Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HARI JUMAAT UMAT RASULULLAH S.A.W. ATAU...?

Posted: 30 Apr 2015 09:15 PM PDT

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah.. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipanjangkan usia sehingga hari ini, hari Jumaat penghulu segala hari.



Sabda Rasulullah S.A.W. menyeru umatnya supaya bersuci, merapikan diri, berangkat ke Masjid di hari yang mulia ini. Namun  umat akhir zaman ini lebih gemar menyambut seruan pimpinan politik bertopengkan agama...




lihatlah betapa suci dan rapinya umat-umat akhir zaman

Adalah dituntut supaya kita menjadi umat yang baik, memperbanyakkan selawat dan amal ibadah demi menyahut seruan dakwah Rasulullah S.A.W. pada hari Jumaat yang mulia ini. 

Namun berduyun-duyun umat akhir zaman lebih suka turun ke jalanan bercampur gaul dengan bukan muhrim, berteriak dan jerit pekik diatas dakyah sesat politik.. 


Jadi fikir-fikirkanlah... Pimpinan Islamkah atau dakyah Kafirun.. Apabila tidak tahu nak hormat hari Jumaat ni??? Umat siapa sebenarnya kita ni bila sudah tidak reti nak bezakan seruan siapa kita nak ikut di hari Jumaat..  Wallahu Alam.... Moh kite pi mesjid...







OBAMA M NYATA SOKONGAN KEPADA NAJIB

Posted: 30 Apr 2015 03:30 PM PDT

Presiden Obama of United States dengan kembarnya Obama Malaysia
Presiden Obama di United States tidak bersendirian. Dia mempunyai 'kembar' di Malaysia. Saya namakan dia Obama Malaysia. Berbeza dengan Presiden Obama di US, Obama Malaysia hanyalah seorang pekerja di ladang sawit yang dedikasi. Persamaannya pula, kedua-dua Obama ini ahli politik. Seorang Obama sudah menjadi President of the United States, manakala Obama Malaysia seorang ahli politik grassroots yang dedikasi, setia dan tenang.

Dalam perbualan saya dengan Obama Malaysia, dia menyatakan sokongan 100% kepada DS Najib. Walaupun serangan peribadi ke atas DS Najib semakin buas, tetapi Obama Malaysia tidak terpengaruh malah Obama Malaysia mempertahankan DS Najb dengan jujur, rasional dan tenang. 

Kesetiaannya kepada DS Najib melebihi 100%. Saya terkejut apabila mengetahui anaknya yang lahir pada 30 Mac 2008 juga bernama Najib. Wow...ketika itu (2008) DS Najib baharu menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi Obama Malaysia sudah meramalkan DS Najib akan menjadi Perdana Menteri, lalu menamakan anaknya dengan nama Najib. Fantastik!

Obama Malaysia ini sangat mengkagumkan saya. Dia adalah penerima BR1M, kerana anda pasti tahu pendapatan seorang pekerja di ladang sawit. Kenapa dia mengkagumkan saya? Kerana sana-sini orang bercakap, jika anda mahu menang pertandingan AJK Bahagian UMNO anda perlukan seguni wang untuk membeli undi perwakilan!

Tetapi teori itu tidak berlaku kepadanya. Saya pernah menumpang keretanya, hanya sebuah proton Iswara lama. Saya terkejut dia hampir-hampir memenangi pertandingan AJK Bahagian UMNO dua tahun lalu. Obama Malaysia menduduki tangga ke-28 daripada 50 orang. Apakah rahsianya? Katanya dua sahaja, iaitu ikhlas dan senyum. Pada tahun 2012, pencapaian terbaik Obama Malaysia ialah terpilih mewakili UMNO Bahagian Tawau ke Persidangan UMNO di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya terkenang perjuangan ayah saya ketika itu AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau, hanya berjalan kaki ke Cawangan Felda Umas-Umas daripada simpang jalan utama, untuk menunaikan tanggungjawab merasmikan mesyuarat sebuah cawangan di sana ketika itu (1991). Sehingga ke hari ini, satu sen pun ayah saya tidak pernah menerima apa-apa projek daripada UMNO Bahagian kerana bukanlah tujuan menyertai UMNO untuk mendapatkan sesuatu. Tujuannya hanyalah untuk menjaga agama, bangsa dan negara.

Pada hari ini, adakah lagi pemimpin-pemimpin UMNO sedemikian rupa? 

Bercakap hal isu semasa, walaupun Obama Malaysia duduk di dalam estate, tetapi kesetiaannya kepada kerajaan Malaysia, UMNO dan PM DS Najib sangat luar biasa. Baginya, jika ada kesilapan dan kekurangan marilah bersama-sama memperbetulkannya, bukan menjatuhkannya.

Pada 10 Mei, 2015 DS Najib Perdana Menteri Malaysia akan melawat bumi Tawau. Saya berharap DS Najib akan berkesempatan bertemu Obama Malaysia dan anaknya Najib kerana saya diberitahu anaknya Najib itu sangat berkeinginan bertemu DS Najib dan akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Kepada pembaca budiman di tanah air ku,
Selamat Bercuti Sempena Hari Pekerja.

