Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


AHLI PAS PERLU MATANG?

Posted: 25 Apr 2015 09:11 AM PDT

Satu papan tanda besar dinaikkan oleh ahli Pas di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang menyokong Abdul Hadi Awang yang dikecam DAP dan PKR.

Sejak dulu lagi semua orang tahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) amat bergantung ke­pada Pas. Tanpa gerak kerja, jentera dan sokongan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi, ja­ngan mimpi PKR akan berada pada kedudukan sekarang.

Tetapi jasa Pas seolah-olah tidak dihargai dan pengorbanan Pas tidak pernah diingati. PKR tetap bersekongkol dengan DAP untuk menentang apa sahaja agenda politik Pas termasuklah pelaksanaan hukum hudud.

Kedua-dua parti itu tahu bahawa dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyebelahi mereka. Justeru mereka merasakan tidak perlu menjaga hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas lain khususnya dalam kalangan ulama. Kalaulah pemimpin kanan seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun dihina dan ditohmah macam-macam apalah sangat kalau yang membuat bantahan itu pemimpin-pemimpin di peringkat kawasan.

Itulah senario yang berlaku di Permatang Pauh sekarang. Pemimpin-pemimpin PKR langsung tidak mempedulikan desakan Pas kawasan itu supaya mereka meminta maaf kerana menolak hukum hudud dan menghina Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas.

Sebaliknya sama ada Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail yang disebut-sebut akan kembali bertanding di Permatang Pauh mahupun Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, kedua-dua tidak mempedulikan desakan itu.

Ternyata sekali tindakan mereka mencabar maruah ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi. Walaupun menyedari di Permatang Pauh, PKR amat memerlukan sokongan ahli-ahli Pas jika berhasrat untuk menang tetapi jawapan yang diberikan oleh Wan Azizah apabila ditanya mengenai desakan Pas Permatang Pauh seolah-olah menunjukkan keangkuhan.

Presiden PKR itu berkata, "Tidak timbul isu untuk menarik semula kenyataan berkenaan kerana pengundi di Parlimen Permatang Pauh sudah cukup matang untuk menentukan calon sesuai mewakili mereka.''

Terpulanglah bagaimana kita mahu mentafsirkan kenyataan itu tetapi apa yang jelas, ini memberi isyarat kepada pemimpin dan ahli Pas bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi juga seluruh negara bahawa begitulah cara pemimpin-pemimpin PKR melayan mereka.

Ahli-ahli Pas tidak perlu marah atau melenting dengan kenyataan Wan Azizah itu, sebaliknya mereka boleh menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk mereka menunjukkan kematangan dalam melayan kerenah politik PKR dan DAP.

Begitulah juga di Permatang Pauh, inilah masanya pemimpin dan ahli Pas menunjukkan kematangan mereka dengan tidak lagi membiarkan diri mereka diperbodoh dan diperkotak-katikkan oleh PKR. Ahli-ahli Pas perlu matang menilai bahawa mereka tidak dilayan dengan adil dalam pakatan pembangkang.

Perjuangan Islam mereka untuk melaksanakan hukum hudud ditentang oleh PKR, Presiden yang mereka hormati dihina oleh DAP dan kini maruah mereka pula seolah-olah dicabar apabila PKR enggan memohon maaf kerana menolak hukum hudud.

Ahli-ahli Pas tidak boleh lagi menjadi bagaikan `kerbau dicucuk hidung' atau `lebai malang' yang disuruh ke sana ke mari untuk memastikan kemenangan calon PKR tetapi akhirnya, mereka tidak dihormati dan dipinggirkan.

Apa gunanya ahli-ahli Pas atas semangat tahaluf siyasi sanggup meninggalkan anak isteri semata-mata turun ke Permatang Pauh untuk membantu kempen PKR. Janganlah berhujah apa yang dilakukan adalah demi menegakkan perjuangan Islam kerana perjuangan itu tidak akan tercapai kerana hukum hudud pun ditolak oleh PKR.

Sudah jelas PKR tidak akan menarik balik kenyataan mereka mengenai hukum hudud dan Dewan Ulama kawasan itu pun sudah menegaskan, mengundi calon yang menolak pelaksanaan hukum tersebut adalah haram. Oleh itu, pandai-pandailah mereka membuat keputusan apa yang hendak dilakukan pada 7 Mei nanti.

Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak boleh lagi berkompromi dengan keceluparan yang ditunjukkan oleh pemimpin PKR dan DAP dalam melayan Pas. Kedua-dua parti itu lebih memerlukan sokongan Pas terutamanya di Permatang Pauh. Mungkin menyedari hakikat itulah Pemuda DAP menarik sementara pembekuan kerjasama dengan Pemuda Pas.

Oleh itu, pilihan raya kecil kawasan tersebut boleh dijadikan medan untuk ahli-ahli Pas memberikan isyarat kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak melayan Pas bagaikan parti yang melukut di tepi gantang.

Seperti mana sudah dihujahkan berkali-kali, Pas bukanlah sebuah parti picisan. Kepatuhan dan kerajinan ahli-ahli Pas dalam memastikan kemenangan calon-calon pakatan pembangkang sudah terbukti dalam beberapa pilihan raya sebelum ini termasuklah kejayaan PKR mempertahankan kerusi Permatang Pauh.

Tetapi soalnya, apakah PKR dan DAP melayan Pas dengan sewajarnya? Pernahkah mereka menghormati perjuangan Islam Pas? Semua orang tahu jawapannya. Oleh itu tidak perlu lagi ahli Pas di peringkat akar umbi memberi sokongan membabi buta. Kalau sesetengah pemimpin Pas masih mahu bersandiwara, biarkan sahaja.

Justeru cukup-cukuplah ahli-ahli Pas dilayan bagaikan `hamba' dalam pakatan pembangkang. Disuruh berkempen, berkempen, disuruh berhimpun, berhimpun dan disuruh menyokong, menyokong tanpa sepatah pun penentangan.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PKR seolah-olah menunjukkan mereka begitu yakin bahawa mereka boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya biarpun tanpa sokongan ahli-ahli Pas. Sebab itulah, mereka tidak mahu menarik balik apa yang mereka katakan kepada Pas.

Oleh itu, sahutlah cabaran supaya pengundi-pengundi Permatang Pauh mempunyai kematangan untuk menentukan calon bagi mewakili mereka dengan memberi pengajaran kepada parti yang tidak tahu menghargai pengorbanan sekutunya. Cukup-cukuplah jadi `pak turut' kerana ternyata ia tidak membawa apa-apa manfaat kepada Pas!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


#UNDURLAH Najib Razak

Posted: 25 Apr 2015 09:01 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMUDA PAS TETAP BOIKOT PKR DI PRK PERMATANG PAUH - PORTAL TRANUNGKITE

Posted: 25 Apr 2015 09:06 PM PDT





BUKIT MERTAJAM: Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah, kekal dengan pendirian untuk memboikot jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ia susulan kegagalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memenuhi desakan pihaknya untuk menarik balik kenyataan berhubung PAS dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta hudud.

Mohd Yusni berkata, pihaknya tidak akan melakukan perubahan pendirian seperti dilakukan PAS Permatang Pauh.

"Kami akan tetap boikot jentera PKR bagi PRK ini dan akan berjuang sehingga AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutan kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Permatang Pauh yang membuat pusingan U dan kini kembali menyokong calon PKR selepas memberi kata dua kepada parti itu sebelum ini.

Pusingan U itu mungkin berpunca daripada kompromi yang dicapai hasil pertemuan malam semalam antara Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan PAS Permatang Pauh.

