di sini, semalam.
Terdahulu, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie memberitahu masyarakat Cina di negara ini supaya tidak menentang GST kerana orang Melayu sahaja akan membayar lebih cukai itu.
Sementara itu, Nurul Izzah juga menafikan pemimpin utama Pas tidak membantu berkempen bagi memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dua ahli politik pembangkang dan seorang aktivis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan Hari Pekerja dibebaskan malam ini selepas polis mengambil masa lebih 10 jam merekodkan keterangan mereka. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, tindakan polis itu membazirkan masa dan tenaga kerana pegawai penyiasat hanya mengambil masa 10 minit untuk merekodkan keterangannya mengenai himpunan Hari Pekerja, kelmarin. "Beliau menanyakan kira-kira 10 hingga 12 soalan dan sesi soal siasat hanya mengambil masa kira-kira 10 minit kerana saya memberitahunya bahawa saya akan menjawab semua soalan di mahkamah. Itu adalah apa yang sudah dinasihatkan peguam saya," kata Khalid. Beliau berkata, polis menjalankan tugasnya tetapi ia jelas membuktikan mereka dipergunakan oleh kerajaan sebagai bahan politik. "Ini jelas membuktikan terdapat penyalahgunaan kuasa," kata Khalid. Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang berkata, tindakan yang diambil polis itu disifatkan sebagai tidak profesional dengan membiarkan mereka berdua menunggu untuk disoal siasat. "Ia tidak masuk akal dan benar-benar tidak wajar," katanya yang lebih dikenali sebagai Tian Chua. Beliau berkata, perkara itu tidak akan melunturkan semangan perjuangannya. Chua bergegas balik ke Permatang Pauh sebaik sahaja beliau dibebaskan malam tadi. Read More / Baca Lagi >>
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri) dan Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan semasa perhimpunan kempen pilihan raya di kawasan Rompin, Pahang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Mei, 2015.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang dijadualkan berlangsung 5 Mei ini semakin memuncak, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man terus-terusan mengkritik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Tuan Ibrahim pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) 2.0 di Muadzam Shah, Pahang malam tadi berkata sekiranya Ahmad mengatakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memahami sistem percukaian baharu itu, apatah lagi pengundi-pengundi di Rompin. "Kalau Tun Mahathir pun serang Najib, kalau Tun pun tidak faham GST, takkanlah orang Rompin boleh faham," kata Tuan Ibrahim dalam ceramahnya di hadapan sekitar 3,000 penyokong PAS malam tadi. Tanpa kehadiran mana-mana kepimpinan tertinggi daripada parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PAS, ceramah malam tadi yang hanya dihadiri beberapa kepimpinan negeri dan Pusat PAS membangkitkan isu GST yang dilaksanakan pada 1 April lalu. Selain Tuan Ibrahim, pemimpin PAS lain yang dilihat hadir ialah Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan mantan calon PRK Rompin ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Noridah Salleh, dan calon untuk kerusi berkenaan Nazri Ahmad. Dalam ceramahnya, Nazri berkata himpunan berkenaan dianjurkan sebagai tanda bantahan terhadap sistem percukaian baharu menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). "Himpunan kita ingin menyatakan kekecewaan, bantahan terhadap sistem percukaian GST, yang membebankan, menyusahkan rakyat. Maka InsyaAllah, Allah hantar isyarat melalui keputusan pilihan raya pada 5 Mei nanti," katanya, dalam ceramah sekitar 10 minit. Read More / Baca Lagi >>
Jika pengundi Rompin memilih Datuk Hasan Arifin sebagai anggota parlimen, calon BN itu boleh menjelaskan salah faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana BN adalah kerajaan yang memerintah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.
Bercakap kepada pemberita di Rompin hari ini, beliau berkata ramai pengundi salah faham mengenai cukai yang baru dilaksanakan itu namun penjelasan yang cukup boleh memahamkan mereka.
"GST akan menjadi isu (dalam pilihan raya kecil) dan memberi kesan bagaimanapun, Insya-Allah, pengundi akan memilih BN," katanya.
Pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Selasa ini menyaksikan Hasan berdepan cabaran Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.
Sebelum itu dalam ucapannya, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata berdasarkan trek rekod menunjukkan Hasan adalah pilihan untuk pengundi Rompin.
TOK AJI ANTI DANG DUT
-
APAKAH
TUAN AJI JO
ANTI DANG DUT
ZOUK WAJIB
DITUTUP KERANA
TAK MAIN
DANG DUT
DAN NASHID
Johari tegur PAS: Bukan begitu cara tangani Zouk.....
