Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DULU JANJI JAGA CUCU, kini kejar lagi satu kerusi

Posted: 24 Apr 2015 11:30 PM PDT


DAP sebagai mastermind dalam Pakatan Rakyat kini dilihat sedang mengatur strategi supaya Dr Wan Azizah dipilih semula menjadi Ketua Pembangkang sekiranya beliau bertanding dan menang di Permatang Pauh. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dijangkakan diadakan pada 7 Mei 2015 manakala pencalonan dijalankan pada 25 April 2015.

DAP diberitakan tidak sama sekali berkenan dengan cadangan supaya Azmin Ali diangkat sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana beliau sukar untuk dibaca dan diarah-arah. 

Malah dalam PKR sendiri, sudah ada pecahan kepada 3 kumpulan, 2 daripadanya tidak mahu keluarga Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Permatang Pauh. Ramai yang sudah bosan dengan drama keluarga Anwar yang ternyata memberi impak negatif terhadap Parti Keadilan Rakyat. 


Ramai yang masih mengingati janji Azizah yang mahu bersara selepas memberikan kerusi Permatang Pauh kepada suami beliau setelah dibebaskan. Azizah ketika itu berkeras mahu bersara untuk menjaga cucu-cucu dan keluarga beliau, maka sekarang ramai yang ingin lihat apakah alasan Azizah untuk bertanding kali ini di Permatang Pauh.

Baca sepenuh di Jejari Kami 


AJK PASMA persoal pencalunan Jijah

Posted: 24 Apr 2015 09:30 PM PDT



Orang muda Jijah umum diri sendiri ... Orang muda Azmin la la la la ...

Posted: 24 Apr 2015 05:55 PM PDT


Bagaikan Napolean Bonaparte meletakkan mahkota atas kepalanya, Dr Wan Azizah umumkan dirinya sebagai calun PKR untuk permatang pauh.

Sementara itu, orang muda Azmin Ali yang mengharapkan seorang anak muda bernama dr afif sebagai calum hanya upaya menelan air liuq.

Jijah kata dia pun orang muda juga. Doktor graduan UK yang hidup agak malang sebab pelbagai malapetaka menimpa suami dan juga anak sulong.

Sinis sikit sebab isu orang muda tuntut tempat sedang hot di rompin. Tuntutan itu dilayani di permatang pauh oleh dua dua pihak nampaknya ... hik hik hik.

Orang muda azmin mahu lihat PKR move on dari terus dibelenggu kisah dan masaalah suani orang muda jijah. Ia perlu meneruskan agenda reformasi yg dibawanya.

Bila anak muda jijah umum dirinya maka orang muda azmin akan terbantut. Orang muda wan azizah akan terus kekal di tempat teratas dalam pkr, dinaikkan lim kit siang pula menjadi ketua pembangkang yg boleh diarahnya.

Melepas lah Azmin ...

Sementara itu, bekas pkr dan aktivis reformasi Anuar Md Nor menyuarakan ketidak puasan hati pada anak muda jijah.

Kononya ini amalan kronisma nepotisma yg ditentangnya Mahathir dolu dolu ...




Kronisma tak diterima pkr dan komdiannya dikatakan kehilangan sokongan kumpulan azmin.

Lalalala ...

Esuk hari penamaan PKR baru nak umum calun? [Kemaskini]

Posted: 24 Apr 2015 08:31 AM PDT


Majlis pengumuman calun malam ini menyaksikan 10 orang bercakap.

Hampir 1,800 penyokong hadhir untuk tahu siapa calun PKR rasa hampa apabila tiada nama calun diumumkan sehingga pukul 11 mlm.

Adakah calum hanya akan diumumkan esuk pada hari penamaan?

Game apa yang PKR main? Adakah PKR meletakkan calun langsung di kawasan kubu tradisional mereka? Susah parti luar tabii ini.

Kemaskini 11:30 PM


Akhirnya diumumkan Wan Azizah sebagai calun. Hehehe ... calun recycle dan orang gaji suruhan Lim Kit Siang

Kepentingan syarikat IPP belakang Tony Pua... YTL ke?

Posted: 24 Apr 2015 05:30 AM PDT


Laporan Sarawak Report yang disiarkan semalam di SINI, ada laporkan berikut:

This new information raises huge new concerns about the management of 1MDB on the day that Tony Pua has himself revealed the extent to which electricity prices for Malaysian customers are due to be hiked (in some cases by over 20%) as part of the Government's efforts to bail out the failing development fund through a series of favoured power deal concessions. [Ini fitnah reka cipta]

Damningly, Pua reveals that 1MDB has even been allowed to sell on a concession, which was controversially awarded to the company instead of to the lowest bidder just this February, in a move that will further push up prices [ini namanya naik tambah]:
"This is because the debt-laden and cash-stricken 1MDB has no money to fund the project.  Furthermore no bank is willing to lend any more money to the company.
However, instead of cancelling the award due to breach of concession terms, the Energy Commission is allowing 1MDB to profit from the license award by on-selling its rights to Tenaga Nasional Bhd (TNB). To sweeten the deal for TNB to acquire the concession from 1MDB, it is understood that TNB will be allowed to renegotiate the tariff which was set earlier during the bid.  Once again, it means higher profits for 1MDB for doing absolutely nothing other than to on-sell the concession" Tony Pua media statement, 22nd April 2015
--------------------

Nampak sangat Tony Pua memperjuangkan kepentingan IPP. Khabarnya YTL ... baca SINI SINI SINI SINI dan banyak lagi.