Sumber : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=23265

POSTER-POSETER PRK ROMPIN DARI PAGE ROMPINKU MAKMUR.

Posted: 25 Apr 2015 04:00 AM PDT

Sebuah page yang mempunyai banyak gambar-gambar kempen BN dalam PRK Rompin.


Rugi kalau kita tak tolong LIKE. Berikut ada beberapa poster yang didapati dari page tersebut. Mohon disebar-sebarkan ye.




*Sebar-sebarkan..

PRESIDEN DAN PAS KELANTAN BOIKOT PENAMAAN PRK PERMATANG PAUH, AHLI KECEWA BENDERA TAK KIBAR?

Posted: 25 Apr 2015 12:39 AM PDT

Dalam kesibukan Wan Azizah mencalonkan dirinya, rupa-rupanya PAS Pusat dan PAS Kelantan masih lagi tidak kisah apa yang berlaku di Permatang Pauh. Cuba lihat gambar-gambar ini....



Sebagai balasannya, tiada bendera PAS berkibar semasa penamaan calon tadi.

Poster dari page Malaysian Idiots

Walaupun PKR memberitahu media bahawa isu PKR dan PAS telah selesai, apa yang berlaku sebentar tadi menunjukkan sebaliknya....

*Mampukah Wan Azizah menang tanpa sokongan PAS? Sama-sama kita nantikan.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BAWA MAT MASLAN KE PERMATANG PAUH ...SAH BN KALAH BERGANDA

Posted: 25 Apr 2015 07:09 PM PDT



Dr Maza bantai teruk Mat Maslan!!

Mat_Maslan
Takat ni!!
Kenyataan pedas dari Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin di Facebook kepada seorang menteri yang berkata bekas PM, Tun Mahathir tak faham GST.
Apabila Tun Mahathir yang pintar dikatakan tak faham tentang GST, bagaimana pula rakyat biasa ingin memahaminya. Juga jangan beri kepada orang bodoh urus harta walaupun harta sendiri, bantai Dr Asri.
Tun M Tak Faham GST?!
Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!
Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!
Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah individu dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?! – Dr Maza

MAT MASLAN BUAT BODO LAGI SETELAH BEBERAPA KALI JADI BODO......MENTERI PALING DIBENCI DI MALAYSIA

Posted: 25 Apr 2015 07:04 PM PDT

 

 

 

 AMANO WORLD

 

Akhirnya Ahmad Maslan Menjadi Menteri Yang Paling Dibenci Di Malaysia - Mengalahkan Najib Dan Hasan Malek.


Buka aje mulut. Orang meluat.

Buka aje mulut. Orang menyampah.

Buka aje mulut. Orang mengata.

Tak kira la yang berparti ka yang tak berparti ka yang sokong kerajaan ka yang meluat dengan kerajaan ka yang student ka yang bekerja ka rata-ratanya meluat dengan seorang menteri yang bernama Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan yang juga ahli parlimen bagi kawasan Pontian. Bersepah kot sedara aku kat Pontian tue. Dulu aku tinggal situ. Dan sekarang tidak lagi. Sedikit rasa syukur dia bukan MP di kawasan aku.

Sejak sebelum GST dilaksanakan. Nama Ahmad Maslan seringkali meniti di bibir rakyat. Ramai menteri-menteri di Malaysia sebenarnya. Tapi bukan ramai yang orang ingat nama dan kenal wajah menteri. Selalunya ada 2 penyebab utama kenapa satu-satu menteri tue terkenal di Malaysia.


Pertama. 

Atas sebab baik. Menteri tue jenis buat kerja. Orang sayang, orang suka.

Kedua.

Atas sebab kurang baik. Menteri tue terlibat dalam skandal, kontroversi ataupun menyakiti ahti rakyat dengan sesuatu polisi dan kenyataan.

Ahmad Maslan terkenal di Malaysia. Walaupun dia bukan menteri penuh. Ahmad Maslan ialah timbalan menteri di kementerian kewangan. Selalunya kedudukan timbalan menteri neh orang tak peka atau kenal sangat. Yang orang selalu peduli ialah tentang perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta beberapa menteri dari beberapa kementerian yang mana selalunya mereka membahaskan isu-isu yang kebanyakkan rakyat suka nak amek tahu. Contoh isu berkenaan keselamatan, pendidikan, kesihatan, prasarana dan saluran bantuan. Dan kehadiran Ahmad Maslan dalam kabinet Najib telah memecahkan tradisi berkenaan. Di mana seorang timbalan menteri lebih dikenali berbanding beberapa menteri dari beberapa kementerian dan seorang timbalan menteri lebih diperkatakan oleh rakyat Malaysia berbanding dengan sebahagian dari menteri-menteri di Malaysia. Kerana apa?

Aku ada kenalan yang tak kenal langsung sapa menteri perumahan. Bahkan dia tatau yang portfolio kementerian perumahan dah dikemaskini.

Aku ada jumpa komen-komen yang tak kenal pun menteri tenaga dan teknologi.

Ahmad Husni ialah menteri kewangan II. Tapi belum cukup ramai yang tahu dia menteri pun.

Berapa ramai yang kenal dengan nama Sri Richard Riot? Ini menteri kot.

Rakyat tak kenal. Tapi sebut Ahmad Maslan. Rata-rata rakyat kenal. Yang budak-budak kecik pun kenal. Kalau tak kenal sebab apa at least depa kenal la muka tue selalu dok menepek masuk tv bagai.

Kenapa Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sedangkan Ahmad Maslan itu kategorinya timbalan menteri. Tahap populariti Ahmad Maslan dah macam Najib. Sana sini orang sebut. Buat apa pun orang sebut. Cakap apa pun orang sebut.

Kenapa agaknya?

Jawapannya tak lain tak bukan. Terkenal atas sebab kedua. Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sebab kejujurannya yang tidak suka menyorokkan kebodohan yang dimiliki olehnya. Sikap jujur Ahmad Maslan ini la yang menyebabkan orang kenal dia sangat-sangat. Silap-silap sampai mati pun tak boleh lupa nama Ahmad Maslan neh. Silap-silap sapa yang bernama Ahmad Maslan pun segan nak mengaku itu nama dia. Silap-silap orang mula block nama Ahmad Maslan menjadi nama anak-anak yang baru lahir. Silap-silap mungkin ada yang sedang dalam proses tukar nama Ahmad Maslan kepada nama lain disebabkan seorang timbalan menteri bernama Ahmad Maslan.

Bukan sekadar jujur menunjukkan kebodohan diri bahkan jujur juga dalam percubaan memperbodohkan rakyat dalam pelbagai jenis isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Antaranya BRIM dan subsidi.

Siapa boleh lupa kenyataan ini?


Orang kerja pagi petang siang malam cari rezeki tak henti-henti nak bayar hutang demi memenuhi keperluan hidup.

Alih-alih dia kata BN tanggung hidup kita.

Dari mana BN dapat duit?

Turun hujan duit dari langit?
Petik duit dari pokok?
Atau melalui pembayaran pelbagai jenis cukai?

Ada sesiapa lupa tentang kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan di bawah ini pula ;


Barang turun tapi nasihat orang jimat cermat dengan pelaksanaan GST dan siap suruh mahasiswa masak sendiri? Eh.. apa tue? Kalau barang jadi lagi murah bukan kah rakyat akan lebih selesa berbelanja?

Bagaimana pula yang ini? Nak mahsuh subsidi punya pasal.




Bila harga minyak di pasaran antarabangsa susut, dia tapau cukai pula?