Macron's multilateralism
-
French President Macron visited America, calling on the joint session of US
Congress to construct a new breed of multilateralism, against nationalism,
pr...
Kak Piiidah: From Iron Lady to Scrap Metal Lady
-
At her height, *Rafidah Aziz* was feared by many. Her staff would not dare
look her in the eye and those civil servants, no matter how senior, had
better...
Pas kemukakan senarai calon kitar semula
-
*ULASAN PAGI*
*Mengibar bendera selepas calon diumumkan.*MALAM tadi Pas Kelantan telah
mengumumkan 59 calon-calonnnya yang akan diturunkan dalam Piraum 9 M...
MESYUARAT KHAS BINCANG PENARIKAN DIRI KONTREKTOR
-
BBB, 09 Rajab 1439H. = 25 April 2018M. (Rabu): Berikutan Dari penarikan
diri Kontrektor Tekad Nusantara dari kontreknya terhadap Masjid Al-Umm yang
diter...
Bagilah lagi apa yang Cina mahu
-
Bagilah lagi apa yang Cina mahu
*Bagilah lagi apa yang Cina mahu, kerana mereka pasti mengundi BN dan
menolak Pakatan Harapan (PH). Itulah kejayaan besar ...
Marilah Sama-Sama Bina Semula Malaysia
-
A Kadir Jasin
*سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ*
*MINTA* maaf. Itulah tema tampalan ringkas saya kali ini. Saya mohon maaf
kerana sangat lama tidak me...
HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK?
-
KENYATAAN MEDIA 10 APRIL 2018 HAK ASKAR NEGARA: SEKADAR MAINAN POLITIK? Di
mana bukti hitam putih pentadbiran negara sebelum ini tentang milikan tanah
kem ...
Belated congratulations to the newlywed!
-
A belated congratulation to the newlywed couples of the year! The couples
have tied the knot in mid February, 2018. At last, nurturing this special
rela...
Happy & Prosperous Chinese New Year
-
RKRS enhanced living standard of 3,000 participants
Moonson transition phase starts, public to be cautious of impact
Malaysia at risk of being ...
-
Media statement by M.Kula Segaran MP Ipoh Barat in the High Court of Ipoh
on 14th February 2018No remedy for wife whose husband was blatantly shot
dead by ...
-
*18 December 2017Press statement by MCA Publicity Spokesman (English/Bahasa
Malaysia) cum Religious Harmony Bureau Chairman Dato’ Sri Ti Lian Ker*
*DA...
Akhavan Supermarche Flyer
-
Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations –
one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet
filled...
PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia
-
Rental Mobil pontianakSewa Mobil pontianakPenyewaan Mobil pontianak Pada
Januari 2017, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia mencatat perolehan
angka ek...
PENGISLAHAN RADIKALISME DAN EKSTREMISME
-
*Bahagian A: Pengenalan*
1. Saya bercakap hari ini bukan sahaja sebagai seorang Muslim sejati,
tetapi juga sebagai rakyat Malaysia dan mewakili umat Isl...
BANGSA PENEROKA PASARAN GLOBAL
-
Iqaluit ialah sebuah bandar dalam wilayah Nuvanut yang terletak di utara
Kanada, Pada bulan paling panas iaitu Julai, suhunya setakat 9 darjah
Celcius, ma...
ADENAN SATEM GAGAL MENGANGKAT SUARA WANITA
-
Kenyataan Media oleh YB Haniza Talha, Pengarah Pilihan Raya untuk Wanita
Keadilan bertarikh 20 April 2016 BN Sarawak baru sahaja mengumumkan calon
mereka d...
Peladang
-
Ahli-ahli peladang diseru berani bersaing untuk maju. Mereka juga digesa
mendalami ilmu dan kemahiran untuk pergi lebih jauh. Demikian ditegaskan
pengerusi...
"Paciaru" atau breakfast.
-
Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur
keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru
...
Anwar Ibrahim's Health.
-
MEDIA STATEMENT BY SIVARASA RASIAH, MEMBER OF PARLIAMENT FOR SUBANG ( PARTI
KEADILAN RAKYAT ) AND LAWYER FOR ANWAR IBRAHIM – 16th November 2015
HEALTH MI...
Catatan Di Belakang Tirai Besi
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini
saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan
selepas...
-
SHAH ALAM, 20 OGOS: Belanjawan 2016 akan tertumpu kepada pembangunan secara
terus kepada rakyat dan ia dijangka dibentangkan, pada November ini .
Dato’ Ment...
'No moles, just morons in police force'
-
Source: http://www.malaysiakini.com/news/279461
A DAP lawmaker today launched a sarcastic jibe against the police for the
way they carried out "Operasi Dad...
