Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Stop kerja Pemuda PAS ... sah maaf-maaf tipu Mat Sabu

Posted: 26 Apr 2015 09:28 PM PDT


Sebelum ni memang tak mahu kerjasana tapi usaha juga nak pujuk.


Dah lama cakap orang liberal sokong LGBT usah diikut. Mat Sabu mintak maaf hari tu untuk dirinya atau psl dah kena kipas.







Apa Fadhil Nor kata pasal Hudud? Jijah kata apa?

Posted: 26 Apr 2015 07:30 AM PDT



Jijah kata apa pula ...


Ini hal sesama PR. Takda persefahaman dan hormat menghormati hasrat masing2.

Kalau dok berbalah, camna nak jaga rakyat dan buat benda2 lebih besar.

PKR-PAS tak settle, Guan Eng pula panic

Posted: 26 Apr 2015 03:36 AM PDT


Laporan Mkini SINI menyebut Lim Kit Siang memberi amaran:

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.

Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat".

"Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh....


Taksub dan hairan. Mkini tulis macam amaran tapi bunyi macam takut. Takkan takut bila Fakhrolrazi kata PASMA akan bawa sukarelawan 1,000. Baca Mkini SINI.

Dilaporkan Msia Today dari London bahawa PAS dan PKR sudah capai satu persefahaman dalam isu hudud. Namun Azmin nafi ada meminta maaf kepada PAS Baca Mkini SINI

Rupanya PKR mungkir janji dengan PAS bukan isu hudud tapi isu pencalunan. PAS menolak pencalunan Wan Azizah dan hentikan amalan politik kaum keluarga. 

Baca Just Read SINI

Setakat yang hadhir beberapa kerat dari PAS, sebenarnya PAS masih memboikot. Baca MyKMU SINI

Mat Sabu berhohong bila kata semua ok.

GUan Eng pun panic sebab dia risau rakan sekutun dan kudanya kalah.


Azmin, Mat Sabu, Wan Azizah....SAPA YANG TAK BOHONG?

Posted: 26 Apr 2015 01:30 AM PDT


Ini isunya tapi bila keluar, ....



... dikata sebab isu hudud.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:57 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hudud Jadi Isu Utama Penolakan PAS Terhadap PKR Di #PRKPmtgPauh

Posted: 26 Apr 2015 10:21 AM PDT

Seronok PASMA Dapat Tahu Hadi Sudah Dipermainkan PKR

Posted: 26 Apr 2015 12:54 AM PDT

Tiada Sebab Ganti Najib - Zahid

Posted: 25 Apr 2015 09:09 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:42 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Perkahwinan Termewah Abad Ini: Laki Bini menari sakan di Kazakhstan

Posted: 26 Apr 2015 09:08 PM PDT

Majlis resepsi pasangan berkenaan telah diadakan di sebuah hotel dan berlangsung selama dua hari, dari 17 April sehingga 19 April yang lalu.
rosmah-najib
PETALING JAYA: Satu rakaman visual yang dikatakan dirakam ketika majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Almaty, Kazakhstan disiarkan di laman Youtube.
Dalam rakaman berdurasi 1.17 minit, ia menunjukkan Najib bersama Rosmah dan pasangan pengantin Nooryana Najwa Najib serta Daniyar Kesikkbayev berada di atas pentas sambil menari bersama beberapa yang lain.
Majlis resepsi pasangan berkenaan telah diadakan di sebuah hotel dan berlangsung selama dua hari, dari 17 April sehingga 19 April yang lalu.

Ia turut dihadiri 250 tetamu jemputan dari Malaysia termasuk isteri Yang DiPertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan isteri; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad dan isteri; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri; serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek dan isteri.

Bekas menteri ramal 'tsunami Melayu' PRU depan

Posted: 26 Apr 2015 09:02 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diramal berdepan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Bekas menteri kewangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata ini susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menimbulkan kemarahan Melayu.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan maklum balas daripada orang ramai sebagai "pengunjung kedai mamak" dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

"Saya nampak akan kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada pilihanraya umum akan datang," katanya.

Umno BN melatah slogan 'Satu Undi Tolak GST'

Posted: 26 Apr 2015 09:02 PM PDT



ROMPIN: Slogan 'Satu Undi Tolak GST' yang dibawa PAS pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin membuatkan Umno BN semakin melatah.

Pengarah PRK PAS Rompin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut memberi respons kepada isu GST yang dibangkitkan PAS sejak memulakan kempen di Rompin.

"Sampai Ahmad Maslan tanya balik kepada Pakatan Rakyat apa alternatif kerajaan sekiranya hapuskan GST.

"Malah calon BN di Rompin pun turut memberi respons dan mengatakan slogan kita mengarut," katanya ketika ditemui.

Bercakap kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden PAS menyifatkan pemilihan slogan itu menepati kehendak rakyat bukan sahaja di Rompin bahkan seluruh negara yang terbeban dengan pelaksanaan GST.