Banyak pemimpin pembangkang yang dibiayai YTL.

Khabarnya Rafizi pun dibiayai dengan juta wang di akaun overseas. Syarikat IPP dah main billion. Apa salah belanja beberapa juta untuk lobbyist.

Tak ngapa. Boleh nafi saja tuduhan ini. Memang takde bukti. Cuma info dari sumber yang boleh dipercayai. Oleh kerana sumber tak boleh didedahkan maka susah Unspinners nak yakinkan.  

Sumber diyakini sebab professional dan bukan sokong 1MDB tapi tahu Rafizi dibayar.

Entah ada lagi ke yang bising ada kepentingan dengan IPP?

Tun M dedahkan KELICIKAN 1MDB hilangkan RM27 billion!!! (Lihat salinan akaun)

Posted: 24 Apr 2015 12:30 AM PDT


Dalam posting blog terbaru Tun M, dia mengatakan perbezaan antara pinjaman RM42 billion dan jumlah aset yang dikira hanya RM14.7 billion. Maka dikhuatiri ada RM27 billion yang hilang tidak boleh dijelaskan.

Aset yang dibeli sudah dinilai semula pada RM52 billion dan ada asas sebagaimana tertulis dalam tulisan Tun M di SINI

Turut ditimbulkan di mana pelaburan USD1 billion dalam Petrosaudi yang mana wang itu dikatakan Dato Najib berada bawah simpanan BSI SIngapura. Oleh kerana ia bukan Bank Komersial, Bank tersebut tidak ada current account dan mungkin berada dalam client account di dalam bank komersial.

Tun M pun timbulkan:

26. A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.

Isu yang dilaporkan Sarawak report dan kami persoalkan SINI nampaknya diyakini Tun M.

Pasti Tun M tidak pernah buat tuduhan tanpa ada bukti dan sumber yang sah. Itulah kekuatan Tun M yang berjaya tarik kepercayaan dan sokongan ramai.

Baca komen FMT SINI yang kini sayang pulak dengan Tun M. 

Buat membantu Tun M, kami siarkan balance sheet bagi tahun-tahun 2011 hingga 2014 yang sepatutnya ternyata defisit aset ke pinjaman sebanyak RM27 billion.

2011-2013





2013-14





Adakah sebahagian hutang RM42 billion yang dikatakan RM27 billion di bawa lari tersorok melalui item-item dalam non current account dan current account seperti available for sale investment atau intangible asset atau banyak lagi item?

Puh!!! Licik betul 1MDB.

Hairan akaun ada lain-lain group dan company. Jumlah berbeza. Adakah itu bermaksud duit group hilang masa di hantar ke company? Dulu-dulu dilapor lain-lain tapi kini dilapor sebelah-sebelah. Inikah yang dikatakan Auditor DeLoitte cover up sesuatu yang KPMG tak mahu sahkan akaun?

Entahlah kami tak faham sebenarnya!!!! Maklumlah Unspinners dulu sekolah luar bandar. Gagal dalam subjek akaun masa SPM sebab guru pun tahap diploma perguruan.

Harap ada wartawan business atau konsultan komunikasi atau pakar akaun jelaskan untuk kami. Kalau betul Najib sibat duit, memang patut dijail. Kami bukan main-main tapi serious.

* Mutakhir ini ramai sangat komentar tak mahu komen atau debat pasal isu tapi lebih menyerang penulis dalam usaha untuk discredit kami. Caranya dengan melabel blog ini sebagai blog si polan dan sipolan, dibayar duit dan lain-lain label negatif.

Semua komen demikian tak akan dibenarkan keluar walaupun panjang lebar dan berisi komen ditulis. Nak komen atau persoalkan teruskan tapi komen melabel negatif psywar taktik ini tak payahlah nak lakukan ke atas kami. Paham benor niat jahat kamu. 

Mutakhir ini penyerangnya sesama BN. Hai ... kalau BN serang sesama BN, sukalah pembangkang. Siapa nak serang pembanglang macam gini. Game gitu kami tak campur.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


EDISI #PRKPERMATANGPAUH : ANTARA 2 NENEK, MAKCIK MAIMUN LEBIH MULIA DARI WAN AZIZAH

Posted: 24 Apr 2015 09:34 PM PDT

Ingatkah lagi anda kepada Makcik Maimun atau lebih dikenali dengan Tok Mun?

MyMassa tiba-tiba teringat kepada Tok Mun apabila seorang lagi nenek bertanding Pilihan Raya, Wan Azizah. Beza antara Tok Mun dan Wan Azizah, Tok Mun bertanding kerana kerana ingin bersuara DEMI RAKYAT manakala Wan Azizah bertanding demi suara SUAMINYA, Anwar Ibrahim.

Poster lama Tok Mun dan poster lama Wan Azizah di Kajang untuk ingatkan kita Wan Azizah adalah ADUN Kajang.

MyMassa pelik lagi hairan, mengapakah NENEK seperti Wan Azizah mahu memegang dua jawatan wakil rakyat? Tidak cukupkah jawatan ADUN Kajang yang dipegangnya sehingga dia begitu tamak untuk memegang jawatan AHLI PARLIMEN pula?


Jika dilihat, masalah utama DUN Kajang iaitu banjir kilat masih belum selesai. Saban hari, penduduk Kajang mendambakan wakil rakyat barunya, Wan Azizah untuk berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah rakyat malangnya Wan Azizah lebih pentingkan diri dan keluarganya.