Lepas tue asyik kantoi menipu berkali-kali dalam isu 1MDB. Konon kerajaan tak menjamin hutang tapi kerajaan keluar surat sokongan? Bila ditanya taknak mengaku, bila ditunjuk bukti melalut pula kata kita tak faham point dia? Apekah?

Dan, banyak lagi la perkara-perkara lain yang Ahmad Maslan sebut di sana sini dengan muka slumber dia.

Muka slumber dia itula yang aku rasa orang paling meluat sebenarnya. Dia punya percakapan satu hal. Tapi bila dia dok bercakap dengan muka slumber, gaya bersahaja dan ditambah pula tanpa rasa bersalah yang memang tak dibuat-buat sebab dia memang menyakini dia tak bersalah langsung menyebabkan rakyat rasa nak tempeleng dia 8 ratus kali.

Macam dia membebel isu GST dan topup. Memang slumber gile sebar kekelentongan. Macam la orang tak boleh check fakta. Dalam kes salam tangan sultan pula beria-ria dia hupdate twitter jam 2.50 pagi bagi membuktikan kejayaan dia berjaya salam tangan sultan Johor.

Hello. Kemon. Ahmad Maslan. Kau tue menteri kot. 

Kau tak rasa kelakar ke bila beria-ria layan troll rakyat? Emosi? Sentap? Geram sebab diejek? Sapa suruh kau declare war dengan rakyat dalam isu GST? Kau menyakiti ahti rakyat bila berbohong dan dikantoikan banyak kali. Reputasi ini kau yang buat sendiri. Bukan orang suka-suka cipta kot. 

Contoh. Macam kau membebel isu subsidi gula. Nak halalkan penghapusan subsidi. Dan halakan kesalahan ke atas bahu peniaga sepenuhnya seolah-olah macam kementerian tidak langsung perlu dipertanggungjawabkan bila mereka menarik subsidi sana sini atas alasan penjimatan.


Aku tengok rancangan Soal-Jawab tue. Bahkan aku siap buat karangan khas semata-mata nak mengumpat dia dalam blog dek menyampah dengan cara dia memperbodohkan umat.

Tahun demi tahun, bulan berganti bulan, hari bertukar, Ahmad Maslan bukannya statik kebodohannya. Malahan semakin bertambah. Diri sendiri menjadi bodoh dan semakin gemar memperbodohkan rakyat pula tue. 

Dan kesannya pada hari ini. Lebih ketara dalam seminggu kebelakangan neh. Ahmad Maslan telah dibuktikan di laman sosial dengan menjadi menteri yang rakyat Malaysia paling benci. Paling menyampah. Paling meluat. Paling annoying apa semua la senang cakap.

Dari isu GST membawa kepada isu salam tangan sultan Johor dan isu saran pelajar U masak sendiri membuktikan yang rata-rata 'pengulas media sosial' dari pelbagai jenis idelogism politikal membenci watak bernama Ahmad Maslan. Sangat benci. Aku baca komen-komen dorang pun kemain lagi sembur rasa marah dan geram. Semua orang meluat dengan dia. Tak kira parti apa dah. Kurang2 Najib tue ada juga orang backup. Tapi Ahmad Maslan neh, orang UMNO pun dah putus asa dan harapan dah.
 

Takan kau jumpa satu blog UMNO pun yang sanggup beria-ria backup Ahmad Maslan. Kalau ada pun dek terpaksa atas tekanan kerja. Kalau tak jangan harap. G mati la kau dalam ahti. Susahkan hidup aku je. Mungkin itu yang depa terdetik.

Mengalahkan Hasan Malek aku tak pelik. Kerana Hasan Malek semakin kurang bercakap. Entah kenapa mungkin dek fobia. Atau dalam proses menghabiskan coklat minda.

Tapi mengalahkan Najib Razak ini aku memang betul-betul pelik. 

Sedang Najib Razak la yang paling banyak buat benda yang orang lagi meluat.

Tapi kesungguhan Najib Razak bagi orang meluat dengan dia gagal. Bukan gagal bagi orang meluat padanya. Tapi gagal berada di tangga pertama menjadi menteri paling dibenci di Malaysia. Sebab apa? Kategori itu Ahmad Maslan yang punya. Dia wira dia juara. Tahniah. Tolong bagi tambah orang benci lagi ya Ahmad Maslan.

Kbai. 

VIDEO NAJIB DAN ROSMAH MENARI MERAIKAN PERKAHWINAN ANAK MEREKA.

Posted: 25 Apr 2015 06:41 PM PDT




Semoga Pengun-pengundi 2 Bn Di Prk Rompin Dan Permatang Pauh Merasa Bangga Dan Berbesar Hati Dgn Kehebatan Pm Najib Dan Rosmah Bila Menari..Rasa-rasanya nya Tiada Seorg Pun Pengundi-pengundi Bn Di Rompin Dan Permatang Pauh Yg Mampu Menandingi Kehebatan Tarian Pm Najib..Tambahan Pula Bila Menari Di Bumi Kazakstan Bersama2 Menantu..Mungkin Kegembiraan Krana Dpt Menantu..Tapi Pengundi2 Di Rompin Dan Permatang Pauh Tak Perlulah Kesah Sangat Dgn Kehebatan Pm Najib Tu Sbb Tugas Dan Tanggongjawab Kita Ialah Sentiasa Membayar Gst..

Dr M bidas perkahwinan mewah anak Najib, persoal rombongan ke Kazakhstan

OLEH MD IZWAN
Published: 26 April 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan isu kehidupan mewah yang dipamerkan oleh Datuk Seri Najib Razak
Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan kritikannya terhadap sikap bermewah Datuk Seri Najib Razak dengan membangkitkan perkahwinan anak perempuan perdana menteri yang berlangsung baru-baru ini.

Dr Mahathir membuat perbandingan dengan majlis perkahwinan lima anaknya, sambil memperli Najib dengan mengadakan perkahwinan mewah yang dianggap sebagai "perkahwinan abad ini".

"Siapa di sini ingat tentang perkahwinan anak saya 5 orang?
"Siapa pun tidak tahu, pasal saya ini kedekut, tidak panggil banyak orang. Tak ada duit nak belanja.
"Ini bukan main. Perkahwinan abad ini (the marriage of century), bukan tahun ini," kata Dr Mahathir di hadapan kira-kira 1,000 orang ramai yang hadir pads forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.

Dr Mahathir juga mempersoalkan keperluan Najib yang membawa kira-kira 300 orang bersama dalam rombongan majlis perkahwinan yang diadakan di Kazakhstan.

"Bila ke Kazakhstan dengan 300 orang tidak ada laporan media, biasalah media arus perdana tidak lapor benda itu.
"Tapi ada bertandang ke Kazakhstan kita tidak tahu, kenduri di Pekan kita tahu tapi di Kazakshtan ini siapa dia yang pergi ini?
"Benda macam ini tidak menjadikan seseorang sebagai seorang pemimpin," katanya.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkahwin dengan Daniyar Kessibayev pada 19 Mac lalu di Seri Perdana, Putrajaya.
Majlis yang diadakan di beberapa lokasi mendapat perhatian ramai kerana diadakan secara besar-besaran dan mewah, malah gambar juga semasa majlis tersebut juga tersebar meluas walaupun tetamu yang hadir dilarang mengambil gambar.

Kritikan ini bukan kali pertama, Dr Mahathir sebelum ini juga menjadikan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai sasaran kritikan.

Kali ini, beliau mensasarkan kritikan tersebut terhadap isu yang sering menjadi bahan politik seteru Najib dari Pakatan Rakyat (PR), iaitu dakwaan gaya hidup mewah Rosmah.
"Ada banyak perkara tentang kelakuan peribadinya (Najib) yang saya rasakan tidak betul.