Malah, katanya rata-rata pengundi yang ditemui marah kerana perbelanjaan mereka semakin bertambah dari hari ke hari.
Read More / Baca Lagi >>

Qazaf: Zainul Rijal dibenar tarik diri wakili menteri

Posted: 26 Apr 2015 09:00 PM PDT

Mahamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur menerima penarikan diri ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharim dan dua lagi dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keputusan sebulat suara itu, hakim Datuk Mahammad Ibrahim menerima permohonan bertulis Zainul Rizal bertarikh 11 Oktober 2012.
Bagaimanapun beliau menetapkan Zainul Rijal dan Anwar membayar kos berkenaan.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Aidi Moktar dan Hussin Harun.

Pada 2011 Anwar memfailkan permohonan supaya Zainul Rijal (gambar, kiri) diketepian daripada mewakili Jamil Khir, bekas Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan bekas ketua pendakwa, Shamsuddin Hussein.

Menurut Anwar berlaku konflik kepentingan terhadap Zainul Rijal kerana peguam itu turut menjadi ahli MAIWP.

Anwar mohon semakan semula keputusan kes liwat Mahkamah Persekutuan

Posted: 26 Apr 2015 04:12 PM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mula menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya, akan memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan bagi keputusan bersalah beliau. Peguam Latheefa Koya - anggota pasukan peguam ketua pembangkang itu berkata, permohonan berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan difailkan minggu ini walaupun tidak ada tarikh akhir.

"Ada beberapa alasan yang sah untuk mengkaji semula keputusan itu oleh panel lima hakim selepas mendapat nasihat undang-undang," katanya kepada The Malaysian Insider. Lath

eefa berkata Anwar, yang juga ketua umum PKR dan kini menjalani hukuman di penjara Sungai Buloh turut mengarahkan permohonan semakan difailkan. Satu permohonan semakan dibuat di bawah Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan atas alasan ketidakadilan, dengan pemohon meminta penghakiman bertentangan diketepikan dan panel hakim baru ditubuhkan untuk mendengar semula rayuan kes itu.

Latheefa enggan mengulas lanjut alasan permohonan semakan Anwar kerana dokumen mahkamah masih belum difailkan. Pada 10 Februari, panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan terakhir Anwar terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar selepas pembelaannya dipanggil. Menangani panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan, Anwar yang bertegas tidak bersalah berkata: "Anda menjadi rakan kongsi jenayah dalam kes pembunuhan kebebasan kehakiman," mendorong hakim bangun dan berjalan keluar dari bilik mahkamah. Anwar terus bercakap dari kandang tertuduh, berkata, "Allah menjadi saksi saya. Saya berjanji saya tidak akan didiamkan.Saya akan terus berjuang untuk kebebasan dan keadilan. Saya tidak akan menyerah.

" Ucapan beliau itu berlaku semasa prosiding mengurangkan hukuman di mana pihak pembelaan dan pendakwaan diberi peluang untuk berucap di hadapan hakim sebelum memutuskan hukuman penjara itu. Arifin yang menyampaikan penghakiman itu berkata, terdapat "bukti amat menggalakkan" Anwar meliwat Saiful.

Read More / Baca Lagi >>

Mufti Perlis persoal mengapa ‘orang bodoh’ sertai Kabinet

Posted: 26 Apr 2015 04:08 PM PDT

Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya. "

Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

 "Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi. Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir. "Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini.

Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani. Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa Mahathir hendak meminta Najib letak jawatan?

Posted: 26 Apr 2015 04:04 PM PDT

oleh Christopher Fernandez

Najib Razak sedang diasak sebagai perdana menteri Malaysia oleh bekas orang kuat Umno Dr Mahathir Mohamad dalam gesaan untuk mengusir beliau dari pejabat. Mahathir menegaskan bahawa kemelut 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan, BR1M, pembinaan jambatan bengkok ke Singapura adalah kegagalan pentadbiran Najib dan terdapat senarai panjang rungutan yang memeritkan terhadap kerajaan BN hari ini.

Tetapi di dalam sebuah buku yang diterbitkan beberapa tahun lalu oleh bekas editor Asian Wall Street Journal, Barry Wain, yang diberi nama "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain mendedahkan bahawa ketika tempoh perkhidmatan Mahathir sebagai perdana menteri lebih daripada RM100 bilion telah diseleweng.

Najib telah hadir dengan lebih terbuka dan telus berbanding zaman pemerintahan kuku besi Mahathir di mana beliau telah mendiamkan perbezaan pendapat dan mengharamkan buku ini sebelum Menteri Dalam Negeri akhirnya menarik balik pengharaman pada tahun 2010 kerana tekanan memuncak untuk membongkar perilaku dan urusan kotor Mahathir.

Sewaktu Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia beliau telah mengakibatkan lebih kesengsaraan kepada rakyat, beliau mungkin terlepas dan telah meningkatkan rangkaian kroni dan nepotisme beliau dan memberi sokongan kepada pengampu. Kebanyakan rakyat Malaysia mudah percaya dan naif dan berfikir yang Mahathir telah membawa pembangunan dan kemajuan.