Perjuangan dan modal politiknya hanya berkisar kepada kisah SUAMI dan KELUARGANYA. Malam tadi ketika diumumkan sebagai calon, tiada cerita lain yang diucapkan kecuali kisah Anwar dalam penjara.

Barangkali Wan Azizah lupa bahawa Anwar bukanlah sosok yang boleh dijual lagi. Cukup-cukuplah jaja kisah basi Anwar Ibrahim. Cubalah belajar dari Tok Mun yang ikhlas berkempen seorang diri demi memperjuangkan rakyat yang ingin diwakilinya.


Kepada pengundi Permatang Pauh, kali ini cubalah 'pinjamkan' kerusi Parlimen kepada calon UMNO-Barisan Nasional. Jika anda mendengar Wan Azizah buka cerita pasal Anwar, ingatlah bahawa nenek tua ini mungkin terlupa bahawa yang ingin diwakili dalam Parlimen adalah penduduk Permatang Pauh dan bukannya suara Anwar Ibrahim!

*Elok UMNO pasal lagu ni masa berkempen. SUDAH CUKUP SUDAH......



BREAKING NEWS: BIADAP HASIL DIDIKAN SIAPA NIE???

Posted: 24 Apr 2015 05:36 AM PDT


Inilah hasil apabila pencacai bertuhankan kebebasan yang kononnya ia adalah hak asasi manusia.

Tak nak komen banyak nanti marah pula geng-geng Lawyer For Liberty, Bersih, LGBT, PASMA, Anak, DAPSY, AMK, SAMM...

Cuba muka diaorang pula diconteng seperti ini...

Apalagi PDRM, SKMM sila ambil ambil tindakan segera tangkap pencacai yang anti Sultan ini.

Kalau tidak ...

Pencacai ini tentu ada kaitan dengan geng-geng yang disebutkan di atas.

Tak lupa juga dengan kaki seks seperti di bawah...


Siapa yang galakkan mereka kurang ajar pada Islam, Melayu, Raja Melayu... kalau bukan dia ini...


APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Laporan POLIS terhadap Najib Razak

Posted: 24 Apr 2015 03:40 AM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Umur 15 tahun sudah pandai hisap shisha?

Posted: 24 Apr 2015 08:49 AM PDT


KELANTAN – Aktiviti menghisap shisha kini bukan sahaja melibatkan golongan dewasa.

Memetik laporan Kosmo, individu yang berusia seawal 15 tahun juga dikesan terbabit dalam kegiatan itu di sekitar daerah Kota Bharu.

Dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh sepasukan anggota Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam (MDK-PI) bersama Kementerian Dalam Negeri dan polis mengesan empat buah restoran di sekitar Salor dan Pendek kelmarin.

Tengku Sharifuddin Tengku Shah Budin selaku Setiausaha MDK-PI berkata, kesemua restoran terbabit yang menyediakan shisha pada harga serendah RM10.

Dalam operasi yang dijalankan itu, kempat-empat restoran berkenaan dikenakan kompaun RM500 bagi setiap premis mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana ingkar arahan berniaga.

Menurutnya, selain itu, pihaknya juga merampas 27 peralatan menghisap shisha dan satu set sistem karaoke bernilai RM7,000.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:30 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Hadi Tunai Janji, Tidak Hadir Sokong Wan Azizah #PRKPmtgPauh

Posted: 24 Apr 2015 07:55 PM PDT

Mat Sabu Sudah Jadi Ahli DAP Kah? #PRKPmtgPauh

Posted: 24 Apr 2015 06:30 PM PDT

PAS Boikot Wan Azizah Di #PRKpmtgpauh ?

Posted: 24 Apr 2015 05:48 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 4

Posted: 24 Apr 2015 09:08 PM PDT

P.44: Jadual untuk Dr Wan Azizah Wan Ismail esok

Posted: 24 Apr 2015 09:04 PM PDT



P.44: Pertandingan empat penjuru di Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 09:02 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon bebas.

Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya P.044 Permatang Pauh Tuan Jusni Tuan Ismail mengumumkan nama calon bertanding sejurus selepas proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi ini.

prk
(Dari kiri) Calon PRM Azman Shah, calon BN Suhaimi Sabudin, calon bebas Salleh Ishak, dan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. -Foto Astro AWANI

Empat calon berkenaan ialah Suhaimi Sabudin, 44, daripada BN; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62 (PKR); calon bebas Salleh Isahak, 53; dan Azman Shah, 50 (Parti Rakyat Malaysia).

Mereka telah menyerahkan borang percalonan masing-masing di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Calon bebas Salleh Ishak, yang juga merupakan Ahli UMNO Bahagian Alma, terawal tiba pada jam 8.40 pagi tadi. Calon BN Suhaimi Sabudin pula dilihat sampai di pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi, disusuli calon PKR, Wan Azizah yang tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.50 pagi. Calon PRM Azman Shah pula tiba sekitar jam 10.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Seorang "Calon Bebas" tarik diri bertanding PRK Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 08:51 PM PDT

Calon Bebas pilihan raya umum (PRU) ke-13, Dr Abdullah Zawawi Samsudin, 47, menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh. Beliau yang tiba di pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, pada 9.10 pagi membuat keputusan itu selepas mendapati ada dua lagi calon Bebas yang menyerahkan borang pencalonan.

"Saya menarik diri daripada bertanding kerana tidak mahu menyusahkan pengundi di Permatang Pauh untuk memilih calon yang ramai. Sekarang sudah ada calon Barisan Nasional (BN), calon PKR dan dua calon Bebas. Jadi, saya membatalkan hasrat untuk bertanding," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam.

