Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


TERKINI: Pemuda PAS Penang U turn atau di "arah" paksa?

Posted: 28 Apr 2015 08:03 PM PDT


Surat atas adalah kenyataan Ketua Pemuda PAS Penang yang sudah diugut Mat Sabu untuk didisiplinkan.

Blogger dan portal pro pembangkang tengah kuat berkempen dan sebarkan PAS dah sokong PKR di Pmth Pauh. Belum tahu PAS tempatan tolong. Dipercayai PAS yang disediakan akan bantu adalah PASMA dari Kedah yang dikerah Phahrolrazi dan PAS Selangor yang dikerah Iskandar Samad jika Pmth Pauh tetap acuh tak acuh.

Pertama dikatakan Pemuda PAS Negeri telah dikerah. Serupa biasalah PAS dijadikan keldai oleh DAP dan PKR yang tidak ada jentera pilihanraya yang kuat. Sedia saja PASMA untuk jadi kuda.

OLeh sebab PAS negeri yang dipengerusikan Mujahid Yusof Rawa mahu PAS bantu dan Mat Sabu termalu seorang diri di hari penamaan tanpa Haji Hadi maka terpaksa di paksa buat kenyataan


Baca background hal terbaru PAS di SINI bagi yang tak tahu cerita.

Menarik dalam surat ini adalah perkara kedua yang menyatakan mereka tetap dengan penderian sebelum ini yang menentut AMK minta maaf sebelum 26hb. Hari ini 29hb dan AMK masih tak minta maaf. Kenapa ini berlaku?

Berikut jawapannya:


Hal ini boleh dilihat dari laporan Malay Mail Online pimpinan Leslie Lau pro Anwar:

Is there really nobody else, PKR? bertarikh Apr 25hb

In handwritten note to Permatang Pauh folk, Anwar seeks support for wife - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-handwritten-note-to-permatang-pauh-folk-anwar-seeks-support-for-wife#sthash.Q5zWIu8v.dpuf
In handwritten note to Permatang Pauh folk, Anwar seeks support for wife - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/in-handwritten-note-to-permatang-pauh-folk-anwar-seeks-support-for-wife#sthash.Q5zWIu8v.dpuf
In handwriting note to Permatng Pauh folks, Anwar seeks support for wife bertarikh April 28hb pada awal2 kempen lagi.

PAS' hudud push causing disquiet amongst Chinese voters in Permatang Pauh bertarikh 28hb April

IN Kajang, rumblings on the grund as Wan azizah targets Permatang Pauh bertarikh April 29hb.


Berjayakah Mat Sabu mengenakan tekanan terhadap Pemuda PAS?

Posted: 28 Apr 2015 05:39 PM PDT



Pagi ini pada pukul 8.30 ada PC oleh Dewan Pemuda PAS Pullau Pinang (DPPN):

Sidang Media bersama Ketua Pemuda PAS P.Pinang DIUBAH WAKTU kepada jam 8.30 PAGI esok 29 April 2015 bertempat di Markaz PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas.

Maaf atas kesulitan yg timbul.

Terima kasih.

Afnan Hamimi
Setiausaha DPPN P.Pinang

----------------------------------

Isu PAS nak bbantu atau tidak dah berlegar dari mula lagi. Ia bermula dengan Haji Hadi sendiri:


Kemudian keluar "fatwa":


DIikuti oleh YDP PAS Permatag Pauh tapi dia sudah flip flop dan konar dan baring:




Terpaksa ikut disiplin PAS Negeri yang dipengerusikan Mujahid yusof Rawa wal munafiqun.




Manakala pemuda PAS negeri:


Sebelum ini, DPPN ada mengeluarkan arah stop work berhubung kempen PKR di Pmtg Pauh:

Press ? for Keyboard Shortcuts.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK


Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

-------------------------------


Ia disokong oleh:

KENYATAAN BERSAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN-KAWASAN (DPPK):

SOKONGAN PENUH KEPUTUSAN DAN PENDIRIAN DPPN PULAU PINANG


1. Berhubung perkara di atas, adalah ditegaskan kebersamaan Dewan Pemuda PAS Kawasan-Kawasan(DPPK) dengan keputusan dan pendirian Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 26 februari 2015 yang lalu.

2. Kami sepenuhnya memberi sokongan padu pendirian tersebut atas dasar kebersamaan kami dalam mengecam kenyataan biadap Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan keengganan mereka untuk memohon maaf atas kecaman mereka terhadap Tuan Guru Presiden PAS.

3. Kami juga ingin zahirkan, suara kekecewaan daripada pemuda peringkat akar umbi khususnya di kawasan-kawasan kami terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, Saudara Suhaizan Kaiat yang dilihat begitu tidak budiman dalam menguruskan perkara ini sedangkan yang dikecam oleh rakan kita adalah Tuan Guru Presiden kita sendiri.

4. Adalah dipertegaskan di sini bahawa, pendirian DPPNPP bukanlah pendirian peribadi Ketua Pemudanya sahaja malah, adalah pendirian yang dibuat bersama semua exco DPPNPP. Maka, pendirian ini juga adalah pendirian bersama semua Exco DPPK kami.

5. Kami anak muda Pulau Pinang, akan sentiasa berdiri teguh menunjangi kepimpinan ulama' yang dikemudikan oleh Tuan Guru Dato' Seri Presiden dalam menegakkan cita-cita untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

Terus Beristiqamah.