"Namun, saya bersedia untuk melupakannya, termasuklah gaya hidup mewah beliau dan isterinya," kata Dr Mahathir dalam tulisan di blognya.

Kehidupan mewah Rosmah dan Najib disiarkan di beberapa media tempatan dan antarabangsa sejak kebelakangan ini, dan turut disiarkan dalam satu artikel New York Times edisi Februari dan dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho.

Memaparkan invois dan dokumen lain sebagai bukti pembelian barang kemas yang dibeli Rosmah, laporan itu menuntut respons daripada Pejabat Perdana Menteri dan menerima jawapan berbunyi:
"Tiada sebarang duit yang dihabiskan untuk berjalan atau membeli barang kemas, atau simpanan dalam peti besi yang didakwa, yang di luar kebiasaan bagi seorang yang berada pada posisi perdana menteri, dengan tanggungjawab dan harta legasi keluarganya."

Terbaru, majalah Indonesia, Tempo juga menyentuh isu anak tiri Najib, Riza Aziz yang membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta pada 2012 dan rumah di Beverly Hills, California bernilai AS$17.5 juta secara tunai, seperti yang dilaporkan New York Times. – 25 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Zack Ahmad's photo.

'Nanti PAS 'ekstrim' mungkin anggap Pakatan haram'

Posted: 25 Apr 2015 06:07 PM PDT


Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa "PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud"

"...Sepertimana difatwakan "haram mengundi orang yang tolak hudud"," tulis Khalid dalam blognya malam tadi.

Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, berkata PAS 'ekstrim' sentiasa bersedia untuk mengakui keikhlasan Umno dan BN, sehingga mereka berkata keikhlasan Umno tidak patut dipersoalkan.

"Pada masa sama mereka sentiasa bersedia mempersoalkan keikhlasan PKR dan 'alasan' yang diberi PKR (menolak hudud).

"Maka sedikit demi sedikit akan mereka dekatkan PAS dengan Umno," katanya.

Keputusan Kelantan PAS membentangkan enakmen hudud baru-baru ini telah mencetuskan perselisihan di antara parti Islam itu dengan rakannya dalam Pakatan, PKR dan DAP.



 

JASA yang menunjukkan kebodohan Umno....

Posted: 25 Apr 2015 04:37 AM PDT

  Asal sebut sahaja Umno, pastinya nampak akan kebodohan, baik apa sahaja isu yang dibawa sahih la nampak kebodohan yang nyata,,, Umum mengetahui bahawa Permatang Pauh yang memang dah dikatakan maju dari kawasannya pinggir bandar dan bandar, tetapi Umno cuba menipu orang lain menyatakan bahawa Permatang Pauh ni perlukan pembanggunan Tak apalah lantak kamu lah dah memang parti yang suka menipu pun.Aku tak kisah lah kalau hangpanak kata Permatang Pauh ni kolot, ada sungai kena naik bot harga sawit turun , getah tak naik harga, atau ada orang asliyang perlukan bantuan dan mengundi dengan memberi bag biru karat penuh risalah dan air mineral serta baju Bn....Macam kawasan Ismail Sabri dan juga Hassan Malek....

IKBN DI MENGKUANG PERMATANG PAUH,
 
Langkah terbaru ialah menggunakan NGOs JASA.. aku tak mahu ambik tahu lah apa JASA tu dan apa yang berjasa sangat. Tapi kalau setakat nak hantar sms memperkecilkan Wan Azizah memang JASA ni silap banyak, Nak kempen kepada masyarakat Permatang Pauh jangan memperlekehkan Anwar Ibrahim. sebabnya  memang jasa dia di Permatang Pauh ni banyak dan terbukti ketika dia menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Pertanian hatta TPM dulu dia rancang segala perumahan untuk orang Melayu, pusat pengajian UITM,POLITEKNIK, MAKTAB,IKBN supaya orang Melayu dapat berniaga akibat dari tumbuhnya pusat pengajian tersebut. Kurang kurangnya ada orang Melayu dapat juai Ais Kacang tepi jalan.

Hangpa bukan sahaja akan dikatakan bodoh tetapi akan dibenci,sebab apabila pembanggunan yang berlaku di Pulau Pinang, lihat lah bila Majlis Perbandaran Seberang Perai wujud, Bila Majlis Perbandaran Pulau Pinang Wujud, Cuba lihat bila sekolah sekolah diPulau Pinang wujud, baru hangpa boleh kata pembanggunan di perlukan di kawasan itu.

Cuba la hangpa JASA aka Talibarut Umno cerdik sikit, kaji sikit,nak menipu orang Permatang Pauh nih....Cuba kempen kita akan selesaikan isu 1 MBD , Kita akan selesaikan isu GST, Kita akan selesaikan bagaimana Najib akan membantu rakyat Malaysia dengan menaikan gaji kakitangan awam dan menjual beberapa buah jet yang digunakan kerajaan dan  menghapuskan GST. 
    
Kempen macam ini baru nampak cerdik, Tapi kalau setakat nak banding kan umur Wan Azizah dan calon yang baru 42 tahun setakat S/U Umno bahagian dengan Presiden sebuah parti rasanya memang jauh lah akademik memang jauh juga...Umur.. Najib pun tua , malah dalam kabinet Malaysia calon risikel memang lah menjadi kegemaran Umno kerana yang muda muda di luar sana yang cerdik dah lari masuk PAS dan Juga PKR dan NGOs, Cuma yang ada dalam UMno la ni yang tak berapa nak cerdas, Macam JASA dok hantar sms ke pengundi Permatang Pauh...di bawah ni aku sertakan apa yang dihantar kononnya untuk nak memperlekehkan Wan Azizah...woiiiii doktor perubatan lulusan ireland oooo...Presiden walaupun wanita.....Koman sangat ka Wan Azizah? ...lekeh sangat ka Permatang Pauh? ishhh ishhhh.....silap la hangpa...

SMS DARI JASA.....MAI KITA TENGOK CERDIK KA DAK JASA NI DOK HANTAQ SMS KAT PENGUNDI PERMATANG PAUH...


"JAGA CUCU JIJAH...JAGA KAJANG JIJAH..JAGA PR JIJAH...JAGA PKR JIJAH, JADI KETUA PEMBANGKANG JIJAH...DIA DAH 63 TAHUN NAK UNDI DIA JAGA PERMATANG PAUH????"


Memang la kami sayangkan DSAI....jaga Najib nu..Mahathir dok serang tak habih habih lagi....hangpa ingat Najib muda belia ka?....Hangpa tengok yang dok ada dalam kabinet Malaysia tua tua juga. Bukan muda belia mana pun......so aku ingat hangpa jangan dok perbodo orang Permatang Pauh no...Kalau di Rompin boleh la nak pekena Orang Asal di sana...tu pun orang asal dah banyak dah yang cerdik...nak mohong pasai GST...patut patut la......Bila nak juai Kapai terbang sebuah???? kalau ada duit aku nak 
beli....JASA....HANGPA TOLONG KIRA MAI KE AKU NAK BELI SEBUAH?....NAK PI DOK NEGARA LAIN YANG TAK KENA GST? APA MACAM???




   

NI  BANGGUNAN MPSP......KALAU BANGGUNA CAM NI ,,,,,NAK PEMBANGGUNAN MACAMANA? NI BARU BANGGUNAN MPSP?    NAK KIRA BANGGUNAN LAIN BANYAK LAGI LA........PEMBANGGUNAN? KAH...KAH....KAH...