Semalam, Dr Abdullah mengumumkan akan mencuba nasib sekali lagi pada PRK Permatang Pauh. Pengamal perubatan itu, yang menggunakan simbol payung pada PRU ke-13 lepas, tewas kepada calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan hanya mendapat 201 undi dan hilang wang deposit.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: Pakatan ‘bersatu’ selepas Wan Azizah kemuka nama bertanding Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 08:48 PM PDT

Di saat calon mengemukakan nama mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempamerkan imej yang semuanya berjalan dengan lancar dengan gabungan itu.

PR pagi ini memperlihatkan perpaduan sepenuhnya apabila calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan ke pusat penamaan calon. Beliau tiba di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Penanti pada kira-kira jam 8.50 pagi disertai para pemimpin PR dan penyokong.

Antara yang hadir ialah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Ketua Parlimen Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, serta puluhan wakil rakyat lain daripada gabungan itu.

Pengerusi PAS Bahagian Permatang Pauh Omar Hassan, yang sebelum ini mahu PKR menarik balik kenyataan menentang rang undang-undang ahli persendirian mengenai hudud, juga dilihat di khalayak ramai berdiri bersama Dr Wan Azizah dan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Nurul Iman. Di barisan hadapan adalah sekumpulan pemuda berbaju t hitam #KitaLawan menjerit "reformasi" dan "hidup rakyat". Calon Bebas Salleh Ishak tiba di pusat penamaan calon 8.25 pagi diikuti oleh calon Barisan Nasional Suhaimi Sabudin pada jam 8.46 pagi.

Pemimpin PKR dan PAS malam tadi terlibat dalam perbincangan berhubung permintaan PAS Permatang Pauh PAS agar Dr Wan Azizah secara terbuka memohon maaf dan menarik balik pendirian parti itu mengenai isu hudud.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 3

Posted: 24 Apr 2015 08:42 PM PDT

P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 2

Posted: 24 Apr 2015 08:33 PM PDT

P.44: PENAMAAN CALON LENSA - PART 1

Posted: 24 Apr 2015 08:30 PM PDT

P.44: Pertembungan 4 penjuru 7 Mei

Posted: 24 Apr 2015 07:34 PM PDT

Wan AzizahBUKIT MERTAJAM, 25 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Parlimen Permatang Pauh, P044 bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR, BN dan Bebas.
Empat calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR dan Suhaimi Sabudin daripada Barisan Nasional (BN).
Manakala calon bebas Salleh Ishak, 53, dan peniaga Azman Shafie, 50.
Salleh merupakan calon pertama yang tiba di pusat penamaan diikuti dengan Suhaimi dan Azizah kira-kira 300 meter bersama penyokong masing-masing.
Wan Azizah menyerahkan borang percalonan nama kira-kira jam 9.05 pagi.
Wan Azizah kelihatan memakai baju kurung biru bertudung merah jambu diarak bersama ratusan penyokong.
Beliau diiringi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ; Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Anak beliau Nurul Nuha Anwar turut kelihatan.
Mereka berkumpul pada jam 7.30 pagi di Simpang Mengkuang Titi.
Turut hadir Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Xavier Jayakumar.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pada Sabtu depan dan pengundian pada 7 Mei.

P.44: Empat calon masuk daftar

Posted: 24 Apr 2015 06:40 PM PDT

PERMATANG PAUH - Penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh pagi ini berjalan lancar selepas calon Bebas pertama tiba di di Pusat Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam di Berapit jam 8.15 pagi.

Ia diikuti calon BN, Suhaimi Sabudin jam 8.45 pagi dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selang tujuh mint kemudian.

Calon Bebas kedua pula adalah, Azman Shafie yang tiba pada jam 9.05 pagi.

Sehingga jam 9.30 pagi, hanya empat calon berada di pusat penamaan calon.

Proses penamaan calon dijadual berlangsung selama sejam bermula 9 pagi sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Jusni Ismail mengumumkan nama-nama calon bertanding.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.


Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
   
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon hari ini dan pengundian 7 Mei.

Pada PRU lepas, Anwar mengalahkan Dr Mazlan Ismail dari BN dengan majoriti 11,721 undi.    
Read More / Baca Lagi >>

Kadir bimbang cara Najib urus negara - bhg II

Posted: 24 Apr 2015 06:27 PM PDT

Penamaan Calon PRK P44 Permatang Pauh - 25 April 2015 (Part 1)

Posted: 24 Apr 2015 06:26 PM PDT

P.44: PKR yakin isu dalaman PR selesai

Posted: 24 Apr 2015 06:23 PM PDT

PERMATANG PAUH: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali percaya masalah dalaman yang melibatkan parti dalam Pakatan Rakyat dapat diselesaikan.

Beliau melahirkan keyakinan dengan kepimpinan PAS sama peringkat pusat, negeri dan kawasan untuk bersama-sama menghindari perbezaan pandangan semata-mata bagi berhadapan dengan jentera Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Pandangan yang berbeza sesama.sendiri atau dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat bukan perkara baru bahkan hasil perbezaan itulah yang membawa kesan positif mencapai kemenangan pada Pilihanraya Umum (PRU12) dan PRU13.