Kenyataan Bersama;

1. Ir. Wan Ahmad Rafaie Bin Abdul Rashid
KP DPPK Permatang Pauh

2. Ahmad Taufiq Bin Saedon
KP DPPK Bagan

3. Ahmad Fahmi Bin Mohd
KP DPPK Balik Pulau

4. Syed Mohd Nazri Bin Syed Ibrahim
KP DPPK Bukit Mertajam

5. Mohd Najib Bin Hamsi
KP DPPK Batu Kawan

6. Zulazhar Bin Mohamad
KP DPPK Nibong Tebal

7. Rizal Hafiz Bin Roslan
KP DPPK Tasek Gelugor

8. Mohd Hafiz Bin Kasim
KP DPPK Kepala Batas

-------------------------------



Ekoran dari itu, Mat Sbau telah ugut untuk dikenakan tindakan disiplin terhadap Yusni Mat Piah. Padahal dia pun paut di disiplinkan.

Khabarya Mahfuz pun ada semalam di Pmth Pauh.




Sementara itu, Lim Guan Eng sudah resah dan tak mungkin mahu Pmtg Pauh kalah. Takut Pakatan Rayat berpecah dan ini hanya melemahkan DAP. Mereka diam saja dalam hal hudud buat masa ini tapi menentang dan tolak tegar hudud, agenda utama PAS.


Tidak menolak mereka lakukan apa saja untuk pastikan boneka DAP sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tekanan pun dikenakan oleh Mat Sabu, Mujahid dan Mahfuz.

Difahamkan Ahmad Awang pun mula buat komen di  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berpecah-selepas-ulama-muda-mahu-kuasai-parti-kata-bekas-naib-presiden. Padahal isunya Anwarinas dalam PAS.


PC pagi ini akan melihatkan samada DPPN berjaya diugut dan dibayar atau istiqamah dalam pendirian mereka. Jeng jeng jeng ....


Kak Wan dah mula abaikan Kajang

Posted: 28 Apr 2015 08:30 AM PDT



Tak caya dengar video ...



Masa banjir ...


Terbaru petang tadi


Khabarnya orang PKR kecewa Kak Wan dicalunkan

Posted: 28 Apr 2015 05:30 AM PDT


Perkara ini banyak dikatakan sesama orang PKR. Ramai kecewa Kak Wan dicalunkan atas sebab ini amalan nepotisma.

Orang UMNO panggil Kak Wan sebagai calun recycle. Bunyi kasaq la ...



Ada kebenaran. Orang PKR dok kata tiada orang lain ka.





Dok pusing-pusing muka tu saja.








Depa letih dok tengok pusing-pusing balik dalam keluarga saja.






Orang PAS pun kata benda sama. Malah Haji Hadi dah nyatakan dalam mesyuarat tertutup bahawa Kak Wan tak sesuai atas sebab ini.



Dia juga bukan buat kerja dan jarang turun jengok kawwasan untuk fahami isu-isu rakyat dan bantu rakyat. Lani masa PRK baru nak kata akan cakap dengan Guan Eng.


Nak kata gila kuasa tu agak kasar dan sebenarnya ini permintaan suami. Maka usahlah Kak Wan nak kempen sana sini.








Baik tepati janji.


Jaga cucu. Berenti berbohoong.





Azmin diajar PAS PPauh?

Posted: 28 Apr 2015 02:25 AM PDT



ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Calon PAS Rompin Kutuk Wan Azizah Di Facebooknya #PRKRompin #PRKPmtgPauh

Posted: 28 Apr 2015 10:19 AM PDT

Angkuhnya Pemimpin PKR #PRKPmtgPauh

Posted: 28 Apr 2015 08:06 AM PDT

Calon BN Dedah Rahsia Besar Di #PRKPmtgPauh

Posted: 27 Apr 2015 11:19 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"Awak kat mana, awak-awak kat mana"

Posted: 28 Apr 2015 09:03 PM PDT


P.44: Wan Azizah luahkan rasa rindu pada Anwar

Posted: 28 Apr 2015 08:50 PM PDT

FLY_6645
Datuk Seri Dr Wan Azizah menggunakan platform dalam kempen PRK Permatang Pauh untuk luahkan rasa rindu terhadap suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PERMATANG PAUH, 29 April:

Masuk hari keempat kempen di Permatang Pauh, modal untuk kempen bagi calon di Parlimen ini masih kekal dengan isu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagaimanapun, malam perasmian bilik gerakan Jabatan Daerah Mengundi (JDM) 7 Kubang Ulu oleh Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi pentas meluahkan rasa rindunya kepada suami.
Majlis yang dihadiri tidak lebih 50 orang itu menjadi saksi kata-kata rindu Wan Azizah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.
Beliau merasakan bahawa setiap saat yang dilaluinya sebelum Anwar ke penjara merupakan sesuatu yang sangat berharga dan dikenang sentiasa.
"Kadang-kadang kita ini mengambil kesempatan bila berjumpa, kita tak hargai apa yang ada di depan kita, kita jumpa macam biasa.
"Tapi bila kita dah berpisah baru kita tahu nilai kekeluargaan yang lebih bermakna. Sekarang dia (Anwar) dah tak dapat minum teh tarik, jadi bila saya jumpa dia, saya bawa teh tarik dalam termos, dia minum sikit, makan sikit," katanya di hadapan pengundi di Kubang Ulu.
Beliau turut mengimbas kembali saat pertama kali Anwar ditahan dan dipenjarakan pada 1998 selama enam tahun.
Cerita berkenaan diulang setiap kali beliau menghadiri ceramah-ceramah kelompok dengan peringatan kepada rakyat mengenai perjuangan suaminya itu yang didakwa menjadi 'banduan politik'.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: BN, PKR janjikan saingan sengit

Posted: 28 Apr 2015 08:41 PM PDT

BN, PKR janjikan saingan sengit 
 Kempen anti GST menjadi fokus PR dalam PRK Permatang Pauh dan kempen balas mengenai GST oleh Umno@BN.
Najib " Ghaib"
PERMATANG PAUH - Atas kertas undi ada nama empat calon yang menawarkan diri dalam PRK Permatang Pauh tetapi saingan sengit dilihat lebih menjurus kepada BN dengan PKR.