Tetapi pada hakikatnya apa yang telah dibuat Mahathir kepada negara ini adalah kerosakan yang tidak terperi dan telah memberikan satu tugas yang begitu sukar Abdullah Ahmad Badawi dan Najib untuk membersihkannya.

Read More / Baca Lagi >>

Musa urges leaders to work towards the good of country

Posted: 26 Apr 2015 03:55 PM PDT

Musa: Umno imploding from Mahathir-Najib fight

Posted: 26 Apr 2015 03:51 PM PDT

Survivor of past power struggle against Dr M asks leaders to stop politicking
musa-hitam_mahathir_najib_600PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad's former deputy, Musa Hitam, says Umno as imploding from the tussle between Mahathir and Najib Razak.
His remark, spoken without trace of irony, was reminiscent of Musa's own involvement in a power struggle with Mahathir in the 1980s which was to lead to Umno being deregistered and later being resurrected as Umno-Baru.
With a characteristic quip, Musa described Mahathir and Najib as "the past ones who want to be present and the present ones who may fast be past".
He urged the two leaders to put aside politicking and work instead for the good of the country by alleviating socio-economic conditions.
Musa said the political situation was "unhealthy and confusing" the country suffering from "an eerie sense of loss of direction".
"The only thing you hear now is one person trying to topple the other. People are losing their sense of purpose (within the party)," Star Online quoted him as saying after receiving an honourary doctorate in law from HELP University.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Nurul Izzah yakin ibu mampu bahagi masa

Posted: 26 Apr 2015 03:42 PM PDT

Nurul Izzah Anwar 
PERMATANG PAUH - Anak sulung calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin pengalaman ibunya sebagai ahli politik selama 17 tahun ​mampu menguruskan masa dengan baik.

Pengarah ​pilihan raya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengalaman ibunya menjurus kepada pengorbanan dan selama ini berjaya bertahan sebagai pemimpin pembangkang​.

"Walaupun ​terpaksa menggalas amana​h sebagai Presiden PKR​, Adun Kajang dan ketua keluarga, ibu pandai membahagikan masanya ​berdasarkan pengalaman sedia ada," katanya ke ​pada Sinar Harian di sini, semalam.

​Menurutnya, Dr Wan Azizah dicalonkan semula untuk untuk memberi pembelaan kepada bapanya yang dipenjarakan.

"Rakyat tahu Anwar Ibrahim dipenjarakan dan dirampas daripada ​kami tetapi kita bergerak satu langkah ke ​hadapan untuk kerusi yang disandang nya sebelum ini," ​ ​katanya.

Menurutnya​, semua ​adik beradi​​k dan ahli keluarga​ sentiasa bersatu dengan ​ibunya untuk membela Anwar ​dengan memastikan kemenangan ​PRK Permatang Pauh.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Jamu udang kara sebagai protes GST

Posted: 26 Apr 2015 03:41 PM PDT

\Jamu udang kara sebagai protes GST  
Dr Wan Azizah (empat, kiri), Zairil (lima, kiri) dan Mohamad Sabu (enam, kiri) hadir perasmian bilik gerakan besar PR, di Kubang Semang semalam.

PERMATANG PAUH - Sebagai tanda membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk Permatang Pauh akan dijamu dengan udang kara (lobster) bakar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilakukan kerana makanan orang kaya itu dikecualikan dari GST.

"Makanan orang kaya seperti udang kara tidak dikenakan GST, Sebab itu kita mengambil keputusan mungkin Rabu atau Khamis ini, kita akan adakan BBQ udang kara tanpa GST.

"Lagipun,orang Permatang Pauh jarang makan udang kara kerana ia mahal. Kami akan membawanya ke sini agar mereka dapat makan kerana tiada GST," katanya ketika berucap sebelum melancarkan bilik gerakan besar PR di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang, malam semalam.

Read More / Baca Lagi >>

JANGAN DENGAR SUARA BIJAK 3.85..

Posted: 26 Apr 2015 03:31 PM PDT


Wahai Para Pengundi Muda yg Bijaksana...
Dengarkanlah suara orang lama...
Fahami & hayatilah kata-kata A. Samad Said ini...

Ada usul suruh Najib LETAK JAWATAN ?

Posted: 26 Apr 2015 08:25 AM PDT


INGATKAN SATU , RUPANYA ADA DUA...

Posted: 26 Apr 2015 07:28 AM PDT


KENAPA si DAM (Datuk Ahmad Maslan) takut bebeno nak terima debat di hadapan rakyat lagi2 yg berkaitan dgn isu rakyat !!!

Kalau dah 'kepala besar' UMNO pon takut nak berdebat sembunyi ketiak bini inikan pula hamba kuli yg di bawahnya...

Cubalah ikut contoh keberanian Shabery Cheek berdebat wpun mulutnya berbuih2 dikerjakannya.. Apa kurangnya mulut kamu wahai DAM.. Tak berbuih pon takper janji gentle anak jantan berdebat di hadapan rakyat !!!

P.44: Ingatlah 6%, pesan Pak Samad kepada pengundi

Posted: 26 Apr 2015 07:22 AM PDT


PERMATANG PAUH: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berpesan kepada para pengundi agar mengingati enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan ke atas mereka ketika memangkah undi.