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Lagi USD330 juta wang 1MDB dipindah ke syarikat Jho Low

Posted: 25 Apr 2015 09:16 PM PDT

Laman pendedah maklumat Sarawak Report semalam mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.

"Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah USD$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011 juga terus diberikan kepada Good Star Limited," kata Sarawak Report dalam laporan itu. Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland. Low sebelum ini berulangkali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB.

"Sarawak Report bagaimanapun sebelum ini sudah pun mendedahkan pengarah PetroSaudi bersetuju 'bertindak bagi pihak' Jho Low dan sejumlah USD1.5 billion sudah dilaburkan kepada PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010 dan dipindahkan secara rahsia ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich," kata Sarawak Report.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin Tak Harus Berlengah Lagi - Sokong Mahathir Atau Bersama Najib?

Posted: 25 Apr 2015 07:40 PM PDT

Rasanya sudah lebih dari sekali Tun Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai calon paling layak menggantikan tempat Najib Razak sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya akan datang.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudddin juga menyebut nama Muhyiddin dan Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin yang rapat dengan kedua-dua tokoh tersebut turut menulis nama Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti paling  munasabah bagi kerusi Perdana Menteri selepas Najib diundurkan.

Dengan kedudukan sebagai orang nombor dua dalam UMNO dan kerajaan, memang tidak disangsikan bahawa Muhyiddin seharusnya diberikan kerusi Perdana Menteri jika pengunduran Najib berjaya dilakukan, meskipun nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah turut sama menjadi sebutan.

Tun Mahathir dalam program Bicara Negarawan di Taman Melawati semalam, mengulangi sekali lagi, bahkan seakan-seakan mengesahkan bahawa kerusi Perdana Menteri selepas ini bakal menjadi milik Muhyiddin.

Kalau ikut adat UMNO, tentulah timbalannya jadi pengganti, kata bekas Perdana Menteri selama 22 tahun yang sebelum ini juga pernah menyingkirkan Tun Abdullah Badawi dari kerusi Perdana Menteri.

Lebih dari itu, Tun Mahathir juga melahirkan keyakinannya bahawa Muhyiddin tidak akan mengulangi kesilapan seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Najib selama ini.

Saya yakin kalau dia naik, dia takkan buat benda macam itu. Dia tahu kalau buat macam itu, dia pun akan kena macam ini juga, katanya lagi.

Setelah melakukan banyak kritikan melalui tulisan di blog dan melalui sidang akhbar sebelum ini, Tun Mahathir buat pertama kalinya "turun padang"  dalam satu program Bicara Negarawan di Taman Melawati semalam untuk menjelaskan sebab-sebab beliau mengkritik dan mahukan Najib turun daripada jawatan Perdana Menterinya.

Jika Najib kekal lagi, BN akan kalah. Tanpa isu 1MDB dan Sirul pun, prestasi Najib tidak lebih baik. Saya minta tak banyak, cuma satu saja iaitu Najib letaklah jawatan, jelas Tun Mahathir lalu disambut tepukan gemuruh oleh ribuan yang hadir.

Sedianya beliau "turun padang" ini dianggap banyak pihak sebagai bermulanya program jelajah untuk menekan, mengasak dan akhirnya memastikan Najib dapat diturunkan sebagaimana yang pernah dilakukannya kepada Tun Abdullah bermula 2006 dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Tok Guru banyak beri kekuatan

Posted: 25 Apr 2015 07:30 PM PDT

Tok Guru banyak beri kekuatan 
 Abby (kanan) bersama Nik Zawawi (kiri) ketika menghadiri Forum Perdana Tok Guru- Murabbi Ummah, malam kelmarin
KOTA BHARU - Selain hidayah dan aturan ALLAH yang menentukan segalanya, pelakon Abby Abadi mengakui bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat antara individu yang banyak beri kekuatan kepada untuk terus mendekati Islam.

Menurutnya, walaupun hanya mengenali Allahyarham dalam masa begitu singkat, namun begitu banyak dipelajari daripada pemimpin ulung itu terutama berkaitan dengan perjuangan dalam Islam.

"Kali pertama berpeluang jumpa Tok Guru, saya tak boleh bercakap langsung, rasa bersalah, pada agama, pada Tok Guru dan jemaah kerana seumur hidup, saya tak pernah buat sesuatu kepada Islam.

"Sejak pertemuan pertama itu jugalah, datang perasaan kasih dan sayang saya kepada Tok Guru, kerana beliau antara kekuatan saya untuk dekat dengan Islam, walaupun segala-galanya dari ALLAH," katanya ketika menghadiri Forum Perdana Tok Guru- Murabbi Ummah,
malam kelmarin.

Selain Abby, forum yang dipengerusikan Ketua Pemuda Pas Kota Bharu, Nor Azariza Mohd Alawi itu turut menampilkan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh sebagai panel.

Read More / Baca Lagi >>

Apabila Pakatan Rakyat tidak perlu sahabat politik..

Posted: 25 Apr 2015 07:28 PM PDT

oleh Ng Kee Seng

Sebuah pepatah terkenal berbunyi : "With friends like that, who needs enemies." (Dengan sahabat begitu, siapa perlu musuh) Jadi, mari kita kaitkan pepatah itu dengan apa yang diucapkan oleh presiden MCA Liow Tiong Lai di pusat penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara Penanti hari ini (25 April).

Liow dipetik oleh The Star Online sebagai berkata beliau terkejut bahawa PKR telah meminta maaf kepada PAS terhadap isu hudud. Beliau berkata ini membuktikan bahawa PKR tidak berprinsip dan telah mengkhianati kepercayaan rakyat terhadap mereka. Ya, Liow betul di sini, iaitu jika ianya benar bahawa PKR telah meminta maaf kepada PAS tentang isu hudud.

Namun sekali lagi, dalam persoalan prinsip, MCA juga bersalah dalam perkara sama. Bagaimana dengan MCA yang tidak berani untuk berhadapan dengan Umno tentang toleransi tinggi Barisan Nasional ke atas pelampau kaum dan agama?

 Ini juga tergolong dalam pengkhianatan kepada rakyat juga. Ianya dilaporkan bahawa PKR telah memohon maaf secara peribadi kepada PAS dan juga penjelasan terhadap kenyataan mereka ke atas rang undang-undang perbadi hudud PAS.

"Mereka dakwa mereka menentang hudud tetapi secara dalaman mereka meminta maaf kepada PAS," Liow dilaporkan berkata. Tetapi terdapat satu persoalan berlegar-legar.

Adakah sebarang pengesahan rasmi tentang apa yang terjadi antara PAS dan PKR tentang "permohonan maaf" telah dibuat? Atau adakah apa yang dipanggil pengesahan itu sekadar laporan akhbar daripada media pro-BN? Dalam apa jua keadaan, jika "permohonan maaf" telah benar-benar dibuat, jadi kenapa?

Malahan, MCA perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia juga, terutamanya kepada masyarakat Cina, kerana tidak mempunyai keberanian politik untuk mempertahankan hak mereka apabila polisi sosio-polarisasi diperkenalkan oleh kerajaan BN pimpinan Umno.

MCA perlu sedar yang mereka telah dikurangkan kepada parti 7-11 (mereka hanya menang 7 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN di PRU13) secara prinsipnya kerana kegagalan mereka memenuhi harapan masyarakat Cina.

