Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Tak betul kata Proton berharap dana R&D RM2 billion

Posted: 20 Apr 2015 11:02 PM PDT


Kononnya Dato Najib ada kata Tun Mahathir kritik kerana tidak dapat dana R&D untuk Proton sebanyak RM2 billion dalam satu briefing kepada Ketua-Ketua Bahagian. Dalam interbiu dengan TV3 baru-baru ini, Dato Najib tidak ada disebut hal ini.

Dari apa yang difahamkan dari sumber-sumber yang rapat dengan pihak Proton, mereka memang ada mohon. Namun begitu, mereka tidak mengharap dan sedia "live without it".

Dipercayai Dato Najib ada menjanjikan RM200 juta untuk Proton bangunkan kereta elektrik bagi  kegunaan Putrajaya, tapi masih belum diterima setakat akhir tahun lepas.  Ini yang membuat Proton tidak mengharap permohonan RM2 billion akan diluluskan.

Dalam hal isu Tun M dan Najib, Unspinners berdiri di belakang kepimpinan Perdana Menteri dan patut dikekalkan selagi tiada salah laku olehnya. Namun kita tidak akan hina atau kritik Tun Mahathir hingga tahap biadap.

Dia berhak sebagai rakyat negara ini untuk bersuara. Apa tah lagi ramai pihak bergantung harap dengannya untuk menegur kerajaan. Hairan kenapa masih diharapkan orang tua itu. Dimana mereka-mereka yang sudah berumur dan dewasa yang lain?

Namun begitu, jika orang seperti Tun M tidak boleh tegur kerajaan, macam mana pula rakyat biasa?

Dalam menyokong dan menghormati kedua-dua pihak, kami hanya mahu berkata yang benar dan jelas mengikut pemahaman kami.

Tuduhan dan fitnah terhadap kereta nasional Proton tidak patut dilakukan dan ianya tidak wajar dipolitikkan. Kalau tak proton, macam mana orang Melayu nak terokai teknologi dan belajar bina kereta sendiri dari scratch.

Dalam hal seperti isu Sirul, kami berpendirian, Najib tidak bersalah dan proses mahkamah telah dilalui dan hukuman wajid dijalankan. Jika ada pihak lain yang terlibat selain dari Sirul dan Azrilah, maka pihak lain perlu dibawa kemuka pengadilan.

Ia tidak bermakna Sirul dan Azrilah terlepas dari hukuman melanggar undang-undang dan membunuh seorang insan dengan rela. Hukum bunuh dibalas bunuh. Itu hukum tuhan.

Sultan ada luah harapan Tambak Johor digantikan Jambatan Persahabatan

Posted: 20 Apr 2015 06:01 PM PDT


Dalam posting terbaru blog Tun Mahathir di SINI, dia mengatakan Jambatan Bengkok Johor Baru bukan sebab utama untuk dia menuntut Dato Najib undur diri. Namun beliau merasakan malu jika kita tidak berani bina di dalam kawasan kita sendiri tanpa persetujuan Singapura.

Menurut kenyataan media kerajaan pada Julai 2006 [baca di MyKMU SINI],


"Jabatan Peguam Negara menunjukkan bahawa Malaysia tidak boleh meneruskan usaha membina jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang. Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

"Rintangan utama yang dihadapi Malaysia dalam soal ini adalah jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsung menjejaskan paip-paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri dan kanan Tambak Johor."

"Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak milik paip-paip tersebut diberikan kepada Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB)."

"Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, "Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok".

"Di bawah Perjanjian Pemisahan Malaysia – Singapura 1965, Malaysia menjamin obligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962."


"Paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961. Justeru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor."

Keberanian mempertahankan kedaulatan negara yang ditimbulkan Tun Dr Mahathir memerlukan satu cara untuk atasi perjanjian-perjanjian air yang disebut.





Dalam satu temuramah NST dengan Tuanku Sultan Johor pada Mac 22hb menjelang kemahkotaan DYMM Sultan Johor, Tuanku juga mengulang kata-katanya pada tahun 2008 [baca di SINI]. Keratan temuramah berikut:  


Q: Speaking of Singapore, is it true that Tuanku wanted to get rid of the Johor Causeway and build a bridge instead? 

A: At the last meeting in Kuala Lumpur, what I heard was that the first bridge was nostalgic to former Singaporean prime minister Goh Chok Tong. I don't know what Singapore's plans are. But one day, I hope Singapore will agree with us, even if we need to remove part of the causeway for the flow of water and for the good of the environment. Yes, I would like that. Of course, a bridge is ideal. Besides that, we can build the most beautiful bridge. Let it be a landmark and we can call it the Friendship Bridge. Let the bridge show how friendly we are with our neighbours.

Q: Tuanku, you have said that a lot of things can be settled over a cup of tea with Singaporean Prime Minister Lee Hsien Loong, since you have a good relationship. So, has this Friendship Bridge been discussed? 