PKR menampilkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - nama yang sudah dikenali dalam persada politik tanah air dengan menerajui parti itu sejak ditubuhkan pada 1999.

Sebut sahaja Kak Wan, semua orang kenal dan tahu siapa dirinya. Mewakili Permatang Pauh hampir tiga penggal di Parlimen dan menggalas tugas ketua pembangkang sebelum ini.

Setiausaha Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin pula menjadi taruhan BN dalam saingan kali ini sebagai memenuhi cita rasa anak muda yang memerlukan lebih banyak suara mereka didengari oleh kerajaan.

Anak tempatan dari Guar Jering ini memikul amanah besar jika terpilih sebagai YB kelak kerana diberi tanggungjawab membangunkan semula kawasan itu dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan projek pembangunan.

Calon Bebas, Salleh Isahak, anak tempatan dan lebih memberi fokus kepada aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan ke arah melahirkan insan berilmu, berakhlak dan beriman.

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman juga anak tempatan tetapi masih belum tampil di hadapan orang ramai atau turun padang berkempen.
Personaliti ini kurang dikenali penduduk tempatan walaupun dikatakan dibesarkan di Permatang Pauh.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: Kak Wan disenangi & mudah didekati masyarakat

Posted: 28 Apr 2015 08:38 PM PDT

PERMATANG PAUH, 29 APR: Masuk hari kelima berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Calon PKR dilihat disenangi dan mudah didekati di kalangan penduduk di sini.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedikit pun tidak kekok sepanjang turun berkempen di sini.
DSC_2261Malah, Azizah yang lebih dikenali sebagai Kak Wan sangat disenangi oleh penduduk Permatang Pauh.
Jadi, tidak hairan jika sepanjang kempen di Pasar pagi, pasar malam mahupun rumah ke rumah beliau disambut mesra oleh pengundi.
Bagi, Ubaid Abdul rahim, 49, seorang peniaga memberitahu beliau gembira melihat Kak Wan masih bersemangat untuk menjadi wakil rakyat mereka.
"Seronok tengok Kak Wan semangat lagu ni. Tak kira macam mana pun kami sokong Kak Wan.
"Kami tak ada masalah dengan dia, dia ok, yang masalah orang yang tak minat dia. Saya mahu Kak Wan menang," katanya ketika ditemui.
Selain itu, bagi Che Abdul Ghani Jaafar, 37, menganggap Kak Wan sangat disenangi malah beliau akan turun padang jika terdapat sebarang permasalahan di sini.
"Kak Wan sangat 'friendly' dan bertanggungjawab. Kalau ada apa-apa masalah, sekali call saja Kak Wan turun sini. Kalau dia tak dapat, dia hantar orang lain.
Read More / Baca Lagi >>

PAS P.Pinang tetap bantu jentera Pakatan PRK Permatang Pauh

Posted: 28 Apr 2015 08:37 PM PDT

KEPALA BATAS, 29 APR: Pemuda PAS Pulau Pinang bersedia membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat malam semalam.
"Kami sebulat suara akur arahan PAS Pusat bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh," katanya dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.
Difahamkan, mesyuarat itu diadakan bersama Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Timbalannya. Khairil Nizam Khirudin.
Sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan dalam PRK Permatang Pauh, selepas AMK Pulau Pinang enggan berbuat demikian.
Selain itu, Yusni berkata Pemuda PAS tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu.
"Kita ada Majlis Syura Ulama yang tetapkan PAS masih dalam Pakatan, jadi akhirnya kita akur," katanya.
Beliau turut bersedia memberi kerjasama dengan Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya dikenakan tindakan tatatertib.
"Saya bersedia dan tahu prosedurnya. Kalau ada laporan untuk diambil tindakan, saya bersedia kalau diminta.
"Saya atau (PAS) Pulau Pinang bersedia untuk bekerjasama dengan Lembaga Tatatertib," katanya lagi.

Rayuan kepada pengundi Rompin, kuasa 1 undi

Posted: 28 Apr 2015 08:36 PM PDT


PENDAHULUAN

Saya merasa amat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada Rompin bukan kerana ramai ahli keluarga saya seperti bapa-bapa saudara, datuk, datuk saudara, moyang saudara dan sepupu sepapat tinggal dan lahir di Kuala Rompin; tetapi kerana dapat menyumbang tenaga sebagai petugas pilihan raya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya menyampaikan mesej Islam supaya manusia taat kepada Tuhan; mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarang.

ISU PERCUKAIAN GST

1. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan kepada warga Rompin bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah zalim membebankan rakyat dan tidak menepati syarat keharusan cukai dalam Islam. Antaranya kerana ia dikutip bukan berdasarkan pendapatan tetapi berdasarkan perbelanjaan pengguna yang tidak boleh membezakan antara yang berkemampuan dan tidak berkemampuan. Orang miskin juga terpaksa membayar cukai.

2. Juga kerana bebanan cukai yang berganda kepada orang yang berkemampuan selain mereka terpaksa membayar cukai pendapatan. Bagi orang Islam yang berkemampuan pula mereka membayar zakat dan cukai pendapatan seterusnya dikenakan pula cukai GST pada setiap perbelanjaan mereka melainkan pada barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan. Ia tidak bertepatan dengan roh cukai yang diharuskan oleh Islam.