Read More / Baca Lagi >>

'Nanti PAS 'ekstrim' mungkin anggap Pakatan haram' - Khalid

Posted: 25 Apr 2015 07:25 PM PDT

Ahli jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mengulangi amarannya terhadap unsur-unsur "ekstrim" dalam PAS yang menjadi ancaman kepada gabungan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, sekiranya sikap seperti ini diberikan mandat di peringkat PAS Pusat, maka mungkin akan difatwakan bahawa "PAS haram bersama Pakatan kerana Pakatan tolak hudud"

"...Sepertimana difatwakan "haram mengundi orang yang tolak hudud"," tulis Khalid dalam blognya malam tadi.

Khalid merujuk kepada satu kenyataan seorang pemimpin PAS Permatang Pauh baru-baru ini bahawa haram dan berdosa mengundi mereka yang menolak hudud.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam, berkata PAS 'ekstrim' sentiasa bersedia untuk mengakui keikhlasan Umno dan BN, sehingga mereka berkata keikhlasan Umno tidak patut dipersoalkan.

"Pada masa sama mereka sentiasa bersedia mempersoalkan keikhlasan PKR dan 'alasan' yang diberi PKR (menolak hudud).

"Maka sedikit demi sedikit akan mereka dekatkan PAS dengan Umno," katanya.

Keputusan Kelantan PAS membentangkan enakmen hudud baru-baru ini telah mencetuskan perselisihan di antara parti Islam itu dengan rakannya dalam Pakatan, PKR dan DAP.

P.91: Bakar bendera, PAS gesa kempen bersih

Posted: 25 Apr 2015 07:21 PM PDT



ROMPIN: Berbeza dengan saranan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang mahukan pertandingan secara bersih, PAS menghadapi provokasi pertama apabila benderanya dibakar di Felda Selancar 2 di sini kelmarin.

Sehari selepas penamaan calon Datuk Hasan Arifin dalam sidang medianya menyeru PAS supaya bertanding secara bersih dan anak jantan (gentleman).

Namun kelmarin PAS menerima cabaran apabila mendapati benderanya dibakar oleh pihak yang bertanggungjawab yang belum dikenali.

Sehubungan itu, Pengarah Amal Pahang Sahruddin Mohamad mahu pihak polis menyiasat insiden tersebut sehingga pengkhianat itu diambil tindakan.

"Kita harapkan pilihan raya yang kita sertai kali ini kempennya bersih, aman dan mesra rakyat namun apa yang berlaku amat mengecewakan.Read More / Baca Lagi >>

P.91: Isa Samad, jawablah isu Felda

Posted: 25 Apr 2015 07:17 PM PDT



ROMPIN: PAS mendesak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menjawab segala isu berkaitan peneroka Felda yang masih gagal dijelaskan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin merupakan masa terbaik untuk Isa membuat penjelasan kerana sebahagian besar pengundi ialah peneroka.

Isu seperti kedudukan Felda Global Ventures Holding (FGVH) selepas disenaraikan dalam Bursa Malaysia dan saham FGV yang jatuh katanya masih belum dijelaskan.

"Tan Sri Isa Samad kata beliau bersedia beri penjelasan mengenai isu-isu Felda yang dibangkitkan. Jadi inilah waktu yang sesuai.

"Apa yang dilakukan FGV dalam keadaan ekonomi tidak stabil?" katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Rompin, Bandar Satelit Muadzam Shah, hari ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) juga membangkitkan Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun di antara Felda dan peneroka yang dilihat berat sebelah.

"Tidak munasabah setelah peneroka membayar hutang piutang dan memperolehi geran hak milik tanah, mereka sekali lagi dipaksa menandatangani perjanjian.
Read More / Baca Lagi >>

P.91: Bekas CEO Koperasi Felda bantu kempen PAS

Posted: 25 Apr 2015 07:16 PM PDT

ROMPIN: Bekas CEO Koperasi Permodalan Felda (KPF) Holding, Datuk Sarchu Sawal menyeru peneroka menyelamatkan Felda daripada terus dimusnahkan oleh BN.

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah merosakkan matlamat asal Felda untuk membantu golongan bumiputera.

Sebaliknya tegas beliau, Felda ketika ini mengalami kerugian teruk selepas Felda Global Ventures (FGV) disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

"Kita harus selamatkan Felda. Saya ialah orang pertama bersama Datuk Zulkifli Wahab yang menentang penyenaraian FGV.

"Jadah apa FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia? Biasanya orang menyenaraikan syarikat sebab tak ada duit. Masa itu Felda ada RM4 billion. Mana pergi RM4 billion itu sekarang?

"Semasa saya ambil alih KPF sebahagian besar pendapatan daripada Felda Holding.

"Keuntungan syarikat disalurkan kepada peneroka sebagai penghormatan kepada peneroka yang memberi sumbangan kepada syarikat.

"Namun apa dah jadi sekarang? Datang penyangak dari Negeri Sembilan habis semuanya," kata beliau dalam Himpunan Perdana Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4, dekat sini malam tadi.

Beliau turut berjanji akan membantu kempen PAS bagi memenangkan calonnya, Ustaz Nazri Ahmad yang juga anak peneroka Felda.

"Kita kena selamatkan Felda, selamatkan KPF. Undilah calon PAS. Insya-Allah dia akan dapat bawa suara peneroka.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Tunku Abdul Rahman lebih bijak

Posted: 25 Apr 2015 05:54 PM PDT

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj KUALA LUMPUR – "Tunku Abdul Rahman percaya sekiranya kekayaan negara dikongsi bersama, maka kita boleh hidup aman. Mula-mula saya tidak faham dan banyak menentang beliau, kini saya sedar bahawa beliau lebih bijak dari saya," demikian ujar bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ideologi tersebut yang digunakan Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukan sahaja menyebabkan Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan, malah turut menyatukan semua kaum sehingga ke hari ini.

"Negara kita pada masa itu sedang menuntut kemerdekaan. Kata British, negara ini tidak boleh merdeka kerana orang Melayu akan rampas harta kaum Cina dan India untuk diberi dan dikongsi bersama kaum Melayu sahaja.

"Kata mereka, huru-hara dan peperangan akan berlaku sekiranya Tanah Melayu dimerdekakan. Permusuhan antara kaum juga akan berlaku," katanya ketika bercakap di program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, semalam.

Beliau berkata, keadaan huru-hara tidak berlaku kerana pemimpin negara ini bukan penyangak atau lanun yang suka merampas hak dan harta orang lain.

"Pemimpin kita seperti Tunku Abdul Rahman percaya bahawa negara ini boleh diduduki masyarakat pelbagai kaum, budaya dan bangsa. Beliau percaya lebih baik sekiranya kita kongsi segala yang ada di negara kita daripada kita mengambil semuanya untuk hak kita.

"Jika kita terus menuntut dan merampas harta yang bukan hak kita, akan timbul pelbagai peperangan dan negara tidak akan dapat dimajukan, kita akan terus miskin," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

P.91: Beri isyarat kepada kerajaan Umno@Bn rakyat bantah GST

Posted: 25 Apr 2015 05:52 PM PDT



ROMPIN: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sekali lagi mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berdebat isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, jika Ahmad tidak mahu berdebat dengannya hendaklah berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang meminta supaya GST dibatalkan.

"Saya cabar Ahmad Maslan berdebat dengan saya, jika dia tidak mahu dia boleh berdebat dengan Tun Mahathir," kata ketika berucap dalam Himpunan Selamatkan Felda 2.0 di Felda Keratong 4 malam tadi.

Katanya, Ahamd sering berkata GST hanya dikenakan kepada orang kaya, namun apa yang terjadi semua rakyat sama ada miskin atau kaya semuanya dikenakan dengan cukai itu.