A: When it involves two countries, it must go through the Prime Minister's Office, Wisma Putra and the Singaporean counterparts. But any discussions between Johor and Singapore, for just the two of us to agree upon, can be decided over a cup of tea. Come to my house, have tea, as long as it is a win-win situation, we can discuss and agree on anything. I know that there will be a need for a Third Link. I agree. But we need to know where. We need to plan where. It must be beneficial both to Singapore and Johor.


Q: Where will the Third Link be most likely located? 

A: I think most likely it will be somewhere in Changi (Singapore) (chuckles).I don't know. It is between the two prime ministers. I don't know and I don't ask. I am sure if there is a need, the government will bring the matter up.


Q: Apart from the "Friendship Bridge" and the Third Link, how about the KL-Singapore High Speed Rail (HSR) project? It will have to pass through Johor. Do you support this project? 

A: Well, it is in the planning stage. I know where the route is. I know where it's going to be, but let the government announce it. Yes, it passes through Johor; they sought an audience with me.

Q: Who are the "they"? 

A: The Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Tan Sri Syed Hamid Albar. He didn't seek my permission, it was a courtesy call. He asked for an audience to explain the project and route of the track in Johor. My advice to him was simple. Reduce land acquisition. Don't trouble the villagers too much. Don't cause too much interruption to the lives of people in the vicinity. The high-speed rail will be on the west coast of Johor.

Read More : http://www.nst.com.my/node/77491?d=1

Biakah akan tercapai hasrat untuk diroboh Tambak Johor?

Manifesto PR dulu juangkan Guru KAFA tapi auta rupanya

Posted: 20 Apr 2015 08:37 AM PDT


Selama ini, Federal yang bela guru KAFA Selangor. Auta saja kerajaan PKR ...



Baik #KitaLawan hadapi Denggi

Posted: 20 Apr 2015 07:32 AM PDT




ADUN PKR tutup pusat khidmat bila tak dilantik Exco

Posted: 20 Apr 2015 05:30 AM PDT


Kenapa ada masih mahu dijajah British?

Posted: 20 Apr 2015 03:30 AM PDT


Anwar setuju GST tapi SAMM tentang?

Posted: 20 Apr 2015 01:27 AM PDT


Pudin jerawat batu cuba beli sokongan PAS?

Posted: 19 Apr 2015 11:30 PM PDT


Oleh itu, apa yg dilakukan Saifuddin dalam gambar yg disiarkan oleh FBooker Azman Haj?

Pemuda PAS Permatang Pauh sudah nyatakan ketidak setujuan dengan PKR yang sudah nyatakan keengganan untuk menyokong private bill haji hadi di parlimen untuk tukar akta mahkamah syariah untuk beri ruang kepada hudud dijalankan.


PAS juga tak sebulu dengan DAP pun.


Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


CALON PAS ROMPIN

Posted: 20 Apr 2015 09:04 AM PDT




APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Malaysia masyhur di mata dunia

Posted: 20 Apr 2015 09:26 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Awas wajah baharu PAS selepas muktamar, kata Khalid Samad

Posted: 20 Apr 2015 09:22 PM PDT


Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad. "Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Sokongan kepada PKR untuk memilih calon mereka dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan memberi kata dua sehingga hari penamaan calon, 25 April supaya PKR memohon maaf secara terbuka berhubung isu enakmen jenayah syariah Kelantan.

"Jika bersetuju, kami PAS kawasan Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama PAS-PKR dalam pilihan raya kecil ini. "Jika mereka masih berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan itu kita tengoklah macam mana nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat PAS kawasan itu.

 Kenyataan dikeluarkan Yusni sebelum ini juga menuntut PKR memohon maaf mengenainya. Pengarah Pilihan raya PAS PRK Permatang Pauh, Datuk Dr Mujahid Yusof berkata sokongan kepada calon PKR dalam PRK ini adalah tanpa syarat.

Read More / Baca Lagi >>

Di mana Najib?

Posted: 20 Apr 2015 09:14 PM PDT

Perdana Menteri dilaporkan melakukan lawatan ke Kazakhstan tanpa publisiti media negara ini.
najib-kazakh
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.
Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.
Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.
Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.
Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.
Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.

Beban GST: Ahli Parlimen BN merungut

Posted: 20 Apr 2015 09:05 PM PDT

Jumat Idris mengkritik GST selepas dia sendiri merasa beban yang terpaksa ditanggung.
jumat-facebook-status
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepanggar, Jumat Idris mengakui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membebankan.
Kenyataan itu dibuatnya di laman Facebook selepas anaknya menerima rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.
Jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) itu, perkhidmatan berbeza menyebabkan cukai yang diterima berganda.
jumat5"Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula." tulisnya dalam status yang dimuat naik.