3. Sementelah pula keperluan negara kepada hasil GST meragukan di saat negara sudah memperolehi hasil lumayan menerusi hasil minyak, cukai korporat, cukai individu, duti eksais dan lain-lain. Apa yang berlaku ialah kerajaan gagal membelanjakan hasil yang telah diperolehi selama ini secara berhemah dan berjimat cermat menurut cara Islam sehingga berlaku ketirisan dan pembaziran yang menjadikan negara dalam keadaan berhutang melebihi 600 bilion pada 2014.

4. Selama 18 tahun berturut-turut pula sejak 1998 kerajaan membentangkan belanjawan defisit di Dewan Rakyat iaitu rancangan perbelanjaan melebihi jangkaan pendapatan. Kerajaan hanya menjangkakan - sebagaimana kata Perdana Menteri di Parlimen - akan membentangkan belanjawan berimbang pada 2020 iaitu 5 tahun ke depan.

5. Pertambahan hasil negara menerusi cukai GST yang memeras orang miskin dan kaya hanya akan membuka peluang kerajaan berbelanja lebih besar dalam keadaan keperluannya sangat meragukan.

6. Sekalipun GST telah berjaya mengutip RM42 juta sehari daripada rakyat sejak 1 April 2015 sebagai pendapatan negara, objektif untuk menyediakan keperluan dan kebajikan rakyat tetap tidak dapat ditunaikan akibat kebocoran dan ketirisan tersebut. Menurut kajian Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme, kerajaan kerugian antara 23 hingga 40 bilion kerana pembaziran dan ketirisan.
Read More / Baca Lagi >>

Saham FGV merudum: Peneroka dan KPF rugi besar

Posted: 28 Apr 2015 08:35 PM PDT

HARGA saham FGV yang merudum menimpakan kerugian besar kepada peneroka Felda. Tetapi, ini tidaklah sebesar kerugian yang menimpa Keporasi Permodalan Felda (KPF) apabila ia menjual 51% sahamnya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGV pada bulan Disember 2013 lalu. Oleh sebab peneroka pemilik majoriti KPF, maka sebenarnya, yang rugi adalah peneroka.

Semasa artikel ini mula ditulis, harga saham FGV RM2.09 se saham. Harga ini RM2.36 atau 53% di bawah harga tawaran awam awal (IPO), iaitu, RM4.45 se saham (FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 lalu).

Peneroka yang telah membeli 800 unit saham membayar RM3,560 dan jika ia masih memegang saham itu, maka nilai pasaran saham berkenaan hanya tinggal RM1,672 sekarang, bermakna, pemegangnya  sudah rugi RM1,888.

Itu kerugian seorang peneroka. Ada 112,635 orang peneroka Felda di seluruh negara. Sekiranya setiap peneroka membeli 800 unit saham, maka jumlah saham FGV yang mereka pegang ialah 90,108,00 unit. Bermakna, kerugian yang mereka tanggung ialah RM212,654,880.

Ini kerugian yang amat besar memandangkan masih ramai peneroka berpendapatan rendah. Kalau harga sebuah rumah RM150,000, jumlah ini mampu membiayai 1,418 buah rumah untuk generasi kedua.

Bilakah harga saham FGV akan naik semula? Tiada siapa yang boleh meramalkan. Dalam masa terdekat ini kebarangkalian untuk harga pulih dengan ketara amat kecil. Ini memandangkan prestasi kewangan FGV sudah merosot. Dilaporkan dalam suku terakhir tahun 2014, keuntungan FGV mengecut sebanyak 96%.

Kejatuhan ketara harga minyak sawit di pasaran dunia, peningkatan ketara kos pengurusan, hasil tuaian yang tidak meningkat kerana lebih 50% dari pokok sawit yang ada sudah tua dan kedudukan mudah tunai syarikat yang ketat adalah penyebab-penyebab utama yang menekan harga saham FGV.

Kekurangan minat pelabur asing untuk melanggan saham FGV juga menekan harga. Setakat 27 Februari 2015, tidak sampai pun 10% daripada jumlah saham FGV yang diapung di Bursa Malaysia (3,648,151,500 unit kesemuanya) dipegang pelabur asing. Bermakna, matlamat untuk melonjakkan kehadiran pelabur asing di Bursa Malaysia melalui pengapungan saham FGV telah gagal direalisasikan.

Dalam keadaan ketidakcukupan bilangan pelabur bermain di pasaran, apatah lagi bilangan saham yang diapungkan terlalu besar, adalah dijangkakan harga saham FGV akan terus tertekan. Harus diingat, Bursa Malaysia saiznya relatif kecil dan bilangan pelabur yang bermain di pasaran terhad, tidak seperti pasaran saham London, New York dan Tokyo dan lain-lain.

Kurangnya minat pelabur-plabur dalam dan luar negara di dalam saham FGV ini telah menyebabkan sebahagian besar saham FGV yang diapungkan di Bursa Malaysia dipegang oleh pelabur-pelabur institusi khasnya badan berkanun yang kaya tunai.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS PP tarik balik boikot PRK Pmtg Pauh

Posted: 28 Apr 2015 08:34 PM PDT


Pemuda PAS Pulau Pinang telah mengubah pendiriannya dan hari ini mengumumkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. 

Ketua Pemudanya Mohd Yusni Mat Piah berkata, keputusan itu diambil selepas mesyuarat Pemuda PAS Pulau Pinang bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Khairil Nizam Khirudin, malam tadi. 
 
"Kami sebulat suara untuk akur arahan PAS Pusat untuk bantu gerak kerja PRK Permatang Pauh. 
 
"Kami juga tetap dengan pendirian kami supaya AMK menarik balik kenyataan melampau terhadap presiden PAS," kata Mohd Yusni (kanan) dalam sidang media di pejabat Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang di Kepala Batas pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu Khalil dan Khairil.

