Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pulau Berbahaya, Pengunjung Akan Dibunuh

Posted: 22 Apr 2015 11:02 PM PDT



Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 10:57 AM

SEBUAH pulau di Lautan Hindi dilapor mempunyai 'syurga pantai' yang pasti akan memikat sesiapa sahaja selepas melihat keindahannya.
Namun, pulau yang didiami suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu itu amat berbahaya untuk orang asing.
Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang mendekati pulau tersebut akan dibunuh serta merta, sama ada dipanah atau dibaling batu.
Pada 2006, dua lelaki yang memancing berdekatan Pulau Utara Sentinel dibunuh penghuninya.
Selain itu, tinjauan udara yang dilakukan pihak berkuasa menggunakan helikopter juga dipanah dan dibaling batu oleh orang asli terbabit.
Berikutan itu, pihak berkuasa India kini mengawal pulau tersebut dan membuat larangan pihak luar mendekatinya sebagai langkah keselamatan.
Difahamkan, sebelum ini terdapat bot nelayan cuba menangkap ikan berhampiran pulau tersebut, bagaimanapun mereka telah ditahan pihak berkuasa. - mStar

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


PAS, PKR dan DAP hanya BERLAKUN GADUH TENTANG HUDUD?

Posted: 22 Apr 2015 08:28 PM PDT


Demikian kata YDP PAS Permatang Pauh.

Manakala Hadi kata:

Hadi Hormat Akar Umbi Boikot PKR Di Permatang Pauh

The Malaysian Insider – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghormati keputusan akar umbi PAS yang dilaporkan akan memboikot kempen PKR dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak hudud.

Bagaimana pun katanya, beliau yakin pendirian itu tidak menjejaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kita masih dalam PR. Kita menghormati akar umbi Permatang Pauh.

"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh," kata Hadi pada satu program Bicara Minda & Sesi Dialog di Shah Alam hari ini yang bertajuk 'Hudud dari Kaca Mata Hadi'.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan tentang sikapnya terhadap PAS Permatang Pauh yang mahu memboikot kempen PKR di sana.

Sepenuh di AIDC SINI

Cakap gini diguna untuk salahkan DAP mahu pecahkan Pakatan Rakyat.

Calun Timbalan presiden dari faction ulamak, Tuan Ibrahim Tuan Man keluarkan kenyataan keluar undi pula. Berikut kami petik ambil dari blog PAS Anak Sungai Derhaka:

Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar. Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

22 April 2015

Sepenuhnya di SINI

Entah-entah untuk cover line tapi kenyataan mana boleh main-main.

Sekarang ... ini kenyataan dari golongan ulamak yang ditentang puak PASMA. Agak-agak PASMA ikut atau boikot ulamak untuk tak keluar undi?

Katanya ramai PASMA lari ke PRK Rompin.

Ini semua hanya memberi pelbagai interpretasi tentang PAS. Bolehkah dipercayai apa mereka kata dan konon juangkan???? 

Sarawak Report SIARLAH BUKTI supaya Najib, Rosmah dipenjarakan segera

Posted: 22 Apr 2015 05:45 PM PDT


Ini kononnya cerita GEMPAQ terbaru dari Sarawak Report. Mungkin inilah pihak lawan terima ccabaran Puad Zarkashi:


Sepanjang tuduhan salahlaku yang dibuat oleh Tony Pua, Rafizi, The Edge, dll terhadap 1MDB, hampir semuanya berdasarkan sumber yang tidak bernama dan sah. Tiada bukti yang ditunjuk.
Pihak yang terlibat tiada yang perakui tuduhan.  

Bagaimana rakyat mahu buat pendirian tanpa maklumat yang sahih tapi hanya hearsay cakap dengar? Jika ada kebenaran, boleh kita sumbat Najib dan Rosmah dalam penjara.

Laporan Sarawak Report yang kononnya gempak pun masih tak dapat menjawab untuk mereka yang berfikir:

1MDB Presented False Documents Say BSI Singapore! EXCLUSIVE

BSI's Singapore HQ at the Suntech City complex
BSI's Singapore HQ at the Suntech City complex

Sarawak Report has been passed disturbing evidence, [jika ada dokumen kenapa tak siarkan seperti mana pernah dilakukan untuk laporan lain?] showing that BSI Bank has dismissed documents supplied by 1MDB relating to its Brazen Sky Limited account in Singapore, saying they are false bank statements.

The documents were supplied to various authorities by 1MDB's CEO Arul Kanda and purported to show Brazen Sky's statement of account in November 2014.