Luahannya, kemudian mendapat pelbagai reaksi dan dikongsi oleh 70 pemilik akaun Facebook yang lain.
Salah seorang daripada mereka adalah David Cheng.
Dato suarakan kita di Sabah bayar harga brg jauh lebih mahal(14-35%。tetapi kita bayar gst flat rate 6% nationwide," tulisnya

Isu hudud berlarutan kerana negara tiada kepimpinan - Kadir Jasin

Posted: 20 Apr 2015 07:24 PM PDT

'MP kini dalam kelompok 1% pendapatan paling tinggi'

Posted: 20 Apr 2015 07:01 PM PDT


Mengapa ramai tidak percaya cadangan KWSP, walaupun ia bernas

Posted: 20 Apr 2015 06:30 PM PDT

Ibrahim seorang pesara kerajaan, namun dia turut menentang cadangan mengubah had umur pekerja sektor swasta mengeluarkan simpanan mereka daripada 55 kepada 60. Kritikan terhadap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menonjolkan sekali lagi masalah gaji rendah di kalangan majoriti rakyat Malaysia yang membawa kepada simpanan persaraan yang sedikit. Hujah yang mengatakan ia meningkatkan simpanan mereka juga tidak dipedulikan kerana pekerja tidak mempercayai Putrajaya menguruskan wang mereka dengan baik.

Juga, cadangan itu terlepas pandang hakikat kebanyakan rakyat Malaysia tidak menghabiskan simpanan persaraan mereka dengan bijak, kata seorang perancang kewangan. "Tidak kira jika anda mengeluarkan simpanan pada umur 55 atau 60, atau berapa banyak wang yang anda ada.

Jika anda tidak menguruskannya dengan baik, tidak kira berapa banyak wang anda ada, ia masih akan habis dalam beberapa tahun sahaja," katanya yang tidak mahu dikenali. Nilai faedah kompaun Bagi KWSP, dengan menunggu lima tahun lagi, pencarum boleh mendapat sehingga lebih 33% dalam simpanan mereka, hasil faedah kompaun daripada dividen tahunan dana itu.

Sebagai contoh, seorang pencarum yang menyimpan sehingga RM100,000 pada usia 55 tahun boleh mendapat tambahan RM33,000 jika dia mengeluarkannya pada usia 60, jika KWSP membayar dividen sekurang-kurangnya 6% setiap tahun dalam tempoh lima tahun itu.

Dalam taklimat KWSP semalam, dua kes pencarum memperoleh RM3,000 sebulan dan mengumpul RM100,000 pada usia 55 dibandingkan. Tetapi Ibrahim, bekas kakitangan awam dari Klang, masih sangsi dengan hujah KWSP bahawa pulangan lebih tinggi pada umur 60.

"Simpanan itu merupakan ganjaran bagi titik peluh mereka yang mereka usahakan hingga berumur 55 tahun. Itu yang mereka tunggu-tunggu dan digunakan untuk membayar segala pinjaman yang masih berbaki supaya boleh bersara dengan selesa.

 "Terdapat kebimbangan yang walaupun mereka mendapat lebih banyak apabila mereka mengeluarkan caruman pada usia 60, mereka tidak akan dapat menikmatinya jika mati beberapa tahun selepas itu," kata Ibrahim, yang tidak mahu memberikan nama penuhnya.

Read More / Baca Lagi >>

Melayu, kau jangan bangang, boleh?

Posted: 20 Apr 2015 06:14 PM PDT

Hafidz Baharom

Mantan perdana menteri kita pernah berpuisi yang Melayu mudah lupa. Mungkin beliau sedang jaga hati warga Melayu Malaysia pada waktu tersebut.

Saya takkan berbuat demikian. Boleh dikatakan yang saya ini jarang berbahasa Melayu, bukan sebab tak fasih. Cuma terminologi tidak menghalalkan penulisan bila cakap pasal ekonomi dan isu sosial.

Tetapi kali ini, terpaksa. Darah berderau tahap nak mengamuk. Soalan saya senang: bilakah bangsa Melayu menjadi begitu lemah dalam pegangan iman sampaikan nampak salib pun boleh tergugat? Saban tahun isu ini tak naik di media massa pun sebab ia terlalu bangang nak diwartakan.

Bilakah Islam begitu lemah sampaikan salib membawa paranoia kepada 50 orang Islam di Taman Medan, Petaling Jaya, sampaikan kena protes turunkan salib?

Mungkinkah kita sebagai orang Islam, majoriti orang Malaysia ini, semuanya terpengaruh dengan salib sampai nak tukar agama? Saya yang tengok dokumentari pasal kota Vatican, Perang Salib, malah filem-filem Hollywood pun, tidak sebegitu. Jadi kepada 50 orang yang protes dan buli gereja itu, tahniah.

Nak kata Islam, Islam. Nak kata baligh, sah baligh. Tapi nak kata berakal atau dungu tu, bab tu bertanda soal. Kesedaran sivil perlu ada dalam masyarakat Malaysia, sekurang-kurangnya baca Perlembagaan Persekutuan kita. Bukannya mahal pun.

Dulu bukunya yang versi mini tak sampai RM10 pun. Lagi murah daripada rokok Semporna. Mengikut perlembagaan negara kita, semua rakyat Malaysia termasuk warga Kristian bebas beragama. Ini termasuklah mendirikan gereja dan meletakkan lambang salib jika permohonan lesen mereka diluluskan pihak berkuasa tempatan. Jadi, bila pula ini dikatakan "cabaran terhadap Islam"? Entah.