Menurutnya, masalah terbesar yang sedang melanda negara ini adalah pelaksanaan GST yang membebankan rakyat.

Kata beliau, tidak menentang GST dan menyokong BN adalah sebenarnya menolong menaikkan harga barang seterusnya membantu membebankan rakyat.

"Setiap kali anda memangkah, ingatlah 6 peratus. Hendakkah anda memangkah untuk menaikkan harga, atau menurunkan harga?" katanya dekat sini, semalam.

Oleh yang demikian, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad menegaskan setiap undi adalah sangat perlu bagi sama-sama menzahirkan bantahan dan penolakan terhadap cukai tersebut.

"Wan Azizah bukan hanya mewakili suaminya yang dizalimi, undi itu juga perlu diberi untuk menghanyutkan GST.

"Oleh kerana itu, janganlah berfikir jauh sangat, ingatlah Wan Azizah yang mewakili suaminya yang terdera dan kita yang didera oleh harga, pangkahlah Pakatan Rakyat. Itu yang saya harapkan," tegasnya lagi.

P.44: Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang keputusan peribadi – Suhaizan

Posted: 26 Apr 2015 07:02 AM PDT

SUHAIZAN
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata beliau telah meminta Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit dengan elok.
KUALA LUMPUR, 26 April:
Tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang merehatkan semua jentera dan petugas serta menutup bilik gerakaan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh berlangsung merupakan keputusan peribadi.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata beliau telah meminta Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit dengan elok.
Namun begitu jelasnya, hal berkenaan tidak diselesaikan dan tindakan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk tidak terlibat dalam kempen PRK berkenaan itu merupakan keputusan mereka sendiri.
"Itu adalah hak dia untuk melakukannya tetapi mesyuarat PAS Pusat pada 13 April lalu telah membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon Pakatan Rakyat (PR) di Permatang Pauh.
"Oleh itu, Pemuda PAS Malaysia telah mengerakkan jentera pilihanraya khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post di sini hari ini.
Pemuda PAS Pulau Pinang mengambil tindakan tersebut selepas desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh mereka berhubung kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dihiraukan.
Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April untuk menyatakan permohonan maaf juga telahpun tamat.
Pemuda PAS mengatakan mereka kecewa atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik Parti Keadilan Rakyat dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Read More / Baca Lagi >>

Bomoh dan dara: Di manakah kita tersilap sebagai masyarakat?

Posted: 26 Apr 2015 06:58 AM PDT

oleh Mariam Mokhtar


Seorang wanita muda yang telah kehilangan dara cuba untuk memulihkannya kerana beliau bakal mendirikan rumah tangga. Beliau merujuk seorang bomoh dan akhirnya dirogol. Jelas sekali ianya memang salah perogol itu. Masyarakat kita kebanyakannya didominasi kaum lelaki, yang sering memandang rendah wanita. Budaya ini perlu diubah, supaya lelaki belajar untuk menghormati wanita.

Kes ini begitu membimbangkan, kerana sesetengah wanita masih lagi begitu mudah terpedaya, dalam abad ke-21 ini. Kita mempunyai pendidikan terbaik di dunia, tetapi wanita ini, cuba untuk "memulihkan" selaput dara beliau dengan seorang bomoh. Beliau berupaya untuk berfikir yang tidak lagi mempunyai dara pada malam pertama beliau akan meyebabkan suami dan keluarganya mara.

Jadi mengapa beliau membayangkan yang bomoh mampu memulihkan dara beliau? Adakah beliau begitu mudah terpedaya? Apa yang beliau belajar di sekolah, daripada pelajaran biologi terbaik di dunia? Adakah beliau naif, jahil atau bodoh? Panduan apakah yang diterima daripada keluarga, dan paling penting sekali ibunya?

Dalam kes rogol ini, seorang setiausaha berusia 22 tahun yang sepatutnya berkahin hujung bulan ini, berjumpa dengan seorang bomoh berusia 53 tahun di Semenyih untuk memulihkan daranya. Ketua Polis Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab mendakwa bahawa bomoh itu telah memberi wanita berkenaan tiga pilihan untuk "pulihkan selaput dara beliau". Pilihan pertama adalah menghantar 10 video lucah dirinya sendiri kepada bomoh itu.

Pilihan kedua adalah membenarkan bomoh itu menyentuh badan beliau. Pilihan terakhir adalah membuat hubungan seks dengan bomoh itu. Beliau memutuskan untuk memilih pilihan pertama, tetapi selepas tiga video beliau menukar untuk pilihan kedua. Beliau telah dirogol selepas berjumpa bomoh itu di waktu malam, di dalam sebuah pondok.

Selepas beliau membuat laporan polis, bomoh itu telah ditahan dan akan disiasat kerana merogol. Wanita itu tidak mabuk, atau hampir tidak berpakaian seperti yang kita tahu, tetapi beliau bersedia untuk menghantar video bogel dirinya kepada seorang yang tidak dikenali. Setelah gagal, beliau bersedia untuk membenarkan bomoh itu menyentuhnya.

Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Selamatkan Felda 2.0 desak singkir Isa Samad

Posted: 26 Apr 2015 06:46 AM PDT

ROMPIN: Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 yang berakhir petang ini sebulat suara memutuskan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad mesti disingkirkan serta-merta.

Para peserta himpunan anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu juga mendesak kerajaan menyiasat segera semua penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang Isa menjadi pengerusi Felda.

Himpunan di Felda Keratong 4 itu juga sebulat suara menggesa Felda menghentikan penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) dalam Bursa Malaysia dan mengembalikan 360,000 hektar tanah Felda Plantation yang dipajakkan kepada FGV kepada Felda.

Himpunan juga menggesa Felda membatalkan perjanjian tanam semula dan pengurusan kebun kepada perjanjian baru yang lebih adil kepada peneroka.

Selain itu, himpunan mencapai kata sepakat menggesa Felda memperbanyak program perumahan generasi kedua dengan harga mampu milik.

Resolusi yang ditandatangani Presidn Anak, Mazlan Aliman itu turut menggesa Felda mengembalikan fungsi dan kegemilangan Koperasi Permodalan Felda.
Read More / Baca Lagi >>

Tun Faisal: Dr M gagal jelaskan isu 1MDB...siapa soal siapa..???

Posted: 26 Apr 2015 06:44 AM PDT

Seorang bekas anggota Exco Pemuda Umno hari ini berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah gagal menjelaskan isu sebenar mengenai syarikat pelaburan nasional, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
  
Ia termasuk hakikat bahawa 1MDB merupakan sebuah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat itu tidak ditanggung oleh kerajaan melainkan bon yang dijamin oleh kerajaan.
  
Tun Faisal Ismail Aziz berkata bahawa Dr Mahathir tidak meyampaikan fakta bahawa hanya RM5.8 billion hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan dan baki hutang yang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, iaitu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi.
  
Sedangkan Dr Mahathir dalam tulisan di blognya telah cuba memberi gambaran seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya, kata beliau.
    

Read More / Baca Lagi >>

Tun Mahathir sebelum ini berkata "HANYA YANG BODOH SAJA ADA DALAM UMNO...."

Posted: 26 Apr 2015 06:39 AM PDT

MENGAPA NAJIB SUKA ambil & bela 'menteri bodoh' duduk lama2 dalam kabinet dapur Najib ??? Adakah ia satu polisi UMNO/BN ???

P.44: Lima isu utama dalam PRK Permatang Pauh

Posted: 26 Apr 2015 06:24 AM PDT

Pilihanraya kecil Permatang Pauh mempunyai lima isu utama, bukan sahaja untuk para pengundi di kawasan tersebut, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, iaitu:
Pertama :Sebagai pungutan suara yang jelas dan tanpa sangsi, bukan sahaja bagi pihak rakyat Permatang Pauh tetapi juga 30 juta rakyat Malaysia, menentang penganiayaan berterusan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dipenjarakan buat kali kedua dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen; justeru menjadi seruan lantang dan tegas supaya Anwar segera dibebaskan dari penjara.

Kedua :Menolak pelaksanaan cukai GST sejak 1 April yang menindas serta membebankan orang ramai serta menuntut supaya cukai enam peratus itu dimansuhkan.

Ketiga: Mengetuai negara mendesak ketelusan segera serta akauntabiliti ke atas ibu kepada segala skandal kewangan di Malaysia, skandal 1MDB yang bernilai RM42 bilion. Ketika para pengundi membuang undi mereka pada 7 Mei nanti, sudah lebih dua bulan sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa kira-kira 1MDB. Pengundi Permatang Pauh mestilah mengundi demi mendesak supaya Ketua Audit Negara membentangkan laporannya mengenai skandal 1MDB itu kepada Parlimen apabila ia bersidang pada 18 Mei - atau sekurang-kurangnya supaya satu laporan interim dapat dikeluarkan.

Keempat :Mengundi untuk mengecam penindasan di negara ini, bukan sahaja penggubalan undang-undang yang tidak demokratik seperti pindaan terhadap Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) tetapi juga sikap double standard, penindasan dan gangguan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO terutamanya dalam contoh yang dapat dilihat melalui tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bertwitter ria.

Kelima: Untuk 'Selamatkan Malaysia' dengan memberikan undi yang jelas dan tegas terhadap kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan gagasan 1Malaysianya, yang berkesudahan dengan polarisasi kaum dan agama yang paling buruk sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Lim Kit Siang

P.44: Pemuda PAS Pmtg Pauh kekal boikot PKR

Posted: 26 Apr 2015 06:14 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) bertegas tidak akan membantu gerak kerja Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Permatang Pauh.
  
Ketuanya Mohd Yusni Mat Piah berkata keputusan itu diambil selepas AMK Pulau Pinang masih enggan memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, walaupun diberi tempoh sehingga semalam.
  
"DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri direhatkan daripada semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh. Semua Bilik Gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan Pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh.
  
"Malahan kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan daripada bertugas dalam PRK ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Mohd Yusni berkata pihaknya tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai pentas ceramah sepanjang tempoh berkempen.