"Tapi insya Allah beberapa perkara boleh diatasi dengan baik malam ini dan selepas ini tidak timbul lagi buruk sangka sehingga menjejaskan jalinan perpaduan," katanya pada Majlis Pengumuman Calon PKR Permatang Pauh di SP Arena, Seberang Jaya, malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

P.44: Kempen rasmi PRK Pmtg Pauh bermula hari ini

Posted: 24 Apr 2015 06:22 PM PDT

Perebutan kerusi Parlimen Permatang Pauh secara rasminya bermula hari ini dengan calon-calon yang akan bertanding serta penyokong mereka berarak ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Belia di Berapit, Bukit Mertajam.

Proses pencalonan akan bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi ini, manakala pengundian ditetapkan pada 7 Mei, selepas dua minggu berkempan, dengan pengundian awal pada 3 Mei.

BN meletakkan harapan kepada Suhaimi Sabudin , 44, seorang juruukur bahan, manakala PKR sekali lagi memilih Presidennya,  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 63, sebagai calonnya untuk kali ketiga.

Terdapat kemungkinan calon Bebas akan turut bertanding.

Sejak kerusi itu diisytiharkan kosong pada 30 Mac, BN dan Pakatan Rakyat - dua pesaing utama bagi kerusi tersebut - telah mula berkempen.

Pemimpin utama kedua-dua parti itu turun melancar pusat operasi pilihan raya, memberi ceramah dan bertemu pengundi.

Kempen Pakatan dijangka tertumpu kepada isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan 1Malaysia Development Berhad.

Manakala BN kali ini turun dengan slogan 'Cukuplah, kali ini kami pulak'.

Bagaimanapun, ia mungkin menjadi satu usaha yang sukar bagi Pakatan dan BN, kerana kedua-dua pihak kini dilemahkan oleh perpecahan dalaman.

Permatang Pauh adalah kubu kuat PKR yang diwakili oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 1982.

Beliau kehilangan kerusi itu sebanyak dua kali. Yang pertama apabila beliau dijatuhi hukuman penjara enam tahun antara tahun 2001 dan 2006 atas sabitan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan dengan tuduhan liwat pertama terhadapnya.

Read More / Baca Lagi >>

P.44: Pimpinan & penyokong Pakatan iringi DS Dr Wan Azizah ke pusat penamaan calon

Posted: 24 Apr 2015 06:18 PM PDT

BUKIT MERTAJAM 24 APR: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Berapit di sini, kira-kira jam 8.13 pagi tadi.
Beliau mula memasuki pekarangan IKBN pada 8.55 pagi untuk menyerahkan borang penamaan.
Beliau diiringi pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat antaranya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali

TVSelangor turut membawakan siaran langsung Penamaan Calon PRK bermula jam 7.30 pagi.
Orang ramai boleh mengikuti siaran itu dengan melayari laman dihttp://tv.selangorku.com.
Sementara itu petugas media membuat persiapan rapi sejak 7 pagi di IKBN Bukit Mertajam.
Beberapa peniaga kelihatan mendirikan gerai di Jalan Berapit seawal jam 7 pagi, polis turut memasang kawai dawai besi berhampiran pusat penamaan calon.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu, menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
BN mempertaruhkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin, 43, sebagai calon.

Gesaan untuk Najib letak jawatan makin kuat di media sosial

Posted: 24 Apr 2015 04:54 PM PDT

Penganalisis politik tempatan mengatakan kewujudan banyak laman sosial meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur merupakan bukti  kepada usaha lebih sistematik untuk menjatuhkan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 April, 2015. 
Penganalisis politik tempatan mengatakan kewujudan banyak laman sosial meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur merupakan bukti kepada usaha lebih sistematik untuk menjatuhkan beliau. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 April, 2015.

Apabila anda menaip nama Datuk Seri Najib Razak di Facebook akan terpapar senarai didahului profil rasminya. Namun gambar profilnya yang tersenyum diikuti beberapa laman menyeru peletakan jawatannya – dan setiap satu daripadanya mengumpul beberapa ribu "like".
Minggu lepas, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau keseorangan menyeru peletakan jawatan Najib, namun laman-laman sedemikian menunjukkan realiti adalah sebaliknya.
Contohnya, laman Facebook "LetakJawatan" yang dibuka hanya sebulan lalu sudah pun mengumpul 99,356 "like" 6 petang semalam (Jumaat), dan menerima 2 juta pengunjung setiap minggu, menurut pentadbir laman tersebut.

"Page ini mendapat sambutan dengan begitu singkat kerana kehidupan mereka semakin tertekan dengan dasar-dasar kerajaan dan tiada ruang untuk mereka meluahkan rasa dan pandangan," kata pentadbir LetakJawatan kepada The Malaysian Insider. Katanya, laman tersebut dibuka bersama orang-orang yang sependapat sebagai satu ruang bi-partisan untuk rakyat Malaysia supaya mereka dapat meluahkan secara terbuka pendapat mereka tentang polisi Najib.
"Juga boleh lihat daripada komen-komen yang ada pengguna page ini terdiri daripada semua parti baik Umno, PKR dan PAS dan semua kaum," katanya.
"Adakah page ini akan memberi impak kepada Najib? Jawapan saya ia akan memberi kerana mereka yang 'like' page ini terdiri daripada yang berumur 20 hingga 35 tahun, menurut statistik Facebook, dan merekalah pengundi yang akan menentukan siapa akan memerintah."
Laman tersebut memaparkan artikel dan video tentang isu panas seperti hutang negara, peningkatan gaji ahli Parlimen baru-baru ini, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hampir kesemua post dalam LetakJawatan mendapat lebih 100 hingga 1,000 "like" dengan pengunjungnya bersetuju sesama sendiri dalam ruangan komen atau pun mereka menulis sendiri di laman tersebut negara berada keadaan teruk dan Najib perlu berundur.
Read More / Baca Lagi >>

Sukar untuk mengambil serius Menteri GST Ahmad Maslan

Posted: 24 Apr 2015 04:44 PM PDT

oleh Sonia Ramachandran
Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan wajar diberi gelaran kehormat "Menteri Percanggahan"

Ini ialah kerana kenyataan timbalan menteri itu yang disiarkan sejak akhir-akhir ini telah didapati bercanggah dengan laporan  lain.
Salah satu contoh ialah kes kad prabayar telefon bimbit.