Read More / Baca Lagi >>

Roti canai, teh tarik yang di-GST bakal mendominasi PRK?

Posted: 20 Apr 2015 06:10 PM PDT

oleh Ng Kee Seng

Dua pilihanraya kecil (RK) di Permatang Pauh dan Rompin perlahan-lahan menjadi semakin rumit. Umno, PKR dan PAS masing-masing mengalami masalah politik dalam mempersiapkan diri menempuhi PRK ini.

Menurut laporan agensi berita nasional Bernama, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata: "di Rompin, sokongan terhadap BN masih ada...agak menarik untuk tahu marjin undi yang dapat kali ini." Tetapi apa yang tidak dijelaskan atau dispekulasikan oleh Mahathir adalah tentang majoriti kemenangan dan implikasi politiknya.

Di Rompin, pemerhati politik pasti akan memerhati dengan rapat sama ada sabotaj dan pergolakan dalaman akan menguasai kempen Umno berikutan serangan ke atas mutu kepimpinan perdana menteri Najib Razak.

Seperti apa yang dikatakan Mahathir, BN memiliki sokongan kuat daripada pengundi di sana, yang dipegang allayarham Jamaluddin Jarjis sejak 1990 – selama 25 tahun! Jika Umno tewas atau menang tanpa majoriti meyakinkan, ia mungkin menandakan pengakhiran kepimpinan Najib.

Pada PRU ke-13, Umno memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi. PAS, pesaing tradisi Umno di Rompin, berkemungkinan besar akan menghantar calonnya. Jika tidak, ia pastilah memberikan gambaran buruk terhadap presiden PAS Abdul Hadi Awang yang pro-Umno.

Dan adakah PAS, PKR dan DAP akan menyelesaikan perbezaan politik mereka demi dua PRK ini? Di Permatang Pauh, pimpinan PAS Pulau Pinang kelihatan telah "mengabaikan" Pakatan dengan mengancam untuk memboikot atau menarik balik sokongan kepada PKR jika parti itu tidak menarik balik kenyataannya tidak menyokong hudud Kelantan.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali membalas dengan berkata PKR tiada perancangan untuk menarik balik kenyataan parti terhadap Hadi dan isu Hudud. Apa-apa pun, mereka juga boleh bermain permainan yang sama di Rompin, dengan PKR dan DAP melayan PAS seperti "buangan".
Read More / Baca Lagi >>

PRK Rompin; Sidang Media Pengisytiharan Calon PAS

Posted: 20 Apr 2015 05:55 PM PDT


Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid Hamidi

Posted: 20 Apr 2015 05:49 PM PDT

Tun M tak boleh paksa orang percaya pandangannya - Zahid HamidiKUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai pendapatnya tentang sokongan ahli UMNO terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu sebagai sekadar pandangan dan analisis beliau sendiri, apabila beliau (Dr Mahathir) mendakwa Najib telah hilang sokongan.

"Itu analisis beliau (Dr Mahathir) sendiri. Saya tidak tahu bagaimana beliau merumuskan penemuan tersebut, namun saya hormati pandangannya... tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain untuk mempercayai penemuannya itu," kata Ahmad Zahid pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Alumni ESQ Kementerian Dalam Negeri (KDN), Isnin.

Kata beliau, Dr Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri, turut meminta ahli parti supaya memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepadanya.

"Sewaktu beliau berkuasa, beliau juga menuntut kesetiaan tidak berbelah bagi. Oleh itu, kepimpinan sekarang pun menuntut perkara yang sama daripada ahli," kata Ahmad Zahid.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: BR1M menunjukkan sesebuah negara itu mundur

Posted: 20 Apr 2015 05:15 PM PDT

Demo antisalib: Ingin Memuji Zahid Hamidi...

Posted: 20 Apr 2015 04:56 PM PDT

Blog ini jarang memuji pemimpin. Ia lebih kerap mengambil pendekatan menegur, mengkritik dan kadangkala "membelasah" pemimpin.

Tetapi kali ini saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi yang memperlihatkan ketegasan dan tidak bertolak ansur dalam insiden demo anti salib di Taman Medan, Petaling Jaya.

Zahid mengatakan peserta demo itu tetap tertakluk kepada Akta Hasutan 1948 dan tindakan akan diambil terhadap mereka. "Saya tak kira siapa, tindakan harus diambil terhadap mereka," katanya yang juga Naib Presiden UMNO dengan undi tertinggi dua kali berturut-turut.

Dalam masa yang sama, Zahid juga mengesahkan anggota UMNO yang terlibat dalam demo itu akan diambil tindakan disiplin yang sewajarnya.

"Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu...kerana mereka melanggar undang-undang. Dalam UMNO kita mesti hormat agama lain. Mereka harus hadapi akibatnya," katanya lagi.

Ketegasan seperti ini amat ditunggu-tunggu dan setidak-tidaknya mampu membawa kelegaan kepada semua kaum dan agama di negara ini. Beliau telah meletakkan nilai beragama dan menghormati agama lain di tempatnya yang betul, sesuai dengan kedudukan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini.