However, the Swiss private bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of the 1MDB subsidiary.
On March 13th this information was reported back to Malaysia.

Two days earlier, on March 11th, the Minister of Finance (Prime Minister Najib Razak) had issued a Parliamentary reply to questions from the opposition DAP MP Tony Pua, confirming that the remaining $1.103 billion had already been "redeemed" from Brazen Sky's alleged off shore fund in the Cayman Islands and stating that it was now being "kept in US currency" at BSI Bank Limited, Singapore.

However, separate insider information gained in Singapore [wujudkah ini semua atau hanya rekaan?] has corroborated that there is no actual cash in the relevant Brazan Sky Limited account.
"The account merely contains 'paper assets", explained a source "the true value of which cannot be determined".
Baca sepenuh di SINI

-----------------------------

Demikian isu terbaru yang ditimbulkan oleh Sarawak Report. Jangan kita lupa bahawa Sarawak Report pernah buat satu laporan tentang pembalakan haram di Sarawak yang mana gambar yang ditunjukkan adalah gambar hutan warna coklat.

Macam mana kita nak diyakinkan dengan hanya cerita yang belum tahu sah. Sekurang-kurang penjelasan Dato Wahid Omar ada orang bernama untuk jadi rujukan.

Ada banyak PERSOALAN MENYERUPAI TUDUHAN melibatkan seperti berikut

i)     Tuduhan US$ 700 juta sebahgian dari pelaburan 1MDB ke PetroSaudi dipindah ke syarikat persendirian oleh The Edge.

ii)    Tuduhan RM 4 billion duit KWAP dalam sebuah usahasama lombong batu arang di Mongolia tapi hilang lesap. Kemudian syarikat itu dikatakan SRC dipindah milik kepada MOF untuk ditanggung [Adakah ini melibatkan 1MDB juga?]

iii)   Tuduhan 1MDB labur RM 2.3 billion pada syarikat pelaburan persendirian 

iv) Duit 1MDB diguna oleh Riza Aziz untuk buat filem dan beli apartment di New York.
[Adakah ini melibatkan 1MDB juga?]

v) Duit 1MDB diguna Jho LOh untuk pelaburan hartanah di New York yang dituduh oleh New York Times. ... bila Jho Loh nak saman NYT? [Adakah ini melibatkan 1MDB juga?]

Ada banyak lagi tapi harap dapat ditunjukkan bukti seperti dokumen atau money trail. Takkan nak tuduh salah tanpa bukti dan dokumen?

Pedulilah yang mudah ditipu dan percaya buta, yang mahukan kebenaran mahu bukti. Lantaklah Najib dan Rosmah nak ke penjara ke mana. Nak penjarakan pun perlu bukti.


Sirul: 22% kata patut diampun, 62% kata hukum

Posted: 22 Apr 2015 08:30 AM PDT


Banci berakhir semalam. Dari 883 yang mengundi:
22% kata Sirul patut diampun
62% kata Sirul patut jalani hukuman
7% tidak faham isu
6% tidak peduli
Perbincangan isu ini di SINI


KERUSI YG ADA TAK JAGA, nak lagi satu kerusi ....

Posted: 22 Apr 2015 05:55 AM PDT




Jika kajang dan permatang pauh hujan banjir sekali sama, mana satu utama?

Inilah akibat main politik tanpa rasa tanggungjawab. Kerusi nak tapi belum tahu jaga.

PASMA ganti PAS sebagsi kaldai hijau DAP di PPauh?

Posted: 22 Apr 2015 02:30 AM PDT




APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


1MDB by Dr M

Posted: 22 Apr 2015 10:45 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Blogger gagal tanding PRK Rompin kerana tiada pencadang, penyokong?

Posted: 22 Apr 2015 01:33 AM PDT



ROMPIN : Blogger, Mohd Shukri Mohd Ramli yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong.

Mohd Shukri yang menggunakan nama komersial Cucu Mat Kilau (CMK) dan dipercayai bertanding atas tiket Bebas, tiba pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi namun tidak dapat menghantar borangnya.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh sebentar tadi mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ditutup tepat pada jam 10 pagi.

Setakat ini, hanya calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi.

Untuk latar belakang blogger ini, sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PRK ROMPIN: FITNAH PAS BERKANTOIAN...DAH MALU, SALAHKAN UMNO PLAK?

Posted: 22 Apr 2015 09:57 AM PDT



Bagi calon dan parti PAS di Rompin, undi masyarakat Felda adalah penentu kemenangan mereka. 