Pada 2 April, Ahmad Maslan dipetik berkata yang syarikat telekomunikasi perlu membayar kembali pelanggan mereka yang dikenakan enam peratus cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk kad prabayar.
"Pengarah Jabatan Kastam GST Subromaniam Tholasy sedang bertemu dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk membincangkan isu ini, Syarikat-syarikat besar itu tidak sepatutnya melakukan kesilapan seperti itu, " Ahmad Maslan dilaporkan berkata.
Timbalan Menteri Kewangan itu juga memberi amaran kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang mereka boleh diheret ke mahkamah sekiranya terus berkeras mahu mengenakan enam peratus GST ke atas kad prabayar.
Selepas kenyataan Ahmad Maslan pada 2 April, Subromaniam dilaporkan berkata yang syarikat-syarikat telekomunikasi dibenarkan mengenakan cukai GST enam peratus kepada kad prabayar tetapi pelanggan perlu mendapat 'air time' tambahan.
Kemudian timbul pula isu caj perkhidmatan.
Pada 28 Febuari, Ahmad Maslan dilaporkan berkata yang caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan oleh hotel dan restoran tidak perlu dibayar selepas pelaksanaan GST.
Ahmad Maslan berkata yang cadangan untuk menghentikan caj perkhidmatan di hotel dan restoran perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan pelanggan daripada keliru antara caj perkhidmatan dan GST.
'Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tidak dikutip oleh kerajaan. Caj ini dikenali sebagai 'tips' dan perlu diberikan secara terus kepada pekerja tetapi ada syarikat yang menyimpan caj itu dan tidak berkongsi dengan para pekerja.
"Jadi saya mahu beritahu yang anda tak perlu bayar kadar caj perkhidmatan 10 peratus sekiranya perkhidmatan mereka tidak memuaskan,' Ahmad Maslan dipetik sebagai berkata.
Pada 5 April, Ahmad Maslan dilaporan berkata yang peraturan khas sedang dirangka untuk caj perkhidmatan yang dikenakan dalam pelbagai sektor, seperti hotel dan restoran, sebagai cara untuk mengawal selia caj-caj tersebut.
Dia berkata kementeriannya, bersama-sama dengan Kementerian Perdangangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),  sedang menyiapkan garis panduan dan meneliti pelbagai aspek.
Read More / Baca Lagi >>

Nama dan malukan sahaja mereka yang pentingkan diri dalam LRT

Posted: 24 Apr 2015 04:41 PM PDT

oleh V Shuman
Kadang kala orang Malaysia boleh bersikap pentingkan diri sendiri, kurang ajar dan tidak prihatin kepada orang lain.

Sekurang-kurangnya, sebahagian daripada kita bersikap begitu. Daripada mereka yang memotong barisan dan yang merokok di tempat awam, kepadalah mereka yang 'lemah' enggan memberikan tempat duduk berharga mereka dalam pengangkutan awam kepada mereka yang lebih memerlukan, dan senarai kebiadapan ini semakin panjang.
Inilah yang berlaku sehingga menyebabkan kemarahan seorang penumpang wanita yang sarat mengandung, postnya sekarang beredar dalam facebook.
Sofia Zainal, yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, menceritakan apa yang telah terjadi dalam perjalannya menggunakan LRT, pada hari Isnin yang lepas.
Dia berkata " Saya sekarang mengandung tujuh bulan. Saya rasa semua orang boleh nampak perut saya serta pakaian ibu mengandung yang saya pakai.
"Anda mungkin fikir yang lelaki-lelaki ini mempunyai belas kasihan untuk bangun dan memberikan tempat duduk mereka, kan? TAK! Saya tahu mereka sedar yang saya sedang berdiri tetapi mereka semua hanya memandang ke bawah. Lelaki-lelaki yang baik hati yang kita ada, kan orang Malaysia?" dia bertanya.
Dia kemudian menambah, "Tolong beritahu mereka sekiranya anda kenal salah seorang daripada mereka, mungkin lain kali mereka tahu yang kerusi keutamaan adalah untuk (sic) orang tua, orang kelainan upaya, wanita mengandung dan orang yang bersama kanak-kanak."
Gambar yang disiarkan jelas menunjukkan lima orang lelaki dewasa, yang sihat tubuh badan, hanya buat tidak peduli sibuk dengan telefon pintar mereka, mungkin malu untuk menegakkan muka kerana mereka menyedari mereka tidak sensitif.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan ulama ‘pelampau’ dalam PAS semakin angkuh