Zahid juga telah berjaya mengembalikan keyakinan ramai berikutan pendirian mengecewakan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelumnya yang mengatakan peserta demo anti salib itu tidak melibatkan sebarang unsur hasutan.

Mungkin kerana abangnya, Abdullah Abu Bakar yang mengetuai demo itu, Khalid juga berbelit-belit dalam alasannya dengan berkata, "Ini bukan menyentuh isu agama atau agama Kristian. Ia cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu".
Read More / Baca Lagi >>

The Mahathir absurdity

Posted: 20 Apr 2015 04:43 PM PDT

He easily forgets his own failings; yet, the shortcomings of others are magnified in his eyes.

mahathir brim
By Sabrina Lee
Once upon a time in Malaysia, a leader ruled with an iron hand and clung on to power at all costs. He rammed his views down the people's throats until they choked and despaired.
At the opening of the Umno annual general assembly in 2001, he delivered a stinging critique of Malays – a banshee's song which none wanted to hear.
Then, delegates dreamt he would inspire them by announcing his plans for retirement while endorsing his successor. They had hoped for restoration of public faith in the party and direction for the nation but as always, he brutally voiced his intense disappointment with them for having failed to meet his expectations to be the kind of people he wanted them to be.
Never happy, he alienated the very ones who put him in the seat of power, some of whom left the party because they hated him and could no longer tolerate his caustic and hurtful remarks.
When reporters inquired about his retirement plans, he acknowledged that some people would like to see him "disappear or disintegrate", but said there were others who insisted that he should stay on. Hence, he rationalized, he had to "find the right time to step down".
Decades later, the tables have turned and he now unceasingly demands the resignation of the person he hand picked as Prime Minister of Malaysia. Clearly, this man's dogged determination to oust the Prime Minister from his seat of power at all costs shows a determination to continue exercising power and proves that he is stubborn in his belief that he has never been wrong in anything. Regardless, the nation has to bow to his whims and fancies.
Read More / Baca Lagi >>

Badan bebas selepas Najib turun

Posted: 20 Apr 2015 04:41 PM PDT

Menurut Datuk Husam Musa sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.
husam-mahathir
PETALING JAYA:Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi pertama satu badan ombudsman atau hisbah tertinggi negara untuk membanteras salah guna kuasa yang dilakukan pihak kerajaan.
Beliau yang juga Naib Presiden Pas itu berkata, sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan sebagai Perdana Menteri, mekanisma itu diperlukan sebagai jaminan supaya kesilapan sama tidak berulang.
Atas natijah itu, Husam berpandangan Dr Mahathir perlu maju setapak dengan memperkenalkan pendekatan itu tidak kira siapa yang meneraju sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR).
"Jika kita izinkan ia berlalu tanpa ditegur, satu demi satu penyelewengan sepertinya akan berulang.
"Bukankah itu satu kemungkaran? Sesiapa yang melihat kemungkaran, ia wajib membetulkan nya.
"Jika kita tidak berupaya membetulkan nya dan Tun M berani membetulkan nya, atas apa jua motifnya – paling tidak kemungkaran itu dapat dihentikan.
"Atas dasar itu, kenapa tidak kita membantu Tun M dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan nahas helikopter jadi semakin tidak terkawal

Posted: 20 Apr 2015 04:36 PM PDT

oleh Mariam Mokhtar

Nahas helikopter 4 April lalu yang mengorbankan enam nyawa membangkitkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Cuaca dan helikopter berada dalam keadaan baik dan seperti tiada apa yang di luar jangka. Siasatan awal menunjukkan beberapa kontradiksi: Seorang saksi mendakwa melihat letupan, namun pihak berkuasa berkata kotak hitam tidak menunjukkan demikian.

Seorang penyiasat mengesyaki letupan, namun mayat mangsa tidak menunjukkan tanda itu. Seorang saksi melihat ia menjunam, tetapi data tidak dapat mengesahkannya. Adakah semua yang berlaku di Malaysia memang bersifat kontradik, atau penyiasatan yang dilakukan tidak bermutu?

Ada lagikah yang tertanya-tanya mengapa kita sukar mempercayai laporan rasmi. Nahas itu membunuh teman rapat dan orang yang paling dipercayai Perdana Menteri, Ahli Parlimen Temerloh Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadinya Mohd Razkan Seran, Ketua Setiausaha Sulit PM Azlin Alias, usahawan Robert Tan, juruterbang Kapten Clifford Fournier Jr. dan Aidana Baizieva. Pertamanya, seorang saksi mata mendakwa melihat berlaku letupan, sebelum helikopoter itu terhempas ke ladang getah.

Dakwaan itu segera dinafikan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, pada masa sama Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat berhenti membuat spekulasi. Pastinya Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar sedang memantau laman Twitter, bersedia dengan gari. Kedua, siapakah Aidana Baizieva?