Pennyslavania, USA.
April, 30, 2015.
Najib Bin Sarifuddin @ Obama Malaysia, Tahun 1
Sekolah Rendah Kebangsaan Balung, Tawau
Sijil Lahir Najib, 30 Mac 2008
Najib Bersiap Ke Sekolah Agama Negeri Balung, Tawau
(Besarkan Untuk Melihat Tag Nama 'Najib')





HARGA MINYAK KEKAL: RAMAI MEROYAN SASAU NAK BUNUH DIRI...PE HAL???

Posted: 30 Apr 2015 09:47 AM PDT




Puak-puak Pencacai Rakus (PR) dah mula sasau meroyan sebab apa yang mereka harapkan akan berlaku kenaikan harga minyak untuk bulan Mei rupanya tak berlaku.

Hilanglah segala harapan dan magis. Perhimpunan 1 Mei esok bagaikan hambar dan dua PRK - Permatang Pauh dan Rompin bagai tak da ummppph dah.

Malam ini juga barang-barang mereka kecut layu...tengok laki atau bini sendiri dah macam tunggul kayu. 

Dah tak boleh dayung laju-laju segala keghairahan menjadi lesu, inzal cepat barang macam cagu...

Semuanya gara-gara minyak tak naik. Kenaikan harga minyak yang ditunggu-tunggu setiap hujung bulan tak menjadi.

Itulah dengar cakap Bangla stesen minyak lagi.

Nak kutuk kerajaan pun tak ada mood. Setakat nak pakai modal GST puak-puak depa juga yang banyak buat salah menindas rakyat.

Nak kutuk pasal harga top-up kekal GST setakat nam posen berkira, tapi rokok berkotak-kotak, beer berbotol-botol boleh belanja plak.

Malang sekali dah dua bulan berturut-turut, telahan dan tekaan mereka kononnya harga minyak naik tak menjadi. 

Al maklumlah mereka kenal ekonomi pun kat pentas-pentas ceramah fitnah pembangkang...mana telahan nak betul. Sedar-sedar duit kena pau dek peminta sedekah parti.


Bulan lepas, RON95 dan diesel tetap tidak dinaikkan. Begitu juga dengan bulan Mei, harga kedua-dua bahan bakar tersebut tetap sama.

Dalam apa juga keadaan, sama ada diteka naik atau turun, hakikatnya kedua-dua bahan bakar tersebut telah dibebaskan daripada mekanisme subsidi. Sekaligus tertakluk kepada perubahan harga minyak dunia.

Seperti hukum perubahan harga barang, tidak ada barang di dunia ini yang akan mengalami penurunan harga. 

Apatah lagi yang melibatkan bahan bakar dan bahan api yang diperlukan bukan sahaja untuk kenderaan tetapi juga industri dan keperluan lain. 

Ditambah pula, bahan bakar yang digunakan merupakan bahanapi fosil yang jumlahnya terhad dan tidak bertambah.

Sekaligus suatu ketika nanti, harga bahan bakar akan tetap dinaikkan walaupun desakan agar ianya diturunkan akan semakin kuat.

Melainkan seluruh dunia mula beralih pergantungan mereka daripada penggunaan bahan api fosil kepada bahan api alternatif sepertimana yang berlaku kepada getah asli suatu ketika dahulu yang berhadapan dengan penjunaman harga bila polimer dari getah asli digantikan oleh polimer daripada petroleum yang dikatakan lebih murah dan mudah.

Sebab tu harga getah kini turun sebab harga di pasaran dunia juga jatuh. Bukan salah kerajaan pun. 

Minyak tak naik, barang abang-abang jangan tak naik yeee

Malah kerajaan pun bila harga komoditi jatuh maka bantuan wang sara hidup diberi nilainya lebih untuk tampung hidup sebulan dua....BR1M pun dapat, bantuan persekolahan pun dapat, modal untuk mengusahakan bisnes pun boleh dapat...

Nak harapkan pembangkang bantu...pergi dengar ceramah mereka duit kita pula ditagih kononnya untuk derma fisabilillah...pirah pembohong semuanya, satu sen pun dia tak bantu....

Perangai rupa gitu nak kita harapkan untuk bantu rakyat bila jadi kerajaan nanti?

Secara rasionalnya, harga bahan bakar tidak akan bertahan pada suatu tahap sepertimana yang diharapkan dan diangankan oleh kebanyakan manusia. 

Ia samalah seperti usia kita... sentiasa bertambah dan kita tidak bertambah mahupun kekal muda sepanjang masa.

Kat Jepun, Taiwan atau Korea Selatan kalau malu ada yang sanggup bunuh diri (harakiri) terjun laut, gantung diri atau minum racun...

Tapi kat Malaysia pembangkang yang menipu akhirnya kantoi malu diri sendiri tak mau plak harakiri?