Posted: 24 Apr 2015 04:38 PM PDT

oleh Hazlan Zakaria
Yakin akan pengaruh mereka yang sedang meningkat naik dalam parti pembangkang islam  PAS, sudahpun ditunjukkan apabila mereka mendesak kepada pelaksanaan hudud, dan nampaknya kumpulan ulama parti kelihatan makin 'melampau' dan angkuh seperti yang berlaku dalam pertikaian mereka dengan rakan Pakatan PKR.
"Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu menarik kembali kenyataan anti-hududnya dan meminta maaf kepada PAS," Ketua Pas Permatang Pauh Omar Hassan dilaporkan berkata selepas mesyuarat bahagian parti pada pagi Isnin 22 April.
Melihat kepada pendirian dia dan bahagiannya, Omar nampaknya seorang pro-ulama atau sekurang-kurangnya sudah dipengaruhi oleh kumpulan ulama dalam parti.
Kenyataannya  berbaur ancaman bahawa cawangan PAS itu tidak akan berkempen untuk Pakatan sempena pilihanraya kecil jika PKR tidak menarik balik kenyataan dan melakukan permohonan maaf.
Walaupun bahagian Pas Pusat telah memberikan sokongan kepada pencalonan Wan Azizah dan berjanji untuk menggerakkan jentera kempennya.

Presiden PAS, Hadi Awang, bagaimanapun, masih tidak dapat membuat keputusan, sama ada ingin menghormati keputusan bahagian PAS atau kekal dengan keputusan Pas Pusat, dilaporkan berkata yang dia perlu mendengar sendiri keputusan bahagian PAS itu sebelum memberi ulasan lanjut.
Permintaan Omar kepada president PKR menjelang penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh yang diadakan apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah kes liwat suaminya Anwar Ibrahim.
Ini bukanlah kali pertama PAS mencabar pencalonan Wan Azizah, kali terakhir apabila dia dikhabarkan akan menjadi calon parti untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Walaupun ketika itu PAS lebih santun dalam menunjukkan tidak setujunya  dan  keenganannya bukanlah muktamad, berlainan daripada apa yang berlaku di Permatang Pauh kali ini
Dilaporkan, Omar mendakwa yang dia menerima sokongan Bahagian PAS Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Balik Pulau dan Batu Kawan.
Dia juga berterima kasih kepada Hadi kerana menghormati pendirian bahagian dan yakin bahawa 'pemimpin kami akan menemui jalan penyelesaian kepada isu ini'.
Ketua PAS Permatang Pauh Jamsari Samad bagaimanapun dilaporkan menafikan tuntutan tersebut merupakan amaran yang bahagian itu akan memboikot pilihanraya kecil nanti. 
Tetapi Ketua Ulama Bahagian PAS Badrul Abdul Rahman dipetik sebagai berkata yang jatuh hukum 'haram' untuk orang Islam mengundi mereka yang menentang hudud, nampaknya merujuk kepada kenyataan Wan Azizah.
Boikot dan sabotaj calon rakan Pakatan bukanlah asing kepada bahagian-bahagian PAS, malah calon-calon PKR dan PSM pernah menghadapinya sehingga ada antara mereka hilang kerusi kawasan masing-masing.
Walaupun ada pihak dalam PAS yang mendakwa tindakan ahli-ahli bahagian ini sebagai kes terpencil, pemerhati merasakan tindakan itu mungkin menerima restu daripada pihak atasan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno ‘bungkus’, BN ‘jalan’ jika Najib bubar Parlimen, kata Perkasa

Posted: 24 Apr 2015 04:36 PM PDT


Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya akan menerima padah jika bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk membubarkan Parlimen lebih awal, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden Perkasa itu berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju mengadakan pilihan raya umum (PRU) lebih awal, sudah pasti Umno dan BN akan mengalami kekalahan dengan pelbagai masalah yang sedang melanda rakyat. "Tidak salah untuk Najib bubar Dewan Rakyat. Pada saya, kalau bubar sekarang, Umno 'bungkus', BN 'jalan'.

"Sebab, dengan isu yang sedang berlegar sekarang, membabitkan apa yang dibangkitkan Tun Dr Mahathir Mohamad, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu siapa arah bunuh Altantuya Shaariibuu yang belum terjawab.

Paling parah sekali, cukai barang dan perkhidmatan (GST). "Kalau pilihan raya sekarang, lebih baik Umno dan BN serah kuasa kepada Pakatan Rakyat (PR).

Banyak keadaan kena pulih dahulu," katanya kepada The Malaysian Insider. Jazlan pada Rabu berkata Najib boleh membersihkan tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentadbirannya dengan mengadakan PRU lebih awal bagi mendapatkan mandat baru melalui pembubaran Parlimen.

Ibrahim berkata kenyataan Jazlan itu menimbulkan persoalan kerana adakah pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) itu sememangnya mahu melihat Umno terkubur dalam PRU akan datang.

 "Kalau serah pada rakyat, rakyat sokong balik parti pemerintah, tidak ada masalah. Adakah Jazlan nak supaya keputusannya di sebalik itu? "Saya tidak tahu apa niat Jazlan buat kenyataan ini.

Saya persoalkan. Adakah dia nampak ini jalan penyelesaian atau dia hendak tengok BN jalan?" soalnya. Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, analogi dunia politik bolehlah disamakan seperti kesihatan yang memerlukan pemerhatian rapi sebelum apa-apa keputusan boleh dibuat.

Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Permatang Pauh mahu PKR kekal menang

Posted: 24 Apr 2015 04:19 PM PDT

PRK-P44
PULAU PINANG, 24 APR: Penduduk tempatan terus menanti siapa yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, menjelang penamaan calon, pada 25 April ini.
Harapan tinggi pasti ada terhadap calon yang bakal bertanding merebut kerusi panas yang juga kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri ANwar Ibrahim, sejak 1982.
Bagi Johar Ahmad, 60, dia berharap siapa juga calon yang dipilih PKR akan dapat menewaskan Barisan Nasional (BN).
"Saya tidak kisah siapa juga yang diletakkan asal PKR menang dan Umno jatuh. Tidak kira Wan Azizah (Datuk Seri) atau sebaliknya yang penting lawan Umno habis-habisan," katanya ketika ditemui Selangor Kini.
AnwarSementara itu, suri rumah, Samsiah Mat Ismail, 48, berkata calon yang menang diharap dapat membawa Permatang Pauh jauh ke hadapan.
"Moga beliau dapat membawa perubahan lanskap pembangunan kepada penduduk di sini. Tidak kisah siapa calon, janji PKR menang," katanya.
Manakala, Abdul Razak Abdullah, 54, pula menganggap pembangunan yang ditinggalkan bekas Ahli Parlimen sebelum ini sudah mencukupi.
"Apa yang ditinggalkan Datuk Seri Anwar sudah cukup. Apa yang kita mahu adalah kepedulian kepada rakyat dan itu yang dilakukan beliau selama ini.
"Kalau boleh kami mahu PR mengekalkan kerusi parlimen ini," katanya.
Sementara itu, suasana sekitar Permatang Pauh masih lagi tenang menjelang penamaan calon.
Tinjauan Selangor Kini sekitar pekan di tiga DUN kawasan berkenaan juga mendapati penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Antara lokasi tinjauan adalah Permatang Rawa, Permatang Batu, Berapit, Pekan Permatang Pauh, Samagagah dan Mengkuang Semarak, bahkan beberapa pondok keselamatan polis juga sudah tersedia di setiap kampung.

Tepukan gemuruh laungan reformasi sebaik DS Dr Wan Azizah diumum calon

Posted: 24 Apr 2015 04:18 PM PDT

CDXaLb_UMAAioJ1SEBERANG JAYA, 25 APR: Dewan Seberang Perai Arena dibanjiri penduduk dan pimpinan negeri yang dilihat tidak sabar untuk mendengar pengumuman calon PKR Parlimen Permatang Pauh.
Lebih 1,000 hadir di dewan terbabit seawal 7.30 petang.
Rata-rata mereka mula berkumpul di pekarangan tempat letak kereta dan di dalam dewan.
Sejurus sebaik diumumkan calon PKR yang meletakkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, tepukan gemuruh dan laungan reformasi diberikan.
Sebelum itu, majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu Negeri Pulau Pinang serta Keadilan.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tiba kira-kira jam 9.50 malam.
11053533_10202557968988697_6824147199816350299_nMajlis dimulai dengan ceramah ringkas oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Antaranya Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abd Malik Kassim, Pengerusi DAP negeri dan Chow Kuan Yeow.
Selain itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin.
Tayangan video juga dipaparkan mengenai perjalanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai penutup, bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Sobri Hassan.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Turut hadir Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Dr Xavier Jayakumar.

DS Dr Wan Azizah: “Anwar pesan, teruskan perjuangan”

Posted: 24 Apr 2015 04:14 PM PDT

10898132_826340084103283_8321606001667725925_nSEBERANG JAYA, 25 APR: Pemilihan calon PKR Parlimen Permatang Pauh dengan meletakkan kembali Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan untuk mempermainkan penduduk.
Azizah berkata demikian dalam ucapannya yang menyampaikan mesej daripada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Azizah petang semalam dibenarkan untuk berjumpa dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.
"Saya jumpa beliau selama 45 minit. Beliau pesan kepada saya supaya jaga diri baik-baik dan sampaikan salam kepada orang Permatang Pauh.
"Saya jawab, 'abang nanti orang kata kita main-main', kemudian Anwar kata 'siapa yang main-main? Saya dalam penjara ini main-main ka?, balik! Teruskan perjuangan," katanya.
Sementara itu, beliau mahu semua pihak termasuk penduduk Permatang Pauh memberikan sokongan kepada beliau sepanjang PRK.
"Malam ini diumumkan saya pegang tanggungjawab bukan nak main-main. Saya mohon Allah SWT berikan kekuatan kerendahan petunjuk pertolongan buka hati beri undi.
"Saya bukan mahu meraih simpati, tidak kita mahu lawan kezaliman ketidakadilan bersama-sama mereka, itu saja yg kita mahu," katanya.
Azizah juga mahu semua pihak bekerjasama memperkukuhkan gerak kerja walaupun kerusi parlimen itu merupakan kubu kuat PKR.
"Kita teruskan jangan kita lepaskan, atau rasa selesa jangan lupa 2004
"Ini sengit kita boleh teruskan sebab kita ada semangat bukan Anwar sorng tapi semua," katanya.

Terima kasih rakyat M'sia bersedekah RM42 juta sehari kpd KERAjaan UMNO/BN.. SENANG JADI KERAJAAN !!!

Posted: 24 Apr 2015 03:58 PM PDT


JANGAN RISAU, kan Ahmad Maslan kata, "Hasil kutipan cukai GST itu akan dipulangkan kepada rakyat.."

JANGAN RISAU, kan Ahmad Maslan kata, "tambahan RM300 pada BR1M hasil dari pelaksanaan cukai GST"

Jangan pulak buat bayar hutang hasil pembaziran Najib Razak dan BN ya!! Itu masalah kamu.. jangan nak pindah masalah TAK RETI MENGURUS tu pada rakyat !!!

Pengumuman Calon PR & Keadilan PRK Permatang Pauh

Posted: 24 Apr 2015 03:55 PM PDT