Selepas pelbagai spekulasi dan kekeliruan, beliau akhirnya dikenalpasti sebagai warga Kyrgystan, namun tiada siapa yang dapat menjawab mengapa beliau ada di dalam helikopter itu. Ada yang berkata mendiang adalah rakan juruterbang, ada juga mengatakan beliau adalah pembantu juruterbang.

Selama beberapa hari mayatnya tidak dituntut. Kontroversi bertambah apabila ada yang mengatakan gambar yang disiarkan bukanlah dirinya, namun perempuan lain. Tiada satu dakwaan yang dapat disahkan. Ketiga, data daripada perakam suara kokpit (VR) menunjukkan penumpang "rancak berbual" ketika perjalanan, namun bertukar diam beberapa minit sebelum nahas berlaku.

Read More / Baca Lagi >>

The Crooked Bridge And Me

Posted: 20 Apr 2015 04:31 PM PDT

By Tun Dr. Mahathir Mohamad
1. Some people believe that I am so angry over not building the crooked bridge that I want Najib to resign.
2. I am not so frivolous. Yes, I am disappointed, especially as Najib appealed to the Singapore PM to build a bridge and the latter rejected it. It is shameful that we dare not build a bridge in our own land without approval by Singapore.
3. This shameful episode is not enough for me to ask Najib to step down. Najib is the son of Tun Razak, the man responsible for my elevation to Prime Ministership. Partly for that reason and partly because Najib showed good performance when I was PM, I wanted Najib to be PM. And people know I worked hard at it pressuring Abdullah to appoint him as DPM, so that he would become PM, when Abdullah leaves. 4. But Najib failed in many areas after becoming PM. Apart from the bridge he did not go ahead with the double tracking and electrification of the railway line from J.B. to Padang Besar which had been agreed upon but was dropped by Abdullah. For 14 billion Ringgit we would have this project completed by 2010. Instead, forced by the demand, he sanctioned the continuation of the track from Ipoh to Padang Besar for 12 billion Ringgit. We lost a lot of money.
 5. Then he began to recruit his own 4th floor boys plus a number of British personnel to advise him on how to run the country. They, also used foreign consultants costing more than 7 billion ringgit. We had achieved independence in 1957 and we got rid of British advisers. We did better without them. Najib did not seem to believe in the Malaysian capacity to develop the country.
6. Ignoring the EPU and other Government departments he set up a new agency to plan the development of the country. This agency was headed by a non-civil servant and the salaries of these personnel far exceed that paid to civil servants.
7. The civil servants were very unhappy. In the past they on their own transformed this country from a developing country to a middle-income nation. Now their services, their expertise and experience are no longer needed.
8. They had always been loyal to the BN Government. Now many no longer support the Government. Some even join the opposition after retirement and stood as candidates in elections.
Read More / Baca Lagi >>

Abang KPN nafi ketuai bantahan gereja Taman Medan

Posted: 20 Apr 2015 04:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Abdullah Abu Bakar yang didakwa terlibat dalam protes membantah salib di sebuah gereja di Taman Medan hari ini menafikan telah mengetuai protes tersebut mahupun terlibat dengannya.

Ketika dihubungi Astro AWANI, beliau berkata dakwaan tersebut dan juga dakwaan yang mengatakan beliau adalah ketua kampung, adalah tidak benar sama sekali.

"Tidak benar... saya bukan ketua pendemo. Tak ada sesiapa yang jadi ketua pendemo pun. Saya pun tidak tahu dari mana mereka dapat idea itu... dan sekarang dah jadi viral," tegas beliau.

Menurut Abdullah, beliau hanyalah bertindak sebagai orang tengah kepada penduduk Taman Medan berkenaan bagi meredakan kemarahan kumpulan yang membantah gereja tersebut.

Selain itu, beliau yang juga Ketua Cawangan UMNO Cawangan Taman Lindungan Jaya, menafikan bahawa protes tersebut bermotifkan politik seperti yang didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Taman Medan, Haniza Talha.

Beliau juga menganggap bahawa isu ini telah pun selesai selepas mengadakan perbincangan baik dengan pihak gereja dan meminta mereka menurunkan salib pada bangunan gereja tersebut.

"Kita cadangkan salib diturunkan untuk menjaga sensitiviti penduduk, dan seorang wakil gereja, Madam Victoria bersetuju untuk menurunkan salib selepas dua jam protes itu bersurai dan saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap

Posted: 20 Apr 2015 04:26 PM PDT

Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap
KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan pembabitan 'orang dalam' syarikat kawalan keselamatan dengan kegiatan kongsi gelap dalam kes serangan terhadap pondok keselamatan di Klang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis yakin terdapat unsur gangsterisme berhubung kes seorang pengawal keselamatan maut manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan di Bandar Bukit Raja, Klang itu diserang sekumpulan individu, Sabtu lepas.

"Biar polis jalankan siasatan. Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini," katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Khalid menegaskan polis tidak akan sekali-kali berkompromi dengan isu berkaitan keganasan oleh kumpulan-kumpulan haram khususnya di kawasan berkenaan.