"Apabila dikenakan GST bermakna kita adalah orang kaya  menurut kenyataan timbalan menteri berkenaan," ujarnya berseloroh.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut meminta Ahmad mengisytiharkan beratus jenis barang yang didakwanya tidak dikenakan GST yang sehingga kini pengguna masih tidak mengetahuinya.

Justeru, beliau bekata, Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin kali ini memberi ruang kepada rakyat menyatakan kemarahan terhadap GST dengan mengundi calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.

"Ia adalah suatu isyarat kepada Putrajaya bahawa rakyat menentang pelaksanaan GST yang membebankan mereka akibat kenaikan harga barangan keperluan," ujarnya lagi.

P.44: PAS Permatang Pauh harap jangan timbul masalah lagi

Posted: 25 Apr 2015 05:51 PM PDT




PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, jentera parti itu akan bergabung tenaga dengan jentera PKR dan DAP dalam menjalankan gerak kerja seiring serta bersama.

"Malam ini kita lancarkan jentera PAS secara rasminya walaupun gerak kerja telah mula berjalan.

"Kita akan bergabung tenaga dengan DAP dan PKR supaya dapat mengekalkan kemenangan serta meningkatkan majoriti undi pada 7 Mei nanti," katanya yang juga Pengarah Pihan raya PAS bagi PRK itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Jentera PAS PRK Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, malam tadi.

Hadir sama ialah calon PKR merangkap presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu menambah, perbezaan pendapat yang berlaku telah berjaya diuruskan dengan mencari penyelesaian terbaik.

"Sudah selesai, perbezaan akan ada sehingga hari kiamat tetapi kita cari jalan penyelesaian.

"Kita bertemu dan bersemuka dalam usaha menyelesaikannya ke arah kebaikan dan penyatuan.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai dengan baik seperti yang diharapkan oleh semua pihak," jelasnya lagi.

Sebelum itu, beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa PAS akan mempertahankan dasar yang diperjuangkan dan dalam masa yang sama mahu mencapai kemenangan.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan menegaskan segala permasalahan dan perbezaan pendapat di antara parti itu dengan PKR telah selesai dari hati ke hati.
Read More / Baca Lagi >>

Angka korban gempa di Nepal meningkat

Posted: 25 Apr 2015 05:43 PM PDT

Sebahagian mangsa dilapor masih terperangkap termasuk para pendaki yang hilang selepas ditimpa runtuhan salji.
gempa-bumi_nepal_600KATHMANDU: Nepal mengisytiharkan darurat susulan gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter.
Sehingga awal pagi Ahad, The Telegrap melaporkan jumlah angka korban dilaporkan melebihi 1,342 nyawa.
Daripada jumlah berkenaan, lebih 700 mangsa terkorban di Lembah Kathmandu dan selebihnya di ibu negara, Kathmandu.
Angka korban dijangka meningkat memandangkan masih terdapat mangsa yang dilapor terperangkap di bawah runtuhan.
Bencana gempa turut meragut nyawa di beberapa negara jiran yang berhampiran termasuk di India, China dan Bangladesh.
Daily Mail UK melaporkan sekurang-kurangnya 18 maut pendaki maut manakala berpuluh lagi cedera selepas ditimpa runtuhan salji di Gunung Everest.
Gempa bumi yang berlaku pada Sabtu adalah yang terkuat dalam tempoh 81 tahun.

Kadir Jasin: Kalau teguh, mengapa perlu julang Najib

Posted: 25 Apr 2015 05:37 PM PDT

Muktamar PAS ke-61: Pertembungan konstruktif atau destruktif?

Posted: 25 Apr 2015 05:24 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad

 
Sebagai sebuah gerakan Islam yang memilih jalan "Muwajahah Silmiyah" atau "persaingan aman" secara demokrasi, PAS sangat berhajatkan kemenangan.
Benar seperti ada yang cuba mendakwa "kemenangan bukan segala-galanya". Namun, tidak siapa pun dapat menyangkal "segala-galanya menantikan kemenangan untuk PAS mampu melaksana cita-cita murni perjuangannya".

Justeru, PAS sentiasa menghitung sokongan dan prestasinya dalam setiap pilihan raya. Keputusan dalam pilihan raya ditanggapi sebagai kayu ukur menilai penerimaan dakwahnya dan tawaran dasar-dasar siasah atau politiknya. Kemenangan mengizinkan PAS menggapai visi pembangunannya untuk rakyat dan negara. Ruang amal bukan sahaja terhad kepada mereka yang bergelar Yang Berhormat, exco atau menteri besar bahkan kepada semua pimpinan akar-umbi dalam pengelolaan PBT, JKKK, masjid dan surau.
Begitulah "habuan" kemenangan buat mereka yang benar-benar menghayati perjuangan ini  serta sentiasa berlumba-lumba mencari reda Allah.
Dalam penulisan lalu, ditegaskan, andainya kepimpinan gagal memastikan PAS terus dikemudikan dengan baik dan bijak, maka PAS bakal kembali ke tahap prestasi lamanya, pada paras atau "baseline" Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 (2004). Ia tidak perlu diulang kembali.
Sayugia diakui dinamik luaran dan dalaman parti kini sangat berbeza dan lebih kompleks. Ia tidak semudah untuk diurus dan ditangani. Kini wujud pola-pola permasalahan yang mencabar kesinambungan pencapaian parti.
Kepimpinan parti yang tidak punyai kebijaksanaan dan keterampilan pengurusan strategik bakal mengundang pelbagai polemik dan konflik sama ada dalaman partinya sendiri mahupun bersama rakan koalisinya.
Kepimpinan akar umbi yang tidak mengikuti kemajuan dan peredaran parti juga akan menyukarkan kepimpinan tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin berbakti dengan meletak jawatan

Posted: 25 Apr 2015 05:21 PM PDT

Aspan Alias


Serangan terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak amat berat implikasinya.
Dr Mahathir meminta Umno menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan Umno dari mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang.
Najib membawa Umno kepada tahap yang paling mengaibkan kerana sebagai pemimpin beliau tidak dapat memberikan jawapan terhadap isu yang besar yang melibatkan masa depan rakyat yang sedang hangat dipersoalkan.

Bagi saya, pandangan Dr Mahathir itu sangat relevan sebab jika kita mendengar rungutan ramai di bawah ini terhadap Najib dan kumpulannya, kita akan merasakan dengan sebenarnya betapa seriusnya kesalahan Najib terhadap negara dan rakyat. Dr Mahathir sudah sampai kehilangan sabarnya kerana melihat betapa bahayanya keadaaan negara dan parti yang dipimpinnya sekarang ini.
Dr Mahathir merupakan seorang yang liberal apabila menghadapi isu kepimpinan negara dan beliau selalu sahaja membiarkan gejala ini membesar dan tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap masalah yang timbul semasa beliau menjadi pemimpin utama negara dahulu.
Masalah yang kini menjadi barah bermula   beliau tetapi tidak sampai ketahap yang ada di bawah Najib sekarang ini.
Tetapi kini Dr Mahathir menghamburkan kritikan keras tehadap Najib kerana beliau merasakan keadaan ini tidak boleh lagi berterusan semata-mata untuk menyelamatkan negara dan parti dari terjerumus ke lembah yang paling hina dalam sejarah kemerdekaan negara kita.
Justeru seruan Dr Mahathir untuk Umno menyingkirkan Najib itu sememangnya wajar.
Sesungguhnya rakyat ramai lama menunggu saat seperti ini kerana masalah yang kita hadapi sekarang adalah masalah budaya kotor yang lama bersemadi dalam parti dan kerajaan kita.
Itu sebabnya jika sesiapa yang mengikuti pandangan blog ini sejak bertahun dahulu, meminta menyingkirkan pucuk pimpinan Umno itu sudah menjadi perkara biasa kepada blog ini.
Walaupun seruan seorang pemimpin ulung negara ini sudah agak lewat, tetapi ia masih boleh dilakukan kerana sekarang ini rakyat biasa sudah yakin yang selagi pemimpin seperti Najib dan barisan kepimpinan diperingkat tertinggi parti masih dari golongan dan sikap yang sama, selagi itulah kita tidak akan selesai usaha membetulkan keadaan Negara kita ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pentadbiran Najib makin singkat lepas Dr Mahathir desak batal GST

Posted: 25 Apr 2015 05:12 PM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulakan jelajah bertemu rakyat semalam untuk mendapatkan sokongan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Kelab K yang dahulunya dikenali sebagai Kelab Century Paradise dipilih menjadi lokasi pertama dan merupakan tempat sama ketika Dr Mahathir mula melancarkan serangannya kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2006.