Kemelut yang melanda kempen Pakatan Rakyat, sebelum ini dianggap selesai selepas presiden yang juga calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan dengan PAS Permatang Pauh dua hari lepas.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: Pemuda PAS boleh daftar terus di markas induk Pmtg Pauh

Posted: 26 Apr 2015 06:13 AM PDT


PERMATANG PAUH: Para pemuda PAS yang ingin bertugas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh boleh mendaftar terus di markas induk di pejabat Adun Permatang Pasir, Permatang Rambai.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, mesyuarat PAS Pusat pada 13 April 2015 yang telah membuat keputusan sebulat suara untuk membantu calon Pakatan Rakyat di Permatang Pauh.

Justeru, katanya Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan jentera pilihan raya khususnya di Dun Permatang Pasir.

Untuk maklumat lanjut, ujar beliau petugas pemuda boleh menghubungi Pengarah Pilihan raya, Mujahid Yusof (016-4403164) dan Pengarah Operasi Pilihan raya Pemuda, Sany Hamzan (019-6111171).

P.44: Serang peribadi bukti Umno-BN tandus isu

Posted: 26 Apr 2015 06:11 AM PDT

SEBERANG PRAI 26 APRIL : Serangan peribadi yang berterusan oleh Umno-BN terhadap calon KEADILAN iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh adalah strategik retorik dan tak akan kekal lama, kata Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
saiIni kerana katanya, serangan tersebut memberikan mesej yang jelas kepada semua rakyat bahawa BN ketandusan isu untuk serang parti KEADILAN sedangkan rakyat sedang marah terhadap kerajaan ekoran Pelaksanaan Cukai Brangan dan Perkhidmatan (GST).
"Kita kesan serangan ini pada hari pertama BN berkempen dan kalau itulah strategi yang diambil BN saya percaya ia tak akan kekal lama.
"BN akan teruskan berkempen dengan serangan peribadi ini dan tanpa mereka sedar serangan ini memberi mesej jelas kepada pengundi Permatang Pauh bahawa BN ketandusan isu dan lonjakan semula Wan Azizah sebagai calon adalah terbaik kerana rakyat sudah mengenali beliau kerana kepimpinan beliau dalam parti ini sudah masuk ke tahun yang ke -17," katanya dalam sidang media di Yayasan Aman dekat Pulau Pinang.
BN membuat serangan peribadi dalam kempen mereka dengan menekankan tentang isu Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namum KEADILAN menekankan isu GST yang sedang mendapat perhatian rakyat kerana cukai bebanan yang dibuat oleh kerajaan BN disaat rakyat trhimpitdenhan kos sara hidup, harga barangan yang mahal serta pendatana yang ,asih di tahap rendah.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Pemuda Pakatan Rakyat sedia gempur musuh

Posted: 26 Apr 2015 06:11 AM PDT

Dr-Afif-BahardinSEBERANG JAYA 25 APRIL : Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Dr Afif Bahardin berkata AMK, Pemuda PAS dan Dapsy akan bekerjasama mantap bagi membantu calon Piliihan Raya Kecil Permatang Pauh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketiga-tiga cabang anak muda dalam Pakatan Rakyat ini bergabung bagi berentap dengan calon Umno-BN dan memastikan kemenangan berpihak kepad Pakatan Rakyat.
Katanya, dengan isu-isu semasa yang berlegar di minda rakyat seperti GST dan pembaziran, beliau yakin kemenangan akan berpihak dipihak Pakatan Rakyat.
"Kita akan menurunkan jentera seramai mungkin untuk memastikan kemenangan dan kita akan bekerjasama dengan Pemuda PAS dan Dapsy dan NGO yang lain, kita akan lawan habis-habisan untuk kemenangan calon kita.
"Kita juga akan mengerahkan semua pemuda setiap negeri turun dan ia akan dipadatkan dengan isu isu anak muda serta isu GST,"katanya ketika ditemui Suara Keadilan di Pusat penamaan calon di IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
11162204_954223187945522_6801047157717870106_n 11150932_406202399552697_7390550615815265575_nSementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat juga menyatakan bahawa kerjasama yang akan dilakukan nanti adalah untuk memastikan parti KEADILAN memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
"Kita akan bekerjasama kerana harapan kita adalah unyuk Pakatan Rakyat menang, pada saya pilihannya satu sahaja iaitu kita akan pastikan kemenangan berlaku pada calon yang dipilih,"ujarnya.

BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 9:09 PTG | Posted in

sumber :-

Tukar Tiub

0

Posted by Unknown | Posted on 7:11 PTG | Posted in

sumber :-

Tukar Tiub


NAJIB LETAK JAWATAN?