"
Saya tidak percaya syarikat keselamatan itu terlibat dengan kongsi gelap sebaliknya saya percaya ada orang-orang yang bekerja di syarikat keselamatan yang menggunakan taktik sebegini.
"
TwitterFacebookGoogleShare

"Operasi Cantas Khas akan diteruskan dan dipertingkatkan dalam mengawal perkara ini.

"Saya seru kepada masyarakat untuk melaporkan sebarang kegiatan berunsur gangsterisme kepada polis," katanya.

Dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu, seorang pengawal keselamatan terbunuh manakala enam lagi cedera selepas tiga pondok keselamatan di sebuah kawasan perumahan diserang oleh sekumpulan individu.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno : Antara Sayangkan Umno Atau Sayangkan Najib ?

Posted: 20 Apr 2015 04:25 PM PDT

Oleh Abu Hassan Adam
Ahli UMNO di seluruh negara kini sudah betul-betul berada di persimpangan. Mereka terpaksa membuat keputusan dan perhitungan yang cukup kritikal. Mereka bukan diperlukan membuat pilihan samada 'telan mati emak atau luah mati bapak' tetapi sebenarnya mereka terpaksa memiilih berdasarkan kepentingan peribadi dan menerusan hidup supaya 'periuk nasi tidak dimasukki pasir'.
Mereka bukan lagi terpaksa membuat pilihan kerana perjuangan tetapi merdasarkan kepentingan 'perut' walaupun tidak semua yang bersikap demikian.
Tun Mahathir sudah berkali-kali menyatakan (meramalkan) sekiranya DS Najib tidak mengundur diri dari jawatan yang disandangnya Barisan Nasional akan kalah dalam PRU ke 14 yang akan datang. Walaupun ini hanya merupakan ramalan tetapi yang meramalkan ialah Tun Mahathir, tokoh yang berjaya menempuh beberapa kali PRU dan menang. Kenyataannya bukan semata-mata untuk 'sedap mulut' tetapi berdasarkan fakta yang konkrit yang sentiasa berada dalam 'simpanan'nya mungkin. Seingat aku belum pernah lagi Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan yang sekeras itu kepada Pak Lah. Dan Pak Lah telah berundur sebelum Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian seolah-olah Pak Lah sedar bahawa beliau tidak mahu dipersalahkan sekiranya BN kalah teruk dalam PRU dibawah pengawasannya. Pak Lah tidak mahu namanya tercatat dalam sejarah sebagai Perdana Menteri yang membawa kepada kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional.
DS Najib kelihatan semacam 'bertahan' dan terus mempertahankan kedudukannya dengan mengharapkan sokongan daripada ahli UMNO yang terus menerus memberikan sokongan. Tetapi soalnya berapa lama lagi DS Najib boleh bertahan dengan bersandarkan kepada sokongan ini. Sejarah telah menunjukkan bahawa sokongan yang sedemikian tidak akan bertahan lama.
Aku teringat kata penulis terkenal Han Suyin yang mengatakan, 'anak sungai lagikan berubah…." dan Saloma dalam lagunya 'Embun Menitik' pula mengatakan, 'anak sungai lagikan berubah inikan pula hati orang'. Dan tentulah terngiang-ngiang di telinga aku kini mengenangkan nasib yang dilalui oleh DS Najib dalam menempuh hari-hari yang akan dilaluinya.
Read More / Baca Lagi >>

Ustaz Nazri jadi taruhan Pas di Rompin

Posted: 20 Apr 2015 09:37 AM PDT

ROMPIN - Pas malam ini mengumumkan Yang Dipertua Pas Kawasan Rompin, Nazri Ahmad sebagai calon PRK Parlimen Rompin berdepan calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin 5 Mei depan.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dalam ceramah umum yang diadakan di Bandar Satelit, Muadzam Shah, di sini yang turut dihadiri oleh ribuan penyokong parti Islam tersebut termasuk wakil-wakil parti komponen PR lain.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang itu merupakan anak peneroka Felda Keratong 5 dan mempunyai latar belakang pendidikan agama Ijazah Sarjanamuda Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Berusia 40 tahun dan kali pertama bertanding pilihan raya, beliau adalah calon muda yang juga merupakan muka baharu yang tidak boleh dipandang rendah dengan pelbagai isu semasa yang melanda negara kini.

PRK Parlimen Rompin diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam sebuah kemalangan helikopter terhempas yang turut mengorbankan lima mangsa lain pada 4 April lalu.

Demo antisalib: Wardina minta maaf kepada penganut Kristian

Posted: 20 Apr 2015 09:22 AM PDT

Wardina menganggap perbuatan penduduk Islam di Taman Medan membuli golongan minoriti yang menggambarkan mereka bukan umat Islam yang sebenarnya.
wardina-safiyyah
PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.
wardian safiyahDia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.
"Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.
"Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya," katanya di laman Facebook.
Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.
"Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti," katanya.
Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.
"Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan 'saudara seislam kami sendiri," tulisnya.