Pemuda PAS Pulau Pinang sebelum ini bertegas tidak membantu gerak kerja Pakatan di Permatang Pauh setelah AMK negeri masih tidak memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kenyataan melampau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang sehingga hari ini masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada untuk menarik balik kenyataan tersebut atau membuat permohonan maaf.

Selain itu, Yusni berkata tindakan pihaknya membantu jentera Pakatan pada PRK ini tidak bermakna mereka akur dengan kenyataan AMK itu.

"Walaupun AMK belum menarik balik kenyataan dan memohon maaf, Pemuda PAS akan tetap membantu jentera pilihan raya Permatang Pauh atas dasar mempertahankan kerusi itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Akur arahan Pusat, Pemuda PAS P Pinang berjiwa besar

Posted: 28 Apr 2015 08:32 PM PDT


PERMATANG PAUH: "Alhamdulillah, saya merakamkan ribuan penghargaan di atas jiwa besar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur keputusan PAS Pusat," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Md Piah berkata pihaknya sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK) Permatang Pauh setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS negeri yang turut dihadiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin.

"Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf," ujarnya.

Najib berundur lepas PRK Permatang Pauh?

Posted: 28 Apr 2015 06:04 PM PDT

PULAU PINANG, 28 APR: Ketiadaan poster Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sekitar Parlimen Permatang Pauh menjadi tanda tanya semua pihak.
Dalam tinjauan sekitar 27 jentera daerah mengundi (JDM), bilik gerakan Barisan Nasional (BN) dan sekitar jalan raya parlimen itu mendapati tiada sebarang poster atau 'banner' Najib dalam kempen setakat ini.
Pengarah Strategik PKR, Sim Tze Tzin berkata, parti itu menganggap keadaan terbabit ekoran politik dalaman Umno yang mempengaruhi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan 7 Mei ini.
"Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, gambar Najib banyak di merata tempat. Jadi, adakah ketika ini Najib diboikot Menteri Dalam Negeri yang juga Pengarah PRK?," soalnya dalam sidang media, di sini.
Tze Tzin berkata, tindakan memboikot Najib juga berkemungkinan dipengaruhi kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu beliau meletak jawatan.
"Adakah ini bermaksud Umno Pulau Pinang dan calon BN bersetuju dengan Tun M?.
"Saya mahu tanya calon dan Umno Pulau Pinang, sokong Tun M atau sokong Najib?," soalnya.
Pada PRU 1999, selepas Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menang, Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Manakala, PRK 2008, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas Tun Mahathir menyerang beliau dan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pau.
"Jadi adakah sejarah ini akan berulang? Permatang Pauh sinonim dengan perletakan jawatan Perdana Menteri, jadi adakah Najib juga akan berundur tidak lama lagi?," katanya.

RM 1.7 bilion untuk luar bandar Sarawak tahun ini, tunggu dan lihat

Posted: 28 Apr 2015 05:59 PM PDT

oleh Jimmy Adit

Jika anda hanya bergantung sepenuhnya kepada laporan media tempatan, anda mungkin akan percaya bahawa Pengerusi DAP Chong Chieng Jen ialah anti-pembangunan luar bandar.
Dia kata "tidak" untuk bajet tambahan bernilai RM 500 juta di dalam persidangan dewan undangan negeri Jumaat lepas bukan kerana dia tidak bersetuju untuk membangunkan kawasan luar bandar Sarawak tetapi kerana dia bimbang yang kerajaan negeri BN akan menggunakan duit itu untuk mengumumkan dan melaksanakan projek pembangunan bagi memikat hati pengundi  luar bandar.
Dengan RM 500 juta dalam tangan, BN boleh melakukan apa sahaja yang anda boleh bayangkan. Untuk Chong, RM 500 juta ialah dinding kebal yang memisahkan pembangkang –termasuklah DAP- dengan Petra Jaya.
Pastinya itulah sebab utama bantahan Ketua DAP itu kepada bajet tambahan yang sedang dibentangkan dalam persidangan kali ini, yang berlaku di hujung penggal pemerintahan kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Adenan Satem.
Pilihanraya negeri akan datang boleh diadakan bila-bila masa mulai sekarang sehingga Jun tahun hadapan.
Tetapi Chong mempunyai pertikaian sah yang jika diteliti membuktikan dia tidak menentang pembangunan komuniti luar bandar seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Ahli dewan undangan negeri Belawai Len Talif berkata yang bantahan DAP bukan hanya menunjukkan ketidakikhlasan mereka untuk membantu masyarakat tetapi juga mencerminkan ketidakpedulian mereka kepada keperluan masyarakat luar bandar.
Ahli dewan undangan negeri Kemena Dr Stephen Rundi berkata: " Kami menentang tindakan pembangkang yang secara terbuka memperkecil dan mempolitikkan usaha kerajaan untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar. Mereka hanya menipu masyarakat luar bandar dengan helah mereka.
"Mereka mendakwa mereka mahu membantu kawasan luar bandar tetapi mereka menghalang usaha kami untuk meningkatkan peruntukan dana untuk membantu rakyat luar bandar. Barisan akan terus berjuang untuk memastikan masyarakat luar bandar mendapat manfaat daripada usaha pembangunan yang dilakukan kerajaan."
Chong juga mahu rakyat luar bandar memperolehi apa yang diperuntukkan kepada mereka, dan kerana itu dia menentang salah guna dan perbelanjaan duit ke tempat yang tak sepatutnya dan tidak bermanfaat kepada masyarakat luar bandar, yang sepatutnya menjadi penerima manfaat dana tersebut.
Chong sepenuhnya menyokong peruntukan yang diperlukan, tetapi pada masa yang sama, dia merasakan yang sebahagian besar daripada RM 500 juta itu tidak akan digunakan untuk membuat jalan atau membina jambatan ditempat yang sepatutnya di bina, atau mengecilkan jurang digital antara bandar-luar bandar atau menyediakan bekalan asas air dan elektrik ke kampong-kampung di pendalaman.
Read More / Baca Lagi >>