Posted: 26 Apr 2015 06:30 PM PDT





KOMENTAR
najib makin diasak
orang ramai menunggu
jawapan dari najib

1- siapa arah sirul dan azilah bunuh altantuya?
2- siapa upah sirul dan azilah?

soalan ini wajib dijawab



Gesaan untuk Najib letak jawatan makin kuat di media sosial

Apabila anda menaip nama  Najib Razak di Facebook akan terpapar senarai didahului profil rasminya. Namun gambar profilnya yang tersenyum diikuti beberapa laman menyeru peletakan jawatannya – dan setiap satu daripadanya mengumpul beberapa ribu "like".
Minggu lepas, bekas Mahathir Mohamad berkata beliau keseorangan menyeru peletakan jawatan Najib, namun laman-laman sedemikian menunjukkan realiti adalah sebaliknya.
Contohnya, laman Facebook "LetakJawatan" yang dibuka hanya sebulan lalu sudah pun mengumpul 99,356 "like" 6 petang semalam (Jumaat), dan menerima 2 juta pengunjung setiap minggu, menurut pentadbir laman tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gesaan-untuk-najib-letak-jawatan-makin-kuat-di-media-sosial#sthash.DPwmTOvH.dpuf

KAH KAH KAH

woit
lari..lari...lari
mana mahu lari
mat mongol sedang lari
lari ke kazakhtan
untuk selamat diri
APA PUNYA PUTAR



---------------

JANGAN TIPU RAKYAT

Posted: 26 Apr 2015 06:00 PM PDT







KOMENTAR
warga negara biasa
menunggu  jawapan najib:
siapa beri arahan sirul bunuh altantuya

ahli perniagaan
dan warga kelas menengah
nak tahu mana hilang
42 bilion ringgit duit 1MDB


Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar  Najib Razak agar berhenti "menipu" rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

"Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

"Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara)," katanya..

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

"Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

"Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat," katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga "tidak mencuri wang rakyat".


KAH KAH KAH

woit
isu najib tipu rakyat
dah lama timbul
sekarang muncul kembali
kerana TUN yang timbulkan

APA PUNYA TIPU

-------------

KERENAH BIK MAMA

Posted: 26 Apr 2015 10:12 AM PDT





KOMENTAR
kerenah dan muslihat
apa itu kerenah
apa itu muslihat

Waspada kerenah isteri jika tidak mahu 

dibenci rakyat, kata mufti Perlis 

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyampaikan peringatan kepada pemimpin negara agar berwaspada dengan kerenah dan "muslihat" isteri masing-masing jika tidak mahu dibenci rakyat seterusnya menghancurkan masa depan kerjaya politik mereka.
Peringatan itu dimuat naik di laman Facebook miliknya Jumaat lepas di bawah tajuk "Wanita dan pengaruhnya terhadap lelaki". Bagaimanapun, tidak jelas ia ditujukan kepada sesiapa walaupun Asri menggunakan gelaran "first lady" (wanita pertama) dan memetik beberapa nama isteri pemimpin dunia.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/waspada-karenah-isteri-jika-tidak-mahu-dibenci-rakyat-kata-mufti-perlis#sthash.gklZBAjd.dpuf

KAH KAH KAH

woit
mari kita teka
siapa dalam kepala mufti
siapa agaknya first lady
siapa pula second lady
kah kah kah

APA ITU 
SECOND LADY



-----------------

ISTERI SIAPA PENJENAYAH

Posted: 26 Apr 2015 06:00 AM PDT






SIAPA

TERLIBAT

 KES BUNUH
isteri 
siapa melakukan jenayah
yang dahshat
jelas dan amat jelas



TIPU TERUS TIPU

Posted: 26 Apr 2015 05:00 AM PDT




KOMENTAR
kalau najib rosmah dan jho low
tidak rembat 42 bilion ringgit
bukan sahaja TIDAK perlu GST
malah belajar di kolej dan univeristi
boleh diberi murah dan percuma




Kalau Mahathir tak faham GST, bagaimana rakyat?

Mufti Perlis  Mohd Asri Zainul Abidin menyindir sinis Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan yang didakwa memperkecil kefahaman  Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Jika  Mahathir  dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih
berpengalaman tentang ekonomi negara dari Mahathir  akan lebih faham tentang GST?

KAH KAH KAH

woit
hang tak faham GST
kerana hang tak dapat
3.85 pointer kah kah kah
munkee ni tugasnya 
tipu orang kampong
tipu mak cik felda
TIPU TERUS TIPU

-------------

WARGA MISKIN KOTA BERDEMO LAGI

Posted: 26 Apr 2015 01:30 AM PDT






BRIXTON

dulu brixton tempat murah
tempat orang hitam
tempat anak muda
tempat kaum revolusiner
tempat counter culture
tempat seniman dan pelukis

hanya 5 stesen ke pusat kota
kini menjadi wilayah mahal
kini jadi wilayah pilihan orang kaya
maka warga msikin kota turun berdemo

NOTA
di brixton dua warga 
dari jelebu tinggal

tempat jatuh lagi dikenang
ini kan pula tempat terberak


Police use CS spray as anti-gentrification protesters mass in Brixton

A peaceful protest against gentrification in Brixton, London, has ended in violence. The local town hall was stormed by protesters, the window of an estate agents was smashed, and CS spray gas was used to disperse protesters who had gathered at a Brixton police station.
More than 1,000 people had taken part in the Reclaim Brixton rally on Saturday and its organisers insisted they did not want trouble. Their aim was to demonstrate the community's concern about the area's gentrification, with locals being priced out of the housing market and smaller, individual businesses being driven out by high rents.