Walaupun sudah hampir 90 tahun, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu masih bijak mengeluarkan kata-kata dan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat.

Selain isu seperti seperti skandal kewangan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan mengapa beliau kini menolak Najib, isu baharu yang diulasnya termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Walaupun tidak bercakap panjang tentang GST, kenyataan Dr Mahathir yang mendesak Putrajaya membatalkan sistem cukai baharu itu mampu memendekkan lagi usia pentadbiran Najib.

Ini kerana cukai GST lebih menyeluruh dan membebankan rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan kenaikan pelbagai harga barang keperluan berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya terhad kepada sesetengah barangan dan perkhidmatan.

Pendek kata, GST turut membebankan penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengatakan sebaliknya. Ini belum ditambah dengan peniaga-peniaga yang menipu dan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan alasan GST walaupun Putrajaya mengatakan mampu mengawalnya.

Sudah pasti kemarahan orang ramai meningkat kerana terbeban dengan kos kehidupan makin tinggi sedangkan pendapatan isi rumah mereka kekal di tampuk lama. "Dulu ada cukai jualan. Kalau tambah sikit cukai jualan, itu ok. Tetapi perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tidak faham," katanya Dr Mahathir semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Kebenaran menyakitkan hidup dengan GST

Posted: 25 Apr 2015 05:10 PM PDT

Oleh Candy Jiang
Semasa TPM kita berkias-kias tentang kebenaran menyakitkan dan dusta yang indah, rakyat Malaysia kebanyakan sedang bergelut dengan kenyataan hidup di bawah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Dan kebenarannya adalah, seperti kata Muhyiddin, menyakitkan.

Walaupun ramai pegawai-pegawai telah mencuba sehabis baik untuk memperbaiki reputasi GST sebelum pelancarannya, kehidupan di Malaysia pada hari ini tidak indah. Tanya sahaja pada Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris.
Dalam sebuah coretan Facebook bertarikh 18 April, beliau berkata beliau akhirnya memahami nasib rakyat mengenai GST. Beliau kemudian berkongsi pengalaman peribadinya mengenai kos hospital yang lebih tinggi disebabkan GST. Anaknya baru-baru ini dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan saraf yang bernilai RM20,000, tidak termasuk RM1,200 untuk GST.
Beliau mengakhiri coretan itu dengan menyatakan yang "Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula".
Jadi kelihatannya, tanggapan rakyat tentang GST akan berubah apabila ia melibatkan mereka.
Mungkin rakyat Malaysia tidak akan banyak mengadu mengenai GST jika pelaksanaannya tidak begitu kucar-kacir. Tetapi seperti yang kita tahu, beberapa minggu pertama bulan April telah menjadi begitu huru-hara, disebabkan sikap acuh tak acuh pihak berkuasa, yang gagal untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan GST.
Minggu pertama didominasi oleh kekecohan mengenai tambah nilai prabayar, apabila syarikat-syarikat telekomunikasi dan kerajaan tidak bersetuju mengenai tindakan mengenakan pengguna caj GST 6 peratus. Mereka terus mengeluarkan kenyataan dan komen yang bercanggah setiap hari, dan ia hanya mengelirukan kekeliruan umum, menjadikan keadaan lebih buruk.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan, bagaimana dengan ‘alternatif’ kepada GST ini?

Posted: 25 Apr 2015 05:08 PM PDT

oleh V Shuman
Jika saya menerima seringgit setiap kali Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata sesuatu yang boleh dianggap tidak bijak, sudah tentu saya jutawan sekarang.
'Budak Poster' Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini telah berkali-kali menjadi bahan jenaka, dengan kenyataan beliau terhadap "kelebihan" cukai itu.
Malang sekali (buat beliau), justifikasi "pointer 3.85" beliau dengan mudah sekali disangkal oleh rakyat Malaysia dari semua golongan, termasuklah pelajar senior.

Tanpa sebarang pengetahuan jelas, Maslan seringkali dihentam dalam media sosial (yang mana menjadi kegemaran ramai), sebagai "Menteri 3.85" kerana beliau pernah membuat tweet bahawa "Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zeland. MBA di UKM pelajar terbaik daripada 177 orang, CGPA 3.65".
Anda tahu wahai Ahmad - seseorang tidak perlu untuk memasuki universiti untuk menjadi bijak, dan tidak semua pelajar cemerlang di universiti itu bijak.
Terdapat genius yang tidak berpendidikan, dan si dungu yang berpendidikan.
Ingin tahu cubaan komedi terbaru Ahmad - meminta pengkritik GST untuk memberikan alternatif.
Laporan memetik beliau sedang melatih senapangnya kepada pembangkang, yang seringkali mengkritik GST.
Ahmad berkata "Jika pelaksanaan GST ditolak, saya mahu tahu alternatif yang pembangkang boleh persembahkan untuk membantu kesukaran rakyat, dan dalam masa yang sama, membangunkan negara.
"Sistem percukaian GST yang lebih baik dan sistematik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini," Bernama memetik timbalan menteri itu sebagai berkata. 
Adakah Ahmad tidak menyedari sesuatu yang jelas? Seorang anak muda separuh dari umurnya boleh menyenaraikan perkara yang sedang tenat melanda negara dan jika ditangani, boleh meningkatkan negara ini secara drastik.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Jadual Jelajah Permatang Pauh

Posted: 25 Apr 2015 04:30 PM PDT


Bila "Bibir 3.85" Berbicara

Posted: 25 Apr 2015 04:25 PM PDT


Siapa tahu dlm kabinet dapur Najib siapa boleh atasi kehebatan TIDAK BODOH SANGAT Ahmad Maslan...

MENGAPA Najib sanggup simpan & bela menteri sebegini rupa ???..

Semoga Ahmad Maslan & Najib dpt dikekalkan sehingga menjelang PRU14 nnti.. Mudahlah nak tumbangkan BN nanti..

Biar Gambar Berbicara..

Posted: 25 Apr 2015 04:22 PM PDT

Rupa sebenar akidah UMNO bertunjangkan mazhab Islam Wasatiyyah-Najib.. Buat maksiat ringan2 takpa.. HARUS HUKUMNYA janji tidak berahi.

Tun M Bidas Perkahwinan Termewah Abad Ini

Posted: 25 Apr 2015 04:15 PM PDT

Tun M Sokong Muhyiddin

Posted: 25 Apr 2015 04:14 PM PDT

Tun M Rayu Najib Berundur Demi Parti

Posted: 25 Apr 2015 04:13 PM PDT

Dr M: Berbilion Ringgit Hilang, Tak Boleh Dimaafkan

Posted: 25 Apr 2015 04:12 PM PDT