Golongan sederhana PAS khuatir krisis lama berulang

Posted: 28 Apr 2015 05:51 PM PDT

Golongan sederhana dalam PAS sekarang sangat bimbang dengan krisis berat yang melanda parti itu. Mereka sangat prihatin dengan keadaan PAS yang menyebabkan masa depannya dalam keadaan yang tidak menentu.
Dua tokoh pemikir PAS  – Dulkifly Ahmad dan Datuk Mujahid Yusuf Rawa – sentiasa memberikan pandangan mengenai masa depan PAS yang sangat membimbangkan.
Krisis dalam PAS ini dilihat antara golongan konservatif dan golongan progresif, atau golongan sederhana dan ekstrem.

Dulkifly dan Mujahid serta tokoh golongan sederhana yang lain seperti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin, Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin merasakan kebimbangan yang amat sangat perkembangan di dalam PAS yang dilihat menuju ke arah parti yang tertutup, undur ke belakang 30 tahun. Sedangkan pemimpin PAS – sejak  zaman Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Noor membawa kepada Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aziz – berusaha sungguh-sungguh mengetengahkan PAS menjadi sebuah parti yang terbuka.
Mereka ini berusaha melakukan gabungan dengan pelbagai pihak di luar PAS. Hasilnya sungguh cemerlang di mana PAS diterima sebagai parti politik Islam kontemporari yang mampu berinteraksi dengan dunia di luar PAS.
Puncak kejayaan itu seperti yang dilihat di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013 di mana sokongan kalangan bukan Islam terhadap PAS sangat luar biasa.
Dalam PRU 2008 dan 2013, ramai orang Cina dan India mengibarkan bendera PAS, malah ada yang menyelimutkan badan mereka dengan bendera bulan, tanda sokongan mereka terhadap PAS.
Tetapi dalam keadaan sekarang ini, saya fikir, situasi yang begitu sukar berulang kembali, kecuali jika berlaku perubahan pimpinan yang bersikap terbuka dan dapat diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan agama.
Read More / Baca Lagi >>

Suihaizan dengan projek budimannya

Posted: 28 Apr 2015 05:48 PM PDT

Ketika dua pihak dalam PAS bergaduh, Pemuda PAS cuba meredakan pertembungan kedua-duanya melalui Nadwah Fikh Ikhtilaf (Seminar Fekah Perbezaan Pendapat) hujung minggu lalu, namun impaknya tidak dirasai sangat sekarang ini.
Ini kerana, sesetengah pihak dalam PAS sendiri melihat apa yang berlaku dalam parti itu kecil sahaja dan tidak perlu diberikan perhatian berat.
Perbalahan yang berlaku dalam PAS ketika ini 'terlalu kecil', kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sambil memberi jaminan yang parti itu masih teguh dan akan kekal untuk terus maju ke hadapan.

Abdul Hadi berkata, parti itu pernah berhadapan krisis yang lebih besar, termasuk tindakan kepimpinan tertingginya meninggalkan parti sekitar tahun 50an dan 60an, namun PAS tetap tidak terjejas. "Apa yang digembar-gemburkan media hari ini, kecil sangat.
"Masalah dalaman parti tidak jadi masalah, tahun 50an, pernah berlaku. PAS tidak mati. Tahun 60an, berlaku krisis, beberapa kepimpinan PAS keluar parti, PAS tidak mati, terus mara ke hadapan," katanya.
Belau berkata demikian pada program dialog Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam Sabtu lalu yang dihadiri lebih 300 peserta.
"Saya mula sebut perkara ini kepada presiden, beliau berkata, ini bukan krisis tetapi ini ikhtilaf atau perbezaan pendapat, jadi kita buat nadwah bagi menanganinya," kata Suhaizan Kaiat, ketua pemuda PAS ketika berucap di majlis itu sebagai pihak penganjurnya.
Bagi beliau,  walaupun perkara ini dilihat kecil tetapi apabila perkara kecil tidak dikendalikan, ia akan menjadi besar.
Read More / Baca Lagi >>

TIME FOR SIRUL TO CHANGE LAWYER: Who is paying for his existing Umno-linked team?