Tak ke itu bacul namanya...

Abang-abang esok Sogo pigi,  KLCC pigi, Central Market pigi itu bantah GST...duit tokey bagi ramai-ramai pigi

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


UMNO fitnah!!!! RM2.5 mil tak cukup 8 orang

Posted: 30 Apr 2015 10:28 PM PDT




Susah nak percaya Pemuda PAS boleh dibeli oleh Guan Eng.

Takkanlah PBA yang kasi gaji pada Mat Sabu rm15 ribu sebulan sedia bayar pas rm2.5 million dan hanya boleh cash cheque lepas menang prk pmtg pauh.

Sykt. kerajaan tak boleh buat gitu, lainlah GLC penang.

Kalau nak kasi pun mestilah untuk 8 orang. Tak lojik rm2.5 mil untuk hafiz seorang. Mesti semua sekali rm20 juta.

Ni mesti kerja RBA nak buat fitnah reverse psychology seolah2 umno yg buat. Hmmm ... umno pmtg pauh mana berani, ceramah pun tak banyak.


Ceramah LGE - Azmin start lambat pun kosong

Posted: 30 Apr 2015 07:15 PM PDT


Sepatutnya dah U turn dan jentwra pasma dari luar, ramailah pak pacak pas akan tolong isikan majlis ceramah.

Kata pas dah mula bergerak. Jika betul orang tak datang, maka mungkinkah pas tempatan dan pas yg akan mengundi masih tak dapat dipaksa dengar dan undi pkr.





Dari cerita2 bawah dan kedai kopi serta di pasar, orang menyampah dengan guan eng - baik melayu pas atau pkr dan tak heran cina dap serta cina alam ghaib.

Mungkin juga orang pkr pro wan azizah boikot grup azmin pasal tak turun duit hingga terpaksa kempen nenek wan melutut kar dap.

Jeng jeng jeng .... tapi umno kenalah kerja untuk ambil peluang dari ni semua.

Kenapa Jijah si nenek ni masih di recycle?

Posted: 30 Apr 2015 05:30 AM PDT


Bila menang kelak di bebankan ....

Posted: 30 Apr 2015 03:30 AM PDT


... kerajaan pusat. Baik undi BN.

Lepas dapatkan U Turn, Pemuda PAS tempatan diketepikan ...

Posted: 29 Apr 2015 11:30 PM PDT


Puak-puak PASMa bukan nak sangat bantuan Pemuda PAS Permatang Pauh atau pun Pemuda PAS Pulau Pinang untuk bantu jentera PKR. Depa tak harap pun.

Yang mereka mahu hanyalah "endorsement" berupa Pemuda PAS Penang tidak lagi U Turn dan akan kerjasama untuk banttu PKR dan PR menang. Sebaik saja, keluar kenyataan itu, segeralah media pro PR hebahkan PAS dah kembali bantu PKR dan PR.

Media dan blogger UMNO pula bantu sama dengan mengkritik PAS kerana U turn sebagai mana mereka sedia ketepikan hudud untuk negara kebajikan dan banyak lagi U turn oleh PAS di masa lepas.

Patut beringat kita perlu undi semua pihak dan ahli pelbagai parti.

Tambah lagi, U turn ini boleh diputarbelit untuk beri persepsi bahawa Haji Hadi dah benarkan ahli PAS yang ramai di Permatang Pasir untuk undi Wan Azizah.

Caranya adalah kembali adakan program ceramah besar dan mulakan wave ceramah yang mulanya sikit tapi akan brtambah tiap2 hari dengan memastikan ceramah di adakan di tempat sama.

Jika orang tempatan boikot, mereka bawa orang luar dan ahli PKR dahulu yang mana akhirnya orang yang nak ambil tahuu akan akhirnya datang juga.

Pemuda PAS tempatan dan Penang dah boleh diketepikan. Ada yang boleh digertak untuk bantu dengan ditipu kata DAP akan tukar seat DUN PAS kepada PKR.


Bagi orang PAS yang pejenis sempoi dan tak sedar program di tempat mereka bukan dianjur PAS tempatan akan ingat semua dah OK.

Sebenarnya belum OK. Setakat malam tadi bendera PAS, pondok dan program ceramah di Permatang Pasir masih tidak nampak dan hanya pondok PKR yang terbina. Terjumpa satu saja ceramah PAS yang jenis macam funfair di Permatang Nibong.

Ramai dok cerita semua tu dijalankan PAS dari Kedah, Selangor dan Perak. Mungkin sekali U turn ni hanya kat atas-atas, belah bawah belum lagi.


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PROGRAM ANAK GAGAL DI PRK ROMPIN ???

Posted: 30 Apr 2015 07:53 AM PDT

BN kata program anak gagal di Rompin...
Biar gambar berbicara untuk kita...
Yang pastinya setiap hari dalam progran ini anak muda beramai-ramai menyertai ANAK dan mengisi borang PAS.