KAH KAH KAH
woit
kl akan ada demo
kampong lama gwa pun
ada demo juga
kah kah kah
DEMO ADALAH BUDAYA

----------------

LEMBU OH LEMBU

Posted: 26 Apr 2015 12:07 AM PDT







FACE BOOK



Shahrizat bercakap benar ???
Sejak bila pandai bercakap benar...

Amanah duit2 rakyat RM250 JUTA tu siapa kebas & balun ???.. Nak percaya kata2 dari penyamun duit rakyat ???




--------------------

1 JUTA 1 MEI

Posted: 25 Apr 2015 10:18 PM PDT




1 JUTA 1 MEI


GST sepatutnya dibatalkan, 

kata  Mahathir

Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gst-sepatutnya-dibatalkan-kata-dr-mahathir#sthash.FTy7ZYe2.dpuf

KAH KAH KAH

ya ampoooon
yang mulia tun 
ya ampoon 
dah sokong....
jemputlah ke jalan raya
jemputlah turun berdemo
kerajaan zalim
hanya faham demo

DEMO BUDAYA KITA










---------------

KETAWA HARI AHAD

Posted: 25 Apr 2015 09:16 PM PDT



LAIN DI TANYA
LAIN DI JAWAB
Cikgu: mamat ... kenapa awak x dtg sekolah smalam? Mamat: sumpah saya x kenal bini cikgu... Cikgu: ??????? on KES BUNUH DAN CURI BUKAN KES UMUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/25/15


Kah kah kah ... lain yg d tanya lain yg d jawab on KES BUNUH DAN CURI BUKAN KES UMUR
Anonymous
on 4/25/15









-------------------------

KITA TUNGGU DAN LIHAT

Posted: 25 Apr 2015 08:45 PM PDT






KOMENTAR
suasana politik cuckup cantik
gerombolan ketuanan melayu sedang berpecah
sedang tikam menikam
komplot sedang dibuat
komplot sedang diatur

di mana peranan sosok
yang mahu perubahan?

jawabnya cukup senang
panjangkan lagi perang ini
mana yang lemah beri sokongan
mana yang kuat lakukan hakisan
lagi lama perang
lagi molek untuk rakyat
lagi baik untuk pakatam

tapi awas!
daulah terpendam juga
sedang merancanga untuk
kacau dan huru hara pakatan


Pertubuhan Warisan Melayu minta henti 

serangan terhadap Najib 

Pertubuhan Warisan Melayu (PWM) Johor hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan serangan terhadap Najib Razak, dan kembali bersatu demi kepentingan agama serta bangsa.
Presidennya Abdul Rahman Yunos berkata menegur pemimpin dengan perbuatan menghentam bukan merupakan adab dan budaya Melayu, sebaliknya ia perlu dilakukan secara berhemah.

"Pertubuhan Warisan Melayu yang mengadakan mesyuarat agung hari ini memutuskan untuk mengemukakan resolusi bagi melindungi kepimpinan negara dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada  Najib Razak
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pertubuhan-warisan-melayu-minta-hentikan-serangan-terhadap-najib#sthash.1R0ixbx4.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
sokong jangan tak sokong
jangan belah
jangan bahagi
walau pun pembunuh
walau pun penjenayah
sokong terus sokong
APA PUNYA TUUR

-------------

SERANG BALAS AKAN SAMPAI

Posted: 25 Apr 2015 08:05 PM PDT






KOMENTAR
minggu ini tanda semakin jelas
najib akan diundurkan
anak anak muda #KitaLawan gumbira
rakyat satu malaysia gumbira sama

minggu ini tanda semakin jelas
muhyiddin akan menggantikan najib

minggu ini tanda semakin jelas
zahid hamidi menggantikan muhyiddin

kenyataan mahathir semakin jelas
serangan mahathir semakin mengena
najib tidak banyak pilihan

tapi dalam politik
satu minggu adalah
satu masa yang amat panjang



Mahathir yakin Muhyiddin takkan buat 

kesilapan seperti Najib 

Muhyiddin Yassin tidak akan melakukan kesilapan sama jika menggantikan Najib Razak sebagai perdana menteri, kata Mahathir Mohamad.
Mahathir berkata, mengikut tradisi dalam parti Melayu itu, timbalan presiden akan diangkat sebagai penganti sekiranya Najib meletakkan jawatan.
"Kalau ikut adat Umno, tentulah timbalannya," kata  Mahathir semasa menjawab soalan daripada orang ramai semasa forum Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dr-mahathir-yakin-muhyiddin-takkan-buat-kesilapan-seperti-najib#sthash.0C2Pw05k.dpuf


KAH KAH KAH

woit
suami najib
akan lawan
suami najib serang balas
tunggu dan lihat
KAH KAH KAH

-------------------

ANAK MUDA - MALAM INI

Posted: 25 Apr 2015 07:33 PM PDT




PAYA JARAS

MALAM INI

ANAK MUDA

menuju 1 juta 1 mei
dataran merdeka







-------------------