Posted: 28 Apr 2015 05:09 PM PDT

TIME FOR SIRUL TO CHANGE LAWYER: Who is paying for his existing Umno-linked team?After three and a half months of being holed up in the high security wing of a Sydney immigration detention centre very little has actually happened regarding the case of Sirul Azhar Umar, the bodyguard convicted of the murder of Altantuya Shaaribbuu.
Sirul was arrested while still on a perfectly valid Australian visa, having entered as a free man, following his earlier acquittal by the Malaysian Appeal Court.
After the Federal Court reversed that acquittal, a warrant was issued for his arrest and it has been expected there will be a request for his extradition back to Malaysia.
It was obvious that immediate applications should then have been made to fight such extradition on the basis that Sirul now faces the death penalty in Malaysia.
Australia does not return migrants if they are facing a death penalty.
"He didn't murder anyone when he worked for me" Dr Mathathir and Sirul's mother.
"He didn't murder anyone when he worked for me" Dr Mathathir and Sirul's mother.
Yet stunningly slow progress appears to have been made by Sirul's Malaysia based legal team to support his position and the Malaysian Government has also acted paralysed about what to do.
However, after months of inaction, they suddenly sprang into life just the week before last, immediately after it was made public that Sirul's anxious mother had sought advice from Dr Mahathir.
Sudden action in Sydney
Sarawak Report has visited Sydney and learnt that within days of the news of that meeting the two Malaysian lawyers, who are representing Sirul suddenly appeared at the Villawood detention centre on Wednesday and Thursday, 15/16th April to see Sirul, after a gap of several weeks.
"They told him to shut up" a person close to the situation has informed. "He was told not to speak to any media and not to speak to anyone associated with Dr Mahathir or his chance of a protection visa [leave to stay] will be in danger. They have advised him that he needs to keep his mouth shut or he may incriminate himself, even though he is already incriminated."
Sure enough, visitors sent by Sirul's family the same week, were turned away from seeing the detainee. He had previously consented to see these visitors, so presumably he was acting on his lawyers' demands.
Local sources have also said that even his own family members have been told by these same Malaysian lawyers not to visit him either, causing them to cancel a planned trip this week to comfort him in Australia.
These developments coincided with a series of media announcements back in Malaysia from his legal team.
Blaxlands complex at Villawood Detention Centre Sydney
Blaxlands complex at Villawood Detention Centre Sydney
On April 12th his Malay barrister told the press that Sirul wanted "supporters and critics to stop speaking for him".
The same team of lawyers have publicly confirmed they have "gagged" Sirul – advising him not to speak to anyone further on the ground it could jeopardise the outcome of the proceedings of his case.
Even the Inspector General of Police and his department have been barred, acknowledged Sirul's barrister, who astonishingly implied the police had lied about sending a team to Australia to investigate.
However, a person who has communicated with the detainee, suggests he has become increasingly frustrated with the lack of progress on the part of his own lawyers:
Read More / Baca Lagi >>

Berlarutannya Isu 1MDB - Buruk Pada Najib

Posted: 28 Apr 2015 04:26 PM PDT

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berterusan berdiam diri tentang skandal 1MDB kini seolah-oleh mengatakan yang beliau terlibat dalam skandal tersebut,
2. Bukan sahaja pembangkang malah ramai rakyat menganggap tindakan DS Najib Razak terus mendiamkan diri tentang pendedahan terbaru berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung memberi implikasi beliau terlibat dalam skandal tersebut,
3. Terbaru, Mantan PM Tun Abdullah Badawi, meminta DS Najib menjawab semua kritikan berkaitan dengan Syarikat gergasi itu.
4. Semakin lambatnya PM menjawab berkaitan 1MDB, maka semakin kuat persepsi bahawa perdana menteri sedang cuba membeli masa supaya dapat melindungi mereka yang dinamakan portal Sarawak Report dalam pendedahannya termasuklah ahli perniagaan Low Taek Jho, juga dikenali sebagai Jho Low.
5. Tindakan berdiam diri PM akan menghakis kecekapan beliau sebagai menteri kewangan dan perdana menteri, tetapi ia juga akan mengundang anggapan bahawa secara langsung memperlihatkan beliau terlibat dalam keseluruhan skandal gergasi itu.
6. Najib boleh mengesahkan atau menafikan serta-merta yang syarikat Low menggelapkan dana dari 1MDB, kerana sebagai menteri kewangan, beliau mempunyai akses kepada dokumen dikeluarkan Sarawak Report dalam pendedahan mereka. Beliau berkata, sekiranya Sarawak Report menipu, Najib selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB sudah pasti berkeupayaan memberikan semua bukti berkaitan untuk memusnahkan kredibiliti portal berkenaan. 
Read More / Baca Lagi >>

Shafie yakin tak berlaku 'tsunami Melayu'....

Posted: 28 Apr 2015 04:04 PM PDT

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan BN masih utuh, sekaligus tidak akan berlaku "Tsunami Melayu" dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh, minggu depan.

Katanya, hasil turun padang sepanjang kempen PRK Rompin, beliau mendapati masyarakat Melayu tetap memberi sokongan kepada Umno dan BN walaupun masih ada beberapa isu yang perlu diatasi.

"Tiga hari saya di sini (Rompin), Insya-Allah, masyarakat Melayu termasuk di kampung masih lagi memberi sokongan kepada Umno dan BN.

"Saya faham dan sedar terdapat beberapa rintihan dan permohonan daripada mereka yang masih tidak dapat ditunaikan, oleh itu kita akan terus membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad kawasan Anak Endau di Dewan Majlis Daerah Rompin semalam.

Mohd Shafie mengulas tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang meramalkan kononnya akan berlaku perubahan undi Melayu terhadap BN dalam PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei dan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei.

Kelmarin, Zainuddin dalam blognya berkata keputusan bagi kedua-dua PRK itu bakal menjadi kayu pengukur sama ada akan berlakunya 'Tsunami Melayu' dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Read More / Baca Lagi >>

Saya tidak akan sekali-kali menyerah kalah - Najib Razak

Posted: 28 Apr 2015 04:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendiriannya untuk tidak akan sekali-kali menyerah kalah walaupun terus diserang dengan pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah," katanya sewaktu melancarkan laporan tahunan Program Transformasi Negara 2014 malam tadi.

Selain parti pembangkang, Najib turut dikritik oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mempersoalkan penglibatannya dalam pelbagai isu yang melibatkan 1MDB.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib turut mengajak seluruh rakyat bersama-samanya demi mencapai cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan disegani di pesada dunia.

"Selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah…ayuhlah…bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di pesada dunia."

"Ghaib" Di Permatang Pauh......

Posted: 28 Apr 2015 03:52 PM PDT


SPESIS yg sanggup dibaling batu demi GST !!!

Posted: 28 Apr 2015 03:48 PM PDT


Antara undang2 & Zahid Hamidi SIAPA LAGI BERKUASA ???