Bagi mereka juga makin ramai pengundi Felda boleh ditipu maka lebih banyak undi yang mereka boleh dapat.

Malah makin ramai peneroka yang termakan fitnah, maki hamun dan kelentong mereka, maka lebih banyak wang yang boleh dipungut dari para peneroka tambahan lagi bila para peneroka dapat duit hasil jual sawit atau bonus dari kerajaan.

Kerja membangkang memang tak susah. Hanya menjual tubuh lagak seperti ostad dan alim ulama ditambah pula dengan menghafal beberapa kerat ayat Quran dan hadis, maka akan terloponglah mulut para juak-juak yang dahagakan bidadari sorga.

Fitnah menfitnah menjadi perkara biasa dan taqiyah bagi PAS. 

Pencacai mereka leka dihidangkan dengan fitnah  dan penipuan,  namun itulah hiburan penglipur bagi hati yang kontang dengan rasa syukur.

Dr Hatta Ramli jadi tekong PAS?

Hahahaha memang ini satu point dan peluru yang kami amat-amat dinantikan. 

Kesimpulannya mudah apa yang hendak dijajakan oleh Hatta anak Ramli ni?

Penduduk Kuala Krai di Kelantan tempat si Hatta ni jadi MP ditinggalkan semasa banjir.

Hinggakan rakyat di situ melarat terpaksa minta bantuan dari agensi kerajaan Pusat dan UMNO kerana tahu Hatta anak Ramli memang gagal dan lemah untuk membantu mereka.

Tapi kalau bab bersembang pong pang pong pang huh macam nak bergegar bumi. Tapi rakyat Parlimen sendiri melarat. 

Mu nak sembang gapo Hatta di Rompin, kejayae mu di Kuala Krai?


Hatta anak Ramli ini jugalah sebagai agen PASMA yang merosakkan PAS dari dalam menentang hukum Hudud dan pendirian Presiden.

Orang yang macam inilah yang telah merosakkan kempen PAS...ya kita suka taktik Hatta, Husam, Mahfuz, Sabu dan segala juak PASMA di Rompin ini.

Fitnah jadi makanan PAS di Rompin

Makin banyak fitnah ditaburkan maka makin berpeluang untuk BN dapat lebih banyak undi simpati.

PAS tak perlu tunjuk baik sangat kerana memang bukan baik pun. Belum lagi kempen berlangsung juak-juak mereka dah tabur fitnah yang mereka sendiri cipta.

Akhirnya kantoi dituduhnya pula BN yang sengaja reka cipta.

Fitnah pertama PAS di hari penamaan calon...kantoi 

Senangkan cara mereka berkempen?

Kerana mereka tahu tidak ada jasa atau kebaikan sedikit pun yang boleh ditonjolkan oleh calon mereka selain dari menjaja fitnah dan angkat diri kononnya anak usahawan kepok lekor.

Katanya calon adalah seorang ostad penghafal surah, namun dia juga hebat menabur fitnah.

Tapi ingatkah kamu wahai juak-juak PAS bahawa dosa fitnah itu umpama dosa membunuh?

Hari-hari kamu bunuh orang. Kamu tak minta maaf pun pada keluarga mangsa fitnah kamu.

Fitnah demi fitnah terkantoi dan makan diri.

Dulu tuduh Felda berdagang dengan Israel akhirnya kantoi kena saman malu.

Dulu fitnah kononnya Felda bankrap, jugak kantoi kena saman malu juga.

Lepas ni akan keluar pelbagai fitnah lagi terhadap Felda. Dalam masa yang sama mereka melantak segala kemudahan di Felda.  


Kami pesan juga kalau pencacai dan penyokong PAS tak suka GST kononnya haram, maka jangan nikmati atau guna langsung segala kemudahan yang rakyat dapat hasil percukaian GST. Haram juga hukumnya. 

Lagi banyak fitnah ditaburkan puak PAS di Rompin khususnya di 17 buah kawasan Felda, lagi banyak kesalahan dan hijab puak PAS akan terbuka dengan sendirinya.

Kita nantikan apa kekantoian yang paling besar akan berlaku pada jentera kempen PAS di Rompin!!!  

Hujan turun lebat mencurah-curah mengagalkan ceramah PAS setelah lafaz 'Yang baik dari Allah yang buruk datang dari Najib dan Rosmah" diucapkan oleh PAS semasa kempen pra pencalonan - Allah tak reda namaNya digunakan untuk kejahatan PAS

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON PARELIMEN ROMPIN P091

Posted: 22 Apr 2015 05:28 AM PDT












































Gambar ikhsan dari rakan FB