Hijrah : Wanita, Isteri, Ibu Pencetus Perubahan
-
Assalammualaikum w.b.t
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan selamat menyambut ulangtahun
Hijrahtur-Rasul 1436Hijrah kepada semua khususnya umat ...
Kunjung Hormat
-
14 Ogos 2014, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid bin Omar
bersempena de...
Pemindahan Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
-
*Assalamualaikum. Pemberitahuan, Blog YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Adun Bukit
Payong telah berpindah ke blog seperti link di bawah. Harap maklum*
http://dunbuk...
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung
-
Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370
berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil
Badan P...
Confidential Document
-
Hello,Kindly view these Document I Uploaded for you. Click here and sign in
with your email to view. I thought it would be a good read as it's about
wealth...
Himpunan lebih besar jika tidak berubah
-
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih
besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan
k...
Zahid:Chinese Not Doing Anything to Fight Crime
-
I am amazed that the Chinese had repeatedly been used as a punching bag
since the BN win by a lesser majority in the 13th general election.
The latest to j...
UJIAN ADALAH DIDIKAN DAN TARBIYAH DARI ALLAH
-
Sememangnya kita tidak dapat lari daripada ujian kerana *ujian itu adalah
sebahagian daripada kehidupan di dunia*. Dunia ini sendiripun tempat ujian
sebelu...
menawan puncak kinabalu 1 (politik)
-
(Ulasan terhadap komentar di FB saya) Menawan puncak Kinabalu 1 1) Terima
kasih. Tulisan saya, ‘Rebah di kaki gunung Kinabalu’ mengundang kritikan
yang beg...
DEMI RAKYAT, UNDILAH BN
-
Assalamualaikum.
Saya bersyukur kerana sekali lagi diberikan peluang untuk mewakili Barisan
Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Nerus...
A Goat Named 'Shahrukh Khan' in Bakrapur
-
Shahurkh Khan
Unlike Anurag Kashyap’s more elaborate ode to Amitabh Bachchan by making a
short film on him in *Bombay Talkies*, actor-filmmaker Makarand D...
BR1M - MURSYIDUL AM PERTAHAN PENDIRIAN
-
13 Rabi'ul Akhir 1434 H | 24 February 2013
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan
kenyataan berkenaan pemberian wang B...
Ucapan Maulidur Rasul
-
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pihak sama ada orang perseorangan atau Masj...
PAS PERAK kunjungi DUN Rungkup bertemu pengundi
-
Pengunjung Pasar Sehari Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kedatangan
ramai pimpinan PAS dan PKR dari negeri Perak dan Kawasan Bg Datoh.
Kunjungan mereka ...
Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan
-
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di
negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada
sasaran 201...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Bendera Jalur gemilang Tetap Kita Kibarkan
-
*06hb Ogos 2012.* YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal (tiga dari kanan) KK Kasdi
kurdi (satu dari kanan) En Ben Pengerusi Majlis Belia Labuan (dua dari
kanan) ...
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH
-
oleh : Mohamed Hanipa Maidin Presiden Barrack Obama memberi ucapan yang
saya kira amat menarik semasa beliau berucap sempena pertabalan beliau
sebagai Pres...
Aik, Lembu Felcra pulak.
-
MP Padang Terap dah tanya Menteri tadi, tapi Pengerusi Felcra panas
punggung tadi nak bangun jawab, tapi Speaker kata tunggu Menteri akan jawab.
Notification
-
ALERT !!!
I and my staffs ARE NOT connected in any way to the Facebook and Twitter
accounts created with a BLACK & WHITE profile picture of mine !
R.S.N.Ray...
Masalah penduduk Batu 11
-
Masalah yang diajukan kali ini adalah mengenai aliran air yang terlalu
perlahan.Ini diakibatkan oleh paras pintu air yang lebih tinggi dari paras
saliran ...
Ucapan Perbahasan Bajet Negeri (4)
-
Pembangunan BeliaPembangunan belia merupakan suatu aspek yang amat penting.
Malangnya, pembangunan belia kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri,
di m...
TIDAK MENYOROK TETAPI BERDEPAN : PEKUNG TERBUKA
-
Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN) yang baru Datuk Khalid Abu Bakar
mengumumkan bahawa PDRM tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang
tiang dan ...
MALAYSIAN ARM RACE – REDUCE SPENDING ON THIS!
-
While we are concern about corruption, transparency and abuse of power, we
have over the years lost sight that arming the Nation policy by the BN can
lead ...
Kerajaan Negeri – UUM rangka pelan basmi kemiskinan
-
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah
Sustainable Development Centre Universiti Utara Malay...