Demo antisalib: Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia dipukul- Jannah

Posted: 20 Apr 2015 09:20 AM PDT

Soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas.
jannah
PETALING JAYA: "Saya hanya mahu setiap orang saling menghormati satu sama lain. Walaupun dia Cina, saya tidak mahu dia diserang, dimarah atau dipukul," kata wartawan Sinar Harian, Janatul Firdaus Yaakob.
Janatul atau dikenali Jannah berkata, walaupun saling tidak mengenali tetapi atas dasar setiakawan sebagai rakan media, dia merasa bertanggungjawab untuk melindungi wartawan The Star, Nicholas Cheng.
Katanya, perbuatan peserta demo di Taman Medan pada Ahad lalu yang menengking Cheng tidak sepatutnya berlaku kerana wartawan itu hanya menjalankan tugas.
"Saya tidak nafikan soalan yang ditanya Cheng mungkin menimbulkan kemarahan, namun dia hanya menjalankan tugasnya sebagai wartawan untuk bertanya dan mendapatkan maklum balas," katanya kepada FMT.
Jannah mendapat pujian ramai di laman sosial selepas wartawan The Star itu memuatnaik statusnya di Facebook yang menceritakan bagaimana dia 'dilindungi' oleh seorang wartawan wanita Islam yang hanya dikenali sebagai Jannah.
Cheng menceritakan dia merasa sangat cemas apabila dikerumun oleh peserta demo yang membantah sebuah gereja memasang tanda salib tetapi dilindungi oleh Jannah dan wanita itu menemaninya sepanjang temubual dijalankan.
"Awak ikut saja saya dan jangan pergi jauh," pesan Jannah seperti dilaporkan Cheng.
Read More / Baca Lagi >>

Demo antisalib: Bekas MP Umno kata IGP pilih kasih

Posted: 20 Apr 2015 09:17 AM PDT

Bekas MP, Datuk Saifuddin Abdullah masih tidak berpuas hati dengan layanan berbeza oleh polis ke atas peserta demonstrasi pro-Umno dan Pakatan.

Saifuddin dalam kenyataannya membangkitkan, polis sebelum ini tetap menahan para aktivis dan MP lain berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Walhal, Khalid boleh membuat semakan berhubung kehadiran abang IGP itu sendiri, Datuk Abdullah di demonstrasi antisalib di Taman Medan, kata Saifuddin.

"Kalau IGP boleh panggi sahaja orang yang hadir demo, habis kenapa ada yang sampai kena bermalam dalam lokap dan sebagainya?," soal Saifuddin.

Siasatan Khalid ke atas Abdullah sebegitu disahkan sendiri oleh pemimpin akar umbi Umno itu kepada Malaysiakini.

Layanan ini berbeza dengan tindakan polis yang menahan seramai lebih 100 orang, termasuk aktivis dan para MP, berhubung bantahan ke atas Cukai Barangan dan Perkhidmatan sebelum ini.

Menurut Abdullah, beliau menjelaskan kepada Khalid kehadirannya pada perhimpunan tersebut sebagai orang tengah antara penduduk Taman Medan dan pihak gereja.

Katanya, belau membuat penjelasan itu apabila dihubungi Khalid melalui telefon.

"IGP dah telefon dan saya terangkan pada dia tentang isu ini. Ia tentang sekumpulan masyarakat bersama pihak gereja dan pihak gereja juga telah setuju untuk turunkan (salib). Jadi tiada isu.

"Dia (Khalid) cuma tanya saya. Dia panggil saya Lang. Dia tanya 'Lang, apa cerita?'. Kemudian saya terangkan.

"Lepas dengar (penerangan), dia kata OK," kata Abdullah.

Ustaz Nazri Ahmad, calon PAS PRK Rompin

Posted: 20 Apr 2015 09:14 AM PDT

ROMPIN: Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad, 40, diumumkan sebagai calon PAS bagi menggalas cabaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.091 Rompin.

Pemilihannya diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Majlis Ceramah Pengisytiharan Calon PAS PRK Rompin di Markas Induk PAS Bandar Satelit Muadzam Shah, sebentar tadi.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Ketua Pemuda, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Nazri yang juga bekas pensyarah sambilan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah adalah lulusan Sarjana Syariah Islamiyyah dari Universiti Al-Azhar Mesir.

Anak peneroka Keratong 5 ini merupakan Ketua Pemuda PAS Pahang untuk penggal akhir, menjadi pilihan Majlis Syura Ulamak PAS juga di peringkat akar umbi parti tersebut.

Lahir daripada keluarga usahawan, anak keenam daripada lapan beradik ini mempunyai seorang isteri dan enam orang cahaya mata dan kini menjadi pendakwah sepenuh masa.

Beliau mulai aktif berpolitik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Rompin pada 2005.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pada 5 Mei manakala tarikh bagi penamaan calon pula 22 April.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M senaraikan kegagalan Najib

Posted: 20 Apr 2015 07:51 AM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai 'kegagalan' pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

"Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

"Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

"Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah," katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

"Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

"Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara," katanya.
Read More / Baca Lagi >>