Posted: 28 Apr 2015 08:00 AM PDT


LIHATLAH SENDIRI, sebelum DS Anwar Ibrahimdihumbankan ke dlm penjara Zahid sendiri telah menyebut akan cari mekanisme membolehkan banduan boleh mengundi WALAUPUN TERANG2 TERKANDUNG DALAM UNDANG2 banduan tak dibenarkan mengundi.. ADAKAH ZAHID BERDEGIL ??

TETAPI kenapa baru skrg tiba2 keluar kenyataan yg bercangggah.. ADAKAH ZAHID SEBELUM INI BUTA UNDANG2 !!!

ANDA nilaikanlah sendiri bila undang2 dipegang rakus oleh UMNO...

Rang Undang2 yg nak kengkang suara rakyat cepat aja KAMU LULUSKAN...

Posted: 28 Apr 2015 07:58 AM PDT


TETAPI Rang Undang2 yg melibatkan tuntutan Islam KAMU pandang sebelah mata..

Bersiaplah ANDA SEMUA !!!.. Nak slmt di dunia cepat2lah jadi ahli UMNO..

ANDA SOKONG BN, ANDA SOKONG KEZALIMAN

Posted: 28 Apr 2015 07:56 AM PDT

GST cukai Rakus... Menyebabkan org buta pun kena BAYAR GST !!! 
Kerajaan UMNO Zalim..

P.44: BN didakwa tawar rasuah, SPR diminta batalkan penyertaan di Permatang Pauh

Posted: 28 Apr 2015 07:42 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membatalkan penyertaan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa memberi rasuah secara terang-terangan dan menyalahgunakan dana awam.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, peruntukan RM5 juta yang akan disalurkan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei depan.
Pengarah Pilihanraya Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohamed Talha berkata, tidak cukup dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf Hospital Seberang Jaya.
Tegasnya, kenapa kerajaan BN perlu menunggu sama ada Pilihan Raya Umum atau PRK untuk mula berjanji memberi segala jenis peruntukan kepada rakyat
"Kerja menaik taraf dan pembangunan negara ini perlu menjadi satu proses berterusan dan bukan sahaja semasa musim pilihan raya untuk memenangi hati pengundi.
"Berdasarkan rekod lalu, BN telah berkali-kali mengkhianati rakyat dengan memberikan janji-janji kosong," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

#KitaLawan: Polis guna taktik kotor sekali lagi – AMK

Posted: 28 Apr 2015 07:35 AM PDT

Nik NazmiKUALA LUMPUR 28 APRIL: Angkatan Muda keadilan (AMK) kecewa dengan tindakan polis yang berterusan mengugut serta mengancam sesiapa sahaja yang terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan, Jumaat ini.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, polis sebelum ini menahan ratusan ahli politik, aktivis serta ahli akademik berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan aman.
Beliau merujuk tindakan pihak berkuasa itu hari ini memanggil Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan anggota Sekretariat Kita Lawan, Mandeep Singh berkaitan himpunan yang sama.
"Kini taktik kotor untuk mengugut sesiapa sahaja yang ingin membabitkan diri dengan perhimpunan aman bermula sekali lagi," katanya pada kenyataan media.
Nik Nazmi berkata, ugutan sama turut dibuat di Sabah ekoran himpunan serupa yang akan diadakan di negeri itu pada 1 Mei ini.
Walau apapun ancaman, katanya, rancangan berhimpun secara aman akan tetap diteruskan bagi membantah kerakusan kerajaan, khususnya dalam pelaksanaan GST.
Nik Nazmi turut menegaskan, Akta Perhimpunan Aman, terutamanya Seksyen 9 (5) adalah melanggar Perlembagaan sepertimana ditetapkan Mahkamah Rayuan dalam kes beliau tahun lepas.
"Pihak polis mungkin boleh menahan seorang, puluhan orang atau ratusan orang tapi mustahil mereka dapat menangkap puluhan ribu rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.
"AMK juga menggesa pihak polis Kuala Lumpur agar tidak menggunakan taktik yang sama digunakan oleh polis Sabah untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia untuk berhimpun pada 1 Mei akan datang," tegasnya.

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan di Dewan Negara

Posted: 28 Apr 2015 07:32 AM PDT

Rang Undang-undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan di Dewan Negara hari ini selepas hangat dibahaskan sejak semalam.

Perbahasan rang undang-undang itu menarik perhatian 21 ahli Dewan Negara yang mengambil peluang mengutarakan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan rang undang-undang berkenaan yang sebelum ini turut mendapat perhatian ahli Dewan Rakyat.

Antara persoalan yang sering dibangkitkan semasa perbahasan rang undang-undang itu adalah mengenai tindakan yang akan diambil kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang melarikan diri ke luar negara selepas melakukan provokasi serta cenderung kepada perbuatan menghasut.


Selain itu, beberapa ahli Dewan Negara juga mahu tindakan tegas diambil terhadap individu
 yang melakukan provokasi dan cenderung menghasut melalui media sosial.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menggulung perbahasan berkata rang undang-undang berkenaan tidak hanya tertakluk kepada orang politik sebaliknya mana-mana pihak yang cenderung kepada perbuatan menghasut.

Malah beliau berkata kerajaan memberi jaminan bahawa undang-undang itu tidak akan digunakan kepada pihak yang tidak melakukan kesalahan dan tidak mengkritik secara keterlaluan.

 "Itulah jaminan kita boleh bagi supaya undang-undang ini dikenakan kepada pihak yang lakukan kesalahan tidak kira orang biasa, tinggi, rendah, bawah, atas, (orang) politik atau (orang) kerajaan sebagainya, yang melakukan kesalahan kita ambil tindakan," katanya. – Bernama